pembangunan perisian multimedia berasaskan … · pembangunan perisian multimedia berasaskan...

26
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN RUANG VISUAL BAGI TAJUK POLYGONS TINGKATAN SATU NORELLA BINTI ABD KADIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhliem

Post on 24-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN RUANG VISUAL BAGI TAJUK POLYGONS TINGKATAN SATU

NORELLA BINTI ABD KADIR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN RUANG VISUAL BAGI TAJUK POLYGONS TINGKATAN SATU

NORELLA BINTI ABD KADIR

Laporan projek ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

ii

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

iii

Istimewa Buat Keluarga Tercinta

Ayahanda

Allahyarham Abdul Kadir Bin Man

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mu.

Bonda

Ramlah Binti Hj. Harun

Restu dan doamu yang mengiringi setiap langkahku

membolehkanku menghadapi segala rintangan

Segala jasamu tidak ternilai harganya.

Kekandaku Nazirah

Adindaku Norhidayah

Insan teristimewa

Wan Mohd. Zarul Izham

Doa kalian hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Setiap langkah kaki ini kalian sentiasa di hati.

Juga kepada semua sahabat yang disayangi

Terima kasih atas segala sokongan kalian.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang, selawat dan salam

buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya serta para sahabat.

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya

projek ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Sekalung dan setinggi penghargaan untuk Dr. Zaidatun Binti Tasir selaku

penyelia projek ini di atas segala bimbingan, tuujuk ajar, nasihat dan bantuan yang

beliau berikan sepanjang perlaksanaan projek ini. Semoga beliau dan seisi keluarga

sentiasa dilindungi dan diberkati Allah s.w.t hendaknya.

Terima kasih juga kepada penilai dalaman iaitu Encik Rosni Zamuddin Shah

B. Sidek dan Prof. Madya Dr. Shariff B. Omar kerana sudi meluangkan masa menilai

projek ini.

Penghargaan khas terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan

seperjuangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dari segi idea,

galakan dan bantuan dalam projek ini. Segala sumbangan kalian tetap saya hargai

dan semoga Allah s.w.t membalas segala jasa baik kalian.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

v

ABSTRAK

Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa reformasi serta

perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khususnya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pembelajaran berbantukan komputer

(PBK) membolehkan pengetahuan disampaikan dalam bentuk yang lebih interaktif

dan berkesan. Dalam kajian ini, satu perisian multimedia bagi tajuk Poligon telah

dibangunkan dalam Bahasa Inggeris mengikut sukatan pelajaran Matematik KBSM

Tingkatan Satu. Isi kandungan perisian ini merangkumi topik Poligon, Simetri dan

Segi tiga. Perisian ini mengaplikasikan pendekatan kecerdasan ruang visual yang

merupakan salah satu daripada lapan kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai

(Gardner, 1983). Ia dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware

6.5 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe

Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0 dan Swish 2.0. Kelebihan utama perisian

berasaskan kecerdasan ruang visual ialah ia dapat menarik minat dan perhatian

pelajar melalui grafik dan imej yang disediakan. Daripada penilaian tidak formal

yang telah dilaksanakan, imej realistik dan bentuk-bentuk poligon yang terdapat

dalam perisian ini menarik dan bersesuaian dengan pendekatan yang dipilih.

Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran

Matematik.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

vi

ABSTRACT

The use of computer technology in education has reformed and created

development in education especially in teaching and learning process. Computer

Assisted Instruction (CAI) allowed the presentation of knowledge more interactive

and effective. In this research, multimedia courseware was developed in English for

Polygons topic based on KBSM syllabus. Its content covered 3 subtopics which

were Polygon, Symmetry and Triangle. This courseware applied visual spatial

intelligence approach which was one of eight intelligences in the Multiple

Intelligences Theory (Gardner, 1983). It was developed by using Macromedia

Authorware 6.5 as the main software and supported by other software such as Adobe

Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0 and Swish 2.0. The main advantage of this visual

spatial courseware was its ability to attract students’ interests and attention. From

the informal evaluation, it showed that the image and polygonal shape in this

courseware were attractive and suitable with the chosen approach. It was hoped that

this courseware would help students mastering Mathematical concepts and skills.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Rasional Kajian 7

1.6 Skop dan Batasan Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Perisian Multimedia

1.8.2 Kecerdasan Pelbagai

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

viii

1.8.3 Kecerdasan Ruang Visual

1.8.4 Poligon

1.9 Penutup 15

BAB II SOROTAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Penggunaan Perisian Multimedia Dalam 16

Pengajaran dan Pembelajaran

2.3 Keberkesanan Perisian Multimedia 19

2.4 Strategi-strategi Pengajaran dalam 21

Pembelajaran Berbantukan komputer

2.4.1 Latih Tubi

2.4.2 Tutorial

2.4.3 Permainan

2.4.4 Simulasi

2.4.5 Penemuan

2.4.6 Penyelesaian Masalah

2.5 Teori Pembelajaran 23

2.5.1 Teori Behariorisme

2.5.2 Teori Kognitivisme

2.5.3 Teori Konstruktivisme

2.5.4 Teori Kecerdasan Pelbagai

2.5.4.1 Kecerdasan Bahasa (linguistik)

2.5.4.2 Kecerdasan Logik dan Matematik

2.5.4.3 Kecerdasan Ruang Visual

2.5.4.4 Kecerdasan Muzik

2.5.4.5 Kecerdasan Tubuh dan Kinestatik

2.5.4.6 Kecerdasan Naturalistik

2.5.4.7 Kecerdasan Intrapersonal

2.5.4.8 Kecerdasan Interpersonal

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

ix

2.6 Pengaplikasian Teori Kecerdasan 32

Pelbagai dalam PBK

2.7 Proses Pembangunan Perisian 34

Multimedia

2.7.1 Model ADDIE

2.7.2 Model Hanaffin & Peck

2.8 Keberkesanan Teori Kecerdasan Pelbagai 37

dalam Pengajaran dan pembelajaran

2.9 Penutup 40

BAB III REKA BENTUK PERISIAN 41

3.1 Pengenalan 41

3.2 Model Reka Bentuk Perisian 42

yang Digunakan

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan

3.2.1.1 Pembinaan konsep perisian

3.2.1.2 Menyatakan tujuan

3.2.1.3 Mengenalpasti kumpulan sasaran

3.2.2 Fasa Reka Bentuk

3.2.3 Fasa Pembangunan dan

Perlaksanaan

3.3 Pemilihan Perisian untuk 48

Menghasilkan PBK

3.3.1 Macromedia Authorware 6.5

3.3.2 Adobe Photoshop 7.0

3.3.3 Swish 2.0

3.3.4 Sound Forge 6.0

3.4 Carta Alir Perisian 50

3.5 Pengaplikasian Pendekatan Kecerdasan 53

Ruang Visual dalam PBK

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

x

3.6 Penutup 54

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN 55

4.1 Pengenalan 55

4.2 Cara Penggunaan Perisian 55

4.3 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 56

4.4 Reka Bentuk Skrin 57

4.4.1 Permulaan Perisian

4.4.2 Menu Utama Perisian

4.4.3 Pilihan Topik Polygon

4.4.4 Pilihan Topik Symmetry

4.4.5 Pilihan Topik Triangle

4.4.6 Kemudahan lain dalam Perisian

4.5 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian 79

4.5.1 Teks

4.5.2 Grafik

4.5.3 Animasi

4.5.4 Audio

4.6 Penutup 81

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 82 CADANGAN 5.1 Pengenalan 82

5.2 Perbincangan 82

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi semasa 84

Pembangunan Perisian

5.3.1 Kekurangan Kepakaran

5.3.2 Kekurangan Masa

5.3.3 Subtopik Terhad

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

xi

5.4 Kelebihan Perisian 85

5.5 Kelemahan Perisian 86

5.6 Komen Rakan Terhadap Perisian 87

5.7 Kesimpulan 88

5.8 Cadangan 89

5.9 Penutup 90

RUJUKAN 91

LAMPIRAN A 97

LAMPIRAN B 99

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Model reka bentuk Hannafin & Peck 42

3.2 Carta alir perisian 52

4.1 Paparan montaj 1 57

4.2 Paparan montaj 2 58

4.3 Paparan log in 58

4.4 Paparan kata-kata aluan 59

4.5 Paparan status pengguna 59

4.6 Paparan objektif pembelajaran 60

4.7 Paparan learning zone 60

4.8 Paparan menu utama 61

4.9 Paparan utama topik Polygons 62

4.10 Paparan Topik Polygon 1 62

4.11 Paparan Topik Polygon 2 63

4.12 Paparan Topik Polygon 3 63

4.13 Paparan utama exercise 64

4.14 Paparan maklum balas positif 64

4.15 Paparan maklum balas negatif 65

4.16 Paparan skor markah 1 65

4.17 Paparan skor markah 2 66

4.18 Paparan aktiviti Magic Square 66

4.19 Paparan aktiviti Tangram Puzzle1 67

4.20 Paparan aktiviti Tangram Puzzle 2 67

4.21 Paparan utama Topik Symmetry 68

4.22 Paparan Topik Symmetry 1 68

4.23 Paparan Topik Symmetry 2 69

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

xiii

4.24 Paparan Topik Symmetry 3 69

4.25 Paparan utama exercise Symmetry 70

4.26 Paparan maklum balas positif 70

4.27 Paparan maklum balas negatif 70

4.28 Paparan utama aktiviti Symmetry 71

4.29 Paparan aktiviti Christmas Tree 71

4.30 Paparan aktiviti A Little Girl 72

4.31 Paparan utama Topik Triangle 72

4.32 Paparan Topik Triangle 1 73

4.33 Paparan Topik Triangle 2 73

4.34 Paparan utama exercise 74

4.35 Paparan contoh soalan objektif 74

4.36 Paparan contoh soalan isi tempat kosong 74

4.37 Paparan utama aktiviti Triangle 75

4.38 Paparan aktiviti Triangular 75

4.39 Paparan aktiviti Cinderella 1 76

4.40 Paparan aktiviti Cinderella 2 76

4.41 Paparan Help 77

4.42 Paparan fungsi kalkulator 77

4.43 Paparan vocabulary 78

4.44 Paparan pengesahan keluar 79

4.45 Paparan kredit 79

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ledakan teknologi maklumat (Information Technology atau IT) serta era

digital yang menyusulinya ternyata telah memberikan implikasi yang besar dalam

kehidupan manusia. Kepesatan IT ini telah mempengaruhi iklim ataupun atmosfera

kemodenan sedunia ( Khairul Nizam, 2001). Malaysia juga tidak ketinggalan dan

mengorak langkah jauh ke hadapan dengan membangunkan inisiatif IT terulung

negara iaitu Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor atau MSC) yang

merangkumi kawasan seluas 750 kilometer persegi meliputi Kuala Lumpur City

Centre, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat

Pentadbiratan Baru Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, bandar IT dan Cyberjaya.

MSC adalah satu langkah kerajaan membawa Malaysia ke mercu kejayaan menerusi

teknologi canggih setanding dengan negara-negara yang telah mendahului dalam

bidang IT. Pengerusi dan Ketua Arkitek Perisian Microsoft Corporation, Bill Gates

dalam lawatannya ke MSC pada 13 September 2000 telah menyatakan bahawa MSC

adalah yang terpantas membangun di dunia berbanding dengan projek seumpamanya

di negara-negara lain (Jalaluddin Abd Rahman, 2000).

Usaha kerajaan ini telah membawa gelombang perkembangan dan perubahan

yang meluas dalam pelbagai sektor di Malaysia seperti sektor perubatan, ekonomi,

perniagaan, perindustrian serta pendidikan. Pendidikan amnya telah mengalami

perubahan yang sangat ketara. Bermula dengan penggunaan papan hitam tradisional

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

2

di sekolah, kemudian beralih ke papan putih, kemudian ke alat bantu mengajar

seperti projektor overhed (OHP) dan seterusnya yang terkini iaitu komputer dan

pembelajaran secara on-line ataupun lebih dikenali sebagai pembelajaran elektronik

(e-learning). Penggunaan komputer dalam pendidikan turut membawa reformasi

serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam

teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran,

pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru

(Mok Soon Sang, 1996).

Justeru itu, pihak kerajaan telah menubuhkan Sekolah Bestari (Smart School)

bagi mempergiatkan lagi penggunaan IT di negara ini. Sekolah Bestari yang

diisytiharkan penubuhannya secara rasmi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr.

Mahathir Mohamad pada Ogos 1995 merupakan salah satu projek daripada tujuh

Flagship Applications dalam MSC yang melaksanakan konsep bestari dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran, penilaian, pentadbiran, pengurusan sekolah,

insfrastruktur teknologi dan pengintegrasian sistem. Semua bahan pengajaran dan

pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kementerian pendidikan Malaysia (KPM).

Perlaksanaan Sekolah Bestari ini juga telah membuka ruang seluas-luasnya

kepada perkembangan teknologi komputer yang membolehkan fleksibiliti dan

kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia,

1997). Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya

penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah

diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihannya serta kemampuannya

menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk

multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu

senario belajar yang lebih menyeronokan (Ismail Zain, 2000). Dalam konteks ini,

penggunaan komputer bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan

pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran

pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1997).

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

3

Perkembangan teknologi komputer dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah turut merangsang pembangunan industri perisian. Namun,

teknologi perisian ini berkembang pada kadar yang lambat berbanding

perkembangan dalam teknologi perkakasan (Hamidah Baba, 2000). Pembinaan

perisian, khususnya kandungan yang berasaskan kurikulum tempatan kurang

dihasilkan serta tidak memenuhi keperluan sekolah-sekolah di seluruh negara. Hal

ini berlaku disebabkan oleh kekurangan kepakaran dalam pembinaan perisian

multimedia pendidikan serta memerlukan perkakasan dan perisian yang khusus dan

pelbagai (Hamidah Baba, 2000). Profesor Emeritius Tan Sri Dr. Awang Had Salleh

juga telah menegaskan, “ Negara kita tidak akan bergerak maju ke depan tanpa IT ”.

Justeru itu, beliau menyeru para pendidik hari ini membina perisian multimedia

untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian multimedia

interaktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah membolehkan para

pendidik mempelbagaikan strategi dan memantapkan lagi sistem penyampaian ke

arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan (Ismail Zain,

2000). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran suatu pengalaman yang menyeronokkan di samping dapat membantu

pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Penggunaan perisian

juga perlu mengambilkira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi

meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya mereka lebih

bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.

1.2 Latar belakang Masalah

Matlamat Matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran

mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta

kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya seseorang boleh

berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab serta

menghargai kepentingan dan keindahan Matematik. Matematik adalah berkait rapat

dengan kehidupan manusia. Kebanyakan perkara atau peristiwa yang berlaku setiap

hari adalah tidak dapat terpisah daripada Matematik (Mok Soon Sang, 2000). Ini

jelas menunjukkan bahawa Matematik memainkan peranan yang amat penting dalam

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

4

kehidupan seharian dan wajar dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat.

Kepentingannya bukan sahaja setakat berurusniaga atau berjual-beli di kedai runcit

bahkan untuk pembangunan ekonomi negara sejajar dengan matlamat negara untuk

menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Rakyat yang dilatih dengan kemahiran

Matematik yang mendalam berupaya menjalankan tugas yang kompleks dengan

cekap dan berkesan (Mok Soon Sang , 2000).

Keadaan ini menuntut rakyat Malaysia khususnya generasi muda menguasai

semua pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam mata pelajaran

Matematik supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian.

Namun begitu, pencapaian pelajar bagi subjek ini amat membimbangkan dan mereka

gagal mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan

seharian. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengajaran- pembelajaran guru yang

tidak mampu menghubungkan konsep Matematik dengan kehidupan seharian serta

isi pelajaran yang terlalu abstrak dan tidak nampak secara konkrit. Oleh itu, pelajar

tidak dapat menguasai isi pelajaran bagi topik yang diajar secara menyeluruh.

Antara isi pelajaran Matematik tersebut ialah ‘Poligon’. Pelajar akan mempelajari

topik ‘Poligon’ semasa di Tingkatan 1 dan ‘Poligon II’ semasa di Tingkatan 3.

Setiap pelajar perlu menguasai keseluruhan topik Poligon Tingkatan 1 sebelum

mempelajari topik Poligon seterusnya. Hal ini kerana, Poligon berkait rapat dengan

pengalaman serta mempunyai sistem logik yang dapat memberi peluang kepada

pelajar untuk membina pemikiran logik atau deduktif. Namun, struktur logik ini

dirasakan tersangat rumit. Jadi adalah susah bagi kanak-kanak untuk memahami

kecuali jika dia telah menguasai idea-idea asas mengenai titik garis lurus, sisi dan

sudut melalui pengalaman dan perbincangan yang praktik ( Ong Chew Thor, 1981).

Masalah dan kesukaran dalam pengajaran-pembelajaran Matematik

khususnya Poligon dapat diatasi dengan penggunaan komputer atau lebih dikenali

sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Perisian multimedia

merupakan salah satu aplikasi PBK yang sering digunakan dalam bilik darjah.

Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran

Matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran Matematik malah

penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

5

Matematik. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993;

Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987)

didapati bahawa:

i. pelajar yang menggunakan komputer dalam Matematik mempunyai sikap

yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan

berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

ii. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat

membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan

mudah dan berkesan.

iii. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan

yang ketara.

iv. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan

mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat

menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Justeru itu, pengkaji bercadang untuk membangunkan satu perisian multimedia bagi

tajuk ‘Poligon- Tingkatan 1’ supaya dapat membantu pelajar belajar dalam

memahami konsep dan pengetahuan Matematik dengan lebih mudah dan berkesan.

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan

bertindakbalas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian dengan gaya pembelajaran, pelajar dapat mengoptimumkan proses

pembelajarannya ( Dunn & Dunn, 1975). Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh

memenuhi gaya pembelajaran pelajar seperti pendekatan behaviorisme,

konstruktivisme, kognitivisme, Teori Kecerdasan Pelbagai dan sebagainya. Bagi

membangunkan perisian ini, pengkaji memilih pendekatan kecerdasan pelbagai yang

disarankan oleh Howard Gardner (1983). Di antara kecerdasan yang akan

diintegrasikan dalam perisian yang akan dihasilkan ialah kecerdasan ruang-visual.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara

mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat

Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan

mencabar pemikiran. Menurut Tengku Zawawi Tengku Zainal (1999), bahagian

terpenting dalam pendidikan Matematik ialah aktiviti penyelesaian masalah.

Pencapaian yang tinggi dalam Matematik tidak bermakna seseorang pelajar mampu

melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan

bahawa masalah Matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa

Matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan

fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah

tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan

sesetengah pelajar terutamanya bagi topik yang agak abstrak seperti Poligon.

Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui perlaksaan pembelajaran

berbantukan komputer (PBK).

Atas kesedaran ini, pengkaji berhasrat menghasilkan satu perisian multimedia

yang menggunakan pendekatan kecerdasan ruang-visual bagi tajuk Poligon dalam

mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu. Pembangunan perisian ini merupakan

usaha pengkaji dalam mambantu meningkatkan pencapaian pelajar bagi mata

pelajaran Matematik khususnya topik Poligon. Melalui pendekatan ini, pengkaji

akan mempersembahkan isi pelajaran dalam bentuk grafik dan visual supaya dapat

mempercepatkan dan mempermudahkan kefahaman konsep poligon. Ia juga mampu

menyediakan persekitaran pembelajaran kendiri yang membolehkan pelajar belajar

mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk membina dan merekabentuk satu

perisian multimedia dalam Bahasa Inggeris bagi tajuk Polygons dalam mata

pelajaran Matematik Tingkatan 1 dengan mengikut sukatan pelajaran Kurikulum

Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan berasaskan pendekatan Teori Kecerdasan

Pelbagai.

1.5 Rasional Kajian

Penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan

maklumat sejagat telah memberikan implikasi yang besar dalam sistem pendidikan

negara khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kini, penggunaan

teknologi komputer yang begitu meluas lebih menumpukan kepada kaedah

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK). Justeru itu, pengkaji

memilih pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer kerana komputer

dipercayai dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

Matematik (Zoraini Wati Abas, 1995) serta menimbulkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar. Selain itu,

penggunaan komputer juga dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep

dengan cepat dan mudah.

Pembinaan perisian multimedia bagi tajuk Poligon yang dihasilkan ini

merupakan salah satu bentuk pengaplikasian PBK yang dapat membantu proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Tengku Zawawi Tengku

Zainal (1999) penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam

pendidikan Matematik.

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

8

Antaranya ialah multimedia boleh:

i. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan

kemampuan masing-masing.

ii. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep Matematik.

iii. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan.

iv. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.

v. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.

Dalam pembinaan perisian multimedia ini, pengkaji memilih topik Poligon

Tingkatan Satu disebabkan oleh isi pelajarannya yang sukar dan tidak nampak secara

konkrit. Bagi membantu pelajar menguasai konsep dan prinsip Poligon dengan

mudah, pengkaji memilih kecerdasan ruang- visual sebagai pendekatan dalam

pembinaan perisian multimedia ini. Kecerdasan ruang-visual merupakan salah satu

daripada lapan jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983)

dalam Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences). Menurut beliau, setiap

individu mempunyai kesemua lapan jenis kecerdasan tetapi pada tahap

perkembangan yang berlainan. Setiap kecerdasan ini dapat ditingkatkan pada satu

tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

Pemilihan teori ini sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah kerana

banyak kajian yang mengaplikasikan teori ini menunjukkan bahawa ianya

memberikan kesan positif terhadap pencapaian pelajar.

Menurut Noor Shah Saad (2002), kecerdasan ruang-visual merupakan

kebolehan atau keupayaan berfikir dalam, dengan dan tentang imej-imej visual

seperti melalui gambar-gambar, ukiran-ukiran, penyusunan objek-objek serta

pelayaran melalui ruang. Individu yang mempunyai kebolehan dalam bidang ini

berupaya mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu

secara mental, meminati rekabentuk, melukis, seni tampak, gemar menconteng serta

mempunyai arah deria yang baik. Pendekatan yang dipilih ini adalah bersesuaian

dengan topik Poligon yang melibatkan bentuk-bentuk, ruang, simetri dan sudut. Ia

juga dapat memenuhi kepelbagaian kebolehan pelajar dan guru.

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

9

1.6 Skop dan Batasan kajian

Perisian multimedia yang dibangunkan ini tertumpu kepada satu tajuk dalam

sukatan mata pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Satu yang merangkumi empat

subtopik kecil iaitu poligon, simetri, segitiga dan segiempat. Perisian ini

dibangunkan dalam Bahasa Inggeris berdasarkan buku teks yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping itu, perisian ini dibangunkan khusus

untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 yang akan menduduki peperiksaan Penilaian

Menengah Rendah (PMR). Perisian multimedia ini dibangunkan dengan

menggunakan pendekatan kecerdasan ruang-visual yang merupakan salah satu

daripada 8 jenis kecerdasan yang telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983)

dalam Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligence Theory). Kajian ini hanya

menghasilkan perisian dan ianya tidak akan menilai perisian yang dihasilkan.

1.7 Kepentingan Kajian

Perisian multimedia bagi topik Poligon Tingkatan Satu ini merupakan bahan

pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan penggunaan komputer. Ia

dibangunkan sebagai alternatif atau perantara dalam sesebuah penyampaian atau

persembahan maklumat kepada para pelajar dengan lebih efektif. Dalam erti kata

lain, perisian ini bertindak sebagai pelengkap atau alat bantu mengajar bagi

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Pembinaan perisian ini membolehkan pelajar yang terlibat dalam proses

pembelajaran mempelajari konsep Poligon yang ada di dalamnya sesuai dengan

minat, kesukaan, kecerdasan, keperluan, pengetahuan dan emosinya. Pelajar

berpeluang untuk mengulangi konsep atau isi pelajaran tersebut pada bila-bila masa

atau sebanyak mana sekalipun. Ciri interaktif yang terdapat dalam perisian ini

membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan cara mamilih pelbagai menu yang

disediakan dan mendapat maklumbalas serta-merta. Selain itu, pelajar juga

dibenarkan untuk mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak dipelajari

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pembangunan perisian multimedia berasaskan kecerdasan ruang visual bagi tajuk polygons tingkatan satu norella binti abd kadir laporan

10

berdasarkan kebolehannya. Perisian yang mempunyai elemen-elemen seperti teks,

grafik, animasi dan bunyi ini, berupaya menarik perhatian dan meransang minat

pelajar terhadap isi pelajaran yang dipersembahkan. Oleh itu, dengan adanya

perisian ini, diharapkan dapat membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran

yang optimum serta meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata

pelajaran Matematik khususnya pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian

Menengah Rendah (PMR).

Dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, biasanya seorang guru

menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarna-

warni, peta, carta, gambar serta suaranya sendiri untuk mengajar. Namun,

pembinaan perisian ini dapat memudahkan guru untuk menyampaikan konsep

Poligon dalam bentuk yang lebih menarik dan mudah difahami pelajar. Di samping

dapat menambah minat guru untuk menggunakan komputer dalam bilik darjah, ia

juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan

meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian ini juga boleh menyebabkan

peranan guru yang selama ini bertindak sebagai penyampai maklumat, akan berubah

menjadi fasilitator, mentor dan pembimbing kepada pelajar. Manakala amalan

pengajaran tradisional dalam bilik darjah turut berubah kepada pembelajaran kendiri,

pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif. Justeru itu guru dapat

memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar yang agak lemah dan memerlukan

perhatian berterusan.

Di samping memberikan pelbagai implikasi positif kepada pelajar dan guru,

pembinaan perisian ini turut memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat dan

membantu Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan kecerdasan

pelbagai dalam proses pengajaran-pembelajaran. Hal ini kerana penggunaan

perisian dalam sistem pendidikan dapat melahirkan generasi berilmu yang mampu

berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop

yang global, teknologi terkini serta berupaya menangani perkembangan dan

perubahan masa kini dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan

masyarakat dan negara. Penghasilan perisian ini memenuhi ciri-ciri kurikulum