parlimen malaysia dewan negara filebil. 18 selasa 4 november 2003 parlimen malaysia dewan negara

72
Bil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA

Upload: others

Post on 11-Oct-2019

19 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

Bil. 18 Selasa

4 November 2003

PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KELIMA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

Diterbit kan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2003

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG:- Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2003 (Halaman 13) Rang Undang-undang Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003 (Halaman 56)

Page 3: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh,

P.S.M., S.P.M.P. (Dilantik)

“ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik)

“ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik)

“ Timbalan Menteri Pendidikan,Yang Berhormat Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik)

" Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik)

“ Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik)

“ Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik)

“ Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk (Dilantik)

“ Tuan Haji Abdul Rahman bin Palit (Dilantik)

“ Dato’ Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid (Kedah)

“ Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik)

“ Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak)

“ Puan Hajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

“ Dato’ Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

“ Datin Chong Set Mui (Dilantik)

“ Puan Halimah binti Hamzah (Pahang)

“ Dato’ Hamzah bin Zainudin (Perak)

“ Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu)

“ Datuk Dr. Haris bin Haji Salleh (Johor)

“ Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka)

“ Tuan Ismail bin Kasim (Dilantik)

“ Puan Jaya Partiban (Dilantik)

“ Datuk Kalakau bin Untol (Sabah)

“ Datuk Haji Karim Ghani (Sabah)

“ Datuk Lau Yin Pin @ Lau Yen Beng (Dilantik)

“ Tuan Lee Sing Chooi (W. Persekutuan)

“ Dato’ Lim Sing @ Lam Kam Sang (Pahang)

“ Puan Lim Kee Moi (Johor)

“ Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae (Dilantik)

Page 4: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

ii DN.4.11.2003

Yang Berhormat Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar (Dilantik)

“ Puan Mariah binti Haji Abdullah (Perlis)

“ Dato Mohamad Taha Ariffin (Sarawak)

“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram (Dilantik)

“ Dato’ Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik)

“ Tuan M. Krishnan (Dilantik)

“ Tuan M. Ratnam (Dilantik)

“ Tuan M. Saravanan (Dilantik)

" Tuan K. R. A. Naidu (Dilantik)

“ Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya (Dilantik)

“ Datuk Nor Azah binti Awin (Wilayah Persekutuan)

“ Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

“ Dato’ Omar bin Faudzar (Pulau Pinang)

“ Puan Ooi Siew Kim (Dilantik)

“ Tuan Osman bin Bungsu (Dilantik)

“ Tuan Poh Mok Hua @ Poh Bak Hoe (Melaka)

“ Datin Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

“ Tuan R. Sinniah (Dilantik)

“ Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu)

“ Puan Hajah Samsiah binti Samsudin (Dipilih)

“ Dato’ Dr. S. Vijayaratnam (Dilantik)

“ Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee (Dilantik)

“ Puan Siw Chun a/p Eam (Dilantik)

“ Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

“ Tuan Tan Cheng Tee (Negeri Sembilan)

“ Tuan Udam @ George Adam Talek

“ Tuan Wan Nordin bin Che Murat (Perlis)

“ Tuan Wee Kok Tiong (Dilantik)

“ Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik)

“ Puan Wan Ubaidah binti Omar (Kelantan)

“ Datuk Yaakob bin Haji Mohammad (Kedah)

“ Tuan Yew Teong Look (Dilantik)

" Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik)

Page 5: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 iii

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Dato' Abdullah bin Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah

Zamani bin Haji Sulaiman

Penolong Setiausaha Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Syed Azuddin bin Syed Othman Jamilah Intan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Habibunisah binti Mohd. Azir Sherliza Maya binti Talkah Mohd. Izhar bin Hashim Chong Lai Peng PETUGAS-PETUGAS UNIT CETAK Kamaroddin bin Mohd. Yusof Mohamed Shahrizan bin Sarif Alias bin Mohd. Nor

JURUBAHASA SERENTAK Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed BENTARA MESYUARAT Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Hindun binti Wahari Rozaimah binti Mohamad Ariffin Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Ropiah binti Tambi Suhairi bin Othman

Page 6: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 4 November 2003

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Lim Sing @ Lam Kam Sang minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah rasional di sebalik penguatkuasaan duti anti-dumping ke atas kertas newsprint import dan apakah strategi kerajaan untuk mengawal harga surat khabar dan majalah daripada melambung tinggi jika duti anti-dumping dikekalkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato' Seri Kerk Choo Ting]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng yang perlu dijawab pada 10 November 2003 kerana kedua-dua soalan ini berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan.

Dato' Seri Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, rasional pengenaan duti antilambakan adalah untuk mengatasi masalah lambakan yang memudaratkan industri tempatan dan juga untuk menstabilkan harga pasaran lambakan. Untuk memasuki pasaran tempatan, pengeksport mengamalkan dasar harga predatory dalam keadaan persaingan yang pesat di mana terdapat kapasiti yang berlebihan. Pengeksport bertindak mengeksport barangan mereka berharga di bawah pasaran dan juga di bawah kos pengeluaran. Apabila ini berlaku, ia ditaksirkan sebagai lambakan terutamanya apabila ianya menyebabkan kemudaratan kepada industri tempatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini harga surat khabar dan majalah tidak dikawal. Harga newsprint yang diimport adalah tertakluk kepada floatation in price dengan izin, yang mana ada ketikanya berlaku kenaikan harga dan pihak penerbit surat khabar dapat mengimbangi kenaikan tersebut. Ini adalah kerana keuntungan penerbit surat khabar bukanlah daripada penjualan surat khabar tetapi daripada hasil pengedaran.

Untuk makluman Yang Berhormat, duti antilambakan hanya dikenakan ke atas lima buah negara sahaja iaitu Kanada, Indonesia, Republik Korea, Republik Filipina dan Amerika Syarikat. Import newsprint masih boleh dibawa masuk daripada negara-negara lain tanpa dikenakan duti antilambakan iaitu Jepun, Belgium, Jerman, Sweden, Thailand, Belanda, Rusia, Afrika Selatan dan United Kingdom. Tambahan kepada itu, kerajaan telah mengambil langkah memberi pengecualian duti import ke atas import newsprint. Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Dalam surat khabar, kami telah membaca bahawa semua tindakan yang diambil ini hanya menguntungkan satu syarikat iaitu Malaysian Newsprint Industry (MNI). Adakah ini benar dan kalau tidak benar, kenapa ia telah disebut-sebutkan sebagai sebabnya tindakan ini diambil? Terima kasih.

Dato' Seri Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, tindakan antilambakan itu diambil mengikut prosedur yang ketat dan bukti-bukti penyiasatan yang diambil. Kita tidak mengambil kira sama ada ini akan memberi manfaat kepada satu syarikat ataupun beberapa syarikat. Kita cuma hendak menstabilkan dan menjaga kepentingan industri

Page 7: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

2 DN.4.11.2003

newsprint di Malaysia. Jadi sama ada MNI mendapat keuntungan yang besar atau tidak, ini bukan apa yang kita risaukan.

Tuan Yang di-Pertua: Secara kebetulan.

Dato' Seri Kerk Choo Ting: Secara kebetulan kita dapat satu petition pada awal tahun 2003, kemudian mengikut prosedur yang ditetapkan oleh WTO, kita issue notis kepada semua syarikat, semua negara pengeksport, pengimport, pengilang, pengguna yang berkepentingan. Kita bagi dia 120 hari untuk membuktikan atau untuk mengadu hal kepada kementerian saya. Jadi, selepas 120 hari itu baharulah kita menetapkan sama ada ini satu kes untuk anti lambakan atau tidak. Jadi, selepas 120 hari kita dapat banyak bukti kepada lima negara yang saya sebutkan tadi:

(i) Kanada;

(ii) Indonesia;

(iii) Republik Korea;

(iv) Republik Filipina; dan

(v) Amerika Syarikat.

Kelima-lima kedutaan itu pun diberi notis dan penerbit-penerbit surat khabar pun diberi notis, FFN banyak telah diberi notis baharulah kita menetapkan ia, ini satu kes untuk anti lambakan. Lalu kita isukan satu order provision selama di bulan Mei. Lepas itu kalau apa-apa maklumat yang diberi kepada kementerian ini masih boleh kita ubahsuaikan atau kita ubahkan tetapi selepas sampai 26 September tidak ada apa-apa bukti yang boleh mengatakan kelima-lima negara itu bukan bertindak lambakan. Oleh sebab itu, order itu menjadi muktamad. Itulah jawapan daripada saya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

2. Dato' Omar bin Faudzar minta Menteri Pertanian menyatakan, apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak kementerian bagi meningkatkan lagi sumber pendapatan nelayan-nelayan pantai di negara ini memandangkan pendapatan mereka ini masih di tahap yang lama.

Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan sumber pendapatan nelayan-nelayan pantai di negara ini. Antaranya ialah:

(i) menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah melalui Program Dana Nelayan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan hasil tangkapan mereka serta melepaskan mereka dari ikatan orang tengah. Pinjaman ini merangkumi pembelian bot, enjin dan peralatan berteknologi moden;

(ii) menambah dan menyelaras pembinaan unjam-unjam bagi tujuan meningkatkan hasil pendapatan nelayan pantai;

(iii) mengadakan kursus dan latihan kepimpinan keusahawanan dan bina diri untuk mengubah sikap di kalangan masyarakat nelayan khususnya nelayan pantai supaya dapat mereka melaksanakan segala aktiviti-aktiviti dengan lebih terancang;

(iv) menggalakkan nelayan serta keluarga untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi bagi menambahkan pendapatan seperti penglibatan dalam industri pemprosesan agro pelancongan dan lain-lain aktiviti. Untuk tujuan itu, kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan telah diadakan dari semasa ke semasa;

(v) memantapkan persatuan-persatuan nelayan agar dapat berdikari serta menceburi kegiatan ekonomi dengan lebih terancang dan berkesan. Persatuan nelayan yang maju dan cergas akan memberi faedah secara langsung kepada ahli-ahli. Untuk tujuan

Page 8: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 3

itu, Skim Pinjaman Tanpa Faedah melalui Tabung Pembangunan Ekonomi Nelayan di bawah kendalian LKIM telah diwujudkan. Pinjaman ini diberikan kepada Persatuan Nelayan untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka;

(vi) mengurangkan kerosakan selepas tangkapan bagi mengelakkan kerugian yang dialami oleh nelayan. Kaedah pengendalian ikan yang betul telah didedahkan kepada nelayan dari semasa ke semasa termasuk penggunaan peralatan moden seperti penggunaan kotak insolusi dan sebagainya;

(vii) menyediakan pinjaman peralatan moden kepada nelayan di bawah program pengendalian kepada teknologi baru; dan

(viii) menyediakan kemudahan pendaratan yang serba lengkap bagi memudahkan nelayan-nelayan mendarat dan memasarkan hasil tangkapan mereka.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua atau tiga tahun yang lalu, saya melihat satu program di TV berkenaan nelayan di Jepun. Dia keluar ke laut seorang diri dengan satu kapal yang lengkap dengan sauna dan sebagainya. Apabila dia pulang, saya lihat nelayan itu menggunakan satu pick-up dan di rumahnya ada TV, ada icebox, ada washing machine dan beberapa kelengkapan lain yang diperlukan. Soalannya, apakah faktor dan sudahkah kerajaan mengkaji kenapa nelayan di Jepun boleh mempunyai penghidupan serupa ini dibandingkan nelayan di negara kita. Di mana salah silapnya kita? Terima kasih.

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan kita berkisar kepada nelayan pantai. Nelayan pantai kita kawasan tangkapan ialah lima batu nautical dari pantai. Jadi, kebanyakan nelayan pantai kita menangkap ikan di kawasan yang berdekatan dan biasanya mereka pulang pada hari yang sama. Kerajaan sedang menggalakkan supaya para nelayan kita menceburkan diri dalam industri tangkapan ikan laut dalam. Kita sedang menggalakkan para nelayan kita supaya mereka mencontohi nelayan-nelayan seperti nelayan di negeri Jepun, malahan nelayan dari negeri Taiwan yang sanggup datang dan berpangkalan di Pulau Pinang dan menangkap ikan di Lautan Hindi.

Akan tetapi sambutannya tidak begitu memuaskan. Kementerian akan terus berusaha supaya para nelayan kita sanggup mengubah sikap dan boleh mencontohi nelayan-nelayan dari negara-negara maju, di mana mereka sanggup ke laut dalam tempoh yang lebih panjang, kerana kesanggupan mereka menangkap ikan di kawasan yang lebih jauh dalam tempoh yang lebih panjang sudah tentu akan memberi tangkapan yang lebih banyak dan pendapatan yang lebih baik kepada para nelayan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua: Jawapan Yang Berhormat membuatkan saya sedar mungkin saya harus membuat ruling bahawa soalan tersebut adalah terkeluar dari konteks. Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Omar bin Faudzar.

Dato’ Omar bin Faudzar: Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, tentang dana. Memang dana-dana yang telah diberikan adalah untuk membaik pulih imej nelayan tetapi masalahnya sekarang ialah kebanyakan nelayan ini menggunakan pukat biasa dan masalah besar yang dihadapi adalah pemasaran. Bukannya masalah dana yang kita beri semata-mata untuk membantu nelayan-nelayan.

Masalahnya ialah apabila ikan-ikan ini ditangkap dengan begitu banyak tetapi pasarannya tidak ada. Akhirnya ikan ini yang dijual kepada orang-orang tengah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, harga-harganya jatuh ke paras yang begitu rendah, dan inilah yang membuatkan nelayan-nelayan kita menghadapi masalah dari segi harga-harga pasaran ikan yang dijual melalui orang tengah, kerana LKIM yang sepatutnya memainkan peranan untuk memastikan harga-harga ikan berada di paras yang sederhana, yang boleh membantu nelayan-nelayan tidak dimainkan oleh lembaga hasil ikan ini. Itu sahaja, terima kasih.

Page 9: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

4 DN.4.11.2003

Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Ada dua perkara yang pertama mengenai dengan Dana Khas Nelayan. Tuan Yang di-Pertua, sambutan daripada masyarakat nelayan begitu baik sekali terhadap Dana Khas Nelayan yang disediakan oleh kerajaan. Peruntukan sebanyak RM10 juta tidak mencukupi. Oleh kerana itu kerajaan telah bersetuju untuk menambah dana meningkat menjadi RM70 juta. Saya suka mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini memaklumkan bahawa para nelayan patut mengambil kemudahan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan tetapi syaratnya mereka hendaklah menjadi ahli kepada Persatuan Nelayan.

Yang keduanya berhubung dengan soal pemasaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menyediakan 26 buah kompleks pendaratan ikan di seluruh negara yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang bertujuan untuk memberi kemudahan dari segi pendaratan, dari segi pemasaran kepada para nelayan di seluruh negara.

Kita harap para nelayan kita akan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan ini dan juga melalui Persatuan Nelayan supaya mereka terlibat secara terus dalam soal pemasaran, bukan sekadar terlibat dalam soal tangkapan ikan. Apabila pulang di kompleks, mereka tidak begitu memberi perhatian dalam soal harga ikan. Melalui LKIM, melalui kompleks-kompleks yang kerajaan dirikan dan atas kesedaran para nelayan itu sendiri dan melalui persatuan nelayan yang ditubuhkan untuk memelihara kepentingan para nelayan, kerajaan yakin harga ikan dapat ditingkatkan bersesuaian dengan para nelayan.

3. Tan Sri Dato' Seri (Dr) Abdullah bin Ayub minta Menteri Pendidikan menyatakan, berapakah bilangan graduan tempatan, setakat 30 Jun 2003, yang masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai, dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah itu.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin]: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kajian pengesanan yang telah dijalankan oleh beberapa institusi-institusi pendidikan tinggi awam ke atas graduan mereka yang menamatkan pengajian dalam tahun 2003, secara puratanya didapati lebih daripada 50% graduan lulusan Ijazah Pertama mereka telah mendapat pekerjaan. Mereka bekerja di sektor awam, swasta dan ada juga yang bekerja sendiri. Sebagai langkah bagi mengatasi pengangguran di kalangan graduan, Kementerian Pendidikan akan terus mengkaji dengan teliti penawaran kursus-kursus baru di IPTA agar kursus-kursus yang ditawarkan bersesuaian dan dapat memenuhi keperluan pasaran guna tenaga.

Kementerian juga akan memberi penekanan berhubung dengan latihan industri serta program-program yang dapat meningkatkan kemahiran bakal graduan dan pihak IPTA juga digalakkan supaya meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris. Dalam masa yang sama mereka tidak mengabaikan bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Semua IPT juga telah diarahkan memberi perhatian yang serius untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar mereka dalam bidang industri.

Tuan Yang di-Pertua, IPT juga telah diminta supaya menilai semula kurikulum mereka setiap tiga tahun bagi memastikan kurikulum IPTA seiring dan sesuai dengan perkembangan terkini dan hari muka supaya masa hadapan anak-anak kita tidak ketinggalan zaman. Terima kasih.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada sebilangan kecil daripada graduan ini ketika mereka berada di pusat-pusat pengajian tinggi telah diperalatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh memesongkan pemikiran mereka. Bagaimanakah strategi dan pemantauan yang dibuat oleh kementerian agar mereka yang berada di pasaran tenaga kerja ini bersikap positif terhadap negara? Terima kasih.

Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada soalan dan pandangan itu. Sebenarnya sebagai manusia, saya berasa dukacita kerana perkara ini berlaku terutama sekali dalam negara kita yang masih muda. Kita mengharapkan tenaga yang berpotensi dan boleh membantu perkembangan yang sihat dalam negara tetapi malangnya ada pertubuhan-pertubuhan tertentu yang tidak ada

Page 10: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 5

kena mengena dengan perkembangan dan kesejahteraan negara mengacau pemikiran anak-anak muda kita. Namun demikian, perkara ini oleh sebab kita berada dalam negara demokrasi dan bebas, mereka seolah-olah boleh berbuat sesuka hati. Malangnya masa hadapan negara ini akan terancam dan kerugiannya bukan kepada pihak-pihak tertentu tetapi semuanya akan mendapat kerugian.

Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dan berdoa supaya anak-anak kita jangan diganggu. Mungkin juga akan timbul persoalan ada pihak kerajaan yang masuk ke dalam. Memang benar, memang ada agensi kerajaan yang masuk ke dalam kerana kita mempunyai tanggungjawab untuk keselamatan dan juga masa hadapan anak-anak mereka ini kerana kerajaan sudah tentu membendung pemikiran yang sihat supaya negara dapat maju berkembang dengan baik. Terima kasih.

Tuan K. R. A. Naidu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah rasionalnya pelajar-pelajar yang memohon memasuki IPTA ini diberi kursus-kursus yang tidak diminati dan tidak dipilih oleh pelajar dalam borang permohonan untuk memasuki IPTA walaupun pelajar-pelajar diminta tandakan dan namakan kursus-kursus pilihan mereka mengikut keputusan peperiksaan dan kecenderungan mereka?

Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin: Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat untuk menghilangkan keraguan di kalangan masyarakat. Kadangkala memang terdapat sebahagian pelajar yang memohon untuk memasuki IPTA dengan menentukan kursus yang mereka mohon. Malangnya kursus-kursus tersebut telah dipenuhi.

Oleh yang demikian, atas budi bicara universiti tersebut, mereka memberi pilihan kedua bagi anak-anak ini. Dengan cara itu mudah-mudahan anak-anak ini dapat terus masuk dan mereka tidak tertinggal di luar. Masalahnya ialah ibu bapa atau anak-anak sendiri merasa kecewa dan perkara ini dihebohkan sehingga seolah-olah ada diskriminasi semasa untuk memohon masuk. Oleh itu saya berharap kementerian akan terus membuka pintu untuk mendengar rayuan supaya perkara yang disebut tidak berlaku secara berleluasa dan juga tidak berlaku untuk tidak memberi kekecewaan kepada pelajar dan juga ibu bapa. Terima kasih.

4. Dato' Dr. Chin Fook Weng minta Perdana Menteri menyatakan, apakah rasionalnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan suatu perhimpunan raksasa atau rapat umum pada pilihan raya akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Bernard Giluk Dompok]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan ini bersama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hajah Hazizah binti Dato’ Seri Panglima Haji Mohd Dun pada 11 November 2003 kerana menyentuh isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, baik.

Tan Sri Bernard Giluk Dompok: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002, seseorang calon atau ejen pilihan raya boleh semasa tempoh berkempen:

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan terbuka, pertunjukan awam terbuka atau hiburan awam terbuka; atau

(b) memberi apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awal terbuka di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan itu hendak diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.

Dalam hal kuasa untuk menentukan kelulusan sesuatu perhimpunan atau rapat umum boleh diadakan di atas pertimbangan dari pihak polis oleh kerana perhimpunan atau rapat umum itu berhubung kait dengan masalah keselamatan dan ketenteraman

Page 11: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

6 DN.4.11.2003

awam. Jika pihak polis berpendapat sesuatu permohonan untuk mengadakan perhimpunan umum itu akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam permit berkenaan hanya dikeluarkan selepas polis berpuas hati yang keadaan akan terkawal dan keamanan negara terjamin. Rasional ini di dalam membenarkan rapat umum semasa tempoh pilihan raya adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia tentang kebebasan rakyat untuk bercakap dan berbincang isu-isu untuk kepentingan rakyat dan negara jika ianya diadakan dalam suasana yang aman dan terkawal.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya memandangkan pihak polis yang akan membuat keputusan nanti tentang sama ada sesuatu jenis perhimpunan raksasa yang sesuai itu boleh diadakan, pada masa sekarang daripada laporan-laporan polis tentang keadaan keamanan dan kestabilan di negara kita, adakah pada amnya mereka melihat bahawa keadaan sudah wujud untuk dibenarkan perhimpunan raksasa. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Banyak soalan itu berdasarkan andaian tetapi saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok: Ya, Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya jawab tadi ialah kesemua ini adalah dari Akta Kesalahan Pilihan Raya dan polis meminta untuk mengkaji kalau mereka boleh menjamin ketenteraman awam. Jadi, ini saya ingat terpulang kepada pihak polis dan kita tidak boleh menentukan hal ini kalau ini adalah satu perkara yang boleh diadakan dalam pilihan raya.

5. Che Puan Sri Kelana D'Raja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan, sejauh manakah kukuhnya integrasi nasional yang diamalkan di negara ini di dalam proses penstrukturan semula masyarakat, terutama di dalam mencegah berulangnya tragedi 13 Mei 1969 dan peristiwa di Kampung Medan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Che Puan Sri Kelana D'Raja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Puan Lim Kee Moi yang dijadualkan pada 13 November 2003.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Dato' S. Veerasingam: Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini integrasi nasional dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia adalah cukup membanggakan sehingga kita menjadi sebagai sebuah negara contoh dalam pengurusan masyarakat berbilang kaum. Untuk memastikan integrasi nasional dan perpaduan kukuh dan mencegah peristiwa seperti di kampung Medan tidak berulang, kementerian saya melalui Jabatan Perpaduan Negara sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti penggalakan, perpaduan dan pencegahan konflik di kawasan-kawasan rukun tetangga.

Di bawah strategi penggalakan pelbagai aktiviti telah dijalankan melalui rukun tetangga yang menggalakkan rakyat daripada pelbagai keturunan bersama-sama membantu ke arah meningkatkan tahap perpaduan rakyat. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang terancang seperti sukan, sosial, rekreasi, pendidikan, keselamatan, kesihatan, alam sekitar dan sebagainya dilaksanakan untuk memupuk semangat perpaduan dan perhubungan yang harmoni khususnya di peringkat masyarakat sejiran. Di samping itu program-program yang lebih besar seperti mega perpaduan, minggu perpaduan, kempen jalur gemilang, kuiz bina bangsa, lawatan integrasi, sayembara cerpen remaja dan pertandingan fotografi juga diadakan untuk memantapkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu bagi strategi kedua, langkah-langkah pencegahan sentiasa diambil untuk mengesan isu-isu yang boleh atau berpotensi untuk menggugat serta menjejaskan perpaduan. Isu-isu yang dikesan melalui laporan-laporan akhbar, pemantauan melalui Internet, laporan dari Jabatan Perpaduan Negeri, daerah dan ahli-ahli rukun tetangga serta surat aduan resmi yang dihantar kepada Jabatan Perpaduan Negara akan dianalisis bagi menentukan bentuk tindakan dan intervensi yang perlu diambil. Sejak tahun 1996

Page 12: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 7

sehingga tahun 2003 sejumlah 352 konflik telah dikesan di seluruh negara mengikut jenis-jenis berikut:-

Jenis Bilangan kes

Agama 68

Pergaduhan 88

Politik 77

Ekonomi 9

Bantahan 9

Setinggan 3

Keselamatan 42

Perkauman 9

Pendidikan 1

Sosial 10

Lain-lain 23

Selain itu kajian mengukur tahap perpaduan ini sedang dijalankan. Hasil kajian ini kelak akan dapat memberi gambaran mengenai tahap perpaduan negara secara saintifik dan ini akan membantu Kementerian Perpaduan Negara dan pembangunan Masyarakat merancang program-program perpaduan di masa hadapan. Terima kasih.

Che Puan Sri Kelana D'Raja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah menjawab pertanyaan daripada saya sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya apakah pihak kementerian ada membuat kajian ataupun rancangan tertentu umpamanya menanamkan semangat toleransi kompromi, tolak ansur, saling faham memahami di kalangan generasi muda di negara kita ini agar masalah perselisihan faham di antara masyarakat muda di negara kita ini dapat dielakkan agar negara dapat terus menjana pertumbuhan ekonomi dan pendapatan di dalam negara kita ini. Terima kasih.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, memang kementerian saya melalui Jabatan Perpaduan Negara sentiasa memantau keadaan di mana kita mengkaji melalui erti-erti tahap toleransi antara kaum bukan sahaja tahap toleransi antara kaum sesama kaum juga adalah mustahak dan sebab itu kita telah meminta Universiti Sains Malaysia untuk menjalankan penyelidikan kajian mengukur tahap perpaduan. Di antara aspek yang akan diberikan penekanan dalam kajian ini ialah kepentingan erti perpaduan di Malaysia, usaha kerajaan memupuk perpaduan, teori berkaitan dengan perpaduan dan isu semasa berkaitan dengan perpaduan.

Bagi pendapat kementerian, setakat ini semua program yang dijalankan berkesan dan kita fikir toleransi antara kaum dan juga toleransi sesama kaum adalah baik tetapi boleh dipertingkatkan lagi. Sebab itulah kita telah meminta universiti ini membuat kajian supaya kita dapat tahu adakah semua program-program yang kita laksanakan ini berkesan atau tidak. Terima kasih.

6. Dato' Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah kementerian mengenal pasti melalui Kementerian Luar Negeri mengenai pusat pengajian tinggi di luar negara yang selamat untuk belajar dan tidak membawa kesan negatif kepada negara seperti yang terjadi oleh 13 pelajar Malaysia di Pakistan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid. Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan memang mengadakan kerjasama rapat dengan pihak Kementerian Luar Negeri. Kita juga bekerjasama dengan kedutaan negara-negara asing di Malaysia yang mempunyai pelajar-pelajar kita di sana. Persetujuan juga

Page 13: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

8 DN.4.11.2003

telah diperoleh dengan beberapa negara termasuk Pakistan supaya pelajar memperoleh sijil sokongan luar negara dari Kementerian Pendidikan sebelum pelajar dibenarkan menuntut di negara-negara tersebut.

Namun demikian, kita tidak dapat mengawal pelajar-pelajar persendirian yang memasuki universiti di luar negara yang tidak terlebih dahulu memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan. Contohnya yang pergi belajar ke Afrika Selatan. Terima kasih.

Dato’ Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita tahu bahawa Malaysia diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Persidangan OIC baru-baru ini, dengan kejadian 13 pelajar yang terlibat dengan gerakan militan di Pakistan tersebut sudah mencemarkan imej negara. Soalan tambahan saya, apakah langkah serius kementerian supaya kejadian begini tidak berulang kembali di negara-negara luar oleh pelajar kita - langkah serius kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Bukankah semua langkah kerajaan serius, Yang Berhormat?

Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju sangat, setiap apa yang kita buat adalah untuk kepentingan negara kita dan juga warga negara kita. Namun demikian, dengan perhubungan yang baik yang kita selalu jalin di antara semua negara, mudah-mudahan perkara yang tidak diingini tidak akan berulang lagi. Namun demikian, manusia tidak sama. Kadang-kadang yang tidak disuruh dia suka, yang disuruh dia tidak mahu buat. Terima kasih.

7. Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan mengapakah pihak kementerian menghadapi kesulitan di dalam memantau dan mengenal pasti Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT yang menghadapi masalah pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang ke atas masyarakat tempatan dan apakah kementerian bercadang menggunakan konsep pemilihan atau pengundian untuk memilih wakil-wakil di dalam jawatankuasa PBT berkenaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang diperuntukkan di Butiran 4 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menentukan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang di PBT berjalan dengan baik. Dalam hubungan ini, kementerian percaya kerajaan negeri telah dan akan mengambil pelbagai langkah yang sebaik mungkin untuk meningkatkan tahap pengurusan PBT di negeri masing-masing.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian saya memainkan peranan bagi menyelaraskan segala dasar umum dari segi penyelidikan, perancangan dan juga pelaksanaan di semua negeri. Pihak kerajaan negeri akan menentukan setiap PBT mempunyai keupayaan untuk menguatkuasakan segala undang-undang yang sedia ada supaya semua bidang yang dikendalikan oleh pihak PBT berkenaan cekap dan efisien.

Berhubung dengan soalan mengenai cadangan konsep pemilihan Ahli-ahli Majlis secara pengundian, ingin dimaklumkan bahawa pihak kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan perkara tersebut memandangkan sistem pelantikan Ahli-ahli Majlis oleh kerajaan-kerajaan negeri seperti yang diamalkan sekarang berjalan dengan baik dan dapat membawa pembangunan yang pesat. Sekian.

8. Datuk William Lau Kung Hui minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:-

(a) apakah tindakan pihak kementerian bagi mengatasi masalah terhadap penyalinan hasil hak cipta muzik (copied music) daripada Internet; dan

(b) apakah pihaknya bercadang untuk merangka suatu undang-undang terhadap penyalinan sesuatu hasil hak cipta muzik

Page 14: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 9

daripada Internet dan boleh membuat pertuduhan terhadap mereka yang terlibat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Wong Kam Hoong]: ‘Tan Sri’ Yang di-Pertua, penyalinan hasil hak cipta muzik daripada internet adalah juga merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987 di mana penyebaran karya hak cipta melalui Internet adalah juga menjadi hak eksklusif pemiliknya. Sesiapa yang melanggar hak tersebut, boleh diambil tindakan sivil oleh pemiliknya atau sekiranya pelanggaran hak tersebut melibatkan penyebaran kepada awam termasuk menjual atau menyewa, ia boleh diambil tindakan oleh pihak kementerian berasaskan aduan daripada pemilik.

Perlindungan hasil hak cipta dalam Internet telah dilaksanakan melalui pindaan ke atas Akta Hak Cipta 1987 dalam tahun 1997 dengan itu kementerian saya tidak bercadang untuk merangka suatu undang-undang khusus mengenainya kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wong Kam Hoong: Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

9. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae minta Menteri Kewangan menyatakan, sejauh manakah kejayaan Malaysia melobi kepada negara-negara lain untuk menerima sistem kewangan yang berpandukan kepada kekuatan wang dinar dan setakat mana pula sistem ini akan diguna pakai di dalam amalan ekonomi negara bersabit dengan perdagangan dan mata wang negara kita.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan dari Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae yang dijadualkan dijawab pada 4 November 2003 bersama-sama dengan soalan dari Yang Berhormat Lim Kee Moi yang dijadualkan dijawab pada 11 November 2003 dan soalan dari Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang Mahani juga yang dijadualkan dijawab pada 20 November 2003 kerana pertanyaan yang dibuat menyentuh mengenai perkara dan isi yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan sebarang mata wang baru termasuk dinar emas. Ringgit akan kekal sebagai mata wang tunggal yang boleh diguna pakai bagi semua pembayaran dan urus niaga di Malaysia. Oleh itu, ianya tidak akan mengubah kaedah perdagangan dalam negeri dan juga sistem mata wang negara kita.

Sebaliknya mekanisme yang dipelopori oleh Malaysia iaitu, dengan izin, gold-based trade payment arrangement atau GTPA melibatkan penggunaan emas di dalam penjelasan perdagangan antara bangsa untuk menyelesaikan nilai baki bersih perdagangan dua hala. Berdasarkan mekanisme GTPA ini, baki bersih perdagangan dua hala akan diselesaikan oleh kedua-dua bank Pusat, negara yang terlibat melalui pertukaran hak milik rizab emas antara negara penghutang dengan negara pemiutang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mempromosikan mekanisme GTPA ini, Bank Negara telah dan akan terus mengenal pasti beberapa buah negara yang berminat untuk menerima pakai mekanisme ini. Ketika persidangan kemuncak OIC yang ke-10 baru-baru ini, Malaysia telah memperkenalkan konsep GTPA ini kepada beberapa negara Islam. Deklarasi Putrajaya yang memuatkan konsep GTPA ini akan membuktikan komitmen bersama di kalangan negara-negara Islam dalam menjayakan konsep penggunaan emas dalam penyelesaian perdagangan antara bangsa.

Bank Negara Malaysia turut bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam atau IDB untuk melobi sokongan daripada negara-negara OIC supaya mekanisme GTPA dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Para pakar yang menyertai bengkel anjuran IDB di Jeddah pada 7 hingga 11 September 2003 telah memberikan perakuan terhadap cadangan Malaysia untuk melaksanakan skim ini. Di samping itu, secara berasingan Bank Negara

Page 15: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

10 DN.4.11.2003

telah mengenal pasti beberapa buah negara yang berminat untuk menandatangani Perjanjian GTPA dan respons yang diterima setakat ini adalah amat menggalakkan.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, adakah pihak kerajaan menerima sebarang tekanan sama ada di dalam ataupun di luar negeri yang cuba menumpukan hasrat kerajaan untuk melahirkan sistem kewangan atau ekonomi alternatif melalui wang dinar seperti mana yang disebutkan iaitu konsep GTPA? Jika ada, siapa yang menjadi dalang dan negara mana pula yang memaksa Malaysia supaya tidak melaksanakan penggunaan wang dinar emas ini di peringkat antara bangsa?

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Datuk. Setakat ini cadangan Malaysia untuk menggunakan dinar emas sebagai penyelesaian hubungan perdagangan dua hala telah pada dasarnya dipersetujui oleh kebanyakan negara-negara OIC, selaras dengan Deklarasi Putrajaya. Dalam Persidangan OIC yang ke-10 baru-baru ini dan kita setakat ini tidak menerima sebarang tekanan sama ada daripada luar ataupun dalam negara, kerana khususnya dalam negara memang langsung tidak ada tekanan kerana kita ingin program ini disambut dengan baik dan positif oleh semua pihak dan daripada luar negara pun. Setakat ini belum ada sebarang tekanan yang dikenakan kepada kita dan malah kita terima respons yang begitu baik dan menggalakkan khususnya daripada negara-negara OIC. Kerana itu maka kita positif dan yakin kita akan dapat meneruskan usaha-usaha yang murni ini dan ianya akan menjadi realiti. Insya-Allah!

10. Tuan Wee Kok Tiong minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menarik minat pelabur-pelabur dan seterusnya meningkatkan pelaburan langsung asing atau FDI ke negeri Sarawak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato’ Seri Kerk Choo Ting]: Tuan Yang di-Pertua, bagi bagi tempoh Januari hingga September 2003, nilai pelaburan langsung asing atau FDI dengan izin, di negeri Sarawak berjumlah RM4.2 bilion dalam 15 projek perkilangan. Ini merupakan 42% daripada keseluruhan FDI bernilai RM9.8 bilion yang diluluskan di seluruh negara bagi tempoh yang berkenaan. Projek-projek pengilangan yang melibatkan FDI di Sarawak, antara lain melibatkan satu projek usaha sama antara pelabur di Emiriah Arab Bersatu dengan syarikat milik tempatan dalam industri barangan logam asas yang mengeluarkan primary aluminum ingots dengan izin, dan produk-produk sekunder. Projek yang bernilai RM7.9 bilion ini akan dijalankan melalui dua fasa yang mana fasa pertama melibatkan pelaburan bernilai lebih kurang RM4.8 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan pelaburan tempatan serta menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia termasuk ke negeri Sarawak, kerajaan telah dan sedang melaksanakan langkah-langkah penggalakan. Antaranya ialah:

(i) mewujudkan iklim pelaburan yang conducive serta melaksanakan dasar pelaburan yang liberal dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing dan tempatan;

(ii) memperkenalkan insentif-insentif baru serta memperbaiki insentif-insentif sedia ada. Umpamanya dalam Bajet 2004, insentif pelaburan bagi Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah ditambahbaikkan dengan menaikkan kadar pengecualian cukai daripada 85% kepada 100% bagi menggalakkan taraf perintis dan daripada 80% kepada 100% bagi menggalakkan elaun cukai pelaburan;

(iii) mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di mana semua peringkat termasuk di peringkat Kerajaan Negeri dan Tempatan;

(iv) mengambil langkah-langkah mengurangkan kos menjalankan perniagaan;

Page 16: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 11

(v) menganjurkan misi penggalakan perdagangan dan pelaburan ke negara-negara sumber pelaburan asing seperti Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan, Korea dan negara-negara Eropah;

(vi) menganjurkan misi projek spesifik untuk menarik syarikat-syarikat asing yang memiliki teknologi yang sesuai untuk penempatan operasi mereka di Malaysia; dan

(vii) menganjurkan seminar pelaburan tempatan dan seminar khusus serta mengadakan sesi penerangan dan dialog dengan sektor swasta.

Bagi negeri Sarawak, seminar pelaburan telah diadakan pada 29 dan 30 Julai 2003. Selain daripada itu langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga perlu berperanan aktif dalam usaha menarik pelaburan ke negeri dan kawasan-kawasan yang berpotensi. Ini termasuk mengambil bahagian dalam misi perdagangan dan pelaburan yang dianjurkan oleh Kerajaan Pusat, mempromosikan peluang-peluang pelaburan yang wujud di negeri masing-masing, memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat kerajaan negeri dan tempatan dan menawarkan projek-projek insentif khas bagi menarik pelaburan dalam industri yang digalakkan. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Oleh sebab jawapan begitu komprehensif, menyentuh sesuatu yang spesifik negeri Sarawak, saya teruskan pada soalan berikutnya.

11. Puan Safinah binti Jusoh minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pihak kementerian dalam usaha membendung gejala penyakit AIDS daripada terus menular dalam masyarakat

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S. G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Puan Safinah binti Jusoh bersekali dengan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Ooi Siew Kim pada 12 November dan Yang Berhormat Tuan K. R. A Naidu pada 20 hb November 2003.

Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan.

Tuan S. G. Sothinathan: Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah yang berkesan dalam menangani jangkitan HIV AIDS di Malaysia di mana jangkitan lebih bertumpu kepada golongan yang berisiko tinggi seperti penagih dadah dan pelacur daripada orang awam. Kadar jangkitan di kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan dianggarkan sekitar 18% dan di kalangan pelacur wanita 5% hingga 7%. Walau bagaimanapun kadar jangkitan orang awam masih terkawal di mana kadar jangkitan di kalangan penderma darah dan ibu mengandung adalah sekitar 0.03%. Jumlah bilangan kes HIV AIDS yang telah dilaporkan ke Kementerian Kesihatan sehingga Jun 2003 adalah 54,914 kes.

Daripada jumlah ini, 11,020 kes dilaporkan di negeri Johor; 1,869 kes di negeri Melaka; 5,459 kes di Negeri Sembilan; 6,917 kes di Selangor; 3,818 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; 3.623 kes di Negeri Perak; 3,354 kes di Kedah; 2,106 kes di Pulau Pinang; 722 kes di Perlis; 4, 405 kes di Kelantan;5,486 kes di Terengganu; 5,471 kes di Pahang; 237 kes di Sabah; dan 347 kes di negeri Sarawak.

Taburan mengikut etnik-etnik: 39,881 kes melibatkan etnik Melayu; 8,296 kes adalah dari etnik Cina; 4,642 kes adalah daripada etnik India; 637 kes lain-lain etnik Malaysia dan 1,458 kes melibatkan orang asing. Dari segi jantina sebanyak 51,487 kes ataupun 93.8% adalah melibatkan lelaki, manakala 3,427 kes adalah jangkitan di kalangan wanita.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kalau Yang Berhormat hendak tanya, sila berdiri…

Puan Lim Kee Moi: Ya, Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Lim Kee Moi, ya?

Page 17: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

12 DN.4.11.2003

Puan Lim Kee Moi: Ya, ya.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Puan Lim Kee Moi: Tuan Yang di-Pertua selamat pagi dan terima kasih, soalan saya ialah apakah kempen-kempen yang diambil oleh pihak Kementerian..

Tuan Yang di-Pertua: Itu sensitif Yang Berhormat freshie, kena bagi.

Puan Lim Kee Moi: Apakah tindakan Kementerian Kesihatan tentang kempen-kempen kesedaran dan prevention HIV AIDS di Malaysia, khasnya di sekolah dan masyarakat seperti mana yang telah dijalankan di Bangkok, begitu baiknya sebab saya baru balik dari Bangkok kerana menghadiri Forum AIDS and HIV. Terima kasih….. [Beberapa Ahli ketawa]

Seorang Ahli: Ooh! Buat apa di Bangkok?

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, di antara langkah-langkah yang diambil ialah aktiviti pendidikan AIDS melalui ceramah, pameran, forum, seminar dan lain-lain. Kita juga menganjurkan Kempen Anti-AIDS ataupun Sambutan Hari AIDS bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya dan khususnya bagi remaja di kalangan pelajar-pelajar. Kita adakan satu program khas yang dipanggil PROSTA iaitu Program Sihat Tanpa AIDS untuk remaja dan ini adalah satu projek yang memberi kesan begitu baik dan melibatkan ramai remaja di sekolah-sekolah menengah yang terlibat dalam program ini di mana mereka sebenarnya menjadi fasilitator dalam menangani masalah ini untuk menyampaikan maklumat ini kepada orang ramai. Jadi program ini amat berkesan khususnya kepada murid-murid sekolah-sekolah menengah. Sekian. Terima kasih.

12. Tuan Poh Mok Hua @ Poh Bak Hoe minta Menteri Pendidikan menyatakan tentang Skim Pinjaman Buku Teks atau SPBT bagi Matematik dan Sains dalam Bahasa China untuk Tahun 1 bagi SJK(C) pada tahun 2003 yang masih tidak disediakan dan bilakah skim ini dapat disediakan.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf kepada Yang Berhormat Tuan Poh Mok Hua kerana kerajaan telah memutuskan bahawa buku-buku teks Matematik dan Sains dalam bahasa Cina adalah di luar daripada Skim Pinjaman Buku Teks dan tidak ada cadangan untuk menjadikan buku berkenaan dalam skim pinjaman buat masa ini. Terima kasih.

13. Puan Siw Chun a/p Eam minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan berapakah jumlah Rukun Tetangga atau RT yang bermasalah sehingga tahun 2003 dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap Rukun Tetangga bermasalah ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato’ S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 30 September 2003 terdapat sejumlah 2,571 kawasan Rukun Tetangga yang telah ditubuhkan di seluruh negara. Secara umumnya, majoriti kawasan Rukun Tetangga dikategorikan sebagai aktif dan telah berjaya mengadakan berbagai-bagai aktiviti kemasyarakatan bagi memupuk serta menggalakkan semangat kejiranan serta perpaduan setempat. Namun begitu, daripada jumlah tersebut adalah didapati kurang daripada 5% atau 128 kawasan dikenal pasti tidak aktif atau bermasalah.

Bagi mengatasi masalah Rukun Tetangga yang tidak aktif dan bermasalah, Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah mengambil beberapa langkah. Antaranya ialah mengadakan lawatan serta perbincangan dengan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga bagi mengenal pasti dan seterusnya membantu mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi.

Pada kebiasaannya, pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Negara akan membantu Ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga menggerakkan semula program-program Rukun Tetangga. Selain daripada itu, Ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga akan dihantar mengikut kursus-kursus pemantapan pengurusan Rukun Tetangga bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran Rukun Tetangga. Mereka juga

Page 18: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 13

akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan dalam pengurusan kemasyarakatan seperti Kursus Asas Mediasi dan Kursus Pengurusan Konflik.

Mereka juga akan dibawa melawat ke Rukun Tetangga yang berjaya agar dapat mempelajari amalan-amalan terbaik untuk dicontohi. Namun begitu sekiranya langkah-langkah ini masih gagal, tindakan akan diambil bagi merombak, menyusun serta menggantikan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga yang lama dengan yang baru yang lebih berminat dan komited. Terima kasih.

14. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta Menteri Sumber Manusia menyatakan mengapakah Kementerian tidak menetapkan jumlah hari bekerja selama lima (5) hari seminggu, kerana pelaksanaan jumlah hari bekerja yang diamalkan sekarang masih lagi wujud impak negatif terhadap kehidupan sosial dan juga tidak menyumbangkan kepada keberkesanan kempen pihak Kerajaan bagi menjayakan pelancongan dalam negara iaitu Cuti-Cuti Malaysia.

[Wakil-Menteri/Timbalan Menteri/Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Manusia tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada masalah logistik sebab Dewan Rakyat dengan Dewan Negara bersidang serentak.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menjawab bagi pihak Kementerian Sumber Manusia…

Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan.

Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: ……kerana saya dahulu daripada sana. Tuan Yang di-Pertua, Akta Kerja 1995 bertanggungjawab menetapkan hal berkenaan cuti rehat mingguan pekerja di sektor swasta. Akta ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan ianya tidak menghalang mana-mana majikan untuk melaksanakan sistem kerja lima hari dengan memberi cuti rehat selama dua hari seminggu. Malah ramai majikan negara ini telah pun mengamalkan sistem lima hari bekerja dan diikuti dengan cuti rehat dua hari.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak dapat menetapkan dua hari cuti rehat dalam seminggu kerana terdapat industri-industri tertentu yang perlu menjalankan perniagaan setiap hari seperti perkhidmatan-perkhidmatan perlu ataupun essential services, dengan izin, dan dalam service industry. Selain daripada itu, adalah menjadi norma antarabangsa yang menetapkan bahawa cuti rehat mingguan adalah sehari sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Masa bagi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan sudah tamat.

[Masa untuk P5ertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan telah tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2003) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

11.05 pagi.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama ‘Suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi Perkhidmatan Tahun 2003 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu, dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Page 19: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

14 DN.4.11.2003

Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu sukacita saya maklumkan di sini bahawa kedudukan ekonomi negara kita adalah lebih baik daripada yang kita jangkakan lebih awal iaitu akibat daripada wabak SARS dan persekitaran yang tidak menentu. Kadar pertumbuhan KDNK bagi tempoh suku tahun pertama 2003 telah disemak semula kepada 4.6% berbanding jangkaan asal iaitu 4%. Prestasi untuk suku tahun kedua pula ialah pada kadar 4.4% dan dengan itu, kadar purata separuh tahun pertama 2003 ialah 4.5% yang merupakan peningkatan yang ketara berbanding dengan perkembangan separuh tahun pertama 2002 sejumlah 2.6%.Pertumbuhan yang baik di dalam suku tahun kedua harus dilihat dalam keadaan di mana sektor perkhidmatan yang berkembang dengan cergas…..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh saya minta laluan sebentar? Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Peraturan Mesyuarat 6(3), saya memohon Yang Berhormat Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar mempengerusikan Majlis Mesyuarat bagi pihak saya mulai jam 11.30 pagi. Silakan.

Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Terima kasih. Pertumbuhan yang baik di dalam suku tahun kedua harus dilihat dalam keadaan di mana sektor perkhidmatan yang berkembang dengan cergas di dalam suku-suku tahun sebelumnya telah terjejas oleh wabak SARS dan meningkat pada kadar yang rendah iaitu 2.8% berikutan kemerosotan aktiviti dalam sektor kecil perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran iaitu -2%. Ini jelas menunjukkan bahawa kesan kemerosotan dalam sektor perkhidmatan kepada KDNK telah dapat diseratakan ataupun, dengan izin, balanced-up oleh aktiviti permintaan dalam negeri terutama sekali perbelanjaan penggunaan yang meningkat kembali sebanyak 4.3% berikutan pertambahan perbelanjaan penggunaan awam ekoran daripada pemberian bonus kepada kakitangan awam.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan perbelanjaan mengurus melibatkan perbelanjaan bekalan kementerian dan jabatan sebanyak RM1,500,000,000 diminta supaya diluluskan di bawah Fasal 2 rang undang-undang ini. Peruntukan tambahan yang diminta diluluskan di bawah Fasal 2 rang undang-undang tersebut adalah seperti berikut:

(i) sebanyak RM20 juta di bawah Maksud B.7 – Jabatan Perdana Menteri untuk meneruskan Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan atau PROSPER;

(ii) sebanyak RM84.9 juta di bawah Maksud B.8 – Jabatan Perkhidmatan Awam adalah untuk menampung bayaran biasiswa penuntut-penuntut di luar negara;

(iii) sebanyak RM20 juta di bawah Maksud B.14 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membiayai pembelian peralatan dan bagi menangani masalah penyakit denggi, kerja-kerja membaik pulih, menaik taraf longkang-longkang di kawasan yang sering menghadapi masalah denggi dan mengadakan kempen penerangan mengenai denggi;

(iv) sebanyak RM47.48 juta di bawah Maksud B.21 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk geran pelancaran Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau PHIM;

(v) sebanyak RM1,000 juta di bawah Maksud. B.26 – Kementerian Pendidikan untuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut:

(a) sebanyak RM594.4 juta bagi pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta Program Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi atau ICT;

(b) sebanyak RM125.4 juta bagi pembelian atau percetakan buku-buku teks akibat semakan

Page 20: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 15

semula kurikulum sekolah rendah dan juga sekolah menengah;

(c) sebanyak RM87.7 juta bagi bantuan One-Off, RM120 bagi pelajar-pelajar daripada keluarga miskin;

(d) sebanyak RM6.2 juta bagi penstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah;

(e) sebanyak RM51.2 juta bagi pengendalian penilaian tahap kecekapan berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia;

(f) sebanyak RM34.4 juta bagi pelaksanaan Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah-sekolah menengah;

(g) sebanyak RM50 juta bagi membiayai kos utiliti akibat penggunaan peralatan ICT bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan program makmal komputer;

(h) sebanyak RM29.8 juta bagi melaksanakan kursus semakan kurikulum; dan

(i) sebanyak RM20.9 juta bagi penubuhan, English Language Teaching Centre atau ELTC.

(vi) Sebanyak RM10.83 juta di bawah Maksud B.29, Perkhidmatan Am Perbendaharaan untuk perbelanjaan pembinaan Auditorium Universiti Oxford, United Kingdom.

(vii) Sebanyak RM177.12 juta di bawah Maksud B.30, peruntukan kepada Kumpulan Wang Berkanun bagi pembiayaan perbelanjaan seperti berikut:

(a) sebanyak RM63 juta untuk menampung kekurangan baki dalam Kumpulan Wang Pendahuluan Diri pegawai awam; dan

(b) sebanyak RM64.12 juta untuk perbelanjaan Program Penyediaan Atlet Negara ke arah Sukan Asia 2006 dan Sukan Komanwel 2006.

(viii) Sebanyak RM40 juta di bawah Maksud B.35, Kementerian Dalam Negeri untuk pembelian kad dan bahan habis guna projek MyKad, National Roll Out (NRO) dan bagi pembiayaan keperluan kewangan unit bergerak pendaftaran di Sabah.

(ix) Sebanyak RM134 juta di bawah Maksud B.36, Kementerian Luar Negeri untuk membiayai perbelanjaan seperti berikut:

(a) sebanyak RM70 juta adalah untuk penganjuran Sidang Kemuncak Negara-negara Islam atau OIC pada Oktober 2003;

(b) sebanyak RM54 juta untuk menampung bagi perbelanjaan Persidangan Kemuncak Negara-negara Berkecuali (NAM); dan

(c) sebanyak RM10 juta adalah sebagai sumbangan kerajaan bagi melancarkan Tabung Kemanusiaan Pembelaan Rakyat Iraq.

Page 21: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

16 DN.4.11.2003

(x) Sebanyak RM15.7 juta di bawah Maksud B.38, Kementerian Pengangkutan adalah untuk menampung kos pengurusan pertukaran Lesen Kenderaan Bermotor atau LKM dan kekurangan peruntukan bagi tahun 2003. LKM baru mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi bagi mencegah kegiatan pemalsuan dan kecurian.

Butir-butir dan perbelanjaan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2003 adalah seperti dalam Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 20 Tahun 2003, Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 20A Tahun 2003. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa Rang Undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2003 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Datuk Nor Azah binti Awin, come up. Bukankah Yang Berhormat bangun tadi?

11.15 pagi.

Datuk Nor Azah binti Awin: Ya saya, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Takut saya yang cuai...

Datuk Nor Azah binti Awin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Supplementary Budget ini, dalam Akta Perbekalan Tambahan 2003. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah pun membentangkan Perbekalan Tambahan (2003) 2003 dengan panjang lebar dan terperinci.

Kita maklum bahawa Perbekalan Tambahan ini pada umum dan dasarnya terpaksa dibelanjakan oleh pihak kerajaan secara proaktif. Sungguhpun dalam bajet yang lepas tidak dimasukkan Perbelanjaan Tambahan yang dibentangkan pada pagi ini, ini membuktikan peranan kerajaan dalam menyediakan segalanya agar kepentingan dan kesejahteraan rakyat diutamakan atas segala-galanya.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun krisis Iraq melanda dunia dan penyakit SARS melanda negara-negara serantau dan seterusnya mengakibatkan kesan yang negatif kepada tahap ekonomi dunia. Negara kita telah dapat mencatat prestasi yang membanggakan. Kadar pertumbuhan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bagi tempoh suku pertama 2003 telah disemak semula pada 4.6% dari hanya 4% yang dijangka pada peringkat awal. Prestasi untuk suku tahun kedua pula ialah kadar 4.4%.

Maka itu kadar pertumbuhan separuh tahun pertama secara purata mencatatkan 4.5% berbanding dengan pertumbuhan separuh tahun 2002 sejumlah 2.6% sahaja. Saya dengan ini mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian dan kerajaan di atas prestasi yang menggalakkan ini dan insya-Allah peningkatan ini berterusan secara dengan izin, sustainable. Kesemua ini adalah dapat dicapai dengan langkah-langkah yang proaktif dari pihak kerajaan dengan dasar-dasar yang semasa dan sesuai mengikut keadaan masa kini, sama ada di dalam dan di luar negara seperti yang kita lihat baru-baru ini dengan Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan tahun yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Fasal 2 rang undang-undang ini, tambahan perbelanjaan pengurusan atau operating melibatkan perbelanjaan bekalan kementerian dan jabatan sebanyak RM1.5 bilion. Izinkan saya menyentuh kepada beberapa item dalam jumlah tersebut yang saya rasakan signifikan yang mana saya ingin mengulas dengan lebih lanjut.

Page 22: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 17

Maksud B.7, Jabatan Perdana Menteri untuk meneruskan Projek Usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan atau dikenali sebagai PROSPER sebanyak RM20 juta. Skim PROSPER ini adalah tepat dan amat sesuai dalam meningkatkan masyarakat bumiputera dalam industri dan perniagaan peruncitan.

Apa yang akan lebih memberi keberkesanan pada pandangan saya ialah dari segi bekalan mereka. Pada masa sekarang ini, peserta PROSPER merupakan franchisee kepada franchisor yang telah dikenal pasti dan berada pada tahap yang mantap agar dapat memastikan kesemua franchisee dapat berniaga secara berterusan. Persoalan saya ialah apa yang akan terjadi sekiranya franchisor tersebut menghadapi tekanan dan permasalahan sendiri. Apa yang akan terjadi kepada semua franchisee yang merupakan peserta-peserta PROSPER, sekiranya keadaan sedemikian berlaku. Berdasarkan situasi demikian, saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan agar diwujudkan skim untuk membantu dan meningkatkan sektor pembuatan juga di kalangan bumiputera dari segi bekalan atau yang dipanggil satu terminologi yang sekarang dipakai secara meluas iaitu supply change.

Ini merupakan integrasi ke belakang atau backward integration, situasi di mana saluran pemasaran iaitu melalui franchising dan pasaran peruncitan melalui PROSPER susah sedia ada. Salah satu cara yang dapat kita gunakan ialah melalui Skim Satu Kampung Satu Produk dan pernah juga disebut sebagai satu kampung satu industri, di mana produk dan lokasi projek pembuatan dapat dikenal pasti dan dilaksanakan. Walaupun Skim PROSPER mungkin merupakan satu saluran pasaran yang kecil dan diharap akan terus meningkat tetapi produk-produk yang dikeluarkan dari One Village One Product Scheme ini dapat juga dipasarkan melalui saluran-saluran pasaran yang lain dan seterusnya dapat dieksport.

Kita lihat hari ini negara Thailand umpamanya amat berjaya dalam skim ini dengan rangkaian supply change mereka yang sangat luas dan dengan itu dapat menghasilkan produk-produk yang murah, yang kompetitif dan berdaya saing dari arena perniagaan dunia. Ini sekali gus juga dapat mencapai matlamat satu kampung satu produk yang digariskan secara kasar iaitu pewujudan industri desa dan kampung, peningkatan peluang pekerjaan di luar bandar, peningkatan pendapatan, penerimaan ilmu perniagaan dan juga kemahiran-kemahiran tertentu, seterusnya menaikkan taraf hidup masyarakat Malaysia dan seterusnya menjanakan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekarang menyentuh Maksud B.26 – Kementerian Pendidikan sebanyak RM1 bilion. Dari jumlah RM1 bilion itu, sebanyak RM594.4 juta bagi melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris serta program kursus teknologi maklumat juga sebanyak RM50 juta lagi untuk membiayai kos utiliti akibat penggunaan peralatan ICT bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Soalan saya ialah, setakat manakah keberkesanan program tersebut, bukan sahaja dari segi bahasa Inggeris tetapi juga dalam penggunaan peralatan ICT, dalam mata pelajaran tersebut. Setakat manakah permasalahan yang dihadapi pihak kementerian dalam menyediakan tenaga pengajar yang mahir, dalam kedua-dua aspek tersebut iaitu bahasa Inggeris dan juga ICT. Juga, akan sampai masanya di mana kesemua mata pelajaran di sekolah, akan menggunakan peralatan ICT bagi pengajaran dan pembelajarannya setelah kesemua prasarana, makmal komputer telah disempurnakan pelaksanaannya.

Dalam aspek ini, besar kemungkinan yang e-education, dengan izin, secara menyeluruh akan disediakan. Soalan saya ialah, setakat manakah persediaan e-pelajaran atau e-education ini dengan menggunakan ICT yang merangkumi kedua-dua hardware dan software iaitu hardware dari segi kemungkinan computer terminal dan dari segi software iaitu dari segi kurikulum telah dilaksanakan. Mungkin belum lagi di sekolah-sekolah tetapi mungkin dari segi perancangan, setakat manakah perancangan ke arah sedemikian telah dilaksanakan setakat ini?

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.30 – Kementerian Luar Negeri. Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak kementerian dan kerajaan keseluruhannya kerana

Page 23: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

18 DN.4.11.2003

telah menjadi tuan rumah dan penganjur kepada dua konvensyen antarabangsa yang terkemuka, NAM dan OIC di mana RM124 juta telah dibelanjakan daripada Perbekalan Tambahan yang kita bahaskan pagi ini. Persediaan dan pelaksanaan kedua-duanya sangat licin dan teratur, dengan facility yang canggih, pusat konvensyennya melebihi taraf dunia telah menaikkan taraf dan martabat negara.

Di samping itu juga, kedua-dua persidangan itu telah diberikan nafas baru, di mana negara kita dapat bersuara dengan lantang dan dengan adil, memberikan satu kejutan atau wake-up call kepada negara-negara anggota NAM yang selama ini ditakrifkan sebagai tidak relevan kerana tamatnya Perang Dingin atau Cold War telah diberi relevance, dengan izin, terutamanya tercetusnya Perang Iraq di mana tindakan berupa unilateral dan tidak multilateral telah berlaku. Di samping itu juga, keganasan yang telah berlaku yang mana negara-negara Islam telah disalah anggapkan. OIC juga dikejutkan dari mimpi terutama bila disedarkan yang 1.3 bilion rakyat dunia beragama Islam masih tidak dapat menandingi kaum Yahudi yang berjumlah 15 juta sahaja.

Dari sumber kekayaan pula, sebahagian besar sumber minyak dan gas didapati di negara-negara Islam dan juga dari segi mata wang, sebahagian besar dana yang diuruskan oleh pengurus-pengurus dana kepunyaan Yahudi adalah terdiri daripada dana negara-negara, orang-orang atau individu Islam. Negara kita terutama Kerajaan Malaysia dapat menyuarakan kesemua fakta yang benar tersebut kerana status negara kita yang telah berdikari, tanpa memerlukan bantuan dari apa-apa organisasi sama ada IMF umpamanya atau lain-lain institusi multilateral. Syabas saya ucapkan, seperti pepatah orang putih, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, we can make the difference dalam jangka masa negara kita mempengerusikan kedua-dua organisasi ini selama tiga tahun ke hadapan.

Saya telah diberi peluang menyertai Mesyuarat Ministerial WTO baru-baru ini di Cancun, Mexico di mana negara kita juga telah memainkan peranan yang utama sebagai wakil negara-negara Membangun dan juga negara-negara Third World di mana resolusi bernama New Issues atau juga dikenali sebagai Singapore Issues tidak diterima kerana kepentingan negara-negara terlibat akan terjejas dari segi globalisasi. Sementara kita lantang dan sejumlah 70 negara menyokong pendirian negara kita, sama ada secara langsung atau tidak, beberapa negara telah berbisik memberikan sokongan mereka tetapi tidak ada kemampuan untuk membuat secara terbuka. Dengan itu, apa yang saya cerita pada pagi ini adalah, dengan adanya independence atau negara kita tidak harus bergantung kepada negara-negara yang kuat, negara-negara yang kaya, maka kita dapat bersuara apa yang sebenar-sebenarnya harus disuarakan.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin menyentuh tentang Perbelanjaan Pembangunan Tambahan berjumlah RM3 bilion ataupun development expenditure. Maksud P.25 – Kementerian Pertahanan sebanyak RM1 bilion. Saya dapati, bahawa sebahagian besar ini merupakan perolehan kelengkapan Tentera Udara, Tentera Darat dan Tentera Laut dalam usaha mempertingkatkan peralatan pertahanan kepada peralatan pertahanan yang canggih dan berteknologi semasa seperti yang dipanggil main battle tank, helikopter, kapal selam atau submarine, pesawat Sukhoi dan lain-lain.

Saya rasa ini tepat pada masanya kerana memandangkan suasana masa kini, di mana trend atau ancaman yang kita hadapi telah berubah. Insiden penculikan pelancong dan juga warganegara kita di kedua hotel di Sabah telah membuktikan bahawa negara kita mesti sentiasa bersedia dengan peralatan dan kelengkapan pertahanan yang moden dan berkesan.

Selain dari Kementerian Pertahanan, sejumlah RM700 juta dibelanjakan untuk Kementerian Pendidikan di bawah Maksud P.26, satu lagi langkah kerajaan yang proaktif dalam menyediakan prasarana pendidikan dari segi menyediakan sekolah-sekolah baru di peringkat rendah dan di peringkat menengah.

Maksud B.28 – Perbendaharaan Malaysia sebanyak RM500 juta disuntik kepada Bank Pertanian, Bank Pembangunan, Bank Simpanan dan Bank Industri di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Pendekatan baru ini saya rasa dari segi pembiayaan yang fleksibel kepada sektor Industri Kecil Sederhana atau IKS dan perniagaan kecil-kecilan adalah

Page 24: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 19

sangat dialu-alukan. Adalah diharapkan ini akan mewujudkan usahawan-usahawan baru atau mempertingkatkan usahawan-usahawan IKS yang sedia ada.

Kita akui bahawa selepas krisis ekonomi 1997, masalah sumber kewangan menjadi satu persoalan yang paling rumit. Institusi perbankan yang tradisional masih memberikan syarat ketat dari segi jaminan berbentuk cagaran atau penjamin yang dipanggil collateral. Dalam pakej rangsangan ini, bukan sahaja syarat collateral tidak diperlukan, malahan bayar balik juga dipermudahkan mengikut keadaan dana sesebuah syarikat atau usahawan dengan kadar faedah yang berpatutan.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa kestabilan ekonomi dan keadaan sosial sesebuah negara itu berpaksikan kepada kejayaan sektor IKS. Adalah diharapkan matlamat tersebut akan dicapai dengan keberkesanan seperti yang digariskan. Persoalannya ialah, untuk menjayakan program ini delivery system akan menjadi faktor utama, di mana institusi yang terlibat seperti yang disebutkan tadi, mestilah bersedia dengan kakitangan yang berkemahiran dalam sesuatu industri atau industry knowledge supaya jangka masa memproses pinjaman dapat dipendekkan, juga proses pemantauan harus dipertingkatkan terutama dari segi mengutip balik bayaran pinjaman, loan repayment seperti di Grameen Bank di Bangladesh, pembayaran balik adalah berbentuk mungkin harian, mingguan dan juga bulanan dan sebagainya. Ini bermakna, jumlah kakitangan yang diperlukan adalah ramai dan mereka perlu diberikan latihan dan sebagainya.

Jadi, saya minta penjelasan dari pihak kementerian, setakat manakah persediaan sedemikian telah dijalankan dan setakat ini bagaimanakah prestasi pelaksanaan pakej penjana ekonomi tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata demikian, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Osman bin Bungsu.

11.30 pagi.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2003.

[Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini merafakkan sembah limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana melantik saya untuk mewakili Orang Asli di seluruh Malaysia…. [Tepuk] Saya juga mohon merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga saya mohon merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar kerana mencalonkan saya sebagai Ahli Dewan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh perbelanjaan tambahan kementerian khusus kepada Kementerian Pendidikan dalam menyediakan peruntukan khusus kepada pembangunan minda Orang Asli. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kertas jawapan soalan lisan semalam, bilangan pelajar di sekolah menengah Orang Asli yang mengambil peperiksaan mengikut statistik adalah seperti berikut:-

Perkara Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002

Peperiksaan UPSR 2,049 2,432 2,454

Peperiksaan PMR - 515 508

Peperiksaan SPM 777 515 508

Peperiksaan STPM 3 10 0

Kemasukan ke IPTA 77 44 34

Page 25: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

20 DN.4.11.2003

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik ini, saya melihat kemasukan pelajar Orang Asli ke sekolah semakin menurun dan juga pencapaiannya semakin menurun. Oleh itu saya ingin menarik perhatian Dewan supaya Kementerian Pendidikan membuat peruntukan khusus dalam membangunkan minda Orang Asli yang saya rasa kalau tidak diberi perhatian khusus spesiesnya akan pupus, minta maaf, minta izin.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat, kita membahaskan rang undang-undang ini mengenai perbelanjaan mengurus, tidak di bawah Kepala B di bawah pembangunan ini….

Tuan Osman bin Bungsu: Saya di bawah Kepala Kementerian Pendidikan.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Ya, betul tetapi di atas perkara mengurus ya, bukan pembangunan. Silakan.

Tuan Osman bin Bungsu: Jadi….

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Teruskan.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya lihat, baru-baru ini saya telah membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Senibai yang mana pelajarnya terdiri daripada Orang Asli, dengan adanya kemudahan asrama sekolah dan asrama, saya difahamkan oleh Guru Besar berkenaan bahawa kehadiran pelajar hampir tiap-tiap hari 100%. Berbanding saya pergi melawat di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian di mana pelajar Orang Asli yang ditempatkan di asrama Orang Asli yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan, yang mana bangunannya saya rasa daripada bangunan kayu, hampir roboh. Ini saya rasa telah menyebabkan pelajar-pelajar tidak berminat untuk tinggal di asrama.

Jadi dengan statistik dan pengalaman yang sedia ada, saya mohon Kementerian Pendidikan dalam menyediakan peruntukan ini agar menyediakan satu peruntukan yang khusus dalam meningkatkan bilangan pelajar-pelajar Orang Asli masuk ke sekolah. Yang kedua, Kementerian Pendidikan dapat memberi peluang yang khusus kepada pelajar-pelajar yang masuk ke IPTA yang mana kalau ikut statistik, semakin tahun semakin menurun. Dan akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Silakan, Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng.

11.37 pagi.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam cadangan untuk pindaan-pindaan kepada Akta Perbekalan Tambahan 2003 itu, maka ada disebutkan beberapa perkara di bawah tajuk-tajuk tertentu dan tadi rakan-rakan saya telah menyentuh tentang beberapa maksud yang penting dan oleh sebab itu, maka saya hanya ingin menambah beberapa pendapat tentang aspek-aspek yang mungkin tidak disentuh ataupun kurang dibahaskan tentang tajuk-tajuk itu.

Yang pertama ialah B.08 - Jabatan Perkhidmatan Awam di mana ada satu permintaan untuk mendapat RM84.87 juta untuk menampung bayaran biasiswa penuntut-penuntut di luar negara. Kalau kita melihat keadaan pendidikan di Malaysia pada masa sekarang, adakah kerajaan mengkaji sama ada masih perlunya untuk menghantar pelajar-pelajar kita keluar belajar di negara-negara luar? Pada tahun 50-an, 60-an dan mungkin 70-an, kita lihat di negara kita hanya ada beberapa buah IPTA sahaja. Akan tetapi kalau kita bandingkan dengan keadaan semasa, iaitu sekarang, kita telah menggalakkan begitu banyak IPTS ditubuhkan. Dan kalau kita tambah juga bilangan IPTA yang wujud di negara kita, kita lihat pada keseluruhannya, kedua-dua IPTA dan IPTS itu ada banyak ruang untuk bukan sahaja semua pelajar dari Malaysia tetapi sekarang sudah begitu giat dan aktif untuk menggalakkan pelajar-pelajar dari negara lain supaya datang ke Malaysia untuk belajar.

Dan semasa kita cuba menjadikan Malaysia sebagai satu pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini nampak tidak begitu sesuai bagi kita menghantar anak-anak kita

Page 26: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 21

keluar belajar di tempat-tempat lain. Dan kita juga bertindak untuk menggalakkan universiti-universiti yang terkemuka di dunia ini supaya membuka cawangan-cawangan mereka di Malaysia. Pada masa ini kalau kita meninjau kita sudah melihat bahawa ada banyak universiti yang termasyhur di dunia telah membuka cawangan di sini dan semua cawangan ini dapat menawarkan sebarang kursus yang diperlukan untuk menampung kehendak-kehendak Malaysia dari semua segi.

Jadi, saya lihat sungguhpun ada satu permohonan untuk mendapatkan RM84.87 juta bagi maksud B.08 ini, dari segi keperluan nampaknya ini tidak begitu mendesak lagi. Dan saya minta kerajaan supaya mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam. Kalau kita tidak berbuat demikian, bagaimana kita boleh menggalakkan orang itu datang ke negara kita. Semasa itu kita menunjukkan kita tidak ada keyakinan dan kita perlu menghantar anak-anak kita ke luar negara.

Jadi, saya dapati ini adalah satu perkara yang harus dikaji dengan lebih mendalam dan sebagai satu dasar, mungkin kita hanya menggalakkan pelajar-pelajar kita keluar belajar dari peringkat Ijazah/Sarjana, dari peringkat Doktor Falsafah dan sebagainya kerana mungkin pada peringkat itu negara kita masih lemah dari segi penyelidikan-penyelidikan khasnya dan kajian pada Ijazah/Sarjana, Ijazah Doktor Falsafah itu memerlukan penyelidikan-penyelidikan yang mendalam tentang aspek-aspek yang penting.

Jadi, tumpuan kita harus menukar dari apa yang berlaku sekarang ke satu lagi tahap kerana dari segi kemudahan di negara kita, ia sudah mencukupi dan mungkin bukan mencukupi sahaja tetapi telah berlebihan sehingga ada tempat-tempat tertentu yang kurang pelajar. Ini adalah satu pemerhatian yang saya harap Jabatan Perkhidmatan Awam itu akan memberi sedikit pemikiran supaya kita tidak mahu sia-sia sahaja menggunakan duit kita. Lebih baik mendidik anak-anak kita di Malaysia sendiri.

Untuk maksud B.21 iaitu permohonan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mendapatkan RM47.48 juta bagi geran pelancaran bagi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM). Ini harus disokong kerana ini akan didapati balik tidak lama selepas perbadanan ini berfungsi dan bagi saya apa yang penting ialah kita menggunakan peluang ini untuk menggalakkan lebih daripada rakyat kita, ahli-ahli sains kita supaya mendaftarkan harta intelek mereka kerana setakat ini nampaknya semua tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ialah terhadap rakyat kita kerana isu-isu hak cipta dan banyak tindakan telah diambil terhadap banyak golongan sehingga mereka telah marah kepada kerajaan.

Ini adalah satu tindakan yang harus dijelaskan dengan baik supaya rakyat kita tidak salah faham dan apabila perbadanan ini berfungsi dengan lancar dan licinnya saya harap ia akan menggalakkan lebih daripada rakyat kita supaya memohon dan mendaftarkan hak cipta mereka dan dengan berbuat demikian maka usaha kita untuk menghalang rakyat kita daripada menggunakan hak cipta pihak lain itu mungkin tidak begitu penting lagi kerana kita sudah ada hak cipta sendiri yang lebih banyak.

Pada masa sekarang setahu saya hanya sebilangan kecil sahaja permohonan diterima. Ini satu keadaan yang tidak memuaskan langsung. Jadi, saya harap dengan adanya perbadanan ini, maka satu galakan, satu kempen akan diadakan supaya lebih daripada rakyat kita dapat menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Biar semua proses ini dijalankan dengan senang dan secara persahabatan supaya semua pihak itu dapat menggunakan perkhidmatan ini. Jadi saya sokong permohonan untuk RM47.48 juta ini.

Tadi rakan-rakan saya telah banyak menyentuh tentang B.26 iaitu Kementerian Pendidikan di mana RM1 bilion telah dipohon untuk beberapa tujuan dan jumlah yang besar ialah untuk program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris serta satu cadangan untuk menambah lagi kursus Teknologi Maklumat. Pada keseluruhannya ini satu dasar yang baik dan pada hemat saya, akan membawa kita ke satu tahap yang lebih baik daripada segi apa yang berlaku di dunia dan sebagainya.

Sejak dilaksanakan program bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, nampaknya masih wujud beberapa masalah yang belum lagi diselesaikan. Satu daripadanya setahu saya ialah berkenaan dengan cara peperiksaan nanti sama ada itu akan membenarkan

Page 27: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

22 DN.4.11.2003

kertas peperiksaan dijawab dalam dua bahasa itu menjadi satu isu yang belum lagi diselesaikan. Jadi semasa kita memohon peruntukan yang lebih banyak untuk program ini, biar Kementerian Pendidikan juga mengkaji masalah-masalah yang sudah berbangkit daripada berjalannya program setakat ini. Biar kita juga mengatasi masalah-masalah ini supaya lebih meyakinkan mereka yang pada masa ini masih ada keraguan tentang sama ada program ini berguna atau tidak.

Bagi saya sebagai orang perseorangan yang telah dididik dalam bahasa Inggeris, memang ini adalah satu program yang harus digalakkan kerana ia akan membawa negara kita ke satu tahap yang lebih tinggi dari banyak aspek dan oleh kerana itu untuk diri sendiri saya sendiri, saya sangat mengharapkan bahawa program ini akan berjaya dengan cemerlangnya. Oleh kerana itu maka saya selalu meninjau, apakah keadaan sebenar, mengikuti perkembangan di dalam program ini dan juga mengadakan perbincangan-perbincangan dengan pihak-pihak yang masih ada keraguan tentang faedah dan keberkesanan program ini.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mahu program ini dijalankan supaya tiap-tiap tahun kita menambah peruntukan kepada program ini, kita harus melakukan banyak lagi perkara demi menjayakan lagi program ini dan apabila kita menghadapi sebarang masalah, saya harap kementerian akan terus mengambil sikap yang proaktif untuk membincangkan masalah itu dan juga untuk menyelesaikan masalah. Itu adalah satu harapan oleh kerana ramai rakyat kita telah menaruh harapan yang penuh kepada kejayaan program ini.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga memohon RM20.987 juta untuk menubuhkan English Language Teaching Center atau ELTC iaitu satu pusat untuk mengajar bahasa Inggeris. Ini juga satu tindakan yang baik pada pendapat saya dan saya berharap bahawa mereka yang akan dilantik berkhidmat di dalam ELTC ini memang mereka yang betul-betul mahu menggalakkan bahasa Inggeris dan juga ada banyak pengalaman dalam pengajarannya termasuk mereka yang mungkin sudah bersara, sudah cukup umur, mereka harus digalakkan menyumbang lagi kepada satu pusat sedemikian kerana bahasa ialah satu perkara yang memerlukan kefasihan-kefasihan yang tertentu dan juga memerlukan seseorang itu supaya cukup terdedah kepada penggunaan bahasa itu.

Oleh kerana itu adalah sesuai supaya mereka yang berkhidmat di ELTC ini dipilih dengan sebaik-baiknya bukan sahaja menghantar sesiapa sahaja ke ELTC. Kalau tidak mungkin usaha-usaha ELTC untuk meningkatkan lagi bahasa Inggeris ini mungkin kurang berjaya. Pada pendapat saya mereka yang berkhidmat di pusat sedemikian adalah sumber manusia yang sangat penting demi menjayakan usaha ini.

Di bawah Maksud B.30, kita telah diminta supaya meluluskan satu amaun RM64 juta untuk Program Latihan Atlet Negara. Itu kerana pada tahun 2006, atlet kita akan menyertai Sukan Asia dan pada tahun yang sama juga akan menyertai Sukan Komanwel. Ini adalah satu amaun yang sangat besar bagi menyediakan atlet-atlet kita dan saya tidak mahu melihat duit ini sia-sia sahaja kerana banyak daripada masalah yang dihadapi oleh atlet sukan kita disebabkan oleh mereka, pegawai-pegawai yang bertugas dalam persatuan-persatuan sedemikian.

Ini adalah satu masalah yang sudah wujud lama. Baru-baru ini kementerian berkenaan telah mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah seperti ini. Baru-baru ini dalam hoki, kita melihat bahawa mereka telah menamatkan jurulatih kerana sikap pemain dan sebagainya kemudian di atas rayuan yang dibuat, jurulatih itu telah dilanjutkan semula. Masalah-masalah seperti itu tentu sedikit sebanyak akan menjejaskan persediaan para atlet kita. Jadi saya harap Kementerian Belia dan Sukan akan menggunakan duit ini dengan baik dan juga akan menggunakan kesempatan ini untuk mengenal pasti hanya jenis-jenis sukan yang mana kita ada harapan untuk berjaya.

Kalau kita hanya mahu mengambil bahagian tanpa mengira sama ada kita boleh menang atau tidak, maka RM64 juta ini pun tidak cukup. Kita kena lebih fokuskan kepada apa yang kita boleh capai dan dari banyak aspek, kita sudah kuat dalam beberapa permainan. Atlet kita juga kena menukar sikap mereka supaya mereka lebih menumpukan kepada latihan dan itu akan membawa kejayaan yang cemerlang kepada negara. Pada

Page 28: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 23

masa sekarang, ada juga atlet apabila ke luar negara hanya ke sana untuk hiburan, mereka tidak serius. Keluar sehingga lewat malam, tidak balik tidur, tidak cukup rehat dan sebagainya dan kemudian tentulah prestasi mereka akan terjejas kerana imej mereka, disiplin mereka dan pendapat mereka telah sedikit sebanyak menjejaskan latihan dan persediaan mereka.

Jadi, ini adalah satu perkara yang harus diberi perhatian, kita tidak mahu duit ini apabila diluluskan digunakan itu sahaja dan kemudian tidak mencapai apa jua keputusan yang kita harapkan. Akhir sekali saya ingin menyentuh tentang B.38 iaitu Kementerian Pengangkutan. Kita telah melaksanakan lesen kenderaan motor yang baru dan nampaknya sehingga setakat ini kita belum lagi membaca sebarang aduan tentang lesen kenderaan motor yang baru ini.

Jadi, RM15.747 juta itu telah dipohon untuk menampung lagi kos pengurusan pertukaran lesen kenderaan motor, dan dengan adanya lesen kenderaan motor yang baru itu saya berharap banyak daripada masalah tiruan dan sebagainya itu tidak wujud lagi. Banyak daripada kenderaan yang tidak membayar cukai jalan itu pun dapat dikesan dan semua tindakan yang sesuai diambil terhadap mereka ini. Biar kita melihat sama ada pelaksanaan lesen kenderaan motor yang baru itu berkesan, kerana masih awal bagi kita, kita baru sahaja menggunakan ini dan teknologi yang dicadangkan itu adalah satu teknologi yang moden. Kertas yang digunakan untuk mengeluarkan lesen itu juga kertas khas dan apabila kita cuba mengeluarkannya dari kenderaan ia sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Oleh kerana ciri-ciri keselamatan yang sedia ada, saya berharap kerajaan kita tidak akan menanggung lagi sebarang kerugian tentang aspek ini tetapi sama ada permohonan semacam ini begitu banyak masih diperlukan memandangkan pengkorporatan JPJ adalah satu perkara yang harus dikaji oleh kerajaan. Mungkin kita bagi badan korporat yang baru itu menanggung kos untuk lesen ini dan bukan kerajaan yang patut menanggung kos ini. Kerana proses untuk pengkorporatan JPJ sedang dijalankan.

Kalau proses ini boleh dipercepatkan mungkin kita tidak perlu lagi peruntukan semacam ini, kerana ia hanya bagi pengurusan pertukaran lesen kenderaan motor. Itulah komen-komen saya Tuan Yang di-Pertua dan saya menyokong perbelanjaan tambahan 2003 ini. Terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Dijemput Yang Berhormat Datuk William Lau Kung Hui.

12.05 tgh.

Datuk William Lau Kung Hui: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya turut mengambil peluang bangun berucap untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2003.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua isu sahaja, pertamanya di bawah Maksud 38 tentang Kementerian Pengangkutan. Isu yang saya akan bahaskan di sini ialah pemilikan kereta motor di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, isu ini menjadi hangat seketika kerana ramai orang berangan-angan untuk membeli kereta baru selepas AFTA, dengan harapan harga kereta akan menjadi murah. Spekulasi ini telah ditambahkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan orang ramai supaya membeli kereta keperluan masing-masing sekarang kerana walaupun selepas kemasukan AFTA harga kereta tidak banyak berubah.

Tuan Yang di-Pertua, rakan saya Dato' Dr. Chin Fook Weng telah menyentuh tentang isu JPJ. Saya ingin menambahnya, Tuan Yang di-Pertua membeli dan memiliki sebuah kereta melibatkan perbelanjaan yang besar bagi kebanyakan orang di negara ini. Dalam hubungan ini saya ingin juga menyentuh peranan yang dimainkan oleh JPJ iaitu pihak berkuasa yang mengawasi dan mengawal pendaftaran kenderaan, peraturan lalu lintas di jalan raya dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, masalah pertama JPJ ialah ketidakcekapannya mengendalikan sistem pendaftaran akibat kerosakan komputer yang bertalu-talu atau IT mainframe, dengan izin. Akibat kekerapan kerosakan komputer maka orang ramai terpaksa

Page 29: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

24 DN.4.11.2003

berbaris panjang untuk mendapatkan perkhidmatan. Masalah menjadi bertambah buruk apabila terdapat segelintir pegawai dan kakitangan JPJ yang bersikap sombong. Dalam hubungan ini saya ingin mencadangkan pihak berkuasa yang berkenaan agar mengambil langkah-langkah tegas untuk mengatasi masalah tersebut, termasuk mendidik pegawai dan kakitangannya supaya berkhidmat secara perkhidmatan pelanggan. Walhal pegawai JPJ put on more smile and courteous, dengan izin let us make the work flows more smooth and eliminate unnecessary process, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita tidak berhati-hati setiap peringkat dokumen di jabatan ini boleh mewujudkan tingkat rasuah kepada pemberi dan penerima, berpunca dari sistem yang tidak cekap. Selain daripada masalah tersebut di atas Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin menyentuh tentang tindakan yang tidak seragam dalam menangani isu cermin gelap oleh jabatan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah menimbulkan masalah ini di Dewan yang mulia ini tetapi nampaknya tidak diambil apa-apa tindakan. Akibatnya penggunaan cermin gelap semakin menjadi tidak terkawal. Tuan Yang di-Pertua, people with shoddy character enjoy hiding themselves behind such tinted glass, dengan izin. Setahu saya, peraturan melarang penggunaan cermin gelap masih berkuat kuasa, the Road Transport Act, Tuan Yang di-Pertua, requires 70% opacity on the front windscreen and 50% for the side doors and rear windscreen, dengan izin.

Walaupun terdapat peraturan ini, semua kita di sini sedar bahawa peraturan ini telah dilanggar dengan berleluasa kerana kini terdapat begitu banyak kereta yang bercermin gelap yang melebihi piawaian yang ditetapkan. Saya tidak faham mengapa tidak tindakan diambil terhadap mereka ini secara menyeluruh, kalau pun ada tindakan diambil nampaknya secara berpilih-pilih dan ini menambahkan wujud ketidakseragaman pelaksanaan undang-undang yang mencurigakan rakyat tentang ketelusan jabatan yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, akibat dari pelaksanaan yang tidak seragam ini sangat membahayakan dan telah membuka ruang yang luas kepada amalan rasuah. Bukan ini sahaja, ada setengah orang menuntut bahawa mereka telah diberikan kuasa oleh JPJ untuk memasang cermin gelap dan mereka seterusnya menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai.

Saya ingin bertanya kepada pihak yang berkuasa, apakah kedudukan yang sebenar mengenai perkara ini dan saya menyeru kepada JPJ supaya bersikap tegas dalam perkara ini supaya orang ramai tahu cermin gelap yang macam mana yang boleh digunakan dan cermin gelap yang macam mana pula yang tidak boleh digunakan. Amalan double standard, dengan izin, hendaklah dihapuskan dengan segera supaya tidak menimbulkan unsur rasuah.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya yang kedua ini ialah tentang Maksud 29 ada berkaitan dengan Treasury General Services atau Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Isu saya ini yang saya ingin bangkitkan tidak terbabit Auditorium Oxford tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh tentang satu perkara mengenai Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan bahawa bahagian ini telah banyak memainkan peranan yang penting untuk membantu pegawai dan kakitangan kerajaan memiliki rumah sendiri. Saya dengan ini mengucapkan syabas kepada Bahagian Pinjaman Perumahan di atas kejayaannya membantu kakitangan kerajaan di seluruh negara dalam meringankan beban mereka dengan memberikan pinjaman berkadar rendah. Begitu juga bahagian ini selama ini telah melaksanakan dasar-dasar pinjaman yang sangat adil kepada para peminjam

Tuan Yang di-Pertua, walaupun bahagian ini bersikap prihatin terhadap para peminjam selama ini tetapi terdapat suatu dasar yang baru diperkenalkan oleh bahagian ini yang nampaknya telah menimbulkan kesusahan kepada para peminjam iaitu kakitangan kerajaan sendiri.

Page 30: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 25

Selama ini Bahagian Pinjaman Perumahan boleh mengeluarkan pinjaman untuk semua jenis pinjaman sebaik sahaja keadaan dan atau pindah milik harta dibuat penyerahan di pejabat tanah yang berkenaan. Dengan lain perkataan, bayaran pinjaman boleh dibuat tanpa menunggu pendaftaran pindah milik dan keadaan dibuat di atas suratan hak milik. Apa yang mendukacitakan, Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Bahagian Pinjaman Perumahan tidak lagi mengeluarkan bayaran pinjaman berdasarkan penyerahan tetapi memerlukan penyerahan di atas Suratan Hak Milik dan Suratan Hak Milik diserahkan kepadanya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana sedia maklum, dan saya sudah banyak kali membangkitkan isu kelewatan pendaftaran di Pejabat Tanah, dasar bayaran pinjaman yang baru diperkenalkan oleh bahagian ini sangat menyusahkan para peminjam. Akibatnya bayaran pinjaman tidak dapat dibuat dengan segera, para peminjam terpaksa menanggung beban membayar faedah yang mereka tidak langsung bertanggungjawab di atas kelewatan yang berlaku tentang pendaftaran keadaan di pejabat tanah.

Tuan Yang di-Pertua, saya faham dasar baru ini dilaksanakan untuk memastikan para peminjam atau peguamnya mengeluarkan dengan segera suratan hak milik yang telah didaftarkan di pejabat tanah kepada Bahagian Pinjaman Perumahan tetapi masalahnya suratan hak milik tidak dapat didaftarkan dengan segera, sebagai contohnya pendaftaran di Pejabat Pendaftar Hak Milik Shah Alam memakan masa selama enam bulan hingga setahun baru selesai.

Jika bayaran pinjaman bergantung kepada pengeluaran hak milik selesai, daftar seperti ini bermakna para peminjam terpaksa membayar faedah yang tinggi kepada penjual harta. Sekali lagi bayaran tidak dijelaskan kerana biasanya pembeli di dalam surat perjanjian jual beli diberikan tempoh selama tiga bulan sahaja untuk menyelesaikan semua bayaran. Dengan kelewatan bayaran pinjaman yang diluluskan seperti pinjaman jenis 1, bukan sahaja pembeli yang kesusahan menanggung faedah tetapi juga akan menimbulkan litigasi yang membazirkan yang antara pembeli yang kesemuanya kakitangan kerajaan dengan penjual hartanah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan bahawa pengeluaran pinjaman berdasarkan kepada pendaftaran pada suratan hak milik adalah sangat tidak adil kepada kakitangan kerajaan kerana mereka tidak langsung bertanggungjawab di atas kelewatan penyerahan hak milik atau keadaan di pejabat tanah.

Saya menyeru agar sistem lama diguna pakai semula di mana bayaran dibuat berdasarkan perasaan untuk mengurangkan beban para peminjam membayar faedah. Untuk memastikan suratan hak milik diserahkan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan sebagai sekuriti pinjaman, Bahagian Pinjaman Perumahan boleh memantaunya dengan diberikan masa tertentu kepada peminjam dan peguamnya seperti suratan hak milik yang telah didaftarkan hendaklah diserahkan kepadanya dalam masa enam bulan dari tarikh penyerahan. Jika terdapat para peguam yang lewat menyerahkan suratan hak milik yang sudah ditandatangani, peguam tersebut hendaklah dilaporkan kepada Majlis Peguam untuk diambil tindakan disiplin kerana telah melanggar aku janji yang telah diberikan dalam dokumen pinjaman.

Saya menyeru agar Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang hadir di sini mengkaji semula dasar pembiayaan pinjaman yang baru dilaksanakan ini untuk mengelakkan kesusahan kepada kakitangan kerajaan kita. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata ini saya mohon menyokong Rang Undang-undang untuk diluluskan dan dilaksanakan. Terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Jemput Puan Wan ubaidah.

12.21 tgh.

Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan. Kalau kita lihat jumlah tambahan mengurus sebanyak RM1.5 bilion dan jumlah pembangunan sebanyak RM3 bilion adalah satu amaun yang agak besar dan

Page 31: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

26 DN.4.11.2003

harapan saya ialah agar jumlah-jumlah ini, wang-wang ini akan digunakan dengan sebaiknya supaya tidak ada pembaziran di atas segala perbelanjaan tersebut.

Cuma saya sebagai seorang Ahli Dewan Negara yang baru, saya ingin tahu sejak bilakah amalan perbekalan tambahan ini berlaku dan jumlah perbelanjaan tambahan yang diadakan bagi setiap tahun. Sebab kalau dalam amalan syarikat swasta contohnya, saya kira kalau ia terlalu berlaku defisit ataupun berlebihan dalam bajet dan sebagainya maka akan dijadikan satu alasan untuk dipersoalkan sama ada pengurusnya ataupun akauntannya. Dalam perbelanjaan negara ini saya kurang arif sedikit.

Saya lihat yang paling ketara ialah jumlah RM1 bilion untuk Kementerian Pendidikan. Saya difahamkan bahawa dalam Kementerian Pendidikan ada Lembaga Akreditasi Negara dan jabatan pendidikan swasta yang ada menerima fee daripada institusi-institusi swasta. Jadi, saya ingin tahu berapakah kutipan fee yang diterima oleh JPS dan juga LAN sejak beberapa tahun kebelakangan, mungkin bermula daripada tahun 1999 dan saya ingin tahu juga ke manakah disalurkan kutipan-kutipan fee ini?

Saya juga berkongsi pandangan dengan beberapa Yang Berhormat tadi mengenai dengan kepentingan untuk melihat sejauh manakah berkesannya penggunaan komputer bagi mendidik pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik terutamanya bagi pelajar-pelajar tahap satu dan kita ada mendengar rungutan daripada setengah-setengah tempat bahawa guru-guru sendiri belum begitu cekap untuk menggunakan komputer dan ada di kalangan pelajar yang nampaknya mungkin tidak tahu di mana kesilapannya tidak begitu minat dalam penggunaan komputer di tahap-tahap yang begitu rendah. Jadi, kita bimbang sekiranya berlaku pembaziran dan sekiranya tidak berbaloi dengan jumlah pelaburan perbelanjaan yang begitu besar yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk anak-anak di peringkat yang begitu kecil.

Saya ingin tahu juga adakah perbelanjaan ini melibatkan pembaik pulih Makmal Komputer yang dilaporkan oleh media baru-baru ini. Beberapa Makmal Komputer yang runtuh dan tidak selamat. Adakah perbelanjaan pembangunan ini juga disebabkan oleh dasar-dasar dalam Kementerian Pendidikan yang sering berubah-ubah. Contohnya, saya difahamkan bahawa kurikulum Sains baru sahaja digubal dan buku teks baru sahaja siap. Jadi apabila dasar berubah untuk mengajar Sains dalam bahasa Inggeris maka terpaksalah pula diadakan buku-buku teks yang baru.

Saya ingin juga tahu adakah kos ini juga melibatkan percetakan soalan-soalan peperiksaan dalam dwi-bahasa yang kita lihat anak-anak kita bawa balik daripada periksa hari itu tebal-tebal. Disebabkan perlunya untuk mencetak dalam dwi-bahasa. Jadi, walaupun saya ada bertanya beberapa soalan tadi, saya tetap menyokong. Sekian, terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Yang Berhormat Dato’ Omar, sila.

12.25 tgh.

Dato’ Omar bin Faudzar: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin ucapkah terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan.

Saya menyokong penuh Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan ini, cuma saya mempunyai beberapa persoalan iaitu B.7 tambahan sebanyak RM20 juta untuk projek usahawan bumiputera dalam bidang peruncitan. Jadi sebelum ini saya ingin tahu berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dalam projek usahawan bumiputera dalam bidang peruncitan dan sejauh manakah berjayanya program usahawan bumiputera dalam bidang peruncitan.

Yang ketiga, kenapa projek usahawan bumiputera dalam bidang peruncitan ini kurang publisiti sedangkan kita tahu bahawa projek ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera kecil tetapi sehingga sekarang saya sendiri pun tidak tahu pun sama ada benda ini masih lagi berjalan begitu lancar ataupun sudah berhenti? Sebab saya juga telah membuat beberapa usaha untuk mendapat pinjaman Projek Usahawan Bumiputera untuk sahabat-sahabat saya yang memerlukan projek ini tetapi hasilnya ialah apabila kita memohon untuk mendapat bantuan, kita terpaksa melalui banyak proses-proses

Page 32: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 27

sehinggakan akhirnya pemohon-pemohon pun berasa fed-up, dengan izin, mohon tarik diri, terlalu banyak red tapes.

Soalan kedua saya ialah saya amat bersetuju dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Chin tadi iaitu tentang BA, sebanyak RM84 juta telah diperuntukkan untuk menampung bayaran biasiswa penuntut-penuntut di luar negara. Setahu saya memanglah perbelanjaan untuk pelajar-pelajar di luar negara ini amat tinggi kosnya. Sekiranya saya kira kalau saya ambil satu pelajar untuk belajar di Amerika kononnya, seorang pelajar di Amerika kosnya equivalent to tiga orang pelajar di dalam negara. Dan kerajaan telah meluluskan banyak institusi dan universiti seperti universiti-universiti daripada Amerika dan negara-negara lain.

Jadi saya rasa tidak perlulah kita membelanjakan wang dengan begitu banyak dengan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara kecuali kursus-kursus yang kita rasa diperlukan untuk kita menghantar pelajar-pelajar ke luar negara. Sehingga ke hari ini saya nampak even kursus-kursus seperti Bachelor in Business Administration pun dia hantar ke Amerika Syarikat untuk dia belajar sedangkan kursus-kursus seperti Bachelor in Business Administration, Finance dan sebagainya kita boleh buat di dalam negara dan kita boleh menjimatkan kos.

Jadi saya haraplah perkara-perkara ini diberi perhatian supaya kos yang kita belanjakan untuk pelajar-pelajar di luar negara ini dapat kita gunakan untuk membantu pelajar-pelajar di dalam negara seperti contoh yang saya ambil kebanyakan kolej-kolej swasta di dalam negara kita kosnya begitu tinggi dan jika kita hendak suruh bumiputera masuk ke dalam kolej-kolej ini mungkin tidak mampu. Mungkin kita tidak mampu untuk membiayai kos di universiti swasta tetapi sekiranya kita kurangkan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara, mungkin kita dapat membantu pelajar-pelajar yang ada di dalam negara untuk masuk ke universiti-universiti swasta tambahan pelajar-pelajar Melayu di dalam universiti-universiti swasta kerana kebelakangan ini kita tengok banyak universiti swasta yang kurang pelajar-pelajar Melayu.

Yang ketiga, saya amat tertarik dengan tambahan sebanyak RM1 bilion yang dibelanjakan untuk Kementerian Pendidikan. Saya memang setuju benar dengan jumlah yang diberikan. Pada saya, jumlah ini adalah satu jumlah yang kecil. Kalau diberi RM2 bilion pun, saya rasa saya setuju kerana bagi saya, ilmu itu adalah sesuatu yang harus kita pelajari sehingga ke akhir hayat. Sebanyak RM594 juta telah dibelanjakan untuk program-program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya amat setuju benar jumlah yang diberikan untuk pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Penekanan dalam bahasa Inggeris ini perlu diberi kerana saya hendak ceritakan satu insiden, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kita mempunyai pelajar-pelajar Melayu yang memang cerdik pandai dari Maktab Rendah Sains MARA, dari Royal Military College dan sebagainya tetapi apabila kita bercakap tentang bahasa Inggeris, pelajar-pelajar kita ini kurang sedikit sehinggakan ada satu ketika pelajar-pelajar kita dihantar ke luar negara - ini contoh, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ceritakan sedikit pengalaman yang telah saya lalui - seorang pelajar yang di sponsored oleh JPA dihantar ke luar negara. Pelajar ini adalah seorang pelajar yang terbaik yang mendapat semua A dalam SPM tetapi apabila sampai di sana saya telah membawa dia ke satu tempat, satu restoran untuk makan.

Restoran ini adalah restoran Cina yang kebanyakannya makanan sayur. Jadi, apabila sampai di sana, pelajar ini pun tengok gerai tempat makan itu semuanya sayur belaka. Jadi, tuan punya restoran tanyalah kawan saya ini, “Are you a vegetarian?”, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Sebab bahasa Inggeris dia kurang tetapi dia memang cerdik, jawapannya: “No, I’m not a vegetarian, I’m Malaysian”…. [Ketawa] Ini benar, ini berlaku. Ini sebab bahasa Inggeris. Kita cerdik, memang kita cerdik tetapi sebab ia bunyi di hujung itu, Malaysian dengan vegetarian lebih kurang sama, so dia rasa macam vegetarian itu satu country. Ini pentingnya bahasa Inggeris. Jadi, saya tidak hendak cakap panjang lebar, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Dijemput Yang Berhormat K. R. A. Naidu.

Page 33: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

28 DN.4.11.2003

11.33 pagi.

Tuan K. R. A. Naidu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi Perkhidmatan tahun 2003 yang dinamakan Akta Perbekalan Tambahan 2003.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang disanjung tinggi, bukan sahaja di negara-negara Timur, malah di beberapa buah negara Barat kerana khidmat dan baktinya kepada masyarakat negara ini dan dunia ketiga.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan Perdana Menteri baru, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan kita percaya bahawa masyarakat Malaysia akan memberi sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada beliau agar negara kita yang dicintai dapat menuju ke arah kemajuan yang diimpikan menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit maksud B.8 – Jabatan Perkhidmatan Awam - yang meminta RM84 juta untuk menampung bayaran biasiswa penuntut-penuntut di luar negara. Saya ingin berkongsi pendapat dengan rakan saya, Yang Berhormat Dato’ Omar, dan hanya ingin tahu apakah kursus-kursus yang dimaksudkan di sini dan berapa bilangan penuntut-penuntut dihantar ke luar negara pada tahun 2003?

Kalau kita mengikut penjelasan yang diberikan di sini, Lampiran B, pada asalnya JPA telah menggunakan sejumlah RM640 juta - saya tidak pasti sama ada semua wang ini digunakan untuk biasiswa. Kalau semua ini digunakan untuk biasiswa, RM64 juta termasuk RM84 juta, tambahan ialah 725,000,000 yang bermakna kita boleh membina satu universiti yang moden.

Jadi, walaupun saya setuju bahawa penghantaran penuntut-penuntut ke luar negara akan memperluaskan skop pemandangan mereka terhadap dunia, saya ingin tahu sama ada perbelanjaan ini adalah seimbang dengan maksud ini. Saya harap mendapat sedikit penjelasan terhadap perkara ini.

Yang keduanya ialah, Maksud B.14 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - yang meminta tambahan sebanyak RM20 juta untuk menangani masalah penyakit denggi. Penyakit denggi ini adalah satu yang menakutkan penduduk-penduduk, khasnya di luar bandar dan saya ingin bertanya kementerian ini sama ada kementerian telah merancang satu rancangan yang kononnya untuk menangani masalah penyakit denggi, masalah penyakit malaria dan sebagainya dengan peruntukan RM20 juta ini.

Maksud saya di sini ialah bahawa kementerian haruslah mengadakan satu rancangan yang menyeluruh untuk menangani masalah ini dan kita tidak mahulah kementerian datang sekali lagi, minta lagi sedikit peruntukan apabila ada masalah. Jadi, buatlah satu perancangan yang besar dan terbaik yang mungkin meliputi kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan supaya wabak denggi ini dapat dihapuskan seperti yang kita hapuskan malaria pada satu ketika dahulu.

Yang ketiga, Maksud B.21, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tambahan sebanyak RM 47 juta sebagai Geran Pelancaran bagi Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Di sini saya hanya ingin tahu, apakah sebahagian besar wang ini diperlukan hanya untuk melancarkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Mungkin adakah wang ini digunakan untuk mendirikan bangunan ataupun apakah maksud pelancaran yang disebut di sini. Harap dapat sedikit penjelasan.

Maksud B.26, Kementerian Pendidikan. Saya ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan yang sudah mula memberi perhatian yang serius khasnya untuk Program Kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hanya dua yang saya tidak pasti, ‘subseksyen 1’ dan ‘subseksyen 7’ di mana nampaknya dua-dua juga adalah ICT. Satu ialah sebanyak RM594 juta digunakan untuk Program Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik. Subseksyen 7 juga adalah hampir sama, ialah hanya tambahan program makmal komputer. ‘Subseksyen 7’ memerlukan RM50 juta, apakah perbezaannya? Di sini saya berpendapat bahawa Kementerian Pendidikan harus memberi

Page 34: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 29

keutamaan yang lebih untuk bidang ICT dan sekiranya perlu, peruntukan tambahan harus diberikan atau diperuntukkan untuk melaksanakan program ICT di semua sekolah di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, maksud ’subseksyen 3’ di sini, sebanyak RM87 juta adalah untuk bantuan pelajar-pelajar dari keluarga miskin. Saya mengalu-alukan bantuan ini dan saya sedar bahawa satu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin telah pun ditubuhkan pada bulan Julai tahun ini. Ini menunjukkan hasrat kerajaan untuk memastikan semua pelajar miskin mendapat pendidikan wajib sekurang-kurangnya di peringkat sekolah rendah tetapi adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan untuk memastikan bahawa bantuan ini disalurkan kepada pelajar-pelajar yang benar-benar miskin supaya hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan kepada semua anak-anak kita berjaya dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin sentuh sedikit tentang Maksud B.38, Kementerian Pengangkutan. Saya ingin ucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah menghapuskan kos ataupun tidak lagi perlu bayar untuk membeli Lesen Kenderaan Bermotor…

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Cukai jalan.

Tuan K. R. A Naidu: Cukai jalan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. RM15 juta diperuntukkan untuk ini. Saya ingin meminta kerajaan, adakah perlu bahawa semua pemandu-pemandu kereta 'dipaksa membeli ataupun membeli lesen memandu tiap-tiap tahun…

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Maksudnya di wajibkan.

Tuan K. R. A Naidu: …memperbaharui lesen memandu

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Maksud Yang Berhormat tadi yang diwajibkan, bukan dipaksa, diwajibkan bukan dipaksa.

Tuan K. R. A Naidu: Diwajibkan. Diwajibkan memperbaharui lesen memandu tiap-tiap tahun. Pendapat saya ialah apabila kita sudah ambil lesen memandu, kita sudah pakar untuk memandu. Jadi adakah perlu kita memperbaharuinya tiap-tiap tahun dan apa amalan kita di negara ini adalah kalau lesen hari ini sudah mati, esok polis tangkap kita, kita sudah salah?. Adakah ini bererti kita tidak lagi pakar untuk memandu? Jadi saya berharap seperti mana kerajaan hapuskan lesen kenderaan motor, saya juga haraplah lesen memandu juga ditimbang untuk dikecualikan daripada pembaharuan tiap-tiap tahun. Dengan itu saya turut menyokong. Sekian, terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Dijemput Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri.

12.47 tgh.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih kerana memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk turut membahaskan Akta Perbekalan Tambahan tahun 2003.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan ini pada Maksud B.36 iaitu permohonan yang dikemukakan oleh Kementerian Luar Negeri sebanyak RM133,956,600. Perbelanjaan ini ialah pertama sekali bagi kegunaan atau RM70 juta daripadanya ialah untuk membiayai penganjuran Sidang Kemuncak Negara-negara Islam atau OIC yang telah diadakan pada bulan Oktober baru-baru ini. Persoalan yang saya hendak timbulkan di sini ialah pertama, sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa bilangan umat Islam di dunia ini ada kira-kira hampir 1.3 bilion dan negara-negara yang menganggotai OIC ini ialah sebanyak 57 buah negara kalau tidak salah saya.

Kita mengucapkan tahniah di atas kemampuan dan keupayaan Malaysia menjadi tuan rumah kepada persidangan ini tetapi persoalannya ialah apakah apabila Malaysia telah dipilih sebagai Pengerusi kepada pertubuhan itu untuk tempoh tiga tahun yang akan datang ini, soalan kita adakah kita merasa, kita berfikir, kita berpandangan bahawa kita mampu untuk menyatupadukan seluruh negara umat Islam yang seramai 57 buah ini. Sedang kita mengetahui bahawa di antara negara-negara umat Islam ini, masih ada lagi negara yang tidak mengambil Islam itu sebagai suatu pegangan ataupun tidak menjadikan

Page 35: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

30 DN.4.11.2003

Islam itu sebagai agama negara atau agama rasmi negara atau tidak menjadikan pegangan dasar terhadap negara pada masing-masing.

Saya ambil contoh misalnya Syria, ini sebagai satu pendekatan sahaja. Syria setahu saya adalah mengamalkan dasar sosialis yang pro Rusia. Begitu juga dahulu Iraq misalnya yang pernah kita bahaskan di sini tidak lama dahulu, ia adalah juga sebagai sebuah negara walaupun ia negara Arab, negara umat Islam, sebab saya lebih cenderung memanggil ia sebagai sebuah negara umat Islam, Muslim State bukan Islamic State. Ia juga mengambil sosialisme sebagai dasar kepada pemerintahannya, yang diketuai oleh sebuah parti politik yang dipanggil hizbul Ba’ath’ dan hizbul Ba’ath ini parti Ba’ath terbahagi kepada dua. Ada hizbul Ba’ath Al-Arabi dan ada pula hizbul Ba’ath Al-Qutri. Ini, saya…

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Ustaz Hassan, bagi ceramah ya ini?

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tidak, tidak, hendak masuk ini.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Oh! Hendak masuk.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Ya.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Jauh sangat.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tuan Yang di-Pertua, yang dikatakan parti Ba’ath Arab ini, ahlinya terbuka kepada seluruh negeri Arab. Kemudian, ada juga parti Ba’ath ini qutri, qutri ini local. Maknanya, Parti Ba’ath Syria, Parti Ba’ath Iraq ataupun Parti Ba’ath Yemen, Parti Ba’ath di Arab Saudi misalnya. Dan beberapa buah negara lagi sebagai contoh, misalnya semua orang tahu, saya ingat Timbalan Menteri Kewangan lebih arif daripada saya. Macam Libya misalnya, dia mengambil tiga konsep yang disatukan. Dari segi perundangan, dia kata mengambil semangat perundangan Islam. Dari segi fahaman, kebudayaan, dia mengambil fahaman nasionalisme. Dari segi ekonomi, dia mengambil sosialisme.

Ini digabungkan dalam suatu buku yang dinamakan buku hijau. Jadi, itulah pegangan sesetengah negara Islam yang menganggotai OIC. Persoalannya, apakah kita mampu menyatukan pandangan seluruh negara-negara umat Islam yang bergabung dalam pertubuhan OIC ini, walaupun kita membelanjakan wang yang begitu besar. Jadi, kita mengharapkan supaya negara Malaysia akan mengambil suatu pendekatan, yang kita harapkan akan diterima oleh semua negara yang menjadi anggota OIC ini, sekurang-kurangnya kita mengajak mereka supaya mengambil pendekatan dalam melaksanakan program ekonomi, program kebudayaan dan sebagainya supaya didekatkan pandangan mereka itu kepada pandangan-pandangan Islam.

Ini, bagi mengelakkan sebarang pertentangan. Yang dukacita mungkin akan membawa kepada suatu pertempuran di antara negara-negara umat Islam itu sendiri. Jadi, kita harapkan selama tempoh tiga tahun ini, suatu pendekatan yang bijaksana akan dapat dilakukan oleh Malaysia. Semoga dengan yang demikian itu, sekurang-kurangnya, kalaupun tidak menyatukan pandangan, pemikiran, pendirian dan juga ideologi ataupun akidah yang dipegang oleh negara itu tetapi suatu pendekatan yang kita boleh mengajak mereka supaya mereka dapat membangunkan sebuah ataupun satu kumpulan negara yang mempunyai kekuatan yang disegani oleh musuh-musuh Islam itu sendiri.

Tadi sahabat saya menyebutkan, kalau saya tidak lupa, dia kata: “Walaupun kita 1.3 bilion, kita berhadapan dengan hanya 15 juta orang-orang Yahudi, itu pun kita tidak mampu menentang mereka.” Walaupun dalam sidang OIC itu, sepanjang yang saya ikuti melalui televisyen dan juga surat khabar, seakan-akan kita menjadi sebuah negara yang kuat, yang mampu untuk menghapuskan sebarang apa jua bentuk penindasan, penganiayaan, penzaliman dan sebagainya tetapi dalam masa kita bersidang di Kuala Lumpur ini juga, di Putrajaya, kita masih melihat serangan-serangan yang ganas, yang telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi, orang-orang Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Pada waktu malam hari, mereka merobohkan rumah-rumah dengan jentera tolak, jentera berat dan sebagainya. Malah, mereka mengebom rumah-rumah orang yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, orang-orang tua dan orang-orang perempuan, sedang kita

Page 36: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 31

bersidang di sini, mengutuk perbuatan-perbuatan yang seperti itu tetapi masih ada sahabat-sahabat dari kalangan mereka mengatakan bahawa perbuatan yang dilakukan ataupun tindakan yang dilakukan oleh orang-orang Israel itu, bukanlah perbuatan ganas, perbuatan yang boleh memecahkan perpaduan ataupun kesatuan dunia. Masih ada lagi pandangan-pandangan yang seperti ini dan kita sangat dukacitalah kalau ini berterusan.

Jadi, sebagai sebuah negara yang kebetulan telah dilantik menjadi Pengerusi dan tentunya kita akan mampu mempelopori umat Islam dan negara-negara umat Islam di dunia ini, supaya mengambil langkah-langkah yang bijaksana bagi menghadapi penindasan yang dilakukan oleh sesetengah kalangan terhadap umat Islam. Yang mendukacitakan lagi, kita mengharapkan juga kita dapat menyuarakan supaya sesetengah negara Islam yang sekarang ini melakukan penindasan terhadap rakyatnya sendiri. Ini juga satu hal yang perlu kita ambil perhatian dan mudah-mudahan kita akan dapat menyuarakan dan mengurangkan penindasan ini kerana ini adalah satu kezaliman yang sangat menyedihkan umat Islam itu sendiri.

Selain daripada itu, saya juga ingin tahu, kerana peruntukan ini saya kira sudah habis dibelanjakan. Kalau tidak dibelanjakan pun, hendak bayar hutang-hutang sahajalah. Duit yang diminta sebanyak RM70 juta ini sudah habis dibelanjakan. Jadi, kalau kita bahas macam mana pun, ia sudah belanja dah……

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Adakah Yang Berhormat yakin kepada Malaysia Boleh?

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Ya. Setengahnya saya yakin, setengahnya tidak berapa yakin lagi…[Ketawa] RM70 juta ini saya kata setengahnya sudah dibelanjakan. Cuma saya hendak tahu sedikit daripada Kementerian Kewangan. Daripada RM70 juta ini, berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk membeli kereta-kereta mewah, itu yang pertama.

Yang keduanya, mungkin kerajaan beli tanpa cukai dan bila dijual besok, saya tidak tahu sama ada hendak jualkah atau tidak jual, saya belum tahu lagi tetapi kalau dijual, adakah kereta-kereta mewah ini akan dijual dengan harga yang murah dan bolehkah dia menampung semula perbelanjaan yang telah kita gunakan bagi membeli kereta-kereta mewah, yang diperuntukkan kepada ketua-ketua negara yang datang menghadiri sidang OIC di negara kita ini. Itu persoalan yang kedua.

Pertanyaan saya yang berikutnya, ialah kita juga mengucapkan tahniah kerana nampaknya pada tahun ini kita dijadikan sebuah negara yang menerima giliran untuk jadi tuan rumah terhadap persidangan-persidangan antarabangsa. Di antaranya ialah Sidang Negara-negara Berkecuali. Ini juga kita telah diminta untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM53.9 juta lebih kurang begitulah, angka hujungnya saya tidak sebut. Ini agak lama daripada OIC, saya kira sudah habis dah. Perbelanjaan ini sudah habis. Cuma, kalau ada yang tidak bayar lagi, saya minta Timbalan Menteri Kewangan, kalau ada hutang-hutang di antara dua ini, bolehkah tidak menyatakan hutang-hutang itu berapa, jika ada.

Maknanya, dalam sidang OIC ini, berapa terhutang lagi? Cukupkah dengan RM70 juta ini. NAM pun begitu juga. Cukupkah dengan peruntukan yang dipohon? Kita tidak mahu nanti masuk tahun 2004 minta lagi peruntukan untuk menampung belanja tambahan, tidak cukup OIC punya dan tidak cukup lagi peruntukan yang diberi kepada sidang NAM. Jadi saya mohon, kalau ada hutang-hutang lagi, berapa banyak agaknya hutang-hutang itu dan bolehkah Timbalan Menteri Kewangan memberitahu kami Ahli Dewan tentang hutang-hutang tersebut, kerana kita kira sebagai Dewan yang meluluskan semua peruntukan yang dipohon, kita pun malu juga kalau hutang berlarutan, tidak dapat dibayar oleh pihak kerajaan, sedangkan peruntukan sudah pun kita luluskan. Itu persoalan yang ketiga. Selain daripada itu, saya ingin juga membahaskan sedikit tentang…..

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Yang Berhormat, Yang Berhormat…..

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Ya, ya…

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Kita sambung jam 2.30 petang.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih.

Page 37: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

32 DN.4.11.2003

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Dengan ini, saya menangguhkan Dewan ini sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Sukacita saya menjemput Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri menyambung ucapan.

2.30 ptg.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tadi sebab saya telah membincangkan tentang Maksud B.36, saya ingin menyentuh sedikit tentang B.26 iaitu Kementerian Pendidikan.

Saya tertarik hati untuk membincangkan tentang peruntukan yang dipohon sebanyak RM87,700,000 bagi bantuan pelajar-pelajar dari keluarga miskin. Kita tidak mempersoalkan tentang peruntukan yang dituntut tetapi kita mengharapkan supaya pengagihan bantuan ini betul-betul sampai kepada sasarannya kerana kita difahamkan ada setengah-setengah orang yang memerlukan bantuan tetapi mereka tidak mendapat bantuan ini. Kita tidak tahu apakah sebab-sebab mengapa mereka tidak mendapat bantuan, sedangkan mereka sangat memerlukan bantuan.

Saya tidak hendak mengatakan bahawa mungkin sebab-sebab perbezaan pandangan politik dan sebagainya, saya tidak mengatakan demikian tetapi boleh jadi kerana kurangnya penyiasatan dan penyelidikan yang sebenar, maka dengan sebab itulah orang-orang yang miskin ataupun orang-orang yang sangat memerlukan bantuan ini tidak mendapat bantuan. Oleh yang demikian, kita mengharapkan Kementerian Pendidikan mengambil perhatian yang serius, mudah-mudahan dengan yang demikian semua orang yang berhak mendapat bantuan kerana kemiskinan mereka, mereka akan mendapat bantuan itu.

Selain dari itu, saya juga ingin menarik perhatian di sini tentang peruntukan yang diminta sebanyak RM6,200,000 iaitu peruntukan untuk penstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah. Apa yang kita harapkan sekarang ini, kita tidak mahu lagi mendengar bangunan-bangunan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan seperti yang kita dengar baru-baru ini sehingga JKR mengambil tindakan sendiri kerana didapati bangunan-bangunan yang dibuat itu kemudiannya runtuh. Jadi kita tidak mahulah pada masa-masa yang akan datang, apabila kita memberikan peruntukan bagi membina sesebuah bangunan untuk apa pun kepentingan tambah lagi kepentingan Kementerian Pendidikan ini supaya ianya betul-betul dapat perhatian dan supaya bangunan itu siap, barulah kalau hendak bunyi runtuh pun, runtuhlah tetapi ini belum siap, dah kita dengar bangunan itu runtuh.

Kita pun tidak tahu apa sebabnya. Boleh jadi besi yang sepatutnya 14 milimeter cuma dipasang 10 milimeter sahaja kerana ini pernah berlaku. Saya pernah dilantik untuk menyiasat tuntutan penduduk kepada sebuah syarikat tentang pembinaan rumah. Kita dapati misalnya “kuda-kuda”, saya tidak tahu bahasa kuda-kuda itu, kuda-kuda rumah ini sepatutnya digunakan 2:5 tetapi bila kita naik ke atas rumah itu, kita dapati semuanya menggunakan 2:4 sedangkan pada waktu itu perbezaan di antara 2:5 dengan 2:4 itu sepuluh ringgit sebatang.

Jadi kalau sebuah rumah ada 20 kuda-kuda, kita lihat maknanya sepuluh ringgit kalau kali dua puluh, sudah dua ratus. Itu dalam perkara kuda-kuda rumah sahaja. Jadi kalau ini berlaku, maknanya kerana hendak belanja murah, jadi dia boleh tukar, boleh jadi kalau 2:5 dengan 2:4, saya ingat tidak apa lagi. Saya bimbang 2:5 dia tukar dengan 2:3. Begitu juga dengan besi-besi, bahan-bahan besi 14 hon kalau bahasa dahulu, ditukarnya dengan 10 hon. Ini juga boleh menyebabkan bangunan itu boleh jadi bengkok, kemudian boleh menyebabkan roboh.

Jadi dengan sebab itu kita haraplah supaya kontraktor-kontraktor yang diberi oleh Kementerian Pendidikan ini dan Kementerian Pendidikan tidak seharusnya melepas tangan

Page 38: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 33

begitu sahaja. Mestilah juga menghantar orang-orang yang tertentu, engineers mereka supaya dapat memerhatikan bangunan-bangunan itu supaya boleh digunakan dengan sempurna. Kita menyokonglah walau berapa banyak pun yang dituntut, yang dipohon oleh Kementerian Pendidikan, asalkan bangunan-bangunan yang dibina itu betul-betul sempurna dan tidak membahayakan. Apa lagi kalau bangunan itu berkaitan dengan bangunan sekolah dan sebagainya.

Oleh sebab saya difahamkan bahawa Timbalan Menteri akan memohon supaya beliau akan menjawab pada petang ini juga, dengan ini saya memberikan ruang dan peluang kepada sahabat-sahabat yang lain. Maka dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Puan Lim Kee Moi: [Bangun]

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada hanya dua orang Yang Berhormat sahaja.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Tiga. Datuk Yaakob Haji Mohamad. Saya akan benarkan semua untuk berucap.

2.40 ptg.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut membahaskan Rang Undang-undang bernama suatu Akta Perbekalan Tambahan 2003. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan khususnya Kementerian Kewangan kerana telah berjaya merancang dan dapat membuktikan menjana pertumbuhan KDNK kepada 4.6% daripada fokus awal yang hanya 4%.

Dalam perbahasan ini, saya hanya ingin menyentuh tiga kementerian sahaja. Yang pertama Maksud B.8 – Jabatan Perkhidmatan Awam. Tuan Yang di-Pertua, pandangan saya mungkin agak berbeza sedikit daripada sahabat saya, Yang Berhormat Dato Dr. Chin Fook Weng, berkaitan dengan cadangan beliau agar penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara khususnya pra-ijazah perlu dibuat kajian ataupun dikurangkan ataupun dihentikan. Pada pandangan saya program seperti ini sepatutnya hendaklah diperbesarkan lagi, ditambahkan lagi kerana di dalam menuntut ilmu ini, bidangnya terlalu luas dan kita juga tidak mahu anak-anak warga negara kita yang keluarannya seperti robot daripada sebuah negara sahaja.

Jadi, pemikirannya mungkin satu arah sahaja. Diversification - dengan izin dari segi pelajar-pelajar kita ke beberapa buah negara adalah amat perlu dan penting diteruskan kerana pada pandangan saya dari segi sejarah sendiri pun kalau kita lihat bagaimana ilmu pengetahuan, fokus ataupun pusatnya dari segi sejarah ialah bermulanya di Timur Tengah dan kita lihat bagaimana negara-negara Barat berlumba-lumba datang ke Timur Tengah untuk menimba ilmu dan membawa balik bahan-bahan akademik semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan anak bangsa mereka. Ini terbukti sehingga hari ini bagaimana ilmu pengetahuan, sains dan teknologi telah pun dikuasai oleh masyarakat Barat dan sehingga hari ini kita dapat lihat kesan atau padah daripada peristiwa tersebut. Masyarakat Timur Tengah hari ini terdedah kepada pancaroba yang mana telah tidak dapat berbuat sesuatu apabila berhadapan dengan masalah tentangan Barat dalam berbagai bentuk. Saya kira kita jadikan itu sebagai pengajaran. Anak-anak Malaysia hendaklah ditambah lagi pergi menimba ilmu ke luar negara dan janganlah jadikan dollar and cent sebagai alasan untuk menghalang pengiriman anak-anak bangsa kita keluar negara.

Bagi tujuan tersebut saya ingin mendapat maklumat daripada kementerian sejauh mana sehingga hari ini, berapakah jumlah warganegara kita yang belajar di luar negara di peringkat pra ijazah, ijazah pertama, ijazah lanjutan dan peringkat kedoktoran. Saya juga ingin tahu jumlah pelajar-pelajar swasta ataupun pelajar-pelajar persendirian yang telah pun pada ketika ini menuntut di beberapa tempat di luar negara agar wujud satu keseimbangan dari segi pemikiran masyarakat Malaysia sama ada dari segi yang belajar sendiri ataupun ditaja oleh kerajaan.

Page 39: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

34 DN.4.11.2003

Saya juga ingin menyentuh Skim Perkhidmatan Dalam Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu bagi mereka yang berkhidmat di bawah Skim Kontrak. Pada ketika ini, kita berbagai kementerian telah pun menyambung kontrak beberapa perkhidmatan ataupun kategori pegawai di kementerian masing-masing atas beberapa alasan. Walau bagaimanapun, pada pandangan saya ini kadang-kadang boleh memberi impak yang kurang baik kepada pegawai-pegawai kerana ia boleh seolah-olah menahan peluang kenaikan pangkat pada mereka yang sepatutnya tiba masa untuk naik pangkat. Kalau boleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam menyatakan jumlah kakitangan di peringkat pengurusan tertinggi yang berada di kementerian mengikut jawatan yang disambung kontraknya sehingga kini.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh B.26 iaitu Kementerian Pendidikan dan saya tidak mahu mengolah kerana Yang Berhormat rakan-rakan saya telah pun menyentuh banyak perkara. Walau bagaimanapun, saya hendak sentuh dari segi pelaksanaan program pengajaran pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris serta program khusus Teknologi Maklumat Komunikasi yang mana sehingga hari ini daripada laporan ataupun maklum balas yang saya terima khususnya sekolah-sekolah di luar bandar masih lagi belum dapat menikmati ataupun beroperasi sebagai mana matlamat yang telah disasarkan oleh kementerian kerana ada sekolah-sekolah di pedalaman yang operasinya tidak ada tenaga elektrik.

Ini yang sudah pasti. Hajat ataupun sasaran Kementerian Pendidikan untuk mengimbangi pencapaian pelajar-pelajar di luar bandar dengan dalam bandar akan ketinggalan dan pelajar-pelajar di kawasan pedalaman, kita dapat lihat akan berlaku suatu handicap yang mana tidak terkejar jika dibandingkan dengan kelancaran pelaksanaan program di dalam bandar.

Yang ketiga di bawah B.8 juga, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh berkaitan dengan pelajar-pelajar kita di luar negara di mana kita bertuah, negara kita bertuah, kerajaan kita telah pun dapat mewujudkan MSD - dengan izin - Jabatan Penuntut Malaysia di luar negara. Tidak pernah dan tidak ada dalam sejarah negara-negara yang mewujudkan MSD di luar negara.

Saya minta kalau dapat Jabatan Perkhidmatan Awam membuat satu pemantauan berkaitan dengan kehadiran pelajar-pelajar di sana di mana mereka bertindak seolah-olah seperti menghasut ataupun memberi maklumat yang tidak wajar disampaikan kepada masyarakat di luar negara dengan mewujudkan tohmahan-tohmahan buruk terhadap kerajaan kita, terhadap negara kita dari segi menganggap wujudnya students ataupun masyarakat kelas dua negara ini dan berbagai-bagai tohmahan telah pun dilemparkan oleh pelajar-pelajar ini dalam bentuk Kertas-kertas Kerja dan juga dalam bentuk tesis yang dibuat semata-mata didedahkan kepada universiti-universiti luar negara.

Yang pastinya bahan-bahan ini diguna pakai ataupun diambil kira oleh universiti-universiti tempatan di sana untuk menilai dan menganalisis tentang negara-negara kita sendiri. Yang pastinya impaknya adalah mereka memberi laporan ataupun maklumat yang memburukkan kerajaan. Jadi, saya minta JPA melalui kedutaan ataupun Jabatan Penuntut Malaysia, kalau boleh memantau dengan lebih serius tentang perkara ini kerana secara tidak langsung ia boleh menjejaskan imej negara melalui pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab.

Seperkara lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh B.35 yang mana saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana di bawah terdapat macam-macam jabatan termasuk PDRM, Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen. Di sini saya hendak sentuh dari segi peranan Jabatan Pendaftaran Negara di mana kalau boleh saya ingin mendapat penjelasan tentang pelaksanaan penggunaan kad pengenalan baru dan sejauh mana proses pelaksanaan kad pengenalan baru ini telah pun dilaksanakan dan berapa jumlah proses kad pengenalan baru telah pun ditukar oleh pemohon.

Di samping itu juga saya ingin mendapat penjelasan jumlah aduan laporan yang diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara tentang kehilangan kad pengenalan mereka mengikut negeri kerana saya difahamkan kad pengenalan ini adalah begitu bernilai kepada

Page 40: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 35

mereka yang ingin membuat sesuatu yang bertujuan tidak baik, baik dari segi komersial - dengan izin - perniagaan ataupun dari segi berbagai-bagai-bagai aspek lain.

Saya hendak sentuh tentang Kementerian Luar Negeri iaitu B.36, Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkaitan dengan peranan yang telah dimainkan oleh Kementerian Luar Negeri dengan menyusun ataupun mengadakan Persidangan NAM dan OIC baru-baru ini. Saya lihat dan memang saya ingin nyatakan sedikit, share bersama Tuan Yang di-Pertua pengalaman saya mengendalikan NAM. Saya hendak tonjolkan di sini janganlah kita jadikan kewangan sebagai dipohon di sini untuk dibahaskan walaupun telah pun digunakan tetapi impaknya terlalu besar, Tuan Yang di-Pertua, kepada negara di mana NAM kita telah pun menjadi Pengerusinya, tuan rumahnya dan saya lihat bagaimana ini bukan soal untuk mendewa-dewakan seseorang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menunjukkan Yang Amat Berhormat pada ketika itu - Tun Dr. Mahathir - mengendalikan Persidangan NAM, bagaimana saya lihat pemimpin-pemimpin negara luar yang satu peristiwa walaupun kecil tetapi dapat saya nilai betapa negara luar menghormati negara kita Malaysia sebagaimana saya lihat rebutan berlaku dalam hendak duduk tempat makan sendiri pun di antara Presiden-presiden dan Perdana Menteri luar negara kalau boleh hendak duduk satu meja dengan seorang Perdana Menteri negara kita.

Jadi saya lihat ada negara umpamanya Presiden Khatami sendiri merajuk Tuan Yang di-Pertua kerana tidak dapat duduk semeja dengan Pengerusi pada ketika itu iaitu negara kita ini. Ini bukan soal Yang Amat Berhormat atau Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi di situ kita lihat bagaimana imej negara kita telah menjadi rebutan kepada pemimpin-pemimpin dunia yang dikagumi dan begitu juga dengan OIC Tuan Yang di-Pertua, saya lihat satu kejayaan yang tidak diduga kerana telah menggemparkan dunia Barat apabila beberapa deklarasi dibuat, beberapa komen dan pandangan dibuat oleh pemimpin-pemimpin utama negara kita.

Di sini kalau dilihat jumlah tuntutan perbelanjaan yang dibuat bagi saya adalah amat kecil dengan impak nilai yang kita terima, pasti hari ini bagaimana ia telah pun merupakan suatu kejutan kepada pemikiran masyarakat Islam bukan sahaja di kalangan negara-negara OIC malah melibatkan seluruh dunia cuba membahaskan perkara yang telah ditimbulkan oleh seorang manusia yang berasal daripada negara Malaysia. Jadi dengan nilai tuntutan tambahan peruntukan yang diminta oleh Kementerian Luar Negeri ini saya rasa, kalau hendak gunakan bahasa biasa itu terlalu berbaloi kata orang Kedah Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya minta…

Tuan Yang di-Pertua: Ada ejaan tidak?

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: ‘B’ ’E’.’R’ ’B’ ‘A’ ‘L’ ‘O’ ‘I’. Berbaloi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua saya hendak menyentuh B.38. Sedikit sahaja di mana beberapa rakan saya telah menyentuh tadi, Yang Berhormat Datuk William dan Yang Berhormat Tuan K. R. A Naidu ada sentuh tentang Kementerian Pengangkutan, di tentang JPJ. Saya agak tersentak sedikit kadang-kadang apabila ada tohmahan-tohmahan mengatakan Pegawai JPJ rasuah dan sebagainya, double standard.

Saya rasa kita sebagai Yang Berhormat kalau boleh janganlah kita buat satu tuduhan yang agak umum kerana dalam mana-mana masyarakat dan dalam mana-mana kementerian pun ada segelintir black sheep. Jadi kalau boleh saya hendak minta maaf kepada kakitangan kerajaan di Kementerian Pengangkutan. Kadang-kadang mereka bertungkus-lumus berhadapan dengan masalah. Apabila berhadapan dengan bermacam-macam perangai dan kerenah orang yang datang berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jadi kadang-kadang mereka sebagai manusia biasa, hilang kesabaran dan saya melalui pengalaman saya, saya lihat macam saya katakan tadi ada black sheep di dalam kementerian atau jabatan tetapi kita tidak boleh membuat tuduhan melulu. Kalau boleh be specific …

Datuk William Lau Kung Hui: Bolehkah saya membuat celahan….

Page 41: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

36 DN.4.11.2003

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat mohon penjelasan? Adakah Yang Berhormat mohon penjelasan?

Datuk William Lau Kung Hui: Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Yang di-Pertua: Adakah Yang Berhormat hendak penjelasan? Yang Berhormat hendak beri jalan? Adakah Yang Berhormat hendak beri jalan… [Bertanya kepada Yang Berhormat Datuk Yaakob bin Haji Mohammad] Dijemput Yang Berhormat.

Datuk William Lau Kung Hui: Saya hendak buat satu penjelasan. Saya tidak buat apa-apa tuduhan. Saya cakap kalau ini boleh berterusan berlaku, ini mungkin boleh menggalakkan amalan rasuah. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Okay terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di samping itu saya sudah sentuh berkaitan dengan persaingan Air Asia dengan MAS pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat…, saya tidak tahu bagaimanakah kadang-kadang tidak dapat diterima tentang harga yang ditawarkan oleh Air Asia bagi rakyat kita untuk menuju ke sesuatu destinasi dalam negara. Apatah lagi akan diperbesarkan ke negara-negara jiran. Saya tidak tahu bagaimana MAS boleh bertahan. Adakah persaingan ini persaingan yang boleh bertahan lama ataupun ia membawa impak yang negatif kepada MAS sendiri.

Tentang JPJ tadi saya hendak sentuh tentang pemandu-pemandu teksi dan juga yang membawa bas-bas pelancong. Sama ada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan membuat satu kajian yang teliti tentang karakter, kriteria ataupun perangai pemandu-pemandu yang ada di antara mereka pemegang kad pengenalan merah dan saya takut kalau tidak ada satu kawalan yang ketat menyebabkan kemalangan jalan yang boleh membawa kepada kemalangan jiwa kepada mereka yang menjadi mangsa, kepada pemandu yang tidak bertanggungjawab apatah lagi kalau dikaji latar belakang di antara pemandu-pemandu teksi dan bas-bas pelancong ini. Yang kita tahu kadang-kadang latar belakang mereka ini agak kelam kabut.

Jadi saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua kalau boleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan cuba terangkan kriteria yang teliti tentang pemilihan mereka yang mempunyai kad pengenalan merah diberi lesen untuk membawa teksi ataupun bas-bas pelancong. Tanpa membuang masa Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini turut menyokong Akta Perbekalan Tambahan 2003. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Lim Kee Moi.

2.56 ptg.

Puan Lim Kee Moi: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya bahaskan Maksud B.26 untuk Kementerian Pendidikan. Saya bersetuju dengan peruntukan sebanyak RM594,409,000 bagi pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris serta program kursus teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT. Tuan Yang di-Pertua, kita cintai bahasa Malaysia sebagai bahasa kita. Akan tetapi kita haruslah menyedari bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, international language.

Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Berhormat dicalonkan untuk menyertai forum atau konvensyen di seberang laut, salah satu syarat yang perlu dipatuhi ialah Yang Berhormat itu haruslah memahami serta boleh bertutur bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Tanpa penguasaan bahasa Inggeris tersebut, kita tidak dapat berhubung antara satu dengan yang lain di seberang laut.

Kita harus menyahut saranan bekas Perdana Menteri yang kita sayangi iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad di mana beliau telah kempen tentang penggunaan bahasa Inggeris. Kita rasa amat bangga dengan pencapaian bekas Perdana Menteri kita, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengharumkan nama Malaysia semasa Konvensyen United Nation baru-baru ini.

Page 42: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 37

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih sekali serta menyuarakan hasrat-hasrat dunia ketiga. Yang Amat Berbahagia Tun telah menjadi wira dan disanjung tinggi oleh pemimpin-pemimpin dunia. Saya ingin ceritakan juga satu insiden yang mana penuntut Malaysia naik kapal terbang ke seberang laut. Di dalam kabin, mereka diberi makanan oleh pramugari. Apabila ditanya oleh pramugari, apa dressing yang mereka hendak? Tiba-tiba mereka jawab batik. Bukan salad sos atau cili sos. Ini menunjukkan penuntut kita haruslah berusaha lebih untuk pembelajaran bahasa Inggeris.

Pembelajaran ICT dalam bahasa Inggeris sangat mustahak bagi kita sebab dengan adanya pengetahuan dalam ICT, kita dapat access ke web site dan dapat maklumat-maklumat yang berguna yang kita kehendaki. Jutaan tahniah kepada bekas Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memulakan projek Multimedia Super Corridor yang kita banggakan. MSC membolehkan kita berhubung dengan dunia dan sebaliknya. Kita boleh mengadakan portal untuk perniagaan dan lain-lain seperti mana e-ekonomi. Ini membolehkan kita berniaga secara antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan. Terima kasih.

Dato Mohamad Taha Ariffin: [Bangun]

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dijemput duduk sebentar. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan memerlukan berapa lama untuk menggulung dan menjawab?

Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: 45 minit.

Tuan Yang di-Pertua: Kita beri peluang kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat untuk berucap. Yang Berhormat, Dato Mohamad Taha Ariffin.

3.00 ptg.

Dato Mohamad Taha bin Ariffin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim saya tidak berniat hendak bercakap panjang kerana masa yang diberi adalah terhad. Walau bagaimanapun saya ingin menyentuh sedikit beberapa tajuk, kata orang Sarawak ‘meratah-ratah’ dengan beberapa item atau perkara yang kita bincangkan. Saya memang bersetuju sekali supaya kita menyokong rang undang-undang ini kerana seperti kata Yang Berhormat rakan saya tadi, wang itu sudah pun dibelanjakan. Walau bagaimanapun dengan spirit atau semangat untuk menunjukkan bahawa kita menyokong penuh kepada perbelanjaan-perbelanjaan yang sedang dan telah pun dibelanjakan.

Mula-mula mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam, Maksud B.8 - RM85 juta telah diminta. Jadi, adalah menjadi inspirasi kerajaan kita di bawah pemimpin Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru, menjadikan perkhidmatan awam kita yang berkelas dunia. Ini telah pun disentuh beberapa kali. Kita memang mempunyai potensi untuk menjadikan ini satu realiti, kerana misalnya dalam menganjurkan beberapa even ataupun temasya-temasya ataupun persidangan-persidangan besar, kita telah menunjukkan bukan sahaja potensi, bahkan juga satu kelas yang susah ditandingi oleh bukan sahaja negara-negara yang membangun tetapi juga negara-negara yang sudah pun membangun.

Di dalam penganjuran OIC misalnya seperti yang dikatakan oleh Datuk Yaakob tadi NAM, APEC, mula-mula CHOGM dan beberapa ketika dahulu SUKOM, semua ini tidak dapat dinafikan bahawa kelas pentadbiran kita sama ada daripada pihak pentadbiran awam ataupun orang-orang biasa seperti kita, adalah satu yang patut kita banggakan. Dalam pada itu Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun kita patut berbangga dengan pencapaian kita dalam perkhidmatan awam yang mana rakan-rakan saya yang duduk di sebelah belakang ini adalah ahli-ahli perkhidmatan awam, dan juga satu ketika dahulu saya juga seorang anggota perkhidmatan awam.

Page 43: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

38 DN.4.11.2003

Kita tidak menafikan bahawa ada perkara-perkara yang patut diperbaiki, disiplin. Ini saya bukan hendak menuduh, saya bukan hendak menyentuh supaya kita nasihat menasihati di antara satu sama lain, kerana itu adalah satu tanggungjawab kita. Kalau pun kita sudah berkelas dunia tetapi ada ruang lagi untuk kita memperbaiki kelas itu supaya tidak dapat ditandingi bukan sahaja untuk tahun ini, tahun hadapan, malah tahun-tahun yang akan datang.

Janganlah kerana nila setitik, satu, dua, tiga kes-kes yang tidak berapa sedap didengar maka yang lain itu terasa. Saya pernah mengatakan dahulu jangan, harapkan pagar, pagar makan padi. Jadi, sama-samalah kita mendukung saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru dan bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita supaya pencapaian pentadbiran awam itu tidak boleh dipertikaikan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin saya ingin memetik sebagai ingatan kepada semua pada muka surat 22 buku yang bertajuk Perkhidmatan Awam Yang Berkualiti, saranan bekas Ketua Setiausaha Negara yang amat saya hormati iaitu Tan Sri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Menurut beliau dengan izin, dalam bahasa Inggeris, Persyarikatan Malaysia yang kita dukung bermakna:

“the country can be run like a Corporation, with certain divisions responsible for productions, sales and marketing, research and promotion, and get others responsible for providing the supporting and ancillary services… Within the ambit of the definition, the private sector forms the commercial and economic arms of the national corporation or enterprise, while the government lays down the major policy framework and directory, and the civil service providing the necessary back-up services. The civil service becomes service arms of the enterprise.”

Ini daripada seorang bekas Ketua Perkhidmatan Awam yang amat kita sanjung.

Tuan Yang di-Pertua, B.14 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan RM20 juta. Misi seperti yang saya difahamkan ialah untuk memastikan peluang untuk rakyat yang berpendapat rendah untuk memiliki rumah tetap ada. Masalah bagi saya adalah masalah yang harus kita hadapi bersama bukan sahaja oleh perkhidmatan awam tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara dan juga Dewan Rakyat. Kita tahu bahawa masalah yang sering dihadapi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ialah pengambilan tanah. Ini selalu menjadi hambatan atau menjadi penghalang kepada proses membuatkan Program Perumahan Rendah itu menjadikan kadang-kadang amat susah ataupun payah.

Kelulusan yang cepat daripada pelbagai agensi kerajaan patut didapati supaya proses pemindahan ini dapat dipercepatkan lagi. Dan juga satu lagi aspek yang perlu kita ambil berat ialah pembahagian rumah-rumah yang telah dibina. Hanya yang layak sahaja patut diberikan. Sungguhpun nasihat kerajaan supaya projek-projek perumahan di tanah-tanah dataran tinggi dan di bukit-bukit perlu di hentikan, namun masih lagi terdapat projek-projek sedemikian. Saya kebetulan duduk di Bukit Antarabangsa berdekatan dengan jendela saya, ini bukanlah kes peribadi Tuan Yang di-Pertua tetapi ini satu kenyataan. Sungguhpun ditegah ataupun tidak digalakkan projek-projek ini masih lagi diteruskan. Jadi, kalau ada rasional yang patut mungkin dapat juga kita terima.

Maksud B.21 – RM48 juta untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kita sungguh menyanjung usaha-usaha kementerian untuk membanteras jiplak. Dua tiga hari dahulu kita terbaca dalam akhbar bahawa jiplak ini masih lagi berleluasa. Ini bukan kita hendak salahkan kerajaan, ini bukan kita hendak salahkan semata-mata pihak enforcement tetapi mungkin ada faktor-faktor lain yang menjadikan jiplak ini sebagai satu duri dalam daging. Negara kita Malaysia ini disanjung di dalam pelbagai bidang, dalam pengurusan pentadbiran, kepimpinan ethic, cara kita menganjurkan beberapa even tetapi dalam isu ini masih lagi kita rasa kita mendapat masalah. Sekejap timbul, sekejap hilang, sekejap timbul, sekejap hilang. Apakah kajian sudah dibuat oleh kementerian berkenaan.

Bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini. Tiap-tiap kali kita pergi ke seberang laut orang berkata dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, it is so easy to get VCD in

Page 44: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 39

Malaysia because they are cheap. Jadi seolah-olah kita ini sebagai “dumping ground” kata orang untuk benda-benda ini, dan kadang-kadang benda-benda ini bukanlah benda-benda yang sempurna. Tuan Yang di-Pertua, maklum apa yang hendak saya katakan, supaya janganlah perkara ini memalukan negara kita. Jadi, kita mintalah supaya satu kajian yang mendalam dibuat dari segi enforcement dari segi marketing, dari segi intelligence supaya masalah ini dapat diatasi mudah-mudahan.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, ialah persatuan pengguna. Kita dapati persatuan-persatuan pengguna di negara ini banyak tetapi ada yang aktif, ada yang tidak berapa aktif, kenapa? Walhal persatuan pengguna boleh memainkan peranan yang amat besar dalam menangani masalah inflasi, supaya barang-barang itu dapat dikawalkan, lebih-lebih lagi dalam musim perayaan. Saya juga hendak mendapat maklumat sedikit dari pihak kementerian sekiranya ada sebab-sebab mengapa persatuan pengguna ini tidak ada training, tidak ada motivasi atau sebagainya.

B.26 – RM1,000 juta untuk Kementerian Pendidikan, ini patut kita sokong kerana human resource ataupun sumber tenaga manusia adalah untuk memastikan bahawa Malaysia akan jadi sebuah negara yang bukan sahaja maju tetapi dapat bertanding, dapat bersaing dengan mana-mana negara, bukan sahaja Jepun, Korea bahkan negara-negara yang lebih maju daripada itu.

Jadi, untuk memastikan bahawa keadaan ini selamat, kita tidak dapat tidak mestilah membuat investment ataupun menanam modal dalam bentuk menubuhkan sekolah-sekolah yang canggih, subjek-subjek atau mata pelajaran yang relevan supaya human resource kita di masa depan akan dapat bersaing.

Masalah yang kita hadapi memang kita kenal Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan selalu mengatakan, ingin saya maklumkan bahawa disiplin di sekolah masih terkawal, kurang keilmuan dalam bidang bahasa Inggeris dan Sains seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat tadi masih terdapat, jadi inilah kerana pendidikan bukanlah satu perkara yang senang, bukanlah satu perkara yang mudah, banyak aspek yang perlu diberi pandangan, bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga dari segi tenaga pengajar, guru-guru yang komited, guru-guru yang berani merotan anak-anak yang keterlaluan.

B.35 – Kementerian Dalam Negeri RM40 juta. Saya juga seperti Yang Berhormat Datuk Yaakob tadi memberi sanjungan yang amat tinggi kepada pihak polis kerana dengan keupayaan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik, maka keamanan di negara kita ini dapat tercapai. Bukan mudah mengawal negara yang berbilang kaum seperti ini, yang besarnya daripada Perlis sampailah ke Sabah pelbagai masalah tetapi syukur Alhamdulillah nampaknya masalah dari segi keamanan ini, kita masih hidup di dalam satu keadaan yang amat menyenangkan.

Baru-baru ini, kita terbaca bahawa ada cadangan untuk menambahkan bilangan anggota PDRM kerana kalau mereka kekurangan kakitangan, maka sudah tentulah enforcement ataupun pengawasan satu-satu masalah tidak mudah dijalankan. Dalam dunia moden hari ini, Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja masalah-masalah criminal, masalah-masalah penindasan ataupun masalah-masalah kekerasan, bahkan juga blue collar crime, dengan izin, high technology crime, dengan izin, jadi jikalau PDRM tidak diberikan peruntukan, tidak diberikan sokongan dan galakan, maka sudah tentulah keadaan amat payah bagi mereka untuk menyesuaikannya.

Dalam konteks ini, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bersara kepada IGP, Tan Sri Norian yang telah bekerja begitu kuat dengan kakitangannya untuk menentukan bahawa keamanan tercapai.

Kementerian Luar Negeri yang akhir, Tuan Yang di-Pertua, B.36 – RM134 juta. Juga sebagai seorang yang pernah berkecimpung dalam events seperti ini di peringkat negeri, saya memang tahu betapa susah payahnya untuk menganjurkan conference ataupun persidangan antarabangsa seperti OIC, NAM, APEC dan macam-macam, kalau orang melihat daripada TV sahaja nampaknya senang tetapi kalau kita terlibat dengan terus, tidak tidur berbulan-bulan. Jadi, kepada Kementerian Luar Negeri yang telah

Page 45: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

40 DN.4.11.2003

dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan segala persidangan tersebut kita patut ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Cara pengendalian, seperti kata Yang Berhormat Datuk Yaakob tadi, oleh sesebuah negara kepada events yang besar seperti Olympic Games dapat menaikkan imej negara itu tidak dapat dikira dengan nilai wang ringgit. Kita tengok kes Korea, kita tengok kes Jepun dalam menganjurkan. Korea dalam menganjurkan Olympic Games 1988, Korea itu bukan besar sangat tetapi apabila mereka menganjurkan Olympic Games yang pada masa itu terbaik sebelum Australia, maka dengan sekelip mata imej Korea naik.

Begitu juga Jepun dalam tahun 1964 Jepun telah mengendalikan Olympic Games, beberapa tahun sahaja selepas perang, oleh kerana keberanian dan keyakinan mereka menganjurkan events seperti ini, kita tahu apa yang berlaku kepada Jepun. Keyakinan, bukan sahaja rakyatnya bahkan daripada orang luar negara-negara lain terhadap kemampuan Jepun telah menaikkan martabat, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi cara orang Jepun mengendalikan sesuatu. Jadi dengan adanya kejayaan yang telah kita capai dalam OIC, dalam NAM, dalam APEC, G-15 dan lain-lain lagi, maka kini telah dapat menambahkan imej atau keupayaan Malaysia di mata dunia.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercakap panjang, dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah menunggu, jadi dengan itu saya dengan sukarelanya, dengan penuh keyakinan bahawa rang undang-undang ini patut kita berikan sokongan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae.

3.16 ptg.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana sekali lagi memberikan saya ruang dan peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2003 di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, sejak negara kita mencapai kemerdekaan, negara telah pun mengalami banyak pembangunan yang pesat selari dengan arus pembangunan perdana. Dan pembangunan yang dijana ini sejak dari setahun ke setahun semakin berubah mengikut perkembangan semasa. Oleh itu, adalah wajar setiap tahun peruntukan yang disediakan dalam Bajet ditambah bagi menampung apa jua kekurangan yang diperlukan bagi menjana pembangunan yang telah dirancang.

Dalam menentukan pembangunan yang perlu mendapat perhatian yang lebih besar, adalah wajar kita melihat bahawa bidang pendidikan sememangnya bidang yang perlu dibangunkan dengan sebaik mungkin kerana di sinilah akan lahirnya generasi pelapis yang akan mengganti seterusnya menyambung apa yang telah dilakukan oleh generasi dan kepimpinan negara pada masa sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan sememangnya telah menjadi nadi pembangunan negara sejak dahulu lagi. Tanpa adanya pendidikan sudah pasti negara akan ketandusan rakyat yang memiliki kemahiran dalam bidang-bidang tertentu yang sememangnya diperlukan untuk membangunkan negara kita. Pendidikan pula haruslah digerakkan dalam keadaan terancang supaya dapat menampung pelbagai keperluan yang dikehendaki oleh negara. Justeru itu pelaksanaan yang diambil dalam menyediakan pendidikan itu haruslah dipersiapkan dengan cara yang berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam peruntukan rang undang-undang yang kita bahaskan pada hari ini, kerajaan telah menyediakan atau memohon peruntukan RM1 bilion untuk tujuan pembangunan pendidikan. Peruntukan yang besar ini saya percaya akan ditumpukan kepada pelaksanaan pelbagai projek dan program pendidikan sebagai sokongan kepada matlamat pendidikan negara.

Peruntukan ini telah memfokuskan kepada aspek-aspek pembangunan, kemudahan infrastruktur pendidikan itu sendiri, ini kerana dalam memastikan setiap program pendidikan yang telah dirancang dapat mencapai maksud yang diinginkan, terlebih

Page 46: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 41

dahulu kita harus pastikan bahawa kemudahan infrastruktur pendidikan telah disediakan dengan secukupnya.

Pembangunan infrastruktur yang saya maksudkan di sini ialah berkaitan dengan bangunan sekolah, makmal komputer, alat-alat bantuan mengajar, keadaan persekitaran sekolah dan sebagainya dan kita lihat bahawasanya kali ini telah dihuraikan dalam anggaran tambahan pelbagai program yang telah dilakukan. Sebagai contoh umpamanya, RM300 juta telah diperuntukkan untuk membiayai sekolah baru dan sekolah tambahan gantian untuk sekolah rendah dan juga untuk sekolah-sekolah menengah.

Tidak ketinggalan jumlah yang begitu besar iaitu RM594,409 adalah bagi melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris serta program khusus Teknologi Maklumat dan Komunikasi ataupun ICT. Cuma apabila menyentuh perkara ini saya ingin bertanya sejauh manakah kejayaan Kementerian setelah kementerian menyediakan segala prasarana untuk kemudaan penuntut kita iaitu jumlah yang begitu besar. Saya juga ingin merayu kalau boleh dibuat satu kajian ke atas program ini supaya kita diberitahu kejayaannya, di mana kecacatannya dan kekurangannya yang perlu kita susuli.

Peruntukan sebanyak RM129,000 bagi pembelian dan pencetakan buku teks akibat semakan semula kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah. Setelah diperincikan semua keperluan yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan tetapi seperti mana yang kita tahu walaupun kita telah menyediakan infrastruktur seperti yang kita perlukan tetapi dalam masa yang sama kita turut didengarkan dengan berita-berita mengenai bangunan sekolah yang masih usang ataupun telah usang, pembinaan makmal yang tidak mengikut piawaian dan yang sepatutnya dalam keadaan persekitaran sekolah yang terbiar.

Oleh itu saya ingin merayu supaya dalam kita memberi kelulusan dan memberi sokongan kepada permintaan dan dalam usaha Kementerian memberi segala prasarana ini memastikan bahawa suara-suara yang masih lagi merayu untuk memperbaiki keadaan ini diambil kira supaya seperti mana yang saya katakan kepentingan dan keperluan murid-murid dapat kita tingkatkan dan kalau boleh tolonglah pandang juga ke arah negeri Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan lagi keupayaan pelajar-pelajar di kawasan tersebut untuk membolehkan mereka bersaing dengan pelajar-pelajar di kawasan-kawasan bandar.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya utarakan dalam perbahasan pada hari ini ialah pembangunan pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan haruslah bersifat membantu pelajar miskin untuk terus mendapat faedah pendidikan. Kita tidak mahu hanya sebahagian kecil sahaja pelajar-pelajar kita yang menjadi cendekiawan sedangkan ramai lagi pelajar yang berasal dari golongan miskin tidak berupaya meneruskan perjuangan mereka untuk mencapai kejayaan. Seharusnya apa yang diperoleh oleh pelajar-pelajar di bandar juga dapat dinikmati oleh pelajar-pelajar di luar bandar atau pun di pendalaman. Jadi peruntukan di bawah maksud 26 seperti mana yang telah dihuraikan iaitu RM87,700,000 yang diberikan sebagainya one-off kepada pelajar iaitu RM120 mungkin setiap murid.

Ini adalah satu tindakan yang amat wajar dan saya ucapkan tahniah kepada kerajaan dan Kementerian atas keprihatinan Kementerian untuk membantu pelajar-pelajar miskin. Ini adalah satu tindakan yang dialu-alukan dan memang diharapkan oleh semua rakyat kerana kita mahu perseimbangan dan keupayaan anak-anak yang tidak berkemampuan dengan anak-anak yang berkemampuan sama-sama diberi kemudahan seperti ini. Cuma saya ingin bertanya, dengan jumlah yang sedemikian, berapa ramaikah murid-murid daripada keluarga miskin ini yang dapat menikmati bantuan ini? Dan saya anggap ini adalah money well-spent in the right direction.

Di samping itu kita juga harus memberi galakkan kepada pelajar-pelajar kita terutama kepada pelajar-pelajar Melayu Bumiputera agar mereka berminat untuk mengikuti pelajaran dalam bidang yang lebih kompetitif seperti bidang sains dan teknologi yang sememangnya dilihat akan lebih menjamin masa depan mereka. Pada masa ini kita lihat bilangan orang-orang Melayu atau anak-anak Melayu Bumiputera yang mengikuti pengajian dalam bidang ICT begitu terhad sekali ataupun amat kecil. Ini kerana kekurangan galakkan

Page 47: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

42 DN.4.11.2003

serta promosi dari kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar Melayu Bumiputera supaya mengikuti bidang-bidang yang strategik dan berpotensi untuk berjaya di masa akan datang. Justeru itu saya berpendapat agar peruntukan dalam Rang Undang-Undang ini juga turut menekankan kepada aspek ini supaya satu hari nanti kita tidak akan ketandusan pakar-pakar dalam bidang tertentu terutamanya daripada masyarakat Melayu dan Bumiputera sendiri.

Tuan Yang di-Pertua sebagainya penyokong dasar kerajaan pada masa ini saya lebih memfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Contoh School Net Program dirasakan amat sesuai untuk merealisasikan dasar kerajaan ini. Program ini dikatakan akan diperkenalkan untuk semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, yang mana semua komputer yang terdapat di sekolah-sekolah tersebut akan disambung melalui satu rangkaian. Ini akan memudahkan sekolah-sekolah tersebut untuk access dan berinteraksi di antara satu dengan lain di samping menjalankan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Namun begitu apa yang ingin saya katakan di sini adalah berkenaan dengan perlunya School Net Program ini diperluaskan serta dipertingkatkan lagi penggunaannya ke seluruh kawasan-kawasan terpencil terutama untuk Sabah dan Sarawak agar pelajar-pelajar di kawasan-kawasan terbabit tidak terlalu jauh ketinggalan dengan pelajar-pelajar yang berada di kawasan bandar.

Walaupun pada masa ini memang sudah ada inisiatif kerajaan untuk mengadakan program ini di kawasan-kawasan terpencil tetapi ianya masih belum menyeluruh. Oleh itu diharapkan agar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan akan mengatur langkah lebih agresif dalam memastikan sekurang-kurangnya untuk masa ini 70% hingga 80% kawasan-kawasan terbabit berupaya menggunakan program tersebut bagi mengimbangkan jurang celik IT di antara golongan pelajar di kawasan bandar dan kawasan luar bandar ataupun di pendalaman.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang B.07 iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam. Seperti mana yang telah disampaikan oleh Datuk Mohamad Taha sememangnya tidak boleh dinafikan kita mempunyai satu perkhidmatan awam yang dianggap sebagainya World Standard dan kita ucapkan tahniah dan mudah-mudahan tahap ini dapat dikekalkan dan kalau boleh dipertingkatkan lagi.

Saya ingin juga menyentuh tentang peruntukan yang diminta iaitu RM84,872,585 untuk menampung bayaran biasiswa penuntut-penuntut di luar negara. Memang perkara ini telah disentuh oleh rakan-rakan seperti Dato’ Chin, Dato’ Omar dan juga Datuk Yaakob dan beberapa lagi rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini. Saya sebenarnya memang menyokong tentang permintaan peruntukan ini. Saya juga bersetuju bahawasanya kita tidak boleh lari daripada mencari jalan untuk membantu anak-anak generasi kita sama ada menuntut di dalam negeri mahu pun di luar negeri tetapi apabila kita menghantar anak-anak kita ke luar negeri kita jangan lupa peruntukan yang diperlukan seperti ratio yang disebutkan tadi. Mungkin ratio perbelanjaan yang kita perlukan ialah di luar negara satu, di dalam negara kita boleh latih tiga.

Walau bagaimanapun, ada juga kursus-kursus yang penting yang tidak dapat kita adakan ataupun kurang kemahiran dalam negeri yang mana kita tidak boleh elakkan dan perlu kita bantu anak-anak kita kerana kita mahu generasi masa depan ini berjaya dalam semua bidang, walaupun adalah niat kerajaan Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan kita bukan sahaja mempunyai kemampuan untuk memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda di Malaysia mengikuti kursus-kursus di IPTA dan IPTS. Maknanya universiti kita mencukupi untuk menampung anak-anak kita. Malahan bukan sahaja cukup untuk anak-anak kita, kita sekarang ini mempelawa anak-anak luar negara untuk mendapat pendidikan di negara kita. Namun, kita juga mesti kalkulatif dalam masa yang sama. Adakah perbelanjaan ini wajar? Adakah kursus yang diperoleh di luar negara dapat diwujudkan di negara kita pada masa-masa akan datang supaya jumlah wang ini jangan keluar ke negara luar tetapi dapat berpusing dalam negara kita sendiri.

Jadi, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atas usaha-usaha untuk membantu penuntut-penuntut kita untuk menampung biasiswa yang perlu mereka jalani tetapi dengan adanya twinning program, mungkin satu kajian perlu

Page 48: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 43

dibuat di mana, yang mana boleh kita kurangkan perbelanjaan itu, dapat disalurkan kepada yang lebih penting lagi. Perkara yang ketiga yang mungkin ingin saya sentuh ialah Maksud B.36…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datuk Hajah Dayang Mahani bin Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: Ya, two minutes.

Tuan Yang di-Pertua: Dalam Dewan Negara tidak dibahaskan peruntukan-peruntukan Pembangunan.

Datuk Hajah Dayang Mahani bin Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: This is not Pembangunan, this is Pengurusan.

Tuan Yang di-Pertua: B?

Datuk Hajah Dayang Mahani bin Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: Yes, B.36.

Tuan Yang di-Pertua: B.36. Saya dengar ‘P’.

Datuk Hajah Dayang Mahani bin Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: Maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Agaknya semakin tua.

Datuk Hajah Dayang Mahani bin Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: Mungkin kurang jelas, lidah kaku semasa berpuasa… [Ketawa] B.36 – Kementerian Luar Negeri. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai seorang pemimpin yang luar biasa yang telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan sehingga kita terkenal di seluruh dunia. Hari ini, rakyat Malaysia di mana sahaja kita berada, asal kita sebut sahaja Malaysia, dia terus sebut, “Ha, Mahathir. He is a very good leader’. Jadi, maknanya kita begitu bangga.

Kalau dahulu, kita hendak tanya, “You datang daripada mana? “Malaysia!” “Where is Malaysia, next to Singapore?” Ha, itu yang tidak sedap itu. Kita sekarang ini alhamdulillah, setelah dibawa oleh kepimpinan yang mempunyai wawasan, yang mempunyai strategi, yang telah mewujudkan begitu besar perubahan, terutamanya keyakinan diri rakyat Malaysia itu sendiri, maka alhamdulillah, bukan sahaja kita di kenali sebagai satu negara membangun yang maju tetapi satu masyarakat Malaysia yang berkemampuan dalam semua bidang. Perkataan Malaysia Boleh menjadi satu semangat yang luar biasa kepada rakyat Malaysia.

Menyentuh tentang Kementerian Luar Negeri, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kementerian atas kejayaan anjuran Sidang Kemuncak Negara-negara Islam dan NAM. Peruntukan yang dipohon ini seperti mana yang disebut, saya rasa begitu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan ataupun pulangan balik kepada Malaysia dan kepada rakyat Malaysia, kepada imej dan integriti kita.

Jadi, saya begitu bangga atas kemampuan dan kebolehan kita dan saya berharap seperti mana juga yang diharap oleh rakan-rakan kita, terutamanya daripada Yang Berhormat Datuk Yaakob bahawasanya kita jangan lihat the dollar sign. In this case, we are selling our country. Kita mempromosikan negara kita. Kita memperkenalkan keupayaan rakyat kita. Kita meningkatkan imej dan memartabatkan bangsa dan agama kita. Jadi, alhamdulillah, ini adalah ruang dan peluang, satu platform yang luar biasa untuk negara kita.

Saya melihat kejayaan ini telah memberi satu penghormatan dan semangat baru kepada rakyat Malaysia dan juga kepada rakyat negara asing melihat kita dengan satu penghormatan yang luar biasa. Jadi, alhamdulillah, kejayaan ini saya berharap sebagai pengerusi baru untuk NAM dan juga OIC, Malaysia akan mempengerusikan selama tiga tahun dan saya berkeyakinan sungguh bahawa kepimpinan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang baru setelah mendapat bimbingan dan juga setelah mempunyai satu landasan yang kukuh yang ditinggalkan oleh mantan Perdana Menteri kita, saya sungguh berkeyakinan, terutamanya disokong dengan satu badan pentadbiran yang world standard, insya-Allah, kita akan membawa new direction, new life and new image

Page 49: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

44 DN.4.11.2003

kepada kedua-dua pertubuhan ini. Jadi, dengan kata-kata yang sedemikian, saya mohon menyokong.

Tuan Ismail bin Kasim: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat ada masa? Ada seorang lagi Ahli bangun.

Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: [Menganggukkan kepala]

Tuan Ismail bin Kasim: Sedikit, sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Tadi saya telah janji kepada Yang Berhormat bahawa hanya selepas Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang, beliau akan menggulung tetapi sudah Yang Berhormat bangun, silakan.

Tuan Ismail bin Kasim: Tiba-tiba ilham tercetus Tuan Yang di-Pertua, untuk bercakap sedikit-sebanyak ketika saya mendengar ucapan rakan-rakan tadi.

3.36 ptg.

Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan Akta Perbekalan Tambahan 2003 ini. Cuma saya tertarik untuk menyentuh beberapa perkara iaitu hanya tiga perkara sahaja.

Yang pertama ialah menyentuh tentang B.7 iaitu sejumlah RM20 juta yang dikhaskan untuk Skim PROSPER ataupun usahawan yang melibatkan peruncitan, pemborongan dan sebagainya.

Kalau kita lihat semenjak skim ini diperkenalkan, saya rasa ianya dijalankan dengan tidak dihebahkan dan kita tidak tahu progress ataupun kejayaan yang dicapai oleh skim ini dan tadi Presiden kita, Yang Berhormat Datuk Nor Azah telah memperkenalkan beberapa cara untuk kita memajukan skim ini. Saya rasa skim ini adalah satu skim yang cukup penting…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat maksudkan Presiden Dewan Negara kah?

Tuan Ismail bin Kasim: Presiden Kelab Senator.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih… [Ketawa]

Tuan Ismail bin Kasim: Presiden Kelab Senator, Tuan Yang di-Pertua. Di mana skim yang diperkenalkan, yang merupakan idea dan cetusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang mahu melihat bahawa dalam bidang ini, bukan sahaja dikuasai oleh bukan bumiputera kerana bidang ini monitornya yang sekarang ini adalah bukan bumiputera, Yang Amat Berhormat melihat bahawa bidang ini perlu disertai oleh bumiputera, maka skim ini diperkenalkan.

Jadi, sebab itulah sejumlah peruntukan yang telah diperuntukkan menerusi B.7 ini, ada sesetengahnya mungkin dibuat sebagai modal pinjaman dan juga pembelian premis dan sebagainya kerana saya rasa banyak pihak telah menyokong ke arah kejayaan skim ini iaitu seperti PUNB dan sebagainya. Jadi, kita melihat bahawa kalau untuk kita mencapai kejayaan yang lebih besar dengan peruntukan yang sedia ada dan mungkin kita perlu tambah pada tahun 2004 nanti, kita rasakan bahawa perancangan dan organizing, dengan izin, yang lebih teliti untuk kejayaan skim ini perlu dibuat kerana ianya melibatkan peruntukan yang agak besar dan begitu juga apabila pinjaman diberikan, sudah tentu ianya perlu dibayar balik oleh pihak peminjam.

Jadi, kalau kita hendak menuntut balik pinjaman daripada peminjam-peminjam yang terlibat dengan skim ini, bermakna ianya perlu mencapai kejayaan dan untuk mencapai kejayaan, ianya bukan sesuatu yang mudah kalau ianya tidak kita gabung jalinkan dengan syarikat-syarikat pemborongan dan peruncitan yang sudah mempunyai outlet yang sudah terkenal, yang sudah mempunyai brand power ataupun brand yang

Page 50: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 45

sudah hebat yang mempunyai kemampuan kewangan untuk membuat advertisement di mana-mana di televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya.

Jadi untuk bersaing memang kita tidak boleh buat, tapi untuk bersama-sama saya rasa ia boleh dilibatkan dengan syarikat-syarikat yang telah mencapai kejayaan, dan selain daripada itu kita melihat ada di antara agensi kerajaan yang telah diswastakan seperti Syarikat Padi Beras Nasional Berhad yang berasal daripada Lembaga Padi dan Beras Negara, yang satu masa dahulu saya difahamkan ada Kedai B’Mart, iaitu kedai runcit yang menjual beras secara murah dan berkualiti kepada bumiputera.

Selepas ia diswastakan, hanya mengambil masa beberapa tahun sahaja kemudian, BERNAS ataupun Kedai B’Mart ini yang terletak di seluruh negara telah pun ditutup dan kita tidak tahu apakah alasan yang diberikan oleh pihak syarikat berkenaan, tapi sepatutnya inilah merupakan di antara tempat-tempat yang terbaik, yang boleh membimbing bumiputera bagi mencapai kejayaan terutamanya ia disokong dengan pinjaman dan juga peruntukan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kerana kita melihat ini, saya rasakan kajian yang dibuat ini, bahawa perlu ada sebuah jawatankuasa ataupun pihak pemantau yang dilibatkan pihak swasta, yang saya maksudkan tadi. Misalnya saya ambil contoh ataupun kalau tidak salah boleh disebutkan di sini, katakan saya ambil contoh beras Jati. Bukan hendak iklankan beras Jati. Bermula daripada sebuah kilang yang kecil, kemudian berkembang, mempunyai outlet ataupun mempunyai kedai-kedai runcit yang menghampiri 15,000 ke 20,000 di seluruh negara. Ianya boleh disertai bersama kerana saya difahamkan Syarikat Jati ini, sekarang ini menjadi subsidiari ataupun anak syarikat kepada Syarikat Padi Beras Nasional Berhad, syarikat yang berasal daripada Lembaga Padi dan Beras Negara tadi. Jadi ia tidak digunakan untuk menolong kita mencapai kejayaan dan bersama-sama berkongsi pengalaman bagi kita memastikan bahawa Skim PROSPER ini mencapai objektif yang telah kita rancang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang B.30 iaitu sejumlah RM127,115,889 diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Terkanun, yang saya difahamkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri semasa membentangkan tadi digunakan untuk perbelanjaan bagi persiapan Sukan Komanwel dan juga Sukan Asia dalam menghadapi sukan berkenaan. Kita faham kadang-kadang kita pun tidak tahu di mana silapnya kita. Apabila kita bertanding, kita memperuntukkan jumlah yang besar dengan kita melantik jurulatih, pakar-pakar dan sebahagiannya daripada luar negara dalam beberapa acara sukan.

Tapi kita melihat kejayaan kita lebih terserlah apabila kita bertanding di kandang sendiri, maksudnya di tanah air kita sendiri. Tapi apabila kita keluar, jumlah emas mungkin pada Sukan Komanwel di negara kita, kita mengecap sampai sepuluh pingat emas dan sebagainya, tapi apabila kita bertanding di luar negara emas itu kadang-kadang akan bertukar menjadi silver, bronze dan sebagainya dan mungkin tidak ada emas lagi apabila bertanding ke tempat orang. Kita hendak maksudkan di sini, mungkin dalam Sukan Komanwel tidak ada acara bola sepak. Tapi dalam Sukan Asia, ada permainan bola sepak yang saya difahamkan kalau pada masa Yang Berhormat ataupun Tuan Yang di-Pertua sendiri masa muda dahulu, ketika tahun 1970-an 1960-an. Senario kebangkitan dunia bola sepak negara di mana kita telah berjaya sampai mencapai kedudukan ranking tempat ketiga Asia dan sebagainya dan telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik beberapa kali.

Tapi sekarang ini, dengan peruntukan yang diberikan bukan sahaja daripada pihak kementerian, malah melalui tajaan-tajaan yang besar yang dibuat melalui...., kita lihat kita sampai kadang-kadang mencapai keputusan yang memalukan. Malah tewas kepada negara-negara kecil yang tidak ada prasarana ataupun kemudahan sukan sama sekali. Janganlah hendak sebut negara Afrika yang melahirkan bintang-bintang bola sepak yang hebat. Begitu juga dengan Jepun yang sedikit masa berada di ranking yang sama dengan kita dan sekarang telah berada di ranking tertinggi Asia dan sudah berada di ranking yang top ten dan top twenty dunia.

Page 51: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

46 DN.4.11.2003

Jadi kalau kita melihat ini, kita masih di tahap lama. Peruntukan diberikan, prasarana disediakan sungguh baik dan sempurna kalau kita bandingkan dengan negara-negara yang lain seperti mana yang saya katakan tadi tetapi mutu pencapaian dan kejayaan masih di takuk lama. Yang terbaru kita lihat apabila bertanding di negara kita sendiri dengan Myanmar ataupun Burma, di negara kita, kita menang 4-0 tapi kita bertanding Bahrain, di mana saya tidak pasti kita tewas kepada sebuah negara yang mundur. Kalah 2-1, dengan malunya kita pulang ke tanah air kita sendiri. Itu baru saya fokus kepada bola sepak dan begitu juga dengan acara-acara lain.

Kita lihat banyak kemelut ini dengan perbelanjaan yang kita keluar terutama hasil yang setimpal untuk kita mengharumkan nama negara kita di persada bukan sahaja di persada antara Asia Tenggara, di persada Asia dan juga di persada dunia dan antarabangsa. Kita mahu dengan peruntukan ini kita biar ia dimanfaatkan sepenuhnya, digunakan, diberi, dirancang dengan begitu teliti supaya ianya tidak menjadi sesuatu yang membazir dan menjadi berlarutan dari masa ke semasa Tuan Yang di-Pertua.

Begitu juga saya ingin menyentuh kepada B.38, Kementerian Pengangkutan. Kita lihat dalam masa pembentangan bajet tahun ini, Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir setiap kali pembentangan, saya ingat dua kali kalau tidak silap saya menyebut tentang perkembangan logistik hak di kawasan-kawasan sempadan. Saya ingat Yang Berhormat Tun begitu berfikir dari segi jangka panjang, dalam era kita menghadapi era globalisasi, kita lihat perkembangan bandar-bandar ataupun perkembangan logistik di kawasan sempadan ini harus dirancang dengan begitu teliti termasuklah semasa pertemuan Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir dengan Yang Berhormat Thaksin Shinawatra iaitu Perdana Menteri Thailand.

Kita melihat perbincangan tentang pembangunan logistik hak di kawasan sempadan ini perlu diberi penekanan. Tapi saya lihat sampai setakat ini, perancangan yang saya rasa bukan sahaja melibatkan Kementerian Pengangkutan, ia melibatkan Kementerian Kewangan juga iaitu pihak Kastam dan sebagainya masih lagi dalam peringkat mungkin perancangan, kerana setakat ini kita tidak pasti ia tidak disampaikan kepada Unit Perancang Ekonomi di peringkat negeri dan sebagainya.

Jadi kita berharap dengan peruntukan-peruntukan ini, ia dapat kita arahkan dalam usaha kita meningkatkan kemajuan negara dan kita dapat merebut peluang-peluang yang tersedia di segi perdagangan antarabangsa dan sebagainya dalam usaha kita menghadapi era globalisasi yang begitu mencabar. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan menjawab dan menggulung.

3.48 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2003 di Dewan Negara ini yang memberi pandangan dan cadangan dalam perbahasan ini yang sungguh berguna.

Saya akan cuba menjawab segala persoalan yang dibangkitkan. Mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab, pegawai-pegawai saya akan membuat catatan dan kita akan mengambil tindakan susulan ke atas teguran, pandangan dan nasihat daripada Yang Berhormat sekalian. Tidak perlulah saya menyatakan satu persatu, seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya akan pergi kepada isu-isu yang telah dibangkitkan terutamanya mengenai PROSPER, Datuk Nor Azah binti Awin telah menanyakan apakah yang akan terjadi kepada franchisee sekiranya franchisor menghadapi masalah. Dalam Skim PROSPER, franchisor akan dinilai oleh Jawatankuasa Kerja PROSPER dari segi prestasi, kekuatan dan kemampuan franchisor membantu franchisee sebelum PROSPER membiayai franchisee. Sekiranya ada permasalahan ini, pihak PROSPER akan cuba bantu usahawan, mencari alternatif dari segi perbekalan dan sekiranya perlu, usahawan menjadi independent, tidak lagi perlu mengikuti

Page 52: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 47

Skim Franchisee. Jadi apabila franchisee ini sudah berdikari, maka franchisor akan melepaskan tali pusatnya supaya tidak ada dependency syndrom mengenai perkara ini.

Dato’ Omar telah menanyakan mengenai publisiti program ini. Ingin saya nyatakan di sini, PNB telah menjalankan banyak publisiti berkaitan PROSPER. Di antaranya sembilan artikel berkaitan PROSPER. Di Berita Harian, kemungkinan Berita Harian ramai orang Melayu pekan membacanya, jadi kita masukkan juga enam artikel berkaitan PROSPER di Utusan Malaysia dan empat artikel berkaitan PROSPER di Harian Metro dan juga satu artikel berkaitan PROSPER di New Straits Times dan juga Star.

Kalau dilihat dari segi media, televisyen dan radio, kita ada TV3 mengandungi dua program, RTM dua program, Radio Satu empat program dan juga radio negeri tiga program. Pada tahun ini, PROSPER telah membuat beberapa promotions sebanyak tujuh kawasan. Utara Pulau Pinang, tengah Kuala Lumpur, selatan Johor, Pantai Timur dua iaitu Pahang dan Terengganu, Sarawak dan juga Sabah.

Dato’ Omar juga telah menanyakan mengenai masalah ranking yang perlu dilalui untuk memohon bagi mendapatkan pinjaman PROSPER. PROSPER memahami keperluan usahawan dan PROSPER membuat penilaian melalui tiga peringkat:

• Peringkat yang pertama, usahawan menghantar rancangan perniagaan. Jika mereka tidak ada pengalaman, PNB akan menyediakan dua hari kursus untuk penyediaan rancangan perniagaan;

• Peringkat kedua penilaian oleh pegawai PROSPER itu sendiri; dan

• Peringkat ketiga temu duga oleh jawatankuasa-jawatankuasa untuk kelulusan mesyuarat dua kali seminggu.

Untuk skim ini, lokasi yang strategik adalah perlu untuk memastikan ia boleh berjaya. Kelewatan pengurusan pinjaman mungkin disebabkan oleh lokasi yang dicadangkan tidak strategik ataupun diambil oleh orang lain.

Dato’ Omar telah juga menyatakan jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini dan RM20 juta iaitu sebahagian daripada peruntukan RM20 juta yang telah diterima. Pada tahun ini, sebanyak RM15 juta telah dibelanjakan, RM11.4 juta untuk pelaburan, RM3.6 juta untuk belanja mengurus. Baki yang belum diterima adalah untuk perbelanjaan seperti berikut:

(i) R&D (Kajian dan Pembangunan);

(ii) latihan dan pembangunan usahawan;

(iii) pemantauan dan khidmat nasihat;

(iv) pelaburan baru; dan

(v) belanja mengurus.

Baru-baru ini…….

Datuk Nor Azah binti Awin: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan, terima kasih. Bercakap tentang PROSPER, saya ada kemusykilan sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dari segi peruntukan PROSPER itu, seperti yang dibentangkan dalam Supplementary Bill ini, kalau kita takrif RM20 juta kepada PROSPER itu di bawah item pengurusan dan dari segi perbelanjaan RM500 juta kepada bank-bank berkenaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi itu dianggap sebagai pembangunan, adakah perbelanjaan kerajaan ke atas PROSPER ini adalah return of expense, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok dari segi klasifikasi, dari segi accounting. Terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Selalunya, dalam belanjawan kerajaan, belanja mengurus itu ataupun di bawah Kepala ‘B’, lebih banyak daripada pembangunan ‘P’ tetapi PROSPER, belanja mengurus lebih sedikit daripada belanja pembangunan. Maknanya, dari segi ‘B’ sedikit sahaja, dari segi ‘P’ atau pembangunan, berlebihan. Cuma, apa yang kita harapkan, bahawa kita tidak hendak gembar-gemburkan

Page 53: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

48 DN.4.11.2003

masalah PROSPER ini kerana kita tahu apa yang kita hendakkan, impak daripada projek-projek berkenaan.

Jadi, oleh kerana itu saya pun juga minta kalau boleh Ahli Yang Berhormat, kepekaan terhadap perkara ini. Macam baru-baru ini, di tempat saya, saya sendiri datang untuk merasmikannya. Apabila saya balik kawasan, saya akan singgah ke kedai PROSPER itu dan bertanyakan khabar, apa-apa permasalahan, bolehkah saya tolong dan sebagainya. Oleh kerana contact ini, saya rasakan peniaga-peniaga yang mengambil bahagian dalam PROSPER itu, akan dapat memerhatikan bahawa kita sangat prihatin tentang kemunculan peruncitan yang dipunyai oleh bumiputera.

Kalau kita lihat juga kejayaan program ini, setakat 31 Oktober 2003, seramai 21,450 pemohon mendaftar untuk menyertai skim PROSPER. Sebanyak 1,373 rancangan perniagaan diterima, sebanyak 386 permohonan diluluskan, sebanyak 285 telah beroperasi dan prestasi pencapaian yang telah beroperasi adalah seperti berikut:

Prestasi Peratusan (%)

Baik 19

Sederhana 21

Close monitoring 30

Tutup perniagaan 5

Dalam proses pembukaan 20

Jadi, dalam keadaan ini, kita kenalah berhati-hati dan juga prihatin tentang PROSPER kerana kita hendak meramaikan peruncitan daripada bumiputera. Oleh sebab itulah ia diletakkan sendiri di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng telah membangkitkan perkara latihan atlet dan juga Yang Berhormat yang terakhir tadi, Yang Berhormat Tuan Ismail bin Kasim. Kalau kita lihat, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara telah memilih 26 jenis sukan sahaja dalam Program Gemilang 2006 iaitu Program Penyediaan Atlet Ke Arah Sukan Asia dan Program 2006 dan pemilihan sukan ini berdasarkan kriteria yang berikut.

(i) rekod pencapaian sukan-sukan tersebut masa lalu di peringkat antarabangsa; dan

(ii) sukan yang sesuai dengan fizikal rakyat Malaysia itu sendiri.

Pemilihan sukan ini adalah bagi memastikan peluang untuk meraih kejayaan di Sukan Asia dan Komanwel 2006 adalah lebih cerah. Dalam pelaksanaan program latihan atlet ini, kementerian sentiasa membuat pemantauan dengan kerjasama erat Majlis Sukan Negara dengan Persatuan Sukan Kebangsaan melalui tiga buah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Operasi.

Pengurusan atlet dan pemantauan prestasi serta disiplin atlet sentiasa diberi perhatian utama oleh ketiga-tiga jawatankuasa tersebut. Sistem pemantauan ini juga telah terbukti menjadi antara faktor penyumbang ke arah Sukan Komanwel 1998, Sukan SEA 2001 dan juga Sukan Asia serta Sukan Komanwel 2002.

Kementerian Belia dan Sukan tidak bertolak ansur dalam soal-soal disiplin yang dikatakan tadi dan jumlah dalam program yang dilaksanakan hendaklah ditumpukan sepenuhnya. Tindakan disiplin diambil oleh Jawatankuasa Kerja bagi setiap kesalahan disiplin atlet dan jumlah bagi memastikan atlet dapat memberikan prestasi yang disasarkan tetapi daripada segi keseluruhan, kita lihat prasarana kita bagus, infrastruktur kita bagus, teknik kita ada, kekuatan kita ada tetapi fizikal sahaja tidak dapat mencernakan kejayaan atau tidak ada mental exuberant ataupun kekuatan dari segi mental. Di sinilah para psikologi kita cuba hendak melatih supaya kekuatan mental itu penting dalam bertanding sukan-sukan yang telah disediakan.

Page 54: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 49

Tuan Yang di-Pertua: Kalau ahli politik bagaimana, Yang Berhormat? Perlu kekuatan mental atau tidak?

Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Serupa. Saya beruntung sebagai ahli politik, kerana isteri saya seorang kaunselor dan ahli psikologi. Jadi, dapat saya meluahkan perasaan saya selalu dan apabila pergi jumpa dengan orang-orang yang selalu mengata saya, saya dapat bersembang dengan mereka dengan perasaan yang suka.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng juga telah menyatakan kos LKM baru sepatutnya ditanggung oleh pihak swasta memandangkan JPJ dalam proses penswastaan. Di sini, ingin saya katakan bahawa proses penswastaan JPJ adalah dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri. Ini termasuklah menswastakan aktiviti pengeluaran dan pembubaran Lesen Kenderaan Malaysia atau LKM. Proses penswastaan masih dalam pertimbangan unit tersebut. Justeru itu, kos LKM baru tidak boleh ditanggung oleh pihak swasta sehingga proses penswastaan ini selesai. Dan kita harapkan dengan adanya LKM ini, ia akan merupakan satu cara di mana kita dapat membanteras klon-klon yang ada pada masa ini.

Datuk William Lau juga telah menanyakan penggunaan cermin-cermin gelap kenderaan yang tidak terkawal walaupun pengurangan penggunaan ini masih berkuat kuasa dan mengapa tiada tindakan yang menyeluruh dari JPJ? Pemasangan cermin gelap yang melebihi kadar ketelusan yang diperuntukkan di bawah kaedah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Penerangan Jenis Kaca-kaca Tertentu) 1991. JPJ memandang serius kesalahan ini dan tindakan menyamankan mana-mana pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap akan dikenakan tanpa mengira bulu.

Ada peniaga yang mendakwa JPJ memberi kebenaran untuk menjual cermin gelap tetapi JPJ tidak pernah mengeluarkan surat kebenaran kepada mana-mana peniaga untuk menjual tinted glass ataupun cermin gelap. Justeru itu, orang ramai diingatkan tidak terpedaya dengan tipu muslihat para peniaga ini. Juga dikatakan tentang ketidakcekapan dan kepakaran kerosakan komputer sehingga menyebabkan barisan panjang dan sikap segelintir kakitangan yang bersikap kasar. Perkara ini telah pun dibangkitkan juga oleh Datuk Yaakob.

Adalah tidak benar masalah ketidakcekapan pendaftaran di JPJ disebabkan oleh kakitangan yang tidak mahir menggunakan komputer. Ini disebabkan mereka yang ditugaskan di kaunter-kaunter di JPJ telah diberikan latihan yang secukupnya bagaimana hendak menggunakan komputer. Selain dari itu, latihan lanjutan dari masa ke semasa juga diberikan kepada mereka.

Masalah kerosakan ataupun down time yang berlaku ke atas komputer JPJ adalah disebabkan sistem komputer yang sedia ada telah sampai had maksimum penggunaannya. Bagi mengatasi masalah ini, peruntukan sebanyak RM16 juta telah pun diperolehi untuk mempertingkatkan sistem komputer JPJ yang sedia ada di mana ia akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Didapati juga segelintir pegawai JPJ yang sombong dan tidak mesra dan diminta kerajaan mengambil langkah wajar untuk mengatasi masalah ini. Berhubung dengan kakitangan JPJ yang bersikap kasar, JPJ mengambil serius mengenai perkara ini. Walaupun bilangannya agak kecil sebagaimana kata Dato’ Haji Muhammad tadi “black sheep” sekiranya didapati, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas kakitangan terlibat dan seterusnya menukarkan mereka ke unit atau bahagian lain yang tidak berurusan secara langsung dengan orang awam.

Datuk Yaakob telah juga menanyakan mengenai kriteria pengeluaran lesen memandu PSV kepada pemandu teksi dan bas pelancongan sama ada lesen tersebut boleh diberikan kepada pemegang kad pengenalan merah dan kriteria pengeluaran tersebut. Lesen memandu bagi Public Service Vehicle atau PSV diberikan kepada seseorang pemandu teksi atau bas di bawah peruntukan Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Lesen PSV hanya dikeluarkan kepada warganegara dan penduduk tetap di negara ini.

Page 55: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

50 DN.4.11.2003

Pemberian lesen ini tertakluk kepada kebolehan seseorang pemandu setelah berjaya menamatkan kursus teori dan menjalani latihan amali serta lulus ujian-ujian yang berkaitan. Dalam kursus teori, penekanan diberikan kepada aspek tingkah laku, undang-undang dan cara-cara memandu berhemah. JPA juga akan mengambil tindakan yang berat jika didapati pemandu-pemandu kenderaan awam ini menggunakan dadah untuk mempertahankan kudrat dia untuk membawa bas ataupun teksi dalam tempoh jangka yang panjang.

Dato' Dr. Chin Fook Weng telah pun menyatakan supaya menggalakkan rakyat terutamanya ahli-ahli sains mendaftarkan harta intelek mereka dan meminta Perbadanan Harta Intelek Malaysia melaksanakan program kesedaran awam yang lebih meluas lagi. KPDN dan HEP melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau PHIM dari masa ke semasa mengadakan program kesedaran harta intelek melalui seminar, ceramah, workshop, media elektronik dan sebagainya kepada semua golongan harta masyarakat termasuk para penyelidik dan usahawan supaya mendaftarkan hak-hak harta intelek mereka bagi mendapatkan perlindungan yang sewajarnya. Dengan penubuhan Perbadanan Harta Intelek Malaysia, program kesedaran ini dijangka akan dapat ditingkatkan lagi dari masa ke semasa.

Kita tidak mahu nanti researchers dari overseas, daripada negara asing membuat research misalnya tongkat Ali di Sabah dan Sarawak, selepas itu dipatenkan, jadi itu dijadikan hak milik mereka sedangkan tumbuh-tumbuhan ini, herba-herba ini berleluasa di tempat kita. Jadi dengan adanya seminar dan sebagainya, kita harapkan bahawa penyelidik-penyelidik kita apabila membuat sesuatu penemuan daripada kajian mereka, hendaklah cepat-cepat didaftarkan sebagai harta intelek.

Yang Berhormat Tuan K. R. A. Naidu telah menyatakan bahawa dia ingin tahu apakah peruntukan RM47.48 juta hanya untuk pelancaran PHIM ini. Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau PHIM yang ditubuhkan pada 3 Mac 2003 adalah sebuah badan berkanun baru yang mempunyai autonomi dari segi kewangan dan perjawatan. Sebagai sebuah badan baru, PHIM memerlukan sumber kewangan permulaan daripada kerajaan untuk membolehkannya menyediakan kemudahan asas termasuk peralatan pejabat, pendekatan sistem komputer dan pengambilan kakitangan dan pegawai baru dalam menjalankan fungsi utama iaitu memberi perlindungan harta intelek melalui satu sistem pendaftaran yang efisien, di samping menentukan undang-undang harta intelek yang selaras dengan standard antarabangsa.

Yang Berhormat Tuan K. R. A. Naidu juga ingin tahu sama ada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merancang secara menyeluruh program membasmi penyakit denggi dengan peruntukan RM20 juta. Kementerian sememangnya mempunyai program pencegahan dan kawalan penyakit deman denggi di kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT di seluruh negara. Kementerian juga menyediakan peruntukan untuk menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi di PBT setiap tahun. Walau bagaimanapun, berikutan dari berlakunya wabak denggi di seluruh negara pada tahun 2002, peruntukan yang disediakan tidak mencukupi bagi tujuan membekalkan peralatan yang lengkap kepada PBT untuk memerangi wabak tersebut. Kementerian telah mengagihkan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta kepada aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

(i) RM5 juta kempen pendidikan dan kesedaran denggi yang dijalankan secara menyeluruh melalui media massa, media elektronik dan road shows;

(ii) RM10 juta untuk membekalkan peralatan-peralatan seperti mesin fogging, bahan kimia dan kenderaan kepada PBT di seluruh negara;

(iii) RM5 juta untuk menaikkan taraf parit, longkang di PBT-PBT di seluruh negara.

Yang Berhormat Datuk William Lau Kung Hui telah meminta Bahagian Pinjaman Perumahan supaya membayar pinjaman kepada pemaju mengikut kemajuan pembinaan walaupun pendaftaran hak milik masih dalam proses di Pejabat Tanah bagi mengelakkan

Page 56: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 51

peminjam terpaksa membayar caj perkhidmatan. Peraturan berkenaan adalah sangat penting bagi melindungi kepentingan peminjam ke atas hartanah yang dibeli di samping kepentingan kerajaan Bahagian Pinjaman Perumahan supaya hartanah berkenaan boleh dicagarkan kepada kerajaan sebagai jaminan. Walau bagaimanapun, saranan Yang Berhormat itu akan saya ambil perhatian dan kita akan tengok mana yang boleh kita akan bantu peminjam-peminjam bagi pembelian rumah supaya tidak membebankan mereka untuk membayar kepada pemaju perumahan.

Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri telah menyatakan mampukah Malaysia selaku Pengerusi OIC selama tiga tahun menyatupadukan umat Islam di 57 buah negara OIC. Jadi seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa Sidang Kemuncak OIC baru-baru ini telah bersetuju untuk melaksanakan penstrukturan semula Sekretariat Agong OIC di mana Malaysia memainkan peranan penting dalam menggerakkan kajian terakhir untuk tujuan tersebut. Di sini kita dapat tahu bahawa ada juga petugas-petugas OIC itu tidak setuju kerana mereka mungkin akan dibuang kerja kerana kita hendak memperkecilkan dan cuba jadikan OIC ini lebih efektif lagi.

Adalah diharapkan dengan terlaksananya proses pembaharuan tersebut, maka Sekretariat Agong OIC akan menjadi bertambah cekap dan berkesan dalam mengaturkan aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah dirancang dalam menghadapi dan menangani isu-isu kepentingan bersama negara Islam. Walaupun kita tidak dapat menafikan bahawa terdapat percanggahan pendapat dan pendirian dalam beberapa isu penting sejagat, namun begitu ada banyak perkara lain seperti di bidang ekonomi, sosial, budaya, sains dan teknologi dan sebagainya yang telah mendapat sokongan bersama dan boleh dimajukan bagi kepentingan bersama untuk seluruh umat Islam.

Dalam hal ini Malaysia akan cuba menjalankan peranannya selaku Pengerusi OIC sebaik mungkin dalam usaha menggembleng kerjasama rapat dan mengeratkan silaturahim bagi mencapai penyatuan seluruh umat Islam. Di masa menerajui OIC selama tiga tahun nanti, Malaysia akan cuba membantu menangani isu-isu yang menyentuh kepentingan umat Islam di samping memberi nafas baru kepada organisasi tersebut. Malaysia berharap OIC yang diterajui olehnya akan menjadi lebih penting dan bermakna dalam bentuk arah tuju baru OIC bagi menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan juga masa terdekat. Tuan Yang di-Pertua, semasa menerajui OIC Malaysia akan mengambil tindakan aktif dan progresif dalam menangani isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam keseluruhannya. Insya-Allah.

Yang Berhormat juga menanyakan berapakah peruntukan dibelanjakan bagi pembelian kereta mewah semasa Persidangan OIC. Apabila dijual nanti adakah akan dapat menampung kos pembelian kos kereta-kereta tersebut? Semua kereta termasuk kereta-kereta mewah Mercedes Benz dan BMW dan juga penggunaan kereta-kereta Proton telah ditaja oleh beberapa buah syarikat. Kereta-kereta ini sememangnya akan dijual oleh syarikat-syarikat berkenaan. Oleh sebab penggunaan kereta-kereta tersebut adalah ditaja, maka persoalan sama ada penjualan kereta tersebut dapat menampung kos pembelian tidak timbul kerana ia ditaja oleh orang persendirian.

Beberapa peruntukan telah dibelanjakan dan berapakah jumlah tunggakan untuk OIC dan juga untuk NAM? Kementerian Luar Negeri dan juga lain-lain kementerian serta agensi kerajaan yang berkenaan masih dalam proses pembayaran perbelanjaan yang terlibat dalam Persidangan OIC sementara semua perbelanjaan NAM telah selesai dijelaskan. Sekiranya terdapat mana-mana perbelanjaan yang tidak ditampung oleh peruntukan yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, maka jumlah kekurangan itu akan dilunaskan kemudian.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng telah menanyakan tentang kerajaan perlu mengkaji penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara kerana banyak kemudahan telah disediakan dan ini telah dibangkitkan juga oleh beberapa orang Yang Berhormat mengenai perkara ini.

Peruntukan tambahan yang diperlukan itu adalah untuk membiayai kos pengajian pelajar-pelajar tanggungan atau pelajar-pelajar yang telah berada di luar negara. Kerajaan masih perlu menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke luar negara kerana beberapa kursus

Page 57: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

52 DN.4.11.2003

strategik diperlukan oleh negara, tidak terdapat di IPT tempatan walaupun di IPTA seperti Kursus Kejuruteraan, Aeroangkasa, Satelit, Automatif dan Kursus Bio-medikal. Selain daripada itu, penghantaran pelajar ke universiti terbuka, top universities seperti Oxford, Cambridge, Harvard dan MIT bagi tujuan untuk melahirkan future leaders yang berkualiti.

Di samping itu kerajaan juga menghantar pelajar-pelajar untuk mengikuti Kursus Perubatan ke luar negara kerana tempat yang disediakan oleh IPTA dan IPTS adalah terhad sedangkan bilangan pelajar yang ingin mengikuti Kursus Perubatan adalah terlalu ramai.

Selain daripada menghantar pelajar-pelajar ke UK, Australia, New Zealand, kerajaan juga menghantar pelajar-pelajar ke Rusia, India dan Indonesia untuk mengikuti kursus tersebut.

Kerajaan hanya menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke luar negara bagi mengikut kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi, kursus-kursus strategik seperti yang saya katakan tadi dan kerajaan tidak menghantar pelajar-pelajar untuk mengikuti kursus-kursus seperti business administration ke luar negara seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Datuk Omar bin Faudzar tadi tetapi daripada pengalaman saya sendiri Yang Berhormat, bahawa bentuk pelajar-pelajar yang balik daripada universiti luar negara itu, pemikirannya agak berubah daripada pelajar-pelajar yang kita nature di dalam negeri terutamanya rakan anak-anak saya sendiri yang sudah bekerja di bank, yang bekerja sebagai mechanical engineer dan sebagainya, datang berjumpa saya, dia kata, uncle saya hendak berhenti kerja. Saya kata kenapa? Dia hendak bekerja sendiri sebagai usahawan dan sebagainya.

Alhamdulillah, saya pantau mereka ini, nampaknya berjaya. Jadi, di sinilah saya tengok ada seorang wanita yang mempunyai kelulusan dalam bidang mechanical engineering. Dia berhenti kerja dan buat restoran makanan Jepun, sushi kerana dia belajar di Jepun. Jadi, dia datang berjumpa saya pun dengan angguknya dan sebagainya, dia pun mengatakan bahawa bekerja sendiri adalah lebih bermanfaat dan lebih memuaskan hati mereka daripada bekerja dengan kerajaan ataupun dengan pihak swasta.

Di sinilah kita dapat melihat perbezaan di antara graduan-graduan kita yang ramai sekarang ini tidak bekerja kerana mengharapkan bekerja dengan kerajaan sahaja tetapi tidak mahu bekerja sendiri. Jadi, di sinilah kita berharapkan kalau dapat nanti di IPTA, IPTS di negara kita, dapat kita masukkan juga business management kepada anak-anak kita supaya dapat mereka apabila keluar dari universiti nanti dapat bekerja sendiri.

Yang Berhormat Datuk Yaakob telah menanyakan pelaksanaan Mykad. Pelaksanaan Mykad dilakukan dalam dua fasa. Fasa I telah dilaksanakan di seluruh negara tetapi Mykad yang dikeluarkan di luar Lembah Klang mempunyai aplikasi terhad. Namun begitu, maklumat seperti Lesen Memandu dan maklumat imigresen yang tidak dimuatkan ke dalam cip boleh dimasukkan atau upgrade di pejabat-pejabat yang mempunyai aplikasi seperti Mykad yang dikeluarkan di Lembah Klang dan sebagainya.

Fasa II, projek Mykad peringkat nasional akan dilaksanakan dalam tempoh 2003 hingga 2005 dan semua negeri akan dikeluarkan Mykad berbagai aplikasi. Jumlah pengeluaran Mykad setakat ini adalah sebanyak tujuh juta lebih dan laporan kehilangan Mykad mengikut negeri tidak dapat dibekalkan sekarang dan saya mohon secara bertulis, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Mohamad Taha Ariffin telah menyatakan masalah pengambilan balik tanah yang menjadi penghalang kepada program perumahan awam oleh Kementerian Perumahan. Hampir semua projek perumahan awam yang dilaksanakan oleh KPKT adalah atas tanah kerajaan. Jika terdapat keperluan untuk mengambil tanah untuk projek, pampasan akan dibayar tetapi sekiranya menghadapi masalah, tapak gantian akan dikenal pasti.

Bagaimanakah pembahagian rumah-rumah yang dibina oleh kementerian diagih kepada rakyat yang layak. Pembahagian rumah-rumah kos rendah yang dibina oleh kementerian adalah di bawah bidang kuasa pihak kerajaan negeri dan kita harapkan apabila rumah itu diberi dan kita harapkan ada pameran di situ dan ada masa jangka waktu di mana yang lain boleh protes sekiranya dia tahu orang itu sudah ada dua rumah, atau tiga rumah ataupun empat rumah untuk menempatkan isteri-isteri mereka.

Page 58: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 53

Selain daripada itu, Yang Berhormat Datuk Nor Azah telah pun menyatakan setakat manakah Kementerian Pendidikan bersedia dari segi tenaga pengajar, mengajar mata pelajar melalui ICT ini. Guru-guru akan terus diberi latihan dari segi mempelbagaikan aplikasi ICT dan penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan penggunaan ICT secara optimum, kalangan guru ataupun staf sokongan perlu diberikan latihan penyenggaraan peralatan ICT.

Di samping itu guru juga diberikan latihan membina bahan bantu mengajar ataupun secara digital supaya boleh melaraskan, customize teaching courseware dengan izin, ke tahap pemahaman murid-murid mereka tetapi jangan kita perkecilkan kapasiti anak-anak ini kerana mereka lekas dapat dan lekas dapat belajar.

Yang Berhormat Datuk Dr. Chin Fook Wing telah menanyakan langkah-langkah Kementerian Pendidikan untuk meyakinkan pelajar asing menuntut di Malaysia. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil langkah-langkah positif dan meyakinkan lebih ramai pelajar menuntut di Malaysia terutama daripada luar negara. Antaranya ialah menawarkan pendidikan yang berkualiti di IPTS. Setakat ini terdapat 11 IPTS bertaraf universiti, 5 IPTS bertaraf universiti, 3 IPTS bertaraf universiti dan 4 IPTS bertaraf universiti.

Selain daripada itu, menteri-menteri juga diminta kalau dapat menjual facilities yang ada di IPTS. Saya telah pergi ke beberapa buah negara Arab ini telah menyatakan kepada mereka supaya tidak payahlah hantar anak-anak mereka ke Amerika atau pun Europe, hantar sahaja ke Malaysia dan cuma masalah mereka yang mereka hendak supaya anak mereka ini terutamanya perempuan ditempatkan di hostel, tidak ditempatkan di luar daripada kampus. Ini kita telah berikan jaminan supaya dapat diberikan keutamaan kepada mereka.

Yang Berhormat Tuan Osman bin Bungsu telah menanyakan langkah-langkah meningkatkan prestasi bagi murid-murid Orang Asli. Dahulu di Dewan Rakyat telah dibangkitkan kenapa sekolah Orang Asli ini terlampau mahal jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain yang dibuat di pinggir kampung. Saya menyatakan kepada mereka oleh kerana prihatinnya kerajaan untuk meramaikan Orang Asli bersekolah maka kita buat in-situ iaitu kita buat sekolah di situ. Jadi maknanya bahawa semua perkakasan untuk membuat sekolah itu diangkut dengan helikopter. Ini yang membuatkan mahal.

Kita harapkan dengan adanya Kementerian Pendidikan melaksanakan program khas untuk Orang Asli ini, di sekolah-sekolah Orang Asli di seluruh bagi tujuan meningkatkan prestasi mereka ini akan dapat meningkatkan dan menjuruskan anak-anak Orang Asli dalam mata-mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan juga Matematik. Baru-baru ini, saya dengan Tuan Speaker telah pergi ke Pulau Cary, kita berasa bangga bahawa ada Orang Asli yang telah pun lulus dengan cemerlang di IPTA dan menjawat jawatan awam yang tinggi.

Kita harapkan melalui program khas ini, murid-murid pada tahun dua yang masih tidak menguasai TKM ditempatkan di dalam satu kelas khas untuk tempoh satu tahun sebelum dinaikkan ke Tahun Tiga. Ini bermakna murid berkenaan akan menjalani pendidikan rendah selama tujuh tahun. Jadi, kita mengharapkan dengan adanya tumpuan seperti ini, kita tidak akan meminggirkan mana-mana komuniti di Malaysia ini.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin Fook Weng menanyakan penyampaian perhubungan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Secara keseluruhannya Kementerian Pendidikan berpuas hati dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris walaupun pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris baru dilaksanakan.

Keberkesanan program tersebut dapat dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh kementerian pada bulan Mei terhadap kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris di 273 Sekolah Rendah dan 72 Sekolah Menengah di mana didapati kajian menunjukkan pencapaian dalam ketiga-tiga mata pelajaran tersebut pada keseluruhannya adalah baik. Sebagai contoh bagi Tahun Satu,

Page 59: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

54 DN.4.11.2003

peratus score ialah 69.4% bagi mata pelajaran Sains dan 76.8% bagi mata pelajaran Matematik.

Kajian kementerian juga mendapati 81 guru-guru menunjukkan kesediaan dan keyakinan dalam mengajar mata pelajaran tersebut telah mengikuti kursus bahasa Inggeris, kursus orientasi semakan semula kurikulum dan kursus ICT. Kementerian juga menyediakan kemudahan dan bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berjalan lancar. Tahun lepas saya telah menghadiri mesyuarat di World Bank, dan saya telah minta MSD Officers membuatkan saya bertemu dengan seorang Dekan di Universiti Washington.

Di sana, Dekan tersebut daripada Fakulti Kejuruteraan menyatakan dia sangat hairan kenapa program kerajaan mendapat tentangan untuk program ini sedangkan dia katanya membuat kursus pada waktu musim panas atau semasa summer holidays ke Jepun, Korea dan juga ke negara China, dia belajar dari Darjah Satu sampai meningkat seterusnya mengajar dalam bahasa Inggeris mata pelajaran Sains dan juga Matematik.

Yang Berhormat Wan Ubaidah Omar telah menanyakan berapakah fee yang dikenakan oleh Lembaga Akreditasi Negara dan ke mana disalurkan? Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Akreditasi Negara atau LAN akan mengenakan fee kepada IPTS berdasarkan peringkat pengajian. Bagi pengajian diploma fee yang dikenakan bagi permohonan awal ialah sebanyak RM1,000 dan yang perlu dibuat penilaian bagi kelulusan pengajian fee yang dikenakan ialah sebanyak RM3,500, manakala bagi pengajian peringkat ijazah, fee yang dikenakan bagi permohonan awal ialah RM2,000 dan apabila buat penilaian bagi kelulusan, fee yang dikenakan ialah sebanyak RM5,500. Fee yang dikutip akan digunakan bagi membayar yuran perkhidmatan ahli panel yang terdiri daripada tenaga pengajar IPTA dan ahli-ahli profesional di negara kita.

Yang Berhormat Wan Ubaidah juga menanyakan soalan dwibahasa dalam peperiksaan PMR. Ini menimbulkan kekeliruan kepada pelajar-pelajar. Setakat ini belum ada laporan mengenai kekeliruan di kalangan pelajar yang menjawab soalan dwibahasa bagi peperiksaan PMR. Mengikut data yang diterima, 38 pusat peperiksaan calon dwibahasa PMR hanya 1,663 calon sahaja yang menjawab soalan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Ini mengenai dengan pelajar-pelajar miskin yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat, kita telah memberikan bantuan one-off sebanyak RM120 dan telah diberikan kepada 730,863 orang pelajar sekolah rendah, berjumlah RM87.7 juta untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah pada tahun ini. Jadi kalau kita tengok, kita sudah ada akta baru yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Sekiranya tidak dihantar, boleh dikenakan penalti tetapi kita mencari jalan yang positif, di mana kita tanya anak-anak miskin yang tidak boleh pergi ke sekolah, kita tanya ibu bapa apa yang mereka mahu. Maka mereka mahu untuk membeli pakaian, untuk membeli basikal, hendak kenderaan bas, untuk beli beg sekolah dan sebagainya. Oleh kerana itu kita bagi RM120 one-off.

Di kawasan saya ramai orang dari kaum India yang menerima lebih banyak daripada kaum Melayu ataupun kaum Cina kerana kita rasakan ini perlu supaya anak-anak kita dapat pengajian yang lebih tinggi lagi daripada ibu bapa mereka. Oleh kerana itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin telah ditubuhkan pada 10 April 2003 untuk membantu pelajar-pelajar miskin sehingga 31.7.2003, .seramai 800 orang pelajar yang tercicir daripada sistem persekolahan kerana faktor kemiskinan telah diberi bantuan berjumlah RM1.54 juta. Untuk makluman, kementerian memilih pelajar yang menerima bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kementerian dan bukan berdasarkan dari segi politik.

Yang Berhormat Datuk Yaakob bin Haji Mohammad telah menanyakan tentang program penghantaran pelajar ke luar negara perlu dipertingkatkan. Kita ambil perhatian tentang perkara ini. Bilangan pelajar tajaan kerajaan yang sedang belajar di luar negara mengikut kategori ijazah pertama – 3,000 orang, ijazah sarjana Ph.D – 171 orang, program pakar perubatan – 75 orang, subspecialties. Sebagai pegawai jawatan tertinggi kerajaan disambung kontrak, bilangan adalah seramai 48 orang PTD; 25 PTD dan bukan PTD 23 orang.

Page 60: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 55

Yang Berhormat Datuk Yaakob bin Haji Mohammad juga telah menanyakan adakah persaingan di antara Air Asia dan MAS dapat bertahan lama dan apakah impaknya kepada MAS? Perkhidmatan yang diberikan oleh Air Asia dan MAS adalah berbeza. Sementara Air Asia menyediakan perkhidmatan no-frill. atau low cost. MAS pula menawarkan perkhidmatan full services. Setakat ini perkhidmatan yang diberikan oleh kedua-dua syarikat penerbangan ini telah membantu meningkatkan jumlah penumpang yang telah menguntungkan kepada kedua-dua syarikat ini dan pengguna. Kerajaan sentiasa memantau persaingan ini berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang saksama. Sejak beroperasi selama dua tahun, pihak MAS telah memaklumkan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh Air Asia tidak memberikan kesan kepada perkhidmatan MAS kerana mereka mempunyai selain daripada route yang sama, mereka juga mempunyai objektif yang berlainan.

Yang Berhormat Datuk Yaakob bin Haji Mohammad telah meminta kerajaan memantau kegiatan pelajar luar negara yang memburukkan kerajaan. Pelajar-pelajar tajaan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti anti kerajaan telah pun diambil tindakan dengan ditamatkan tajaan mereka. Sekiranya terdapat laporan daripada MSD atau Kedutaan Malaysia memaklumkan pelajar-pelajar tajaan kerajaan terlibat dalam aktiviti menghasut ini, kerajaan khasnya JPA akan mempertimbangkan untuk menamatkan pengajian mereka serta-merta, kerana kita rasakan ramai lagi orang yang memerlukan pengajian tetapi tidak dapat peluang dan bagi mereka yang dapat peluang tetapi mengabaikan pelajaran dan cuba menghasut sahaja, ini tidaklah digalakkan.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae menanyakan berapa ramaikah pelajar telah menerima bantuan one-off, saya telah mengatakan bahawa 730,833 orang dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae yang telah pun menyatakan OIC dan juga NAM telah memberikan impak yang berkesan kepada negara kita.

Semasa saya pergi ke Kazakhstan baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, saya telah dihujani oleh menteri-menteri kewangan dunia Islam meminta saya bercakap supaya kalau boleh jangan Dr. Mahathir berhenti tetapi saya kata ini adalah hajat keluarga mereka dan hajat dia sendiri dan Datin Dr. Siti Hasmah perlukan suami yang kehilangan selama 22 tahun.

Walau bagaimanapun dalam perjalanan pulang saya berpura-pura tidur kerana ada yang lain datang dan juga meminta kepada saya supaya bercakap kepada Tun Dr. Mahathir supaya tidak berhenti, ini keperluan yang kita rasakan sungguh menakjubkan, memerhatikan negarawan kita yang tidak asing daripada negara-negara Islam. Cuma pengalaman saya yang singkat apabila Yang Berhormat Perdana Menteri Bahrain datang ke mari dan saya pula kebetulan menjadi menteri pengiringnya.

Saya pergi jumpa High Commission menanyakan siapa profil orang ini. Rupa-rupanya orang ini bengis orangnya, tall dark and handsome dan saya ingatkan dia daripada Al-Azhar tetapi dia daripada Cambridge, ha ini Perdana Menteri Bahrain. Dia sungguh takjub apabila melihat bangunan tinggi-tinggi dan apabila beliau melihat bangunan tinggi, dia keluarkan tasbih dari jubahnya, Subhanallah dan sebagainya. Masuk hari kedua saya pun bawa tasbih juga. Apabila dia kata Subhanallah, saya kata Alhamdulillah. Jadi dia sungguh takjub dan apabila kita memberikan penerangan, dia tidak percaya bahawa MSC itu disiapkan dalam masa 89 hari, dia tidak percaya kerana di negara dia, buat bangunan yang tidak berapa tinggi pun memakan masa 13 tahun.

Jadi di sinilah dia menyatakan kehairanan dia, kehebatan orang Malaysia dalam menangani isu-isu pembangunan. Jadi setelah memberikan Doktor Kehormat daripada UIA, dalam perjalanan pulang dia bercakap kepada saya, “Yang Berhormat, saya tahu bahawa membangunkan negara ini bukannya senang tetapi oleh kerana seorang negarawan di Malaysia ini, maka negara ini dapat maju jika dibandingkan dengan negara Islam yang lain”. Terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Page 61: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

56 DN.4.11.2003

Rang Undang-undang dibacakan bagi kali yang kedua.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2003 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu telah dipersetujukan tanpa pindaan.

Mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 53(2) Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Negara, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2003 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG DEMUTUALISASI (BURSA SAHAM KUALA LUMPUR) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.30 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Dr. Ng Yen Yen]: Tuan Yang di-Pertua, Saya memohon mencadangkan Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi mengubah Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL daripada sebuah Syarikat Berhad menurut jaminan kepada Syarikat Awam Berhad menurut syer dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara bersampingan dan berkaitan dengannya dibaca untuk kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, BSKL yang ditubuhkan pada tahun 1973 adalah merupakan sebuah syarikat berhad yang dijamin oleh ahli-ahlinya, yang terdiri daripada syarikat broker saham. Struktur BSKL yang ada sekarang sudah tidak sesuai lagi untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam persekitaran perniagaan global yang dinamik dan berdaya saing. Bagi membolehkan BSKL dapat beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan sebagai pasaran dagangan pelbagai sekuriti, BSKL perlu disusun semula.

Langkah untuk menyusun semula BSKL memerlukan satu undang-undang baru digubal iaitu Akta Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003. Demutualisasi adalah merujuk kepada proses untuk menukar struktur BSKL daripada syarikat berhad yang dijamin oleh ahli-ahlinya kepada sebuah syarikat berhad yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham. Demutualisasi BSKL adalah salah satu perakuan penting di bawah Pelan Induk Pasaran Modal untuk meningkatkan lagi pembangunan pasaran modal Malaysia. Langkah demutualisasi BSKL adalah perlu atas sebab-sebab strategik, di antaranya manfaat yang besar kepada pasaran modal dan ekonomi Malaysia untuk menjadikan BSKL lebih efisien serta berdaya saing dan membolehkan saham BSKL dimiliki oleh ramai pelabur.

Cadangan tersebut dibuat atas inisiatif BSKL setelah mendapat pandangan daripada semua pihak yang mempunyai kepentingan di dalam BSKL termasuk syarikat-syarikat broker saham, syarikat-syarikat tersenarai, pelabur-pelabur institusi dan pengurus

Page 62: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 57

dana. Demutualisasi BSKL adalah selaras dengan perkembangan yang berlaku di pasaran-pasaran antarabangsa yang lain seperti Bursa-bursa Saham Toronto, Hong Kong, Singapura dan Australia. Dasar dan rangka kerja perundangan digubal dan disediakan setelah kajian yang mendalam dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan BSKL.

Tuan Yang di-Pertua, selepas demutualisasi, BSKL mempunyai kedudukan yang sesuai untuk menyusun semula operasi dan melaksanakan strategi-strategi perniagaan yang berorientasikan komersial supaya mampu bersaing dengan bursa-bursa serantau. Strategi-strategi tersebut dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan kerana selepas demutualisasi BSKL akan dimiliki oleh lebih ramai orang yang berkepentingan dengan izin, stake holders termasuklah pemegang-pemegang saham dan pelabur yang terlibat secara langsung dengan pasaran. Dengan itu BSKL menjadi lebih fleksibel dalam membuat keputusan termasuklah untuk menggunakan pasaran modal bagi mengembangkan modal asasnya, memperluaskan bidang dan segala operasinya, untuk menangani cabaran dan saingan global serta meningkatkan inovasi teknologi.

Proses demutualisasi BSKL bukan sahaja memerlukan penggubalan undang-undang baru iaitu Akta Demutualisasi BSKL 2003 tetapi juga pindaan undang-undang sekuriti yang lain iaitu Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 atau SCA, Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA), Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (FIA) dan Akta Perindustrian Sekuriti Depositori Pusat 1991 ( SICDA).

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003 yang dicadangkan adalah bertujuan untuk menukar status BSKL daripada sebuah syarikat mengikut jaminan atau limited by guarantee, dengan izin, kepada sebuah syarikat mengikut saham atau limited by share, dengan izin. Struktur korporat BSKL yang baru mempunyai dua perubahan yang penting:-

(i) BSKL tidak lagi mengehadkan ahli-ahli yang diberikan hak untuk menjalankan aktiviti dagangan di Bursa, di sebaliknya dalam struktur baru, BSKL akan dimiliki oleh pemegang saham dan orang ramai terutama sekali setelah saham-sahamnya disenaraikan; dan

(ii) mewujudkan pemisah yang jelas di antara hak-hak pemilikan dan hak untuk menjalankan aktiviti dagangan di BSKL. Pada masa ini tiada pemisahan di antara pemilik dan hak untuk menjalankan aktiviti dagangan bagi memastikan hak pemilikan dan hak penyertaan dalam perdagangan di BSKL dipisahkan.

Status syarikat-syarikat anggota di dalam BSKL perlu ditentukan terlebih dahulu. Sehubungan itu Fasal 6 Rang Undang-undang memperuntukkan dengan jelas bahawa syarikat-syarikat anggota BSKL akan terus diiktiraf sebagai peserta dalam organisasi ini selepas pertukaran status BSKL. Peruntukan ini juga mengekalkan pengiktirafan ke atas status individu-individu yang bekerja dengan syarikat atau bagi pihak syarikat anggota tersebut.

Bagi tujuan pertukaran status BSKL ini, Fasal 3 telah menetapkan beberapa prasyarat yang perlu dipatuhi termasuklah syarat menyerah simpan dengan Pendaftar Syarikat, dokumen-dokumen iaitu kelulusan daripada Menteri Kewangan dan SC, memorandum dan artikel yang telah dipinda, salinan resolusi khas yang meluluskan pertukaran serta maklumat tentang bilangan dan jenis saham yang akan diterbitkan. Selepas kesemua prasyarat dipenuhi, Menteri Kewangan boleh mewartakan tarikh ianya berkuat kuasa melalui peruntukan yang disediakan di dalam rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, kesan daripada pertukaran status BSKL dinyatakan secara khusus di dalam Fasal 4 Rang Undang-undang di mana status BSKL sebagai sebuah syarikat mengikut jaminan akan dibatalkan. Syer mengundi di dalam BSKL juga akan diberikan kepada pihak yang ditentukan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti berikut:

- syarikat-syarikat broker saham - 30% - Menteri Kewangan Diperbadankan - 30% - Dana Pembangunan Pasaran Modal - 30%

Page 63: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

58 DN.4.11.2003

- remisier - 10% Jumlah: 100%

Peruntukan nilai tersebut dibuat setelah mengambil kira sumbangan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat untuk membangunkan BSKL dan pasaran modal sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebahagian besar mereka telah memberi sumbangan secara tidak langsung seperti pihak syarikat tersenarai dan para pelabur. Oleh kerana sumbangan mereka tidak dapat ditentukan dengan tepat, kadar pengagihan yang terbaik juga tidak dapat dibuatkan.

Dalam hubungan ini keputusan telah dibuat untuk menubuhkan Dana Pembangunan Pasaran Modal atau Capital Market Development Fund, dengan izin.. Secara umumnya dana ini adalah bertujuan untuk membiayai usaha-usaha bagi membangun dan mempromosikan pasaran modal Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 8 memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menamakan sebuah subsidiari milik penuh BSKL untuk menjadi syarikat penerima pindahan atau transferee, dengan izin..

Apabila penstrukturan BSKL dilakukan, bursa yang ditukarkan statusnya akan menjadi sebuah syarikat pegangan dengan izin, a holding company, manakala bursa saham akan beroperasi sebagai subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat pemegang bursa. Memandangkan bursa saham memerlukan pelbagai aset untuk terus beroperasi, Fasal 9 Rang Undang-undang memperuntukkan pemindahan dan peletakan hak terhadap harta-harta yang ditentukan daripada BSKL kepada syarikat penerima pindahan. Peruntukan ini adalah perlu supaya pemindahan dan peletakan hak harta disempurnakan tanpa perlu melalui peraturan yang tersepit, yang mengambil masa dan memerlukan kos yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, demutualisasi BSKL tidak memberi kesan kepada kelancaran operasi BSKL dan perkara ini dinyatakan dalam Fasal 7 di mana pertukaran BSKL tidak akan membentuk satu entiti undang-undang yang baru dan tidak memberi kesan kepada identiti dan kesinambungan BSKL yang sedia ada. Selain itu, bagi memastikan kelulusan yang telah diberikan kepada BSKL sebelum dikekalkan dan BSKL boleh meneruskan operasi tanpa sebarang gangguan.

Fasal 10 memperuntukkan agar kelulusan yang diperoleh daripada Menteri Kewangan di bawah Seksyen 8 Akta Perindustrian Sekuriti 1983 adalah dianggap telah dipindahkan daripada syarikat pemegang bursa kepada syarikat penerima pindahan iaitu syarikat yang akan menjalankan fungsi bursa saham.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya Rang Undang-undang Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003 ini adalah bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi mengubah status BSKL kepada sebuah syarikat berhad menurut syer, memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk melantik syarikat penerima pindahan dan tarikh-tarikh untuk mengubahkan dan ‘pemindahhakkan’, menyediakan peruntukan bagi memastikan pelancaran proses pendemutualisasikan BSKL secara menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, demutualisasi ini akan membawa satu era baru kepada visi Malaysia untuk meningkatkan taraf pasaran modal supaya boleh lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa serta meletakkan pasaran modal Malaysia setaraf dengan pasaran modal negara-negara maju yang lain. Saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perubahan Bursa Saham Kuala Lumpur kepada suatu syarikat berhad menurut jaminan kepada sesuatu syarikat awam berhad menurut syer dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dan berkaitan

Page 64: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 59

dengannya dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Sila, Yang Berhormat Tuan Ratnam.

4.44 ptg.

Tuan M. Ratnam: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana telah diberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang demutualisasi Bursa Saham Kuala Lumpur 2003.

Tuan Yang di-Pertua, setelah saya meneliti dan mengkaji rang undang-undang ini yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, saya yakin bahawa langkah untuk demutualisasikan Bursa Saham Kuala Lumpur adalah satu langkah yang penting dan tepat pada masanya.

Prestasi dan kesihatan sebuah bursa saham secara langsung menentukan kekuatan ekonomi sesebuah negara. Nilai simpanan dan pelaburan rakyat kita bergantung kepada kekuatan bursa. Syarikat-syarikat korporat kita juga perlukan bursa yang berprestasi tinggi supaya mereka dapat menjanakan dana atau, dengan izin, raised capital dengan lebih efisien dan tidak hanya bergantung kepada pinjaman bank.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya dunia sekarang semakin berubah. Saingan di antara pasaran-pasaran untuk menarik pelaburan sama ada pelaburan saham mahu pun pelaburan terus FDI, dengan izin, semakin sengit. Sekarang bursa-bursa dari Eropah Timur dan Amerika Selatan semakin aktif menarik peminat pelabur-pelabur yang pada dekad tahun 90-an, 1990’s, dengan izin, hanya tertarik kepada pasaran-pasaran di rantau Asia. Ini bererti BSKL perlu mengubah sikap dan cara pengurusan mereka dan memberi lebihan perhatian kepada aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi untuk menarik perhatian dan selanjutnya pelaburan dana dari seluruh dunia.

Sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai prospek pembangunan yang kukuh, berlandaskan sistem politik yang stabil, seharusnya Malaysia menjadi destinasi pelaburan utama tetapi pada hakikatnya siapakah sebenarnya yang memikul tanggungjawab memasarkan dan mempromosi nama Malaysia kepada dunia pelaburan? Syarikat Broker Saham atau bank saudagar tempatan? Mereka hanya menumpu kepada pelanggan tempatan.

Kita tidak boleh bergantung kepada bank-bank asing, kerana mereka tidak selalu menitik berat Malaysia atau mempunyai gambaran sebenar situasi negara ini, oleh itu, kita sememangnya perlukan organisasi seperti BSKL untuk memikul tanggungjawab ini kerana mereka mempunyai imej prestij dan juga perhubungan-perhubungan antarabangsa. BSKL perlu berubah untuk menaikkan daya saing mereka. Mereka perlu lebih aktif untuk menarik minat pelabur-pelabur sedunia. Mereka lebih bijak menggunakan teknologi dan mereka perlu mempelbagaikan instrumen-instrumen baru untuk memenuhi kehendak pelabur yang semakin sofistikated, kalau tidak sudah tentu prestasi BSKL akan merosot dan ekonomi negara akan terjejas.

Pada hakikatnya demutualisasi ini memainkan peranan penting sebagai pemangkin untuk BSKL melalui perubahan-perubahan ini supaya mereka akan menjadi lebih efisien, profesional dan lebih tertumpu kepada kehendak pelanggan-pelanggan mereka serta memainkan peranan mereka sebagai institusi pasaran modal negara.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada BSKL, saya berharap pihak Kementerian Kewangan juga dapat memberi tumpuan kepada peningkatan daya saing syarikat-syarikat broker saham tempatan. Mereka juga perlu melalui proses perubahan dan bersiap untuk menghadapi cabaran globalisasi. Mereka juga perlukan menguatkan operasi mereka melalui penggabungan, meningkatkan penggunaan teknologi dan juga menceburi pasaran luar negara dan tidak hanya meminta perlindungan kerajaan sahaja. Begitu juga dengan para remisiers mereka sepatutnya meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka untuk

Page 65: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

60 DN.4.11.2003

memberi layanan yang lebih bermakna kepada pelanggan-pelanggan mereka, dan bukan hanya setakat mengambil pesanan jual beli saham sahaja.

Melalui proses demutualisasi BSKL ini, syarikat-syarikat broker saham dan para remisiers akan meraih manfaat terus melalui pemilikan saham BSKL yang saya anggar bernilai beratus juta ringgit. Saya berharap pemberian saham ini dapat memberi dorongan kepada industri pasaran modal Malaysia untuk meningkat prestasi masing-masing dan bersiap untuk menghadapi saingan penuh antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu konflik kepentingan awam pula saya berpuas hati dengan kerangka kepentingan awam dengan izin, public interest remark, yang dibentangkan oleh pihak BSKL serta Suruhanjaya Sekuriti yang dapat menangani konflik-konflik yang boleh wujud di antara penumpuan komersial BSKL dan obligasi kepentingan awam. Hakikatnya walaupun konflik-konflik ini sebenarnya tidak boleh dibasmi sepenuhnya, struktur baru yang dicadangkan ini mempunyai lebih sekatan dan imbangan dengan izin, check and balances dan lebih ketelusan dengan izin, transparency daripada struktur mutual BSKL sekarang ini.

Sebagai akhir kata, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti yang telah membentuk pelan induk pembangunan yang jelas dan kukuh, serta memimpin pelaksanaan pembangunan industri pasaran modal Malaysia. Kepada BSKL, saya ucapkan selamat berjaya dan selamat memikul harapan bangsa dan negara. Sebelum saya akhiri perbahasan saya, saya ingin Menteri Kewangan memberi jawapan atas penjelasan kepada 3 soalan yang berikut:

(i) memberi penjelasan mengenai objektif-objektif dana pembangunan pasaran modal dengan izin, capital market development fund yang akan diberikan 30% saham ekuiti BSKL;

(ii) apakah demutualisasi ini akan mengelakkan kejadian seperti di Bursa New York Stock Exchange atau NYSE, satu-satunya bursa besar yang masih belum demutualisasi di mana Pengerusinya Richard Grasso menerima bayaran gaji yang keterlaluan sehingga lebih US140 juta; dan

(iii) apakah perbezaan strategi yang boleh dilihat daripada bursa-bursa yang telah melalui proses demutualisasi seperti Hong Kong, Singapura dan Australia.

Dengan kata-kata ini saya turut menyokong Rang Undang-undang Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003. Sekian terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Dijemput Yang Berhormat Dato’ Mohamad Taha.

4.54 ptg.

Dato’ Mohamad Taha Ariffin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana saya anggap dengan dibentangkan rang undang-undang yang dinamakan Rang Undang-undang Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003 ini, ini adalah satu lagi langkah dalam konteks capital market development pelan yang merangkumi pencaruman bank-bank dan juga saya anggap ini sebagai satu langkah yang amat positif bagi menyediakan Bursa Saham KLSC sebagai sebuah institusi yang dapat dibanggakan.

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan bahawa langkah ini adalah bukan untuk membuat satu rombakan yang begitu radikal tetapi hanya untuk dengan menukar status segala kesinambungan itu tetap di guarantee atau dijamin. Jadi saya mengatakan demikian kerana kalau tidak mungkin juga kalau change atau penukaran itu terlampau radikal, ini mungkin membawa kesan-kesan yang tidak kita inginkan tetapi telah dijamin oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, bahawa segala struktur dan segala kesinambungan dan juga aktiviti-aktiviti program itu adalah terjamin.

Page 66: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 61

Tuan Yang di-Pertua, inilah masa yang tepat sekali bagi saya, bagi KLSC atau Bursa Saham Kuala Lumpur untuk menukarkan bukan sahaja imejnya kerana setakat ini kita mempunyai imej yang amat baik. Sebagai sebuah negara trading nation yang ke-17 atau ke-18 besarnya dalam dunia, maka kesihatan sesebuah bursa saham ini adalah menjadi suatu benchmark atau kayu pengukur kepada kesihatan sesebuah ekonomi. Ini penting kerana di dalam konteks dunia globalisasi yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, di mana competitiveness, sekali lagi petang ini saya menyebut tentang competitiveness, daya saing kita. Kalau kita terlambat di dalam dunia yang dapat menukarkan fund daripada satu negara ke satu negara dalam nanosecond bukan berjam-jam, bukan berhari-hari dalam nanosecond.

Segala keupayaan efficiency yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi, cara kita menguruskan mentadbirkan BSKL ini akan menjadi suatu cutting edge, dengan izin dalam menentukan bahawa Malaysia ini tetap akan menghadapi tahap yang paling competitive. Kalau tidak sekiranya Singapura, Toronto, Hong Kong dan mungkin bursa-bursa lain tadi sudah mulakan program demutualisasi mereka, maka kita ketinggalan dan saya rasa ini adalah satu langkah tidak bijak. Jadi syukur alhamdulillah patut kita ucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana telah mengambil langkah yang bagi saya adalah tepat pada masanya.

Satu lagi aspek Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya jelaskan ialah tentang training. Jikalau kita hendak berdaya saing, dengan mana-mana bursa saham tidak usahlah katakan London, NYSC dan sebagainya. Bahkan di rantau ini di Bangkok, di Taiwan, Taipei segala keupayaan pekerja-pekerja kita ataupun termasuk remiser-remiser untuk mengurus perdagangan mereka dengan lebih baik, lebih efisien,lebih cekap dan lebih amanah sangat-sangatlah diperlukan.

Kita sudah dengar di tempat-tempat yang kononnya dikatakan bertamadun, di bursa-bursa saham yang bertamadun terdapat penyelewengan. Jadi oleh kerana kononnya mereka ini sudah begitu advance, sudah begitu maju sehingga orang lain patut menerajui tetapi dalam aspek ini training ataupun latihan bukan sahaja kepada pegawai-pegawai, bahkan latihan ini hendaklah intensify kan atau diperhebat dan diadakan berkali-kali. Sekali sahaja tidak cukup supaya segala pengetahuan, segala kemahiran dalam bidang ICT, dalam bidang transfer fund dapat kita kekalkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak bercakap panjang kerana saya telah menekankan tadi bahawa competitiveness kita dalam perkara ini adalah suatu perkara yang amat penting. Kalau tidak, kita akan ketinggalan dan yang ruginya bukan sahaja status kita sebagai sebuah negara yang dapat dicontohi oleh dunia-dunia luar, khususnya dunia Islam, cara-cara kita mengendalikan sistem perbankan, sistem bursa saham kita tetapi juga dalam perkara-perkara yang bersangkut paut, auxiliary services yang saya maksudkan dengan perkara-perkara ini.

Jadi, saya sudahkan sokongan saya ini dengan sekali juga mendoakan supaya BSKL akan mendapat kemajuan yang lebih lagi daripada sekarang sejajar dengan kemajuan Malaysia dalam dunia kewangan. Sekian, terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat? Ya, dijemput Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin Fook Weng.

5.01 ptg.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bersama-sama rakan-rakan saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana telah membentangkan rang undang-undang untuk demutualisasi BSKL 2003.

Seperti yang diterangkan oleh rakan-rakan saya yang berucap tadi bahawa dengan berbuat demikian, maka konsep BSKL sebagai satu pasaran yang penting di negara kita dapat dimajukan dengan lebih teratur dan mungkin dengan cara yang lebih tertumpu kepada keperluan-keperluan asas dan dengan itu, maka satu perkembangan yang baik untuk BSKL itu akan sedikit-sebanyak membawa kesan yang baik kepada negara kita.

Page 67: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

62 DN.4.11.2003

Apabila kita melihat rang undang-undang ini sahaja, kita dapati apakah kawalan-kawalan untuk memastikan bahawa perkara-perkara seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tuan Ratnam tadi tidak berlaku. Sebagai contoh, beliau telah menyarankan bahawa di dalam NYSE, maka keterlaluan telah berlaku di mana pengerusinya telah mendapat ganjaran yang terlalu luar biasa dan adakah apabila saya melihat Rang Undang-undang Demutualisasi ini, sama ada perkara semacam ini boleh berlaku di BSKL selepas proses untuk demutualisasi itu sudah selesai.

Apabila saya melihat pindaan-pindaan yang dicadangkan kepada Akta Perindustrian Sekuriti 1983 itu, saya telah meyakinkan diri bahawa ada usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa perkara-perkara semacam itu tidak berlaku. Sebagai contoh, Pengerusi itu dilantik daripada seorang yang dipilih khas oleh Menteri dalam perkara ini dan sungguhpun saya lihat ganjaran dan sebagainya ditetapkan oleh syarikat yang baru ini sendiri tetapi mungkin dari banyak segi, ada kawalan-kawalan yang akan memastikan bahawa perkara semacam yang berlaku di NYSE tidak berlaku di BSKL.

Jadi, selepas melihat rang undang-undang untuk pindaan kepada Akta Perindustrian Sekuriti, maka saya pun lebih yakin bahawa proses ini akan membawa banyak kebaikan pada keseluruhannya kerana Kementerian Kewangan telah mengambil kira semua aspek dan bagi saya, ini adalah satu perkara yang harus dipuji kerana telah mengambil kira segala aspek untuk melindungi kepentingan orang awam. Jadi, satu kategori pengarah yang disebutkan, pengarah kepentingan awam itu akan dilantik dan saya harap apabila dikuatkuasakan, maka kedua-dua undang-undang ini akan dipakai bersama dan akan memberi perlindungan kepada kelakuan-kelakuan yang terlampau yang mungkin berlaku.

Berbalik kepada pindaan yang dicadangkan, saya hanya ingin menyentuh terhadap satu iaitu Seksyen 13(1) iaitu berkenaan dengan kuasa Menteri untuk mencegah anomali. Seperti kita faham apabila sesuatu proses baru itu dijalankan atau dilaksanakan, maka selalunya mungkin ada timbulnya anomali dan ini adalah satu yang harus diambil tindakan yang cepat supaya ia dapat dibetulkan.

Di dalam peruntukan 13(1) ini ada dikatakan di dalam masa empat tahun, maka Menteri ada kuasa membetulkan anomali tetapi apa yang saya kurang memahami ialah kenapa selepas empat tahun, kuasa itu hilang? Apa akan berlaku kalau didapati anomali-anomali selepas empat tahun diguna pakai dalam Akta Demutualisasi ini.

Mungkin kita tidak rasa ada anomali sehingga satu masa yang lebih lama, katakan empat tahun tiga hari kita menghadapi satu masalah. Di subseksyen (2) itu, ia ada mengatakan bahawa tidak membenarkan Menteri itu menjalankan kuasanya selepas luput tempoh empat tahun daripada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini. Ini adalah satu perkara yang saya susah hendak memahami kerana nampaknya tidak ada rasional. Tidak ada rasional kenapa kita sengaja “mengikat tangan” Menteri untuk membetulkan keadaan yang telah wujud tetapi selepas empat tahun, baru rasa ada masalah.

Selalunya kita kata kuasa itu berterusan dan kita selalu bimbang sama ada, ada salah guna kuasa tetapi dalam kes ini nampaknya dengan peruntukan yang ditetapkan dalam pindaan ini, maka kuasa itu hilang. Jadi saya harap ada rasional yang cukup baik yang dapat dijelaskan kepada saya supaya kita dapat memahami kenapa tidak mahu kuasa ini, kenapa mahu anomali itu berterusan dan tidak boleh buat apa selepas empat tahun. Nampaknya mungkin ada sebab. Apabila saya membaca cadangan itu, maka saya tertanya-tanya dari semalam sehingga sekarang, saya pun belum dapat jawapan kenapa diadakan peruntukan.

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua yang saya maksudkan dan pada keseluruhannya seperti saya katakan ini akan memastikan bahawa BSKL kita masuk lagi ke satu fasa perkembangan yang baru dan ini ialah untuk kebaikan semua pihak dan saya bersetuju dengan cara-cara untuk pengawasan yang baik. Kita mahu ketulusan, kita mahu satu perkembangan yang teratur dan dengan tindakan-tindakan yang dicadangkan di dalam akta-akta lain yang ada kaitan, maka saya yakin kita akan mencapai hasrat ini. Dengan itu,

Page 68: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 63

saya menyokong pindaan kepada Rang Undang-undang Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur ) 2003. Terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Ya, sila Yang Berhormat.

5.13 ptg.

Puan Lim Kee Moi: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003. Tahniah saya ucapkan kepada Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Yang Berhormat Dato’ Dr. Ng Yen Yen kerana baru-baru ini Yang Berhormat dapat gelaran Dato’ daripada Sultan Pahang.

Tahniah sekali lagi….[Tepuk] Saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan atas inisiatif merubah Bursa Saham Kuala Lumpur daripada suatu syarikat berhad menurut jaminan kepada satu syarikat awam berhad menurut syer. Soalan saya, apakah faedah dari segi kewangan yang akan tercapai dengan sistem baru ini. Dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang Demutualisasi 2003. Terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Dijemput Datuk Hajah Dayang Mahani.

5.13 ptg.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Pg. Haji Ahmad Raffae: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya kesempatan untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang De… mu…[Tergagap-gagap menyebutkan perkataan demutualisasi] Susah hendak sebut perkataan.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Demutualisasi

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Pg. Haji Ahmad Raffae: De…mutualisasi

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: ….mutual dulu.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Pg. Haji Ahmad Raffae:… Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003 di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) adalah sebuah organisasi kawal selia sendiri yang mentadbir pengendalian syarikat anggota dan syarikat broker saham anggota dalam urus setia sekuriti. Menguatkuasakan keperluan penyenaraian dan yang menentukan standard penyenaraian dan pendedahan untuk dikekalkan oleh syarikat awam tersenarai dan yang juga bertanggungjawab bagi pengawasan pasaran.

Walaupun sejarah BSKL hanya bermula pada tahun 1930-an, bursa ini seperti yang kita kenali pada hari ini telah ditubuhkan dalam tahun 1973 untuk menyediakan tempat pasaran pusat untuk membeli dan menjalankan perniagaan urus niaga saham, bon dan berbagai-bagai- sekuriti syarikat lain yang tersenarai di Malaysia. Hubungan kukuh di antara BSKL dan Stock Exchange of Singapore atau SES pada masa itu dinamakan syarikat yang ditubuhkan di Malaysia juga disenaraikan dan diurusniagakan melalui SES dan begitu bagi syarikat-syarikat yang ditubuhkan di Singapura.

Kejayaan penting BSKL dicapai dalam tahun 1990 dengan tersenarainya syarikat-syarikat yang ditubuhkan di Singapura daripada BSKL dan juga syarikat-syarikat yang ditubuhkan di Malaysia, disenaraikan daripada SES. Langkah ini menggalakkan perkembangan BSKL sebagai bursa saham dengan identiti Malaysia sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, sejak dari dulu, BSKL telah mencapai prestasi yang memberangsangkan. Prestasi baik sedemikian turut dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi negara yang konsisten terutamanya sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Pada ketika itu prestasi BSKL berada pada tahap yang sangat baik dan menyebabkan peningkatan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia sehinggalah pada satu tahap di mana ekonomi Malaysia secara konsistennya berada di sekitar 8% hingga 10%.

Ekonomi kita telah diserang dan disebabkan berlakunya kegawatan ekonomi prestasi BSKL juga turut mengalami kesannya. Selepas kegawatan berakhir hasil daripada langkah fiskal yang dilaksanakan oleh kerajaan, ekonomi negara kembali pulih secara beransur-ansur. Kesan daripada ini juga turut dirasai oleh BSKL dan yang terbaru, prestasi

Page 69: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

64 DN.4.11.2003

BSKL dikatakan telah pun menghampiri 800 mata. Prestasi sedemikian sememangnya penting kepada ekonomi negara khususnya untuk memastikan keyakinan para pelabur terhadap suasana ekonomi di negara ini sentiasa berada pada tahap yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada rang undang-undang yang kita bahaskan pada hari ini, pada dasarnya saya menyokong langkah untuk merubah status BSKL daripada sebuah syarikat berhad menurut jaminan kepada syarikat awam berhad menurut syer. Ini kerana BSKL pada masa kini lebih sesuai didaftar atas status tersebut dan juga atas segala operasinya, ia sebenarnya lebih kepada imej sebagai sebuah syarikat awam berhad menurut syer. Walau bagaimanapun, disebabkan sebelum daripada penubuhan ini, BSKL adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan sepanjang ia memegang status tersebut, berbagai cabaran telah ditempuhinya termasuklah yang paling teruk iaitu pada tahun 1997.

Namun BSKL sehingga kini masih mampu lagi bertahan malah boleh menunjukkan prestasi yang membanggakan sehingga mampu mengekalkan keyakinan para pelabur untuk terus melabur di negara ini. Oleh itu prestasi inilah yang perlu kita kekalkan dan seboleh-bolehnya lebih baik daripada ini, apabila nanti BSKL telah bertukar kepada sebuah syarikat awam berhad menurut syer. Di samping itu saya turut berminat untuk menyentuh beberapa perkara yang ditimbulkan dalam rang undang-undang khusus untuk merubah status BSKL ini.

Pertama, saya ingin memohon penjelasan lanjut berkenaan dengan salah satu daripada kesan perubahan ini iaitu yang berkaitan dengan perkara liabiliti. Dalam hal ini, adakah liabiliti yang dimaksudkan terlupus ini terhad kepada liabiliti tertentu sahaja ataupun melibatkan keseluruhan liabiliti yang ditanggung sebelum penubuhan ini berlaku dan adakah liabiliti ini terlupus secara automatik, serentak dengan berlakunya perubahan BSKL ataupun ada lagi prosedur-prosedur lain yang perlu diikuti untuk melupuskan liabiliti tersebut.

Kedua, berkenaan dengan pindaan yang akan dibuat ke atas memorandum dan perkara-perkara persatuan, adakah setelah pindaan dibuat ke atas memorandum dan perkara-perkara persatuan, BSKL secara automatiknya akan berubah menjadi syarikat saham berhad menurut syer atau perlu lagi diserahkan kepada menteri yang berkenaan untuk kelulusan daripada pihaknya dan kemudian itu, barulah dihantar kepada pendaftar untuk kelulusannya pula.

Ketiga, berkenaan dengan perkara kekebalan ke atas menteri, Suruhanjaya Pendaftar dan Bursa serta pegawai-pegawainya, adakah kekebalan ini sememangnya diperuntukkan sejak sebelum daripada perwujudan Rang Undang-undang Demutualisasi (BSKL) ini atau ianya satu perkara baru dalam akta ini. Adakah kekebalan ini mempunyai had-had tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, dengan mengemukakan beberapa soalan di atas, saya mengharapkan penjelasan lebih lanjut dapat diberikan sebagai langkah persediaan pengukuhan BSKL sebagai sebuah syarikat awam berhad menurut syer yang mampu memberikan prestasi yang lebih baik, terutamanya ke atas pertumbuhan ekonomi negara. Sekian, saya mohon menyokong.

Puan Mariah binti Haji Abdullah: [Bangun]

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Hendak ambil bahagian, silakan.

5.21 ptg.

Puan Mariah binti Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas ruangan dan peluang yang diberi kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003. Saya amat tertarik dengan rang undang-undang ini yang di akhirnya akan menjadi pemantapan pasaran modal di negara ini. De… mutua… [Tergagap-gagap menyebut perkataan demutualisasi]….

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Tidak apa, sebut bahasa Melayu pun tidak apa.

Page 70: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 65

Puan Mariah binti Haji Abdullah: …..akan menjadikan BSKL sebagai sebuah institusi senarai awam. Saya percaya demutualisasi akan membentuk model baru BSKL yang dinamik. Demutualisasi BSKL merupakan salah satu perakuan penting di bawah Pelan Induk Pasaran Modal untuk meningkatkan lagi pembangunan pasaran modal negara ini. Saya percaya keputusan untuk demutualisasi BSKL bukan dilakukan secara tergesa-gesa. Sebaliknya, melalui perancangan yang teliti. Ia dibuat berasaskan keperluan untuk meningkatkan kewujudan pasaran modal negara supaya lebih cekap dan berdaya saing.

Tuan Yang di-Pertua, demutualisasi BSKL mencerminkan satu pencapaian penting dalam pasaran modal Malaysia. Tidak ada pihak yang patut menolak demutualisasi dalam menghadapi cabaran globalisasi ini. Keadaan pasaran yang mencabar serta persaingan sengit untuk perniagaan, bermakna bursa-bursa di seluruh dunia perlu meneliti semula tentang bagaimana mereka menghasilkan nilai bagi pelanggan-pelanggan mereka iaitu pelabur, penerbit dan pengantara.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap melalui demutualisasi, bursa akan dapat mencorakkan semula operasi perniagaan mereka dan memulakan perubahan yang fundamental mengenai kedudukan strategik untuk memenuhi kehendak pemegang kepentingan ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Saya rasa memang susah ini… Demutualisasi….! Tidak apa, ini pun yang menteri pilih, undang-undang yang susah-susah namanya. Ada lagi hendak ambil bahagian?

Datuk Nor Azah binti Awin: [Bangun]

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Ya, silakan Yang Berhormat.

5.24 ptg.

Datuk Nor Azah binti Awin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana membuat penstrukturan semula Bursa Saham Kuala Lumpur kepada yang berbentuk limited by guarantee dengan izin, kepada limited by share. Sistem ini bukanlah sistem baru sebenarnya dalam dunia kewangan dan ekuiti antarabangsa. Ia telah dilaksanakan di beberapa negara. Umpamanya di Toronto, di Hong Kong, di Singapura dan juga di Australia. Jadi, sehubungan dengan itu, izinkan saya untuk mendapatkan beberapa penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.

Memandangkan model ini bukanlah model yang baru, telah dibuat dan telah dilaksanakan di beberapa buah negara, adakah pihak kementerian telah menjalankan kajian yang terperinci ke atas pelaksanaan sistem ini di negara-negara tersebut. Kita juga saya rasa dapat tahu bahawa pelaksanaan sistem sebegini bukanlah selicin sebagaimana yang kita jangkakan. Ada beberapa problem atau masalah yang dihadapi. Jadi, dari segi kajian yang telah dibuat, apakah bentuk-bentuk masalah tersebut dan adakah masalah tersebut diambil kira dalam penggubalan atau dalam membuat keputusan ini dan seterusnya dalam langkah untuk melaksanakan proses demutualisasikan………

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: [Ketawa]

Datuk Nor Azah binti Awin: Hari ini semua istilah payah ya, Tuan Yang di-Pertua?

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Demutualisasi.

Datuk Nor Azah binti Awin: …….demutualisasikan Bursa Saham Kuala Lumpur ini.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Demutualisasi.

Datuk Nor Azah binti Awin: Saya rasa semuanya kena training nya……..

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Jangan bunyikan huruf ‘t' itu.

Page 71: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

66 DN.4.11.2003

Datuk Nor Azah binti Awin: Demutualisasikan. Kita juga kepada Tuan Yang di-Pertua, diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, tahniah juga Datuk Dr. Ng. Yen Yen atas pingat yang baru didapati...[Tepuk] Tadi MCA yang bercakap, sekarang UMNO yang bercakap…

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Bukan pingat ya, bintang.

Datuk Nor Azah binti Awin: Ya?

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Bintang ya. Pingat lain!

Datuk Nor Azah binti Awin: Bintang, ya.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Bintang kebesaran.

Seorang Ahli: Darjah kebesaran.

Datuk Nor Azah binti Awin: Darjah kebesaran.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Darjah kebesaran.

Datuk Nor Azah binti Awin: Ya.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Teruskan.

Datuk Nor Azah binti Awin: Minta maaf, sebentar Tuan Yang di-Pertua…

Seorang Ahli: Siaran tergendala.

Datuk Nor Azah binti Awin: Siaran tergendala… [Ketawa]

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Gangguan.

Datuk Nor Azah binti Awin: Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah demutualisasi ini? Saya ingin juga memberi semula maknanya kerana mungkin apa Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu tadi secara terus-menerus, maka kita hendak mengambil kembali apa makna sebenarnya.

Ia adalah proses untuk menukar struktur daripada struktur yang dijamin oleh ahli-ahlinya kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham yang juga membolehkan saham BSKL dimiliki oleh ramai pelabur. Beberapa soalan yang saya ingin beri kepada pihak kementerian, pihak kerajaan, dari segi aspek-aspek yang tidak disentuh oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tadi. Kalau kita merujuk kepada Fasal 4, syer mengundi di dalam BSKL yang baru, yang akan disenaraikan, akan diberikan kepada pihak yang ditentukan mengikut peratusan yang telah ditetapkan.

Ini bermakna, syarikat-syarikat broker saham adalah 30%, Menteri Kewangan yang diperbadankan atau MOF incorporate juga 30%, dana pembangunan pasaran modal juga 30% dan pihak-pihak remiser 10%. Ini bermakna, bahawa hak mengundi tidaklah selaras dengan pemegangan saham.

Soalan saya ialah, sementara peratusan syer mengundi telah ditetapkan, apakah tingkat minimumnya pihak-pihak tersebut harus memegang dari segi peratusan pemegangan saham selepas disenaraikan? Adakah peratusan akan selari selaras dari segi purata, bermakna setelah diambil kira peratusan float di dalam sesuatu syarikat yang akan disenaraikan di BSKL. Soalan saya yang kedua ialah, jika orang awam atau pelabur-pelabur perseorangan……

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Datuk Nor Azah, boleh sambung besok?

Datuk Nor Azah binti Awin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Kita suka hendak melihat Yang Berhormat Timbalan Menteri hadir lagi besok dengan fesyen pakaian yang lebih baik… [Ketawa]

Datuk Dr. Ng. Yen Yen: [Senyum]

Page 72: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA fileBil. 18 Selasa 4 November 2003 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

DN.4.11.2003 67

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya menangguhkan Sidang Mesyuarat pada hari ini dan disambung hingga hari esok, jam 10.00 pagi.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.