pembangunan bahan e-pembelajaran matematik … · aplikasi ‘jcross’ iaitu kuiz dalam bentuk...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK BERASASKAN
MOODLE BERTAJUK ‘STANDARD FORM’, ‘PROBABILITY 1’ DAN ‘LINES
AND PLANES IN 3-DIMENSIONS’
NURUNNAJWA BINTI MOHD NAZMI
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
iii
DEDIKASI
Buat abah dan mak,
Mohd Nazmi Rohani & Siti Buniah Nasiran,
Doa restumu sentiasa mengiringi daku….
Pengorbananmu ku sanjung tinggi….
Buat abang dan adik-adikku,
Zulfahmi,
Mohammad Zukhair, Mohammad Afham,
Aiman Alif & Ahmad Ajmal Hasif,
Gapailah impian dan kejayaan setinggi mungkin….
Buat rakan-rakan UTM,
Kenangan bersamamu terpahat kukuh di ingatan…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia
dan izinnya dapat saya menyiapkan projek pembangunan bahan e-pembelajaran
Matematik berasaskan MOODLE bertajuk ‘Standard Form’, ‘Probability 1’ dan ‘Lines
And Planes In 3-Dimensions’ ini.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia saya, PM Dr. Zaleha
Binti Ismail atas tunjuk ajar dan bimbingan serta keprihatinan beliau ke atas usaha saya
menyiapkan projek ini. Juga penghargaan ini dirakam untuk kedua orang tua saya yang
banyak memberikan sokongan moral sepanjang masa.
Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
secara langsung dan tidak langsung sepanjang penghasilan projek ini. Jasa kalian semua
tidak akan dapat dilupakan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Sekian…
v
ABSTRAK
Pembelajaran yang berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang
berkesan kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar dan
menekankan konsep kolaborasi. Projek e-pembelajaran ini telah memilih satu sistem
pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic
Learning Environment). Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya
menyokong prinsip konstruktivisme sosial yang mana guru dan pelajar saling
berinteraksi menerusi sumber dan aktiviti. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk
‘Standard Form’, ‘Probability 1’ dan ‘Lines And Planes In 3-Dimensions’ ini
menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan Sukatan
KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah Teacher’s
Note, Students’ Lesson, Quiz, Assignment, Forum, Chat dan Journal. Teacher’s Note
disediakan dalam dua bentuk iaitu HTML dan powerpoint sebagai alternatif kepada guru
semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Students’ Lesson pula
disediakan dalam bentuk interaktif yang mana pelajar boleh berinteraksi terus
dengannya. Quiz yang disokong dengan pangkalan data membenarkan guru dan pelajar
mengikuti prestasi pelajar apabila markah, tempoh masa, kekerapan penggunaan boleh
diperoleh. Manakala Forum, Chat dan Journal disediakan untuk memberi ruang
kolaborasi kepada guru dan pelajar yang mana komunikasi dua hala dibenarkan. Projek
yang menggunakan model rekabentuk intruksi bersistem ADDIE ini diharap dapat
digunakan oleh pelajar untuk membantu mengatasi masalah kekurangan guru dan
membolehkan pelajar berdikari dalam pembelajaran mereka.
vi
ABSTRACT
The web-based learning can be regarded an effective alternative, as this method
enables students and emphasizing on collaborative learning. This e-learning project
chooses the management system MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic
Learning Environment). This system is appropriate as the design supports the social
constructivism where teachers and students can interact via source and activity. The e-
learning content for ‘Standard Form’, ‘Probability 1’ and ‘Lines And Planes In 3-
Dimensions’ provided sorts of source and learning activity based on Integrated
Curriculum for Secondary Schools (KBSM). The types of activities meant by
MOODLE are Teacher’s Note, Students’ Lesson, Quiz, Assignment, Forum, Chat and
Journal. Teacher’s Note is provided in two types, in HTML and PowerPoint as an
alternative for teacher in teaching and learning process. While for Students’ Lesson is
provided in interactive way where students can interact in virtual community. For Quiz,
is supported by database that allows teacher and students knowing their achievement
when marks, time and the usage can be achieved. While Forum, Chat and Journal is
provided to give collaborative space for teacher and student that enables two way
communications. This project that used instructional model design ADDIE is might be
used for students to solve limited teacher and enables to be independent in their learning
process.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Kepentingan Projek
1.5.1 Pelajar
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiv
xvii
xviii
1
3
6
7
8
8
viii
2
1.5.2 Guru
1.5.3 Sekolah
1.5.4 Ibu bapa dan Masyarakat
1.6 Skop Projek
1.7 Kerangka Teori Projek
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Pelajar
1.8.2 Pengajaran
1.8.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1.8.4 Web Portal Pendidikan
1.9 Penutup
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 E-Pembelajaran
2.2.1 Kebaikan E-Pembelajaran
2.3 E-pembelajaran Matematik Di Luar Negara
2.4 E-pembelajaran Matematik Di Dalam Negara
2.5 Sistem Pengurusan Kursus – Sumber Terbuka
2.6 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Kursus – MOODLE
2.6.1 Rangka Keseluruhan MOODLE
2.6.2 Pengurusan Laman Web
2.6.3 Pengurusan Pengguna
2.6.4 Pengurusan Kursus
2.6.4.1 Modul Tugasan
2.6.4.2 Modul ‘Choice’
2.6.4.3 Modul Jurnal
2.6.4.4 Modul Pembelajaran
2.6.4.5 Modul Kuiz
2.6.4.6 Modul Tinjauan
9
9
9
10
11
12
13
13
13
13
14
15
16
18
20
22
25
26
27
28
28
29
30
31
31
31
32
32
ix
3
2.6.4.7 Modul ‘Chat’
2.6.4.8 Modul Forum
2.6.4.9 Modul Glossari
2.7 Kajian Berkaitan Dengan Pembelajaran Matematik
2.7.1 Kesukaran Bagi Tajuk ‘Standard Form’
2.7.2 Kesukaran Bagi Tajuk ‘Probability I’
2.7.3 Kesukaran Bagi Tajuk ‘Lines and Planes
In 3-Dimensions’
2.8 Penutup
PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan
3.2 Kaedah Perlaksanaan
3.2.1 Analisis
3.2.1.1 Analisis Terhadap Pengguna
3.2.1.2 Analisis Kesalahan Lazim
3.2.2 Rekabentuk
3.2.3 Pembangunan
3.2.3.1 Permulaan Pembangunan Web
Portal
3.2.3.2 Pembangunan Bahan Sumber
3.2.3.3 Pembangunan Bahan Aktiviti
(Students’ Lesson)
3.2.3.4 Pembangunan Bahan Aktiviti
(Quiz)
3.2.3.5 Pembangunan Bahan Aktiviti
(Hot Potatoes Quiz)
3.2.3.6 Pembangunan Bahan Aktiviti
(Assignment)
3.2.3.7 Pembangunan Bahan Aktiviti
32
33
33
33
35
36
37
38
39
39
41
41
42
45
52
53
54
55
56
57
58
59
x
4
(Forum)
3.2.3.8 Pembangunan Bahan Aktiviti
(Chat)
3.2.3.9 Pembangunan Bahan Aktiviti
(Journal)
3.2.4 Perlaksanaan
3.2.5 Penilaian
3.3 Penutup
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN
4.1 Pengenalan
4.2 Bahan E-Pembelajaran: Web Portal Matematik
4.2.1 Skrin ‘Login’
4.2.2 Skrin ‘Main Menu’
4.2.3 Rekabentuk Topik ‘Standard Form’
4.2.3.1 Bahan Pengajaran Guru
4.2.3.2 Bahan Pembelajaran Pelajar
4.2.3.3 Kuiz Dan Latihan Ulangkaji
4.2.3.4 Tugasan
4.2.3.5 Forum Dan Perbincangan
4.2.3.6 Jurnal
4.2.4 Rekabentuk Topik ‘Probability 1’
4.2.4.1 Bahan Pengajaran Guru
4.2.4.2 Bahan Pembelajaran Pelajar
4.2.4.3 Kuiz Dan Latihan Ulangkaji
4.2.4.4 Tugasan
4.2.4.5 Forum Dan Perbincangan
4.2.4.6 Jurnal
4.2.5 Rekabentuk Topik ‘Lines And Planes In 3-
Dimensions’
60
60
61
61
62
64
64
65
67
67
68
70
71
73
74
75
75
76
78
79
81
81
82
82
xi
5
4.2.5.1 Bahan Pengajaran Guru
4.2.5.2 Bahan Pembelajaran Pelajar
4.2.5.3 Kuiz Dan Latihan Ulangkaji
4.2.5.4 Tugasan
4.2.5.5 Forum Dan Perbincangan
4.2.5.6 Jurnal
4.3 Penutup
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.3 Kebaikan Web Portal
5.4 Kelemahan Web Portal
5.5 Masalah-masalah Yang Dihadapi
5.6 Cadangan Bagi Mengatasi Masalah
5.7 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN A
83
85
86
87
87
88
89
90
90
91
93
94
95
96
98
102
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL
TAJUK MUKA SURAT
2.1 Sebahagian dari inventori terhadap kandungan Human
Computer Interaction
23
2.2 Dapatan Kajian 24
3.1 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar
bagi tajuk ‘Standard Form’, ‘Probability 1’ dan
‘Lines And Planes In 3-Dimensions’
42
3.2 Analisis kesalahan lazim bagi membantu
menyelesaikan masalah yang melibatkan tajuk
‘Standard Form’, ‘Probability 1’ dan ‘Lines And
Planes In 3-Dimensions’
44
3.3 Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran Yang
Perlu Dicapai Selepas Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Bagi Topik ‘Standard Form’.
46
3.4 Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran Yang
Perlu Dicapai Selepas Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Bagi Topik ‘Probability 1’.
47
3.5 Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran Yang
Perlu Dicapai Selepas Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Bagi Topik ‘Lines And Planes In 3-
Dimensions’.
48
3.6 Jadual Yang Terdiri Daripada Item-Item Soalan,
Jawapan, Maklum balas dan Miskonsepsi Bagi Kuiz
49
xiii
Bagi Tajuk ‘Standard Form’.
3.7 Jadual Yang Terdiri Daripada Item-Item Soalan,
Jawapan, Maklum balas dan Miskonsepsi Bagi Kuiz
Bagi Tajuk ‘Probability I’.
50
3.8 Jadual Yang Terdiri Daripada Item-Item Soalan,
Jawapan, Maklum balas dan Miskonsepsi Bagi Kuiz
Bagi Tajuk ‘Lines and Planes In 3-Dimensions’.
51
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH
TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori Projek 11
3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 40
3.2 Skrin ‘Edit Profile’ 53
4.1 Skrin ‘login’ 65
4.2 Skrin ‘New account’ untuk pengguna baru yang
ingin mendaftarkan diri untuk mengakses sistem
web portal
66
4.3 Skrin yang menunjukkan web portal
‘Mathematics Form 4’ di dalam sistem
MOODLE
66
4.4 Skrin ‘main menu’ keseluruhan web portal 67
4.5 Skrin bagi tajuk ‘Standard Form’ yang
diletakkan di ruangan pertama di dalam web
portal
68
4.6 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Standard
Form’ dalam bentuk HTML
69
4.7 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Standard
Form’ dalam bentuk Power Point
69
4.8 Contoh skrin nota pembelajaran pelajar yang
mengemukakan soalan untuk mencungkil idea
asal pelajar.
71
4.9 Contoh skrin nota pembelajaran pelajar yang 71
xv
memaparkan jawapan terhadap jawapan daripada
soalan yang dikemukakan
4.10 Skrin ‘Quiz’ untuk para pelajar bagi tajuk
‘Standard Form’
72
4.11 Skrin ‘Hot Potatoes Quiz’ yang menggunakan
aplikasi ‘JCloze’ iaitu kuiz dalam bentuk latihan
isi tempat kosong bagi tajuk ‘Standard Form’.
73
4.12 Skrin ‘Forum’ untuk para pelajar mengeluarkan
pendapat mereka mengenai tajuk ‘Standard
Form’
74
4.13 Skrin bagi tajuk ‘Probability 1’ yang diletakkan
di ruangan ketujuh di dalam web portal
76
4.14 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Probability 1’
dalam bentuk HTML
77
4.15 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Probability 1’
dalam bentuk Power Point
77
4.16 Skrin nota pembelajaran pelajar bagi tajuk
‘Probability 1’
79
4.17 Skrin ‘Quiz’ untuk para pelajar bagi tajuk
‘Probability 1’
80
4.18 Skrin ‘Hot Potatoes Quiz’ yang menggunakan
aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka
silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’
80
4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para pelajar mengeluarkan
pendapat mereka mengenai topik ‘Probability 1’
81
4.20 Skrin bagi tajuk ‘Lines And Planes In 3-
Dimensions’ yang diletakkan di ruangan
kesebelas di dalam web portal
83
4.21 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Lines And
Planes In 3-Dimensions’ dalam bentuk HTML
84
4.22 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Lines And 84
xvi
Planes In 3-Dimensions’ dalam bentuk Power
Point
4.23 Skrin nota pembelajaran pelajar bagi tajuk ‘Lines
And Planes In 3-Dimensions’
85
4.24 Skrin ‘Quiz’ untuk para pelajar bagi tajuk ‘Lines
And Planes In 3-Dimensions’
86
4.25 Skrin ‘Hot Potatoes Quiz’ yang menggunakan
aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka
silangkata bagi tajuk ‘Lines And Planes In 3-
Dimensions ’
87
4.26 Skrin ‘Forum’ untuk para pelajar mengeluarkan
pendapat mereka mengenai topik ‘Lines And
Planes In 3-Dimensions’
88
xvii
SENARAI SINGKATAN
ADDIE : Analysis, Design, Development, Implimentation, Evaluation
ALT : Advanced Learning Technology
HTML : HyperText Markup Language
ICT : Teknologi Komunikasi Maklumat (Information and
Communication Technology)
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
LAN : Local Area Network
MOODLE : Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment
OSS : Open Source Software
PIPP : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PPSMI : Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
WAN : Wide Area Network
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN
TAJUK MUKA SURAT
A Soalan Latihan Bersama Skema Jawapan
Latihan
102
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada era millenium ini, semua orang berlumba-lumba untuk menjadikan diri dan
masyarakat mencapai kecemerlangan dalam segala aspek. Bidang pendidikan tidak
ketinggalan dalam persaingan sihat ini.
“Kita perlu ingat bahawa dalam dunia tanpa sempadan ini, anak-anak kita tidak
lagi bersaing sesama mereka di dalam Malaysia, sebaliknya bersaing dengan seluruh
masyarakat dunia.”
(YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussin, Perutusan tahun baru 2006)
Justeru dalam mengharungi persaingan dalam pendidikan ini, negara telah
melancarkan satu pelan bagi memartabatkan institusi pendidikan negara. Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Januari 2007 adalah semata-mata untuk
memastikan bidang pendidikan bertaraf tinggi di mata dunia. Ini kerana untuk
menjadikan sesebuah negara itu menjadi negara maju, bidang pendidikan adalah kunci
utamanya. Dengan pendidikan akan lahir seorang warga yang berilmu dan berkemahiran
tinggi untuk mengharungi dunia globalisasi ini.
PIPP yang dilancarkan bersama enam teras ini iaitu Membina Negara Bangsa,
Membangunkan Modal Insan, Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Merapatkan Jurang
Pendidikan, Memartabatkan Profesion Perguruan, dan Melonjakkan Kecemerlangan
Institusi Pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2006
hingga 2010. Sejumlah RM23.198 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memastikan pelaksanaan program
pembangunan pendidikan berjalan lancar. Ini termasuk memastikan setiap sekolah
dibekalkan dengan kemudahan komputer dan internet, menaiktaraf semua sekolah dengan
mengambil kira infrastruktur, akses jalur lebar SchoolNet, TV pendidikan, Program
Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) serta pelbagai inisiatif
teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang lain untuk memberikan keselesaan kepada
para pelajar untuk belajar dalam suasana yang kondusif.
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, kementerian memperkenalkan
ICT dalam pendidikan meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru, termasuk
memperkenalkan projek ICT melalui pembekalan komputer sebagai aktiviti utama
penyediaan infrastruktur ICT. Usaha itu termasuk memperkenalkan projek Schoolnet
menjurus kepada penyediaan prasarana jalur lebar bagi capaian internet di semua sekolah
dan hasilnya, 9,285 sekolah dirangkaikan dan projek MySchoolNet yang menekankan
kepada pembudayaan internet dalam pembelajaran harian. Projek makmal
pengkomputeran membolehkan 5,037 sekolah dilengkapi 133,000 komputer sehingga
tahun lalu. Pada masa yang sama, TV pendidikan tetap diteruskan bagi membantu
pembelajaran di sekolah (Utusan Malaysia, 27 Januari 2007).
Rombakan besar-besaran ini sebenarnya untuk memastikan pelajar-pelajar
dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan ICT dengan baik,
berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya
menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
1.2 Latar Belakang
Bagi menunaikan hasrat negara menuju ke arah negara maju pada tahun 2020,
kecemerlangan dalam bidang pendidikan Matematik amat penting sekali. Ini kerana
Matematik sering dilihat sebagai wasilah dalam penerokaan sains dan teknologi,
penghubung antara sains tabii dengan alam tinggi, ilmu alat kepada ilmu-ilmu warisan,
keperluan asas dalam kehidupan bermasyarakat, penggilap akal dan minda serta menjadi
suatu pengukur kecerdasan insan. Matematik menjadi ilmu sepunya kepada banyak
bidang ilmu (Mat Rofa Ismail, 2004). Justeru adalah penting bagi seseorang pelajar yang
mendalami ilmu Matematik dapat memahami sepenuhnya konsep dan dapat
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dengan itu guru-guru perlu menjalankan
suatu pengajaran yang berkesan kepada pelajar-pelajar mereka. Menurut Esah Sulaiman
(2003), pengajaran itu hendaklah mengaplikasikan pelbagai kaedah mengajar untuk
memudahkan serta menanam minat untuk belajar di kalangan pelajar, pengetahuan yang
luas dan mendalam untuk membantu pelajar dalam pembelajaran mereka. Ternyata di
sini bahawa pengajaran yang berkesan itu juga adalah melibatkan pelajar-pelajar secara
aktif dalam pembelajaran iaitu dengan melakukan aktiviti, berbincang, mengemukakan
soalan, memberi pendapat dan lain-lain lagi di mana pelajar bukan sebagai pelajar yang
pasif.
Dengan penerapan teknologi dalam pendidikan Matematik menjadikan para
pelajar berminat untuk belajar secara aktif sekaligus dapat mencungkil potensi diri dalam
bidang berkaitan. Penggunaan teknologi interaktif ini akan menjadikan para pelajar tidak
bosan untuk belajar dan dapat menguasai ilmu yang dipelajari dengan berkesan. Menurut
Prairie (2005),
“ Today’s teacher can use technologies to support her choices of learning
theories. There is now no doubt that when technology is used in developmentally
appropriate ways, it can have have dramatic impact on learning.”
Menurut Nik Azis Nik Pa (1989), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
Matematik tradisional, para pelajar hanya diajar cara untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan dengan langkah-langkah tertentu sahaja. Pelajar yang mengikut langkah guru
saja yang dianggap berjaya, manakala pelajar yang menggunakan langkah ciptaan sendiri
dianggap tidak berjaya. Keadaan ini sebenarnya telah membataskan tahap pemikiran
pelajar dan menjadikan pendidikan Matematik suatu perkara yang menggunakan hafalan
semata-mata. Justeru, perkara ini tidak harus dibiarkan kerana ia akan membataskan
hasrat Malaysia menuju ke arah negara maju. Sesebuah negara maju memerlukan
rakyatnya berfikiran terbuka, kreatif dan kritis bagi menghadapi cabaran globalisasi yang
semakin mencabar.
Justeru pendidikan Matematik telah diubah untuk meningkatkan mutu dan kualiti
bagi memastikan para pelajar memahami setiap konsep dalam ilmu Matematik untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pendidikan yang berasaskan teknologi terkini
seperti penggunaan komputer dan internet telah diterapkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Matematik sama ada di dalam atau di luar kelas.
Menurut Lim et. al, (2003), kaedah alternatif pengajaran dan pembelajaran adalah
berasaskan web yang mana ia menggalakkan pelajar meneroka pengetahuan-pengetahuan
baru yang tidak mungkin diterima daripada sebuah kelas tradisional. Dengan wujudnya
penerapan teknologi dalam bidang pendidikan ini membolehkan para pelajar belajar
secara aktif dan berdaya saing. Menurutnya lagi sistem pembelajaran berasaskan web
adalah sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Sesungguhnya potensi web
dalam pendidikan ini amat luas. Menurut Prairie (2005),
“With technology children can draw and dictate or write their thoughts and
ideas. Curiculum web can be designed as a group in a software programme. Children
can identify what they know or what they want to explore. And these early
communication can be recorded, copied, displayed on a screen, or sent to others.....”
Penggunaan teknologi seperti komputer dan internet akan menjadikan pelajar-
pelajar belajar secara aktif dan dapat berkongsi dan bertukar-tukar maklumat hasil
daripada penerokaan mereka ke alam cyber. Hal ini akan dapat menonjolkan
kemampuan mereka dalam pembelajaran selain meningkatkan lagi minat mereka
terhadap pelajaran. Teknologi ini juga menggalakkan para pelajar membuat keputusan
dalam penyelesaian masalah dan mengkehendakkan mereka berfikir secara kreatif dan
kritis.
Justeru projek “Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE bagi
Tajuk ‘Standard Form’, ‘Probability I’ dan ‘Lines And Planes In 3-Dimensions’” ini
diwujudkan bagi membantu para pelajar untuk belajar menerusi alam maya ini.
Pembangunan web portal ini menjanjikan bahan-bahan yang bermutu dan berkualiti serta
menarik untuk guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakannya.
Fokus utama penggunaan web portal ‘Standard Form’, ‘Probability I’ dan ‘Lines
And Planes in 3-Dimensions’ ini adalah berpusatkan pelajar dan pembelajaran adalah
lebih kepada pendekatan konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu pendekatan teori
pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif. Sebagai satu teori
pembelajaran, fokusnya adalah kepada keupayaan pelajar untuk membina makna dan
membentuk pembelajaran mereka. Prinsip konstruktivisme sesuai untuk e-pembelajaran
kerana ia berkait dengan pembelajaran berpusatkan pelajar (Faisal Mohamad et. al,
2002). Salah satu elemen dalam konstruktivisme adalah konstruktivisme sosial.
Konstruktivisme sosial menekankan pembelajaran bercorak berkumpulan, koperatif dan
kolaborasi. Konstruktivisme percaya bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial
di mana pelajar bertukar idea bersama rakan dalam kumpulan kecil atau kelas besar.
Dengan menggunakan web portal sebagai bahan pendidikan akan melatih para
pelajar supaya lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar dapat pengalaman secara
‘hands-on’ dalam mengendalikan web portal tersebut dan mereka dapat membuat latihan
serta latih tubi berulangkali bagi meningkatkan kecekapan. Projek web portal yang
dilengkapi oleh ‘Resource’ (Sumber), ‘Lesson’ (Nota Pembelajaran), ‘Forum’, ‘Chat’
(Perbualan), ‘Assignment’ (Tugasan), ‘Quiz’ (Kuiz), ‘Exercise’ (Latihan), dan ‘Further
Information’ (Maklumat tambahan berkenaan tajuk pembelajaran) dan aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang lain dapat melatih dan menjadikan para pelajar cekap untuk
mengendalikan bahan berteknologi ini. Selain itu, pendekatan ini sekaligus dapat
meningkatkan kefahaman para pelajar dan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh
guru di sekolah. Penggunaan laman web untuk pembelajaran juga akan menjadikan para
pelajar tidak segan untuk belajar dan ini dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap
sesuatu pembelajaran.
Rozinah Jamaluddin (2000) menyatakan pendapatnya bahawa web portal dapat
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai:
(a) Tutorial interaktif dengan memilih bahan yang sesuai berdasarkan kepada
kemasukan berterusan maklum balas pelajar dengan mengambil kira rekod
pelajar.
(b) Realiti maya yang boleh mensimulasikan keadaan sebenar.
(c) Pengajaran atau sumber yang dihasilkan dalam internet seperti World
Wide Web yang memberikan perkhidmatan 24 jam sehari.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah pembelajaran seperti kurangnya minat pelajar terhadap Matematik,
kesukaran pelajar memahami konsep Matematik, pembelajaran Matematik secara
berstruktur sebenarnya telah wujud sejak dahulu lagi dan ianya berterusan sehingga ke
hari ini. Sebagai contoh, terdapat pelajar melakukan kesilapan semasa pembundaran dan
membentuk angka bererti (Spooner, 2002), gagal menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan kebarangkalian (Yudariah et.al, 2005) dan juga gagal untuk mengimaginasikan
sudut-sudut dalam bentuk 3-matra (Lau, 2007).
Di zaman serba moden ini, usaha-usaha ke arah pembaikan dalam pembelajaran
turut dijalankan dengan menggunakan teknologi komputer. Penggunaan sistem
pengurusan kursus MOODLE sebagai medium pembelajaran yang dinamik banyak
dijalankan di universiti dan sekolah menengah di luar negara, namun perkembangan
kursus ini belum lagi sampai di peringkat sekolah menengah di Malaysia.
Keupayaan MOODLE yang mampu menjanjikan suasana atau persekitaran
pembelajaran yang interaktif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik
boleh menarik minat pelajar untuk belajar dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.
Menyedari kebaikan ini, satu projek web portal dilaksanakan supaya dapat menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan untuk mata pelajaran
Matematik tingkatan 4 bagi tajuk ‘Standard Form’, ‘Probability I’ dan ‘Lines and Planes
in 3-Dimensions’ dengan menggunakan perisian MOODLE.
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek pembangunan e-pembelajaran berasaskan MOODLE bagi
topik ‘Standard Form’, ‘Probability I’ dan ‘Lines and Planes in 3-Dimensions’ tingkatan
4 ini adalah untuk menghasilkan:
i. Bahan pengajaran guru
ii. Bahan pembelajaran pelajar
iii. Kuiz dan Latihan ulangkaji
iv. Tugasan
v. Forum dan perbincangan
vi. Jurnal pelajar