pemaangan computer.doc

29
Adakah anda menghadapi masalah semasa memasang komputer? Tutorial ini akan membantu anda memasang komputer langkah demi langkah dengan percuma. Ia adalah sungguh mudah dan menjimatkan. Sebelum anda memulakan kerja memasang pastikan anda mengikut arahan yang diberi dengan teliti dan memahaminya. Lihat objektif tutorial ini di mukasurat sebelah bagi memastikan hasrat kami tercapai dan anda akan mendapat manafaatnya. Objektif yang perlu anda capai selepas selesai mengikuti tutorial ini ialah: 1. Mengenali perkakasan dan kompenan dalam sebuah komputer. 2. Boleh membuat sambungan kabel riben dan kabel kuasa kepada setiap kompenan komputer dengan betul. 3. Boleh memasang setiap perkakasan dan peranti komputer pada kekisi dengan kemas dan betul. 4. Boleh dan yakin semasa membuka dan memasang setiap perkakasan dan peranti komputer tanpa bantuan tutorial. Peralatan Pemasangan Sebelum memulakan tutorial ini, pastikan anda menyediakan peralatan-peralatan berikut. 1. Himpunan peralatan pemasangan komputer seperti pemutar skru philip, pemutar skru bermagnet, playar muncung tirus, penyepit dan pengikat kabel kuasa. 2. Manual papan induk dan manual lain-lai kompenan komputer sekiranya dibekalkan oleh pengeluar. 3. Segala perkakasan dan kompenan komputer yang berkaitan seperti CPU, RAM, pemacu, papan induk, kekisi, peranti input dan output dan sebagainya. KEKISI (CASING) Kekisi terdiri dari pelbagai jenis: 1. Model : AT, ATX atau AT & ATX. 2. Saiz : Mini, Midi dan "Full Tower". 3. Bentuk : Desktop & Tower.

Upload: shahmi-taufiq-hajis

Post on 07-Aug-2015

66 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAANGAN COMPUTER.doc

 Adakah anda menghadapi masalah semasa memasang komputer?Tutorial ini akan membantu anda memasang komputer langkah demi langkah dengan  percuma.Ia adalah sungguh mudah dan menjimatkan.  Sebelum anda memulakan kerja memasang  pastikan anda mengikut arahan yang diberi  dengan teliti dan memahaminya.Lihat objektif tutorial ini di mukasurat sebelah bagi memastikan hasrat kami tercapai  dan anda akan mendapat manafaatnya.

Objektif yang perlu anda capai selepas selesai mengikuti tutorial ini ialah:

1. Mengenali perkakasan dan kompenan     dalam sebuah komputer.2. Boleh membuat sambungan kabel riben     dan kabel kuasa kepada setiap kompenan     komputer dengan betul.3. Boleh memasang setiap perkakasan dan     peranti komputer pada kekisi dengan     kemas dan betul.4. Boleh dan yakin semasa membuka dan     memasang setiap perkakasan dan peranti     komputer tanpa bantuan tutorial.

 Peralatan Pemasangan Sebelum memulakan tutorial ini, pastikan anda menyediakan peralatan-peralatan berikut.

1.  Himpunan peralatan pemasangan komputer seperti pemutar skru philip, pemutar skru bermagnet, playar muncung tirus, penyepit dan pengikat kabel kuasa.2.  Manual papan induk dan manual lain-lai kompenan komputer sekiranya dibekalkan oleh pengeluar.3.  Segala perkakasan dan kompenan komputer      yang berkaitan seperti CPU, RAM, pemacu,      papan induk, kekisi, peranti input dan output dan sebagainya.

KEKISI (CASING)

Kekisi terdiri dari pelbagai jenis:1. Model : AT, ATX atau AT & ATX.2. Saiz     : Mini, Midi dan "Full Tower".3. Bentuk : Desktop & Tower.

Bahagian dalam kekisi mempunyai beberapa bahagian utama.1. "Bracket" pemacu cakera 5.25". Rujuk gambar2. "Bracket" pemacu cakera 3.5". Rujuk gambar3.  Kotak Bekalan kuasa. Rujuk gambar     -bahagian-bahagian lain ialah kabel bekalan kuasa, kabel panel sistem dan dinding     pemegang papan induk.

Pemasangan : Kekisi adalah merupakan kotak kepada segala perkakasan komputer. Pada kotak inilah semua perkakasan dan komponen akan ditempatkan

Page 2: PEMAANGAN COMPUTER.doc

PAPAN INDUK (MAINBAORD)

Papan Induk mempunyai jenis AT dan ATX, dimana;

1. AT : Suis On/Off secara manual 2. ATX : Suis On/Off secara automatik

Jenis AT dan ATX mempunyai perbezaan ketara diantaranya;

- Soket bekalan kuasa- Soket penghubung luar (External Connectors)

Pemasangan : Biasanya ia dipasang

pada dinding kekisi sebelah kanan. Jika kekisi jenis "desktop" ia akan dipasang pada lantai kekisi.

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

CPU mempunyai beberapa jenama, model dan kelajuan

1. Jenama : INTEL, AMD dan CYRIC.  2.  2. Model    : Katrij   - dipasang pada slot 1 atau slot A

PPGA  - dipasang pada soket 370, soket PPGA.(seperti rajah disebelah)

3. Kelajuan : Lebih besar nilainya, lebih laju                      dan bergantung kepada CPU dan jenisnya (Cth: 866 MHz)

Pemasangan : Merupakan proses pemasangan terpenting dan perlu berhati-hati. Ia dipasang pada soket di papan induk. Pastikan sudut CPU dipasang pada sudut soket yang berpadanan dan betul. Tentukan penanda pada pada CPU sebelum pemasangan dibuat. Penanda ini akan menentukan

sama ada CPU yang dipasang betul atau salah. Jika anda memasang pada sudut yang salah, pin-pin CPU tidak akan masuk pada lubang-lubang soket.

INGATAN CAPAIAN RAWAK (RAM)

    RAM mempunyai beberapa jenis yang berbeza bentuk, diantaranya;1.   Jenis      : SIMM, DIMM, SDRam, RDRam 2.   Bentuk   : Bergantung kepada bentuk RAM (Cth: 72 pin, 168 pin)

3.   Kapasiti  : Lebih besar kapasiti, lebih mudah dan cepat komputer mengakses data.                     (32MB, 64MB, 128MB, dll)

Page 3: PEMAANGAN COMPUTER.doc

4.   Jenis Kelajuan : 66MHz, 100MHz, 133MHz. (bergantung kepada sokongan bas papan induk)

Pemasangan : Dipasang pada slot RAM di papan induk yang dikenali sebagai "Bank". Pastikan ia dipasang pada "bank" yang betul. Terdapat 3 "bank" yang disediakan. Rujuk manual papan induk. Biasanya ia dipasang pada "bank 1" lebih dahulu.

PEMACU CAKERA KERAS (HARD DISK DRIVE) Pemacu ini ada beberapa jenis, jenama dan kapasitinya iaitu;1. Jenis : DMA / ATA 66 / ATA 100 2. Bentuk : Bergantung kepada jenis dan jenama.(lihat rajah) 3. Jenama : Quantum, Maxtor, Western                   Digital, Samsung, dll.4. Kapasiti :10.2 GB, 20.2 GB, 30.0 GB

Pemasangan: Dipasang pada "bracket" 3.5" di kekisi. Sebelum pemasangan dibuat pastikan "jumper" pemacu diselaraskan sebagai "Primary Master".

PEMACU CAKERA LIUT (FLOPPY DISK DRIVE)

Pemacu ini mempunyai beberapa jenama iaitu;1. Jenama  : Panasonic, Samsung, Sony, dll 2. Kapasiti : 1.44 MB 3. Saiz       : 3.5"

Pemasangan : Dipasang pada "bracket 3.5" di kekisi. Buat sambungan kabel kuasa dan kabel riben dengan betul. Sila rujuk pada tajuk pemasangan. Berhati-hati semasa penyambungan kabel.

PEMACU CAKERA PADAT (CD-ROM DRIVE)

Pemacu ini mempunyai beberapa jenama dan kelajuan iaitu;1. Jenama : Asus, LG, Creative, Sony, dll

2. Kelajuan : Bergantung kepada pemacu                    (Cth: 45x, 50x, 52x dll.)

Pemasangan : Dipasang pada "bracket" 5.25" di kekisi. Selaraskan "jumper" sebelum pemasangan dibuat. Biasanya ia diselaraskan sebagai "Primary Slave" ataupun "Secondary Master".Bergantung kepada cara penyambungan kabel riben dibuat. Sila rujuk manual pemacu dan papan induk yang dibekalkan oleh pembekal.

Page 4: PEMAANGAN COMPUTER.doc

KAD BUNYI (SOUND CARD) Kad Bunyi mempunyai beberapa jenama dan jenis iaitu; 1. Jenama : Sound Blaster, Yamaha, ESS, dll

2. Jenis     : Terdapat kad bunyi yang menyokong slot ISA atau PC Kebanyakan kad bunyi terbaru menyokong slot PCI.

Pemasangan :Dipasang pada slot PCI di papan induk. Sesetengah papan induk sudah mempunyai kad bunyi sedia pasang. Pemasangan kad bunyi tidak diperlukan lagi pada papan induk jenis ini. Selaraskan "jumper" sahaja supaya

kad bunyinya aktif.

KAD PAPARAN (DISPLAY CARD)

Kad paparan mempunyai beberapa jenama dan jenis iaitu;1. Jenama: S3, Asus, Trident, Creative dll 2. Kapasiti Paparan : 1MB, 4MB, 16MB,32MB, 64MB dll. 3. Jenis :  Kad paparan yang menyokong slot PCI atau AGP.

Pemasangan: Kad ini dipasang pada slot AGP atau PCI di papan induk. Tentukan jenis kad sama ada menyokong PCI atau AGP sebelum pemasangan dibuat

UNIT PAPARAN (MONITOR)

Unit Paparan mempunyai beberapa jenama dan sais iaitu; 1. Jenama : NEC, Sony, LG, Macro, Likom, dll

2. Saiz : 14", 15", 17", 20" dll3. Keupayaan paparan: 0.28 dpi, 0.26 dpi.4. Model : LCD, CRT, Flat Screen, TFT

Pemasangan : Setelah semua perkakasan dan kompenan dipasang pada kekisi, penyambungan kepada unit paparan bolehlah dilakukan.Kabel monitor hendaklah disambung kepada soket kad paparan pada kekisi.

Page 5: PEMAANGAN COMPUTER.doc

PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) Papan kekunci mempunyai beberapa jenama dan jenis penyambungan iaitu; 1. Jenama : Microsoft, NEC, Acer, dll 2. Jenis Penyambung: Serial, PS2 dan USB.

Pemasangan: Disambungkan kepada soket papan kekunci di kekisi (papan induk). Pastikan jenis kabel papan kekunci dan soket adalah dari jenis yang sama seperti PS2, serial atau USB.

TETIKUS (MOUSE)

Tetikus mempunyai beberapa jenama dan jenis penyambung iaitu; 1. Jenama : Microsoft, NEC, Acer, A4, dll

2. Jenis Penyambung: Serial, PS2, USB.

Pemasangan: Disambungkan pada soket di kekisi (papan induk). Tentukan palam penyambung dan soket adalah dari jenis yang sama. Contohnya : PS/2, serial ataupun USB.

PEMBESAR SUARA (SPEAKER) Pembesar Suara mempunyai beberapa jenama dan jenis iaitu; 1. Jenama : Altec Lansing, Creative, dll

2. Mutu Bunyi: 3-D , Prologic, AC-3,

3. Jenis : Stereo, Sub Woofer, Surround.

Pemasangan : Disambungkan pada kad bunyi di kekisi. Pastikan ia disambungkan pada soket                       audio keluar (line out).

Page 6: PEMAANGAN COMPUTER.doc

LANGKAH 1

Kekisi

- Buka kulit kekisi

LANGKAH 2

Unit Pemprosesan Pusat (CPU

- Tentukan penanda pada CPU yang   bertanda warna emas bagi memudahkan   pemasangan.

LANGKAH 3

Pin CPU (Pandangan BawahCPU)

Page 7: PEMAANGAN COMPUTER.doc

- Tentukan susunan pin CPU bagi memudahkan   pemasangan ke soket kerana kedudukan yang   salah akan mengakibatkan kerosakan.

LANGKAH 4

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

- Buka klip soket CPU.- Dengan   berpandukan susunan pin dan   penanda pada CPU, masukkan CPU.- Pastikan kesemua kaki dimasukkan ke   dalam soket tanpa paksaan.

LANGKAH 5

          1 : Buka klip Soket CPU            2 : Tutup klip Soket CPU

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

- Tutup klip soket pada papan induk.

LANGKAH 6

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

- Pasangkan kipas penyejuk dan pastikan   kedudukan kipas serta klip dengan betul

Page 8: PEMAANGAN COMPUTER.doc

LANGKAH 7

Kipas Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

- Klipkan satu persatu.

LANGKAH 8

Kipas Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

- Pasangkan kabel kuasa kipas penyejuk pada   tanda 'CPU FAN' di papan induk.

LANGKAH 9

                            1 : Ruang untuk klip Soket RAM                            2 : Penanda Pin RAM (Key Position)

                                 Dalam bulatan merupakan Pin Chip

- Tentukan penanda yang ada pada RAM.

Page 9: PEMAANGAN COMPUTER.doc

  LANGKAH 10

1 : Ruang untuk penanda Pin RAMSoket Ingatan Capaian Rawak (RAM)

- Tentukan Soket RAM pada papan induk   adalah berlabel "DIMM1" atau   "BANK 1".

LANGKAH 11

Ingatan Capaian Rawak (RAM)

- Buka pin kekunci RAM (berwarna putih).- Masukkan RAM melalui lurah yang telah   disediakan mengikut pin RAM dan pin soket   RAM.        * Peringatan: Jangan sentuh di bahagian Pin Chip RAM

LANGKAH 12

Ingatan Capaian Rawak (RAM)

- Tekan dari bahagian atas untuk merapatkan   satu kepingan RAM.- Tutup klip Soket RAM pada Papan Induk.

Page 10: PEMAANGAN COMPUTER.doc

LANGKAH 13

Papan Induk (Mainboard)

- Tentukan lubang skru pada papan induk.

LANGKAH 14

Plastik dan Skru Penyokong pada Kekisi

- Kemudian bandingkan susunan lubang skru   pada kekisi. Pasangkan skru dan plastik  penyokong di dalam Kekisi.    * Gerakkan kursor mouse pada gambar di atas

LANGKAH 15

Papan Induk (Mainboard)

- Masukkan papan induk dengan berhati-hati.   Pastikan semua plastik dan  lubang skru   penyokong berada tepat dengan lubang skru   pada papan induk.

Page 11: PEMAANGAN COMPUTER.doc

LANGKAH 16

Papan Induk (Mainboard)

- Pasangkan skru dengan kemas (jangan terlalu   ketat kerana ia boleh menyebabkan   merosakkan pada papan induk).

LANGKAH 17

Papan Induk (Mainboard)

- Pastikan kedudukan papan induk kemas.   Selaraskan 'Jumper Clear CMOS' kepada 'Normal   Mode' (jika ada)

LANGKAH 18

Pemacu Cakera Keras (Hard Disk Drive)

- Kenal pasti soket kabel reben yang   ditandakan   ' 1 ' .- Kemudian tentukan 'Bracket 3.5"' pada   kekisi.

Page 12: PEMAANGAN COMPUTER.doc

LANGKAH 19

Pemacu Cakera Keras (Hard Disk Drive)

- Masukkan dengan cara menyorong masuk dari   dalam kekisi. Ketatkan dengan skru.

LANGKAH 20

Pemacu Cakera Keras (Hard Disk Drive)

- Sambungkan kabel reben 40 pin (IDE Cable   yang mempunyai jalur (warna merah) pada   soket di pemacu yang berlabelkan '1'.

LANGKAH 21

Kabel Riben (IDE Cable)

- Seterusnya, masukkan soket kabel IDE yang   sama pada satu lagi hujung. Tentukan terlebih   dahulu soket penyambung di papan induk itu   bertanda "IDE 1". Tanda '1' pada soket merupakan   tanda untuk dimasukkan kabel reben IDE yang   ada jalur (berwarna).

Page 13: PEMAANGAN COMPUTER.doc

LANGKAH 22

Pemacu Cakera Keras (Hard Disk Drive)

- Sambungkan kabel kuasa (Power Cable) dari   bekalan kuasa (Power Supply)- Bekalan kuasa mempunyai empat wayar   berwarna Kuning (+12v), Hitam (-), Hitam (-)   dan Merah (+5v).- Soket kabel kuasa hanya dapat dipasangkan di   pemacu sekiranya kedudukannya mempunyai   bentuk yang sama.

LANGKAH 23

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

- Tentukan pin '1' dan pin '34' di belakang pemacu   terlebih dahulu. - Kemudian tentukan 'Bracket 3.5"' untuk   memasukkan pemacu ini yang mempunyai   lubang terbuka di hadapan kekisi.

LANGKAH 24

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

- Masukkan dengan cara menyorong masuk dari   dalam kekisi dan ketatkan dengan   skru.

Page 14: PEMAANGAN COMPUTER.doc

LANGKAH 25

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

- Sambungkan kabel reben ( 34  jalur dan jalur   berwarna) pada soket di pemacu yang   berlabelkan '1'. - Pasangkan kabel kuasa dari bekalan kuasa.

- Kabel ini mempunyai warna dan bilangan yang   sama dengan kabel kuasa pemacu cakera keras tetapi bersaiz lebih kecil

LANGKAH 26

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

- Seterusnya kabel reben 34 jalur yang sama   dipasang dengan pemacu, dipasang pula di   papan induk yang ditandakan "FDD 1". - Pastikan semua pemasangan kabel  kemas.

LANGKAH 27

Pemacu Cakera Padat (CD-Rom Drive)

- Kenal pasti soket kabel reben yang   ditandakan   '   ' 1 ' .- Kemudian tentukan 'Bracket 5.25"' pada kekisi   yang mempunyai lubang di hadapan kekisi.- Masukkan dengan cara menyorong masuk dari   dalam kekisi dan ketatkan dengan skru.

Page 15: PEMAANGAN COMPUTER.doc

LANGKAH 28

Pemacu Cakera Padat (CD-Rom Drive)

- Sambungkan kabel reben 40 pin (IDE   Cable)   yang mempunyai belang (warna merah) pada   soket di pemacu yang berlabelkan '1'. - Pasangkan kabel kuasa dari bekalan kuasa.   (Soket kabel kuasa ini hanya akan dapat   dipasangkan sekiranya kedudukannya dalam   keadaan betul)- Kabel Audio disambungkan dengan soket penyambung pemacu ini yang ditandakan 'R'  dengan warna kabel audio yang warna merah.

LANGKAH 29

Cara memasang kad Paparan dan kad Bunyi adalah samaKad Paparan (Display Card)

Kad Bunyi (Sound Card)

- Tentukan slot untuk dimasukkan kad   paparan.- Buka penutup slot kad di kekisi yang telah   ditentukan.- Kemudian pasangkan skru di kekisi untuk   mengetatkan kedudukan kad paparan.

Page 16: PEMAANGAN COMPUTER.doc

- Tentukan slot untuk dimasukkan kad   bunyi.- Buka penutup slot kad di kekisi yang telah   ditentukan.- Kemudian pasangkan skru di kekisi untuk mengetatkan kedudukan kad bunyi.

LANGKAH 30 Penyambungan Perkakasan Luar

1 -Soket Kabel Kuasa

2 -Soket PS2 (Tetikus)

3 -Soket PS2 (Papan Kekunci)

4 -Soket USB

5 -Soket Parallel (Pencetak, dll)

6 -Soket Serial (Modem, dll)

7 -Soket VGA (Unit Paparan)

8 -Soket Permainan (Joystick)

9,10,11 - Soket Audio

( 9-Line Out, 10-Line In, 11-Mic)

Page 17: PEMAANGAN COMPUTER.doc

Pandangan Belakang Kekisi

Semoga anda dapat mengikuti toturial ini dengan jayanya. Selamat mencuba.

                                            Kod Bunyi 'BEEP' Award BIOS=================================================================================Kod Bunyi                                                       Maksud Bunyi=================================================================================- Satu bunyi 'Beep' pendek,                            Tiada masalah pada POST- Bunyi 'Beep' panjang berterusan                  Tiada 'RAM' dikesan atau Rosak- Satu bunyi 'Beep' Panjang                            Masalah Kad Paparan rosak atau tidak  dapat diikuti tiga 'Beep' pendek                     dikesan- Bunyi 'Beep' bernada tinggi                         'CPU' terlampau panas (overheating)                                                                       atau sistem berada di frekuensi rendah=================================================================================                                                                        

Page 18: PEMAANGAN COMPUTER.doc

Paparan skrin selepas suis dibuka

Setiap komputer yang baru dipasang akan melalui proses 'Power-on Seft Test' terlebih dahulu. Jika pemasangan dan perkakasan berkeadaan baik, konfigurasi BIOS dapat dilakukan terhadap komputer tersebut, tetapi jika sebaliknya komputer akan memberi beberapa ataupun komputer tidak akan berfungsi. Apabila komputer boleh melepasi 'Power-on Seft Test (POST)' bermakna komputer telah dipasangkan dengan betul . Jika proses ini berjaya dilalui, barulah konfingurasi Bios dilakukan, dimana bertindak untuk menyerasikan semua perkakasan yang dipasang dalam sesebuah komputer. BIOS merupakan suatu program asas bagi sesebuah komputer yang dibina untuk menyelaraskan sistem komputer dimana sebagai perantaraan komponen-komponen komputer menghantar dan menerima data. Dalam Toturial ini, konfigurasi BIOS dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian asas dan bahagian aksoseris. Bahagian asas merupakan bahagian yang penting untuk komputer berfungsi dengan baik dan bahagian aksoseris pula adalah bahagian pilihan dimana ianya digunakan sekiranya ianya perlu serta memerlukan kepakaran untuk dikonfigurasikan.

Bagi tutorial ini, Papan Induk yang digunakan adalah jenis INTEL SR440X 810E Slot 1 ATX dan menggunakan BIOS jenis AwardBios.

Sekiranya anda menukar Papan Induk sahaja, pastikan data-data dalam pemacu cakera keras di buat 'backup' terlebih dahulu sebelum melakukan konfigurasi BIOS.

Mengubah bahagian 'Advance Parameter' boleh menyebabkan sistem komputer berada dalam keadaan tidak stabil dan kehilangan data-data pada sistem. Oleh itu pastikan anda mempunyai pengetahuan jika ingin membuat konfigurasi di bahagian ini bagi mengelakkan anda menanggung risiko yang tidak diingini.

Page 19: PEMAANGAN COMPUTER.doc

Jangan lakukan proses "Low Level Formatting" atau " Media Analysis" dalam menu 'Hard Disk Utility" pada sistem BIOS, ke atas pemacu IDE (ATA) atau SCSI yang dikeluarkan selepas tahun 1995. Proses ini boleh dilakukan sekiranya anda betul-betul pasti yang anda memahami kerana ini mungkin dapat merosakkan pemacu keras dalam komputer.

Pastikan anda memeriksa dan membaca manual dengan tepat, dan bandingkan dengan konfigurasi dengan melihat manual dengan skrin. Jika mempunyai kesalahan atau tidak kesamaan, dicadangkan agar anda cuba 'update' manual dari internet. Ini adalah perlu untuk memastikan pembetulan dapat dilakukan pada manual yang diberikan bersama Papan Induk. Manual yang lengkap biasanya disertakan bersama papan induk yang baik buatannya

Cara ke 'BIOS Setup Program'

Page 20: PEMAANGAN COMPUTER.doc

Kebiasaannya BIOS setup program dapat dimasuki melalui proses 'boot' biasa, sama ada 'cool boot' atau 'warm boot' dengan menekan {Ctrl+Alt+Del}). Sesetengah jenis komputer boleh memasuki 'setup program' dengan cara menggunakan kombinasi kekunci pada bila-bila masa. Kebanyakkan komputer menggunakan cara 'standard' iaitu dengan menekan kekunci {Del} pada papan kekunci untuk masuk ke 'setup program' semasa proses but (iaitu ketika komputer sedang mengira jumlah Ram didalam komputer). Cara ini hanya dapat dilakukan jika sesebuah komputer menggunakan BIOS jenis ' AMIBIOS ' dan 'Award BIOSes', dan mana-mana komputer yang menggunakan cara tersebut. Biasanya cara untuk memasuki ke 'BIOS setup Program' dipaparkan dibahagian                         ketika proses mengira jumlah Ram dilakukan. Contoh beberapa kombinasi kekunci untuk ke 'BIOS Setup Program' adalah {Esc}, {F2}, {F3}, {Ctrl + Esc}, {Alt + Esc}, {Ctrl + Alt + Esc}, {Ctrl + Alt + Enter} dan {Ins}

Kekunci-kekunci untuk Konfigurasi

Page 21: PEMAANGAN COMPUTER.doc

Biasanya pada paparan 'BIOS Setup Program' ditunjukkan fungsi kekunci-kekunci penting untuk proses setup. Tekan kekunci {F1} untuk bantuan umum.Kunci-kunci tersebut adalah seperti di bawah:

{Enter}   - biasanya adalah untuk pilih menu atau sub menu. Kekunci - anak panah biasanya untuk menggerakkan menu atau menggerakkan sub menu (pergerakkan menu ke menu atau pilihan ke pilihan){Page Up} dan {Page Down} atau {+} dan {-} - adalah kekunci yang kebiasaan digunakan untuk mengubah konfigurasi yang sedia ada.{Tab}     - juga dapat digunakan untuk menggerakkan seksyen atau konfigurasi.{Esc}      - biasanya digunakan untuk kembali menu asal. Ia juga biasanya digunakan untuk keluar dari                BIOS Setup Program'. Bagi AMI BIOS, ia mempunyai kelainan sedikit kerana ia lebih menggunakan fungsi tetikus. Jika tetikus tidak dapat bergerak, ia memerlukan penggunaan kekunci {Tab} (sesetengah daripada AMI BIOS penggunaan tetikus jenis PS/2 tidak dapat berfungsi).

Standard CMOS Features'

Page 22: PEMAANGAN COMPUTER.doc

konfigurasi Asas mempunyai 8 langkah. Langkah-langkah ini penting bagi memulakan komputer yang baru dipasang. Ikutilah langkah demi langkah berpandukan gambarajah yang diberikan.

Langkah 1Konfigurasi tarikh dan masa. Gunakan kekunci {+},  {-}, {Page Up}, {Page Down} untuk mengubah nilai dan anak panah untuk menggerakkan menu pilihan. Konfigurtasi ini penting bagi memastikan sistem masa dan tarikh dalam komputer betul dan tepat.

Langkah 2Pastikan 'IDE Primary Master' adalah Pemacu Cakera Keras yang pertama akan dibaca oleh

komputer, sebagai contoh, gambarajah diatas.

           IDE Primary Master      - Pemacu Cakera Pertama (Utama)            IDE Primary Slave        - Pemacu Cakera Pertama ('Sampingan')           IDE Secondary Master  - Pemacu Cakera Kedua (Utama)           IDE Secondary Slave    - Pemacu Cakera Kedua ('Sampingan')

Dalam Komputer pemacu cakera yang akan dibaca adalah mengikut:    IDE Primary Master >   IDE Primary Slave >   IDE Secondary Master >   IDE Secondary Slave

Oleh itu, pastikan 'IDE Primary Master' merupakan pemacu cakera keras yang akan dijadikan sebagai 'Boot Disk'.

Langkah 3Pastikan 'Drive A' dikesan seperti rajah diatas dimana nilai 1.44MB merupakan nilai kapasiti pemacu dan 3.5" merupakan sais pemacu tersebut.

Langkah 4[Video] untuk konfigurasi jenis unit paparan, pastikan EGA/VGA bagi unit paparan terkini.

Page 23: PEMAANGAN COMPUTER.doc

[Halt On] ianya dikonfigurasikan bergantung kepada pengguna.

'AdvancedCMOS Features'

 

Langkah 5Pastikan [First Boot Device] diset untuk {Floopy} kerana ini akan mengarahkan komputer membaca pemacu cakera liut terlebih dahulu. Sekiranya anda konfigurasikan selain dari {Floppy}, akan menyebabkan anda menghadapi masalah untuk konfigurasikan sistem pengoperasian.

                              First Boot Device       - Pemacu yang pertama akan dibaca oleh komputer               Second Boot Device   - Pemacu yang akan dibaca oleh komputer selepas pemacu                                                  pertama.               Third Boot Device       - Pemacu yang akan dibaca oleh komputer selepas pemacu                                                  kedua.               Boot Other Device      - Pemacu yang akan dibaca oleh komputer dari satu demi satu pemacu.

Langkah 6Pastikan [Anti-Virus Protection] adalah {Disable} (untuk komputer yang belum di masukkan sistem pengoperasian) kerana sistem pengoperasian terutama ''windows' tidak membenarkan program-program lain dijalankan ketika konfigurasi perisian windows dimasukkan..

Page 24: PEMAANGAN COMPUTER.doc

'Integrated Peripherals'

Rajah di atas adalah separuh dari jumlah muka sebenarnya kerana ia ada 'Scroll Bar'.

Langkah 7 Untuk mempercepatkan proses 'boot up', pastikan [Init Display First] adalah {Onboard}, jika Papan Induk menggunakan kad grafik dalaman.

Langkah 8Pastikan menu pilihan yang lain tidak diubah kerana perubahan menu pilihan yang lain mungkin akan menyebabkan beberapa komponen dalam papan induk tidak akan berfungsi (bergantung ke atas kepenggunaan perkakasan komputer).

Konfigurasi Aksesori ini merupakan sub menu dan menu-menu pilihan yang tidak diterangkan mengikut langkah-langkah yang diberikan dalam konfigurasi Asas.Dalam konfigurasi aksesori ini, ianya perlu diketahui atau difahami kepentingannya (untuk pengguna yang mahir sahaja) dan disediakan beberapa pautan yang berkaitan dengan Konfigurasi Aksesori.

Soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan BIOS1. Apakah yang harus dibuat sekiranya masa dan tarikh sentiasa berubah pada sistem komputer?

Masalah ini biasanya adalah disebabkan oleh bateri pada papan induk dimana ianya mungkin lemah dan tidak capai tahap optimun bateri. Oleh itu, bateri harus ditukarkan dengan menggantikan jenis yang sama iaitu nombor bateri yang sama serta saiz yang sama (biasanya sebesar duit syiling 20 sen).

2. Setiap kali apabila komputer dihidupkan, pada permulaan paparan di skrin diberikan mesej 'CMOS battery low' dan dituruti dengan mesej 'Press F1 to enter CMOS setup' ?

Page 25: PEMAANGAN COMPUTER.doc

Masalah ini sama dengan persoalan 1, iaitu biasanya adalah disebabkan oleh bateri pada papan induk dimana ianya rosak dan tidak berfungsi. Oleh itu, bateri harus ditukar dengan menggantikan jenis yang sama iaitu nombor bateri yang sama serta sais yang sama (biasanya sebesar duit syiling 20 sen).

3. Kenapa komputer yang baru dipasang tetapi sistem komputer kerap menghadapi masalah tergantung 'Halt' ketika sedang memprogram 'w'indows' atau sedang menggunakan perisian windows ?

Masalah ini biasanya berlaku apabila ada masalah kerosakkan perkakasan atau komponen komputer itu sendiri. Ia juga boleh berlaku apabila CPU salah dikonfigurasikan dimana ia menyebabkan 'Over heating' atau 'Over Clock' atau CPU 'low system'.Oleh itu, cuba rujuk kepada CPU atau rujuk kepada kotak pembungkusan CPU dimana maklumat-maklumat untuk mengkofigurasikan pada BIOS tercatat. Bagi papan induk terkini, CPU dikesan secara automatik dan tidak perlu diubahsuaikan tehadap kelajuan CPU dan dibahagian 'Frequency/ Voltage Control' atau 'CPU Frequency' . Jika ianya tidak mempunyai konfigurasi untuk mengubah konfigurasi CPU dalam BIOS maka ianya perlu merujuk manual untuk papan induk dan konfigurasi harus dilakukan pada papan induk.

4. Kenapa komputer sentiasa memamparkan mesej 'Press F1 to enter CMOS setup' selepas sahaja komputer melalui POST (Power On Self Test) dan memberi mesej 'Keyboard Error' atau 'Mouse Error' atau 'Floppy Disk Error' dan lain-lain lagi?

Masalah ini biasanya berpunca dari pemasangan perkakasan di penyambungan. Oleh itu pastikan penyambungan dibuat adalah berkeadaan baik serta kemas. Jika ini masih tidak dapat diselesaikan maka kebiasaannya perkakasan mempunyai masalah dari segi kerosakkan perkakasan atau kerosakkan pada penyambungan (Connector) di bahagian penyambungan (Connector) papan kekunci atau penyambungan (Connector) tetikus atau penyambungan kabel riben pada pemacu cakera liut dan bergantung kepada mesej yang diberikan.