pengenalan isispadu

16
SALAH KONSEP ISIPADU CECAIR DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 PENGENALAN Tajuk Isipadu Cecair di perkenalkan kepada murid bermula di Tahun 2 seperti yang telah ditetapkan oleh Huraian Sukatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemahiran asas seperti Membanding dan Mengukur Isipadu Cecair diajar bagi membolehkan murid mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Murid biasa melihat kotak minuman, botol minuman, bekas air dan sebagainya di sekeliling mereka tetapi tidak dapat menyatakan isipadunya dengan tepat. Perkataan yang biasa mereka gunakan untuk menggambarkan isipadu adalah seperti banyak, sedikit dan sama banyak. Oleh yang demikian, objektif pengajaran tajuk ini dimulai dengan mengenal perkataan–pekataan seperti penuh, separuh penuh dan kosong. Setelah murid dapat menguasai istilah-istilah tersebut, guru perlu mengajar kemahiran membanding dan mengukur isipadu cecair. Murid perlu mengetahui ‘ bekas manakah yang lebih banyak cecair ?’atau ‘ bekas manakah yang kurang cecair ?’. Disinilah selalunya terjadi salah konsep tentang isipadu cecair. Biasanya murid akan membuat kesimpulan bahawa bekas yang lebih tinggi mempunyai isipadu air yang banyak daripada bekas yang rendah tetapi lebar. Contohnya : Bekas A lebih banyak air daripada

Upload: nazatantia

Post on 20-Jun-2015

142 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Pengenalan isispadu

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan isispadu

SALAH KONSEP ISIPADU CECAIR DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2

PENGENALAN

Tajuk Isipadu Cecair di perkenalkan kepada murid bermula di Tahun 2 seperti yang telah

ditetapkan oleh Huraian Sukatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemahiran asas

seperti Membanding dan Mengukur Isipadu Cecair diajar bagi membolehkan murid

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Murid biasa melihat kotak minuman, botol

minuman, bekas air dan sebagainya di sekeliling mereka tetapi tidak dapat menyatakan

isipadunya dengan tepat. Perkataan yang biasa mereka gunakan untuk menggambarkan isipadu

adalah seperti banyak, sedikit dan sama banyak. Oleh yang demikian, objektif pengajaran tajuk

ini dimulai dengan mengenal perkataan–pekataan seperti penuh, separuh penuh dan kosong.

Setelah murid dapat menguasai istilah-istilah tersebut, guru perlu mengajar kemahiran

membanding dan mengukur isipadu cecair. Murid perlu mengetahui ‘ bekas manakah yang lebih

banyak cecair ?’atau ‘ bekas manakah yang kurang cecair ?’. Disinilah selalunya terjadi salah

konsep tentang isipadu cecair. Biasanya murid akan membuat kesimpulan bahawa bekas yang

lebih tinggi mempunyai isipadu air yang banyak daripada bekas yang rendah tetapi lebar.

Contohnya :

A B

Bekas A lebih banyak air daripada bekas B.

Page 2: Pengenalan isispadu

VIDEO ISIPADU CECAIR

Di bawah disediakan video yang telah dimuat turun daripada internet.

http://www.youtube.com/watch?v=t7Y3cJHS4Hg

Video di atas menunjukkan kesalahan konsep tentang isipadu cecair yang telah berlaku kepada

kanak-kanak sekolah. Murid dengan yakin menyatakan bahawa bekas yang tinggi mempunyai

isipadu air yang banyak berbanding bekas yang rendah. Ini yang harus dibetulkan oleh guru

matematik yang berdedikasi. Di sini juga di sediakan sebuah video yang juga dimuat turun

daripada http://www.youtube.com/watch?v=VASC2aeehWc.

Video diatas menceritakan tentang

video

Video

What is volume K2 Math education.

Page 3: Pengenalan isispadu

ALAT BANTU MENGAJAR

Mengajar kemahiran Membanding Dan Mengukur Isipadu Cecair bagi murid Tahun 2 nampak

mudah tetapi ia sebenarnya sukar difahami oleh murid. Guru perlu memikirkan alat bantu

mengajar yang sesuai dan dapat menyampaikan konsep dengan ayat yang mudah difahami

murid. Seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat yang kian berkembang, guru pada

zaman sekarang menggunakan kecanggihan teknologi dalam menyampaikan ilmu pengetahuan

kepada murid. Ia menarik, mudah dan menjimatkan kos pembelian barang alat bantu mengajar.

Penggunaan Power Point semasa menerangkan sesuatu isi pengajaran dalam matematik terbukti

sangat sesuai dan efektif. Bagi mengelakkan kecelaruan atau salah konsep tentang isipadu

cecair, saya telah menyediakan 2 persembahan Power Point yang boleh digunakan semasa

menerangkan kemahiran Membanding Dan Mengukur Isipadu Cecair. Bagi memastikan ia dapat

membentuk persepsi murid tentang isipadu cecair, power point ini menyediakan contoh-contoh

bahan yang pernah dilihat oleh murid seperti botol minuman, kotak minuman, baldi, gelas,

mangkuk dan sebagainya. Ini adalah untuk memudahkan pemahaman konsep tentang isipadu

cecair dalam kalangan murid Tahun 2.

Isipadu cecair 1( ppt )

Isipadu cecair

2( ppt ) )

Page 4: Pengenalan isispadu

AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI MURID LEMAH

Objektif Pengajaran : Murid dapat membandingkan isipadu cecair dalam sesebuah bekas.

Tempoh Masa : 30 minit

Bilangan Murid Lemah : 4 orang

Bahan : Kotak minuman 750ml, kotak minuman 1liter, botol minuman 250ml, botol minuman

750ml, tin susu pekat 500g, tin susu pekat 900g, 4 botol mineral, span, setimba air, papan grid

dan slaid power point.

Aktiviti :

Set Induksi : 1. Guru mempamerkan semua bahan yang boleh didapati di kedai runcit

dihadapan kelas.

2. Minta murid A menyusun bahan mengikut pasangannya.

3. Minta murid B untuk menunjukkan kotak minuman manakah yang

paling banyak cecair.

4. Minta murid C untuk menunjukkan botol minuman manakah yang

paling banyak cecair.

5. Minta murid D untuk menunjukkan tin susu pekat manakah yang

paling kurang cecair.

Perkembangan

Isi Pelajaran

( Langkah 1 )

: 6. Permainan Siapa Banyak, Dia Menang !

7. Setiap murid melakukan aktiviti permainan dengan bertanding

mengisi air di dalam botol mineral dengan menggunakan span.

8. Masa diberikan selama 30 saat untuk mengisi air di dalam botol.

9. Murid yang dapat mengisi air yang paling banyak di kira sebagai

pemenang.

( Langkah 2 ) : 10. Guru bertanya kepada murid, botol siapakah yang paling banyak

dapat mengisi air.

11. Untuk memastikan pemenang, guru mengarahkan murid untuk

meletakkan botol pada papan grid.

Page 5: Pengenalan isispadu

12. Murid menyebut siapakah pemenang permainan.

( Langkah 3) : 13. Guru menayangkan slaid power point tentang membanding isipadu

cecair di hadapan kelas.

Penutup : 14. Sebagai pengukuhan, guru mengedarkan lembaran kerja kepada

murid.

15. Guru membimbing murid secara individu.

AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI MURID CERDIK

Page 6: Pengenalan isispadu

Objektif Pengajaran : Murid dapat membandingkan dan mengukur isipadu cecair dalam

sesebuah bekas.

Tempoh Masa : 30 minit

Bilangan Murid Cerdik : 15 orang

Bahan : Slaid power point, Jar, botol, setimba air, cawan, mangkuk, gelas besar, pasu bunga

hiasan, botol minuman dan jar saiz sederhana.

Aktiviti :

Set Induksi : 1. Guru mempamerkan jar dan botol yang tidak berisi air di hadapan

kelas.

2. Guru meminta murid A untuk mengisi separuh air ke dalam jar.

3. Guru juga meminta murid B untuk mengisi separuh air ke dalam

botol.

Perkembangan

Isi Pelajaran

( Langkah 1 )

: 4. Guru bertanya kepada murid bagaimanakah cara untuk mengenalpasti

bekas yang mempunyai isipadu air yang banyak.

5. Murid akan memberi pelbagai jawapan.

6. Guru menayangkan slaid power point pada skrin.

7. Murid melihat tayangan slaid sambil diterangan oleh guru.

8. Tegaskan kepada murid bahawa isipadu cecair boleh dikira dengan

mengisi air ke dalam cawan sehingga penuh.

9. Bilangan cawan yang diperolehi ialah isipadu cecair.

10. Teruskan tayangan slaid sehingga tamat.

( Langkah 2 ) : 11. Bahagikan murid kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi bekas

yang berbeza dan 10 biji cawan.

Kumpulan 1 : Mangkuk

Kumpulan 2 : Gelas besar

Kumpulan 3 : Botol minuman

Kumpulan 4 : Pasu bunga hiasan

Page 7: Pengenalan isispadu

Kumpulan 5 : Jar saiz sederhana

12. Murid dikehendaki mengira isipadu cecair dengan mengira bilangan

cawan yang diperolehi.

13. Guru membimbing murid sepanjang aktiviti kumpulan.

( Langkah 3 ) : 14. Setelah selesai, guru meminta murid mempamerkan keputusan yang

diperolehi dengan meletakkan bilangan cawan di atas meja.

15. Murid merekodkan dapatan daripada aktiviti ke dalam lembaran kerja

yang diedarkan guru.

Bekas Bilangan cawan

Mangkuk

Gelas besar

Botol minuman

Pasu bunga hiasan

Jar saiz sederhana

Penutup : 16. Sediakan satu permainan untuk menjana idea murid yang cerdik iaitu

permainan ‘Cuba Teka’.

17. Dalam kumpulan yang sama murid dikehendaki meneka isipadu

cecair dengan membuat anggaran bilangan cawan yang diperlukan.

18. Kumpulan yang berjaya meneka dengan tepat akan diberi ganjaran

bintang. Pemenang ditentukan berdasarkan bintang yang paling

banyak dikumpulkan.

19. Sebagai pengukuhan, lembaran kerja diberikan dan murid

dikehendaki menyiapkannya di rumah.

LEMBARAN KERJA BAGI MURID LEMAH

Page 8: Pengenalan isispadu

Nama : _______________________________ Kelas : ______________

A. Isikan ruang kosong dengan jawapan yang betul

berdasarkan rajah yang diberi.

1. Bekas A boleh mengisi air yang lebih banyak daripada bekas

____________.

2. Bekas D boleh mengisi air yang kurang daripada bekas

____________.

3. Aras air dalam bekas _________ dan ________ adalah sama banyak.

LEMBARAN KERJA BAGI MURID LEMAH

A B C D

Page 9: Pengenalan isispadu

Nama : _______________________________ Kelas : ______________

B. Isikan ruang kosong dengan jawapan yang betul

berdasarkan rajah yang diberi.

1. Bekas ________ mempunyai isipadu air yang besar.

2. Bekas ________ mempunyai isipadu air yang kecil.

3. Bekas ________ dan ________ mempunyai isipadu air yang

sama.

LEMBARAN KERJA BAGI MURID CERDIK

E F G H

Page 10: Pengenalan isispadu

Nama : _______________________________ Kelas : ______________

A. Isikan ruang kosong dengan jawapan yang betul

berdasarkan rajah yang diberi.

1. Bekas _____ boleh mengisi air kurang daripada bekas B.

2. Bekas A boleh mengisi air ______ daripada bekas C.

LEMBARAN KERJA BAGI MURID CERDIK

Nama : _______________________________ Kelas : ______________

A

B

C

Page 11: Pengenalan isispadu

B. Fikirkan.

____________botol diperlukan untuk memenuhi baldi.

KESIMPULAN

5 botol air diperlukan untuk memenuhi sebuah cerek.

3 cerek diperlukan untuk memenuhi sebuah baldi.

Berapa botol air diperlukan untuk memenuhi sebuah

baldi ?

Page 12: Pengenalan isispadu

Kekeliruan membanding isipadu antara dua cecair di dalam sesebuah bekas sering terjadi di

kalangan kanak-kanak. Mereka tidak dapat membezakan isipadu jika cecair diisi ke dalam 2

bekas yang tidak sama saiz. Bagi mereka, saiz bekas yang tinggi mempunyai isipadu yang lebih

banyak berbanding saiz bekas yang rendah. Ini terbukti dengan penemuan video dari internet.

Masalah ini tidak wajar dibiarkan berlarutan tahun demi tahun. Sebagai guru metematik yang

bertanggungjawab, kita mesti lakukan sesuatu. Bertindak sebelum parah. Penyediaan bahan

bantu mengajar yang sesuai dan menarik harus diusahakan seawal pendedahan tajuk Isipadu

Cecair di Tahun 2. Bahan bantu mengajar perlulah sesuai dengan aras kemampuan murid dalam

pembelajaran. Sehubungan dengan itu, guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar agar

bersesuaian dengan kumpulan murid cerdik dan murid lemah. Murid lemah diberi aktiviti

ringkas dan latihan mudah manakala kumpulan murid cerdik diberi aktiviti mencabar dan latihan

yang berunsur KBKK. Diharapkan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang disediakan ini dapat

membantu menyelesaikan masalah kekeliruan atau salah konsep membanding isipadu cecair.

Insyaallah…