pengenalan kepada autisme am (upload website).pdf · du’a - different * unique * awesome mengikut...
TRANSCRIPT
DU’A - Different * Unique * Awesome
AUTISME
PENGENALAN KEPADA AUTISME
PENGENALAN KEPADA
AUTISME
www.facebook.com/groups/autisme.malaysia
DU’A - Different * Unique * Awesome
Apa itu AUTISME
Sejenis kecelaruan neurologikal yang menjejaskan perkembangan individu dari segi:
2
• Interaksi Sosial
• Komunikasi
• Tingkah-laku
Individu autisme lazimnya adalah normal dari segi fizikal. Autisme hanya dapat
dikenal-pasti melalui tingkah-laku dan ia bukan kecacatan fizikal.
Kecelaruan noerological bermakna saraf deria (seperti pendengaran, penglihatan
dan rasa) memproses maklumat secara berbeza berbanding insan tipikal.
Contohnya, hyper-sensitif yang mana individu autisme sangat sensitif pada sesuatu
jenis bunyi hingga menyebabkan gangguan emosi dan seterusnya menghasilkan
perilaku yang aneh.
Autisme mempunyai spektrum, tahap keupayaan/kefungsian dan kondisi yang
luas. Kondisi seorang individu autisme besar kemungkinan berbeza dari kondisi
individu autisme yang lain. Rujuk mukasurat 2.
DU’A - Different * Unique * Awesome
Mengikut kajian di US: 1 daripada setiap 68 insan mengalami autisme.
Autisme bukan suatu penyakit. Berbanding penyakit yang boleh diubati dan
pulih sepenuhnya, kondisi autisme adalah berkekalan
Penyebab autisme belum dikenalpasti secara khusus atau saintifik.
Autisme boleh dialami oleh mana-mana insan tanpa mengira bangsa,
keturunan, agama atau latar belakang sosio-ekonomi.
Individu autisme bukan golongan berisiko yang boleh mendatangkan bahaya
atau bodoh. Mereka hanya memerlukan pendekatan yang berbeza dan sesuai
bagi membantu perkembangan pengurusan diri, interaksi sosial dan pendidikan.
Autisme adalah semulajadi dan bukan disebabkan oleh cara ibubapa
membesarkan anak-anak.
Autisme mempunyai spektrum yang luas. Setiap individu autisme mempunyai
tahap keupayaan diri yang berbeza-beza. Sila rujuk gambarajah dibawah:
FAKTA BERKAITAN AUTISME
3
Other studies suggest:
• Difficulty communicating (approx. 50%
non-verbal)
• 75% have intellectual challenges, 25%
have average and above average
intelligence
• Some are ‘autistic savant’ (e.g. Rain
Man film)
• Some have outstanding artistic or
musical abilitiesSumber: www.psychologytoday.com
DU’A - Different * Unique * Awesome
TANDA-TANDA AWAL AUTISME
Berikut adalah antara tanda-tanda awal yang lazim ada pada kanak-kanak 2 hingga 3 tahun:
Tiada atau lemah ‘eye-contact’
Tiada tindakbalas apabila dipanggil (bukan kerana pekak)
Tidak suka dipeluk, suka bermain sendirian
Tidak peka kepada perasaan orang di sekitarnya
Mengulangi perkataan/frasa dituturkan oleh orang lain (echolalia)
Kesukaran memulakan perbualan, sturuktur ayat tidak betul
Mahu kekal pada rutin dan turutan yang spesifik dan tidak fleksibel
Kerap lakuan pergerakan badan yang berulang (mengayunkan
badan, berputar atau mengepakkan tangan)
Mudah terganggu dengan persekitaran akibat tahap sensitiviti deria
yang ekstrim seperti bunyi, rasa, rupa, atau bau (sensory overload)
Minat yang mendalam terhadap sesuatu objek (obses)
4
PENTING!!Sekiranya terdapat tanda-tanda diatas, adalah amat penting bagi kanak-kanak diatas dirujuk kepada doktor pakar dan menjalani diagnosis.
Sekiranya kanak-kanak disahkan mengalami autisme, adalah kritikal bagi ibubapa memastikan kanak-kanak mengikuti program intervensi awal dan terapi yang berkaitan.
Disamping itu, ibubapa harus mula mendapatkan maklumat dan pendedahan mengenai autisme melalui pembacaan, konsultansi dan sokongan dari pihak yang berkaitan.
DU’A - Different * Unique * Awesome
Pendidikan yang sesuai dengan kemampuan, aras dan potensi individu
PENGURUSAN PENDIDIKAN
Program Intervensi Awal
Program pendidikan awal yang kritikal bagi membantu kanak-kanak autisme segera meningkatkan perkembangan diri, komunikasi, kawalan tingkah laku dan peraturan sosial. Pakar mengesyorkan 40 jam seminggu.
Applied Behaviour Analysis (ABA)
Adalah penggunaan kaedah, teknik dan prinsip khusus yang berdasarkan pengetahuan dan teori yang terbukti bagi membentuk tingkah laku kanak-kanak autisme ke arah yang lebih positif.
Picture Exchange Communication System (PECS)
Penggunaan gambar sebagai medium komunikasi dengan kanak-kanak autisme (contohnya ‘flash cards’)
Terapi pertuturan dan carakerja
Kaedah rawatan secara terapi bersama pakar bagi membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bertutur dan membentuk tingkah laku positif.
5
Preskripsi Perubatan Bagi kes tertentu, Doktor akan mengesyorkan pengambilan ubat-ubatan bagi membantu menguruskan kanak-kanak autisme. Contohnya, ubat bagi mengurangkan tingkah-laku hiperaktif atau agresif.
Kawalan Diet Program diet bagi mencegah kanak-kanak autisme daripada tingkah-laku negatif akibat daripada pemakanan (contohnya hiperaktif). Namun, keberkesanan kawalan diet sukar ditentukan dengan jelas.
Rancangan Pendidikan Individu
Ibubapa dan guru bekerjasama bagi menyediakan rancangan pendidikan yang khas dan sesuai untuk individu kanak-kanak autisme.
Program Pendidikan Inklusif
Kanak-kanak autisme diberi peluang mengikuti pendidikan formal / aliran perdana di sekolah samada secara separa inklusif atau inklusif penuh.
Penting untuk ibubapa mengetahui elemen pengurusan pendidikan insan autisme, antaranya:
DU’A - Different * Unique * Awesome
PENDIDIKAN AGAMAKisah rasulullah s.a.w. didatangi seorang buta
Pada suatu hari sedang Rasulullah s.a.w. berada di masjid, baginda telah didatangi beberapa pembesar bangsa Quraish yang bertanyakan tentang Islam. Rasulullah dengan besar hati menerangkan dan berdakwah kepada mereka.
Sedang Rasulullah sibuk berdakwah kepada pembesar-pembesar tersebut, telah datang seorang lelaki buta. Lelaki buta tersebut bersungguh-sungguh ingin mempelajari islam dan bertanyakan soalan kepada baginda dan telah membuat baginda rasa terganggu. Rasulullah tidak mengacuhkannya dan tidak pula memperhatikan permintaan lelaki buta itu, bahkan berkerut muka dan memalingkan darinya.
Dari peristiwa tersebut turunlah wahyu yang menegur perbuatan Rasulullah melalui firman Allah di dalam surah ‘Abasa ayat 1 hingga 11.
Antara pengajaran yang boleh diambil:
Islam melarang diskriminasi, seharusnya ruang dan peluang yang adil perlu diberi kepada golongan OKU.
Bergantung kepada tahap keupayaan dan kemampuan anak autisme, ibubapa harus memberi pendidikan agama seperti perkara berkaitan tauhid, fardu ain dan lain-lain kewajipan.
6
DU’A - Different * Unique * Awesome
KOMUNITI AUTISME perlukan
AGENSI KERAJAAN
Polisi & Dasar
Peruntukan bajet
Infrastruktur
SEKOLAH
Tenaga Mahir
Sistem & Kurikulum khusus
Peluang inklusif
HOSPITAL / PAKAR
Tingkat akses rawatan dan terapi
‘Out-reach’ ke kawasan pedalaman
MASYARAKAT
Ruang & Peluang
Sokongan & bantuan
Tiada diskriminasi
RAKAN / KELUARGA
Sokongan Moral
Empati & Memahami
Bantuan meringankan beban
SWASTA
Peluang pekerjaan
Bantuan Kewangan
Fleksibiliti kepada Penjaga
PERANAN MASYARAKAT
7
Menerima insan autisme dan keluarganya seadanya.
Sikap toleransi yang tinggi. Tidak mencerca, tidak merendahkan, tiada
diskriminasi atau disisihkan hanya kerana perbezaan mereka.
Memberi ruang dan peluang yang setara dan adil.
Memberi sokongan dari segi moral, kepakaran, tenaga dan kewangan yang
termampu.
Mendengar dan mengambil serius tentang rintihan dan kesusahan yang
dihadapi.