pemerolehan ilmu
TRANSCRIPT
1.0 PEMEROLEHAN ILMU
1.1 Pengenalan Pendidikan Keselamatan
Bidang pengajian PKE 3103 ialah subjek pendidikan keselamatan,
subjek ini merupakan subjek elektif yang harus diambil oleh pelajar
Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan major pendidikan jasmani
semester tiga.Kerja kursus bagi pendidikan keselamatan ini dijalankan
semasa pelajar berada di sekolah untuk menghadiri Pengalaman
Berasaskan Sekolah untuk kali yang ketiga.Saya telah memilih
Sekolah Kebangsaan Sanglang,Kedah untuk menjalankan PBS.Dalam
PBS kali ini,saya harus membuat pemerhatian,mengumpul
maklumat,berbincang dengan guru dan merekod perkara-perkara yang
berkaitan dengan aspek keselamatan di sekolah.Persekitaran
keselamatan sekolah yang selamat membawa kepada “sekolah
selamat” yang selalu dicanangkan oleh arus media pendidikan.Polisi
sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu
mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan
menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan
potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan
sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru
dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari
persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana
iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan
perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat
ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra.
1.2 Peraturan Keselamatan Di Sekolah
Peraturan keselamatan di sekolah amat penting untuk pelajar dan guru
ketahui untuk keselamatan. Peraturan keselamatan ini perlu di
jalankan dengan tegas dan ketat. Terdapat pelbagai peraturan
keselamatan di sekolah. Antaranya :
1
1.2.1 Keselamatan Di Dalam Kelas
Tindakan pelajar
a) Patuh kepada arahan guru pada setiap masa
b) Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.
c) Mengaja kebersihan dan keselamatan fizikal kelas.
Tindakan guru/pentadbir
a) Menjelaskan kepada pelajar tentang peraturan keselamatan.
b) Menguatkan peraturan keselamatan sekolah
c) Mengambil tindakan segara di atas sebarang salahlaku
pelajar.
d) Memastikan keadaan kelas sentaiasa kemas, bersih dan
teratur
1.2.2 Keselamatan Bila Tiada Guru Di Dalam Kelas.
Tindakan pelajar:
a) Pelajar digalakkan menelaah buku dan nota.
b) Ketua Tingkatan mencatatkan dan melapor nama pelajar
yang menimbulkan masalah di dalam kelas.
c) Ketua Tingkatan bertanggungjawab memanggil guru mata
pelajaran.
d) Sekirnya guru tersebut tiada di dalam kelas, ketua tingkatan
dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab
memastikan kelas terkawal dan selamat.
Tindakan sekolah:
a) Guru yang akan menghadiri kursus mestilah menyediakan
latihan untuk kelas dan diserah untuk direkodkan kepada
Penolong Kanan 1. Latihan akan diserahkan kepada kelas
semasa ketiadaan guru tersebut.
b) Menyediakan Jadual ‘sit in’ untuk guru ganti.
2
c) Memantau dan memastikan kelas tersebut sentiasa terkawal
dan selamat.
1.2.3 Keselamatan Di Kawasan Kantin
Tindakan Jawatankuasa Kantin
Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi
peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan dan
Kesihatan.
a) Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut
syarat perjanjian. Senarai harga hendaklah dipamerkan
b) Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta
penjual menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
c) Memastikan pengusaha menuediakan keadaan dan
persekitaran dalamam dan luar kantin yang bersih, kemas
dan ceria.
d) Memastikan pekerja kantin ada menjalani pemeriksaan
kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.
e) Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi.
f) Memastikan makanan yang disediakan untuk harian
mencukupi.
g) Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk
yang mencukupi, selamat dan selesa.
h) Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.
i) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun
dan perbincangan dari semasa ke semasa.
j) Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang
bersesuaian, kemas dan bersih seperti alas kepala, apron
dan lain-lain.
k) Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan
minuman yang HALAL, SUCI dan BERSIH.
l) Memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa
operasi
3
Peraturan di kantin
Mematuhi peraturan am di kawasan sekolah.
a) Pelajar tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam
dan di luar kantin.
b) Pelajar digalakkan makan, minum di kantin, di pondok rehat
umum dan bukan di dalam bilik kelas.
c) Pelajar beratur, tertib dan mengamalkan displin diri yang
tinggi ketika membeli makanan dan minuman di kantin.
d) Membuang sisa dan bungkusan makanan ke dalam tong
sampah yang disediakan.
e) Bersopan dan bertertib semasa makan dan minum.
1.2.4 Tatacara Tindakan Semasa Di Dalam Tandas
Tindakan semua pengguna tandas:
a) Jangan menconteng dan melakukan vandalisme di dalam
tandas.
b) Pastikan semua pili paip ditutup selepas digunakan.
c) Curahkan tandas selepas digunakan.
d) Cuci tangan sebelum keluar tandas.
e) Jangan bergurau dan merokok di dalam tandas
f) Jangan melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
g) Bekerjasama untuk menjaga kebersihan tandas.
Tatacara tindakan pihak pengurusan tandas
a) Menentukan pekerja kontrak menjalankan tugas mereka
mengikut jadual yang ditetapkan.
b) Memastikan tandas dan singki sentiasa bersih, tidak berbau
dan tersumbat.
c) Memastikan takungan air sentiasa ditutup , bersih dan bebas
daripada pembiakan nyamuk.
d) Memastikan lantai dicuci dengan sabun dan dimop supaya
sentiasa bersih dan tidak licin.
4
e) Memastikan sampah yang terdapat di dalam tandas dibuang
ke tempat yang disediakan.
1.2.5 Tatacara Tindakan Di Luar Kelas
Tindakan Pelajar:
a) Sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
b) Sentiasa mempraktikkan nilai-nilai murni seperti memberi
salam , menghormati guru dan orang lain, bersopan-santun,
menepati masa dll.
c) Tidak membuat bising dan menjerit-jerit.
d) Tidak berlari, berkejaran dan merayau-rayau di kawasan
sekolah semasa waktu pembelajaran.
e) Tidak melepak, berdua-duan dan makan di setiap tangga
blok.
f) Tidak merokok.
g) Tidak membuli dan memeras ugut pelajar lain.
h) Tidak menggunakan kata-kata kesat, menghina, mengejek
dan merendahkan orang lain.
i) Tidak makan di kantin semasa waktu pembelajaran sedang
berjalan.
j) Tidak merosakkan tanaman dan pokok-pokok.
k) Tidak berada di kawasan larangan seperti blok asrama,
rumah kediaman guru dan bengkel.
l) Melaporkan kepada guru atau pihak pentadbir sekiranya
ada sebarang salahlaku disiplin pelajar di kawasan sekolah
1.2.6 Tindakan Guru /Pihak Pentadbir Semasa Kebakaran
a) Memberi arahan kepada pelajar untuk keluar mengikut
tangga yang selamat
b) Mengawal keselamatan dan disiplin pelajar.
c) Tidak membenarkan pelajar masuk semula ke kawasan
kebakaran
5
d) Mengambil kehadiran pelajar mengikut kelas / kumpulan
masing-masing.
e) Melaporkan kepada Pengetua/ pihak pentadbir tentang
kehadiran pelajar dan kejadian.
f) Mengesan pelajar yang tidak dalam kumpulan.
g) MenghubungI pihak bomba dan memberi laporan tentang
kejadian supaya lebih mudah bagi mereka bertindak.
1.2.7 Kawalan Keselamatan 24 Jam
a) Kawalan keselamatan 24 jam diadakan setiap hari dan
sekurang-kurangnya seorang pengawal akan bertugas di
pondok pengawal mengawasi pintu pagar keluar masuk
untuk keselamatan warga sekolah.
b) Pengawal memastikan setiap pelawat melaporkan diri
sebelum memasuki kawasan sekolah.
c) Pihak pengawal keselamatan ditugaskan untuk membuat
rondaan dari semasa ke semasa di sekitar kawasan sekolah
untuk menjaga keselamatan dan mengelak daripada perkara
yang tidak diingini berlaku dan melaporkan sebarang kes
luar biasa dengan segera kepada pihak pentadbir, guru/
warden.
d) Semasa bertugas waktu malam, pengawal mesti
menguncikan Peti Jam Keselamatan yang diletakkan di
tempat-tempat tertentu setiap kali mereka membuat
rondaan.
e) Setiap Pengawal mesti merekod kejadian yang berlaku
semasa mereka bertugas. Buku Laporan Pengawal harus
dihantar kepada pihak pentadbir sekolah untuk disemak
pada tiap-tiap pagi.
1.2.8 Peraturan Keselamatan Di Makmal Sains
a) Semua makmal ada pemadam api dan peti kecemasan.
b) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa
guru.
6
c) Pelajar mesti beratur dan senyap semasa masuk ke makmal.
d) Pelajar sentiasa mematuhi peraturan am makmal serta
arahan guru.
e) Pelajar tidak bising dan bermain dalam makmal.
f) Pelajar tidak menjalankan sesuatu aktiviti atau uji kaji tanpa
kebenaran guru.
g) Pelajar tidak memasang kipas semasa menjalankan
eksperimen khususnya eksperimen yang melibatkan
penggunaan penunu Bunsen.
h) Pelajar yang berambut panjang mesti mengikatnya dan yang
bertudung mestilah dipinkan kepada baju supaya tidak
ditiup angin.
i) Pelajar tidak berebut-rebut untuk mendapatkan bahan kimia.
j) Baca label pada botol bahan uji dengan teliti sebelum
memulakan eksperimen.
k) Pelajar tidak membazirkan bahan kimia, gas, air dan tenaga
elektrik.
l) Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada
guru dengan segera.
m) Bersihkan radas atau bahan selepas digunakan dan
letakkan pada tempat asal.
n) Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah.
o) Bersihkan papan tulis, sinki, meja dan letakkan bangku di
atas meja serta tutup semua suis elektrik dan paip air
sebelum meninggalkan makmal.
1.2.9 Keselamatan Diri
1. Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak
sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
2. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam
makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
3. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh
digunakan atas arahan dan panduan guru.
4. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang
telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
7
5. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas
digunakan.
6. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan
kebenaran guru.
7. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah
dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan
makmal.
8. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan
kelengkapan di dalam makmal.
9. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang
dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.
10.Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan
dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-
tiap waktu makmal.
11. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api
penunu bunsen.
12. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara
mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
13.Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam
bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke
bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.
14.Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke
dalam bilik makmal.
15.Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
makmal.
16.Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum Tidak
dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa
pengetahuan guru.
17.Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.
8
1.2.10 Keselamatan Semasa Aktiviti Luar
Tatacara Am
1. Keselamatan diri sama ada kegiatan tersebut dijalankan di
dalam atau diluar kawasan sekolah.
2. Keselamatan alatan kelengkapan dan kemudahan.
3. Keselamatan fizikal.
4. Keselamatan emosi.
5. Keselamatan sosial.
Tatacara Murid
1. Memastikan keselamatan diri terjamin.
2. Mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa
3. Sentiasa mematuhi arahan jurulatih atau guru penasihat.
4. Mendapat kebenaran jurulatih / guru penasihat sebelum
menggunakan alatan.
5. Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
6. Menjalankan aktiviti dengan teratur dan sistematik.
7. Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti bebahaya.
8. Pelajar yang telah dipilih mewakili sekolah/ bahagian/
negeri / negara mesti membuat pemeriksaan kesihatan
( Medical Examination )
9. Memberitahu guru tentang sejarah kesihatan mereka
( Medical History
10.Memberitahu / melaporkan kepada guru sekiranya
mengetahui perilaku rakan-rakan yang tidak
sihat, contohnya: penyalahgunaan dadah, pil khayal dan
lain-lain.
Tatacara Pengurusan / Jurulatih/ Guru.
1. Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar.
2. Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan.
3. Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
9
4. Membuat pengawasan yang rapi sebelum, semasa dan
sesudah digunakan.
5. Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
6. Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang jika
didapati cuaca buruk akan berlaku.
7. Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri
Berkelompok. Memastikan hanya jurulatih yang
berklayakan / bertauliah contohnya dari Majlis Sukan Negeri
serta mengetahui latar belakang mereka.
8. Menyediakan peti pertolongan cemas.
9. Menyediakan pegawai yang bertauliah dalam rawatan
kecemasan mengiringi pelajar yang mewakili sekolah.
10.Harus mempunyai insurans kemalangan diri.
11.Menyediakan prosedur khas untuk agensi/badan latihan luar
yang menggunakan khidmat pelajar, contohnya, mewakili
dalam sukan / permainan.
Tatacara Ibubapa / Penjaga.
1. Menandatangani Surat Kebenaran Ibubapa/ Penjaga.
2. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
3. Memakulumkan kepada pihak sekolah tentang taraf
kesihatan anak jagaan masing-masing.
4. Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak
sesuai untuk menyertai aktiviti.
5. Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak
menyertai aktiviti-aktiviti.
6. Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti.
7. Memastikan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak
jagaan menjalankan aktiviti.
8. Mengambil tahu tempat dimana aktiviti dijalankan.
9. Mendapat maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya
mudah dihubungi.
10
1.2.11 Peraturan Keselamatan Di Padang dan Gelanggang
Peraturan Semasa Ke Padang
1. Murid dikehendaki memakai seluar sukan berwarna gelap
dan baju T, kasut berwarna putih atau yang dijual oleh pihak
sekolah dan berkasut.
2. Murid perempuan tidak dibenarkan memakai tudung yang
berwarna-warni.Hanya tudung yang berwarna putih.
3. Semasa turun ke padang dan balik ke kelas, murid
kehendaki dalam keadaan beratur.
4. Pakaian untuk Pendidikan Jasmani hanya di benarkan pakai
sehingga waktu rehat sahaja.
5. Pakaian mesti ditukar di bilik persalinan yang disediakan
sahaja.
Peraturan Am Di Padang
1. Tempat latihan haruslah berada dalam keadaan bersih.
2. Memastikan tempat latihan selamat digunakan.
3. Mempunyai pelan keselamatan.
4. Mempunyai jadual penggunaan tempat latihan.
5. Pelajar adalah dilarang sama sekali berada di tempat latihan
tanpa pengawasan jurulatih atau guru penasihat.
6. Mempunyai peti pertolongan cemas.
7. Memastikan semua peralatan yang terdapat di padang
adalah selamat untuk digunakan.
8. Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
11
9. Membuat laporan tentang peralatan sukan yang telah rosak,
hilang atau perlu diperbaiki.
1.3 Prosedur Yang Diamalkan Di Sekolah
Peralatan dan Langkah Keselamatan Di Sekolah
1.3.1 Alat Memadam Kebakaran
Alat memadam kebakaran ini amat penting di sekolah kerana ia
merupakan alat yang pertama untuk mencegah kebakaran kecil
di sekolah. Alat pemadam api boleh menyelamatkan nyawa dan
harta benda sekolah dengan memadamkan kebakaran
diperingkat awal dan membantu mengawal kebakaran
sementara menunggu ketibaan Bomba. Dalam permerhatian
saya di sekolah terdapat beberapa alat memadam api yan tidak
boleh digunakan. Contohnya tamat tempoh tarikh
penggunaan,pin telah pon tercabut dan telah digunakan.
Walaubagaimanapun, setiap kelas, makmal mempunyai satu
alat memadam kebakaran. Ini merupakan contoh yang baik
untuk mencegah sebarang kebakaran di peringkat awal di
sekolah. Selain itu, juga, pihak sekolah menyelenggara alat
memadam kebakaran setiap lima tahun sekali.
Gambar : Alat Memadam Kebakaran
12
Cara-Cara Mengunakan Alat Memadam Kebakaran Anda hanya
perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
P- Pull - Cabutkan pin A- Aim - Halakan nozel ke pangkal (base) api S- Squeeze - Tekan tuil (lever) S- Sweep - Layangkan nozel ke kiri dan kanan
1.3.2 Poster Dan Carta Keselamatan
Gambar :Pelan Laluan Kecemasan dan Poster Keselamatan
Pelan laluan kecemasan merupakan bahan yang paling berguna
ketika berlakunya kebakaran.Ketika berlakunya
kebakaran,pelajar dan guru serta warga-warga sekolah harus
mengikuti arah laluan yang telah ditetapkan supaya tidak
berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti pelajar
menolak pelajar yang lain jatuh daripada tangga ketika berada
dalam keadaan kelam kabut dan berada dalam kesesakan
laluan.Dalam pemerhatian saya.saya dapati bahawa setiap
kelas telah dibekalkan dengan sekeping poster atau carta
keselamatan,ini supaya pelajar dapat membaca dan mengambil
tahu tentang laluan yang betul yang akan digunakan ketika
13
berlakunya kecemasan.Poster tersebut dilekatkan di dinding
kelas.Selain itu juga,saya dapati,pada sesetengah bangunan
koridor,poster dan carta keselamatan tersebut juga dilekatkan
pada bahagian dinding,ini memudahkan orang luar yang
kebetulan berada di sekolah tersebut untuk menyelamatkan diri.
Selain itu juga terdapat banyak poster keselamatan semasa ke
sekolah, cara-cara untuk melintas jalan dan lain-lain lagi. Ini
dapat membantu pelajar dalam penambahan ilmu tentang
keselamatan diri semasa ke sekolah.
1.3.3 Peraturan Keselamatan Di Bengkel Kemahiran Hidup
Mesin Dan Alat Selenggaraan
14
Gambar : Alatan di Bengkel KH
bengkel kemahiran hidup di sekolah ini kemas dan teratur. Ini
kerana semasa pelajar ingin memasuki bengkel berkenaan
pelajar perlu beratur terlebih dahulu dan ketua kelas perlu
memaklumkan jumlah pelajar serta meletakkan semua barang
di luar kecuali buku teks kemahiran hidup dan alat tulis. Selain
itu juga kebersihan di dalam bengkel amat bersih. Setiap alatan
yang berada di dalam bengkel terjaga. Ini kerana selepas
penggunaan alatan itu pelajar perlulah mengelap alatan itu
supaya tidak berhabuk. Selain itu juga, peraturan penggunaan
bengkel juga turut di paparkan di dalam bengkel. Supaya pelajar
dapat mengetahui dan mengingati tentang peraturan di dalam
bengkel.
Gambar : Contoh Peraturan Di Dalam Bengkel
1.3.4 Peraturan Keluar Masuk Sekolah
15
Gambar 8 : Pondok Pengawal Dan Peraturan Masuk
Waktu sesi pengajaran dan pembelajaran bermula di sekolah ini
ialah pada pukul 7.45 pagi dan berakhir pada pukul 1.15 pagi
bagi tahap 2 iaitu darjah 4,5,6,manakala bagi tahap 1 iaitu
darjah 1,2,3 sesi persekolahan bermula pada pukul 7.45 dan
berakhir pada 12.45 tengahhari.Manakala waktu terakhir guru
mendaftarkan diri pada awal pagi di pejabat ialah pada pukul
7.30 pagi iaitu 15 minit lebih awal dan berakhir pada pukul 1.30
tengah hari iaitu 15 minit lebih lewat daripada waktu
persekolahan.Peraturan ini memudahkan murid dan warga
sekolah untuk keluar dan masuk dan mengelakkan kesesakan
lalau lintas di hadapan sekolah.Pada awal pagi dan waktu balik
pengawal keselamatan yang bertugas akan menolong murid-
murid dan warga sekolah untuk melintas jalan.Perkara ini
sangat penting kerana murid-murid sekolah rendah tidak
mampu berfikir seperti orang dewasa.Dalam hal ini,aspek
keselamatan amat perlu dititikberatkan.Selain itu,orang luar
yang masuk ke dalam sekolah perlu mendapatkan pas masuk
daripada pondok pengawal dan seterusnya pergi ke pejabat
untuk mendapatkan kebenaran dari pihak guru besar sebelum
melakukan sesuatu.
1.3.5 Keselamatan Pakir Kereta dan Basikal
16
Gambar : Parkir Kereta di SK kamil 2
Berdasarkan pemerhatian saya parkir kereta di sekolah tersebut
tersusun rapid dan kemas. Keselamatan kereta di sekolah itu
terjamin kerana di kawasan terbuka dan tidak menghalang
laluan utama. Selain itu juga, murid-murid tidak dibenarkan
bermain di kawasan parkir kereta guru bagi mengelak perkara
yang tidak di ingini berlaku agar keselamatan pelajar terjamin.
Gambar : Parkir Basikal
Berdasarkan pemerhatian saya, di sekolah ini tidak mempunyai
banyak penunggang basikal dari kalangan murid sekolah ini.
Ramai di kalangan murid di sekolah ini di hantar oleh ibu bapa
mereka dan juga menaiki bas sekolah. Pakir basikal di sekolah
itu di bahagikan mengikut tahap. Iaitu tahap 1, tahap 2, tahap 3,
tahap 4, tahap 5,dan tahap 6. Keselamatan basikal di sekolah
itu terjamin kerana murid tidak di benarkan berada di kawasan
17
pakir basikal pada waktu belajar. Pelajar hanya di benarkan
berada di parkir basikal pada awal pagi dan akhir pembelajaran
sekolah.
1.3.6 Keselamatan Di Kawasan Padang Dan Gelanggang
Berdasarkan permerhatian saya, di sekolah tersebut semua
pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sukan sekolah
yang telah di tetapkan. Dengan memakai seluar trek dan baju
sukan yang berkolar. Bagi pelajar perempuan perlu memakai
tudung berwarna putih sahaja. Selain itu, murid juga perlu
beratur di luar kelas sebelum ke padang dan menunggu guru
pendidikan jasmani menjemput mereka ke padang. Murid perlu
beratur sampai ke padang dalam keadaan teratur. Selain itu
juga, pelajar tidak di benarkan ambil alatan sukan tanpa
kebenaran guru.
18
Gambar : pelajar dalam penguasaan guru dan keselamatan
tiang gol yang tidak digunakan
Di padang sekolah itu juga, semua gol yang tidak di gunakan di
jatuhkan oleh guru agar keselamatan lebih terjamin. Kawasan
padang di sekolah itu di pagar. Ini kerana mengelak daripada
haiwan liar yang berkeliaran. Semua murid di awasi oleh guru
mereka masing-masing tidak segelintir sekolah yang
mengamalkan budaya “bola sepak” dan kemudian guru tersebut
berada di kantin pada setiap kali sesi pendidikan jasmani.selain
itu juga kawasan padang juga turut di jaga. Sebagai contoh
lubang yang terdapat di padang, diratakan dengan meletakkan
pasir halus. Di samping itu juga, terdapat kekurangan di sekolah
itu iaitu tidak memaparkan papan keselamatan ketika berada di
padang untuk pelajar.
19
1.3.7 Keselamatan Perkhidmatan Kantin
Gambar : Kantin Sekolah
Peraturan kantin di sekolah ini berada dalam keadaan
memuaskan,waktu rehat terbahagi kepada 2 iaitu rehat tahap
1,iaitu kelas 1,2 dan 3 pada pukul 9.45 pagi hingga 10.15
pagi,manakal rehat tahap 2 iaitu kelas 4,5,dan 6 pada pukul
10.15 pagi hingga 10.45 pagi.Semasa rehat,guru yang bertugas
akan berada di kantin untuk memastikan setiap peraturan
dipatuhi,semasa hendak membeli makanan,semua pelajar
hendaklah beratur dalam keadaan yang tertib dan tidak
membuat bising.Semasa di dalam kantin jugak,pelajar dilarang
berlari di kawasan kantin. Setelah pelajar selesai
makan,pinggan atau bekas air yang telah digunakan hendaklah
20
diletakkan di tempat yang telah disediakan,pengawas dan guru
yang bertugas akan memantau peraturan tersebut.
21
Gambar : Penyediaan Kantin Sekolah
Berdasarkan permerhatian saya, Kantin sekolah ini amat bersih
dan terjamin. Keadaan lantai kantin turut di mop pada awal pagi
serta berakhir persekolahan. Selain itu. Setiap makanan turut
ditutup dengan rapi untuk mngelak daripada lalat dan
sebagainya. Makanan di sekolah itu tidak boleh di bungkus oleh
mana-mana murid agar kebersihan kawasan sekolah terjaga.
Makanan disekolah itu dimasak di awal pagi olh pekerja kantin
agar kualiti makanan terjamin untuk murid-murid. Sepanjang
saya berada di sekolah itu, tidak terdapat aduan tentang
masalah keracunan makanan oleh murid-murid di sekolah itu.
Kantin sekolah itu juga, telah memanangi banyak anugerah oleh
Pendidikan Pelajaran Daerah kebersihan kantin. Dari segi
rancangan makanan tahunan (RMT), pelajar RMT di minta
berkumpul di meja yang di sediakan di kantin untuk dibahagikan
air kotak, vitamin serta makanan oleh guru yang bertugas.
1.3.8 Keselamatan Di Bilik Darjah
22
Gambar : Bilik Darjah
Berdasarkan Pemerhatian saya, keadaan kelas teratur dan
tersusun di sekolah ini. Ini kerana susunan meja teratur serta
keadaan lantai bilik darjah tidak mempunyai sampah. Setiap
kelas mempunyai jadual bertugas pada setiap hari
persekolahan. Di samping itu juga kad keluar masuk dari kelas
dibekalkan bagi setiap kelas oleh pihak sekolah supaya murid
tidak berkeliaran di merata-rata tempat. Selain itu, guru jga
dapat mengetahui sekiranya murid tiada di dalam kelas. Selain
itu juga, setiap kelas mempunyai buku peraturan sekolah yang
di gantung di pntu hadapan. Di awal pagi pula semua pelajar
akan berbaris dan berdiri di tepi koridor kelas mereka untuk
menyanyikan lagu negaraku serta mengaminkan bacaan
doa,setelah selesai,mereka akan masuk ke dalam kelas dan
menunggu guru untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran.Semasa di dalam kelas,pelajar dilarang membuat
23
bising,berlari-lari dan bermain di dalam kelas. Murid juga turut
melaporkan kepada guru sekiranya terdapat pelajar yang tidak
hadir ke sekolah. Pelan kecemasan kebakaran juga dilekatkan
di bahagian dinding kelas untuk memudahkan tugas guru
mengiringi pelajar ke arah laluan yang selamat.Selain itu
selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran,kelas yang
tidak digunakan,akan dikunci dari luar untuk memastikan
perkara yang tidak diingini tidak berlaku.Semasa sesi
tamat,guru akan memastikan semua suis kipas dan lampu di
dalam bilik kelas telah ditutup.
1.3.9 Peraturan Keselamatan Di Makmal Sains
24
Berdasarkan pemerhatian saya, bahan-bahan kimia dan bahan
bahaya di makmal sains disusun dengan kemas dan teratur di
dalam rak yang terdapat di dalam makmal serta dikunci dari
luar.Rak perlu dikunci kerana di dalam kelas,terdapat sebilangan
pelajar yang nakal yang mungkin akan membuka rak
tersebut.Bahan kimia dan bahaya ini juga dikelaskan dan
disusun dengan cantik agar memudahkan urusan guru untuk
mengambil dan menyimpan semula bahan-bahan
tersebut.Bahan tersebut juga diselenggara dan diperiksa
dengan baik oleh guru.Sekiranya bahan-bahan tersebut perlu
dibuang,guru tersebut akan membuang bahan tersebut di
tempat yang betul dan tidak membuang di merata-rata tempat.Di
sudut meja guru pula,terdapat peraturan yang jelas mengenai
peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh murid.
25
Peraturan Penggunaan Bahan Kimia
1. Label pada botol mestilah dibaca teliti untuk memastikan bzh
awa bahankimia yang akan digunakan itu betul.
2. Gunakan sedikit bahan-bahan sahaja semasa membuat
pemerhatian keranasedikit bahan kimia, adalah mencukupi
untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan
membazirkan bahan kimia.
3. Gunakan sedikit bahan-bahan sahaja semasa membuat
pemerhatian keranasedikit bahan kimia, adalah mencukupi
untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan
membazirkan bahan kimia.
4. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan menghakis.
Jangan cuba merasasebarang bahan kimia sungguh pun
ia dalam larutan cair.
1.4 Analisis Tahap Atau Aspek Keselamatan Yang Sepatutnya Ada Dan
Yang Terdapat Di Sekolah
Hasil daripada pemerhatian saya terhadap asek keselamatan di
sekolah ini, saya mendapati terdapat beberapa kekurangan yang perlu
dititikberatkan. Pertama sekali berkenaan alat keselamatan di sekolah
yang paling penting iaitu alat pemadam kebakaran. Jika diperhatikan,
sekolah ini tidak cukup bertanggungjawab dalam menyediakan alat
pemadam kebakaran yang mencukupi. Namun yang menjadi
masalahnya, pihak sekolah tidak begitu teliti tentang tempoh/jangka
hayat penggunaan alat tersebut memandangkan terdapat sebahagian
daripada alat tersebut sudah tamat tepoh penggunaannya. Sebagai
langkah penambahbaikan, pihak sekolah seharusnya sentiasa
melakukan pemeriksaan atau cuba jaya terhadap setiap alat yang
disediakan di sekolah sama ada ia berfungsi dengan baik atau tidak.
Seterusnya juga berkaitan dengan alat yang disediakan di
sekolah iaitu alatan/ peralatan tangan di bengkel Kemahiran Hidup.
Alatan di dalam bengkel ini disediakan untuk kegunaan sesi
26
pembelajaran. Oleh itu, pihak sekolah dicadangkan agar menyediakan
alatan yang mencukupi dengan bilangan murid. Alatan haruslah
mencukupi bagi setiap murid semasa waktu pembelajaran kerana ia
dapat memberi peluang kepada murid untuk menggunakannya sendiri
serta dapat menjimatkan waktu kerana murid tidak perlu menunggu
untuk berkongsi peralatan.
Cadangan/ penambahbaikan bagi keselamatan di kawasan
lapang iaitu padang adalah tentang longkang besar yang terdapat di
tepi padang. Untuk keselamatan murid, longkang tersebut haruslah
ditutup kerana ia sangat merbahaya memandangkan ia berdekatan
dengan tempat murid bermain. Seterusnya, terdapat juga tiang gol
yang tidak digunakan di padang tersebut. Walaupun tiang tersebut
telah diletakkan dan dikunci seperti yang sepatutnya, tetapi lebih elok
kiranya tiang tersebut diletakkan di tepi atau luar kawasan padang. Ia
dapat memberi ruang yang lebih besar untuk kegunaan padang.
Seterusnya adalah penambahbaikan berkaitan dengan
keselamatan di kantin. Berdasarkan pemerhatian saya, walaupun
terdapat peraturan tentang murid dikehendaki beratur di sekolah tetapi
ia menjadi lebih teratur jika diasingkan barisan murid lelaki dan murid
perempuan. Pengasingan ini bukan bertujuan “gender bias” tetapi ia
bertujuan untuk keselamatan murid perempuan kerana murid lelaki
lebih kasar berbanding mereka terutama sekali apabila mereka
bergegas untuk mendapatkan makanan semasa loceng dibunyikan.
Begitu sahaja penambahbaikan yang sepatutnya dibuat supaya
sekolah ini mencapai kesempurnaan dan menjadi yang terbaik untuk
murid.
27
2.0 PENGUASAAN ILMU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS KERJA
LAWATAN ILMIAH KE JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
ANJURAN:
PISMP 3.12
(PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN)
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
CADANGAN TARIKH:
20 APRIL 2012
TEMPAT LAWATAN:
AKADEMI LATIHAN PERTAHANAN AWAM (ALPHA)LOT 14617 PERSIARAN INSTITUSI BANGI,
43000 BANGI SELANGOR
28
1.0 PENGENALANProgram lawatan ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia merupakan program lawatan bagi memenuhi keperluan kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam Kursus PKE 3102 Pendidikan Keselamatan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memenuhi keperluan sukatan PISMP bagi Kursus PKE 3102 Pendidikan Keselamatan
2.2 Mendapatkan pendedahan tentang keselamatan bagi semua aspek yang berkaitan
2.3 Mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan prosedur membuat laporan ketika kecemasan.
2.4 Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan.
2.5 Melahirkan guru pelatih yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.0 JAWATANKUASA PELAKSANASeperti lampiran A
4.0 BILANGAN PESERTA4.1 Seorang Pensyarah Pengiring Jabatan Pendidikan Jasmani4.2 21 orang pelajar PISMP Major Pendidikan Jasmani Semester 3
(Rujuk lampiran B)
5.0 CADANGAN TEMPAT
5.1 Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)Lot 14617 Persiaran Institusi Bangi, 43000 Bangi Selangor
6.0 TARIKH DAN MASATarikh : 20 April 2012Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
7.0 TENTATIF PROGRAM(Rujuk Lampiran C)
8.0 PENGANGKUTAN8.1 Bas IPG Kampus Pendidikan Islam
29
9.0 PERBELANJAANSeperti di Lampiran D
10.0 PENUTUPProgram lawatan ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini juga diharapkan dapat memberi input dan ilmu yang bermanfaat yang dapat digunakan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya dan kehidupan seharian amnya.
“BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN"
Disediakan oleh,
(MUHAMAD AMIRUL IQMAL BIN MOHAMMAD FADILL)Setiausaha,Program Lawatan Ilmiah,PISMP 3.12,IPG Kampus Pendidikan Islam.
Disemak oleh,
(PUAN NURPIRIAMALAR BINTI RAMIAH)Pensyarah Kursus PKE 3102IPG Kampus Pendidikan Islam
Disokong oleh,
(PUAN NUR AISHAH BINTI ABDULLAH)Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan KesihatanIPG Kampus Pendidikan Islam.
30
LAMPIRAN A
AHLI JAWATANKUASA
PROJEK LAWATAN ILMIAH KE JABATAN PERTAHANAN AWAM
PENAUNG : TUAN HAJI OSMAN BIN HUSSAIN (PENGARAH IPG KAMPUS
PENDIDIKANISLAM)
PENASIHAT : PUAN NUR AISHAH BINTI ABDULLAH (KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI)
PENSYARAH : PUAN NURPIRIAMALAR BINTI RAMIAH
PENGARAH PROGRAM : MUHAMMAD SAFUAN BIN SENAWI
TIM.PENGARAH PROGRAM : SITI NUR IDAYU BINTI ABDULLAH
SETIAUSAHA : MUHAMAD AMIRUL IQMAL BIN MOHAMMAD FADILL
NAIB SETIAUSAHA : NOR SAL SABILA BINTI MANSOR AHMAD KHAN
BENDAHARI : MOHAMAD HAFIZAN BIN ZAINUDIN
AJK PENGANGKUTAN : ASMIRUL BIN AHMAD WAHAB AHMAD ABDIN SHAKIRIN BIN
BAHARIN
AJK CENDERAMATA : IZRIN SHAH BIN MD FADZLILLAH NURWAHIDAH BINTI HASSAN
AJK AKTIVITI : MOHD ZUL FADHLI BIN HASHIM EMY SYAZWANY BINTI MOHD 'AKIB
TUGAS-TUGAS KHAS : MOHAMAD FAIZAL BIN SALEHON AKMAL BIN ASAHARI
31
LAMPIRAN B
SENARAI NAMA PESERTA
PENSYARAH : PUAN NURPIRIAMALAR BINTI RAMIAH.
BIL NAMA NO. K/P NO. HP
1. AHMAD ABDIN SHAKIRIN BIN BAHARIN 910502-03-5135 012-9550120
2. MOHD FARIS BIN MOHD ZULKIFLI 900822-11-5493 013-9505003
3. AKMAL BIN ASAHARI 911016-01-6451 017-7830771
4. ASMIRUL BIN AHMAD WAHAB 910226-02-5845 012-4227239
5. IZRIN SHAH BIN MD FADZLILLAH 910202-01-5669 017-7798838
6. MOHAMAD FAIZAL BIN SALEHON 910912-01-5035 019-6851362
7. MOHAMAD HAFIZAN BIN ZAINUDDIN 910615-03-5721 013-9600421
8. MOHAMAD NOOR HELMI BIN ZAKARIA 910216-08-5297 012-5285555
9. MOHD ZUL FADHLI BIN HASHIM 910610-02-5647 013-4840984
10. MUHAMAD AMIRUL IQMAL BIN MOHAMAD FADILL
910217-08-6179 013-6039432
11. MUHAMAD AZRI BIN MARSOHA 911230-05-5515 017-2811872
12. MUHAMMAD SAFUAN BIN SENAWI 910930-08-6019 017-4179970
13. DHABITAH BINTI MOHAMAD NOR 900728-03-5606 013-2951607
14. EMY SYAZWANY BINTI MOHD ‘AKIB 911111-02-5684 013-4087615
15. FATIN ‘AFIFA BINTI FADZIL 910116-01-6508 017-7339579
16. NOOR NAJIAH BINTI AHMAD 900125-04-5354 013-2201406
17. NORSAL SABILA BINTI MANSOR AHMAD KHAN
9 10714-09-5164
017-5940447
18. NURWAHIDAH BINTI HASSAN 900129-01-6374 013-5955030
19. SITI AMIRAH BINTI MOHAMAD NOOR 910818-08-6238 013-5915591
20. SITI NUR IDAYU BINTI ABDULLAH 910107-01-6508 013-6714024
21. EZAH FATINI BINTI ZAKARIA 910113-08-6262 013-4639433
32
LAMPIRAN C
JADUAL ATURCARA PROJEK LAWATAN ILMIAH KE JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN
2.30 petang Berkumpul Garaj bas AJK PengangkutanSemua Guru
Pelatih
2.45 petang Bertolak ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPAM
AJK PengangkutanSemua Guru
Pelatih
3.00 petang Tiba Di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
JPAM Pengarah Program,AJK Perhubungan.
3.15 petang Taklimat oleh pegawai di JPAM
JPAMAJK Tugas Khas
4.15-5.30 petang
Aktiviti . JPAM AJK Tugas KhasSemua Guru
Pelatih
5.30 petang Bertolak pulang ke IPG Kampus Pendidikan Islam
Dari JPAM ke IPG KPI AJK pengangkutan
Semua guru pelatih
33
LAMPIRAN D
PERBELANJAAN
A. PERBELANJAAN AM
BIL. PERKARA KOS SEUNIT UNIT JUMLAH
1 SARAPAN PAGI RM 3 21 RM 63
2 MAKAN TENGAH HARI RM 7 21 RM 147
3 CENDERAMATA RM 30 5 RM 150
JUMLAH RM 360
B. SUMBER KEWANGAN1. Peruntukan daripada IPG Kampus Pendidikan Islam.
34
3.0 PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Kami para pelajar PISMP 3.12 berjumlah 21 orang telah menjayakan sebuah
Program Pendidikan Keselamatan yang diadakan pada 20.04.2012 bertempat di
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Bangi. Kursus ini telah juga telah disertai oleh
seorang pensyarah penasihat yang juga merupakan pensyarah subjek Pendidikan
Keselamatan, Pn NurPiriamalar Binti Ramiah ini banyak memberi faedah kepada
kami. Ia dapat memberi pengalaman yang tidak boleh dijual beli.
Sebelum Ke Lawatan Ilmiah ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia saya di
lantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pengangkutan. Tugas saya untuk menguruskan
pengangkutan ke Jabatan Petahanan awam. Ia memberi saya pengalaman baru
dalam pngurusan pengangkutan. Saya di beri tunjuk ajar olh AJK sebelumnya yang
pernah terlibat dalam pengurusan pengangkutan. Saya dan rakan saya, Asmirul Bin
Ahmad Wahab ke Pejabat IPG Kampus Pendidikan Islam mengisi borang
pemohonan bas. Dalam pengurusan bas ini saya mempelajari ketepatan masa
dalam menuntukan masa dan tarikh untuk ke lawatan tersebut. Ini kerana
pengunaan bas di IPG pada hari tersebut pnjadualan bas penuh pada hari itu.
Pada pukul 2.30 petang, kami guru pelatih berkumpul di garaj bas dan di beri
sedikit taklimat oleh pengurusi kami, Mohamad Safuan Bin Senawi. Kami bertolak
dari Garaj Bas IPG Kampus Pendidikan Islam pada pukul 2.45 petang pagi ke
Jabatan Pertahanan Awam. Pada pukul 3.00 petang kami sampai di sana kami di
sambut mesra oleh Kol PA Tuan Abdul Wahab bin Rahim. Selepas itu, Kami di beri
taklimat oleh beliau tentang taklimat Cardio Pulmponary Resuscitation (CPR) dan
External Air Resuscitation (EAR). Dalam taklimat beliau, banyak yang kami pelajari
pengalaman-pengalaman baru tentang CPR. CPR ini ialah satu teknik yang boleh
menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran
yang berada di hospital. Kami telah mendapat gambaran bagaimana untuk memberi
kefahaman lebih mendalam tentang aspek-aspek keselamtan dan kepentingannya
dalam pengurusan dan terhadap individu yang terlibat. Pengalaman ini dapat
35
dipraktikkan ketika kami menjadi seorang guru kelak dan ditugaskan untuk menjadi
guru pembimbing aktiviti perkhemahan dan sebagainya.
Pelajar PJ 3.12 Mendengar Taklimat CPR Dan EAR
Banyak ilmu yang kami dapat secara teori tentang cara-cara untuk melakukan CPR
dengan betul. Beliau juga turut menerangkan teknik-teknik untuk melakukan CPR
dengan betul agar mangsa dapat di beri pertolongan dengan betul.
Selepas taklimat kami di beri rehat untuk minum petang,dan di beri masa
untuk menukar baju riadah. Ini kerana kami akan melakukan amali kaedah dan
teknik-teknik melakukan CPR dan EAR dengan betul. Pada pukul 4.15 petang kami
memulakan amali CPR yang di ketuai oleh pegawai Jabatan Pertahanan Awan
36
Pengalaman ini amat bermakna bagi saya kerana dapat melakukan CPR dengan
teknik dan cara yang betul yang di bantu oleh pengawai JPAM. Amali ini memberi
satu pengalaman yang baru dan berharga kepada kami semua.
Amali yang di buat oleh Pelajar Pismp 3.12
Antara butiran untuk melakkan CPR Letakkan telinga anda di mulut mangsa.
Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan
benda asing (jika ada) dari mulut mangsa. Langkah keempat ialah buka mulut
mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke
mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan
pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat). Jika mangsa masih tidak bernafas,
batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda.
Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali.
Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan. Pastikan
kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati.
Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja,
bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100
tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat. Ulang bantuan pernafasan dan
tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai. Langkah terakhir
adalah jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi
membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.
37
Seterusnya, pada pukul 4.45 petang telah diadakan amali bagi pertolongan
cemas EAR. E.A.R ialah pemulihan pernafasan menggunakan udara hembusan.
Terdapat tiga kaedah E.A.R iaitu mulut ke mulut, mulut ke hidung dan mulut ke mulut
dan hidung.
Amali di lakukan oleh Pihak JPAM
Langkah bagi melakukan EAR ialah melakukan penilaian terhadap mangsa.
Periksa adakah mangsa sedar dan adakah mangsa bernafas seterusnya periksa
nadi mangsa. Langkah seterusnya ialah buka saluran pernafasan mangsa.
Dongakkan kepala mangsa dengan mengangkat lehernya. Tolakkan rahang mangsa
ke atas.
Amali ini juga dapat membantu kami guru pelatih untuk memceburi bidang
keguruan di sekolah kelak. Dengan pengetahuan pertolongan cemas ini, kami tidak
perlu berasa panik apabila di sekolah nanti. Ini kerana dengan amali yang di buat
oleh pihak JPAM, kami mendapat ilmu yang cukup berguna untuk di aplikasikan di
sekolah kelak apabila sesuatu yang terjadi di sekolah. Selepas itu, sesi soal jawab
pelajar bersama penceramah telah diadakan. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan
lagi kefahaman kami mengenai teknik pertolongan cemas mengenai CPR dan EAR.
Pada pukul 5.15 petang aktiviti kami berhenti rehat untuk makan dan solat di
Akademi Latihan pertahanan Awam Malaysia.
Pada pukul5.30 petang, majlis penutup dan penyampaian cenderahati telah
diadakan. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani IPG KPI,
Puan Nur Aishah Binti Abdullah.
38
Pada pukul 5.45 petang, majlis ini bersurai dan para pelajar Pengkhususan
Pendidikan Jasmani Semester tiga telah bertolak pulang Ke IPG KPI.
39