pekeliling dasar&prosedur kemasukan spm tevtilka 2016 07.12.2015

Upload: citiee-comei

Post on 08-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    1/26

     

    PEKELILING PERMOHONANUPUOnline KEMASUKAN KE

    UNIVERSITI AWAM (UA),POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI

    DAN INSTITUSI LATIHANKEMAHIRAN AWAM (ILKA)

    Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program

    Pengajian Sijil dan Diploma Politeknik

    Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti &

    Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)Bagi Lepasan SPM Ambilan 2016  

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan TinggiKementerian Pendidikan Tinggi, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 562200 W.P. Putrajaya

     

    07 Disember 2015

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    2/26

      1

    ISI KANDUNGAN

    1.  PENYELARASAN PENGAMBILAN ......................................................... 2 

    Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera ............. 2 

    Penyelarasan Penawaran ............................................................................ 3 

    2.  PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID .............................................................. 4 

    3. 

    e-PANDUAN ............................................................................................. 5 

    Syarat Am Kemasukan ................................................................................. 5 

    Syarat Khas .................................................................................................. 5 

    4.  PERMOHONAN ........................................................................................ 6 

    Kategori Permohonan .................................................................................. 6 

    Sah & Hantar ................................................................................................ 7 

    Semakan Permohonan ................................................................................. 8 

    Kemaskini Permohonan ............................................................................... 8 

    5. 

    PEMPROSESAN & PEMILIHAN .............................................................. 9 

    Dasar & Kriteria Pemilihan ........................................................................... 9 

    Markah Kokurikulum ..................................................................................... 9 

    Pengiraan Merit .......................................................................................... 10 

    Proses Pemilihan Jaya ............................................................................... 12 

    6.  HEBAHAN .............................................................................................. 13 

    Surat Tawaran ............................................................................................ 13 

    7.  RAYUAN ................................................................................................. 14 

    8. 

    TARIKH-TARIKH PENTING ................................................................... 14 

    9.  KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016 ................... 15 

    10.  SOALAN LAZIM (FAQ) .......................................................................... 16 

    CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT .................................................... 24 

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    3/26

      2

    Dasar dan Prosedur Kemasukan ke ProgramPengajian Sijil dan Diploma Politeknik

    Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA BagiLepasan SPM Ambilan 2016 

    1. PENYELARASAN PENGAMBILAN

    1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihankemasukan ke Program Pengajian Sijil dan Diploma PoliteknikKonvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA Bagi Lepasan SPM di 7 Agensi/ Institusi bagi Ambilan Jun sahaja seperti berikut :- 

    Agensi Institusi

    1. Institusi Latihan Kementerian Belia dan

    Sukan (ILKBS) IKBN/ IKTBN

    2. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia(ILJTM)

     ADTEC, JMTI, ILP

    3. Pusat Latihan Pengajar dan KemahiranLanjutan (CIAST)

    CIAST

    4. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) Kolej Komuniti

    5. Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) Politeknik Konvensional/METrO

    6. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan(NATC)

    NATC

    7. Majlis Amanah Rakyat (MARA) IKM, KKTM

    Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera

    1.2 Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja 

    a) Majlis Amanah Rakyat, MARA

      Institut Kemahiran Mara (IKM) 

      Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) 

    1.3 Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera dan BukanBumiputera mengikut Agensi/ Institusi 

    a) Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi (JPP,KPT);

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    4/26

      3

    b) Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi(JPKK, KPT); 

    c) Institusi Latihan Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan(ILKBS, KBS);

    d) Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian SumberManusia (ILJTM, KSM); 

      Institut Latihan Perindustrian (ILP)

      Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI)

      Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

    e) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan, Kementerian Pertanian danIndustri Asas Tani (NATC, MOA). 

    Penyelarasan Penawaran

    1.4 Melaksanakan tawaran terbuka dengan Bahagian Matrikulasi KPM,Bahagian Pendidikan Guru KPM dan Penaja. Pemohon boleh memilihmana-mana tawaran berdasarkan minat pemohon ke atas programpengajian yang ditawarkan.

    1.5 Melaksanakan penyelarasan penawaran bersama agensi yangmengendalikan program TVET bagi Lepasan SPM untuk kemasukan kePoliteknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institusi LatihanKemahiran Awam (ILKA). Pemohon yang berjaya ditawarkan tempat diUA dan Politeknik Premier   TIDAK  akan ditawarkan dengan programpengajian Sijil/ Diploma di Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej

    Komuniti dan ILKA kecuali bagi Program Diploma KejuruteraanPenyenggaraan Pesawat di Politeknik Banting.

    1.6 Bagi pemohon yang tidak mendapat tawaran UA  dan berjaya ditawarkan ke program Diploma Politeknik Konvensional/METrO, KolejKomuniti & ILKA, pemohon tidak dibenarkan mengemukakan rayuanke UA.

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    5/26

      4

    2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID

    2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeliNombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedahpembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

    a) Pembelian mulai 18 Januari hingga 04 April 2016. Jualan

    Nombor Unik ID ditutup sehari awal  daripada tarikh tutuppermohonan.

    b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, MesinAutomated Tel ler Machine   (ATM) dan Perbankan Internet.Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM)dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memilikiAkaun GIRO BSN.

    c) Bayaran Wang Proses sebanyak RM15.60 (tidak termasuk GST). Pihak BSN akan mengenakan caj GST tersebut. Pemohon perlumembayar RM15.64 untuk membeli No. Unik ID.

    d) Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakansemasa pembelian.

    e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama danNombor Kad Pengenalan/MyKad pemohon.  BSN akanmengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama denganNombor Unik ID.

    2.2 Jangan dedahkan  Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianyaadalah SULIT. 

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    6/26

      5

    3. e-PANDUAN

    3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh PoliteknikKonvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA bagi Ambilan Tahun 2016boleh didapati dalam e-Panduan dengan melayari pautan URL sepertiberikut :-

    https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php 

    3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan  SPM    Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan maklumatprogram pengajian yang ditawarkan mengikut Agensi/ Institusi.

    3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dankhas yang telah ditetapkan.

    Syarat Am Kemasukan

    3.4 Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP/My Kad sahajayang layak mengemukakan permohonan.

    3.5 Pemohon boleh membaca, menulis dan mengira.

    Syarat Khas

    3.6 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian sepertiyang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-PanduanPermohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, KolejKomuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM.

    https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.phphttps://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.phphttps://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    7/26

      6

    4. PERMOHONAN

    4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, KolejKomuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Ambilan Tahun2016 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada17 Januari 2016 dan 06 Mac 2016. 

    4.2 Permohonan akan  dibuka mulai 18 Januari 2016 jam 12.00 tengahhari dan ditutup pada 05 April 2016 jam 04.00 petang. 

    4.3 Pemohon Lepasan SPM diwajibkan mengemukakan permohonankemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKAmelalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sahaja dihttp://upu.mohe.gov.my. 

    4.4 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohondinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yangtelah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidakmelepasi syarat khas program.

    Kategori Permohonan

    4.5 Permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, KolejKomuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Ambilan Tahun2016 hanya dibuka untuk kategori berikut :-

    Kategori A Pemohon Lepasan SPM 2015

    Kategori B Pemohon Lepasan SPM 2014 atau 2013

    Kategori CPemohon Lepasan SPM 2012 atausebelumnya

    Kategori DSPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014

    4.6 Pemohon wajib memasukkan lapan (8) item login  berikut untukmengemukakan permohonan kali pertama :-

    a) No. Kad Pengenalan/ My Kad;b) No. Kad Pengenalan/ My Kad Semasa Pendaftaran Peperiksaan

    SPMc) No. Unik ID;d) Kata Laluan (alphanumeric  - 6 hingga 8 aksara);e) Pengesahan Kata Laluan;f) Nama Ibu;g) Kategori; dan

    h) Kod Imej

    http://upu.mohe.gov.my/http://upu.mohe.gov.my/http://upu.mohe.gov.my/

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    8/26

      7

    Rajah 1 - Carta Alir Permohonan UPUOnline

    4.7 Pemohon wajib memilih 5 pilihan  program pengajian yang berbeza.Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohonboleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 dan 2 sahaja.

    4.8 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengantanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline. 

    4.9 Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengantanda (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar.Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satumedan maklumat.

    Sah & Hantar

    4.10 Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumatpermohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak 

    sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai buktibahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.

    4.11 Setelah klik butang “Sah &  Hantar”, penyataan  “Terima Kasih!Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan SlipPermohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan. 

    4.12 Emel makluman  akan dihantar kepada alamat emel yang telah diisimemaklumkan bahawa pemohon telah mengemukakan permohonandan perlu mencetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar. 

    LoginIsi Maklumat

    Peribadi

    Isi Maklumat

    Keluarga

    Isi Maklumat Status

    Sosioekonomi (SES)

    Isi Maklumat

    Akademik

    Isi Maklumat

    Kokurikulum (jika

    berkaitan)

    Isi Maklumat Pilihan

    Program Pengajian

    Isi Maklumat Lain-

    lain

    Semak semua

    maklumat yang

    dimasukkan adalahbetul

    Klik Sah & Hantar

    Paparan Slip

    Permohonan dalamformat PDF

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    9/26

      8

    Semakan Permohonan

    4.13 Jika pemohon tidak menyimpan/ mencetak Slip Permohonan ketikamengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkappermohonan boleh dicetak melalui pautan “SEMAKAN”. Sekiranyapemohon berjaya mengemukakan permohonan, laman ini akanmemaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk simpanan dan

    cetakan.

    4.14 Proses Semakan boleh dibuat dengan pemohon hanya memasukkanNo. Kad Pengenalan/ MyKad  sekiranya ingin membuat semakan/cetakan maklumat permohonan yang telah berjaya diisi oleh pemohon.

    Kemaskini Permohonan

    4.15 Proses kemaskini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohonselepas berjaya mengemukakan permohonan.

    4.16 Proses pengemaskinian  maklumat boleh dilakukan oleh pemohontanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarangpengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

    4.17 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasamengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohonboleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’.Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    10/26

      9

    5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN

    5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akandiproses dan dihantar kepada Politeknik Konvensional/ METrO, KolejKomuniti & ILKA untuk Agensi/ Institusi memilih pemohon yang akandipanggil untuk menghadiri ujian/ temu duga pada tarikh, masa dantempat yang telah ditetapkan oleh Agensi/ Institusi.

    5.2 Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh PoliteknikKonvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA melalui laman webmasing-masing yang turut akan dipautkan dari laman webhttp://upu.mohe.gov.my. 

    Dasar & Kriteria Pemilihan

    5.3 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi denganmengguna pakai 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan15% Status Sosio-Ekonomi (SES) meliputi pendapatan, tanggungan dantempat tinggal.

    5.4 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM;b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;c) Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES);d) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program

    pengajian/ kursus dipohon;e) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;

    f) Memenuhi syarat khas program pengajian/ kursus seperti yangditetapkan oleh Agensi/ Institusi;g) Lulus temu duga/ ujian kelayakan yang ditetapkan oleh Agensi/

    Institusi bagi program pengajian/ kursus yang memerlukan;h) Program pengajian/ kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan;

    dani) Bilangan tempat yang disediakan oleh Agensi/ Institusi.

    Markah Kokurikulum

    5.5 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaanKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh BahagianSeni dan Ko-Kurikulum KPM kepada BPKP JPT.

    5.6 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkanmaklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.

    5.7 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 3 bidang yangterbaik dengan markah 10%.

    http://upu.mohe.gov.my/http://upu.mohe.gov.my/http://upu.mohe.gov.my/

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    11/26

      10

    Pengiraan Merit

    5.8 Markah AkademikNilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah sepertiberikut: 

    GRED  MARKAH 

    A+/0  10 

    A/1A  9 

    A-/2A  8 

    B+/3B  7 

    B/4B  6 

    C+/5C  5 

    C/6C  4 

    D/7D  3 E/8E  2 

    G/9G  1 

    5.9 Kaedah Pengiraan Markah Akademika) Mengambil kira 5 mata pelajaran berikut:

    i. Bahasa Melayu;ii. Matematik/ Matematik Tambahan daniii. Satu (1) mata pelajaran SPM terbaik dari kumpulan Sains/

    Vokasional/ Teknologi dan

    iv. Dua (2) mata pelajaran terbaik yang belum diambil kira

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    12/26

      11

    5.10 Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen berikut:-

    Rajah 2 - Pengiraan Markah Akademik (75%) 

    Rajah 3 - Pengiraan Markah Merit 

    5.11 Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran A.

    75

    Markah

    Akademik

    --------------

    50

    MarkahAkademik

    (75%)

    MarkahSES

    (15%)

    Markah

    Kokurikulum

    (10%)

    Markah

    Akademik

    (75%)

    Markah

    Merit

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    13/26

      12

    Proses Pemilihan Jaya

    5.12 Pemohon mengikut aliran disusun mengikut ranking berdasarkanMarkah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.

    5.13 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer denganpengesahan pemilihan oleh semua Agensi/ Institusi. Berikut adalah

    gambaran pemprosesan pemilihan:

    Merit Pil1 Pil2 Pil3 Pil4 Pil5 Jaya

    000101 PIL2

    Pil 1 = Melepasi Syarat√  Pil 2 = Melepasi Syarat√ 

    Unjuran Ada√  Unjuran Ada√ 

    Ada perakuan temu duga√  Ada perakuan temu duga√ 

    000102 PIL3

    Pil 1 = Melepasi Syarat√  Pil 2 = Melepasi Syarat√  Pil 3 = Melepasi Syarat√ 

    Unjuran Ada√  Unjuran Ada√  Unjuran Ada√ 

    Ada perakuan temu duga √ 

    000103 PIL5

    Pil 1 = Melepasi Syarat√  Pil 1 - 2 = Melepasi Syarat√√  Pil 3 - 4 = Melepasi Syarat√√ 

    Unjuran Ada√  Unjuran Ada√√  Unjuran Ada√√ Ada temu duga dan Agensi/

    Institusi tidak peraku temu duga√√ 

    000104

    Pil 1 = Melepasi Syarat√  Pil 1 - 2 = Melepasi Syarat√√  Pil 3 - 5 = Melepasi Syarat √√√ 

    Unjuran Ada√  Unjuran Ada√√  Unjuran Ada√√√ Ada temu duga dan Agensi/

    Institusi tidak peraku temu duga√√ 

    TidakBerjaya

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    14/26

      13

    6. HEBAHAN

    6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untukmemaklumkan status permohonan dan keputusan permohonankemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti &ILKA.

    6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkanpada Minggu Ke-4 Mei 2016 (Tentatif) melalui saluran hebahan sepertiberikut: 

    a) Internethttp://upu.mohe.gov.my 

    b) TALIAN AM 1 : 03-8870 6755c) TALIAN AM 1 : 03-8870 6766d) HELPLINE UPU : 03-8870 6777e) HOTLINE UPU : 03-8870 6767f) SMS 15888 (IOD)

    6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT dialamat dan talian seperti berikut :- 

    Bahagian Pengurusan Kemasukan PelajarJabatan Pendidikan Tinggi,Kementerian Pendidikan TinggiAras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62200 W.P. Putrajaya(03) 8870 6767, (03) 8870 [email protected]

    Surat Tawaran

    6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA mulai sehari selepas keputusanpermohonan diumumkan melalui laman web Politeknik Konvensional/

    METrO, Kolej Komuniti & ILKA masing-masing.

    6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaranmelalui Laman Web Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti &ILKA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonandiumumkan.

    6.6 Tawaran adalah muktamad. 

    http://upu.mohe.gov.my/http://upu.mohe.gov.my/http://upu.mohe.gov.my/

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    15/26

      14

    7. RAYUAN

    7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA/PoliteknikPremier   serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di PoliteknikKonvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA  sahaja yang bolehmengemukakan permohonan rayuan.

    7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari  selepas keputusanpermohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, & ILKAdiumumkan.

    7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA  (2) pilihan programpengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohondibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehinggatarikh tutup permohonan rayuan.

    7.4 Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongantempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di PoliteknikKonvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA.

    8. TARIKH-TARIKH PENTING

    8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonankemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKABagi Program Pengajian Lepasan SPM Ambilan Tahun 2016 :-

    Tarikh

    Siaran Iklan 17.01.2016 dan 06.03.2016

    Jualan No. Unik ID 18.01.2016 hingga 04.04.2016

    Permohonan 18.01.2016 hingga 05.04.2016

    Hebahan Keputusan Minggu Ke-4 Mei 2016

    Permohonan RayuanMinggu Akhir Mei 2016

    (Rayuan dalam tempoh 5 hari)

    Hebahan Keputusan Rayuan Minggu Ke-2 Jun 2016

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    16/26

      15

    9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016

    Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Kali Ke-12 Tahun 2016 akandiadakan di enam (6) zon mulai Januari hingga April 2016. Objektif utamapelaksanaan KPTN adalah seperti berikut :

    i. Mempromosi serta menyebar luas maklumat mengenai program

    pengajian sedia ada serta program baru yang ditawarkan olehUniversiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA, BahagianMatrikulasi (BMKPM) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2016/2017;

    ii. Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon danmasyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan keUA dan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA melalui UPUOnline.

    iii. Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihankemasukan ke UA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan10% markah kokurikulum; dan

    iv. Memotivasikan dan mendidik pemohon dalam menyebar luasmaklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di IPT, Politeknik danILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan denganpendidikan tinggi.

    JADUAL PELAKSANAANKARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016

    ZON TARIKH NEGERI LOKASI

    130-31 Jan. 2016 

    KedahPerlis

    Pulau PinangPerak (Utara)

    Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

    213-14 Feb. 2016 

    TerengganuKelantanPahang

    Dataran DABS, Kampus GongBadak, UNISZA

    Kuala Terengganu,Terengganu

    3

    20-21 

    Feb. 2016 

    Johor

    Melaka

    PERSADA

    Johor Bahru, Johor

    45-6 Mac 2016 

    SabahWP Labuan

    One Borneo Mall,Kota Kinabalu, Sabah

    519-20Mac 2016 

    Sarawak Pullman Hotel & Hill ShoppingMall

    6

    2-3 

     Apr. 2016 

    SelangorPerak (Selatan)

    WP (KL & Putrajaya)Negeri Sembilan

    Dataran Gemilang, UKM,

    Bangi, Selangor

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    17/26

      16

    10. SOALAN LAZIM (FAQ)

    SOALAN 1:

     Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP)dalam pembangunan pendidikan?

    JAWAPAN 1:Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali denganUPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, KementerianPendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan keProgram Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar LepasanSTPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, KolejKomuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

    SOALAN 2:

     Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilanpelajar ke Universiti Awam?

    JAWAPAN 2:

    Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA),Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalahselaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang KeberhasilanUtama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalampendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi denganmengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

    Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa,keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.

    SOALAN 3:

    KPT telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luasmaklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan TinggiNegara (KPTN), “Jom Masuk IPT” pada setiap tahun. Bagaimanakah programini dapat membantu pelajar dalam mencapai cita-cita yang akhirnyamencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?

    JAWAPAN 3:

    Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untukpersiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonanaplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon ditapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripadaKementerian, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta edaran bahanbercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedurpermohonan.

    Selain daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga telah mengambil pendekatanproaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    18/26

      17

    masyarakat di facebook rasmi di ‘Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU’ dilaman sosial Facebook. KPM juga melaksanakan taklimat dan seminar disekolah kepada pelajar dan kaunselor. UA, Politeknik, Kolej Komuniti danILKA juga turut bersama turun padang menjalankan promosi bersama-samaKementerian.

    SOALAN 4:

    Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan keUA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?

    JAWAPAN 4:

    Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bolehdicapai melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) melaluilaman web http://upu.mohe.gov.my

    SOALAN 5:Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakanpermohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID tersebut?

    JAWAPAN 5:

    Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, KolejKomuniti dan ILKA boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN), dimesin ATM BSN sehari selepas iklan permohonan disiarkan.

    SOALAN 6:

    Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telah membuatkesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masihdiproses oleh pihak BPKP?

    JAWAPAN 6:

    Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkankepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian hotline 03-88706767/6777/6766/6755 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan

    menyukarkan proses permohonan.

    SOALAN 7:

     Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkanpenglibatan dalam Kokurikulum?

    JAWAPAN 7:

    Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil tersebut kerana maklumatKokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali bagi pemohon lepasan

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    19/26

      18

    Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C masih perlu kemukakandokumen sebagai bukti.

    SOALAN 8:

     Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan keUA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?

    JAWAPAN 8:

    Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA,Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian LepasanSPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

    Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalahterbuka kepada Bukan Warganegara Malaysia. Calon perlu memohon teruskepada UA pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik danKemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh UAberkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap bolehmemohon melalui UPUOnline di http://upu.mohe.gov.my

    SOALAN 9:

     Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiranatau sijil kelahiran telah hilang?

    JAWAPAN 9:

    Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di

    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

    SOALAN 10:

     Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskini permohonandisebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

    JAWAPAN 10:

    Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang haddalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh

    dilakukan semasa tempoh permohonan.

    SOALAN 11:

     Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan bersamadokumen sokongan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pilihan?

    JAWAPAN 11:

    Hanya bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan

    STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program PengajianLepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumentersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    20/26

      19

    bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telahdisahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM.

    SOALAN 12:

    Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas ProgramPengajian yang telah ditetapkan oleh setiap UA, Politeknik, Kolej Komuniti

    dan ILKA sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakantersebut boleh dilakukan oleh pemohon?

    JAWAPAN 12:

    Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di e-panduan kemasukan di http://upu.mohe.gov.my dan IMASCUhttp://www.semaksyarat.info dan pemohon perlu memastikan merekamemohon program pengajian yang mengikut aliran masing-masing semasamenduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohonprogram pengajian aliran sains.

    SOALAN 13:

     Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA, Politeknik, KolejKomuniti dan ILKA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPMtahun semasa (tahun 2015)?

    JAWAPAN 13:

    Ya, pemohon masih layak memohon. Kategori permohonan adalah sepertiberikut:

    Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja.

    Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau2014.

    Kategori C: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atausebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

    Kategori D: Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijilulangan SPM 2014 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015 atau,SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015.

    SOALAN 14:

     Apakah syarat am dan khas kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komunitidan ILKA?

    JAWAPAN 14:

    Syarat kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bergantungkepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah

    warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma,pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasukmatapelajaran matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil,

    http://www.semaksyarat.info/http://www.semaksyarat.info/

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    21/26

      20

    pemohon perlu mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahanatau matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera. Maklumat secaraterperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi diwww.politeknik.edu.my

    SOALAN 15:

    Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusan permohonankemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi programPengajian Lepasan STPM/Setaraf atau program pengajian LepasanSPM/Setaraf?

    JAWAPAN 15:

    Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTAmelalui 3 kaedah berikut :

    Internet :

    http://upu.mohe.gov.myhttp://jpt.utm.myhttp://jpt.uum.edu.myhttps://jpt.unimas.myhttp://jpt.ums.edu.my

    SMS Taip UPURESULTNO KP dan hantar ke 15888

    Telefon :

    Helpline Talian Am Hotline UPU 03-8870 6777 03-8870 6755 / 6766 03-88706767

    SOALAN 16 :

    Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA, Politeknik,Kolej Komuniti dan ILKA keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonantiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?

    JAWAPAN 16:

    Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dansetiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiappemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.

    SOALAN 17:

    Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihan semasamengemukakan permohonan?

    JAWAPAN 17:

    Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerimatawaran luar pilihan (program pengajian).

    http://jpt.uum.edu.my/https://jpt.unimas.my/http://jpt.ums.edu.my/http://jpt.ums.edu.my/https://jpt.unimas.my/http://jpt.uum.edu.my/

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    22/26

      21

    SOALAN 18:

     Adakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi akan ditawarkan kursus luarpilihan sekiranya pemohon menyatakan “tidak” di ruangan penyataan khasuntuk menerima tawaran luar pilihan?

    JAWAPAN 18:

    Pemohon tidak akan ditawarkan kursus luar pilihan jika menyatakan ‘Tidak’.Pemohon perlu membuat rayuan semasa permohonan e-rayuan melaluilaman web http://upu.mohe.gov.my .

    SOALAN 19:

    Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yangsama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajiantersebut?

    JAWAPAN 19:

    Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongantempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon jugadinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program-program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalahsangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik,Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.

    SOALAN 20:

    Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi masih gagalmendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolaktawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan?

    JAWAPAN 20:

    Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunanmerit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika meritpemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif,berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan programpengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohondi Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persainganyang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UAberkenaan.

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan pemohon yangmemperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana UA.Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidangpilihan pemohon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebuttertakluk kepada kekosongan tempat di UA dan penyataan “setuju terima”untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. Pemohonyang tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana UA boleh mengemukakanrayuan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan kemana-mana UA adalah kerana:

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    23/26

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    24/26

      23

    SOALAN 25:

    Mengapakah pemohon yang mendapat keputusan PNGK yangtinggi/cemerlang tidak mendapat banyak tawaran terutama dalam bidangperubatan/pergigian/farmasi?

    JAWAPAN 25:

    Pemohon yang memohon bagi bidang perubatan/pergigian/farmasi hanyaakan ditawarkan satu pilihan (perubatan/pergigian/farmasi) sahaja. BPKP,JPT akan membuat penyelarasan bagi ketiga-tiga program kompetitif ini.

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    25/26

      24

    LAMPIRAN A

    CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT

    i. Contoh calon SPM mengambil 8 Mata Pelajaran

    BIL. MATA PELAJARAN GRED

    1 Bahasa Melayu A-

    2 Bahasa Inggeris A-

    3 Pendidikan Islam B+

    4 Sejarah B+

    5 Matematik A

    6 Sains B

    7 Perdagangan B

    8 Ekonomi Asas B+

    9 Prinsip Perakaunan B

    ii. Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran

    BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAIMARKAH

    1 Bahasa Melayu A- 8

    2 Matematik A 9

    3 Ekonomi Asas B+ 7

    4 Bahasa Inggeris A- 8

    5 Pendidikan Islam B+ 7

    JUMLAH 39

  • 8/19/2019 Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015

    26/26