pengajaran secara berkumpulan merupakan komponen dalam perlaksanaan dalam programpemulihan khas...
DESCRIPTION
NOTATRANSCRIPT
Pengajaran secara berkumpulan merupakan komponen dalam perlaksanaan
dalam programpemulihan khas melalui Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Iamerupakan program pemulihan khas tahap satu di sekolah
kebangsaan yang merangkumi aktivitirutin kelas, interaksi degan guru, permainan
berunsur pendidikan, latihan dan penilaian.Pengajaran dan pembelajaran yang terdiri
dari tiga kumpulan yang cerdas, sederhana dan lemahdengan melibatkan masa
tertentu dan penggunaan alat bantu mengajar.
Menurut L.M. Smith (1969) pengajaran berkumpulan merupakan unit sosial
yang terdiri daripada beberapa individu yang berinterksi di antara satu sama lain,
mempunyai nilai-nilai yangsama dan saling bergantung di antara mereka.
Pengajaran secara berkumpulan dari sudut pendidikan terdiri dari satu kelompok
atau pasukan yang mengandungi beberapa orang murid yang bertingkahlaku sama
terlibat dalam proses pembelajaran. Pengajaran ini
mempunyai fungsi yang sama berusaha dan
bekerja ke arah satu matlamat yang spesifik.
Kumpulan dibentuk berdasarkan minat dan
kebolehan murid, arah keupayaan atau
persahabatan. Keahlian dalam sesuatu kumpulan
boleh berubah-ubah mengikut keperluan.
Menurut Mohd Salimi Baharudin (2007) pengajaran secara berkumpulan
dalam prorgam pemulihan khas adalah sukar dilaksanankan berbanding mengajar
secara individu atau secara keseluruhan, murid-murid pemulihan tidak boleh fokus
dengan baik dengan sentiasa melihat dan tertarik kepada murid yang sedang
menjalani aktiviti di dalam kumpulan yang lain semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Rentetan itu pengajaran dan pembelajaran berkumpulan
dalamprogram pemulihan khas telah menjadi isu dan perdebatan di kalangan guru-
guru pemulihan sehingga kini.
Proses pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan dikatakan sukar
dilaksanakan oleh guru pemulihan serta diikuti oleh murid-murid pemulihan khas.
Akibatnya boleh menjejaskan perlaksanaan program pemulihan khas di sekolah
kebangsaan. Hal ini juga menyebabkan guru-guru pemulihan cenderung untuk
melaksanakan pengajaran secara keseluruhan atau individu.
STRATEGI PENGAJARAN SECARA KUMPULAN
Pembelajaran koperatif melibatkan mempunyai pelajar bekerja bersama-sama
untuk memaksimumkan mereka sendiri dan antara satu sama lain adalah
pembelajaran (Johnson, Johnson & Smith, 1991). Laman ini menyediakan sumber
tentang pembelajaran koperatif, mereka bentuk aktiviti kumpulan kecil yang
berkesan, dan bimbingan untuk mewujudkan dan mengekalkan pelajar kumpulan
berkesan dalam bidang kejuruteraan dan makmal kursus pembelajaran.
Koperatif bermaksud bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif
yang ditetapkan bersama. Sewaktu menjalankan aktivtiti secara koperatif, semua
individu terlibat cuba menyelesaikan apa saja permasalahan yang dihadapi demi
kebaikan diri sendiri dan juga ahlikumpulan secara keseluruhannya. Pembelajaran
koperatif pula merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil bagi
memaksimakan hasil pembelajaran, sama ada secara individu atau kumpulan.
Melalui kaedah koperatif guru akan memulakan pengajarannya secra kelas
danmemberikan penerangan awal aktiviti yang akan mereka lakukan pada hari
tersebut. Segala maklumat penting berkaitan aktiviti seperti objektif dan langkah-
langkah yang perlu diberikan perhatian dimaklumkan sebelum pelajar memulakan
aktiviti mereka. Selepas itu barulah guru membahagikan kleasnya kepda kumpulan-
kumpulan kecil dengan tugasan-tugasan tertentu.
Prinsip utama di sebalik kaedah koperatif ini ialah pelajar perlu sedar bahawa
peranan masing-masing sangat penting dalam menentukan kejayaan kumpulan.
Setiap ahli kumpulan mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada kumpulan
mereka. Kejayaan individu menentukan kejayaan kumpulan, begitu juga sebaliknya
sekiranya seorang gagal, maka seluruh ahli kumpulan juga gagal.Dalam kaedah ini
juga akan terdapat kebebasan yang positif dalam kalangan pelajar yang menentukan
pencapaian matlamat kumpulan iaitu kumpulan tersebut hanya akan
mencapaiobjektif sekiranya setiap ahli kumpulan berupaya mencapai objektif
masing-masing. Contohnya,sekiranya suatu kumpulan ditugaskan menyediakan
pembentangan mengenai bagaimana Islam tersebar di Makkah, semua ahli
kumpulan perlu member sumabangan masing-masing sama ada berbentuk
kemahiran menggunakan perisian computer, mengumpul data, maklumat, menjadi
juru cakap kumpulan dan sebagainya.Terdapat beberapa kompenan penting yang
perlu diberi perhatian sewaktu merancangkankaedah koperatif di dalam bilik-bilik
darjah.
i. Mewujudkan semangat saling bergantung antara satu sama lain dalam
kumpulan
ii.Menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersemuka.
iii.Setiap ahli kumpulan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada
kumpulan masing-masing.
iv. Mengajar kemahiran interpersonal kepada pelajar.
v. Pemprosesan kumpulan.
pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas menunjukkan
terdapat guru-guru pemulihan yang melaksanankan proses pengajaran secara
berkumpulan dengan baik dan berkesan, berbanding pengajaran secara keseluruhan
dan individu. Tahap dalam penguasaan kaedah pengajaran secara berkumpulan di
kalangan guru pemulihan dan keberkesanannya juga tinggi. Justeru itu, kajian ini
menolak persepsi atau pandangan negatif terhadap pengajaran secara berkumpulan
dalam program pemulihan khas. Kaedah pengajaran secara berkumpulan inibukan
sahaja terbaik dalam program pemulihan khas malah untuk proses pengajaran dan
pembelajaran di aliran perdana.
RUJUKAN
Abu Zahari Abu Bakar. (1988).Memahami Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur :
Fajar BaktiAtan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka
Ee Ah Ming (1987).Pedagogi, Satu Pendekatan Bersepadu . Kuala Lumpur :
Fajar Bakti.Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yosof Boon & Abdul
Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur :
PTS Publication Sdn Bhd.
Azizi Yahaya. et.al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . Pahang:
PTSPublication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999.Penyelidikan Pendidikan. Skudai. UTMAbdul
Rahim Hamdan & Ahmad Johari Sihes. 2011.Rekabentuk Pengajaran Dalam
Pendidikan Skudai. UTMKamus Dewan Edisi Empat ( 2005 ). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUGURUAN
PENGAJARAN SECARA KUMPULAN
NAMA AHLI : JAMUNA A/P BATUMALAI
SIVANASWARI A./P KARUPPIAH
SUGANTHI DIANA A/P ASIRAVATHAM
OPSYEN : RBT 3 (SJKT)
KUMPULAN : PISMP SEM 5
NAMA PENSYARAH : DR, MOHD YUSUF BIN DAGANG