pelan pdp

2
PELAN PDP Setiap insan menginginkan kejayaan dalam hidup. Kejayaan akan datang dengan ilmu yang berterusan. Bagi saya, keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana merupakan suatu platfom untuk mengejar cita-cita demi memartabatkan diri dan sebagai penyumbang kepada pembangunan negara. Harapan untuk menggapai gelaran sebagai salah seorang pendidik dalam bidang vokasional diperingkat lebih tinggi seperti di universiti menyebabkan semangat yang berkobar untuk melanjutkan pengajian selepas menamatkan pengajian ijazah pertama dalam bidang yang berkaitan. Misi seterusnya adalah mencuba yang terbaik dengan apa cara jua agar impian menjadi kenyataan. Saya amat berdedikasi untuk meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris yang merupakan satu medium pengajaran dalam pendidikan bidang vokasional. Semoga suatu hari nanti saya mampu bercakap dan menulis dengan fasih dalam bahasa Inggeris. Dari segi kerjaya mengajar, saya amat berharap untuk mengetahui lebih mendalam mengenai vokasional dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam kajian penyelidikan dan kajian kemahiran vokasional. Bermulanya sedari ini, saya akhirnya mendapati minat dan kecintaan dalam bidang pendidikan vokasional dan berhasrat menjadi pengajar pakar dalam kemahiran proses vokasional yang seterusnya akan menjadi tulang belakang kepada kerjaya saya kelak. Saya tidak pernah jemu mendalami dan menggali lebih banyak pengetahuan dan kemahiran dalam bidang itu selagi berpeluang. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang, saya berhasrat melupuskan cara belajar konvensional iaitu hanya “spoon-feed” dengan memberikan maklumat dan kandungan sahaja kepada pelajar kerana cara itu membuatkan pelajar tidak menghargai kemahiran atau pengetahuan yang mereka dapat. Saya amat percaya bahawa setiap belajar mempunyai kemahiran dan kemampuan yang berbeza yang harus

Upload: to-heri

Post on 13-Jul-2016

4 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pelan PDP

TRANSCRIPT

PELAN PDP

Setiap insan menginginkan kejayaan dalam hidup. Kejayaan akan datang dengan ilmu yang berterusan. Bagi saya, keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana merupakan suatu platfom untuk mengejar cita-cita demi memartabatkan diri dan sebagai penyumbang kepada pembangunan negara. Harapan untuk menggapai gelaran sebagai salah seorang pendidik dalam bidang vokasional diperingkat lebih tinggi seperti di universiti menyebabkan semangat yang berkobar untuk melanjutkan pengajian selepas menamatkan pengajian ijazah pertama dalam bidang yang berkaitan. Misi seterusnya adalah mencuba yang terbaik dengan apa cara jua agar impian menjadi kenyataan.

Saya amat berdedikasi untuk meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris yang merupakan satu medium pengajaran dalam pendidikan bidang vokasional. Semoga suatu hari nanti saya mampu bercakap dan menulis dengan fasih dalam bahasa Inggeris. Dari segi kerjaya mengajar, saya amat berharap untuk mengetahui lebih mendalam mengenai vokasional dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam kajian penyelidikan dan kajian kemahiran vokasional. Bermulanya sedari ini, saya akhirnya mendapati minat dan kecintaan dalam bidang pendidikan vokasional dan berhasrat menjadi pengajar pakar dalam kemahiran proses vokasional yang seterusnya akan menjadi tulang belakang kepada kerjaya saya kelak. Saya tidak pernah jemu mendalami dan menggali lebih banyak pengetahuan dan kemahiran dalam bidang itu selagi berpeluang.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang, saya berhasrat melupuskan cara belajar konvensional iaitu hanya “spoon-feed” dengan memberikan maklumat dan kandungan sahaja kepada pelajar kerana cara itu membuatkan pelajar tidak menghargai kemahiran atau pengetahuan yang mereka dapat. Saya amat percaya bahawa setiap belajar mempunyai kemahiran dan kemampuan yang berbeza yang harus diasah dengan cara yang betul. Mereka seharusnya mampu mengemukakan idea dan pandangan, menggunakan pengalaman lepas serta berfikir kehadapan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Seperti yang saya anggap diri saya sebagai seorang yang kreatif dan inovatif, saya mengharapkan pelajar mapu berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masaalah. Pelajar harus ditekankan dengan strategi pembelajaran yang berpusatkan, bagi membantu pelajar dalam meneroka dan membangunkan kemahiran yang mereka ada untuk kebaikan semua pihak.