pelaksanaan solat bagi murid-murid bermasalah …€¦ · saya tidak memplagiat dan a-apa...
TRANSCRIPT
PELAKSANAAN SOLAT BAGI
MURID-MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN
ARNIE BINTI ADNAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2016
PELAKSANAAN SOLAT BAGI
MURID-MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN.
ARNIE BINTI ADNAN
DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK
MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)
(MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2016
UPSI/IPS-3/BO 32 Pind : 00 m/s: 1/1
INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Perakuan ini telah dibuat pada ………(hari bulan)…………….. (bulan) 20……..
i. Perakuan pelajar :
Saya, _______________________________________________________________________________________ (SILA NYATAKAN NAMA PELAJAR, NO. MATRIK DAN FAKULTI) dengan ini mengaku bahawa disertasi/tesis yang bertajuk ____________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ adalah hasil kerja saya sendiri. Saya tidak memplagiat dan apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya
_________________________
Tandatangan pelajar
ii. Perakuan Penyelia:
Saya, _______________________________________________________ (NAMA PENYELIA) dengan ini
mengesahkan bahawa hasil kerja pelajar yang bertajuk ___________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
(TAJUK) dihasilkan oleh pelajar seperti nama di atas, dan telah diserahkan kepada Institut
Pengajian Siswazah bagi memenuhi sebahagian/sepenuhnya syarat untuk memperoleh Ijazah
__________________________________________________________________________________ (SLA NYATAKAN NAMA
IJAZAH).
____________________ ________________________
Tarikh Tandatangan Penyelia
Sila tanda (√) Kertas Projek Sarjana Penyelidikan Sarjana Penyelidikan dan Kerja Kursus Doktor Falsafah
iii
PENGHARGAAN
بسم هللا الرحمن الرحيم
Puji-pujian dipanjatkan kepada Allah S.W.T.. Dengan izinNya, dapat saya
menyempurnakan disertasi ini dengan baik. Saya merakamkan ucapan penghargaan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Haniz b. Ibrahim, penyelia utama
dan Profesor Madya Dr. Siti Eshah bt. Mohshein, penyelia bersama yang begitu gigih
memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Tanpa bimbingan dan cadangan tersebut, saya pasti menghadapi kesukaran dalam
menyiapkan penyelidikan ini.
Penghargaan juga saya rakamkan buat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas keizinan untuk menjalankan kajian di sekolah
terlibat. Begitu juga kepada pihak sekolah dan responden kajian yang terlibat, pentadbir
sekolah dan guru-guru Pendidikan Khas yang sentiasa memberi kerjasama serta
membantu memudahkan setiap tugasan di sekolah sepanjang penyelidikan ini dilakukan.
Tanpa kesefahaman dan tolak ansur semua, sukar bagi saya membahagikan masa antara
tanggungjawab sebagai pendidik dan pelajar sarjana.
Tidak lupa juga, ribuan terima kasih buat suami tercinta, Wan Kamal Nadzif b.
Wan Jamil serta anak-anak Aufa, Aysar, Amni dan Afnan yang sentiasa memahami dan
memberikan sokongan serta sabar dengan kesibukan dan tugasan yang ada. Begitu juga,
penghargaan kepada bonda Asiah dan ayahanda Adnan serta mama Nadzriah dan arwah
abah Wan Jamil (sentiasa memberikan semangat dan kepercayaan sehingga kembali ke
rahmatullah pada Disember 2014), keluarga dan semua yang sentiasa memberi dorongan
dan bantuan sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini.
Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan semua pihak
terutama anak-anak pendidikan khas.
iv
ABSTRAK
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji tuntutan dan tatacara solat murid
bermasalah pembelajaran dalam Program j-QAF di Program Pendidikan Khas serta aspek
rukhsah dalam pelaksanaannya. Responden terdiri daripada tiga orang pakar bidang
agama dan dua orang guru di sebuah Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran Daerah Perak Tengah. Pengumpulan data menggunakan teknik temu bual
dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan tuntutan solat murid bermasalah
pembelajaran adalah, pertama gugur bagi terencat akal teruk, kedua memiliki sebahagian
kelayakan melaksana bagi yang berakal tetapi tidak mencapai tahap normal dan ketiga
memiliki kelayakan melaksana sempurna bagi yang memiliki akal normal tetapi
bermasalah tingkah laku dan kesukaran mengingat. Tatacara solat murid bermasalah
pembelajaran menekankan aspek rukhsah dan tahap kemampuan murid. Kajian turut
mencadangkan aspek pengajaran bacaan mudah dalam solat. Kesimpulan daripada kajian
menunjukkan tuntutan solat bagi murid bermasalah pembelajaran adalah berdasarkan
tahap akal dan kemampuan. Implikasi kajian menunjukkan pengetahuan tentang tuntutan
dan aspek kemampuan serta pelaksanaan Program j-QAF boleh membantu meningkatkan
penguasaan solat murid.
v
PERFORMING OF PRAYERS FOR LEARNING DISABILITY PUPILS
ABSTRACT
The aim of this qualitative study is to investigate the requirements and solat procedures
for pupil with learning disabilities in j-QAF Program within the Special Education
Program and the facet of rukhsah in its implementation. Respondents consisted of three
experts in religious affairs and two special education teachers from an Integrated Special
Education Program in the district of Perak Tengah. Data collection involved interview
protocol and documents analysis. The findings indicates that the requirements for solat
for pupils with learning disabilities are, firstly, null and void for those with severe
cognitive problems, secondly, partially required for those with moderate cognitive issues
that is considered to be below the normal standard, and thirdly, is compulsory for those
who have normal intelligence but suffering from behavioral and short term memories
issues. Solat procedure for pupil with learning disabilities emphasizes the aspect of
rukhsah and the degree of the child’s abilities to perform. The study suggested that
special efforts be made to teach the child simple recitation for solat. The study concluded
that the requirements for solat for pupils with learning disabilities are based on the degree
of their cognitive challenges and abilities to perform it. Implications of the study indicate
that knowledge on the requirements and child’s ability to perform solat plus the
implementation of the j-QAF will improve pupils’ solat performances.
vi
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Tujuan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Persoalan Kajian 10
1.7 Kerangka Konseptual Kajian 11
1.8 Kepentingan Kajian 14
vii
1.9 Skop Kajian 15
1.10 Batasan Kajian 17
1.11 Definisi Operasional 17
1.12 Rumusan 19
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 22
2.2 Definisi Masalah Pembelajaran 23
2.3 Kategori-kategori Murid Bermasalah Pembelajaran 28
2.4 Kedudukan Murid Bermasalah Pembelajaran Menurut Syarak 35
2.5 Isu-isu Berkaitan Solat 51
2.6 Rukhsah Menurut Syariat Islam 56
2.7 Tatacara Solat Murid Bermasalah Pembelajaran 57
2.8 Program Pendidikan Islam di Pendidikan Khas 72
2.8.1 Negara-negara Asia Tenggara 72
2.8.2 Malaysia 76
2.9 Model PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas 81
2.10 Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Topik Ibadah 86
(Wuduk dan Solat) Murid Bermasalah Pembelajaran
2.11 Kajian Pengajaran Pendidikan Islam Bagi Murid Bermasalah 95
Pembelajaran
2.12 Kajian Program j-QAF 98
2.13 Rumusan 102
viii
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 107
3.2 Reka Bentuk Kajian 110
3.3 Lokasi Kajian 115
3.4 Responden Kajian 115
3.5 Instrumen Kajian 118
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 120
3.7 Prosedur Kajian 124
3.7.1 Kajian Lapangan 124
3.7.1.1 Prosedur Temu bual Pakar 125
3.7.1.2 Prosedur Temu bual Guru Pendidikan Khas 126
3.7.2 Penganalisaan Data 127
3.8 Rumusan 128
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 130
4.2 Tuntutan solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 131
4.2.1 Tuntutan solat 132
4.2.2 Halangan Syarak 134
4.2.3 Hukum Solat Jumaat 135
4.2.4 Isu-isu Didikan dan Qada Solat 136
4.3 Tatacara Solat Termudah Murid Bermasalah Pembelajaran 138
Mengikut Hukum Islam
ix
4.3.1 Rukhsah 138
4.3.2 Bacaan Dalam Rukun Solat 139
4.4 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat Dalam 140
Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF
4.5 Aspek Rukhsah Dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF 142
Terhadap Kemudahan Penguasaan Solat Murid Pendidikan Khas
4.6 Rumusan 145
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 147
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 148
5.2.1 Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah 148
Pembelajaran
5.2.2 Tatacara Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah 151
Pembelajaran
5.2.3 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat 152
Dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF
5.2.4 Aspek Rukhsah Dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF 153
Terhadap Kemudahan Penguasaan Solat Murid Pendidikan
Khas
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 154
5.3.1 Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah 155
Pembelajaran
5.3.2 Halangan Syarak Bagi Murid Pendidikan Khas 157
Bermasalah Pembelajaran
5.3.3 Hukum Solat Jumaat Murid Pendidikan Khas Bermasalah 159
Pembelajaran
x
5.3.4 Isu-isu Didikan dan Qada Solat Murid Pendidikan Khas 162
Bermasalah Pembelajaran
5.3.5 Tatacara Solat Temudah Murid Bermasalah Pembelajaran 163
Mengikut Hukum Islam
5.3.6 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat 165
Dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF
5.3.7 Aspek Rukhsah Dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF 167
Terhadap Kemudahan Penguasaan Solat Murid Pendidikan
Khas
5.4 Kesimpulan dan Implikasi Kajian serta Cadangan Kajian Lanjutan 170
5.5 Rumusan 174
RUJUKAN 176
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
No. Jadual Muka Surat
2.1 Kategori Tuntutan Solat Murid Bermasalah Pembelajaran mengikut syarak 50
2.2 Tatacara Solat Murid Bermasalah Pembelajaran 70
2.3 Penglibatan Murid dan Aspek Rukhsah dalam Model PdP Amali Solat j-QAF 84
di Pendidikan Khas
2.4 Pengajaran Solat dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas 85
3.1 Profil Responden Kajian 118
4.1 Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 133
4.2 Halangan Syarak bagi Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 134
4.3 Hukum Solat Jumaat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 136
4.4 Tatacara Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 140
4.5 Tuntutan Solat Murid Bermasalah Pembelajaran dan Aplikasi dalam Model 142
Kelas PdP Amali Solat j-QAF
4.6 Pelaksanaan dan Aspek Rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF 144
5.1 Bacaan Ringkas Ketika Solat 164
5.2 Perbandingan Analisis Dokumen dengan Temu bual Kategori Murid 166
Bermasalah Pembelajaran dalam Program j-QAF Amali Solat
xii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Muka Surat
1.1 Kerangka Konseptual Kajian Pelaksanaan Solat Bagi Murid-murid 13
Bermasalah Pembelajaran
xiii
SENARAI SINGKATAN
& Dan
2nd
Second
3rd
Third
4th
Fourth
3M membaca, menulis, mengira
AAMR American Association on Mental Retardation
ABM Alat Bantu Mengajar
ADHD Attention Deficit Hyperactive Disorder
BBM Bahan Bantu Mengajar
BP Bermasalah Pembelajaran
BPK Bahagian Pendidikan Khas
DCD Developmental Co-ordination Disorder
DI Direct Instruction
dll. dan lain-lain
ed. Edisi
Eds. Editors
GPI Guru Pendidikan Islam
GPIPK Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas
xiv
GTPI Guru Tambahan Pendidikan Islam
hal. Halaman
html hypertext
http hypertext transfer protocol
IDEA 04 Individuals with Disabilities Education Act of 2004
IPT Institut Pengajian Tinggi
IQ Intelligence quotient (darjah kecerdasan otak)
Jil. Jilid
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
j-QAF jawi, al-Quran, Arab dan Fardhu Ain
KBS Kem Bestari Solat
KHEU Kementerian Hal Ehwal Ugama
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KSSRPK Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
LAC Learning Assistance Centre
MPA Malaysian Psychiatric Association
MTQ Majlis Tilawah al-Quran
NJCLD The National Joint Committee in Learning Disabilities
No. Nombor
OKU Orang Kelainan Upaya
PI Pendidikan Islam
xv
PK Pendidikan Khas
PPKIBP Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran
PdP Pengajaran dan Pembelajaran
RTI Response to Intervention
S.A.W. Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
SDLB Sekolah Dasar Luar Biasa
SENA Special Education Needs Assistance
SK Sekolah Kebangsaan
SKPK Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
SLB Sekolah Luar Biasa
SRSD Self-regulated Strategy Development
S.W.T. Subhanahu Wa Ta’ala
Terj. Terjemahan
TMm Teknologi Multimedia
UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
UPK Unit Pendidikan Khas
UPKU JPI Unit Pendidikan Khas Ugama Jabatan Pengajian Islam
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
USIM Universiti Sains Islam Malaysia
USM Universiti Sains Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah, Institut Perguruan, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Bahagian-bahagian di Bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia
B Surat Pengesahan Pelajar untuk Membuat Penyelidikan
C Surat Kelulusan Menjalankan Kajian di Sekolah-sekolah di Negeri Perak
di Bawah Jabatan Pelajaran Negeri Perak
D1 Soalan Temu bual Responden Pakar (Kajian Rintis)
D2 Soalan Temu bual Responden Pakar
E1 Soalan Temu Bual Responden Guru (Kajian Rintis)
E2 Soalan Temu Bual Responden Guru
F1 Transkrip Responden Pakar
F2 Transkrip Responden Guru
G Rumusan Senarai Semak Pencapaian Amali Solat Murid (Jan –Julai 2013)
H Panduan Penilaian Bulanan Amali Solat
I Borang Senarai Semak Penilaian Bulanan Amali Solat
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Solat merupakan ibadah utama dan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap
umat Islam yang mukalaf (baligh dan berakal) dan suci berdasarkan beberapa ayat di
antaranya (al-Zuhayli, 2010):
الراكعي مع واركعوا الزكاة وآتوا الصالة اوأقيمو
(Al-Quran, Surah al-Baqarah 2:43)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah
kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
2
Pelaksanaannya yang berbentuk wajib ini bagi mendekatkan diri kepada Allah.
Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menyatakan berdasarkan dalil al-Quran, penjagaan
solat misalnya mampu mencorakkan seorang yang dinamik, progresif, berdaya tahan,
berkarisma dan soleh lagi bertakwa. Menurut mereka lagi berdasarkan beberapa ayat al-
Quran yang lain, kelalaian terhadap solat pula menjadikan seseorang itu lemah pendirian,
mudah terpedaya, sakit nuraninya dan rosak amalnya.
Selain itu, pensyariatan solat telah wujud sejak nabi-nabi sebelum nabi
Muhammad S.A.W.. Malah ia merupakan kefarduan amali pertama dalam setiap
pengutusan para rasul sebagai bukti kepada keimanan dan pengabdian diri kepada Allah
(Anisah, 2008). Didikan terhadap solat perlu dilakukan sejak anak-anak masih kecil. Ini
juga merupakan salah satu pendidikan keimanan yang diketengahkan oleh Abdullah
(2010) mengenai pendidikan anak-anak menurut Islam. Hal ini adalah bertepatan dengan
hadis Rasulullah S.A.W. yang bersabda:
ها وهم أب ناء عشر سني مروا أوالدكم بلصالة وهم أب ناء سبع سني واضربوهم علي ن هم ف المضاجع وف ر قوا ب ي
(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.185, no.495, hadis hasan)
Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukullah
dia jika meninggalkan sembahyang pada usia sepuluh tahun dan pisahkan antara
mereka di tempat tidur.
3
Pengajaran secara berperingkat bermula dari kecil sebagai persediaan untuk
membiasakan anak-anak bagi melaksanakan ibadah yang disyariatkan apabila mereka
mencapai umur baligh (Abdullah, 2010).
Ini bermakna, kewajipan solat terhadap setiap mukalaf termasuk yang
berkeperluan khas tidak gugur secara mudah. Menurut Ab. Aziz, Mohamad Kamil,
Anisah, Mohd Fauzi Hamat, dan Nor Raudah Siren (2009), tuntutan tersebut dengan
mengambil kira syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis kelayakan dan halangan-halangan
mendapatkan kelayakan untuk melaksanakan tuntutan ibadah menurut syarak. Selain itu,
pengajaran dan penekanan terhadap orang kelainan upaya (OKU) ini adalah berdasarkan
tahap kemampuan mereka (Ab. Aziz et al., 2009).
1.2 Latar belakang kajian
Kurikulum murid pendidikan khas bermasalah penglihatan dan pendengaran
menggunakan kurikulum kebangsaan dengan pengubahsuaian dari sudut penyampaian
aktiviti bagi memenuhi objektif pembelajaran berdasarkan keperluan murid. Bagi murid
bermasalah pembelajaran pula, mereka boleh memilih menggunakan kurikulum
kebangsaan atau kurikulum alternatif kebangsaan bergantung kepada kesesuaian dan
tahap kemampuan murid (Jamila, 2005).
4
Pendidikan Islam turut diajar di sekolah-sekolah Pendidikan Khas. Sebagaimana
dinyatakan, murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran menggunakan
kurikulum kebangsaan. Tumpuan utama Pendidikan Islam sekolah rendah adalah kepada
bidang Asuhan Tilawah al-Quran, bidang Asas Ulum Syariah, bidang Asas Adab dan
Akhlak Islamiah serta Jawi. Pengajaran solat termasuk dalam topik ibadah di bawah
bidang Asas Ulum Syariah (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, 2002).
Ketiga-tiga bidang ini merupakan fardu ain kepada setiap murid (Ahmad, 2008). Bagi
murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran pula, terdapat empat bidang
pembelajaran utama. Salah satunya ialah bidang kerohanian dan nilai-nilai murni.
Pendidikan Islam dan pengajaran ibadah solat termasuk di dalam bidang ini (Jabatan
Pendidikan Khas, 2005).
Penekanan terhadap ibadah solat dalam sistem pendidikan negara semakin
ditingkatkan dengan pelaksanaan program j-QAF. Perkataan j-QAF tersebut merujuk
kepada penekanan program tersebut dalam empat bidang utama iaitu jawi, al-Quran,
Bahasa Arab dan Fardu Ain. Ibadah solat termasuk di bawah aspek fardu ain (Ahmad,
2008). Perluasan program j-QAF kepada murid pendidikan khas sesuatu yang amat baik
dan sedang diperluaskan ke 2,366 kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran (PPKIBP) serta 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) secara
berperingkat mulai tahun 2008 hingga 2014 (Rosniza, 2008). Projek rintis di bawah
Program Pendidikan Khas telah dilaksanakan di 12 buah sekolah di Kelantan, Selangor,
5
Kedah dan Melaka bermula Julai 2007 (“j-QAF bagi 12,000 murid bermasalah,” 2007).
Dua aspek diberikan tumpuan iaitu al-Quran dan fardu ain. Modul yang digunakan iaitu
Modul Amali Solat bagi fardu Ain dan Modul Kaedah Iqra’ untuk tilawah al-Quran
(Bahagian Pendidikan Khas, 2008a).
1.3 Pernyataan masalah
Rasulullah S.A.W. menyatakan tuntutan ibadah ke atas seseorang hanya gugur atas tiga
sebab iaitu orang yang tidur, gila dan kanak-kanak sebagaimana hadis di bawah:
رفع القلم عن ثالثة عن النائم حت يست يقظ وعن الصب حت يتلم وعن المجنون ح ت ي عق
(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Jil.4, hal.245, no.4405,hadis sahih)
Diangkat pena (terangkat taklif) dari tiga golongan: orang yang tertidur sampai dia
terjaga, orang yang gila sampai dia sedar dan anak kecil sampai dia baligh.
Ini bermakna setiap tuntutan ibadah dalam Islam terhadap setiap mukalaf tidak
hilang dengan mudah. Apatah lagi, ibadah solat yang merupakan teras kedua dalam rukun
Islam yang wajib ditunaikan. Maka, timbul permasalahan di sini akan kewajipan solat
murid-murid bermasalah pembelajaran kerana masalah yang dihadapi mereka berkait
rapat dengan syarat utama mukalaf iaitu berakal. Tambahan daripada itu, terdapat juga
6
segelintir ibu bapa dan masyarakat yang kurang jelas akan kewajipan ibadah ke atas
golongan berkeperluan khas (Fauziah Hanim Jalal et al., 2012). Kajian oleh Fauziah
Hanim Jalal et al. (2012) mendapati kurang 50% ibu bapa yang terlibat dalam kajian
tersebut menganggap solat kurang penting bagi anak-anak berkeperluan khas (bermasalah
pembelajaran). Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengkaji tuntutan solat murid-
murid bermasalah pembelajaran yang terdiri daripada pelbagai kategori iaitu terencat
akal, autisme, ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik berdasarkan perbahasan-
perbahasan fiqh dan penulisan-penulisan ilmiah merangkumi syarat-syarat mukalaf,
jenis-jenis kelayakan dan halangan dalam pelaksanaan taklif serta kemampuan yang
diambil kira mengikut pandangan fiqh.
Permasalahan kedua yang timbul adalah berkaitan tatacara solat bagi murid-murid
bermasalah pembelajaran. Terdapat enam rukun solat sahaja yang disepakati oleh
keempat-empat mazhab iaitu takbiratulihram, berdiri (bagi yang mampu), membaca ayat
al-Quran, rukuk, bangkit daripada rukuk dan iktidal dan sujud dua kali bagi setiap rakaat
(Zaharuddin, 2008). Bagaimanapun, menurut mazhab Syafi’i, rukun solat terdapat
sebanyak tiga belas. Kajian oleh Fauziah Hanim Jalal et al. (2012) mendapati bacaan
dalam solat antara masalah dialami anak-anak berkeperluan khas bermasalah
pembelajaran. Tambahan daripada itu, pelaksanaan syariat dalam Islam turut menjadikan
kemampuan sebagai syarat dalam pentaklifan sesuatu syariat (al-Mutawalli, 2001; al-
Syatibi, 2001; al-Suyuti, 2004). Selain itu, terdapat pelbagai perbahasan fiqh antaranya
7
oleh al-Albani, (2000); al-Khin, al-Bugha, dan al-Syarbaji, (2000); al-Jauziyyah, (2006);
al-Zuhayli, (2010) berkaitan tatacara solat Rasulullah S.A.W. dari segi niat, perlakuan
dan bacaan berdasarkan hadis-hadis baginda yang sahih. Oleh itu, kajian adalah perlu
untuk mengkaji secara mendalam tatacara solat yang paling mudah dan ringan dari segi
niat (qalbi), perbuatan (fi’li) dan bacaan (qauli) menurut hadis Rasulullah S.A.W. untuk
diaplikasikan terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran.
Permasalahan terakhir adalah berkaitan pelaksanaan Model Kelas PdP Amali
Solat j-QAF di Pendidikan Khas dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran yang
terlibat dan modul tatacara solat yang digunakan. Model ini merupakan salah satu
daripada dua model yang digunakan dalam program j-QAF di Pendidikan Khas. Program
ini secara umumnya memberikan impak yang positif terhadap tahap penguasaan solat
murid khas sebagaimana dapatan daripada Program Kem Bestari Solat (KBS) j-QAF
Pendidikan Khas Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah) yang diadakan pada 17-20
Oktober 2011 di Perak iaitu terdapat peningkatan tahap penguasaan murid sebelum dan
selepas mengikuti program bagi amali wudhuk dan solat (Unit Pengurusan Pendidikan
Islam dan Moral, 2012). Kajian-kajian mengenai j-QAF di aliran perdana khusus
berkaitan amali solat juga, secara umumnya menunjukkan hasil yang positif.
Bagaimanapun, berdasarkan carian penulis terhadap kajian-kajian lepas di institut
pengajian tinggi (IPT) tempatan, belum terdapat satu kajian khusus mengenai j-QAF di
Pendidikan Khas. Selain itu, adakah modul perlakuan dan bacaan murid yang digunakan
8
sesuai dan mudah dikuasai oleh murid? Oleh itu, kajian ini mengkaji secara khusus
pelaksanaan program dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dan
tatacara solat yang diaplikasikan dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di
Pendidikan Khas.
1.4 Tujuan kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tuntutan solat bagi murid bermasalah pembelajaran
berdasarkan empat jenis kategori murid iaitu terencat akal, autisme, ADHD dan
bermasalah pembelajaran spesifik. Selain itu, kajian mengetengahkan aspek rukhsah
(keringanan) dan tatacara solat yang paling mudah untuk diaplikasikan oleh murid-murid
tersebut dari segi niat, bacaan dan perbuatannya berdasarkan perbahasan fiqh dan dalil-
dalil sahih daripada hadis Rasulullah S.A.W.. Berdasarkan tuntutan dan tatacara solat
tersebut, kajian ini mengambil satu program di Pendidikan Khas yang memfokuskan
khusus kepada pelaksanaan pengajaran solat iaitu melalui Model Kelas PdP Amali Solat
j-QAF di Pendidikan Khas dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran yang
terlibat dan modul tatacara solat yang digunakan.
9
1.5 Objektif kajian
Kajian ini menggariskan beberapa objektif kajian untuk dicapai seperti berikut:
1.5.1 Mendapatkan pandangan pakar terhadap tuntutan solat (kewajipan solat,
hukum Solat Jumaat dan qada solat) mengikut kategori murid bermasalah
pembelajaran berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan halangan-halangan
syarak.
1.5.2 Mengenalpasti aspek rukhsah dalam niat, perlakuan dan bacaan solat yang
paling mudah untuk diajar dan diaplikasikan oleh murid bermasalah
pembelajaran mengikut pandangan pakar.
1.5.3 Mengkaji kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam
Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas berdasarkan
tahap kelayakan melaksana (ahliyyatul ada’).
1.5.4 Mengkaji aspek rukhsah (keringanan) dalam niat dan perlakuan solat yang
digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan
Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid.
1.5.5 Mengkaji aspek rukhsah (keringanan) dalam bacaan solat yang digunakan
dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan Khas bagi
memudahkan penguasaan solat murid.
10
1.6 Persoalan kajian
Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini merangkumi beberapa aspek seperti
berikut:
1.6.1 Sejauh manakah tuntutan solat dari segi kewajipan solat, hukum Solat
Jumaat dan qada solat mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran
berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan halangan-halangan syarak
menurut pandangan pakar?
1.6.2 Apakah aspek rukhsah dalam niat, perlakuan dan bacaan solat yang paling
mudah yang dibenarkan mengikut hukum Islam menurut pandangan
pakar?
1.6.3 Apakah kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam
Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas berdasarkan
tahap kelayakan melaksana (ahliyyatul ada’)?
1.6.4 Sejauh manakah aspek rukhsah (keringanan) dalam niat dan perlakuan
solat yang digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di
Pendidikan Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid?
1.6.5 Sejauh manakah aspek rukhsah (keringanan) dalam bacaan solat yang
digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan
Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid?
11
1.7 Kerangka konseptual kajian
Perbahasan mengenai mukalaf sebagaimana dalam kitab-kitab usul fiqh seperti Usul al-
Fiqh (Abu Zahrah, t.t.), al-Ahkam fi Usul al-Ahkam (Al-Amidy, 1967), al-Wajiz fi Usul
Fiqh (Zaydan, 2000) dan Usul Fiqh al-Islami (Al-Zuhayli, 2001) merangkumi beberapa
perkara utama iaitu syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis kelayakan dan halangan-halangan
mendapatkan kelayakan untuk melaksanakan tuntutan ibadah menurut syarak. Ini juga
sebagaimana kajian terkini oleh Ab. Aziz et al. (2009) dan Azman, Zulkifli, dan
Mohammad Naqib (2015) dalam kajian mereka berkaitan tuntutan ibadah OKU.
Perbahasan mengenai tatacara solat merangkumi niat (qalbi), perbuatan (fi’li) dan
bacaan (qauli) mengambil kira aspek rukhsah dalam pelaksanaan ibadah berdasarkan
kitab-kitab fiqh antaranya oleh al-Mutawalli, (2001); al-Syatibi, (2001); al-Suyuti, (2004)
dan bacaan mudah daripada hadis-hadis sahih daripada Rasulullah S.A.W. antaranya oleh
al-Albani, (2000); al-Khin et al., (2000); al-Jauziyyah, (2006); al-Zuhayli, (2010). Ini
juga seperti yang dinyatakan oleh Ab. Aziz et al., (2009) di mana pengajaran dan
penekanan terhadap orang kelainan upaya (OKU) ini adalah berdasarkan tahap
kemampuan mereka. Menurut al-Mutawalli (2001), kemampuan (al-istito‘at) menjadi
syarat dalam pentaklifan sesuatu syariat iaitu kewajipan melakukan solat adalah kekal
selama seseorang itu masih berakal, yakni akalnya masih sedar dan dapat memahami niat
dan perbuatan-perbuatan solat seperti orang sakit diberi rukhsah untuk mengerjakan solat
12
sambil duduk atau sambil berbaring dan melentang atau hanya dengan isyarat (kepala
atau mata), iaitu mengikut kadar yang termampu olehnya. Hal ini sebagaimana firman
Allah S.W.T.:
ال يكل ف هللا ن فسا اال وسعها
(Al-Quran, Surah al-Baqarah 2:286)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
Oleh itu, beberapa aspek yang menjadi asas dalam kajian ini berkaitan tuntutan
solat murid pendidikan khas meliputi definisi mukalaf, syarat-syarat mukalaf, jenis
kelayakan dan halangan-halangan mendapat kelayakan. Kategori tuntutan solat murid
pendidikan khas dibuat berdasarkan perbahasan usul fiqh tersebut. Tatacara solat yang
mudah dan meraikan kemampuan mereka adalah berdasarkan kitab-kitab fiqh dan hadis-
hadis sahih Rasulullah S.A.W. Pandangan pakar diperolehi untuk memurnikan dapatan
kajian literatur berkaitan tuntutan dan tatacara solat tersebut.
Analisis dokumen terhadap Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF Pendidikan
Khas berdasarkan Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan j-QAF di
Pendidikan Khas dan Buku Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas
dilakukan untuk mendapatkan garis panduan berkaitan murid-murid bermasalah
pembelajaran yang terlibat dalam Program j-QAF Pendidikan Khas. Maklumat yang
13
diperoleh dibandingkan dengan dapatan sekolah kajian serta kategori kelayakan murid
bermasalah pembelajaran berdasarkan tuntutan solat murid menurut syarak dan
pandangan pakar. Manakala analisis dokumen terhadap Modul PdP Amali Solat Program
j-QAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang digunakan dalam Model Kelas
PdP Amali Solat j-QAF Pendidikan Khas pula dibandingkan dengan dapatan sekolah
kajian serta tatacara solat termudah menurut syarak dan pandangan pakar. Secara
ringkasnya kerangka konseptual kajian ini sebagaimana berikut:
dibandingkan
Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Pelaksanaan Solat Bagi Murid-murid
Bermasalah Pembelajaran
Murid Bermasalah Pembelajaran
Tatacara Solat
(rukhsah dan mudah)
Tuntutan Solat
(Tahap kelayakan)
Bermasalah
Pembelajaran Spesifik
Terencat
Akal
ADHD Autisme
Syarat-syarat mukalaf
Jenis-jenis kelayakan
Halangan-halangan
syarak
Gugur
Sebahagian kelayakan
Perlakuan
Niat
Model PdP Amali Solat j-QAF di
Pendidikan Khas (di sekolah kajian)
Bacaan
Pandangan Pakar
Berdasarkan tahap
kelayakan dan mudah
dikuasai murid
Kelayakan sempurna
14
1.8 Kepentingan kajian
Kajian ini mengkaji mengenai tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran berdasarkan
tahap kelayakan menurut syarak dan tatacara solat yang paling mudah, bersesuaian
dengan keperluan mereka dalam melaksanakan ibadah solat menurut pandangan pakar.
Dapatan mengenai tuntutan dan tatacara solat murid bermasalah pembelajaran tersebut
digunakan untuk mengkaji kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam
Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas serta kesesuaian modul solat
yang digunakan dari aspek keringanan dan kemudahan murid untuk menguasainya. Oleh
itu, diharapkan kajian ini dapat:
1.8.1 Memberi manfaat kepada pihak sekolah untuk memperbaiki pelaksanaan
model tersebut seterusnya meningkatkan penguasaan dan pengamalan
murid terhadap amalan solat.
1.8.2 Mengetengahkan rukhsah (keringanan) ibadah solat dan tatacara solat yang
paling mudah bagi murid pendidikan khas.
1.8.3 Menyediakan maklumat dan rujukan kepada guru-guru Pendidikan Islam
di Pendidikan Khas mengenai tuntutan ibadah dan tatacara pengajaran
solat bersesuaian dengan murid pendidikan khas.
15
1.8.4 Menyediakan maklumat sebagai penambahbaikan dapatan pelaksanaan j-
QAF di Pendidikan Khas di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
1.8.5 Menambahkan kajian khusus berkaitan j-QAF di Pendidikan Khas dan
secara umum kajian pendidikan Islam di pendidikan khas.
1.9 Skop kajian
Kajian ini hanya mengkaji tuntutan solat bagi murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran berdasarkan empat kategori murid iaitu terencat akal (termasuk sindrom
down), autisme, ADHD, dan bermasalah pembelajaran spesifik. Ini kerana kategori ini
secara umum termasuk dalam ketetapan KPM iaitu sindrom down, autisme ringan,
ADHD, terencat akal minimum dan bermasalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
Murid masalah pendengaran dan penglihatan tidak termasuk dalam kajian ini.
Terdapat dua model yang digunakan dalam Program j-QAF di Pendidikan Khas
iaitu Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF dan Model Kelas PdP Kaedah Iqra’ dan
Tasmik. Kajian ini hanya mengkaji satu daripada dua model tersebut iaitu Model Kelas
PdP Amali Solat j-QAF bersesuaian dengan objektif dan persoalan kajian.
16
Terdapat empat buah sekolah yang menjalankan program j-QAF di Pendidikan
Khas dalam Daerah Perak Tengah di negeri Perak semasa kajian ini dijalankan iaitu dari
2010-2013 (pengkaji namakan sebagai Sekolah A, B, C, D, E). Kajian hanya dijalankan
kepada sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah A berdasarkan beberapa faktor iaitu sekolah
tersebut merupakan sekolah yang pertama dan paling lama mempunyai PPKIBP dalam
Daerah Perak Tengah. Selain itu, Sekolah A telah mula menjalankan program j-QAF
pada tahun 2011 berbanding Sekolah C pada tahun 2012 dan Sekolah D serta E pada
2013. Walaupun Sekolah B mula menjalankan program j-QAF pada tahun 2011, namun
begitu program j-QAF hanya dijalankan oleh seorang guru j-QAF sahaja. Ini kerana
dalam pelaksanaan j-QAF, perlunya guru Pendidikan Islam (GPI) dan guru j-QAF
mengajar bersama dalam kelas-kelas yang terlibat dengan Program j-QAF. Pemilihan
sekolah mengambil kira faktor keberadaan GPI bersama guru j-QAF semasa waktu PdP
dijalankan. Ini hanya ada di Sekolah A. Pandangan guru Pendidikan Islam diperlukan
dalam kajian ini. Berdasarkan tinjauan awal pengkaji, kempat-empat sekolah tersebut
(Sekolah B,C,D,E) tidak mempunyai Guru Pendidikan Islam yang telah terlatih dalam
pendidikan khas sebelum adanya guru j-QAF Pendidikan Khas. Subjek Pendidikan Islam
diajar oleh guru Pendidikan Khas biasa. Walaupun di Sekolah D mempunyai Guru
Tambahan Pendidikan Islam (GTPI), namun begitu guru terbabit baru sahaja bertugas di
pendidikan khas pada tahun 2013.
17
1.10 Batasan kajian
Kajian ini hanya melibatkan tiga orang responden pakar dalam bidang agama bagi
menjawab persoalan kajian satu dan dua. Persoalan kajian tiga, empat dan lima hanya
melibatkan dua orang responden guru iaitu seorang guru Pendidikan Islam dan seorang
guru j-QAF Pendidikan Khas. Oleh itu, kajian ini tidak berhasrat untuk menguji sebarang
teori dan menggariskan sebarang generalisasi terhadap pelaksanaan model tersebut di
sekolah-sekolah lain. Pengumpulan data pula hanya dijalankan selama tempoh tiga bulan
daripada bulan Mei hingga Julai 2013. Murid bermasalah pembelajaran di sekolah kajian
hanya terlibat secara tidak langsung melalui analisis dokumen terhadap rekod senarai
semak penilaian amali solat murid.
1.11 Definisi operasional
Definisi-definisi istilah yang akan diterangkan dalam bahagian ini merupakan istilah-
istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja. Definisi operasional ini
bertujuan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.
18
1.11.1 Tuntutan solat
Tuntutan solat merujuk kepada tahap kelayakan melaksanakan ibadah
menurut syarak mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran iaitu
terencat akal, autisme, ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik
berdasarkan syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis kelayakan dan halangan-
halangan mendapat kelayakan.
1.11.2 Tatacara solat
Tatacara solat merujuk kepada rukun solat merangkumi niat, perbuatan
dan bacaan dalam solat yang mudah dan mengambil kira aspek rukhsah,
dan kemampuan serta sesuai untuk murid bermasalah pembelajaran
berdasarkan dalil-dalil hadis Rasulullah S.A.W. yang sahih.
1.11.3 Murid bermasalah pembelajaran
Istilah murid bermasalah pembelajaran dalam kajian ini merujuk kepada
empat kategori murid iaitu terencat akal (termasuk sindrom down),
autisme, ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik berdasarkan
kategori yang dinyatakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
iaitu sindrom down, autisme ringan, ADHD, terencat akal minimum dan
bermasalah pembelajaran spesifik seperti disleksia (Portal rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
19
1.11.4 Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas
Model ini merupakan salah satu daripada dua model utama Program j-
QAF di Pendidikan Khas. Kajian hanya kepada Model Kelas PdP Amali
Solat j-QAF yang dijalankan di sebuah Program Pendidikan Khas
Intergrasi Bermasalah Pembelajaran( PPKIBP ). Aspek yang dikaji ialah
dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dan modul
amali solat yang digunakan.
1.12 Rumusan
Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang
mukalaf. Kepentingan solat antaranya sebagai benteng kepada seseorang daripada
melakukan perbuatan keji dan mungkar. Solat juga dapat mendekatkan diri seseorang
kepada Allah S.W.T.. Hasilnya akan terbentuknya peribadi mukmin yang soleh lagi
bertakwa, dinamik, progresif, berdaya tahan dan berkarisma. Mereka yang lalai terhadap
kewajipan solat bukan sahaja berdosa di sisi Allah S.W.T. malah akan mudah terpedaya
dan terpengaruh dengan perbuatan maksiat dan mungkar yang akhirnya merosakkan diri
dan amal ibadah yang dikerjakan.
20
Tuntutan mengerjakannya tidak gugur secara mudah walaupun terhadap mereka
yang sakit. Ini dijelaskan lagi berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. di mana tuntutan
ibadah ke atas seseorang hanya gugur atas tiga sebab iaitu orang yang tidur, gila dan
kanak-kanak. Ini bermakna mereka yang berkeperluan khas turut tidak terkecuali
mengerjakan ibadah solat. Oleh itu, kefahaman tentang syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis
kelayakan dan halangan-halangan mendapatkan kelayakan untuk melaksanakan tuntutan
ibadah menurut syarak dapat menjelaskan kedudukan murid-murid pendidikan khas
khususnya bermasalah pembelajaran terhadap tuntutan melaksanakan ibadah solat.
Namun begitu terdapat keringanan syarak untuk mereka melaksanakannya mengikut
kadar kemampuan mereka. Di samping itu juga, pemahaman terhadap pelaksanaan
ibadah solat mengikut tatacara solat Rasulullah S.A.W. yang paling mudah dan
bersesuaian dengan mereka akan memudahkan lagi pelaksanaan ibadah solat.
Selain itu, kewujudan Program j-QAF di Pendidikan Khas yang dilaksanakan
pada tahun 2008 di mana salah satu modul digunakan adalah berkaitan amali solat dilihat
sebagai cara membantu melaksanakan ibadah solat bagi murid-murid pendidikan khas.
Kajian memfokuskan kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran kerana
salah satu syarat mukalaf adalah berakal dan berkait langsung dengan murid bermasalah
pembelajaran. Bagaimanapun, kajian terhadap Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di
Pendidikan Khas yang digunakan perlu dilakukan untuk mengkaji amalan
pelaksanaannya dari aspek penglibatan murid dan modul solat yang digunakan di
21
peringkat sekolah untuk menilai kesesuaian dan memberi kemudahan kepada penguasaan
ibadah solat murid-murid bermasalah pembelajaran sebagaimana tuntutan dan tatacara
solat yang mudah menurut syarak.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Sebagai seorang insan, kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran juga berhak
mendapatkan pendidikan yang sempurna tidak terkecuali dalam ilmu agama bagi
membolehkan mereka menjalankan kewajipan pada kadar kemampuan mereka. Antara
kewajipan tersebut termasuklah menunaikan solat. Tinjauan literatur dalam bab ini
disusun mengikut objektif kajian. Kajian literatur terhadap murid masalah pembelajaran
dan perbahasan fiqh berkaitan tuntutan solat meliputi syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis
kelayakan dan halangan dalam pelaksanaan taklif serta kemampuan yang diambil kira
mengikut pandangan fiqh dilakukan sebelum rumusan terhadap kategori tuntutan solat
23
murid masalah pembelajaran dibuat. Perbahasan mengenai tatacara solat dengan bacaan
termudah menurut sunnah turut dikemukakan. Kajian literatur selanjutnya merangkumi
Pendidikan Islam di Pendidikan Khas termasuk Model PdP Amali Solat j-QAF di
Pendidikan Khas.
2.2 Definisi masalah pembelajaran
Pada asasnya, masalah pembelajaran diterima umum berlaku secara neurobiologikal yang
melibatkan proses kognitif dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran (Gartland
& Strosnider, 2011). Samuel Kirk (merupakan pengasas Institut Penyelidikan Kanak-
kanak Luar Biasa di Universiti Illinois) telah mengemukakan satu definisi mengenai
terma ‘learning disabilities’ dalam satu perjumpaan ibu bapa di New York pada awal
tahun 1960an iaitu menggambarkan kanak-kanak dengan kepintaran yang normal yang
mengalami masalah dalam pembelajaran (Hallahan & Kauffman, 2000).
Masalah pembelajaran juga sering dikaitkan dengan ‘discrepancy creation’ yang
merujuk kepada a) kanak-kanak yang tidak mencapai tahap setimpal dengan umur dan
keupayaannya setelah disediakan dengan pengalaman pembelajaran yang sepatutnya b)
kanak-kanak tersebut mempunyai percanggahan yang teruk di antara pencapaian dengan
kemampuan intelektual dalam satu atau lebih bidang yang berkait dengan kemahiran
24
komunikasi dan kebolehan matematik (Kavale, Spaulding, & Beam, 2009).
Bagaimanapun pada tahun 2004, kaedah untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah
pembelajaran tidak hanya terikat dengan percanggahan tersebut tetapi menggunakan
pendekatan response to intervention (RTI). RTI ialah satu analisis pencapaian akademik
dari semasa ke semasa untuk mengenalpasti sama ada kanak-kanak mempunyai kedua-
dua tahap pencapaian yang rendah dan kadar perkembangan yang tidak mencukupi
setelah disediakan dengan pengajaran yang bersesuaian dan intervensi yang sepatutnya
(Gartland & Strosnider, 2011).
Murid bermasalah pembelajaran menurut maksudnya yang khusus berdasarkan
Individuals with Disabilities Education Act of 2004 (IDEA 04) pula, merujuk kepada
kecelaruan satu atau lebih proses psikologi asas yang terlibat dalam memahami atau
penggunaan bahasa, percakapan atau penulisan yang memberikan kesan kepada
kemampuan yang kurang sempurna dari segi mendengar, berfikir, bercakap, membaca,
menulis dan membuat pengiraan matematik. Kecelaruan tersebut turut merangkumi
kesukaran persepsi, kecederaan mental, gangguan mental minima, disleksia dan
perkembangan afasia (ketakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan, tulisan
dan isyarat, atau ketakupayaan untuk memahami pertuturan dan bahasa bertulis yang
disebabkan kecederaan pada otak). Kecelaruan yang dinyatakan tidak termasuk masalah
pembelajaran disebabkan oleh masalah penglihatan, pendengaran atau ketidakmampuan
25
motor, kecacatan mental, gangguan emosi dan kekurangan dari segi persekitaran, budaya
atau ekonomi (Prater, 2007; Taylor, Smiley & Richards, 2009).
The National Joint Committee in Learning Disabilities (NJCLD) iaitu sebuah
jawatankuasa kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1975; yang diwakili oleh 12
organisasi yang komited kepada pendidikan dan kebajikan individu dengan masalah
pembelajaran (Gartland & Strosnider, 2011) pula mentakrifkan masalah pembelajaran
sebagai suatu terma yang umum merujuk kepada kumpulan kecelaruan yang pelbagai
berdasarkan kesukaran yang signifikan dalam kemahiran dan penggunaan pendengaran,
percakapan, pembacaan, penulisan, memberi alasan atau kebolehan matematik.
Kecelaruan tersebut merupakan sebahagian daripada sifat atau ciri individu yang
dianggap berdasarkan gangguan sistem saraf pusat dan boleh berlaku sepanjang masa
hidupnya. Masalah-masalah tingkah laku kendiri, persepsi dan interaksi sosial boleh
wujud bersama dengan masalah pembelajaran tetapi bukan dengan sendirinya
menyebabkan masalah pembelajaran. Walaupun masalah pembelajaran boleh berlaku
dengan keadaan kecacatan yang lain (seperti masalah sensori, kerencatan akal, gangguan
emosi yang serius) atau dengan pengaruh luaran (seperti perbezaan budaya, atau
pengajaran yang tidak sesuai), mereka bukan terhasil kesan daripada keadaaan atau
pengaruh tersebut.
26
Menurut Hallahan dan Kauffman (2000), terdapat empat faktor yang
mempengaruhi kepelbagaian maksud masalah pembelajaran iaitu ketidaksamaan
pencapaian IQ (Achievement Discrepancy) yang merujuk kepada kanak-kanak yang
mempunyai tahap pencapaian akademik lebih rendah daripada sepatutnya. Pengukuran
biasanya dilakukan berdasarkan ujian kepintaran yang standard. Selain itu disebabkan
oleh gangguan sistem saraf pusat (Central Nervous System Dysfunction). Kanak-kanak
bermasalah pembelajaran lebih dikenali sebagai mengalami gangguan sistem saraf pusat
berbanding kerosakan otak melainkan terdapatnya bukti secara ujian neurologikal.
Seterusnya ialah kecelaruan pemprosesan psikologi (Psychological Processing
Disorders) di mana mereka yang bermasalah pembelajaran mengalami masalah dalam
mengatur dan mentafsir rangsangan secara visual dan auditori. Mereka juga turut
mengalami masalah memproses maklumat. Faktor keempat disebabkan oleh persekitaran
yang kurang baik, kerencatan akal dan gangguan emosi (Environmental Disadvantage,
Mental Retardation, Emotional Disturbance). Ini kerana, kanak-kanak yang mempunyai
latar belakang kurang bernasib baik sering menunjukkan masalah pembelajaran manakala
kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal atau gangguan emosi pula selalu
mempamerkan sebahagian daripada ciri-ciri tingkah laku yang sama dengan mereka yang
bermasalah pembelajaran.
Di Malaysia, murid bermasalah pembelajaran merupakan mereka yang telah
dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan
27
yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut iaitu kebolehan
kognitif, tingkah laku sosial/perkembangan sosial, penguasaan bahasa (lisan/pertuturan),
keupayaan membaca, kemahiran perkembangan (Development Skills) dan kemahiran
matematik (Unit Pendidikan Khas, 2012). Oleh itu, masalah pembelajaran ini terdiri
daripada kategori murid yang rencam dengan pelbagai jenis kecacatan termasuk terencat
akal ringan, sindrom down, autisme, sereberal palsi, masalah dalam komunikasi dan
perkembangan bahasa, bermasalah emosi dan tingkah laku, kecacatan anggota, hiperaktif,
hipoaktif, keupayaan mental yang rendah dan pintar cerdas (Jamila, 2005).
Daripada segi perkhidmatan bagi kanak-kanak kurang upaya pula, terdapat tiga
kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Walau bagaimanapun, hanya dua kementerian terlibat iaitu Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
menyediakan perkhidmatan pendidikan. Kanak-kanak di bawah kategori cacat fizikal
teruk, kerencatan akal sederhana dan teruk serta pelbagai kecacatan lain (seperti spastik
atau sereberal palsi) yang tidak membolehkan mereka belajar di sekolah-sekolah yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menerima perkhidmatan
pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang
diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sementara itu, KPM menyediakan
28
perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas
yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab KPM
terdiri daripada sindrom down, autisme ringan, ADHD, terencat akal minimum dan
bermasalah pembelajaran spesifik seperti disleksia (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2012). Penentuan kesesuaian murid tersebut untuk mengikuti pembelajaran di sekolah
pendidikan khas seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 di mana program
pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid
dengan keperluan khas yang boleh dididik iaitu jika dia mampu mengurus diri tanpa
bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri
daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan
kebangsaan.
2.3 Kategori-kategori murid bermasalah pembelajaran
a) Terencat akal
Terencat akal atau dikenali sebagai mental retardation mengikut definisi American
Association on Mental Retardation (AAMR) merujuk kepada fungsi kecerdasan akal
29
yang berada di bawah kecerdasan purata yang turut menyebabkan kekurangan dalam
penyesuaian tingkah laku seperti kemahiran menguruskan diri, bersosial, keselamatan
dan bekerja serta dapat dilihat sebelum berumur 18 tahun (Hallahan & Kauffman, 2000;
Fetsco & McClure, 2005). Murid terencat akal juga menunjukkan pelbagai kesukaran
dengan ingatan seperti memindahkan pembelajaran baru kepada keadaan serupa yang
lain dan gagal dalam membangunkan strategi pembelajaran kognitif dan metakognitif
(Hallahan & Kauffman, 2000; Fetsco & McClure, 2005). Antara penyakit yang berkaitan
dengan terencat akal seperti sereberal palsi dan sindrom down.
Menurut Jamila (2005), terdapat tiga kategori terencat akal yang dibahagikan
berdasarkan ujian IQ iaitu:
i) Terencat akal ringan–skor IQ 50 hingga 75. Mereka mengalami perkembangan
mental yang lambat, namun begitu masih berpotensi untuk berkembang dalam
tiga bidang pembelajaran iaitu akademik, sosial dan vokasional. Mereka juga
mampu berdikari dengan pendidikan dan latihan yang sesuai.
ii) Terencat akal sederhana–skor IQ 30 hingga 50. Mereka mampu mencapai
tanggungjawab sosial, menguasai kemahiran asas akademik dan kemahiran
vokasional. Mereka juga mampu berdikari seperti menguruskan diri, melindungi
30
diri daripada bahaya, menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan menjalankan
tugas dengan pengawasan.
iii) Terencat akal teruk–skor IQ 30 ke bawah. Mereka yang dalam kategori ini
mempunyai pekembangan potensi yang terhad dan memerlukan persekitaran serta
program yang khusus untuk membantu perkembangan potensi tersebut. Mereka
juga biasanya mengalami masalah lain seperti tingkah laku, pendengaran,
penglihatan, perubatan, masalah bahasa, pertuturan, kesukaran memberi tumpuan
dan dalam kemahiran motor.
Oleh itu, hanya kategori pertama dan kedua dikendalikan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia manakala kategori terencat akal teruk dan sangat teruk di bawah
kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
b) Autisme
Autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan
perhatian dalam dunianya sendiri. Istilah ini berasal daripada perkataan autos iaitu diri
sendiri dan isme yang bererti suatu aliran (K.A Razhiyah, 2008). Ia adalah suatu bentuk
gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak yang menyebabkan mereka
31
mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi,
pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa (K.A Razhiyah, 2008).
Dianggarkan 75 peratus kanak-kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal
daripada peringkat ringan hingga serius. Sebanyak 25 peratus pula memiliki IQ seperti
kanak-kanak biasa (K.A Razhiyah, 2008). Menurut Rudy (2013), autisme adalah satu
bentuk gangguan spektrum di mana darjah gangguan tersebut boleh berlaku sama ada
sedikit atau banyak. Spektrum autisme menggambarkan satu set kelewatan
perkembangan dan masalah yang memberi kesan kepada kemahiran sosial dan
komunikasi pada tahap yang lebih besar atau lebih kecil, kemahiran motor dan bahasa. Ia
adalah satu penyakit yang luas serta boleh melibatkan sama ada mereka yang memiliki
tahap IQ yang tinggi atau terencat akal. Terdapat tiga terma yang biasanya digunakan
bagi memudahkan guru dan ibu bapa memahami tahap kategori murid autisme iaitu high
functioning autism, mild autism dan severe autism (Rudy, 2013).
Severe autism turut dikenali dengan autisme teruk, berfungsi rendah dan klasik
autisme. Mereka ini memiliki masalah verbal dan intelek dan bertingkah laku mencabar.
Mild autism pula biasanya merujuk kepada individu yang mempunyai tanda-tanda
spektrum autisme tetapi mempunyai kemahiran lisan yang baik dan beberapa masalah
tingkah laku. Bagaimanapun, individu tersebut bermasalah dengan komunikasi sosial
serta dalam menangai pelbagai input deria seperti bunyi bising dan cahaya lampu (Rudy,
2013). High functioning autism atau autisme berfungsi tinggi mengikut Autism Speaks
32
(2013) memiliki ciri-ciri yang sama dengan sindrom asperger iaitu individu yang
mengidapnya memiliki tahap pemikiran normal atau lebih tinggi tetapi bermasalah dalam
isu berkaitan interaksi sosial dan komunikasi. Perbezaan utama antara autisme berfungsi
tinggi dengan sindrom asperger ialah masalah bahasa yang lambat dapat didiagnos pada
awal perkembangan kanak-kanak autisme berfungsi tinggi manakala kanak-kanak
sindrom asperger tidak menunjukkan kelewatan ketara dalam perkembangan bahasa.
Antara ciri-ciri kanak-kanak autisme seperti suka melakukan aktiviti rutin, tidak
suka apabila berlaku perubahan pada persekitaran atau rutin hariannya serta memberikan
tindak balas yang berbeza pada pengalaman sensori (Fetsco & McClure, 2005). Selain itu
juga, mereka memiliki tumpuan yang singkat, mudah jemu dan kurang berminat dengan
teori. Mereka juga tidak gemar bergaul, sukar mempamerkan emosi sama ada suka atau
tidak. Namun tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan kerana rasa suka
mungkin ditunjukkan dengan bertepuk tangan atau membaling barang yang dekat
dengannya tanda protes. Mereka juga menyukai sesuatu benda yang pelik seperti bermain
garfu, botol kosong dan benda berpusing. Kanak-kanak ini juga suka mengulang
perkataan yang didengar atau ekolalia seperti guru bertanya ‘Awak mahu duduk?’. Murid
akan menjawab ‘Awak mahu duduk?’ atau ‘Awak mahu duduk?’ ‘Ya’ (K.A Razhiyah,
2008). Perkara yang perlu difahami, kebanyakan mereka mampu belajar mengikut tahap
autisme yang dialami dan mempunyai perkembangan bahasa verbal yang normal tetapi
33
bermasalah menggunakan bahasa yang tepat dalam situasi sosial yang sesuai serta
masalah komunikasi menggunakan gerak badan dan mata (K.A Razhiyah, 2008).
c) Hiperaktif
Hiperaktif dan gangguan penumpuan atau Attention Deficit Hyperactive Disorder
(ADHD) merupakan salah satu masalah yang turut dihadapi oleh murid masalah
pembelajaran. Tingkah laku seperti kurang tumpuan, mudah terganggu, impulsif dan
hiperaktif mungkin ditunjukkan oleh kanak-kanak normal tetapi bagi kanak-kanak yang
mengalami ADHD akan mempamerkannya lebih kerap dan teruk berbanding kanak-
kanak lain seusianya (Malaysian Psychiatric Association [MPA], 2012). Antara simptom
ADHD yang dapat dikesan ialah kurang tumpuan seperti gagal menyiapkan tugasan,
sukar menerima arahan dan sukar memberi tumpuan pada satu-satu aktiviti. Impulsif pula
seperti bertindak tanpa berfikir, sukar mengendali satu-satu aktiviti, perlu diberi perhatian
lebih dan sukar menunggu giliran. Hiperaktif seperti berlari atau memanjat perabot atau
sebarang objek tanpa terkawal, sukar duduk di satu tempat dengan tenang dan sentiasa
aktif sepanjang masa (Jamila, 2005).
34
d) Masalah pembelajaran spesifik
Masalah pembelajaran spesifik dikenali sebagai gangguan dalam perkembangan,
mengalami pelbagai masalah berkaitan neurologi dan kecacatan tersembunyi. Mereka
digambarkan sebagai 'tersembunyi' kerana kecacatan mereka tidak nampak jelas kepada
orang lain. Namun begitu, kesukaran yang dialami boleh memberi kesan kepada
pembelajaran kemahiran yang berkaitan dengan literasi, numerasi, bersosial, memberi
tumpuan, perancangan dan kordinasi (Kirby & Smythe, 2012). Terdapat beberapa jenis
masalah pembelajaran spesifik iaitu disleksia, diskalkulia, disgrafia dan dispraksia.
Disleksia adalah mereka yang mempunyai masalah dalam menulis, membaca dan
mengeja (Jamila, 2005; Rajesvari, 2008). Ia boleh berlaku pada mereka yang mempunyai
kecerdasan mental yang biasa atau purata dan yang lebih tinggi daripada ketinggian biasa
(Rajesvari, 2008). Antara masalah-masalah yang dihadapi seperti kesukaran membaca
dan mengambil masa yang lama untuk membaca, kesukaran dalam mengeja dan
bermasalah untuk mengingat serta menulis (Kirby & Smythe, 2012). Diskalkulia pula
adalah mereka yang bermasalah dalam matematik secara amnya dan dalam operasi
matematik khasnya. Mereka sering bermasalah untuk mengecam nombor seperti nombor
yang hampir sama dan selalu mencampur adukkan nombor. Mereka juga sukar menyusun
maklumat, mengingati fakta dan formula matematik (Jamila, 2005).
35
Disgrafia pula melibatkan masalah dalam merancang dan mengatur pergerakan
fizikal yang memberi kesan kepada kemahiran menulis. Ia turut melibatkan masalah
pengamatan yang mengakibatkan menulis secara terbalik dan tulisan yang buruk (Jamila,
2005). Mengikut Dyspraxia Foundation (2012), dispraksia secara umumnya adalah
kemerosotan atau ketidakmatangan organisasi pergerakan. Ketidakmatangan tersebut
melibatkan cara pemprosesan maklumat oleh otak yang menyebabkan mesej yang
dihantar tidak betul atau tidak sepenuhnya. Ia turut menyebabkan masalah bahasa,
persepsi dan pemikiran. Dispraksia turut dikenali sebagai Clumsy Child Syndrome,
Developmental Co-ordination Disorder; Minimal Brain Dysfunction, Motor learning
Difficulty, dan Pereceptuo-motor Dysfunction. Masalah dispraksia berbeza daripada
gangguan motor yang lain seperti seberal palsi dan strok (Kirby & Smythe, 2012).
Antara simptom-simptom yang dapat dilihat pada murid dispraksia seperti tulisan tangan
yang buruk, masalah dengan motor halus, sukar menerima pelbagai arahan dalam satu
masa, sukar bergaul dengan rakan sebaya, kurang tumpuan dan lemah dalam kemahiran
mendengar dan menyalin (Dyspraxia Foundation, 2012).
2.4 Kedudukan murid bermasalah pembelajaran menurut syarak
Perbincangan berikut akan menghuraikan kedudukan murid bermasalah pembelajaran
dari sudut syarak iaitu meliputi definisi mukalaf, syarat-syarat mukalaf, jenis kelayakan
36
dan halangan-halangan mendapat kelayakan berdasarkan kategori masalah pembelajaran
yang telah dibincangkan.
a) Definisi mukalaf
Mukalaf dalam perbahasan usul fiqh juga dikenali sebagai al-makhkum ‘alaih iaitu
seseorang yang perbuatannya berkait dengan khitab Allah atau hukum Allah (Zaydan,
2000) yakni individu yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. untuk
melaksanakan segala perintahNya (Ab. Aziz, Mohamad Kamil, Anisah, Mohd Fauzi
Hamat, & Nor Raudah Siren, 2009).
b) Syarat-syarat mukalaf
Bagi melaksanakan tuntutan syarak tersebut, seseorang itu dikira mukalaf apabila
memenuhi dua syarat iaitu pertama mestilah mampu memahami dalil taklif yakni nas al-
Quran atau al-Sunnah (al-Zuhayli, 2001). Kemampuan untuk memahami dalil tersebut
adalah dengan akal kerana ia merupakan alat kefahaman dan pengetahuan (al-Zuhayli,
2001). Ini kerana taklif merupakan bebanan ke atas sesuatu tuntutan dan mustahil untuk
membebani sesuatu yang tidak berakal dan tidak faham seperti orang gila dan kanak-
kanak yang hanya mempunyai pemahaman secara umum terhadap tuntutan tanpa
memahami bahawa tuntutan itu merupakan perintah atau larangan yang mempunyai
37
pahala dan disiksa (al-Amidy, 1967). Akal merupakan sesuatu yang abstrak dan berbeza
bagi setiap individu, maka syarak menjadikan baligh sebagai kayu ukuran iaitu baligh
berakal (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001). Ini sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W.:
ي عقل ح تالم جنونو ع ني ت لم ،ح تالصب،و ع ني ست يقظ ح تالنائمع نث ال ث ة:ع نالق ل مرفع
(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.4, hal.245, no.4405, hadis sahih)
Diangkat pena (terangkat taklif) dari tiga golongan: dari orang yang tertidur sampai
dia terjaga, dari anak kecil sampai dia bermimpi (baligh) dan dari orang yang gila
sampai dia sedar.
Syarat kedua ialah mukalaf mestilah memiliki kelayakan (ahliyyah) untuk taklif
(al-Zuhaily, 2001) iaitu seseorang itu berupaya untuk menanggung hak-hak orang lain,
menerima hak-hak atas orang lain dan mampu untuk melaksanakannya (Abu Zahrah, t.t.).
c) Jenis-jenis kelayakan
Menurut istilah ulama usul, kelayakan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ahliyyatul
wujub dan ahliyyatul ada’(Zaydan, 2000):
38
i) Ahliyyatul wujub (Kelayakan untuk menerima)
Kelayakan untuk menerima bermaksud kelayakan seseorang untuk menerima
segala hak dan tanggungjawab syarak atau dhimmah. Asas kepada kelayakan
untuk menerima ialah hidup (Zaydan, 2000). Ini bermakna setiap insan memiliki
kelayakan ini bermula dari peringkat janin hingga mati pada setiap peringkat
kehidupan (al-Zuhayli, 2001).
ii) Ahliyyatul ada’ (Kelayakan untuk melaksana)
Kelayakan untuk melaksana ialah kelayakan untuk menunaikan segala hak dan
tanggungjawab syarak di mana ucapan dan perbuatannya diambil kira oleh syarak
dan mempunyai hukum. Asas kepada kelayakan untuk melaksana adalah
mumaiyiz (Zaydan, 2000) iaitu tahap seseorang itu dapat memahami segala
tindakan yang dilakukan dan kesan yang akan timbul (Ab. Aziz et al., 2009).
d) Tahap perkembangan hidup manusia
Bagi menentukan sama ada kedua-dua kelayakan tersebut sempurna atau tidak, ia
bergantung kepada tahap perkembangan hidup manusia iaitu bermula peringkat janin,
39
peringkat mula dilahirkan sehingga umur mumaiyiz, umur mumaiyiz hingga baligh dan
peringkat keempat umur baligh dan berakal (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001).
i) Peringkat janin
Janin mempunyai dua ciri yang memberi kesan kepada kelayakannya iaitu
pertama sebagai sebahagian daripada ibunya dan kedua sebagai insan yang
berasingan dan mempunyai kehidupan berasingan daripada ibunya (Zaydan,
2000). Oleh itu jika dilihat pada ciri yang pertama, si janin tidak memiliki
dhimmah malahan tidak pasti akan hidup atau tidak maka dia tidak mempunyai
kelayakan menerima. Manakala ciri kedua pula si janin memiliki dhimmah yang
tidak sempurna yang membolehkannya memiliki sebahagian kelayakan menerima
atau ahliyyatul wujub an-naqisah (al-Zuhayli, 2001). Maka janin hanya
mempunyai ahliyyatul wujub an-naqisah iaitu kelayakan menerima hak-hak yang
tidak memerlukan kepada qabul (jawapan penerimaan) seperti pusaka dan wasiat
tanpa sebarang kewajipan ke atasnya manakala ahliyyatul ada’ tidak ada kerana
syarat utamanya adalah berakal dan mumaiyiz (Zaydan, 2000).
40
ii) Peringkat mula dilahirkan sehingga umur mumaiyiz
Bayi yang dilahirkan hidup mempunyai dhimmah yang sempurna; maka dia
mempunyai ahliyyatul wujub kamilah iaitu kelayakan menerima sepenuhnya
kerana asas kelayakan ini adalah hidup. Dia berhak menerima segala hak yang
diperuntukkan kepadanya dan menanggung semua kewajipan syarak yang
berkaitan dengan hak-hak manusia. Namun begitu, hak-hak tersebut dilakukan
oleh walinya seperti wali membayarkan ganti rugi kerosakan yang dilakukan oleh
kanak-kanak. Bagi yang melibatkan hukuman seperti qisas, ia tidak diwajibkan ke
atas kanak-kanak tersebut kerana setiap percakapan dan perbuatannya tidak
diambil kira mengikut syarak (Zaydan, 2000). Ini bermakna jika kanak-kanak
tersebut melakukan jenayah terhadap jiwa atau harta milik orang lain, maka
hukum yang dikenakan adalah hartanya bukan fizikalnya yakni dikenakan
hukuman berbentuk denda atas perbuatannya sama ada bunuh atau merosakkan
harta tersebut. Begitu juga hak-hak Allah S.W.T. seperti solat dan puasa juga
tidak diwajibkan. Manakala ahliyyatul ada’ tidak ada kerana syarat utamanya
adalah berakal dan mumaiyiz (Zaydan, 2000).
41
iii) Peringkat umur mumaiyiz hingga baligh
Peringkat ini bermula apabila kanak-kanak memasuki umur tujuh tahun dan
mempunyai ahliyyatul wujub kamilah. Kanak-kanak pada tahap ini hanya
mempunyai ahliyyatul ada’ naqisah kerana akalnya kurang (Zaydan, 2000). Al-
Zuhayli (2001) membahagikan kelayakan tersebut kepada hak-hak Allah S.W.T.
iaitu sah ibadah kanak-kanak tersebut malahan dituntut melakukan ibadah seperti
solat dan puasa atas dasar didikan dan bukan kewajipan. Keduanya ialah hak-hak
sesama manusia. Menurut Imam al-Syafiʻi segala tindakan dan akad yang
dilakukan kanak-kanak pada tahap ini adalah tidak sah walaupun dengan izin
wali. Bagi mazhab Hanafi, tindakan yang berkaitan dengan harta hanya boleh
dilakukan sekiranya mendatangkan manfaat kepadanya seperti menerima hibah,
sedekah dan wasiat. Tindakan yang boleh mendatangkan kerugian dan mudarat
seperti memberi sedekah dan hibah tidak sah sekalipun mendapat keizinan wali
manakala tindakan yang berkemungkinan untung dan rugi seperti sewa dan jual
beli boleh dilakukannya dengan izin wali (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001).
iv) Peringkat umur baligh dan berakal
Pada peringkat ini, seseorang itu telah mendapat kedua-dua kelayakan dengan
sempurna iaitu ahliyyatul wujub kamilah dan ahliyyatul ada’ kamilah. Pada
42
asalnya kelayakan melaksana akan dimiliki apabila sempurna akal tetapi
disebabkan akal merupakan sesuatu yang abstrak, maka baligh dijadikan ukuran
sebagai sempurnanya akal. Seseorang itu dianggap baligh sama ada mengalami
tanda-tanda semulajadi (seperti haid bagi perempuan atau bermimpi bagi lelaki)
atau genap umur 15 tahun menurut jumhur fuqaha (al-Zuhayli, 2001). Pada tahap
ini, seseorang itu dipertanggungjawabkan dengan semua tanggungjawab syariah
serta sah segala akad dan yang berkaitan dengan urusan harta tanpa perlu kepada
kebenaran orang lain (Zaydan, 2000).
e) Halangan terhadap kelayakan
Apabila seseorang itu telah mendapat kelayakan menerima dan melaksana yang
sempurna, adakala kelayakan tersebut boleh hilang sepenuhnya atau sebahagiannya jika
terdapatnya halangan yang boleh menjejaskan kelayakannya. Halangan tersebut disebut
sebagai halangan kelayakan atau al-‘awaridh al-ahliyyah. Halangan ini terbahagi kepada
dua iaitu al-‘awaridh al-samawiyyah atau halangan semulajadi dan al-‘awaridh al-
muktasabah atau halangan mendatang.
43
i) Al-‘awaridh al-samawiyyah
Halangan semulajadi ialah halangan yang wujud tanpa daya usaha manusia. Ia
dinisbahkan kepada sama’ atau langit kerana halangan-halangan yang timbul di
luar kemampuan manusia iaitu gila, terencat akal (‘atah), lupa, tidur dan pengsan,
sakit, mati (Zaydan, 2000) dan haid serta nifas (al-Zuhayli, 2001).
ii) Al-‘awaridh al-muktasabah
Halangan mendatang ialah halangan yang wujud dengan pilihan dan usaha
manusia. Ia terbahagi dua iaitu halangan yang berlaku disebabkan diri manusia
sendiri iaitu jahil, tersalah (al-khata’), bergurau, bodoh dan mabuk. Kedua ialah
halangan yang terjadi kerana orang lain iaitu paksaan (Zaydan, 2000).
f) Halangan mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran
Kajian selanjutnya akan hanya menumpukan kepada beberapa halangan yang dikira
relevan untuk dibahaskan bersesuaian dengan persoalan kajian iaitu berkaitan tuntutan
solat bagi murid bermasalah pembelajaran. Melaluinya akan dapat diketahui sama ada
halangan-halangan yang wujud akan menjejaskan kelayakan mereka sebagai mukalaf dan
44
memberi kesan kepada pelaksanaan ibadah. Oleh itu, halangan-halangan yang akan
dibahaskan adalah gila, ‘atah (terencat akal), jahil dan bodoh.
i) Gila
Gila merujuk kepada kecacatan akal yang menghalang perbuatan dan perkataan
seseorang berjalan seperti sepatutnya (tidak seperti orang yang sejahtera akalnya)
melainkan sekali sekala (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001). Gila terbahagi kepada
dua iaitu gila sejak asal yakni sejak dilahirkan dan gila yang berlaku kemudian
yakni dilahirkan dengan akal yang sempurna tetapi menjadi gila kemudiannya.
Kedua-duanya pula terbahagi kepada dua jenis iaitu gila berterusan yakni gila
sepanjang hayatnya dan gila tidak berterusan yakni gila pada waktu tertentu
sahaja. Setiap kategori gila tersebut memiliki ahliyyatul wujub kerana sabit
dengan dhimmah di mana asas pensabitannya adalah hidup (Zaydan, 2000).
Bagaimanapun dari segi ahliyyatul ada’, bagi gila yang berterusan adalah gugur
kewajipan melaksanakan perintah syariat sepenuhnya kerana gila merosakkan
akal dan menghilangkan ciri tamyiz yang merupakan asas kepada kelayakan ini.
Golongan ini adalah sama seperti kanak-kanak yang belum mumaiyiz. Gila yang
tidak berterusan pula wajib melaksanakan kewajipan syarak semasa dia sihat
seperti perlu mengqada solatnya apabila dia sedar jika ia tidak membebankan
serta sah akad jual belinya ketika akalnya sihat (Zaydan, 2000).
45
ii) Terencat akal
Terencat akal atau al-‘atah adalah mereka yang cacat akalnya sehingga
menyebabkan seseorang itu memiliki kefahaman yang kurang, percakapan yang
tidak betul dan tidak pandai mengurus diri (Zaydan, 2000). Golongan ini
terbahagi kepada dua kategori iaitu terencat akal yang hilang daya kefahaman dan
tidak dapat membezakan antara perkara baik dan buruk (al-tamyiz). Golongan ini
disamakan seperti orang gila. Oleh itu segala bentuk kelayakan dan hukum sama
seperti hukum ke atas orang gila yakni hanya kehilangan ahliyyatul ada’ sahaja.
Manakala kategori kedua adalah terencat akal yang masih mempunyai daya faham
dan dapat membezakan perkara baik dan buruk tetapi keupayaan mereka tidak
sampai kepada tahap keupayaan orang yang normal. Mereka ini dihukumkan
sama seperti kanak-kanak mumaiyiz iaitu memiliki ahliyyatul wujub kamilah
manakala kelayakan melaksana hanya sebahagian atau ahliyyatul ada’ naqisah
(al-Zuhayli, 2001).
iii) Jahil
Golongan yang jahil pula tidak menafikan kedua-dua kelayakan. Namun begitu,
dalam keadaan tertentu mereka diberi pelepasan keuzuran sama ada ia berlaku
dalam negara Islam atau negara bukan Islam (Zaydan, 2000). Sekiranya kejahilan
46
berlaku dalam negara Islam, ia tidak dikira sebagai keuzuran yakni hukum-hukum
yang jelas diketahui umum sama ada yang sabit dengan al-Quran, al-Sunnah atau
ijmak ulama seperti kewajipan solat, puasa pengharaman arak dan zina. Selain itu
kejahilan seseorang terhadap ijtihadnya yang jelas bertentangan dengan nas
seperti mengatakan halal memakan binatang yang disembelih tanpa membaca
basmalah dengan sengaja kerana diqiyaskan dengan meninggalkan bacaan
tersebut secara tidak sengaja (Zaydan, 2000). Kejahilan yang dikira sebagai
keuzuran seperti dalam perkara ijtihad yang sahih yang tidak bertentangan dengan
nas dan juga dalam perkara syubhah seperti orang berbekam membatalkan
puasanya kerana menyangka berbekam membatalkan puasa serta tidak dikenakan
kafarah kerana berlaku syubhah di mana terdapat pendapat oleh Imam al-‘Auza’i
bahawa berbekam membatalkan puasa (al-Zuhayli, 2001). Begitu juga seseorang
yang mengahwini wanita tanpa mengetahui bahawa wanita tersebut adik beradik
susuannya tidak dikenakan had zina (Zaydan, 2000).
Keadaan kedua apabila kejahilan berlaku dalam negara bukan Islam.
Kaedah yang dipakai ialah menuntut ilmu untuk mengetahui hukum-hukum
syariat tidak difardukan dalam negara bukan Islam. Oleh itu, jika seseorang
memeluk Islam dan tidak mengetahui perkara-perkara yang diwajibkan ke atasnya
seperti solat dan puasa maka dia tidak wajib mengqadakannya apabila telah
mengetahuinya. Ini kerana tidak sampai dakwah kepadanya kerana negara bukan
47
Islam tidak menjadi tempat di mana hukum-hukum syarak dikenali atau masyhur
sedangkan pentaklifan hanya sabit apabila sampai dakwah kepadanya sama ada
secara langsung atau secara andaian yakni melalui kemasyhuran kewajipan
tersebut di tempatnya (Zaydan, 2000).
iv) Bodoh
Istilah bodoh atau al-safih dari segi bahasa ialah kurang manakala menurut istilah
fuqaha merujuk kepada penggunaan harta yang menyalahi kehendak syarak dan
akal sedangkan dia berakal (Zaydan, 2000) yakni menurut Imam al-Bazdawi
sebagai perbuatan membazir dan merosakkan harta yang menyalahi kehendak
akal dan syarak (al-Zuhayli, 2001). Bodoh dianggap sebagai halangan yang
diusahakan oleh manusia sendiri kerana seseorang yang bodoh bertindak dengan
pilihan dan keredaannya sendiri tanpa mengikut kehendak akal. Oleh itu, orang
yang bodoh mempunyai kedua-dua kelayakan yang sempurna dan dikenakan
dengan semua tanggungjawab syarak melainkan dalam sesetengah hukum seperti
larangan menyerahkan harta kepada kanak-kanak yang baligh tetapi bodoh.
Begitu juga orang yang bodoh walaupun telah baligh (Zaydan, 2000).
48
g) Kategori tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran mengikut syarak
Isu utama murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah mengenai tahap
akalnya. Oleh itu, mereka boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum iaitu mengalami
kerencatan akal yang teruk iaitu murid terencat akal dan autisme teruk. Keduanya berakal
tetapi tidak mencapai tahap normal iaitu terencat akal ringan dan sederhana serta autisme
sederhana. Ketiga memiliki akal normal tetapi bermasalah tingkah laku iaitu murid
ADHD. Murid autisme berfungsi tinggi memiliki akal normal tetapi bermasalah interaksi
sosial manakala murid bermasalah pembelajaran spesifik memiliki akal normal tetapi
bermasalah dari segi pembelajaran melibatkan bacaan dan daya mengingat.
Berdasarkan halangan-halangan yang wujud, tuntutan ibadah terhadap murid-
murid bermasalah pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu mempunyai
kelayakan menerima dan melaksana yang sempurna (ahliyyatul wujub kamilah dan
ahliyyatul ada’ kamilah), kedua mempunyai kelayakan menerima yang sempurna tetapi
memiliki sebahagian kelayakan melaksana (ahliyyatul wujub kamilah dan ahliyyatul ada’
naqisah) dan ketiga hanya mempunyai kelayakan menerima yang sempurna (ahliyyatul
wujub kamilah) tetapi gugur tuntutan ibadah ke atasnya.
Murid bermasalah pembelajaran yang mengalami autisme berfungsi tinggi dan
sindrom asperger serta murid ADHD dan masalah pembelajaran spesifik mempunyai
kedua-dua kelayakan sempurna. Ini kerana masalah yang dialami tidak melibatkan
49
kehilangan fungsi akal dalam memahami hukum syarak. Walau bagaimanapun, guru
perlu mengenalpasti pendekatan, kaedah dan teknik PdP yang bersesuaian dengan
kepelbagaian tahap kemampuan mereka. Selain itu, bagi pengajaran ibadah solat fokus
diberikan kepada rukun wuduk dan solat. Setelah mereka menguasainya barulah diajar
perbuatan dan bacaan yang sunat berdasarkan kemampuan mereka.
Bagi murid-murid bermasalah pembelajaran kategori terencat akal ringan dan
sederhana termasuk sindrom down dan murid yang bermasalah autisme sederhana,
mereka menerima pakai hukum seperti mana halangan disebabkan oleh terencat akal
jenis kedua yakni mempunyai kelayakan menerima yang sempurna tetapi memiliki
sebahagian kelayakan melaksana. Ini bermakna mereka tidak diwajibkan melaksanakan
tuntutan syariat termasuk solat tetapi digalakkan diajar dan melaksanakannya sebagai
suatu didikan agama. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu mengajar mereka mengenai
ibadah khususnya solat dan puasa tetapi mengikut kemampuan mereka seperti dilakukan
secara solat berjemaah agar anak tersebut tahu waktu dan bilangan rakaatnya manakala
dari segi bacaan, membaca bacaan yang paling mudah.
Manakala bagi murid terencat akal dan autisme teruk, mereka mengguna pakai
halangan gila dan terencat akal jenis pertama iaitu hilang akal dan daya kefahaman
sepenuhnya. Oleh itu, mereka hanya mempunyai kelayakan menerima sempurna kerana
syaratnya adalah hidup seperti kanak-kanak yang belum mumaiyiz serta gugur tuntutan
50
ibadah ke atas mereka. Bagi murid yang turut mengalami sawan, ia bergantung kepada
kategori utama kecacatan seperti jika melibatkan murid terencat akal dan autisme teruk
maka hukum diguna pakai seperti di atas kerana mereka yang mengidap epilepsi atau
sawan biasanya turut dihidapi oleh mereka yang terencat akal teruk, autisme dan
sereberal palsi (Parkinson & Johnson, 2006). Bagaimanapun sekiranya mereka yang
dikategorikan sebagai wajib menunaikan solat mengalami sawan atau tidak sedarkan diri
dalam jangka masa yang lama, mereka tidak wajib mengqadakan solat sama seperti
hukum orang yang gila dan kanak-kanak yang belum baligh (al-Zuhayli, 2001).
Jadual 2.1
Kategori Tuntutan Solat Murid Bermasalah Pembelajaran Mengikut Syarak
Tahap akal Kategori murid Halangan syarak Kelayakan
bermasalah
melaksanakan ibadah
pembelajaran
Terencat akal Terencat akal dan Terencat akal yang Gugur
teruk autisme teruk hilang daya kefahaman
dan ciri tamyiz
Gila
Berakal tetapi
tidak mencapai
tahap normal
Terencat akal dan
autisme ringan
dan sederhana
Terencat akal yang
masih memiliki daya
kefahaman dan ciri
tamyiz tetapi tidak
mencapai tahap normal
Memiliki sebahagian
kelayakan melaksana
(ahliyyatul ada’
naqisah)
Akal normal tetapi
bermasalah
tingkah laku
ADHD
tiada
Memiliki sebahagian
kelayakan melaksana
(ahliyyatul ada’
naqisah)
(sambungan)
51
Jadual 2.1, (sambungan)
Tahap akal Kategori murid Halangan syarak Kelayakan
bermasalah
melaksanakan ibadah
pembelajaran
Akal normal tetapi Bermasalah tiada Memiliki kelayakan
bermasalah pembelajaran
melaksana sempurna
pembelajaran spesifik
(ahliyyatul ada'
kamilah)
Akal normal tetapi Autisme berfungsi tiada Memiliki kelayakan
bermasalah tinggi / Sindrom
melaksana sempurna
interaksi sosial asperger
(ahliyyatul ada'
kamilah)
2.5 Isu-isu berkaitan solat
Antara isu yang berkaitan dengan kewajipan solat adalah mengenai solat Jumaat yang
merupakan solat yang wajib dilaksanakan bagi setiap orang lelaki beragama Islam. Dalil
kewajipannya seperti dalam Surah al-Jumu’ah ayat 9:
ةنودي إذ اآ م نواالذين أ ي ه اي اللذكرإل ف اسع واالمع ةي وممنللصال ي ر ذ لكمالب يع و ذ روا تمإنل كمخ ت عل مون كن
(al-Quran, Surah al-Jumu’ah 28:9)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
52
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah
berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Begitu juga hadis Riwayat Abu Dawud mengenai kewajipan solat Jumaat:
لوك ع بد أ رب ع ة إلاج اع ةفمسلمكلع ل ىو اجب ح ق المع ة م ريضأ وص ب أ وامر أ ة أ وم
(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.412, no.1069, hadis sahih)
Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali
empat (iaitu) hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit.
Syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu menunaikan solat Jumaat ialah
Islam, baligh (tidak wajib bagi kanak-kanak), berakal (tidak wajib bagi orang gila dan
pengsan), merdeka, lelaki, sihat tubuh badan, bermukim (al-Khin, al-Bugha, & al-
Syarbaji, 2000; al-Zuhayli, 2010), mampu mendatanginya (tempat solat Jumaat diadakan)
dan bebas dari segala macam halangan yang membolehkan untuk tidak mengerjakannya
seperti sakit yang berat dan orang berhutang yang takut dipenjarakan serta orang yang
bersembunyi daripada penguasa yang zalim (al-Rahbawi, 1998). Bagi orang perempuan
dan kanak-kanak, solat Jumaat mereka sah dilakukan tetapi tidak diwajibkan serta tidak
dikira bilangan ahli jemaah.
53
Antara syarat-syarat sah solat Jumaat pula, ia mesti dilakukan secara berjemaah
dan bilangan jemaah tersebut sekurang-kurangnya 40 orang dan disyaratkan lelaki,
mukalaf (baligh dan berakal), merdeka dan bermukim (al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al.,
2000; al-Rahbawi, 1998 ). Walau bagaimanapun, menurut ulama mazhab Hanafi, solat
Jumaat sah dilakukan tiga orang tidak termasuk imam kerana tiga orang sudah dikira
sebagai jemaah manakala ulama Maliki berpegang, jumlah minimum ahli jemaah adalah
dua belas orang selain imam (al-Rahbawi, 1998).
Berdasarkan syarat-syarat tersebut, jelas menunjukkan bahawa murid khas
bermasalah pembelajaran yang wajib menunaikan solat turut wajib mengerjakan solat
Jumaat. Namun begitu, halangan gila yang menggugurkan syarat berakal dalam
kewajipan menunaikan solat Jumaat dan kesahan bilangan jemaah menimbulkan
persoalan kedudukan solat Jumaat bagi murid autisme berfungsi tinggi dan sindrom
asperger. Ini kerana akal mereka normal tidak seperti orang gila tetapi memiliki masalah
tingkah laku dari segi interaksi sosial dan adakala terlalu menumpukan dunia mereka
sendiri sedangkan solat Jumaat mesti didirikan secara berjemaah termasuk mendengar
khutbah.
Tiada perbahasan khusus mengenai masalah murid autisme dalam solat Jumaat
bagaimanapun terdapat kajian mengenai kedudukan orang pekak dan buta. Walau
bagaimanapun, hukum yang terhasil adalah ijthad ulama dan berdasarkan cara mereka
54
memahami sesuatu dalil hukum. Bagi orang pekak yang mukalaf, terdapat dua pendapat
mengenai kewajipannya kerana perbezaan pendapat dari segi mereka dikira atau tidak
dalam bilangan minimum solat Jumaat iaitu pendapat pertama daripada Mazhab Hanafi,
Maliki, satu pandangan Mazhab Syafi’i dan Hanbali menyatakan mereka dikira bilangan
solat Jumaat manakala pendapat kedua dari Mazhab Syafi’i yang menyatakan kehadiran
mereka tidak diambil kira dalam bilangan solat Jumaat kerana penekanan kepada syarat
sah solat Jumaat iaitu lelaki yang sihat dan normal (Azman, Zulkifli, & Mohammad
Naqib, 2015).
Bagi permasalahan solat Jumaat melibatkan orang buta pula, perbahasan berkisar
kepada kewajipan mereka hadir solat jemaah iaitu pendapat pertama majoriti ulama
berpendapat mereka tidak wajib kerana menimbulkan kesulitan kepada mereka manakala
pendapat kedua yang menyatakan wajib berdasarkan hujah hadis di mana orang buta turut
diwajibkan berjemaah sekiranya mendengar azan. Bagaimanapun, pendapat yang lebih
kuat adalah pendapat pertama kerana meraikan prinsip Islam yang tidak membebankan
penganutnya dan situasi di zaman Rasulullah S.A.W. di mana hanya orang munafiq dan
sakit sahaja yang tidak solat di masjid (Azman et al., 2015). Tambahan kepada
perbahasan mengenai solat Jumaat orang buta adalah kewujudan pembantu yang dapat
memudahkan mereka ke masjid dan terpelihara keselamatan. Maka ketika itu, hukum
solat Jumaatnya adalah wajib (Azman et al., 2015).
55
Selain itu, berkaitan kesukaran mengawal diri bagi murid ADHD yang biasanya
gemar bergerak. Antara perkara membatalkan solat adalah apabila melakukan pergerakan
besar sebanyak tiga kali berturut-turut (al-Khin et al., 2000). Pergerakan tersebut tidak
termasuk jenis perbuatan solat iaitu perbuatan yang memberi kesan kepada orang yang
melihatnya seakan-akan pelakunya itu bukan sedang solat (al-Rahbawi, 1998) seperti
melompat (al-Zuhayli, 2010), melangkah atau berjalan (Zaharuddin, 2008). Hal ini
kerana terdapat hadis menunjukkan Rasulullah S.A.W. pernah mendukung cucunya
bernama Umamah ketika solat seperti riwayat Abu Qatadah al-Ansari:
ع ل يهو س لم ص لىالل الل ح امل أ نر سول ع ل يهو س لم و ل بز ي ن ب أم ام ة بنتك ان يص ليو هو ص لىالل بنتر سولاللح ل ه اام الع اصبنر بيع ة بنع بدش سف إذ اس ج د و ض ع ه او إذ اق
(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.193, no. 494)
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung)
Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasulullah S.A.W. dengan suaminya al-As bin Rabiah
bin Abd Syams. Apabila sujud, baginda meletakkannya dan apabila bangun, baginda
mendukungnya semula.
Oleh itu, pergerakan murid ADHD tidak menggugurkan kewajipan solatnya
termasuk solat Jumaat. Namun begitu, mereka perlu dididik cara menunaikan solat
dengan betul serta perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan solatnya seperti berlari
ketika solat.
56
2.6 Rukhsah menurut syariat Islam
Tatacara solat murid-murid pendidikan khas mengambil kira aspek rukhsah dan
kemampuan. Ini kerana pelaksanaan syariat dalam Islam turut menjadikan kemampuan
sebagai syarat dalam pentaklifan sesuatu syariat (al-Mutawalli, 2001; al-Syatibi, 2001; al-
Suyuti, 2004). Allah S.W.T. tidak membebankan (taklif) sesuatu dengan kesusahan dan
kepayahan (al-Syatibi, 2001) sebagaimana yang terdapat dalam kaedah fiqh Syafi’i
iaitu kesukaran mendatangkan kesenangan (kemudahan) (al-Suyuti, 2004) املشقةجتلبالتيسر
berdasarkan firmanNya:
العسر بكميريدو ل اليسر بكمالليريد
(Al-Quran, Surah al-Baqarah 2:185)
Allah S.W.T. menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Selain itu, rukhsah atau keringanan turut sabit di dalam syariat seperti adanya
jamak dan qasar serta berbuka ketika musafir dan makan makanan haram ketika darurat
(al-Syatibi, 2001). Antara tujuh sebab-sebab keringanan (rukhsah) dalam ibadah ialah
musafir, sakit, paksaan, lupa, jahil, kesukaran dan ‘umum al-balwa (keperluan diberikan
keringanan dalam keadaan umum yang sukar dielakkan) serta al-naqsu iaitu kekurangan
kepada kesempurnaan taklif seperti kanak-kanak kurang kerana belum aqil baligh dan
gila kurang kerana tidak sempurna akal (al-Suyuti, 2004). Al-Suyuti (2004) menjelaskan
57
antara rukhsah dalam solat ketika sakit ialah dibolehkan duduk, baring dan menggunakan
isyarat berdasarkan hadis:
ات ست طعل ف إن،ق ائم اص لف ق ال الصال ةع نوسلمعليههللاصلىالنبف س أ لتب و اسيبك ان ت ،ف ق اعد ج نبف ع ل ىت ست طعل ف إن
(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.376, no.1066)
Aku menderita penyakit buasir lalu aku bertanya Nabi S.A.W. perihal solatku. Maka
baginda berkata: ‘Solatlah secara berdiri, jika tidak mampu maka secara duduk, jika
tidak mampu juga maka sambil berbaring mengiring.
2.7 Tatacara solat murid bermasalah pembelajaran
Terdapat enam rukun solat sahaja yang disepakati oleh keempat-empat mazhab iaitu
takbiratulihram, berdiri (bagi yang mampu), membaca ayat al-Quran, rukuk, bangkit
daripada rukuk dan iktidal dan sujud dua kali bagi setiap rakaat (Zaharuddin, 2008).
Oleh sebab Malaysia mengamalkan mazhab Syafiʻi maka perbincangan selanjutnya
berfokus kepada rukun solat mengikut mazhab Syafiʻi iaitu sebanyak tiga belas.Turut
dibawakan bacaan-bacaan mudah dan ringkas bagi setiap rukun tersebut.
Rukun pertama ialah niat yang merupakan satu-satunya rukun qalbi (hati). Niat
bermaksud ‘menyengaja’ (al-Zuhayli, 2010) iaitu suatu keazaman dalam hati untuk
58
melaksanakan solat dengan ikhlas, yang merupakan arahan Allah S.W.T. (Zaharuddin,
2008) yakni semata-mata kerana Allah S.W.T.(Anisah, 2008). Tempat letaknya niat
adalah di dalam hati (al-Khin et al., 2000; al-Rahbawi, 1998). Tiga perkara yang perlu
ada semasa berniat melakukan solat fardu iaitu menyengaja (al-qasd), menentukan (al-
taʻyin) dan menyebutkan kefarduan (al-taʻrid) (al-Zuhayli, 2010). Al-Qasd bagi
membezakan perbuatan solat dengan amalan lain. Al-Taʻyin pula perlu bagi
membezakannya dengan solat-solat yang lain iaitu seperti solat Asar atau Maghrib
(Zaharuddin, 2008). Manakala solat sunat mutlak seperti solat tahiyatul masjid dan solat
sunat wuduk memadai berniat menunaikan solat (al-qasd) sementara solat sunat yang
mempunyai sebab tertentu seperti solat istisqa, solat gerhana matahari, solat hari raya
atau yang terikat waktunya seperti solat Dhuha, solat Tahajud niat terdiri daripada al-
qasd dan al-taʻyin (al-Zuhayli, 2010).
Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah S.A.W., amalan para sahabat dan tabiin tidak
wujud amalan melafazkan niat kerana Rasulullah S.A.W. apabila menunaikan solat terus
dimulai dengan ucapan ‘Allahu Akbar’ (Anisah, 2008; al-Albani,2000; al-Jauziyyah,
2006; Zaharuddin, 2008). Walau bagaimanapun perbincangan lafaz niat ditimbulkan oleh
ulama dalam mazhab Syafiʻi bukan daripada Imam al-Syafiʻi sendiri (Anisah, 2008;
Zaharuddin, 2008) dan anjuran kepada melafaz niat tersebut hanyalah sebagai penguat
kepada niat dan tidak menyebabkan terbatalnya solat tanpa lafaz niat (Zaharuddin, 2008;
al-Rahbawi, 1998;al-Zuhayli, 2010).
59
Oleh itu, dalam pengajaran solat murid-murid khas perkara utama ditekankan
bahawa solat adalah kerana Allah S.W.T. dan waktu-waktu solat fardu. Kaedah yang
boleh digunakan untuk mengingat waktu-waktu solat fardu seperti menggunakan gambar
iaitu bangun tidur bagi solat Subuh, pulang sekolah bagi solat Zohor, pergi bermain di
waktu petang bagi solat Asar, makan malam bagi solat Maghrib dan sebelum tidur malam
bagi solat Isyak. Selain itu, nasyid berkaitan solat juga boleh digunakan untuk
memudahkan murid menghafalnya. Oleh itu, lafaz-lafaz niat tidak perlu ditekankan
apatah lagi mengikut cara solat Nabi S.A.W., baginda tidak memulakan dengan sebarang
lafaz bacaan niat solat tertentu (al-Jauziyah, 2006). Malahan menisbahkan solat adalah
‘kerana Allah’, ‘bilangan rakaat’ dan ‘tunai’ bukan merupakan asas utama di dalam niat.
Oleh itu, jika ia tertinggal atau ditinggalkan tidak memberi kesan kepada niat
(Zaharuddin, 2008).
Rukun kedua ialah takbiratulihram iaitu takbir permulaan solat manakala takbir-
takbir lain dalam solat dipanggil takbir intiqal iaitu takbir sebagai pemberitahuan untuk
perpindahan daripada satu pergerakan ke satu pergerakan solat yang lain (Zaharuddin,
2008). Rasulullah S.A.W. melakukannya apabila hendak memulakan solat dengan
melafazkan kalimah ‘Allahu Akbar’ (Anisah, 2008; al-Albani,2000; al-Jauziyyah, 2006;
Zaharuddin, 2008; al-Rahbawi, 1998; al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al., 2000) sebagaimana
hadis Nabi S.A.W.:
60
يك ب ف ي ض ع الوضوء ث ي ت و ضأ الناسح ت ت تمص ال ة ل ح دمن إنهل
(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.137, no.857, hadis sahih)
Sesungguhnya tidak sempurna solat seseorang antara manusia sehinggalah ia
berwuduk dan menyempurnakan anggota-anggota wuduknya, kemudian (di
permulaan solat) ia mengucapkan Allah Akbar.
Seterusnya ketiga ialah berdiri tegak bagi yang berkuasa atau qiyam (Zaharuddin,
2008; Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen, 2009; al-Zuhayli, 2010; al-Rahbawi, 1998).
Perbuatan ini berlaku serentak dengan syarat ketika takbiratulihram iaitu berdiri dan
mengadap kiblat (Anisah, 2008; al-Khin et al., 2000; al-Jauziyyah, 2006).
Bagaimanapun, terdapat keringanan bagi mereka yang sakit dan tidak mampu berdiri
seperti hadis di bawah daripada ʻImran b. Husain r.a katanya:
ات ست طعل ف إن،ق ائم اص لف ق ال الصال ةع نوسلمعليههللاصلىالنبف س أ لتب و اسيبك ان ت ،ف ق اعد ج نبف ع ل ىت ست طعل ف إن
(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.376, no.1066)
Aku menderita penyakit buasir lalu aku bertanya Nabi S.A.W. perihal solatku.
Maka baginda berkata: ‘Solatlah secara berdiri, jika tidak mampu maka secara
duduk, jika tidak mampu juga maka sambil berbaring mengiring.
Oleh itu, ia adalah mengikut kemampuan murid-murid khas. Sekiranya mereka
tidak mampu berdiri maka secara duduk. Namun begitu, dalam pengajaran guru perlu
mengajar cara berdiri yang betul.
61
Rukun keempat adalah membaca al-Fatihah. Bacaan al-Fatihah adalah rukun pada
setiap rakaat (al-Zuhayli, 2010; al-Rahbawi, 1998; al-Khin et al., 2000; al-Albani,2000).
Kewajipan membacanya berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa
Rasulullah S.A.W. bersabda:
الكت اببف ات ةي قر أل لم نص ال ة ل
(Muslim, Sahih Muslim, jil.2, hal.8, no.900)
Tidak ada (tidak sah) solat bagi orang yang tidak membaca Fatihah al-Kitab
(surah al-Fatihah).
Al-Mutawalli (2001) membawakan pendapat mazhab dalam perbahasan membaca
al-Fatihah sebagai rukun solat bagi mereka yang dipanggil al-akhras iaitu orang yang
tidak boleh bercakap tetapi memahami percakapan orang lain. Bagi Mazhab Hanafiah,
golongan ini perlu menggerakkan lidahnya walaupun tidak mampu menyebutnya ketika
bacaan al-Fatihah kerana tiada ganti untuk perkara tersebut (seperti wuduk boleh
digantikan dengan tayamum). Mazhab Syafiʻi pula membahagikannya kepada dua iaitu
bukan secara semulajadi (seperti bisu setelah kemalangan, terkena penyakit) dan kedua
bisu secara semulajadi. Bagi yang bisu bukan secara semulajadi, perlu menggerakkan
lidah atau mengisyaratkan huruf-huruf dalam hati sekiranya mengetahui tentang al-Quran
dan zikir-zikir sebelum menjadi bisu. Manakala mereka yang bisu semulajadi tidak perlu
menggerakkan lidahnya memadai sekadar diam pada kadar kebiasaan bacaan al-Fatihah
62
tanpa perlu kepada sebarang isyarat. Hal ini kerana pada asalnya mereka sememangnya
tidak tahu atau tidak pernah mendengar bacaan al-Fatihah. Bagaimanapun, ada pendapat
menyatakan mengenai isyarat tersebut merujuk kepada menggerakkan lidah atau isyarat
dengan gerakkan jari pada kadar kemampuannya (al-Mutawalli, 2001).
Mazhab al-Malikiyah pula menyatakan gugur kewajipan membaca atau
menggerakkan lidahnya. Bagi Mazhab Hanbali, golongan pekak, bisu dan al-akhras
terdiri daripada mereka yang tidak mampu menyebut. Oleh itu tidak perlu bacaan al-
Fatihah melainkan jika mereka dapat memahaminya dengan isyarat maka dilaksanakan
sekadar mengikut kemampuan mereka (al-Mutawalli, 2001).
Bagaimanapun, bagi seseorang yang langsung tidak mengetahui bacaan al-Fatihah
boleh membaca mana-mana tujuh ayat daripada al-Quran yang diingati dan jika tidak
menghafaz satu pun maka berzikir kepada Allah sekadar bacaan al-Fatihah sebelum
rukuk (al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al., 2000) iaitu dengan bertakbir, bertahmid dan
bertahlil (Anisah, 2008; al-Albani, 2000;al-Zuhayli, 2010) :
هالل ف اح دو إلبهف اق ر أق رآن م ع ك ك ان ف إن للهو ك ب و ه
(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.137, no.861, hadis sahih)
Jika kamu hafal suatu ayat al-Quran, bacalah ayat itu, jika tidak, bacalah tahmid,
takbir dan tahlil.
63
Terdapat juga pendapat seperti mazhab Hanafi dan Hanbali (salah satu
pendapatnya) yang berpegang dibolehkan membaca mana-mana ayat selain al-Fatihah
berdasar ayat 20 Surah al-Muzammil (al-Rahbawi, 1998; Anisah, 2008) dan hadis
daripada Abu Hurairah yang menceritakan mengenai pengajaran Rasulullah S.A.W.
kepada seorang yang mengerjakan solat secara salah, sabda baginda:
ئنح تارك عثالقرآنمن م ع ك ت ي سر م اأق ر أثف ك بالصال ةإل قمت إذ ا ت عت دل ح تارف عثر اكع ات طم ات طم ئنح تاسجدثق ائم ا ئنح تاجلسثس اجد كله اص ال تك فذ لك اف ع لثج الس ات طم
(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal 136, no 856, hadis sahih)
Jika kamu berdiri solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Quran yang
mudah bagimu, kemudian rukuklah dengan tamakninah, kemudian bangkitlah
hingga engkau berdiri tegak, kemudian sujudlah dengan tamakninah, kemudian
duduklah dengan tamakninah. Dan lakukanlah cara itu dalam semua solatmu.
Oleh sebab al-Fatihah satu-satunya bacaan al-Quran yang diwajibkan dan
mengikut sebagaimana amalan Rasulullah S.A.W., adalah digalakkan para pendidik
sentiasa melaziminya agar lekat diingatan murid sebagaimana mudahnya mereka
mengingat bait-bait lagu. Bagi murid-murid bermasalah pembelajaran terutama yang
mengalami masalah pertuturan memadai dapat menyebut pada kadar kemampuannya.
Rukun yang kelima adalah rukuk beserta tamakninah. Cara Rasulullah S.A.W.
melakukan perbuatan rukuk berdasarkan hadis-hadis yang sahih adalah dengan
meletakkan dua tapak tangan di atas dua lutut tanpa merapatkan jari-jarinya serta
64
meluruskan belakang badannya sama rata di antara kepala, belakang dan punggung (al-
Khin et al., 2000) serta tidak mendongak atau menunduk tapi sederhana antara keduanya
(Anisah, 2008; al-Albani, 2000; Zaharuddin, 2008; al-Jauziyyah, 2006) beserta
tamakninah (Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen, 2009; al-Khin et al., 2000; Anisah,
2008; al-Albani, 2000; Zaharuddin, 2008; al-Jauziyyah, 2006 ). Tamakninah ialah
berhenti dengan tenang setelah bergerak yang merupakan rukun tersendiri bagi setiap
rukun yang berdiri sendiri seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud (al-
Rahbawi, 1998). Perkara utama yang ditekankan adalah cara rukuk yang betul manakala
bacaan mengikut kemampuan murid. Terdapat pelbagai bacaan yang dibaca oleh Nabi
S.A.W. ketika rukuk. Antara bacaan yang paling mudah ialah (Zaharuddin, 2008; al-
Jauziyah, 2006; Anisah, 2008; al-Albani, 2000;al-Zuhayli, 2010):
سبح ان ر ب الع ظيم
(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.174, no.1069, hadis sahih)
Rukun keenam ialah iktidal beserta tamakninah iaitu mengembalikan semula
posisi badan sebelum rukuk (al-Zuhayli, 2010) iaitu baginda berdiri tegak dengan
mengangkat kedua-dua tangan hingga sampai ke bahu atau telinga dengan jari-jari
terbuka sedikit seraya membaca tasmiʻ iaitu: ‘ د ه ح لم ن الل ع س ’ (Zaharuddin, 2008; al-
Albani, 2000; al-Jauziyyah, 2006; Anisah, 2008). Setelah berdiri betul pada
65
kedudukannya, terdapat pelbagai versi bacaan oleh Rasulullah S.A.W.. Bacaan paling
ringkas adalah: ‘ ال م ل ك dan (al-Albani, 2000; al-Jauziyyah, 2006; Anisah, 2008) ’ در ب ن ا
ال مد ‘ :berdasarkan hadis (Zaharuddin, 2008) ’ر ب ن او ل ك
ع هلم ناللس د ال مدو ل ك ر ب ن ا،ح
(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.257, no.702)
Walau bagaimanapun, pengkaji menemukan bacaan lain yang lebih mudah seperti
dinyatakan dalam hadis riwayat al-Nasa’i dan Ibn Majah:
لر ب ال مد,لر ب ال مد
(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.174, no.1069, hadis sahih)
Penekanan pada cara iktidal serta tamakninah dengan betul sebelum bacaan berdasarkan
kemampuan.
Seterusnya rukun ketujuh iaitu sujud dua kali (al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al.,
2000) beserta tamakninah. Perkara utama ditekankan adalah cara sujud yang betul iaitu di
66
atas tujuh anggota yakni dahi, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung
kaki sebagaimana hadis Nabi S.A.W. bersabda:
ب ع ةأ عظمع ل ىال ب ه ة بي دهع ل ىأ نفه-أمرتأ نأ سجد ع ل ىس ين،و الركب ت يو أ طر اف-و أ ش ار و الي د م ي الق د
(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.280, no.779)
Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota: di atas dahi (dan baginda
menunjukkan dengan tangannya ke arah hidungnya) dan kedua-dua tapak tangan,
dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki.
Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah S.A.W., cara sujud baginda dengan
meletakkan tujuh anggota tersebut di bumi, merapatkan jarinya mengadap kiblat,
meregangkan sedikit tangannya, mengangkat siku (Zaharuddin, 2008; al-Albani, 2000;
al-Jauziyyah, 2006) serta punggungnya (Anisah, 2008;al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al.,
2000). Manakala bacaan yang paling ringkas yang dilakukan Rasulullah S.A.W. ialah (al-
Jauziyah, 2006; al-Khin et al., 2000; Zaharuddin, 2008; al-Albani, 2000; Anisah, 2008):
سبح ان ر ب ال عل ى
(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.174, no.1069, hadis sahih)
Rukun berikutnya yang kelapan ialah duduk antara dua sujud beserta tamakninah.
Perkara utama diajar adalah cara duduk yang betul iaitu secara duduk iftirasy di mana
67
tapak kaki yang kiri diduduki dan menjadi seperti alas (firasy) serta tapak kaki yang
kanan ditegakkan di atas lantai. Sementara hujung jari kaki pula mengadap ke arah kiblat
(Zaharuddin, 2008; Anisah, 2008; al-Albani, 2000;al-Zuhayli, 2010). Jari jemari tangan
pula diletakkan di atas peha mengadap kiblat (al-Zuhayli, 2010).
Cara duduk yang ditegah secara al-iqʻa’ iaitu meletakkan kedua-dua punggung di
atas lantai dan menegakkan kaki kerana ia seperti duduknya anjing (Zaharuddin, 2008).
Bacaan yang biasa dibaca agak panjang. Namun terdapat bacaan lain yang agak mudah
berdasarkan hadis riwayat Ibn Majah dan al-Nasa’i iaitu:
ر باغفرلر باغفرل
(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.174, no.1069, hadis sahih)
Rukun kesembilan adalah duduk tahiyat / tasyahud akhir beserta tamakninah.
Perkara utama diajar adalah cara duduk yang betul iaitu duduk secara tawaruk di mana
punggung didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki
kanan ditegakkan (Zaharuddin, 2008;al-Zuhayli, 2010).
Rukun kesepuluh adalah membaca tahiyat / tasyahud akhir. Terdapat pelbagai
riwayat berkaitan bacaan Nabi S.A.W. yang diamalkan oleh para sahabat. Mengikut
mazhab Syafiʻi bacaannya berdasarkan hadis daripada Ibn ʻAbbas sebagaimana yang
68
biasa diamalkan (Zaharuddin, 2008; al-Albani, 2000; Anisah, 2008; al-Rahbawi, 1998)
iaitu:
أي ه االنب ،السالمع ل يك بار كاتالصل واتالطيباتللاته،السالمع ل يناوعلىالتحياتامل و ب ر ك و ر ح ةالل
ر سولالل ،و أشه دأنم مدا الل عباداللالصالي ،أشه دأنلإله إل
(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.154, no.974, hadis sahih)
Bacaan mudah seperti diriwayatkan oleh al-Nasa’i seperti di bawah, namun begitu ia
tidak banyak berbeza dengan yang biasa dibaca:
، اته،مال سو الصل و اتو الطيب ات,ال التحياتلل و ب ر ك أي ه االنبو ر ح ةالل ناوعلىعباداللالصالي ،ع ل يمال سال ع ل يك ،و أشه دل أشه دأن الل هر سولع بدهو أنم مدا إله إل
(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.190, no.1162, hadis sahih)
Rukun yang kesebelas adalah membaca selawat ke atas nabi pada tahiyat /
tasyahud akhir. Dalam bacaan selawat ini terdapatnya selawat ke atas nabi dan selawat
ibrahimiyyah. Selawat yang ringkas iaitu: ممد ع ل ى صل manakala bacaan yang اللهم
sempurna seperti yang biasa kita amalkan menurut mazhab Syafiʻi (al-Khin et al., 2000;
al-Zuhayli, 2010).Walau bagaimanapun, dalam hadis-hadis nabi berkaitan selawat dalam
tasyahud sama ada tasyahud awal atau akhir, kesemuanya menunjukkan selawat yang
dituntut adalah merangkumi daripada selawat nabi hingga selawat ibrahimiyyah serta
69
tidak mengandungi kalimah sayidina (al-Albani, 2000; Anisah, 2008). Bacaan yang biasa
dibaca adalah seperti berikut (Zaharuddin, 2008; al-Albani, 2000; al-Khin et al., 2000; al-
Zuhayli, 2010; Anisah, 2008; al-Rahbawi, 1998):
ك اللهمص ع ل ىممدوع ل ىآلممد ع ل ىإب ر اهيم وع ل ىآلإب ر اهيم و اص م ل مدوع ل ىآلكع ل ىم رب ليت ك ع ل ىإب ر اهيموع ل ىآلكر اب م ممد العإب ر اهيمفت
ح ي امل يد يد م إنك
Terdapat bacaan yang merangkumi selawat ke atas nabi dan selawat ibrahimiyyah
yang agak ringkas berdasarkan riwayat al-Nasa’i dengan sanad yang sahih iaitu:
رك،آلإب ر اهيم ع ل ىص ليت ك م ام مدع ل ىص لاللهم ر كت ك م ام مدع ل ىاللهمب إب ر اهيم ع ل ىآلب (al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.209, no.1286, hadis sahih)
Rukun yang kedua belas adalah memberi salam iaitu salam yang pertama
(Zaharuddin, 2008; Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen, 2009; al-Rahbawi, 1998; al-
Khin et al., 2000) dengan bacaan yang ringkas seperti berikut (al-Khin et al., 2000):
ع ل يكم Bagaimanapun, cara yang lebih sempurna dengan menoleh ke kanan . ا لسال م
sehingga menampakkan pipi dari arah belakang dengan mengucapkan salam dan diikuti
ke kiri (al-Khin et al., 2000; al-Zuhayli, 2010; al-Albani, 2000; Anisah, 2008) dengan
bacaan yang sempurna (al-Khin et al., 2000) ا لسال مع ل يكمو ر ح ةهللا .
70
Rukun yang terakhir iaitu tertib yakni mengerjakan rukun solat secara berurutan
(al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al., 2000; Zaharuddin, 2008) sebagaimana hadis dari Abu
Hurairah r.a (lihat perbahasan rukun keempat bacaan al-Fatihah halaman 56) yang
menjadi rujukan; menghimpunkan sebahagian besar rukun solat (al-Rahbawi, 1998;
Anisah, 2008) mengenai teguran Rasulullah S.A.W. kepada seorang lelaki yang
menunaikan solat secara salah.
Duduk tahiyat awal adalah sunat kerana itu jika mampu memadai diajar cara
duduk yang sama seperti duduk antara dua sujud manakala bacaan seperti tahiyat akhir
sehingga selawat ke atas Nabi S.A.W..
Jadual 2.2
Tatacara Solat Murid Bermasalah Pembelajaran
Rukun solat Pengajaran mudah/ Bacaan mudah / ringkas
rukhsah
Niat Tidak perlu dilafazkan tiada
Memadai mengetahui kefarduan,
waktu dan bilangan rakaat solat
Takbiratulihram Perlu menyebut Allahu Akbar tiada
Berdiri tegak (qiyam) Mengikut kemampuan murid tiada
Membaca al-Fatihah Sebutan mengikut kemampuan murid bacaan biasa
Rukuk serta
tamakninah
Mengikut kemampuan murid
سبح ان ر ب الع ظيم
(sambungan)
71
Jadual 2.2, (sambungan)
Rukun solat Pengajaran mudah/ Bacaan mudah / ringkas
rukhsah
Iktidal serta
tamakninah
Mengikut kemampuan murid
د ه ع الللم نح س
Sujud serta
tamakninah
Mengikut kemampuan murid
سبح ان ر ب ال عل ى
Duduk antara dua
sujud serta tamakninah
Mengikut kemampuan murid
ر باغفرلر باغفرل
Duduk tahiyyat akhir Mengikut kemampuan murid tiada
Membaca tahiyat / Mengikut kemampuan murid bacaan biasa
tasyahud akhir
Membaca selawat ke
atas nabi pada tahiyat/
tasyahud akhir
Mengikut kemampuan murid
ك م ا ع ل ىم مد ع ل ىآلاللهمص ل ص ليت ر كت ك م اب ركع ل ىم مد إب ر اهيم اللهمب
ع ل ىآلإب ر اهيم
Memberi salam Mengikut kemampuan murid ا لسال مع ل يكمو ر ح ةهللا
yang pertama
Tertib Mengikut kemampuan murid tiada
72
2.8 Program Pendidikan Islam di pendidikan khas
Kajian literatur mengenai program Pendidikan Islam yang dijalankan di negara-negara
Asia Tenggara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan di Malaysia sendiri.
2.8.1 Negara-negara Asia Tenggara
Di rantau Asia Tenggara, hanya terdapat dua buah negara selain Malaysia yang
menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka iaitu Brunei dan Indonesia. Pendidikan
khas di negara Brunei dikelolakan oleh Unit Pendidikan Khas (UPK) yang ditubuhkan
pada 1994 di bawah Pejabat Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan. UPK berperanan
dalam merancang program-program pendidikan khas dan melaksanakan perkhidmatan-
perkhidmatan bantuan yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan khas para pelajar
yang terdiri dari berbagai peringkat keupayaan (Portal Rasmi Kementerian Pendidikan
Brunei, 2012). Berlainan dengan program pendidikan khas di Malaysia, pendidikan khas
di Brunei dijalankan secara pendidikan inklusif sepenuhnya di mana murid-murid khas
belajar bersama murid-murid normal dalam kelas biasa di peringkat rendah dan
menengah. Brunei juga telah tersenarai sebagai ahli UNESCO ke-91 yang melaksanakan
pendidikan inklusif (Ariffin Mohd Noor, 2012). PdP murid-murid khas tersebut dibantu
oleh guru pendidikan khas yang dipanggil sebagai Special Education Needs Assistance
73
(SENA). Guru SENA berperanan membantu guru-guru dengan murid khas secara
individu atau berkumpulan sama ada di dalam bilik darjah atau di Learning Assistance
Centre (LAC). LAC merupakan tempat di mana guru SENA menjalankan pengajaran
secara khusus dan menyimpan pelbagai jenis bahan pengajaran. Mereka juga
bekerjasama dengan guru kelas dan membantu guru dengan memberikan nasihat,
menunjukkan teknik pengajaran dan memantau keberkesanan program yang dijalankan
untuk murid khas. Pendidikan Islam dipelajari di bawah matapelajaran Pengetahuan
Agama Islam (Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Brunei, 2012).
Pendidikan Islam bagi murid khas di Brunei semakin diberi perhatian dengan
pelancaran Unit Pendidikan Khas Ugama Jabatan Pengajian Islam (UPKU JPI) pada 28
Februari 2012 di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) setelah ramai ibu bapa
yang mempunyai anak-anak khas turut menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah
agama (Ariffin Mohd Noor, 2012). Antara tujuan penubuhan UPKU JPI untuk
memberikan pendidikan inklusif kepada semua pelajar termasuk yang berkeperluan khas.
Pada dasarnya Pendidikan Khas Agama telah dijalankan di sekolah-sekolah agama
semenjak tahun 2004. Sebanyak 22 buah sekolah agama telah menjalankan Program
Pendidikan Khas iaitu 18 buah di daerah Brunei dan Muara manakala empat buah di
daerah Tutong. Namun begitu pelaksanaannya kurang teratur sehinggalah tertubuhnya
UPKU (Ariffin Mohd Noor, 2012).
74
Perkembangan pendidikan khas di Indonesia pula bermula seawal tahun 1901
dengan pembukaan sekolah murid bermasalah penglihatan di Bandung diikuti dengan
sekolah murid terencat akal pada tahun 1927 dan 1930 pula sekolah bagi murid pekak
bisu (Rochmat Wahab, 2005; Sunardi, Mucawir, Gunarhadi, Priyono, & L.J, 2011).
Seterusnya pada tahun 1945 iaitu selepas kemerdekaan Indonesia, semakin banyak
sekolah-sekolah khas terdiri daripada pelbagai kategori kecacatan yang kebanyakannya
dikelolakan oleh pihak persendirian dibuka (Rochmat Wahab, 2005; Sunardi et al.,
2011).
Murid-murid pendidikan khas mendapat pendidikan dalam dua bentuk sistem
persekolahan iaitu pertama disebut sebagai Sekolah Luar Biasa (SLB) yang
menempatkan murid dengan masalah yang khusus seperti masalah penglihatan dalam
satu sekolah merangkumi peringkat rendah dan menengah (Sunardi et al., 2011) atau juga
dinamakan sekolah khas (Rochmat Wahab, 2005). Keduanya dikenali sebagai Sekolah
Dasar Luar Biasa (SDLB) yang menempatkan murid sekolah rendah daripada pelbagai
jenis kecacatan (Sunardi et al., 2011) yang dikenali dengan sekolah intergrasi atau
inklusif (Rochmat Wahab, 2005).
Pendidikan khas di Indonesia diletakkan di bawah Seksyen Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan pada tahun 1965 yang kemudiannya dinaik
taraf kepada Bahagian Pendidikan Khas dan menjadi Sub-Direktorat Pendidikan Khas di
75
bawah Direktorat Pendidikan Rendah pada tahun 1975 sebelum menjadi Direktorat
Pendidikan Khas pada tahun 2000 (Rochmat Wahab, 2005). Direktorat
bertanggungjawab menyediakan pendidikan untuk semua kanak-kanak istimewa
termasuk kanak-kanak berbakat dan pintar cerdas, kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran dan kanak-kanak autistik (Rochmat Wahab, 2005).
Pada asasnya sistem persekolahan bagi murid yang kurang upaya intelek
(termasuk bermasalah pembelajaran) di Indonesia bertujuan untuk menyediakan mereka
ke arah hidup berdikari dari segi ekonomi dan bebas melakukan pelbagai aktiviti harian.
Oleh itu, tiada penyataan secara khusus bagi murid bermasalah pembelajaran dalam
pengajaran Pendidikan Islam. Tumpuan diberikan kepada kurikulum berasaskan
kemahiran vokasional seperti pengajaran vokasional di peringkat menengah rendah,
kewujudan bengkel praktikal, program kurikulum tambahan kepada kemahiran
vokasional, sistem perantis melalui kerjasama dengan kilang-kilang atau syarikat-syarikat
perniagaan serta penyediaan sijil vokasional setelah mengikuti sesuatu program
vokasional (Rochmat Wahab, 2005). Bagaimanapun, bagi yang mengikuti pendidikan
inklusif pembelajaran Pendidikan Islam turut diajar sebagai salah satu kurikulum di
sekolah.
76
2.8.2 Malaysia
Program pendidikan khas di Malaysia dijalankan dalam tiga keadaan iaitu pertama
program pendidikan khas yang disediakan di sekolah khas bagi murid yang mengalami
masalah penglihatan dan pendengaran. Kedua suatu program percantuman di sekolah
biasa bagi murid-murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran iaitu
program pendidikan khas intergrasi. Ketiga adalah program pendidikan inklusif bagi
murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa
bersama-sama dengan murid biasa (Jamila, 2005). Berdasarkan tiga program tersebut,
terdapat dua kurikulum pendidikan yang diguna pakai oleh murid-murid pendidikan khas
iaitu kurikulum kebangsaan dan kurikulum kebangsaan alternatif (Jamila, 2005).
Kurikulum kebangsaan merujuk kepada kurikulum biasa yang digunakan oleh murid-
murid normal di sekolah manakala kurikulum alternatif kebangsaan hanya disediakan
bagi murid bermasalah pembelajaran iaitu menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran. Murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran
menggunakan kurikulum kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara umumnya, pengajaran Pendidikan Islam khususnya bagi murid bermasalah
pembelajaran menggunakan dua kurikulum iaitu Kurikulum Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) manakala
77
satu program khusus yang menumpukan kepada al-Quran dan solat berdasarkan program
j-QAF di Pendidikan Khas. Pelaksanaan setiap satunya adalah seperti berikut:
2.8.2.1 Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas
yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Reka
bentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru
mengembangkan bakat dan potensi sedia ada (Jabatan Pendidikan Khas, 1997).
Kurikulum ini mengandungi empat bidang utama iaitu Pengurusan Kehidupan, Akademik
Berfungsi, Kerohanian dan Nilai - nilai Murni, serta Sosial, Riadah dan Kreativiti. Setiap
bidang tersebut terdiri daripada komponen-komponen kecil. Di bawah bidang Pengurusan
Kehidupan terdapat komponen Pengurusan Diri, Kemahiran Manipulatif, Pengurusan
Tingkah laku dan Kemahiran Hidup. Manakala bidang Akademik Berfungsi terdiri
daripada komponen Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Multimedia. Bagi
bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni pula, mengandungi komponen Pendidikan
Agama Islam dan Pendidikan Moral. Komponen-komponen di bawah bidang Sosial,
Riadah dan Kreativiti ialah Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik,
Gerakan dan Drama serta Sains, Sosial dan Alam Sekitar (Jabatan Pendidikan Khas,
1997).
78
Pendidikan Islam merupakan antara mata pelajaran asas yang dipelajari oleh
murid-murid khas beragama Islam di sekolah. Bagi murid bermasalah penglihatan dan
pendengaran, mereka mempelajarinya di bawah subjek Pendidikan Islam menggunakan
kurikulum kebangsaan di peringkat rendah dan menengah. Tumpuan utama Pendidikan
Islam sekolah rendah adalah kepada bidang Asuhan Tilawah al-Quran, bidang Asas Ulum
Syariah, bidang Asas Adab dan Akhlak Islamiah serta Jawi manakala di peringkat
menengah pula tumpuan kepada bidang Tilawah al-Quran, Ulum Syariah dengan
penambahan tamadun Islam di bawahnya serta Adab dan Akhlak Islamiyah (Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, 2002). Murid bermasalah pembelajaran pula,
mempelajari Pendidikan Islam di bawah bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni dalam
komponen Pendidikan Agama Islam. Komponen ini dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiah (Jabatan
Pendidikan Khas, 2005).
Asuhan Tilawah al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tilawah al-Quran
merangkumi pengenalan huruf-huruf hijaiyyah dan bacaan kalimah-kalimah serta ayat-
ayat al-Quran, hafazan surah-surah pendek dan doa-doa harian serta kefahaman daripada
surah dan doa tersebut. Bidang Asas Ulum Syariah terdiri daripada aqidah seperti rukun
iman dan Islam, ibadah antaranya bersuci, solat dan puasa serta sirah mengenai
Rasulullah S.A.W.. Manakala Asas Akhlak Islamiah meliputi adab-adab seharian seperti
79
adab terhadap ibu bapa dan menuntut ilmu (Jabatan Pendidikan Khas, 2005). Masa
pengajaran bagi Pendidikan Islam adalah lima waktu seminggu.
2.8.2.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah
Pembelajaran
KSSRPK Masalah Pembelajaran bermula pada tahun 2011. Terdapat enam tunjang yang
merupakan domain utama yang saling menyokong bagi membentuk modal insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek iaitu Komunikasi, Kerohanian,
Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi, Fizikal dan Estetika dan
Keterampilan Diri (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Kurikulum ini digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai
oleh murid. Standard Kandungan merupakan pernyataan disiplin ilmu di mana murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu
penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap
Standard Kandungan yang dinyatakan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan kemahiran dan amalan yang
disarankan dalam Tunjang Kerohanian iaitu Sikap dan Nilai yang menyumbang ke arah
80
melahirkan murid yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertakwa dan beramal soleh.
Seperti Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sedia ada, mata pelajaran
Pendidikan Islam KSSRPK Masalah Pembelajaran dibahagikan kepada empat bidang
utama iaitu Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariah, Asas Akhlak Islamiah dan
Jawi bagi tahap satu manakala tambahan satu bidang iaitu Sirah bagi tahap dua
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Bezanya KSSRPK Masalah Pembelajaran
diajar bermula dari tahun satu, oleh itu pecahan topik-topik kecilnya adalah mengikut
tahun seperti wuduk diajar di tahun satu manakala solat pada tahun dua. Masa
pengajarannya pula adalah enam waktu seminggu.
2.8.2.3 Program j-QAF di Pendidikan Khas
Suatu usaha telah dilakukan oleh pihak KPM bagi memperkasakan lagi penguasaan
murid di peringkat rendah dalam subjek Pendidikan Islam iaitu dengan mengadakan
program j-QAF pada tahun 2005. Perkataan j-QAF tersebut merujuk kepada penekanan
program tersebut dalam empat bidang utama iaitu jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu
Ain (Ahmad, 2008). Pada tahun 2008 pula, program ini telah diperluaskan di Pendidikan
Khas. Tumpuan j-QAF Pendidikan Khas hanya kepada al-Quran dan fardu ain. Modul
yang digunakan iaitu Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Solat bagi fardu
ain dan Modul PdP Kaedah Iqra’ untuk tilawah al-Quran. Di bawah Modul PdP
81
Pembelajaran Amali Solat terdapatnya Model Kelas PdP Amali Solat (teori dan amali)
manakala di bawah Modul PdP Kaedah Iqra’ pula, terdapatnya Model Kelas PdP Kaedah
Iqra’ serta Model Tasmik. Modul-modul ini telah diubahsuai mengikut tahap penguasaan
dan keupayaan murid berkeperluan khas (Bahagian Pendidikan Khas, 2008a).
Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada dengan
penambahan satu waktu dalam waktu kelas Pendidikan Islam iaitu sebanyak enam waktu
berbanding lima waktu bagi jadual kelas biasa. Program ini dimulakan di Program
Pendidikan Khas Intergrasi secara berperingkat mulai 2008 hingga 2014 manakala di
SKPK dilaksanakan pada tahun 2009. Pihak KPM turut mengadakan program
pengukuhan kepada program j-QAF Pendidikan Khas sebagai usaha untuk menggalakkan
dan memberi pengiktirafan kepada guru, murid berkeperluan khas dan masyarakat
melalui Majlis Khatam al-Quran dan Kem Amali Solat Pendidikan Khas Peringkat
Kebangsaan (Bahagian Pendidikan Khas, 2008a).
2.9 Model PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas
Terdapat tiga buku yang perlu dirujuk dalam pelaksanaan model ini iaitu Buku Panduan
Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan j-QAF di Pendidikan Khas, Buku Panduan
Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas, dan Modul PdP Amali Solat
82
Program j-QAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Model PdP Amali Solat j-
QAF di Pendidikan Khas adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
dalam bilik darjah bagi memastikan murid-murid dapat mengambil wuduk dan
menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini
dilaksanakan secara kelas yang melibatkan teori dan amali dan mengikut kesesuaian
sesebuah sekolah. Objektif pelaksanaan model ini agar murid dapat mengetahui anggota
wuduk dan melakukan perbuatan berwuduk. Selain itu, murid juga dapat mengetahui
bilangan rakaat solat fardu, melakukan perlakuan solat dan dapat menyebut serta
membaca bacaan dalam solat (Bahagian Pendidikan Khas, 2008b).
Kumpulan sasaran bagi model ini merangkumi semua murid pendidikan khas
yang beragama Islam sekolah rendah yang boleh menguasai kemahiran solat sama ada di
Program Pendidikan Khas Intergrasi dan Sekolah Pendidikan Khas serta dijalankan
sepanjang tempoh mereka belajar di sekolah rendah. Jika terdapat 10 orang murid, pihak
sekolah perlu membuka dua kelas untuk pelaksanaan program ini. Nisbah untuk satu
kelas adalah antara empat hingga enam orang murid. Setiap sekolah yang terpilih
disarankan membuka sekurang-kurangnya tiga kelas. Program ini dilaksanakan mengikut
Modul PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas dengan peruntukan masa dua kali
seminggu (teori dan amali) (Bahagian Pendidikan Khas, 2008b).
83
Daripada segi perjalanan proses PdP pula adalah mengikut turutan berikut iaitu
pada peringkat permulaan, semua murid didedahkan dengan Modul PdP Amali Solat.
Setelah itu, setiap bacaan dan perlakuan murid direkodkan dalam buku rekod senarai
semak pencapaian murid (disediakan oleh pihak KPM). Bagi murid yang tidak menguasai
kemahiran hendaklah diulang sehingga dapat menguasai kemahiran amali dan teori.
Murid yang telah menguasai kemahiran pula, diberikan aktiviti serta kemahiran tambahan
semasa proses PdP contohnya pengayaan, Fardu Ain, Ulum Syariʻah, Doa-doa Harian
dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan perlu diadakan
kepada murid yang tidak dapat menguasai kemahiran. (Bahagian Pendidikan Khas,
2008b).
Model ini menekankan penguasaan teori dan amali. Oleh itu turut dinyatakan
berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas (2008)
kaedah PdP dilakukan iaitu murid mendengar penerangan guru dan membaca dengan
bimbingan guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF. Seterusnya, murid melakukan
perbuatan dan bacaan dalam wuduk dan solat. Guru perlu menunjukcara perbuatan dan
perlakuan tersebut. Guru juga perlu mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau
Alat Bantu Mengajar (ABM). Selain itu, pelbagai kaedah dan pendekatan PdP perlu
digunakan semasa proses PdP berjalan.
84
Penilaian terhadap penguasaan murid dari segi bacaan dan perbuatan wuduk serta
solat turut dilakukan secara harian dan mingguan. Penilaian tersebut direkodkan oleh
guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF di Pendidikan Khas. Manakala satu penilaian
menyeluruh hendaklah dilakukan dua kali setahun bagi menentukan tahap pencapaian
penguasaan setiap murid dan salinan penilaian tersebut dihantar ke Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) dan Bahagian Pendidikan Khas (BPK). Penilaian tersebut hendaklah
berdasarkan kemampuan bacaan dan perlakuan wuduk dan solat murid. Guru perlu
mengambil kira keupayaan murid berdasarkan tahap penguasaan mereka kerana
keupayaan murid Pendidikan Khas tidak sama di antara satu sama lain seperti panduan di
Lampiran H. Borang senarai semak bagi penilaian tersebut diberikan dalam Buku
Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas seperti di bahagian
Lampiran I (Bahagian Pendidikan Khas, 2008b). Berikut dinyatakan penglibatan murid
dan aspek rukhsah yang diambil kira dalam pelaksanaan program ini serta modul
pengajaran solat yang digunakan.
Jadual 2.3
Penglibatan Murid dan Aspek Rukhsah dalam Model PdP Amali Solat j-QAF di
Pendidikan Khas
Indikator Model PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas
Penglibatan
Murid
Semua murid beragama Islam
Boleh menguasai kemahiran
solat perlakuan dan bacaan
Sepanjang tempoh
pembelajaran di sekolah rendah
(sambungan)
85
Jadual 2.3, (sambungan)
Indikator Model PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas
Aspek rukhsah
Pengajaran berdasarkan kemampuan
murid
Penilaian berdasarkan kemampuan
murid mengikut garis panduan KPM
Jadual 2.4
Pengajaran Solat dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas
Tajuk Isi pengajaran
Niat Solat Lafaz solat fardu lima waktu
Takbiratulihram Sebutan هللااكب beserta perlakuan
(termasuk berdiri betul)
Membaca al-Fatihah Ayat surah al-Fatihah
Rukuk Perlakuan dan bacaan rukuk:
سبح ان ر ب الع ظيمو ب مده
Iktidal Perlakuan dan bacaan iktidal:
د ه ع الللم نح س
Sujud Perlakuan dan bacaan sujud:
سبح ان ر ب ال عل ىو ب مده
Duduk antara dua sujud Perlakuan dan bacaan duduk antara dua sujud:
اغفرلو ارح نو اجب رنو ارف عنو ارزقنو اهدنر ب
و ع افنو اعفع ن
(sambungan)
86
Jadual 2.4, (sambungan)
Tajuk Isi pengajaran
Tahiyat akhir Perlakuan dan bacaan tahiyat akhir:
هلل،السال م ا ي ه اا لتحياتالمب ار ك اتالصل و اتالطيب ات ع ل يك
النبو ر ح ةهللاو ب ر ك اته،السال مع ل ي ن او ع ل ىعب ادهللا
ار سولهللا، الصالي ،أ شه دا نآلإل ه إلهللاو ا شه دأ نم مد
ع ل ىا للهمص لع ل ىم مدو ع ل ى ك م اص ليت آلم مد،
ركع ل ىم مدو ع ل ىآلم مد اب ر اهيم و ع ل ىآلاب ر اهيم و ب
إنك ع ل ىاب ر اهيم و ع ل ىآلاب ر اهيم فالع ال مي ك م اب ر كت
يد يد م ح
Selawat ke atas nabi Bacaan selawat ke atas nabi:
ا للهمص لع ل ىم مدو ع ل ىآلم مد
Salam Bacaan salam:
ا لسال مع ل يكمو ر ح ةهللا
2.10 Kaedah pengajaran Pendidikan Islam topik ibadah (wuduk dan solat) murid
bermasalah pembelajaran
Perbincangan akan mengetengahkan kaedah PdP Pendidikan Islam dalam topik ibadah
dan kaedah PdP bagi murid bermasalah pembelajaran secara umum sebelum dihuraikan
aplikasi keduanya sebagai kaedah PdP Pendidikan Islam topik ibadah murid-murid
bermasalah pembelajaran.
87
2.10.1 Kaedah pengajaran Pendidikan Islam topik ibadah (wuduk dan solat)
Pengajaran dan pembelajaran topik ibadah melibatkan gabungan hafazan, fakta dan
aplikasi amalan. Oleh itu, kaedah pengajaran juga perlu dipelbagaikan mengikut
kesesuaian isi pengajaran (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Terdapat beberapa
kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam topik Ibadah seperti tajuk bersuci dari
hadas kecil (wuduk) antaranya secara kuliah, sumbang saran / perbincangan kumpulan,
soal jawab (al-hiwar), tunjuk cara / demonstrasi dan latih tubi (al-mulazamah) (Ahmad,
2008).
Kaedah kuliah memerlukan penglibatan guru yang lebih banyak dalam memberi
huraian, penjelasan dan penerangan kepada murid (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).
Kaedah ini amat sesuai bagi memberikan penjelasan yang tepat kepada murid mengenai
wuduk dan solat secara teori. Kaedah sumbang saran adalah satu bentuk interaksi
kumpulan yang mengandungi cadangan, fakta, pendapat, pengalaman dan sebagainya
untuk menyelesaikan sesuai topik yang diberi (Esah Sulaiman, 2003). Guru berperanan
sebagai fasilitator sahaja manakala penglibatan murid lebih banyak (Ahmad, 2008).
Kaedah soal jawab pula melibatkan interaksi antara guru dengan pelajar sama ada guru
mengajukan soalan dan murid menjawab atau sebaliknya (Kamarul Azmi & Ab. Halim,
2007). Penggunaan kaedah ini dalam PdP ibadah tajuk wuduk dan solat dapat
memberikan kefahaman mendalam kepada murid setelah diberikan penerangan berbentuk
88
kuliah. Kaedah menyoal juga dapat merangsang minda, membetulkan kesilapan dan
kefahaman murid, mengekalkan perhatian dan minat murid, mengalakkan interaksi,
menyelesaikan masalah dan mengaitkan dengan tajuk sebelumnya (Ramayulis, 2001).
Kaedah tunjuk cara / demonstrasi pula bermaksud pertunjukan dan penerangan
mengenai cara untuk melakukan sesuatu. Kaedah ini melibatkan kemahiran guru
menunjuk cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid (Esah
Sulaiman, 2003). Pendekatan demonstrasi adalah antara kaedah yang paling banyak
digunakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam PdP ibadah seperti baginda mengajar cara
berwuduk dan solat (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).
Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menjelaskan beberapa prinsip dalam
melaksanakan demonstrasi kepada murid antaranya sebelum memulakan demonstrasi,
guru perlu menentukan tajuk yang hendak diajar. Setelah itu, penyediaan bahan atau
alatan yang diperlukan serta tempat yang sesuai ditetapkan. Guru juga perlu menerangkan
tujuan demonstrasi dilakukan agar murid dapat melihat dan melakukan dengan betul.
Semasa proses demonstrasi dilakukan, guru harus memandang ke arah murid dan
menerangkan setiap langkah yang dilakukan. Kaedah soal jawab boleh diselitkan untuk
memastikan murid faham. Selepas demonstrasi selesai, kaedah perbincangan boleh
digunakan bagi memastikan murid memerhatikan demonstrasi dengan betul. Aktiviti
89
pengukuhan seperti demonstrasi oleh murid pula di hadapan kelas boleh dilakukan untuk
meningkatkan kefahaman dan ingatan murid.
Kaedah latih tubi atau al-mulazamah ialah pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari untuk mencari taraf penguasaan kemahiran serta menjamin
kekekalannya (Ahmad, 2008). Selain kaedah-kaedah tersebut, beberapa kaedah lain turut
sesuai diaplikasikan dalam PdP ibadah tajuk wuduk dan solat seperti kaedah hafalan,
ulangan dan praktikal. Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti PdP yang banyak
menggunakan ingatan secara langsung serta merupakan salah satu kaedah yang penting
dalam PdP ibadah kerana setiap niat dan bacaan dalam ibadah perlu kepada hafalan
(Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Bagi meningkatkan hafalan, kaedah ulangan atau
al-tikrar perlu disekalikan. Kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan
murid. Namun begitu, pengulangan yang terlalu kerap boleh menimbulkan kebosanan
(Ahmad, 2008). Jika demonstrasi melibatkan guru menunjuk cara perbuatan wuduk dan
solat, kaedah praktikal melibatkan murid melakukan semula apa yang ditunjukkan oleh
guru. Kaedah ini lebih berkesan kerana murid dapat melalui pengalaman dan melakukan
sendiri sesuatu kemahiran (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).
Selain mempelbagaikan kaedah PdP, guru juga perlu menyelitkan aktiviti-aktiviti
yang dapat menarik minat dan memberikan kefahaman murid seperti melalui aktiviti
permainan dan kuiz serta penggunaan BBM seperti penggunaan media elektronik. Antara
90
bentuk media elektronik yang boleh digunakan dalam pengajaran ibadah ialah tayangan
video dan radio atau kaset (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).
2.10.2 Kaedah PdP murid bermasalah pembelajaran
Secara umumnya, murid bermasalah pembelajaran mempunyai beberapa ciri psikologi
dan tingkah laku yang perlu difahami oleh guru antaranya mengalami masalah
pencapaian akademik dalam membaca, menulis, bercakap dan berkaitan matematik.
Selain itu, mereka juga mengalami masalah persepsi, motor-persepsi dan koordinasi
umum, gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) serta masalah memori,
kognitif dan metakognitif. Murid bermasalah pembelajaran juga mengalami masalah
sosial-emosi dan motivasi (Hallahan & Kauffman, 2000).
Hallahan dan Kauffman (2000) mengemukakan dua pendekatan utama yang boleh
digunakan dalam mengurangkan masalah akademik murid bermasalah pembelajaran iaitu
latihan kognitif dan pengajaran secara langsung.
91
a) Latihan kognitif (Cognitive training)
Jika pendekatan modifikasi tingkah laku melibatkan perubahan pada tingkahlaku dilihat,
pendekatan latihan kognitif menumpukan kepada pengubahsuaian proses pemikiran yang
tidak dapat dilihat yang secara tidak langsung akan menyebabkan perubahan kepada
tingkah laku yang dapat dilihat (Hallahan & Kauffman, 2000). Antara kaedah yang boleh
diaplikasikan menggunakan pendekatan latihan kognitif seperti berikut:
i) Arahan kendiri (Self-Instruction)
Kaedah ini merupakan teknik latihan kognitif pertama yang perlu dibangunkan. Ia
membolehkan murid menyedari pelbagai tahap tugasan penyelesaian masalah. Secara
tipikalnya, pada mulanya guru akan menunjukkan penggunaan rutin verbal semasa
menyelesaikan masalah. Kemudian, guru akan memantau penggunaan rutin verbal murid
semasa melakukan tugasan. Setelah itu barulah murid melakukannya sendiri (Hallahan &
Kauffman, 2000).
ii) Strategi mnemonik (Mnemonic Strategies)
Tujuan penggunaan strategi mnemonik sebagai cara yang konkrit untuk mengingat
sesuatu maklumat. Strategi mnemonik memerlukan guru mengubah sesuatu maklumat
92
yang abstrak kepada gambar konkrit yang boleh memberikan maklumat yang lebih
bermakna kepada murid bermasalah pembelajaran (Hallahan & Kauffman, 2000).
iii) Pembangunan strategi kawalan kendiri (Self-regulated Strategy Development-
SRSD)
SRSD menggabungkan beberapa teknik latihan kognitif merangkumi arahan kendiri,
penetapan matlamat, kawalan kendiri dan scaffolded instruction iaitu guru memberikan
bimbingan sementara sepanjang murid menyelesaikan sesuatu tugasan dan bimbingan
tersebut akan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga murid boleh melakukan tugasan
diberi dengan sendiri (Hallahan & Kauffman, 2000).
b) Pengajaran Secara Langsung (Direct Instruction-DI)
Pendekatan ini menumpukan kepada proses pengajaran secara mendalam iaitu penekanan
kepada latih tubi dan maklum balas segera di mana guru membetulkan setiap kesilapan
atau memberikan pujian pada jawapan yang betul dengan segera, pengajaran mengikut
urutan yang betul dan pantas di mana dilakukan dalam kumpulan kecil dan bacaan secara
jelas oleh guru seperti guru membacakan satu tugasan secara jelas dan murid mengikut
arahan guru di mana isyarat tangan digunakan untuk turut serta atau memberikan respon
(Hallahan & Kauffman, 2000). Analisis tugasan atau task analysis merupakan komponen
utama dalam DI iaitu melibatkan pemecahan sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada
93
langkah-langkah kecil yang ringkas. Langkah-langkah tersebut kemudian diorganisasi
mengikut urutan yang bersesuaian sehingga mereka menguasai keseluruhan kemahiran
sasaran (Fetsco & McClure, 2005; Hallahan & Kauffman, 2000).
2.10.3 Aplikasi kaedah PdP Pendidikan Islam topik ibadah murid
bermasalah pembelajaran
Garis Panduan umum kaedah PdP sebagaimana yang terdapat dalam Buku Panduan
Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas (2008) dapat dijadikan panduan
dalam pelaksanaan topik ibadah solat. Proses PdP dimulakan dengan penerangan guru.
Ini menggunakan kaedah kuliah yang sesuai dalam memberi penerangan terlebih dahulu
untuk murid memahami isi pengajaran yang berkaitan dengan teori seperti maksud solat
dan bilangan solat fardu. Seterusnya murid membaca dengan bimbingan guru bacaan
dalam solat. Membaca dan membaca secara berulang-ulang antara gaya pembelajaran
yang banyak ditunjukkan oleh murid bermasalah pembelajaran dalam mempelajari topik
ibadah (Mohd Razimi Husin, 2012). Hal ini kerana mereka sukar memahami dan
mengingat sesuatu pelajaran baru serta perlu kepada pengulangan (Jamila, 2005). Kaedah
scaffolded instruction boleh diaplikasikan di sini iaitu guru membimbing bacaan dan
perlakuan murid sehingga mereka mampu membaca dan melakukan praktikal solat
sendiri tanpa bimbingan guru. Arahan kendiri juga boleh digunakan di mana guru
94
menyatakan secara verbal urutan rukun solat diikuti murid menyebutnya dengan kuat
sebelum melakukan perlakuan solat. Dalam melakukan amali solat, ia melibatkan banyak
pergerakan dan bacaan. Oleh itu analisis tugasan seperti membahagikan bacaan yang
panjang kepada beberapa bahagian dan diulang-ulang sehingga murid dapat menguasai
bacaan yang sepatutnya sesuai digunakan. Pembetulan pada setiap kesilapan bacaan perlu
dibetulkan terus oleh guru selain memberi pujian dan dorongan kepada bacaan yang
betul. Ini kerana dorongan sosial antara gaya pembelajaran yang sering dipaparkan oleh
murid bermasalah pembelajaran (Mohd Razimi Husin, 2012).
Guru juga perlu menunjukkan cara perlakuan solat dan diikuti oleh murid. Kaedah
demonstrasi merupakan kaedah yang banyak digunakan oleh Rasulullah S.A.W. ketika
mengajar cara beribadah seperti solat dan wuduk (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).
Kaedah praktikal pula amat sesuai dalam memantapkan penguasaan murid terhadap amali
solat dan wuduk kerana mereka melakukan sendiri apa yang telah dilihat dan dipelajari.
Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan BBM dan ABM serta menggunakan
pelbagai kaedah dan pendekatan yang bersesuaian. Di sini memerlukan kebijaksanaan
guru menyesuaikan BBM dan ABM serta kaedah PdP yang bersesuaian dengan tahap dan
keperluan murid seperti penggunaan gambar dan video perlakuan solat, menggunakan
kaedah mnemonik untuk mengingat waktu solat seperti gambar bangun tidur waktu pagi
untuk solat subuh dan sebagainya. Hal ini kerana kebanyakan murid bermasalah
95
pembelajaran mempunyai tumpuan yang singkat dan mudah bosan. Kaedah latih tubi atau
al-mulazamah digunakan untuk meningkatkan lagi penguasaan dan ingatan murid
terhadap amali solat.
2.11 Kajian pengajaran Pendidikan Islam bagi murid bermasalah pembelajaran
Terdapat kajian-kajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Khas seperti kajian
oleh Hajarul Bahti, Mohd Huzairi, Bani Hidayat, Nor Hayati Fatmi Talib, dan Nabiroh
Kassim (2010) mengenai Isu dan Cabaran Guru dalam Pendidikan al-Quran Pelajar
Bermasalah Penglihatan. Selain itu, Persepsi Pelajar Bermasalah Pendengaran Terhadap
Pembelajaran Fardu ‘Ain oleh Mohd Huzairi, Hajarul Bahti, Bani Hidayat, Nor Hayati
Fatmi, dan Nabiroh Kassim (2010) dan kajian mengenai Persekitaran Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Masalah
Pendengaran) oleh Hamdi Ishak (2012). Selain itu, Hamdi Ishak (2010) turut menulis
sebuah buku yang berjudul Pekak dan Bisu Menurut Perspektif Islam. Begitu juga kajian
yang telah dibukukan bertajuk Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya oleh Ab.
Aziz et al. (2009) ada menyentuh serba sedikit mengenai golongan bermasalah
pembelajaran dari segi hukum. Kajian tersebut menyatakan bahawa kewajipan ibadah
wajib bagi OKU fizikal, penglihatan dan pendengaran manakala OKU terencat akal,
sindrom down dan autisme diklasifikasikan sebagai terencat akal ringan, sederhana dan
96
teruk. Tuntutan ibadah mereka pula mengikut dua kategori terencat akal di dalam
perbahasan ilmu usul fiqh iaitu golongan pertama gugur sepenuhnya iaitu terencat akal
teruk dan kedua memiliki sebahagian kelayakan melaksana iaitu terencat akal ringan dan
sederhana. Walau bagaimanapun, kajian mendalam yang dilakukan lebih kepada
golongan cacat anggota, bermasalah pendengaran dan penglihatan serta bertumpu kepada
aspek dakwah.
Selain itu, kajian oleh Azman Ab Rahman et al. (2015) bertajuk Fiqh Ibadah
Orang Kelainan Upaya (OKU). Kajian ini banyak memetik pendapat daripada kajian
sebelumnya oleh Ab. Aziz et al. (2009) dalam perbincangan mengenai OKU bermasalah
pembelajaran. Kajian ini juga lebih menumpukan perbincangan fiqh ibadah OKU
bermasalah pendengaran, penglihatan dan fizikal. Walau bagaimanapun, pengkaji turut
menyatakan kepada keperluan kajian secara terperinci terhadap kanak-kanak yang
mempunyai tahap IQ 40-70 dari sudut ketaklifan kerana kelainan keupayaan yang
dimiliki mereka seperti autisme, sindrom down, lembam dan murid berkeperluan khas
lain.
Kajian murid bermasalah pembelajaran seperti kajian Fauziah Hanim Jalal et al.
(2012) mengenai Pendidikan Solat dalam kalangan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Berdasarkan Pendekatan Keibubapaan Luqman Al-Hakim. Para ulama salaf berbeza
pendapat tentang Luqman al-Hakim sama ada seorang nabi atau seorang hamba yang
97
soleh. Bagaimanapun, majoriti berpendapat beliau seorang hamba yang soleh yang
dikurnaikan kebijaksanaan oleh Allah (Tafsir Ibnu Katsir, 2010). Kajian melibatkan tiga
buah keluarga yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada mereka
yang mengalami, autisme, kerencatan akal dan lembam serta tiga orang guru pendidikan
khas yang mengajar pendidikan Islam. Hasil kajian mendapati, seorang daripada kanak-
kanak berkeperluan khas ini berjaya melaksanakan ibadah hasil daripada galakkan ibu
bapa. Majoriti ibu bapa dan guru-guru tidak pasti mengenai kepentingan pelaksanaan
solat bagi kanak-kanak keperluan khas dan mengalami kesukaran untuk mengajar kanak-
kanak ini. Majoriti ibu bapa dan guru-guru juga berpendapat kanak-kanak ini tidak dapat
bersolat dengan sempurna dari segi raakat (bilangan dalam solat) dan bacaan semasa
solat. Antara faktor permasalahan tersebut ialah ketidakupayaan kanak–kanak itu sendiri,
kekurangan sokongan dari segi kemudahan fizikal, bahan bacaan dan bimbingan.
Selain itu, kajian bertajuk Model Islam dan Barat dalam Mengenal Pasti Gaya
Pembelajaran Murid Sukar Belajar oleh Mohd Razimi Husin (2012). Murid sukar belajar
di sini merujuk kepada murid dalam kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang
sebahagian daripada mereka menerima program separa inklusif. Mereka mempunyai ciri-
ciri seperti boleh menguasai sebahagian 3M, mampu urus diri, bertingkah laku baik,
boleh dengar arahan dan tidak menganggu orang lain. Model Islam yang digunakan ialah
Model Gaya Pembelajaran Razimi yang dibentuk oleh pengkaji sendiri berdasarkan teori-
teori pembelajaran Islam berasaskan al-Quran dan hadis serta tokoh-tokoh Islam
98
manakala Model Barat menggunakan Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn. Kajian
dilakukan dalam waktu PdP Pendidikan Islam tajuk solat. Hasil kajian mendapati terdapat
sembilan ciri gaya pembelajaran utama wujud pada murid-murid ini berdasarkan model
Islam iaitu aktiviti akal, membaca, membaca berulang-ulang, talaqqi musyafahah, aktiviti
melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar, pergaulan, aktiviti berkumpulan dan
dorongan sosial iaitu galakan dan adil. Bagi gaya pembelajaran berdasarkan Model Dunn
dan Dunn terdapat enam unsur wujud pada murid-murid tersebut iaitu melalui stimulus
persekitaran unsur pola, stimulus fisiologi unsur persepsi, stimulus psikologi unsur
reflektif, stimulus emosi unsur bertanggungjawab dan stimulus sosiologi unsur
berpasangan dan rakan sebaya.
2.12 Kajian Program j-QAF
Terdapat beberapa kajian berkaitan program j-QAF aliran perdana antaranya oleh Amri
Daud (2005) yang mengkaji Keberkesanan Pelaksanaan Program j-QAF di Dua Buah
Sekolah Rintis di Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan
program dan modul yang digunakan, masalah-masalah yang dihadapi serta cadangan-
cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Dapatan kajian beliau mendapati guru-guru
mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan program j-QAF. Selain itu, kaedah-
kaedah yang dijalankan di dalam model-model j-QAF dilaksanakan. Pelajar turut
99
mendapat sokongan ibu bapa. Hasil kajiannya juga mendapati 92.7% pelajar menguasai
berwuduk sempurna, 91.5% pelajar kuasai bacaan dalam solat, 60% pelajar tasmik
khatam al-Quran dan 75.8% pelajar 6 bulan khatam al-Quran mendapat gred A. Walau
bagaimanapun, Model Peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Pemulihan Jawi
pada tahap yang tidak memuaskan.
Menurut Rafidah Mohamed Noor (2009) dalam kajian beliau mengenai Kaedah
Pelaksanaan Program j-QAF dan Penguasaannya Dalam Kalangan Pelajar SK Sri
Laksamana, Masjid Tanah, Melaka pula, pengetahuan dan penjelasan pelajar terhadap
kaedah pelaksanaan j-QAF berada pada tahap tinggi. Selain itu, penguasaan pelajar
dalam program j-QAF juga berada pada tahap tinggi. Tinjauan Terhadap Pelaksanaan
Kem Bestari Solat (KBS) oleh Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2009) pula
mendapati majoriti guru-guru j-QAF berpendapat murid minat atau suka mengikuti KBS.
Murid-murid juga menunjukkan kesungguhan ketika program serta banyak bertanya
mengenai perkara yang kurang jelas berkaitan solat. Di samping itu, KBS juga sebagai
cara menggalakkan murid-murid bersolat di sekolah. Secara umumnya juga, tiada
masalah besar dalam pelaksanaannya. Kekangan yang timbul hanya dari segi kewangan
dan bilangan fasilitator sementara kerjasama pihak sekolah sangat baik dan memuaskan.
Dapatan mengenai minat dan impak positif yang diperoleh daripada KBS selari dengan
kajian terbaru oleh Asmawati Suhid (2013). Walau bagaimanapun, beliau antara lain
100
turut mencadangkan kepada kerjasama pihak ibu bapa dalam meningkatkan penguasaan
solat dan keberkesanan program KBS tersebut.
Hasil kajian Noor Azimah Surip dan Ab. Halim Tamuri (2012) mengenai
Penilaian Pelaksanaan KBS j-QAF di Sekolah Rendah daerah Selangor mendapati
majoriti guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF mempunyai penilaian yang positif
terhadap program KBS. Ini kerana program ini dapat meningkatkan penguasaan amali
solat dan wuduk murid. Selain itu, pelaksanaannya juga berjalan lancar. Dari segi
persediaan guru juga pada tahap yang baik. Walau bagaimanapun, mereka kurang
mengkaji latar belakang murid sebelum KBS dijalankan. Masalah yang dapat dikenal
pasti dalam pelaksanaan KBS antaranya bilangan murid yang kurang sesuai dalam
kumpulan latihan dalam kumpulan , peralatan dan kemudahan yang kurang mencukupi,
kurangnya bilangan guru sebagai fasilitator (melibatkan guru akademik) serta peruntukan
kewangan yang kurang mencukupi. Dapatan ini selari dengan hasil kajian sebelumnya
oleh Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2009). Selain itu, masalah utama
yang dikesan adalah kurangnya penglibatan ibu bapa, jawatankuasa masjid dan
masyarakat setempat dalam pelaksanaan KBS.
Kajian oleh Siti Fatimah dan Ab. Halim (2010) berkaitan Persepsi Guru Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia (TMm) dalam
Pengajaran j-QAF mendapati guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi terhadap
101
penggunaan BBM berasaskan TMm dalam PdP seperti minat menggunakan komputer
dalam pengajaran, dapat meningkatkan interaksi dengan murid, murid juga minat
mengikuti PdP berbantukan TMm serta guru j-QAF peka dengan isu-isu semasa dalam
sistem pendidikan melibatkan TMm. Kajian ini yang dilakukan di sekolah bandar dan
luar bandar di Sarawak mendapati, faktor jantina, lokasi sekolah dan bidang
pengkhususan guru tidak memberi kesan yang signifikan kepada persepsi guru terhadap
penggunaan BBM berasaskan TMm.
Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail (2010) menyatakan bahawa meskipun
program j-QAF telah dijalankan namun, penguasaan jawi di kelas pemulihan jawi perlu
diberi perhatian. Kelemahan murid mengenal huruf hijaiyah dan lemah dalam bacaan
jawi menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan murid membaca al-Quran. Mereka
mencadangkan kaedah belajar sambil bermain sebagai satu kaedah yang sesuai diguna
pakai di kelas pemulihan Jawi.
Kajian berskala besar oleh Misnan Jemali et al. (2013) bertajuk Perlaksanaan dan
Pencapaian Program j-QAF: Kajian Seluruh Malaysia mendapati salah satu tumpuan
kajian berkaitan amali solat menunjukkan amali solat dalam j-QAF di sekolah rendah
berjaya dalam memberi ilmu dan kemahiran secara teori dan praktikal di mana
pencapaian murid lulus dalam ujian amali solat secara keseluruhan ialah 95.8% manakala
hanya 4.2% gagal.
102
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan, program j-QAF di aliran perdana
memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Satu kajian deskriptif oleh Abdullah
Yusoff et al. (2013) berkaitan j-QAF di pendidikan khas memfokuskan kepada
pengetahuan tentang pendidikan khas dalam kalangan guru pelatih program j-QAF minor
pendidikan khas sebelum dan selepas mengikuti latihan perguruan. Dapatan kajian
menunjukkan perubahan pengetahuan guru j-QAF sebelum dan selepas mengikuti latihan
perguruan. Namun begitu, tiada kajian khusus mengenai program ini terhadap murid di
pendidikan khas. Selain itu, kajian berbentuk penulisan ilmiah seumpama ini berkaitan
Pendidikan Islam di pendidikan khas masih perlu diperbanyakkan. Oleh hal yang
demikian, pengkaji merasakan perlunya kajian terhadap j-QAF Pendidikan Khas
dilakukan menggunakan Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF Pendidikan Khas dalam
Daerah Perak Tengah di Negeri Perak dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran
yang terlibat dan kesesuaian modul solat yang digunakan dari aspek keringanan dan
kemudahan murid untuk menguasainya berdasarkan syarak.
2.13 Rumusan
Murid bermasalah pembelajaran merupakan salah satu kategori murid pendidikan khas.
Masalah pembelajaran merupakan masalah yang timbul berkaitan dengan masalah
neurobiologikal yang melibatkan proses kognitif dan seterusnya memberi kesan kepada
103
pembelajaran. Secara umumnya, kanak-kanak yang mengalami masalah ini menunjukkan
tahap pencapaian yang tidak bersesuaian dengan kemampuan intelek pada tahap umur
yang sepatutnya. Masalah yang dihadapi melibatkan pelbagai kesukaran dalam
kemahiran dan penggunaan pendengaran, percakapan, pembacaan, penulisan, memberi
alasan atau kebolehan matematik. Walau bagaimanapun, masalah yang dihadapi bukan
disebabkan masalah penglihatan, pendengaran atau faktor persekitaran seperti
kemiskinan. Selain itu, ia turut melibatkan masalah tingkah laku kendiri, persepsi dan
interaksi sosial. Di Malaysia, murid bermasalah pembelajaran merupakan mereka yang
telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh
dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut iaitu
kebolehan kognitif, tingkah laku sosial/perkembangan sosial, penguasaan bahasa
(lisan/pertuturan), keupayaan membaca, kemahiran perkembangan (Development Skills)
dan kemahiran matematik. Kajian ini menumpukan kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran di bawah kelolaan KPM iaitu terdiri daripada sindrom down, autisme
ringan, ADHD, terencat akal minimum dan bermasalah pembelajaran spesifik seperti
disleksia.
Dari segi tuntutan syariat, mereka juga merupakan insan biasa. Bagi yang muslim
mereka turut memiliki hak-hak serta kewajipan yang diperuntukkan dalam syariat.
Pengetahuan tentang syarat-syarat mukalaf iaitu baligh berakal dan memiliki kelayakan
104
serta halangan-halangan dalam mendapat kelayakan amat penting kerana ia memberi
kesan kepada hak dan kewajipan syariat tersebut. Setelah dianalisis, tuntutan ibadah
terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran terbahagi kepada tiga kategori iaitu
pertama mendapat ahliyyatul wujub kamilah atau kelayakan menerima sempurna dan
ahliyyatul ada’ naqisah atau sebahagian kelayakan melaksana. Kategori kedua pula
memiliki kedua-dua kelayakan secara sempurna manakala kategori ketiga hanya
memiliki ahliyyatul wujub kamilah atau kelayakan menerima sempurna tetapi gugur
tuntutan ke atasnya.
Kategori pertama terdiri daripada mereka yang bermasalah terencat akal
minimum termasuk sindrom down dan autisme sederhana yang mengguna pakai halangan
‘atah jenis kedua. Oleh itu, mereka layak menerima semua hak yang diperuntukkan
kepadanya dan dipertanggungjawabkan dengan segala tanggungjawab syarak yang
diwajibkan ke atasnya seperti menerima sedekah, zakat dan perlu membayar ganti rugi
oleh wali bagi pihaknya apabila melakukan kerosakan harta. Walau bagaimanapun, dari
segi melaksanakan kewajipan tersebut tidak diwajibkan seperti solat dan puasa kerana
akalnya kurang. Namun begitu, sah ibadahnya sekira dilakukan mencukupi syarat dan
dilakukan atas dasar didikan; bukan kewajipan.
Kategori kedua pula merangkumi murid-murid bermasalah autisme berfungsi
tinggi dan sindrom asperger, ADHD dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia,
105
diskalkulia dan disgrafia. Mereka dikira sebagai mukalaf dan menerima kedua-dua
kelayakan secara sempurna. Namun begitu, guru perlu mengambil kira tahap kemampuan
mereka dalam menyampaikan pengajaran yang bersesuaian serta mudah difahami oleh
murid-murid tersebut. Begitu juga dalam melaksanakan ibadah solat, pengajaran
mengenainya sama ada bagi kategori pertama mahu pun kedua adalah dengan mengambil
pendapat yang paling mudah dari segi bacaan manakala perbuatan dengan menumpukan
kepada rukun solat. Bagi kategori ketiga terdiri daripada murid terencat akal dan autisme
teruk di mana mereka layak menerima segala hak dalam syarak kerana syarat ahliyyatul
wujub kamilah adalah hidup tetapi tidak wajib menunaikan tuntutan syarak kerana hilang
syarat utama mukalaf iaitu berakal.
Kepentingan Pendidikan Islam dalam membentuk peribadi muslim yang beriman
dan beramal soleh berdasarkan al-Quran dan sunnah di Pendidikan Khas semakin
diberikan perhatian melalui pelaksanaan program j-QAF di Pendidikan Khas. Dua modul
utama digunakan iaitu Modul PdP Amali Solat bagi fardu ain dan Modul PdP Kaedah
Iqra’ untuk Tilawah al-Quran. Di bawah Modul PdP Amali Solat terdapatnya Model
Kelas PdP Amali Solat (teori dan amali) manakala di bawah Modul PdP Kaedah Iqra’
pula, terdapatnya Model Kelas PdP Kaedah Iqra’ serta Model Tasmik. Modul-modul ini
telah diubahsuai mengikut tahap penguasaan dan keupayaan murid berkeperluan khas
(Bahagian Pendidikan Khas, 2008a). Bagaimanapun, kajian ini hanya menumpukan
kepada Model PdP Amali Solat bersesuaian dengan persoalan dan objektif kajian.
106
Kewujudan program ini amat bersesuaian dengan keperluan murid keperluan khas
terutama bermasalah pembelajaran di mana tuntutan ibadah tetap wajib bagi mereka
sebagaimana dibincangkan sebelum ini. Namun begitu, program ini masih tidak terdapat
di semua sekolah pendidikan khas, oleh itu guru masih perlu memainkan peranan agar
kewajipan murid-murid terhadap pelaksanaan syariat tidak dipandang mudah walaupun
mereka disifatkan sebagai golongan orang kelainan upaya atau OKU. Terdapat bacaan
dan keringanan atau rukhsah dalam menunaikan solat sebagaimana yang dilakukan dan
dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis-hadis baginda yang sahih; yang sesuai
untuk diaplikasikan kepada mereka berdasarkan tahap kemampuan murid. Pengajaran
yang lebih fleksibel tanpa terikat dengan amalan dalam solat yang biasa diamalkan dapat
dimanfaatkan kepada murid-murid khas.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Penyelidikan biasanya dikategorikan sebagai penyelidikan kualitatif atau kuantitatif.
Kajian kuantitatif bukan sekadar merujuk kepada penggunaan data bersifat angka tetapi
keseluruhan kajian dijalankan atau pendekatan digunakan yang melibatkan pengumpulan
atau kelompok kaedah serta data dalam bentuk angka (Punch, 2014). Kajian kuantitatif
merupakan suatu pendekatan untuk menguji teori-teori objektif dengan menguji
hubungan antara pembolehubah. Pembolehubah-pembolehubah tersebut boleh diukur,
biasanya menggunakan instrumen di mana nombor-nombor pada data boleh dianalisis
menggunakan prosedur statistik. Laporan penulisan akhir mempunyai satu set struktur
108
yang mengandungi pengenalan, literatur dan teori, metodologi, dapatan dan perbincangan
(Creswell, 2014). Teddlie dan Tashakkori (2009), menggambarkan pengkaji kuantitatif
dalam dua keadaan iaitu sebagai Profesor Eksperimen di mana beliau menggunakan
model hipotetiko-deduktif dan menjana hipotesis dan kedua sebagai Profesor Numerik.
Beliau menggunakan prosedur statistik yang kompleks untuk meramalkan tingkah laku
peserta kajian berdasarkan beberapa faktor penting yang berpotensi.
Begitu juga dengan kajian kualitatif di mana ia bukan sekadar penggunaan data
bukan bersifat angka malah lebih daripada itu. Ia melibatkan keseluruhan kajian
dijalankan atau pendekatan digunakan yang melibatkan pengumpulan atau kelompok
kaedah serta data dalam bentuk bukan angka atau secara kualitatif (Punch, 2014). Proses
kajian kualitatif melibatkan persoalan-persoalan dan prosedur-prosedur yang muncul,
data yang biasanya dikumpulkan dalam suasana subjek kajian, analisis data secara
induktif yang dibina daripada tema yang khusus kepada umum dan pengkaji membuat
interprestasi terhadap data yang diperoleh. Laporan penulisan akhirnya pula mempunyai
struktur yang fleksibel (Creswell, 2014). Antara ciri lain kajian kualitatif ialah lebih
bertujuan menjawab soalan seperti apa, mengapa dan bagaimana berbanding
berkemampuan melahirkan deskripsi secara terperinci dalam bentuk perangkaan yang
digunakan dalam statistik (Idris, 2001). Prototaip pengkaji kualitatif digambarkan sebagai
Profesor Holistik yang sedang membina teori untuk menjelaskan tingkah laku individu-
individu yang dikenali secara mendalam. Masa yang lama diambil dalam pengumpulan
109
data dan membentuk hubungan kepercayaan dengan setiap responden serta perlu berhati-
hati untuk mengekalkan keyakinan mereka. Pengumpulan data dilakukan secara naratif
dan mengenal pasti tema yang muncul. Bagi memastikan kebolehpercayaan dapatannya,
beliau membentangkannya kepada ahli kumpulan tersebut di mana proses ini dikenali
sebagai pemeriksaan rakan sebaya (Teddlie & Tashakkori, 2009).
Terdapat juga penyelidikan menggunakan kaedah campuran (mixed methods
research) iaitu menggabungkan kedua-dua pendekatan tersebut. Kajian kaedah campuran
didefinisikan sebagai suatu kajian di mana pengkaji mengumpul dan menganalisis data,
mengintegrasi dapatan dan membuat kesimpulan menggunakan kedua-dua pendekatan
kualitatif dan kuantitatif (Punch, 2014) dan menggunakan reka bentuk berbeza yang
melibatkan andaian falsafah serta kerangka teori (Creswell, 2014). Andaian teras kajian
ini ialah gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif menyediakan pemahaman yang
lebih lengkap tentang masalah yang dikaji berbanding hanya menggunakan satu
pendekatan sahaja (Creswell, 2014). Prototaip pengkaji kaedah campuran pula
digambarkan sebagai Profesor Elektika di mana kajian beliau berkaitan pencegahan
diabetes kanak-kanak melibatkan hipotesis berkaitan kehilangan berat badan dan
persoalan berkaitan kenapa sebahagian intervensi berkesan. Kajiannya melibatkan
intervensi pelbagai jenis makanan di kafeteria dan jenis regimen pendidikan jasmani yang
berbeza. Beliau memperuntukkan masa berada di padang menemubual dan memerhati
110
pelajar-pelajar untuk mengenalpasti kenapa sebahagian intervensi berkesan dan
sebahagiannya tidak. Analisisnya terdiri daripada campuran prosedur kualitatif dan
kuantitatif. Beliau menjelaskan kajiannya sebagai pengesahan iaitu hipotesis kajian
tentang berat dan penerokaan iaitu persoalan kajian tentang kenapa intervensi berlainan
berjaya atau gagal (Teddlie & Tashakkori, 2009).
Pengkaji telah menentukan jenis penyelidikan yang akan digunakan serta proses
pengumpulan dan penganalisisan data kajian. Bab ini akan menjelaskan reka bentuk
kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini. Turut dibincangkan mengenai
lokasi, responden, instrumen, prosedur pengumpulan dan analisis data kajian.
3.2 Reka bentuk kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi memenuhi setiap persoalan kajian.
Persoalan pertama kajian yang bertujuan untuk mengkaji tuntutan solat dari segi
kewajipan solat, hukum Solat Jumaat dan qada solat mengikut kategori murid bermasalah
pembelajaran berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan halangan-halangan syarak
menurut pandangan pakar, melibatkan pengumpulan data secara mendalam melalui
tinjauan literatur terhadap isu-isu berkaitan seperti syarat-syarat kelayakan dan halangan-
111
halangan syarak dan pandangan pakar mengenainya serta tidak memerlukan kepada
jawapan berbentuk angka dan statistik. Ini bersesuaian dengan pendekatan kualitatif yang
melibatkan pengumpulan atau kelompok kaedah serta data dalam bentuk bukan angka
atau secara kualitatif (Punch, 2014). Selain itu, hukum berkaitan mukalaf yang digariskan
di dalam syarak tidak membahaskan secara khusus berkaitan kategori-kategori murid
khas bermasalah pembelajaran dan kesannya terhadap tuntutan solat. Ini bersesuaian
dengan ciri utama kajian kualitatif yang melibatkan proses induktif iaitu pengkaji
mengumpulkan data untuk membina konsep-konsep, hipotesis atau teori-teori kerana
terdapatnya kekurangan teori atau teori sedia ada gagal menjelaskan sesuatu fenomena
dengan tepat (Merriam, 2009) berbanding secara deduktifnya menguji hipotesis dalam
kajian kuantitatif (Klenke, 2008). Persoalan kedua kajian yang bertujuan mengenalpasti
aspek rukhsah dalam niat, perlakuan dan bacaan solat yang paling mudah yang
dibenarkan mengikut hukum Islam menurut pandangan pakar turut melibatkan
pengumpulan data secara kualitatif melalui tinjauan literatur terhadap kitab-kitab fiqh dan
hadis serta pandangan pakar terhadap isu-isu yang diketengahkan.
Persoalan kajian berikutnya berkait dengan persoalan pertama dan kedua kajian
dengan menjadikan sebuah sekolah dalam Daerah Perak Tengah yang melaksanakan
Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas untuk dikaji dari aspek kategori
murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam program tersebut berdasarkan tahap
kelayakan melaksana (ahliyyatul ada’). Kajian juga bertujuan menjawab persoalan
112
berkaitan aspek rukhsah (keringanan) dalam niat, perlakuan dan bacaan solat yang
digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan Khas bagi
memudahkan penguasaan solat murid di sekolah tersebut. Pengumpulan data bagi setiap
persoalan tersebut menggunakan kaedah temu bual dan perbandingan terhadap analisis
dokumen yang dilakukan terhadap tiga dokumen utama yang digunakan dalam
pelaksanaan program serta senarai semak pencapaian murid. Fokus kajian ini bersesuaian
dengan objektif sesuatu kajian kualitatif iaitu antaranya untuk memahami dan membuat
deskripsi (Merriam, 2009) terhadap fenomena dalam seting yang dikaji (Idris, 2001) iaitu
dalam keadaan semula jadi mereka (Punch, 2009) kerana ciri utama kajian kualitatif
adalah sifat naturalistiknya (Klenke, 2008).
Kesemua persoalan kajian juga tidak bertujuan untuk menguji sebarang hipotesis
kerana tujuan kajian kuantitatif untuk menguji hipotesis atau membuat sesuatu jangkaan
manakala kajian kualitatif lebih kepada mendapatkan penjelasan, pemahaman dan
membina makna terhadap setiap persoalan yang dikaji (Klenke, 2008). Kajian ini juga
hanya melibatkan jumlah responden yang sedikit iaitu seramai lima orang; tiga orang
pakar dalam bidang agama bagi pengumpulan data persoalan kajian pertama dan kedua
manakala dua orang guru terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan j-QAF di sekolah
kajian bagi pengumpulan data persoalan kajian ketiga, keempat dan kelima. Ini
bersesuaian dengan ciri kajian kualitatif yang biasanya melibatkan bilangan sampel yang
sedikit (Chua, 2006; Merriam, 2009) dan bergantung kepada tujuan dan persoalan kajian
113
(Punch, 2009) kerana dalam kajian kualitatif bilangan saiz responden tidak menjadi
masalah (Klenke, 2008).
Pengumpulan data kajian menggunakan protokol temu bual semi struktur
terhadap lima orang responden dan analisis dokumen. Temu bual dan analisis dokumen
antara cara pengumpulan data digunakan dalam kajian kualitatif. Dokumen terdiri rekod
yang bertulis dan tidak bertulis yang dapat membantu dalam memberikan kefahaman
terhadap keseluruhan kajian (Majid, 2000). Analisis dokumen dalam kajian ini
melibatkan kitab-kitab usul, fiqh dan hadis serta dokumen berkaitan Program j-QAF di
Pendidikan Khas dan senarai semak pencapaian murid. Kaedah temu bual digunakan
dalam kajian ini untuk menjawab persoalan kajian secara mendalam. Ini kerana, temu
bual digunakan bagi meneroka persoalan kajian secara mendalam dan berdasarkan
pengalaman individu yang terbabit (Seidman, 2013). Selain itu, temu bual merupakan
salah satu ciri utama pengumpulan data kajian kualitatif (Klenke, 2008; Merriam, 2009).
Ia juga merupakan cara utama seseorang pengkaji dapat mengkaji organisasi, institusi
atau proses pendidikan, adalah melalui pengalaman setiap individu, mereka yang
membentuk organisasi atau yang menjalankan proses (Seidman, 2013).
Terdapat tiga jenis bentuk temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi
struktur dan temu bual tidak berstruktur (Chua, 2006; Gill, Stewart, Treasure, &
Chadwick, 2008). Walau pun temu bual dibahagikan kepada berstruktur, semi struktur
114
dan tidak berstruktur, secara umumnya dalam kajian kualitatif, kebanyakan temu bual
mempunyai sedikit fleksibiliti dan pengkaji menjalankan sama ada temu bual semi
struktur atau tidak berstruktur (Lodico, Spaulding, & Voegtle, 2010). Kajian ini
menggunakan temu bual semi struktur secara individu yang dijalankan terhadap setiap
pakar dan guru-guru terlibat oleh pengkaji. Temu bual semi struktur tersebut dirancang
dengan teliti sebelum dijalankan. Pengkaji perlu membina protokol temu bual yang
mengandungi senarai soalan dan topik yang akan dibincangkan dengan responden
(Lodico et al., 2010). Selain itu, sebagai pengkaji baru temu bual semi struktur sesuai
digunakan kerana temu bual tidak berstruktur memerlukan tahap kemahiran yang tinggi
sebagai penemubual. Temu bual tidak berstruktur juga biasanya sangat memakan masa
dan boleh menjadi sukar untuk diurus serta kesukaran pengkaji atau responden
mengambil bahagian dalam temu bual dijalankan kerana kurangnya soalan temu bual
yang telah ditentukan dan memberikan sedikit panduan tentang apa yang harus dijawab di
mana peserta mendapati ia mengelirukan dan tidak membantu (Gill et al., 2008).
Analisis data temu bual dinyatakan secara deskriptif berdasarkan kod dan tema-
tema yang ditetapkan dalam transkrip temu bual. Hal ini bertepatan dengan ciri kajian
kualitatif itu sendiri yang kaya dengan deskriptif di mana kata-kata dan gambaran
digunakan untuk menyampaikan apa yang telah dipelajari oleh pengkaji terhadap sesuatu
fenomena berbanding angka secara statistik (Merriam, 2009). Selain itu, setiap dapatan
temu bual dibandingkan dengan analisis dokumen sebelum dirumuskan secara deskriptif
115
bagi menjawab setiap persoalan kajian. Ini kerana kajian kualitatif turut melibatkan
analisis data secara induktif yang dibina daripada tema yang khusus kepada umum dan
pengkaji membuat interprestasi terhadap data yang diperoleh (Creswell, 2014). Laporan
penulisan akhirnya pula mempunyai struktur yang fleksibel.
3.3 Lokasi kajian
Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi
Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) yang menjalankan program j-QAF Pendidikan Khas
di Daerah Perak Tengah Negeri Perak.
3.4 Responden kajian
Responden kajian dipilih menggunakan persampelan bukan rawak iaitu secara
persampelan bertujuan. Ini kerana dalam kajian kualitatif, antara ciri utamanya untuk
mendapatkan maklumat mendalam tentang fenomena dikaji daripada responden kajian
(Klenke, 2008) dan sampel biasanya bukan secara rawak, bertujuan dan kecil (Merriam,
2009). Responden kajian terdiri daripada dua kategori. Kategori pertama terdiri daripada
tiga orang pakar bidang agama dengan kepelbagaian kepakaran dan pengalaman untuk
116
saling melengkapi dan memberikan maklumat yang mendalam kepada persoalan kajian
pertama dan kedua. Responden pertama seorang pensyarah senior dalam bidang hadis di
IPT tempatan. Rasional pemilihan beliau kerana kebanyakan hukum dalam al-Quran
yang didatangkan secara umum dapat dijelaskan melalui penerangan hadis terutama
berkaitan tuntutan dan tatacara solat. Responden kedua merupakan seorang mufti.
Rasional pemilihan beliau untuk mendapatkan sudut pandang yang luas dalam bidang
fiqh dan hadis. Responden ketiga adalah seorang pensyarah Pendidikan Islam di sebuah
maktab perguruan. Rasional pemilihan beliau kerana penglibatan beliau secara langsung
sebagai tenaga pengajar dan pembimbing guru-guru j-QAF Pendidikan Khas. Oleh itu, ia
bersesuaian dengan fokus kajian dengan harapan beliau dapat memberikan maklum balas
dari sudut pandangan syarak dan pengetahuan mengenai murid khas.
Pengkaji telah mendapatkan terlebih dahulu maklumat pengetahuan setiap pakar
mengenai murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Hasilnya adalah dua orang
responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran iaitu sorang responden mempunyai ahli keluarga sindrom down
manakala seorang lagi mengajar guru-guru j-QAF dan terlibat dalam menilai guru j-QAF
praktikal di sekolah pendidikan khas. Selain itu, beliau turut terlibat dengan pembinaan
kurikulum Program j-QAF Pendidikan Khas dan merupakan panel penilai buku teks
untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Seorang lagi
117
responden tidak mengetahui dan tiada pengalaman mengenai murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran.
Responden bagi kategori kedua pula terdiri daripada guru-guru sebuah sekolah
Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) yang
menjalankan Program j-QAF Pendidikan Khas di Daerah Perak Tengah. Pemilihan
sekolah ini kerana sekolah ini sahaja yang memenuhi keperluan kajian iaitu mempunyai
guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam serta merupakan sekolah terawal melaksanakan
Program j-QAF di Daerah Perak Tengah. Kajian ini hanya melibatkan dua orang
responden yang terlibat dengan Program j-QAF bagi memenuhi keperluan persoalan
kajian ketiga, keempat dan kelima. Mereka adalah guru Pendidikan Islam (GPI) dan guru
j-QAF Pendidikan Khas yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program ini.
Setiap responden diberikan kod khas sebagai identiti. Jadual 3.1 menyatakan
profil tiap-tiap responden.
118
Jadual 3.1
Profil Responden Kajian
Pengalaman murid
pendidikan khas
Jantina Umur Jawatan Kepakaran Maklumat Mengajar Kod
Lelaki 65 Profesor Hadis Ada Tiada R1
Madya
Lelaki 75 Mufti Syariah Tiada Tiada R2
Lelaki 48 Pensyarah Pendidikan Islam Ada Tiada R3
Perempuan 29 Guru j-QAF Syariah Ada Ada RG1
Perempuan 32 Guru Undang-undang Ada Ada RG2
Pendidikan
Islam
3.5 Instrumen kajian
Instrumen kajian menggunakan dua set protokol temu bual. Satu instrumen dibina untuk
menemu bual responden yang pakar dalam bidang agama. Satu lagi dihasilkan bagi
tujuan menemu bual responden guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF. Setiap instrumen
mengandungi item-item demografi responden.
119
i. Instrumen Temu bual Pakar Agama
Item instrumen ini dibina untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian pertama
dan kedua. Item instrumen dibina berasaskan fakta-fakta dan teori-teori dalam usul fiqh
berkaitan tuntutan ibadah, perbahasan-perbahasan fiqh, kitab-kitab hadis berkaitan
tatacara dan tuntutan solat dan maklumat berkaitan murid pendidikan khas. Pengetahuan
seorang pakar agama adalah terhad dalam bidang pendidikan khas. Justeru bagi
mengelakkan kekeliruan, item instrumen difokuskan kepada murid-murid pendidikan
khas berdasarkan tahap andaian keupayaan akal mereka. Bagi pakar yang mempunyai
pengetahuan tentang murid pendidikan khas, item–item akan menjurus kepada kategori
murid-murid pendidikan khas. Item-item instrumen dipecahkan kepada tiga bahagian:
a. Pengetahuan pakar mengenai murid-murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran.
b. Tuntutan Solat bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
berasaskan keupayaan akal mereka. Item-item juga merangkumi halangan-
halangan syarak dan kewajipan solat bagi murid-murid tersebut termasuk
solat Jumaat dan qada solat.
c. Tatacara solat yang sesuai bagi murid-murid tersebut, yang merangkumi
rukhsah dalam solat, mengenai isu niat dan lafaz niat serta berkaitan
bacaan-bacaan mudah dalam solat mengikut susunan rukun solat.
Instrumen temu bual dengan pakar agama adalah seperti Lampiran D2.
120
ii. Instrumen Temu bual Guru Pendidikan Khas
Item instrumen ini dibina untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian tiga,
empat dan lima. Item-item dibina berdasarkan tiga dokumen utama yang diedarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia ke sekolah-sekolah sebagai panduan pengajaran amali
solat kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Dokumen tersebut
adalah Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan j-QAF di Pendidikan Khas,
Buku Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas, dan Modul PdP
Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Item-item
instrumen berkaitan murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas
PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas berdasarkan tahap kelayakan melaksana
(ahliyyatul ada’) dan aspek rukhsah (keringanan) dalam niat, perlakuan dan bacaan solat
yang digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan Khas bagi
memudahkan penguasaan solat murid. Instrumen temu bual guru pendidikan khas adalah
seperti Lampiran E2.
3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
Beberapa tindakan diambil sebagai cara untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian iaitu pertama dengan melakukan kajian rintis (Lodico
121
et al., 2010). Ini kerana antara tujuan kajian rintis untuk mengesahkan instrumen dan
prosedur penyelidikan dalam kajian yang amat terancang (Teddlie & Tashakkori, 2009)
iaitu untuk meningkatkan kesahan dalaman instrumen kajian (Chua, 2006). Kesahan
dalaman merupakan kekuatan kajian kualitatif kerana manusia itu sendiri merupakan
sumber utama dalam instrumen pengumpulan dan analisis data di mana realiti diperolehi
secara langsung daripada responden (Merriam, 2009). Hasilnya terdapat item-item
instrumen dibuang, diubah suai atau ditambah (Teddlie & Tashakkori, 2009) sebelum
pengumpulan data sebenar dijalankan (Lodico et al., 2010).
Kajian rintis bagi responden pakar dijalankan terhadap seorang pensyarah kanan
bidang agama di sebuah universiti tempatan bagi mengesahkan instrumen kajian (lihat
Lampiran D1 soalan kajian rintis dan Lampiran D2 soalan temu bual). Dapatan daripada
kajian rintis menunjukkan pakar bidang agama kurang pasti dan tidak tahu mengenai
kategori khusus murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Tetapi bagi pakar yang
mempunyai pengetahuan tentang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran, item
ditanya mengikut kategori murid khas secara spesifik. Pakar bersetuju dengan item temu
bual tersebut, skor yang diberi 6/10. Selain itu, tambahan item A2 di bahagian
pengetahuan mengenai murid pendidikan khas. Soalan item 2 pula dipecahkan kepada
beberapa soalan berasingan agar jelas dan tidak bercampur beberapa soalan dalam satu
item. Item-item yang telah dibina seterusnya diberikan kepada dua orang pakar dalam
bidang sains sosial. Dapatan daripada keduanya dimurnikan bagi membentuk item-item
122
yang jelas, mudah difahami dan menepati persoalan kajian berdasarkan pemboleh ubah
yang terdapat di dalamnya. Hasilnya, setiap item diberikan nombor bilangan mengikut
Bahagian A, B dan C. Item Bahagian B disusun semula mengikut tiga bahagian iaitu
tuntutan solat (B1, B2, B3, dan B5), halangan syarak (B6, B7) dan isu-isu berkaitan solat
(B4-didikan solat, B8 hingga B11– solat Jumaat dan B12, B13 – qada solat). Item
Bahagian C bagi bacaan surah al-Fatihah dijadikan satu item berasingan (C3) manakala
soalan doa qunut tidak dimasukkan kerana fokus kepada rukun solat (item 16 dibuang).
Kajian rintis dijalankan semula kepada pakar yang berlainan pula. Hasil kajian ini
kesemua pakar bersetuju dengan item yang dibina ini dengan skor 9/10 setiap bahagian.
Kajian rintis bagi responden guru dijalankan terhadap guru Pendidikan Islam
untuk menyemak dari segi kandungan dan isi soalan yang menepati persoalan kajian tiga,
empat dan lima. Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan guru kurang pasti mengenai
halangan-halangan syarak secara khusus. Oleh itu, item B2 dibuang dan ditukar kepada
kategori murid khas yang wajib solat. Item-item bahagian C mengenai rukhsah disusun
dan dimurnikan semula dengan penambahan pengetahuan guru mengenai bacaan ringkas
selain modul yang dibekalkan pada C4. Beliau bersetuju dengan item temu bual tersebut,
skor yang diberi 8/10. Kajian rintis dijalankan semula kepada pakar yang berlainan iaitu
seorang guru j-QAF bagi menilai kesesuaian kandungan soalan dan seorang guru Bahasa
Malaysia bagi memastikan penggunaan ayat yang tepat, jelas dan mudah difahami (lihat
123
Lampiran E1 soalan kajian rintis dan Lampiran E2 soalan temu bual). Hasil kajian ini
kesemua pakar bersetuju dengan item yang dibina ini dengan skor 8/10 setiap bahagian.
Selain itu, kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif dibuat dengan melakukan
triangulasi. Triangulasi sebagai satu strategi untuk meningkatkan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan sesuatu kajian atau dapatan kajian (Nahid, 2003). Antara kaedah
triangulasi ialah triangulasi data iaitu melibatkan pelbagai sumber data (Guion, Diehl, &
McDonald, 2013). Dalam kajian ini, triangulasi pelbagai sumber data digunakan iaitu
dapatan daripada tiga responden pakar dan dua orang guru yang dikumpul dan dianalisis
serta dibuat perbandingan. Selain itu, transkrip temu bual turut diberikan kepada
responden untuk pengesahan. Walau bagaimanapun ia hanya dapat dilakukan kepada
responden guru manakala responden pakar mengalami kesukaran kerana kekangan
waktu. Dapatan daripada setiap temu bual pula dilakukan perbandingan dengan analisis
dokumen yang telah dilakukan. Rumusan dibuat setelah perbandingan terhadap dapatan
setiap responden dan analisis dokumen yang dilakukan. Bagi mengelakkan kekeliruan
dan maklumat tertinggal, rakaman terhadap perbualan dan catatan bertulis turut
dilakukan.
124
3.7 Prosedur kajian
Prosedur kajian meliputi pengumpulan data kajian lapangan dari aspek teknikal dan
responden pakar serta guru dan penganalisaan terhadap data yang telah dikumpulkan.
3.7.1 Kajian lapangan
Beberapa perkara telah dilakukan daripada aspek teknikal sebelum kajian lapangan
dijalankan, iaitu mengemukakan satu permohonan untuk menjalankan kajian kepada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), mendapatkan surat
pengesahan pelajar dari Institut Pengajian Siswazah, UPSI serta meminta kebenaran dari
Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk menjalankan penyelidikan ke atas sekolah yang
terpilih. Kesemuanya terdapat pada Lampiran A, B dan C.
Langkah pertama selepas mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian adalah
membuat temu janji dengan responden-responden kajian. Keizinan dipohon daripada
responden untuk merakamkan temu bual yang dijalankan bagi mengelakkan maklumat
penting tertinggal dan memudahkan pengkaji menilai kembali maklumat yang telah
diperoleh. Responden juga dimaklumkan bahawa identiti mereka akan rahsiakan semasa
125
penulisan laporan akhir kajian ini. Selain daripada rakaman, pengkaji juga membuat
catatan sebagai rujukan semasa data analisis.
3.7.1.1 Prosedur temu bual pakar
Proses pengumpulan data dimulakan dengan mengenal pasti pakar bidang agama yang
bertauliah bagi menjawab persoalan kajian satu dan dua setelah diteliti dan ditimbang
daripada aspek kepakaran dan kemudahan untuk berhubung serta mahu ditemu bual.
Pengkaji telah membuat temu janji terlebih dahulu dengan setiap pakar.
Perubahan-perubahan tarikh berlaku mengikut kesesuaian dan kelapangan waktu
responden. Maklumat temu bual diberikan lebih awal melalui e-mel kecuali kepada
responden pertama kerana pengkaji mendapat peluang di saat akhir melalui pertemuan
profesional beliau dengan seorang pelajar doktor falsafah. Bagaimanapun, tujuan
pengkaji telah dimaklumkan lebih awal oleh pelajar tersebut dan mendapat persetujuan
responden.
Temu bual secara bersemuka hanya dapat dijalankan kepada responden pertama
manakala responden dua dan tiga melalui perbualan telefon. Hal ini disebabkan kekangan
dari segi masa dan tugasan antara pengkaji dan responden. Perbualan telefon
126
menggunakan mod loud speaker dan dirakam menggunakan pita rakaman dengan
persetujuan responden. Perbualan dijalankan menggunakan Bahasa Malaysia. Secara
purata, setiap temu bual mengambil masa selama 50-60 minit.
Semasa temu bual, pengkaji telah menjelaskan item-item yang menimbulkan
kekeliruan kepada setiap responden. Selain itu, ketika temu bual dijalankan soalan
adakala perlu diubah untuk memudahkan pemahaman responden.
3.7.1.2 Prosedur temu bual guru pendidikan khas
Pengkaji telah memaklumkan lebih awal hasrat untuk membuat kajian di sekolah kajian
dan mendapatkan persetujuan setiap responden untuk ditemu bual ketika kajian ini masih
di peringkat cadangan. Sebelum temu bual dilakukan, pengkaji mendapatkan keizinan
daripada pihak pentadbir sekolah dahulu. Temu janji dengan setiap responden dibuat
lebih awal dan mengambil kira waktu yang sesuai memandangkan sekolah banyak
terlibat dengan aktiviti di peringkat daerah dan negeri. Tempat untuk ditemu bual
ditentukan oleh responden sendiri mengikut keselesaan mereka.
Temu bual secara bersemuka dijalankan terhadap kedua-dua orang responden dan
dilakukan secara individu. Rakaman dibuat dengan keizinan setiap responden. Temu bual
127
dijalankan di bilik guru kerana kebanyakan guru tiada ketika waktu tersebut dan keadaan
sesuai untuk dijalankan temu bual. Setiap temu bual dijalankan dalam Bahasa Malaysia.
Disebabkan semua responden terdiri daripada guru perempuan, maka perbualan lebih
mudah dan terbuka. Perbualan dilakukan sendiri oleh pengkaji, oleh itu sebarang
ketidakjelasan dapat dijelaskan dan mendapat maklum balas yang baik daripada setiap
responden. Temu bual yang berjalan mengambil masa di antara 25–30 minit.
3.7.2 Penganalisaan data
Data berkaitan analisis dokumen dilakukan dalam dua keadaan iaitu pertama
mengumpulkan maklumat berkaitan tuntutan ibadah meliputi syarat mukalaf, halangan
dan keringanan serta kemampuan menurut syarak dalam pelaksanaan ibadah serta
tatacara solat sebagaimana Rasulullah S.A.W. daripada tesis, kajian dan penulisan ilmiah
dan perbahasan usul fiqh serta kitab-kitab hadis. Setelah itu, maklumat yang diperolehi
dianalisis dengan mengambil pendapat yang paling rajih (tepat) dan mudah serta
bersesuaian dengan golongan kelainan upaya. Dapatan yang diperoleh seterusnya dibuat
perbandingan dengan dapatan melalui temu bual pakar dalam bidang agama. Keduanya
analisis terhadap dokumen berkaitan program j-QAF di mana dapatan yang diperoleh
kemudiannya dibandingkan dengan temu bual dengan guru. Rumusan secara deskriptif
dilakukan setelah dianalisa dapatan daripada analisis dokumen dan temu bual responden.
128
Analisis data bagi temu bual pula dijalankan dengan memberikan kod pengenalan
diri bagi setiap responden terlebih dahulu (lihat Jadual 3.1, halaman 109). Temu bual
dianalisis melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama, setiap temu bual ditranskripkan
dalam bentuk bertulis. Transkripsi tersebut meliputi interaksi lisan yang dirakam semasa
sesi temu bual dijalankan dan catatan pengkaji. Peringkat kedua ialah membuat reduksi,
iaitu menyaring semula transkrip agar kandungan temu bual yang benar-benar bermakna
dan berkaitan sahaja diterima. Peringkat ketiga melibatkan pengekodan pada data yang
dikumpulkan dengan menginterpretasikan transkrip untuk menentukan tema. Setiap kod
yang disediakan diberi definisi operasi daripada perspektif kajian pengkaji. Perbandingan
secara berterusan digunakan untuk menganalisis data. Seterusnya, pengkaji membuat
pentafsiran data secara deskriptif dan penerangan berasaskan transkrip dan catatan
pengkaji sendiri. Suntingan pandangan responden terhadap persoalan kajian yang sesuai
juga dilaporkan.
3.8 Rumusan
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi memenuhi setiap persoalan kajian.
Pengumpulan data menggunakan analisis dokumen dan temu bual semi struktur. Bagi
persoalan pertama dan kedua kajian, analisis dokumen terhadap tuntutan ibadah meliputi
syarat mukalaf, halangan dan keringanan serta kemampuan menurut syarak dalam
129
pelaksanaan ibadah serta tatacara solat sebagaimana Rasulullah S.A.W. daripada tesis,
kajian dan penulisan ilmiah dan perbahasan usul fiqh serta kitab-kitab hadis. Temu bual
pula dijalankan kepada tiga orang responden pakar.
Persoalan ketiga, keempat dan kelima kajian pula, menggunakan analisis
dokumen terhadap tiga dokumen utama di Program j-QAF Pendidikan Khas serta senarai
semak penilaian murid. Temu bual dijalankan kepada dua orang guru. Setiap responden
diberikan kod identiti masing-masing bagi memudahkan analisis data. Triangulasi data
daripada pelbagai sumber iaitu dapatan daripada responden berbeza dan perbandingan
dapatan kajian daripada analisis dokumen ditriangulasikan dengan dapatan daripada temu
bual responden.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian bagi memenuhi setiap persoalan
kajian. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu pertama berkaitan tuntutan dan
tatacara solat bagi murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Hasil kajian
bagi tuntutan solat disusun mengikut empat kategori iaitu 1-tuntutan solat, 2- halangan
syarak, 3-hukum solat Jumaat dan 4-isu-isu berkaitan solat. Tiga kategori umum murid
bermasalah pembelajaran ditetapkan sebagai A-Terencat akal teruk, B- Memiliki akal
kurang daripada tahap normal, C- Memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah laku
termasuk interaksi sosial dan kesukaran mengingat. Hasil kajian tatacara solat pula
131
disusun mengikut turutan iaitu rukhsah dalam solat dan diikuti dengan niat dan bacaan
yang termudah pada setiap rukun solat.
Bahagian kedua adalah hasil kajian mengenai program j-QAF di Pendidikan Khas
yang dibahagikan berdasarkan persoalan kajian iaitu kategori murid bermasalah
pembelajaran yang terlibat dalam Model PdP Amali Solat j-QAF dan aspek rukhsah
dalam Modul PdP Amali Solat terhadap kemudahan penguasaan solat murid pendidikan
khas. Setiap transkrip responden pakar dinyatakan dalam Lampiran F1 dan transkrip
responden guru dalam Lampiran F2. Hanya maklum balas yang berbeza dimasukkan.
Sekiranya sama, satu yang paling lengkap dinyatakan. Rumusan terhadap dapatan kajian
turut diketengahkan.
4.2 Tuntutan solat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
Seramai tiga orang pakar telah di temu bual bagi mendapatkan pandangan terhadap
tuntutan solat bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Seperti yang telah
dinyatakan (lihat Jadual 3.1, halaman 109). Seorang pakar (R1) mempunyai seorang ahli
keluarga yang menghadapi masalah sindrom down. Seorang lagi pakar (R2) merupakan
seorang mufti dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan serta pengalaman tentang
murid-murid pendidikan khas. Walau bagaimanapun beliau merupakan pakar dalam
132
hukum-hukum agama Islam. Responden ketiga (R3) merupakan seorang pensyarah
Institut Perguruan; yang turut mengajar bakal guru-guru j-QAF Pendidikan Khas dan
telah terlibat dalam penghasilan Kurikulum j-QAF bagi murid-murid bermasalah
pembelajaran yang kini digunakan oleh guru-guru dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam di sekolah-sekolah KPM.
4.2.1 Tuntutan solat
Semua pakar bersetuju bahawa tuntutan solat murid khas yang memiliki masalah terencat
akal teruk dan sangat teruk adalah gugur sama sekali kerana tiadanya akal iaitu syarat
utama mukalaf (Lampiran F1-B1). Terdapat perbezaan pendapat mengenai tuntutan solat
murid khas yang memiliki akal kurang daripada tahap normal iaitu terencat akal dan
autisme ringan dan sederhana. Dua orang responden berpendapat mereka masih
mempunyai ahliyyatul ada’’ naqisah kerana masih memiliki daya kefahaman akal dan
boleh dilatih sementara seorang responden berpendapat tuntutan solat mereka gugur sama
sekali kerana tidak sempurna akal dan tidak boleh membezakan (Lampiran F1-B2).
Maklum balas setiap responden menunjukkan kesemua mereka tidak bersetuju murid B
disamakan dengan hukum yang terpakai bagi kanak-kanak mumaiyiz kerana menurut R1
dan R3 kanak-kanak mumaiyiz disebabkan faktor usia tetapi murid terencat akal tersebut
disebabkan halangan kecacatan yang dimiliki manakala respon R2 selari dengan jawapan
133
sebelumnya iaitu mereka sememangnya tidak memiliki ciri tamyiz iaitu membezakan
antara baik dengan buruk (Lampiran F1-B3).
Bagi kategori murid C iaitu memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah
laku termasuk interaksi sosial dan kesukaran mengingat, mereka memiliki ahliyyatul ada’
kamilah iaitu wajib menunaikan solat. Ini kerana mereka masih memiliki akal yang
sempurna tetapi bermasalah dari segi mengawal pergerakan dan berinteraksi serta
penerimaan sesuatu pembelajaran seperti melibatkan ingatan dan bacaan (Lampiran F1-
B5). Jadual 4.1 di bawah menunjukkan pandangan pakar mengenai hukum menunaikan
solat tehadap murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Jadual 4.1
Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Bilangan responden
Kategori murid Gugur Ada Ahliyyatul Ada Ahliyyatul
Ada’ Naqisah Ada’ Kamilah
A.Terencat akal teruk 3 tiada tiada
B.Memiliki akal kurang
daripada tahap normal 1
2
tiada
C.Memiliki akal sempurna
tetapi bermasalah tingkah laku
/kesukaran mengingat 3 tiada tiada
134
4.2.2 Halangan syarak
Semua responden bersetuju bahawa halangan gila dan atah sesuai digunakan bagi murid
bermasalah pembelajaran mengikut tahap kecacatan akal mereka kerana perkara utama
yang diketengahkan adalah tahap kewarasan akal mereka. Walau bagaimanapun, R3 tidak
setuju disamakan halangan gila dan atah bagi murid ADHD dan disleksia (masalah
pembelajaran spesifik) iaitu murid kategori C dalam kajian ini kerana mereka hanya
lambat dalam pembelajaran dan boleh menguasai sesuatu kemahiran tetapi lambat
(Lampiran F1-B6). Persoalan mengenai halangan syarak jahil dan bodoh digunakan bagi
murid bermasalah pembelajaran mendapat maklum balas yang berbeza iaitu R1 bersetuju
digunakan kedua-dua halangan bagi murid khas yang memiliki akal normal tetapi
terhalang mungkin disebabkan sukar faham seolah-olah dakwah tidak sampai manakala
R2 dan R3 tidak bersetuju kerana akal mereka masih ada cuma lambat sedangkan jahil
disebabkan tidak diajar (Lampiran F1-B7).
Jadual 4.2
Halangan Syarak bagi Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Bilangan Responden
Halangan Syarak Setuju Tidak setuju
Gila dan atah bagi terencat akal 3 tiada
Jahil dan bodoh bagi murid khas
memiliki akal sempurna 1 2
135
4.2.3 Hukum solat Jumaat
Persoalan hanya dikemukakan bagi murid kategori C iaitu memiliki akal sempurna tetapi
bermasalah tingkah laku termasuk masalah interaksi sosial dan kesukaran mengingat. Ini
kerana tuntutan solat murid tersebut adalah wajib, maka soalan berkaitan hukum solat
Jumaat yang wajib bagi setiap mukalaf lelaki turut ditanya. Kesemua responden bersetuju
hukum adalah wajib bagi bermasalah pembelajaran yang sukar mengingat berdasarkan
jawapan pada tuntutan solat selain tidak melibatkan masalah berkaitan rukun (Lampiran
F1-B8).
Soalan spesifik iaitu jenis tingkah laku sukar mengawal pergerakan. Mengikut
ketiga-tiga responden, tuntutan solat bagi mereka adalah wajib apabila telah mukalaf
seperti jawapan bagi tuntutan solat. Selain itu, isu pergerakan dalam solat menurut
responden adalah dimaafkan melainkan melibatkan pergerakan besar seperti berlari.
Tambahan pula, sikap hiperaktif tersebut akan semakin berkurang apabila mereka
semakin besar (Lampiran F1-B9).
Bagi jenis tingkah laku yang melibatkan interaksi sosial di mana murid sukar
berinteraksi dan memberi respon kepada jemaah lain serta terlalu menumpukan dunianya
sendiri sehingga sukar menumpukan perhatian ketika khutbah dengan bertindak seolah-
olah berada di dunia lain, bagi R1 dan R2 solat Jumaat mereka sah dan digalakkan tetapi
136
tidak termasuk dalam bilangan ahli Jumaat kerana kurang kesempurnaannya manakala
R3 berpandangan wajib solat Jumaat kerana berdasarkan jawapan pada tuntutan solat
sebelumnya (Lampiran F1-B10).
Jadual 4.3
Hukum Solat Jumaat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Bilangan Responden
Kategori Murid Wajib Tidak wajib
Akal sempurna tetapi bermasalah
kesukaran mengingat 3 tiada
Akal sempurna tetapi sukar
mengawal pergerakan 3 tiada
Akal sempurna tetapi bermasalah
interaksi sosial 1 2
4.2.4 Isu-isu didikan dan qada solat
Isu yang dikemukakan pertama mengenai didikan solat bagi murid khas yang masih
boleh dididik walaupun hukum solat tidak wajib bagi mereka yang memiliki akal kurang
daripada tahap normal. Kesemua responden bersetuju mereka perlu dididik mengenai
solat dan menjadi satu tanggungjawab ibu bapa yang memiliki anak-anak kurang upaya.
137
Setiap responden juga menyatakan didikan berdasarkan tahap kemampuan mereka
(Lampiran F1-B4).
Bagi murid khas bermasalah pembelajaran yang mungkin mengidap sawan, setiap
responden bersetuju wajib solat mereka diqada jika termasuk kategori C. Namun begitu,
mengikut kemampuan kerana hukum solat asal mereka adalah wajib sebagaimana orang
gila yang wajib solatnya ketika waras yakni bagi murid khas apabila sedar daripada
sawannya (Lampiran F1-B11).
Persoalan ditimbulkan bagi murid yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah
dalam tingkah laku sosial/interaksi sosial seperti terlalu menumpukan diri dan berada
dalam dunianya sehingga terlepas waktu solat. Kesemua responden menyatakan tuntutan
solat masih ada dan wajib qada pada kadar kemampuannya iaitu apabila sedar dan
terlepas jika tiada siapa menyedarkannya seperti menghampiri orang gila bagi R1 dan
orang mabuk bagi R3 (Lampiran F1-B12).
138
4.3 Tatacara solat termudah murid bermasalah pembelajaran mengikut hukum
Islam
Tatacara solat dimulakan dengan rukhsah dalam solat dan diikuti dengan niat dan bacaan
yang termudah pada setiap rukun solat.
4.3.1 Rukhsah
Soalan mengenai rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan syarak, menurut kesemua
responden ia dilakukan mengikut kemampuan murid pendidikan khas. Ia merangkumi
sama ada rukun qauli (bacaan) atau fi’li (perbuatan) menurut R3. Menurut R1 dan R2
pula, guru perlu mengajar cara yang sempurna namun begitu dari segi praktikal adalah
berdasarkan kemampuan murid. Oleh itu, dari segi rukun qauli dan fi’li, pengajaran
secara sempurna ditekankan tetapi dilakukan berdasarkan kemampuan murid (Lampiran
F1-C1).
139
4.3.2 Bacaan dalam rukun solat
a) Niat
Ketiga-tiga responden berpendapat bahawa pengajaran lafaz niat sebagaimana sedia ada
tidak perlu. R1 berpandangan pengajaran secara tepat mengenai niat perlu dijelaskan. R1
dan R2 menjelaskan cukup sekadar menyebut ‘Sahaja aku sembahyang Subuh (waktu
solat)’ (Lampiran F1-C2).
b) Membaca al-Fatihah
Setiap responden memberikan pandangan wajib membaca al-Fatihah kerana ia salah satu
rukun solat dan tiada ganti kepada bacaan lain. Isu yang timbul bagi bacaan yang kurang
sempurna dari segi sebutan dan ingatan seperti tertinggal atau berulang-ulang. Pandangan
responden adalah berdasarkan kemampuan murid-murid (Lampiran F1-C3).
c) Bacaan-bacaan mudah dalam solat untuk murid pendidikan khas
Berikut adalah tatacara solat sesuai untuk murid pendidikan khas dan cadangan bacaan-
bacaan mudah bagi setiap rukun solat yang dicadangkan oleh responden untuk murid
pendidikan khas. Pandangan setiap responden di (Lampiran F-C4).
140
Jadual 4.4
Tatacara Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Rukun solat Responden 1 Responden 2 Responden 3
Niat Tidak perlu diajar Tidak perlu diajar Tidak perlu diajar
lafaz lafaz lafaz
Membaca Wajib baca Wajib baca Wajib baca
al-Fatihah ikut kemampuan ikut kemampuan ikut kemampuan
sebutan dan ingatan sebutan dan ingatan sebutan dan ingatan
Rukuk Subhana rabbiyal azim Subhana rabbiyal azim Subhana rabbiyal azim
Iktidal Sami’ allahu liman Sami’ allahu liman Sami’ allahu liman
hamidah hamidah hamidah
Sujud
Subhana rabbiyal a’la
Subhana rabbiyal a’la
Tasbih (subhanallah)
Duduk antara
dua sujud
Baca mana yang ingat Selawat sahaja Baca mana yang boleh
Tahiyat akhir Sehingga selawat Sehingga selawat Sehingga selawat
ibrahimiyyah ke atas nabi ke atas nabi
Ikut kemampuan
4.4 Kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas PdP
Amali Solat j-QAF
Dapatan kajian menunjukkan responden mengetahui syarat-syarat utama mukalaf iaitu
Islam, baligh dan berakal (Lampiran F2-B1). Dari segi kategori murid-murid khas yang
141
wajib solat, kedua-dua responden bersetuju murid khas yang berakal adalah wajib iaitu
murid khas yang bermasalah pembelajaran seperti slow learner dan disleksia, autisme
yang memiliki tahap akal yang normal dan ADHD. RG1 berpandangan, apabila murid
tersebut berumur 10 tahun mesti diajar solat (Lampiran F2-B2).
Murid yang terlibat dalam program j-QAF di sekolah pula menurut semua
responden ia berasaskan kepada kaedah penempatan murid mengikut kelas iaitu hanya
mereka yang berada di kelas 1, 2, dan 3 sahaja manakala kelas 4 perlu mengikuti KSSR.
Kelas 1, 2 dan 3 terdiri daripada majoriti murid bermasalah pembelajaran spesifik dan
seorang autisme manakala kelas 4 terdiri daripada murid yang lemah keupayaan kognitif
iaitu sindrom down (Lampiran F2-B3). Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua
responden bersetuju murid lemah dan sangat lemah keupayaan kognitif tidak mengikuti
program ini (Lampiran F2-B3). Murid-murid tersebut hanya mengikuti kurikulum agama
sedia ada di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (KSSRPKBP) di mana pengajaran solat turut diajar kepada mereka
(Lampiran F2-B4).
142
Jadual 4.5
Tuntutan Solat Murid Bermasalah Pembelajaran dan Aplikasi dalam Model Kelas PdP
Amali Solat j-QAF
Tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran
Wajib Tidak wajib
Menurut guru bermasalah pembelajaran lemah tahap akalnya
seperti slow learner dan seperti sindrom down
disleksia
umur 10 tahun perlu diajar
Pelaksanaan j-QAF
di sekolah
21 orang murid
slow learner dan disleksia
serta seorang murid autisme
6 orang murid sindrom down
menggunakan silibus solat
dalam KSSRPKBP
4.5 Aspek rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF terhadap kemudahan
penguasaan solat murid pendidikan khas.
Kedua-dua responden bersetuju masalah yang dihadapi murid dalam pengajaran solat
ialah mudah lupa dan perlu latih tubi (Lampiran F2-C1). RG1 berpendapat murid kurang
bermasalah dalam menguasai bacaan dalam solat dan sentiasa perlu kepada latih tubi
berterusan melainkan murid yang mempunyai masalah pertuturan. RG2 pula
143
berpandangan murid mengalami kesukaran menguasai bacaan yang panjang (Lampiran
F2-C1). Kedua-dua responden bersetuju ada murid bermasalah menguasai pergerakan
dalam solat disebabkan masalah fizikal murid seperti gemuk, namun begitu dilakukan
mengikut kemampuan murid (Lampiran F2-C1).
Dapatan kajian menunjukkan semua responden menggunakan Modul PdP Amali
Solat yang dibekalkan sepenuhnya (Lampiran F2-C2). Dari aspek rukhsah yang
diketengahkan dalam pengajaran solat, kedua-dua responden bersetuju diajar mengikut
modul secara lengkap tetapi mengikut kemampuan murid dari segi sebutan dan perlakuan
solat (Lampiran F2-C3). Hal yang sama dalam membuat penilaian iaitu dilakukan
berdasarkan kemampuan bacaan dan perlakuan wuduk dan solat murid yang berbeza
(Lampiran F2-C1) berdasarkan panduan penilaian murid bulanan KPM seperti di
Lampiran H (Lampiran F2-C3).
Kedua-dua responden menyatakan tiada bacaan lain selain yang biasa diamalkan
dan seperti dalam modul. Menurut RG1 murid bermasalah bagi bacaan panjang seperti
duduk dua sujud dan tahiyat manakala bacaan bagi rukun yang lain agak mudah dikuasai
kerana biasa didengar dan dibaca. Bagi RG2 pula sekiranya ada bacaan yang lebih
mudah, adalah lebih baik dan mudah dikuasai murid (Lampiran F2-C4). Kedua-dua
responden guru menyatakan bahawa murid tidak menghadapi kesukaran dalam
menguasai lafaz niat solat dan lafaz niat tetap perlu diajar (Lampiran F2-C5).
144
Kesemua responden berpandangan j-QAF Amali Solat membantu meningkatkan
penguasaan murid terhadap solat. Bagi guru j-QAF beliau berdasarkan peningkatan
penguasaan pada rekod penilaian murid. Bagi GPI pula, beliau dapat melihat perubahan
sebelum dan selepas adanya j-QAF di mana penguasaan solat murid lebih baik (Lampiran
F2-C6).
Jadual 4.6
Pelaksanaan dan Aspek Rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF
Indikator Modul PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas
Pelaksanaan di sekolah dilaksanakan sepenuhnya
termasuk lafaz niat
tiada maklumat bacaan ringkas
selain dalam modul
Aplikasi rukhsah dalam
pelaksanaan j-QAF
PdP dijalankan mengikut
kemampuan murid
Penilaian mengikut kemampuan
murid seperti garis panduan KPM
145
4.6 Rumusan
Analisa data dilakukan terhadap transkrip temu bual melibatkan responden yang terdiri
daripada pakar bidang agama dan guru-guru pendidikan khas. Dapatan kajian
menunjukan tuntutan solat bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah
bergantung kepada tahap kefahaman akal mereka. Oleh itu, tuntutan solat murid terencat
akal dan autisme teruk dan sangat teruk adalah gugur sama sekali. Bagi yang ringan dan
sederhana, tuntutan solat masih ada tetapi tidak kepada wajib. Walau bagaimanapun,
aspek didikan solat kepada mereka masih perlu ditekankan oleh guru dan ibu bapa
berdasarkan kemampuan mereka. Tuntutan solat adalah wajib bagi murid autisme
berfungsi tinggi dan sindrom asperger. Begitu juga bagi murid ADHD dan bermasalah
pembelajaran spesifik. Pengajaran terhadap murid pendidikan khas perlu mengambil kira
tahap kemampuan dan kekurangan diri mereka. Dari segi pengajaran bacaan dan
pergerakan solat, fokus adalah kepada rukun solat. Pengajaran lafaz niat tidak perlu,
memadai memahami apa yang dimaksudkan dengan niat dan penjelasan waktu dan
bilangan rakaat bagi setiap solat. Bacaan solat yang wajib hanyalah al-Fatihah dan tahiyat
akhir serta selawat dalam tahiyat akhir. Namun begitu, dalam pelaksanaannya adalah
mengikut kemampuan murid. Oleh itu, guru dan ibu bapa yang memiliki anak-anak
istimewa perlu mengambil berat soal solat mereka kerana ia termasuk salah satu rukun
Islam yang tidak boleh diremehkan.
146
Kategori murid khas yang terlibat dalam Program j-QAF di sekolah kajian adalah
sebagaimana menurut syarak iaitu berakal dan melibatkan semua murid Islam manakala
murid yang tidak mengikutinya tetap diajar mengenai solat menggunakan silibus solat
dalam KSSRPKBP. Guru-guru menggunakan sepenuhnya modul solat yang dibekalkan
tetapi menekankan aspek kemampuan murid dalam melaksanakannya sama ada dari segi
bacaan dan perbuatan. Penilaian murid juga menekankan soal kemampuan dan dinilai
menggunakan garis panduan KPM.
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini merupakan bahagian terakhir dalam penulisan kajian ini. Ulasan dan
perbincangan terhadap dapatan kajian akan dibentangkan. Berdasarkan rumusan dan
analisis daripada hasil kajian dan perbandingan terhadap kajian literatur, beberapa
saranan berkaitan perkara yang dikaji dikemukakan. Cadangan kajian lanjutan turut
dinyatakan. Penulisan bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pertama
rumusan dapatan kajian mengikut persoalan kajian yang digariskan bab satu. Bahagian
kedua perbincangan dapatan kajian. Bahagian ketiga kesimpulan dan implikasi kajian
serta cadangan kajian lanjutan yang berkaitan.
148
5.2 Rumusan dapatan kajian
Rumusan dapatan kajian dinyatakan mengikut persoalan kajian satu hingga lima dan
dipecahkan mengikut topik-topik kecil yang telah ditetapkan bagi setiap persoalan kajian.
5.2.1 Tuntutan solat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
Syarat utama kewajipan solat adalah mukalaf iaitu baligh dan berakal. Oleh kerana murid
bermasalah pembelajaran mempunyai perkaitan dengan masalah akal mereka, maka
setiap jenis kecacatan murid khas bermasalah pembelajaran dibahagikan kepada tiga
kategori utama iaitu pertama terencat akal teruk, kedua memiliki akal kurang daripada
tahap normal dan ketiga memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah laku dan
interaksi sosial serta kesukaran mengingat.
Dapatan kajian menunjukkan tuntutan solat bagi kategori pertama adalah gugur
iaitu murid bermasalah pembelajaran terencat akal teruk dan autisme teruk. Terdapat dua
pendapat mengenai tuntutan solat bagi kategori kedua iaitu pertama gugur sepenuhnya
kerana kurang kesempurnaan akal dan kedua memiliki sebahagian tuntutan melaksanakan
solat iaitu tidak diwajibkan tetapi digalakkan kerana masih mempunyai daya kefahaman
149
akal dan boleh dididik walaupun tidak mencapai tahap normal. Murid terencat akal dan
autisme sederhana serta ringan termasuk dalam kategori ini. Bagaimanapun kedudukan
mereka tidak sama dengan kanak-kanak mumaiyiz kerana mereka terhalang oleh
kecacatan yang dimiliki sedangkan kanak-kanak mumaiyiz memiliki akal normal tetapi
tidak wajib kerana belum baligh. Tuntutan solat bagi kategori ketiga pula adalah wajib
iaitu murid bermasalah pembelajaran spesifik dan ADHD serta autisme berfungsi tinggi
termasuk sindrom asperger. Ini kerana syarat berakal dipenuhi cuma bermasalah dalam
pembelajaran dan berkaitan interaksi sosial.
Selain itu, kewajipan ibadah di dalam Islam akan gugur apabila terdapatnya
halangan seperti dinyatakan dalam syarak. Dapatan kajian menunjukkan hanya dua
halangan syarak iaitu ‘atah yakni terencat akal dan gila yang bersesuaian diguna pakai
sebagai kayu ukur kepada tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran. Terdapat dua
pandangan mengenai dua halangan syarak lain yang diketengahkan iaitu jahil dan bodoh.
Pertama kedua-duanya tidak sesuai digunakan kerana masalah kejahilan berlaku
sekiranya tidak sampai seruan Islam sedangkan murid masih mampu menerima sekiranya
mendapat pendedahan manakala bodoh atas pilihan mereka sendiri manakala pendapat
kedua menerima halangan tersebut apabila murid tidak faham dan seolah-olah seruan
Islam itu tidak sampai sepenuhnya.
150
Selain solat fardu lima waktu yang ditetapkan, solat Jumaat bagi yang lelaki turut
dikaji. Hasilnya kesemua bersetuju adalah wajib bagi murid khas yang mengalami
ADHD dan murid bermasalah pembelajaran spesifik. Daripada segi masalah mengawal
pergerakan semua bersetuju ia tidak membatalkan solat selain kebiasaannya masalah
tersebut semakin hilang apabila meningkat dewasa. Terdapat dua pendapat mengenai
kewajipan solat Jumaat bagi murid autisme berfungsi tinggi iaitu pertama tidak
diwajibkan kerana kurang kesempurnaan tetapi digalakkan dan sah solat yang dilakukan
dengan betul serta tidak dikira dalam bilangan ahli jemaah. Pendapat kedua pula
bersandarkan kewajipan asalnya yang wajib menunaikan solat maka solat Jumaatnya juga
adalah wajib.
Dua isu diketengahkan iaitu berkaitan didikan solat bagi murid khas yang masih
boleh dididik walaupun tidak wajib. Kajian mendapati kesemua responden bersetuju
mereka perlu dididik dan digalakkan solat. Bagi masalah sawan berkaitan qada solat,
dapatan kajian menunjukkan ia dilakukan berdasarkan kemampuan mereka.
151
5.2.2 Tatacara solat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
Dapatan kajian menunjukkan semua responden bersetuju pelaksanaan ibadah murid khas
mengambil kira tahap kemampuan dan rukhsah atau keringanan dalam syarak iaitu rukun
fi’li (perbuatan) dan qauli (bacaan) dalam solat diajar secara sempurna tetapi secara
praktikal adalah mengikut kemampuan mereka.
Tatacara solat yang dikaji meliputi rukun fi’li dan qauli rukun solat iaitu sebanyak
tiga belas rukun mengikut Mazhab Syafi’i. Rukun solat pertama iaitu niat. Menurut setiap
responden, perkara utama yang perlu ditekankan pertamanya kefahaman kepada murid
apa yang dimaksudkan dengan niat iaitu di dalam hati. Kedua kefahaman mengenai
waktu, bilangan rakaat dan fardu serta tidak boleh dilakukan solat fardu di luar waktunya.
Ketiga setelah murid memahami konsep niat dan waktunya, pengajaran cukup kepada
menyebut nama solat seperti ‘Sahaja aku solat Maghrib .’ Hal ini kerana jelas, apabila
hendak solat Maghrib ia hanya merujuk kepada waktu maghrib, solat fardu, tiga rakaat
dan dilakukan kerana Allah.
Bacaan-bacaan sunat yang diketengahkan oleh responden ketika rukuk, iktidal,
sujud, dan duduk antara dua sujud adalah bacaan yang biasa dibaca dalam masyarakat
tetapi dengan lafaz yang lebih pendek atau cukup dengan bertasbih dan berselawat (lihat
152
Jadual 4.4, halaman 130). Bacaan ketika tahiyat akhir yang merupakan rukun pula terdiri
daripada bacaan tahiyat iaitu penghormatan (.. tasyahud iaitu dua kalimah ,(التحيات
syahadah ( هللا) اال اله آل ان ..اشهد dan selawat ( عل صل م مدالله م ى ). Walau bagaimanapun
dapatan menunjukkan ada yang berpandangan ia perlu diajar dan dibaca sehingga selawat
ibrahimiyyah, tidak cukup terhenti pada selawat nabi sahaja. Namun begitu, daripada segi
praktikal adalah mengikut kemampuan murid.
5.2.3 Kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas
PdP Amali Solat j-QAF
Dapatan kajian menunjukkan, guru-guru mengetahui syarat mukalaf secara umum iaitu
Islam, baligh dan berakal. Dalam penentuan murid khas yang wajib solat menurut mereka
adalah bergantung kepada tahap akalnya dan perlu diajar apabila mencecah umur 10
tahun. Dalam pelaksanaan program j-QAF pula, penglibatan murid berdasarkan
penempatan mengikut kelas yang ditetapkan berdasarkan tahap kecerdasan akal murid
iaitu melibatkan murid disleksia dan slow learner (merujuk kepada murid bermasalah
pembelajaran spesifik) serta autisme (istilah digunakan autisme yang memiliki akal
normal). Murid yang lemah dan sangat lemah keupayaan kognitif tidak mengikuti
153
program ini iaitu murid sindrom down. Namun begitu, mereka tetap diajar mengenai solat
menggunakan silibus KSSRPKBP.
5.2.4 Aspek rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF terhadap kemudahan
penguasaan solat murid pendidikan khas
Hasil kajian mendapati, masalah yang dihadapi murid dalam penguasaan solat melibatkan
faktor murid sendiri yang mudah lupa dan perlu kepada latih tubi. Dari segi bacaan solat,
kesukaran melibatkan bacaan panjang seperti duduk antara dua sujud dan tahiyat serta
yang bermasalah pertuturan manakala penguasaan pergerakan dalam solat melibatkan
masalah fizikal murid yang gemuk.
Aspek rukhsah yang diaplikasikan dalam pengajaran guru adalah dengan
mengambil kira kemampuan murid di mana pengajaran menggunakan modul diberikan
sepenuhnya dan diajar secara lengkap tetapi dari segi pelaksanaan, murid mengikut
kemampuan mereka. Oleh itu, pengajaran lafaz niat turut dilakukan kerana guru
berpandangan perlu dan tidak menjadi masalah kepada murid untuk menguasainya
memandangkan majoriti murid adalah bermasalah pembelajaran spesifik. Selain itu,
aspek rukhsah yang diguna pakai adalah dari segi penilaian murid di mana guru-guru
154
menjalankannya dengan mengambil kira keupayaan murid dan mencatatnya dalam
senarai semak pencapaian murid seperti yang digariskan oleh pihak KPM.
Setiap responden menyatakan bahawa kewujudan program j-QAF Amali Solat
amat membantu penguasaan dan minat murid terhadap solat. Berdasarkan maklumat
senarai semak pencapaian murid sekolah juga jelas menunjukkan adanya peningkatan
penguasaan setiap kemahiran bagi setiap murid (lihat rumusan senarai semak pencapaian
murid pada Lampiran G). Bagi guru Pendidikan Islam yang memiliki pengalaman
sebelum dan selepas adanya program j-QAF juga dapat melihat perubahan penguasaan
solat murid dan keperluan program j-QAF di pendidikan khas. Tambahan pula, murid
mengikuti program ini sehingga tamat pembelajaran di sekolah rendah.
5.3 Perbincangan dapatan kajian
Perbincangan dapatan kajian disusun mengikut persoalan kajian dengan mengambil kira
dapatan daripada temu bual dan analisis dokumen serta kajian literatur yang telah
dilakukan.
155
5.3.1 Tuntutan solat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
Tuntutan solat murid khas bermasalah pembelajaran diukur berdasarkan dua perkara
utama iaitu daripada segi kewarasan dan tahap akalnya serta halangan yang terdapat pada
mereka. Dapatan kajian tuntutan solat bagi kategori murid terencat akal dan autisme teruk
adalah selari dengan kajian oleh Ab. Aziz, Mohamad Kamil, Anisah, Mohd Fauzi Hamat,
& Nor Raudah Siren (2009) (lihat Bab 2 halaman 88) dan perbahasan ilmu Usul Fiqh
iaitu gugur tuntutan solat dan mengguna pakai halangan syarak gila dan ‘atah (lihat Bab
2 halaman 41). Mereka hanya mempunyai kelayakan menerima yang sempurna
(ahliyyatul wujub kamilah) tetapi gugur tuntutan ibadah ke atasnya.
Terdapat perbezaan pandangan antara responden kajian bagi kategori murid yang
berakal tetapi tidak mencapai tahap normal iaitu terencat akal dan autisme ringan dan
sederhana iaitu pertama gugur kerana tidak memiliki akal yang sempurna dan kedua
hanya memiliki kelayakan menerima yang sempurna tetapi memiliki sebahagian
kelayakan melaksana (ahliyyatul wujub kamilah dan ahliyyatul ada’ naqisah) iaitu dari
segi tuntutan ibadahnya tidak diwajibkan tetapi digalakkan kerana masih boleh dididik
dan menerima pengajaran. Berdasarkan kajian literatur dijalankan, pengkaji cenderung
dengan pandangan kedua dengan menggunakan halangan gila dan ‘atah jenis kedua di
mana mereka masih mempunyai daya faham dan dapat membezakan perkara baik dan
156
buruk tetapi keupayaan mereka tidak sampai kepada tahap keupayaan orang yang normal.
Mereka ini dihukumkan sama seperti kanak-kanak mumaiyiz (lihat Bab 2 halaman 42).
Walau bagaimanapun, kedudukan murid khas ini tidak menyamakan keadaannya dengan
kanak-kanak mumaiyiz dari segi akalnya kerana mereka terhalang disebabkan kecacatan
manakala kanak-kanak mumaiyiz disebabkan faktor usia yang muda dan boleh
memahami sesuatu tuntutan apabila telah mencapai usia baligh.
Dapatan kajian bagi tuntutan solat murid khas yang memiliki akal normal tetapi
bermasalah tingkah laku dan kesukaran mengingat iaitu murid ADHD, autisme berfungsi
tinggi serta murid bermasalah pembelajaran spesifik selari mengikut perbahasan ilmu
Usul Fiqh iaitu wajib dan memiliki ahliyyatul ada’ kamilah kerana memiliki akal yang
sempurna tetapi hanya melibatkan masalah pengawalan diri dan lambat dalam menguasai
sesuatu kemahiran seperti mengira dan membaca serta bermasalah dalam interaksi sosial
(lihat Bab 2 halaman 45). Walau bagaimanapun, ia berbeza dengan kajian Ab. Aziz et al.
(2009) yang meletakkan secara umum kategori autisme di bawah terencat akal dan
mengguna pakai hukum bagi terencat akal sedangkan autisme berfungsi tinggi tidak
termasuk di dalam kategori terencat akal.
Baligh menjadi kayu ukur terhadap kewajipan menunaikan sesuatu tuntutan
syarak bagi setiap muslim yang berakal disebabkan tahap perkembangan akal yang
abstrak dan berbeza antara setiap individu (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001).
157
Bagaimanapun, dalam kes murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran, sesetengah
mereka memiliki tahap perkembangan akal yang lambat berbanding murid normal
malahan ada yang telah baligh tetapi tidak mencapai tahap pemikiran selari dengan tahap
umurnya. Oleh itu, pengkaji bersetuju dengan pendapat yang diketengahkan oleh R1 di
mana terdapat perbezaan hukum antara yang baligh dan belum baligh iaitu bagi murid
pendidikan khas yang memiliki tahap perkembangan akal normal seperti autisme
berfungsi tinggi, sindrom asperger, murid ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik,
kayu ukur kewajipan solat apabila mencapai baligh. Walaupun begitu, mereka masih
dituntut untuk solat sebelum mencapai umur baligh dan perlu dididik. Bagi murid
pendidikan khas yang memiliki tahap perkembangan akal rendah daripada murid normal
seperti sindrom down ringan dan sederhana serta autisme sederhana, kayu ukur baligh
tidak sesuai digunakan malahan hukum solat mereka tidak wajib tetapi perlu dididik.
5.3.2 Halangan syarak bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
Beberapa halangan terhadap tuntutan syarak yang digariskan secara umum boleh diguna
pakai bagi murid-murid pendidikan khas seperti halangan gila dan atah (terencat akal)
mengikut perbahasan ilmu Usul Fiqh bagi murid terencat akal dan autisme teruk. Ini
dipersetujui oleh setiap responden. Halangan terencat akal jenis kedua iaitu yang masih
mempunyai daya faham dan dapat membezakan perkara baik dan buruk tetapi keupayaan
158
mereka tidak sampai kepada tahap keupayaan orang yang normal sesuai bagi murid
terencat akal ringan dan sederhana dan autisme sederhana. Dapatan ini turut selari dengan
kajian Ab. Aziz et al. (2009). Bagaimanapun, apakah kedudukan bagi murid autisme
berfungsi tinggi yang bermasalah tingkah laku dari segi interaksi sosial? Halangan syarak
yang ada iaitu terencat akal tidak sesuai diguna pakai memandangkan mereka memiliki
tahap akal yang normal tetapi tumpuan kepada dunianya menyebabkan mereka seolah-
olah kelihatan seperti gila. Adakah halangan gila sementara sesuai diguna pakai terhadap
mereka? (lihat Bab 2 halaman 41).
Halangan syarak iaitu jahil dan bodoh pula, kurang sesuai diguna pakai kepada
murid bermasalah pembelajaran yang dikategorikan memiliki akal normal seperti ADHD
dan masalah pembelajaran spesifik sebagaimana pendapat pendapat R2 dan R3. Hal ini
kerana Malaysia merupakan negara Islam dan sewajarnya dakwah Islam sampai dan
boleh difahami oleh murid-murid kategori ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik
melainkan mereka tidak diberikan pendedahan langsung dan sukar faham sebagaimana
pendapat R1 mengenai halangan jahil. Begitu juga dengan halangan bodoh mengikut
syarak adalah merujuk kepada masalah berkaitan pengurusan harta dan kewangan pada
cara yang menyalahi menurut syarak dan akal (Zaydan, 2000; al-Zuhaily, 2001). Oleh itu,
halangan ini sesuai diguna pakai bagi murid khas dalam masalah pengurusan harta tetapi
bukan sebagai penghalang dalam tuntutan ibadah (lihat Bab 2 halaman 43).
159
5.3.3 Hukum solat Jumaat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
Berkaitan kewajipan solat Jumaat pula, antara syarat kewajipannya adalah berakal (al-
Zuhaily, 2010; al-Khin, al-Bugha, & al-Syarbaji, 2000; al-Rahbawi, 1998). Oleh itu,
kesemua murid bermasalah pembelajaran yang dikategorikan memiliki akal normal
seperti ADHD dan masalah pembelajaran spesifik adalah wajib. Namun begitu, masalah
pergerakan seperti dialami murid ADHD tidak menggugurkan kewajipannya
sebagaimana pendapat kesemua responden yang bersetuju masalah pergerakan murid
ADHD tidak mengganggu sahnya solat kerana terdapat dalil-dalil yang menunjukkan
pergerakan seperti mendukung cucu oleh Rasulullah S.A.W. ketika solat seperti yang
diungkap dalam hadis sahih oleh al-Bukhari (1987) (lihat Bab 2 halaman 51).
Pengkaji bersetuju dengan pandangan ini sekiranya melibatkan pergerakan kecil
seperti gerakan jari jemari dan menggaru. Hal yang sama bagi murid khas seperti
pengidap sereberal palsi yang mengalami gangguan saraf sehingga menyebabkan
pergerakan anggotanya sukar dikawal. Ini kerana antara perkara membatalkan solat
adalah apabila melakukan pergerakan besar sebanyak tiga kali berturut-turut (al-Khin et
al., 2000) yang tidak termasuk jenis perbuatan solat iaitu perbuatan yang memberi kesan
kepada orang yang melihatnya seakan-akan pelakunya itu bukan sedang solat (al-
160
Rahbawi, 1998; al-Zuhaily, 2010 dan Zaharuddin, 2008). Selain itu, terdapat perbezaan
tuntutan bagi mereka sebelum dan selepas baligh iaitu wajib setelah baligh.
Bagi murid yang memiliki masalah interaksi sosial di mana murid sukar
berinteraksi dan memberi respon kepada jemaah lain serta terlalu menumpukan dunianya
sendiri sehingga sukar menumpukan perhatian ketika khutbah dengan bertindak seolah-
olah berada di dunia lain, menurut R1 dan R2 hukum solatnya sah namun begitu tidak
wajib dan tidak dikira bilangan ahli solat Jumaat manakala R3 berpendapat tetap wajib
solat Jumaat namun begitu bergantung pada tahap kesedarannya. Di sini pengkaji
cenderung dengan pandangan pertama kerana solat Jumaat adalah wajib bagi orang Islam
lelaki yang akil baligh, merdeka, sihat dan bermukim serta bebas dari segala macam
halangan yang menghalangnya untuk mengerjakannya. Solat Jumaat tidak wajib bagi
anak kecil dan orang gila kerana tidak memenuhi syarat wajib solat Jumaat iaitu berakal
(al-Zuhaily, 2010; al-Khin et al., 2000; al-Rahbawi, 1998 ). Namun begitu, solat Jumaat
anak kecil dan perempuan adalah sah tetapi tidak dikira dalam bilangan jemaah solat
Jumaat (lihat Bab2 halaman 48).
Masalah ini biasanya dihadapi murid autisme berfungsi tinggi yang wajib
menunaikan solat. Walaupun solat fardu lima waktu wajib dilaksanakan oleh mereka
tetapi berbeza dalam hukum solat Jumaat. Ini kerana solat Jumaat mempunyai syarat
161
sahnya tersendiri iaitu antaranya lelaki, mempunyai akal yang sihat dan bebas dari segala
halangan untuk ke tempat solat Jumaat. Selain itu, ia dilaksanakan secara berjemaah dan
bilangan ahli jemaah tersebut pula mesti memenuhi syarat sah tersebut. Di sini boleh
dikatakan tuntutan solat murid khas berbeza antara solat yang wajib didirikan secara
individu dengan berjemaah khususnya bagi murid autisme berfungsi tinggi. Hal ini
sebagaimana perbahasan mengenai solat Jumaat orang buta dan pekak yang dilihat dari
dua sudut iaitu keselamatan diri atau tidak memudaratkan diri serta penekanan kepada
syarat sah solat Jumaat iaitu lelaki yang sihat dan normal (Azman, Zulkifli, &
Mohammad Naqib, 2015). Walau bagaimanapun, menurut Azman et al. (2015), tiada
perbahasan khusus mengenai hukum orang kelainan upaya seperti pekak dan buta dan
hukum yang terhasil adalah ijtihad ulama dan cara mereka memahami sesuatu dalil
hukum (lihat Bab2 halaman 49). Oleh itu, bagi murid autisme yang memiliki kekurangan
pada syarat sah dari segi kesempurnaan akalnya apabila terlalu menumpukan kepada
dunianya menjadikan solat Jumaatnya sah tetapi tidak dikira dalam bilangan jemaah solat
Jumaat. Namun begitu, sekiranya mereka berada dalam keadaan sedar dan tidak
bermasalah menunaikan solat Jumaat serta tidak memudaratkan dirinya untuk ke tempat
solat, maka hukumnya menjadi wajib.
Selain itu, pengkaji turut berpandangan mereka perlu digalakkan walaupun
tuntutan itu tidak mencapai kepada wajib kerana solat Jumaat yang dilakukan mereka
162
dengan sempurna tetap sah seperti orang perempuan dan kanak-kanak. Manakala
kewajipan solat Jumaat murid ADHD dan bermasalah pembelajaran pula adalah wajib
setelah mencapai umur baligh sebagaimana pendapat ketiga-tiga responden pakar.
5.3.4 Isu-isu didikan dan qada solat murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran
Isu didikan solat bagi kategori murid yang berakal tetapi tidak mencapai tahap normal
iaitu terencat akal ringan dan sederhana serta autisme sederhana adalah digalakkan
kerana masih boleh dididik dan menerima pengajaran sebagaimana yang dibincangkan
pada bahagian tuntutan solat murid khas.
Bagi murid khas yang memiliki masalah sawan, ia bergantung kepada masalah
utama yang dimilikinya sekiranya murid seorang terencat akal teruk maka tiada tuntutan
solat di situ tetapi bagi murid ADHD dan bermasalah pembelajaran adalah wajib
menunaikan solat yang tertinggal setelah sedar dari sawan mengikut kemampuan
mengikut pendapat R1 dan R3. Sekiranya lama, tidak wajib mengqadakan solat sama
seperti hukum orang yang gila dan kanak-kanak yang belum baligh (Zaydan, 2000; al-
Zuhaily, 2001). Isu turut ditimbulkan bagi murid autisme berfungsi tinggi apabila terlalu
163
menumpukan diri dan dunianya sehingga terlepas solat apabila tiada orang
menyedarkannya. R1 dan R3 berpandangan halangan gila dan mabuk sekali lagi diguna
pakai. Namun persoalannya kewarasan akal mereka masih ada tidak seperti orang gila
dan mabuk yang hilang ketika menjadi gila dan mabuk. Mungkin hukum yang terpakai
adalah menggunakan kedua jenis halangan ini tetapi tidak menyamakan kedudukannya
sama seperti orang gila dan mabuk dari segi kewarasan akalnya.
5.3.5 Tatacara solat termudah murid bermasalah pembelajaran mengikut hukum
Islam
Dapatan kajian berkaitan rukhsah dalam solat bagi murid pendidikan khas menunjukkan
faktor kemampuan diambil kira dalam pelaksanaan ibadah mereka sama ada dari segi
rukun qauli (bacaan) atau fi’li (perbuatan). Ini adalah selari dengan pensyariatan dalam
Islam yang tidak bertujuan membebankan umatnya dan meraikan kemampuan seseorang
dalam melaksanakannya (al-Mutawalli, 2001; al-Syatibi, 2001; al-Suyuti, 2004)
sebagaimana yang terdapat dalam kaedah fiqh Syafi’i التيسر جتلب iaitu kesukaran املشقة
mendatangkan kesenangan (kemudahan) (al-Suyuti, 2004).
Dapatan berkaitan tatacara solat termudah bagi murid pendidikan khas pula selari
dengan kajian literatur dilakukan terhadap perbahasan ilmu Usul Fiqh dan kitab-kitab
164
hadis (lihat Bab 2 halaman 53-65). Walau bagaimanapun, di sini pengkaji merumuskan
dapatan tersebut dengan beberapa bacaan lain yang termudah dalam setiap rukun solat
seperti berikut:
Jadual 5.1
Bacaan Ringkas Ketika Solat
Rukun solat Bacaan ringkas/mudah
Rukuk س بحانرب العظيم
Iktidal
ده لمنح عالل س
Sujud س بحانرب االعلى
Duduk antara dua sujud رباغفرلرباغفرل
Selawat dalam Tahiyat Akhir كماصليتعلىآلالله م صل علىم مد
كمابركت إب راهيم،الله مبركعلىم مد
علىآلإب راهيم
165
5.3.6 Kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model
Kelas PdP Amali Solat j-QAF
Dapatan kajian menunjukkan syarat utama dalam penentuan kategori murid untuk
mengikuti program j-QAF adalah tahap akal murid iaitu selari dengan syarat utama
mukalaf itu sendiri iaitu berakal (lihat Bab 2 halaman 34). Kesemua murid yang
dilibatkan adalah mengikut ketetapan KPM iaitu semua murid yang beragama Islam dan
mampu menguasai perlakuan dan bacaan solat (Jadual 2.3, halaman 78). Mereka terdiri
daripada murid bermasalah pembelajaran spesifik dan autisme ringan. Walaupun seolah
terdapat percanggahan dari segi tuntutan solat murid autisme ringan kerana yang wajib
adalah autisme berfungsi tinggi namun istilah tersebut yang biasa digunakan di sekolah
bagi murid autisme berfungsi tinggi yang boleh menerima dan memahami pengajaran
tetapi agak lambat dalam pembelajaran. Selain itu, murid lemah dan sangat lemah
keupayaan kognitif tidak mengikuti program ini iaitu murid sindrom down. Murid-murid
tersebut diajar mengenai solat menggunakan kurikulum agama sedia ada di dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
(KSSRPKBP).
166
Jadual 5.2
Perbandingan Analisis Dokumen dengan Temu bual Kategori Murid Bermasalah
Pembelajaran dalam Program j-QAF Amali Solat
Kategori murid Analisis dokumen Temu bual
bermasalah
pembelajaran
Menurut
syarak
Garis panduan
KPM
Guru
Bermasalah
pembelajaran
Wajib
Islam; boleh
kuasai perlakuan/
Wajib
terlibat j-QAF
spesifik
bacaan solat
Autisme berfungsi
tinggi
Wajib
Islam; boleh
kuasai perlakuan/
Wajib
terlibat j-QAF
bacaan solat
ADHD Wajib Islam; boleh
Wajib
kuasai perlakuan/
tiada di sekolah
bacaan solat
Terencat akal dan
autisme ringan
Tidak wajib
digalakkan solat
Tidak terlibat
Tidak wajib
Diajar solat guna
dan sederhana
KSSRPKBP
Sindrom down
ringan dan
sederhana
Terencat akal dan
autisme teruk
Tidak wajib
Tidak terlibat
Tidak wajib
tiada di sekolah
dan sangat teruk
167
5.3.7 Aspek rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF terhadap kemudahan
penguasaan solat murid pendidikan khas
Dapatan kajian menunjukkan masalah utama dihadapi murid bermasalah pembelajaran
dalam menguasai kemahiran solat adalah mudah lupa dan perlu kepada latih tubi. Ini
merupakan antara ciri murid bermasalah pembelajaran iaitu kesukaran yang dihadapi
memberi kesan kepada pembelajaran kemahiran yang berkaitan dengan literasi, numerasi,
bersosial, memberi tumpuan, perancangan dan kordinasi (Kirby & Smythe, 2012). Murid
disleksia antara kategori yang terdapat di sekolah kajian di mana mereka mempunyai
masalah dalam menulis, membaca dan mengeja (Jamila, 2005; Rajesvari, 2008) serta
bermasalah untuk mengingat (Kirby & Smythe, 2012).
Keperluan kepada latih tubi adalah selari dengan kaedah PdP yang biasa
digunakan dalam PdP amali solat sebagaimana menurut Ahmad (2008) dan Kamarul
Azmi & Ab. Halim (2007). Latih tubi memerlukan murid melakukan perlakuan dan
bacaan solat berulang-ulang dan dengan bimbingan. Membaca dan membaca secara
berulang-ulang antara gaya pembelajaran yang banyak ditunjukkan oleh murid
bermasalah pembelajaran dalam mempelajari topik ibadah (Mohd Razimi Husin, 2012).
Hal ini kerana mereka sukar memahami dan mengingat sesuatu pelajaran baru serta perlu
kepada pengulangan (Jamila, 2005).
168
Aspek rukhsah yang diaplikasikan dalam pelaksanaan program j-QAF Amali
Solat bagi murid masalah pembelajaran adalah dengan mengambil kira kemampuan
murid walaupun pengajaran solat diajar secara lengkap mengikut modul. Hal ini adalah
selari dengan pandangan pakar pada perbincangan tatacara solat dan rukhsah dalam
pelaksanaan setiap syariat Islam sebagaimana menurut al-Mutawalli (2001); al-Syatibi,
(2001) dan al-Suyuti (2004).
Berdasarkan pandangan responden guru, murid bermasalah dalam penguasaan
bacaan panjang seperti duduk antara dua sujud dan tahiyat. Ini sebagaimana yang
ditunjukkan dalam rumusan senarai semak pencapaian murid (lihat Lampiran G).
Responden juga tidak mengetahui bacaan mudah selain yang biasa diamalkan. Selain itu,
seperti dinyatakan pandangan pakar di mana pengajaran niat diutamakan bukan lafaz niat.
Ini adalah selari dengan perbahasan kitab-kitab Usul Fiqh oleh al-Zuhaily (2010); al-Khin
et al. (2000); al-Rahbawi (1998) dan kajian semasa oleh Anisah (2008); al-Albani (2000);
al-Jauziyyah (2006) dan Zaharuddin (2008). Hal ini agak berbeza dengan pandangan
guru-guru yang berpendapat lafaz niat perlu diajar. Tambahan daripada itu, dalam senarai
semak pencapaian dan modul diberikan, lafaz niat turut dimasukkan. Timbul persoalan
adakah bagi murid yang agak sukar menghafal lafaz niat tetapi boleh memahami apa
yang dimaksudkan dengan solat maghrib daripada segi waktu dan bilangan rakaatnya
dianggap tidak menguasai sedangkan yang termasuk di dalam rukun dan hadis adalah niat
169
bukan lafaznya? Mungkin di sekolah kajian tidak menghadapi masalah tetapi kita sedia
maklum murid-murid agak sukar mengingat dengan baik dan mungkin dapat menyatakan
ketika waktu dinilai tetapi lupa kemudiannya.
Pelaksanaan j-QAF memberikan impak yang positif terhadap penguasaan solat
murid berdasarkan pencapaian murid pada senarai semak pencapaian amali solat dan
pengalaman responden yang mengajar sebelum dan selepas adanya program j-QAF di
sekolah. Walaupun kajian-kajian sedia ada tertumpu kepada KBS yang berjalan dalam
tempoh jangka pendek, pelaksanaan j-QAF sepanjang murid di sekolah rendah sudah
tentu turut memberikan impak yang positif sebagaimana kajian-kajian literatur yang
menunjukkan keperluan dan keberkesanan program KBS di aliran perdana (Asmawati
Suhid & Lukman Abdul Mutalib, 2009; Noor Azimah Surip & Ab. Halim Tamuri, 2012).
Dapatan ini juga selari dengan dapatan pencapaian yang ditunjukkan di KBS Zon Utara
di mana adanya peningkatan penguasaan murid sebelum dan selepas mengikuti program
(Unit Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, 2012).
170
5.4 Kesimpulan dan implikasi kajian serta cadangan kajian lanjutan
Kepentingan memahami tuntutan ibadah bagi murid-murid pendidikan khas dapat
menjelaskan akan tanggungjawab ibu bapa, guru dan masyarakat umum agar tidak
mengenepikan keperluan golongan ini dalam melaksanakan ibadah khususnya solat
fardu. Hal ini kerana, kewajipan solat tidak hilang dengan mudah malahan mereka yang
sakit masih dituntut mengerjakannya mengikut kemampuan mereka. Tuntutan solat murid
khas dilihat dalam dua keadaan iaitu sebelum akil baligh dan selepas akil baligh serta
solat yang wajib dilakukan secara berjemaah dan tidak.
Sebelum akil baligh, penekanan syariat Islam terhadap pendidikan solat sejak
kanak-kanak mumaiyiz perlu diterapkan juga kepada murid-murid khas. Pada tahap ini,
kanak-kanak memiliki ahliyyatul ada’ naqisah iaitu sebahagian kelayakan untuk
menunaikan sesuatu tuntutan syariah. Apabila dikerjakan dengan sempurna mengikut
kemampuannya, mereka diberi ganjaran pahala. Kanak-kanak khas di tahap ini meliputi
mereka yang mengalami terencat akal ringan dan sederhana (termasuk sindrom down),
autisme berfungsi tinggi dan sederhana, ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik.
Setelah mereka mencapai akil baligh, maka tuntutan sebagai mukalaf telah ada. Namun ia
hanya bagi murid-murid khas yang memiliki akal normal seperti autisme berfungsi tinggi,
ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik. Bagi kanak-kanak yang mengalami
171
terencat akal dan autisme teruk, tuntutan solat terhadap mereka gugur sama sekali kerana
tiadanya syarat utama mukalaf iaitu berakal walaupun mereka telah baligh.
Perlu difahami, kajian ini memberikan satu perspektif terhadap tuntutan solat
murid khas secara umum. Ini bermakna, sekiranya murid mengalami kepelbagaian
kecacatan maka kecacatan yang dominan sebagai ukuran. Contohnya sekiranya murid
seorang autisme dan ADHD, perlu dilihat tahap autismenya. Jika murid disahkan autisme
sederhana maka tuntutan solat yang terpakai seperti murid autisme sederhana iaitu
memiliki ahliyyatul ada’ naqisah walaupun murid ADHD wajib menunaikan solat.
Syarak juga hanya menetapkan garis panduan halangan terhadap pelaksanaan tuntutan
syarak secara umum. Tiada perbahasan khusus mereka yang mengalami sindrom down,
ADHD mahupun autisme. Dalam kes murid khas bermasalah pembelajaran yang
memiliki kepelbagaian kecacatan, halangan syarak seperti gila dan atah atau terencat akal
boleh digunakan dalam penentuan hukum bagi mereka.
Pengajaran solat bagi murid-murid khas tertumpu kepada rukun solat yang wajib.
Guru mahupun ibu bapa perlu mendidik anak-anak khas ini dengan bacaan paling mudah
yang juga diajar oleh Rasulullah S.A.W. Persoalan lafaz niat yang tidak termasuk dalam
rukun malah tidak pernah dinyatakan oleh Baginda S.A.W. seharusnya tidak diberat-
172
beratkan walaupun masyarakat umum telah terbiasa dengannya. Rukhsah atau keringanan
dalam pelaksanaan sesuatu syariat sememangnya diambil kira dalam Islam. Oleh itu,
pengajaran formal guru sebolehnya menyampaikan pengisian secara sempurna tetapi
daripada segi praktikal murid bergantung pada tahap kemampuan mereka. Adalah suatu
bonus kepada murid yang boleh melaksanakan solat dengan bacaan dan perlakuan yang
sempurna ditambah dengan bacaan-bacaan sunat seperti doa iftitah. Namun begitu, tidak
bermakna kurangnya mereka yang hanya boleh menguasai apa yang wajib kerana
sekurang-kurangnya walaupun mereka tidak memiliki penguasaan akademik yang baik,
pengajaran agama yang menjadi bekalan akhirat ada pada mereka.
Program j-QAF yang diperluaskan ke sekolah-sekolah pendidikan khas dilihat
sebagai satu inisiatif bagi memenuhi keperluan pengetahuan agama Islam murid-murid
khas. Ini kerana dengan adanya program j-QAF di mana guru yang terlibat sememangnya
memiliki kelulusan bidang agama membolehkan pengajaran Pendidikan Islam
disampaikan dengan baik. Perluasan program j-QAF ke sekolah-sekolah pendidikan khas
suatu usaha murni oleh pihak KPM bagi menampung keperluan guru agama di
pendidikan khas yang sebelum ini terpaksa meminjam guru Pendidikan Islam daripada
aliran perdana yang tidak memiliki pengetahuan tentang murid khas dan pengajaran oleh
guru pendidikan khas yang memiliki latar belakang pengajian agama walaupun bukan
opsyen. Bagaimanapun keperluan di peringkat sekolah menengah masih belum
173
mencukupi. Tambahan pula kewajipan solat telah ada bagi murid khas di sekolah
menengah.
Kewujudan Akademi Fakih Intelek di Petaling Jaya yang menyediakan kepakaran
dan kemudahan bagi orang kelainan upaya termasuk kanak-kanak mempelajari ibadah
dan al-Quran mendapat kerjasama daripada pensyarah-pensyarah dan siswazah di
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Hal ini menunjukkan keperluan kerjasama
dengan pihak profesionalisme seperti institut-institut pengajian tinggi yang terdapat di
sekitar Daerah Perak Tengah seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi
Petronas dan Kolej Profesional MARA yang memiliki pensyarah-pensyarah dalam
bidang agama untuk membantu peningkatan penguasaan murid-murid khas dalam ibadah
dan al-Quran.
Tiada kajian khusus berkaitan program j-QAF di Pendidikan Khas dan kajian ini
hanya sebahagian usaha kecil pengkaji untuk menyumbangkan idea terutama dalam
perkembangan ilmu berkaitan bidang Pendidikan Islam di pendidikan khas khususnya.
Oleh itu, pengkaji mencadangkan beberapa cadangan kajian akan datang yang boleh
memberi manfaat dalam perkembangan ilmu pendidikan dan pendidikan khas iaitu:
174
1. Kajian Perbandingan Penguasaan Solat Murid Pendidikan Khas Menggunakan
Bacaan-bacaan Mudah Dalam Solat.
2. Kajian Perbandingan Pelaksanaan Program j-QAF Pendidikan Khas di sekolah-
sekolah bandar dan luar bandar.
3. Kajian Keberkesanan dan Keperluan Program j-QAF Pendidikan Khas Menurut
Perspektif Ibu Bapa.
4. Kewajipan Ibadah Murid Autisme Menurut Perspektif Syarak.
5.5 Rumusan
Pengajaran solat kepada murid-murid khas bermasalah pembelajaran perlu diberikan
mengikut tahap kemampuan mereka dengan mengambil kira rukhsah dan keringanan
yang ada di dalam syarak. Walau bagaimanapun, ia tidak menafikan hak mereka untuk
menerima pengajaran solat secara sempurna sekiranya mampu melakukannya.
Kajian ini mencadangkan kepada pengajaran solat melibatkan bacaan dalam
rukun solat dipermudahkan dengan bacaan-bacaan yang mudah dan ringkas tetapi tidak
175
bertentang dengan nas syarak kerana terdapatnya bacaan-bacaan lain yang turut dibaca
oleh Rasulullah S.A.W.. Selain itu, pendedahan dan pengetahuan mengenai tuntutan solat
anak-anak istimewa ini diharap dapat memberikan kesedaran akan peranan dan
tanggungjawab keluarga, guru dan masyarakat terhadap golongan ini dalam beribadah.
Usaha kerajaan memperluaskan Program j-QAF di pendidikan khas seharusnya
dijadikan suatu pemangkin kepada usaha memperkasakan penguasaan solat dan
Pendidikan Islam itu sendiri dalam diri murid-murid berkeperluan khas. Kekurangan guru
agama di pendidikan khas juga secara tidak langsung dapat dipenuhi dengan wujudnya
program ini. Oleh itu, pengetahuan yang diterima perlu dimantapkan lagi oleh ibu bapa
dan keluarga di rumah kerana golongan ini perlu sentiasa dibimbing dan diberi motivasi.
Sokongan masyarakat turut diperlukan seperti mewujudkan suatu institusi sokongan
kepada mereka dalam mendalami ilmu agama kerana kekurangan diri mereka adakala
menjadi penghalang untuk mereka mengikuti pembelajaran di kelas-kelas biasa. Kajian-
kajian berkaitan Pendidikan Islam dan hukum-hukum yang melibatkan murid-murid
berkeperluan khas boleh diperluaskan dan diperbanyakkan dari pelbagai sudut dengan
tujuan untuk memenuhi keperluan mereka dalam menjalani kehidupan insan yang
beragama.
176
RUJUKAN Ab. Aziz Mat Zin, Mohamad Kamil Ab. Majid, Anisah Ab Ghani, Mohd Fauzi Hamat,
Nor Raudah Hj Siren. (2009). Dakwah Islam terhadap Orang Kurang Upaya.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Abdullah Nasih Ulwan. (2010). Tarbiyatul awlad fil Islam. Syed Ahmad Semait (Terj.),
Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.
Abu Dawud, Sulayman bin al-Asy’ath al-Sajistani. (t.t.). Sunan Abi Dawud. Tahqiq:
Muhammad Nasir al-Din al-Albani. Riyadh: Maktabah al-Ma’arif Lil Nasyr wa at-
Tauzi’.
Abu Zahrah, Muhammad. (t.t.). Usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-‘Arabi.
Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian agama islam & j-QAF metodologi dan pedagogi
pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. (2000). Shifatu shalaati an-Nabiyyi s.a.w min
takbiiri ilaa at-tasliimi ka annaka taraaha. Muhammad Thalib (Terj.), Sifat shalat
nabi. Yogyakarta: Media Hidayah.
Al-Amidy, Ali Bin Abi Ali. (1967). al-Ahkam fi usul al-ahkam. Al-Qahirah: Muassasah
al-Halabi.
Al-Bukhari, Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim. (1987). Sahih al-Bukhari. Tahqiq:
Mustafa al-Bugha. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Al-Jauziyah, Ibnu Qayyim. (2006). Kitabus Shalah wa Hukmu Tarikihi. Amir Hamzah
Fachruddin & Kamaluddin Sa’diatulharamaini (Terj.), Rahsia shalat dan hukum
meninggalkannya. Selangor: Pustaka Dini.
Al-Khin, Mustafa, Al-Bugha, Mustafa & As-Syarbaji, Ali. (2000). Al-fiqh al-manhaji ala
mazhab al-imam as-syafi’i. (Jil.1). Beirut: Dar Asy-syamiyyah.
Al-Mutawalli, Misbah Al-Sayyid Hammad. (2001). Al-istita’ah wa atharuha fi al-taklif
al-syar‘iyyah: Dirasah fiqhiyyah muqaranah (2nd
ed.). Kaherah: Dar al-Nahdah
al-‘Arabiyyah.
Al-Nasa’i, Abu Abd al-Rahman Ahmad bin Syuaib. (t.t.). Sunan an-Nasa’i. Tahqiq:
Muhammad Nasir al-Din al-Albani. Riyadh: Maktabah al-Ma’arif.
177
Al-Syatibi, Abi Ishaq. (2001). al-Muwafaqat fil usul al-syariah. Beirut: Darul Kutub al-
Ilmiyah.
Al-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman. (2004). Al-asybah wa an-nazoir fi qawaid wa
furu’ as-syafi’iyyah. Kaherah: Darussalam Littiba’ah Wannasyr Wattauzi’
Wattarjamah.
Al-Zuhayli, Wahbah. (2001). Usul fiqh al-Islami. Damsyik: Darul Fikr.
_________________. (2010). Al-fiqhu asy-syafi’i al-muyassar. Muhammad Afifi &
Abdul Hafiz (Terj.), Fiqih imam syafi’i. Jakarta: al-Mahira.
Amri Daud. (2005). Keberkesanan pelaksanaan program j-QAF di dua buah sekolah
rintis di Terengganu. (Tesis Master). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Anisah Ab. Ghani. (2008). Konsep dan pengamalan solat satu kajian di zaman
Rasulullah, sahabat dan tabi’in. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication.
Al-Rahbawi, Abdul Qadir. (1998). As-Solatu ‘alal mazahibil arba’ah. Zeid Husein & M.
Hasanudin (Terj.), Solat empat mazhab. Jakarta: P.T.Pustaka Litera AntarNusa.
Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib. (2009). Tinjauan terhadap pelaksanaan
kem bestari solat. Journal of Islamic and Arabic Education (1)1,15-28.
Azman Ab Rahman, Zulkifli Mohamad al-Bakri & Mohammad Naqib Hamdan. (2015).
Fiqh ibadah orang kelainan upaya (OKU). Negeri Sembilan: Penerbit USIM.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
(2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Satu. Selangor:
KPM.
Bahagian Pendidikan Khas KPM. (2008a). Buku panduan dasar, pelaksanaan dan
pengurusan j-QAF di pendidikan khas. Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn. Bhd.
_____________________________. (2008b). Buku Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-
QAF di Pendidikan Khas . Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn. Bhd.
_____________________________. (2008c). Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn. Bhd.
178
Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011).
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Pendidikan Khas) Masalah Pembelajaran.
Kuala Lumpur: KPM.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Sdn. Bhd.
Creswell, John W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods
approaches (4th
ed.). Thousand Oaks: SAGE Publication Inc.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi. Skudai: Penerbit UTM.
Fauziah Hanim Jalal, Marzaida Badaruddin, Ibrahim Hashim, Nazariah Abd Samad,
Haniz Ibrahim, Melati Sumari. (2012, April). Pendidikan solat dalam kalangan
kanak-kanak berkeperluan khas berdasarkan pendekatan keibubapaan Luqman al-
Hakim. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas Univeristi
Pendidikan Sultan Idris, Melaka.
Fetsco, T. & McClure, J. (2005). Educational psychologhy: An intergrated approach
to classroom decisions. Boston: Allyn & Bacon.
Hamdi Ishak. (2010). Pekak dan bisu menurut perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
___________. (2012, April). Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( Masalah Pendengaran). Prosiding
Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas Univeristi Pendidikan Sultan Idris,
Melaka.
Hallahan, Daniel P. & Kauffman, James M. (2000). Exceptional learners introduction to
special education. Boston: Allyn & Bacon.
Idris Awang. (2001). Kaedah penyelidikan: Suatu sorotan. Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.
Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya hidup bersyariat.
Selangor: Telaga Biru.
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). Sukatan pelajaran
pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan menengah. Kuala
Lumpur: KPM.
179
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Buku panduan
Pendidikan Islam pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan
menengah. Kuala Lumpur; KPM.
Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
K.A Razhiyah. (2008). Apa itu autisme?. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.
Klenke, Karin. (2008). Qualitative research in the study of the leadership. UK: Emerald
Group Publishing Limited.
Lodico, Marguerite G., Spaulding, Dean T. & Voegtle, Katherine H. (2010). Methods in
educational research: From theory to practice (2nd
ed.). San Francisco: Jossey-
Bass.
Merriam, Sharan B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation.
San Francisco: Jossey-Bass.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muslim, Abu al-Husayn al-Imam Muslim al-Naysaburi. (t.t.). Sahih Muslim. Beirut: Dar
al-Jil Beirut.
Parkinson, Gill & Johnson, Mike. (2006). Epilepsy. London: Continuum International
Publishing Group.
Prater, Mary Anne. (2007). Teaching strategies for students with mild to moderate
disabilities. Boston: Pearson Education.
Punch, K.F. (2009). Introduction to research methods in education. London: SAGE
Publications.
_________. (2014). Introduction to social research: quantitative and qualitative
approaches (3rd
ed.). Thousand Oaks: SAGE Publications Inc.
Rafidah Mohamad Noor. (2009). Kaedah pelaksanaan program j-QAF dan penguasaan-
180
nya dalam kalangan pelajar SK Sri Laksamana, Masjid Tanah,Melaka. (Kajian
Ilmiah Ijazah Sarjana Muda). UTM, Johor.
Rajesvari a/l Ramasamy. (2008). Masalah disleksia dalam kalangan murid-murid
pemulihan di sekolah rendah, Pulau Pinang. (Tesis Master). USM, Pulau Pinang.
Ramayulis. (2001). Metodologi pengajaran agama Islam (3rd ed.). Jakarta: Kalam
Mulia.
Seidman, Irving. (2013). Interviewing as qualitative research: a guide for researchers in
education and the social sciences (4th
ed.). New York:Teachers College Press.
Siti Fatimah & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal
of Islamic and Arabic Education (2)2,53-64.
Tafsir al-Quran al-Karim Rasm Uthmani Bahasa Melayu. (2010). Selangor: al-Hidayah
House of Quran Sdn. Bhd.
Tafsir Ibnu Katsir. (2010). Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi’i.
Taylor, Ronald L., Smiley, Lydia R. & Richards, Stephen B. (2009). Exceptional
students: Preparing teachers for 21st century. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Teddlie, Charles & Tashakkori, Abbas. (2009). Foundations of mixed methods research:
Integrating quantitative and qualitative approaches in the social and behavioral
sciences. Thousand Oaks: SAGE Publication Inc.
Unit Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Pencapaian penguasaan murid pendidikan
khas dalam kem bestari solat j-QAF 2011 zon selatan.
Zaharuddin Abd. Rahman. (2008). Formula solat sempurna. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
Zaydan, Abdul Karim. (2000). al-Wajiz fi usul fiqh. Lebanon: Resalah Publisher.
Internet
Abdullah Yusoff, Che Rabiaah Mohamed, Che Noorwani Che Wil, Azhari Muhamood &
181
Halim bin Wan Ibrahim. (2013). Pengetahuan tentang pendidikan khas dalam
kalangan guru pelatih program j-QAF minor pendidikan khas. Dalam Ahmad
Munawar Ismail, Ab. Halim Tamuri, Mohd Yusof Othman, Jawiah Dakir,
Kamarulzaman Abd. Ghani, Othman Loman,… Mohd Izzuddin Mohd Pisol (Eds.),
Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF pada 19-20 Jun 2013 (hal.
109-126). Diakses dari https://www.academia.edu/4514588/SKP_j-QAF_2013.
Akmariah Mamat & Sofiah Ismail. (2010, November). Kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru pemulihan jawi di Malaysia. Proceedings of The 4th
International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI,
Bandung Indonesia. Diakses dari http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING
/UPIUPSI/2010/Book%202/KAEDAH%20PENGAJARAN%20DAN%20PEMBE
LAJARAN%20GURU%20PEMULIHAN%20JAWI%20DI%20MALAYSIA.PDF
pada 30 Mac 2011.
Akta Pendidikan. (1996). Diakses dari http://jpt.mohe.gov.my/ RUJUKAN/akta/akta%20
pendidikan%201996.pdf pada 22 Februari 2012.
Ariffin Mohd. Noor. (2012). Majlis pelancaran unit pendidikan khas ugama jabatan
pengajian islam (UPKU JPI). Diakses dari
http://www.information.gov.bn/pressroom/index pada 13 November 2012.
Asmawati Suhid. (2013). Penelitian dan pemahaman terhadap model program j-QAF.
Dalam Ahmad Munawar Ismail, Ab. Halim Tamuri, Mohd Yusof Othman, Jawiah
Dakir, Kamarulzaman Abd. Ghani, Othman Loman,… Mohd Izzuddin Mohd Pisol
(Eds.), Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF pada 19-20 Jun 2013
(hal. 19-36). Diakses dari https://www.academia.edu/4514588/SKP_j-QAF_2013.
Autism Speaks. (2013) What is autism?. Diakses dari https://www.autismspeaks.org/
pada 15 Februari 2013.
Dyspraxia Foundation. (2012). Dyspraxia at a glance...What is dyspraxia?. Diakses dari
http://www.dyspraxiafoundation.org.uk/services/dys_glance.php pada 13
September 2012.
Gartland, D. & Strosnider, R. (2011). Learning disabilities: Implications for policy
regarding research and practice: A report by the NJCLD March 2011. Learning
Disability Quarterly (34) 4, 237-241. doi: 10.1177/0731948711421756
Gill, P., Stewart, K., Treasure, E. & Chadwick, B. (2008). Methods of data collection in
qualitative research: Interviews and focus group. British Dental Journal 204, 291-
295. doi: 10.1038/bdj.2008.192.
182
Guion, L.A, Diehl, D.C & McDonald, D. (2011). Triangulation: Establishing the Validity
of Qualitative Studies. Diakses dari http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/FY/FY39400.pdf
pada 20 Oktober 2013.
Hajarul Bahti, Mohd Huzairi, Bani Hidayat, Nor Hayati Fatmi Talib, Nabiroh Kassim.
(2010, November). Isu dan Cabaran Guru dalam Pendidikan al-Quran Pelajar
Bermasalah Penglihatan. Proceedings of The 4th International Conference on
Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI, Bandung Indonesia. Diakses dari
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/Book_5/ISU_DAN_
CABARAN_GURU_DALAM_PENDIDIKAN_AL-QURAN_PELAJAR_
BERMASALAH _PENGLIHATAN.PDF pada 30 Mac 2011.
j-QAF bagi 12,000 murid bermasalah. (2007, 13 November). Utusan Online. Diakses dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan.
Kavale, Kenneth A., Spaulding, Lucinda S. & Beam, Andrea P. (2009). A time to define:
Making the specific learning disability definitions prescribe specific learning
disability. Learning Disability Quarterly (32) 1, 39-48. Diakses dari
http://digitalcommons.liberty.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1125&context=educ_
fac_pubs.
Kirby, A. & Smythe, Ian. (2012). Specific learning difficulties: A guide for employers.
Do-IT Solutions LTD. Diakses dari http://www.doitprofiler.info/media/ 8979/do-
it_solutions_-_a_guide_for_employers.pdf pada 21 September 2012.
Malaysian Psychiatric Association [MPA]. (2012). ADHD. Diakses dari
http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=810. Diakses pada 2 Disember
2012.
Misnan Jemali, Ibrahim Hashim, Zanariah Noor, Muhammad Akramin Kamarulzaman,
Abdul Nasir Abdul Latif, Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, … Hasanudin Abd.
Hamid. (2013). Perlaksanaan dan pencapaian program j-QAF: Kajian seluruh
Malaysia. Dalam Ahmad Munawar Ismail, Ab. Halim Tamuri, Mohd Yusof
Othman, Jawiah Dakir, Kamarulzaman Abd. Ghani, Othman Loman,… Mohd
Izzuddin Mohd Pisol (Eds.), Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF
pada 19-20 Jun 2013 (hal. 51-82). Diakses dari
https://www.academia.edu/4514588/SKP_j-QAF_2013.
Mohd Huzairi Awang@Hussain, Hajarul Bahti Zakaria, Bani Hidayat Mohd. Shafie, Nor
Hayati Fatmi Talib & Nabiroh Kassim. (November, 2010). Persepsi pelajar
bermasalah pendengaran terhadap pembelajaran fardhu ‘ain. Proceedings of The
183
4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI,
Bandung Indonesia. Diakses dari http://file.upi.edu
/Direktori/PROCEEDING/UPIUPSI/2010/Book%202/PERSEPSI%20PELAJAR%
20BERMASALAH%20PENDENGARAN%20TERHADAP%20PEMBELAJAR
AN%20%20FARDU%20AIN%20CABARAN%20TERHADAP%20GURU. PDF
pada 30 Mac 2011.
Mohd Razimi Husin. (2012). Model Islam dan barat dalam mengenal pasti gaya
pembelajaran murid sukar belajar. Diakses dari http://seminar.ipislam.edu.my/wp-
content/uploads/2012/07/26-MODEL-ISLAM-DAN-BARAT-DALAM-
MENGENAL-PASTI-GAYA-PEMBELAJARAN-MURID-SUKAR-
BELAJAR.pdf pada 20 Ogos 2012.
Nahid Golafshani. (2003). Understanding Reliability and Validity in Qualitative
Research. The Qualitative Report (8), 4, 597-607. Diakses dari
http://www.nova.edu/ssss/QR/QR8-4/golafshani.pdf pada 20 September 2013.
Noor Azimah Surip & Ab. Halim Tamuri. (2012). Penilaian pelaksanaan KBS j-QAF di
sekolah rendah Daerah Selangor. Diakses dari http://seminar.ipislam.edu.my/wp-
content/uploads/2012/07/43-PENILAIAN-PELAKSANAAN-KBS-J-QAF-DI-
SEKOLAH-RENDAH-DAERAH-SELANGOR.pdf pada 20 Ogos 2012.
Norzila Zakaria. (2009). Kanak-kanak berkeperluan khas. Diakses dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info pada 3 September 2012.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Brunei. Diakses dari
http://www.moe.edu.bn/web/moe/dept/coreedu/seu/progss pada 13 November
2012.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakses dari
http://www.moe.gov.my/bpkhas/ pada 10 November 2012.
Rochmat Wahab. (2005). Country report on education provisions for the children with
intellectual disabilities in Indonesia. Diakses dari
https://www.nise.go.jp/kenshuka/josa/kankobutsu/pub_d/d-240/d-240_13.pdf pada
15 Februari 2014.
Rosniza Mohd Taha. (2008, 17 Januari). j-QAF pendidikan khas:Dakwah anak murid
OKU program j-QAF diperluas ke kelas pendidikan khas. Diakses dari
www.bharian.com.my pada 3 Mac 2011.
184
Rudy, Lisa Jo. (2013). What is Autism?. Diakses dari
http://autism.about.com/od/whatisautism/a/whatisautism2.htm pada 22 Mac 2013.
Sunardi, Mucawir Yusuf, Gunarhadi, Priyono & L.J, Yearger. (2011). The
implementation of inclusive education for student with special need in Indonesia.
Excellence in Higher Education (2), 1-10. Diakses dari
http://ehe.pitt.edu/ojs/index.php/ehe/article/view/27/25.
Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran
Negeri Wilayah Persekutuan. (2012). Pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Diakses dari http://www.upkkl.com/2011/04/pendidikan-khas-bermasalah-
pembelajaran.html pada 18 Julai 2012.
Lampiran D1
Soalan Temu bual Responden Pakar (Kajian Rintis)
Temu bual ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian yang bertajuk ‘Tuntutan Pelaksanaan
Solat Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran’. Temu bual ini bertujuan untuk
mendapatkan pandangan mengenai dua perkara iaitu:
1.Tuntutan solat mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran berdasarkan syarat-syarat
kelayakan dan halangan-halangan syarak.
2.Tatacara solat yang paling mudah dan bersesuaian mengikut syarak bagi murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran untuk diajar dan diaplikasikan oleh murid bermasalah pembelajaran.
Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang terlibat di dalam skop kajian merupakan
mereka di bawah kelolaan KPM iaitu murid-murid sindrom down, Austisme ringan, ADHD,
terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik. Kerjasama daripada pihak tuan amat
dihargai. Terima kasih.
A. Pengetahuan Mengenai Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Item 1: Adakah Tuan mengetahui mengenai murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran?
Sekiranya ya, jelaskan mengenainya.
Sekiranya tidak atau kurang jelas, saya akan memberikan penerangan bagi setiap kategori yang
termasuk di dalam kajian ini sebelum menyentuh mengenai tuntutan ibadah solat dan tatacara
termudah yang dibenarkan syarak untuk dikerjakan bagi golongan ini.
B. Tuntutan Solat Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
1) Terencat akal .
Terencat akal atau dikenali sebagai mental retardation mengikut definisi American Association
on Mental Retardation (AAMR) merujuk kepada fungsi kecerdasan akal yang berada di bawah
kecerdasan purata. Antara jenis-jenis murid berkeperluan khas terencat akal adalah murid
sindrom down dan sereberal palsi. Tahap IQ mereka berada pada skor 75 ke bawah. Mereka
terdiri daripada tiga kategori berdasarkan tahap IQ iaitu terencat akal ringan, sederhana, teruk dan
sangat teruk.
Bagi terencat akal ringan, mereka mengalami perkembangan mental yang lambat, namun begitu
masih berpotensi untuk berkembang dalam tiga bidang pembelajaran iaitu akademik, sosial dan
vokasional. Mereka juga mampu berdikari dengan pendidikan dan latihan yang sesuai serta
bercampur dengan masyarakat. Kategori kedua iaitu terencat akal sederhana, mereka mampu
mencapai tanggungjawab sosial, menguasai kemahiran asas akademik dan kemahiran vokasional.
Mereka juga mampu berdikari seperti menguruskan diri, melindungi diri daripada bahaya,
menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan menjalankan tugas dengan pengawasan. Boleh pergi
ke sesuatu tempat yang biasa dengannya secara sendiri.
Kategori ketiga dan keempat iaitu teruk dan sangat teruk mempunyai pekembangan potensi yang
terhad dan memerlukan persekitaran serta program yang khusus untuk membantu perkembangan
potensi tersebut. Mereka juga biasanya mengalami masalah lain seperti tingkah laku,
pendengaran, penglihatan, perubatan, masalah bahasa, pertuturan, kesukaran memberi tumpuan
dan dalam kemahiran motor.
Item 2: Berdasarkan empat tahap murid terencat akal tersebut, boleh Tuan jelaskan adakah
tuntutan ibadah bagi setiap kategori iaitu terencat akal ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk
gugur sama sekali (tiada ahliyyatul ada’)seperti orang gila dan anak kecil atau boleh disamakan
dengan kedudukan kanak-kanak mumaiyyiz iaitu mempunyai ahliyyatul ada’ naqisah seperti
dalam hadis rasulullah s.a.w iaitu:
ل غ رفع القلم عن ثالثة: النائم حت يست يقظ، والمجن ون حت يفيق، والصغي حت ي ب
(Riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Jilid 4, hal. 245, no.hadis 4405)
Diangkat pena (terangkat taklif) dari tiga golongan: orang yang tertidur sampai
dia terjaga, orang yang gila sampai dia sedar dan anak kecil sampai dia baligh
Sekiranya gugur sama sekali kenapa?
Sekiranya tidak gugur sepenuhnya (tetapi masih perlu dididik seperti kanak-kanak
mumaiyiz) kenapa?
Item 3: Boleh Tuan jelaskan, adakah halangan syarak iaitu gila (sejak lahir atau kemudian) dan
atah (terencat akal-satu hilang ciri tamyiz dan satu masih ada tapi tidak mencapai seperti
pemikiran normal) dan kesannya terhadap tuntutan ibadah boleh terpakai bagi golongan terencat
akal ini?
Item 4: Bagaimana pula Tuan, bagi murid-murid pendidikan khas yang memiliki IQ normal
tetapi adakalanya turut diserang sawan. Adakah solat mereka perlu diqada’?
2. Autisme
Autisme bererti keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam
dunianya sendiri. Ia adalah suatu bentuk gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak
yang menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial,
pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa. Autisme
tidak dapat disembuhkan tetapi melalui terapi yang bersesuaian ia dapat dibantu.
Kebanyakan mereka turut mengalami masalah kerencatan akal. Antara ciri-ciri murid autisme
seperti suka melakukan aktiviti rutin, tidak suka apabila berlaku perubahan pada persekitaran atau
rutin hariannya, tidak gemar bergaul, sukar mempamerkan emosi sama ada suka atau tidak,
menyukai sesuatu benda yang pelik seperti bermain garfu dan suka mengulang perkataan yang
didengar atau echolalia seperti guru bertanya ‘Awak mahu duduk?’ murid akan menjawab ‘Awak
mahu duduk?.
Namun begitu, dianggarkan 25 peratus dikategorikan sebagai High Functioning Autisme
(Autisme Berfungsi Tinggi) iaitu mempunyai IQ yang normal dan adakalanya melebihi tahap IQ
biasa. Satu penyakit lain yang dinamakan sebagai sindrom Asperger mempunyai ciri-ciri yang
rapat dengan Autisme Berfungsi Tinggi tersebut tetapi hanya berbeza dari segi perkembangan
pertuturan iaitu kanak-kanak Autisme Berfungsi Tinggi mempunyai masalah perkembangan
pertuturan yang dikesan sejak kecil tetapi kanak-kanak sindrom Asperger tidak mengalaminya.
Mereka hanya dikenalpasti setelah memasuki alam persekolahan.
Mereka juga adakalanya memiliki kemahiran atau minat yang luar biasa dalam sesuatu bidang.
Namun begitu, kedua-duanya memiliki ciri-ciri autisme yang sama dalam tiga masalah utama
iaitu bermasalah dalam komunikasi sosial seperti tidak tahu untuk memulakan perbualan, sukar
memahami maksud gerak badan, bercakap sesuatu yang fakta dan adakalanya keluar dari topik
perbualan serta tidak tahu menggunakan perkataan dan intonasi yang betul seperti bercakap kuat
dalam majlis atau masjid.
Keduanya bermasalah dalam interaksi sosial seperti mereka tidak tahu untuk bertingkah laku
dengan cara yang sepatutnya, sukar memahami peraturan sosial yang tidak bertulis dan boleh
menyebabkan orang lain berasa kurang senang.
Ketiganya bermasalah dalam imaginasi sosial iaitu sukar untuk membuat jangkaan terhadap
sesuatu situasi, sukar untuk memahami tindakan, perasaan dan pemikiran orang lain serta kurang
daya imaginasi dan gemar melakukan perkara yang sama terutama perkara yang diminatinya
sahaja.
Item 5: Berdasarkan dua kategori utama murid Austisme tersebut, boleh Tuan jelaskan adakah
hukum ibadah solat bagi kanak-kanak autisme yang memiliki IQ rendah boleh disamakan dengan
hukum yang terpakai bagi murid terencat akal?
Sekiranya ya, kenapa?
Sekiranya tidak, kenapa?
Item 6:Boleh Tuan jelaskan bagaimana pula hukum bagi murid Autisme Berfungsi Tinggi dan
murid Sindrom Asperger yang memiliki IQ normal atau lebih?
Item 7: Walau bagaimanapun, murid Autisme berfungsi Tinggi dan murid sindrom asperger
memiliki masalah komunikasi dan interaksi sosial yang boleh mengganggu ibadah yang
dilakukan secara berjemaah seperti solat jemaah dan solat Jumaat yang wajib bagi orang lelaki.
(tidak gemar bergaul, tidak suka diganggu, mudah jemu dan tidak beri fokus seperti khutbah).
Boleh Tuan jelaskan bagaimana dengan hukum bagi solat jemaah dan solat Jumaat?
3. ADHD
ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactive Disorder atau Hiperaktif dan
gangguan penumpuan. Mereka tidak memiliki masalah tetapi bermasalah dalam memberi
tumpuan dan mengawal diri. Antara simptom ADHD yang dapat dikesan ialah kurang tumpuan
seperti gagal menyiapkan tugasan, sukar menerima arahan dan sukar memberi tumpuan pada
satu-satu aktiviti. Impulsif pula seperti bertindak tanpa berfikir, sukar mengendali satu-satu
aktiviti, perlu diberi perhatian lebih dan sukar menunggu giliran. Hiperaktif seperti berlari atau
memanjat perabot atau sebarang objek tanpa terkawal, sukar duduk di satu tempat dengan tenang
dan sentiasa aktif sepanjang masa.
Item 8: Bagaimana hukum ibadah solat bagi murid ini?
Item 9:Berdasarkan keadaan mereka yang sukar mengawal diri dan suka bergerak, bagaimana
dengan hukum membatalkan solat apabila terdapat banyak pergerakan. Boleh Tuan jelaskan?
Item 10: Bagaimana dengan hukum solat jemaah dan solat jumaat bagi lelaki?
4. Masalah Pembelajaran Spesifik.
Mereka yang mempunyai kecerdasan mental yang biasa atau purata dan ada yang lebih tinggi
daripada ketinggian biasa tetapi memiliki masalah yang spesifik seperti disleksia iaitu kesukaran
membaca dan mengambil masa yang lama untuk membaca, kesukaran dalam mengeja dan
bermasalah untuk mengingat serta menulis. Diskalkulia iaitu mereka yang bermasalah dalam
matematik secara amnya dan dalam operasi matematik khasnya. Mereka sering bermasalah untuk
mengecam nombor seperti nombor yang hampir sama dan selalu mencampuradukkan nombor.
Mereka juga sukar menyusun maklumat, mengingati fakta dan formula matematik. Disgrafia pula
melibatkan masalah dalam merancang dan mengatur pergerakan fizikal yang memberi kesan
kepada kemahiran menulis. Ia turut melibatkan masalah pengamatan yang mengakibatkan
menulis secara terbalik dan tulisan yang buruk. Dispraksia secara umumnya adalah kemerosotan
atau ketidakmatangan organisasi pergerakan. Ketidakmatangan tersebut melibatkan cara
pemprosesan maklumat oleh otak yang menyebabkan mesej yang dihantar tidak betul atau tidak
sepenuhnya. Ia turut menyebabkan masalah bahasa, persepsi dan pemikiran. Antara simptom-
simptom yang dapat dilihat pada murid dispraksia seperti tulisan tangan yang buruk, masalah
dengan motor halus, sukar menerima pelbagai arahan dalam satu masa, sukar bergaul dengan
rakan sebaya, kurang tumpuan dan lemah dalam kemahiran mendengar dan menyalin.
Item 11: Bagaimana hukum ibadah solat bagi murid ini?
Item 12: Pada pandangan Tuan adakah murid ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik
boleh disamakan dengan halangan syarak disebabkan jahil dan bodoh? Sekiranya ya kenapa?
Sekiranya tidak kenapa?
C. Tatacara Solat Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Item 13: Dengan kekurangan yang ada pada diri mereka, agak sukar untuk mereka melaksanakan
ibadah solat secara sempurna seperti murid normal. Boleh Tuan jelaskan kelonggaran-
kelonggaran atau rukhsah yang boleh diberikan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran dalam pelaksanaan ibadah?
Item 14: Dalam pengajaran ibadah di sekolah termasuk di pendidikan khas, lafaz niat antara yang
ditekankan. Bagaimana pandangan Tuan mengenainya untuk pengajaran kepada murid
pendidikan khas?
Item 15: Boleh Tuan jelaskan bacaan-bacaan yang mudah untuk diaplikasikan kepada mereka
untuk:
1. al-Fatihah.
2. Rukuk.
3. Iktidal.
4. Duduk antara dua sujud.
5. Sujud.
6. Tahiyyat akhir.
Item 16: Bagaimana dengan pengajaran doa Qunut?
Terima kasih Tuan atas kerjasama yang diberikan.
Lampiran D2
Soalan Temu bual Responden Pakar
Temu bual ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian yang bertajuk ‘Tuntutan Pelaksanaan
Solat Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran’. Temu bual ini bertujuan untuk
mendapatkan pandangan mengenai dua perkara iaitu:
1. Tuntutan solat mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran berdasarkan syarat-
syarat kelayakan dan halangan-halangan syarak.
2. Tatacara solat yang paling mudah dan bersesuaian mengikut syarak bagi murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran untuk diajar dan diaplikasikan oleh murid
bermasalah pembelajaran.
Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang terlibat di dalam skop kajian merupakan
mereka di bawah kelolaan KPM iaitu murid-murid sindrom down, Austisme ringan, ADHD,
terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik. Kerjasama daripada pihak tuan amat
dihargai. Terima kasih.
A. Pengetahuan Mengenai Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
A1: Adakah tuan mengetahui mengenai murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran?
Jelaskan.
A2: Adakah tuan mempunyai pengalaman dengan murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran? Jelaskan.
B. Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Secara umumnya, murid khas bermasalah pembelajaran terbahagi kepada tiga kategori
berdasarkan tahap akalnya iaitu pertama terencat akal teruk, kedua memiliki akal kurang daripada
tahap normal iaitu masih mempunyai daya kefahaman tetapi tidak mencapai tahap normal dan
ketiga memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah laku/kesukaran mengingat.
B1: Apakah tuntutan solat bagi murid terencat akal teruk? Jelaskan.
B2: Apakah tuntutan solat bagi murid khas yang memiliki akal kurang daripada tahap normal
iaitu masih mempunyai daya kefahaman tetapi tidak mencapai tahap normal? Jelaskan.
B3: Adakah tuntutan solat murid tersebut boleh disamakan dengan kedudukan kanak-kanak
mumaiyyiz iaitu mempunyai ahliyyatul ada’ naqisah seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w
iaitu:
ل غ رفع القلم عن ثالثة: النائم حت يست يقظ، والمجن ون حت يفيق، والصغي حت ي ب
Diangkat pena (terangkat taklif) dari tiga golongan: orang yang tertidur sampai
dia terjaga, orang yang gila sampai dia sedar dan anak kecil sampai dia baligh
B4: Adakah murid khas tersebut masih perlu dididik tentang solat? Jelaskan.
B5: Apakah tuntutan solat bagi murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah
tingkah laku (hiper) termasuk masalah interaksi sosial dan kesukaran mengingat? Jelaskan.
B6: Adakah halangan syarak gila dan atah serta kesannya terhadap tuntutan ibadah sesuai
digunakan bagi murid bermasalah pembelajaran mengikut tahap kecacatan akal mereka?
Jelaskan.
B7: Adakah murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah laku/kesukaran
mengingat boleh menggunakan halangan syarak disebabkan jahil dan bodoh? Jelaskan.
B8:Apakah hukum solat Jumaat bagi murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah
tingkah laku/kesukaran mengingat? Jelaskan.
B9:Apakah hukum solat Jumaat mereka jika tingkah laku dimaksudkan seperti sukar mengawal
diri dan suka bergerak? Jelaskan.
B10:Apakah hukum solat Jumaat mereka jika tingkah laku dimaksudkan melibatkan interaksi
sosial di mana murid sukar berinteraksi dan memberi respon kepada jemaah lain serta terlalu
menumpukan dunianya sendiri sehingga sukar menumpukan perhatian ketika khutbah
dengan bertindak seolah-olah berada di dunia lain? Jelaskan.
B11: Adakah perlu qada solat bagi murid-murid pendidikan khas yang wajib solat tetapi
adakalanya turut diserang sawan?
B12: Bagaimana pula bagi murid khas yang wajib solat tetapi bermasalah interaksi sosial tadi
sehingga terlepas waktu solat apabila tiada orang mengingatkannya? Jelaskan.
C. Tatacara Solat Bersesuaian Bagi Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran.
C1: Dengan kekurangan yang ada pada diri mereka, agak sukar untuk mereka melaksanakan
ibadah solat secara sempurna seperti murid normal. Apakah rukhsah yang boleh diberikan
kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dalam pelaksanaan ibadah?
C2: Dalam pengajaran ibadah di sekolah termasuk di pendidikan khas, lafaz niat antara yang
ditekankan. Bagaimana pandangan tuan mengenainya untuk pengajaran kepada murid
pendidikan khas?
C3: Bagaimana dengan bacaan al-Fatihah dalam solat kerana bacaan yang kurang sempurna dari
segi sebutan dan ingatan seperti tertinggal atau berulang-ulang ? Jelaskan.
C4: Boleh tuan jelaskan bacaan-bacaan yang mudah untuk diaplikasikan kepada mereka untuk:
1. Rukuk.
2. Iktidal.
3. Sujud
4. Duduk antara dua sujud.
5. Tahiyyat akhir
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Lampiran E1
Soalan Temu Bual Responden Guru (Kajian Rintis)
Temu bual ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian yang bertajuk ‘Tuntutan Pelaksanaan
Solat Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran’. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji
kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-
QAF di Pendidikan Khas berdasarkan syarak dan mengkaji aspek rukhsah (keringanan) dalam
niat, perlakuan dan perbuatan solat yang digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-
QAF di Pendidikan Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid. Kerjasama daripada pihak
puan amat dihargai. Terima kasih.
A) Maklumat Demografi.
A1. Nyatakan latar belakang puan (umur, pengalaman mengajar, pengalaman terlibat dengan
Program j-QAF, tahap pendidikan tertinggi dan pengkhususan serta kelayakan ikhtisas).
B) Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat Dalam Model Kelas PdP
Amali Solat j-QAF
B1. Adakah Puan tahu mengenai syarat-syarat mukalaf? Nyatakan.
B2. Adakah Puan tahu mengenai halangan-halangan syarak? Jelaskan.
B3. Pada pandangan Puan,apakah kategori murid-murid pendidikan khas yang terlibat dalam
program j-QAF Pendidikan Khas dan kenapa?
B4. Bagaimanakah proses pemilihan murid dilakukan untuk mengikuti program j-QAF? Jelaskan.
B5. Adakah murid yang tidak terpilih diajar mengenai solat? Jelaskan.
C) Aspek Rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat terhadap Kemudahan Penguasaan Solat
Murid Pendidikan Khas.
C1. Adakah pengajaran solat menggunakan Modul PdP Amali Solat dibekalkan sepenuhnya?
C2. Bagaimana aspek rukhsah dalam pengajaran solat diaplikasikan?
C3. Bagaimana aspek rukhsah diketengahkan dalam penilaian penguasaan solat murid?
C4. Pada pendapat puan, adakah lafaz niat solat wajar diajar atau memadai memahami intipati
niat solat?
C5. Pada pendapat puan, adakah murid bermasalah menguasai bacaan dalam solat?
C6.Pada pendapat puan, adakah murid bermasalah menguasai pergerakan dalam solat?
C7. Pada pandangan puan, adakah program j-QAF Pendidikan Khas membantu meningkatkan
penguasaan murid terhadap solat?
Lampiran E2
Soalan Temu Bual Responden Guru
Temu bual ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian yang bertajuk ‘Tuntutan Pelaksanaan
Solat Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran’. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji
kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-
QAF di Pendidikan Khas berdasarkan syarak dan mengkaji aspek rukhsah (keringanan) dalam
niat, perlakuan dan perbuatan solat yang digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-
QAF di Pendidikan Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid. Kerjasama daripada pihak
puan amat dihargai. Terima kasih.
A) Maklumat Demografi
A1. Nyatakan latar belakang puan merangkumi perkara-perkara berikut :
Umur: ___________________
Pengalaman mengajar di Pendidikan Khas dan Program j-QAF:________________
Tahap pendidikan tertinggi dan bidang pengkhususan:___________________
Kelayakan ikhtisas:______________
B) Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat Dalam Model Kelas PdP
Amali Solat j-QAF
B1. Adakah Puan tahu mengenai syarat-syarat mukalaf? Nyatakan.
B2. Pada pandangan Puan, apakah kategori murid-murid pendidikan khas (terencat akal, autisme,
ADHD, masalah pembelajaran spesifik) yang wajib solat?
B3. Jelaskan murid khas yang terlibat dalam program j-QAF di sekolah Puan.
B4. Adakah murid yang tidak terpilih diajar mengenai solat? Jelaskan.
C) Aspek Rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat terhadap Kemudahan Penguasaan Solat
Murid Pendidikan Khas.
C1. Pada pendapat puan, apakah masalah yang dihadapi murid pendidikan khas dalam menguasai
pengajaran solat (seperti bacaan, pergerakan dan lain-lain)?
C2. Adakah pengajaran solat menggunakan Modul PdP Amali Solat dibekalkan sepenuhnya?
C3. Boleh puan jelaskan bagaimana aspek rukhsah atau keringanan yang puan gunakan dalam
pengajaran dan penilaian murid khas?
C4 Adakah puan mengetahui sebarang bacaan mudah selain yang terdapat dalam modul?
C5. Pada pendapat puan, adakah lafaz niat solat wajar diajar atau memadai memahami intipati
niat solat?
C6. Pada pandangan puan, adakah program j-QAF Pendidikan Khas membantu meningkatkan
penguasaan murid terhadap solat?
Lampiran F1 Transkrip Responden Pakar
B1: Apakah tuntutan solat bagi murid terencat akal teruk? Jelaskan.
R1 ‘Kalau kecacatan atau kekurangannya teruk mungkin dia ke tahap gugur. Dia tiada akal.
sama dengan orang gila.’
B2: Apakah tuntutan solat bagi murid khas yang memiliki akal kurang daripada tahap
normal iaitu masih mempunyai daya kefahaman tetapi tidak mencapai tahap normal?
Jelaskan.
R1 ‘Dia ada (ahliyyatul ada’ naqisah) sekadar yang dia mampulah. Kes yang selepas akil baligh,
bagi kes-kes sindrom down ni yang melibatkan kita kata akal ni, boleh jadi taklif dia tu on
off, on off, on off. Tengok keslah, kalau kes yang teruk tu offlah (gugur tuntutan). Kalau
bila dia siuman balik, dia kembali normal atau hampir-hampir normal taklif dia kembalilah.
Itu kita kata sembahyang dia tak sah..’
R3 ‘Bagi saya tetap ada tuntutan (naqisah) bagi yang ringan dan sederhana. Sebab mereka ni
masih boleh diajar, dilatihkan? Ajar tentang ibadah. Dia boleh baca quran. Macam dia
terencat akal tapi dalam majlis tilawah tu dia bolehlah boleh sampai ke tahap itu (boleh
dilatih) baca quran...maknanya dia masih ada kewajipanlah tu untuk laksanakan tapi tidak
wajib...’
R2 ‘Tidak, dia tetap tiada ahliyyatul ada’ (walaupun naqisah)..dia ahliyyatul ada’ ni mesti
sempurna akal. Kalau kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak, tak wajib..Dia faham tapi
tidak boleh ingat tidak boleh membezakan (mumaiyiz).’
B3: Adakah tuntutan solat murid tersebut boleh disamakan dengan kedudukan kanak-
kanak mumaiyyiz iaitu mempunyai ahliyyatul ada’ naqisah
R1 ‘Dia tak..mumaiyiz ni bukan kerana kecacatan dia tapi kerana usianya masih terlalu muda
tapi yang terencat akal ni barangkali usianya dah lanjut tapi masalah kecacatan dia tu
menyebabkan dia terkebelakang dan mungkin kadar tu berbeza-beza..Dia tak sama..kerana
mumaiyiz tu disebabkan usia dia muda tapi bila kita ajar dia, dia boleh menerima,dan
kefahaman dia sahaja belum kesampaian tapi sindrom down tu memang dia terhalang
disebabkan oleh kecacatan dia sehingga pendidikan dia pun kena pendidikan khas. Dia tak
boleh sama macam yang biasa. Maknanya benda tu menghalang dia..di luar pilihan
dia..mumaiyiz tu dak..dia tiada halangan tapi keahlian dia belum sampai.. Yang mumaiyiz
kalau duduk sama-sama mumaiyiz dia ok. Cuma bila dia diletak dengan orang yang lebih
berusia daripada dia, dia tak boleh lah..tapi ada juga yang cerdik macam Adi Putra. Jadi untuk
kita mengguna pakai hukum tu tak berapa kena..’
R3 ‘Tak sesuai..yang tu pada saya kalau kanak-kanak mumaiyiz tu kita ajar sampai tahap dia tu
dia boleh faham, buat (sampai satu tahap dia baligh dia boleh faham dan laksanakan). Dia
budak kita ( murid terencat akal) akalnye memang tak sempurna tapi mungkin pada satu
tahap yang lain tu dia boleh ikuti dan boleh berubah kepada ...maksudnye dia tak kekal tak
sempurna(boleh ikut apa yg diajar tapi lambat).’
B5: Apakah tuntutan solat bagi murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi
bermasalah tingkah laku (hiper) termasuk masalah interaksi sosial dan kesukaran
mengingat?Jelaskan.
R1 ‘..(angguk)..masih..masih dituntut..ikut kemampuan... dan dia biasa bila semakin besar makin
hilanglah dia tu (sikap hiperaktif)..’
R2 ‘Akal ok..takde masalah..wajiblah... Cuma kene latih lah lari-lari tu’
R3 ‘Wajib ..bacaan mana dia ingat dan mampu...yang mudah lupa tu...’
B6: Adakah halangan syarak gila dan atah serta kesannya terhadap tuntutan ibadah sesuai
digunakan bagi murid bermasalah pembelajaran mengikut tahap kecacatan akal
mereka? Jelaskan.
R1 ‘Boleh..boleh (halangan gila dan atah sesuai digunakan).. R3 ‘Yang teruk ya...tapi hiper, disleksia tak..budak kita akal dia di bawah paras normal, usia
mental tak sama dengan usia kronologi..takleh sama gila dan atah..pada satu tahap mereka
boleh ikut tapi lambat..’
B7: Adakah murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah
laku/kesukaran mengingat boleh menggunakan halangan syarak disebabkan jahil dan
bodoh? Jelaskan.
R1 ‘Ya..(sesuai kerana tidak sampai dakwah pengajaran solat)..tak faham..(angguk) hmm..’
R2 ‘Tak berapa sesuai...sebab budak-budak ni bukan bodoh tapi tabiat..akal masih ada...Jahil
pula sebab tak diajar...’
R3 ‘Jahil ni takde maklumat..bodoh pula tak sesuai kerana masih boleh dibimbing. Budak
masalah pembelajaran ni bukan tak tahu cuma IQ kurang,lambat, susah nak ingat.’
B8: Apakah hukum solat Jumaat bagi murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi
bermasalah tingkah laku/kesukaran mengingat? Jelaskan.
R1 ‘Wajib..macam tadi..akal ada..aih takda masalah... ikut kemampuan
B9: Apakah hukum solat Jumaat mereka jika tingkah laku dimaksudkan seperti sukar
mengawal diri dan suka bergerak? Jelaskan.
R1 ‘Wajib..akal ada ..kalau dia berlari tu dah batal terus lah.....memang budak-budak normal pun
sama jugak..budak normal bergerak jugak tapi dia bergerak lagi aktif..dia budak-budak ni,
kita nak kata ni sangat pun tak jugak..sebab hadis nabi dengan cucu-cucu dia tu macam tak
diambil kira...macam langsung tak diambil kira...dia budak..dia belum mencapai tahap
mukalaf tapi kalau yang dah mukalaf..yang kes-kes ni,yang hiperaktif-hiperaktif ni, bila
mukalaf tu dah ok dah..’
R3 Akal ada...wajib..tapi kene latih...sebab mereka ni semakin besar,semakin kuranglah hiper
dia..Hmm...kene latihlah’
B10:Apakah hukum solat Jumaat mereka jika tingkah laku dimaksudkan melibatkan
interaksi sosial di mana murid sukar berinteraksi dan memberi respon kepada jemaah
lain serta terlalu menumpukan dunianya sendiri sehingga sukar menumpukan
perhatian ketika khutbah dengan bertindak seolah-olah berada di dunia lain?
Jelaskan.
R1 ‘Tidak diambil kira..bagi dia ok lah (sembahyangnya sah) tapi kita tak boleh mengambil kira
dia .Katakanlah kita ada 11 orang, jumlah yang paling sedikit lah kita ambil, dan dia yang ke
12, tak boleh (dikira) walaupun dia ahli kariah. Kalau sampai 40 tu ok lah..ada 39 dan dia ke
40..boleh..boleh..tapi tidak dikira untuk jumlah minima 12 orang.’
R2 ‘Solat jumaat.. dia asalkan tak mengganggu orang lain walaupun khutbah dia tak dengar...Tapi
dia tak cukup (tak dikira ahli jemaah solat Jumaat)..sembahyang tu takpe(sah)..tapi
kesempurnaannya kurang kira dia tidak wajib ..dia tak sempurna penuh..tapi boleh
digalakkan..’
R3 ‘Wajib sembahyang bila ok bergantung tahap kewarasan atau kesedaran akal.’
B4: Adakah murid khas tersebut (akal kurang daripada tahap normal) masih perlu dididik
tentang solat? Jelaskan.
R1‘Dia berbeza di antara kes yang di bawah umur dengan kes yang lepas umur (sebelum dan
selepas baligh). Sebab cacat dan baligh ni lah..yang bawah umur ni dia..tak begitu jelas
sangat kawalan syarak terhadap dia..tidak bermakna kita tak perlu didik dia. budak-budak ada
yang sah dan tak sah kan..tapi kita kena suruh dia sembahyang..kita kena ajar dia
sembahyang..walaupun dia sembahyang tu tak sah..sah tu kemudianlah..kalau sah mak ayah
dialah dapat habuan (bila solat)..tapi kalau tak sah mak bapak dia tak salah..tapi kalau mak
bapak dia tak ajar dia sembahyang, tak asuh dia sembahyang, salahlah..salahlah..katakanlah
orang-orang yang ada anak sindrom down ni dia tidak berusaha untuk mendidik...salahlah
dia..salahlah.’
R3 ‘Berdasarkan kemampuan dia..maksudnye wajib ikut kategori dialah..sindrom pun ada
kategori dia kan? Maksudnye dia masih diajar tapi kalau yang dah tak boleh tu takde
kewajipan dah lah...’
B11: Adakah perlu qada solat bagi murid-murid pendidikan khas yang wajib solat tetapi
adakalanya turut diserang sawan?
R1 ‘Hukumnya seperti orang gila. Bila sedar solat..(hadis iza zukira...) kalau lama tak
perlulah..dia qada solat tu takda tapi yang berlaku diqiyas dengan puasa. Tetapi puasa dan
solat itu berbeza. La qiyas fil ibadah sepakat semua mazhab. Jadi kita kata sedar solatlah..’
B12: Bagaimana pula bagi murid khas yang wajib solat tetapi bermasalah interaksi sosial
tadi sehingga terlepas waktu solat apabila tiada orang mengingatkannya? Jelaskan.
R1 ‘seperti tadi...Hukumnya seperti orang gila. Bila sedar solat..(hadis iza zukira...) kalau lama
tak perlulah..’
R2 ‘mmm..dia kena..(ada ahliyyatul ada’).. terlepas le (kalau tiada orang sedarkan..)
Ya..ya..(bergantung tahap kesedaran)’
R3 ‘Wajib solat..Ya ya macam hadis berkaitan mabuk (hilang akal) la taqrabu solat wa antum
sukara...bila sedar wajiblah...’
C1: Dengan kekurangan yang ada pada diri mereka, agak sukar untuk mereka
melaksanakan ibadah solat secara sempurna seperti murid normal. Apakah rukhsah
yang boleh diberikan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran dalam pelaksanaan ibadah?
R3 ‘Rukun qauli ni bacaan tak betul macam normal tapi sekurang-kurang boleh baca boleh
terima. Rukun fi’li (perbuatan) takleh nak buat secara sempurna boleh buat setakat ikut yang
mampu.’
R1 ‘Buat sekadar yang mampu... sebenarnya kita kene ajar juga (yang sempurna).. tapi bila
praktik tu setakat mana dia boleh dah ok..’
C2: Dalam pengajaran ibadah di sekolah termasuk di pendidikan khas, lafaz niat antara
yang ditekankan. Bagaimana pandangan tuan mengenainya untuk pengajaran
kepada murid pendidikan khas?
R1 ‘Emm tak payah.. Kita ajar yang betul ja kat dia..niat dalam hati bagi dia faham
macamana..bila kita bagi pendekatan kerana kita nak rai dia pasal (lafaz) niat akhirnya dia
dapat satu pendedahan yang tak tepat .. kita kena bagi tau dia contoh macamana nak niat bagi
contoh sampai dia faham..dia tak semestinya niat tu dilafazkan.. kene jelas waktu maghrib
bila, tak kan maghrib sembahyang waktu subuh...kita mengajar dia pasal waktu tu satu hal..
fahamkan maghrib tu apa , zohor tu apa..terangkan maghrib tu berapa rakaat dan bila
dilakukan bagi dia faham betul-betul..kita bagitau kat dia,sembahyang maghrib ni 3 rakaat
sahaja, yang tuntutan sembahyang ni fardu wajib kene buat, tak boleh tak buat kalau tak buat
nanti salah dosa, dia nanti faham. Satu-satu kita bagi..last sekali bila nak sembahyang
maghrib tu cane? Dia kene niat saja aku sembahyang maghrib. Cukup..mana ada maghrib
yang tak fardu, mana ada maghrib lain dari 3 rakaat sama juga yang lain-lain tapi kene
fahamkan waktu bila dibuat..’
R2 ‘Sebut sahaja aku sembahyang subuh cukup..Tak, tak payah usolli.. kita ni (orang normal) pun
tak perlu..lafaz tu cuma nak ingat sahaja. Cukup ajar sahaja aku sembahyang subuh cukup
kerana rakaat semua dah tetap...subuh memang dua rakaat dan kerana Allah. Rakaat tak sebut
pun takpe...’
C3: Bagaimana dengan bacaan al-Fatihah dalam solat kerana bacaan yang kurang
sempurna dari segi sebutan dan ingatan seperti tertinggal atau berulang-ulang ?
Jelaskan.
R1 ‘Fatihah mestilah..baca fatihah saja pun takpa..tak baca surah pun takpa..nak baca surah..bagi
surah yang pendek-pendek..Budak biasa pun sebutan tak tepat tapi kena diajar yang
betul..bila praktikal ikut kemampuan.’
C4: Boleh tuan jelaskan bacaan-bacaan yang mudah untuk diaplikasikan kepada mereka
untuk:
1. Rukuk.
R1 ‘Subhana rabbiyalazim’ .
R2 ‘Bacaan biasa sampai azim sahaja pun cukup’.
R3 ‘Subhanallah..tasbih je pun takpe’
2. Iktidal.
R1 ‘Dia sunat je baca..kalau nak sampai hamidah cukup.’
R2 ‘Bacaan biasa sampai hamidah pun cukup.’
R3 ‘Sami’ allahu liman hamidah.’
3. Sujud
R1 ‘Sujud pun subhanarabbiyal‘a’la.’
R2 ‘Sama macam rukuk sampai a’la sahaja pun cukup.’
R3 ‘Sama macam rukuk (tasbih)..sunat je bacaan ni.’
4. Duduk antara dua sujud.
R1 ‘Mana yang dia ingat..kalau dia tak baca apa pun takpa..’
R2 ‘Dia bacaan ni sunat tapi kalau nak baca selawat sahaja pun takpe..kalau tak baca pun yang
penting berhenti sekejap..sama macam rukuk, sujud.’
R3 ‘Mana yang boleh.’
5. Tahiyyat akhir
R1 ‘Baca sampai habis..selawat ibrahimiyyah kerana solawatulibrahimiyyah tu juga
termasuk..solawat ibrahimiyyah tu hanya dibaca dalam sembahyang sahaja..yang di akhir tu
lah..mana ada masa lain..takdak..dan itu sebenarnya yang ditekankan..dia takyah lah baca
sayyidina sayyidina..tak payahlah..(baca allahumma salli ala muhammad hingga innaka
hamidummajid)cukuplah.sebenarnya kita kene ajar juga..kene ajar..tapi bila praktik tu setakat
mana dia boleh dah ok..’
R2 ‘Baca sampai selawat allahumma solli ala muhammad wa ala ali muhammad sahaja pun
cukup. Selawat ibrahimiyah tak baca pun takpe..’
R3 ‘Sampai selawat atas nabi cukup.’
Lampiran F2
Transkrip Responden Guru
B1: Adakah Puan tahu mengenai syarat-syarat mukalaf? Nyatakan.
RG1 ‘ mm…Islam, baligh, berakal lah..’
B2: Pada pandangan Puan, apakah kategori murid-murid pendidikan khas (terencat akal,
autisme, ADHD, masalah pembelajaran spesifik) yang wajib solat?
RG1 ‘ yang akal ok tu wajiblah…macam slow learner, disleksia..autisme yang ok tu..budak
ADHD..yang teruk tu taklah..sindrom ke..10 tahun je kira kene ajarlah budak-budak tu..’
RG2 ‘ ikut tahap IQ..akal dialah..mm yelah sindrom tu taklah.. slow learner, disleksia..ADHD..
mm kalau ok (autisme) wajiblah..macam budak kami..
B3: Jelaskan murid khas yang terlibat dalam Program j-QAF di sekolah Puan.
RG1 ‘penyelaras dah tetapkan kelas yang ikut (Program j-QAF) iaitu semua yang slow learner,
autis, disleksia (kelas 1, 2 dan 3). Kelas semua ada empat. Sindrom down yang kelas akhir
(kelas 4) ikut KSSR..tak ikut j-QAF. Kalau tambah budak baru pun berdasarkan kelas yang
ditetapkan kerana kelas ikut tahap (IQ) murid so siapa yang masuk dalam tiga kelas tadi
(kelas 1, 2 dan 3) kene ajar j-QAFlah..sini majoriti slow learner.’
B4. Adakah murid yang tidak terpilih diajar mengenai solat? Jelaskan.
RG2 ‘depa ikut KSSR..ada (belajar solat)..guna silibus KSSR tahun 1 dan 2…bacaan takde
lagi..perlakuan dulu.. dibimbing..
C1. Pada pendapat puan, apakah masalah yang dihadapi murid pendidikan khas dalam
menguasai pengajaran solat (seperti bacaan, pergerakan dan lain-lain)?
RG1 ‘depa cepat lupa..amali solat seminggu dua waktu je..minggu depan kena ulang semula…
kalau bacaan tu takde sangat(murid yang sukar kuasai bacaan dalam solat) …kalau ada pun
yang memang masalah pertuturan…kene latih tubilah..pergerakan solat ada gak (murid
bermasalah menguasai pergerakan dalam solat) tapi suruh buat gak tapi yang ada tu buat
ikut kemampuan.’
RG2 ‘budak kita cepat lupalah..kene ulang selalu lah.. kalau bacaan solat tu ada juga (murid yang
sukar kuasai bacaan dalam solat)..kalau kalimah panjang-panjang…tersekat-sekat lah contoh
asyhadu dia tersekat-sekat asyh…hadu…tak sekali bacanye…pergerakan solat yang tu ada
(murid bermasalah menguasai pergerakan dalam solat) …yang mana yang obes tu ke…nak
duduk..nak lipat kaki..nak rukuk…kaki tu kita kene lipat kaki dia..perbetulkan…ikut mana
boleh.’
C2. Adakah pengajaran solat menggunakan Modul PdP Amali Solat dibekalkan
sepenuhnya?
RG1 ‘ya..guna macam dalam modul lah..ajar lengkap..’
C3. Boleh puan jelaskan bagaimana aspek rukhsah atau keringanan yang puan gunakan
dalam pengajaran dan penilaian murid khas?
RG1 ‘ajar memang ikut modul..lengkaplah..tapi ikut kemampuan murid lah..sebutan mana yang
memang masalah tu..perlakuan pun yang takleh sangat ikut yang mana depa boleh
buat..penilaian pun ikut tahap budak kalau lemah..sederhana.. macam dalam buku
panduan.’
C4 Adakah puan mengetahui sebarang bacaan mudah selain yang terdapat dalam modul?
RG1 ‘mm..takdelah..yang tulah (seperti yang biasa dibaca)..ikut modul tulah…budak pun yang
susah sikit kuasai bacaan panjang macam duduk dua sujud, tahiyat ke..lain (rukun selain
keduanya) bolehlah sebab dah biasa dengar..
RG2 ‘ada ke?..tau yang biasa kita bacalah..macam dalam modul tu lah..tapi elok juga kalau ada
bacaan-bacaan lain lebih mudah..permudahkan…seronok juga budak-budak dapat.’
C5. Pada pendapat puan, adakah lafaz niat solat wajar diajar atau memadai memahami
intipati niat solat?
RG1 ‘Lafaz tu perlu ajar, yelah nak solat.. Takde masalah (untuk murid ingat)…budak majoriti
slow learner.. Perlu ajar dulu pasal waktu, rakaat , niat dalam hati...pastu baru ajar lafaz…
RG2‘Tapi kalau sini macam usolli tu buat cam lagu tau…benda tu juga yang tarik minat
budak..tu yang rasa nak ajar jugak tu..tapi kita ajar juga di samping tu benda ni niat..niat
katne? Kat hati..lagipun budak-budak ramai slow learner jadi takde masalah sangat kalau
lafaz tu (untuk murid ingat)…’
C6. Pada pandangan puan, adakah program j-QAF Pendidikan Khas membantu
meningkatkan penguasaan murid terhadap solat?
RG1 ‘Ya (membantu meningkatkan penguasaan solat murid)…ada perubahan (peningkatan pada
rekod penilaian murid)…lagipun dia sepanjang depa ada kat sekolah belajar..kira ulang-
ulang selalu..’
RG2 ‘Ya sangat-sangat (membantu meningkatkan penguasaan solat murid)…sebelum ni takde
(Program j-QAF)..ada, budak lagi dekat dengan solat..al-Quran.’
Lampiran G
Rumusan Senarai Semak Pencapaian Amali Solat Murid (Jan –Julai 2013)
Tajuk
Bilangan Pencapaian Murid ( jumlah murid 22 orang )
Jan
Feb Mac Apr Mei Jun Jul
1. Niat Solat
10 22
2. Takbiratulihram
10 22
100%
capai
3. Membaca al-Fatihah
17 22
100%
capai
4. Rukuk
15 22
100%
capai
5. Iktidal
13 22
100%
capai
6. Sujud
10 22
100%
capai
7. Duduk antara dua sujud
8 18
baki 4
8. Tahiyat akhir
2
baki
20
9. Selawat ke atas nabi
Belum diajar
10. Salam
Belum diajar
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran H
Lampiran I