panduan skim pedagang diluluskan - customs.gov.my skim pedagang diluluskan... · pengimportan...
TRANSCRIPT
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
i Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
KANDUNGAN
PENGENALAN .......................................................................................................... 1
Cukai Barang dan Perkhidmatan secara Umum ..................................................... 1
OPERASI AM INDUSTRI ........................................................................................... 1
Skim Pedagang Diluluskan ..................................................................................... 1
PIHAK YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENYERTAI SPL ................ 2
SYARAT-SYARAT UNTUK KELULUSAN SPL ........................................................ 3
PENGIMPORTAN BARANG DI BAWAH SPL .......................................................... 6
PERKHIDMATAN YANG DIIMPORT ........................................................................ 6
LAYANAN KE ATAS BARANG YANG DIPEROLEH SECARA TEMPATAN OLEH
ORANG DILULUSKAN SPL ...................................................................................... 7
PEMBEKALAN BARANG KE PASARAN TEMPATAN OLEH ORANG
DILULUSKAN SPL .................................................................................................... 7
KHIDMAT MENYUMBER KELUAR (FARMING OUT) KEPADA SUB-
KONTRAKTOR OLEH ORANG DILULUSKAN SPL ................................................ 7
SISTEM PERAKAUNAN YANG BAIK ...................................................................... 8
TANGGUNGJAWAB ORANG DILULUSKAN SPL ................................................. 10
SOALAN-SOALAN LAZIM ...................................................................................... 11
Pembekalan barang ke pasaran tempatan oleh orang diluluskan SPL ................. 11
Tanggungjawab peserta SPL................................................................................ 12
MAKLUM BALAS DAN KOMEN ............................................................................. 13
BANTUAN DAN MAKLUMAT LANJUT .................................................................. 13
LAMPIRAN 1 .............................................................................................................. i
LAMPIRAN 2 ............................................................................................................. ii
LAMPIRAN 3 ............................................................................................................ iii
PINDAAN ................................................................................................................. 15
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
1 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
PENGENALAN
1. Panduan Industri ini disediakan untuk membantu peniaga memahami hal
yang berkaitan dengan layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan ke atas Skim
Pedagang Diluluskan (SPL).
Cukai Barang dan Perkhidmatan secara Umum
2. Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah cukai berperingkat bagi
penggunaan tempatan. CBP dikenakan ke atas semua pembekalan bercukai barang
dan perkhidmatan di Malaysia melainkan bagi pembekalan dikecualikan secara
khusus. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan ke
Malaysia.
3. Pembayaran cukai dibuat secara berperingkat oleh pengantara dalam proses
pengeluaran dan pengedaran. Walaupun cukai dibayar di sepanjang rantaian
pengeluaran dan pengedaran, namun hanya nilai tambah di setiap peringkat sahaja
akan dikenakan cukai dan ini mengelak dari berlakunya kesan cukai berganda.
4. Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 dikenali sebagai ”orang berdaftar”. Seorang orang berdaftar
dikehendaki mengenakan CBP (cukai output) ke atas pembekalan bercukai barang
dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggannya. Dia dibenarkan untuk
menuntut apa-apa CBP yang ditanggung bagi pembeliannya (cukai input) yang
merupakan input bagi perniagaannya. Oleh itu, cukai itu sendiri bukanlah kos
kepada pengantara dan tidak wujud sebagai perbelanjaan dalam penyata kewangan
mereka.
OPERASI AM INDUSTRI
Skim Pedagang Diluluskan
5. Pada asasnya, semua eksport adalah pada kadar sifar dan ini bermaksud
pengeksport tidak memungut cukai output ke atas pembekalan mereka. Semua
pengeksport semula yang besar akan mempunyai pembayaran balik cukai input
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
2 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
yang positif kerana mereka tidak mempunyai atau hanya mempunyai pungutan cukai
output yang minimum bagi membantu mereka mengimbangi CBP yang dibayar ke
atas pengimportan mereka. Keadaan ini akan menimbulkan masalah aliran tunai
kepada mereka kerana mereka perlu membayar CBP terlebih dahulu. Ole itu, satu
skim penggantungan pembayaran CBP di bawah Skim Pedagang Diluluskan (SPL)
diperkenalkan bagi meringankan masalah aliran tunai yang dihadapi oleh
pengimport yang kebanyakannya mengeksport semula sebahagian besar
pembekalan mereka.
6. Mana-mana orang kena cukai yang berdaftar di bawah SPL (dirujuk sebagai
“orang diluluskan SPL” selepas ini) akan dibenarkan untuk menggantung CBP
yang kena dibayar ke atas barang yang diimport pada masa pengimportan. CBP
yang kena dibayar ke atas semua barang yang diimport dalam satu tempoh bercukai
yang tertentu akan dijumlahkan dan diikrarkan dalam tempoh bercukai yang mana
pengimportan itu berlaku di ruang spesifik dalam penyata CBP. Orang diluluskan
SPL mestilah berada dalam tempoh bercukai bulanan.
7. Penggantungan pembayaran CBP hanya terpakai pada barang yang diimport
dan bukannya untuk pembekalan yang diperolehi dari pasaran tempatan.
Kebiasaannya, seseorang orang diluluskan SPL akan boleh mendapatkan
pembekalan dari pasaran tempatan atas terma kredit. Sebaliknya, dia boleh
memungut cukai output ke atas pembekalan yang dibuat ke pasaran tempatan bagi
mengimbanginya dengan pembayaran cukai input. Konsep SPL boleh diilustrasikan
seperti di Lampiran 1.
PIHAK YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENYERTAI SPL
8. Orang kena cukai berikut yang berdaftar di bawah seksyen 20 Akta CBP
adalah layak untuk memohon SPL tertakluk kepada kelulusan yang diberi oleh
JKDM.
(a) Semua syarikat yang beroperasi dalam Zon Perindustrian Bebas (ZIB)
di bawah perenggan 10(1)(b) Akta Zon Bebas 1990.
(b) Semua operator Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) yang dilesenkan
di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967.
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
3 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(c) Semua Pusat Perolehan Antarabangsa (PPA) dan Pusat Pengedaran
Serantau (PPS) yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia (MIDA).
(d) Pengilang-Pengilang Tol yang diluluskan di bawah Skim Pengilang Tol
Diluluskan (SPT).
(e) Tukang-tukang emas yang diluluskan di bawah Skim Tukang Emas
Diluluskan (STE).
(f) Syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan melebihi RM25 juta dan
membuat sekurang-kurangnya 80% pembekalan berkadar sifar.
(g) Mana-mana orang atau kelas orang yang ditentukan oleh Menteri.
SYARAT-SYARAT UNTUK KELULUSAN SPL
9. Seperti skim khas yang lain, SPL juga menetapkan syarat-syarat yang mana
mesti dipatuhi sepenuhnya oleh seseorang orang diluluskan SPL. Syarat-syarat
yang dikenakan di bawah SPL termasuk yang berikut:
(a) Seseorang peserta SPL hendaklah membuat pembekalan bercukai
secara keseluruhannya sahaja;
Seseorang orang berdaftar yang membuat pembekalan dikecualikan
atau sebahagian pembekalan dikecualikan adalah tidak layak untuk
menyertai SPL melainkan pembekalan dikecualikan itu adalah
pembekalan sampingan (incidental) kepada perniagaan utamanya (Sila
lihat Contoh 1 di bawah).
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
4 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh 1 Pembekalan dikecualikan sampingan (incidental) kepada
perniagaan utama.
Beberapa pembekalan dikecualikan seperti penyediaan apa-apa
pinjaman, pendahuluan atau kredit di antara orang yang mempunyai
hubungan, deposit wang, keluaran sekuriti hutang dsb, adalah dikira
sebagai pembekalan bercukai yang sampingan kepada aktiviti
perniagaan orang kena cukai jika orang tersebut tidak membuat apa-
apa pembekalan dikecualikan yang lain sebagaimana yang dinyatakan
di bawah Peraturan 40 Peraturan-peraturan CBP 2014. (Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk pembekalan dikecualikan sampingan).
(b) Seseorang peserta SPL mestilah mengakaunkan cukai dalam tempoh
bercukai bulanan;
Seseorang orang diluluskan SPL mestilah memfailkan penyata CBP
secara bulanan. Mana-mana orang berdaftar yang memfailkan penyata
selain daripada secara bulanan adalah tidak layak untuk SPL.
(c) Penghantaran penyata CBP secara elektronik;
Seseorang orang diluluskan SPL hendaklah memfailkan penyata CBP
bulanan secara elektronik (E-filing).
(d) Pengimportan barang mestilah diisytihar secara elektronik;
ABC Sdn. Bhd.
(syarikat induk)
Pasaran di
luar Negara
XYZ Sdn. Bhd.
(anak syarikat ABC Sdn. Bhd.)
Pasaran
Tempatan
Jualan tempatan (20%) Memberi
pinjaman modal
dalaman
orang yang
didaftarkan
secara
berkumpulan
Eksport (80%)
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
5 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Barang yang diimport mestilah diisytihar secara elektronik dan atas
nama orang diluluskan SPL. Walau bagaimanapun, ejen penghantaran
yang diberi kuasa boleh melepaskan barang dari kawalan kastam bagi
pihak orang diluluskan SPL tetapi orang diluluskan SPL berkenaan
mestilah menandatangani borang import/ eksport dan masih
bertanggungan ke atas segala cukai atau duti yang kena dibayar atau
yang mana ia bertanggungan.
(e) Seseorang orang diluluskan SPL mestilah mempunyai rekod
pematuhan yang baik sebagai pembayar CBP;
Seseorang orang diluluskan SPL mestilah mematuhi dan menjalankan
semua tanggungjawab yang berkaitan dengan tanggungannya untuk
mengakaun dan membayar cukai sebagaimana yang ditetapkan di
bawah Akta. Seorang orang berdaftar yang telah disenaraihitam di
bawah mana-mana perundangan yang ditadbir oleh JKDM tidak akan
dipertimbangkan untuk status SPL.
(f) Seseorang orang diluluskan SPL mestilah mempunyai sistem
perakaunan yang baik;
Perakaunan yang baik oleh orang diluluskan SPL ada diterangkan
dalam perenggan 16 di bawah.
(g) Mengemukakan jaminan;
Dalam keadaan yang tertentu, seseorang orang diluluskan SPL boleh
dikehendaki oleh Ketua Pengarah Kastam untuk mengemukakan
jaminan, sama ada dalam bentuk jaminan bank atau bon atau
campuran kedua-duanya bagi tujuan perlindungan hasil.
(h) Syarat-syarat lain
Ketua Pengarah Kastam boleh mengenakan syarat-syarat tambahan
atau meminda mana-mana syarat dari semasa ke semasa apabila
difikirkan patut olehnya untuk berbuat demikian. Syarat-syarat yang
ditetapkan di sini tidak mengatasi atau membatalkan syarat-syarat lain
yang dikenakan kepada seseorang orang diluluskan SPL di bawah
skim GPB, ZIB, PPS dan PPA masing-masing. Ketua Pengarah
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
6 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Kastam juga mempunyai kuasa untuk menolak mana-mana
permohonan SPL, mengkaji semula atau menarik balik mana-mana
kelulusan yang telah diberi kepada seseorang peserta SPL pada bila-
bila masa tanpa memberi sebab atau notis awalan bagi tujuan
perlindungan hasil.
PENGIMPORTAN BARANG DI BAWAH SPL
10. Secara amnya semua barang yang diimport akan tertakluk kepada CBP. Di
bawah SPL, peserta adalah dibenarkan untuk menggantung pembayaran CBP ke
atas pengimportan barang. Dalam kes ini, pengimport hanya perlu untuk
mengisytiharkan barang di tempat pengimportan sebelum ianya dibawa keluar
daripada kawalan kastam.
11. Jumlah penggantungan pembayaran CBP untuk semua barang yang diimport
pada sesuatu bulan tertentu perlu diisytiharkan oleh pengimport di bawah skim ini
dengan mengisytiharkan jumlah berkenaan dalam ruang tertentu dalam penyata
CBP untuk bulan tersebut (bulan yang berkaitan dengan penggantungan). Penyata
tersebut hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya.
(Sila lihat Contoh 2 di bawah).
Contoh 2
ABC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengilangan yang diluluskan di bawah
SPL. Pada bulan Januari 2016 ia telah mengimport bahan mentah dengan
jumlah CIF RM100,000. Jumlah CBP yang digantung pembayarannya adalah
RM6,000 (RM100,000 X 6%). Sebagai orang yang diluluskan di bawah SPL,
ABC perlu mengisytiharkan jumlah CBP yang telah digantung iaitu RM6,000
dalam penyata CBP bagi bulan Januari 2016.
PERKHIDMATAN YANG DIIMPORT
12. Oleh kerana semua orang diluluskan SPL merupakan orang kena cukai dan
hanya membuat pembekalan bercukai secara keseluruhan sahaja, CBP yang
dikenakan ke atas perkhidmatan yang diimport boleh diselaraskan dengan kredit
cukai input yang disifatkan.
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
7 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
LAYANAN KE ATAS BARANG YANG DIPEROLEH SECARA TEMPATAN OLEH
ORANG DILULUSKAN SPL
13. Apa-apa barang yang diperoleh di pasaran tempatan adalah di luar skop SPL
dan dengan itu peraturan CBP yang lazim adalah terpakai. Ini bermakna CBP perlu
dibayar terlebih dahulu dan dituntut sebagai kredit cukai input. Layanan yang sama
terpakai walaupun barang atau bahan mentah dibeli daripada peserta SPL lain
seperti sebuah syarikat yang beroperasi di dalam zon perindustrian bebas. Walau
bagaimanapun, jika peserta SPL membeli barang daripada sebuah gudang
berlesen, pembayaran CBP ke atas barang yang diimport itu adalah digantung.
PEMBEKALAN BARANG KE PASARAN TEMPATAN OLEH ORANG
DILULUSKAN SPL
14. Apa-apa barang, sama ada dalam bentuk bahan mentah atau barang siap,
yang dibekalkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara sekali pun ke pasaran
tempatan adalah pembekalan bercukai. Seseorang peserta SPL hendaklah
mengakaunkan CBP ke atas pembekalan yang dibuat ke pasaran tempatan dengan
mengeluarkan invois cukai. Bagi mereka yang mempunyai lesen Gudang
Pengilangan Berlesen (GPB) atau mereka yang beroperasi dalam Zon
Perindustrian Bebas (ZIB), sila rujuk Panduan GPB/FIZ.
KHIDMAT MENYUMBER KELUAR (FARMING OUT) KEPADA SUB-
KONTRAKTOR OLEH ORANG DILULUSKAN SPL
15. Menyumber keluar tidak memindahkan hak milik barang kepada sub-
kontraktor. Oleh yang demikian, ia bukanlah satu pembekalan barang dan peserta
SPL tidak perlu mengakaunkan cukai output ke atas bahan mentah tersebut. Walau
bagaimanapun, jika sub-kontraktor berkenaan adalah orang berdaftar di bawah
CBP, dia perlu mengakaunkan CBP ke atas nilai perkhidmatan yang dibekalkannya
kepada orang diluluskan SPL (Sila lihat Contoh 3 di bawah).
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
8 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Contoh 3
CBP diakaunkan seperti berikut:
(i) ABC Sdn. Bhd. akan mengeluarkan invois biasa atau pesanan
penghantaran kepada XYZ Sdn. Bhd. dan tiada CBP dikenakan.
(ii) XYZ Sdn. Bhd. akan mengeluarkan invois cukai kepada ABC Sdn. Bhd.
apabila barang siap (diproses) dikembalikan kepada ABC Sdn. Bhd.,
dan XYZ Sdn. Bhd. perlu mengakaunkan cukai output sebanyak
RM900 (RM15,000 x 6%) ke atas upah kerja.
(iii) ABC Sdn. Bhd. boleh menuntut RM900 (CBP) yang dibayar kepada
XYZ Sdn. Bhd. sebagai kredit cukai inputnya.
(iv) Jika XYZ Sdn. Bhd. adalah orang tidak berdaftar di bawah CBP, tiada
CBP dikenakan ke atas upah kerja itu.
SISTEM PERAKAUNAN YANG BAIK
16. Seorang orang diluluskan SPL perlu menyelenggarakan satu sistem
perakaunan yang baik yang meliputi keperluan-keperluan berikut:
(a) Semasa membuat permohonan
ABC SDN. BHD. (orang berdaftar dengan
status SPL)
XYZ SDN. BHD. (orang berdaftar CBP)
“Farmed out” (bahan mentah
bernilai RM100,000)
Dikembalikan
(barang siap) dan RM15,000
untuk upah kerja
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
9 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(i) Rekod perakaunan hendaklah disimpan mengikut prinsip-prinsip
Amalan Perakaunan Yang Lazim yang diterimapakai di
Malaysia. Dokumen asal yang mencukupi dan rekod teratur
mengenai nilai pengimportan, pengeksportan, jualan tempatan
perlu disimpan sekurang-kurangnya bagi 2 tahun kewangan
kebelakangan yang terdekat dari tarikh permohonan. (Sila lihat
Contoh 4 di bawah). Syarat ini boleh dikecualikan bagi syarikat-
syarikat yang baru ditubuhkan atas budibicara KPK sebelum
kelulusan. Tetapi, bagi perniagaan yang baru dimulakan satu
unjuran ke atas pembekalan bagi tempoh 24 bulan selanjutnya
dari tarikh permohonan hendaklah disertakan dengan
menyatakan dengan jelas asas bagi unjuran yang dibuat;
Contoh 4
- Tahun kewangan berakhir pada 31hb Mac 2016
- Tarikh permohonan adalah pada 20hb Februari 2016
- 2 tempoh penyimpanan rekod-rekod yang berkaitan adalah
tahun-tahun kewangan yang berakhir pada 31hb Mac 2014
dan 31hb Mac 2015.
(ii) Akaun-akaun yang disediakan oleh pemohon mestilah
mempunyai jejak audit yang baik. Ketua Pengarah Kastam boleh
memeriksa akaun-akaun berkaitan sebelum satu kelulusan
diberi di bawah SPL.
(b) Semasa tempoh sahlaku kelulusan SPL:
(i) Orang diluluskan SPL mestilah pada setiap masa
menyelenggarakan rekod dengan teratur berkaitan nilai import,
eksport dan jualan tempatan serta inventori bahan mentah,
kuantiti barang masih dalam proses (“work-in-progress”) dan
jumlah pembekalan yang telah dibuat. Semua dokumen
berkaitan dengan pengimportan, pengeksportan, pengeluaran
barang dan jualan tempatan, seperti borang-borang import dan
eksport, invois, pesanan penghantaran, nota kredit dan debit
dan resit hendaklah disimpan dengan baik dan difailkan secara
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
10 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
teratur bagi suatu tempoh tidak kurang dari 7 tahun seperti mana
diperuntukkan di bawah perundangan CBP;
(ii) Orang diluluskan SPL perlu mengemukakan penyata bulanan ke
atas maklumat import termasuklah amaun CBP yang digantung
kepada JKDM;
(iii) Mesti juga ada jejak audit yang baik dan juruaudit luar dapat
memberi laporan pengesahan yang positif ke atas akaun
tahunan dan semua angka perniagaan adalah adil dan tepat;
dan
(iv) Orang diluluskan SPL hendaklah mengemukakan penyata
akaun, laporan dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan
apabila diminta oleh JKDM.
TANGGUNGJAWAB ORANG DILULUSKAN SPL
17. Tanggungjawab orang diluluskan SPL adalah seperti berikut:
(a) Orang diluluskan SPL mesti mempunyai rekod pematuhan yang baik
atas segala urusan dengan JKDM. Pematuhan yang baik hendaklah
sentiasa dikekalkan sepanjang masa. Jika dia melanggari mana-mana
perundangan yang ditadbir oleh JKDM, kelulusan SPL orang diluluskan
boleh dibatalkan. Apa-apa pengingkaran syarat boleh menyebabkan
penggantungan atau pembatalan kelulusan di bawah peraturan 90
Peraturan-Peraturan CBP 2014 oleh Ketua Pengarah;
(b) Orang diluluskan SPL hendaklah menyelenggara satu sistem
perakaunan yang baik;
(c) Orang diluluskan SPL tidak boleh membuat pembekalan dikecualikan
melainkan pembekalan dikecualikan itu adalah sampingan kepada
perniagaan utamanya;
(d) Jika pengimportan dan pengeksportan barang orang diluluskan SPL
adalah dikendalikan oleh ejen yang diberi kuasa, semua borang import
dan eksport hendaklah ditandatangani oleh orang diluluskan SPL;
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
11 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(e) Orang diluluskan SPL tidak boleh menggunakan status SPL nya untuk
mengimport barang bagi pihak pengimport lain;
(f) Orang diluluskan SPL bertanggungjawab dan bertanggungan ke atas
pembayaran CBP yang digantung bagi barang yang diimport olehnya,
termasuk yang dikendalikan oleh ejen penghantarannya;
(g) Orang diluluskan SPL hendaklah mengeluarkan surat kuasa kepada
ejen penghantaran yang dilantik olehnya dan menyimpan satu rekod
terhadap mereka; dan
(h) Orang diluluskan SPL hendaklah dengan serta merta memaklumkan
JKDM terhadap mana-mana perubahan maklumat yang telah
dikemukakan kepada JKDM di bawah SPL.
SOALAN-SOALAN LAZIM
Pembekalan barang ke pasaran tempatan oleh orang diluluskan SPL
S1. Jika saya membekal bahan mentah atau barang siap kepada seorang
orang diluluskan SPL lain, adakah saya masih perlu mengakaunkan
cukai output?
J1. Ya, pembekalan yang dibuat kepada seorang orang diluluskan SPL yang lain,
tidak kira sama ada pembeli adalah seorang operator dalam zon perindustrian
bebas, IPC atau RDC, adalah pembekalan bercukai. Anda hendaklah
mengakaunkan cukai output yang dikenakan ke atas pembekalan tersebut
dengan mengeluarkan invois cukai.
S2. Saya adalah seorang operator dalam zon perindustrian bebas di bawah
SPL dan jika saya meminjamkan sejumlah bahan mentah kepada
seorang operator lain di dalam zon perindustrian bebas bagi
kegunaannya yang mendesak, adakah saya perlu mengakaunkan cukai
output?
J2. Ya, kerana anda dikira sebagai membuat pembekalan barang sebab bahan
mentah yang kemudiannya diganti semula oleh operator lain dalam zon
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
12 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
perindustrian bebas itu bukan bahan mentah yang sama dengan yang anda
telah pinjamkan kepadanya. Oleh itu, ia adalah pembekalan bercukai.
S3. Jika saya adalah orang berdaftar dalam satu kumpulan, adakah saya
perlu memohon kelulusan SPL secara berasingan bagi setiap ahli
bersekutu?
J3. Ya, setiap ahli bersekutu perlu memohon kelulusan SPL secara berasingan
dan mestilah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki.
S4. Jika saya membekal barang kepada ahli dalam satu kumpulan, adakah
saya perlu mengakaunkan cukai output ke atas pembekalan tersebut?
J4. Tidak, pembekalan yang dibuat antara ahli-ahli yang didaftarkan sebagai satu
kumpulan di bawah CBP adalah tidak diambilkira. Walau bagaimanapun,
barang yang diimport di bawah SPL tidak dibenarkan untuk dibekalkan
kepada mana-mana ahli dalam kumpulan melainkan orang diluluskan SPL
mempunyai status IPC atau RDC. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
kepada Panduan Pendaftaran.
Tanggungjawab peserta SPL
S5. Apabila saya berhenti menjadi orang berdaftar CBP atau sebagai orang
diluluskan SPL, adakah saya perlu mengakaunkan cukai output ke atas
harta modal / saham dalam pegangan?
J5. Dalam kedua-dua keadaan di atas, semua barang yang diimport, termasuk
harta modal dan stok yang dipegang pada tarikh kuatkuasa, adalah disifatkan
sebagai pembekalan bercukai pada tarikh kuatkuasa penamatan dan anda
mestilah mengakaunkan cukai output ke atas barang tersebut.
S6. Bolehkah saya memindahkan status SPL saya kepada orang lain jika
saya memutuskan untuk menjual perniagaan saya kepadanya?
J6. Kelulusan yang diberi di bawah SPL tidak boleh dipindahkan dalam apa-apa
keadaan pun. Pembeli perniagaan itu hendaklah memohon status SPL nya
sendiri jika dia boleh memenuhi semua syarat yang ditetapkan di bawah SPL.
S7. Berapa lama tempoh sahlaku sesuatu kelulusan SPL dan bilakah saya
perlu membaharuinya?
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
13 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
J7. Tempoh sahlaku kelulusan bagi status SPL adalah untuk setiap dua tahun
atau lebih singkat, mengikut mana-mana kes yang berkenaan, dan
permohonan untuk membaharuinya hendaklah dibuat dalam tempoh enam
bulan sebelum hari terakhir bagi setiap tempoh kelulusan.
S8. Apakah akan terjadi kepada barang yang masih dalam pegangan apabila
status SPL saya dibatalkan?
J8. Jika anda masih lagi berdaftar di bawah CBP, peraturan yang lazim terpakai
bagi semua barang dalam pegangan, iaitu mengakaunkan cukai output jika
pembekalan berlaku.
S9. Sebagai orang yang diluluskan di bawah SPL, adakah saya perlu
mengemukakan apa-apa laporan kepada pejabat CBP?
J9. Ya, anda dikehendaki menyediakan penyata bulanan dikenali sebagai
Lampiran B – 0 P.T. GST Bil 2B (rujuk kepada Lampiran 2) dan menghantar
penyata itu ke pejabat CBP (stesen mengawal) dalam tempoh 15 hari selepas
daripada tamatnya tempoh bercukai anda termasuklah tempoh bercukai
diubah (varied taxable period). Jika anda adalah di bawah kategori “mana-
mana orang yang mempunyai perolehan tahunan melebihi RM25 juta dan
sekurang-kurangnya 80% pembekalan yang dibuat adalah berkadar sifar”,
suatu penyata bulanan yang lain perlu disediakan dikenali sebagai Lampiran
A1 (rujuk kepada Lampiran 3). Penyata ini tidak dikehendaki untuk dihantar
tetapi mestilah disediakan untuk audit oleh mana-mana pegawai CBP, pada
bila-bila masa sebagaimana dikehendaki. Format Lampiran B – 0 P.T. GST
Bil 2B dan Lampiran A1 boleh dimuat turun dari GST portal.
MAKLUM BALAS DAN KOMEN
18. Sebarang maklum balas atau komen adalah sangat dihargai. Sila emel
maklum balas atau komen anda ke [email protected].
BANTUAN DAN MAKLUMAT LANJUT
19. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada:
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
14 Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(a) Laman sesawang CBP: www.gst.customs.gov.my
(b) Hotline CBP: 03-88822111
(c) Pusat Panggilan Kastam:
Tel : 03-78067200/ 1-300-888-500
Faks : 03-78067599
E-mel : [email protected]
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
i Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
LAMPIRAN 1
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
ii Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
LAMPIRAN 2 PENYATA BULANAN BAGI PERGERAKAN BARANG YANG DIIMPORT
DI BAWAH SKIM PEDAGANG DILULUSKAN (SPL) Bil.
Tarikh Pengimportan
No. Borang Kastam 1
Kuantiti Diimport
Nilai Barang Diimport
Amaun GST digantung
Catatan
JUMLAH
LAMPIRAN B LAMPIRAN B – 0 P.T. GST BIL.2B
Nama Syarikat: Alamat Syarikat: No. GST: No.SPL:
Saya mengaku bahawa maklumat-maklumat yang diberi di atas adalah benar dan betul
Tandatangan: Nama: No.Kad Pengenalan: Jawatan: Cop Syarikat:
ni/SPL_ Import_syarikat/19.3.14
PANDUAN SKIM PEDAGANG DILULUSKAN
Sehingga 24 JULAI 2015
iii Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
LAMPIRAN 3 PENYATA BULANAN BAGI PEMBEKALAN BARANG SIAP BAGI SYARIKAT
SELAIN GPB/FIZ/IPC/RDC/AJS/ATMS Nama Barang siap (a)
Pengeluaran Eksport Pembekalan tempatan bagi barang
berkadar sifar
Baki stok barang siap
(m )=
(d) – (f) –(j)
Jumlah stok permulaan barang siap
(b)
Jumlah Keluaran Semasa
(c)
Jumlah barang Siap
(d)
No. Borang Kastam 2
(e)
Kuantiti
(f)
Nilai (RM) (g)
Peratus eksport
(h)= f)/(d) X 100%
Tarikh Jualan/ No.Invois Jualan
(i)
Kuantiti
(j)
Nilai Jualan (RM)
(k)
Peratus Jualan
(l) = (j)/(d)
X100%
Jumlah
LAMPIRAN A1
Nama Syarikat: Alamat Syarikat: No. GST: No.SPL:
Saya mengaku bahawa maklumat-maklumat yang diberi di atas adalah benar dan betul Tandatangan: Nama: No.Kad Pengenalan: Jawatan: Cop Syarikat:
ni/25_80/19.3.14
Penyata ini hanya untuk tujuan audit dan perlu dikemukakan apabila dikehendaki