pemakluman pelaksanaan pemeriksaan produk menerusi kaedah · laporan pemeriksaan kaedah...
TRANSCRIPT
Page 1 of 8
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN PRODUK MENERUSI KAEDAH
‘SELF DECLARATION’ KEPADA PENGIMPORT SEPANJANG TEMPOH PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
1. Selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia yang membenarkan beberapa sektor
termasuk pembinaan meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
berlangsung, pihak CIDB telah mengeluarkan tatacara berikut untuk dipatuhi oleh
pengimport yang telah mendapat Surat Kebenaran Beroperasi daripada MITI.
2. Pengimport yang layak untuk beroperasi sepanjang tempoh ini perlu memenuhi kriteria
berikut:
i. Mengemukakan Surat Kebenaran Beroperasi dari MITI.
ii. Mematuhi garis panduan amalan langkah pencegahan COVID-19 yang dikeluarkan
oleh kementerian dan agensi berkaitan.
iii. Menyediakan laporan pemeriksaan produk yang dilaksanakan oleh pengimport
kepada pejabat CIDB.
iv. Laporan pemeriksaan produk perlu diluluskan dan mendapat kelulusan
penggunaan produk oleh CIDB terlebih dahulu sebelum pengimport dibenarkan
mengguna/mengalih produk.
3. Laporan pemeriksaan disediakan dalam format PDF berwarna dan perlu lengkap dengan
maklumat berikut:
i. No. permohonan, no. kontena, no. seal, jenis produk, kuantiti keseluruhan
produk, bilangan bundle, standard, gred, dimensi produk, nama pengilang,
nombor PC/FTTR (Rujuk kepada kelulusan No. TPIB), deklarasi pengimport beserta
dengan tandatangan dan cop syarikat.
ii. Gambar nombor seal yang jelas (sekiranya berkenaan).
iii. Gambar kontena dan keseluruhan produk dalam kontena (sekiranya berkenaan).
iv. Gambar produk yang telah dikeluarkan dari kontena dan disusun mengikut
permohonan/saiz/gred/bundle/model untuk tujuan pengiraan kuantiti oleh
pegawai CIDB berdasarkan gambar-gambar tersebut.
v. Gambar penandaan pada produk perlu diambil bagi setiap saiz/heat
number/standard/gred/jenis/brand/model.
vi. Setiap gambar yang digunakan dalam laporan perlu mempunyai tarikh pada
gambar tersebut.
vii. Contoh format Laporan Pemeriksaan Produk boleh dirujuk di bahagian Lampiran
B.
Page 2 of 8
5. CIDB berhak mengadakan audit atau pemeriksaan mengejut di gudang atau premis
pengimport bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.
6. Dengan bersetuju menerimapakai kaedah ini, pengimport bersetuju memastikan laporan
pemeriksaan yang disediakan adalah tepat dan benar pada masa laporan tersebut
dikeluarkan. Sebarang penipuan laporan pemeriksaan akan menyebabkan pengimport
berhadapan dengan tindakan undang undang oleh CIDB di bawah Akta 520 CIDB.
7. Semua urusan dilaksanakan menerusi dalam talian (online), emel CIDB & ePermit.
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke alamat emel di bawah.
Bil Pejabat CIDB Emeluntuk dihubungi
1. Ibu Pejabat [email protected]
2. Johor [email protected]
3. Pulau Pinang [email protected]
4. Selangor [email protected]
5. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [email protected]
6. Terengganu [email protected]
7. Kelantan [email protected]
8. Kedah [email protected]
9. Perak [email protected]
10. Melaka [email protected]
11. Kota Kinabalu, Sabah [email protected]
12. Sandakan, Sabah [email protected]
13. Tawau, Sabah [email protected]
14. Kuching, Sarawak [email protected]
15. Sibu, Sarawak [email protected]
16. Bintulu, Sarawak [email protected]
17. Miri, Sarawak [email protected]
18. Negeri Sembilan [email protected]
19. Perlis [email protected]
20. Pahang [email protected]
Sekian, terima kasih.
Bahagian Standard dan Bahan Binaan CIDB Malaysia 22 April 2020
Page 3 of 8
LAMPIRAN A
CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN COA & ‘SELF VERIFICATION’ SEPANJANG
TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Gagal
Lulus
Gagal
Lulus
Mula
Keputusan
Hantar
permohonan COA
di ePermit
Tamat
Sediakan laporan
pemeriksaan dan emel ke
CIDB
Keputusan
Pindahkan barang ke
gudang/premis
Kebenaran
Menggunakan
Produk
LAMPIRAN B
LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP
Nama Syarikat: ................................................................................
No. Permohonan COA: ..........................................................................
Page 4 of 8
1: MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN PRODUK:
1.1 Jenis produk : ......................................................................................
1.2 Kuantiti (mengikut saiz/kategori) :.............................................................
1.3 Standard yang digunapakai: .............................................................
1.4 No. PC/FTTR : ....................................................................................
1.5. No. PPS : .........................................................................................
i. Laporan ‘self-declaration’ ini disediakan sebagai syarat untuk kelulusan penggunaan
produk dan dilaksanakan semasa tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP);
ii. Saya/Kami berakujanji bahawa apa yang saya/kami laporkan ini adalah benar seperti
maklumat yang kami nyatakan di dalam ePermit bagi permohonan di atas;
iii. Sekiranya terdapat perbezaan produk atau bahan binaan, kuantiti, penandaan tidak
menepati standard, pembungkusan berubah, susunan produk atau bahan binaan telah
berubah bentuk dalam pembungkusan atau apa-apa perubahan bentuk keadaan fizikal
maka:
a. Produk atau bahan binaan tersebut boleh disita dan/atau;
b. Saya/Kami bertanggungjawab untuk menghantar semula kesemua produk tersebut
ke negara asal dan menanggung segala perbelanjaan dalam semua urusan bersabit
kesalahan dan ketidakpatuhan yang dilakukan;
c. Saya/Kami tidak akan menuntut sebarang kos dari Lembaga berkaitan kesalahan ini.
LAMPIRAN B
LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP
Nama Syarikat: ................................................................................
No. Permohonan COA: ..........................................................................
Page 5 of 8
iv. Sekiranya saya/kami gagal mematuhi Akujanji ini, saya/kami dan pengarah-pengarah
akan diambil tindakan tatatertib/perundangan/denda dan disenarai hitamkan dan
dengan itu Lembaga berhak untuk tidak melayan sebarang permohonan dari saya/kami
dan pengarah-pengarah dalam sebarang urusan pengimportan.
Laporan ini disediakan oleh:
__________________________
Nama: ..........................................
(Pengarah Syarikat)
Jawatan :
No. K/P:
Cop Syarikat:
Tarikh :
LAMPIRAN B
LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP
Nama Syarikat: ................................................................................
No. Permohonan COA: ..........................................................................
Page 6 of 8
2. GAMBAR BERKAITAN DENGAN PRODUK:
2.1 Gambar kontena dan keseluruhan produk dalam kontena
#CONTOH GAMBAR
2.2 Gambar seal (jika berkaitan) – pastikan no. seal adalah jelas
#CONTOH GAMBAR
LAMPIRAN B
LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP
Nama Syarikat: ................................................................................
No. Permohonan COA: ..........................................................................
Page 7 of 8
2.3: Gambar produk yang telah dikeluarkan dari kontena dan disusun mengikut
permohonan/saiz/gred/bundle/model untuk tujuan pengiraan kuantiti oleh pegawai CIDB
berdasarkan gambar-gambar tersebut.
#CONTOH GAMBAR
LAMPIRAN B
LAPORAN PEMERIKSAAN KAEDAH ‘SELF-DECLARATION’OLEH PENGIMPORT SEMASA PKP
Nama Syarikat: ................................................................................
No. Permohonan COA: ..........................................................................
Page 8 of 8
2.4: Gambar penandaan pada produk perlu diambil bagi setiap saiz/heat
number/standard/gred/jenis/brand/model.
#CONTOH GAMBAR
HOT ROLLED SECTIONS OF NON –ALLOY STRUCTURAL STEEL (150 X 75 X 6.5)MM X 6M
TOTAL = 816 PCS (34 BUNDLES)