pembentangan ketidaksamaan sosial di jepun

Upload: ahmadhafis-ramli

Post on 18-Jul-2015

192 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

AA20703 Ketaksamaan Sosial Nama: Ahmad Hafis bin Ramli No. Matrik: BA10110009 Dr. Kntayya a/l Mariappa

Pengenalan Ketidaksamaan sosial merupakan salah satu persoalan yang timbul berikutan evolusi perkembangan masyarakat yang bertamadun. Ketidaksamaan ini boleh berlaku dalam banyak cara seperti ketidaksamaan status, ketidaksamaan gender dan ketidaksamaan peluang pendidikan. Berikut adalah beberapa jurnal yang terpilih bagi menerangkan tentang ketidaksamaan social di Jepun. Jurnal: Gender Differentiation and Inequality in Management Positions in Japan ( Part 1) dikarang oleh Signe Marie Jahren (1 Februari 2010) Jepun merupakan salah sebuah negara dimana ketidaksamaan sosialnya amat ketara kelihatan. Menurut (HDR, 2009), Jepun menduduki ranking ke 54 daripada 93 negara. Hal ini disebabkan kegagalan Jepun untuk memperbaiki dan memperkasakan wanita dalam mencapai satu tahap kesaksamaan gender di negara tersebut. Meskipun negara Jepun merupakan sebuah negara yang maju di dunia tetapi masih ketinggalan dalam segi ketidaksamaan sosial. Hal ini diperakui oleh Mariko Bando, pembantu kepada Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi. Jepun masih sebuah negara membangun dari segi ketidaksamaan(Perancis 2003) Dalam bidang pengurusan, jumlah pengurus perempuan yang mengendalikan syarikat-syarikat di Jepun amatlah kurang. Buktinya, hanya 9.3% jumlah pengurus di Jepun adalah wanita meskipun jumlah tenaga kerja wanita adalah 41.6% (Statistik Biro Jepun, 2009). Hal ini berbeza dengan Amerika Syarikat dimana sebanyak 46% daripada jumlah pengurus di negara tersebut merupakan wanita (Koshal et al 2004).

Mengapa perkara ini terjadi? Dalam masyarakat tradisi Jepun, masyarakat melihat perempuan sebagai orang yang melahirkan anak,membesarkan anak-anak, menjaga orang tua, dan perlu mengikut suaminya.Hal ini berbeza dengan lelaki dimana mereka menjadi pemimpin, pahlawan samuai serta kerja-kerja lain. (Renshaw, 1999.P.17) Selain itu, kebanyakan wanita yang bekerjaya akan berhenti kerja bagi menumpukan perhaian kepada anak-anak. Maka, tanggungjawab mencari rezeki terletak sepenuhnya di bahu suami. Namun begitu, terdapat segelintir kaum wanita yang enggan berumah tangga kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya. (Fackler, 2007)

Analisis berdasarkan Fungsionalis Menurut Durkheim, penjelasan bagi kewujudan berterusan fakta sosial yang terletak dalam fungsinya, iaitu kegunaan bagi masyarakat (haralambos etal 2008, p.858). Hal ini disebabkan menurut teori fungsionalis, semua institusi sosiologi wujud atas sebab-sebab. Jika kata-kata Durkheim ini digunakan maka, perbezaan jantina dalam bidang pengurusan ini telah memberi kesan yang baik dalam masyarakat Jepun.

Masyarakat Jepun lebih melihat ketidaksamaan sosial dalam aspek pengurusan baik di mana orang lelaki ditugaskan untuk mengurus dan mengawal berbanding wanita yang perlu menjaga anak-anak dan memasak. Hal ini disebabkan mereka percaya bahawa fenomena ini membawa kebaikan kepada masyarakat Jepun sehingga kini kerana menjamin kestabilan dan ketenteraman dalam masyarakat Jepun. Maka, Durkheim mengatakan ketidaksamaan gender boleh dilihat sebagai satu cara untuk mendapatkan sebuah masyarakat yang stabil dan susunan sosial(Haralambos et. Al. 2008, p.858).

Selain itu, ketidaksamaan gender berkait rapat dengan norma-norma dalam masyarakat Jepun. Norma-norma dan nilai-nilai penting untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat dan mengekalkan susunan sosial (Haralambos et al 2008, p.859). Mereka lebih cenderung terhadap lelaki sebagai pemimpin berbanding wanita. Bagi wanita yang ingin menjadi pengurus perlu menghadapi pelbagai cabaran . Misalnya, masih belum kahwin meskipun sudah meningkat usia, pandangan masyarakat dan anak-anak kurang mendapat didikan dan kasih sayang daripada mereka.

Kesimpulannya Kesimpulannya, masyarakat Jepun lebih melihat ketidaksamaan gender dalam semua aspek harus dikekalkan bagi menjamin kestabilan dan ketenteraman dalam masyarakat. Hal ini diperincikan dengan peratusan jumlah pengurus wanita serta ahli politik wanita yang ternyata amat kurang berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, terdapat juga wanita yang lebih berkaliber berbanding lelaki dimana terdapat beberapa bahagian tertentu di mana kaum wanita lebih arif tentang perkara tersebut.

Rujukan http://news.asianstudies.dk/2010/02/gender-differentiation-and-inequality-in-managerialpositions-in-japan/ diakses pada 19 November 2011.