pengenalan pendidikan kesihatan hbhe1103 september 2012 ( buku sumber)
DESCRIPTION
HBHE1103KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATANMUKA SURAT 22.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 4 3.0 SET PENILAIAN 1 DAN 2 4.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT 5.0 SET PENILAIAN 3 DAN 4 12 - 13 14 20 - 216.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 3 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 7.0 SET PENILAIAN 5 DAN 6 8.0 RUJUKAN 22 31 - 32 331HBHE11031.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di semua seTRANSCRIPT
HBHE1103KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2
2.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 4
3.0 SET PENILAIAN 1 DAN 2 12 - 13
4.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT 14
5.0 SET PENILAIAN 3 DAN 4 20 - 21
6.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 3 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN 22
7.0 SET PENILAIAN 5 DAN 6 31 - 32
8.0 RUJUKAN 33
1
HBHE11031.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di semua
sekolah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ini merupakan satu
mata pelajaran yang kebiasaan digabungkan di bawah satu nama mata pelajaran iaitu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, Pendidikan Kesihatan diajar
secara berasingan dengan Pendidikan Jasmani. Waktu yang diperuntukkan kepada
Pendidikan Kesihatan juga berbeza berbanding Pendidikan jasmani.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah sesuatu yang
sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau
cacat cedera sahaja. Ini boleh dikatakan sebagai kesihatan adalah kualiti hidup yang
melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil
daripada adaptasi individu terhadap persekitaran.( Dubos R., 1968 ).
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan
pengalaman untuk mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan
berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Falsafah pendidikan
kesihatan ialah pendidikan untuk kesihatan bukan hanya pengetahuan untuk kesihatan.
Matlamat pendidikan kesihatan diajar di sekolah adalah bertujuan untuk membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan
mengamalkan gaya hidup sihat.
Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu mata pelajaran yang penting.
Terdapat beberapa kepentingan pendidikan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam
membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di sekolah. Pendidikan
Kesihatan penting dalam membentuk perubahan dan juga merupakan keperluan individu
bagi proses perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Sebagai contoh,
pendidikan kesihatan dapat memupuk sikap bertanggungjawab pada kesihatan dan
mengembangkan ilmu. Perubahan tingkah laku dan sikap diharapkan berlaku dalam
usaha meningkatkan kualiti kesihatan.
Selain itu, pendidikan kesihatan penting bagi melahirkan insan yang berpelajaran
dan berpengalaman tentang kesihatan. Di samping itu, Pendidikan Kesihatan dapat
membentuk hubungan dan perlakuan mesra serta melahirkan rasa empati terhadap
2
HBHE1103masalah kesihatan yang dialami. Melalui Pendidikan Kesihatan ini juga kemahiran bagi
menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan dapat dikuasai.
Hal ini secara tidak langsung menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan
berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
Secara ringkas, kepentingan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ialah:
i. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan
mengamalkan penjagaan kebersihan diri.
ii. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan
mereka mengamalkan gaya hidup sihat.
iii. Memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain,
alatan dan tempat aktiviti.
iv. Mengetahui isu-isu pendidikan kesihatan yang mempengaruhi hidup seharian.
Sukatan pelajaran bagi Pendidikan Kesihatan boleh dibahagikan kepada 3 tunjang
utama seperti di bawah:
1. Kesihatan Diri dan Keluarga
Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga dan masyarakat
secara proses berterusan.
Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan
keibubapaan.
2. Gaya Hidup Sihat
Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan
menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran
merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.
3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran
secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran
dan pertolongan cemas.
3
HBHE1103TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
1. SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA
Definisi: Satu proses bagi manusia untuk mengembangkan zuriat
Sistem pembiakan manusia berbeza bagi lelaki dan perempuan. Gambarajah di bawah
menunjukkan perbezaan tersebut.
FUNGSI ORGAN PEMBIAKAN LELAKI
4
SISTEM PEMBIAKAN LELAKI
SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN
HBHE1103
FUNGSI ORGAN PEMBIAKAN PEREMPUAN
2. AKIL BALIGH
Definisi: satu peringkat di dalm hidup di mana tubuh badan berubah daripada seorang
kanak-kanak kepada seorang dewasa.
Pada peringkat akil baligh ini, terdapat tanda-tanda yang akan berlaku kepada lelaki dan
perempuan. Lelaki akan mengalami IHTILAM manakala perempuan akan mengalami
HAID.
IHTILAM: Satu fenomena di mana air mani lelaki terkeluar semasa tidur atau
’mimpi basah’.
HAID: proses pengeluaran darah dan cairan melalui faraj perempuan yang
mengandungi sel-sel mati daripada lapisan rahim.
5
HBHE11033. PERUBAHAN FIZIKAL LELAKI DAN PEREMPUAN
LELAKI PEREMPUAN
Ketinggian meningkat Ketinggian meningkat
Berat badan bertambah Berat badan bertambah
Tubuh bulu ari dan bulu ketiak Payu dara membesar
suara menjadi garau Tubuh bulu ari dan bulu ketiak
Kadar berpeluh meningkat suara keanak-anakan berubah menjadi suara matang
Jerawat Kadar berpeluh meningkat
Dada dan bahu melebar Jerawat
Bulu tumbuh di muka dan badan Punggung melebar
bentuk badan berubah menjadi seperti lelaki dewasa
Paha berbentuk corong
kekuatan dan daya tahan fizikal bertambah Bentuk badan berubah menjadi seperti perempuan dewasa
4. PENGURUSAN KESIHATAN DIRI
Pengurusan kesihatan diri penting untuk memastikan kesihatan sentiasa baik. Ianya
bermula dengan penjagaan kebersihan diri.
Penjagaan kebersihan diri perlu supaya:
a) badan sihat
b) tiada jangkitan kulit
c) sentiasa cergas dan ceria
Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah:
a) Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat.
b) Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun.
c) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.
d) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu.
e) Pakai pakaian yang bersih.
f) Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
g) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau busuk.
h) Sentiasa memakai pakaian dan stokin yang bersih.
6
HBHE1103i) Selalu memotong kuku yang panjang.
j) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.
k) Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.
Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurang SEKALI SETAHUN.
5. SISTEM PENCERNAAN
Fungsi: memecahkan makanan kepada saiz kecil untuk membolehkan badan menyerap
dan menggunakannya.
Bahagian-bahagian yang terlibat dengan sistem pencernaan adalah seperti di bawah:
Mulut ( mouth ) Pankreas ( pancreas )
Esofagus ( esophagus ) Usus kecil ( small intestine )
Perut ( stomach ) Usus besar ( large intestine )
Hati ( liver ) Rektum ( rectum )
Hempedu ( gallbladder )
7
HBHE11036. PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
Penyakit tidak berjangkit boleh disebabkan oleh keturunan dan gaya hidup.
Contoh jenis penyakit Cara mencegah
1. Karies gigi 1. Bersenam
2. Penyakit jantung 2. Bersukan
3. Diabetes 3. Makan makanan seimbang
4. Asma 4. Mengamalkan gaya hidup sihat
5. Penyakit buah pinggang
7. PERASAAN
Mengenal pasti perasaan:
gembira sedih marah kecewa
malu syukur bimbang tersinggung
bangga gelisah selamat puas
kasih sayang hairan dihargai
Perasaan negatif ialah perasaan yang tidak sihat yang boleh memberi kesan yang
tidak baik. Contoh perasaan negatif adalah seperti marah, tertekan dan rasa bersalah.
Perasaan negatif ini boleh dikawal melalui:
perbincangan bersama ahli keluarga, rakan baik dan pihak yang bersesuaian.
berjumpa dengan kaunselor untuk melakukan kaunseling
beriadah untuk menghilangkan perasaan negatif tersebut
8
HBHE11038. PERANAN KELUARGA
Setiap ahli keluarga mempunyai peranan untuk mengeratkan perhubungan keluarga
dan mencegah berlakunya gejala sosial.
a) peranan ibu bapa
Memberikan didikan agama dan moral yang teguh
Memantau pergerakan anak-anak
Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak
Mengenali rakan-rakan anak
b) peranan anak-anak
menuruti ajaran ibu bapa
harus belajar bersungguh-sungguh
memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan
diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih
dadah dan sebagainya
mengenang jasa ibu bapa
c) peranan ahli keluarga
saling menghormati dan memahami
bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan
dan perselisihan faham
Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling
membantu dan bekerjasama
9. REMAJA
Definisi: golongan manusia yang berumur di antara 12 hingga 21 tahun.
Beberapa perubahan berlaku semasa zaman remaja ini. Perubahan tersebut ialah:
perubahan fizikal ( perubahan akibat akil baligh )
perubahan perasaan
- cuba mencari identiti diri - mementingkan rakan daripada keluarga
- sentiasa bimbang paras muka - emosi tidak stabil
9
HBHE110310. MASALAH DI AWAL REMAJA
Perubahan fizikal dan emosi di awal remaja membawa beberapa masalah yang perlu
dihadapi dan diatasi oleh remaja.
Contoh masalah di awal remaja:
konflik keluarga
perubahan emosi
perasaan ingin mencuba
mudah terpengaruh
ingin bertindak seperti orang dewasa
Cara menangani masalah remaja:
remaja perlu mengenal pasti dan menetapkan hala tuju sebenar mereka
supaya mereka tidak mengalami krisis identiti
ibu bapa perlu menggunakan pendekatan baru untuk mendidik anak-anak
remaja masa kini yang terdedah kepada banyak perkara
pihak sekolah memberikan kaunseling kepada remaja yang bermasalah
untuk mengenal pasti punca dan mencari langkah-langkah untuk menangani
masalah yang dihadapi
kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan remaja
dengan lebih tegas untuk memberikan keinsafan kepada mereka
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang proaktif
dengan merancang pelbagai program bersama-sama dengan pihak sekolah
Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai baik berasaskan pendidikan moral
dan agama supaya remaja kukuh dari segi jati diri dan keagamaan
ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui
hal anak-anak mereka
ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak
dengan memperuntukkan masa kepada anak-anak supaya mereka dapat
meluahkan masalah yang dihadapi
10
HBHE1103 pihak sekolah tidak hanya mementingkan keputusan akademik pelajar
semata-mata dalam pengurusan pelajar sebaliknya banyak memberikan
penekanan dalam membentuk sahsiah pelajar
media massa perlu melaporkan dengan lebih kerap kepincangan yang
dilakukan oleh remaja untuk meberi kesedaran kepada mereka
kerajaan perlu memberi peluang kepada remaja meluahkan perasaan mereka
dengan menyediakan tempat-tempat untuk remaja melakukan aktiviti
berfaedah
kerajaan perlu membuat penambahbaikan dalam sistem pendidikan supaya
pembinaan jati diri remaja yang kukuh dapat dibina di peringkat sekolah
masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dengan
melaporkan kegiatan pelajar yang ponteng sekolah
SET PENILAIAN 1
1. Berikan definisi sistem pembiakan manusia.
11
HBHE1103 _____________________________________________________________________
2. Berikan definisi ihtilam dan haid.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Berikan 3 perubahan fizikal yang dialami oleh lelaki selepas akil baligh.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Senaraikan 5 langkah penjagaan kebersihan diri.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5. Apakah fungsi sistem pencernaan kepada manusia?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
SET PENILAIAN 2
1. Berikan 2 jenis penyakit tidak berjangkit.
12
HBHE1103 ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2. Apakah yang dimaksudkan dengan perasaan negatif?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Apakah peranan anak-anak dalam sebuah keluaraga?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Berikan beberapa ciri perubahan perasaan yang dialami oleh remaja?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5. Berikan 2 cara menangani masalah remaja.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT
1. PIRAMID MAKANAN
13
HBHE1103 Definisi: Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-
jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.
Kelas Makanan Contoh Makanan Kadar Pengambilan
Karbohidrat Nasi, roti, mi Lebih banyak
Vitamin Buah-buahan, sayur-sayuran Banyak
Protein Ikan, daging, susu Sederhana
Lemak Keju, minyak Sedikit
Amalan pemakanan sihat boleh diamalkan dengan cara yang berikut:
memilih jenis makanan yang sesuai
makan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan
elakkan daripada mengambil pelbagai makanan dalam satu hidangan
2. LABEL KANDUNGAN MAKANAN
Definisi: keterangan mengenai akuan yang benar mengenai tahap atau kandungan
nutrien yang terdapat pada label makanan mengenai kualiti pemakanan bahan
14
HBHE1103 makanan tersebut.
Label kandungan pada bahan makanan mengandungi maklumat yang amat berguna
kepada pengguna. Label ini melambangkan status barangan dari segi mutu dan tempoh
penggunaan.
Contoh maklumat yang ada pada label kandungan makanan:
Jenama makanan
Isipadu (bilangan/berat bersih)
Arahan penyimpanan
Senarai ramuan
Nama dan alamat pengilang
Komposisi khasiat makanan
Pengawet dan pewarna
Tarikh sah digunakan
Tanda `halal' Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kepentingan label kandungan makanan ialah:
o Untuk menyediakan satu cara penyampaian maklumat mengenai kandungan
nutrien (zat makanan)
o dapat membantu pengguna membuat pemilihan makanan yang bijak.
o untuk memberitahu pengguna mengenai kualiti pemakanan sesuatu bahan
makanan.
o menyokong aktiviti pendidikan pemakanan
o menggalakkan penggunaan prinsip pemakanan yang kukuh dalam pemilihan
makanan dan penyediaan hidangan.
3. PENYALAHGUNAAN BAHAN
Definisi:
15
HBHE11031. Ubat: sesuatu bahan yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau
menyihatkan badan.
2. Racun: sesuatu bahan yang jika diserap oleh organisma hidup akan menyebabkan
kematian.
3. Dadah: sejenis bahan kimia yang memberi kesan kemudaratan kepada pemikiran,
fizikal, emosi dan tingkah laku.
Kesan buruk merokok:
Menjejaskan kesihatan
Menjejaskan ekonomi keluarga
16
UBATRACUN
DADAH
HBHE1103 Mencemarkan alam sekitar
Menjejaskan keterampilan diri
Meningkatkan kadar kematian
Meningkatkan perbelanjaan negara
Kesan buruk alkohol:
Tidak sedar apa yang dicakapkan
Mengabaikan keluarga
Hilang pertimbangan diri
Mudah marah
Boleh mendera / mencederakan ahli keluarga
Menjejaskan kesihatan
Tekanan mental
Menjejaskan kewangan diri dan keluarga
Kesan buruk dadah:
Menjejaskan kesihatan
Jangkitan AIDS / HIV
Kehilangan kerjaya
Keluarga musnah
Peningkatan jenayah
Mengganggu ketenteraman masyarakat
Diri tidak terurus
Hilang maruah diri
4. PENGURUSAN KONFLIK DAN STRES
Penghargaan Kendiri
17
HBHE1103 Definisi: Penghormatan kepada diri sendiri yang mencakupi keseluruhan maksud
maruah diri
Cara meningkatkan penghargaan kendiri:
Dapatkan sokongan dan kepercayaan diri
Memaafkan dan melupakan perkara yang sudah lepas
Tingkatkan pengetahuan diri
Bicara hati
Memotivasikan diri dan belajar dari kesilapan
Menjalin perhubungan jujur
Elakkan perbandingan
Merangka strategi kejayaan
Proaktif & Responsif kepada Perubahan
Bina Matlamat Baru
Definisi:
1. Konflik: wujudnya perbezaan fahaman dan ideologi di kalangan individu
Punca berlaku konflik:
perbezaan individu
perbezaan latar belakang budaya
perbezaan kepentingan
perubahan sosial
Cara mengatasi konflik:
berkomunikasi secara jelas
dengar dengan teliti dan berada dalam jarak yang sesuai
perlu menyesuaikan minda dan sikap terhadap sesuatu
menyelesaikan masalah secara bersama
Definisi:
18
HBHE11032. Stres: gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang.
Punca berlaku stres:
Terlalu inginkan kemenangan
Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan
Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik
Suka mendesak
Risau keterlaluan
Tidak mahu menerima teguran
Berprasangka buruk dan berdendam.
Cemburu dengan kejayaan orang lain
Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan
Masalah kewangan
Cara mengatasi stres:
elakkan stres yang tidak perlu
terima kenyataan
sesuaikan diri dengan situasi
cari masa untuk bergembira dan berehat
amalkan cara hidup sihat
sesuaikan diri dengan penyebab stres
SET PENILAIAN 3
1. Berikan definisi piramid makanan.
______________________________________________________________________
19
HBHE1103
2. Tuliskan 2 amalan pemakanan yang boleh diamalkan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Berikan 2 maklumat yang ada pada label kandungan makanan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Berikan 2 sebab kepentingan label kandungan makanan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
SET PENILAIAN 4
1. Apakah maksud dadah?
______________________________________________________________________
20
HBHE1103
2. Senaraikan 3 kesan buruk pengambilan alkohol.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Tuliskan 2 cara meningkatkan penghargaan kendiri.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Berikan 2 sebab berlakunya konflik.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5. Berikan 3 cara mengatasi stres.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
TUNJANG PEMBELAJARAN 3 :
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
1. KESELAMATAN
21
HBHE1103
Langkah-langkah keselamatan di jalan raya:
mengenal pasti dan mematuhi tanda keselamatan yang ditunjukkan
mematuhi peraturan jalan raya sepanjang masa
Langkah-langkah keselamatan di air
1. Banjir
Persediaan menghadapi banjir
Dapatkan maklumat tentang banjir seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat
pemindahan
Periksa dan bersihkan semua lubang air samada longkang atau saluran perparitan
Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan
Tindakan semasa banjir
Di dalam rumah
Dengar pengumuman dari radio dan televisyen
Simpan air bersih
Bawa masuk perabut dari luar rumah
Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas
22
HBHE1103 Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
Ikut laluan yang ditentukan
Di luar rumah
Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat
Pergi ke tempat tinggi dan selamat
Jangan bersiar-siar di kawasan banjir
Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh
Jangan minum air yang tercemar
Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
Awasi kanak-kanak
Tindakan selepas banjir
Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan
Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya
Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan
tingkap.
Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan
Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksa
kehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya
Periksa paip saluran gas, kabel elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan
mudah terbakar.
Periksa kerosakan tangki septik
Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam
Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak
berkuasa
Langkah keselamatan api:
1. Punca kebakaran:
23
HBHE1103 Elektrik
Puntung Rokok
Percikan Api
Mercun/Bunga Api
Ubat Nyamuk/Lilin/Colok
Dapur Gas/Minyak
Reaksi Spontan
Sengaja di bakar
Tindak Balas Kimia
Mancis api
2. Cara mencegah kebakaran:
1. Keselamatan Di Dapur
Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan
dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih
atau mengantuk.
2. Ruang Alat Pemanas
Letakkan alat pemanas pada jarak tiga (3) kaki atau satu (1) meter daripada
sebarang sebarang benda yang mudah terbakar.
3. Perkakas Merokok
Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas
tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur.
4. Mancis dan Pemetik Api
Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat
supaya dapat dielak daripada kanak-kanak.
5. Elektrik
Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan
elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau
panas.
6. Lilin
Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar
24
HBHE1103 dan daripada tiupan angin.
Keracunan makanan
Termakan makanan yang beracun boleh mengakibatkan penyakit.
Punca keracunan makanan:
makanan tercemar
makanan luput tarikh
makanan bertin yang kemek
2. PENYAKIT BERJANGKIT
penyakit yang boleh merebak kepada orang lain dengan pelbagai cara.
Penyakit bawaan makanan dan air
Penyakit yang disebabkan oleh kuman penyebab yang terdapat di dalam makanan dan
air tercemar.
Contoh penyakit:
tifoid
kolera (taun)
keracunan makanan
Infeksi titisan
Penyakit yang menular melalui udara. Infeksi ini disebabkan oleh kuman yang
dikeluarkan melalui rembesan saluran pernafasan seperti air liur dan kahak.
Contoh penyakit:
selesema
campak
tibi
Penyakit bawaan vektor
Penyakit yang dibawa oleh pembawa kuman penyakit seperti lalat dan nyamuk.
25
HBHE1103 Contoh penyakit:
demam denggi
malaria
demam kuning
Penyakit melalui pelbagai cara
Penyakit yang boleh merebak dengan menggunakan pelbagai cara.
Contoh penyakit:
polio – infeksi titisan, sentuhan terus, bawaan makanan dan air
tetanus – sentuhan terus, udara
AIDS – hubungan jenis, pemindahan darah, suntikan, cecair badan
rubella – sentuhan terus, titisan
Hepatitis B – hubungan jenis, pemindahan darah, jarum suntikan
Penyakit hubungan jantina
Penyakit yang menular melalui hubungan seks
Contoh penyakit:
AIDS
Gonorea
Sifilis
Hepatitis B
Herpes
LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT
a. Pendidikan Kesihatan
b. Kebersihan diri, alam sekitar, air dan makanan
c. Tabiat yang sihat
d. Elakkan hubungan seks sejenis dan hubungan seks sebarangan
e. Melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat penyakit berjangkit
f. Imunisasi
g. Pengesanan dan rawatan awal
26
HBHE1103h. Pengasingan pesakit
i. Kuarantin
j. Kawalan vektor
k. Memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa
3. PERTOLONGAN CEMAS
Definisi: Bantuan sementara yang diberikan serta merta kepada mangsa yang tercedera
atau sakit sebelum menerima rawatan dari pihak doktor atau ketibaan
ambulans.
Peti pertolongan cemas
Peti yang mengandungi alatan dan bahan asas untuk rawatan awal kecederaan
Kandungan peti pertolongan cemas adalah seperti berikut:
1. pembalut tiga segi ( kain anduh )
2. pembalut gulung pelbagai saiz
3. kapas
4. kertas nipis
5. pin penyemat
6. gunting
7. plaster
8. thermometer
9. penyepit
10. krim luka antiseptic
11. ubat kuning
12. ubat mata
13. pisau kecil
14. sarung tangan getah
15. panadol
16. minyak sapu
17. buku manual pertolongan cemas
18. nombor talian kecemasan
27
HBHE1103
Kecederaan ringan
Definisi: kecederaan yang tidak membahayakan nyawa mangsa yang tercedera.
Jenis kecederaan ringan dan rawatan awal yang boleh diberikan.
Kecederaan ringan Rawatan awal
Luka kecil 1. Cuci luka dan buang kotoran
dengan sabun dan air bersih
2. Jika luka calar biarkan kering
sahaja dan jika perlu tutup dengan
plaster
3. Pastikan pendarahan telah berhenti
dan perhatikan jika ada kecederaan
lain.
Patah 1. Buat penilaian keadaan pesakit
2. Pulihkan nafas pesakit jika perlu
3. Hentikan pendarahan jika terdapat
luka atau patah terbuka
4. Pastikan pergerakan paling
minimum kepada anggota tercedera
5. Ampu bahagian patah dengan
secepat mungkin dengan
menggunakan kayu belat atau
sebagainya
6. Hantar pesakit dengan kadar segera
ke hospital
Melecur 1. Berhentikan kebakaran dan
sejukkan kawasan terbakar dengan
kadar segera
2. Longgarkan pakaian yang ketat,
28
HBHE1103cincin atau jam sebelum bengkak
bermula (jika perlu)
3. Potong dengan cermat kain yang
terkena cecair panas (jika perlu)
4. Tutup kawasan terbakar dengan
kain pembalut bersih
5. Bawa berjumpa doktor
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
Tujuan: menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah
mampu meningkatkan taraf kesihatan warga sekolah.
Program terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan
semasa.
Enam teras utama PBSS
- Polisi Kesihatan Sekolah,
- Persekitaran Fizikal Sekolah,
- Persekitaran Sosial Sekolah,
- Penglibatan Komuniti,
- Kemahiran Kesihatan Diri,
- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
Kerjasama sekolah dengan masyarakat
- tujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan
masyarakat.
satu proses dua hala - sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama
untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.
sumbangan terhadap masyarakat dan sebaliknya
menilai status kesihatan murid,
- memberi khidmat rawatan dan rujukan,
- memberi bimbingan dan kaunseling,
- memberi penjagaan rawatan/kecemasan,
29
HBHE1103- mencegah dan mengawal kejadian penyakit mendiagnosis
- membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.
program berkaitan kesihatan
- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah,
- Perkhidmatan Pergigian,
- Rancangan Makanan Tambahan (RMT),
- Program Susu Sekolah (PSS),
- Pendidikan Pencegahan Denggi,
- menjadikan sekolah kawasan larangan merokok,
- menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan
- mengadakan program bebas dadah
- kempen cara hidup sihat.
Perkhidmatan kesihatan dan keselamatan
Pusat kesihatan kecil
Klinik kerajaan
Klinik swasta
Hospital
Polis
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM)
SET PENILAIAN 5
1. Senaraikan persediaan menghadapi banjir.
______________________________________________________________________
30
HBHE1103 ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2. Berikan 2 tindakan yang perlu dilakukan selepas banjir.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Berikan 3 punca kebakaran.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Tuliskan 4 langkah mencegah kebakaran.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5. Senaraikan 2 punca keracunan makanan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
SET PENILAIAN 6
1. Berikan definisi penyakit bawaan makanan dan air.
_____________________________________________________________________
31
HBHE1103
2. Namakan 2 penyakit disebabkan infeksi titisan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
3. Senaraikan kandungan peti pertolongan cemas.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
4. Jelaskan bagaimana rawatan awal diberikan untuk luka kecil.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
5. Apakah tujuan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diadakan?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
RUJUKAN
Dubos, R. (1968). So Human and Animal. New York: Scribners.
Kee Bee Suan. et. al. (2011). Focus SPM Form 4 & 5 Biology. Bandar Baru Bangi:
32
HBHE1103 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR
Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (Tiada Tahun). Pendidikan Kesihatan Keluarga/
Seksualiti. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
PBSM. (Tiada Tahun). Pertolongan Cemas Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia.
PBSM. (Tiada Tahun). Pendidikan Kesihatan Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia.
PBSM. (1999). Pertolongan Cemas Manual Pelajar. Kuala Lumpur: Federal Publications
Sdn. Bhd.
Zarina Law Abdullah. et. al. (2011). HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan.
Kuala Lumpur: OUM.
RUJUKAN INTERNET
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). [online]
http://www.who.int/en/
http://notakuliahpismp.blogspot.com/
http://sktuaridtaud.forumotion.com/t341-penjagaan-kebersihan-diri
anelyza.blogspot.com
http://online.mdpekan.gov.my/online/esumber/kesihatan/piramid_makanan_malaysia.pdf
fsq.moh.gov.my
http://sakinahsalleh.blogspot.com/2011/11/penghargaan-kendiri-self-esteem.html
http://www.utem.edu.my/pusat_komputer/index2.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=102&Itemid=58
http://www.takaful.biz/takaful-am/panduan-keselamatan-hujan-lebat-dan-banjir/
http://pjk.ipgkti.edu.my/nota/Jenis-Jenis%20Penyakit%20Berjangkit.pdf
33