pengawetan spesimen

Upload: nirmala-josephine

Post on 18-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Science

TRANSCRIPT

PENGAWETAN SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN Pengawetan haiwan dalam cecair Semua haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah pengawet dan penetap yang paling umum digunakan.Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini. Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol . Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara terutama sekali dengan haiwan vetebrata . Semua spesimen yang diawet dalam fomalin lambat laun akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet dalam alkohol. Jika ini perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan baunya. Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka atau spikul-spikul kapur kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian berkapur ( calcareous) . Hal ini dapat diatasi dengan menuetralkan fomalin tersebut. Formalin dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan warna asal spesimen sampai bila-bila. Haiwan yang lembut elok ditetapkan dan diawetkan dalam alkohol. Organisma bergelatin lembut memerlukan penetanan beransur bergantung kepada ketumpatan dan saiznya. Ini biasanya dari dua hingga enam jam bagi setiap kepekatan alkohol dari 30% , 50% dan 60% yang mana selepas itu ianya disimpan dalam alkohol 70%. Di bawah ini ada diberikan panduan bagi cara-cara memengsan membunuh dan bahan-bahan pengawet yang digunakan keatas spesimen-spesimen haiwan . Spesimen Bahan Pemengsan Atau Membunuh Bahan Pengawet

i. Coelenterata Contoh : Hydra,Obor-obor,dll Bubuhkan hablur mentol ke dalam air . Alkohol 70%

ii. Annelida Contoh : Cancing tanah,lintah dll. Megnesium Klorid 7% Fomalin 5% atau alkohol 70%

iii. Mollusca( tidak berangka) Contoh: Lintah Bulan dan Sotong. Urethane 2% atau beberapa titik propyline klorid Fomalin 5% atau alkohol 70%

iv. Mollusca Contoh: Siput dan Kerang Magnesium klorid 7% Formalin 5% jika besar suntikan dengan 10% formalin dahulu.

V. Echinodermata Contoh: Gamat, tapak sulaiman Masukkan terus kedalam air tawar Formalin 5% jika besar suntik dengan formalin 10 % dahulu.

Vi. Crustacea (laut) Contoh: Udang,ketam dll Masukkan dalam air tawar Formalin 5% Jika besar suntik dengan fomalin 10 % dahulu.

Vii.Serangga Contoh: Kumbang Ethyl Acetat Keringkan dipinkan larva disimpan dalam alkohol 70 - 80%.

X. Veterbrata daratan reptilia, amphibia dan lain-lain. Ether , klorofom Suntik dengan alkhol 70% atau fomalin 10% dan disimpan dalam fomalin 10%.

Xi. Ikan Larutan urethane 10% atau ms-222 sandoz 1:1,000 hingga 1:20,000 Formalin 10% ( suntik jika spesimen besar )

Cara-cara menyediakan bahan pengawet cecair Anda boleh menyediakan bahan pengawet dengan mengikuti cara-cara dibawah:- Untuk Formalin Kepekatan1%Formalin ( formaldehyde 40% )1 mlAir suling99 ml--------100 ml--------- Formalin5%5 ml Air suling95 ml --------100 ml---------Formalin10%10 ml Air suling90 ml 100 ml --------- Untuk alkohol Dari alkohol grade mutlak70%Alkohol70 ml Air suling30 ml -------- 100 ml --------- Dari alkohol grade95 %Alkohol75 ml 70%Air suling25 ml ------- 100 ml --------- Pengawetan rangka haiwan vertebrata ( burung, tikus, arnab,ayam dan lain-lain ) Satu cara pengawetan ialahpengawetan dalam bentuk penyediaan rangka haiwan ( taksidermi ). Ia adalah satu kaedah yang mana tulang-tulang haiwan tersebut diproses untuk diawet dan dibentuk dalam kedudukan yang aslinya. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan bahan bahn rujukan dan bahan pameran di sekolah.Berikut adalah senarai langkah-langkah yang anda ikuti untuk menyediakan rangka haiwan anda. 1. Mula-mula matikan haiwan dengan menggunakan klorofom dalam bekas yang tertutup. 2. Kemudian buangkan kulit atau bulu pada haiwan tersebut. 3. Buangkan segala isi perut dan organ-organ dalam badan. 4. Lepaskan itu masukkan kedalam air mendidih selama satu jam. ( tertakluk pada saiz haiwan ) supaya senang di buang. 5. Keluarkan spesimen tadi dan mula buangkan semua otot ( isi ) yang melekat pada tulang-tulang. 6. Kemudian rendamkan ke dalam amonium hidroksida ( pelarut lemah ) selama 24 jam. 7. Keluarkan selepas itu dan rendamkan ke dalam larutan 5% hidrogen prosikda selama 8 jam untuk memutikkan tulang. 8. Lepas itu basuhkan dengan air dan keringkan di bawah cahaya lampu. 9. Apabila tulang-tulang telah kering anda gamkan semila tulang-tulang yang tertanggal dan di samping itu membentuk kedudukan semulajadi haiwan tersebut.Rangka yang telah siap seeloknya dipaku atau dilekatkan pada pelantar untuk mudah di alihdan di simpan. 10. Anda boleh disapuskan tulang-tulang tersebut shelac untuk melindungi daripada kulat atau bakteria. KUTIPAN DAN PENGAWETAN SERANGGA Serangga terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Kebolehannya untuk hidup di berbagai-bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu kum[ulan. Separuh dan spesies-spesies lain tersebar luas di berbagai-bagai jenis lokasi. Ada jenis-jenis afid, sebagai contoh terbatas kehidupan pada satu spesies pokok sebagai perumah ( Host ) sementara ada yang menjadikan beratus-ratus jenis pokok berlaianan spesies sebagai perumah. Cara-cara kutipan Biasanya cara-cara kutipan adalah kurang selective (memilih) iaitu kemungkinan speseis -spesies berlainan tidak akan dikutip sekali. Sebagai contoh kutipan dengan cara-cara menyapu permukaan daun dengan jaring serangga (insect net) akan menghasilkan kutipan serangga-serangga di bahagian atas tumbuhan tersebut. Serangga-serangga di bahagian bawah tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili sepenuhnya tangkapan. Begitu juga serangga yang terdapat di atas permukaan tanah dan di bawah tidak akan dikutip langsung dengan kaedah begini. Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net) jaring ini digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan sepertirimbunan daun-daun, pokok-pokok renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi. Membunuh dan Mengawet Serangga Bahan kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah ethyl acetate. Ianya boleh diletakkan pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di dalam sebuah botol (killing bottle). Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan sianid (syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang) walaupun ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi ethyl acetate. Serangga-serangga yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika ethyl alkohol tidak dapat diperolehi. Ada sesetengah orang lebih suka menggunakan larutan Hoods yang mana ianya boleh disediakan dengan cara berikut:- Larutan Hoods Ethyl alkohol1485 ml air suling 330 ml asid glacial acetik 83 ml benzol 83 ml -------- larutan Hoods Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah disimpan dalam alkohol 95% Larutan KAAD Kerosene1 bahagian Alkohol ethyl 95%10 bahagian asid asetik glacial 2 bahagian diaxane 1 bahagian Menyemat (Pinning) Serangga-Serangga Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi badannya. Jenis Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi kepak kanannya., lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat menerusi thorax dan pangkal kepaknya. Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama iaitu 1 inci dari atas hujungpin. Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) . Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading boads yang dibuat daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan dikembangkan hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan. Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas tebal (cardbord points) dengan menggunakan gam. Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke hadapan dan point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin. Mengering Serangga Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak serangga. Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 45 C, keringkan sehingga beberapa hari. Serangga boleh juga dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-semut perosak dan lainnya. Melabel Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan specimen. Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu tadi. Menyimpan Serangga Specimen yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutupdengan kertas putih. Ianya seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut, lipas atau gegat memasukinya. Ubat gegat (Naptelene) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di bahagian bawah di sebelah tepi kotak . Ini perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke semasa. Sejenis larutan boleh disediakan sebagai rawatan kepada kotak-kotak serangga ini. Ianya disapukan di permukaan dalam kotak dan dijemur sehingga kering. Cara menyediakan adalah seperti berikut: Bahankuantiti 1.Serbuk Napthelene3 lb (1360 g) 2.Kloroform1 lb 3.Beechwood Creosolte1 ib 4.Minyak petrol4 1/2 pts. Cara menyediakan Campurkan kloroform dengan 1 1/2 lb serbuk nepthlene, kacau hingga sekata dan tambahkan lagi 1 1/2 lb serbuk nepthlene dan diikuti dengan beechwood Cresote. Kacau untuk melarutkan dan kemudian tambahkan petrol. Selepas disapukan pada kotak, keringkan kotak sehingga yang tinggal cuma selapis serbuk halus napthlene. Melembutkan (relex) Serangga (dewasa) spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek. Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas yang tidak masuk angin (air-tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah. Bubuh sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan. PENGAWETAN TUMBUHAN 1.Lumut Hati dan Lumut Jati Pengawet secara basah dan kering akan dibincangkan dalam bahagian ini. Kedua-dua cara ini adalah sama penting dan perlu diberikan perhatian. Specimen-specimen boleh diawet dalam jangkan masa tertentu dalam larutan F.A.A. Bermacam jenis larutan yang ditambah dengan kuprum telah disyorkan untuk mengawet serta mengekalkan warna hijau dalam tumbuhan namun demikian tidak terdapat satu pun yang boleh mengekalkan warna hijau selama-lamanya. Peenyediaan Larutan F.A.A. (Formalin-aseto-alkohol solution) BahanKuantiti Ethyl Alkohol 70%90 ml Formalin , Formaldehyde5 ml Asid Asitik glacial5 ml Bagi bahan tumbuhan yang lembut digunakan 50% , gunakan 3 ml asid asetik dan 7 ml formalin bagi bahan-bahan keras seperti berkayu (woody) Kaedah-kaedah berikut ini dapat mengawet dan mengekalkan warna hijau pada tumbuhan dengan berkesan bagi satu-satu jangkamasa tertentu. Ini adalah bergantung pada jenis tumbuhan pula. 1. F.A.A dengan kuprum sulfat BahanKuantiti Kuprum sulfat0.1 g Ethyl alkohol, 50%90 ml Formalin,40% formaldehyde 5 ml Asid setik, glacial 5 ml Cara : Rendamkan spesimen dalam larutan ini selama 3-4 hari. Selepas itu pindahkan ke larutan F.A.A (tanpa CuSo4) untuk disimpan. 2. Lactophenol kuprum BahanKuantiti Fenol20 g Asid laktik20 g Gliserin40 g Air suling20 ml Kuprik Keloroid0.2 g Kuprik asetat0.2 g Larutan ini dicadangkan untuk alga hijau tetapi sesuai juga untuk lumut hati dan lumut jati. Rendamkan spesimen dahulu dalam larutan selama 3 hingga 10 hari bergantung pada saiz tumbuhan. Kemudian pindahkan ke dalam larutan F.A.A. untuk disimpan. 2. Alga Pengawetan dalan cecair 1) Alga air tawar : larutan-larutan yang disebut di bawah adalah dicadangkan untuk semua jenis kecuali yang berbentuk unicellular lembut (delicate) penambahan sedikit kuprum sulfat munkin dapat membantu mengekalkan sedikit warna alga hijau. A)Formalin-chroma alum Kalium-kronalum10 g Formalin 4% 5 ml Air500 ml b)Formalin -asid asetik glacial Air72 ml Formalin (40% Fornaldehyde) 5 ml Gliserin20 ml Asid asetik glacial 3 ml c)Transean s solution Air60 ml Ethyl alkohol30 ml Formalin10 ml Gliserin 5 ml ii) Alga Laut a)3 % Formalin Formalin3 ml Air laut97 ml Untuk alga yang besar gunakan 5 ml formalin b)Ethly alkoholEthyl alkohol70 ml Air laut30 ml Untuk menetapkan warna hijau dalam alga laut, larutan berikut adalah dicadangkan. 3. Kulat Pengaweatan dalam cecair, kulat-kulat segar (freshy) seperti cendawan, kulat bracket dan kulat cup serta bahagian-bahagian yang dijangkiti parasit-parasit kulat boleh diawet untuk jangkasmasa tertentu dengan menggunakan bahan-bahan pengawet di bawah ini. A) 5 % formalin (tambahkan 5 ml formaldehde kepada 5 ml air suling b) F.A.A. (Formalin-asid asetik alkohol) Formaldehde (larutan 40%)50 ml Asid asitik galcial50 ml Alkohol 60 % (ethanol atau isopropil) 900 ml Bagi mengawet kulat berwarna formulasi-firmulasi nerikut adalah disyorkan. A)Kulat yang terdapat pigmen larut air Asid asetik glacial10 ml Mercuric acetat1.0 ml Plumbum asetata neutral10.0 ml Ethy alkohol 90 %1000 ml b)Kulat yang terdapat pigmen tak larut Asid asetik glacial5 ml Mercuric asetat 10 ml Air Suling 100 ml Pengawetan kering : tumbuhan dengan parasit kulatnya boleh dikeringkan dalam penekanan tumbuhan(plant press) dan disimpan di atas kertas herbarium. Kulat segar, termasuk cendawan, bola puf, kulat cup, dan lain-lain boleh dikeringkan dibawah matahari atau bawah pencahayaan terang. Spesimen yang kering ini akan disimpan di dalam beka-bekas yang mana dimasukkan sedikit hablur paradichlorobenzenl bagi menghalang seranggan memasuki dan merosakkannya. Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering. Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh di awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika disimpan dikendalikan dengan sempurna. Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda. Jadi bagaimana anda akan melakukan pengawetan ini ? Mula-mula adan perlu menyediakan bahan atau alat-alatnya seperti di bawah ini: 1. Alat penekan (plant press) Diperbuat daripada kayu berukuran setiap 1cm x 3 cm x 48 cm panjang. Kayu-kayu ini kemudian dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit. Anda perlu menyedikan dua belah alat ini. 2. Tali pengikat Tali ini adalah untuk mengikat alat pengapit. Boleh diperbuat daripada nylon ataupun jerami dan secukup panjang untuk diikat dikeliling alat pengapit. 3. Kadboard (corrigated boards) Sediakan beberapa keping berukuran 33 cm x 50 cm. Kadbod ini digunakan untuk mengapit spesimen yang telah disusun di antara helaian kertas sebelum dikapit dengan pengapit. 4. Lapisan kertas Kertas ini adalah untuk menyusun dan mengapit spesimen. Anda boleh gunakan kertas surat khabar untuk tujuan ini. 5. Kertas herbarium Kertas ini tebal, berukuran 16 1/2 x 10 1/2 dan berwarna putih. Penyediaan spesimen herbarium melibatkan proses mengutip, menekan (mengapit) melekat, melabel dan akhirnya mengecamkan spesimen. Disini saya tidak akam membincangkan kaedah pengecaman spesimen. Proses Pengapitan Anda perlu memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang tidak dimakan ulat, bunganya atau buahnya jika terdapat. Kemudian susunkan spesimen ini di antara lapisan kertas. Pastikankeratan spesimen ini tidak melebihi kertas kadbor (33 cm x 50 cm) yang akan digunakan untuk mengapitnya nanti. Sisinkan daun-daun supaya tidak bertindih dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu , cukup sekadar mempamerkan bahagian batang, daun, dan bunga. Selepas itu anda perlu susun spesimen di dalam kertas ini di antara dua kadbod dan alat pengapit kayu. .Dengan menggunakan tali dengan kuat kepitan spesiemn ini seelok-eloknya tali dikelilingkan beberapa kali pada pengapit tadi. Mengering Spesimen Apabila spesimen selesai dikapit ianya sudah sedia untuk dikeringkan. Terdapat dua cara anda dapat mengeringkan spesimen tersebut. Pertama dengan cara cahaya matahari dan kedua adalah dengan menggunakan ketuhar yang mana suhu boleh dikawal. Dengan cara pertama spesimen dalam alat pengapit perlu didedahkan di bawah cahaya matahari. Pada keesikan harinya anda perlu membukannya pengapit ini dan pindahkan spesimen-spesimen ke lapisan kertas-kertas baru. Betulkan dan atur semula daun-daun atau bunga yang terlipat semasa proses pengapitan terdahulu. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen betul kering. Cara mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa satu minggu. Kaedah pengeringan dengan menggunakan haba dari ketuhar adalah sangat sesuai dan cepat. Jika terdapat edaran udara yang elok maka ianya adalah satu cara paling sesuai menerusi pengeringan cepat bagi mengawet warna tumbuhan. Spesimen yang dikapit dimasukkan terus kedalam ketuhar pada suhu 45 C hingga 60 C. Proses pengeringan cara ini biasanya mengambil masa 3 hingga 7 hari. Dalam pad itu jangan lupa menukar lapisan kertas bila-bila perlu. Melekatkan Spesimen (Mounting) Selepas anda telah melakukan proses pengapitan dan pengeringan, spesimen tadi adalah sedia untuk dilekatkan ke atas kertas herbarium. Kertas herbarium yang standard adalah berukuran 16 1/2 x 10 1/2. Tujuan utama bagi spesimen ini dilekatkan adalah untuk memudahkan penyimpanan. Oleh itu adalah penting bagi anda memastikan spesimen dilekatkan dengan kuat pada kertas serta diatur dan dipamer dengan jelas. Sebolehnya-bolehnya kedudukan asal bahagian tumbuhan mestilah dikekalkan dan anda tidak perlu mengubah mana-mana bahagian untuk mendapatkan kedudukan yang anada rasa elok. Pamerkan bahagian atas dan bawah daun-daun terutama sekali bagi tumbuhan seperti pakupakis supaya dapat dilihat perbezaanya. Batang tumbuhan boleh dilekatkan ke atas kertas herberium dengan menggunakan benang jahitan. Anda perlu menebut kertas herberium ini dan jahitkan benang dengan mengguakan jarum. Disampingitu juga anda boleh gunakan kertas jalur bergam atau gam resin/emulsi. Pastikan selepas menjahit anda mematikan jahitan dengan membuat satu ikatan di belakang kertas herberium. Daun-daun pada kertas lebar boleh juga dijahit di batangnya atau digam terus pada kertas. Setiap tumbuhan mestilah dilekatkan pada kertas herberium yang berasingan. Melebel spesimen Sesudah melekatkan spesimen yang telah kering tadi perlu melebelkannya selepas ini. Biasalebel ini dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat yang difikirkan perlu adalah seperti nama saintifik,nama amnya, nama family, tempat dimana ia dikutip, habitatnya, nama pengutip, tarikh ianya dikutipdan nombor herberiumnya bagi tujuan rekok atau rujukan ( sila lihat contoh ).