paperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
DESCRIPTION
LEADERSHIP PROGRAMME FOR STUDENT IN MALAYSIATRANSCRIPT
HOTLINE : 03-89122090 OFFLINE : 016-3986433
PROGRAM DATARAN MINDA 2014
“KEPIMPINAN”
“Strive your life with STRIVE”
“Strive your life with STRIVE”
PENGENALAN
Program Dataran Minda dirancang berdasarkan penyelidikan serta berasaskan kepada konsep modul Coaching & Counseling for Continuous Improvement. Ia dirangka secara bersepadu selain diselitkan konsep STRIVE bagi memberikan pendidikan,bimbingan dan kesedaran tentang diri sendiri,organisasi dan masyarakat dalam diri setiap peserta. S bermaksud Solution Provider adalah usaha menjadikan individu golongan cerdik pandai yang berwibawa, memiliki pelbagai dimensi ilmu dan kemahiran terutamanya tentang prinsip perhubungan manusia dan penyelesaian masalah dalam suasana berbeza berdasarkan keadaan semasa.T bermaksud Teamwork ialah memantapkan diri peserta dalam menghadapi cabaran kerja malah lebih jauh dari itu adalah untuk menjadikan peserta sebagai individu yang hebat dan membentuk kekuatan bersama untuk berjaya bersama. R bermaksud Responsible pula memberikan suntikan tanggungjawab dan keyakinan dalam diri individu dalam melaksanakan semua tugasan yang diberikan. I bermaksud Innovative adalah usaha untuk membentuk individu mempunyai pemikiran yang hebat dalam berfikir dan tidak menggunakan cara berfikir yang sama dengan orang biasa. V bermaksud Value ialah mencipta individu yang bersedia bertindak mengubah dan bertindak terhadap diri untuk mencari nilai-nilai hebat kurniaan Tuhan dalam diri disamping membongkar rahsia kejayaan hidup dan mengenal erti syukur. Dan E bermaksud Endurance ialah membentuk satu ketahanan dalam diri individu dari segi mental, fizikal dan iman.Justeru itu, program ini merupakan satu usaha ke arah melahirkan sekumpulan individu yang dapat memainkan peranan sebagai pemimpin dan pencetus semangat bagi membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan di dalam kerangka organisasi selain dilatih menjadi seorang insan yang berfikiran positif. Peserta juga dilatih untuk berada dalam kelompok masyarakat dan menguji ketahanan fizikal dan mental agar peserta bersedia menghadapi ujian atau cabaran dalam kehidupan seharian.
METODOLOGI Kursus ini akan menggunakan kaedah dan pembelajaran yang dikendalikan secara interaktif termasuk ceramah, perbincangan, soal/jawab, permainan, aktiviti kerja dalam kumpulan dan menyediakan pelan tindakan.
OBJEKTIF Setelah menjalani bengkel ini, peserta diharap dapat: - Menjadi seorang penyelesai masalah yang berpotensi. - Meningkatkan semangat berpasukan setiap kali ingin mencapai sesuatu tujuan.. - Menghayati tanggungjawab sendiri terhadap semua perkara. - Menerapkan budaya dan ciri-ciri inovatif dalam kehidupan seharian.. - Menilai nilai keupayaan diri dan menyerlahkan nilai diri yang positif. - Meningkatkan ketahanan mental, fizikal dan rohani dalam menghadapi cabaran hidup.
“Strive your life with STRIVE”
CADANGAN LOKASI -Sg. Lopo VillaGE Pangsun Selangor
“Strive your life with STRIVE” OBJEKTIF & TUJUAN
Program Dataran Minda ini diilhamkan untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang
sahsiah dan penampilannya sekaligus
mewujudkan individu yang berpersonaliti
pemimpin.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk
menerapkan ciri-ciri STRIVE dalam diri
peserta selari dengan personaliti seorang
pemimpin hebat.
Bimbingan dan panduan diterapkan melalui
aktiviti-aktiviti latihan dalam kumpulan yang
meliputi 80% dari keseluruhan program.
Selainnya adalah melalui ucapan dan latihan
bertulis agar penerimaan peserta terhadap
ilmu yang dicurahkan lebih bervariasi.
“Strive your life with STRIVE”
S SOLUTION PROVIDER
MENJADI PENYELESAI MASALAH SENDIRI DAN ORANG LAIN
T TEAMWORK
DIPERLUKAN ORANG LAIN DAN BOLEH BEKERJASAMA
R RESPONSIBLE
“I AM THE ONLY NAME PEOPLE CAN TRUST”
I INNOVATIVE
MAMPU BERFIKIRKAN IDEA YANG BERBEZA DAN BAHARU
V VALUE
MENJADI PENYELESAI MASALAH SENDIRI DAN ORANG LAIN
E ENDURANCE
MILIKI KETAHANAN MENTAL, FIZIKAL DAN ROHANI YANG KUKUH
“Strive your life with STRIVE” TENTATIF 3 HARI 2 MALAM
HARI PERTAMA 1400 LETUPAN PERIFERI
EGO MELETUP
SATU UNTUK SEMUA
1600 MINUM PETANG
REHATKAN MINDA
1700 KERTAS EMAS
1900 MAKAN MALAM
REHATKAN MINDA
2100 POTENSI HEBAT
HARI KEDUA 0700 MASTEROBIK
0730 SARAPAN PAGI
0800 BELON ORGANISASI
1000 MINUM PAGI
1030 EKSPLORASI BUDAYA
1300 MAKAN TENGAHARI
REHATKAN MINDA
1400 EKSPLORASI BUDAYA
1600 MINUM PETANG
1700 VIET GAME
1900 MAKAN MALAM
REHATKAN MINDA
2100 MENARA PAKU
2300 MINUM MALAM
2330 MUSANG BERJANGGUT
KEMBARA MALAM
PERISAI MINDA
HARI KETIGA 0700 MASTEROBIK
0730 SARAPAN PAGI
0800 MEREMPUH HALANGAN FIZIKAL
MINUM PAGI ORANG ASLI
PUISI ALAM
1300 MAKAN TENGAHARI
REHATKAN MINDA
1400 MAJLIS PENUTUP
“Strive your life with STRIVE” TENTATIF 2 HARI 1 MALAM
HARI PERTAMA 1400 LETUPAN PERIFERI
EGO MELETUP
SATU UNTUK SEMUA
KERTAS EMAS
1630 MINUM PETANG
1700 EKSPLORASI BUDAYA & VIET GAME
1900 MAKAN MALAM
REHATKAN MINDA
2030 POTENSI HEBAT
MENARA PAKU
2200 MINUM MALAM
2230 MUSANG BERJANGGUT
KEMBARA MALAM
PERISAI MINDA
HARI KEDUA 0700 MASTEROBIK
0730 SARAPAN PAGI
0800 MEREMPUH HALANGAN FIZIKAL
MINUM PAGI ORANG ASLI
PUISI ALAM
1300 MAKAN TENGAHARI
REHATKAN MINDA
1400 MAJLIS PENUTUP
“Strive your life with STRIVE” PELAKSANAAN
LETUPAN PERIFERI
DURASI : 10 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA
OBJEKTIF
Menyediakan peserta untuk memulakan program seterusnya dalam keadaan fokus dan
bersemangat.
TUJUAN
Memupuk rasa kasih sayang di kalangan peserta dan menyedarkan peserta betapa setiap
individu itu mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain. Modul ini juga membantu
peserta menjadi lebih segar dan bersedia pada permulaan program.
PELAKSANAAN
Peserta akan diaturkan dalam beberapa barisan di atas lantai. Dalam keadaan duduk,
setiap peserta akan membuat senaman urutan. Peserta akan diajar untuk mengurut setiap
bahagian penting tubuh terhadap peserta di hadapannya.
EGO MELETUP
DURASI : 30 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA
OBJEKTIF
Membentuk individu yang boleh menerima perkara baru dan berkeyakinan terhadap diri
sendiri.
TUJUAN
Membuka minda peserta agar menerima segala yang ingin diserapkan kepada peserta
dalam program ini. Membina kemesraan di antara peserta dengan peserta yang lain dan
juga barisan pembimbing untuk memudahkan proses transformasi peserta
keseluruhannya.
PELAKSANAAN
Peserta akan disajikan dengan beberapa aktiviti yang santai dan bermanfaat. Aktiviti
berdasarkan teknik FOKUS (Dengar , minda proses, tindakan)
SATU UNTUK SEMUA
DURASI : 20 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA
OBJEKTIF
Menyuntik keyakinan dalam diri peserta untuk mengenali peserta lain dari sudut yang
berlainan dari yang biasa dilakukan atau yang dialami.Memberi peluang kepada peserta
untuk menyatakan tentang diri sendiri tanpa dipengaruhi perasaan takut, malu, segan dan
bimbang.
TUJUAN
Mengenal pasti personaliti, keyakinan, bakat, sifat dan daya kepimpinan peserta
berdasarkan tindakan yang diambil semasa modul ini berjalan.
PELAKSANAAN
Peserta akan diarahkan untuk mencari kumpulan berdasarkan persamaan sesame sendiri.
Contohnya seperti „bilangan adik-beradik‟, „bulan kelahiran‟, ‟saiz kasut‟ dan sebagainya.
Masa yang diberi bagi setiap soalan adalah 10 saat.
KERTAS EMAS
DURASI : 60 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA
OBJEKTIF
Membentuk individu yang peka terhadap isu semasa, pengetahuan am dan alam sekitar.
Mendidik individu berkomunikasi dan berinteraksi dengan cara yang betul dan menjadikan
individu yakin terhadap diri sendiri.
TUJUAN
Menguji daya kreativiti, pengetahuan am, isu semasa dan kepantasan minda peserta
disamping memupuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan peserta.
PELAKSANAAN
Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan beberapa helai kertas A4. Peserta akan diberi
beberapa arahan yang berbentuk penyenaraian seperti „ senaraikan kegunaan pencungkil
gigi‟,‟senaraikan nama menteri besar dan ketua menteri Malaysia sekarang; dan
sebagainya.Markah akan diberi berdasarkan jawapan yang diberi. Setiap arahan diberikan
dalam masa yang singkat (20 saat).
EKSPLORASI BUDAYA
DURASI : 120 MINIT LOKASI : KAWASAN TERBUKA
OBJEKTIF
Melahirkan individu yang mempunyai rasa syukur dengan apa yang dimiliki dan merendah
diri. Sentiasa bermuhasabah dengan perkara yang telah dilakukan dan menghargai individu
lain.
TUJUAN
Mendedahkan peserta kepada kerja pertanian dan aktiviti desa di samping melatih cara
peserta berkomunikasi dengan pelbagai golongan.
PELAKSANAAN
Setiap kumpulan diarahkan menuju ke lokasi yang ditetapkan berdasarkan panduan yang
diberi. Terdapat 6 stesyen yang perlu mereka tujui dan setiap stesyen, mereka perlu
menyelesaikan tugas yang diberikan sama seperti sifat setiap lokasi itu.
POTENSI HEBAT
DURASI : 90 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA
OBJEKTIF
Melahirkan individu yang bertanggungjawab, fokus, cekap,jujur dan berkeyakinan terhadap
diri sendiri.
TUJUAN
Menguji tahap tumpuan peserta, menilai tahap kerjasama di dalam kumpulan, memberi
tanggungjawab kepada setiap peserta dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri setiap
peserta.
PELAKSANAAN
Dua pemimpin sementara akan dipilih untuk membentuk kumpulan mengikut jumlah yang
ditetapkan. Setelah kumpulan dibentuk dengan seimbang,setiap kumpulan akan diarahkan
melantik ketua, setiausaha dan bendahari dalam masa yang singkat (10 saat). Setelah
jawatan ditentukan,setiap bendahari kumpulan akan diberi kertas markah untuk
mencatitkan markah kumpulan sepanjang program dijalankan.Selepas itu setiap kumpulan
akan diuji dengan beberapa arahan yang ringkas dan masa yang singkat untuk mengumpul
markah permulaan.
MUSANG BERJANGGUT
DURASI : 60 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA
OBJEKTIF
Wujudkan persefahaman dalam diri individu terutamanya dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan. Lahirkan individu yang cepat bertindak melakukan tugas dan
tidak suka melengahkan masa.
TUJUAN
Menyedarkan peserta bahawa terdapat juga tugas yang boleh dilaksanakan dalam satu
kumpulan tanpa perlu mengambil masa yang lama dengan perkara yang remeh-temeh
seperti perbincangan yang tidak berkesudahan.
PELAKSANAAN
Setiap kumpulan akan diberi sebungkus rempah ratus. Mereka diarahkan untuk
mengasingkan rempah ratus itu mengikut jenis tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dan
suara.
KEMBARA MALAM
DURASI : 120 MINIT LOKASI : KAWASAN TERBUKA TANPA CAHAYA
OBJEKTIF
Membentuk individu yang matang dalam kehidupan seharian tanpa dipengaruhi oleh unsur-
unsur yang negatif. Mampu berfikir secara logik terhadap sesuatu dan berdisiplin.
TUJUAN
Menghilangkan ketakutan pada kegelapan di dalam diri peserta. Melatih peserta menjadi
lebih berdisiplin dan berkeyakinan untuk mengharungi sebarang perkara yang belum
pernah dialami.
PELAKSANAAN
Peserta akan dipandu untuk berjalan di laluan yang telah ditetapkan mengikut kumpulan
pada waktu malam. Peserta perlu berjalan dalam satu barisan dan tidak dibenarkan
bersembang.
PERISAI MINDA
DURASI : 30 MINIT LOKASI : KAWASAN TERBUKA TANPA CAHAYA
OBJEKTIF
Membentuk individu yang matang dalam kehidupan seharian tanpa dipengaruhi oleh unsur-
unsur yang negatif. Mampu berfikir secara logik terhadap sesuatu dan menghargai
kewujudan kejadian alam semulajadi.
TUJUAN
Memberi kesedaran rohani kepada peserta agar mensyukuri rahmat dan kehidupan yang
dinikmati.
PELAKSANAAN
Peserta akan solat di dalam hutan dan diberi tazkirah tentang kesimpulan semua aktiviti
yang telah dilangsungkan sepanjang program dan apa pengajaran yang perlu diaplikasikan
dalam kehidupan seharian.
MASTEROBIK
DURASI : 30 MINIT LOKASI : KAWASAN TERBUKA
PELAKSANAAN
Peserta akan melakukan rutin senaman berdasarkan modul latihan Lakonan Teater iaitu
Teaterobik yang diilhamkan oleh Puan Normah Nordin (Pencipta Logo FINAS & Guru Tetap
Bengkel Lakonan FINAS). Teaterobik ini sering dilaksanakan sebelum memulakan sesuatu
lakonan. Semua senaman akan diiringi dengan 6 buah lagu mengikut tempo yang
ditetapkan. Teaterobik ini amat sesuai untuk semua golongan dan tidak member sebarang
tekanan.
MENARA PAKU
DURASI: 30 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA
OBJEKTIF
Menjadikan individu itu seorang yang berfikiran waras, mampu menyelesaikan sesuatu
masalah dan sentiasa bekerjasama dalam mencapai matlamat tanpa memikirkan
kepentingan sendiri.
TUJUAN
Membuka minda peserta dalam menyelesaikan arahan yang diberi. Menguji tahap
kemahiran peserta dalam berkomunikasi dua hala, membina keseragaman dan tertib dalam
mencadangkan sesuatu idea.
PELAKSANAAN
Setiap kumpulan akan diberikan satu bongkah kayu yang mempunyai sebatang paku yang
ditegakkan dan sejumlah paku. Setiap kumpulan diarahkan menyusun paku-paku itu di atas
paku yang ditegakkan. Syaratnya paku-paku itu tidak satupun yang mengenai permukaan
bongkah kayu.
BELON ORGANISASI
DURASI: 60 MINIT LOKASI : PERSEKITARAN TERBUKA
OBJEKTIF
Mewujudkan individu yang mempunyai persefahaman dalam mengendalikan tugas yang
melibatkan individu lain dalam organisasi. Supaya individu tahu walau dalam apa jua tugas
yang diamanahkan, ia berkaitan dengan semua individu lain di dalam sesebuah organisasi
itu.
TUJUAN
Menerapkan perasaan sabar dan berfikiran rasional dalam diri setiap peserta. Memupuk
semangat setiakawan dan melatih kemahiran komunikasi yang lebih berkesan di antara
ahli kumpulan.
PELAKSANAAN
Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua(2) kumpulan kecil. Seterusnya kumpulan kecil
ini memegang sebiji kerusi .Kedua-dua kumpulan kecil ini diikat dengan benang dan kedua-
dua kumpulan kecil ini juga akan di sambung ikatannya antara satu sama lain. Beberapa
biji belon yang berisi air diletakkan di atas kerusi yang dipegang. Setiap kumpulan
disyaratkan untuk tidak menyentuh belon tersebut dengan mana-mana anggota badan dan
perlu melalui laluan-laluan yang telah ditetapkan tanpa memutuskan benang atau
memecahkan belon.
VIET GAME
DURASI: 90 MINIT LOKASI : PERSEKITARAN TERBUKA
OBJEKTIF
Mencipta individu yang mampu menghadapi segala cabaran dalam hidup sama ada cabaran
fizikal, mental mahupun rohani.
TUJUAN
Aktiviti ini dibuat untuk membantu peserta menghadapi cabaran yang tidak berbahaya,
tidak memudaratkan dan tidak pernah difikirkan. Peserta akan diubah cara berfikir mereka
terhadap perkara yang negative kepada posotif seperti ketakutan, kejijikan atau kegelian
PELAKSANAAN
Setiap kumpulan akan menjejaki stesen-stesen berdasarkan panduan yang
diberikan.Setiap stesen, peserta akan menghadapi cabaran mental secara berkumpulan.
Terdapat dua cabaran bagi setiap stesen iaitu cabaran mental dan rohani.
MEREMPUH HALANGAN FIZIKAL
DURASI: 240 MINIT LOKASI : HUTAN SIMPAN GUNUNG NUANG
OBJEKTIF
Membentuk insan cemerlang yang mempunyai ketahanan mental, fizikal dan rohani yang
tinggi.
TUJUAN
Melatih peserta mengharungi keadaan yang mencabar dengan menempuhi laluan yang
berliku disamping mendekatkan peserta dengan keindahan alam semulajadi.
PELAKSANAAN
Peserta akan dibawa merentasi hutan melalui laluan yang telah disediakan dan dikawal
rapi oleh jurulatih dan fasilitator bertauliah sepanjang 2 km sehingga tiba di destinasi yang
ditetapkan untuk menjalankan aktiviti MINUM PAGI ORANG ASLI dan PUISI ALAM.Selepas
itu peserta akan kembali ke kem latihan dan akan diberikan rumusan tentang aktiviti yang
baru disempurnakan.
MINUM ORANG ASLI
DURASI: 30 MINIT LOKASI : PERSEKITARAN TERBUKA
OBJEKTIF
Melahirkan individu yang mudah bergaul dan memahami dengan budaya atau kaum lain
agar usaha mencari ilmu pengetahuan tidak terbatas.
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta tentang budaya pemakanan dan cara dalam etika
makan orang asli tempatan.
PELAKSANAAN
Setiap kumpulan akan diberi bahan masakan yang ditetapkan.Seterusnya peserta akan
diberikan dapur orang asli dan diajar bagaimana mengendalikan dapur tersebut.Akhir
sekali peserta akan menyiapkan hidangan masing-masing sebelum dihidangkan untuk
santapan.
PUISI ALAM
DURASI: 30 MINIT LOKASI : PERSEKITARAN TERBUKA
OBJEKTIF
Menjadikan seorang insan itu sebagai individu yang tahu bersyukur dengan segala perkara
dan keadaan yang ada di sekeliling.
TUJUAN
Aktiviti ini dilakukan untuk mengasah kepekaan peserta dalam menilai konsisi alam dan
mengaplikasikan ia dalam teknik pembelajaran sebenar bagi membantu peserta mencari
ilmu dengan lebih mudah.
PELAKSANAAN
Setiap peserta akan diberi sehelai kertas dan peserta diarahkan menulis apa sahaja yang
dilihat tentang keadaan alam di sekeliling. Seterusnya peserta akan mendeklamasikannya
dalam bentuk puisi.
“Strive your life with STRIVE” PERKHIDMATAN
KAMI MENYEDIAKAN
PENGINAPAN PESERTA (3 HARI 2 MALAM ATAU 2 HARI 1 MALAM)
MAKANAN PESERTA (12 KALI ATAU 6 KALI)
PENCERAMAH BERPENGALAMAN
JURULATIH BERTAULIAH
FASILITATOR BERKELAYAKAN
FASILITI PROGRAM
KELENGKAPAN DAN BAHAN SOKONGAN
KAIN RENTANG (BANNER) PROGRAM
SIJIL PENYERTAAN PESERTA
INSURANS KEMALANGAN
PENGINAPAN DAN MAKANAN PEGAWAI PENGIRING DISEDIAKAN
(SEORANG PEGAWAI PENGIRING BAGI SETIAP 20 PESERTA)
ANDA MENYEDIAKAN PESERTA TARIKH DICADANGKAN (20 HARI SEBELUM TARIKH PROGRAM) BAYARAN DEPOSIT (60% - 10 HARI SEBELUM TARIKH PROGRAM) BAKI BAYARAN ADALAH SEBELUM PROGRAM TAMAT
BAYARAN YANG DICADANGKAN
RM80.00 UNTUK SEORANG PESERTA (2 HARI 1 MALAM)
RM130.00 UNTUK SEORANG PESERTA (3 HARI 2 MALAM)
(PENGANGKUTAN JUGA BOLEH DISEDIAKAN DENGAN
BAYARAN TAMBAHAN)
“Kami tahu apa yang anda perlukan dalam sesebuah program yang
dikendalikan kerana kami juga seperti anda”