panduan penyediaan gambar kad matrik …intake.utm.my/semakan/docs/ephoto/guidelines for utm...baju...
TRANSCRIPT
PANDUAN PENYEDIAAN GAMBAR KAD MATRIK UTM
*Gambar yang dimuat naik adalah gambar yang akan digunakan untuk urusan rasmi di Universiti sepanjang tempoh pengajian mahasiswa* Syarat& Peraturan Muat Naik Gambar Mahasiswa
1. Spesifikasi gambar kad matrik :-
i. Saiz gambar - ukuran gambar passport
ii. Format imej - JPEG
iii. Saiz imej - 70kB hingga 100kB (Sekiranya saiz imej melebihi 100kB, sila lihat
panduan dimuka surat seterusnya)
iv. Latar belakang gambar - putih (seperti gambar passport/ VISA)
*Pengambilan gambar di studio adalah digalakkan untuk mendapatkan
kualiti gambar yang lebih baik.
2. Sahsiah rupa diri mahasiswa :-
a. Lelaki
i. Berbaju kemeja atau T-shirt berkolar.
ii. Berambut pendek dan kemas, tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut
tidak keterlaluan dan bersesuaian.
iii. Tidak dibenarkan memakai songkok, kopiah, serban dan seumpamanya.
b. Perempuan
i. Berbaju kurung, kebaya labuh, kebarung atau pakaian etnik masing-masing
yang sesuai, kemas dan sopan.
ii. Mahasiswa Islam digalakkan bertudung tetapi tidak menutup sebahagian
muka (berpurdah).
3. Gambar yang dimuatnaik tidak mengikut sahsiah rupa diri mahasiswa TIDAK AKAN
DITERIMA untuk cetakan.
4. Contoh gambar yang DITERIMA :-
5. Contoh gambar yang TIDAK DITERIMA :-
Posisi Mengiring
Baju Tidak Berkolar
Menutup
sebahagian muka
Menutup
sebahagian muka
6. Muka surat seterusnya adalah antara sebab-sebab gambar TIDAK DITERIMA dan
Panduan Mengecilkan Saiz Imej.
Contoh gambar yang TIDAK DITERIMA untuk Kad Matrik Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
1) Latar Belakang Gambar BUKAN PUTIH
2) Saiz wajah terlalu kecil / saiz imej terlalu kecil atau tidak mengikut standard
3) Gambar berbingkai (frame)
4) Gambar bertulisan/ bergarisan di tepi gambar/ kabur /tidak tegak
5) Gambar selfie yang ketara
Contoh Cara Mengecilkan Size Imej
1. Search di GOOGLE “resize picture”
2. Antara URL http://www.picresize.com
3. Cari gambar yang dipilih dengan klik pada BROWSE
4. Kemudian klik CONTINUE
5. Klik CROP SELECTION
4. Resize gambar kepada saiz yang dipilih (%)
5. Pilih NONE pada choose special effect.
6. Pilih JPG pada Image Format dan taip 100 pada Max Files Size,
7. Kemudian klik I’m Done, Resize My Picture
8. Semak saiz dan rupa bentuk gambar dengan klik VIEW IMAGE
9. Simpan gambar dengan klik SAVE TO DISK
10. Gambar sedia untuk di muat naik ke smartcard online
Bahagian Pengurusan Organisasi
Pejabat Pendaftar
Kemakini 30 Julai 2015