pbs pendidikan moral tingkatan 3. 1pengenalan 2 pentaksiran rujukan standard 3 dokumen standard...
TRANSCRIPT
PBS PENDIDIKAN
MORALTINGKATAN 3
1 PENGENALAN
2 PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD
3 DOKUMEN STANDARD PRESTASI
4 PLOT PENDIDIKAN MORAL
5 PELAPORAN
6 KESIMPULAN
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD
Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen
kurikulum
BAGAIMANA MEREALISASIKAN PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD
dalam konteks pentaksiran sekolah?
PERLU STANDARD PRESTASI!!
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
STANDARD KURIKULUM
• Matlamat• Objektif MP• Kandungan
akademik• Hasil pembelajaran
Apa yang patut dipelajari
STANDARD PRESTASI
• Pernyataan Standard• Deskriptor• Evidens• Instrumen
Apa yang dilaporkan tentang perkembangan dan pencapaian murid
PENTAKSIRAN
©2013 LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERBANDINGAN DSK DAN DSP
MATLAMAT PENDIDIKAN MORALKurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global OBJEKTIF
Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:i. Memahami dan menghayati nilai-nilai
yang diperlukan untuk berakhlak mulia
ii. Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya
iii. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik
iv. Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelsaikan masalah; dan
v. Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia
1 Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia
2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia
3 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia
4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang
5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian/pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat
6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian/pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dan diteladani
KandunganAkademik
Deskriptor Hasil Pembelajaran
Evidens
Tingkatan 3 Tingkatan 3
1.3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
Pegangan hidup yang teguh menjamin maruah diri terpelihara
Keupayaan menjaga maruah diri dalam kehidupan• Amalan cara hidup
yang sihat-pegangan agama yang kukuh-usaha memajukan diri dalam pelbagai bidang
B1D1
Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri• Amanah (1.2)• Harga Diri (1.3)
Mengamalkan cara hidup yang sihat demi maruah diri
B1D1E1
Boleh menyenaraikan: • (1.2)• cara hidup sihat (1.3)• (1.4)
B1D1E2
B1D1E3
9
©2013 LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Band PernyataanStandard
Deskriptor Evidens
123456
Pernyataan generik / umum tentang tahap pertumbuhan pembelajaran (OM & OP)
Pernyataan tentang
APA yangmurid tahu, boleh buat dan boleh amalkan(SK)
Pernyataan tentang BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang dia tahu, boleh buat dan boleh amalkan (SP)
Rumah
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
STANDARD PRESTASI(Performance Standard)
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu
BANDPERNYATAAN
BANDPERNYATAAN STANDARD RESPONS MURID KATA TUGAS
1 TAHU
Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia Tahu tentang nilai
Menyatakan / Menyenaraikan / Memberi contoh/Mengenal pasti
2TAHU DAN FAHAM
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia
Tahu dan faham tentang nilai
Menerangkan / Menjelaskan / Menghuraikan/
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia
mempraktik untuk diri sendiri (belum ada penghayatan / mengikut arahan / disuruh / belum sempurna dalam perlakuan)
Menguruskan/Melibatkan/Menunjukkan perlakuan/ bersikap/Menyelesaikan/Menjaga
PLOT PENDIDIKAN MORAL
BANDPERNYATAAN
BANDPERNYATAAN STANDARD RESPONS MURID KATA TUGAS
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang
Mempraktik untuk diri sendiri (ada penghayatan / rela hati / tanpa disuruh / dengan ikhlas / sempurna dalam perlakuan)
Menunjukkan perlakuan / bersikap /menyelesaikan/ menjaga//menguruskan/melibatkan dengan rela hati /dengan tertib
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian/pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat
Mengamalkan nilai dalam kehidupan seharian / situasi lain / dan memupuk nilai dalam kalangan rakan sekolah / masyarakat
Menguruskan/ melibatkan diri/ menunjukkan perlakuan/ mengamalkan dengan rela hati dan tekal serta memupuk nilai
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian/pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dan diteladani
Mengamalkan nilai dalam kehidupan seharian / situasi lain dan memupuk nilai dalam kalangan rakan sekolah / masyarakat serta di teladani (The role model)
Menguruskan/ melibatkan/ menunjukkan perlakuan dan memupuk nilai serta dicontohi
Contoh-Contoh Bahan
1) VIDEO – BERSOAL JAWAB SECARA LISAN DENGAN PELAJAR SELEPAS MENONTON(Sila rujuk Video Pertembungan Budaya dalam Perkahwinan di Malaysia)
2) SITUASI- SECARA BERTULIS
CONTOH JAWAPAN…
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
B1D1E3(Boleh menyenaraikan peranan ibu bapa dalam keluarga)
• Mengadakan majlis perkahwinan• Merestui perkahwinan anak-
anak
B2D2E1(Boleh menjelaskan peranan ibu-bapa dalam keluarga)
• Ibu-bapa merestui anak-anaknya supaya perkahwinan akan bahagia
2.2 Hormat dan taat kepada anggota keluarga
B1D2E1(Boleh memberi contoh prinsip kekeluargaan yang diamalkan dalam keluarga)
• Menghormati orang ibu-bapa/nenek moyang seperti kaum cina memberi minuman teh pada hari perkahwinan.
• Dalam perkahwinan orang Melayu ibu-bapa dan orang yang lebih tua diberi keutamaan merinjis dan tepung tawar kepada pasangan.
B2D2E2(Boleh menerangkan kepentingan prinsip kekeluargaan yang diamalkan dalam keluarga)
• Mewujudkan keharmonian dan kebahagian dalam keluarga.
• Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
CONTOH JAWAPAN..2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
B1D2E2 ( Boleh menyatakan adat dan pantang larang keluarga dalam kelahiran/perkahwinan/kematian)
Masyarakat Malaysia masih mengekalkan tradisi dan adat perkahwinan masing-masing seperti:• Kaum Melayu: Adat bersanding,
majlis berinai, makan beradab• Kaum India: Galung malai, merenjis,
bersanding• Kaum Cina: Bertunang, minum teh
B2D2E3Boleh menghuraikan kepentingan memelihara adat dan pantang larang dalam kelahiran/perkahwinan dan kematian)
• Adat tidak akan pupus ditelan zaman.
• Generasi baru dapat mengamalkan adat dengan sempurna dalam sesuatu majlis
CONTOH JAWAPAN..
2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga
. B1D2E3 (Boleh menyenaraikan cara menjaga nama baik dan maruah keluarga)• Ibu bapa melangsungkan
perkahwinan anak mengikut adat.• Mendapat restu dari pada ibu bapa• Perkahwinan mengikut cara yang
betul mengikut lunas-lunas yang betul / ikut ikatan yang sah.
B2D2E1(Boleh menjelaskan kebaikan menjaga nama baik dan maruah keluarga• Imej keluarga dipandang tinggi• Keluarga dihormati dalam
masyarakat
Aaron adalah seorang kerani pentadbiran di sebuah syarikat swasta. Pada dasarnya Aaron seorang yang peramah dan sentiasa mengamalkan disiplin kerja yang tinggi dalam menjalankan tugas. Dia sangat dipercayai oleh ketuanya, malah dinaikkan pangkat sebagai ketua kerani walaupun masih muda. Dia juga seorang yang berpegang kuat pada nilai-nilai keagamaan. Aaron berkawan dengan Carlos yang baru dinaikkan pangkat di bahagian kewangan. Carlos sentiasa mengajak Aaron ke tempat-tempat hiburan. Pada mulanya, Aaron menolak ajakan Carlos, tetapi lama-kelamaan dia mula tertarik dan akhirnya telah mengikut Carlos ke pusat-pusat hiburan dan kelab malam. Aaron mula berjinak-jinak dengan minuman keras dan dadah serta terlibat dalam pergaulan bebas. Suatu hari, Aaron berasa tidak sihat dan pergi mendapatkan rawatan di klinik. Doktor memaklumkan bahawa dia mungkin dijangkiti virus HIV. Aaron berasa terkejut lalu memarahi doktor berkenaan. Doktor menenangkan Aaron dan memberitahunya secara baik bahawa penyakit Aaron boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. Aaron mula sedar dan menyesali segala perbuatannya. Dia bertekad untuk berubah sikap dan cara kehidupannya.
SITUASI
KLIK DI SINI
Band 1 Band 2 Band 3 Band 4 Band 5 Band 6
Boleh menyenaraikan etika kerja rakyat Malaysia
Boleh menerangkan kepentingan sikap amanah dalam melaksanakan tugas sebagai pekerja
4.3: Amanah
Sila rujuk pemetaan, bukan semua nilai boleh mencapai semua band kerana menurut Prinsip Pentaksiran, ada yang tidak boleh ditadbir dan ditaksir.
Band 1 Band 2 Band 3 Band 4 Band 5
Band 6
Boleh menyatakan cara mengakui kesilapan diri
Boleh menjelaskan kebaikan mengakui kesilapan diri
Boleh menunjukkan perlakuan bersedia mengakui kesilapan diri
Boleh menunjukkan perlakuan bersedia mengakui kesilapan diri dengan rela hati
1.5 : Hemah Tinggi
Sila rujuk pemetaan, bukan semua nilai boleh mencapai semua band kerana menurut Prinsip Pentaksiran, ada yang tidak boleh ditadbir dan ditaksir.
Band 1 Band 2 Band 3 Band 4 Band 5 Band 6
Boleh menjelaskan kepentingan cara hidup sihat
Boleh menjelaskan kepentingan cara hidup sihat
Boleh menunjukkan cara hidup sihat
Boleh menunjukkan cara hidup sihat dengan rela hati
Boleh mengamalkan cara hidup sihat dengan rela hati secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat
1.3 Harga Diri
Sila rujuk pemetaan, bukan semua nilai boleh mencapai semua band kerana menurut Prinsip Pentaksiran, ada yang tidak boleh ditadbir dan ditaksir.
Band 1 Band 2 Band 3 Band 4 Band 5 Band 6
Boleh menyatakan kempen/ program negara yang dilaksanakan
Boleh menjelaskan kepentingan menyokong dan melibatkan diri dalam pelbagai program/kempen negara
Boleh menunjukkan perlakuan menyokong dan melibatkan diri dalam program /kempen negara apabila disuruh
Boleh menyokong dan melibatkan diri dalam program /kempen negara dengan rela hati
Boleh menunjukkan perlakuan menyokong dan melibatkan diri dalam program / kempen negara dengan rela hati
Boleh menujukkan perlakuan menyokong dan melibatkan diri dalam program/ kempen negara dengan rela hati secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat
4.3: Sanggup Berkorban untuk Negara
SITUASI SEBENAR – GOTONG ROYONG
Sila rujuk video gotong-royong pelajar-pelajar sedang membersihkan kawasan sekolah
Semasa gotong royong dijalankan, guru sedang memantau pelajar-pelajar.
Lihat dan taksir pelajar semasa situasi sebenar.
PELAPORANSISTEM APLIKASI PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
SPPBS
Lembaga Peperiksaan
CETAKAN LAPORAN FORMATIF (EVIDENS)GURU MATA PELAJARAN
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
PELAPORAN FORMATIF
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
PELAPORAN KUMULATIF
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
KESIMPULAN
Pentaksiran yang dilakukan secara adil dengan betul dan tepat
mampu melahirkan insan berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan
berintegriti bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan orang
lain.