pendidikan seni visual di sekolah

Upload: mohaspa-mohd-hassan

Post on 07-Mar-2016

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Organisasi Pendidikan Seni Visual yang merangkumi i) Pengetahuan sedia ada murid,.ii) Minat, kecenderungan dan latar belakang murid, iii) Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi iv) Mencetus idea dan imaginasi

TRANSCRIPT

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Empat Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual

2.1Pemerhatian Secara Aktif

2.1.1Pengetahuan sedia ada murid2.1.2Minat, kecenderungan dan latar belakang murid2.1.3Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi2.1.4Mencetus idea dan imaginasi

2.2Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan2.2.1Penerokaan2.2.2Penghasilan / membuat

2.3Apresiasi

2.4Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

3.0 Penutup

BIBLIOGRAFI.

1.0Pengenalan

Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pendidikan Seni Visual di Malaysia suatau ketika dahulu diajar sebagai satu subjek asal ada dan tidak bersungguh-sungguh. Pendidikan Seni Visual dilihat tidak penting dan tidak mempunyai peranan dalam melahirkan pelajar yang berbudaya, kreatif, inovatif , inventif dan sebagainya. Senario ini berubah apabila Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Menengah Pendidikan Seni Visual (PSV).

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan 10 objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan pengajaran Pendidikan Seni seperti yang terkandung dalan Sukatan Pelajaran KBSR Pendidikan Seni Visual (2000):

1.menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,2.melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatifdan meyeronokkan,3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,4.mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan senivisual,6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat danselamat,7.memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri danbertanggungjawab,8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,9.menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan senivisual, dan10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktivitikesenggangan yang berfaedah.

Berdasarkan objektif yang digariskan di atas nyatalah bahawa pihak Kementerian bersungguh-sungguhn untuk mengangkat PSV sebagai suatu mata pelajaran penting bagi melahirkan pelajar yang peka kepada budayanya, kreatif pemikirannya, positif dalam tingkah laku dan cara bekerjanya.

1.0 Empat Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual

Dalam usaha untuk mencapai 10 objektif pengajaran PSV di sekolah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan empat organisasi kurikulum PSV iaitu:

a)Pemerhatian secara aktifb)Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahanc)Apresiasi seni visual secara mudahd)Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Keempat-empat organisasi ini merupakan pendekatan yang diterapkan agar matlamat pelaksanaan KBSR PSV dapat dicapai iaitu:

bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.... Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikirsecara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000)

Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Empat bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun sesuai dengan tahap kognitif dan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah empat aspek utama di dalam organisasi kurikulum bagi mencapai objektif pengajaran. Empat aspek berkenaan ialah

2.1Pemerhatian Secara Aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Pemerhatian dapat melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui pemerhatian itu, murid-murid diminta membuat pengamatan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik minat bagi melihat ataupun menyentuhnya. Seterusnya perbincangan murid-murid dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan bagaimana hal benda diolah menjadi motif.

Aspek pemerhatian yang aktif di dalam pengajaran guru melibatkan sensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau semasa menyediakan aktiviti, antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah:

2.1.1Pengetahuan sedia ada murid

Guru Pendidikan Seni Visual haruslah peka sebelum memulakan pengajaran berkenaan hal pengetahuan sedia ada murid. Hal ini penting untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai apabila murid dapat melibatkan diri kerana bahan pengajaran guru berkesinambungan atau berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Berdasarkan teori kognitif, proses pembelajaran berlaku apabila seseorang itu menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan sedia ada di otak dengan data-data yang diperoleh melalui persekitarannya.

2.1.2Minat, kecenderungan dan latar belakang murid

Perkara ini haruslah diambil berat oleh guru. Minat dan kecenderungan murid yang berbeza perlu dipertimbangkan kerana ia amat mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan latar belakang murid, sama ada datangnya dari keluarga miskin, sederhana ataupun mewah.Minat dan kecenderungan yang lebih menjurus kepada kecerdasan yang pelbagai ini seandainya dikesan oleh guru akan dapat melahirkan kreativiti melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikan pembelajaran bagi membantu murid-murid membina kemahiran seterusnya memperoleh ilmu dan mengamalkannya.

Aktiviti dalam pendidikan seni visual boleh dijalankan dengan memanfaatkan kepelbagaian minat dan kecenderungan yang terdapat pada murid-murid dalam aktiviti berkumpulan ataupun aktiviti individu.

2.1.3Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi

Melalui pemilihan bahan yang melibatkan deria, guru dapat menentukan rangsangan yang didedahkan kepada murid-murid dan kesannya terhadap gerak balas yang dihasilkan. Perkara yang melibatkan pergerakan, bunyi dan aksi akan mampu menarik perhatian murid seperti nyanyian lagu Burung Kakatua dan boneka burung akan mampu meningkatkan minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar menggunakan teknik catan cat air.

Media pengajaran yang digunakan adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan (Ngui Kuan Sang, 1989). Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

2.1.4Mencetus idea dan imaginasi

Hasil daripada pemerhatian yang aktif, murid-murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan buatan manusia. Murid akan dapat merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.Justeru itu cetusan idea dan imaginasi dapat dihasilkan untuk murid menghasilkan karya yang kreatif melalui pemerhatian yang aktif ini.

Pemerhatian yang aktif ini dapat ditajamkan apabila guru peka terhadap persekitaran pembelajaran murid. Sebagai guru pendidikan seni visual yang berkesan, guru harus memastikan murid-muridnya bersedia untuk belajar. Keadaan kelas yang tidak terurus dengan sampah sarap dan meja tidak tersusun akan mengganggu pemerhatian murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran.

2.2Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta terknik-teknik mudah.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru di dalam menjalankan aspek ini ialah

2.2.1Penerokaan

Melalui aktiviti penerokaan ini, murid-murid KBSR akan dapat mendalami sesuatu perkara dan mencari penemuan baru. Penerokaan ini boleh berlaku sama ada dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Pelbagai bahan boleh digabungkan sehingga mewujudkan hasil seni yang unik dan menarik.

Hasil daripada aktiviti penerokaan adalah penemuan yang akan dapat memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif. Dalam usaha menemukan sesuatu yang baru, murid-murid perlu berusaha mencari sesuatu kelainan yang bakal diperoleh hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan.

Apabila wujudnya percubaan melibatkan eksperimentasi murid-murid, tindakan spontan dan kesalahan semasa pembelajaran akan berlaku. Percubaan membuat sesuatu dapat memberi pengalaman estetika semasa menghasilkan produk. Ini penting kerana melalui pengalaman itu, murid akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Secara tidak langsung melalui percubaan demi percubaan dapat mendidik seseorang murid itu erti kesabaran. Antara aspek yang berkaitan dengan penerokaan ini yang seharusnya guru prihatin bersesuaian dengan empat bidang yang disusun iaitu:

i.Aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid adalah aktiviti yang kecil, mudah difahami dan ringkas perlaksanaannya.ii.Murid amat digalakkan untuk cuba mencuba dan berusaha agar dapat suaikenal dengan bahan yang disediakan oleh guruiii.Penemuan di dalam pembelajaran adalah oleh murid sendiri, dan guru sebagai pemudah cara dan murid juga digalakkan untuk uji menguji dengan menggunakan pelbagai teknik. Misalannya dalam memberikan pendedahan kepada muridmurid tentang asas mewarna, guru boleh menyarankan murid menggunakan pelbagai medium seperti kertas tisu, kertas tandas, kertas kadbod dan pelbagai jenis kertas yang memberikan kesan yang berlainan apabila dibubuh warna air.iv.Mencari alternatif di dalam menjalankan aktiviti mewarna, variasi yang pelbagai dan kemungkinan lain. Contohnya penggunaan bahan untuk capan boleh dipelbagai selain daripada flora boleh juga digunakan bahan buangan seperti ronyokan kertas, plastik dan seumpamanya.v.Bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba dan pastikan guru menggalakkan murid menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada peraturan asal sekiranya ia masih tidak menyalahi tajuk dan objektif pembelajaran. Sebagai contoh dalam memperkenalkan dan membuat kraf tradisional, anyaman- murid yang tidak mempunyai bahan gantian kertas warna boleh menggunakan kertas surat khabar berwarna selagi bahan itu boleh membentuk anyaman apabila dijalinkan.

2.2.2Penghasilan / membuat

Di dalam penghasilan dan membuat aktiviti, kepekaan pada persekitaran perlu digalakkan kepada murid-murid. Contohnya murid-murid perlu peka pada persekitaran mereka supaya dapat memanipulasikan objek-objek di sekeliling mereka menjadi sudut hasil seni. Murid-murid secara kreatif boleh memanipulasi bahan, ruang, cahaya dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam karya mereka. Guru juga boleh memberi peluang kepada murid memberi idea bersama-sama bagi mengembangkan bakat murid itu sendiri.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dan guru memainkan peranan penting bagi menjamin kefahaman murid-murid pada pengajaran yang disampaikan oleh guru. Suasana pembelajaran juga banyak dipengaruhi oleh hubungan dua hala yang menekankan pendekatan kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan pelbagai aktiviti gerak kerja, peranan rangsangan dan gerak balas memainkan peranan yang penting bagi menjana proses pembelajaran murid-murid.

Semasa aktiviti dijalankan, guru haruslah memberi kepercayaan penuh kepada murid-murid menonjolkan minat masing-masing dengan pelbagai kaedah pembelajaran sambil bermain tetapi dalam suasana yang mampu dikawal oleh guru. Ini bertujuan mewujudkan suasana ceria dan harmonis dan tidak mengongkong murid-murid itu. Di dalam penghasilan dan membuat gerak kerja ini, murid-murid haruslah diberi perhatian terutamanya berkaitan dengan:

i.Penggunaan alat, bahan dan teknik yang dipilih haruslah bersesuaian dengan bidang yang hendak diajar oleh guru. Sebagai contoh bagi murid Tahun 1, bahan yang digunakan untuk capan mestilah bersesuaian seperti batang pisang atau keratan rentas bawang merah. Mengukir kentang untuk mengecap pastinya tidak sesuai kerana psikomotor mereka belum mahir melakukannya.ii.Tatacara, langkah dan proses membuat seharusnya diterangkan dan dibimbing dengan baik oleh guru pendidikan seni visual. Ini untuk memastikan murid yang kita ajar akan dapat mengikuti dan tidak ketinggalan sehingga mampu menimbulkan suasana yang menyeronokkan. Apabila proses pembelajaran yang dijalankan oleh guru tidak dapat diikuti dengan baik oleh murid maka aktiviti itu tidak berulang kerana menimbulkan implikasi negatif kepada diri murid dan seterusnya membantutkan proses pembelajaran mereka.iii.Amalan tatatertib kerja dan keselamatan semasa bekerja perlulah dititk beratkan oleh guru untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid berjalan denegan lancar tanpa sebarang masalah atau musibah seperti kecederaan ataupun gangguan emosi.iv.Penyampaian kandungan subjek, idea dan halbenda dengan bentuk hasil hendaklah saling berkaitan.

2.3Apresiasi

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.

Melalui aktiviti apresiasi pendidikan seni visual ini, murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. Aspek ini melibatkan pernyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi. Aspek pertama ialah yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aspek kedua ialah aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Apresiasi diri satu aspek yang penting dijalankan setelah murid-murid menyiapkan kerja mereka. Slot ini penting agar murid tahu kekuatan dan kelemahan hasil seni mereka. Mereka sudah tentulah akan memperbaiki hasil kerja mereka pada sesi lain.

Dalam sesi apresiasi seni, guru boleh menanyakan bagaimana murid-murid dapat hasilkan karyanya sebegitu, misalnya cara mewarna, bahan yang digunakan, bagaimana proses membuatnya berjalan atau kekangan yang boleh dimanipulasikan. Guru juga boleh memberi motivasi dengan menggunakan perkataan yang dapat memberi semangat kepada murid supaya mereka meningkatkan keyakinan dan minat mereka terhadap matapelajaran PSV. Dalam sesi ini, guru perlu memberikan perhatian kepada perkara berikut,

i.Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Ini seharusnya dikuasai oleh murid bagi memastikan pengukuhan dan guru perlulah membimbing murid memahami unsur seni yang dipelajari. ii.Aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda seperti nilai, kaitan dengan pelajaran lain atau perkaitannya dengan pengalaman hidup seharian.iii.Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik yang digunakan sewaktu menjalankan aktiviti seni bersama rakan-rakan. iv.Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya. Ini boleh dibantu oleh guru dengan menampalkan hasil seni yang menarik di sudut tertentu agar timbul perasaan penghargaan diri pada jiwa pembuat dan semangat berlumba atau cabaran pda diri murid lain. v.Perasaan, penghargaan dan refleksi diri. Konsep ini penting dan guru boleh meminta murid menyatakannya atau memikirkannya berpandukan soalan-soalan terbimbing dan dirancang.vi.Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan isi pelajaran.

2.4Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supaya menggunakan bahan terbuang supaya dapat menanamkan semangat mencintai alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid digalakkan membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air.Antara perkara yang berkait rapat dengan menghargai nilai ini ialah yang perlu disepadukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti dan kesan selepas itu ialah,

i.nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan seni dijalankan di dalam bilik darjah iaitu pada masa dan hari yang lain semasa menjalankan kegiatan pembelajaran subjek berlainan. ii.nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian seperti dengan keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh, apabila murid sudah mahir mengenal warna dan jenis-jenisnya, dia boleh mengaplikasikan pengetahuannya itu dengan menolong bapanya memilih warna cat yang bersesuaian mengikut tona.iii.tindakan susulan hasil daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti iv.mencintai alam kehidupan seperti mencintai sungai dan keindahannya, hutan dan khazanahnya dan alam sekitar bersama flora dan fauna yang terkandung di dalamnya.v.nilai patriotisme dan nilai murni lain seperti semangat cintakan negara atau semangat bermasyarakat dan seumpamanya dapat diamalkan dan diterapkan secara bersepadu melalui aktiviti pembelajaran yang berkesan. Selain itu murid diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,

Teori Behaviorisme adalah salah satu daripada teori yang diplikasikan ke dalam pembelajaran murid-murid. Ia boleh didefinisikan sebagai kefahaman tingkah-laku. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri seseorang yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran adalah proses yang dilalui oleh setiap individu semenjak dilahirkan sehingga ke akhir hayat.

Dalam teori ini mereka mengatakan peri laku dan gerak balas sebagai unsur penting dalam sesuatu pembelajaran. Teori Behaviorisme lebih menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang dapat diperhatikan dan diukur dengan pandangan mata kasar. Terdapat empat peringkat yang harus dilalui iaitu hukum kesediaan, rangsangan, gerak balas dan peneguhan. Apabila diteliti ia tidak jauh berbeza dengan penekanan aspek di dalam pengajaran pendidikan seni visual ini.

Pencapaian pembelajaran berkesan dan kekal lama sekiranya diberi peneguhan. Peneguhan boleh diberikan bukan sahaja dalam bentuk kebendaan malahan pujian, motivasi dan sebagainya. Begitu juga dengan tumpuan utama pendidikan seni visual iaitu apresiasi seni secara mudah. Dan diikuti dengan menghargai nilai murni.

Seandainya keempat-empat aspek berkenaan dijalankan secara menyeluruh oleh guru di dalam pengajaran dan pembelajaran, matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual pasti tercapai.

Kandungan kurikulum yang bersepadu berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembanngunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

3.0Penutup

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

Justeru penting dan bermanfaatnya pendidikan seni khususnya pendedahan di peringkat kanak-kanak, maka adalah disarankan agar pihak sekolah tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju. Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata pelajaran. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluangmencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan.

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Bahagian Pengembangan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan : Seni dalam Pendidikan Pengajian Asas Berasa Sekolah Modul 2/2. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru. Diperolehi pada 11 November 2012 dari http://www.ustzamri.com/jqaf/Seni%20Dalam%20Pendidikan%20Modul%202-2.pdf

Crow dan Crow. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Ngui Kuan Sang (1989). Strategi Pengajaran Geografi KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Iberahim Hassan, (2000). Pendidikan Seni : Suatu Pemikiran Semula dalam Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim

Majlis Peperiksaan Malaysia. (2012). Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Seni Visual: Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh. Diperolehi pada 11 November 2012 sari http://www.mpm.edu.my/documents/10156/acd347e7-dc3e-4730-b8a2-46a7d7badffe