pemuliharaan dan pembangunan kawasan sensitif alam …€¦ · disimpan dalam cara yang boleh...
TRANSCRIPT
Pemuliharaan Dan Pembangunan
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Tadahan Air & Sumber Air Tanah
DRAF
Pemuliharaan Dan Pembangunan
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Kawasan tadahan Air & Sumber Air Tanah
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
2014
Cetakan Pertama 2014 © Hakcipta
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Hakcipta Terpelihara
Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara,
sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Penerbit terlebih dahulu
Diterbitkan di Malaysia
oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Pemberitahuan
Garis panduan ini mengandungi 12 garis panduan yang perlu dibaca secara bersama iaitu-
GP007-A(1) : Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan
(GPPPP) Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) – Pengenalan
GP007-A(2) : GPP Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut (akan
diterbitkan pada 2014);
GP007-A(3) : GPPPP KSAS Persisiran Pantai;
GP007-A(4) : GPPPP KSAS Tadahan Air dan Sumber Air Tanah;
GP007-A(5) : GPPPP KSAS Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong,
Tasik Dan Sungai;
GP007-A(6) : GPPPP KSAS Simpanan Mineral dan Bencana Geologi;
GP007-A(7) : GPPPP KSAS Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal;
GP007-A(8) : GPPPP KSAS Kawasan Pertanian Makanan;
GP007-A(9) : GPPPP KSAS Habitat Hidupan Liar;
GP007-A(10) : GPPPP KSAS Hutan Simpan Kekal;
GP007-A(11) : GPP Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi (telah
diterbitkan pada 2009); dan
GP007-A(12) GPPPP KSAS Warisan Kebudayaan dan Warisan Semulajadi .
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri,
GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009,
GP Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut yang telah diluluskan oleh
Jemaah Menteri pada 1 November 2013 serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan.
Garis panduan ini juga disediakan untuk menyokong garis panduan sedia ada jabatan-jabatan
Kerajaan dan agensi-agensi lain.
2014
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN i
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR DAN SUMBER AIR TANAH
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN I : KAWASAN TADAHAN AIR
1. SKOP .................................................................................................. 1
2. LATAR BELAKANG KAWASAN TADAHAN AIR ....................................... 3
2.1 Kawasan Tadahan Air Sebagai KSAS 3
3. DEFINISI KAWASAN TADAHAN AIR .................................................... 4
4. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN ..................................................... 5
4.1 Melaksanakan Pembangunan Yang Seimbang 5
4.2 Pemeliharaan Fungsi Kawasan 5
5. GARIS PANDUAN UMUM ..................................................................... 5
5.1 Pematuhan Terhadap Dasar Dan Perundangan Sedia Ada 5
5.2 Perancangan Kawasan Tadahan Empangan 6
5.3 Perancangan Kawasan Tadahan Di Kawasan Takat Pengambilan Air 6
6. GARIS PANDUAN KHUSUS .................................................................. 7
6.1 Perancangan Zon Penampan 7
6.2 Garis Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan Tadahan Air 7
7. LATAR BELAKANG KSAS SUMBER AIR TANAH ................................... 10
8. DEFINISI SUMBER AIR TANAH ......................................................... 10
9. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN ................................................... 12
10. GARIS PANDUAN UMUM ................................................................... 12
11. GARIS PANDUAN KHUSUS ................................................................ 14
RUJUKAN
LAMPIRAN
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN ii
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
SENARAI FOTO
Foto 1: Contoh keadaan kawasan tadahan air di Tasik Pedu, Kedah yang mana kawasan hutan simpan kekal diterokai secara berleluasa tanpa pengawalan telah menjejaskan kualiti sumber air brsih bagi kawasan di Utara
Semenanjung Malaysia. ............................................................................ 3
SENARAI JADUAL
Jadual 1: Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan Tadahan Air ... 8
SENARAI RAJAH
Rajah 1 (a): Contoh Menunjukkan Ciri-Ciri Kawasan Tadahan Air ................................... 4
Rajah 1 (b): Contoh Menunjukkan Kawasan Di Kawasan Empangan Tadahan Air ................ 4
Rajah 2: Kawasan Sumber Air Tanah ..................................................................... 11
Rajah 3: Klasifikasi Jarak Zon Tampan Mengikut Kawasan Abstraksi Air Tanah Dan
Kawasan Imbuhan Air Tanah .................................................................... 13
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 1
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR DAN SUMBER AIR TANAH
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
1. SKOP
Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan
dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (GPPP KSAS) Kawasan Tadahan Air
Dan Sumber Air Tanah ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu-
Bahagian I : GPPPP KSAS Tadahan Air;
dan
Bahagian II : GPPPP KSAS Sumber Air
Tanah.
Tafsiran-tafsiran berkenaan dengan sumber air adalah seperti di Lampiran I.
BAHAGIAN I
KAWASAN TADAHAN AIR
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 3
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
2. LATAR BELAKANG KAWASAN TADAHAN AIR
Permintaan bekalan air semakin meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk.
Namun, sumber air mentah semakin berkurangan akibat pemusnahan kawasan tadahan air, pencemaran sungai, kemarau
dan pembalakan haram. Ini menyebabkan kuantiti air mentah berkurangan dan
kualitinya tercemar, dan seterusnya mengakibatkan kos rawatan air yang lebih tinggi.
Sumber air termasuklah mana-mana sungai, lembangan sungai, air tanah
(ground water) atau badan air. Kawasan tadahan air membekalkan sumber air mentah, kawasan rekreasi, habitat
tumbuhan dan haiwan serta flora dan fauna, pengairan dan industri perikanan.
2.1 Kawasan Tadahan Air Sebagai KSAS
Kawasan tadahan air merupakan kawasan utama untuk menakung air. Kualiti bekalan air mentah amat bergantung kepada kualiti
kawasan tadahan air. Justeru, kawasan tadahan air dikategorikan sebagai KSAS di
mana ia mempunyai fungsi sokongan hidup yang tinggi. Sekiranya kawasan tadahan air tidak dipulihara atau dilindungi maka
kualiti bekalan air mentah negara akan terjejas.
Kawasan tadahan air dan sumber air mentah perlu dilindungi agar manusia dan
hidupan dapat menikmati bekalan air yang berterusan pada masa kini dan generasi
akan datang.
Foto 1: Contoh keadaan kawasan tadahan air
di Tasik Pedu, Kedah yang mana
kawasan diterokai secara berleluasa
tanpa pengawalan telah menjejaskan
kualiti sumber air bersih bagi
kawasan di Utara Semenanjung
Malaysia (reword).
Sumber:
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 4
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
3. DEFINISI KAWASAN TADAHAN AIR
Secara umumnya, kawasan tadahan air ialah kawasan air yang ditampung
secara semula jadi melalui landskapnya dan kawasan air yang ditampung secara buatan melalui
pembinaan empangan (Bahagian Pantai, JPS). Air hujan dan air yang
dialirkan keluar dari kawasan ini akan mengalir ke dalam tasik, sungai dan laut.
Ciri-ciri kawasan tadahan air adalah–
i. Bahagian tanah yang disaliri oleh sungai dan beberapa anak sungai
yang mengalir ke hilir dan bertemu dengan sungai utama dan seterusnya mengalir ke laut;
ii. Terbentuk oleh kawasan geografi yang ditentukan oleh had garisan
tadahan air, air permukaan dan air tanah mengalir ke kuala; dan
iii. Bersempadankan ciri-ciri topografi seperti puncak bukit, gunung dan banjaran di mana semua air hujan,
air larian permukaan lain akan mengalir ke suatu destinasi yang
sama seperti sungai atau tasik hinggalah ke kawasan empangan atau takat pengambilan air di
sesebuah kawasan.
Rajah 1 (a) dan (b) menunjukkan ciri-ciri
kawasan tadahan air dan tadahan air untuk empangan dan takat pengambilan air.
Rajah 1 (a): Contoh Menunjukkan Ciri-Ciri
Kawasan Tadahan Air (JPBD, 2008)
Rajah 1 (b): Contoh Menunjukkan Kawasan
Di Kawasan Empangan Tadahan Air (JPBD, 2008)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 5
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
4. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN
Prinsip-prinsip perancangan bagi perancangan dan pemuliharaan KSAS
kawasan tadahan air adalah–
4.1 Melaksanakan Pembangunan Yang Seimbang
Pemeliharaan kawasan hijau, alam semula jadi dan sumbernya bagi memastikan
keseimbangan di antara pembangunan dan kawasan sensitif seperti kawasan tadahan air dan dataran banjir.
4.2 Pemeliharaan Fungsi Kawasan
Kawasan tadahan air perlu dipelihara dan
diurus sebagai satu unit yang tersendiri supaya dapat menghasilkan kuantiti dan kualiti air yang tinggi. Pengurusan yang
bersepadu dan pengawalan pembangunan di sekitarnya perlu
dijalankan untuk memelihara kawasan tersebut.
5. GARIS PANDUAN UMUM
Garis panduan umum bagi perancangan
pemuliharaan KSAS kawasan tadahan air meliputi-
5.1 Pematuhan Terhadap Dasar Dan Perundangan Sedia Ada
i. Perundangan Berkaitan
a) Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56].
b) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].
c) Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974
[Akta 129]. d) Akta Jalan Parit dan Bangunan
1974 [Akta 133]. e) Akta Kerajaan Tempatan 1976
[Akta 171].
f) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].
g) Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].
h) Akta Pemuliharaan Tanah 1960 [Akta 385].
i) Akta Industri Perkhidmatan Air
2006 [Akta 655]. j) Akta Pembangunan Mineral 1994
[Akta 525]
ii. Dasar Perancangan
a) Agenda 21 (Bab 18)
Perlindungan kualiti dan pembekalan sumber air bersih bagi memastikan
keperluan air bersih sesuatu negara adalah
2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 6
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
memuaskan ke arah pembangunan mampan. Antara strategi yang digariskan-
Perlindungan kawasan tadahan dan takungan air serta menangani isu
pemindahan air.
Pengurusan hutan yang mampan dan berterusan bagi melindungi kawasan
tadahan air.
b) National Conservation Strategy
(NCS), 1993
Majlis Sumber Air Negara (MSAN) perlu mempertimbangkan pengurusan
sumber air secara holistik termasuk pengurusan kawasan tadahan tadahan.
Perlu mengenalpasti dan memelihara kawasan tadahan air sebagai kawasan empangan.
Lokasi kritikal kawasan tadahan air bagi pengambilan air dan sungai-
sungai utama perlu dikenalpasti.
“Permanent Forest Estate” (PFE) perlu
diwujudkan di lokasi-lokasi yang strategik diseluruh negara bagi memelihara sumber air dan kawalan
hakisan.
c) Rancangan Fizikal Negara 2 (RFN
2)
Badan air perlu diurus dan pelihara dari segi biodiversiti dan akuatiknya bagi
mencapai matlamat sungai yang mampan. Oleh itu, RFN 2 mencadangkan Pengurusan
Sumber Air Bersepadu (Integrated Water
Resources Management - IWRM) dan Integrated River Basin Management (IRBM)
yang perlu dilaksanakan secara berintegrasi dengan pengurusan sumber
air dan perancangan guna tanah.
5.2 Perancangan Kawasan Tadahan Empangan
i. Aktiviti pembangunan, kemudahan infrastruktur, aktiviti pembalakan
dan pertanian tidak dibenarkan.
ii. Kualiti air perlu berada di lingkungan Kelas I hingga II
mengikut Piawaian Interim Kualiti Air selaras dengan kehendak Jabatan
Alam Sekitar.
iii. Kemudahan pengolahan kumbahan dan tapak pelupusan sisa tidak
dibenarkan dalam kawasan tadahan air empangan. Efluen kumbahan
tidak terawat tidak dibenarkan dialirkan ke empangan.
5.3 Perancangan Kawasan Tadahan Di Kawasan Takat Pengambilan Air
i. Kualiti air tidak melebihi Kelas II mengikut Piawaian Interim Kualiti
Air.
ii. Tapak pelupusan sisa pepejal tidak dibenarkan dalam kawasan tadahan
takat pengambilan air.
iii. Pembangunan dan aktiviti sedia ada
perlu dikenal pasti, dikawal selia dan diurus dengan rapi.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 7
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
iv. Kawasan rekreasi dan sistem komunikasi dibenarkan dengan
syarat penyediaan pelan pengurusan alam sekitar dijalankan terlebih
dahulu.
v. Mematuhi peraturan "Pembangunan yang melibatkan Sungai dan Rizab
Sungai" yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
vi. Apa jua aktiviti pembangunan di kawasan tadahan perlu mengambil kira faktor Total Maximum Pollution
Loading (TMPL) bagi memastikan kadar isi padu pencemaran efluen
sama ada dari loji rawatan kumbahan atau industri yang dirawat yang mengalir kembali ke alur sungai tidak
melebihi isi padu air sungai yang menyebabkan kurangnya faktor
pencairan terutamanya pada musim kemarau, yang menyebabkan air
sungai tidak mampu menguraikan atau menyerap pencemaran secara semula jadi. Contohnya; kejadian
larutan amonia yang berlaku di Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan
Bukit Tampoi. (keseluruhan - tajuk baru?)
6. GARIS PANDUAN KHUSUS
6.1 Perancangan Zon Penampan
a) Aktiviti pembalakan dan pengusahahasilan tidak dibenarkan
dalam jarak 1.5km sekiranya bersempadan dengan tanah kerajaan atau 500m sekiranya
bersempadan dengan hutan simpan kekal (Majlis Perhutanan Negara).
b) Bahan kumbahan, buangan kediaman, industri dan sebagainya dilarang dialirkan terus ke dalam
sungai. Bahan kumbahan hendaklah dirawat terlebih dahulu sehingga ke
Kelas II (River Of Life) sebelum dialirkan keluar ke dalam “outlet” utama terlebih dahulu.
c) Semua pembangunan di luar zon penampan adalah dibenarkan
tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan umum sedia ada.
6.2 Garis Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan
KSAS Kawasan Tadahan Air
Garis panduan khusus perancangan dan
pemuliharaan KSAS kawasan tadahan air adalah seperti Jadual 1.
4
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 8
KSAS KAWASAN TADAHAN AIR
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Jadual 1: Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan Tadahan Air
KSAS/ Kategori
Tah
ap
Kesen
sit
ifan
Aktiviti dibenarkan dengan
syarat Aktiviti tidak
dibenarkan Catatan / Garis panduan
Aktiviti Syarat
Tadahan Air (yang diwartakan atau untuk empangan)
*1
Penyelidikan (terlalu umum-perlu perincian/ pencerahan)
Tiada Semua aktiviti tidak dibenarkan
Penyelidikan bukan untuk tujuan pembalakan termasuk teknik mesra alam bagi mengelak pembalakan di kawasan yang luas.
Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan sedia ada.
Zon penampan tadahan air tersebut hendaklah 100m lebar.
Aktiviti pembalakan hendaklah dijalankan 1.5km dari sempadan.
Kualiti air dikekalkan di antara Kelas I dan II mengikut Piawaian Interim Kualiti Air.
Tadahan Air
untuk takat pengambilan air (Berhutan)
*2
Kawasan
rekreasi Sistem
komunikasi
Penyediaan
pelan pengurusan alam sekitar
Tiada aktiviti
lain selain yang dibenarkan.
Mematuhi peraturan Rizab Sungai seperti yang ditetapkan oleh JPS (2001), "Pembangunan yang melibatkan Sungai dan Rizab Sungai".
Kualiti air dikekalkan di antara Kelas II dan III mengikut Piawaian Interim Kualiti Air.
Zon penampan hijau sekurang-kurangnya 50m perlu dikekalkan sepanjang sungai utama untuk kawasan 5km hulu takat pengambilan air.
Tadahan Air untuk takat pengambilan air (kawasan membangun)
*3 Industri kecil
Melaksanakan program mengitar semula efluen serta menuju kepada konsep pelepasan sifar.
Industri besar perkilangan
Memastikan bahawa tidak ada air sisa yang mengalir terus ke dalam sungai.
Mematuhi peraturan Rizab Sungai seperti mana yang ditetapkan oleh JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS (2001), "Pembangunan yang melibatkan Sungai dan Rizab Sungai".
Kualiti air dikekalkan di antara Kelas II dan III mengikut Piawaian Interim Kualiti Air.
Tangki simpanan minyak (diesel)perlu mempunyai zon penampan sekurang-kurangnya 500m daripada sungai utama di kawasan hulu takat pengambilan air.
Nota:
Tahap kesensitifan:
KSAS Tahap 1: Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.
KSAS Tahap 2: Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat
KSAS Tahap3: Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan hdikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.
Sumber: JPBD (2010), “Rancangan Fizikal Negara Negara Ke-2“, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia.
BAHAGIAN II
SUMBER AIR TANAH
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 10
KSAS SUMBER AIR TANAH
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
7. LATAR BELAKANG KSAS SUMBER AIR TANAH
Kebanyakan air tawar yang digunakan di Malaysia adalah dari air permukaan seperti
air hujan, sungai dan tasik (termasuk bekas lombong).
Air tanah merupakan simpanan air tawar
tertinggi di sesuatu kawasan dan menjadi pilihan yang sesuai bagi membekalkan air
bersih ke kawasan yang pesat pembangunannya.
7.1 Sumber Air Tanah Sebagai KSAS
Air merupakan satu sumber yang penting untuk memenuhi keperluan domestik,
pertanian dan industri. Walaupun kawasan di mana terdapatnya air tanah adalah dibawah kategori KSAS, Sokongan Hidup,
proses mengabstraksi, terutamanya akuifer jenis aluvium boleh mendatangkan
bencana kepada kawasan sekeliling di mana air tanah dipam secara berlebihan
boleh menyebabkan pemendapan tanah.
Kadar atau takat maksimum penurunan tanah atau amblesan boleh berlaku
tertakluk kepada berapa banyak air dipam secara berlebihan dan sifat-sifat geologi
kawasan berkenaan, jangka masa pengepaman dilakukan dan kelemahan tanah aluvium di kawasan sekeliling.
8. DEFINISI SUMBER AIR TANAH
Secara umumnya, air tanah bermaksud air
yang wujud di subpermukaan (di bawah permukaan bumi) dalam liang (pore)
butiran, rongga atau gegua (JMG) yang terdapat di bawah permukaan tanah dalam rongga lapisan geologi (rujuk Rajah 2).
i. Kawasan air tanah terbahagi kepada dua zon iaitu zon tidak tepu dan zon
tepu.
a) 1Zon tidak tepu adalah zon yang terdapat di atas aras air tanah.
b) 2Air tanah diklasifikasikan sebagai sejenis sumber mineral kerana ia
wujud di dalam tanah atau batuan. (JMG akan semak semula)
ii. Air tanah boleh tersimpan di dalam
batuan daripada beberapa meter sehingga beratus atau beribu meter di
bawah permukaan bumi. Kebanyakan air tawar yang didapati di bumi
sebenarnya wujud sebagai air tanah
1 Air yang terdapat pada zon tidak tepu biasanya dikenali
sebagai lembapan tanah (soil moisture). Manakala, bagi zon tepu adalah semua bahagian di bawah muka air tanah (water table) statik dan air yang didapati di dalamnya merupakan akuifer di bawah zon tepu. (JMGM akan beri write-up) 2 Air tanah bertindak sebagai media yang mengisi liang-
liang antara butir-butir atau serpihan sedimen dan batuan. Ia juga mengisi ruang retakan dan rekahan batuan keras di merata tempat di bawah permukaan bumi. Semua liang-liang di dalam sedimen, tanah-tanih atau batuan yang telah dipenuhi dengan air tanah dirujuk sebagai akuifer.
8
11
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 11
KSAS SUMBER AIR TANAH
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
yang terletak tidak melebihi 1 km di bawah permukaan bumi.
iii. Air tanah bergerak dengan perlahan di dalam batuan dengan kadar yang
berlainan. Ia hanya dapat diekstrak daripada sedimen dan batuan yang dianggap sebagai akuifer. Akuifer
adalah batuan atau sedimen tak terkonsolidat yang mengandungi air
yang dapat diabstraksi. Biasanya air tanah bergerak dengan lebih cepat di dalam akuifer dibandingkan dengan
batuan keras.
Rajah 2: Kedudukan Air Tanah Dalam Kitaran Semula Jadi Air
Sumber: JPBD (2008). ”Kajian Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar,” tidak diterbitkan (gantikan dengan rajah Berita Harian 20/4/2014)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 12
KSAS SUMBER AIR TANAH
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
9. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN
Permintaan untuk menggunakan sumber air tanah di Malaysia biasanya adalah di
kawasan pedalaman yang mana bekalan air paip tidak mencukupi atau tidak terdapat bekalan air langsung. Air tanah
digunakan pada skala yang besar untuk keperluan bekalan air awam terutamanya
Kelantan dan Sarawak manakala dengan skala yang lebih kecil di negeri-negeri lain. Selain skim-skim yang utama, beberapa
ratus ribu penduduk pedalaman bergantung kepada air tanah yang mereka
perolehi melalui telaga cetek yang digali untuk memenuhi keperluan harian. Air tanah juga diekploitasi oleh pelbagai sektor
termasuk perkilangan, ladang dan penternakan, dan juga pengeluaran
komersial air mineral.
Justeru, kawasan yang dikenal pasti
mempunyai sumber bekalan air tanah harus dilindungi dan diurus sumber air berkenaan secara mampan dan optimum.
10. GARIS PANDUAN UMUM
10.1 Pematuhan Terhadap
Perundangan Dan Peraturan Sedia Ada
Perkara berkenaan air merupakan bidang kuasa Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, dasar dan
perundangan berkaitan air dinyatakan dalam Enakmen Negeri berkenaan dan
peraturan dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara dan Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974.
10.2 Pemeliharaan Kawasan Sumber Air Tanah
i. Kajian kawasan bermasalah bekalan
air perlu dijalankan terlebih dahulu bagi membolehkan keperluan
menggunakan sumber air tanah di kawasan berkenaan diadakan.
ii. Pemeliharaan kawasan sumber air tanah mesti disertai dengan kajian akuifer air tanah untuk mengenal
pasti potensi air tanah di dalam batuan keras dan aluvium bagi
memenuhi keperluan domestik, pertanian dan industri.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 13
KSAS SUMBER AIR TANAH
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
iii. Penggerudian telaga tiub pengeluaran air tanah dan telaga-
telaga kawalan yang mencukupi mesti dibuat untuk tujuan
memperolehi maklumat hidrogeologi akuifer tersebut. Ujian luahan mampan mesti dibuat dan data
dikutip tentang semua aspek akuifer. Berdasarkan permodelan dengan
data yang diperolehi penghasilan air tanah mampan dan kemungkinan kawasan imbuhan (recharge) mesti
ditetapkan.
iv. Rajah 3 menunjukkan kawasan
khas sumber air tanah keseluruhan, kawasan abstraksi air tanah dan kawasan imbuhan air tanah.
v. Badan-badan pengurusan air yang berkenaan mempunyai kuasa untuk
menjalankan penyiasatan atau mengarahkan mana-mana pihak
menjalankan kajian atau penyiasatan tentang kawasan yang dicadangkan untuk diisytiharkan
sebagai kawasan sumber air tanah.
Rajah 3: Klasifikasi Jarak Zon Tampan Mengikut Kawasan Abstraksi Air
Tanah Dan Kawasan Imbuhan Air Tanah
telaga empangan (well field)
penampan
penampan
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 14
KSAS SUMBER AIR TANAH
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
11. GARIS PANDUAN KHUSUS
KSAS / Kategori
Tahap Kesensitifan
Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti tidak
dibenarkan Catatan / Garis panduan
Aktiviti Syarat
1. Kawasan Air Tanah Menyeluruh (Bagi akuifer Air Tanah dalam batuan keras dan dalam sedimen tak terkonsolidat atau aluvium)
*3
(Untuk Mengelakkan pencemaran Air Tanah)
Pembangunan intensiti tinggi.
Aktiviti melibatkan pemajuan pengorekan air tanah.
Kajian EIA perlu dijalankan bila air tanah dipamkan 1 juta gelen (4500m3) atau lebih sehari. (Pekeliling EIA)
Kajian hidraulik perlu dijalankan bagi aktiviti yang tidak tertakluk kepada prescribed activities.
Pelupusan bahan sisa toksik dan sisa pejal.
Kilang kimia racun, toksik atau menggunakan bahan radioaktif.
Penternakan khinzir.
Tidak perlu zon penampan kecualinya yang dicadangkan menerusi kajian terperinci untuk mengisytiharkan kawasan sebagai KSAS sumber air tanah.
Mengikut syarat-syarat atau cadangan kajian menerusi kajian terperinci untuk mengisytiharkan kawasan sebagai KSAS sumber air tanah.
Aktiviti seperti penanaman, perikanan, penternakan (kecuali penternakan khinzir) perhutanan, pembinaan kediaman, perindustrian ringan, pembangunan infrastruktur dan transmisi, kereta api, resort dan rekreasi, tadahan air dan eko-pelancongan dibenarkan.
2. Kawasan Imbuhan Air Tanah (Bagi akuifer Air Tanah dalam batuan keras dan dalam sedimen tak terkonsolidat atau aluvium)
*3
(Untuk mengelakkan pencemaran Air Tanah
dalam akuifer)
Kebanyakan aktiviti pembangunan dan rekreasi dengan intensiti rendah.
Semua aktiviti ini tidak mendatangkan pencemaran kapada sumber air imbuhan.
Pembangunan secara besar-besaran.
Pelupusan bahan sisa toksik dan sisa pepejal.
Kilang kimia racun toksik atau yang menggunakan bahan radioaktif.
Penternakan khinzir.
Zon penampan 50 meter mengelilinginya.
Jika kawasan diterusi oleh saliran kecil, zon penampan 100 meter atas lembangan dari sempadan Kawasan Imbuhan Air Tanah.
Hanya aktiviti intensiti rendah seperti penanaman, resort dan rekreasi, tadahan air, eko-pelancongan boleh dibenarkan jika EIA dibuat.
Semua aktiviti yang menghasilkan bahan kimia beracun, toksik atau beradioaktif tidak dibenarkan.
Zon penampan 30 meter bagi Kawasan Abtraksi Air Tanah
adalah tertakluk kepada keadaan geologi, geomorfologi dan geologi kejuruteraan.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 15
KSAS SUMBER AIR TANAH
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
KSAS / Kategori
Tahap Kesensitifan
Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti tidak
dibenarkan Catatan / Garis panduan
Aktiviti Syarat
3. Tapak Abstraksi Air Tanah (Bagi akuifer air tanah dalam sedimen tak terkonsolidat atau aluvium)
*3
(Untuk mengawal berisiko bencana amblesan
atau penurunan
tanah)
Aktiviti seperti rekreasi dan penanaman.
Pembangunan struktur tidak dibenarkan.
Semua aktiviti yang memerlukan pembinaan.
Pelupusan bahan sisa toksik dan sisa pepejal.
Kilang kimia racun, toksik atau yang menggunakan bahan radioaktif.
Penternakan khinzir.
Zon tampan 30 meter mengelilingi telaga tiub yang digunakan untuk mengabstraks air tanah.
Semua pembangunan struktur tidak dibenarkan kecuali yang digunakan untuk pengabstraksi Air Tanah tersebut.
Hanya aktiviti penanaman, rekreasi, tadahan air, hutan simpan dibenarkan pada zon tampan ini.
4. Tapak Abstraksi Air Tanah (Bagi akuifer air tanah dalam batuan keras)
*3 Semua aktiviti yang memerlukan pembinaan.
Pelupusan bahan sisa toksik dan sisa pepejal.
Kilang kimia racun, toksik atau yang menggunakan bahan radioaktif.
Penternakan khinzir.
Aktiviti seperti penanaman, perikanan, penternakan (kecuali penternakan khinzir) perhutanan, pembinaan kediaman, perindustrian ringan, pembangunan infrastruktur dan transmisi, kereta api, resort dan rekreasi, tadahan air dan ekopelancongan dibenarkan.
Nota:
Tahap kesensitifan:
KSAS Tahap 1: Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.
KSAS Tahap 2: Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat
KSAS Tahap3: Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
RUJUKAN
Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]. Akta Fi 1951 Perintah Fi (Taman Laut Malaysia), 2003. Akta Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan) 2004 [Akta 635].
Akta Pemuliharaan Tanah 1960 [Akta 385]. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Akta Perikanan 1985 [Akta 317]. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Akta Taman Negara 1980 [Akta 226].
Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 [Akta 129]. Akta Air 1920 [Akta 418] Peraturan Notification of Well Development and Excavation
Dasar Alam Sekitar Negara, 2002. Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan (DKBK), 1998.
Dasar Bio-Teknologi Negara, 2005. Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992) Dasar Sumber Air Negara, 2012
Garis Panduan Eko Pelancongan Kebangsaan. Garis Panduan JPS 1/97: Kawalan Hakisan Berikutan dari Pembangunan di Kawasan
Pantai. IPCC (2007), “IPCC Fourth Assessment Report: Climate Change 2007 (Synthesis Report)”,
Intergovernmental Panel on Climate Change.
Kajian Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008. JPBD. Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Persisiran Pantai 1997. JPBD.
Guideline For Preparation Of Coastal Hydraulic Study and Impact Evaluation. JPS. Marine Parks Malaysia Order, 1994. National Integrated Coastal Zone Management Policy, 2005. Unit Perancang Ekonomi.
Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP). Perintah Kualiti Alam Sekitar 1987 (Penilaian Kesan Alam Sekitar – Aktiviti yang
Ditetapkan). Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2010-2015).
Rancangan Fizikal Negara Ke-2, 2010. Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara (RFZPPN), 2010. JPBD. Salm & Clark (2000), “Marine And Coastal Protected Areas: A Guide For Planners And
Managers”, IUCN, Gland,Switzerland And Cambridge, UK.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
LAMPIRAN I
TAFSIRAN-TAFSIRAN BERKAITAN KAWASAN TADAHAN DAN SUMBER AIR TANAH
Sungai ertinya mana-mana anak sungai, alur air semula jadi, atau apa-apa cawing sungai, sama ada semula jadi, diubah suai atau buatan, dan mana-mana kepungan di dalam alur.
("Sungai" ertinya mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semula jadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur-delta atau lencongan buatan darinya - KTN)
Lembangan sungai ertinya mana-mana sungai dan kawasan tanah ia mengalir.
Air tanah ertinya air subpermukaan yang terdapat di bawah permukaan tanih dan formasi geologi.
Badan perairan ertinya sungai, tasik, kolam, wetland, air pinggir laut, air tanah dan badan perairan yang lain sama ada semula jadi atau buatan termasuk tebing dan lapisan atau
mana-mana bahagian tersebut atau persekitarannya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Tel: 03-2081 6000
Faks: 03-2094 1170 Laman web: www.townplan.gov.my
mytownnet.blogspot.com
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur
ISBN 978-983-41729-5-4