oumm3203 professional ethics

23
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS ASSIGNMENT TITLE Name:DARMA BINTI RAMLI Matric number:700227135688001 NRIC:700227-13-5688 Telephone number:012-4583359 E-mail address:[email protected] Tutor’s name:Tutor’s online Learning Centre: SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE

Upload: kacie-hernandez

Post on 18-Jul-2016

890 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

oum jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: OUMM3203 Professional Ethics

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

ASSIGNMENT TITLE

Name:DARMA BINTI RAMLI

Matric number:700227135688001

NRIC:700227-13-5688

Telephone number:012-4583359

E-mail address:[email protected]

Tutor’s name:Tutor’s online

Learning Centre: SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE

MEI 2014 Semester

Page 2: OUMM3203 Professional Ethics

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN……………………………………………………….. 1,2

factor yang membentuk etika individu,……………………………… 3,4

Tiga Faktor yang Membentuk Etika Individu……………………… 5,6,7,8

Undang-undang Sebagai Panduan untuk Pilihan Moral…………… 9,10,11

KESIMPULAN…………………………………………………….. 12

RUJUKAN………………………………………………………….. 13

Page 3: OUMM3203 Professional Ethics

PENGENALAN.

Pembentukan etika membawa makna sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh

diterima dari segi akhlak.Sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa

untuk setiap individu. Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang

individu itu sendiri.  Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang

berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang

dilakukan.  Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh

diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang individu.  Secara umumnya

etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada

makna sesuatu tindakan.  Etika tidak bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi

merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan

tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

 Daripada sudut bahasa, etika atau ’ethics’ bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah

laku sesuatu golongan.  White (1993) mendefinisikan etika sebagai salah satu cabang falsafah

yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia.  Falsafah

etika adalah berbeza daripada undang-undang keagamaan dan budaya.  Pendekatan secara

peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui rasional yang

dilihat kepada kehidupan manusia.  Menurut Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripada

bahasa Greek kuno iaitu ethos yang bermaksud ”falsafah moral”.  Etika merupakan salah satu

cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik.  Liputan etika

adalah lebih luas daripada menganalisis apa yang betul dan salah.  Salah satu aspek utama etika

ialah ”kehidupan baik”, iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan.  Pencarian summum

bonum atau ”kebaikan yang terbaik” merupakan salah satu isu utama dalam etika.  Tindakan

yang betul akan membuahkan kebaikan yang terbaik, manakala tindakan yang tidak bermoral

akan mengakibatkan hasil yang sebaliknya.

1.

Page 4: OUMM3203 Professional Ethics

Etika boleh juga didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral, iaitu sesuatu yang

dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik ataupun buruk

(Ahmad Khamis, 1999).  Berdasarkan definisi etika yang telah dibincangkan, etika berkaitan

dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan,

tanggungjawab, keadilan dan sebagainya.  Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa etika ialah

prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab untuk menentukan tindakan yang diambil

oleh seseorang individu itu boleh diterima daripada segi moral atau sebaliknya.  Setiap individu

perlu mempunyai etika yang boleh diterima oleh setiap anggota masyarakat di sekelilingnya. 

Individu yang tidak mempunyai etika yang seimbang akan membawa kepada konflik sosial

seperti rasuah, pecah amanah, tidak bertanggungjawab, cuai dalam tugas dan sebagainya.

Sementara Etika Profesional pula digunakan untuk menilai prinsip,moral untuk sesuatu

kumpulan yang direka atau dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan

sesuatu tugas atau penggunaan sumbar yang ada untuk membuat keputusan ataupun bertindak

mengikut etika yang ditentukan. Etika Profesional juga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan dan

kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan ilmu, latihan dan

kepakaran.  Etika professional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang

profesional.  Menurut Mohd Janib Johari (2001), etika profesional merupakan satu alat kawalan

sosial terhadap golongan profesional yang membolehkan organisasi dan masyarakat mengawasi

dan menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.  Secara ringkasnya, etika profesional

boleh disimpulkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional

dan nilai.

Dalam sesuatu profesion, etika profesional dijadikan sebagai panduan oleh setiap kakitangan

dalam melakukan tugasan yang mereka pikul.  Etika tersebut perlu dipatuhi untuk mengelakkan

sebarang masalah atau konflik sosial seperti jenayah ketika menjalankan tanggungjawab.

Kesimpulannya, etika profesional ialah satu garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan

tahap disiplin, kualiti dan produktiviti seseorang kakitangan dalam sesebuah organisasi.

2.

  Etika profesional memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan,

peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.  Prinsip etika ini perlu

Page 5: OUMM3203 Professional Ethics

difahami dan diaplikasikan oleh setiap anggota masyarakat dalam apa juga perkara yang

dilakukan.

factor yang membentuk etika individu,

1. Pengaruh keluarga  – Kanak-kanak seringkali mencontohi atau mengikut etika dari

kelakuan ibu bapa mereka.Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang baik,maka

kanak-kanak tersebut akan mempunyai etika atau kelakuan yang baik.Begitu juga

sebaliknya ,sekiranya ibu bapa menunjukkan etika yang tidak baik,maka kelakuan tersebut

akan menjadi ikutan kanak-kanak tersebut.Semua agama di dunia ini menggesa ibu bapa

menjaga nilai etika mereka supaya mampu melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan

mempunyai etika yang baik.

2. Pengaruh rakan  – Pengaruh rakan merupakan faktor yang kuat mempengaruhi etika

seseorang. Ada orang berkata; untuk melihat perwatakkan dan peribadi seseorang, kita

hanya perlu melihat perwatakkan rakan mereka.Sekiranya kita berkawan dengan golongan

orang yang baik maka baiklah etika kita .Tetapi sekiranya kita berkawan dengan golongan

yang tidak baik maka kita akan terikut-ikut semua perbuatan yang tidak baik tersebut.Oleh

itu diingatkan jika mamilih kawan,pilihlah yang berhati mulia serta boleh membawa kita

kearah kebaikan.

3. Pengalaman hidup  – Banyak peristiwa penting, sama ada  positif atau negatif,

bergantung kepada pengalaman hidup seseorang. Sekiranya perbuatan mencuri yang

dilakukan tidak mendapat tentangan atau hukuman, maka seseorang akan beranggapan

kegiatan mencuri tidak menjadi satu kesalahan dan sebaliknya.Tetapi sekiranya seseorang

dihukum kerana mencuri,maka mereka mengetahui bahawa mencuri adalah satu

kesalahan.

3.

4. Nilai peribadi dan prinsip moral  – Nilai dan prinsip moral juga dipengaruhi oleh

kedudukan seseorang.Seseorang yang terlalu mementingkan kejayaan pangkat dan

kewangan sering kali bertindak berdasarkan keuntungan tanpa mengira kesannya terhadap

Page 6: OUMM3203 Professional Ethics

orang lain.Begitu juga sekiranya seseorang terlalu mementingkan keluarganya pula akan

mempunyai etika yang berlainan.

5. Faktor keadaan – Faktor keadaan juga boleh mempengaruhi tindakan seseorang yang

keadaan boleh menyebabkan seseorang melanggar etika tersebut. Contohnya seorang ahli

perniagaan boleh bertindak mengubah keuntungan perniagaan untuk mengurangkan cukai

yang akan dikenakan.

4.

Tiga Faktor yang Membentuk Etika Individu

Page 7: OUMM3203 Professional Ethics

Faktor-faktor seperti pengaruh keluarga, pengaruh rakan dan pengalaman hidup merupakan

beberapa faktor yang utama dalam membentuk etika individu.  Faktor-faktor tersebut akan

dibincangkan di bawah.

 Pengaruh Keluarga

Ahli-ahli keluarga merupakan sekumpulan individu yang paling hampir dengan kanak-kanak

semasa mereka membesar.  Ibu bapa dalam sesebuah keluarga mempunyai pengaruh yang besar

terhadap pembentukan etika kanak-kanak.  Segala kelakuan dan perbuatan yang diamalkan oleh

ahli-ahli keluarga terutamanya ibu bapa akan ditiru dan diamalkan oleh kanak-kanak.  Oleh itu,

sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang positif, maka kanak-kanak tersebut akan

meniru dan mengamalkan etika positif tersebut dalam kehidupan mereka.  Ibu bapa yang

mengamalkan gaya hidup yang bersih, sihat serta menghormati orang lain akan turut

mempengaruhi etika anak-anaknya.  Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa seperti ini akan

membesar menjadi individu yang beretika, menghormati orang lain dan menjadi seorang

warganegara yang berguna.

Tetapi sekiranya ibu bapa kanak-kanak tersebut menunjukkan etika yang negatif, maka

kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan membesar dengan perilaku dan etika yang

negatif. 

1.Contohnya,

seorang bapa yang melakukan penderaan fizikal terhadap anak-anaknya boleh mendatangkan

kesan negatif ke atas fizikal dan psikologi mereka.  Isu penderaan ialah suatu isu yang berkaitan

dengan salah laku jenayah yang boleh menyebabkan seseorang menerima akibat atau kesan

buruk daripada penderaan.  Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan akan mengalami

trauma yang berpanjangan dan akan mempengaruhi hidupnya sehingga dewasa.

5

Apabila individu tersebut berkeluarga dan mempunyai anak, besar kemungkinan dia juga akan

menjadi seorang pendera.  Oleh itu, ibu bapa sepatutnya menjadi seorang idola dan contoh

terbaik kepada anak-anaknya dengan mengamalkan perilaku yang beretika.

Page 8: OUMM3203 Professional Ethics

2. Contohnya

Asuhan dan cara didikan ibu bapa terhadap kanak-kanak juga mempengaruhi pembentukan etika

mereka.  Ibu bapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan mewujudkan individu yang

begitu taat kepada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkah laku mereka.  Sebaliknya, ibu bapa

yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-santun, tidak

bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari.  Ibu bapa yang mengamalkan cara demokrasi dan

membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat

anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka

mempunyai keyakinan diri yang tinggi.  Kanak-kanak yang membesar dalam suasana yang

kondusif akan menjadi seorang individu yang aktif, cerdas dan lebih bersopan santun.

3.Contohnya

Corak kehidupan ibu bapa juga dapat mempengaruhi etika anak-anak,dimana sekiranya ibu bapa

tersebut mengamalkan cara kehidupan yang bersederhana dan taat kepada perintah tuhan,

berakhlak mulia serta sentiasa berbuat baik sesama manusia.Maka jika anak-anak tersebut

dewasa mereka juga akan mengamalkan cara kehidupan yang telah diterapkan oleh ibu bapa

mereka

 Pengaruh Rakan

Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses pembentukan etika dalam

diri individu.  Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. 

Apabia mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang lebih

berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka.  Oleh kerana keperluan untuk diterima

oleh kumpulan rakan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma

dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpuan tertentu.  Ini boleh membawa sama ada kesan positif

ataupun negatif. 

6.

1. Contohnya,

Page 9: OUMM3203 Professional Ethics

sekiranya rakan-rakan dalam sesebuah kumpulan rakan sebaya tersebut mempunyai standard

etika yang tinggi seperti mementingkan disiplin diri dan pelajaran maka besar kemungkinan

individu-individu dalam kumpulan tersebut juga akan menerima standard etika tersebut.

Tetapi pengaruh rakan sebaya juga kadang kala mewujudkan keadaan yang tidak menyenangkan

seperti vandalisme.  Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme.  Golongan remaja

biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.  Pengaruh rakan sebaya

akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan

menghadapi masalah keluarga.  Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme

merupakan remaja dalam kumpulan.  Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul

maka timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

2.Contohnya.

Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan

sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri.  Kumpulan ini

mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.  Mereka akan membuat sesuatu di luar jangkaan

untuk menarik perhatian orang lain.  Kemunculan golongan rendah moral dan tidak

bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme dalam kalangan remaja seperti Black

Metal sudah cukup memberi cabaran kepada ibu bapa, guru-guru, kerajaan dan masyarakat untuk

membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya sihat.  Kesimpulannya,

pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap, tingkah laku dan etika individu terutamanya

mereka yang berasal daripada keluarga bermasalah dan tercicir dalam pelajaran.

3.Contohnya,

Pengaruh rakan sebaya cukup hebat dan sangat membimbangkan dewasa ini.Ini kerana sekiranya

rakan mereka bermasalah,maka secara langsung akan melibat orang sekeliling mereka terutama

sekali rakan rapat.Sekiranya rakan tersebut mengajak mereka mencuri serta memceritakan dan

menunjukkan kemewahan hasil dari mencuri,secara tidak langsung rakan tersebut terpengaruh.

7.

Faktor Keadaan

Page 10: OUMM3203 Professional Ethics

Dalam sesebuah masyarakat yang sedang dilanda arus pembangunan pesat, wujud banyak

peluang dalam pelbagai bidang kehidupan. 

Antaranya ialah peluang untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik sama ada melalui bidang

perniagaan, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, perumahan, kemudahan dan infrastruktur. 

Dengan terbukanya peluang, maka berlakulah ketidakseimbangan antara seseorang individu atau

sesebuah organisasi dengan individu atau organisasi lain dalam perebutan mendapatkan peluang

itu bagi memenuhi kehendak, keperluan atau kepentingan masing-masing. 

2.Contohnya

Disebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahagian masing-masing dalam dunia

yang serba mencabar, maka akan ada pihak tertentu yang cuba mengambil jalan singkat dengan

menggunakan pendekatan tidak jujur, tidak amanah atau tidak telus. Mereka sanggup melanggar

nilai etika yang telah diamanahkan kepada mereka untuk dilaksanakan.

Ini dibuat demi merealisasikan matlamat dan cita-cita peribadi atau kelompoknya yang tidak

mengenal batasan baik atau buruk, benar atau salah, pahala atau dosa. Disebabkan desakan hidup

yang ingin kemewahan maka mereka sudah tidak memperdulikan halal atau haram.

Perbuatan itu sama ada secara langsung atau tidak sebenarnya merampas dan menafikan hak

orang lain yang sepatutnya lebih layak untuk mendapatkan peluang yang sama. 

3.Contohnya,

Seseorang yang menyara hidupnya dengan meragut hak orang lain atau meminta rasuah akan

terus menjalankan aktiviti tidak beretika tersebut sekiranya tidak mendapat tentangan atau

hukuman.  Selagi dia belum ditangkap dan dijatuhkan hukuman, dia akan terus melakukan

kegiatan tersebut kerana merasakan perbuatannya itu bukanlah satu kesalahan besar. 

8.

Tetapi sekiranya individu tersebut dihukum kerana perbuatan mereka, maka dia akan mengetahui

bahawa perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan besar. Sifat tamak haloba yang berpunca

Page 11: OUMM3203 Professional Ethics

daripada kerakusan segolongan manusia yang tidak mengambil kira kesejahteraan masyarakat

umum tetapi mengutamakan kepentingan peribadi bagi individu ataupun kelompok yang

diwakilinya semata-mata. Dalam erti kata lain, kesan jangka panjangnya bukan saja dirasai oleh

pihak yang terbabit secara langsung dalam perlakuan seumpamanya, malah turut mengheret

keseluruhan sistem atau struktur di dalam masyarakat dan negara untuk menerima bahana

daripada amalan rasuah ini. 

Undang-undang Sebagai Panduan untuk Pilihan Moral

Undang-undang adalah satu set peraturan yang konsisten dan digubal oleh masyarakat untuk

mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan (published), diterima (generally accepted)

dan dikuatkuasakan (enforced).  Secara ringkasnya, undang-undang adalah satu set peraturan

yang dibina oleh masyarakat untuk menguasai atau mengawal kelakuan di dalam sesebuah

masyarakat.  Semua keputusan yang akan diambil perlu ditentukan oleh undang-undang kerana

masyarakat telah membina satu set peraturan yang dibuat secara kolektif oleh anggota

masyarakat tersebut mengenai tindakan dan kelakuan yang harus dibuat apabila berlaku dilema

moral.

 Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.  Salah satu daripada

kepentingan undang-undang ialah mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira

pangkat, warna kulit, agama, ideologi politik dan sebagainya.  Ini terbukti apabila undang-

undang itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam

sesebuah negara.  Selain daripada itu, undang-undang juga berperanan sebagai ejen keamanan

dan kesejahteraaan.  Undang-undang digunakan untuk mengawal ahli-ahli masyarakat daripada

melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai.  Individu yang

melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan

mereka.  Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada si pelaku dan

orang ramai.  Oleh yang demikian, hak-hak dan kebebasan setiap individu akan terpelihara dan

akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan poitik yang stabil dapat diwujudkan.

9.

 Apa yang paling utama ialah, undang-undang dapat dijadikan sebagai panduan untuk pilihan

moral.  Ini bermaksud seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat perlu merujuk kepada

Page 12: OUMM3203 Professional Ethics

undang-undang apabila berhadapan dengan dilema etika sama ada di dalam atau di luar

organisasi.  Setiap individu yang tinggal di dalam negara Malaysia tertakluk di bawah Akta

Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang bertujuan untuk melindungi rahsia keselamatan negara.  Akta

ini boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila berlaku situasi seperti berikut. Romeo, anak

seorang imigran daripada sebuah negara jiran kini bertugas sebagai anggota polis di sebuah

daerah di pantai timur Sabah.  Walaupun keluarga Romeo sudah lama menetap di Malaysia,

namun mereka masih mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli-ahli keluarga di negara asal

mereka.  Romeo menghadapi dilema etika apabila berlaku konflik di antara kerajaan dengan

sebuah kumpulan militan di negara asal ayahnya. 

Sepupu kepada ayahnya, seorang jeneral dalam kumpulan tersebut meminta Romeo untuk

menyalurkan maklumat tentang rahsia dan kekuatan pihak polis di daerah tersebut kepadanya. 

Romeo percaya maklumat tersebut akan digunakan untuk menyerang balai-balai polis di daerah

tersebut.   Sebelum mengambil tindakan yang sesuai, Romeo terpaksa menimbangkan beberapa

faktor seperti tali persaudaraannya dengan jeneral tersebut, keselamatan keluarganya dan juga

kesetiaannya kepada negara.  Sebagai anggota keselamatan, Romeo merujuk kepada undang-

undang sebagai panduan kepadanya untuk bertindak.  Sekiranya dia bersetuju untuk

menyampaikan maklumat tentang kekuatan dan rahsia polis tersebut kepada pihak musuh,

kemungkinan besar Romeo akan dianggap sebagai pengintip.  Seksyen 3 iaitu pengintipan bagi

maksud yang mudarat  kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia dalam Akta Rahsia Rasmi

1972 (Akta 88) memperuntukan penjara seumur hidup kepada pesalahnya.  Atas nilai etika yang

tinggi dalam diri dan kesetiaannya kepada  negara, akhirnya Romeo mengambil keputusan bijak 

menolak permintaan jeneral tersebut dengan tegas.

Walaupun Romeo telah menolak permintaan jeneral tersebut, dia masih percaya bahawa

kumpulan militan tersebut pasti akan mengotakan hasrat mereka untuk menyerang balai-balai

polis di daerah tersebut dalam masa yang terdekat. Romeo juga sebenarnya masih lagi

menghadapi dilema etika, kerana berpandukan kepada Akta  Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dia

masih lagi boleh dikenakan tindakan undang-undang.

10.

 Ini kerana mengikut Seksyen 7 (a) akta yang sama, dia masih boleh dipenjara tidak kurang

daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun atas kesalahan tidak melaporkan

Page 13: OUMM3203 Professional Ethics

kejadian bahawa terdapat individu yang meminta rahsia rasmi.  Sebagai seorang anggota polis

yang menjunjung tinggi undang-undang dan rasa tanggungjawab untuk mengekalkan

keselamatan dan keamanan, akhirnya dia melaporkan perihal jeneral dan kumpulan militan

tersebut kepada pegawai atasannya.

 Undang-undang juga boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila berhadapan dengan

dilema etika di dalam jabatan-jabatan kerajaan.  Contohnya, seorang pembantu jurutera telah

menemui bukti bahawa seorang jurutera awam di sebuah jabatan kerajaan telah menerima rasuah

untuk memberikan kelulusan sijil layak menduduki bangunan apartmen kos sederhana yang telah

siap dibina.  Setelah membuat pemeriksaan, pembantu jurutera tersebut telah mendapati banyak

spesifikasi yang tidak dipatuhi dan berkemungkinan menimbulkan masalah keselamatan pada

masa akan datang.   Dia ingin membuat aduan kepada pihak-pihak berwajib mengenai perkara

tersebut tetapi bimbang tindakannya itu boleh menjejaskan kerjaya dan keselamatan dirinya. 

Atas nasihat rakan-rakan serta nilai etika yang tinggi, akhirnya dia melaporkan perkara tersebut

kepada pihak berwajib kerana yakin dia akan dilindungi oleh Akta Perlindungan Pemberi

Maklumat 2010 (Akta 711) yang dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010.  Akta yang baru

digubal ini memperuntukan perlindungan terhadap pemberi maklumat yang telah mendedahkan

sesuatu kelakuan tidak wajar.  Perlindungan yang diberikan merangkumi, perlindungan

maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba dikenakan terhadap

pemberi makumat dan juga perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan.

11.

KESIMPULAN

Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia.  Berdasarkan kepada

perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum ini, ternyata etika membantu membentuk

Page 14: OUMM3203 Professional Ethics

keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup.  Daripada sudut individu,

seseorang yang beretika sentiasa menjaga perilaku dirinya agar tidak bertentangan dengan nilai

dan kehendak moral sesebuah masyarakat.

 Individu yang beretika mempunyai kualiti emosi yang membantunya membentuk sifat-sifat

sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan sebagainya.  Dari segi mental pula, orang yang

beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.  Individu seperti

ini akan sentiasa membuat pertimbangan daripada sudut baik dan buruk sesuatu perkara sebelum

mengambil sesuatu tindakan.  Oleh itu, individu yang sentiasa mengamalkan etika yang baik

mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana sahaja dia berada kerana

nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak- tanduknya. 

Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu yang mempunyai nilai etika

yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi dan masyarakat yang lebih progresif, aman,

damai dan harmonis.  Negara juga akan turut aman, damai, maju dan mempunyai imej yang

tinggi di peringkat antarabangsa.  Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan

etika yang tinggi, selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang.  Sejarah telah

membuktikan perkara ini di mana beberapa tamadun agung yang pernah mengukir nama

akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir, Rome, Melaka dan banyak

lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika

lagi.

2938 patah perkataan.

12.

RUJUKAN

Page 15: OUMM3203 Professional Ethics

 

 http://cgisaiman.blogspot.com/2013/04/oumm3203-etika-profesional.html

http://oumganu.wordpress.com/2011/07/19/professional-ethics-versi-malaya/

MODUL OUMM3203 Professional Ethics

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6653-jati-diri-umat-terhakis-akibat-langgar-

etika-moral

13.