parliamentary debates · timbalan menteri pendidikan [datuk dr, fong chan onn]: tuan yang...
TRANSCRIPT
PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN RAKYATHouse of Representatives
PARLIMEN KELAPANParliament Eighth
PENGGAL KETIGAThird Session
Jilid III Bil. 46 Hari Selasa 16hb November, 1993
KANDUNGAN
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)
RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-undang Perbekalan 1994 (Ruangan 41)
USUL:
Anggaran Pembangunan 1994 (Ruangan 41)
DR.16.11.93 - 1 -
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Selasa, 16hb November, 1993
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua menpengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
IJAZAH KEDOKTORAH UNIVERSITI TAIWAN - PENGIKTIRAFAN
1. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) memandangkan penuntut-penuntut negara kita tidaklagi diberikan peluang untuk mengikuti kursusperubatan dan kedoktoran di India akibatperintah larangan Mahkamah India baru-baru ini,adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk meng-iktirafkan ijazah kedoktoran universiti dariTaiwan; dan
(b) jika ya, bilakah pengiktirafan ini dikuatkuasa-kan dan berapa universiti dari Taiwan telahdiiktirafkan dan apakah syarat-syarat yang akandikenakan ke atas graduan perubatan dari Taiwansebelum sijil amalan dikeluarkan; dan
(c) jika tidak, apa sebab-sebabnya.
Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr, Fong Chan Onn]: Tuan
Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu larangan
Mahkamah India terhadap kemasukan penuntut-penuntut perubatan dari
luar negara, termasuk Malaysia, ke negara tersebut tidak ada kaitan
dengan isu pengiktirafan ijazah kedoktoran dari negara~negara lain,
termasuk Taiwan.
Kini pihak Majlis Perubatan Malaysia telah memberi status
sebagai 'approved colleges' kepada 7 fakulti atau kolej perubatan
dari Taiwan. Graduan-graduan dari kolej-kolej tersebut selepas
DR.16.11.93 - 2 -
mereka memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis Perubatan
Malaysia boleh, dengan izin, practice medicine di Malaysia.
Selanjutnya, Kerajaan telah membuat keputusan supaya kajian dijalan-
kan untuk mengkaji kemungkinan memperluaskan proses pengiktirafan
tersebut.
Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Sekarang ini terdapat 2 buah lagi kolej swasta, salah satunya
dinamakan International Medical College (IMC). Adakah kedua-dua
kolej swasta ini bukan sahaja menjalankan kursus MBBS, tetapi juga
seperti kursus specialist yang bersamaan dengan MRCP ataupun MRCS?
Yang kedua, berapakah bilangan penuntut tempatan yang diberikan
tempat dalam kedua-dua kolej swasta ini? Adakah penuntut-penuntut
asing juga diberikan tempat untuk mengikuti kursus kedoktoran di
sini?
Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua kolej
yang diberi izin oleh Kementerian Pendidikan melaksanakan program
ijazah perubatan melalui twinning programme, sepertimana yang telah
saya memberitahu Dewan yang mulia ini ialah International Medical
College (IMC) dan Asean Medical College, kedua-dua kolej itu diberi
kebenaran untuk menjalankan program bagi calon-calon mengikuti MBBS
sahaja. Pada masa kini belum ada cadangan untuk melaksanakan
program-program 'post-graduate'.
IMC bercadang dan telah mengambil 80 calon untuk mengikuti
kursus tersebut pada tahun ini. Pada masa sekarang Asean Medical
College itu belum bermula proses pengambilan calon-calon.
DR.16.11.93 - 3 -
Tuan Chian Heng Kai: Soalan tarabahan, Tuan Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan pengiktirafan ijazah perubatan dari Universiti
Taiwan, bolehkah Timbalan Menteri memberitahu Dewan ini apakah
keadaan terbaru? Adakah Kerajaan telah menghantar satu rombongan
pergi ke Taiwan untuk mengkaji perkara ini? Apakah pendirian
Kementerian Pendidikan terhadap perkara ini?
Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana
yang saya telah terangkan tadi bahawa Kabinet telah bercadang untuk
menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji soal kemungkinan
memperluaskan proses pengiktirafan dan Kementerian Pendidikan akan
mengikuti cadangan Jawatankuasa Khas tersebut.
Tuan Chian Heng Kai: Saya bertanya sama ada rombongan kita
telah pergi ke Taiwan atau tidak? Itu pertanyaan saya. Sudahkah
pergi atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Cukuplah, Yang
Berhormat.
Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa
Khas tersebut telah dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya
untuk mempercepatkan proses tersebut.
DR.16.11.93 - 4 -
DBKL - MASALAH SETINGGAN MENJELANG TAHUN 2000
2. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Perdana Menteri menyata-kan:-
(a) apakah langkah-langkah yang telah ditetapkanoleh DBKL untuk menentukan Kuala Lumpur bebasdari setinggan pada tahun 2000;
(b) adakah DBKL telah mengenalpasti bilangan kilang-hilang haram dan apakah tindakan-tindakan untukmengatasinya; dan
(c) adakah Kerajaan telah menjangka kesan negatifdan positif untuk dasar penghapusan setinggandari kaca mata politik, ekonomi dan sosialnyapada tahun 2000 sedangkan pembangunan perumahantidak setimpal dengan permintaan rakyat ter-utamanya mereka yang miskin yang tinggal dikawasan-kawasan setinggan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato1 Drs
Suleiman bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dan akan mengambil
langkah-langkah positif untuk memastikan Kuala Lumpur
bebas daripada setinggan di satu hari nanti. Di antara
langkah-langkah tersebut ialah:-
(i) mendapatkan maklumat semasa mengenai jumlah
penduduk setinggan, taburan kawasan, jumlah
unit dan taraf sosio-ekonomi melalui
bancian semula setinggan 1992;
(ii) mengenalpasti kawasan-kawasan setinggan
yang menduduki tanah-tanah Kerajaan;
DR.16.11.93 - 5 -
(ill) mengenalpasti tapak-tapak yang berpotensi
untuk dimajukan sebagai kawasan penempatan
semula setinggan. Buat masa ini Pelan-
pelan Tindakan bagi kawasan-kawasan yang
dipilih telah pun disediakan;
(iv) setelah tapak diperolehi, DBKL akan membuat
permohonan kepada Kerajaan untuk mendapat-
kan peruntukan bagi memajukan tapak
tersebut; dan
(v) membuat kertas kerja mencadangkan cara-cara
yang baik untuk melaksanakan projek-projek
tersebut di atas, termasuk mencari tapak
alternatif untuk memindahkan setinggan
terlibat dan menempatkan mereka semula
apabila projek tersebut siap.
DR.16.11.93 - 6 -
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengenalpasti bilangan
kilang-kilang haram di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam
bancian terakhir sebanyak 50% daripada jumlah 5,000 kilang di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah kilang haram.
Setelah membuat penilaian, beberapa tindakan dan program telah
disediakan bagi mengurangkan jumlah kilang-kilang haram ini. Di
antara tindakan dan program tersebut ialah:-
(a) menyediakan strategi dan program pelaksanaan bagi jangka
masa 10 tahun;
(b) mengenalpasti tapak-tapak yang sesuai untuk pembangunan
kawasan industri terutama sekali industri jenis kecil dan
sederhana;
(c) menyediakan pelan-pelan cadangan;
(d) memohon peruntukan kewangan daripada Kerajaan Pusat; dan
(e) membuat permohonan untuk mendapatkan tanah-tanah Kerajaan
bagi tujuan penempatan kilang-kilang yang sesuai.
Belanjawan untuk tahun 1994 telah memberi sokongan dari segi
ekonomi untuk meluaskan lagi pembangunan rumah kos rendah dengan
mengadakan berbagai insentif yang menarik bagi pemaju yang ingin
membangunkan rumah jenis kos rendah.
Dengan langkah-langkah di atas, adalah diharapkan kesan yang
positif akan diperolehi dalam usaha kita menghapuskan kawasan
setinggan di Kuala Lumpur.
DR.16.11.93 - 7 -
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Tuan Yang
di-Pertua, soalan tambahan. Tentang rumah kos rendah, kalau kita
lihat di Kuala Lumpur oleh kerana harga tanahnya agak tinggi,kadang-
kala banyak pemaju-pemaju perumahan tidak berminat untuk membangun-
kan rumah kos rendah. Oleh kerana inilah kaedahnya adakah Kerajaan
bercadang mengenakan syarat supaya semua pembangunan (development)
di Kuala Lumpur diadakan rumah kos rendah ataupun sekurang-kurangnya
sebagai satu tanggungjawab sosial membuat satu sumbangan untuk rumah
kos rendah ini?
Dato' Drs Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, adalah
benar bahawa sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun pihak-
pihak swasta menghadapi (masalah dari segi membangun flat-flat kos
rendah. Ini di segi kos pembangunan. Ini adalah kerana dengan
kekurangan tanah di Wilayah Persekutuan, memikirkan bahawa nilai
tanah adalah tinggi kerana terbatasnya atau kekurangan tanah
Kerajaan, oleh kerana itu kos seunit pembangunan rumah kos rendah
adalah melebihi RM25.000. Kos ini telah meningkat antara RM35,000
seunit dan RM44.000 seunit. Bagaimanapun, dasar yang telah ditetap-
kan oleh Kerajaan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adanya mixed
development di mana cross subsidy berlaku antara perumahan kos
tinggi dan sederhana yang membantu bagi kos rendah hingga memboleh-
kan jualan seunit rumah kos rendah walaupun kosnya tinggi seperti
saya sebut tadi, tetapi dengan, harga RM25.000. Bagi setiap
pembangunan, syarat yang dikenakan oleh Kerajaan kepada pihak pemaju
hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya 302 rumah kos rendah di
dalam pembangunan tersebut.
DR.16.11.93 - 8 -
Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Yang di-Pertua, walaupun alasan
bahawa masalah tanah adalah satu masalah utama dalam mendirikan
rumah kos rendah di kawasan bandar khususnya di dalam kawasan DBKL,
saya ingin tahu adakah Kerajaan bercadang untuk membina rumah-rumah
pangsa kos rendah di atas tanah-tanah Kerajaan yang didapati di
seluruh kawasan DBKL yang boleh meliputi beratus-ratus ekar yang
mana sekarang terletak rumah-rumah Kerajaan? Jika sekiranya langkah
ini dibuat, saya percaya bukan sahaja masalah setinggan dapat
diatasi bahkan ia akan memberi peluang kepada kakitangan Kerajaan
sendiri untuk tinggal di rumah-rumah yang saya maksudkan itu.
Yang kedua, saya ingin tahu adakah Kerajaan pernah menawar
tanah-tanah Kerajaan di mana ada rumah-rumah Kerajaan sekarang di
kawasan DBKL kepada mana-mana pemimpin politik dalam Barisan
Nasional?
Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagi
jawapan kedua tidak pernah dan tidak ada.
Bagi jawapan yang pertama, menerusi pembangunan semula kawasan
setinggan (resettlement of squartters scheme), Kerajaan menerusi
Pelan Struktur Kuala Lumpur, purata tahunan keperluan perumahan
adalah sebanyak 15,000 dan kita jangka akan dapat dibina 2,800 unit
menerusi pinjaman yang akan dibuat kepada Kerajaan Pusat.
DR.16.11.93 - 9 -
PELAJAR - FENOMENA KURANG MINAT DAN MOTIVASI
3. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood minta MenteriPendidikan menyatakan adakah beliau sedar bahawa satu fenomena yangwujud di kalangan pelajar-pelajar yang mana mereka kurang berminatdalam pelajaran dan kurang motivasi; apakah langkah KementerianPendidikan bagi mengatasi fenomena yang negatif ini.
Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, fenomena kurang
minat dan motivasi ini memang wujud di kalangan setengah-setengah
pelajar. Antara langkah yang telah dan sedang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah pelajar tidak
bersemangat untuk belajar ialah:
(i) mengadakan kursus motivasi di semua peringkat
Pengetua/Guru Besar, guru-guru, murid-murid dan
ibu bapa;
(ii) menjalankan Kursus Perkhidmatan Komuniti yang
bertujuan untuk memberi kesedaran betapa
pentingnya pendidikan;
(iii) mengadakan Kursus Perkhidmatan kepada guru-guru
dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah;
(iv) mengadakan Kursus Kecemerlangan Akademik untuk
pelajar-pelajar dengan kerjasama agensi-agensi
swasta seperti akhbar, institusi pendidikan
tinggi dan badan-badan pelajar.
DR.16.11.93 - 10 -
Selanjutnya antara program-program yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan kepada para pelajar khasnya ialah kempen-
kempen kesedaran, kelas-kelas tambahan, kelas-kelas pemulihan, Kem
Jaya Diri, Kursus Kepimpinan dan Motivasi, Kursus Bina Insan,
perhubungan sekolah, ceramah-ceramah motivasi dari masa ke semasa,
poster-poster mempertingkatkan pembentukan personaliti serta sikap
positif pelajar. Dalam Program Pembangunan Iklim Sekolah dipaparkan
kata-kata hikmat dan petikan-petikan kata yang mempunyai impact
psikologi terhadap pembetukan sahsiab pelajar.
Datin Ling Chooi Sieng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Adakah benar salah satu sebab yang menyebabkan pelajar kurang ber-
minat dalam pelajaran mereka ialah kerana sikap kurang minat dari-
pada ibu bapa mereka. Berhubung dengan ini sejauh manakah Projek
Langkawi yang dijalankan oleh MCA membantu untuk mengatasi masalah
ini? '
Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di~Pertua, beberapa kajian
yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa
faktor-faktor utama yang menarik minat di kalangan pelajar ialah:-
(i) latar belakang sosio-ekonomi;
(ii) sokongan yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak
mereka.
Dengan ini Projek Langkawi yang dilaksanakan oleh MCA telah
mempertingkatkan minat di kalangan ibu bapa betapa pentingnya untuk
memberi sokongan yang lebih bermakna kepada anak-anak mereka untuk
mempertingkatkan pelajaran.
DR.16.11.93 - 11 -
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Sebelum itu, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian
kerana telah membuat program-program motivasi kepada guru-guru dan
- anak-anak kerana untuk mengajar anak-anak membaca, kita mesti
membaca dahulu, begitu juga guru-guru. Soalan saya ialah adakah
benar yang guru-guru mengajar di sekolah itu overworked dengan
beberapa projek dan matapelajaran yang mungkin mereka sendiri tidak
terdidik dalam persoalan itu, juga di'Mump" kepada mereka untuk
mengajar anak-anak murid di sekolah. Dengan itu, kurang masa untuk
memotivasikan anak-anak murid di sekolab.
Yang kedua, benarkah murid-murid sekolah di"overworked" dengan
bermacam-macam perkara seperti pelajaran-pelajaran yang berlebihan,
extra-curricular activities yang berlebihan dan bermacam-macam
perkara yang berlainan lagi sehingga perasaan hendak belajar itu
mendatangkan kebosanan?
Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun kita
akui bahawa tanggungjawab dan beban guru-guru telah ditingkatkan
dalam program-program baru yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan, di sini kita rasa bahava guru-guru kita masih mempunyai
dedikasi dan komitmen yang penuh untuk membolehkan mereka melaksana-
kan tugas- tugas mereka iaitu mempertingkatkan motivasi pelajar-
pelajar. Di sini kita rasa dukacita kerana kita takut sebilangan
besar pelajar-pelajar kita akan dipengaruhi oleh taktik-taktik dan
propaganda-propaganda negatif ahli-ahli DAP yang selalunya
menjalankan propaganda-propaganda negatif khususnya terhadap ibu
bapa kita. [Ketawa]
DR. 16.11.93 - 12 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Tuan Gooi Hock Seng.
[Soalan No. 4 - Y.B. Tuan Gooi Hock Seng tidak badir]
ROYAL MULU RESORT - KAJIAN EIA
5. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Sains, Teknologi danAlam Sekitar menyatakan:-
(a) sama ada Royal Mulu Resort telah menjalankanKajian EIA untuk Hotel Resort tersebut dekatTainan Negara Mulu, Sg. Melinau, Bar am,Sarawak mengikut seksyen 34A Akta KualitiAlam Sekeliling 1974; dan
(b) jika ya, bila kajian tersebut dijalankan olehsyarikat berkenaan dan dilulus oleh JabatanAlam Sekitar. Jika tidak, apakah tindakanyang telah, sedang dan akan diambil olehJabatan Alam Sekitar terhadap pihak yangberkenaan kerana melanggar Akta tersebut.
Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Datuk Law Hieng
Ding]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
projek Royal Mulu Resort yang dimaksudkan itu tidak tertakluk kepada
Perintah EIA. Oleh yang demikian, soalan (b) tidak berbangkit.
Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Kenapakah ia tidak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kerana
memang Perintah EIA boleh menentukan had dari segi saiz tanah yang
terlibat, dari segi dimensi pelaburan. Maksud saya, jika ia bukan
di bawah Perintah EIA, ia perlu di bawah Perintah EIA dan Perintah
DR.16.11.93 - 13 -
EIA perlulah dipinda untuk menjaga masa1ah eco-tourism di mana
pelancongan sudah mencemarkan alam sekitar untuk penduduk-penduduk
tempatan khasnya bangsa Pcrawang di tempat tersebut.
Soalan kedua, Tuan Yang di-Pertua, ini masalah lama sebab
pembangunan tanah itu sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri Sarawak. Di samping itu juga, pibak pemaju Royal
Mulu Resort adalah abang/adik kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu
abang/adik kepada boss Yang Berhormat Menteri sendiri. Soalan saya,
bagaimana Yang Berhormat boleh menjejaskan kepentingan perniagaan
abang/adik kepada Ketua Menteri, iaitu bossnya? Adakah itu satu
tanda bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tidak ada
cukup political will, tidak cukup political muscle untuk menyelesai-
kan masalah pencemaran alam sekitar?
Datuk Law Hieng Ding: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan
tambahan dari Ahli Yang Berhormat dari Bandar Kuching telah
terkeluar dari soalan pokok. Saya minta notislah. [Ketawa]
SSB NISBAH PEGAWAI DI DALAH PERKHIDMATANTADBIR/PENDIDIKAH/PBOFESIOHAL
6. Puan Lim Lay Boon minta Perdana Menteri menyatakan apakahnisbah di dalam Kumpulan A di antara pegawai Tingkatan Biasa,Tingkatan Kanan (Senior Timescale) dan Tingkatan Tertinggi di dalamperkhidmatan berikut:
(i) Perkhidmatan Tadbir (P.T.D.);
(ii) Perkhidmatan Pendidikan; dan
(iii) Perkhidmatan Profesional lain sepertipertanian, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain.
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Othman
bin Abdul]: Tuan Yang di-Pertua, di bawah Sistem Saraan Baru, konsep
Kumpulan A, B, C, D, Tingkatan Biasa dan Tingkatan Kanan tidak lagi
DR.16.11.93 - 14 -
digunakan. Pada masa ini, struktur perkhidmatan awam adalah terdiri
daripada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Sokongan, Kumpulan Pengurusan
dan Ikhtisas dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA)/Gred Kbas.
Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas mempunyai tiga gred iaitu Gred
3 (gred yang terendah), Gred 2 dan Gred 1, manakala JUSA/Gred Khas
adalah terdiri daripada Tingkatan Tertinggi C dan ke atas.
Nisbah jawatan antara gred-gred tersebut hagi Perkhidmatan
Tadbir dan Diplomatik, Perkhidmatan Pendidikan dan perkhidmatan-
perkhidmatan profesional lain adalah seperti berikut:-
(i) Nisbah bagi Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik
Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.57
Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 = 1 : 0.17
Nisbah antara Gred 2 dan JUSA = 1 : 0.55
(ii) Nisbah bagi Perkhidmatan Pendidikan
Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.02
Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 = 1 : 0.03
Nisbah antara Gred 2 dan JUSA = 1 : 0.48
(iii) Nisbah bagi Perkhidmatan Pegawai Perubatan
Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.11
Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 =1 : 0.22
Nisbah antara Gred 1 dan JUSA/G.Khas = 1 : 0.23
DR.16.11.93 - 15 -
(iv) Nisbah bagi Perkhidmatan Jurutera
Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.23
Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 = 1 : 0.05
Nisbah antara Gred 2 dan JUSA/G.Khas - 1 : 0.29
(v) Nisbah bagi Perkhidmatan Pegawai Pertanian
Nisbah antara Gred 3 dan Gred 2 = 1 : 0.17
Nisbah antara Gred 2 dan Gred 1 = 1 : 0.10
Nisbah antara Gred 2 dan JUSA = 1 : 0.29
Tuan Haji Sultri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Saya merujuk kepada jawatan dalam perkara pertama. Dalam
sidang Parlimen yang lepas, saya telah bertanya kepada Setiausaha
Parlimen berhubung dengan penyerapan pegawai P.T.A. kepada pegawai
P.T.D. dan pada masa itu, Setiausaha Parlimen memberi jawapan bahawa
perkara itu sedang dipertimbangkan. . Saya ingin tahu apakah
perkembangannya sekarang? Apakah kedudukan pegawai P.T.A. dengan
P.T.D. telah diserapkan kesemuanya? Kalau proses itu telah
berjalan, apakah kesemua pegawai-pegawai P.T.A. itu telah menerima-
nya dan kalau tidak, apakah masalah-masalah yang dihadapi?
Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan
ini tidak ada kaitan, tetapi sukalah saya menyatakan bahawa
penyerapan P.T.A kepada P.T.D. telah pun berjalan dan ramai pegawai-
pegawai P.T.A. telah pun diserapkan masuk ke dalam Perkhidmatan
Tadbir dan Diplomatik yang setuju menerima conversion. Hanya
DR.16.11.93 - 16 -
sejumlah kecil, saya tidak dapat memberikan angka yang sebenar,
tetapi kumpulan yang paling senior di dalam Kumpulan P.T.A. yang
tidak menerima conversion ini dan mereka telah merujukkan kes mereka
kepada Tribunal Jabatan Perkhidmatan Awam.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan kerana telah dapat
mengecilkan jurang di antara Perkhidmatan Tadbir dengan Perkhidmatan
Profesional, tetapi jurangnya masih lagi ada iaitu kalau ditengok
nisbah Perkhidmatan Tadbir ialah 1:0.57 di dalam Perkhidmatan Gred 3
dan Gred 2, kalau saya tidak salah, dibandingkan dengan Perkhidmatan
Perubatan, Kejuruteraan, Pertanian - 1:0.2.
Jadi, apakah dengan adanya sistem baru ini masih lagi wujud
jurang itu? Apakah disebabkan oleh faktor structural atau sengaja
kita wujudkan jurang yang lebih kerana orang-orang yang berkelulusan
profesional menghabiskan lebih masa di universiti iaitu empat atau
lima tahun baru dapat keluar, tetapi kalau dilihat dari segi
struktur insentif di dalam Perkhidmatan Awam tidak ada?
Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan
satu perubahan yang berlaku. Memang benar bahawa dalam Perkhidmatan
Tadbir dan Diplomatik 1:0.57 masih berlaku tetapi kalau dibandingkan
dengan Perkhidmatan Pertanian dan Jurutera, ia menjadi lebih kecil
iaitu 1:0.05, misalnya. Ini adalah bentuk struktur jawatan itu yang
masih lagi wujud dan saya yakin bahawa ianya akan bertambah kecil
dan mungkin akan hilang pada satu ketika yang tertentu.
DR.16.11.93 - 17 -
Tuan Baji Ishak bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Suatu ketika dahulu, ada pegawai-pegawai yang berada
dalam Tingkatan Kanan merungut kerana masa yang diambil untuk
berpindah ke jawatan Tertinggi "G", mengambil masa yang agak lama,
bahkan sebahagian daripada mereka kekal dalam javatan tersebut.
Sejauh manakah selepas gaji baru ini, kaedah-kaedah tersebut telah
diperbaiki?
Soalan yang kedua ialah, saya ada mendapat rungutan daripada
guru-guru yang kononnya terapat guru-guru besar akan diambilalih oleh
Pegawai- pegavai Tadbir, bukan lagi mereka daripada bidang
perguruan. Adakah cadangan-cadangan ini akan dilaksanakan oleh
pihak Kerajaan?
Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, walaupun sekali
lagi bahawa soalan ini terkeluar daripada konteks asalnya, tetapi
sukalah saya hendak menyatakan juga bahawa tidaklah benar dakwaan
bahawa pegawai-pegawai dalam Tingkatan Kanan yang hendak meningkat
kepada kumpulan Tertinggi "G", boleh dikatakan hitung panjang lima
tahun atau enam tahun perkhidmatan seseorang itu yang di dalam
perkhidmatan sekarang telah pun dinaikkan pangkat.
Sekarang ini, saya hendak menyatakan bahawa dalam SSB yang baru
bahawa penilaian yang dijalankan dengan secara terperinci, seperti
mana yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara boleh mengkaji dan
menilai prestasi pegawai-pegawai Kerajaan untuk dinaikkan pangkat.
Saya yakin bahawa ini akan dapat dijalankan dengan lebih cemerlang
bagi memuaskan hati para pegawai kita yang telah pun menunjukkan
sikap yang baik kepada Kerajaan.
DR.16.11.93 - 18 -
Yang keduanya, saya hendak menyatakan bahawa keadaan penempatan
itu masih kekal bahawa Pegawai Tadbir akan terus mentadbir di
Jabatan-jabatan Kerajaan dan pihak perguruan akan terus memegang
jawatan sebagai guru besar ataupun penolong kanan di sekolah-
sekolah.
ILMU HITAM - JUMLAH KES DAN ADUAN JENAYAH
7. Dato' Haji Mohd. Sharif bin Jajamg minta Menteri Dalam Negerimenyatakan jumlah kes dan aduan serta tindakan yang telah diambilbagi amalan jenayah ilmu hitam dan:-
(a) apakah Kerajaan berhasrat untuk meluluskan usulamalan ilmu hitam sebagai suatu jenayah yang akandiberikan hukuman yang setimpal; dan
(b) apakah Kementerian sudah menyediakan suatu garispanduan bagi mengurangkan gejala bersubahat denganpengamal ilmu hitam dan hukuman-hukuman yang akandikenakan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini belum ada kes dan aduan
serta tindakan yang telah diambil bagi amalan ilmu hitam.
(a) Kerajaan belum berhasrat untuk meluluskan amalan
ilmu hitam sebagai satu jenayah yang akan diberikan
hukuman yang setimpal.
(b) Memandangkan amalan ilmu hitam masih belum
ditakrifkan sebagai satu perbuatan jenayah, maka
belum ada garis panduan yang khusus bagi mengurang-
kan gejala bersubahat dengan pengamal ilmu hitam.
Walau bagaimanapun, pihak Polis dari masa ke semasa
DR.16.11.93 - 19 -
sentiasa mengambil tindakan di bawah undang-undang
yang sedia ada jika terdapat mana-mana pengamal
atau pengikut-pengikutnya melakukan apa-apa
perbuatan yang dapat dikategorikan sebagai
perbuatan jenayah.
Tuan Abdul Malek Munip: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan
mengenai ilmu hitam ini. Saya hendak tahu apa maksud 'ilmu hitam'
ini? Saya tak faham apa maknanya. Adakah ia melibatkan 5 emu a
masyarakat di tanah air kita, atau hanya satu masyarakat sahaja?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, ilmu hitam ini, seperti
saya telah jelaskan, tidak ada satu takrif yang tepat. Kalau
mengikut dalam bahasa Indonesia, ia dipanggil 'suntek', kalau tidak
silap saya. la ada banyak - macam-macam perkataan boleh digunakan
seperti 'kata pedoman', 'kata sihir', 'teluh', 'tenung' dan semua-
nya. Untuk masyarakat Cina pun ada - ia dalam cara yang lain.
Jadi, ini adalah satu perkara yang sangat kompleks dan susah untuk
kita adakan satu standard yang sama.
Oleh yang demikian, buat masa ini Kerajaan masih belum sedia
untuk membuat apa-apa undang-undang, tetapi sekiranya sesuatu ilmu
hitam itu telah digunakan untuk menipu, untuk membunuh atau untuk
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang,' maka undang-
undang sedia ada sekarang akan digunakan untuk bertindak.
Dato' Haji Mohanmad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Tuan Yang
di-Pertua, soalan tambahan. Sungguhpun Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen menyatakan tadi, ilmu hitam ini tidak ditakrifkan sebagai
satu jenayah, tetapi Yang Berhormat juga menyebut bahawa ada kes-kes
yang mana pihak penjenayah menggunakan ilmu hitam untuk menipu,
DR.16.11.93 - 20 -
membunuh dan sebagainya. Jadi, adakah kes-kes ini dilaporkan kcpada
pihak yang berkuasa bahawa ilmu hitam ini digunakan yang sebenar-
nya? Bukan sahaja sebagai satu andaian, tetapi dilakukan -
kenyataannya ada dan apakah tindakan yang diambil oleh pihak
Kerajaan berdasarkan perkara- perkara dan laporan-laporan tersebut?
Soalan yang kedua, banyak juga dihebohkan berkenaan dengan kes
pembunuhan di Batu Talam, yang mana dikatakan Mona Fandey mengguna-
kan ilmu hitam. Adakah tuduhan-tuduhan ini benar dan sejauh manakah
ilmu hitam ini digunakan di dalam pembunuhan tersebut?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya telah jawab tadi,
iaitu tidak ada aduan atau laporan yang rasmi mengenai ilmu hitam
ini, kecuali ada kes-kes yang melibatkan jenayah sahaja, laporan
telah dibuat secara rasmi. Oleh yang demikian, tidak ada apa-apa
rekod yang kita mengatakan apa tindakan sudah diambil terhadap ilmu
hitam.
Bagi kes Mona Fandey, perkara ini sudah sampai di dalam
bidang kuasa Mahkamah. Maka, tidak wajarlah saya membuat apa-apa
ulasan.
PAJAKAN TANAH AWAM KEPADA DSAWAHAN SWASTA
8. Puam Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak minta Perdana Menterimenyatakan tidakkah timbul 'conflict of interest' apabila Kerajaanmemajak tanah awam kepada usahawan swasta seperti pengusaha-pengusaha KLGCC dan Bukit Kiara International Equestrian and CountryClub dan mereka membalas budi Kerajaan dengan cara memberi keahliankelab secara percuma kepada Menteri-menteri atau membenarkanMenteri-menteri menggunakan kemudahan-kemudahan kelab-kelab itusecara percuma atau preferential (istimeva).
DR.16.11.93 - 21 -
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Drs
Suleiua bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, tujuan Kerajaan memajak-
kan tanah kepada pihak swasta ialah supaya tanah-tanah tersebut
dapat dibangunkan tanpa Kerajaan perlu mengeluarkan wang. Pewujudan
sebuah padang golf bertaraf antarabangsa akan dapat membantu
menambah satu lagi daya tarikan kepada pelancong atau pengunjung-
pengunjung, khasnya pelancong-pelancong asing yang datang ke banda-
raya Kuala Lumpur. Manakala pewujudan sebuah pusat menunggang kuda
dan rekreasi pula akan dapat membantu Kerajaan memperkenal dan
memajukan sukan berkuda di negara ini.
Kandungan perjanjian bagi projek di atas adalah mengandungi
obligasi kedua-dua pihak yang telah dipersetujui. Di dalam
perjanjian bagi kedua-dua projek di atas, tidak ada dinyatakan
bahawa syarikat dikehendaki memberi keistimewaan kepada Menteri-
menteri.
Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya
sama ada Menteri-menteri atau Timbalan Menteri atau Setiausaha
Parlimen telah diberikan keahlian kelab tersebut iaitu KLGCC dan
Bukit Kiara International Equestrian and Country Club secara
percuma? Kalau ya, bolehkah beliau memberitahu bilangan atau jumlah
mereka yang diberikan keahlian kelab secara percuma itu? Kalau
tidak percuma, adakah mereka mendapat diskaun untuk menjadi member
atau ahli kelab-kelab tersebut. Kalau tidak, apakah keistimewaan
yang diberikan kepada para Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha
Parlimen?
DR.16.11.93 - 22 -
Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, seperti
nyatakan tadi bahawa baik di dalam perjanjian ataupun di luar
perjanjian, tidak ada keistimewaan dalam bentuk apa pun kepada
Menteri mahupun Timbalah Menteri
Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua,
persoalan tanah di Bukit Kiara ini teiah beberapa kali kita bangkit-
kan di dalam Parlimen ini, terutamanya dari segi pemberian
leasenya. Saya hendak tahu berapakah jumlah premium yang dibayar
oleh syarikat berkenaan kepada pihak Kerajaan?
Yang kedua, apakah justifikasi yang dibuat oleh Kerajaan
sehingga boleh mengubah daripada status 'Makam Negara' ketika tanah
ini diambil dahulu kepada status pembangunan sebuah kelab selepas
daripada itu? Apakah keuntungan-keuntungan yang diperolehi oleh
Kerajaan daripada pemberian kawasan ini kepada syarikat berkenaan
dan mengapa syarikat asing yang dipilih untuk memajukan kawasan ini?
Dato' Drs Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, pada awal
saya sebut bahawa dengan wujudnya padang golf bertaraf antarabangsa,
tentulah akan meningkatkan keuntungan kerana adanya pengunjung atau
pelancong antarabangsa datang ke Kuala Lumpur. Inilah daya penarik
yang utama.
Soal syarikat asing yang diberi dalam perjanjian tersebut,
soalan ini telah dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
pada 25 Oktober 1993 yang lalu dan saya tidak bercadang untuk
memberi jawapan tambahan.
DR.16.11.93 - 23 -
JENAYAH KOLAR PUTIH - PAMPASAN KEPADA MANGSA
9. Tuan R. Karpal Singh minta Mentcri Undang-undang menyatakankepada Dewan sama ada pihak Kerajaan bercadang memperkenalkanundang-undang baru yang memerlukan penjenayah kolar putih membayarpampasan kepada mangsa mereka.
Setiausaha Parlimen di Jabatam Perdana Menteri [Tuan Douglas
Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, secara prinsipnya, Kerajaan
memang tidak bersetuju untuk memperkenalkan undang-undang baru
sebagaimana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu.
DR.16.11.93 - 24 -
KEMPEN HUTAN TROPIKA - USAHA MEMERANGI
10. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Perusahaan Utamamenyatakan:
(a) bagaimanakah kedudukan terakhir terhadap kempen yangdilancarkan oleh Kerajaan kita terhadap kumpulan anti-kayutropika di negara-negara maju; dan
(b) apakah langkah tertentu yang diambil oleh KerajaanPersekutuan untuk membantu Kerajaan Negeri Sarawak bagimenentang kumpulan anti-kayu tropika.
Timbalan Menteri Perusahaan Awam [Dato' Haji Tengku Mahmud bin
Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha
memerangi kempen hutan tropika adalah satu usaha
yang berterusan, selagi ada pihak yang menjalan-
kan kempen yang boleh menjejaskan kepentingan
sektor dan Industri hutan tropika. Usaha
memerangi kempen ini telah diambil oleh Kerajaan
sejak beberapa tahun yang lalu, dan dari masa ke
semasa Kerajaan sentiasa memperkemaskan strategi
untuk meningkatkan keberkesanan usaha memerangi
kempen ini.
DR.16.11.93 - 25 -
Dalam hal ini, suka saya memaklumkan bahawa
Kerajaan telah menubuhkan satu Pasukan Petugas
untuk memerangi kempen hutan tropika pada akhir
tahun lalu untuk menyediakan haluan dan dasar
yang menyeluruh, atau overall policy direction,
dengan izin, serta menyelaras, segala usaha
Kerajaan memerangi kempen hutan tropika dan isu-
isu berkaitan dengannya.
Sekiranya dilihat secara keseluruhan bolehlah
dikatakan bahawa usaha kita memerangi kempen
hutan tropika ini telah mulai menampakkan kesan
yan positif. Kita dapati sekarang semakin banyak
pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan telah mula
menerima dan setengahnya menyokong pandangan kita
bahawa masalah alam sekitar perlu ditangani
secara lebih adil dan seimbang dan tidak hanya
tertumpu pada isu hutan tropika. Kumpulan-
kumpulan pendesak alam sekitar juga telah mulai
mempersoalkan Kerajaan-kerajaan di Barat mengenai
pengurangan hutan-hutan temperate mereka.
Peralihan persepsi mereka terhadap isu alam
sekitar dan hutan tropika menunjukkan bahawa
usaha kita selama ini adalah berkesan.
DR.16.11.93 - 26 -
(b) Kempen hutan tropika yang dijalankan oleh
Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan
pendesak-pendesak alam sekitar adalah suatu isu
yang melibatkan imej negara ini dan bukan hanya
melibatkan negeri Sarawak sahaja. Oleh itu,
tindakan memerangi kempen ini adalah merupakan
satu tanggungjawab negara dan bukannya negeri-
negeri tertentu sahaja, walaupun tuduhan-tuduhan
yang dibuat banyak membuat rujukan kepada
Sarawak. Adalah tidak adil bagi Kerajaan Pusat
untuk membiarkan Kerajaan Sarawak menghadapi
kempen ini secara bersendirian memandangkan
Sarawak adalah sebahagian dari Malaysia. Dalam
hal ini, kesemua pihak yang terlibat termasuk
Sarawak telah saling bantu- membantu antara satu
sama lain dalam memerangi kempen tersebut.
Tuan Robert Lau Hoi Chew: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Yang pertama, adakah Kerajaan sedar bahawa penggunaan
kayu tropika secara menyeluruh untuk furniture, contohnya 10 tahun
yang lalu di Eropah, adalah lebih kurang 70%. Tetapi sekarang
oleh kerana kempen anti-kayu tropika ddan boikot oleh kumpulan
tersebut, peratus penggunaan kayu tropika sudah turun sampai ke-
30%. Kalau ini benar, apakah langkah yang telah diambil oleh
Kerajaan untuk memastikan itu?
DR.16.11.93 - 27 -
Soalan kedua, adakah benar kumpulan anti-kayu tropika mengutip
banyak wang di atas nama pencinta alam sekitar dan digunakan untuk
kepentingan diri sendiri?
Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang
di-Pertua, walaupun kempen anti-kayu tropika itu diteruskan dan
akhir-akhir ini agak lemah, tetapi sebenarnya bukan disebabkan
kempen tersebut menyebabkan peratusan eksport barangan yang
menggunakan kayu tropika ini menurun sebagaimana. dakwaan Yang
Berhormat - dari 70% kepada 30%. Sebenarnya ialah permintaan
eksport kayu getah lebih besar daripada kayu tropika. Kayu tropika
yang diminta ini ialah merupakan perabot-perabot yang terdiri dari-
pada perabot luar rumah sahaja. Perabot yang menggunakan kayu
tropika untuk penggunaan kolam renang, kawasan taman ataupun di luar
daripada kawasan rumah.
Yang kedua, mengenai kumpulan anti-kayu tropika menggunakan
kutipan-kutipan untuk kegunaan sendiri, sehingga ini Kementerian
saya belum menerima apa-apa dakwaan atau report dari mana-mana
pihak.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Sebagaimana kita tahu dahulu, Kerajaan Austria telah
membuat satu undang-undang eco-labelling dan undang-undang ini telah
ditarik batik. Fada mas a sekarang, mereka akan menggubal satu
undang-undang. lagi yang berlainan daripada undang-undang asal.
Fihak Germany juga akan mengikut langkah yang sama. Sejauh manakah
pihak Kementerian membuat monitoring? Apakah corak dan perbezaan
undang-undang yang akan digubal oleh pihak Austria dan Germany ini?
DR.16.11.93 - 28 -
Yang kedua, mengikut pandangan sebahagian daripada diplomat-
diplomat kita, menahan kita daripada menebang dan menggunakan kayu
tropika adalah pandangan global dan pandangan nasional ialah kita
akan menggunakan natural resources kita untuk kebaikan negara.
Sejauh manakah pihak Kementerian telah menekankan supaya diplomat"
diplomat kita di luar negara tidak sangat mengikut pandangan global
tetapi melihat kepentingan nasional itu sendiri?
Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mans or: Tuan Yang
di-Pertua, sebagaimana yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat, pada
masa ini kita belum menerima apa-apa lagi keputusan oleh kedua-dua
negara yang disebutkan itu. Namun demikian, kita sedang mengikuti
perkembangan apa bila adanya kesan-kesan untuk menggubal peraturan-
peraturan atau undang-undang yang baru. Sebelum undang-undang itu
digubal, maka tindakan tidak dapat lagi diambi1.
Mengenai pandangan diplomat-diplomat kita tentang menebang
iaitu merupakan satu dasar global ataupun yang dikatakan dasar
kebangsaan, saya dapat memberi jaminan bahawa Kementerian saya telah
pun memberi taklimat panjang lebar kepada semua diplomat kita di
seluruh dunia pada awal tahun ini dan mereka memahami bahawa sikap
kita menebang kayu-kayu tropika ini adalah untuk kepentingan negara
kita bagi pengwujudan industri hiliran dan ini yang sedang diper-
juangkan oleh diplomat-diplomat kita di seluruh dunia. Insya Allah,
saya rasa dengan ini kita akan dapat mengurangkan tekanan dari
negara-negara temperate dan juga negara-negara yang lain. Terima
kasih.
DR.16.11.93 - 29 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim.
[Soalan No. 11 - Y.B. Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim tidak
hadir]
KES KECURIAN KERETA - LANGKAH MEMBANTERAS
12. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) berapakah kes laporan Polis mengenai kehilangan keretatelah diterima oleh Polis;
(b) berapakah kes di antaranya telah dapat diselesaikan; dan
(c) apakah operasi/langkah yang dijalankan untuk membanteraspencurian kereta dan sejauh manakah kejayaan Kerajaandalam operasi/langkah demikian.
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Jumlah kereta yang dilaporkan hilang bagi tempoh Januari
1991 hingga Ogos 1993 ialah sebanyak 7,185 kes.
(b) Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,064 kes telah dapat
diselesaikan.
(c) Di antara langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak Polis
DR.16.11.93 - 30 -
bagi membanteras kegiatan ini adalah seperti berikut:
(i) melaksanakan operasi-operasi pencegahan dari
masa ke semasa untuk mengesan kenderaan-
kenderaan curi;
(ii) mengadakan perbincangan dengan Jabatan-
jabatan yang berkaitan seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan dan Jabatan Kastam dalam
melaksanakan tindakan bersepadu yang lebih
berkesan;
(iii) memaklumkan serta menasihat orang ramai,
khususnya pemilik-pemilik kenderaan mengenai
modus operandi pencuri-pencuri kenderaan
serta langkah-langkah pencegahan yang perlu
diambil oleh orang ramai. Langkah-langkah
pencegahan ini dilaksanakan melalui media
massa, kempen-kempen pencegahan dan
rancangan RTM "Polls dan Anda"; dan
(iv) mendapatkan kerjasama dan mengadakan
pertukaran maklumat antara PDRM dan negara-
negara luar melalui "Interpol" terutamanya
yang melibatkan sindiket-sidiket antara-
bangsa.
Sejak Januari 1991 hingga Ogoa 1993, pihak Polis telah
berjaya menumpaskan 56 sindiket mencuri kenderaan
melibatkan seramai 275 orang ditangkap dan 305 buah
kenderaan dirampas.
DR.16.11.93 - 31 -
Tuan Haji Ishak bin Arahad: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Satu ketika dahulu kita telah mendapat maklumat tentang
kereta-kereta mewah yang dibawa masuk ke Malaysia terdapat kereta-
kereta yang dicuri di luar negeri yang mempunyai hubungan dengan
pengimport tempatan. Saya ingin mendapat maklumat berhubung dengan
masalah tersebut. Bolehkah kita mendapat sedikit maklumat sejauh-
manakah kes-kes yang telah dikesan oleh Kerajaan dan telah dapat
diselesaikan dan langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan bagi
menyelesaikan masa1ah kecurian yang telah ditimbulkan?
Soalan yang kedua ialah kes-kes curi kereta dalam negeri
mempunyai hubungan yang rapat dengan pembekal-pembekal alat ganti
yang ada di negara kita kerana sebahagian daripada kereta-kereta
yang dicuri ini telah diambil untuk digunakan alat ganti yang dijual
balik kepada orang ramai. Apakah pihak Kementerian mempunyai
cadangan-cadangan tertentu untuk dikemukakan bagi menetapkan satu
garis panduan yang boleh diikut oleh pengedar-pengedar atau penjual-
penjual alat ganti kereta di negara kita?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua soalan
tambahan ini boleh dicantumkan dan seperti yang telah saya sebut di
dalam jawapan saya tadi, pihak Kerajaan iaitu jabatan-jabatan selain
daripada Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kastam telah mengada-
kan langkah-langkah bersepadu. Salah satu cara ialah pada masa
seseorang membaharui. cukai jalan sesebuah kereta, kereta itu kalau
DR.16.11.93 - 32 -
ditukar milik atau apa, mesti diperiksa enjin dan juga chasis enjin,
kerana itu susah untuk ditukar dengan sewenang-wenangnya. Selain
daripada itu, pihak Polis juga mengadakan usaha untuk tukar maklumat
kalau sekiranya ada apa-apa maklumat (information) yang diberi oleh
orang ramai, mereka akan berhati-hati mengambil perhatian tentang
pembekal-perabekal alat ganti ataupun pengimport-pengimport. Jadi,
Kastam, Polis dan JPJ adalah penguatkuasa utama untuk menyelesaikan
masalah ini. Ini terpulang pula kepada sama ada kerjasama secukup-
nya diberi atau tidak daripada orang ramai yang berkenaan.
Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, adakah pihak
Polis mengiklankan kepada orang ramai supaya mengesan kereta yang
diambil balik memandangkan nombor enjin dan chasis telah ditukar?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi perkara
yang salah kalau seseorang pengguna kereta itu menggunakan kereta
yang mempunyai nombor chasis/enjinnya berlainan dengan kad milik.
Kalau mereka tahu dan masih menggunakannya, tentulah akan dikenakan
tindakan sama ada dari segi undang-undang ataupun siasatan daripada
pihak Polis. Mereka akan dikenakan soal siasat. Jadi, sesiapa
orang ramai yang tahu sekiranya dia ada ragu-ragu tentang kenderaan-
nya terutamanya nombor enjinnya, perlulah mereka menghubungi pihak
Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memastikan mereka tidak
akan mempunyai masalah pada masa nanti.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Datuk Maidom P. Pansai.
[Soalan No. 13 - Y.B. Datuk Maidom P. Pansai tidak nadir]
DR.16.11.93 - 33 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Tuan Sim Kwang Yang.
[Soalan Ho. 14 - T.B. Tuan Sim Kwang Tang tidak badir]
KORIDOR BAKU PERINDUSTRIAN PANTAI TIMOR - GALAKAN
15. Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjifi minta MenteriPerdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:-
(a) sama ada Kementerian sudah bersedia untuk melancarkan"new corridor" di Pantai Timur Semenanjung; dan
(b) kalau sudah bilakah ianya akan dilancarkan dan apakahindustri-industri yang diutamakan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri [Datuk S.S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, selaras
dengan usaha Kerajaan untuk menyebarkan industri-industri ke kawasan
kurang maju, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah mengenalpasti
beberapa koridor perindustrian termasuk koridor Pantai Timur
merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Tenggara
negeri Johor. Beberapa kawasan perindustrin telah dan sedang
dilaksanakan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri berkenaan melalui
perbadanan-perbadanan Kerajaan Negeri masing-masing dan juga projek-
projek kawasan perindustrian melalui Malaysian Industrial Estates
Sdn. Bhd. (MIEL) dan kawasan-kawasan perindustrian yang dimajukan
oleh sektor swasta. Jenis-jenis industri ditumpukan di koridor
Pantai Timur ini adalah industri-industri yang berintensif buruh dan
industri-industri yang berasaskan sumber setempat.
DR.16.11.93 - 34 -
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan usaha menggalakkan
penubuhan industri baru di corridor Pantai Timur, Yang Berhormat
Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 1994 di Dewan yang
mulia ini telah mengumumkan insentif khas bagi projek-projek yang
ditempatkan di kawasan berkenaan yang akan layak mendapat
keistimewaan membayar cukai pendapatan pada kadar 5% berbanding
dengan 102 jika ditempatkan di tempat lain. Ada1ah diharapkan
insentif ini akan dapat mengimbangi pembangunan di negeri-negeri
Pantai Timur Semenanjung.
Tuan Yang di-pertua, Kerajaan memang sedar bahawa keputusan
sesebuah syarikat untuk menempatkan projek-projek perkilangannya
masih berasaskan faktor pasaran. Namun demikian, Kerajaan sentiasa
berusaha untuk mengatasi masalah ini terutama berkaitan dengan
penyediaan infrastruktur untuk mendorong industri melabur ke
kawasan-kawasan berkenaan.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Tuan Yang
di-Pertua, soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat Datuk ada
memaklumkan bahawa negeri-negeri yang ditakrifkan sebagai "new
corridor" di Pantai Timur ialah Terengganu, Kelantan, Pahang dan
Johor. Namun demikian, kita semua sedia maklum negeri yang khusus
dicategorisekan sebagai di bawah "new corridor" hanyalah Kelantan
dan Terengganu, itu khusus semua sekali. Tetapi bagi negeri Pahang
dan Johor, dalam Belanjawan baru-baru ini mengatakan hanya
sebahagian sahaja. Persoalan saya, apakah kriteria yang akan
digunakan untuk menentukan bahagian-bahagian tertentu di negeri
DR.16.11.93 - 35 -
Pahang dan Johor ini diletakkan di bawah "new corridor".
Kebimbangan saya ialah kalau digunakan takrifan jarak jauh daripada
Kuala Lumpur sahaja, berkemungkinan kawasan-kawasan yang tidak
terletak tidak begitu tepat, yang mungkin memerlukan pembangunan dan
bantuan. Itu soalan yang pertama.
Soalan yang kedua, tadi Yang Berhormat Datuk ada memaklumkan
bahawa Kerajaan akan menumpukan pembangunan infrastruktur. Tetapi
nampak gayanya usaha ataupun bantuan ini am at diperlukan sekarang.
Baru-baru ini dalam akhbar kita dengar beberapa jalan di Lipis telah
menghadapi masa1ah yang besar oleh kerana landslide, denga izin, ada
jalan-jalan yang masih belum boleh digunakan. Persoalan saya, ada-
kah Kerajaan akan mempercepatkan bantuan untuk membaiki infrastruk-
tur ini?
Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, untuk meng-
iktirafkan satu kawasan sebagai satu koridor yang memerlukan
insentif-insentif yang boleh diberikan oleh Kerajaan, kita memang
mengkaji dengan mendalam kedudukan kawasan-kawasan itu berkaitan
dengan penduduk-penduduk dan juga infrastruktur yang sedang diadakan
di dalam kawasan itu. Kita berpendapat bahawa kawasan Pantai Timur
yang telah saya katakan tadi ialah kawasan-kawasan yang perlu
ditakrifkan sebagai kawasan yang memerlukan insentif-insentif yang
tersebut.
Untuk menjawab soalan kedua, pemberian infrastruktur-
infrastruktur bukanlah kuasa Kementerian saya. Saya rasa ini adalah
kuasa Kementerian lain dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri berkenaan.
DR.16.11.93 - 36 -
Saya rasa mereka menyedari masalah-masalah yang telah pun dikatakan
oleh Yang Berhormat ini dan mereka akan mengambil tindakan yang
sewajarnya.
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Di dalam menentukan koridor baru perindustrian di Pantai
Timur ini termasuklah negeri Kelantan. Oleh kerana suatu perindus-
trian memerlukan kawasan yang akan dijadikan estet perindustrian,
saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apakah
reaksi dan kerjasama atau apakah sumbangan yang telah pun dibayang-
kan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di dalam usaha Kerajaan
Persekutuan ingin menubuhkan kawasan-kawasan perindustrian khususnya
di negeri Relantan. Adakah pihak Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah
yang memerintah Kelantan memberi sumbangan yang positif terhadap
usaha Kerajaan menubuhkan kawasan perindustrian di negeri Kelantan?
DR. 16.11.93 - 37 -
Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, memang kita sedar
hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk membangunkan negeri Kelantan
sebagai sebuah negeri perindustrian dengan mengadakan beberapa jenis
industri-industri. Perkara ini telah dijelaskan, tetapi kerjasama
dan juga sumbangan untuk membangunkan negeri Kelantan sebagai
sebuah negeri yang maju di bidang perindustrian belum begitu
jelas, dan kita tidak nampak Kerajaan mengambil tindakan-tindakan
yang sepatutnya untuk membangunkan infrastruktur dan sebagainya di
dalam kawasan-kawasan yang telah pun ditetapkan sebagai kawasan
industri di negeri Kelantan ini. Dengan ini saya ingin mengatakan,
walaupun Kerajaan ada hasrat tetapi tidak ada tindakan.
AIDS DAN HIV - JUMLAH PENGIDAP/PEMBAWA
16. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob minta Menteri Kesihatanmenyatakan:
(a) berapakah jumlah pengidap AIDS dan pembawa kuman HIVmengikut negeri-negeri dalam tahun 1990, 1991 dan 1992bagi tiap-tiap negeri di Malaysia secara berasingan;
(b) berapakah jumlah anak luar nikah yang dilahirkan dihospital-hospital seluruh negara dalam tempoh 1990, 1991dan 1992; dan
(c) berapakah jumlah kes membuang anak di negeri-negeriSemenanjung Malaysia dalam tempoh dua tahun yang lalu.
DR. 16.11.93 - 38 -
Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Mohamed Farid bin
Ariffin]: Tuan Yang di-pertua, jawapan (a) ini terlalu panjang,
maka saya meminta izin supaya memberi jawapan ini secara bertulis
'direct' kepada Yang Berhormat.
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Baik.
Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Untuk soalan (b) dan (c),
Kementerian Kesihatan tidak mempunyai data-data yang dipinta.
LABUAN SEBAGAI PUSAT KEWANGAN LUAR PESISIR - KEMAJUAN DAN GALAKAN
17. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Kewangan menyatakan sejauhmana kemajuan dari segi galakan yang telah dilakukan bagi menjadikanLabuan Pusat Luar Pesisir negara:
(a) sejauh ini berapakah syarikat-syarikat kewangan yang telahmembuat kepastian untuk beroperasi di Labuan; dan
(b) apakah bentuk-bentuk promosi dan galakan yang telah danakan disediakan bagi mengingkat dan mempercepatkan prosesmenjadikan Labuan Pusat Kewangan Luar Pesisir yang kuatdi rantau ini.
Timbalan Menteri Kewangaa [Dato' Loke Yuen Yow]: Tuan Yang
di-Pertua,
(a) Setakat 30hb September, 1993, sejumlah 22 syarikat
kewangan telah ditubuhkan di Labuan iaitu terdiri
daripada 18 buah bank, 2 syarikat insuran, 1
syarikat reinsuran dan 1 pengurus dana.
(b) Kerajaan mengadakan beberapa acara promosi ke atas
DR 16.11.93 - 39 -
Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antara-
bangsa, di antaranya termasuklah mengadakan seminar
di Hong Kong pad a 24hb Mei, 1991, di Jepun dan
Taiwan di antara 28hb November hingga 2hb Disember
1991, di Amerika Syarikat di antara llhb-15hb
September 1992, di Nagoya, Jepun antara 19hb
hingga 23hb Oktober 1992 dan di Eropah di antara
6hb hingga 14hb Februari, 1993.
Promosi juga telah dibuat melalui media-massa
dengan menjemput wartawan luar negeri untuk
membuat liputan mengenai Labuan sebagai Pusat
Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa. Bagi tahun
1993 sejumlah 12 orang wartawan telah diatur
untuk mengunjungi Labuan bagi tujuan ini.
Pengiklanan juga dibuat dalam penerbitan antara-
bangsa seperti Asia Wall Street Journal, Offshore
Financial Review, Offshore Investment (London) and
Wall Street Journal (Europe).
Selain daripada itu, Lembaga Pembangunan Labuan
akan menganjurkan beberapa seminar di dalam negeri
dan juga menyertai dalam seminar antarabangsa untuk
meneruskan usaha promosi Labuan sebagai Pusat
Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa. Lembaga
Pembangunan Labuan juga akan mengadakan sesi
penerangan dan mengaturkan lawatan untuk bakal
pelabur asing yang datang ke Kuala Lumpur dan
Labuan.
DR 16.11.93 - 40 -
Galakan utama yang disediakan kepada syarikat-
syarikat luar pesisir ialah pembayaran cukai
yang amat rendah di man a syarikat hanya
membayar cukai pada kadar 3% daripada
keuntungan bersih ataupun membayar RM20,000
sahaja sama ada kepada Jabatan Basil Dalam
Negeri atau pun Pendaftar Syarikat.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Masa untuk
pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab-Mulut telah tamat.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab-Mulut telah cukup dan
Jawapan bagi Pertanyaan Ho. 4, 11, 13, 14 dan No. 18 hingga 33 akan
dimasukkan dalam naskhah bercetak kelak].
DR. 16. 11.-93 - 41 -.
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1994
Bacaan Kali Yang Kedua
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 1994
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Rang Undang-undang
Perbekalan 1994 dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa Usul
yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta KumpulanWang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlahwang sebanyak tidak lebih daripada RM13,850,004,080(Ringgit Malaysia tiga belas bilion, lapan ratus limapuluh juta, empat ribu dan lapan puluh) dibelanjakandaripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1994 danbagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaanpembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunanatau ("P") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 1994 yangdibentangkan sebagai Kertas Perintah 31 Tahun 1993, adalahdiuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu diruangan lapan dan sembilan senarai tersebut".[15hb November, 1993]
Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Jabatan Perdana
Menteri diminta jawab.
3.37 ptg.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Abang Abu Bakar bin
Datu Bandar Abang Haji Mustapha]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih
DR 16.11.93 - 42 -
dahulu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-
ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan
Belanjawan 1994 selama 9 hari yang lalu. Beberapa Ahli-ahli Yang
Berhormat telah memberi pandangan, cadangan dan juga teguran
terhadap beberapa perkara di bavah tanggungjawab Jabatan Perdana
Menteri.
Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa tugas
dan bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri adalah terlalu luas. Walau
bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi
penjelasan serta jawapan ke atas perkara-perkara yang telah
dibangkitkan itu. Kepada setengah-setengah perkara yang tidak
sempat dijawab yang dibangkitkan semasa menggulung perbahasan ini
akan diambil perhatian oleh Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab persoalan-persoalan
yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu
saya ingin memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua, bahawa saya
tidak akan memberi jalan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk
meminta penjelasan. Ini adalah kerana Ahli-ahli Yang Berhormat
telah pun diberi peluang untuk bercakap sebelum ini tanpa gangguan
daripada saya. Dalam pada itu, perkara-perkara yang akan saya
jelaskan juga akan mengambil mas a yang lama, hampir satu jam dan
saya khuatir masa untuk rakan-rakan saya menjawab tidak mencukupi.
Oleh kerana masa tidak mengizinkan dan terhad, saya harap Ahli-ahli
DR 16.11.93 - 43 -
Yang Berhormat tidak akan menganggu saya bagi membolehkan saya
menjelaskan persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-
ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong ada
membangkitkan mengenai program penswastaan yang dilaksanakan oleh
Kerajaan. Sukalah saya jelaskan di dalam Dewan yang mulia ini
bahawa pelaksanaan program pensvastaan sehingga kini telah berjalan
dengan jayanya dan tidak banyak masalah yang dihadapi dalam pelak-
sanaannya. Boleh dikatakan semua projek yang diswastakan telah
berjaya mencapai matlamat penswastaan khususnya dalam mengurangkan
beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan di samping meningkatkan
produktiviti. Sungguhpun begitu, memang terdapat isu-isu kecil
mengenai penswastaan tetapi ianya dapat diselesaikan melalui
rundingan-rundingan di antara Kerajaan dengan syarikat-syarikat
yang berkenaan. Oleh itu, adalah tepat bagi Laporan Ekonomi Tahunan
1993/1994 hanya menyentuh tentang kejayaan-kejayaan pelaksanaan
program itu.
Pelaksanaan program penswastaan adalah berpandukan kepada Pelan
Induk Penswastaan yang menggariskan dengan terperinci prosedur
tertentu yang perlu dipatuhi. Proses ini melibatkan dua pendekatan
iaitu pendekatan yang didayausahakan oleh Kerajaan dan sektor
swasta. Bagi projek yang didayausahakan oleh Kerajaan ianya
adalah berdasrakan kepada proses tender bersaing, manakala projek
yang didayausahakan oleh sektor swasta pula berdasrkan kepada
DDR 16.11.93 - 44 -
pendekatan di mana yang dahulu didahulukan dengan syarat mempunyai
kemampuan melaksanakan projek dari segi kewangan dan teknikal.
Berhubung dengan penswastaan Jambatan Pulau Pinang, prosedur
yang telah dipakai ialah penswastaan yang didayausahakan oleh sektor
swasta, Syarikat yang telah diberikan konsesi ini merupakan
syarikat pertama yang mengemukakan cadangan penswastaan untuk
projek ini. Kerajaan telah mendapati cadangan ini adalah memenuhi
syarat dan dengan itu rundingan telah diadakan dengan syarikat
tersebut. Antara syarat-syarat utama Perjanjian Konsesi ini adalah
seperti berikut:
(i) perjanjian ini ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia
dengan Syarikat Mekar Idaman Sdn. Bhd.;
(ii) perjanjian ini memberi hak kepada syarikat konsesi
menjalankan operasi, mengurus dan menyelenggarakan
Jambatan Pulau Pinang selama satu tempoh bermula dari 1hb
Oktober 1993 dan akan tamat pada 31hb Mei 2018.
(iii) Syarikat akan membuat bayaran konsesi sebanyak RM550 juta
secara tunai, dengan izin, 'upfront' tidak lewat daripada
6 bulan daripada perjanjian ini ditandatangani;
DR.16.11.93 - 45 -
(iv) syarikat dibenarkan memungut tol bagi kenderaan yang
menggunakan Jambatan ini dan basil pungutan tersebut
menjadi milik syarikat sepanjang tempoh konsesi berkenaan;
(v) syarikat akan mengurus, membangun dan menyelenggar
kemudahan sokongan serta akan memungut kutipan daripada
penggunaan kemudahan tersebut;
(vi) syarikat konsesi juga akan bertanggungjawab untuk menaik-
kan taraf jambatan dan semua perbelanjaan modal untuk
tujuan tersebut akan ditanggung oleh pihak syarikat
konsesi; dan
(vii) perkongsian hasil juga diperuntukkan di mana ianya akan
dibuat sekiranya kadar tol sebenar melebihi 10% daripada
unjuran lalu-lintas yang dibuat oleh syarikat konsesi.
Kadar perkongsian yang dipersetujui ialah sebanyak 50:50
untuk Kerajaan dan Syarikat Konsesi.
Mengenai projek-projek yang diswastakan kepada UEM pula,
sehingga kini projek-projek yang terlibat ialah Lebuhraya Utara
Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Laluan Kedua ke Singapura. Di
samping itu, beberapa projek sedang dirundingkan dengan UEM iaitu
Makmal Ubat dan Stor dan Kompleks Sukan di Bukit Jalil. UEM juga
telah mengemukakan cadangan untuk penswastaan Lebuhraya Pantai
Timur.
DR.16.11.93 - 46 -
Berhubung dengan kontrak Stesyen Televisyen Kedua Swasta atau
TV4 pula, pemilihan penender-penender telah dibuat berdasarkan
kepada prosedur penswastaan biasa. Tawaran-tawaran bagi tender ini
telah dikaji melalui tiga Jawatankuasa di peringkat pegawai seperti
berikut:-
(a) penilaian teknikal oleh jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Kementerian Penerangan;
(b) penilaian kewangan yang dipengerusikan oleh Kementerian
Kewangan; dan
(c) penilaian keseluruhan oleh Jawatankuasa Penswastaan yang
dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi.
Jawatankuasa-Jawatankuasa itu telah membuat perakuan masing-
mas ing dan mendapati bahawa tawaran yang dibuat oleh syarikat Metro-
politan TV Sdn. Bhd, adalah merupakan tawaran yang terbaik. Dengan
itu tuduhan Ahli Yang Berhormat dari Tanjong bahawa tender terbuka
untuk kontrak stesyen televisyen swasta dibuat hanya untuk tujuan
formality sahaja adalah tidak berasas sama sekali.
Walau bagaimanapun, bagi membolehkan pihak-pihak lain mengambil
bahagian dalam penswastaan ini, Jawatankuasa Penswastaan telah
memperakukan supaya sebuah konsortium dibentuk untuk mengendalikan
penswastaan ini. Konsortium ini akan diketuai oleh syarikat Metro-
politan TV Sdn. Bhd, dan beberapa penender lain akan dipilih untuk
menyertai konsortium ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pandangan Ahli Yang Berhormat
dari Bukit Bintang bahawa perbelanjaan Kerajaan terus meningkat
setelah agensi-agensi Kerajaan diswastakan adalah tidak benar.
Penswastaan telah dapat mengurangkan beban kewangan Kerajaan dengan
DR.16.11.93 - 47 -
tiga cara:
(i) dengan penjualan kepentingan Kerajaan dalam syarikat yang
diswastakan. Kerajaan telah dapat menjimatkan perbe-
lanjaan mengurus dan pembangunan bagi projek-projek
berkenaan. Langkah ini juga telah dapat mengurangkan
pinjaman Kerajaan bagi membiayai projek tersebut. Dengan
cara ini juga Kerajaan telah memperolehi hasil pendapatan
daripada penjualan kepentingan Kerajaan dalam syarikat
yang diswastakan. Sehingga kini penjualan entiti Kerajaan
yang diswastakan telah menghasilkan pendapatan lebih RM6.7
bilion;
(ii) Kerajaan mendapat hasil tahunan daripada bayaran pajakan
dan cukai korporat syarikat-syarikat yang telah diswasta-
kan; dan
(iii) pinjaman-pinjaman Kerajaan telah diambilalih oleh syarikat
yang telah diswastakan dan dengan itu pinjaman Kerajaan
telah dapat dikurangkan.
Dari segi penjimatan perbelanjaan Kerajaan, penswastaan projek-
projek besar seperti Perkhidmatan Pos telah dapat menjimatkan RM200
juta ke atas perbelanjaan tahunan. Dari segi perbelanjaan peng-
urusan bagi projek-projek yang telah diswastakan pada keseluruhan-
nya, Kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM3.8 bilion manakala bagi
perbelanjaan pembangunan pula penjimatan yang dibuat ialah lebih
kurang RM13 bilion. Perbelanjaan bagi infrastruktur telah
berkurangan sebanyak 50% iaitu dari RM12.9 bilion dalam Rancangan
Malaysia Keempat kepada RM6.8 bilion dalam Rancangan Malaysia
Kelima.
DR.16.11.93 - 48 -
Di samping, itu pengecilan saiz Perkhidmatan Awam amat ketara
dengan penswastaan entiti yang besar seperti Jabatan Telekom yang
mempunyai sejumlah 29,000 kakitangan dengan purata perbelanjaan
mengurus sebanyak RM831 juta dan perbelanjaan pembangunan sebanyak
RM1,371 juta sebelum ia diperbadankan. Dengan penswastaan projek-
projek seperti ini, Kerajaan telah dapat bukan sahaja mengurangkan
beban kewangannya, malah meringankan tanggungjawabnya dari segi
pengurusan kakitangan, penguasaan ddan penyelarasan pelaksanaan
projek di samping mendapat hasil melalui cukai dan hasil jualan
ekuitinya dalam syarikat.
Melalui pelaksanaan dasar penswastaan juga, rakyat telah
mendapat perkhidmatan yang lebih baik yang boleh dikatakan setanding
dengan negara-negara maju. Di samping itu, rakyat juga telah
diperkenalkan dengan perkhidmatan baru misalnya perkhidmatan tele-
marketing, telecaj, perkhidmatan telefon bergerak, digital network
dan sebagainya yang telah disediakan oleh syarikat Telekom. Di
samping itu, perkhidmatan yang diberikan adalah lebih cekap, misal-
nya tempoh menunggu pemasangan telefon telah berkurangan daripada 6
bulan kepada 3 bulan setelah Jabatan Telekom diswastakan. Dengan
adanya peningkatan dalam perkhidmatan-perkhidmatan ini, rakyat telah
diberi penjelasan dan faham bahawa mereka diperlukan membayar
perkhidmatan ini pada kos yang sebenar. Ini berbanding dengan
keadaan sebelum penswastaan di mana Kerajaan telah memberi subsidi
ke atas perkhidmatan-perkhidmatan yang pada masa itu disediakan oleh
Kerajaan sendiri.
DR.16.11.93 - 49 -
Syarikat—syarikat yang terlibat dcngan projek-projek penswas-
taan mengeluarkan modal berjuta-juta ringgit untuk membina lebuh-
raya/jalan raya tanpa melibatkan kewangan Kerajaan. Dengan itu ada-
lah wajar bagi syarikat-syarikat ini mendapatkan semula pelaburan
yang telah dibuat melalui pengutipan tol dan bayaran ke atas
perkhidmatan yang diberikan. Wajar dimaklumkan bahawa dengan
menswastakan projek-projek lebuhraya misalnya, lebih banyak lebuh-
raya telah dapat dibina dalam jangka masa yang lebih singkat,
berbanding dengan sekiranya Kerajaan membina lebuhraya berkenaan
dengan peruntukannya sendiri. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan
dijangka akan disiapkan 14 bulan lebih awal daripada jadual yang
dirancangkan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai Projek Segitiga, khususnya Projek
Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand yang disentuh
oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjong, Kerajaan telah mengesyorkan
kepada Kerajaan Indonesia dan Thailand untuk memajukan projek
tersebut memandangkan kepada potensinya begitu luas dan boleh
memanfaatkan ketiga-tiga negara. Selain dari itu, ia juga dapat
meningkatkan hubungan dan kerjasama ekonomi serta dagangan dengan
negara-negara jiran tersebut.
Projek ini telah mendapat persetujuan Kerajaan Indonesia dan
Thailand di mesyuarat tigahala yang diadakan di Langkawi pada 20hb
Julai, 1993. Memandangkan pihak Indonesia telah melantik Menteri
Koordinator Bidang Industri dan Perdagangan dan pihak Thailand pula
melantik Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan projek
tersebut, maka adalah perlu penyelaras projek ini bagi pihak
Malaysia juga diberi taraf Menteri. Ini akan membolehkan kita
mengadakan rundingan dengan berkesan di bidang strategi dan
DR.16.11.93 - 50 -
program tindakan untuk memajukan projek tersebut, di saraping
menjamin kepentingan kita jika diberi keutamaan. Oleh yang
demikian, Yang Amat Berbahagia Tun Daim Zainuddin telah diberi taraf
Menteri. Perlantikannya bermula daripada 1hb Januari, 1992. Di
antara tanggungjawab yang diberikan kepada beliau ialah:
(i) merundingkan dengan Kerajaan Indonesia dan
Thailand mengenai perancangan dan pelaksanaan
program serta projek-projek kerjasama yang boleh
memanfaatkan ketiga-tiga negara, khususnya
Malaysia; dan
(ii) merancang strategi pembangunan projek ini untuk
memastikan kepentingan negara diberi tumpuan
khusus.
Oleh kerana satu perancangan yang rapi dan tersusun adalah perlu
dalam melaksanakan program dan projek kerjasama di bawah projek ini,
ia memerlukan penyelarasan antara agensi Kerajaan dan sektor swasta
secara kemas dan berkesan. Dengan itu, Kerajaan telah memberikan
tugas urusetia projek itu kepada Unit Perancang Ekonomi. Dalam
melaksanakan projek ini, UPE berurusan terus dengan Yang Amat
Berbahagia Tun Daim dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
DR.16.11.93 - 51 -
Suka dijelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Yang Amat Berbahagia
Tun Daim tidak terlibat dengan lain-lain fungsi dan tugas UPE, ter-
masuk tugas-tugas yang meliputi program penswastaan Kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Batang Lupar ada
membangkitkan mengenai industri hiliran. di bidang petroleum. Bagi
menjawab soalan ini, sukalah dijelaskan bahawa selaras dengan
strategi untuk meningkatkan nilai ditambah sumber-sumber petroleum,
Kerajaan terus menumpukan perhatian kepada pembangunan sektor
biliran industri petroleum. Selain daripada meningkatkan nilai di-
tambah gas asli, pembangunannya akan memberi sumbangan yang besar ke
arah memperluaskan asas perindustrian. Tambahan pula, oleh kerana
sebahagian daripada keluaran ini adalah untuk pasaran eksport,
industri ini akan memberi peluang dagangan yang lebih luas untuk
menembusi dan mempelbagaikan pagaran-pasaran antarabangsa yang baru.
Antara projek-projek hiliran petroleum yang telah dan sedang
dimajukan ialah seperti berikut:-
(i) Projek penapisan minyak jenis ringan di Melaka
yang akan mula beroperasi pada tahun 1994;
(ii) Projek Propilena, Methyl Tertiary Butyl Ether
(MTBE) dan Polipropilena di Kuantan telah pun
beroperasi;.
(iii) Projek Ethilena/Poliethilena di Kertih,
Terengganu dijangka memulakan pengeluaran pada
1995;
DR.16.11.93 - 52 -
(iv) Di Sarawak, Projek Sintesis Sulingan Per-
tengahan (MDS) akan menghasilkan keluaran
petroleum seperti minyak tanah, nafta, disel
serta lilin. Di samp ing itu, pembesaran loji
LNG akan dilaksanakan di Bintulu;
(v) Projek Methanol dan Hot Briquet ted Iron di
Sabah telah pun beroperasi;
(vi) Projek Penyaluran Gas Semenanjung (PGU) yang
menyalurkan gas dari Terengganu hingga ke
pantai barat Semenanjung Malaysia untuk mem-
bolehkan penjanaan elektrik melalui penggunaan
gas dan sehingga ini 5 stesen janakuasa
elektrik sedang menggunakan gas; dan
(vii) Projek penggunaan gas di sektor pengangkutan
' juga sedang berjalan dan sebagai insentif,
Kerajaan telah menetapkan harga gas untuk
kenderaan di tahap separuh dari harga petrol
premium.
Kerajaan juga menggalakkan penyelidikan dalam sektor petrokimia
melalui mekanisma Intensification of Research in Priority Areas
(IRPA) dan dengan kerjasama pihak PETRONAS Research and Scientific
Services Sdn. Bhd.
DR.16.11.93 - 53 -
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat
dari Sibu yang merabangkitkan mengenai Sistem Komputer di Jabatan-
jabatan Kerajaan, suka saya jelaskan bahawa pihak Kerajaan sememang-
nya memberi tumpuan yang tinggi kepada pelaksanaan pengkomputeran di
Jabatan-jabatan Kerajaan, lebih-lebih lagi dengan usaha Kerajaan
sekarang untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti Perkhidmatan
Awam. Dalam tempoh 5 tahun yang lepas (1988-1993), pihak Kerajaan
telah meluluskan sebanyak 320 permohonan projek pengkomputeran
dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM750 juta. Pada masa
sekarang, adalah dianggarkan bahava terdapat sebanyak 400 komputer
kerangka utama dan mini serta kira-kira 30,000 PC di Jabatan-jabatan
Kerajaan. Menyedari bahawa penggunaan teknologi maklumat akan dapat
memberi sumbangan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti
Perkhidmatan Awam, satu program pengkomputeran buat pertama kalinya
telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Keenam dengan fokus kepada
bidang-bidang berikut:-
(a) pembangunan pangkalan data;
(b) penubuhan rangkaian telekomunikasi per-
khidmatan awam;
(c) pembangunan standard-standard;
(d) peningkatan kesedaran (computer awareness);
(e) pembangunan sumber manusia; dan
(f) peningkatan keselamatan komputer.
Mengenai penubuhan pangkalan-pangkalan data atau, dengan izin,
data bases, beberapa agensi seperti SIRIM, PORIM, Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah pun
DR.16.11.93 -54-
menubuhkan pangkalan data di agensi masing-masing bagi memperting-
katkan usaha pengumpulan dan penyebaran maklumat di bawah tanggung-
jawab masing-masing. Di antara maklumat tersebut ialah paten,sains
dan teknologi dan hasil-hasil penyelidikan kelapa sawit. Usaha yang
terbaru di bidang perkomputeran ialah untuk menubuhkan satu Civil
Service Link (CSL) yang akan berfungsi untuk menawarkan maklumat-
maklumat Kerajaan kepada ahli-ahli perniagaan, akademik dan juga
orang ramai. Dengan penubuhan CSL ini, agensi-agensi Kerajaan akan
dikehendaki membangunkan pangkalan-pangkalan data mereka supaya
maklumat dari pangkalan-pangkalan data tersebut dapat disalurkan
kepada CSL.
Dari segi meningkatkan perhubungan antara agensi-agensi
Kerajaan di segi perkongsian maklumat pula, pihak Kerajaan juga
sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan satu rangkaian teleko-
munikasi bersepadu Kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar bahawa di zaman yang serba
maju ini, orang awara sentiasa mengejar masa untuk mengerjakan
berbagai aktiviti rasmi masing-masing, oleh itu Kerajaan telah mula
mengenalkan Public Services Network (PSN) bagi membolehkan orang
awam berurusan mengenai berbagai aktiviti dengan Kerajaan di satu
tempat sahaja.
Projek ini telah pun dilaksanakan secara perintis di 4 pejabat
pos mulai bulan Ogos 1993 iaitu di Pejabat Pos Bandar Tun Razak,
Pejabat Pos Kuala Selangor, Pejabat Pos Taman Tun Dr. Ismail dan
Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur.
DR.16.11.93 -55-
Projek PSN ini memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan
pihak Kerajaan oleh kerana beberapa perkhidmatan Kerajaan ditawarkan
di pejabat pos. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan secara
perintis ini ialah pembaharuan lesen memandu dan pembaharuan lesen
perniagaan. Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang akan ditawarkan
ialah pembaharuan lesen kenderaan bermotor dan pembayaran kompaun
polis yang dijangka dapat disediakan pada tahun hadapan.
Sebagaimana yang disebutkan, pelaksanaan PSN sekarang ialah
secara perintis di 4 pejabat pos dan pelaksanaan ke seluruh negara
akan bermula mulai awal tahun 1994. Oleh yang demikian, walaupun
pihak Kerajaan masih belum mempunyai sebuah pelan pengkomputeran
nasional secara total, beberapa usaha telah dijalankan sepertimana
saya sebutkan tadi, dengan tujuan untuk membangunkan satu infra-
struktur teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sibu juga ada
menyentuh mengenai pengambilan kakitangan awam oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam, Malaysia. Nampaknya Ahli Yang Berhormat dari
Sibu telah salah faham mengenai peranan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, Malaysia dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah badan bebas yang ditubuh-
kan di bawah Perkara 139(1) Perlembagaan Persekutuan. Semua Ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong di bawah Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan. Ahli-ahli
DR.16.11.93 -56-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah terdiri daripada bekas pegawai-
pegawai kanan Kerajaan yang telah bersara sebagai Ketua-ketua Setia-
usaha Kementerian, Ketua Jabatan, Setiausaha Kerajaan Negeri, bekas
duta, kalangan ahli profesional dan juga orang-orang yang terkenal
di kalangan sektor swasta.
Oleh itu, kepakaran mereka di dalam melaksanakan fungsi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidaklah perlu dipertikaikan. Kesemua
Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menjalankan temuduga melalui
Lembaga Temuduga yang ditubuhkan. Ketua Jabatan yang dijemput meng-
hadiri temuduga bukanlah Ahli Lembaga Temuduga Suruhanjaya Perkhid-
matan Awam, tetapi hanya wakil jabatan yang diminta membantu Ahli
Lembaga Temuduga sahaja dan Ketua Jabatan tidak mempunyai apa-apa
pengaruh terhadap Ahli Lembaga Temuduga.
[Timbalan Yang di-pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tempoh pengambilan pegawal baru dibuat oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam bergantung kepada jenis-jenis jawatan di dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Sokongan. Bagi pengambilan
jawatan di dalam Kumpulan Pengurusan dan profesional seperti doktor,
tempoh pengambilan dibuat dalam masa 1 minggu hingga 5 minggu sahaja
bergantung kepada jumlah calon oleh kerana pengambilan mereka dibuat
secara berterusan, tidak melibatkan iklan di akhbar. Sebaliknya,
bagi jawatan di dalam Kumpulan Sokongan yang mempunyai kekosongan
yang banyak dan menarik berpuluh ribu calon setelah diiklan, tempoh
yang diambil adalah antara 8 hingga 17 minggu meliputi tempoh iklan,
pendaftaran, tapisan, temuduga dan tawaran.
Kerajaan memang sedar mengenai kekurangan doktor dan jururawat
pada masa sekarang dan ini berlaku bukanlah disebabkan kelewatan
urusan pengambilan, tetapi oleh kerana keperluan doktor sentiasa
melebihi daripada calon-calon doktor yang berkelayakan di dalam
negara pada masa sekarang.
DR.16.11.93 - 57 -
Masalah ini bukanlah boleh diatasi dengan cara menubuhkan Suruhan-
jaya Perubatan yang baru tetapi melalui langkah-langkah yang sedang
dan akan dijalankan oleh Kerajaan dengan cara menambah pengeluaran
doktor-doktor daripada universitiruniversiti tempatan dan juga
melalui pengambilan doktor secara kontrak dari seberang laut.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat dari
Padang Terap supaya umur persaraan bagi profesor-profesor dipanjang-
kan memandangkan mereka ini masih lagi dapat menyumbangkan buah
fikiran dan ilmu walaupun umur mereka telah mencapai 55 tahun, suka-
cita saya maklumkan bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk memanjang-
kan umur persaraan profesor-profcsor dan juga kakitangan Kerajaan
yang lain setelah mencapai umur 55 tahun, Walau bagaimanapun,
profesor-profesor dan kakitangan Kerajaan yang lain yang telab
bersara boleh dilantik semula secara kontrak jika perkhidmatan
mereka masih diperlukan oleh Kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat
dari Parit Sulong supaya bilangan kakitangan di Kementerian Belia
dan Sukan di peringkat bawahan atau akar umbi tidak sepatutnya
dikurangkan malah ditambah lagi memandangkan tugas-tugas dan peranan
penting mereka, Jabatan Perkhidmatan Awam memang sedar tentang
kekurangan bilangan kakitangan di peringkat bawahan atau akar umbi
yang dihadapi oleh Kementerian Belia dan Sukan. Justeru itu, dalam
DR.16.11.93 - 58 -
urusan penyusunan semula Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan
Perkhidmatan Awam telah mengkaji dengan teliti dan telah memberi
pertimbangan sewajarnya berasaskan kepada keperluan Kementerian
berkenaan. Perkara ini akan dimaklumkan apabila diputuskan oleh
Kerajaan.
Ahli Yang Berhormat dari Bandau, Tanjong Aru dan Gaya ada
menyentuh mengenai persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan-
raya. Adalah tidak adil bagi Ahli-ahli Yang Berhormat membuat
dakwaan sedemikian kerana urusan persempadanan semula bahagian-
bahagian pilihanraya masih sedang berjalan. Ketika urusan persem-
padanan ini diadakan, orang ramai termasuk Ahli Yang Berhormat
sendiri boleh membuat representasi terhadap syor-syor persempadanan
ketika ianya dipamerkan.
Berdasarkan kepada ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat itu, saya
yakin representasi yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin dalam
kawasan Ahli Yang Berhormat itu akan dipertimbangkan berikutan
dengan siasatan tempatan yang telah diadakan oleh pihak Suruhanjaya
Pilihanraya. Seperkara lagi, ingin saya memaklumkan bahawa laporan
akhir persempadanan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada satu
ketika yang akan ditetapkan kelak, dan inilah forum yang sebaik-
baiknya untuk membincangkan perkara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai menjawab persoalan yang dibangkit-
kan oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjung Aru dan Kota Kinabalu
DP.16.11.93 - 59 -
mengenai terdapatnya ramai pendatang-pendatang tanpa izin yang telah
didaftarkan sebagai pemilih, sukalah saya menjelaskan bahawa tiap-
tiap tahun SPP menjalankan urusan pendaftaran dan penyemakan daftar
pemilih. Ketika urusan ini berjalan, orang ramai yang layak
mengundi telah diberi peluang untuk mendaftar sebagai pemilih.
Bagi negeri Sabah khasnya, SPR akan menyemak butir-butir
pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih dengan Jabatan
Pendaftaran Negara untuk menentukan sama ada seseorang itu pemegang
kad pengenalan yang sab ataupun tidak. Jika rekod pemohon itu tidak
ada di Jabatan Pendaftaran Negara, permohonan itu akan ditolak.
Mengenai dakwaan Ahli Yang Berhormat kononnya di bahagian
pilihanraya N.15 Sugut terdapat seramai 800 pemilih yang tidak
dikenali, ingin saya menjelaskan bahawa pemilih-pemilih itu tidak
semestinya terdiri dari bukan warganegara setempat. Apa yang .
berlaku ialah pemilih-pemilih itu pada tarikh kelayakan pernah
bermastautin di bahagian pilihanraya yang berkenaan dan kemudiannya,
telah berpindah ke tempat lain. Dalam keadaan begini, nama pemilih-
pemilih tersebut perlu dikekalkan di bahagian pilihanraya di mana
mereka mendaftar dan nama mereka tidak boleh dipotong kecuali mereka
memohon untuk bertukar alamat.
Di samping itu, saya juga ingin menarik perhatian Ahli Yang
Berhormat bahawa dalam proses menjalankan urusan pendaftaran
pemilih, rang daftar pemilih akan dipamerkan kepada orang ramai dan
orang ramai berhak untuk membuat bantahan jika mereka mendapati ada
TR.16.11,93 - 60 -
di antara orang—orang yang memohon tidak layak untuk didaftarkan
sebagai pemilih di satu-satu bahagian pilihanraya.
Sehubungan dengan ini, sukalah saya menjelaskan bahawa
penyaluran peruntukan pembangunan tidak semestinya dibuat mengikut
kawasan Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen. Sebelum sesuatu
projek dijalankan, beberapa faktor akan diambilkira yang antara
lainnya ialah memberi keutamaan kepada keperluan penduduk-penduduk
setempat. Oleh itu rancangan pembangunan dijalankan mengikut
kepentingan dan keperluan penduduk-penduduk kawasan yang memerlukan-
nya. Dalam hal ini, proses pengubahsuaian kawasan pilihanraya di
negeri Sabah tidak menjejaskan usaha-usaha yang meningkatkan
pelaksanaan projek-projek pembangunan terutama di kawasan-kawasan
yang mendesak khususnya kawasan-kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong dan Kota
Melaka telah menyoal mengenai kewibawaan Biro Pengaduan Awam (BPA)
dan Badan Pencegah Rasuah (BPE) dan mencadangkan supaya Ombudsman
diwujudkan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, BPA yang
telah diwujudkan sejak tahun 1971 lagi, berperanan sebagai salah
satu dari response awam terhadap perjalanan pentadbiran awam.
Walaupun begitu, Kerajaan telah bersetuju menyusun semula
struktur dan peranan serta tanggungjawab BPA melalui Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 Tahun 1992 yang berkuat-
kuasa mulai 31 Julai 1992. Di bawah peraturan yang baru ini, BPA
tidak disekat dari menyiasat sebarang aduan yang diterima dari
DR.16.11.93 - 61 -
orang awam asalkan ianya termasuk dalam bidang kuasanya sebagaimana
yang dihuraikan di bawah takrif pengaduan awam di dalam Pekeliling
4/1992 yang berbunyi:
(i) 'Pengaduan Awam' ialah pengaduan-pengaduan
orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka
terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan
termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan
institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan
membekalkan keperluan-keperluan awam, dengan
izin, public utilities yang dirasai tidak adil,
tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang
sedia ada termasuklah salahlaku, penyelewengan,
salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.
(ii) Pengaduan-pengaduan awam meliputi semua aspek
pentadbiran Kerajaan kecuali perkara-perkara
yang berkaitan dengan dasar Kerajaan yang telah
ditetapkan dan perkara-perkara yang berada di
bawah bidang kuasa Badan Pencegah Rasuah, Biro
Bantuan Guaman, Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Pengurusan Kerajaan dan Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara.
Mengikut sistem yang ada sekarang ini, telah diwujudkan satu
Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua
DR.16.11.93 - 62 -
Setiausaha Negara dan dianggotai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Timbalan Ketua Setia-
usaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Unit
Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) yang mempunyai bidang kuasa
antara lainnya; menimbang dan membuat keputusan mengenai laporan
atau kes yang dikemukakan oleh BPA mengenai pengaduan awam dan
mengarahkan Ketua Agensi Kerajaan yang berkenaan supaya hadir dalam
Mesyuarat Jawatankuasa untuk mcmberi penjelasan mengenai sesuatu
aduan atau kes.
Walaupun Biro tidak mempunyai kuasa legislative, namun basil
siasatan yang dijalankan oleh BPA akan dikemukakan kepada Jawatan-
kuasa Tetap Pengaduan Awam untuk keputusan. Ini bermakna sesuatu
kes yang diadukan terutama yang tidak dapat diselesaikan di pihak
agensi berkenaan, ianya ditimbang serta diputuskan oleh satu
Jawatankuasa yang dianggotai oleh pegawai-pegawai terkanan dalam
Perkhidmatan Awam dan tidak oleh pegawai-pegawai rendah di BPA
sebagaimana yang dianggap oleh Ahli Yang Berhormat.
DB.16.11.93 - 63 -
Dengan kelulusan Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam, Biro boleh
menyiasat secara dekat dengan mendapatkan serta melibat fail-fail
yang berkenaan, menemubual pegawai-pegawai yang terlibat dalam
usaha untuk menyelesaikan aduan yang diterima. Jawatankuasa Tetap
Pengaduan Awam juga boleh memanggil Ketua-ketua Jabatan untuk
memberi penjelasan di atas aduan-aduan yang diterima terhadap agensi
berkenaan. Kerajaan berpuas hati dengan sistem yang wujud kerana
Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam adalah merupakah satu badan yang
berkuasa dan dapat menyelesai masa1ah yang diadukan, mengesyor
supaya diambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang cuai serta
meminda peraturan atau sistem yang pincang basil dari siasatan yang
dijalankan oleh BPA. Ini adalah didapati berkesan dan sesuai bagi
negara kita.
Oleh yang demikian, Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan
Ombudsman sebagaimana yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat
berkenaan. Ini adalah kerana institusi-institusi yang telah
diswastakan itu adalah tertakluk juga kepada sistem respons awam
yang telah diadakan ini.
Sebenarnya, falsafah "Ombudsman" dan konsepnya telah dilaksana-
kan di negara ini sejak tiga dekad yang lalu. Peranan dan fungsi
yang dipertanggungjawabkan kepada Ombudsman itu sebenarnya telah dan
sedang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia, cuma tidak memakai nama
"Ombudsman", tetapi menggunakan nama BPP, BPA atau Biro Pengaduan
Awam dan MAMPU,
Tuan Yang di-Pertua, dakwaan-dakwaan daripada beberapa Ahli
Yang Berhormat mengenai kewibawaan BPR yang terjejas kerana ia
DR.16.11.93 - 64 -
diperalatkan oleh pemerintah adalah tidak benar sama sekali dan
hanya menunjukkan kecetekan pengetahuan mengenai undang-undang.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) adalah sebuah agensi yang diberi
tanggungjawab utama untuk menyiasat, menangkap dan mendakwa orang-
orang yang didapati terlibat dengan jenayah rasuah mengikut peruntu-
kan undang-undang yang ditetapkan di samping menjalankan program-
program berbentuk pendidikan nilai-nilai murni.
BPR diberi sepenuh kebebasan untuk menyiasat sesiapa sahaja
tanpa mengira kedudukan, darjat dan jawatan seseorang itu dan tidak
perlu merujuk kepada Kerajaan atau mana-mana pihak sebelum sesuatu
siasatan dijalankan. Saya jamin babava pihak Kerajaan tidak pernah
dan tidak akan sekali-kali memperalatkan BPR kerana Kerajaan meng-
hormati serta menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap BPR yang
sentiasa bertindak tegas, adil, amanah dan berkecuali tanpa sebarang
prasangka.
Yang saya perhatikan, pihak DAPlah yang sering menggunakan BPR
sebagai alat untuk tujuan politiknya ekoran dari emosi dan sentimen
peribadinya terhadap pihak-pihak tertentu, Nampaknya, Ahli-ahli
Yang Berhormat dari parti Pembangkang, terutamanya dari parti DAP
yang telah membuat report kepada BPR membuktikan hakikat sebenarnya
bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan masih lagi mempunyai
keyakinan terhadap kredibiliti dan kewibawaan BPR untuk bertindak
mencegah rasuah. Sebaliknya, jika tidak ada kepercayaan, sudah
tentunya Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan tidak akan membuat apa-
apa aduan kepada BPR.
Berhubung dengan tindakan pendakwaan, Badan ini perlu terlebih
dahulu mendapat keizinan untuk mendakwa atau "consent to prosecute"
DP.16.11.93 - 65 -
dengan izin, daripada Peguam Negara sebelum sesuatu kes itu dituduh
di mahkamah. Ini bukan kehendak sesiapa, tetapi adalah kehendak
Perlembagaan Negara.
Ekoran dari tindakan parti-parti Pembangkang yang suka
mengheboh-hebohkan serta menggembar-gemburkan kes-kes rasuah dalam
Parlimen, menyebabkan siasatan BPR terjejas. Ini adalah kerana
dokumen-dokumen penting akan dimusnahkan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan bila mana mengetahui kes berkaitan terbongkar atau
pihak tertuduh akan cuba mempengaruhi dan berpakat dengan saksi-
saksi supaya memberi percakapan yang memihak kepada tertuduh.
Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat dari parti Pembangkang
berniat suci untuk mencegah rasuah, Ahli-ahli Yang Berhormat
berkenaan sepatutnya terus melaporkan apa sahaja kes rasuah yang
diketahui kepada BPK dan menjadi saksi di mahkamah. Sebenarnya,
keberkesanan usaha-usaha mencegah rasuah bukan sahaja bergantung
kepada peruntukan undang-undang dan kecekapan pegawai-pegawai BPR,
tetapi juga bergantung besar kepada kerjasama orang ramai, khususnya
menjadi saksi di mahkamah. Adakah Ahli-ahli Pembangkang bersedia
untuk menjadi saksi di mahkamah, dan bukannya membuat laungan kosong
di dalam Dewan yang mulia ini?
Kerajaan sedar bahawa pihak Pembangkang sebcnarnya sudah
kehabisan modal, maka mereka terpaksa juga menggunakan modal lapuk,
iaitu rasuah. Kalau tidak ada lagi modal politik, saya nasihatkan
supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dari parti Pembangkang lebih baik
duduk diam-diam sahaja dan jangan membuat bising seperti 'tin
kosong'. Kerajaan Juga sedar bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat dari
parti Pembangkang kerap menggunakan isu rasuah, sebenarnya bukan
DP.16.11.93 - 66 -
berjuang menentang rasuah, tetapi berniat untuk mewujudkan persepsi
serong, kononnya rasuah telah berleluasa di negara ini dalam usaha
mereka menagih simpati rakyat supaya menentang pemerintah.
Tuan Yang di-Pertua, BPR telab pun mengumumkan keputusan
siasatannya terhadap peruntukan 10 juta saham STMB (Telekom). Oleh
yang demikian, pibak Kerajaan tidak perlu mengulangi lagi butiran-
butiran lanjut mengenai hasil siasatan berkenaan. Sebagai seorang
peguam yang pakar seperti Ahli Yang Berhormat dari Tanjong, sudah
tentu Ahli Yang Berhormat berkenaan sedar bahawa pibak berkuasa
berkenaan perlu ada cukup bukti, dengan izin, beyond reasonable
doubts, sebelum seseorang itu ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Ini adalab kehendak undang-undang di negara ini dan mahkamah tidak
boleh menghukum seseorang itu kalau ada keraguan walau sebesar zarah
sekalipun. Ahli Yang Berhormat juga sepatutnya tabu bahawa dengan
hanya menimbulkan sedikit keraguan, sesebuah kes itu akan dibuang.
BPR telah membuka semula siasatan terhadap kes berkenaan kerana
mendapat maklumat-maklumat baru dan pibak berkuasa berkenaan
berharap supaya tidak ada pihak yang cuba menjejaskan siasatannya
dengan memukul canang di dalam Dewan yang mulia ini, Dalam hal ini,
suka juga saya menasihatkan Ahli Yang Berhormat dari Tanjong yang
nampaknya mempunyai banyak maklumat dan begitu mengetahui kes
tersebut supaya melaporkannya kepada BPR dan membuktikan resit-resit
yang dikatakan palsu itu. Di sini bukanlah tempatnya untuk membuat
dakwaan dengan sewenang-wenangnya.
Tidak ada sebuah agensi atau organisasi penguatkuasa di dunia
ini yang diberi kuasa mutlak untuk melaksanakan objektif dan fungsi-
DR.16.11.93 - 67 -
nya. BPR sememangnya sebuah badan yang bebas untuk menyiasat
sesiapa sahaja yang terlibat dengan kes rasuah seperti mana yang
saya nyatakan tadi. Kerajaan dan rakyat setakat ini amat berpuas
hati dengan prestasi dan kredibiliti BPR. Oleh yang demikian,
Kerajaan tidak bercadang untuk memindahkan PPR ke mana-mana bahagian
lain. Tambahan lagi, disebabkan oleh kecekapan dan keberkesanan
usaha-usaha BPP, kegiatan rasuah tidak menjadi satu budaya hidup
rakyat di negara ini. Tni adalah satu pencapaian cemerlang BPR yang
patut diberi kebormatan dan bukan cacian.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Padas telah
menyuarakan harapannya agar BPR tidak memilih kasih dengan hanya
mengambil tindakan terbadap ikan-ikan kecil ataupun mengambil tinda-
kan ke atas pihak Pembangkang sahaja dan tidak berani mengambil
tindakan yang melibatkan para pemimpin Barisan Nasional. Ahli Yang
Berhormat berkenaan juga berharap agar BPR berlaku adil, sekiranya
tidak, maka kewibawaan dan nama baik BPR sebagai badan bebas akan
tercemar.
Badan Pencegah Rasuah Malaysia atau BPR telah diwujudkan di
bawah Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan diberi tanggungjawab untuk
mencegah segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa
yang ditegah oleh undang-undang. Sebagai sebuah badan penguatkuasa,
setiap tindak- tanduk BPR adalah mengikut bidang tugas dan bidang-
kuasa sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang diperun-
tukkan kepadanya. Walaupun Badan ini diletakkan di bawah pentad-
biran Jabatan Perdana Menteri, tetapi ianya hanya melibatkan urusan
kewangan dan pengambilan kakitangan sahaja. Segala urusan harian
DP.16.11.93 - 68 -
dan operasinya ditentukan sendiri oleh pihak pengurusan BPR tanpa
perlu merujuk terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Oleh hal yang
demikian, Ahli Yang Berhormat berkenaan tidak perlu merasa bimbang
kerana BPR akan sentiasa bertindak dengan adil, berkecuali,
impartial, dengan izin, dan tanpa prasangka serta tanpa mengira
kedudukan, darjat atau jawatan seseorang itu sekiranya memperolehi
cukup bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
Hasil siasatan BPR berkaitan kes MAIKA Holdings telah pun
diumumkan dan saya tidak bercadang untuk mengulangi pengumuman itu
di dalam Dewan ini. BPR telah bertindak adil, tegas dan amanah di
dalam hal ini. Kita seharusnya menghormati keluhuran dan keadilan
undang-undang yang mana kit a tidak boleh menghukum seseorang itu
dengan sewenang-wenangnya jika tidak ada cukup bukti. Pihak
Pembangkang, terutamanya Ahli-ahli dari DAP yang sengaja tidak mahu
menerima hakikat ini jelas mencerminkan bahawa merekalah yang
sebenarnya tidak demokratik dan berprinsipkan diktator.
DR.16.11.93 - 69 -
Sekiranya parti Pembangkang berkuasa, maka sudah tentulah ramai
rakyat yang tidak bersalah akan dihukumnya kerana mengamalkan dasar
dan pendirian yang sentiasa dipengaruhi oleh emosi, sentimen politik
dan prasangka buruk.
Jika sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat dari DAP, khususnya
dari Kota Melaka benar-benar jujur untuk berjuang menentang rasuah,
maka Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan sepatutnya terus membuat
laporan rasmi tentang kes Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor
dan menjadi saksi BPF. Dewan yang Mulia ini bukannya medan untuk
menunjukkan keperwiraan parti Pembangkang dalam memerangi rasuah dan
bukan juga tempat menabur tuduhan tanpa asas. Berkaitan dakwaan kes
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, ianya masih lagi di dalam
tindakan pihak BPF.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai kedudukan kewangan DBKL yang
dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjong, ingin saya
maklumkan babawa kedudukan kewangan DBKL sekarang adalah lebih baik
dari tahun-tahun yang lalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat
daripada Tanjong, Belanjawan Mengurus DBKL bagi tahun 1994 dijangka
akan mengalami lebiban (surplus) sebanyak RM 44 juta. Sebenarnya
teguran-teguran yang telah ditimbulkan pada Mesyuarat Parlimen bulan
Julai lalu mengenai DBKL, telah pun diberi perhatian dan diambil
tindakan, termasuklah mengemaskinikan peraturan kewangan yang
diamalkan oleh DBKL. Kawalan-kawalan ketat telah pun dibuat
DR.16.11.93 - 70 -
dalam menguruskan kewangan pentadbiran DBKL. Tindakan tegas ke atas
kakitangan yang menyeleweng, menggelap dan tidak mempunyai sifat-
sifat amanah telah diambil mengikut peraturan yang ada pada ketika
ini.
Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat daripada Seputeh mengenai masalah pencemaran alam sekitar
yang berkaitan dengan aktiviti pembakaran di tapak pelupusan sampah,
sukacita saya memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memang
menyedari masalah tersebut. Dalam hubungan ini, Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur sedang membuat perancangan bagi melaksanakan sistem
pelupusan sampah yang moden melalui program penswastaan. Jika ini
dilaksanakan, tapak pelupusan sampah yang ada akan ditutup.
Di samping itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga berusaha
mencari tapak pembuangan sampah di tempat-tempat lain, walaupun
tapak baru telah dikenalpasti di Jinjang Utara. Bagi kawasan-
kawasan di tapak pelupusan baru, langkah-langkah kawalan alam
sekitar pasti akan diambil sebelum tapak tersebut digunakan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang
Berhormat dari Bandau mengenai wujudnya jurang ketidakseimbangan di
antara negeri apabila melihat perbezaan KDNK per kapita di kalangan
negeri-negeri, sukacita dijelaskan bahawa keadaan ketidakseimbangan
ini bukan sahaja wujud di negara-negara sedang membangun seperti di
DR.16.11.93 - 71 -
Malaysia, malah turut dialami oleh negara-negara yang lebih maju.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, ketidakseimbangan
begini tidak dapat dielakkan, khususnya di peringkat awal
pcmbangunan kerana dengan sumber-sumber yang terhad, pertumbuhan
perlu diutamakan terlebih dahulu kerana tanpa pertumbuhan, matlamat
pengagihan dan keseimbangan antara kaum dan wilayah tidak akan dapat
dicapai. Ini adalah penting kerana Kerajaan tidak akan mengambil
kepentingan dan hak sesuatu kaum dan wilayah yang sedia ada untuk
diagihkan kepada kaum dan wilayah yang lain.
Kenyataan Ahli Yang Berhormat yang menyatakan bahawa negeri
yang maju bertambah maju dan negeri yang kurang maju bertambah
kurang maju adalah kurang tepat. Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama, 1971-1990 jelas menunjukkan bahawa KDNK per kapita,
pendapatan isirumah, dan petunjuk-petunjuk sosio-ekonomi untuk semua
negeri termasuk negeri-negeri kurang maju, telah menunjukkan pening-
katan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, adalah tidak dapat
dielakkan KDNK per kapita bagi negeri-negeri yang memiliki asas
pembuatan dan perkhidmatan yang lebih baik mengalami perkembangan
yang lebih pesat. Ini adalah kerana sektor swasta yang merupakan
jentera utama pertumbuhan negara terus berminat melabur di kawasan
dan negeri-negeri -tertentu, khususnya Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Menyedari pentingnya sektor pembuatan dan perkhidmatan dalam
meningkatkan pertumbuhan dan mengubah struktur ekonomi sesebuah
negeri, maka Kerajaan telah memberi penekanan kepada usaha
DF.16.11.93 - 72 -
mempelbagaikan asas ekonomi negeri-negeri yang kurang maju. Untuk
itu, strategi pembangunan yang berikut sedang diberi tumpuan
antaranya:
(i) memperbaiki dan meningkatkan kemudahan infrastruktur
fizikal dan sosial di negeri-negeri kurang maju untuk
membolehkan beberapa lokasi di negeri-negeri tersebut
menjadi lebih mampu bersaing dan dapat menarik minat
pelaburan swasta, Di antara strategi yang dibuat ialah
pengwujudan koridor baru di Pantai Timur Semenanjung serta
di kawasan pertumbuhan utama di Kota Kinabalu dan Kuching
dengan penyediaan berbagai infrastruktur yang diperlukan.
Di samping itu, kemudahan infrastruktur yang lebih baik
juga disediakan ke arah menggalakkan pembangunan
pelancongan dan pertanian di ngeri-negeri kurang maju;
(ii) mengubahsuai Skim Galakan Pelaburan yang sedia ada untuk
menarik lebih banyak pelaburan ke koridor Pantai Timur,
Sabah dan Sarawak. Syarikat-syarikat yang menikmati taraf
perintis dan galakan cukai pelaburan akan dikenakan cukai
pendapatan hanya 5% jika syarikat-syarikat berkenaan
menempatkan kilang di negeri yang tersebut tadi,
berbanding dengan 10% jika melabur di tempat lain; dan
(iii) meningkatkan kerjasama serantau dengan negara-negara jiran
menerusi Konsep Segitiga Pertumbuhan di utara, selatan dan
DR.16.11.93 - 73 -
timur. Pelaksanaan projek-projek kerjasama di
kawasan-kawasan berkenaan dijangka akan dapat
membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di
negeri-negeri yang berkaitan.
Kesan daripada pelaksanaan strategi dan program yang tersebut
hanya akan dapat dilihat dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Oleh yang demikian, ketidakseimbangan di kalangan negeri untuk
jangka masa pendek dijangka akan terus wujud.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah kemiskinan yang
dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Batang Lupar dan
Padas, Kerajaan menyedari dan prihatin akan masalah kemiskinan yang
dialami oleh semua kaum etnik di negara ini. Dalam hubungan ini,
Kerajaan sedang memberikan penekanan bagi mengurangkan kemiskinan
bagi golongan termiskin dari 143,100 Ketua Isirumah (Tahun 1990)
kepada 88,800 Ketua Isirumah (Tahun 1995) dan seterusnya kepada
41,200 Ketua Isirumah pada tahun 2000. Walaupun keadaan kemiskinan
secara keseluruhannya telah bertambah baik, usaha-usaha pembasmian
kemiskinan akan lebih tertumpu kepada golongan termsiskin di
samping terus memperbaiki keadaan isirumah yang kurang bernasib baik
dengan melaksanakan program-program khas, termasuk bantuan secara
langsung bagi mereka mendapat keperluan asas kehidupan harian.
Kajian terbaru Kerajaan telah menunjukkan bahawa kadar
kemiskinan telah menurun dan jurang antara bandar dan luar bandar
telah berkurangan dan dijangkakan akan terus berkurangan sehingga
DR.16.11.93 - 74 -
akhir Rancangan Malaysia Keenam, Hasrat Kerajaan berkaitan soal
kemiskinan telah diberi penekanan dalam Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (RRJP2) yang antara lain bertujuan untuk:
(1) membasmi kemiskinan yang akan memberi lebih
tumpuan terhadap golongan termiskin tanpa
mengira kaum dengan meningkatkan pendapatan
dan memperbaiki liputan perkhidmatan sosial
yang asas di kalangan mereka; dan
(2) memberi perhatian lebih kepada masalah
kemiskinan relatif iaitu mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan golongan kaya dan miskin,
dengan menyediakan lebih banyak peluang kepada
mereka yang berpendapatan rendah, terutama di
kawasan mundur dan negeri kurang maju.
DR.16.11.93 - 75 -
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang akan meneruskan
pencapaian DEB dalam mempercepatkan proses pembasmian kemiskinan dan
penyusunan masyarakat ke arah memperbaiki ketidakseimbangan sosial
dan ekonomi. Matlamat DPN adalah membina sebuah negara yang bersatu
padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman
dan makmur. Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang lebih
berkesan sedang diambil untuk mengurangkan kemiskinan tanpa mengira
kaum dan mengambilkira keperluan semua golongan masyarakat baik di
luar bandar walaupun di bandar.
Kerajaan akan terus memperbaiki keadaan golongan termiskin
melalui program-program khas termasuk bantuan secara langsung.
Secara umumnya, terdapat 44 jenis program atau projek di bawah pakej
Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah dan akan
terus diberikan kepada golongan tersebut di seluruh negara. Antara
lain bantuan projek-projek ini meliputi pertanian jangka pendek,
ternakan, latihan kemahiran, bantuan perniagaan, pengembangan dan
bimbingan pertanian yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan
keluarga termiskin. Di samping itu, projek-projek untuk memenuhi
keperluan asas berbentuk kebajikan seperti pembinaan/pemulihan
rumah, bekalan air bersih, bantuan untuk orang tua dan orang cacat
bagi memperbaiki mutu kehidupan rakyat juga diadakan.
Usaha-usaha yang dilaksanakan adalah bagi mengatasi kemiskinan
di seluruh negara. Kerajaan sedar bahawa negeri-negeri Sabah dan
DP.16.11.93 -76 -
Sarawak mempunyai tahap pembangunan, sekitaran dan sosio-budaya yang
berbeza sedikit dari Semenanjung Malaysia. Faktor-faktor ini
diambilkira untuk menyediakan pakej khas PPRT untuk Sabah dan
Sarawak. Sebagai langkah permulaan ke arah itu, Kerajaan sedang
menyediakan Daftar Rakyat Termiskin dan mengumpul maklumat keluarga
bagi kedua-dua negeri tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak
menunggu siapnya proses penyediaan Daftar ini dan telah mula melak-
sanakan program PPPT ini di Sabah dan Sarawak.
Kerajaan sememangnya sedar bahawa usaha-usaha untuk memper-
kukuhkan lagi pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan ada-
lah penting dan dengan itu langkah-langkah scdang diambil bagi
memantapkan lagi jentera perancangan, pelaksanaan dan pengesanan
program-program tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat
dari Sibu mengenai Perbadanan Usahawan Nasional Bbd. (PUNB), sukalah
dijelaskan bahawa Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. yang ditubuhkan
-. pada 17hb. September 1991 adalah di antara agensi-agensi yang
. melaksanakan program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumi-
putera (MPPB). Agensi-agensi lain yang memainkan peranan membangun-
kan MPPB termasuklah Majlis Amanah Rakyat (MARA), PERNAS, Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad
yang bergiat di seluruh negara tanpa mengambilkira lokasi sama ada
di luar atau di sekitar kawasan Lembah Kelang. Pelaksanaan program
MPPB adalah sejajar dengan Dasar Pembangunan Nasional yang
DR.16.11.93 - 77 -
menekankan kepada kualiti dengan pemilihan kumpulan sasaran yang
selektif sebagai dasar yang diteruskan daripada Dasar Ekonomi Baru.
Antara program-program MPPB yang dilaksanakan di bawah DPN
ialah program pembangunan vendor, sub-contract exchange, dengan
izin, francais, modal teroka dan sebagainya. Dalam pada itu,
Kerajaan telah mengenalpasti sektor dan sektor kecil ekonomi yang
strategik seperti sektor-sektor pembuatan, pembinaan dan perkhid-
matan untuk diceburi oleh usahawan bumiputera. Dalam tahun-tahun
pertama penubuhannya, PUNB menumpukan kegiatannya di dalam sektor
pembuatan dahulu. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kejayaan
program MPPB diukur melalui program yang dilaksanakan oleh PUNB
sahaja memandangkan banyak lagi agensi-agensi lain yang juga
melaksanakan strategi-strategi bagi mencapai objektif penubuhan
MPPB. Pelaksanaan strategi dan projek-projek oleh agensi-agensi ini
tidak terhad kepada sesuatu kawasan atau negeri sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah meneliti ucapan daripada
Ahli Yang Berhormat dari Pagoh yang mana telah menyentuh tentang
urusan haji, khususnva pengendalian jemaah haji secara swasta. Saya
amat berbangga dengan Ahli Yang Berhormat ini kerana beliau prihatin
dengan perjalanan syarikat swasta mengendalikan jemaah haji di
negara ini. Saya percaya tujuan masalah ini dibangkitkan adalah
kerana Ahli Yang Berhormat ingin melihat jemaah haji kita dapat
menunaikan haji dengan sempurna.
Bagi memperkemaskan perkhidmatan syarikat-syarikat swasta
kepada jemaah haji, Ahli Yang Berhormat dari Pagoh telah menyarankan
DR.16.11.93 - 78 -
supaya Tabung Haji memberi bimbingan kepada penganjur-penganjur
syarikat berkenaan. Sememangnya sejak dari tahun 1985 Tabung Haji
telah memberi galakan dan bimbingan kepada penganjur-penganjur dan
petugas-petugas syarikat yang telah memohon mengendalikan jemaah
haji secara swasta pada ketika itu yang bermula dengan dua buah
syarikat. Sehingga tahun 1992 bilangan syarikat yang telah dilulus-
kan mengendalikan jemaah haji telah meningkat kepada 35 buah. Ini
menunjukkan Tabung Haji telah begitu liberal dalam menerima peranan
syarikat-syarikat swasta dalam mengendalikan jemaah haji.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1992 Tabung Haji telah mengenal-
pasti beberapa buah syarikat yang telah tidak menunjukkan prestasi
yang baik dalam pengendalian jemaah haji mereka, sama ada di
Malaysia atau di Tanah Suci. Dengan demikian, hanya 25 buah
syarikat sahaja ditawarkan untuk mengendalikan jemaah haji pada
tahun berikutnya iaitu tahun 1993. Namun hanya 21 buah syarikat
sahaja yang sanggup meneruskan perkhidmatan mereka, manakala 4 buah
syarikat telah menarik diri di saat-saat akhir.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Tabung Haji mempunyai komitmen
menerima penglibatan pihak swasta dalam pengendalian jemaah haji,
namun ia tidak sanggup mengabaikan tugas utama penubuhannya iaitu
memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji.
Berasaskan kepada mandat inilah Tabung Haji terpaksa menggugurkan
beberapa buah syarikat dari senarai kerana mereka telah tidak
menunjukkan prestasi yang baik kerana memberi perkhidmatan yang
DR.16.11.93 - 79 -
buruk kepada jemaah haji di bawah jagaannya, di samping melanggar
peraturan-peraturan pihak berkuasa Arab Saudi.
Maka itu, dalam musim haji yang akan datang, Tabung Haji
terpaksa menggunakan kriteria-kriteria tambahan serta mengenakan
syarat-syarat yang lebih ketat. Di samping itu, syarikat-syarikat
yang tidak menimbulkan masalah serta memberi perkhidmatan yang baik
sahaja yang diberi kebenaran meneruskan pengendalian jemaah haji.
Dengan demikian, hanya 19 buah syarikat sahaja dipilih untuk
mengendalikan jemaah haji.
Dalam pada itu, Tabung Haji sentiasa berusaha untuk membantu
syarikat-syarikat swasta ini memperbaiki prestasi masing-masing
dan mengadakan perbincangan dengan penganjur-penganjur syarikat,
sama ada di Malaysia atau di Tanah Suci. Tabung Haji juga itlah
memberi taklimat kbas dan bengkel untuk mengatasi masalah yang
berbangkit, Di samping itu, mulai tahun 1992 Tabung Haji telah
mengadakan kursus kepada penganjur-penganjur syarikat dan petugas-
petugas mereka untuk meningkatkan tahap keupayaan perkhidmatan
mereka, di samping mendedahkan perkara-perkara baru mengenai
peraturan dan undang-undang yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab
Saudi.
Ahli Yang Berhormat dari Pagoh juga telah menuduh bahawa Tabung
Haji telah tidak berlaku adil dalam pembahagian jemaah haji kepada
syarikat swasta. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyangkal
tuduhan ini. Tabung Haji bukan sahaja telah berlaku adil tetapi
juga telah mengambil berat dalam masalah ini. Contohnya,
DF.16.11.93 - 80 -
beribu-ribu keping poster senarai syarikat-syarikat swasta yang
diluluskan oleh Tabung Haji ditampalkan di tempat-tempat awam
seperti masjid, surau dan balai raya. Di samping itu, kenyataan
dalam akhbar-akhbar tempatan dan media massa telah dibuat tentang
nama-nama syarikat yang boleh dipilih oleh bakal-bakal haji. Usaha
ini adalah bertujuan untuk membantu jemaah haji membuat pilihan di
samping menolong syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan bakal haji
untuk mengikuti syarikat mereka.
Dalam hal ini, Tabung Haji tidak membezakan di antara syarikat
yang baru atau yang lama beroperasi. Begitu juga Tabung Haji tidak
membezakan di antara syarikat yang menjadi ahli BUMITFA atau tidak.
Di dalam menentukan bilangan maksimum yang boleh dikendalikan oleh
sesebuah syarikat, hanya prestasi dan keupayaan serta kemampuan
syarikat memberi perkhidmatan yang baik kepada jemaah haji diambil
kira. Di samping itu, kebolehan sesebuah syarikat menarik bakal-
bakal haji juga menentukan bilangan jemaah haji yang diperolehi oleh
syarikat berkenaan di dalam lingkungan maksimum yang dibenarkan.
Berkenaan dengan cadangan supaya Tabung Haji menyerahkan
keseluruhan pengendalian haji kepada syarikat pelancongan bumiputera
sementara Tabung Haji hanya memberi bimbingan sahaja, saya ingin
menegaskan bahawa setakat ini syarikat-syarikat yang pernah
mengendalikan jemaah haji belum lagi membuktikan bahawa mereka
berkemampuan untuk menjalankan tugas-tugas yang begitu mencabar dan
penuh bertanggungjawab ini.
DR.16.11.93 - 81 -
Dalam keadaan syarikat-syarikat swasta dihadkan kepada
mengendalikan bilangan jemaah haji yang lebih kurang 6,000 orang,
terdapat kelemahan-kelemahan yang ketara dalam urusan pengendalian
haji oleh syarikat-syarikat ini. Dengan demikian, saya tidak nampak
bagaimana dalam masa yang singkat ini tanggungjawab mengendalikan
jemaah haji Malaysia lebih kurang 30,000 orang dapat diserahkan
sepenuhnya kepada syarikat-syarikat pelancongan bumiputera.
Walau bagaimanapun, Kerajaan akan menimbang untuk menambahkan
bilangan jemaah haji yang dapat diuruskan oleh syarikat-syarikat
swasta apabila tiba masanya kelak iaitu apabila syarikat-syarikat
ini dapat membuktikan keupayaan masing-masing. Had penyertaan
swasta dalam pengendalian haji, bergantung kepada keupayaan dan
kemampuan syarikat-syarikat tersebut memberi perkhidmatan yang
memuaskan kepada jemaah haji serta mematuhi peraturan-peraturan
pihak Berkuasa Arab Saudi.
Ahli Yang Berhormat tersebut juga ada menyebutkan tentang
Tabung Haji masih menerima pendaftaran haji walaupun bilangan yang
mendaftar telah melebihi kuota yang dikenakan kepada Malaysia, iaitu
19,000 orang sahaja. Saya suka menerangkan, bahawa oleh kerana
bilangan jemaah haji yang dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi masih
boleh dirundingkan, maka itulah sebabnya Tabung Haji masih
DR.16.11.93 - 82 -
menerima pendaftaran walaupun bilangannya telah melebihi 19,000
orang. Ini bererti, Kerajaan tidak mudah menyerah kalah sebelum
berikhtiar sehingga ke saat-saat akhir.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan akan terus
berusaha dan mencuba setiap tahun untuk mendapatkan persetujuan
Kerajaan Arab Saudi melonggarkan kuota dan membolehkan semua umat
Islam yang mendaftar menunaikan fardhu haji.
Cadangan Ahli Yang Berhormat dari Pagoh untuk menghentikan
pendaftaran apabila bilangan 19,000 tercapai, pada hetnat saya
adalab tidak munasabah dan seolah-olah bendak mencari jalan yang
mudab dalam menyelesaikan masalah negara tanpa memberi perhatian
sewajarnya kepada kepentingan rakyat.
Menyentuh tentang syarat yang dikenakan bagi semua bakal haji
membayar balik Wang Naik Haji sepenuhnya semasa mendaftar, ianya
adalah tidak bertentangan dengan Akta Tabung Haji seperti tuduhan
Ahli Yang Berhormat dari Pagoh itu. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat berkenaan, mengikut tatacara simpanan di Tabung Haji,
seseorang pendeposit boleh menyimpan wang secara berdikit-dikit di
mana-mana pejabat Tabung Haji di seluruh negara atas tujuan menunai-
kan fardhu haji atau tujuan-tujuan lain. Apabila pendeposit
berkenaan ingin menunaikan fardhu haji, beliau dikehendaki
mencukupkan Wang Naik Haji pada tarikb yang ditetapkan.
Ahli Yang Berhormat juga telah menyarankan supaya Tabung Haji
jangan menjadi agen kepada syeikh-syeikh haji Arab Saudi. Mungkin
DP.16.11.93 - 83 -
apa yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat tersebut sebenarnya
ialah Tabung Haji ada menyelaraskan pakej haji yang dianjurkan
oleh warganegara Arab Saudi yang telah mendapat kebenaran dan
kelulusan dari pihak Berkuasa Arab Saudi. Peranan Tabung Haji dalam
urusan ini amat terhad iaitu hanya sebagai penyelaras sahaja dan
semasa operasi di Tanah Suci, Tabung Haji bertindak sebagai
pengawas kepada penganjur-penganjur tersebut sama seperti pengawasan
ke atas syarikat-syarikat swasta dari Malaysia. Soal Tabung Haji
menjadi agen kepada syeikh-syeikh haji Arab Saudi tidak timbul dan
tidak pernah berlaku.
Kesimpulannya, Tabung Haji sentiasa memberi perhatian dan
bimbingan kepada syarikat-syarikat swasta untuk melibatkan diri
dalam pengendalian haji. Walau bagaimanapun, had penglibatan mereka
adalah bergantung kepada keupayaan mereka untuk memberi perkhid-
matan yang memuaskan kepada jemaah haji tertakluk kepada undang-
undang dan peraturan di Malaysia dan di Tanah Suci. Tabung Haji
tidak akan melepaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh
Kerajaan kepadanya kepada pihak-pihak yang tidak berkebolehan dan
berkemampuan memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada tetamu-
tetamu Allah. Yang paling penting bagi Tabung Haji dan Kerajaan
ialah kepentingan jemaah haji dari segi perlindungan, pengawalan
dan kebajikan mereka. Dalam menentukan hal ini, Kerajaan tidak
akan, dengan izin, 'settle for second-best'.
DR.6.11.93 - 84 -
Mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat dari Kota Sctar bahawa mungkin ada pihak-pihak tertentu
berhasrat untuk memburukkan agama Islam melalui akhbar-akhbar
tempatan seperti 'The Star' dengan menyiarkan iklan atau notis-
notis yang memberitahu bahawa kononnya ada orang Islam yang
mengisytiharkan menukar agama.
Sukalah dijelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini
belum ada bukti diperolehi oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS)
bahawa ada pihak-pihak tertentu yang merancang untuk memburukkan
agama Islam dalam akhbar tempatan, khususnya akhbar 'The Star'.
BAHEIS berpendapat bahawa tindakan mengisytihar murtad melalui
akhabar adalah satu perbuatan yang sensitif. Bagaimanapun dalam
perhatian BAHEIS, perbuatan menyiarkan pengisytiharan murtad di
dalam akbbar tidak disiarkan lagi sejak lebih kurang 2 tahun yang
lepas.
Berhubung dengan ajaran sesat di negara ini, BAHEIS sentiasa
berusaha untuk membanteras ajaran-ajaran sesat dengan mengambil
langkah-langkah seperti berikut:
(a) memberikan penjelasan secara terperinci kepada orang
ramai mengenai ancaman dan bahaya pergerakan ajaran sesat
melalui ceramah, menyebarkan buku-buku dan risalah, bacaan
khutbah Jumaat dan kempen kesedaran secara geraksaraf dan
perangsaraf;
(b) menguatkuasakan dan mengambil tindakan undang-undang
melalui Kanun Keseksaan dan Enakmen Jabatan Agama Islam
Negeri-negeri;
DR.16.11.93 - 85 -
(c) mengharam dan menggantungkan bahan-bahan dan permit
penerbitan yang boleh memudharatkan akidah umat Islam di
negara ini;
(d) sentiasa mengawal secara ketat kepada Ketua Kumpulan/
Gerakan ajaran sesat dari dalam dan luar negeri. Dengan
demikian, mereka tidak akan dapat bergerak bebas untuk
menyebarkan fahaman ajaran sesat mereka kepada orang
ramai;
(e) melalui kaunseling dan pemulihan kepada pengikut-pengikut
yang telah terjebak dengan ajaran sesat; dan
(f) menubuhkan Panel Kajian Akidah sebagai Badan Perunding
bagi tindakan yang sewajarnya kepada kumpulan ajaran
sesat.
Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar kenyataan Ahli Yang
Berhormat dari Marang yang menyatakan bahawa Kerajaan banya memilih
mana-mana ajaran Islam yang difikirkan dapat memberikan pulangan
kewangan dan sokongan politik ketika ia melaksanakan Dasar Penerapan
Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Rancangan - Penerapan Nilai-
nilai Islam adalah salah satu program dalam agenda besar, dengan
izin, grand planning untuk membentuk satu identiti bangsa Malaysia.
Satu bangsa yang ingin maju perlu membentuk bangsa tersebut. Bagi
rakyat Malaysia, ciri ini lebih bermakna kerana Malaysia ingin maju
dalam acuannya sendiri.
DR.16.11.93 - 86 -
Dalam pembentukan identiti ini, cabaran paling besar bagi
rakyat ialah kepelbagaian agama dan kaum yang wujud di negara ini.
Kepelbagaian agama dan kaum membawa implikasi wujudnya kepelbagaian
budaya dan cara hidup. Oleh yang demikian, untuk menyatukan
kepelbagaian ini maka perlu kepada nilai-nilai yang boleh diterima
umum. Untuk memenuhi kehendak tadi, maka nilai-nilai murni dalam
Islam berbentuk universal telah dipilih. Pada peringkat awalnya
hanya sebelas nilai-nilai murni telah ditonjolkan. Namun demikian,
tidaklah ia terhenti setakat ini sahaja. Sebelas nilai-nilai
tersebut adalah seperti amanah, tanggungjawab, ikhlas, dedikasi,
sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia
dan bersyukur.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya sekali lagi ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, cadangan dan
teguran berhubung dengan bidang tugas Jabatan Perdana Menteri.
Kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai Jabatan
Perdana Menteri yang tidak sempat saya jawab, Jabatan ini akan
mengambil perhatian ke atasnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Kementerian Dalam Negeri.
4.48 ptg.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Yang Amat Berhormat Menteri
Dalam Negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang
DP.16.11.93 - 87 -
Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara yang menyentuh
Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah
menyentuh tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 telah diwujudkan untuk menggantikan
Ordinan Darurat 1948. Akta tersebut adalah untuk membendung segala
bentuk ancaman yang boleh menyebabkan gangguan kepada keselamatan
dan kestabilan negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan
ekonomi.
DR.16.11.93 - 88 -
Penahanan Dr. Jeffrey Kitingan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri adalah atas sebab-sebab keselamatan. Dr, Jeffrey Kitingan
dan empat orang lain yang ditahan adalah kerana tindak-tanduk mereka
yang mengancam keselamatan negara, iaitu terlibat dengan kegiatan
pemisahan Sabah dari Malaysia. Beliau akan dibebaskan apabila
apabila Kerajaan berpuashati bahawa mereka tidak lagi merupakan
ancaman terhadap keselamatan negara. Akta Keselamatan Dalam Negeri
ini tidak menyekat kebebasan rakyat untuk menyuarakan pendapat
mereka melalui cara yang teratur dan mengikut undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang sedar jika berlaku
peningkatan jenayah seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhomat
dari Marang. Sehubungan dengan itu Polis DiRaja Malaysia sentiasa
mengkaji, memberi perhatian dan bertindak tegas terhadap jenayah
yang berlaku. Kerajaan, terutamanya Polis DiRaja Malaysia tidak
berdiam diri dan memandang ringan terhadap peningkatan jenayah yang
berlaku.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, untuk memerangi dan memban-
teras jenayah, pihak Polis perlu mendapat kerjasama yang cukup dari
seluruh lapisan masyarakat. Justeru itu, pasukan Polis sentiasa
bergerak ke arah berbagai usaha bagi menangani segala bentuk
kegiatan jenayah. Beberapa program telah dilaksanakan dengan
melibatkan masyarakat di dalam mengatasi dan menyelesaikan kejadian-
kejadian jenayah. Di antaranya ialah:
DR.16.11.93 - 89 -
(a) Skim pengawasan kejiranan. Skim ini memerlukan kerjasama
dan kepekaan masyarakat setempat mengawasi segala bentuk
aktiviti-aktiviti kejenayahan yang mungkin akan berlaku di
sesuatu tempat dan kawasan dan menyalurkan maklumat-
maklumat tersebut kepada pihak bertanggungjawab.
(b) Mewujudkan lebih banyak lagi projek Sistem Salleh bagi
tujuan pencegahan jenayah memandang kepada kepesatan
pembangunan negara ini, di mana terdapat banyak projek
pembinaan perumahan yang kian tumbuh di merata-rata
kawasan. Sistem ini adalah dianggap yang sangat sesuai
dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak di antara polis
dan masyarakat umum.
(c) Kempen-kempen kesedaran untuk mendidik masyarakat
berhubung dengan keselamatan diri dan harta-benda. Kempen
ini dilakukan secara direct approach, dengan izin, dengan
menggunakan media cetak, TV dan radio. Kempen seumpama
ini juga telah disampaikan kepada murid-murid di peringkat
sekolah rendah dan menengah tentang kesedaran keselamatan
diri dan harta-benda. Pendekatan kepada Undang-undang
negara serta menyemaikan kesedaran untuk menjauhi
perbuatan jenayah adalah merupakan tajuk utama di dalam
penyampaian kempen ini. Seorang pegawai polis telah
ditetapkan sebagai Pegawai Perhubungan di setiap sekolah
bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh sekolah-
sekolah seperti masalah juvana, penyalahgunaan dadah dan
sebagainya;
DR.16.11.93 - 90 -
(d) Mengenalpasti peluang-peluang yang terdedah dan berpotensi
menjadi sasaran jenayah dan menyusun langkah-langkah
pencegahan seperti operasi serbuan dan lain-lain.
(e) Kempen penggunaan alat-alat keselaraatan atau 'security
device'.
(f) Meningkatkan rondaan jenayah.
(g) Konsep menanda harta-benda atau "property indentification
programme'.
Penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia adalah juga untuk
memberikan sumbangan ke arah meningkatkan lagi keberkesanan
tindakan-tindakan pencegahan jenayah di samping membuat kajian,
tinjauan dan lain-lain program bersepadu. Ianya juga memperting-
katkan lagi kesedaran dan penglibatan orang ramai di dalam usaha-
usaha pencegahan jenayah seiring dengan pihak Kerajaan dan pertu- .
buhan swasta yang berminat atau terlibat di dalam pencegahan jenayah
dan sistem keadilan jenayah.
Dakwaan Ahli Yang Berhormat dari Marang bahawa Kerajaan
menerima dan membenarkan kemasukan pekerja-pekerja asing tanpa
mengira asal-usul atau latarbelakang mereka, adalah tidak benar sama
sekali.
Sebagai tindakan untuk mengawal kehadiran pekerja-pekerja asing
ke negara ini tanpa menjejas pembangunan ekonomi negara, Kerajaan
telah melaksanakan operasi pendaftaran Pekerja Asing Tanpa Izin
(PATI) mulai 1hb Januari, 1992 hingga 30hb Jun, 1992. Dalam tempoh
tersebut, seramai 444,213 pekerja asing telah didaftarkan di Jabatan
Imigresen Malaysia. Tujuan operasi pendaftaran ini ialah untuk
DR.16.11.93 - 91 -
mengenalpastikan kewarganegaraan pekerja-pekerja asing, sektor-
sektor pekerjaan yang terlibat dan majikan yang menggaji pekerja-
pekerja berkenaan, Selepas itu, hanya pekerja-pekerja yang dapat
mengemukaakan dokumen perjalanan dan disahkan sihat oleh Pegawai
Perubatan di negara ini akan dapat ditimbang untuk dikeluarkan
dengan Pas Lawatan Kerja Sementara untuk bekerja di negara ini.
Mereka yang tidak layak atau tidak memenuhi syarat untuk dibenarkan
bekerja akan dihantar pulang ke negara asal mereka. Selepas 30hb
Jun, 1992, Kerajaan telah melancarkan operasi secara besar-besaran
untuk menangkap PATI yang tidak mempunyai permit kerja untuk diusir
atau diambil oleh majikan-majikan mengikut prosedur- prosedur yang
ditetapkan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah membina 10 depoh
Imigresen untuk tujuan menahan PATI yang ditangkap.
Bagi mengawal kemasukan buruh asing ke negara ini secara tidak
teratur, Kerajaan telah meningkatkan kawalan-kawalan di tempat-
tempat yang dipercayai dijadikan pintu masuk atau tempat pendaratan
seperti di kawasan sempadan dan juga di kawasan persisiran pantai.
Pertimbangan untuk membenar pekerja-pekerja asing dibawa masuk ke
negara ini dibuat dengan teliti. Pada masa ini Kerajaan membenarkan
majikan menggaji pekerja-pekerja asing dalam ketegori separa-mahir
dan mahir untuk sektor pembuatan hanya setelah dipastikan usaha-
usaha mereka untuk mendapatkan pekerja tempatan tidak berhasil.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Bandau meragukan
gerakan Pendaftaran Bergerak oleh Jabatan Pendaftaran Negara negeri
DR.16.1U93 - 92 -
Sabah yang dijalankan di Daerah Kota Marudu. Untuk maklumat Ahli
Yang Berhormat, tujuan utama perkhidmatan Pendaftaran Bergerak di
pendalaman Sabah diadakan adalah untuk mengatasi masalah ketiadaan
dokumen Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan Baru. Sebagaimana Yang
Berhormat sedia maklum, bahawa di antara sebab utama masalah ini
berlaku adalah kerana penduduk di pendalaman tidak mengambil berat
untuk mendaftarkan kelahiran dan menukarkan Kad Pengenalan Baru. Di
samping itu masalah perhubungan juga menjadi satu faktor. Pihak
Kementerian telah bersetuju supaya Jabatan Pendaftaran Negara negeri
Sabah mengadakan operasi bergerak di kawasan pendalaman.
Untuk menjadikan operasi ini lebih berkesan, pihak Jabatan
Pendaftaran Negara mengenalpasti beberapa strategi seperti pemilihan
tempat operasi, mendapatkan bantuan orang-orang tempatan seperti
guru-guru dan ketua masyarakat atau kampung bekerja walaupun di luar
waktu pejabat dan tidak menghadkan bilangan penerimaan permohonan.
Strategi ini disusun sedemikian adalah semata-mata bertujuan untuk
mendaftarkan seberapa ramai penduduk pendalaman yang berkelayakan
untuk mendapatkan dokumen pengenalan.
Bagi Kota Marudu, operasi dijalankan selama dua minggu iaitu
daripada 28hb Jun hingga 12hb Julai, 1993 yang dimulai di Sekolah
Kebangsaan Taritipan, sebagai pusat pertama di mana mendapat
sambutan yang amat memuaskan. Pusat-pusat lain ialah Sekolah
Kebangsaan Samparita, Kampong Sonsogon Magandai, Tagibang, Tandek,
Ranau dan Popok Laut. Dalam operasi ini, sebanyak 2,229 Kad
Pengenalan dan 562 permohonan daftar lewat Sijil Kelahiran telah
diterima. Selain daripada itu, terdapat juga cubaan oleh pemegang
DR.16.11.93 - 93 -
Kad pengenalan plastik palsu untuk menukarkan kepada Kad Pengenalan
Baru tetapi dapat dikesan oleh kakitangan Jabatan Pendaftaran
Negara. Di Taritipan, sebanyak 4 keping Kad Pengenalan palsu telah
dirampas.
Oleh yang demikian, dakwaan Yang Berhormat adalah tidak tepat.
Malah Jabatan Pedaftaran Negara negeri Sabah sentiasa berwaspada
supaya penyelewengan pengeluaran dokumen tidak berlaku dan dapat
dibanteras. Dengan operasi bergerak ini masalah ketiadaan dokumen
yang dihadapi oleh penduduk Sabah akan dapat diatasi.
Yang Berhormat dari Santubung dan Yang Berhormat dari Padas
telah telah menimbulkan masalah penagihan najis dadah. Kerajaan
telahpun menjalankan beberapa kajian tentang permasalahan yang
dibangkitkan. Kajian tersebut baik secara langsung atau tidak
langsung, telah mengenalpasti beberapa faktor yang mendorong
seseorang itu menjadi penagih dadah. Faktor-faktor yang dimaksudkan
termasuklah:
(a) Pengaruh rakan sebaya
(b) Keseronokan
(c) Perasaan ingin tahu
(d) Rumahtangga porak-puranda
(e) Perubatan
(f) Tertipu
(g) Sakit jiwa
(h) Seksual
DR.16.11.93 - 94 -
(i) Lain-lain faktor seperti persekitaran, cara
hidup, desakan hidup dan seumpamanya.
Setelah mengenalpasti akan punca pemasalahan Kerajaan telah
membantu bekas-bekas penagih dadah yang bebas dari Pusat Serenti
membentuk dan menubuhkan Persatuan Bekas Penagih Dadah yang
dinamakan PENGASIH.
DR.16.11.93 - 95 -
Melalui kegiatan PENGASIH dan pendekatan rakan sebaya yang
telah meninggalkan dadah, diharapkan dapat mempengaruhi, membujuk
dan melahirkan kesedaran di kalangan penagih-penagih dadah supaya
meninggalkan ketagihan itu.
Selain daripada itu, penekanan kepada pendekatan agama dan
rohaniah juga dijalankan di Pusat-pusat Serenti. Selain daripada
penempatan pegawai agama ditiap-tiap pusat, pelatih ataupun penagih
dadah juga didedahkan dengan penceramah dari luar pusat, Pada masa
ini sebuah Pusat Jagaan Latihan (PJL) telah dijadikan PJL Agama,
iaitu Pusat Jagaan Lanjutan Chatin, Mentakab, Pahang. Dengan usaha
ini kita harapkan segala ajaran, amalan dan penghayatan agama
tersebut akan menjadi perisai kepada mereka yang terus meninggalkan
dadah apabila bebas dari pusat nanti. Penekanan kepada diri penagih
dadah itu sendiri pun diutamakan supaya kesedaran dan keinsafan
untuk meninggalkan dadah itu lahir dari diri penagih itu sendiri.
Untuk itu, pendekatan kaunseling dipergunakan di samping pendidikan
moral dan sivik serta ketatanegaraan. Selain dari itu, kerjasama
serta keperihatinan masyarakat terhadap masalah ini sangatlah
diinginkan agar masalah ini ditangani bersama.
Program merawat pulih penagih dadah di Pusat-pusat Serenti,
adalah dianggap berkesan dan menggalakkan,
Berhubung dengan masalah penghiduan gam di kalangan murid
sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Santubong,
adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah pun merumuskan satu program
pencegahan bersepadu yang melibatkan beberapa agensi Kerajaan, di
antaranya Kementerian Dalam Negeri, Pasukan Petugas Anti-Dadah
(JPM), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. Berhubung
DR.16.11.93 - 96 -
dengan perkara ini, pihak Polis dan sekolah juga bergiat cergas
dalam mengambil langkah pencegahan. Murid sekolah yang didapati
menghidu gam dirujukkan kepada pihak sekolah untuk tindakan sewajar-
nya.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pandangan yang diutarakan
oleh Yang Berhormat dari Tawau, Kinabalu dan Tanjong Aru, Kerajaan
memang perihatin terhadap kemasukan rakyat asing di Negeri Sabah
yang menimbulkan masalah sosial seperti jenayah dan pemalsuan
dokumen pengenalan ....
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Timbalan Yang di—Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat, minta jalan.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, kita
menyanjung tinggi tindakan Kerajaan dan penglibatan secara khusus
Jabatan-jabatan Kerajaan yang tertentu dalam mengendalikan penagih-
penagih dadah kepada masyarakat. Tetapi, banyak juga kita mendengar
yang penerimaan masyarakat itu sendiri kepada penagih dadah adalah
tidak begitu memuaskan. Dengan sendirinya penagih dadah ini merasa
tertekan dan frustrated dan sebagainya dan kembali semula dalam
penagihan dadah. Walaupun ada latihan moral dan agama juga ditekan-
kan, tetapi ini tidak seterusnya mendatangkan kesan.
Jadi, pertanyaan saya, adakah pihak Kementerian bercadang untuk
membuat satu syor ataupun recommendation kepada pihak Kerajaan
negeri-negeri yang tertentu supaya mengagihkan sebidang tanah dan
mengadakan satu usaha pertanian diberi khas kepada pihak penagih
DR.16.11.93 - 97 -
dadah yang sudah tidak lagi menagih dan diberi satu pekerjaan yang
khusus dan disupervisekan di tempat-tempat mana mereka mengusahakan
tempat berladang. Oleh kerana banyak masalah yang mana latihan yang
telah diterima oleh mereka di pusat-pusat tertentu, bila keluar
nanti, penerimaan kurang dan penekanan sudah berkurangan daripada
pihak Kerajaan hingga mereka balik menagih semula.
Kalau boleh ditempatkan di satu tempat macam di FELDA atau
sebagainya, tetapi program ini adalah khusus untuk mereka. Adakah
Kerajaan bercadang untuk berbuat demikian? Terima kasih,
Tuan Ong Ka Ting: Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang
Berhormat dari Batang Lupar. Memang selama ini Kerajaan dan juga
bersama-sama dengan badan-badan seperti PEMADAM dan sebagainya telah
bertungkus-lumus mencari jalan bagaimana membantu bekas-bekas
penagih dadah ini untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Selain
daripada melalui kempen-kempen menukar sikap masyarakat, saya rasa
dari segi kegiatan ekonomi yang mereka mengusahakan, memang Kerajaan
khasnya Kementerian Dalam Negeri membantu.
Dan cadangan Ahli Yang Berhormat supaya mendapatkan tanah untuk
mereka mengadakan kegiatan pertanian dan sebagainya, itu adalah satu
cadangan yang baik dan saya rasa Kerajaan akan sanggup sentiasa
mengkaji dan mempertimbangkan cadangan itu.
Oleh sebab yang demikian, agensi-agensi yang bertanggungjawab
seperti Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Pendaftaran
Negara, Imigresen dan pihak Polis telah dan sedang memperhebatkan
usaha bersepadu untuk menangkap dan mengusir pendatang-pendatang
tanpa izin serta membanteras masalah jenayah dan pemalsuan dokumen
daripada berleluasa di Sabah.
.DB.16,11.93 - 98 -
Mengenai perlakuan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai di Jabatan
Pendaftaran Negara Daerah Tawau, pihak Polis telah menahan dua orang
pegawai dan tindakan undang-undang sedang diambil dan mereka akan
dihukum jika disabitkan kesalahan. Dari segi undang-undang,
dokumen-dokumen yang dikeluarkan itu adalah tidak sah dan tindakan
pembatalan terhadap dokumen-dokumen tersebut sedang diambil. Untuk
mengemaskinikan semula pentadbiran Jabatan Pendaftaran Negara Daerah
Tawau, seorang pegawai baru telah ditempatkan di pejabat tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh
Yang Berhormat dari Tawau, Yang Berbormat dari Serian dan Yang
Berhormat dari Kinabalu, adalah tidak dinafikan memang terdapat
kegiatan jenayah yang dilakukan oleh lanun dan perompak di perairan
Sabah dan Sarawak. Kegiatan mereka itu mengancam nelayan-nelayan
untuk mencari rezeki. Masalah kejadian jenayah dan aktiviti rompa-
kan di laut di perairan Sabah atau Sarawak memang diberi perhatian
dan tindakan tegas oleh pihak Polis Di Baja Malaysia.
Mengenai kes yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
Ahli Yang Berhormat, siasatan terhadap kes ini telah pun selesai
dijalankan dan kini menunggu arahan lanjut dari Peguam Kanan
Persekutuan Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Batang Lupar
telah membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan
anggota Polis DiRaja Malaysia. Pada masa ini tidak ada skim khas
bagi pegawai-pegawai dan anggota-anggota Polis untuk tujuan mereka
menceburi bidang-bidang lain selepas bersara.
DR.16.11.93 - 99 -
Walau bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam ada menganjurkan
kursus-kursus keusahawanan/perniagaan bagi pegawai-pegawai Kerajaan
yang ingin memilih untuk bersara daripada perkhidmatan awam untuk
menceburi perniagaan dalam bidang-bidang tertentu. Pegawai Kanan
dan anggota Polis DiRaja Malaysia juga diberi peluang untuk meng-
ikuti program ini.
Polls DiRaja Malaysia akan mengkaji dari segi kesesuaian untuk
mewujudkan satu skim latihan khas kepada pegawai-pegawai dan anggota
Polis DiRaja Malaysia yang akan bersara bagi menyediakan mereka
untuk mencebur diri ke dalam bidang-bidang tertentu selepas
persaraan mereka.
Polis DiRaja Malaysia di dalam menjalankan tugas harian
sentiasa peka terhadap perhubungan antara Polis dengan masyarakat.
Latihan-latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai dan anggota-
anggota sentiasa berorientasikan perhubungan orang awam dan Polis.
Latihan-latihan ini diadakan semenjak seseorang pegawai atau anggota
itu menjalankan kursus asas di Pusat-pusat Latihan Polis. Sementara
itu, bagi pendekatan mewujudkan interaksi antara Polis dengan
masyarakat, Polis DiRaja Malaysia telah mewujudkan sistem-sistem
kepolisan bagi tujuan ini, sebagai contoh:-
(a) Sistem Salleh;
(b) Konstabel Masyarakat (KONMAS); dan
(c) Pondok Polis.
DR.16.11.93 - 100 -
Sistem-sistem ini bertujuan bagi memudahkan masyarakat
menyampaikan maklumat kepada pihak Polis. Selain dari itu, Polis Di
Raja Malaysia juga telah berusaha untuk menjalankan projek-projek
amal seperti:
(a) Perhubungan rapat dengan badan-badan amal
seperti Lions Club, Rotary dan lain-lain;
(b) Mewujudkan peti-peti cadangan di tempat-tempat
strategik;
(c) Mewujudkan talian terus ke Bilik-bilik Gerakan
Polis; dan
(d) Mengiktiraf sumbangan awam di dalam kegiatan
membanteras jenayah dengan memberi Surat-surat
Penghargaan kepada individu-individu yang ter-
libat di dalam memberi bantuan mencegah
jenayah.
Polis DiRaja Malaysia juga mewujudkan Sukarelawan Polis dan
Kadet Polis bagi meningkatkan kepekaan orang awam terhadap tugas-
tugas kepolisan serta mengeratkan lagi perhubungan rapat antara
Polis dengan masyarakat.
Bagi memantapkan lagi kegiatan seperti di atas, pada 29
September 1993, Polis DiRaja Malaysia telah melancarkan satu sistem
perhubungan bersepadu di mana kemudahan disediakan kepada orang awam
untuk menyampaikan maklumat-maklumat kepada pihak Polis dengan cara
paling mudah dan segera.
DR.16.11.93 - 101 -
Menyentuh seterusnya perkara yang dibangkitkan, pasukan Polis
DiRaja Malaysia telah pun mengadakan kemudahan skim insurans
kemalangan atau kematian berkelompok untuk anggota-anggota dan
kakitangan yang berkhidmat dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia di
mana Koperasi Polis bertindak sebagai wakil kepada ahli-ahlinya.
Syarikat insurans yang terlibat dalam skim ini ialah:-
(a) Nusantara Worldwide Insurance Malaysian Sdn. Bhd.;
(b) American-Malaysian Life Assurance Sdn. Bhd.
Terdapat banyak faedah dari skim insurans kemalangan atau kematian
berkelompok ini.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh pandangan dari Yang Berhormat
dari Gaya, adalah diakui bahawa jenayah di bandar-bandar di Sabah
banyak dilakukan oleh penduduk asing. Statistik jenayah di Sabah
menunjukkan jenayah intake bagi 1992 ialah 2,137 kes dan sehingga 16
Oktober 1993 ialah 2,892 kes iaitu peningkatan jenayah sebanyak 755
kes.
Dalam tahun 1992, Polis Kontinjen Sabah telah berjaya menembak
mati seramai 21 perompak bersenjata terdiri daripada 19 Filipina dan
2 Indonesia. Bagi tahun 1993, seramai 20 orang perompak bersenjata
ditembak mati terdiri daripada 17 rakyat Filipina dan 3 rakyat
Indonesia. Pihak Polis juga telah berjaya menyelesaikan 75% dari
keseluruhan kes samun bersenjata pada tahun 1993. Dalam tahun 1993
juga, Polis. Kontinjen Sabah telah berjaya menangkap 57 orang
perompak.
DR.16.11.93 - 102 -.
Mereka terdiri daripada 22 lelaki dari rakyat Filipina dan 18 lelaki
rakyat Indonesia, 2 orang perempuan rakyat Indonesia dan 15 lelaki
rakyat tempatan. Dengan ringkasnya, Polis DiRaja Malaysia telah
menjalankan tugas dengan baik dan keadaan keselamatan di Sabah ada-
lah terkawal.
Saya telah memberi penjelasan ke atas beberapa pandangan dan
teguran yang telah dibangkitkan dan bagi pandangan dan teguran Ahli-
ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab di Dewan ini, saya
memberi jaminan ianya akan diberi perbatian sewajarnya oleh
Kementerian Dalam Negeri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
5.13 ptg.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Tuan Mohd. Yasin bin
Kamari]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan
-ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah
mengambil bahagian dan membangkitkan perkara-perkara di bawah bidang
kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam perbahasan atas
dasar-dasar am Belanjawan 1994 yang telah dibentangkan oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan pada 29 Oktober 1993 yang lalu.
Saya suka memberi penjelasan ke atas perkara-perkara yang
dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya mengenai
Program Pembangunan Luar Bandar termasuk bekalan elektrik, jalan
luar bandar dan projek-projek infrastruktur yang lain.
DP.16.11.93 - 103 - .
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun 1994, Kementerian Pembangunan
Luar Bandar telah diperuntukkan wang sebanyak RM103.5 juta untuk
bekalan elektrik luar bandar, RM13.9 juta tidak termasuk pinjaman
untuk bekalan air luar bandar, RM202 juta bagi jalan-jalan kampung
luar bandar dan keselamatan, RM18.7 juta bagi pemodenan kampung-
kampung luar bandar, RM21.6 juta bagi program pemulihan rumah, RM27
juta bagi pembangunan perusahaan luar bandar dan akhirnya, RM13.6
juta bagi program peningkatan ekonomi kampung.
Ahli Yang Berhormat dari Jerai mencadangkan supaya peruntukan
bekalan air luar bandar diberi secara geran 100% kepada Kerajaan
Negeri dan bukan 20% geran dan 80% pinjaman. Yang Berhormat kurang
berpuas hati dengan peruntukan bekalan elektrik dan meminta supaya
peruntukan yang ada ditambah supaya dapat memberi faedah yang lebih
besar kepada penduduk luar bandar khasnya.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan
Luar Bandar bersedia mengambil maklum mengenai perkara yang
diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Jerai, Mengenai dasar
pembiayaan bekalan air luar bandar secara geran dan pinjaman yang
dilaksanakan sekarang, bekalan air ada1ah di bawah bidang kuasa
negeri. Hasilnya juga dikutip oleh Kerajaan Negeri. Lagi pun
pinjaman ini adalah tanpa faedah, Kementerian saya memang menyedari
akan kesulitan-kesulitan dan beberapa masalah yang dihadapi oleh
negeri-negeri mengenai perkara ini, Penelitian sewajarnya sedang
diambil untuk mengatasi perkara ini.
DR.16.11.93 - 104 -
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Jerai juga, bahawa
peruntukan bekalan elektrik luar bandar bagi Sabah, Sarawak dan
Semenanjung Malaysia yang disediakan bagi setiap tahun adalah
mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Serian juga
membangkitkan mengenai pengagihan peruntukan 1994 bagi kawasan luar
bandar di seluruh negara termasuk di Sarawak. Beliau menjelaskan
bahawa kawasannya adalah satu—satunya kawasan yang benar-benar lapar
serta dahaga kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan,
bekalan air dan bekalan elektrik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian saya mengambil
perhatian yang sama beratnya bagi semua kawasan luar bandar di
seluruh negara. Tidak ada bahagian-bahagian atau kawasan-kawasan
Parlimen yang diberi perhatian utama, di samping itu, menidakkan
kawasan yang lain dalam meluluskan apa-apa projek luar bandar.
Semua bahagian atau kawasan Parlimen adalah penting berdasarkan
kepentingan penduduk-penduduknya.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Jambongan juga
membangkitkan mengenai peruntukan bagi memberi penumpuan kepada
peningkatan dan keselesaan hidup rakyat yang berpendapatan rendah
dan kurang bernasib baik di negara kita ini. Sekali lagi, saya
tegaskan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan terus
berusaha untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan awam di
kawasan-kawasan luar bandar sesuai dengan wawasan Kementerian ini
DR.16.11.93 - 105 -
untuk mewujudkan luar bandar yang menarik dan menguntungkan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tumpat semasa
membahaskan Belanjawan 1994 telah membangkitkan mengenai tiga Wakil
Kerajaan Negeri Kelantan di dalam Lembaga KESEDAR yang didakwa
sehingga setakat ini belum dilantik lagi. Soalan mengenai perkara
ini telah dijawab oleh Kementerian saya pada 18 Mei 1993, 2 Ogos
1993 dan 15 November 1993. Oleh itu, saya tidak bercadang untuk
membuat apa-apa ulasan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan saya ke atas
perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang
menyentuh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Suka juga saya
tegaskan di sini bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan
terus berusaha mencapai objektifnya untuk meningkatkan taraf sosio-
ekonomi penduduk luar bandar di negara ini. Bagi perkara-perkara
lain yang tidak sempat dijawab, Kementerian saya akan mengambil
perhatian yang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.
5.18 ptg.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Dr. Ting Chew
Peh]: Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia
maklum, Dewan ini tempat kita membincangkan isu-isu negara secara
serius. Tempat ini juga tempat kita menyuarakan hasrat, cita-cita
DF.16.11.93 - 106 -
serta masalah-masalah rakyat jelata. Ini bukan tempat kita
berjenaka, bersandiwara, hina-menghina, membalas dendam atau mencari
publisiti murah. Maka, atas kesedaran inilah saya akan dianggap
gagal dalam menjalankan tugas saya sekiranya saya tidak membuat
scdikit teguran terhadap tindak-tanduk Wakil Kota Melaka di Dewan
,ini pada 9 November lalu,
Saya tidak berani mengulang ucapan atau bahasa yang digunakan
oleh Wakil Kota Melaka. Semasa mendengar, saya pun merasa malu.
Kalau di pulau Jawa, orang-orang Jawa akan mengatakan orang-orang
seperti Wakil Kota Mclaka itu "belum Jawa" lagi. Kalau di negara
kita, kita mengatakan orang yang berkelakuan demikian belum cukup
asuhan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri amat terperanjat kerana
seorang Wakil Rakyat sanggup berlagak begitu rendah martabatnya
sehingga perlu menggunakan bahasa yang hina serta melemparkan
serangan secara peribadi.
DR.16.11.93 - 107 -
Tuan Yang di-Pertua, menonjolkan sikap yang angkuh, menggunakan
bahasa yang kasar, membuat tuduhan yang tidak berasas dan melempar
serangan secara peribadi, semua ini adalah tindak-tinduk negatif dan
tidak patut ada pada seseorang Wakil Rakyat yang bertanggungjawab.
Barang sesiapa yang memiliki sifat-sifat tersebut, ternyata sudah
bankrap dari segi idea atau buah fikiran. Ternyata Yang Berhoramat
dari Kota Melaka memiliki kesemua sifat tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, di samping berasa kesal, saya teringat
kepada tindak-tanduk Yang Berhormat dari Tanjong di Dewan ini.
Tindak-tanduk kedua-dua Ahli Yang Berhormat itu banyak persamaan-
nya. Tepat sekali pepatah Melayu yang berbunyi, "bapa borek, anak-
nya rintik", "rebung tidak jauh dari rumpun". [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya tindak-tanduk Yang Berhormat
dari Kota Melaka tidak sukar kita fahami. Walau dari apa sudut pun,
motifnya agak jelas dan tidak akan lari daripada beberapa
kemungkinan seperti berikut:
(i) Ia ingin mencari publisiti murah. Ini memang satu
taktik yang sering digunakan oleh wakil-wakil DAP,
tidak kira sama ada sesuatu perkara itu baik atau
tidak, asalkan ia ada nilai publisiti, ia akan
dijadikan bahan publisiti demi kepentingan politik
mereka.
(ii) Ketandusan modal politik. Oleh kerana kita kini
amat maju dalam berbagai bidang, kemajuan itu hasil
daripada dasar Barisan Nasional serta usaha gigih
DR.16.11.93 - 108 -
rakyat berbilang kaum. DAP tiada sumbangan.
Pemimpin-pemimpinnya tidak senang, malah iri hati
terhadap kemajuan itu. Oleh kerana kestabilan
politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan
sosial, tiada lagi isu yang dapat DAP permainkan.
Sebab itulah mereka mencari isu remeh-temeh
sehingga membuat personal attack.
(iii) Mereka cemburu terhadap sikap pemimpin-pemimpin MCA
yang positif dan membina, dan seterusnya kejayaan
MCA dalam projek Kolej Tunku Abdul Rahman dan
Projek Langkawi. Pemimpin-pemimpin DAP sepatutnya
bersyukur dan terhutang budi kepada MCA kerana
ramai anak pemimpin-pemimpin dan penyokong-
penyokong DAP juga mcndapat manfaat daripada kedua-
dua projek itu. Saya bcrharap, pemimpin-pemimpin
DAP dapat mengikis sikap yang negatif dan
kecenderungan untuk menghancurkan sesuatu yang baik
itu. Cara yang lebih wajar ialah membina, bukan
menghancurkan. Saya mencadangkan supaya DAP juga
berusaha menganjurkan penubuhan sebuah maktab untuk
menandingi Kolej Tunku Abdul Rahman. Ini sumbangan
yang lebih bermakna daripada bersikap negatif dan
mengkritik sahaja. [Tepuk]
(iv) Latar belakang pendidikan dan asuhan yang tidak
seimbang. Ini suatu perkara yang sensitif. Saya
berharap pemimpin-pemimpin DAP tidak berkecil hati
DR.16.11.93 - 109 -
apabila ditegur. Rakyat Malaysia diasuh dan
berbangga dengan nilai-nilai murni seperti sopan-
santun, hormat-menghormati, bertimbang-rasa,
kejujuran, amanah dan sebagainya. Nampaknya Yang
Berhormat dari Kota Melaka tidak mengendahkan semua
ini. Bahasa yang digunakan, bahasa kesat, sikapnya
angkuh, langsung tidak berbudi-bahasa. Saya berasa
amat kesal, seperti kata pepatah Melayu, "Bahasa
menunjukkan bangsa". Maklumlah, apakah asal
keturunannya.
Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi, Dewan ini
ialah tempat kita membincangkan isu-isu yang menyentuh kepentingan
negara, bukan tempat bersandiwara. Hak kebebasan bercakap tidak
berertiseseorang Wakil Rakyat boleh menyinggung perasaan orang lain
dengan melempar serangan secara peribadi dan berbagai tuduhan tanpa
berasas. Ini suatu perbuatan yang merbahaya dan tidak sepatutnya
berlaku. Kita sama-sama bertanggungjawab menjaga imej baik Dewan
ini. Kita perlu memastikan taraf perbahasan dikekal, malah diper-
tingkatkan di Dewan ini. Bila berbahas, kita perlu berhati- hati
dan pintar dalam penggunaan bahasa dan pemilihan kata-kata kita.
Belajarlah dari orang-orang seperti Yang Berhormat dari Padang
Terap ataupun bekas pemimpin DAP, Yang Berhormat Tuan Lee Lam Thye
apabila mereka berbahas, begitu rasional, begitu waras, lemah-
lembut dan menghormati orang-orang lain. Itulah caranya. Janganlah
berhujah seperti orang tidak bersekolah. Jangan pula menyalahguna-
DR.16.11.93 - 110 -
kan kebebasan bercakap. Bak kata pepatah Melayu, "Cakap siang
pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya berharap Yang Berhormat
dari Kota Melaka jangan terlalu asyik membangkitkan perkara-perkara
peribadi yang tidak langsung kait-mengait dengan tajuk
perbincangan. Janganlah menggunakan kata-kata yang kesat, Yang
Berhormat dari Kota Melaka memahami apa yang saya maksudkan.
Perbuatan demikian "amat tidak sihat, malah mengaibkan ataupun
memalukan, bukan sahaja ibubapa dan keluarganya, malah manusia
sebagai makhluk yang berakal. [Tepuk]
Perbuatan Yang Berhormat dari Kota Melaka menunjukkan betapa
kotor, negatif dan rendah taraf budaya politik DAP, Ini satu trend
yang perlu dibendung dan disekat. Saya berharap Yang Berhormat dari
Kota Melaka jaga baik-baik, takut nanti perbuatannya 'back fire',
dengan izin. Kata orang-orang Barat, "Sebelum kita melontar batu,
pastikanlah kita bukan tinggal dalam rumah kaca". [Tepuk]
Demikianlah komen saya untuk tatapan Yang Berhormat dari Kota
Melaka dan juga pemimpin-pemimpin DAP. Semua ini dibuat 'in good
faith', dengan izin, demi menjaga imej Dewan Rakyat dan maruah Wakil
Rakyat. Harap tidak berasa kecil hati. Yang sudah sesat, harap
kembali ke pangkal jalan.
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih di atas perhatian yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat
ke atas bidangkuasa Kementerian ini. Beberapa orang Ahli Yang
Berhormat termasuk Ahli Yang Berhormat dari Tanjong, Sibu, Hulu
DR.16.11.93 - 111 -
Selangor, Pasir Mas, Arau, Tanjong Aru, Kota Melaka dan Telok Intan
telah membangkitkan masalah pembangunan perumahan kos rendah di
negara kita terutamanya peruntukan sebanyak RM1.4 bilion dalam
Belanjawan 1994.
Peruntukan peruraahan sebanyak RM1.4 bilion membuktikan usaha
Kerajaan yang berterusan untuk membantu menyediakan kemudahan
perumahan kos rendah untuk golongan kurang berada di negara ini.
Memang terdapat rintangan terhadap pencapaian sepenuhnya matlamat
pembinaan rumah kos rendah, khususnya untuk memperolehi tanah tapak
yang sesuai dan harga tawaran yang berpatutan. Kerjasama dengan
Kerajaan Negeri akan terus dipertingkatkan, terutamanya dalam
mengenalpasti tanah yang sesuai untuk penempatan rumah kos rendah.
Walaupun peruntukan sebanyak RM1.4 bilion ini akan memberi
penumpuan awal terhadap kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor
Bharu, ini tidak bererti bahawa negeri-negeri lain akan diabaikan.
Masalah ketiga-tiga kawasan berkenaan adalah yang paling kritikal
ketika ini dan seharusnya diutamakan. Namun demikian, perabinaan di
negara-negara lain juga akan diteruskan serentak. Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil perhatian akan pandangan
dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memastikan kejayaan
program yang baru dilancarkan. Kementerian akan terus mengadakan
perbincangan dengan Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri dan
pemaju-pemaju perumahan dari masa .ke semasa untuk memastikan
matlamat tersebut tercapai.
DR.16.11.93 - 112 -
Ahli-ahli Yang Berhormat dari Hulu Selangor, Arau dan Lumut
telah menyentuh penubuhan Lembaga Perumahan Negara. Kementerian
sedang dalam proses untuk menyediakan Rang Undang-undang bagi
Lembaga tersebut. Penubuhan Lembaga ini merupakan satu mekanisma
untuk memastikan perumahan kos rendah di negara kita mencapai
matlamat dan sasarannya. Terdapat juga saranan supaya Lembaga
Perumahan Negara akan ditubuhkan mencontohi Lembaga Perumahan
Singapura. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian
akan mengambil kira semua aspek di dalam penubuhan Lembaga Perumahan
Negara ini.
Ahli Yang Berhormat dari Lumut telah meminta Kementerian
mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan mempercepatkan proses kelulusan
untuk permohonan ubahsuai rumah. Beberapa Pihak Berkuasa Tempatan
telah mempunyai garis panduan bagi memudah dan mempercepatkan proses
pemberian kelulusan kepada kerja-kerja tambahan berkaitan. Kemente-
rian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menyeragamkan garis
panduan itu untuk digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang lain.
Ahli Yang Berhormat yang sama juga telah meminta Kementerian memberi
arahan kepada Pihak Berkuasa Terapatan supaya memberi kelulusan
permohonan rancangan dalara tempoh yang tertentu. Sekiranya ditolak,
perlu dinyatakan sebab-sebab dan syarat-syarat untuk mendapat
kelulusan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam keadaan biasa
di mana permohonan adalah lengkap, kelulusan boleh diberi dalam masa
sebulan. Masaiahnya, banyak permohonan tidak lengkap dan ini
menyebabkan kelewatan.
DR.16.11.93 - 113 -
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan saranan Ahli Yang
Berhormat dari Lumut untuk menyediakan 20 jenis pelan agar pemaju-
pemaju perumahan dapat merabuat pilihan dan memastikan kelulusan yang
lebih cepat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memang
berusaha dengan Persatuan Pemaju Pcrumahan dan badan profesional
yang lain untuk mewujudkan pelan-pelan sedemikian.
Mengenai geran tahunan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat dari Pengkalan Chepa, ingin saya menyatakan bahawa kesemua
Pihak Berkuasa Tempatan di Kelantan telah pun diperakukan oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapat geran
tahunan bagi tahun 1993.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai kebakaran yang disentuh oleh Ahli
Yang Berhormat dari Lumut, sekiranya bangunan-bangunan tinggi
mematuhi syarat-syarat dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam
1984, kebakaran seperti "Towering Inferno" tidak akan berlaku kepada
bangunan-bangunan di Malaysia. Di samping itu, Jabatan Perkhidmatan
Bomba Malaysia telah dan sedang mengadakan pelan rancangan pra-
kebakaran bagi bangunan-bangunan tinggi di seluruh negara bagi
mengelakkan kejadian kebakaran seperti kebakaran "Towering Inferno".
Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang telah mencadangkan
supaya lebih banyak lagi projek perumahan yang terbengkalai dapat
dipulihkan. Sukacita saya maklumkan di sini iaitu daripada 428
projek perumahan yang dikesan terbengkali semenjak tahun 1983 hingga
DR.16.11.93 - 114 -
Jun 1993, sebanyak 330 projek telah pun dapat dipulihkan. Hanya 98
projek lagi masih belum dipulihkan. Langkah-langkah untuk memulih
dan mencegah terbengkalainya sesuatu projek sentiasa diambil oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang
juga telah menyentuh mengenai perkhidmacan Jabatan Perkhidmatan
Bomba Malaysia dan beliau mencadangkan kemudahan perkhidmatan bomba
dipertingkatkan. Beliau juga mencadangkan pemeriksaan terhadap
pili-pili bomba dibuat supaya sentiasa di dalam keadaan yang baik.
Cadangan peningkatan kemudahan perkhidmatan bomba adalah dialu-
alukan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya bergantung kepada
kedudukan kewangan Kerajaan. Mengenai pemeriksaan pili-pili bomba,
memang menjadi tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia menjalankan
kerja-kerja pemeriksaan dari masa ke semasa.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat yang telah memberi pandangan serta cadangan berkaitan
dengan bidang tugas Kementerian ini. Segala pandangan dan cadangan
yang telah diberikan akan diambil maklum dan diberi perhatian bagi
mempertingkatkan lagi prestasi Kementerian ini. Sekian, terima
kasih.
DR.16.11.93 - 115 -
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri Tenaga, Telekom
dan Pos.
5.37 ptg.
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Seri S. Samy Vellu]:
Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah
menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Tenaga,
Telekom dan Pos. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan-cadangan yang bernas
dan konstruktif, dan saya akan menjawab sejauh mana yang boleh
perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat
tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Santubong telah
menyeru kepada Kerajaan supaya berhati-hati dan meneliti secara
terperinci tindakan Kerajaan untuk memperkenalkan penswastaan dalam
sektor penjanaan elektrik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
tujuan Kerajaan memperkenalkan pengeluar-pengeluar bebas dalam
sektor penjanaan ialah untuk menggalakkan persaingan yang sihat
dalam sektor tersebut bagi meningkatkan kecekapan. Di samping itu,
pelaburan swasta dalam bidang ini dipertingkatkan dan perbelanjaan
modal TNB dapat dikurangkan.
Kerajaan kita ialah Kerajaan yang bertanggungjawab dan
tindakan-tindakannya dibuat setelah dirancang secara terperinci.
Pada keseluruhannya, pembekalan elektrik yang melibatkan pengeluar-
pengeluar bebas tidak akan membebankan pengguna-pengguna kerana
harga elektrik yang dibekalkan oleh mereka adalah ditetapkan
DR.16.11.93 - 116 -
oleh Jabatan Bekalan Elektrik Malaysia iaitu badan yang ditubuhkan
melalui Akta Bekalan Elektrik 1990 untuk mengawalselia industri
bekalan elektrik bagi kepentingan pengguna. Jabatan ini akan
menetapkan harga elektrik mengikut formula yang dipersetuju oleh
Kerajaan. Formula ini akan mengambilkira kos model dan operasi
pengeluar-pengeluar bcbas serta risiko-risiko yang perlu ditanggung
oleh mereka.
membangkitkan beberapa pcrkara mengenai pemberian kontrak oleh TNB,
Bagi kontrak turbin Fasa III di Pelabuhan Kelang, penender-penender
berikut:
(i) Ishikawa, Japan;
(ii) SKEC/KHIC, Korea;
(iii) Mitsui & Co;
(iv) Transfield Project (Malaysia)/Nichinen/Penang Shipping
Co.;
(v) BHEL;
(vi) Sumitomo/Ansaldo;
(vii) Babcock Wilcox/Marubeni/MMC; dan
(viii) Itochu Co.
telah mengemukakan tender masing-masing. Tender-tender ini telah
ditutup pada 1hb Mei, 1993. Pihak TNB sedang menjalankan penilaian
teknikal ke atas tender-tender tersebut dan belum lagi membuat apa-
apa keputusan dan belum disenarai-pendekkan. Sepertimana untuk
tender boiler, tender turbin juga dalam peringkat penilaian teknikal
dan belum disenarai-pendekkan.
DR.16.11.93 -117-
Oleh kerana proses tender ini belum selesai, maka tohmahan Ahli
Yang Berhormat dari Tanjong yang membayangkan pihak TNB telah
memilih syarikat Mitsubishi, NEI dan Ansaldo adalah tidak tepat
kerana proses penilaian teknikal belum lagi diselesaikan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya suka menegaskan
bahawa tiada mana-mana syarikat pun telah diberi keistimewaan di
dalam pemberian mana-mana tender TNB, dahulu, mahupun sekarang
ataupun pada masa-masa yang akan datang.
Saya sungguh berdukacita kerana Ahli Yang Berhormat dari
Tanjong telah membangkitkan dalam Dewan satu perkara yang belum
diputuskan lagi dan tindakan ini boleh menjejaskan keputusan yang
akan dibuat oleh TNB nanti. Sesungguhnya aspek-aspek tender ini
merupakan perkara sulit. Ahli Yang Berhormat membangkitkan satu
isu yang pada masa ini sedang dalam pertimbangan Lembaga Tender
TNB. Sebarang kenyataan dan maklumat mengenai keputusan ini belum
lagi dikeluarkan dan dianggap rahsia. Oleh itu, saya rasa adalah
tidak elok menggunakan maklumat daripada sumber-sumber yang tidak
sah untuk menyoal kewibawaan Lembaga Tender dan ini akan
menggagalkan sistem tender.
Berkenaan dengan tuduhan Ahli Yang Berhormat dari Tanjong iaitu
pendedahan beliau di Parliraen menjimatkan Kerajaan RM400 juta ke
atas penukaran .......
Tuan Lim Kit Siang: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat hendak minta penjelasan?
DR.16.11.93 -118-
Tuan Lim Kit Siang: Ya. Menyentuh perkara yang lain mengenai
tender seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ialah untuk
Kapar III, bolehkah satu jaminan diberi bahawa proses ini akan
diuruskan dengan adil dan bahawa pinjaman Jepun iaitu OCEF adalah
atas asas "untied",, dengan sebenarnya tidak ada strings attached dan
bahawa ia tidak akan dibenarkan untuk mempengaruhi
keputusan-keputusan akhir mengenai pemberian tender-tender untuk
memberi unfair advantage, dengan izin, kepada semua tawaran
penawar—penawar daripada syarikat-syarikat Jepun untuk satu projek
yang begitu raksasa?
Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, saya suka
menjelaskan kepada Ketua Pembangkang dan juga Ahli dari Tanjong,
Kerajaan tidak mengadakan apa-apa ikatan dengan sesiapa pun untuk
memberi tender khasnya kepada Jepun. Tender-tender ini akan diberi
atas keutamaan harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat itu.
Saya boleh jelaskan atas perkara ini.
Sepatutnya tender-tender yang dikemukakan oleh ABB dan NEI
untuk Loji Janakuasa Kitar Padu telah dikemukakan kepada TNB.
Proses tender ini adalah dijalankan secara rundingan pada ketika itu
bagi menghadapi kekurangan bekalan tenaga yang genting dan juga
memenuhi permintaan yang meningkat. Di samping itu, pihak TNB
memikirkan bahawa adalah lebih baik bagi pembekal asal menawarkan
operasi Kitar Padu supaya mereka bertanggungjawab atas sebarang
kemungkinan yang akan berlaku. Pihak TNB juga telah menetapkan
bahawa ianya memerlukan secara segera Janakuasa "open cycle" untuk
memenuhi permintaan bekalan yang meruncing. Dengan demikian, projek
DR.16.11.93 -119-
Kitar Padu telah digugurkan. Oleh itu, tender ABB/NEI telah ditolak
dengan tujuan supaya tender terbuka baru dipanggil kemudiannya.
Pihak TNB telah pun memanggil tender baru ini. Berdasar kepada
hakikat ini, tuduhan Ahli Yang Berhormat adalah tidak tepat.
Mengenai dakwaan bahawa pihak juruperunding bagi projek
janakuasa Fasa III Kapar sengaja melewatkan projek adalah tidak
benar kerana projek tersebut pada keseluruhannya tidak lewat.
Kedua-dua tender untuk projek tersebut adalah mengikut jadual
pelaksanaan.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan kenyataan Ahli Yang
Berhormat dari Petaling Jaya yang menyatakan bahawa dalam dairi LLN
pada tahun 1992, sepatutnya pada tahun 1992 tidak ada LLN lagi, ada
TNB sahaja. Ada dinyatakan kapasiti yang dijangkakan adalah 7,000
megawatt. Saya telah menyemak dairi yang berkenaan tetapi tidak
terdapat angka 7,000 megawatt. Mengikut dairi TNB 1992, keupayaan
penjanaan terpasang setakat 31hb Ogos 1992 berjumlah 5,689.9
megawatt dan permintaan maksimum pada 4.8.92 ialah 4,498 megawatt.
Saya hairan, dari sumber manakah sebenarnya angka yang dinyatakan
itu diperolehi atau pakar manakah yang menasihatkan Ahli Yang
Berhormat tersebut.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya, sukacita
saya memberi penjelasan bersabit dengan sistem kendalian penjanaan
kuasa dalam negara. Sebenarnya dalam sistem yang ada sekarang
memang perlu terdapat keupayaan terpasang yang melebihi permintaan
maksimum dan dari segi perancangan pun, kita telah
DR.16.11.93 -120-
menetapkan keupayaan terpasang melebihi permintaan maksimum sebanyak
35%. Rizab 35% ini diperlukan untuk menampungi kerja-kerja
penyelenggaraan, kerosakan dan permintaan luar jangka.
Mengenai turbin ABB pula, sebenarnya TNB telah memperolehi 8
turbin daripada ABB untuk dipasang di stesen-stesen janaelektrik di
Paka, Kapar dan Pasir Gudang dan bukannya 7 turbin. Pada ketika ini
semua 8 turbin berjalan dengan baik. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, semua 4 turbin berkeupayaan 135 megawatt boleh menjana
135 megawatt tiap-tiap satu dan 4 turbin lain berkeupayaan 87
megawatt boleh menjana 87 megawatt tiap-tiap satu. Semua
turbin-turbin ini berjalan dengan baik dan sedang membantu TNB ,bagi
memenuhi keperluan bekalan semasa.
Berhubung dengan projek baikpulih janakuasa yang dikendalikan
oleh BHEL, dakwaan Ahli Yang Berhormat tidak berasas. Sebenarnya,
sebanyak 12 unit janakuasa telah diprogramkan untuk dibaikpulih oleh
Syarikat BHEL dan bukannya 11 sepertimana yang dinyatakan oleh Ahli
Yang Berhormat berkenaan. Setakat ini, 6 buah janakuasa tersebut
telah pun siap dibaikpulih dan sudah beroperasi penuh dan sebanyak 6
lagi dalam jadual baikpulih oleh syarikat yang sama. Oleh yang
demikian, kenyataan Yang Berhormat daripada Petaling Jaya bahawa
kontrak BHEL itu telah ditamatkan adalah tidak benar.
Tuan Yang di-Pertua, tuduhan Ahli Yang Berhormat dari Petaling
Jaya berkenaan dengan harga tender dan laporan yang dikemukakan oleh
pejabat Audit British dan juga komen yang mengatakan bahawa lebih
£100 juta akan dibayar oleh pengguna Malaysia bagi tempoh 35 tahun
DR.16.11.93 -121-
dan mengatakan mengapa Pengerusi TNB tidak menjawab pertuduhan ini,
sangatlah tidak munasabah. Pejabat Audit British telah menjalankan
pengauditan dan kita tidak mempunyai kuasa ke atas mereka untuk
mendapatkan hasil pengauditan tersebut. Pertuduhan yang dibuat itu
adalah budibicara mereka sendiri dan tidak ada kaitan langsung
dengan Kerajaan.
Yang penting bagi kita ialah Kerajaan telah menandatangani
kontrak dengan Kerjaya Balfour Beatty berjumlah RM1.3 bilion untuk
menyiapkan satu projek yang sophisticated, dengan izin, dan untuk
itu kita mendapat pinjaman dengan kadar faedah yang rendah dalam
sejarah iaitu 0.83% yang memberi faedah kepada Malaysia berbanding
dengan kadar faedah pasaran dari semua institusi-institusi kewangan
yang lain di seluruh dunia berjumlah 6% hingga 12% yang
mengakibatkan kos faedah kepada pengguna-pengguna Malaysia kira-kira
RM400 juta yang merupakan penjimatan kepada pembayar cukai Malaysia.
DR.16.11.93 - 122 -
Semenjak TNB diswastakan, Kerajaan tidak berhasrat untuk
menaikkan tarif, sebaliknya TNB telah memeterikan diskaun 10% kepada
pekilang-pekilang dan hotel-hotel dan semasa berlaku kekurangan
tenaga, TNB telah menggalakkan penjanaan sendiri dengan insentif 9
sen seunit. Ini menunjukkan hasrat murni Kerajaan yang sentiasa
mementingkan kesejahteraan pengguna.
Permintaan Ahli Yang Berhormat yang meminta saya menjamin
supaya tarif tidak dinaikkan di masa hadapan adalah merupakan per-
mintaan yang kebudak-budakan. Begitu juga kenyataan beliau iaitu
apabila bekalan elektrik putus, Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
perlu meletakkan jawatan, maka ini akan menyebabkan tiada Menteri
dan tidak ada Kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada
rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan tuduhan Ahli Yang
Berhormat yang saya mengarahkan LLN pada satu ketika memberikan
dokumen sulit berhubung dengan kewangan dan kedudukan (status) LLN
kepada Peninsula Power merupakan satu lagi kenyataan yang bercelaru
iaitu confused, dengan izin. Peninsula Power telah menawarkan untuk
menyediakan laporan mengenai penswastaan LLN dan menanggung kos
yang terlibat. Perkara ini telah dipersetujui oleh Yang Berhormat
Menteri Kewangan pada masa itu dan Kerajaan tidak perlu membayar
perkhidmatan ini. Peninsula Power telah menanggung kos yang
terlibat sebanyak PM13 juta.
DR 16.11.93 - 123 -
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan tuduhan Ahli Yang
Berhormat bahawa MINCO adalah juruperunding tempatan untuk Projek
Pergau yang memiliki Peninsula Power melalui Trafalgar House, satu
kumpulan yang mana Ahli Yang Berhormat menuduh bahawa saya
sentiasa melawat mereka apabila saya berada di London. Berhubung
dengan perkara ini, saya berpendapat sesuatu yang tidak betul
dengan Ahli Yang Berhormat dan saya menasihatkan supaya beliau
mendapat pemeriksaan doktor, kerana setiap kali Ahli Yang Berhormat
berkenaan bercakap, fikirannya agak bercelaru. Beliau sentiasa
confused, dengan izin, dan tidak dapat membezakan di antara
Peninsula Power dan Trafalgar House, Walau bagaimanapun, bukan
saya di sini bertujuan untuk memberikan maklumat itu kepada Ahli
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat juga menyatakan bahawa
saya selalu ditemani oleh Encik Gnanendran daripada MINCO dan Tan
Sri Arumugam. Saya rasa, saya tidak perlu mendapat kebenaran dari-
pada Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya untuk memilih teman-
teman atau sahabat-sahabat saya. Ini merupakan hak asasi saya
seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Malaysia.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat.....
Tuan Lim Kit Siang: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada yang bangun.
Tuan Lim Kit Siang: Penjelasan. Adakah benar bahawa Tan Sri
Arumugam ialah agen tempatan untuk Trafalgar House?
DR. 16.11.93 - 124 -
Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadi
agenkah atau tidak, itu adalah hak dia, bukan hak saya. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa adalah wajar saya
memberi gambaran yang akhir berhubung dengan perwatakan Ahli Yang
Berhormat dari Petaling Jaya ini, bagi menunjukkan betapa buruknya
sikap beliau dan betapa 'confused'nya beliau, dengan izin, serta
bagaimana beliau boleh menyalah-maklumkan (mislead) Dewan yang
mulia ini apabila beliau diberi peluang bercakap, sebinggakan beliau
sanggup menjatuhkan maruah orang lain dengan membawa perkara-
perkara peribadi perseorangan lain ke Parlimen dengan tujuan
mendapatkan publisiti murah.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam ucapannya, Ahli Yang Berhormat
dari Petaling Jaya itu telah menyatakan yang anak perempuan Encik
Schiefman akan mengahwini anak lelaki kedua Encik Gnanendra.
Tuduhan ini adalah tidak tepat. Apa yang sebenarnya, ialah bahawa
anak lelaki kedua Encik Gnanendra sudahpun mendirikan rumahtangga
tiga bulan yang lampau, tetapi bukan dengan anak perempuan Encik
Schiefman. Beliau sebenarnya telah mengahwini anak perempuan Dr.
Amarasinghe dari New York. Dr. Amarasinghe bekerja di Bahagian
Perundangan Bank Dunia. Anak perempuan Dr. Amarasinghe dan anak
lelaki Encik Gnanendra sudah berkenalan selama 8 tahun semasa
mereka menuntut bersama di Cambridge University. Saya tidak dapat
melihat kenapa mereka tidak boleh berkahwin? [Ketawa] Adakah
mahu kebenaran daripada Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya?
DR. 16.11.93 - 125 -
Berkahwin pun minta kebenaran, duduk bersamapun minta kebenaran!
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Encik Scheifman telah pun bersara dari
Bank Dunia dan sekarang bekerja sebagai juruperunding sambilan
untuk projek-projek khas.
Bagi menuduh beliau mengadakan 'Grander Alliance', dengan
izin, serta mencerobohi dokumen-dokumen Bank Dunia, dan memper-
olehi ganjaran (gratification) ialah merupakan satu penyataan yang
tidak berperikemanusiaan oleh Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya
itu. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, it is very inhuman to say
that - very inhuman.
Nasihat saya kepada Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya
ialah apabila beliau ingin berucap di Dewan yang mulia ini pada
masa-masa akan datang, eloklah beliau menyemak fakta-fakta dahulu.
Sepertimana yang saya telah terangkan di dalam Dewan yang
mulia ini pada 4.11.1993 kepada beberapa orang Ahli-ahli Yang
Berhormat mengenai persoalan bersabit dengan pelaksanaan dasar
memperkenalkan Independent Power Producer (IPP) dalam sektor
elektrik, Kementerian saya hanya bertanggungjawab dalam aspek
pengeluaran lesen dan penguatkuasaan syarat-syarat lesen sahaja
seperti yang terkandung dalam Akta Bekalan Elektrik 1990.
Berhubung dengan kesan memperkenalkan IPP terhadap tarif kepada
pengguna-pengguna elektrik, suka saya memberi jaminan bahawa tarif
TNB adalah dikawal oleh Kementerian saya melalui formula-formula
yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Lain-lain aspek adalah
DR. 16.11.93 - 126 -
diselenggarakan oleh badan-badan lain Kerajaan yang dipertanggung-
jawabkan melaksanakan penswastaan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai Projek Bakun yang dibangkitkan
oleh Ahli Yang Berhormat dari Sibu, sukacita saya menerangkan di
sini bahawa Projek Bakun apabila dilaksanakan akan dapat menjana
sebanyak 2,400 megawatt tenaga elektrik untuk kegunaan negeri
Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Berasaskan pengalaman di
negara-negara lain, penghantaran bekalan elektrik melalui talian
dasar laut adalah selamat dan dalam hal ini penduduk-penduduk di
sepanjang Lembah Sungai Rajang tidak perlu khuatiri mengenai
sebarang babaya.
Kerajaan akan melantik pakarunding yang baik dan berpenga-
laman untuk menjalankan kajian kesan ke atas alam sekitar dengan
teliti seperti dikehendaki oleh "Environmental Quality Act, 1974".
Ini adalab untuk memastikan supaya sebarang kesan kepada alam
sekitar dapat diminimakan.
Faedab Projek Bakun akan dinikmati oleh semua penduduk negeri
Sarawak, terutamanya penduduk Lembab Rajang khususnya. Bandar-
bandar seperti Sibu, Miri dan Bintulu akan menikmati pembangunan
yang pesat dengan pertambahan perniagaan dan lain-lain aktiviti
komersil berikutan pelaksanaan Projek Bakun di Lembah Rajang.
Selain daripada penjanaan kuasa elektrik, kawasan tadahan boleh
digunakan untuk bermacam-macam aktiviti yang boleh membangunkan
ekonomi di kawasan tersebut seperti pelancongan, perikanan dan
pertanian. Aktiviti ini akan membuka kawasan pendalaman untuk
memberi peluang yang lebih kepada penduduknya dan meningkatkan
taraf sosio-ekonomi mereka.
DR.16.11.93 - 127 -
Pelaksanaan projek ini akan menarik Industri-industri berkaitan
seperti pengeluaran kabel, alat-alat bekalan elektrik, barang-barang
pembinaan dan perkhidmatan yang akan mempertingkatkan tahap ekonomi
negeri Sarawak. Dengan bekalan tenaga elektrik pada kadar yang
rendah, negeri Sarawak mungkin boleh menjadi lebih menarik untuk
pertumbuhan industri terutama industri tenaga intensif.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Marang telah
membangkitkan isu mengenai Antenna Parabola atau alat TVRO.
Kerajaan memang masih mengekalkan dasar untuk mengizinkan kegunaan
alat TVRO ini kepada golongan-golongan tertentu, iaitu orang-orang
kenamaan seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Sultan-sultan dan Tuan-tuan Yang Terutama Negeri, Kedutaan-kedutaan
Asing secara timbal-balik, kilang-kilang pengeluar dan pembuat
alat-alat sedemikian dan hotel-hotel tertentu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, alat TVRO ini tidak dapat
menerima apa sahaja siaran-siaran televisyen yang dipancarkan
melalui semua satelit yang berada di angkasa lepas. Alat TVRO hanya
dapat menerima isyarat dari satelit-satelit di mana 'foot print'nya,
dengan izin, meliputi Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas telah
menyentuh tentang perkhidmatan pondok telefon luar bandar di
kawasannya. Dari maklumat yang ada, terdapat 41 buah kampung di
kawasan Parlimen Pasir Mas. Sehingga akhir tahun 1992, sebanyak 11
buah kampung telahpun dipasang dengan telefon awam di bawah kelolaan
Telekom Malaysia. Empat buah kampung lagi telah disediakan
DR.16.11.93 - 128 -
kemudahan telefon awam pada tahun ini, iaitu Kampong Banggol Setol;
Kampong Sungai Keladi; Kampong Kubang Benud; dan Kampong Jenut
Timur. Oleh kerana penyediaan telefon awam memakan belanja yang
besar, pelaksanaan rancangan telefon awam luar bandar perlu dibuat
secara berperingkat-peringkat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 4 buah kampung
lagi akan menerima kemudahan ini dalam tahun 1994, iaitu kampung-
kampung berikut: Kampong Serdang; Kampong Hutan Pasir; Kampong
Kunang Palas; dan Kampong Kenok. Rancangan ini akan diteruskan di
tahun hadapan sehingga semua kampung mendapat kemudahan telefon
awam. Dalam hubungan ini, sebagaimana saya telah umumkan sebelum
ini, adalah menjadi dasar dan hasrat Kementerian untuk menyediakan
kemudahan telefon awam luar bandar, di semua kampung di seluruh
negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sibu telah
membangkitkan isu bayaran penyambungan semula telefon sebanyak RM50.
Saya telahpun menjawab pertanyaan berkenaan baru-baru ini, dan saya
ingin memaklumkan bahawa tempoh masa tiga minggu untuk menjelaskan
bil telefon adalah sesuai untuk pelanggan. Saya tidak bercadang
untuk membuat sebarang perubahan kepada cara pemotongan dan tempoh
pembayaran bil ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai liputan kawasan perkhidmatan
sistem selular, buat masa sekarang hanya merangkumi kawasan bandar
utama seperti Kuching, Lundu, Bau, Serian, Sri Aman, Sarikei,
Bintangor, Sibu, Dalat, Tatar, Bintulu, Marudi dan Kuala Baram.
Pengusaha-pengusaha selular ini merancang untuk memperluaskan lagi
DR.16.11.93 - 129 -
kawasan liputan ke seluruh kawasan lain di Sarawak walaupun langkah
ini mengakibatkan perbelanjaan modal yang besar. Walau bagai-
manapun, syarikat berkenaan memastikan bahawa para pengguna sistem
selular ini diberitahu mengenai kawasan-kawasan lingkungan
perkhidmatan tersebut di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan
cadangan-cadangan dan teguran-teguran yang membina dan juga yang
marah kepada saya, [Ketawa] mengenai bidang tugas di bawah
Kementerian saya. Sekiranya terdapat isu-isu yang dibangkitkan yang
tidak disentuh di sini, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian
saya akan mengambil ingatan dan tindakan yang serius dan sewajar-
nya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri Sains, teknologi
dan Alam Sekitar.
6.05 ptg.
Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Datuk Law Hieng
Ding]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang turut serta
membahaskan dasar-dasar am Belanjawan 1993, khususnya perkara-
perkara yang berkaitan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar.
Segala pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai
pembangunan sains dan teknologi serta pemeliharaan alam sekitar
adalah sangat berfaedah dan akan membantu perancangan dan
pelaksanaan tugas-tugas Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
DR.16.11.93 - 130 -
Sekitar dengan lebih licin, teratur dan berkesan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan penjelasan
terhadap perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat sewaktu membahaskan dasar-dasar Belanjawan 1994 di Dewan
yang mulia ini.
Ahli Yang Berhormat dari Kepong mencadangkan supaya ditubuhkan
Pejabat Cawangan Alam Sekitar di Pulau Langkawi bagi mengawal
pencemaran di kawasan persekitaran pulau tersebut. Untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, pada masa ini semua aktiviti kawalan alam
sekitar di Pulau Langkawi adalah dijalankan oleh Jabatan Alam
Sekitar bagi negeri-negeri Kedah dan Perlis. Memandangkan
pembangunan yang sangat pesat di Pulau Langkawi, cadangan Yang
Berhormat di atas adalah baik dan akan diberikan perhatian yang
sewajarnya oleh Kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas dan Arau yang
mencadangkan supaya menambah bilangan pegawai yang akan menguat-
kuasakan Undang-undang Alam Sekitar bagi mengatasi masalah
pencemaran. Ini merupakan cadangan yang sangat menggalakkan.
Begitulah juga harapan Kementerian saya. Saya ingin memaklumkan
kepada Dewan yang mulia ini bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
sedang dalam proses mengisi jawatan-jawatan kosong di Jabatan Alam
Sekitar dengan pegawai-pegawai yang berkelayakan. Begitu juga
Jabatan Alam Sekitar sedang dalam proses memohon jawatan-jawatan
tambahan bagi membolehkan Jabatan ini menjalankan tugas-tugasnya
dengan lebih berkesan. Kementerian juga sedang mengambil tindakan
DR.16.11.93 - 131 -
untuk menurunkan kuasa kepada agensi-agensi lain termasuk Penguasa
Kerajaan Tempatan bagi menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan ini.
Namun begitu, dalam keadaan sekarang adalah didapati agak sukar
untuk mendapatkan pegawai-pegawai yang benar-benar berkelayakan dan
berpengalaman untuk menjalankan kerja-kerja di atas. Apa yang
penting sekarang ialah kita perlu terus berusaha menanamkan sikap
bertanggungjawab dan memupuk disiplin yang tinggi di kalangan semua
peringkat masyarakat. Kita juga perlu meningkatkan kesedaran di
kalangan pengusaha-pengusaha kilang supaya dapat mengurangkan
pencemaran dan mematuhi undang-undang dan peraturan tanpa
penguatkuasaan dan kawalan yang ketat oleh pihak Kerajaan. Dengan
demikian, persoalan bilangan Pegawai Penguatkuasaan di Jabatan Alam
Sekitar mungkin tidak akan menjadi satu perkara yang kritikal.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada
Ahli-ahli Yang Berhormat dari Tawau dan Pasir Mas yang telah
menyokong cadangan Kerajaan untuk menurunkan harga petrol tanpa
plumbum sebanyak 3 sen dan pengecualian duti import ke atas alat,
dengan izin, 'catalytic converter'.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan langkah-langkah
ini diharap akan dapat meningkatkan bilangan para pengguna dan
seterusnya paras plumbum dan gas-gas yang mencemarkan akan dapat
dikurangkan. Selain daripada itu Kerajaan juga telah:
Pertama, mengambil langkah-langkah lanjut, umpamanya mengesan
industri kereta motor menggunakan enjin yang bermutu tinggi dan yang
tidak akan mencemar alam sekitar iaitu dengan menggunakan teknologi
bersih dan terkini.
DR.16.11.93 -132-
Kedua, menggalakkan kenderaan pengangkutan awam khususnya lori-
lori, bas-bas dan teksi-teksi menggunakan Natural Gas for Vehicle
(NGV) iaitu bahanapi yang lebih bersih dengan harganya 50% lebih
murah dari petrol.
Ketiga, sebagai langkah jangka panjang mengwujudkan sistem
pengangkutan awam yang lebih cekap dan berkesan, seperti Light
Railway Transit dan Khidmat City Bus yang secara tidak langsung akan
meninggalkan kualiti udara khususnya persekitaran Lembah Kelang.
Keempat, mempertingkatkan sistem perhubungan melalui teknologi
terbaru seperti penggunaan mel elektronik, dengan izin, videophone
dan teleconferencing. Dengan ini keperluan pergerakan kenderaan
individu boleh dikurangkan.
Langkah-langkah tersebut membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa
peka dan bersedia untuk memberi perhatian ke atas keperluan orang
ramai terutamanya dalam memelihara alam sekitar supaya tidak men-
jejaskan kesihatan dan menjamin keselesaan hidup kita semua.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyokong penuh ke
atas pendapat Ahli Yang Berhormat dari Batang Sadong tentang perlu-
nya Kerajaan memberi insentif bagi menggalakkan penulis-penulis
tempatan menulis buku dalam usaha memberi gambaran sebenar serta
kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar bukan sahaja kepada
orang luar, malah kepada rakyat tempatan sendiri.
DR.16.11.93 -133-
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri
Kewangan dalam ucapan Belanjawan baru-baru ini, telah meluluskan
beberapa insentif kepada penulis-penulis tempatan. Di samping itu,
Kerajaan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:-
(i) meningkatkan program-program pengawasan dan penguatkuasaan
undang-undang alam sekitar di negara ini;
(ii) mengeratkan lagi kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan,
sektor swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGOs) untuk
mengatasi masalah pencemaran serta meningkatkan kesedaran
orang ramai terhadap alam sekitar;
(iii) meningkat dan memperluaskan program serta aktiviti
kesedaran rakyat di negara ini melalui 'Minggu Alam
Sekitar' peringkat kebangsaan, negeri-negeri dan daerah-
daerah;
(iv) melaksanakan aktiviti-aktiviti lain, umpamanya 'Sambutan
Hari Alam Sekitar Sedunia', penubuhan kelab-kelab alam
sekitar di peringkat sekolah, kem-kem latihan dan
pendedahan kepada alam semula jadi; dan
(v) bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan institusi-
institusi pengajian tinggi untuk merangka mata pelajaran
mengenai alam sekitar di peringkat sekolah menengah dan
universiti.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri ucapan saya, sekali
lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang
DR.16.11.93 -134-
Berhormat yang telah mengemukakan pandangan dan cadangan dalam per-
bahasan dasar-dasar am Belanjawan 1994 mengenai program dan aktiviti
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Jika terdapat mana-mana perkara yang telah dibangkitkan oleh
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat disentuh dalam ucapan
saya ini, maka saya akan memastikan untuk diberi perhatian dengan
sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di—Pertua: Kementerian Kerja Raya.
6.15 ptg.
Timbalan Menteri .Kerja Raya [Datuk Peter Tiaggom anak
Kamarau]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di
Dewan yang mulia ini, untuk merakamkan terima kasih kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat, yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan
mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 1994 dan juga Usul Anggaran
Pembangunan 1994 yang menyentuh bidang tugas Kementerian Kerja Raya.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembangunan infrastruktur, lebuh-
raya, jalan raya yang sedang dan akan dilaksanakan di seluruh
negara, saya ingin memaklumkan sekali lagi bahawa pembangunan infra-
struktur dan kemudahan-kemudahan awam yang menjadi teras utama
bidang tugas Kementerian Kerja Raya akan terus diberi tumpuan dan
perhatian untuk dilaksanakan.
Untuk memastikan hasrat ini tercapai, Kerajaan telah memper-
giatkan usaha untuk menyiapkan projek-projek jalan raya utama
termasuk projek-projek yang diswastakan seperti Projek Lebuhraya
DR.16.11.93 -135-
Utara/Selatan, Lebuhraya Kulim/Butterworth, Lebuhraya Shah Alam dan
juga projek-projek lebuhraya/jalan raya di negeri Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka memaklumkan bahawa di dalam
melaksanakan projek penswastaan pembinaan lebuhraya, bukan semua kos
yang terlibat ditanggung oleh pengguna melalui tol yang dibayar oleh
mereka. Kos pengambilan balik tanah misalnya, kebanyakannya di-
tanggung oleh Kerajaan. Ini adalah semata-mata untuk memastikan
kadar tol yang dibayar adalah rendah dan munasabah serta mampu di-
bayar oleh para pengguna.
Jika sekiranya beban kos sebenar, ditanggung sepenuhnya oleh
para pengguna, kadar tol yang perlu dibayar pada masa ini bagi
Lebuhraya Utara/Selatan adalah lebih tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang
telah menimbulkan perkara mengenai kadar kenaikan tol dari Taiping
ke Ipoh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tol bagi
kenderaan kelas 1 - kereta, kelas 2 - lori kecil dan kelas 3 - lori
besar, memanglah telah dinaikkan sebanyak 50%. Walau bagaimanapun,
kadar kenaikan 50% ini adalah berasaskan kepada kadar tol pada tahun
1988.
Bagi kenderaan kelas 1 - kereta pula, kadar kenaikan ini adalah
merupakan kali pertama ianya dinaikkan sejak tahun 1988. Suka saya
jelaskan di sini, bahawa bagi kenderaan kelas 4 - teksi dan kelas 5
- bas, kadar tol adalah merupakan 50% lebih rendah daripada kadar
kelas 1. Ini adalah kerana Kerajaan tidak mahu membebankan se-
bilangan besar rakyat dan diharap tambang teksi dan tambang bas
tidak dinaikkan.
DR.16.11.93 -136-
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pengguna-pengguna
jalan raya yang tidak mahu membayar tol, jalan-jalan alternatif
boleh digunakan.
Tuan Yang di—Pertua, saya ingin menyentuh mengenai penswastaan
Jabatan Bekalan Air disetiap negeri yang dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat dari Lumut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pen-
swastaan Jabatan Bekalan Air di Negeri Johor, masih lagi dalam
peringkat kajian. Walau bagaimanapun, Jabatan Bekalan Air Negeri
Johor akan dikorporatasikan pada 1 Januari 1994. Sementara itu pen-
swastaan beberapa projek bekalan air tertentu di negeri-negeri yang
lain pula telah pun mula dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar sangkaan Ahli Yang
Berhormat bahawa tidak ada perancangan bagi bekalan air di Negeri
Johor. Kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai bekalan air dan
memperuntukkan peruntukan bagi melaksanakan projek-projek bekalan
air di semua negeri termasuklah Negeri Johor.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia
Keenam, sejumlah RM216.34 juta telah diperuntukkan untuk
melaksanakan 8 projek-projek di Johor seperti berikut:-
Projek PeruntukanRM (Juta)
(1) Bekalan Air Batu Kluang . 16,0
(2) Bekalan Air Johor Bahru Fasa IB 65.37(3) Bekalan Air Johor Barat, Semberong 37.47
(4) Bekalan Air Tanjong Pengerang, Sungai Lebam 30.5(5) Bekalan Air Johor Barat, Machap 20.0(6) Bekalan Air Johor Barat, Parit Raja 20.0(7) Bekalan Air Muar 3.0
(8) Membaik-pulih dan mempertingkatkanloji-loji air dan sistem retikulasi 24.0
Jumlah 216.34
DR.16.11.93 - 137 -
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Jerai
mencadangkan agar peruntukan bekalan air kepada tiap-tiap negeri
disusun balik ataupun diubahsuai agar Kerajaan memperuntukkan geran
100% untuk bekalan air ke kawasan luar bandar dan peruntukan bekalan
air ke kawasan industri, kawasan komersil dan kawasan bandar adalah
50% geran dan 50% pinjaman kepada Kerajaan Negeri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar peruntukan geran 20%
dan pinjaman 80% kepada Kerajaan Negeri telah diputuskan oleh
Kerajaan. Keputusan ini adalah berdasarkan bahawa bekalan air
adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan semua hasil
daripada penjualan air merupakan hasil Kerajaan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai keadaan pembangunan infrastruktur
di Sarawak dan Sabah yang jauh tertinggal berbanding dengan negeri-
negeri lain di Semenanjung Malaysia. Sukalah saya memaklumkan di
sini bahawa Kerajaan sememangnya memberi perhatian khusus untuk
meningkatkan pembangunan infrastruktur di Sarawak dan Sabah yang
meliputi kerja-kerja pembinaan jalan raya baru, menaikkan taraf
jalan raya sedia ada dan menyediakan peruntukan khusus untuk
penyelenggaraan jalan-jalan supaya kekal dalam keadaan baik dan
selamat untuk digunakan.
Kerajaan memang sedar rangkaian sistem infrastruktur jalan raya
dan lebuhraya yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada
pengguna-pengguna jalan raya, malahan juga amat penting kepada
DR.16.11.93 - 138 -
pembangunan ekonomi negara seperti pembangunan perindustrian,
pelancongan dan juga sektor pertanian yang mana memudahkan keluaran
hasil negara dipasarkan di bandar-bandar dan juga untuk dieksport.
Rangkaian infrastruktur yang baik secara tidak langsung memberi imej
yang baik kepada pelancong-pelancong luar negara dan juga tarikan
kepada pelabur-pelabur asing untuk terus melabur di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sibu ada
menimbulkan isu mengenai jumlah peruntukan untuk membina lebuhraya
dan jalan raya biasa di Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, bagi tahun 1994 sebanyak RM118.4 juta telah diperuntukkan
bagi membina lebuhraya di Sarawak dan sejumlah RM29.5 juta lagi
telah diperuntukkan untuk membina jalan raya biasa. Selain dari
itu, Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta untuk
memperbaiki lain-lain jalan besar, RM0.6 juta bagi program
penyiasatan dan penyelidikan jalan raya dan RM0.4 juta bagi program
penyelenggaraan jalan raya dan latihan kakitangan JKR.
Jumlah keseluruhan bagi projek jalan raya Sarawak bagi tahun
1994 adalah sebanyak RM156.9 juta. Jumlah ini adalah berdasarkan
kepada keperluan yang dianggarkan untuk melaksanakan projek-projek
jalan raya di Sarawak dalam tahun 1994.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sibu juga dan
Yang Berhormat dari Selangau menimbulkan isu mengenai pembinaan
jalan besar utama Sarawak dan Lebuhraya Pan-Borneo yang memerlukan
sebuah jambatan untuk melintasi Sungai Rajang iaitu, satu dekat
bandar Sibu dan satu lagi di Durin.
DR.16.11.93 - 139 -
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang pernah
saya jelaskan di dalam Dewan yang mulia ini, pada mulanya terdapat
dua tapak cadangan bagi Jambatan Batang Rajang iaitu di Sungai
Assan, Upper Lanang dekat bandar Sibu dan satu lagi di Durin. Tapak
yang dicadangkan di Sungai Assan telah pun dipertimbangkan sebelum
ini dan didapati tidak sesuai. Oleh itu, cadangan adalah untuk
pembinaan jambatan di Durin sahaja.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di bawah Rancangan
Malaysia Keenam sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan bagi projek
pembinaan Jambatan Batang Rajang. Peruntukan ini adalah untuk
tujuan kajian kemungkinan kajiukur dan rekabentuk Jambatan Batang
Rajang di Durin. Kajian kemungkinan ini dijangka akan dimulakan
pada penghujung tahun ini dan tenpoh siapnya ialah 6 bulan.
Keputusan untuk membina jambatan tersebut akan hanya dapat
ditentukan selepas hasil kajian diperolehi. Adalah dijangkakan
pembinaan jambatan tersebut akan dipohon dalam tempoh Rancangan
Malaysia Ketujuh nanti.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Batang Sadong
juga membangkitkan cadangan agar Kerajaan Persekutuan juga mengambil
bahagian dalam pembinaan jalan raya di kawasan-kawasan tepi laut di
Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan
adalah bertanggungjawab terhadap pembinaan jalan raya Persekutuan.
Mengenai pembinaan jalan raya di Sarawak, Kerajaan Persekutuan hanya
bertanggungjawab untuk membiayai projek jalan besar utama sepanjang
920 kilometer dan projek jalan Pan-Borneo sepanjang 152 kilometer.
DR.16.11.93 - 140 -
Manakala jalan-jalan yang menghubungi dengan jalan utama ini ataupun
feeder roads, dengan izin, adalah di bawah bidang kuasa dan dibiayai
oleh Kerajaan Negeri, termasuk jalan-jalan di kawasan tepi laut.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan akan mengambil perhatian
mengenai perkara-perkara lain berhubung dengan jalan raya di Sarawak
yang berkenaan, seperti yang dibangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Jambongan pula
membangkitkan mengenai jalan raya di Sabah yang belura diturap
terutamanya jalan raya di daerah Beluran sejauh 20 kilometer ke
persimpangan Lebuhraya Telupid, Sandakan. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM390.4 juta di
bawah Rancangan Malaysia Keenam "bagi program jalan raya dan jambatan
di negeri Sabah. Daripada jumlah ini, sebanyak RM76.6 juta telah
diperuntukkan bagi tahun 1994. Peruntukan ini adalah untuk membina
dan menaikkan taraf sebahagian jalan raya-jalan raya, termasuk
jambatan di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak
RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk program penyelenggaraan jalan
raya di Sabah.
Mengenai jalan raya yang belum diturap di daerah Beluran sejauh
20 kilometer ke persimpangan Lebuhraya Telupid, Sandakan. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, jalan raya ini adalah merupakan jalan
Negeri. Dari itu adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk
menurap jalan tersebut.
DR.16.11.93 - 141 -
Tuan Yang di-Pertua, demikianlah sahaja penjelasan mengenai
perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat mengenai beberapa isu di bawah bidang tugas Kementerian
Kerja Raya. Kemungkinan ada perkara-perkara lain yang telah
dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dijawab,
Kementerian Kerja Raya akan mengambil perhatian dan tindakan yang
sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri.
6.27 ptg.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri [Datuk S.S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli
Yang Berhormat yang telah memberi teguran, cadangan dan pandangan
yang membina semasa membahaskan Belanjawan 1994 mengenai
perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri. Izinkan saya memberi jawapan ke atas
beberapa perkara dan isu penting yang telah dibangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong telah
membangkitkan mengenai, pertama, digubal SMI Master Plan; dan kedua,
kelayakan minimum Industrial Coordination Act (ICA) dipinda dari
RM2.5 juta dana pemegang saham kepada RM10 juta dengan ekuiti
tempatan sekurang-kurangnya 70%.
DR.16.11.93 - 142 -
Untuk makluman Yang Berhormat, pelan pembangunan SMI telah pun
diluluskan oleh 'Majlis Pembangunan Negara dan program utama
pembangunan sektor SMI ini meliputi aspek-aspek berikut:
(i) pemasaran;
(ii) galakan;
(iii) penyelidikan dan pembangunan dan bantuan
teknikal;
(iv) pembangunan infrastruktur;
(v) pembangunan sumber manusia; dan
(vi) kemudahan kewangan.
Seterusnya, Kerajaan pada masa ini sedang menimbang dengan
serius untuk mewujudkan satu agensi yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pembangunan IKS.
Berhubung dengan cadangan supaya Akta Penyelarasan
Perindustrian (ICA) dipinda untuk menaikkan kelayakan minimum
pengecualian pelesenan dari jumlah dana pemegang saham RM2,5 juta
kepada RM10 juta, dimaklumkan bahawa cadangan ini jika dilaksanakan
akan menimbulkan beberapa implikasi yang mungkin akan menjejaskan
pembangunan IKS tempatan di dalam jangka panjang. Dengan demikian,
Kerajaan perlu membuat kajian yang teliti dan menyeluruh sebelum
cadangan tersebut dapat dipertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua; Yang Berhormat, minta sambung esok.
Datuk S.S. Subramaniam: Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat
ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang esok.
Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.