penderaan kanak

11
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK 3101 PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA Artikel ini diambil daripada buku Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia yang dikarang oleh Ann Wan Seng dan Khadijah Alavi. Di dalam buku ini, terdapat beberapa tajuk yang menarik mengenai penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa berlaku di Malaysia. Namun, saya hanya mengambil tiga isu berdasarkan topik yang ada di dalam buku ini sebagai ulasan kritik. Antaranya ialah : Berdasarkan undang-undang yang telah digubal dan diluluskan oleh negara mengikut Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947, penderaan kanak-kanak ialah mereka yang tidak dijaga hak keperluan sepenuhnya sehingga menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan serta emosi. (m/s 21) Berdasarkan isu di atas, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut yang mana penderaan kanak-kanak akan dianggap sebagai penderaan apabila kanak-kanak tersebut menghadapi ancaman yang boleh memudaratkan dirinya sendiri. Pelbagai bentuk ancaman yang boleh kita tafsirkan seperti memperkosa, dicederakan, dipaksa bekerja dalam umur masih muda dan juga diperhambakan. Hal ini disokong oleh Clinard dan Meier (1985) yang menyatakan penderaan boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga yang mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umur bekerja, membenarkan mengemis dan mendedahkan mereka kepada bahaya moral sehingga menjejaskan pertumbuhan atau kesihatan emosi dan fizikal mereka.

Upload: mohd-muizzuddin

Post on 16-Feb-2015

110 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDERAAN KANAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK 3101

PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Artikel ini diambil daripada buku Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia yang dikarang

oleh Ann Wan Seng dan Khadijah Alavi. Di dalam buku ini, terdapat beberapa tajuk

yang menarik mengenai penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa berlaku di

Malaysia. Namun, saya hanya mengambil tiga isu berdasarkan topik yang ada di dalam

buku ini sebagai ulasan kritik. Antaranya ialah :

Berdasarkan undang-undang yang telah digubal dan diluluskan oleh negara mengikut

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947, penderaan kanak-kanak ialah mereka yang

tidak dijaga hak keperluan sepenuhnya sehingga menjejaskan pertumbuhan dan

kesihatan serta emosi. (m/s 21)

Berdasarkan isu di atas, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut yang mana

penderaan kanak-kanak akan dianggap sebagai penderaan apabila kanak-kanak

tersebut menghadapi ancaman yang boleh memudaratkan dirinya sendiri. Pelbagai

bentuk ancaman yang boleh kita tafsirkan seperti memperkosa, dicederakan, dipaksa

bekerja dalam umur masih muda dan juga diperhambakan. Hal ini disokong oleh Clinard

dan Meier (1985) yang menyatakan penderaan boleh dilakukan oleh ibu bapa atau

penjaga yang mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak

bawah umur bekerja, membenarkan mengemis dan mendedahkan mereka kepada

bahaya moral sehingga menjejaskan pertumbuhan atau kesihatan emosi dan fizikal

mereka.

Di samping itu, penderaan kanak-kanak juga tidak terbatas pada situasi kanak-

kanak, ibu bapa atau penjaga, tetapi juga termasuk sesiapa sahaja yang diamanahkan

dalam penjagaan dan pengawalan kanak-kanak seperti pembantu rumah, saudara-

mara, jiran atau guru-guru. Kajian mengenai penderaan adalah rumit dan kompleks.

Salah satu sebab kekeliruan dalam kalangan masyarakat ialah mengenai definisi

penderaan kanak-kanak. Contohnya memukul anak. Tindakan ini boleh dianggap

sebagai tindakan disiplin daripada ibu bapa terhadap anaknya dari satu segi dan dari

segi yang lain dilihat sebagai penderaan. Oleh itu, penderaan kanak-kanak sangat

Page 2: PENDERAAN KANAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK 3101

bergantung kepada pemahaman dan penerimaan masyarakat terhadap definisi

penderaan.

Setiap kanak-kanak haruslah dijaga dan diberi perlindungan oleh golongan

dewasa. Hal ini demikian kerana kanak-kanak ini masih kecil, lemah dan tidak berupaya

untuk menyara kehidupannya sendiri tanpa bantuan daripada orang lain. Sekiranya ia

berlaku, maka kehidupan kanak-kanak akan terumbang-ambing dan mungkin akan

terjerumus ke lembah yang tidak sepatutnya. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga

menerusi Deklarasi Hak Kanak-kanak telah membuat penegasan bahawa setiap kanak-

kanak harus dipenuhi segala keperluan asasnya serta diberikan perlindungan daripada

sebarang pengabaian, kekejaman dan eksploitasi. Namun, jika dilihat di negara Bosnia,

Somalia dan Palestin, kanak-kanak terus-menerus menjadi mangsa penderaan oleh

orang dewasa. Kanak-kanak di negara itu juga tidak diberi penjagaan mengenai hak

keperluan asasnya. Oleh yang demikian menyebabkan ramai kanak-kanak telah

diserang penyakit seperti taun, malaria, kekurangan zat makanan dan kebuluran.

Sesungguhnya, kanak-kanak memerlukan perlindungan dan jagaan yang sempurna,

termasuk perlindungan undang-undang kerana mereka masih belum matang dari segi

zahir dan batin serta perlu dilindungi hak asasi mereka. Kanak-kanak seharusnya

menikmati satu keadaan yang selamat di mana sahaja mereka berada. Mereka harus

dibesarkan dalam keadaan sihat, tenteram dan ibu bapa serta guru-guru mereka perlu

memberi perlindungan yang sepenuhnya

Walau bagaimanapun, di negara kita, kes yang dilaporkan oleh Jabatan

Kebajikan Masyarakat Malaysia dari tahun 2002 sehingga 2007 menunjukkan bahawa

kes-kes yang dilaporkan tidak statik dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Kes penderaan di Selangor telah meningkat pada tahun 2002, tetapi pada tahun 2003

dan 2005 menurun kepada 368 kes dan 446 kes sahaja. Namun dari tahun 2005 hingga

2007, kes penganiayaan kanak-kanak telah meningkat secara drastik dari 446 kes

kepada 816 kes. Begitu juga di Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan kes daripada

269 kes kepada 444 kes pada jarak tahun yang sama. Ini menunjukkan bahawa

peningkatan 50% kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak dalam jangka masa 2

tahun. Secara keseluruhan, kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak di Malaysia

Page 3: PENDERAAN KANAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK 3101

menunjukkan peningkatan secara drastik setiap tahun daripada 2002 sehingga 2007

dan dijangkakan akan terus meningkat. Pada pendapat pengkaji, turun-naik atau

peningkatan jumlah kes yang dilaporkan tidak setimpal dengan kesan terhadap fizikal,

kognitif dan emosi mangsa yang memikul beban penderaan serta penganiayaan dan

ianya harus dibendung dengan segera.

Page 4: PENDERAAN KANAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK 3101

Seterusnya, penderaan fizikal yang berlaku ke atas kanak-kanak merupakan salah satu

sub topik di bawah penderaan kanak-kanak. Antara isunya ialah:

Penderaan fizikal adalah merujuk kepada kecederaan secara sengaja hasil daripada

tindakan atau layanan yang tidak wajar, salah, bahaya dan menghancurkan.

Kenyataan ini adalah benar kerana penderaan fizikal boleh dianggap sebagai

satu fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara fizikal di mana

tindakan boleh menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota

tubuh, retak, patah tulang, lecur atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan

sebagainya. Di Malaysia, kebanyakan bentuk penderaan fizikal dilakukan dengan

menggunakan rotan, tali pinggang, batang kayu, getah, ubat nyamuk dan cecair panas.

Tidak hairanlah, kecederaan yang dialami hasil daripada penderaan fizikal

menyebabkan luka-luka, lebam, parut, calar dan sebagainya pada tubuh badan kanak-

kanak. Menurut pakar perubatan mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan

yang boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell 1968),

lebam yang teruk (Silverman 1968 dan Cafey 1972), kecacatan akibat penderaan fizikal

(Camerin 1972), retak dan patah tulang (O’Neil et al. 1973), bekas gigitan (Sims et al.

1973), lecur dan terbakar dicucuh puntung rokok (Smith & Hanson 1974). Di samping

itu, Oates (1993:57) membuktikan penderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua

kumpulan kanak-kanak iaitu kanak-kanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak

cacat akibat penderaan tersebut.

Salah satu kes penderaan fizikal yang pernah berlaku ialah:

“Ibu saya masih dalam pantang, ayah seorang penagih dadah – dah lapan kali

keluar masuk penjara. Keluarga saya tinggal di sebuah bilik kecil [8 kali 6 kaki]. Saya

[12 tahun] terpaksa menyara ibu dan adik saya yang berumur 7 tahun dan 4 tahun.

Sejak umur saya 10 tahun, saya bekerja di pasar malam sebagai pencucuk sate. Wang

gaji saya digunakan untuk perbelanjaan rumah, sewa rumah dan kadang kala ayah

memintanya untuk membeli dadah. Jika tidak diberi, saya dan adik dipukul, ibu juga

dipukul kerana melindungi saya dan adik dari dipukul ayah. Pada suatu tengah hari,

ketika saya sedang bermain, ayah tiba-tiba menjadi bengis apabila ibu berbincang

Page 5: PENDERAAN KANAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK 3101

mengenai pekerjaan saya dengan ayah. Saya diheret dari tempat permainan dan

dipukul dengan tali pinggang dan ditumbuk dengan batu lesung. Kali ini saya tak dapat

melarikan diri, apabila ayah marah. Ibu bawa saya ke balai polis dan melaporkannya.

Pihak polis pula telah bawa saya ke hospital ini.” (Shuaime, 12 tahun).

Secara kasarnya, melalui kes penderaan yang dilalui oleh Shuaime ini, tabiat

penagihan bapa mangsa dera ini telah membuat mereka sekeluarga hidup dalam

kesusahan dan selalu berpindah-randah. Perhubungan di antara ahli juga keluarga

mangsa adalah tidak harmoni dan adik-beradik mangsa mempunyai perasaan benci dan

takut kepada bapa mereka. Di samping itu juga, mangsa dera tersebut telah bekerja

sejak umur 10 tahun untuk menanggung nafkah keluarganya. Hal ini sepatutnya tidak

boleh berlaku kerana kanak-kanak ini masih di bawah umur dan tidak layak untuk

bekerja apatah lagi menyara serta mencari nafkah terhadap keluarganya. Malahan

pengabaian mengenai keperluan asas kanak-kanak ini berserta dengan keluarganya

juga berlaku akibat daripada tindakan bapa yang tidak bertanggungjawab ke atas

keluarganya sendiri. Menurut Ammerman dan Hersen (1990), pengabaian kanak-kanak

merujuk kepada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak dari segi keperluan asas

seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal.

Tambahan lagi, jika dibandingkan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak

perempuan, kanak-kanak perempuan kerap menjadi mangsa penderaan fizikal kerana

kanak-kanak ini dianggap golongan yang pasif, tidak pandai melawan, lembut dan

sensitif. Kebiasaannya, kecederaan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak perempuan

adalah lebam dan kesakitan akibat dipulas, dipukul dan dirotan.

Page 6: PENDERAAN KANAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK 3101

Isu seterusnya ialah :

Langkah-langkah pencegahan ialah mengadakan satu kawalan dan perlindungan

kepada kanak-kanak yang berisiko tinggi supaya mereka tidak terus-menerus menjadi

mangsa deraan. Ini dapat dilakukan menerusi penganjuran aktiviti-aktiviti sosial yang

bertujuan untuk mengurangkan kadar bilangan kes dan kejadian yang berlaku dalam

masyarakat. (m/s 140)

Saya bersetuju dengan pernyataan di atas di mana langkah pencegahan

merupakan salah satu inisiatif yang perlu dijalankan oleh pelbagai pihak bagi mengatasi

masalah penderaan ini. Pada bulan Mac 2010 yang lalu, negara dikejutkan dengan

berita mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun. Kanak-kanak ini

telah menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham

adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami

kecederaan dalaman yang kritikan sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut

telah didapati bersalah dan telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Kejadian ini

sepatutnya tidak boleh diambil ringan oleh semua pihak dan seharusnya ditangani

dengan kadar yang segera. Oleh itu, pelbagai langkah pencegahan haruslah dijalankan.

Apabila masalah penderaan kanak-kanak dapat diselesaikan, maka kadar berlakunya

penderaan di setiap negara akan semakin berkurangan dan kesejahteraan kanak-kanak

akan lebih terjamin. Kanak-kanak akan hidup dalam dunia keseronokan mereka tanpa

perlu memikirkan hukuman yang bakal mereka terima sekiranya mereka melakukan

kesalahan. Keperluan asas mereka juga akan dipenuhi dan tidak terabai..

 Penganjuran sesuatu aktiviti yang bertemakan keluarga juga adalah salah satu

cara terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti-aktiviti

kekeluargaan ini akan menyebabkan sesebuah institusi kekeluargaan akan lebih

harmoni dan bertambah erat. Jadi, masalah penderaan kanak-kanak tidak akan berlaku.

Ibu bapa akan sentiasa bertanggungjawab dalam memastikan anak mereka dalam

keadaan yang baik dan tidak berada dalam situasi keluarga yang tertekan. Nilai-nilai

murni akan dipupuk di dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa akan menjadi ‘role model’

kepada anak-anak dengan mempamerkan imej yang baik.

Page 7: PENDERAAN KANAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK 3101

Selain itu juga, pendekatan kaunseling yang dianjurkan oleh pihak-pihak kerajaan

dan swasta serta pihak sekolah dan pihak institut juga membuka jalan penyelesaian

bagi mengatasi masalah ini dengan sebaiknya. Kaunseling merupakan salah satu

cabang ilmu yang haruslah dimulakan pada peringkat persekolahan dan tidak tertumpu

pada pembinaan kerjaya tetapi juga harus menitikberatkan kesihatan emosi seseorang

itu. Kini, di setiap sekolah dan institut telah mempunyai seorang guru kaunseling atau

kaunselor yang ditugaskan untuk membantu dan membimbing para pelajar dalam

menangani isu permasalahan yang dihadapi. Peranan kaunselor ini sangat penting

dalam membantu perkembangan psikologi pelajar secara sihat.

Tambahan lagi, kes penderaan kanak-kanak bukan lagi menjadi tugas teras

Jabatan Kebajikan Masyarakat, malahan Kementerian Pelajaran Malaysia juga

ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab dalam mengambil langkah yang proaktif

dan efektif untuk menangani masalah penderaan yang semakin serius dalam

masyarakat kita. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita,

keluarga dan Masyarakat perlu berganding bahu dengan Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam mengorak langkah merancang satu strategi program penyediaan latihan

kemahiran dan peningkatan pengetahuan yang sewajarnya kepada guru-guru, pentadbir

sekolah, pihak persatuan ibu bapa dan komuniti setempat dalam mengendalikan kes

penderaan kanak-kanak. Selain itu juga, langkah pencegahan seperti memperkenalkan

skim jawatan pekerja sosial di sekolah serta mewajibkan sekurang-kurangnya seorang

pekerja sosial di hantar ke setiap sekolah bagi membantu pihak sekolah menangani

kes-kes yang melibatkan kanak-kanak yang didera dan teraniaya.

Page 8: PENDERAAN KANAK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK 3101

Rujukan

Amla Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2006). Bimbingan dan kaunseling sekolah.

Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ann Wang Seng & Khadijah Alavi. (1997). Penderaan Kanak-kanak di Malaysia. Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Khadijah Alavi. (2007). Penderaan kanak-kanak; cabaran, cegahan dan membantu.

Kuala Lumpur: Unit Penerbitan Institut Sosial Malaysia Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Laporan Akhbar Mingguan Malaysia, 28 Februari 2010

Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2008.

http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135

http://azemi09.wordpress.com/2010/02/28/esei-membanteras-penderaan-ke-atas-kanak-

kanak/