pendekatan baru maqasid al-shariah dalam …

46
35 Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM PENGAJIAN SYARIAH DI MALAYSIA: SATU ANALISIS 1 Oleh: Rahimin Affandi Abdul Rahim Paizah Ismail Idris Awang Abstract The article attempts to forward a holistic approach of Maqasid of al-shariah in Shariah Studies in Malaysia. The proposal is based on the belief that the concept of Maqasid al-Shariah as well as its application has its own significance in the programming of Shariah Studies in Malaysia. The discussion begins by introducing the essentiality of Maqasid al-Shariah, the needs in the process of globalization and their relevance in Maqasid al- Shariah, and an analysis of the proposed approach as implemented in the Shariah Studies at the Academy of Islamic Studies, University of Malaya. PENGENALAN Dewasa ini, terdapat semacam kesedaran di kalangan penganut Islam di Malaysia tentang sifat dinamisme dan kemampuan hukum Islam menangani pelbagai isu moden yang timbul di dalam masyarakat. 2 Sebagai langkah 1 Artikel ini merupakan olahan baru daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam International Conference: Islamic Jurisprudence and the Challenges of The 21 st Century, anjuran UIAM, pada 8 Ogos 2006. 2 Hal ini boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim (2005), “Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa,” dalam Jurnal Pengajian Melayu, V. 15, hlm. 19-51.

Upload: others

Post on 17-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

35

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

PENDEKATAN BARU MAQASID

AL-SHARIAH DALAM PENGAJIAN

SYARIAH DI MALAYSIA: SATU ANALISIS1

Oleh:

Rahimin Affandi Abdul Rahim

Paizah Ismail

Idris Awang

Abstract

The article attempts to forward a holistic approach ofMaqasid of al-shariah in Shariah Studies in Malaysia.The proposal is based on the belief that the concept ofMaqasid al-Shariah as well as its application has its ownsignificance in the programming of Shariah Studies inMalaysia. The discussion begins by introducing theessentiality of Maqasid al-Shariah, the needs in theprocess of globalization and their relevance in Maqasid al-Shariah, and an analysis of the proposed approach asimplemented in the Shariah Studies at the Academy ofIslamic Studies, University of Malaya.

PENGENALAN

Dewasa ini, terdapat semacam kesedaran di kalanganpenganut Islam di Malaysia tentang sifat dinamisme dankemampuan hukum Islam menangani pelbagai isu modenyang timbul di dalam masyarakat.2 Sebagai langkah

1 Artikel ini merupakan olahan baru daripada kertas kerja yangdibentangkan dalam International Conference: Islamic Jurisprudence andthe Challenges of The 21st Century, anjuran UIAM, pada 8 Ogos 2006.

2 Hal ini boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim (2005),“Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden DiMalaysia: Suatu Analisa,” dalam Jurnal Pengajian Melayu, V. 15, hlm.19-51.

Page 2: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

36

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

proaktif, berhadapan dengan perkembangan positif ini,seseorang fuqaha sama ada yang terlibat di dalam institusipendidikan ataupun institusi penguatkuasaan undang-undang tidak boleh leka dan mengambil sikap bersahaja,sebaliknya perlu memikirkan langkah terbaik untukmemperkasakan lagi hukum Islam semasa,3 khususnyayang membabitkan bidang pengajian syariah.4 Hal inidipertegaskan berasaskan kepada tiga peranan pentingyang boleh dimainkan oleh institusi pendidikan Islam bagimenjamin pembangunan sesebuah negara;

1. melahirkan insan (warganegara) yang sempurna danseimbang, dari segi jasad, ruh dan akal bagimemenuhi tujuan pengabdiaan kepada Allah.5

Seperti ditegaskan oleh S.M. Naguib matlamat utamainstitusi pendidikan tinggi Islam adalah bagimelahirkan manusia yang bersifat universal –dipandang dari segi ilmu, kesedaran diri danpraktikal akhlaknya.6

2. bagi melahirkan tenaga kerja dan intelektual ummahyang mampu berkhidmat kepada masyarakat secaraberkesan dan berhemah mengikut bidang kemahiranyang tertentu. Bagi Ayumardi Azra, dalam soal ini,dua elemen utama boleh dikesan; tenaga mahiruntuk sesuatu sektor pekerjaan dan nisbahprofessioanalisme yang lebih berteraskan kepada

3 Mahmood Zuhdi Abd. Majid (1997), Pengantar Undang-undang Islamdi Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm 34-40.

4 Lihat sebagai contoh Ahmad Hidayat Buang (2004), “Penyediaan danPengeluaran Fatwa,” dalam Ahmad Hidayat Buang (ed.), Fatwa diMalaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-Undang,APIUM, hlm 97-116.

5 Lihat sebagai contohnya Rahimin Affandi Abdul Rahim, “Islam danPerkembangan Emosi Melayu Selepas Merdeka: Satu Analisis,”kertas kerja Seminar Antarabangsa Pengajian Melayu – Emosi Melayu,anjuran Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, pada 12hbJulai 2003

6 S.M. Naguib al-Attas (1978), Islam and Secularism, Kuala Lumpur:ABIM, hlm 147-152.

Page 3: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

37

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

prinsip keislaman yang tinggi. Sifat intelektual-professional ini dikatakan sebagai faktur utama yangboleh melahirkan tamadun umat Islam yangbermutu dan berwawasan Tauhid.7

3. bagi melahirkan golongan ilmuan dan sarjana yangboleh membangun dan mengembangkan sesuatudisiplin keilmuan Islam moden. Masa depan umatIslam boleh dikatakan antara lainnya bergantungsepenuhnya kepada golongan ilmuan ini.8

Merujuk khusus kepada perkara ke (3), artikel ini akancuba menjawab dua persoalan utama yang mempunyaikaitan dengan konsep Maqasid al-Shariah;

1. Bagaimanakah usaha berperancangan rapimembabitkan kurikulum dan pedagogi pengajiansyariah yang dijalankan oleh APIUM, bagimelahirkan sejumlah besar kalangan sarjana(fuqaha) Islam yang kompeten - dilihat dari sudutianya tidak melupakan warisan fuqaha silam danmeraikan perkembangan keilmuan semasa,termasuklah juga fenomena globalisasi (khususnyamembabitkan institusi pendidikan tinggi) yangsedang melanda dunia.

2. Memberi respon terhadap gagasan yang cubamenjadikan konsep Maqasid al-Shariah ataupunmaslahah ini secara asas utama dalam menjalankanprogram pembaharuan pemikiran hukum Islam.Mengikut pandangan Hasbi al-Siddiqei, upayamemecahkan masalah hukum Islam tidak cukuphanya bertumpu kepada metode Qiyas semata-mataseperti mana dipakai secara meluas dalam mazhabShafi’i. Tindakan ini bakal menyebabkan hukumIslam tidak mampu memenuhi tuntutan perubahan

7 Ayumardi Azra (1998), Esei-esei Intelektual Muslim dan Pendidikan Islam,Jakarta: Logos, hlm 4-6.

8 Saedah Siraj (2001), Perkembangan Kurikulum: Teori dan Amalan, SungaiBuloh, hlm 15-19.

Page 4: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

38

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

zaman, bahkan seandainya metode Qiyas inidipaksakan pemakaiannya dalam konteks zamanmoden, ianya bakal menyebabkan banyakkemaslahatan manusia akan terabai. Atas dasarinilah, beliau menekankan peri pentingnyapenetapan kaedah penetapan hukum yangberbasiskan konsep Maqasid al-Shariah.9

TUNTUTAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

DAN KAITANNYA DENGAN PRINSIP MAQASID AL-

SHARIAH

Secara kasarnya, para pengubal dan pengamal institusipendidikan perundangan Islam di Malaysia telahmencurahkan begitu banyak tenaga bagi menjalankanusaha reformasi (tajdid), sehingga usaha ini telahmendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.10

Selaras dengan kemerdekaan yang telah dicapai olehTanah Melayu, beberapa orang sarjana Melayu postkemerdekaan dengan pertimbangan nasionalisme telahmelakukan review11 dan pembetulan12 terhadap warisan

9 Mahsun Fuad (2005), Hukum Islam Indonesia: Dari Nalar PartisipatorisHingga Emansipatoris, Yogyakarta: LKIS, hlm 201-202.

1 0 Osman Bakar (2004), “Globalisasi dan Tamadun Islam: Satu WacanaAwal,” dalam Mohamed Anwar Omar Din (ed.), Dinamika BangsaMelayu: Menongkah Arus Globalisasi, Bangi: Penerbit UKM, hlm 203-207.

1 1 Sebagai contohnya, proses penilaian semula (reviewing) telahdilakukan kepada disiplin sejarah (Lihat Zainal Abidin AbdulWahid (1992), Sejarah Malaysia: Pentafsiran dan Penulisan, Bangi),antropologi dan sosiologi (Lihat Abdul Rahman Embong Bangi (ed.)(1995), Antropologi dan Sosiologi Menggaris Arah Baru) dan PengajianMelayu (Lihat Zahir Ahmad (ed.) (2000), Pengajian KesusasteraanMelayu di Alaf Baru, Kuala Lumpur).

1 2 Sikap ini timbul antara lainnya disebabkan oleh semangatnasionalisme Melayu yang mendedahkan banyak kelemahan yangdibuat oleh penjajah British. Lihat Muhammad Abu Bakar (1993),“Pandangan Dunia, Ideologi dan Kesarjanaan: Islam, Proses Sejarahdan Rekonstruksi Realiti Sosial,” dalam Tinta Kenangan, SumbanganSempena Persaraan dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk MohdTaib Osman, Kuala Lumpur: DBP, hlm 312-314.

Page 5: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

39

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

sistem dan pendekatan penyelidikan ala Barat.13

Pendekatan ini kemudiannya telah terpengaruh dengankesedaran kebangkitan Islam era 1970an yangmemasukkan pendekatan Islam yang mengkritikkelemahan sistem pengajian Islam lama dan beberapausaha reformasi memperbaiki kelemahan ini telahditekankan,14 khususnya membabitkan tiga buah universitidi Malaysia iaitu Universiti Malaya,15 UniversitiKebangsaan Malaysia16 dan Universiti Islam AntarabangsaMalaysia. Selanjutnya idea tajdid ini turut mempengaruhibeberapa IPTS aliran Islam yang lain, walaupun dalambentuk dan realiti yang berbeza daripada IPTA biasa.17

Mengikut pengamatan semasa, kita dapat mengesansifat kedinamikan, terbuka dan fleksibiliti yang dimiliki olehinstitusi pendidikan Islam; sentiasa mampu menangganisebarang bentuk perubahan yang berlaku di dalammasyarakat, merangkumi isu pasca kemerdekaan,pemodenan dan globalisasi.18 Maksudnya, kalanganpengubal institusi pendidikan Islam (termasukperundangan Islam) pasti akan mampu berhadapan

1 3 Muhammad Kamal Hasan (1996), “Pembentukan IlmuKemasyarakatan Dari Perspektif Islam” dalam Wan Hashim WanTeh (ed.), Sains Sosial Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur, hlm 11-22.

1 4 Rahimin Affandi Abd. Rahim (1997), “Gerakan Tajdid di Malaysia:Teori dan Realiti,” dalam Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (ed.),Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Berita Publishing, hlm102-106.

1 5 Mohammad Azam Mohammad Adil (1994), “Pengajian Undang-undang Islam di Pusat Pengajian Tinggi – Amalan Di ITM,” dalamJurnal Tasawwur Islam, V. 3, hlm 75-84

1 6 Abdul Aziz Bari (1999), “Legal Education and Islamization,” dalamIIUM Law Journal, V. 7, No. 1, hlm 83-94.

1 7 Lihat Marzuki Haji Mahmood (2003), “Keberkesanan dan SambutanMasyarakat Terhadap Pengajian Islam di Institusi Pengajian Islam,”dalam Suzalie Mohamed (ed.), Memahami Isu-isu Pendidikan Islam diMalaysia, Kuala Lumpur: IKIM, hlm 179-186

1 8 Akh. Minhaji (2003), Masa Depan Pembidangan Ilmu di Perguruan TinggiAgama Islam, Jogjakarta: Percetakan ar-Ruzz Jogjakarta, hlm 62-80.

Page 6: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

40

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

dengan cabaran globalisasi yang sedang melanda duniadewasa ini.

Dewasa ini, walaupun institusi pendidikan Islam seringdikaitkan dengan isu keganasan global,19 kita bolehmembuktikan secara konseptual dan praktikal, bagaimanainstitusi pendidikan Islam mampu memberikan inputkeilmuan dan kemanusiaan yang positif kepada umatmanusia. Hal ini boleh dilihat daripada Deklarasi InstitusiPendidikan Tinggi UNESCO yang bersesuaian denganprinsip-prinsip Islam ataupun ajaran Islam itu sendirimampu memenuhi ketetapan UNESCO ini.20 Butirandeklarasi ini antara lainnya;

1. tentang misi dan fungsi Perguruan Tinggi, Deklarasimenegaskan bahwa misi dan nilai pokok IPTA/IPTSadalah memberikan sumbangan kepadapembangunan yang berkelanjutan (sustainabledevelopment) dan pengembangan masyarakat secarakeseluruhan. Dalam konteks itu, misi dan fungsiPerguruan Tinggi secara lebih spesifik adalah:mendidik mahasiswa dan warganegara untukmemenuhi keperluan seluruh sektor aktiviti manusia,dengan menawarkan kualifikasi-kualifikasi yangrelevan, termasuk pendidikan dan pelatihanprofesional yang mengkombinasikan ilmupengetahuan dan keahlian tingkat tinggi melaluimatakuliah-matakuliah yang terus dirancang, dinilaisecara berterusan bagi dikembangkan untukmenjawab berbagai keperluan masyarakat dewasaini dan masa datang.

1 9 Sila Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, “Aliran Pemikiran IslamModen: Satu Kajian Perbandingan,” kertas kerja dibentang dalamSeminar Pengurusan Keganasan Politik di Malaysia, anjuran MaktabPegawai Kanan PDRM, Cheras, Kuala Lumpur, pada 19hb Ogos2003.

2 0 Lihat, UNESCO (1998), Higher Education in the Twenty-First Century:Vision and Action, Paris: UNESCO.

Page 7: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

41

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

2. memberikan berbagai kesempatan (espace ouvert)kepada para peminat untuk memperoleh pendidikantinggi sepanjang usia. Perguruan Tinggi memilikimisi dan fungsi memberikan kepada para penuntutilmu sejumlah pilihan yang optimal dan fleksibilitasuntuk masuk ke dalam dan keluar dari sistempendidikan yang ada. Perguruan Tinggi juga harusmemberikan kesempatan bagi pengembanganindividu dan mobiliti sosial bagi pendidikankewargaan (citizenship) dan bagi partisipasi aktifdalam masyarakat. Dengan begitu, peserta akanmemiliki visi yang mendunia, dan sekaligusmempunyai kapasiti membangun yang mempribumi(indigenous).

3. memajukan, menciptakan dan menyebarkan ilmupengetahuan melalui penyelidikan; dan memberikankeahlian (expertise) yang relevan untuk membantumasyarakat umum dalam pengembangan budaya,sosial dan ekonomi; mengembangkan penelitiandalam bidang sains dan teknologi, ilmu-ilmu sosial,humaniora dan seni kreatif.

4. membantu untuk memahami, menafsirkan,memelihara, memperkuat, mengembangkan, danmenyebarkan budaya-budaya historis nasional,regional dan internasional dalam pluralisme dankeragaman budaya.

5. membantu untuk melindungi dan memperkuat nilai-nilai sosial dengan menanamkan kepada generasimuda nilai-nilai yang membentuk dasar kewargaanyang demokratis (democratic citizenship).

6. memberikan sumbangan kepada pengembangan danpeningkatan pendidikan pada seluruh peringkat,termasuk pelatihan para guru.

Hal tak kurang pentingnya bagian lain dari WorldDeclaration of Higher Education yang perlu dikutip di sini

Page 8: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

42

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

adalah tentang peranan etika, otonomi, tanggungjawabdan fungsi pengelibatan IPTA/IPTS. Dalam hal ini IPTA/IPTS berkewajiban:

1. memelihara dan mengembangkan fungsi-fungsikrusialnya melalui penegakan etik dan keteguhanilmiah dan intelektual melalui berbagai aktivitasnya.

2. mampu berbicara lantang dan tegas tentangmasalah-masalah etik, kebudayaan dan sosial secarabebas dan, dengan kesadaran penuh tentangtanggungjawabnya; menegakkan otoriti intelektualyang diperlukan masyarakat dalam berefleksi,memahami, dan bertindak.

3. memperkuat fungsi-fungsi kritis dan berorientasi kemasa depan (future oriented) melalui analisis yangberkelanjutan tentang kecenderungan-kecenderungan perubahan dan perkembangan sosial,ekonomi, budaya dan politik yang sedang tumbuh;dan sekaligus memberikan fokus bagi prediksi,peringatan dan pencegahan.

4. menegakkan kapasiti intelektual dan prestisemoralnya untuk membela dan secara aktifmenyebarkan nilai-nilai yang telah diterima secarauniversal, termasuk perdamaian, keadilan,kebebasan, kesetaraan, dan solidaritas, sepertidisinggung dalam Konstitusi UNESCO.

5. menikmati kebebasan dan otonomi akademis, sepertiterlihat dalam hak-hak dan kewajiban, sementaratetap bertanggungjawab sepenuhnya (fullyresponsible) dan accountable kepada masyarakat.

6. memainkan peranan dalam membantumengidentifikasi dan menjawab masalah-masalahyang mempengaruhi kesejahteraan berbagaikomuniti, bangsa, dan masyarakat global.

Daripada kesemua butiran ini, khususnya yangmembabitkan isu globalisasi, tanggungjawab kemanusiaan,

Page 9: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

43

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

kapasiti intelektual dan moral mampu dipenuhi olehprinsip Maqasid al-Shariah.21 Tinggal lagi, berhadapandengan tuntutan globalisasi ini, institusi pendidikan Islamperlu melakukan beberapa perkara yang penting;

Pertama, menolak sebarang bentuk tindakan keganasandalam kurikulum institusi pendidikan Islam.22 Konsep jihadyang sering disalahfahamkan perlu dijauhkan samasekali.23 Seperti mana ditegaskan oleh Feisal Abdul Rauf,umat Islam perlu menghadapinya dengan cara dan kaedahyang cukup berhikmah agar ianya tidak sampai kepadamemburukkan lagi keadaan yang memang sebelumnyatelahpun buruk.24 Hal ini dapat dilakukan antara lainnyadengan kembali menghidupkan kerangka intelektualismeIslam, yang suatu masa dahulu dilaporkan pernahmenghasilkan benih yang cukup gemilang di dalammelahirkan tamadun material dan intelektual umat Islam,25

sehingga kemudiannya telah mempengaruhi pembangunantamadun Barat itu sendiri.26

Kedua, kepentingan menggunakan pendekatanpertengahan di dalam menanggani isu globalisasi.Pendekatan yang dimaksudkan adalah tidak terlalu anti

2 1 Very Verdiansyah (2004), Islam Emansipatoris: Menafsir Agama UntukPraksis Pembebasan, Jakarta: P3M, hlm 158-162.

2 2 Lihat sebagai contohnya Hashim Musa (2004), Pemerkasaan TamadunMelayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Kuala Lumpur: PenerbitUM, hlm 232.

2 3 Lihat Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan Fikri Mahmud, “Jihad dan ImejKeganasan: Satu Analisa Tentang Prinsip Jihad Dalam al-Quran,”dalam Prosiding Islam: Past, Present and Future- International Seminaron Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah,UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian PeneranganMalaysia, pada 7-9hb. Disember 2004.

2 4 Feisal Abdul Rauf (2002), Islam: A Sacred Law: What Every MuslimShould Know About Shariah, Kuala Lumpur: YADIM, hlm 24-25.

2 5 Ozay Mehmet (1990), Islamic Identity and Development: Studies of IslamicPeriphery, Kuala Lumpur: DBP, hlm 36-38.

2 6 Mahmud Hamdi Zaqzuq (1989), Orientalisme: Kesan PemikirannyaTerhadap Tamadun Islam, Kuala Lumpur: DBP, hlm 10-20.

Page 10: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

44

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

dan tidak pula terlalu menyokong agenda globalisasi inisecara membuta tuli. Mengikut reformis Melayu semasa,pendekatan pertengahan ini perlu diambil kerana padadasarnya idea asas globalisasi ini bersesuaian dengan sifatdan falsafah ajaran Islam itu sendiri yang menganjurkanbeberapa elemen global seperti;27

1. Islam adalah untuk semua manusia tanpa mengiraperbezaan ras

2. Allah adalah penguasa seluruh alam

3. penekanan kepada konsep ummah, kesatuan akidahseluruh umat Islam sedunia

4. galakan Allah supaya manusia menjelajahi dunia

5. galakan ke arah penguasaan ilmu dan kefahamanyang bersifat global

6. penekanan kepada konsep hak asasi manusia yanglebih jitu dan adil

7. penekanan kepada penjagaan alam sekitar yangbersifat mampan.28

Realiti fenomena globalisasi juga telah memungkinkanproses penyebaran maklumat khususnya tentang sesuatuagama menjadi lebih terbuka dan boleh diperolehi olehsesiapa sahaja. Dengan datangnya era globalisasi, bentukperhubungan masyarakat dunia telah berubah denganwujudnya reruang siber/reruang maya (virtual reality)yang tidak pernah berlaku sebelumnya dalam sejarahmanusia. Reruang siber ini dinyatakan sebagai; “ruang

2 7 Lihat Zainuddin Jaffar (2000), Spektrum Pemikiran Islam, Bangi Lama:KISDAR, hlm 19-22; Lihat juga Siddiq Fadzil (2001), “LedakanMaklumat, Revolusi Komunikasi dan Globalisasi: ImplikasiTerhadap Jati Diri,” dalam (edit oleh Sharifah Azizah SahilJamalullail), Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Harapan, Cabaran danBarakah, Alor Setar: INSANIAH, hlm 62-65.

2 8 Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali (2002), Etika AlamSekitar Daripada Perspektif Islam, Timur dan Barat, Kuala Lumpur: PTS,hlm 118-135.

Page 11: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

45

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

atmosfera atau ruang udara yang mengandungi jisim danjirim yang menjadi laluan gelombang cahaya dan bunyisebagai medan penghantaran maklumat serta laluan untukberkominikasi. Ianya dimanfaatkan untuk sistemkomunikasi sama ada dengan menggunakan wayarataupun tidak. Ia adalah jaluran lebuh raya maklumatyang boleh melampaui batasan jarak, sempadan, masa dantempat apabila digunakan untuk berkomunikasi.”29

Tambah penulis ini lagi; “Kelahiran reruang siber inimempercepatkan lagi proses mentamadunkan pemikiranmanusia kerana melaluinya penyebaran dan prosestransformasi maklumat lebih mudah dan cepat. Kesankewujudan reruang siber melalui falsafah cyborg ini telahmelahirkan masyarakat baru (online) yang berbezadaripada masyarakat massa (industri).30 Fenomena iniantara lainnya bakal membolehkan setiap penganut agamamengetahui dan memahami sesuatu ajaran agama laindengan lebih mendalam lagi daripada sumber yang betul,tanpa dipengaruhi oleh sesuatu pandangan yang bersifatberat sebelah.31

Apa yang cukup menguntungkan, era globalisasi jugatelah mewujudkan dimensi dakwah yang lebih luas lagi.Hal ini terbukti dengan realiti tersebarnya pelbagai bukudan laman web tentang agama Islam32 yang menerangkan

2 9 Jalaluddin Abdul Malek (2002), “Falsafah Reruang Siber danKomuniti Online: Cabaran Pembangunan Alaf Baru,” dalam MisranRokimin (ed.), Falsafah dan Peradaban Pembangunan, Bangi: PenerbitUKM, hlm 86-87.

3 0 Ibid.3 1 Abdullah Embong (2001), “Sistem Maklumat Islam: Cabaran dan

Keperluan Maklumat Umat Islam di Malaysia Dari PerspektifAgama,” dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Harapan, Cabarandan Barakah, Alor Setar: INSANIAH, hlm 124-134.

3 2 Antara homepage Islam yang cukup terkenal menggunakanpendekatan ini adalah Kampung Net-Singapore Muslim Community Page,Japan Islamic Network dan About al-Islam and Muslims. Lihat “IslamDalam Internet,” Dalam Majalah PC, Jilid 5, V. 1, 1996, hlm 29.

Page 12: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

46

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

tentang sikap ajaran Islam yang menentang keras sebarangbentuk amalan ekstremisme yang melampau.33 Sepertidijelaskan oleh seorang sarjana Islam, selepas peristiswa 11September, masyarakat Barat telah berusaha mengkajiajaran Islam daripada sumbernya yang betul, Quran danSunnah. Hasilnya, sebahagian besar masyarakat Baratmerasa hairan kerana sebahagian besar daripada ajaranIslam didapati penuh dengan sifat rahmah (nilaikemanusiaan) yang amat baik,34 kemuncaknya bolehdilihat dengan bertambah ramai masyarakat Barat yangtelah memeluk agama Islam.35

Mengikut kupasan Chandra Muzaffar, pengaruhfenomena globalisasi terhadap peradaban hidup manusiamoden adalah agak rencam; terdapat elemen positif dannegatif. Beliau telah menyenaraikan lapan kebaikanglobalisasi, tetapi senarai keburukannya lebih banyak, iaitusebanyak tiga belas elemen keburukan. Elemen kebaikan iniantara lainnya terdiri dari;36

1. Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkanpekerjaan dan mengurangkan kemiskinan disebilangan negara.

2. Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelasmenengah (intelektual).

3 3 Fadhlullah Jamil (2001), “IT, Perkembangannya dan KesannyaTerhadap Umat Islam,” dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi:Harapan, Cabaran dan Barakah, Alor Setar: INSANIAH, hlm 54-55.

3 4 Lihat Mohd. Azizuddin Mohd. Sani (2002), Hak Asasi ManusiaMenurut Pandangan Islam dan Barat, Kuala Lumpur: Penerbitan PTS,hlm 52-58.

3 5 Gordon D. Newby (1996), “Muslim/Non-Muslim Relations: LessonFrom the Past for a Better Future,” dalam Aidit Haji Ghazali (ed.),Development, Islamic, Malaysian and American Perspectives, KualaLumpur: INMIND, hlm 49-50.

3 6 Chandra Muzaffar, “Globalisation and Religion: Some Reflection,”dalam Joseph A. Camilleri (ed.) (2001), Religion and Culture in AsiaPacific: Violence or Healing, Melbourne: Vista Publication, hlm 180-186.

Page 13: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

47

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

3. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkanmaklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuanberkat teknologi baru komunikasi.

4. Komunikasi yang lebih mudah dan murah.

5. Peluang yang lebih luas untuk manusia daripelbagai kumpulan etnik, budaya dan agamaberinteraksi.

6. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati danrasa peri kemanusiaan terhadap mangsa pelbagaijenis bencana alam dan tragedi buatan manusia.

7. Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahanyang lebih baik seperti pertanggungjawaban awam,peraturan undang-undang dan hak asasi manusia.

8. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Apa yang boleh dilihat daripada senarai ini iaitukesedaran manusia tentang kepentingan hidup bersama,diharapkan ianya akan mampu memperbetulkan semuaelemen keburukan yang dihasilkan oleh fenomenaglobalisasi.37

Ketiga, keperluan mengamalkan pendekatan yangselektif terhadap prinsip hak asasi manusia ala Barat yangsering disamakan dengan konsep Maqasid al-Shariah.38

Mengikut kupasan para fuqaha Islam, kepentinganmanusia dan masyarakat yang dijamin oleh syariah Islamdidorong dengan empat intipati yang utama;

1. Jalb al-Masalih – mencapai kepentingan di dalamkehidupan.

2. Dar al-Mafasid – menolak kerosakan yang bakaltimbul dalam masyarakat.

3 7 Osman Bakar (2003), “Globalisasi dan Peradaban,” dalam A. AzizDeraman, Globalisasi Dalam Peradaban di Malaysia, Kuala Lumpur: DBP,hlm 33-38.

3 8 Lihat Mohd. Azizuddin Mohd. Sani (2002), Hak Asasi ManusiaMenurut Pandangan Islam dan Barat, Kuala Lumpur: UtusanPublication, hlm 52-58.

Page 14: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

48

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

3. Sadd al-Dharar – menyekat kepentingan buruk.

4. Taghayyur al-Zaman – mementingkan fakturperedaran zaman.

Merujuk kepada perkara yang (1), matlamat utamahukum Islam adalah bagi memelihara kemaslahatan(kepentingan) masyarakat yang terbahagi kepada tigabentuk kepentingan;39

1. Maslahah asas (Daruriyyah) yang melibatkanpemeliharaan lima perkara iaitu agama, jiwa, akal,kehormatan dan harta. Kesemua kepentingan inidapat dianggap sebagai keperluan asasi yang tidakdapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia, didalam kehidupan bermasyarakat. Seandainya salahsatu daripada keperluan ini tidak dipenuhi,kehidupan manusia sudah tiada ertinya lagi.Sebarang perkara dan tindakan yang mencabulkelima-lima perkara ini akan dianggap sebagaimafsadah.

2. Maslahah yang diperlukan (Hajiyyah) yangmelibatkan semua yang diperlukan oleh manusiauntuk mewujudkan kemudahan dan kelapangandalam menjalankan tugas dalam kehidupan.Walaupun ianya tidak sampai kepada tahapkeperluan asasi yang boleh menyebabkan kebinasaanhidup manusia, tetapi ianya diperlukan bagimengelakkan kesusahan hidup di dalam masyarakat.

3. Maslahah yang diperlukan untuk menjagakehormatan hidup manusia (Tahsiniyyah) yangmelibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik.Semuanya diperlukan bagi menjamin kelancaranhidup manusia dalam masyarakat.

3 9 Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Paizah Ismail (2004), PengantarPengajian Syariah, Kuala Lumpur: al-Baian Corporation Sdn Bhd, hlm187-189.

Page 15: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

49

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

Jika dilihat kepada ruang lingkup kepentingan yangcuba dipelihara oleh syariah Islam, secara jelasnyakepentingan ini terbahagi kepada tiga bahagian;

1. Kepentingan awam masyarakat terbanyak – ianyaperlu sentiasa dijaga dan diutamakan dalam setiappensyariatan hukum Islam.

2. Kepentingan orang kebanyakan – ianya perlu dijagademi untuk memastikan kebajikan masyarakatawam.

3. Kepentingan orang perseorangan – ianya perludijaga selama mana tidak menjejaskan kepentinganmasyarakat awam dan tidak bertentangan denganlunas-lunas Islam.

Kesejahteraan dan kebahagiaan seseorang individu danmasyarakat akan terjamin seandainya ketiga-tiga Maslahahini dapat dipenuhi dengan cara yang seimbang. Penetapankonsep Maslahah ini di dalam hidup bermasyarakat secaraterang-terangan telah mendahului konsep penjagaan hakasasi manusia yang hanya timbul di dalam dunia Baratdalam konteks zaman moden ini, akibat daripadakesedaran manusia terhadap kemusnahan yang berlakukerana Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Konsep Maslahah ini berbeza dengan konsepkepentingan awam (hak asasi manusia) yang ditekankandalam kerangka masyarakat Barat. Kepentingan awamyang sering dijadikan rujukan dalam masyarakat Baratbiasanya merujuk kepada beberapa perkara yangbertentangan dengan garis panduan Islam, yang terdiridari;40

1. Kepentingan awam yang berasaskan paradigmasekularisme Barat berteraskan falsafah Hedonisme(nafsu manusia sebagai neraca tertinggi untuk

4 0 Lukman Thaib (1998), Politik Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur:Synergymate Sdn Bhd, hlm 30-38.

Page 16: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

50

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

sesuatu nilai), Modernisme, Pragmatisme,Nasionalisme sempit dan sebagainya.

2. Kepentingan awam yang berteraskanpengambilkiraan elemen keduniaan semata-matatanpa pertimbangan akhirat.

3. Kepentingan awam yang berasaskan kepada trenkegemaran sesuatu masyarakat semasa walaupunianya bertentangan dengan lunas keagamaan, sepertitren yang mengakui amalan free-sex danhomoseksual.

4. Kepentingan awam yang diwakili oleh majoritimasyarakat akan dianggap sebagai otoriti tertinggiyang perlu dihormati. Dalam Islam, neracakebenaran bukan tertakluk kepada nisbah danjumlah sokongan rakyat terbanyak. Maksudnya,jumlah majoriti itu tidak semestinya betul danminoriti juga tidak semestinya salah.

Atas dasar inilah fuqaha telah meletakkan beberapasyarat khusus untuk pengamalan konsep maslahah ini. Halini ditetapkan agar ianya tidak disalahgunakan untukkepentingan awam yang lebih kurang sama denganpendekatan ala Barat. Syarat-syarat ini antaranya;41

1. Tidak bertentangan dengan nas Quran dan Sunnahjelas dan terang (qat’i).

2. Tidak bertentangan dengan prinsip qiyas.

3. Harus dilakukan oleh fuqaha yang kompetenataupun perlu mengambilkira pandangan fuqaha,yang memahami rahsia dan matlamat (MaqasidSyariah) setiap hukum syariah yang diturunkankepada manusia.

4. Ketiga Maslahah adalah bersifat integratif dan salingmelengkapi antara satu sama lain.

4 1 Amir Muallim dan Yusdani (1999), Konfigurasi Pemikiran Hukum Islam,Yogyakarta: UII Press, hlm 39-43.

Page 17: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

51

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

5. Tidak diambilkira maslahah Hajiyyah danTahsiniyyah seandainya perkara yang dilakukanakan membawa kepada pembatalan terhadapmaslahah Daruriyyah.

6. Harus mengutamakan maslahah yang lebih pentingdan besar, yang dapat dibuat dengan;

a. Memandang nilai maslahah dari segi zatnya –mengikut skema hiraki maslahah Daruriyyahyang tersusun; agama, nyawa, akal, keturunandan harta.

b. Memandang maslahah dari segi bidang cakupan- demi untuk menjaga maslahah keturunan,kepentingan maslahah masyarakat secarakolektif perlu diutamakan.

c. Memandang maslahah dari segi akibatnya –seandainya sesuatu perbuatan ingin dilakukanbagi menjaga sesuatu maslahah, tetapi dapatdiramal bahawa hal ini akan menimbulkanmafsadah (kerosakan dan kemaksiatan), makaaspek ramalan yang berasas ini perludiutamakan.

Keempat, kalangan pengubal IPTA/IPTS aliran Islamdi Malaysia perlu memikirkan kaedah dan pedagogi terbaikuntuk melaksanakan butiran UNESCO/prinsip Maqasid al-Shariah ini di dalam pengajaran yang membabitkanpengajian syariah di Malaysia.

ANALISIS PENDEKATAN BARU DALAM KONSEP

DAN APLIKASI MAQASID AL-SHARIAH DI DALAM

PENGAJIAN SYARIAH; PENGALAMAN APIUM

Dalam bahagian ini, penerangan khusus tentang aspekkonsep dan aplikasi reformasi Maqasid al-Shariah dalampengajaran syariah akan dipecahkan kepada dua bahagianyang utama; (i) secara makro tentang bagaimana

Page 18: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

52

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

sepatutnya pengajian syariah dijalankan dan (ii) secaramikro membabitkan usaha yang telah dijalankan olehAPIUM di dalam menerapkan prinsip Maqasid al-Shariahdalam pengajian syariah.

Secara makronya, terdapat beberapa perkara yangperlu dilakukan untuk memperkasakan pendekatanpengajian syariah, khususnya yang membabitkan prinsipMaqasid al-Shariah di dalam disiplin usul al-fiqh. Hal iniantara lainnya terdiri dari;

Pertama, membuat review dan pengkajian ulangtentang bentuk dan sistem pengajian syariah yangsepatutnya diterapkan ke dalam masyarakat, denganmenjadikan disiplin usul al-fiqh sebagai asas utamapengajaran bagi memperlihatkan kedinamisan disiplin usulal-fiqh ini di dalam memperkembangkan pengajian syariahdi setiap zaman yang berbeza. Dalam soal ini, apa yanglebih penting lagi, subjek utama pengajaran perlubertumpu kepada mekanisme bagaimana disiplin ini bolehdipakai untuk konteks zaman moden menggunakanprinsip-prinsip usul al-fiqh yang terbaru denganpendekatan yang bersifat semasa dan sesuai dengan realititempatan Malaysia.42

Mengikut pengamatan yang dilakukan oleh Lukman S.Tahir, terdapat dua tren yang biasanya dipakai oleh fuqahadi dalam melihat persoalan agama dengan masyarakat.Kedua-dua tren ini antara lain;43

1. Tren transcendental-spekulatif; tren yang meletakkantuhan sebagai kuasa unggul dan terlepas dari duniarealiti yang membabitkan masyarakat. Tuhandigambarkan sebagai lebih bersifat metafizik dan

4 2 Intipati pendekatan ini boleh didapati dalam Mahmood Zuhdi AbMajid dan Paizah Ismail (2004), Pengantar Pengajian Syariah, KualaLumpur: al-Baian Corporation Sdn Bhd.

4 3 Lukman S. Tahir (2004), Studi Islam Interdisipliner: Aplikasi PendekatanFilsafat, Sosiologi dan Sejarah, Yogyakarta: QIRTAS, hlm 133-141.

Page 19: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

53

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

tidak menyentuh dimensi kemanusiaan yang serbatidak sempurna. Bagi menanggani tren ini, beliaumencadangkan agar sarjana Islam bukan setakatmembincangkan soal kekuasaan tuhan yang mahamutlak, tetapi perlu juga memikirkan bagaimanakaedah terbaik untuk menyerap dan menirubeberapa sifat tuhan yang serba sempurna secarafungsional untuk dilaksanakan di dalam kehidupanbermasyarakat.

2. Tren a histories dan deduktif-monolitik; yangmemandang Islam yang dipelajari bukan Islam padamasa sekarang tetapi lebih menyentuh isu Islam dizaman awal dan pertengahan Islam. Oleh sebab itu,sebagai pendekatan proaktif, institusi pengajian Islamperlu menggunakan perndekatan yang mengambilkira realiti semasa dengan perkiraan ilmu moden.Lebih tepat lagi, warisan silam hanya patut dihargaidan dijadikan sebagai asas precedent untuk kajianumat Islam semasa. Dalam soal ini juga, kita tidaksepatutnya memandang negatif terhadap isupemodenan. Bagi sesetengah sarjana Islam moden,agama Islam itu sendiri amat bersifat moden, yangboleh dilihat daripada beberapa ciri yang utama;44

Menekankan pemusatan kepada manusia yangterpimpin bersesuaian dengan lunas-lunas Islam(bertentangan dengan pendekatan Barat yangmeletakkan manusia dan nafsunya sebagai pusatsegala perkara).

Menekankan pembentukan manusia yangberasaskan kerangka etos Islam yang memilikitanggungjawab dan jujur di dalam hubungandengan manusia dan alam.

4 4 Lihat H. Syahrin Harahap (1999), Islam; Konsep dan ImplementasiPemberdayaan, Yogyakarta: PT Tiara Wacaana Yogya, hlm 11-25.

Page 20: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

54

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

Mengalakkan penyertaan masyarakat sama adagolongan majoriti ataupun minoriti di dalamperjalanan sesuatu institusi kerajaan.

Menunda kesenangan jangka pendek untukkesenangan jangka panjang.

Memanfaatkan waktu dan etos kerja yang cemerlang

Yakin dengan keadilan dapat disebarkan kepadamanusia

Menekankan pengamalan budaya ilmu sebagaikaedah untuk melahirkan kreatifiviti akal yangtinggi.

Menyanjung tinggi bakat dan kemampuan sertapenghargaan diberikan berdasarkan prestasi danbukannya berasaskan kepada paradigma feudalisme.

Kedua, menyedari tentang kelemahan pendekatankajian hukum Islam yang bersifat legal formalistik. Padakebiasaannya, sesuatu kajian yang membabitkan analisishukum Islam yang diusahakan oleh fuqaha Islam lebihbersifat legal formalistic (halal ataupun haram), yangmenyebabkan kupasannya lebih bersifat kaku dancenderung kepada tindakan menghukum dan bukannyabersifat konstruktif bagi mendidik golongan sasaran kajian,anggota masyarakat.45 Sebaiknya, sarjana Islam perlumemikirkan untuk menggunakan pendekatan kajian yanglebih terbuka dan holistic (menyeluruh) dalam prosespenilaian sesuatu persoalan hukum Islam.46 Hal inibersesuaian dengan tren perubahan paradigma keilmuaan

4 5 Very Verdiansyah, Islam Emansipatoris: Menafsir Agama Untuk PraksisPembebasan, hlm 126-127.

4 6 Dalam konteks Malaysia semasa, usaha untuk mewujudkankerangka penyelidikan ilmiah dalam bidang pengajian Islam yangberorientasikan elemen saintifik (gabungan antara logik dan S&T)boleh dikatakan masih terlalu baru, yang perlu terus dibangunkan.Namun begitu, ianya telah cuba dicetuskan oleh Abdul LatifSamaian, Idris Awang, Shafi’e Abu Bakar, Mohd Fauzi Hamat,Hairudin Harun dan ramai lagi sarjana Malaysia yang lain.

Page 21: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

55

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

yang secara lantang disuarakan oleh banyak pihak. Ianyaterdiri dari pendekatan;47

1. Mechanism; pendekatan yang lebih terbuka ber-banding pendekatan legal formalistic (formism), yangmemberikan penekanan kepada sifat pokok sesuatumechanisme iaitu soal kontinuiti dan mekanis. Menurutparadigma ini semua gejala kehidupan adalah bersifatbersinambungan dalam proses mekanis yang terusbergerak. Ianya paling disesuai diterapkan dalam kerangkakajian yang membabitkan elemen kemasyarakatan,memandangkan masyarakat manusia bukannya statik danselalu berubah, sama ada ke arah yang lebih baik ataupunsebaliknya.

2. Organism; seluruh realiti kehidupan pada dasarnyaberjalan secara harmonis, integrated, penuh perkaitanantara faktor dalaman dan luaran serta penuh dengankepastian. Atas dasar ini, kaedah terbaik untuk memahamirealiti kehidupan manusia perlu mengabungkan kesemuabentuk disiplin keilmuan, seperti sejarah, sosiologi, ekonomidan sebagainya.

3. Pragmatism; semua fenomena kemanusiaan yangdikaji adalah bersifat kontekstual, tidak ada satupun dalamkehidupan ini yang tidak berkait dengan konteks dankondisinya yang bersifat khusus. Atas dasar ini, kajianterhadap elemen manusia akan menjadi lebih mendalamsekiranya dilihat kepada aspek konstektual sesuatu objekyang dikaji.

Bukan setakat kalangan fuqaha Islam, kelemahan yangsama turut dialami oleh sesetengah kalangan yang terdidikmelalui sistem pendidikan sekular, yang kononnya telah

4 7 Prof Dr Mastuhu (1998), “Penelitian Agama Islam: Perspektif AntarDisiplin Ilmu: Tinjauan Disiplin Sosiologi,” dalam Mastuhu (ed.),Tradisi Baru Penelitian Agama Islam: Tinjauan Antar-Disiplin Ilmu,Bandung: Penerbit Nuansa, hlm. 91-104

Page 22: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

56

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

mengajarkan paradigma pemikiran moden. Mengulaskelemahan pendekatan sekularis dan tradisionalismelampau, Mahmood Zuhdi dan Amir Mualimmemperincikan beberapa kekeliruan ilmu yang secaralangsung menjejaskan pemahaman mereka terhadaphakikat hukum Islam yang sebenar. Ianya merangkumi;48

i. Subjektiviti; mengambil sikap tertentu yang tidakmatang terhadap sesuatu nas akibat kejahilanmemahami Islam secara holistic.

ii. Manipulasi; melepaskan dalil syarak dari situasi dankondisi semasa sesuatu nas syarak di turunkan.

iii. Justifikasi; tindakan menundukkan nas syarak agarbersesuaian dengan realiti yang ada ataupunmencari pembenaran terhadap praktik baru dengancara menundukkan nas syarak kepada penafsiranyang sesuai.

iv. Interpolasi; memasukkan nas ke dalam kerangkaberfikir tertentu, seperti faham sosialisme yang telahsecara kuat dipegang oleh seseorang yang memangbertentangan dengan prinsip Islam.

v. Inakurasi; sikap ketidaktahuan dan ketidaktelitianberpegang kepada nas yang tidak valid dan tidakrelevan dalam menanggani sesuatu persoalan yangtimbul.

Dalam contoh yang lain, Amin Abdullah telahmenekankan peri pentingnya dilakukan proses reviewing(ulangkaji) terhadap pendekatan penyelesaian masalahyang biasanya dipakai dalam kajian keilmuan Islam,termasuklah dalam bidang hukum Islam. Baginya, terdapattiga bentuk tren penyelesaian masalah yang biasanyadigunakan;

4 8 Amir Mualim (2004), Ijtihad dan Legislasi Muslim Kontemporer,Yogyakarta: UII Press, hlm. 54-56.

Page 23: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

57

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

i. Deduktif (sangat menekankan pengantungan kepadasesuatu nas),

ii. Induktif (ilmu yang bersumberkan kepada realitisejarah yang difikirkan dan disusun oleh manusia)

iii. Abductive (pendekatan yang bersifat logic ofdiscovery dan bukannya logic of justification).

Bagi Amin Abdullah, tren abductive ini sangat sesuaidigunapakai untuk konteks kajian keislaman moden,memandangkan ianya menggunakan kerangka filsafat,yang terdiri dari enam langkah yang utama; (1)pengenalan latar belakang masalah, (2) pembentukanhipotesis, (3) interpretasi terhadap teori, (4) prosespengujian di lapangan terhadap sesuatu teori sarjana awal,(5) penganalisaan yang menggunakan kaedah induktif dandeduktif dan akhirnya (6) proses pengambilan kesimpulan.Dengan cara ini, sarjana zaman moden boleh melihatdengan jelas sama ada sesuatu pandangan ataupun qaulyang dikemukakan oleh fuqaha silam itu masih relevanataupun tidak dengan kehendak dan realiti zamanmoden.49

Ketiga, peri pentingnya diterapkan pendekatan kajianusul al-fiqh dalam bentuk yang baharu. Sejumlah besarsarjana moden menyuarakan kepentingan untukmemahami disiplin usul al-fiqh dalam konteks yang lebihluas lagi tidak seperti mana biasa difahami di dalamkerangka pemahaman klasik.50 Bagi Akh Minhaji, ianya

4 9 Amin Abdullah, “Kajian Ilmu Kalam Di IAIN: MenyongsongPerguliran Paradigma Keilmuan Keislaman Pada Era MileniumKetiga,” Dalam al-Jamiah, No. 65/VI/2000, hlm 84-88.

5 0 Hal ini jelas terbukti apabila UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta cubamengasaskan suatu bentuk kajian Usul al-Fiqh yang lebih bersifatmoden, yang digelar sebagai Usul al-Fiqh mengikut Mazhab Jogja.Maklumat lanjut boleh didapati dalam (edit oleh Riyanto) (2004),Neo Usul Fiqh: Menuju Ijtihad Kontekstual, Yogyakarta: FakultasSyariah Press.

Page 24: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

58

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

perlu difahami sebagai ilmu yang mempelajari dasar,metode, pendekatan dan teori yang digunakan dalammemahami ajaran Islam.51 Atas dasar inilah, ia dikatakansebagai “queen of Islamic sciences.” Hal ini bertepatandengan pandangan Taha Jabir yang menyatakan; “usul al-fiqh is rightly considered to be the most important method ofresearch ever divised by Muslim thought. Indeed as the solidfoundation upon which all Islamic disciplines are based, usul al-fiqh not only benefited Islamic civilization but contributed to theintellectual enrichment of world civilization as a whole.”52

Pandangan ini juga menegaskan bahawa kegunaan usul al-fiqh sepatutnya tidak dihadkan kepada persoalan hukumIslam semata-mata, tetapi patut dilanjutkanpenggunaannya kepada bidang di luar hukum Islam.

Lanjutan daripada pandangan ini, beliau menyatakanbahawa disiplin usul al-fiqh ini bukan sebagai ilmu yangstatik, tertutup dan telah disempurnakan oleh fuqaha silamyang mustahil untuk ditokok tambah oleh fuqaha yangterkemudian. Sebagai suatu disiplin ilmu, ia perlu sentiasaberkembang mengikut peredaran zaman. Ringkasnya,bersesuaian dengan konsep ilmu itu sendiri, yang bolehdiujikaji, dinilai kembali dan diperkemaskan oleh sarjana didalam zaman yang berbeza, hal yang sama perluditerapkan kepada disiplin usul al-fiqh ini. Contoh yangmendokong pandangan ini boleh dilihat daripadaperbincangan fuqaha silam, yang bermula dengan teoriAmal penduduk Madinah (dibawa oleh Imam Malik), teoriRa’y (dibawa oleh Imam Abu Hanifah), teori Ijtihad-Qiyas(Imam Shafi’i), teori maslahah (dibawa oleh Shatibi) danbanyak lagi teori lain tentang pendekatan di dalam usul al-

5 1 Akh Minhaji (2002), “Persoalan Gender Dalam Perspektif MetodologiStudi Hukum Islam,” dalam (edit oleh Siti Ruhaini Dzuhayatin),Rekonstruksi Metodologis Wacana Kesetaraan Gender Dalam Islam,Yogyakarta: Pustaka Pelajar Offset, hlm 200-207.

5 2 Taha Jabir al-‘Alwani (1990), Usul al-Fiqh al-Islami, Virginia: IIIT,hlm xi.

Page 25: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

59

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

fiqh yang dikemukakan oleh fuqaha Islam sepanjangzaman.53 Kesemua teori-teori ini menunjukkan bagaimanafuqaha Islam memahami tentang sifat kesemasaan disiplinusul al-fiqh ini yang mengalakkan dan mengakui fakturpenggunaan daya intelektualisme seseorang fuqaha didalam menghadapi masalah kehidupan sezaman.Walaupun teori-teori baru di dalam disiplin usul al-fiqh inisentiasa berkembang, tetapi fungsinya adalah sama iaituuntuk menterjemah wahyu Allah (paradigma tekstual) bagimenjawab persoalan hukum yang timbul di dalammasyarakat (paradigma kontekstual).54

Apa yang lebih penting lagi, kalangan pengubal IPTA/IPTS aliran Islam memasukkan didalam kurikulumpengajian syariah semua pandangan dan teori terbaharuyang menyentuh tentang ilmu usul al-fiqh yangdikemukakan oleh pemikir dan fuqaha Islam terkini. Hal inibakal menimbulkan sikap proaktif dan keberanian dikalangan pelajar pengajian syariah tentang bentukreformasi yang boleh dan telahpun cuba diterapkan kepadailmu usul al-fiqh, yang seterusnya memerlukan pengkajian,penjanaan dan pengembangan mana-mana teori baruyang sesuai untuk memperkasakan lagi disiplin ini. Antarateori-teori ini adalah seperti teori double movement yangdikemukakan oleh Fazlur Rahman,55 teori muqaranah al-Mazahib oleh Mahmud Shaltut,56 teori ijtihad insya’i danintiqa’i oleh Yusuf Qaradawi,57 teori teks dankontekstualnya oleh Ali Syariati,58 Mahmud Muhammad

5 3 Akh Minhaji (2002), op.cit., hlm 200-206.5 4 Ibid.5 5 Fazlur Rahman (1984), Islam and Modernity: Transformation of an

Intellectual Tradition, Chicago: The University of Chicago Press.5 6 Mahmud Shaltut (t.t.), al-Islam: Aqidah wa Syariah, Kaherah: Dar al-

Qalam.5 7 Yusuf Qardawi (t.t), Al-Ijtihad fi al-Shariah al-Islamiyyah Ma’a Nazarat

Tahliliyyah Fi al-Ijtihad al-Mua’sir, Kuwait: Dar al-Qamm.5 8 Ali Syariati (1979), On the Sociology of Islam, Terj. Hamid Alqar,

Berkeley: Mizan Press.

Page 26: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

60

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

Taha dengan teori nasakh,59 teori al-Turath wa al-Tajdidoleh Hassan Hanafi,60 teori Takwil dan Tadwin oleh NasrHamid Abu Zayd,61 teori logosentrisme oleh MuhammadArkoun,62 teori hudud (batas) oleh Muhammad Syahrur63

dan teori model pemikiran bayani, burhani dan irfani olehal-Jabiri.64 Walaupun diakui tidak semua daripada teori-teori ini sesuai dipakai untuk konteks Malaysia, tetapisekurang-kurangnya ianya bakal menunjukkan tentangsifat kelewusan dan dinamisme yang terdapat di dalampemikiran hukum Islam semasa.65

Keempat, mengabungkan tiga bentuk pola pemikirandalam kajian keilmuan Islam. Berasaskan kepada kupasanAbid Jabiri ini, proses pembangunan keilmuan Islam telahmenggunakan tiga pola pemikiran yang utama yangdigunakan secara terpisah dan tidak dijalinkan secarabersepadu. Ketiga-tiga pola ini adalah;

(1) pendekatan Bayani yang menjadi asas utamakepada pemikiran fiqh Islam. Pola ini lebih menumpukanperhatian kepada teks Quran dan sunnah yang dianggapsebagai sumber kebenaran mutlak. Akal dianggap lebihbersifat sekunder di dalam menjelas dan membela teksyang wujud. Kekuatan pendekatan ini lebih memberikanperhatian kepada aspek gramatik dan sastera Arab. Untuk

5 9 Mahmud Muhammad Taha (1987), The Second Messages of Islam, terj.Abdullah Ahmed al-Naim, Syracuse: Syracuse University Press.

6 0 Hassan Hanafi (1981), Dirasah al-Islamiyyah, Kaherah: Maktabah al-Misriyyah.

6 1 Nasr Hamid Abu Zayd (1994), Mafhum al-Nass: Dirasah Fi Ulum al-Quran, Beirut: Markaz al-Saqafi al-‘Arabi.

6 2 Muhammad Arkoun (1994), Rethinking Islam: Common Question,Uncommon Answers, Boulder: Westview Press.

6 3 Muhammad Shahrur (1992), Al-Kitab wa al-Quran: Qira’ah Mua’sirah,Kaherah: Sina Li al-Nasyr.

6 4 Muhammad Abid al-Jabiri (1989), Takwin al-‘Aql al-‘Arabi, Beirut:Markaz Dirasah al-Widah al-‘Arabiyyah.

6 5 Wael Hallaq (1997), A History of Islamic Legal Theory: An Introduction toSunni Usul al-Fiqh, Cambridge: Cambridge University Press, hlm245-253.

Page 27: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

61

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

mendapatkan pengetahuan, tren bayani ini akanmementingkan tiga perkara yang utama;

a) Redaksi lafaz teks dengan menggunakan kaedahbahasa Arab yang baku.

b) Menitikberatkan otoriti transmisi sesuatu teks nasagar ianya betul dan tidak terkeliru ataupun salah.Hal ini telah menyebabkan timbulnya ilmu riwayahHadis.

c) Menitikberatkan penggunaan metode Qiyas.66

Apa yang jelasnya, walaupun pemikiran Islam amatmemerlukan tren bayani ini, penggunaan pola bayani inisecara berlebihan akan menimbulkan permasalahan yangkhusus seperti mana diulas oleh A. Khudri Soleh dengankatanya; “kerana hanya mendasarkan diri pada tekspemikiran bayani menjadi terbatas dan terfokus pada hal-hal yang bersifat aksidental bukan substansial, sehinggakurang bisa dinamis mengikuti perkembangan sejarah dansosial masyarakat yang begitu cepat berubah.Kenyataannya, pemikiran Islam saat ini yang masih banyakdidominasi pemikiran bayani fiqhiyyah kurang biasmerespon dan mengimbangi perkembangan peradabandunia.”67 Hal yang sama ditegaskan oleh Amir Mualim;“dominasi dan orientasi pemahaman bayani yangberlebihan akan menimbulkan persoalan dalam pemikiranhukum Islam. Kecenderungan kepada eksklusifisme dantruth-claim merupakan salah satu efek negatif yang selamaini dilakukan oleh sebahagian juris Muslim.”68

(2) pendekatan Burhani yang mendasarkan diri kepadakekuatan rasio yang dilakukan melalui dalil-dalil logika.Hal ini dijelaskan oleh Amir Mualim dengan “ianya

6 6 A. Khudri Soleh (2004), Wacana Baru Filsafat Islam, Yogyakarta:Pustaka Pelajar, hlm 188-190.

6 7 Ibid., hlm 191.6 8 Amir Mualim (2004), Ijtihad dan Legislasi Muslim Kontemporer,

Yogyakarta: UII Press, hlm 109.

Page 28: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

62

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

menjadikan realiti teks dan konteksnya sebagai sumberkajian. Dalam pendekatan burhani ini tercakup metodeta’lili yang berupaya memahami realitas teks berdasarkanrasionalitas; dan metode istilahi yang berusaha mendekatidan memahami realitas atau konteks berdasarkan filosofis.Realitas tersebut meliputi realitas alam, realitas sejarah,realitas sosial maupun realitas budaya. Tambahnya lagi;pemahaman terhadap reality social keagamaan dan sosialkeislaman menjadi lebih memadai apabila dipergunakanpendekatan sosiologi, antropologi, kebudayaan dan sejarah.Dalam model pendekatan Burhani, keempat-empat metodeini berada dalam posisi yang saling berhubungan secaradialektis dan saling melengkapi membentuk jaringankeilmuan.69

(3) pendekatan Irfani yang biasanya digunakan olehahli tasawuf Islam. Ianya adalah pendekatan pemahamanyang bertumpu kepada pengalaman batiniyyah; zauq, qalb,wijdan, basirah dan intuisi. Kebenaran ilmiah yangdiperolehi melalui pendekatan ini memang tidak bolehdinafikan sama sekali, namun begitu, penggunaannyasecara berlebihan juga akan menimbulkan masalah kepadamasyarakat awam yang mungkin tidak memahaminyasecara mendalam.

Bagi sesetengah sarjana moden, untuk konteks zamanmoden ini, para sarjana Islam, termasuklah pemikir hukumperlu mengetahui kekuatan dan kelemahan ketiga-tiga trenpemikiran ini dan perlu memadukannya secara integrasibagi menghasilkan pemikiran yang mantap dirujuk kepadapenggunaan kesemua aspek positif yang terkandung didalam ketiga-tiga tren pemikiran tersebut. Apa yangtragisnya, sejarah Islam pernah menyaksikan pertentanganyang wujud di antara kalangan fuqaha, teologian dan sufiakibat daripada perbezaan kerangka pemikiran yang

6 9 Ibid., hlm 111.

Page 29: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

63

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

digunakan ini.70 Atas dasar ini, pengalaman sejarah pahitini perlu dijauhkan agar ia tidak berulang lagi; yang bolehdilakukan melalui medium institusi pendidikan Islam.71

Contoh integrasi antara tren pemikiran bayani danburhani dalam pemikiran hukum Islam boleh dilihatkepada gagasan yang cuba mengabungkan di antara ilmuusul al-fiqh dengan keilmuan moden lain yang sekaligusbakal melengkapkan lagi kaedah penyelidikan hukum Islamalternatif. Walaupun diakui ilmu usul al-fiqh ini memanghebat dan berteraskan world-view Islam sepenuhnya (trenbayani),72 tetapi untuk konteks zaman moden ini ia tidakboleh berdiri sendiri dan perlu disokong serta digabungkandengan disiplin keilmuan lain.73

Manakala di peringkat mikro pula; APIUM telah cubamenerapkan beberapa pendekatan khusus membabitkansubjek Maqasid al-Shariah di dalam usaha memperkasakanpengajaran dalam pengajian syariah. Ianya terdiridaripada;

Pertama, pihak APIUM telah beberapa kali melakukanproses semakan terhadap subjek dan paradigmapengajaran disiplin usul al-fiqh yang diamalkan olehAPIUM.74 Usaha ini secara langsung bakal memastikan

7 0 Untuk melihat contoh pertentangan yang diakibatkan oleh ketigatren pemikiran ini, Sila lihat Abdul Hadi W.M. (2001), Tasawuf YangTertindas: Kajian Hermeneutic Terhadap Karya-karya Hamzah Fansuri,Jakarta: Penerbit Paramadina.

7 1 Mahmud Arif (2002), “Pertautan Epistemologi Bayani danPendidikan Islam Masa Keemasan,” Dalam al-Jamiah, V. 40, No. 1,hlm 126-154.

7 2 Hamid Fahmy Zarkasyi (2004), Tantangan Sekularisasi dan Liberalisasidi Dunia Islam, Surabaya: Penerbit Khairul Bayan.

7 3 Amir Mualim, Ijtihad dan Legislasi Muslim Kontemporer, hlm 112-115.7 4 Sebagai contoh, Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM telah mengadakan

bengkel khusus yang cuba menerangkan tentang peri pentingnyaproses semakan dibuat terhadap kaedah pengajaran Ilmu Usul al-Fiqh, pada 16hb. Jun 2005, bertempat di Balai Ilmu, APIUM. Bengkelini telah dihadiri oleh seramai 35 orang wakil daripada IPTA/IPTSaliran Islam.

Page 30: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

64

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

agar paradigma pengajian syariah semasa dapatmemenuhi tuntutan globalisasi dan bukannya dijadikansekadar bahan kajian sejarah hukum Islam yang mati dankaku semata-mata.75 Dalam kurikulum pengajian keilmuanIslam subjek fiqh Islam seolah-olah telah dianggap sebagaipelajaran sejarah perundangan Islam semata-mata yangbukan lagi mampu menanggani situasi semasa.76 Fiqhsudah begitu lama dibiarkan beku dan statik, dan ini telahmenyebabkan banyak persoalan hidup masyarakat tidakmenepati kehendak syara’ yang sebenar.77

Langkah ini juga telah disusuli dengan pelbagai kajianproaktif bagi memperkemaskan lagi maklumat semasatentang keperluan dan kehendak agensi luar untukgraduan APIUM.78 Dengan berjayanya Universiti Malayamendapat pensijilan MS ISO 9001: 2000 secarakeseluruhan pada tahun 2003, hal ini sedikit sebanyaktelah memberi impak yang besar kepada usahameningkatkan nama baik universiti pada kaca matamasyarakat luar.

Kedua, memperkenalkan subjek perundangan Islamyang menekankan prinsip Maqasid al-Shariah dalam

7 5 Taha Jabir al-Alwani, “Taqlid and the Stagnation of the MuslimMind,” dalam The American Journal of Social Sciences, V. 8, No. 3, 1991,hlm 513.

7 6 Untuk melihat pendekatan dan kesan daripada amalan taqlid diMalaysia, lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim (1995), “BudayaTaqlid di Dalam Masyarakat Melayu: Satu Tinjauan Ringkas,” dalamJurnal Syariah, V. 3, Bil. 1, hlm 30-32.

7 7 Muhammad Nabil Muhammad Syukri (2000), “Pembaharuan Fiqh:Keperluan dan Metodologi,” dalam Pengasoh, Bil. 562, hlm 57.

7 8 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Nor Aini Ali, Azizi CheSeman dan Mohd. Yahya Mohd Hussin, “Kajian Guna TenagaSarjana Muda Syariah dan Usuluddin (1996-2002)” - Vote F F0378/2003B, APIUM. Hal ini juga telah diusahakan sebagai contohnya olehsekumpulan penyelidik daripada USM. Sila lihat Muhammad SyukriSalleh (2002), “Prospek Kerjaya Graduan Pengurusan Islam diMalaysia,” dalam Wan Ab. Rahman Khudri Bin Wan Abdullah,Pengurusan Islam: Konsep dan Amalannya di Malaysia, Sintok: PenerbitUUM, hlm 53-76.

Page 31: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

65

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

pelbagai nama yang lebih menjuruskan kepada realitiMalaysia semasa dan bukannya bertumpu kepada realitibukan Malaysia (Timur Tengah) daripada zamanpertengahan silam. Dalam soal ini, APIUM telah berusaha;

1. Memperkenalkan subjek Fiqh Malaysia (FiqhKontemporari), Pengantar Syariah dan HukumIslam dan masyarakat di dalam kurikulum pengajianSyariah di peringkat ijazah pertama dan pascasiswazah.79 Gagasan Fiqh Malaysia tempatan iniadalah bagi menyediakan jawapan penyelesaianIslam untuk permasalahan yang dihadapi olehmasyarakat Malaysia semasa dan bukannyabergantung kepada warisan Fiqh silam yang tidakbersesuaian dengan realiti masyarakat Malaysiasemasa.80

2. Berusaha membentuk intellectual discourse denganmenjadikan konsep Fiqh Malaysia sebagai asasutama untuk menyelesaikan permasalahan ummahIslam di Malaysia, yang dipecahkan kepada beberapatema yang utama, seperti keperluan hukum Islamsemasa,81 budaya82 dan soal kepenggunaan.Intellectual discourse ini yang dibuat dalam bentukseminar yang khusus bertujuan menyedarkanmasyarakat dan bakal menjana perkembangannya

7 9 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Buku Panduan Program IjazahDasar Tahun Akademik 1999/2000.

8 0 Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), “Konsep Fiqh Malaysiauntuk Tamadun Alam Melayu Alaf Baru: Suatu Analisa TentangKepentingannya,” dalam Jurnal Pengajian Melayu, bil. 10, 2003.

8 1 Seminar yang bertemakan “Hukum Islam Semasa Bagi MasyarakatMalaysia Yang Membangun” telah dianjurkan oleh APIUM pada 26-27hb. Jun 1997, yang kemudiannya menghasilkan koleksi kertaskerja yang dibukukan dengan tajuk Hukum Islam Semasa BagiMasyarakat Malaysia Yang Membangun.

8 2 Seminar yang menekankan tema ini telah dianjurkan oleh APIUMpada 23-24hb. Jun 1999, yang menghasilkan koleksi kertas kerjabertajuk Fiqh Malaysia: Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini.

Page 32: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

66

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

dengan menerimapakai pandangan sarjana yangberbeza, untuk tujuan memantapkan lagi gagasanyang dipilih. Konsep Fiqh Malaysia ini bukanlahsuatu konsep yang longgar, tetapi masihmenggunakan pelbagai prinsip usul al-fiqh yangbaku seperti prinsip talfiq, siyasah syariah, ijtihadtarjih dan maqasid al-shariah itu sendiri yang cubadiaplikasikan dengan mengambilkira realiti Malaysiasemasa.83

3. Memperkenalkan subjek yang menunjukkanperkaitan antara Islam dengan persoalan dandisiplin moden; merangkumi subjek ekonomi,pengurusan, perundangan, pentadbiran awam dansebagainya. Subjek-subjek ini dapat membiasakanpelajar dengan subjek keilmuan moden yang biasadipakai dalam realiti kehidupan semasa.84

Ketiga, memperkenalkan subjek yang bolehmenjanakan daya kritikal dan kebolehan menyelesaikanmasalah semasa kepada pelajar. Berasaskan kepadalaporan kelemahan pelajar IPTA semasa amnya dan IPTAIslam khususnya, yang dikatakan mempunyai kelemahanberfikir dan berkomunikasi yang betul,85 yangkemudiannya lulusan IPTA ini gagal memenuhi pasaransasaran pekerjaan, maka pihak Universiti Malaya telahmengambil inisiatif dengan memperkenalkan dua subjekutama; kursus kemahiran berfikir dan berkomunikasi dan

8 3 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2000), “Fiqh Malaysia: SuatuTinjauan Sejarah,” dalam Paizah Ismail (ed.), Fiqh Malaysia: Ke ArahPembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini, Kuala Lumpur: APIUM, hlm40-41.

8 4 Lihat Idris Awang (1995), “Perkembangan Pengajian di FakultiSyariah Akademi Islam Universiti Malaya,” dalam Jurnal Syariah, V.3, Bil. 2, 1995, hlm 301-307.

8 5 Untuk maklumat lanjut sila lihat Mohamad Mohsin Mohamad(2000), “Kemahiran Berfikir di Alaf Baru,” dalam Abdul Latif Samiandan Mohamad Sabri Haron (eds.), Pengajian Umum di Alaf Baru,Bangi: Penerbit UKM, hlm 195-204.

Page 33: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

67

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

kursus PBL (Problem Based Learning). Dalam komponenkedua-dua subjek ini, pelajar dilatih secara khusus tentangsemua aspek kemahiran berfikir secara kritikal dankemahiran sosial yang lain. Begitu juga halnya dengansubjek PBL yang biasanya dipakai untuk pelajar bidangperubatan, yang kononnya mampu melatih para pelajarmenjadi pekerja yang boleh menganalisa setiap masalahyang timbul di dalam bidang masing-masing sertamenyertakan jalan penyelesaian masalah terbaik untukmasalah tersebut.86

Merujuk khusus kepada pendekatan PBL yangmembabitkan subjek hukum Islam, beberapa kaedah telahdijalankan;

1. Pelajar akan didedahkan dengan kerangka konsepdan senarai buku rujukan yang berotoriti untuksesuatu subjek khusus seperti subjek Maqasid al-Shariah.

2. Pendedahan tentang senario sesuatu masalah hukumIslam sebenar akan dibentangkan untuk diselesaikansecara berkumpulan oleh pelajar, contohnya sepertimembabitkan sesuatu fatwa yang dikeluarkan olehJawatankuasa Fatwa kebangsaan.

3. Pelajar perlu melakukan penyelidikan secara holisticterhadap sesuatu masalah yang diberikan, yangbarang pastinya akan membabitkan pelbagai disiplinilmu moden yang lain. Dalam soal ini, pelajarterpaksa melihat latarbelakang realiti sebenar sesuatumasalah itu timbul dan juga perlu menganalisissecara kritikal kandungan fatwa yang dikeluarkanoleh JFK, sama ada ianya bersesuaian dengan prinsipMaqasid al-Shariah dan realiti Malaysia.

8 6 Lihat sebagai contohnya Rahimin Affandi Abdul Rahim (2002),“Memperkasakan Budaya Berfikir Islam: Satu Analisa,” dalam JurnalAfkar, Bil. 3, hlm 57-80.

Page 34: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

68

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

4. Hasil penyelidikan pelajar ini akan dibentangkan didalam kelas yang bakal dinilai oleh pelajar lain danpensyarah itu sendiri.

Kaedah PBL ini menuntut kedua belah pihak iaitupensyarah dan pelajar perlu berinteraksi dalam kontekyang lebih terbuka dan kritikal. Dalam soal ini, pendekatanpengajaran yang berbentuk banking concept dan teacher-oriented perlu dijauhkan. Dalam pendekatan banking conceptyang biasanya digunakan dalam paradigma Taqlid, ianyamenafikan kreativiti seseorang pelajar dalam mengupassesuatu persoalan. Manakala paradigma teacher-orientedpula merujuk kepada pendekatan yang terlalu bergantungsepenuhnya kepada pensyarah sehingga melupakanperanan yang perlu dimainkan oleh seseorang pelajar.Lebih tepat lagi, pelajar perlu bertindak dengan lebihproaktif di dalam kajiannya dan menganggappensyarahnya hanya sebagai pembimbing dan fasilitatorsemata-mata.87

Dalam sejarah pendidikan perundangan Islam, ternyataKaedah PBL ini walaupun diberikan dengan nama yangberbeza, sebenarnya pernah dijadikan metode utama didalam pengajian syariah yang awal. Hal ini boleh dilihatdengan kaedah Mantik, Jadali, Istiqra’i dan tarjih dalamtradisi pengajian syariah silam.88 Apa yang lebih pentinglagi, kaedah PBL ini bertepatan juga dengan modelpendekatan filosofis yang memiliki sifat keilmuan, insklusifdan terbuka. Kelebihan pendekatan ini untuk bidangpengajian syariah boleh dirujuk kepada tiga perkara yangutama;

8 7 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abuddin Nata (2004), SejarahPendidikan Islam: Pada Periode Klasik dan Pertengahan, Jakarta: RajawaliPress, hlm 20-22.

8 8 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amir Mu’allim dan Yusdani(1999), Konfigurasi Pemikiran Hukum Islam, Yogyakarta, hlm 31-33 dan64-67

Page 35: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

69

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

Pencarian dan perumusan idea atau gagasan yangbersifat mendasar (fundamental ideas) dalamberbagai persoalan.

Pengenalan dan pendalaman persoalan serta isu-isufundamental dapat membentuk cara berfikir yangbersifat kritis.

Proses ini bakal membentuk mentaliti dan kaedahberfikir yang mengutamakan kebebasan intelektual,sekaligus mempunyai sifat tolenran terhadappelbagai pandangan dan kepercayaan yang berbezaserta bebas daripada fanatisme.89

Dalam konteks dunia moden, pendekatan filosofis iniyang dipakai sepenuhnya di dalam sistem pengajiankeilmuan Islam di Barat telah mencetuskan pelbagaidinamisme yang berkaitan dengan perkembanganmetodologi terkini dan dapatan kajian yang lebih bersifatterbuka.90 Rasanya, tidak salah kiranya penganut Islamcuba meniru secara selektif tentang apa yang dijalankanoleh dunia orientalism Barat.91

Namun begitu, perlu diingat bahawa pihak APIUMmemang mengamalkan pendekatan selektif terhadappedagogi pengajaran baru seperti mana dituntut olehagenda globalisasi.92 Dengan matlamat untuk memajukan

8 9 Kamaruzzaman Bustaman Ahmad (2002), Islam Historis; Dinamika StudiIslam di Indonesia, Yogyakarta: Galang Press, hlm 9-10.

9 0 Untuk maklumat lanjut sila lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim(2000), “Orientalisme dan Keutuhan Ummah Islam: Suatu Analisis,”dalam Jurnal Syariah, V. 9, bil. 1, hlm 39-41.

9 1 Maklumat lanjut boleh dilihat dalam Ratno Lukito (1997), “StudiHukum Islam Antara IAIN Dan McGill,” dalam Yudian W. Asmin(ed.), Pengalaman Belajar Islam di Kanada, Yogyakarta: Titian Ilahi Press,hlm 152-162.

9 2 Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim (2004), “Menangani CabaranGlobalisasi: Satu Analisis Terhadap Pemikiran Reformis Semasa,”dalam Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin Abd. Mukti dan CheZarrina Sa’ari (eds.), Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa, KualaLumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM, hlm. 213-238.

Page 36: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

70

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

masyarakat menghadapi cabaran pemodenan, pelbagaiIPTA/IPTS di Barat dan Malaysia sendiri telah ditubuhkan– dikatakan telah bertindak sebagai kilang untukmelahirkan tenaga mahir yang diperlukan oleh sektorpekerjaan.93 Kebanyakan IPTA/IPTS yang terpengaruhdengan tren pendidikan ala economisme ini telahmemberikan penekanan utama kepada kemahiran teknikalsemata-mata tanpa disertakan dengan pengetahuan akhlakdan moral yang mencukupi.94 Akibatnya, fenomena initelah berjaya melahirkan golongan tenaga kerja yang mahirtetapi tidak beramanah dan tidak mempunyai wawasankeimanan yang jitu.95 Dengan penerapan falsafahpendidikan Islam (bagi melahirkan insan yang sempurnadan seimbang, dari segi jasad, ruh dan akal bagi memenuhitujuan pengabdiaan kepada Allah), kita sekurang-kurangnya mampu melahirkan tenaga kerja yang baikyang turut disertakan juga dengan daya ketahanan imanyang kukuh menghadapi cabaran hidup - boleh menjadipengubat jiwa yang berteraskan kepada harapankeakhiratan seandainya dilanda dengan sesuatu masalah.96

Keempat, menekankan kepentingan mengguna,menghidupkan dan memberi nafas baru kepada prinsip-prinsip syariah seperti Maqasid al-Shariah yang bolehdijadikan sebagai asas kepada program pembangunanIslam di Malaysia. Ianya juga boleh dibuat dalam bentukkajian ilmiah terhadap realiti praktis sesuatu institusi yang

9 3 Lihat Noraini Othman (2000), “Globalisasi, Pendidikan dan Modenitidi Malaysia,” dalam Abdul Rahman Embong (ed.), MalaysiaMenanggani Globalisasi: Peserta atau Mangsa, Bangi: UKM, hlm 153

9 4 Wan Mohd Nor Wan Daud (1998), The Educational Philosophy andPractice of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An Exposition of the OriginalConcept of Islamization, Kuala Lumpur: ISTAC, hlm 230.

9 5 Zaini Ujang (1993), Universiti: Mendukung Tradisi Intelektual, KualaLumpur: Institut Kajian Dasar, hlm 28-29.

9 6 Nurcholish Madjid (2003), Islam Agama Kemanusiaan: MembangunTradisi dan Visi Baru Islam Indonesia, Jakarta: Penerbit Paramadina,hlm 215-222.

Page 37: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

71

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

disertakan pula dengan alternatif pilihan.97 Antarabeberapa contoh yang relevan;

1. Tindakan Prof. Ahmad Ibrahim yang menggalakkanpelajar lepasan ijazah mengkaji kelemahan EnglishCommon Law (ECL) yang dipakai di Malaysia, yangsecara pastinya bakal disertakan dengan pelbagai alternatifbaru menggantikan pemakaian ECL ini denganmewujudkan Malaysia Common Law sendiri, yangberteraskan pelbagai prinsip-prinsip hukum Islam sepertikonsep Urf, Maqasid al-Shariah, Maslaha, Siyasah Syariahdan lainnya.98

2. Tindakan APIUM yang menggalakkan para pelajarpasca siswazah menjadikan prinsip Maqasid al-Shariahsebagai asas ataupun landasan teori bagi sesuatu isupenting yang timbul di dalam masyarakat semasa. Antaraisu-isu ini yang termasuk dalam subjek fiqh kepenggunaanadalah soal gender,99 rawatan kumbahan air,100 sains

9 7 Norhashimah Mohd Yasin (1994), “Islamisation or Malaynisation: AStudy on the Role of Islamic Law in the Economic Development ofMalaysia: 1969-1993,” tesis Ph.D untuk School of Law, University ofWarwick, England; Ahmad Hidayat Buang (1997), “Muamalat diMalaysia: Suatu Tajdid atau Reaksi Pasaran,” dalam DinamismePengajian Syariah, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd, hlm 107-124; Rahimin Affandi Abdul Rahim (1999), “Islamic Legal Reform inthe Administration of Islamic Law in Malaysia: A Critical Analysis,”tesis Ph.D untuk University of Birmingham.

9 8 Lihat sebagai contohnya Anuar Ramli (2002), “Asas Hukum DalamBudaya: Kajian Terhadap Beberapa Aspek Hubungan Sosial DalamKebudayaan Malaysia,” tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul,APIUM, dan Mohd Fauzi Bin Audzir (2002), “Uruf Tempatan diNegeri Kedah dan Kesannya Terhadap Perubahan Hukum: SatuAnalisis,” tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

9 9 Aba Yazid (2003), “Implementasi Teori Maqasid al-Syariah TerhadapKonsep Nikah, Wilayah Nikah dan Hak-hak Perempuan diDalamnya,” tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

100 Nadzirah Ismail (2004), “Status Kesucian Air Kumbahan YangDirawat Melalui Kaedah Rawatan Oleh Indah Water Konsortium,”tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

Page 38: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

72

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

perubatan,101 bio-perubatan,102 farmasi,103 astronomi,104

hasil tenusu F&N,105 isu perubahan sosial,106 Fatwa JFK107

dan banyak lagi.

Kelima, membangunkan kaedah penyelidikan hukumIslam yang bersifat semasa ataupun memperkemaskan lagistruktur dan fungsi dinamisme hukum Islam, khususnyayang membabitkan prinsip Maqasid al-Shariah. Dalam soalini beberapa usaha telah dilakukan, seperti;

1. Menekankan tentang kepentingan penyelidikanilmiah di dalam proses pembangunan pemikiran.108 Hal iniboleh dibuat dengan menanamkan ke dalam diri seseorangsarjana Islam tentang kepentingan penyelidikan ilmiah

101 Azhar Abdul Aziz (2002), “Peranan Sains Perubatan DalamMenentukan Hukum Keharusan Fasakh Kerana Penyakit,” tesisSarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

102 Nizaita Omar (1999), “Beberapa Kaedah Perubatan Moden MenurutPerspektif Islam,” tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM.

103 Mohd Sharkawi Shaadan (2003), “Penggunaan Bahan Haram DalamPerubatan: Kajian di Pusat Perubatan Universiti Malaya, KualaLumpur,” tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

104 Mohamad Amin Abu Bakar (2002), “Pemakaian Asas AstronomiDalam Menentukan Arah Qiblat di Malaysia: Satu PendekatanHukum,” tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

105 Noor Asiah Binti Aling (2004), “Barangan Tenusu Keluarga F&N:Satu Kajian Berasaskan Hukum Kepenggunaan Islam,” tesis Sarjanauntuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

106 Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002), Kesan Perubahan SosialTerhadap Hukum Islam: Satu Kajian Tentang Metodologi Syariah danPelaksanaannya, Kuala Lumpur: Thinker’s Library.

107 Mohd Nazri Bin Asiabu (2003), “Penggunaan Maslahah DalamFatwa: Kajian Kes Bagi Fatwa-fatwa Yang Dikeluarkan oleh MajlisAgama Fatwa Kebangsaan,” tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh danUsul, APIUM.

108 Lihat sebagai contohnya Rahimin Affandi Abd. Rahim,“Pembangunan Hukum Islam Di Malaysia: Satu Analisa,” dalamkertas kerja Seminar Pembangunan Ummah 2002 Pulau Pinang, SempenaHari Jadi Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, anjuran JabatanMufti Pulau Pinang, pada 11hb. Julai 2002.

Page 39: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

73

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

dalam usaha mengangkat martabat ummah.109 Apa yangmenyedihkan adalah kedapatan sesetengah orang yangberanggapan bahawa sesuatu perjuangan Islam hanyaperlu dilakukan dalam kegiatan politik semata-mata danmemandang rendah terhadap kegiatan keilmuan yangmembabitkan penyelidikan ilmiah. Sikap simplistik inimenjadikan seseorang Islam itu lebih banyak bercakapdalam soal perjuangan tanpa mengisi matlamatperjuangannya dengan pengisian keilmuan yangbermakna.110

2. Memperincikan kaedah mencari maklumat terperinciterhadap objek masalah, persoalan mukallaf yang menjadifokus utama di dalam sesuatu permasalahan hukum.Dalam soal ini, selain dari kaedah usul al-fiqh, seseorangfuqaha perlu menerima pakai ataupun bersikap positifyang bersesuaian dengan pendekatan ijtihad jama’iterhadap beberapa kaedah sains sosial moden, di dalamusaha pencarian maklumat terhadap punca masalahhukum.111 Sebagai contohnya, kita boleh memberikanbeberapa perkaitan antara prinsip hukum Islam denganbantuan sains sosial moden, seperti;

a) Penggunaan adat tempatan (‘urf) Melayu sebagaiasas penetapan dan sumber hukum tambahanterhadap sesuatu permasalahan hukum yang timbuldi dalam masyarakat.112 Apa yang jelasnya, sebelumsesuatu adat kebiasaan Melayu itu boleh diterima

109 Maklumat lanjut tentang soal ini boleh didapati dalam RahiminAffandi Abd. Rahim (2000), “Etika Penyelidikan Islam: Satu Analisa,”dalam Jurnal Afkar, Bil. 1, hlm 179-182.

110 Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1997), Pengantar Undang-undang Islamdi Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit UM, hlm 7-11.

111 Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim (2002), “Ke Arah PenyediaanKaedah Penyelidikan Hukum Islam Yang Terkini: Satu Pengenalan,”dalam Jurnal Syariah, V. 10:1, hlm 1-24.

112 Md. Salleh Haji Ahmad, “Pengajian Syariah: Hubungannya DenganAdat Resam Serta Keadaan Tempatan,” dalam Dinamisme PengajianSyariah, hlm 63-66.

Page 40: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

74

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

pakai penggunaannya untuk tujuan penetapanhukum baru, fuqaha dengan bantuan pengajiankebudayaan Melayu perlu memastikan sama adaadat yang menjadi amalan kebiasaan masyarakatMelayu tersebut tergolong di dalam adat yang sahihataupun fasid.113

b) Penggunaan konsep Siyasah syariah yang memberikuasa terhad kepada sesuatu kuasa pemerintahIslam untuk menguatkuasakan sesuatu dasar baruyang bersesuaian dengan maslaha kepentinganmasyarakat Islam.114 Demi untuk mengelakkanpenggunaan konsep ini yang kerap digambarkansebagai alat utama untuk sesuatu dasar yangmenindas,115 seseorang fuqaha itu perlu menelitibanyak perkara, seperti bentuk kepentingan(maslaha) yang cuba hendak ditekankan berasaskanrealiti keutamaan yang sangat diperlukan olehsesuatu masyarakat, 116 beberapa Qawaid fiqhiyyahyang mengabungkan antara kaedah mengutamakankeredaan Allah dan makhluk117 dan juga realitidasar politik dan sosial yang diamalkan oleh

113 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003) “Pengajian Sosial danHubungannya Dengan Pembinaan Hukum Islam Semasa: SatuAnalisa” dalam Rahminah Muharam (ed.), Isu-Isu Sains Sosial DariPerspektif Islam, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, hlm 1-34.

114 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Shukeri Mohamed, “SiasahSyar’iyyah dan Kedudukannya Sebagai Metod Penentuan Hukum,”dalam Abdul Karim Ali (ed.) Hukum Islam Semasa Bagi MasyarakatMalaysia, hlm 99-124.

115 Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003), “Pengamalan Ilmu Usulal-Fiqh di Dalam Sastera Undang-undang Melayu: Satu Analisa,”dalam Muhammad Mokhtar Hassan (ed.), Kesusasteraan dan Undang-Undang, Kuala Lumppur: Akademi Pengajian Melayu, UniversitiMalaya, hlm 158-179.

116 Lihat sebagai contohnya perbincangan yang dibuat oleh SukeriMohamad (1996), “Maqasid al-Syariah Dalam Pengurusan Harta,”dalam Monograf Syariah, V. 4, hlm 1-25.

117 Lihat sebagai contohnya Mohd Salleh Haji Ahmad (1999), PengantarSyariah, Kuala Lumpur, hlm. 210-243.

Page 41: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

75

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

sesebuah kerajaan yang memerintah,118 yang bolehdiperolehi daripada disiplin politik dan sosiologi.

c) Penggunaan konsep Rukhsah dan Darurat yangmemberikan kelonggaran di dalam sesuatu amalantaklif syarak untuk seseorang penganut Islam. Dalamsoal ini fuqaha perlu meneliti bentuk dan halangansosial dan ekonomi yang terpaksa ditanggung olehpenganut Islam yang secara jelas terkandung didalam disiplin ekonomi dan sosiologi.119

3. APIUM mendokong penuh pandangan yangmenetapkan bagaimana sebarang prinsip hukum Islamseperti prinsip Maqasid al-Shariah ini perlu terbuka denganperkembangan S&T moden.120 Perkembangan sains danteknologi moden ini telah membekalkan fuqaha denganbanyak maklumat dan hakikat kejadian yang terkini. Apayang agak kabur dari segi hakikatnya suatu masa dahulu,dengan perkembangan sains dan teknologi terkini, hakikatini menjadi semakin jelas dan terang.121 Banyak nas-nasQuran dan sunnah yang suatu masa dahulu terpaksaditerima secara ta’budiyyah semata-mata122 kerana fuqaha

118 Lihat sebagai contohnya kupasan Husin Mutalib (1994),“Islamization in Malaysia: Between Ideals and Realities,” dalamIslam, Muslims and The Modern State; Case-Studies of Muslims inThirteen Countries, London, hlm. 166-167.

119 Lihat sebagai contohnya kupasan yang diberikan oleh MuhammadFirdaus (1999), “Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam,”tesis Ph.D untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, hlm 94-100.

120 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rahimin Affandi AbdulRahim, “Sains dan Teknologi (S&T) Serta Pengajian Syariah diMalaysia: Analisa Terhadap Pengalaman APIUM,” dalam ProsidingSeminar Kebangsaan Fiqh Semasa 2003: Menghadapi Cabaran Globalisasi,tarikh 24-25 September 2003, anjuran bersama Jabatan Syariah,Fakulti Pengajian Islam, UKM dan Kolej Islam Selangor Darul Ehsan,Bangi, Selangor, hlm 568-581.

121 Anuar Zaini, “Kemajuan Sains dan Teknologi dan KesannyaTerhadap Perkembangan Hukum Islam Masa Kini,” dalam HukumIslam Semasa, hlm 132-144.

122 Harun Nasution (1989), Islam Rasional: Gagasan dan Pemikiran, Jakarta,hlm 116-118.

Page 42: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

76

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

tidak mampu mengkajinya secara mendalam telah mulaberubah dengan perkembangan sains ini, yang antaralainnya kebenaran nas-nas Quran lebih-lebih lagi dalamsoal hakikat sesuatu perkara telah dibuktikan sebagai benardan dapat dijadikan sebagai bukti tentang kebesaran kuasaAllah ke atas makhluk.123

Untuk itu, sesuai dengan prinsip keanjalan syariah yangberasaskan dan menekankan pembuktian yang lebih betuldalam penetapan hukum,124 fuqaha zaman moden ini perlumenilai kembali mana-mana pendapat silam yangbertentangan dengan penemuaan sains moden. Sikap yangmahu berkeras dengan pendapat yang lama (konservatif)tidak ada tempatnya dalam syariah Islam.125 Begitu jugafuqaha era moden ini telah merumuskan bagaimanaseseorang fuqaha perlu mengambilkira pengunaan teoriSiyaq (kontektual) di dalam menilai relevansi sesuatu nassyarak terhadap sesuatu persoalan baru yang timbul didalam masyarakat.126 Terdapat beberapa contoh semasayang dipegang oleh fuqaha moden untuk menjelaskanpendekatan ini, antaranya;

a) tindakan yang membenarkan proses bedah siasat(post-mortem) ke atas mayat untuk mengetahuisebab sebenar kematian si mati dan untuk tujuanpembelajaran-pendidikan perubatan. Perkembangansains perubatan moden ini telah ditanggap denganbegitu positif oleh kebanyakan fuqaha moden yangkelihatannya telah mencabar ketetapan yang

123 Osman Bakar (1994), “Ilmu Tauhid Berasaskan Kajian Saintifik,”dalam Ilmu dan Kecemerlangan Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur,hlm 1-10.

124 Shawkani (1974), Al-Qawl al-Mufid fi Adillah al-Ijtihad wa al-Taqlid,Kaherah, hlm 7.

125 Ibn Taimiyyah (1963), Majmu’ Fatawa Shaikh al-Islam Ahmad IbnTaimiyyah, Riyadh, V. 20, hlm 208-209.

126 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Yunus Soualhi (1999), “TheDoctrine of Certainty in the Islamic Legal Methods of Inference,”tesis Ph.D untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, hlm 90-154.

Page 43: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

77

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

diputuskan oleh fuqaha silam, tetapi lebihbersesuaian dengan prinsip kebenaran hakiki.127

b) pendapat yang diutarakan oleh Ali Mansur yangmencabar metode penetapan tradisi bagi permulaanbulan Ramadan yang berasaskan anak bulan tersebutdapat dilihat dan disahkan oleh dua orang saksi.128

Bagi beliau, sudah sampai masanya fuqaha Islammoden melakukan penetapan permulaan bulanRamadan menggunakan sains Astronomi modenberasaskan peralatan yang canggih dan pengiraanmatematik yang lebih tepat dan dapat disebarkanhasilnya ke seluruh dunia menggunakan sistemkominikasi moden.129

4. Mengalakkan kaedah penelitian hukum Islam(sosiologi Hukum Islam) yang dilaksanakan dalammasyarakat. Kaedah ini bertujuan memastikankeseimbangan di antara idealism yang terkandung dalamhukum Islam (law in book) dengan realiti perlaksanaannyadi dalam masyarakat (law in action), yang menggunakanpendekatan kajian sosiologi hukum Islam.130

Memandangkan kaedah ini masih lagi terlalu baru, prosespembangunan kaedah ini perlu dibangunkan secarasentesis oleh sarjana hukum Islam moden berasaskankepada disiplin sosiologi undang-undang Barat. Antarakandungan yang difikirkan perlu untuk kaedah sosiologihukum Islam ini adalah;131

127 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Vardit Rispler Chaim (1996),“Postmortem Examinations in Egypt,” dalam Muhammad KhalidMas’ud (ed.), Islamic Legal Interpretation: Muftis and Their Fatwas,London, hlm 278-285.

128 P.E. Walker (1978), “Eternal Cosmos and the Womb of History: Timein Early Ismaili Thought,” dalam IJMES, V. ix, hlm 355.

129 Ali Mansur (1948), al-Majallah, hlm 840-842.130 Agak banyak kajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Siswazah

di APIUM yang menggunakan kaedah sosiologi hukum Islam ini.131 Amir Mu’allim, Konfigurasi Hukum Islam, hlm 46-47.

Page 44: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

78

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

a) Kajian keberkesanan hukum Islam yang telahdilaksanakan di dalam masyarakat, sama ada ianyamampu menyelesaikan masalah hukum ataupunsebaliknya.

b) Kajian tentang dampak hukum Islam yangterlaksana yang menumpukan perhatian terhadapkesan dari aplikasi hukum untuk jangka masapanjang dan pendek.

c) Kajian tentang struktur dan lembaga (organisasi)yang bertanggungjawab memutus dan menguat-kuasakan hukum Islam di dalam masyarakat.

d) Kajian tentang teori-teori yang menjayakan danmengagalkan pelaksanaan hukum Islam yangkedapatan di dalam sejarah perundangan Islam.

5. Menggalakkan perkaitan ataupun gabunganpembelajaran prinsip Maqasid al-Shariah dengan konsepFiqh Awlawiyyah yang lebih menekankan kepadaperkiraan realiti masyarakat Malaysia semasa.132 Gabunganini antara lainnya perlu bersifat terbuka dan tidakmembataskan penyelesaian kepada sesuatu mazhabsemata-mata. Apa yang lebih penting lagi, seseorangfuqaha perlu mengakui dan menghormati pandanganfuqaha lain yang terbabit di dalam proses mendapatkanmaklumat untuk sesuatu penyelidikan hukum danseterusnya melakukan analisa yang terbaik terhadap faktaterbabit. Hal ini boleh dilakukan dengan pendekatan modelfiqh perbandingan membabitkan semua mazhab terbesar didalam Islam, dengan cara menerima pakai sumber yangberbeza, meneliti hujah yang digunakan secara terbuka danmemilih untuk menerima pakai mana-mana pendapat

132 Lihat sebagai contohnya Abdul Karim Ali (2000), “Faktor-FaktorSemasa dan Setempat di Malaysia Yang Boleh MempengaruhiPenafsiran Nas Syarak Dalam Menentukan Hukum:, dalam PaizahIsmail (ed.) (2000), Fiqh Malaysia: Ke Arah Pembinaan Fiqh TempatanYang Terkini, Kuala Lumpur: APIUM, hlm 65-69.

Page 45: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

79

Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia

yang lebih bertepatan dengan kehendak syarak.133 Dalampendekatan ini seseorang fuqaha perlu membebaskan diridari belenggu fanatik mazhab dan mengutamakan maslahaperpaduan ummah melebihi segala-galanya.

Gabungan ini dilihat akan lebih menyerlahkan sifatkesyumulan yang dimiliki oleh hukum Islam, disampingianya dapat mengelakkan prinsip Maqasid al-Shariah inidigunakan secara sewenang-wenangnya oleh kalanganyang tidak bertanggungjawab, dengan menggunakantopeng Maqasid al-Shariah. Hal ini boleh dikatakan sebagaifenomena yang agak mendesak demi untuk memastikanagar konsep dan prinsip hukum Islam yang terpilih tidakdisalah gunakan bagi tujuan mendapatkan justification(pengesahan dan keabsahan) syarak terhadap mana-manaamalan yang bertentangan dengan prinsip asas Islam.134

Antara aspek keutamaan yang menjadi sandaran ini;135

a) Keutamaan kualiti daripada kuantiti.

b) Keutamaan ilmu daripada amal.

c) Keutamaan objektif daripada bentuk lahir.

d) Keutamaan ijtihad daripada Taqlid.

e) Keutamaan memudahkan daripada memayahkan.

f) Keutamaan kerja-kerja untuk faedah umumdaripada kerja untuk faedah sendiri.

g) Keutamaan Fardu Ain daripada fardu kifayah.

h) Keutamaan hak masyarakat daripada hak individu.

133 Perbincangan lanjut boleh didapati dalam Paizah Hj. Ismail, “Fiqhal-Awlawiyat: Konsep dan Hubungannya Dengan Fiqh al-Muwazanat, Fiqh al-Syar’ dan Fiqh al-Waqi’” dalam Hukum IslamSemasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, hlm 73-80.

134 Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1999), “Hukum Islam Semasa BagiMasyarakat Malaysia Yang Membangun,” dalam Hukum Islam SemasaBagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur, hlm 8-10.

135 Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Paizah Ismail (2004), PengantarPengajian Syariah, Kuala Lumpur: al-Baian Corporation Sdn Bhd, hlm203-207.

Page 46: PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM …

80

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

KESIMPULAN

Sebagai rumusan akhir, dapat kita simpulkan bahawausaha untuk menghidupkan peranan hukum Islam dizaman moden ini menggunakan prinsip Maqasid al-Shariah bukanlah suatu usaha yang mudah. Ianya perludirancang secara berhemah di peringkat kerangkakonseptual menggunakan sepenuhnya disiplin usul al-fiqh,serta di peringkat pelaksanaannya pula perlu diterapkandengan pendekatan pedagogi baru di dalam pengajiansyariah. Dengan menjadikan precedent fuqaha silam yangtidak jemu-jemu merancang pembangunan disiplin usul al-fiqh agar ianya sesuai dengan tuntutan semasa, hal yangsama perlu dilakukan serta mendapat dokongan daripadakalangan fuqaha di Malaysia. Apa yang jelasnya, inisiatifyang cuba dilaksanakan oleh APIUM ini masih belum lagisempurna dan perlu diteruskan secara berperancangan rapioleh mana-mana IPTA Islam yang lain.