pelaksanaan kelas pemulihan bahasa melayu di … · pemulihan bahasa melayu di sekolah jenis...

20
1 PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL NEGERI SELANGOR IMPLEMENTATION OF MALAY LANGUAGE REMEDIAL CLASS AT TAMIL-TYPE NATIONAL SCHOOLS IN SELANGOR Chew Fong Peng 1 Leka A/P Sendereprakasam 2 1 Pensyarah kanan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Malaysia (E-mel: [email protected]) 2 Guru SJKT Vivekakanda, Petaling Jaya (E-mel: [email protected]) Accepted date: 1 April 2019 Published date: 4 April 2019 To cite this document: F.P. Chew & L. Sendereprakasam (2019). Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Negeri Selangor.International Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR),2(2), 1-20. ___________________________________________________________________________ Abstrak: Kajian ini memberi tumpuan kepada Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu Dalam Kemahiran Literasi Membaca di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil negeri Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam kemahiran literasi membaca serta menganalisis perbezaan antara Kaedah dan strategi dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran Literasi Membaca Bahasa Melayu oleh Guru-guru KPBM mengikut latar belakang sosial. Pengkaji juga ingin mengetahui masalah dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Kemahiran Melayu dalam Literasi Membaca dan akhirnya mendapatkan cadangan untuk mengatasi masalah dalam kelas pemulihan Bahasa Melayu. Sampel kajian adalah seramai 60 orang guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang dipilih secara persampelan rawak dari tiga daerah, iaitu Petaling Perdana, Petaling Utama, dan Klang. Bagi pengumpulan data, instrumen borang soal selidik telah digunakan. Kebolehpercayaannya pula diperoleh melalui kajian rintis yang dijalankan di mana nilai Cronboach Alphanya ialah 0.92. Hasil kajian mendapati bahawa pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca adalah sangat tinggi. Ujian Ujian-U Mann-Whitney dan Kruskall-Wallis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru-guru KPBM dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca mengikut jantina, bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar. Seterusnya, masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran Literasi membaca Bahasa Melayu adalah sederhana tinggi. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dengan pihak guru untuk memastikan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan berjaya. Kata Kunci: Guru, SJKT, kelas pemulihan Bahasa Melayu, literasi membaca Volume: 2 Issues: 2 [March, 2019] pp. 1 - 20] Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR) eISSN: 2637 - 0956 Journal website: www.jossr.com

Upload: nguyenthien

Post on 11-Jul-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MELAYU

DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

NEGERI SELANGOR

IMPLEMENTATION OF MALAY LANGUAGE REMEDIAL CLASS

AT TAMIL-TYPE NATIONAL SCHOOLS IN SELANGOR

Chew Fong Peng1

Leka A/P Sendereprakasam2

1 Pensyarah kanan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Malaysia (E-mel: [email protected]) 2 Guru SJKT Vivekakanda, Petaling Jaya (E-mel: [email protected])

Accepted date: 1 April 2019

Published date: 4 April 2019

To cite this document: F.P. Chew & L. Sendereprakasam (2019). Pelaksanaan Kelas

Pemulihan Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Negeri Selangor.International

Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR),2(2), 1-20.

___________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini memberi tumpuan kepada Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu

Dalam Kemahiran Literasi Membaca di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil negeri Selangor.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman dan persepsi guru terhadap

Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam kemahiran literasi membaca serta

menganalisis perbezaan antara Kaedah dan strategi dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan

dalam Kemahiran Literasi Membaca Bahasa Melayu oleh Guru-guru KPBM mengikut latar

belakang sosial. Pengkaji juga ingin mengetahui masalah dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan

Kemahiran Melayu dalam Literasi Membaca dan akhirnya mendapatkan cadangan untuk

mengatasi masalah dalam kelas pemulihan Bahasa Melayu. Sampel kajian adalah seramai 60

orang guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang dipilih secara persampelan

rawak dari tiga daerah, iaitu Petaling Perdana, Petaling Utama, dan Klang. Bagi

pengumpulan data, instrumen borang soal selidik telah digunakan. Kebolehpercayaannya pula

diperoleh melalui kajian rintis yang dijalankan di mana nilai Cronboach Alphanya ialah 0.92.

Hasil kajian mendapati bahawa pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas

Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca adalah sangat tinggi. Ujian

Ujian-U Mann-Whitney dan Kruskall-Wallis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru-guru KPBM dalam

Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca mengikut

jantina, bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar. Seterusnya, masalah yang dihadapi

oleh guru-guru dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran Literasi membaca

Bahasa Melayu adalah sederhana tinggi. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dengan

pihak guru untuk memastikan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan berjaya.

Kata Kunci: Guru, SJKT, kelas pemulihan Bahasa Melayu, literasi membaca

Volume: 2 Issues: 2 [March, 2019] pp. 1 - 20] Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)

eISSN: 2637 - 0956

Journal website: www.jossr.com

2

Abstract: This study focuses on the Implementation of Malay Language Remedial Classes in

Reading Literacy Skills at Tamil-type National Schools in Selangor. The purpose of this study

is to identify teachers' understanding and perceptions on the implementation of Malay

Language Recovery Classes in reading literacy skills and to analyze the differences between

the methods and strategies in the Implementation of the Remedial Class in Literacy Skills in

Malay Language by MDB teachers according to social background. This study was also aimed

to explore the problems in the implementation of Malay Language Remedial Class in Reading

Literacy Skills. The population involved in this study composed of 60 Tamil Language Schools

Tamil Language teachers who were selected randomly from three districts namely Petaling

Perdana, Petaling Utama, and Klang. For data collection, instruments of questionnaires have

been used. The reliability was obtained through a pilot study conducted that the value of

Cronboach Alphanya was 0.92. The findings showed that teachers' understanding and

perception towards the implementation of the Malay Language Remedial Class in Reading

Literacy Skills was very high The Mann-Whitney and Kruskall-Wallis U-Test Tests showed that

there were no significant differences between the methods and the strategies used by the

teachers of KPBM in Implementation of Malay Language Remedial Classes in Reading

Literacy Skills by gender, specialization and teaching experiences. Furthermore, the findings

showed the problem faced by the teachers in implementation of Malay Language Remedial

Class in Reading Literacy Skills of was moderate High. Therefore, all parties should work

together with the teachers to ensure that the Malay Language Remedial Class is implemented

successfully.

Keywords: Tamil-type National Schools, teachers, Malay remedial class, reading literacy

skills

___________________________________________________________________________

Pengenalan

Pendidikan adalah satu bidang yang dinamik. Pencarian kualiti pendidikan bukanlah suatu yang

mudah. Ia disulitkan lagi dengan pelbagai isu dan cabaran yang sentiasa menerjah dalam

pelbagai bentuk dan arah. Keadaan ini pastinya menuntut para murid, pendidik dan pentadbir

supaya sentiasa sedar dan bersedia untuk berdepan dengan isu dan cabaran yang mendatang

dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sememangnya berat kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan

pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yang diajar, tetapi ia

juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Latar Belakang Kajian

Dalam era globalisasi ini, penguasaan Bahasa Melayu amat dititikberatkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dibuktikan dengan pelaksanaan polisi ‘Memartabatkan

Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengajaran Bahasa Melayu adalah penting untuk meningkatkan penguasaan asas dalam bahasa

serta membolehkan murid menguasai Bahasa Melayu. Pengajaran Bahasa Melayu akan

membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang dipelajari dalam komunikasi dengan

berkesan secara lisan dan juga tulisan.

Menurut Malaysia Education Blueprint 2012-2025 (Malaysia Education Blueprint 2012-2025,

2011), bilangan pelajar yang berada di bawah tahap rendah TIMMS dalam kemahiran membaca

adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara OECD. Literasi merupakan asas dalam

pembelajaran pendidikan rendah dan juga peringkat-peringkat yang lebih tinggi.

3

Menurut Fuziati (2012), ketidakupayaan membaca dalam kalangan murid-murid sekolah

rendah dan pelaksanaan program intensif bagi membantu murid-murid yang lemah dalam

kemahiran membaca sering berlaku dalam dunia pendidikan. Fenomena ini telah diberi

perhatian dan penekanan dalam sistem pendidikan negara sejak dulu sehingga kini. Hal ini

demikian kerana kemahiran membaca merupakan keperluan asas pembelajaran bagi seseorang

murid dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM, 2003). Kurikulum baru ini

merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus

kepada 3M (membaca, menulis dan mengira), dan pelajar yang tidak menguasainya dibantu

melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran pada tahap satu (tahun 1-3)

akan membolehkan guru-guru mengenal pasti murid yang mempunyai masalah penguasaan

asas 3M. Seterusnya pihak sekolah berusaha menyediakan Program Pemulihan Khas bagi

mengatasi masalah penguasaan asas 3M. Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut

termaktub dalam Teras Ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan, Teras Keempat:

Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–

2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-

murid menguasai kemahiran asas 3M pada Tahap Satu.

Murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca kerana ia akan menjamin atau membantu

mereka untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan mengaplikasikannya dalam kehidupan

seharian mereka. Objektif utama membaca adalah untuk mendapatkan maksud kandungan yang

dibaca. Menurut Dooley (2011), kefahaman merupakan satu usaha bagi memberi maksud

kepada bahan bacaan. Mereka terlibat dalam suatu proses membina dan memberi makna kepada

bahan yang dibaca melalui pengetahuan yang sedia ada dalam minda mereka. Ini akan

membantu murid-murid membuat visual dalam minda tentang jalan cerita dan membina

pemahaman terhadap bahan bacaan.

Seseorang murid yang gagal membaca dan terpaksa pula dihantar ke kelas pemulihan boleh

menimbulkan pelbagai konotasi buruk. Mereka akan dianggap bodoh, lemah, lembam, buta

huruf dan sebagainya (Crown et.al, 1997). Dalam jangka masa panjang, tanggapan seperti ini

akan menjadi label dan stigma kepada murid tersebut. Anggapan ini akan kekal sampai bila-

bila walaupun murid-murid berkaitan sudah dipulihkan (Ercole, 2009).

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), setelah 59 tahun mencapai kemerdekaan,

di negara ini masih terdapat murid-murid sekolah yang tidak menguasai literasi membaca yang

merupakan kemahiran yang membolehkan mereka berkomunikasi dan menimba pengetahuan.

Statistik Bahagian Sekolah, KPM pada tahun 2001 menunjukkan 115 377 orang murid sekolah

rendah di seluruh negara tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira

(KPM, 2012), 24 000 murid dalam Kelas Peralihan dan Tingkatan I masih tidak menguasai 3M,

manakala daripada 53 544 orang murid sekolah rendah yang mengikuti aktiviti pemulihan,

hanya 28, 801 (53.8%) berjaya dipulihkan dan dapat menguasai kemahiran 3M.

Pernyataan Masalah

Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

seringkali merungut dan mengeluh ekoran masih ramai murid yang tidak boleh menguasai

kemahiran asas berbahasa iaitu membaca. Akibatnya, keseluruhan prestasi sekolah terjejas hasil

daripada masalah literasi dalam Bahasa Melayu ini. Dalam Tahun Empat, murid-murid

seharusnya sudah menguasai kemahiran ini memandangkan mereka telah pun melalui saringan

dan program LINUS ketika di Tahun Satu hingga Tahun Tiga. Kebolehan asas berbahasa ini

mempunyai kepentingan yang sangat besar dan menjadi indikator kepada pencapaian seseorang

4

pelajar di sekolah. Kemahiran asas bahasa ini akan menjadi faktor penentu kepada penguasaan

pembelajaran dalam bidang ilmu yang lain. Maka, jelaslah menunjukkan murid-murid yang

dapat menguasai kemahiran asas literasi yang baik akan menunjukkan prestasi yang cemerlang

dalam pelbagai mata pelajaran yang lainnya, bukan sahaja Bahasa Melayu.

Daripada kenyataan di atas, dapat dilihat bahawa program pemulihan memang berhadapan

dengan pelbagai masalah sedangkan tugas dan peranannya amat penting. Melaksanakan

pemulihan, pengukuhan dan aktiviti pengayaan di kelas arus perdana bukanlah tugas yang

mudah. Hal ini demikian kerana guru perlu mengenal pasti tahap keupayaan pelajar untuk

menguasai dan menyertai aktiviti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam Bahasa

Melayu (Mohd Asnorhisham Adam, Abdul Rahim Hamdan dan Muhamad Khairul Anuar

Hussin, 2018). Dalam konteks bacaan, kegagalan memulihkan penguasaan bacaan akan

menimbulkan banyak masalah dan implikasi kepada individu yang terlibat serta kepada

program pemulihan sendiri. Bagi pihak murid, kegagalan menguasai bacaan boleh menjejaskan

pembelajaran dan kemajuan dalam prestasi pembelajaran dan dalam semua mata pelajaran,

termasuk ujian dan peperiksaan (Abdul Rasid 2011; Scahill, 2010; Nurhayati Nasir, 2016),

menghalang pembelajaran dan penguasaan ilmu di tahap yang lebih tinggi (Slavin, Cheung,

Golf, & Lake, 2008; Hirsch, 2019), di samping membantut dan memadamkan minat serta

keinginan murid-murid untuk terus belajar dan mencari ilmu pengetahuan (Ruzaini Rani, 2015;

Khotijah Kamsul, 2017).

Kegagalan menguasai bacaan khususnya pada Tahap 1 sekolah rendah amat merugikan murid

berkenaan kerana kajian-kajian membuktikan manusia mempunyai keupayaan untuk berbahasa

secara semula jadi (Chomsky, 1965; Piaget, 1971) atau pun dengan mempelajarinya (Skinner,

1957) dan manusia juga mudah mempelajari bahasa pada 10 tahun usia pertama mereka

(Martin, 1990). Menurut Nor Laila Kuslan (2014), kegagalan menguasai bacaan bermakna

potensi murid tersebut untuk berbahasa tidak dibangunkan dan dikembangkan. Hal ini

bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan terhadap

perkembangan potensi individu secara menyeluruh.

Menurut kajian yang pernah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2016),

pengajaran kelas dalam Bahasa Melayu secara keseluruhan yang dititikberatkan adalah kurang

sesuai. Ini menyebabkan ramai murid gagal menguasai kemahiran 3M mengikut masa yang

ditetapkan. Untuk memperbaiki kelemahan tersebut, strategi pengajaran secara berkumpulan

telah dicadangkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini turut

disokong oleh En. Raman selaku penyelia sekolah-sekolah Tamil di Selangor bahawa melalui

aktiviti kumpulan, diharapkan murid-murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dan

menguasai kemahiran-kemahiran mengikut kebolehan mereka. Walau bagaimanapun, aktiviti

pembelajaran secara berkumpulan ini kurang diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah yang

dipilih sebagai tempat kajian tersebut.

Bertitik tolak daripada isu-isu yang dinyatakan, berlaku permasalahan di Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil kini, iaitu masih terdapat murid yang tidak menguasai kemahiran literasi

asas seperti membaca. Masalah ini berkaitan dengan masalah penguasaan bahasa (Kementerian

Pendidikan Malaysia 2014). Hal ini tidak boleh dipandang enteng memandangkan bahasa

memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan manusia dan menjadi alat bagi tujuan

komunikasi.

5

Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif bijak dalam

memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memastikan semua murid

di Malaysia memdapat pendedahan awal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis

sejak dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Bermula dari tahun 2014 bidang Keberhasilan

Utama Nasional (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk

menguasai aras literasi. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi

tumpuan kepada penambahbaikan sistem sedia ada, iaitu memperkenalkan pelaksanaan Kelas

Pemulihan Bahasa Melayu untuk murid-murid tahap dua, iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6 serta

bagi merealisasikan visi dan misi PPPM (2013-2025) dan juga meningkatkan prestasi

pencapaian Bahasa Melayu dalam UPSR.

Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu ini juga selaras dengan dasar MBMMBI.

Program membasmi masalah membaca, menulis dan mengira (3M) ini turut menjadi fokus

utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Dalam tempoh ini,

murid-murid yang mempunyai masalah dalam Bahasa Melayu akan mendapat bimbingan

secara berfokus melalui modul Program Membaca dan Menulis. Pelaksanaan Kelas Pemulihan

Bahasa Melayu bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selaras

dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Kelas Pemulihan Bahasa Melayu ini dijalankan kepada murid yang tidak menguasai LINUS

saringan 2 pada Tahun 3 serta murid yang lemah dalam penguasaan membaca dan menulis

Bahasa Melayu dalam tahun 4, 5 dan 6. Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dilaksanakan di luar

jadual waktu persekolahan selama 2 hingga 5 jam seminggu. Pengajaran dan pembelajaran akan

dilaksanakan sebelum atau selepas sesi persekolahan. Kementerian berharap agar program khas

yang diperuntukkan kepada murid-murid tahap dua akan membasmi masalah penguasaan

membaca di semua sekolah rendah kebangsaan.

Keadaan ini membuka ruang kepada pengkaji untuk menentukan keberkesanan aktiviti

pembelajaran secara berkumpulan terhadap penguasaan suku kata dalam kalangan murid-murid

tahap dua. Namun demikian, kajian ini hanya terbatas dengan mengkaji keupayaan membaca

murid tahap dua di bawah program KPBM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Program ini adalah untuk membantu murid-

murid meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Dengan itu, kajian ini memberi

lompang kepada pengkaji untuk mengenal pasti keupayaan membaca murid-murid tahun 5 yang

telah melalui Kelas Pemulihan Bahasa Melayu.

Tinjauan Literatur

Menurut Nurhayati Nasir (2016), aktiviti membaca merupakan salah satu kemahiran asas yang

amat penting dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu.Murid-murid diseru untuk membaca

untuk memperkayakan kosa kata dan juga bagi meningkatkan penguasaan mereka. Didapati

murid-murid masih menunjukkan kecenderungan mereka dalam membaca buku cerita Bahasa

Melayu walaupun guru berusaha untuk memberikan galakan kepada murid untuk membaca

buku cerita Bahasa Melayu. Situasi ini berlaku kerana murid-murid lebih terdedah kepada buku

cerita Bahasa Inggeris. Sebaliknya kurang memberikan keutamaan kepada Bahasa Melayu. Hal

ini juga menjadi penyebab kepada kemerosotan minat terhadap bahan bacaan Bahasa Melayu.

Keupayaan murid-murid akan semakin meningkat sekiranya mereka diberi atau dibimbing

dengan kesediaan belajar yang baik dan berkesan. Selain daripada itu, murid-murid ini juga

6

haru mempunyai sikap yang positif terhadap pelajaran yang dipelajari serta mereka harus

mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada pihak keluarga terutamanya ibu bapa.

Asas pengetahuan dalam kemahiran membaca yang dimiliki oleh murid-murid, penglibatan ibu

bapa dan status sosioekonomi keluarga amat mempengaruhi penguasaaan membaca dalam

kalangan murid-murid. Tambahan pula, kanak-kanak akan memperoleh ketrampilan berbahasa

melalui pengalaman dan proses pembelajaran yang dilaluinya. (Ruzaini Rani, 2015).

Selain itu, Chew Fong Peng (2017) menjalankan tinjauan terhadap 120 orang murid dari tiga

jenis sekolah yang berbeza, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kajian menunjukkan bahawa murid-murid berasa seronok

terhadap program LINUS yang dilaksanakan. Mereka mendapati bahawa guru-guru LINUS

mengajar dengan cara yang menyeronokkan dan menggunakan bahasa yang mudah difahami,

kelas LINUS membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis, guru

LINUS cenderung untuk mengaplikasikan teknik berkumpulan dan permainan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru lebih gemar menggunakan komputer, gambar

dan video di dalam kelas LINUS. Dengan kata lain, pelaksanaan program LINUS

menampakkan hasil dengan sambutan yang positif dalam kalangan murid.

Kebanyakan kajian lepas menumpukan perhatian kepada murid-murid semata-mata, melainkan

Mohd Asnorhisham Adam, Abdul Rahim Hamdan dan Muhamad Khairul Anuar Hussin (2018)

yang mengkaji murid-murid dan guru-guru. Tujuan kajian mereka adalah untuk meningkatkan

tahap kawalan pembinaan pelajar literasi Melayu (ML) melalui pendekatan pengajaran bersama

satu pengajaran, satu bantuan (OTOA). Pengajaran kolaboratif OTOA adalah pendekatan

kolaboratif antara guru dalam melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan dengan sokongan

pentadbir dan pegawai penyelia. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini

adalah ujian pra dan pasca, pemerhatian, analisis dokumen dan wawancara terhadap dua orang

murid dan guru. Hasil kajian menunjukkan berlakunya peningkatan dalam penguasaan literasi

bahasa Melayu dan minat murid dalam penulisan melalui pendekatan OTOA. OTOA juga

membantu guru dalam pelaksanaan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan serta meningkatkan

penguasaan literasi Melayu dalam program LINUS.

Selain itu, Mohd Asnorhisham Adam dan Abdul Rahim Hamdan (2017) menjalankan kajian

untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan, penguasaan, dan keberkesanan pendekatan pengajaran

secara berkumpulan oleh Guru Pemulihan Khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa

Melayu. Seramai 40 orang guru pemulihan yang mengajar Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah

kebangsaan di Johor telah dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan

sebagai instrumen kajian yang telah diubah suai daripada penyelidik-penyelidik lepas. Kajian

ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hasil

kajian menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan, penguasaan, keberkesanan pengajaran secara

berkumpulan oleh guru pemulihan khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu berada

pada tahap yang tinggi.

Objektif dan Soalan Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti pemahaman dan persepsi guru Bahasa Melayu tentang pelaksanaan

Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam kemahiran literasi membaca .

2. Menganalisis perbezaan antara Kaedah dan strategi dalam pelaksanaan Kelas

Pemulihan Bahasa Melayu dalam kemahiran literasi membaca oleh guru-guru KPBM mengikut

latar belakang social

7

3. Mengetahui masalah dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam

kemahiran literasi membaca.

Daripada objektif kajian di atas, maka tiga soalan kajian dibangunkan di bawah:

1. Apakah pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa

Melayu?

2. Apakah kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru-guru KPBM dalam Pelaksanaan

Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia mengikut latar belakang sosial:

a. Umur

b. Lokasi sekolah

c. Pengalaman mengajar

3. Apakah masalah dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran Literasi membaca

Bahasa Melayu?

Kerangka Teori Kajian

Rajah 1 Teori Kemahiran Membaca Kanak-kanak

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teori penampilan literasi yang dipelopori oleh Marie

Clay (1979) di mana beliau mendefinisikan penampilan literasi atau pemunculan literasi sebagai perlakuan menulis dan membaca kanak-kanak yang berkembang kepada kebolehan

membaca dan menulis sebenar. Marie Clay (1991) turut membahagikan kanak-kanak yang

diklasifikasikan sebagai belum menguasai membaca kepada tiga tahap, iaitu tahap pembaca

baharu, tahap pembaca awal dan tahap pembaca maju.

Metodologi

Reka Bentuk Kajian

Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dengan mengedarkan soal selidik bagi mengumpul data

yang diperlukan. Kaedah ini membantu pengkaji menganalisis pelaksanaan Kelas Pemulihan

Bahasa Melayu khususnya di SJKT.

Responden Kajian

Dalam kajian ini, responden kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar Kelas Pemulihan

Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Negeri Selangor dan berpengalaman dalam

Teori

Behaviorisme

Teori Emergent

Literacy

Pemahaman guru

Persepsi guru

Kaedah dan

strategi

Sokongan

Kemahiran

Membaca murid

8

pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu. Guru-guru di Negeri Selangor dipilih kerana

negeri ini merupakan antara negeri yang sering melakukan pelbagai program bagi

meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu.

Jumlah guru Bahasa Melayu di semua SJKT di negeri Selangor ialah 220 orang. Persampelan

dilakukan secara bertujuan, iaitu memilih terus guru-guru yang mengajar Kelas Pemulihan

Bahasa Melayu sahaja. Mereka akan dihubungi dan diminta kebenaran untuk dibuat kajian

seterusnya. Hanya mereka yang sudi melibatkan diri dijadikan sasaran, justeru kajian ini

memilih 60 orang guru sebagai responden kajian.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Menurut Mohd. Majid

Konting (2000), soal selidik dianggap sesuai dalam bidang pendidikan untuk pengumpulan

data. Soal selidik kajian ini diubah suai daripada kajian LINUS Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu A, B, C, dan D. Bahagian A ialah Latar

Belakang Responden. Bahagian B ialah Persepsi dan Pemahaman Guru Terhadap Pelaksanaan

KPBM. Bahagian C pula ialah Kaedah dan Strategi Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa

Melayu, manakala Bahagian D ialah masalah-masalah pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam

Kemahiran literasi membaca BM. Kesemua bahagian ini mengandungi 10 item masing-masing.

Skala Likert digunakan sebagai skala pengukuran dalam instrumen kajian ini.

Pengkaji telah menjalankan kajian rintis ke atas 30 orang guru Bahasa Melayu KPBM. Pekali

kebolehpercayaan berada pada nilai Cornbach alpha 0.92, menunjukkan instrumen kajian

adalah tekal dan boleh diteruskan kajian lapangan.

Profile Responden Kajian

Jadual 1: Profil Responden Guru

Latar belakang

sosial (N=60)

Kategori Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 26 43.3

Perempuan 34 56.7

Umur 31 hingga 35 tahun 48 80.0

36 hingga 40 tahun 2 3.3

41 hingga 50 tahun 10.0

51 tahun keatas 6.7

Kelulusan

Akademik

SPM/STPM/DIPLOMA 6 3.3

Ijazah Sarjana Muda 4 75.0

Ijazah Sarjana 13 21.7

Bidang

Pengkhususan

Pendidikan BM 12 20.0

Bukan Pendidikan BM 47 78.3

9

Nama Institusi IPG 5 8.3

UM 17 28.3

UKM 15 25.0

UPM 10 16.7

USM 7 11.7

UTM 4 6.7

UNIMAS 2 3.3

Kelulusan

ikhtisas tertinggi

Kursus Perguruan Lepasan

Ijazah (KPLI)

53 88.3

Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan

6 10.0

Lain-lain 1 1.7

Pengalaman

Mengajar

Kurang daripada 5 Tahun 2 3.3

6 hingga 10 Tahun 18 30.0

11 hingga 15 Tahun 11 18.3

16 Hingga 20 Tahun 23 38.3

lebih 20 Tahun 6 10.0

Jadual 1 di atas menunjukan, bilangan guru perempuan (34, 56.7%) adalah lebih ramai daripada

guru lelaki (26, 43.3%). Hal ini menunjukan reality bahawa lebih banyak guru perempuan yang

mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas pemulihan. Kajian ini menunjukkan bilangan

responden bagi lingkungan umur. Responden dalam lingkungan umur 31 hingga 35 tahun

mempunyai bilnagan yang paling ramai, iaitu 48 orang (80.0%), diikuti oleh lingkungan umur

41 hingga 50 tahun seramai 6 orang (10.0%), manakala yang paling sedikit ialah lingkungan

umur 36 tahun hingga 40 tahun iaitu 2 orang (3.3%).

Daripada jumlah keseluruhan responden, bilangan guru yang mempunyai kelulusan akademik

Ijazah Sarjana Muda merupakan bilangan yang paling banyak, iaitu seramai 45 orang (75.0%),

diikuti dengan Ijazah Sarjana seramai 13 orang (21.75), sebaliknya kelulusan akademik yang

paling rendah ialah 2 orang (3.3%) di tahap SPM/STPM/DIPLOMA. Selain itu dapatan data

juga menunjukkan majority responden bukan pengkhususan mata pelajaran Bahasa Melayu,

iaitu 47 orang (78.3%) berbanding guru opsyen Bahasa Melayu sebanyak 12 orang (20.0%).

Selain itu, profil ini juga menunjukkan paling banyak responden guru yang mengikuti

pendidikan di Universiti Malaya, iaitu sebanyak 17(28.3%), diikuti dengan lulusan dari

Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 15 orang (25.0%), seterusnya ialah guru dari

Universiti Putra Malaysia, iaitu 10 orang (16.7%), Universiti Sains Malaysia sebanyak 7 orang

(11.7%) manakala responden yang paling sedikit ialah guru kelulusan UNIMAS iaitu 2 orang

(3.3%).

Dilihat dari aspek kelulusan ikhtisas tertinggi, golongan guru berkelulusan Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah adalah paling ramai, iaitu 53(88.3%), diikuti dengan pemegang Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan sebanyak 6 orang (10.0%) dan 1 orang (1.7%) guru yang mempunyai

kelulusan ikhtisas lain. Dari segi pengalaman mengajar, guru yang mengajar antara 16 hingga

20 tahun adalah paling banyak, iaitu sebanyak 23 orang (38.3%), diikuti dengan pengalaman

10

mengajar antara 6 hingga 10 tahun sebanyak 18 orang (30%), antara 11 hingga 15 tahun seramai

11 orang (18.3%), lebih 20 tahun sebanyak 6 orang (10%) responden, manakala guru yang

mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun adalah paling sedikit, iaitu

sebanyak 2 orang (3.3%) responden.

Dapatan Kajian

Dalam kajian ini, analisis deskriptif digunakan bagi tujuan penganalisisan data yang melibatkan

kekerapan, peratusan (%), min, dan sisihan piawai (SP) terhadap soalan kajian 1 dan 3. Nilai

min yang diperolehi akan diinterpretasikan dalam lima kategori seperti yang digariskan dalam

sumber Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) (2006).

Jadual 2: Skor Purata Dan Interpretasi Min

(Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006)

Soalan kajian 1: Apakah pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas Pemulihan

Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca?

Jadual 3: Statistik Deskriptif Pemahaman Dan Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan

Kelas Pemulihan Bahasa Melayu Dalam Kemahiran Literasi Membaca

Julat min Interpretasi

1.00 – 1.89 Sangat Rendah

1.90 – 2.69 Rendah

2.70 – 3.49 Sederhana

3.50 – 4.29 Tinggi

4.30 – 5.00 Sangat Tinggi

No. Item Amat

tidak

setuju

Tidak

setuju

Kurang

Setuju

Setuju Amat

Setuju

M SP

K K K K K

(%) (%) (%) (%) (%)

1 Saya memahami tujuan

pelaksanaan Kelas

Pemulihan Bahasa Melayu

1

(1.7)

1

(1.7)

58

(96.7)

4.93 .40

2 Saya mempunyai

pengetahuan tentang ciri-ciri

murid KPBM.

1

(1.7)

1

(1.7)

58

(96.7)

4.92 .53

3 Saya mengetahui prosedur

pemilihan murid KPBM.

1

(1.7)

59

(98.3)

4.92 .53

4 KPBM mengutamakan

perkembangan literasi

membaca murid.

2 58 4.97 .18

(3.3) (96.7)

5 Saya mengetahui kaedah

pelaksanaan KPBM yang

betul.

1 59 4.98 .12

(1.7) (98.3)

6 Kelas KPBM akan

meningkatkan kemahiran

membaca murid.

3 57 4.95 .21

(5.0) (95.0)

11

Jadual 3 membentangkan pemahaman dan persepsi guru terhadap pelaksanaan Kelas

Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca. Sebanyak 10 item yang disoal

dalam bahagian ini dan kesemua nilai min di atas 4.0 menunjukkan para responden bersetuju

pada setiap pernyataan yang diajukan.

Berdasarkan 10 item di atas, item ke-5 dan 10 menunjukkan nilai min tertinggi iaitu 4.98 dengan

sisihan piawai sebanyak .12. Perkara ini menjelaskan bahawa kebanyakan para responden

mengetahui kaedah pelaksanaan KPBM yang betul dan menyatakan bahawa kelas KPBM

membantu murid menguasai kemahiran membaca di sekolah rendah sebelum menjejak kaki ke

alam menengah.

Item ke-4 dan ke-9 pula menunjukkan nilai min kedua tinggi (M=4.97, SP= .18). Daripada 60

responden, 58 daripadanya (96.7%) amat setuju bahawa KPBM mengutamakan perkembangan

literasi murid dan kelas KPBM dapat meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu. Sebaliknya

item yang terendah nilai min ialah item ke-7, iaitu KPBM membantu murid untuk menaakul

bahan bacaan (M=4.88, SP=.58).

Secara rumusannya, didapati bahawa pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan

Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca adalah sangat tinggi

(Min purata = 4.94, SP purata =.32).

Soalan kajian 2: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara Kaedah dan strategi yang

digunakan oleh guru-guru KPBM dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam

Kemahiran Literasi membaca mengikut latar belakang sosial:

a. Jantina

b. Bidang pengkhususan

c. Pengalaman mengajar

Analisis statistik inferensi digunakan untuk melihat perbezaan pembolehubah-pembolehubah

yang dikaji, iaitu kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru-guru KPBM dalam Pelaksanaan

7. KPBM membantu murid

untuk menaakul bahan

bacaan.

1

(1.7)

1

(1.7)

1

(1.7)

57

(95.0)

4.88 .58

8 Masa yang diperuntukan

oleh Kementerian

Pendidikan bagi

pelaksanaan KPBM adalah

mencukupi.

1 1 58 4.95 .28

(1.7) (1.7) (96.7)

9 Kelas KPBM dapat

meningkatkan peratus

pencapaian Bahasa Melayu.

2 58 4.97 .28

(3.3) (96.7)

10 Kelas KPBM membantu

murid menguasai kemahiran

membaca di sekolah rendah

sebelum menjejak kaki ke

alam menengah.

1 59 4.98 .12

(1.7) (98.3)

Purata 4.94 .32

12

Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca mengikut latar belakang

sosial seperti jantina, bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar. Ujian non-paramatriks

digunakan untuk menjawab soalan kajian ini kerana taburan data adalah tidak normal.

Jadual 4: Analisis Deskiriptif Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru-guru

KPBM dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran

Literasi membaca mengikut Jantina

Jadual 5: Keputusan Analisis Ujian-U Mann-Whitney antara Kaedah Pengajaran dan Jantina

Analisis Mann Whitney U-test digunakan untuk mencari hubungan antara kaedah dan strategi

yang digunakan oleh guru-guru KPBM dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu

dalam Kemahiran Literasi membaca mengikut jantina. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat

perbezaaan yang signifikan antara guru lelaki (Md=3, n=26) dan guru perempuan

(Md=3,n=34), U=414, Z=-.580, p >.05. Ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah dan

strategi dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi tidak

berkaitan dengan jantina.

Jadual 6: Analisis Deskriptif Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru-guru

KPBM dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran

Literasi membaca Mengikut Bidang Pengkhususan

Peringkat

Jantina N Mean Rank Sum of Ranks

Kaedah Lelaki 26 31.58 821.00

Perempuan 34 29.68 1009.00

Total 60

Kaedah

Mann-Whitney U 414.000

Wilcoxon W 1009.000

Z -.580

Asymp. Sig. (2-hujung) .562

a. Grouping Variable: Jantina

Ranks

Bidang pengkhususan N Mean Rank Sum of Ranks

Kaedah

Pendidikan BM 12 27.00 324.00

Bukan Pendidikan BM 48 31.38 1506.00

Total 60

13

Jadual 7: Keputusan Analisis Ujian-U Mann-Whitney antara Kaedah Pengajaran dan

Bidang Pengurusan

Analisis ujian-U Mann Whitney digunakan untuk mencari perbezaan antara bidang

pengkhususan guru bahasa Melayu dengan guru bukan bidang pengkhususan Bahasa Melayu

dalam penggunaan kaedah dan startegi dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Melayu

dalam Kemahiran Literasi membaca. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara skor guru di antara guru bahasa Melayu yang khusus (Md = 3, n = 12) dengan

guru yang tidak pengkhususan Bahasa Melayu (Md = 3, n = 48), U = 246, Z = -1.077, p> .05.

Ini menunjukkan bahawa bidang pengkhususan guru bahasa Melayu tidak berkaitan dengan

penggunaan startegi dan kaedah dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu. Dalam

erti kata lain, guru yang mempunyai atau tanpa pengkhususan dalam Bahasa Melayu tidak

berbeza dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi Bahasa

Melayu.

Jadual 8: Analisis Deskriptif Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru-guru

KPBM dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran

Literasi membaca mengikut Pengalaman Mengajar

Pengalaman N Mean

Rank

Kaedah Kurang daripada 5 Tahun 2 20.50

6 hingga 10 Tahun 18 30.64

11 hingga 15 Tahun 11 34.18

16 Hingga 20 Tahun 23 27.80

lebih 20 Tahun 6 37.00

Total 60

Jadual 9: Keputusan Analisis Kruskal-Wallis antara kaedah pengajaran

dan Pengalaman Mengajar

Kaedah

Kruskal-Wallis H 4.862

Df 4

Asymp. Sig. .302

a. Kruskal Wallis Test

b. Grouping Variable: Pengalaman

Ujian Kruskall-Wallis untuk lima kumpulan pengalaman mengajar yang berbeza pada X2 (4,

N-60) = 4.86, p > .05. Ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu tidak banyak berbeza dari

Kaedah

Mann-Whitney U 246.000

Wilcoxon W 324.000

Z -1.077

Asymp. Sig. (2-tailed) .281

a. Grouping Variable: Bidang pengkhususan

14

segi pengalaman mengajar mereka. Penemuan ini menunjukkan bahawa semua guru

menggunakan kaedah dan startegi yang sama dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa

Melayu dalam Kemahiran literasi membaca.

Soalan kajian 3: Apakah masalah dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran

Literasi membaca Bahasa Melayu?

Jadual 10: Masalah Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran Literasi

membaca Bahasa Melayu

No

.

Item Amat

tidak

setuju

Tidak

setuju

Kuran

g

Setuju

Setuj

u

Amat

Setuj

u

M SP

K k k k K

(%) (%) (%) (%) (%)

1 Guru bahasa tidak

berpeluang mengikuti

kursus dalam perkhidmatan

dan latihan dalaman tentang

pelaksanaan KPBM.

2

(3.3)

55

(91.7)

1

(1.7)

1

(1.7)

1

(1.7)

2.06

.51

.

2 Peruntukan masa yang

ditetapkan oleh

Kementerian dalam jadual

waktu tidak mencukupi.

2

(3.3)

57

(95.0)

1

(1.7)

1.98 .22

3 Pihak pengurusan sekolah

kurang melakukan

pemantauan sepanjang

masa.

2

(3.3)

3

(5.0)

51

(85.0)

2

(3.3)

2

(3.3)

2.98 .59

4 Modul–modul pengajaran

dan pemudahcaraan amat

kurang

2

(3.3)

2

(3.3)

3

(5.0)

51

(85.0)

2

(3.3)

3.81 .70

5 Masalah membaca dalam

kalangan kanak-kanak

dianggap remeh-temeh oleh

ibubapa.

2

(3.3)

5

(8.3)

53

(88.3)

4.78 .76

6 Tiada sebarang peruntukan

kewangan dalam

penyediaan modul

perbelanjaan KPBM.

2

(3.3)

52

(86.7)

6

(10.0)

4.00 .63

7. Memerlukan masa

tambahan di luar waktu

persekolahan untuk

menyedikan bahan bantu

mengajar (BBM) yang

sesuai.

2

(3.3)

2

(3.3)

2

(3.3)

49

(81.7)

5

(8.3)

3.88 .73

8 Beban tugas bukan

akademik menghalang

2

(3.3)

2

(3.3)

4

(6.7)

49

(81.7)

3

(5.0)

3.81 .70

15

Masalah paling utama yang dikenal pasti ialah item ke-10, iaitu kehadiran murid ke kelas

KPBM amat kurang (M=4.91, SP .42). Daripada 60 responden, 57 orang (95.0%) guru setuju

dengan kewujudan masalah ini, manakala hanya 2 orang (3.3%) tidak setuju dan 1 orang (1.7%)

amat tidak setuju.

Masalah kedua yang dihadapi oleh guru-guru ialah item ke-5, iaitu masalah membaca dalam

kalangan kanak-kanak dianggap remeh-temeh oleh ibu bapa (M=4.78, SP=.76). Daripada 60

responden, 53 orang (88.3%) guru amat setuju dan 5 orang (8.3%) setuju dengan kenyataan

tersebut, sebaliknya 2 orang (3.3%) amat tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Masalah kedua tertinggi ialah item 6 tiada sebarang peruntukkan kewangan dalam penyediaan

modul perbelanjaan KPBM dengan menunjukkan nilai min 4.00 dan sisihan piawai.63.

Daripada 60 responden, 52 orang (86.7%) guru amat setuju dengan kenyataan tersebut,

manakala 2 orang (3.3%) tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Masalah ketiga tertinggi ialah item ke-9, iaitu tidak diberi latihan khas dalam penyediaan modul

KPBM di mana 52 orang (86.7%) guru amat setuju dengan pendapat tersebut, 5 orang (8.3%)

guru setuju manakala 3 orang (5.0%) tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Nilai min yang

dicatatkan ialah 3.98 dan sisihan piwainya ialah .56.

Walau bagaimanapun item min yang terendah ialah item ke-2 di mana peruntukan masa yang

ditetapkan oleh Kementerian dalam jadual waktu tidak mencukupi (M=1.98, SP=.22). Sejumlah

57 orang (95.0%) responden tidak setuju dengan kenyataan tersebut, 2 orang (3.3%) amat tidak

setuju, manakala 1 orang (1.7%) kurang setuju dengan kenytaan tersebut.

Masalah kedua rendah ialah item 1, iaitu guru bahasa tidak berpeluang mengikuti kursus dalam

perkhidmatan dan latihan dalaman tentang pelaksanaan KPBM. Seramai 55 orang (91.7%) guru

tidak setuju dengan kenyataan tersebut, 2 orang (3.3%) guru amat setuju manakala 1 orang (1.7)

guru amat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Nilai min yang dicatatkan ialah 2.06 dan

sisihan piawai .51.

Masalah ketiga yang rendah adalah item ke-3, iaitu pihak pengurusan sekolah kurang

melakukan pemantauan sepanjang masa (M=2.98, SP=.59). Sejumlah 51 orang (85.0%) guru

kurang setuju dengan pernyataan tersebut, 3 orang (5.0%) tidak setuju, 2 orang (3.3%) amat

tidak setuju, manakala 2 orang (3.3%) setuju dan amat setuju dengan kenyataan tersebut.

tumpuan guru untuk

merancang dan

melaksanakan kelas KPBM

dengan berkesan

9 Tidak diberi latihan khas

dalam penyedian modul

KPBM

1

(1.7)

1

(1.7)

1

(1.7)

52

(86.7)

5

(8.3)

3.98 .56

10 Kehadiran murid ke kelas

KPBM amat kurang

1

(1.7)

2

(3.3)

57

(95.0)

4.91 .42

Purata 3.12 .58

16

Secara rumusannya, didapati bahawa masalah dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam

Kemahiran Literasi membaca Bahasa Melayu ialah sederhana tinggi (Min purata = 3.12, SP

purata = .58).

Perbincangan dan Interpretasi

Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa para guru bersetuju bahawa pemahaman dan

persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam kemahiran Literasi

membaca berada pada tahap yang sangat tinggi (Min purata 4.94, SP purata .32). Ini

menggambarkan bahawa guru-guru KPBM mempunyai pemahaman dan persepsi yang sangat

positif terhadap program itu.

Kebanyakan guru memberi pendapat yang positif bahawa mereka mengetahui kaedah

pelaksanaan KPBM yang betul kerana mereka mengetahui cara untuk mempelbagaikan aktiviti

membaca, jenis bahan bantu mengajar, pelaksanaan kelas abad ke 21 dan sebagainya. Kaedah

yang selalu digunakan ialah latih tubi, smart board, pelaksanaan kelas Abad ke 21 dan

sebagainya. Kaedah latihan tubi pula disokong oleh Nur Syazwina Mustapa, Suhaila Zailani @

Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Ummu Hani Hashim, Zuraida Shaadon (2012). Mereka

menjalankan temubual ke atas lima orang guru yang menjadi fasilitator dan mendapati bahawa

kaedah latih tubi yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik dapat meningkatkan

kemahiran murid dalam membaca teks dengan betul. Selain itu, seramai lima orang murid telah

ditemu bual untuk mengenal pasti keberkesanan teknik latih tubi. Semua murid telah bersetuju

dengan keberkesanan kaedah latih tubi membantu meningkatkan kefahaman murid semasa

membaca teks Arab. Selain itu, guru-guru yang gemar menggunakan teknologi pendidikan yang

diuar-uarkan dalam pengajaran Abad ke-21 juga didapati dapat meningkatkan kemahiran

membaca Bahasa Melayu seperti hasil kajian Chew (2017) kerana murid-murid berasa seronok

dalam pembelajaran.

Para guru juga memberi persepsi yang positif di mana KPBM mengutamakan perkembangan

literasi membaca murid. Hal ini ditekankan oleh Yahya (2008) dan Scahill (2010) bahawa

penyelidikan mengenai proses membaca penting dijalankan bagi membantu murid

menambahkan ilmu pengetahuan. Menurut mereka, penyelidikan mengenai aspek membaca

menjelaskan bahawa wujud kesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya

ilmu yang perlu diperkukuhkan.

Dalam kajian yang dijalankan tentang bahasa Melayu di Malaysia, proses membaca telah diberi

penekanan terutamanya dalam penentuan kemahiran bahasa yang perlu dikuasai seperti yang

terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah

rendah mahupun sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).

Dapatan analisis Mann Whitney U-test menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara guru lelaki dengan guru perempuan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah dan

strategi dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi tidak

berkaitan dengan jantina. Ini menunjukkan guru-guru lelaki dan perempuan menggunakan

kaedah dan strategi pengajaran yang sama dalam KPBM.

Selain itu, dapatan analisis Mann Whitney U-test menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara bidang pengkhususan guru Bahasa Melayu dengan bukan bidang

pengkhususan Bahasa Melayu. Dapatan data ini selaras dengan pendapat Abdul Jalil,

Normarini Norzan, Ghazali Darusalam dan Saedah Siraj (2011) bahawa peningkatan

17

profesionalisme guru-guru Bahasa Melayu merupakan identiti terhadap bahasa. Dalam kajian

mereka, didapati kebanyakan guru Bahasa Melayu mempunyai latar belakang dan sikap yang

positif terhadap Bahasa Melayu, tetapi mereka tidak mahir dalam penguasaan isi kandungan

mata pelajaran ini, ia menyebabkan mereka tidak dapat memberikan komitmen yang baik

terhadap matapelajaran Bahasa Melayu.

Ujian Kruskall-Wallis untuk lima kumpulan pengalaman mengajar juga menunjukkan tidak ada

perbezaan yang signifikan. Hal ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu tidak banyak

berbeza dari segi pengalaman mengajar mereka semasa menggunakan kaedah dan strategi

dalam pelaksanaan kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran literasi membaca. Tidak

kira sama ada mereka berpengalaman mengajar atau tidak, mereka mengaplikasikan kaedah

pengajaran yang hampir sama dalam KPBM. Ini bererti. Dapatan data ini berbeza dengan

pendapat Nor Hasmaliza Hasan dan Zamri Mahmod (2015) bahawa guru yang menghadiri

kursus pemulihan mempunyai pengalaman yang banyak tentang literasi Bahasa Melayu dan

dapat mengajar dengan lebih baik.

Di samping itu, hasil kajian jelas menunjukkan bahawa para guru menghadapi masalah dalam

pelaksanaan kelas pemulihan dalam Kemahiran Literasi membaca Bahasa Melayu pada tahap

yang tinggi (Min purata 3.12, SP purata .58). Masalah yang paling utama ialah kehadiran murid

ke kelas KPBM. Kenyataan ini selaras dengan pendapat Abdul Rasid (2011) dan Khotijah

Kamsul (2017) di mana terdapat sebilangan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah atau kelas

pemulihan kerana sakit, masalah sosioekonomi keluarga dan juga pemalas. Kehadiran yang

kurang menyebabkan aktiviti pemulihan bacaan terjejas.

Masalah kedua yang dihadapi oleh guru-guru adalah masalah membaca dalam kalangan kanak-

kanak dianggap remeh-temeh oleh ibu bapa. Pendapat Imran Arif Ariffin et.al (2010) juga

selaras dengan pernyataan di atas bahawa segelintir ibu bapa tidak memahami apakah yang

dikatakan dengan aktiviti membaca, proses-proses yang terlibat serta kepentingan pemupukan

minat membaca sejak awal usia kanak-kanak lagi. Tanpa maklumat yang betul, kebanyakan ibu

bapa cenderung mempunyai persepsi yang salah terhadap aktiviti membaca.

Masalah ini harus dipandang serius kerana menurut Duursma (2014), peranan ibu bapa

dianggap amat penting dalam mempengaruhi anak-anak membaca bukan hanya pada usia awal,

tetapi juga pada masa depan mereka. Sehubungan itu, Ruhaena Lisnawati (2013) berpendapat

bahawa tahap perkembangan yang membolehkan seseorang kanak-kanak melibatkan diri dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dengan perlu

adanya bantuan guru dan di luar bilik darjah dengan bantuan ibu bapa yang sedar akan

kepentingan bacaan.

Selain itu, analisis ini juga mendapati bahawa para guru tidak diberi latihan khas dalam

penyediaan modul KPBM. Pernyataan ini disokong oleh Tubuh & Hamid (2011) bahawa KPM

tidak meneliti dengan terperinci tentang modul yang disediakan bagi guru-guru KPBM. Beliau

juga menyarankan bahawa penambahbaikan Modul perlu diberi perhatian serius dengan

memasukkan kemahiran bertutur dan mendengar.

Walau bagaimanapun, responden guru memberi pandangan yang positif bahawa jadual waktu

yang diperuntukkan oleh pihak Kementerian Pendidikan bagi pelaksanaan KPBM adalah

mencukupi. Hal ini adalah selaras dengan kenyataan Abdul Rashid Jamian (2011) di mana guru

sering mengejar waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang disediakan oleh

18

Kementerian Pendidikan Malaysia. Situasi ini menimbulkan masalah di mana guru tidak

memberi tumpuan kepada pembelajaran murid serta menunjukkan sikap ketidakprofesionan

pengurusan pengajaran sekolah. Hal ini telah mewujudkan situasi aspek kemampuan murid

yang berbeza diabaikan dan jurang perbezaan antara murid semakin meningkat antara mereka.

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, guru-guru boleh mengaplikasikan Strategi

Pengajaran Abad ke 21 yang dapat membantu guru-guru untuk menyampaikan cara yang

mudah difahami dan menarik murid-murid yang terlibat dalam program tersebut. Pernyataan

ini disokong oleh pengkaji Fouzia Khursheed (2015) di mana penggunaan bahan-bahan

rakaman, gambar, papan tanda, pesanan ringkas juga boleh dijadikan bahan bacaan kanak-

kanak, dan tidak terbatas kepada bahan bacaan semata-mata.

Selain itu, penambahbaikan Modul KPBM juga boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah

pelaksanaan. Cadangan tersebut selaars dengan pendapat Tubah dan Hamid (2011) bahawa

KPM tidak meneliti dengan terperinci tenatng modul yang disediakan bagi guru-guru KPBM.

Beliau juga menyarankan bahawa penambahbaikan Modul perlu diberi perhatian serious

dengan memasukkan kemahiran bertutur dan mendengar.

Perjumpaan dengan ibu bapa juga menunjukkan kepentingan sokongan daripada keluarga

murid-murid. Menurut Suresh Kumar (2017), para ibu bapa perlu datang ke sekolah untuk

mengetahui masalah perkembangan dan kemajuan pendidikan anak, dan juga tidak malu untuk

berkongsi dengan sekolah jika terdapat sebarang masalah yang dirasakan menjejaskan

Pendidikan anak serta mereka juga perlu sedia untuk berbincang denagn pihak sekolah akan

tindakan yang terbaik untuk membantu pembelajaran anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa juga

memainkan peranan yang penting dalam kejayaan anak mereka.

Kesimpulan

Secara rumusannya, pelaksanaan kemahiran membaca dalam Literasi Bahasa Melayu berada

pada tahap yang positif. Kajian ini juga mengambarkan tentang persepsi dan pemahaman guru

dalam pelaksanaan KPBM iaitu kebanyakan guru mempunyai persepsi yang positif dalam

pelaksanaan KPBM. Guru-guru Bahasa Melayu tidak menunjukkan banyak perbezaan dari segi

jantina, pengkhususan dan pengalaman mengajar semasa menggunakan kaedah dan strategi

dalam pelaksanaan kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran literasi membaca.

Walaupun terdapat halangan-halangan yang mencabar, namun guru-guru KPBM akan

mengamalkan cara-cara yang berkesan untuk menganganinya. Hasil kajian ini boleh dijadikan

batu asas untuk merangka pelbagai kaedah untuk menjayakan pelaksanaan KPBM supaya

semua pelajar celik dalam literasi Bahasa Melayu pada masa yang akan datang.

Rujukan

Abdul Jalil Othman, Normarini Norzan, Ghazali Darusalam dan Saedah Siraj (2011). Cabaran

Guru Program Linus Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa, Isu Pendidikan, 34, 37-

51.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu

Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1),

1-12.

Clay, M. M. (1979). Theoretical research and instructional change: A case study. In L. Resnick

& P. Weaver (Eds.). Theory and practice of early reading Vol. 2 (pp. 149-171). Hillsdale,

NJ: Erlbaum.

19

Clay, M.M. (1991). Becoming Literate: The Construction of Inner Control. Pontsmouth, NH:

Heineman.

Chomsky, N. A. (1965). Aspects of The Theory of Syntax. Cambridge, MA: MIT Press.

Crowl, T. K., Kaminsky, S., & Podell, D. M. (1997). Educational psychology. Madison, WI:

Brown & Benchmark.

Dooley, C. M.M. (2011). Young Children's Approaches to Books: The Emergence of

Comprehension. The Reading Teacher, 64(2), 120-130.

Duursma, E. (2014). The effects of fathers' and mothers' reading to their children on language

outcomes of children participating in early head start in the United States. Fathering: a

journal of theory and research about men as parents, 12 (3), 283-302.

Ercole, J. (2009). Labeling in the Classroom: Teacher Expectations and their Effects on

Students' Academic Potential. Honors Scholar Theses. University of Connecticut.

Fouzia Khursheed Ahmad. (2015). Use of Assistive Technology in Inclusive Education:

Making Room for Diverse Learning Needs. Transcience, 6(2), 62-77.

Fuziati Misbah. (2012). Kajian tindakan meningkatkan penguasaan membaca murid Tahun

Satu (LINUS) menggunakan kaedah Gabungan Bunyi Kata dengan Teknik Latih. SK Sri

Suria 2, Tanah Merah, Kelantan.

Hirsch, E.D. (2019). Why Knowledge Matters: Rescuing Our Children from Failed Educational

Theories. Cambridge: Harvard Education Press.

Imran Ariff Ariffin, Faizul Ab Kadir Khadijah Ibrahim Rizawati Abd Halim Wan Zurianti Wan

Abdullah. (2010). Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di

Peringkat Tadika Atau Pra Sekolah. Projek Penyelidikan, UPSI.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Malaysia Education Blueprint 2012-2025.

Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -

2020. Kuala Lumpur: KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)

Pendidikan, KPM. Diperoleh daripada www.moe.my/upload/galeri.../12752 79590

Martin, T. (1990). The strugglers: Working with children who fail to learn to read.

Buckingham, UK: Open University Press.

Khotijah Kamsul. (2017). Strategi Pengembangan Minat dan Gemar Membaca. Dimuat turun

daripada

https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/51918409/STRATEGI_PENGEMB

ANGAN_MINAT_BACA.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Ex

pires=1554111502&Signature=K35j5b5kWNeD%2FZmQ%2FIFectjcCMg%3D&respon

se-content-

disposition=inline%3B%20filename%3DSTRATEGI_PENGEMBANGAN_MINAT_D

AN_GEMAR_ME.pdf

Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan. (2017). Pendekatan Pengajaran Secara

Berkumpulan Dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu, 7(1), 66-73.

Mohd Asnorhisham Adam, Abdul Rahim Hamdan dan Muhamad Khairul Anuar Hussin (2018).

Co-Teaching Approach of Special Remedial Teacher and Malay Literacy Teacher in

LINUS Program. In Proceeding of New Academia Learning Innovation (NALI) Sharing

Practices (p. 51-55). Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia Press.

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

20

Nor Hasmaliza Hasan., & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah

menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Malay Language Education Journal,

6(2), 2180–4842.

Nor Laila Kuslan (2014). Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sebuah Sekolah Rendah: Satu Kajian

Kes. Disertasi Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, UM.

Nur Syazwina Mustapa, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Ummu Hani

Hashim, Zuraida Shaadon. (2012). Teknik Membaca SQ3R dan Penerapannya dalam

Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab. Dlm. Ezad Azraai Jamsari, Zamri Arifin,

Mohd. Al Adib Samuri, Mohd. Zamro Muda, Ahmad Munawar Ismail, Muhamad Razak

Idris, Hakim Zainal, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Muhamad Faisal Asha’ari, Salasiah Hanin

Hamjah, Fadlan Mohd Othman, Latifah Abdul Majid, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @

Ahmad, Hasbi Mat Harun & Mohd Faizal Khatab (pnyt.). Prosiding Seminar Pemantauan

Projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (hlm 1-7). Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Ruhaena, Lisnawati. (2013). Proses Pencapaian Kemampuan Literasi Dasar Anak Prasekolah

dan Dukungan Faktor-Faktor dalam Keluarga. Disertasi Doktor Falsafah. Universitas

Muhammadiyah Surakarta.

Scahill, K. (2010). Research updates: The key role of language development in later reading

ability. Washington, DC: Washington Learning Systems.

Slavin, R. E., Cheung, A., Golf, C., & Lake, C. (2008). Effective reading programs for middle

and high schools: A Best evidence synthesis. International Reading Association.

Piaget, J. (1971). Language and thought of the child (3rd ed.). London: Routledge & Kegan

Paul.

Skinner, B. F. (1957). Verbal behavior. New York, NY: Appleton-Century-Crofts.

Suresh Kumar N Vellymalay. (2017). Kerjasama Pihak Sekolah dan Penglibatan Ibu Bapa India

dalam Pendidikan Anak di Sekolah Kebangsaan. Asia Pacific Journal of Educators and

Education, 31, 131–151.

Yahya Othman. (2008). Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbit Universiti

Putra Malaysia.