oleh rita lasimbang seminar peristilahan peringkat
TRANSCRIPT
1
PERISTILAHAN DALAM BAHASA SUKUAN SABAH
oleh Rita Lasimbang
Kadazandusun Language Foundation (KLF) [Yayasan Bahasa Kadazandusun]
Peti Surat 420, 89507 Penampang, Sabah
dibentangkan dalam Seminar Peristilahan Peringkat Kebangsaan 2019
Tema: “Peristilahan Abad ke-21: Cabaran dan Harapan” 2 & 3 Oktober 2019
di
Balai Seminar, Aras 6, Wisma DBP, Kuala Lumpur
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Peristilahan dan Leksikologi
Abstrak
Sabah, Negeri Di Bawah Bayu, mempunyai lima puluh (50) bahasa sukuan yang
tergolong dalam empat (4) kumpulan keluarga besar bahasa iaitu North Borneo, Sama-
Bajau, Malayic dan bahasa Austronesian yang lain. Keluarga besar bahasa North Borneo
pula terdiri daripada keluarga bahasa Dusunic, Murutic dan Paitanic.
Kertas kerja ini membincangkan Peristilahan dalam Bahasa Sukuan Sabah
dengan merujuk khusus kepada kearifan lokal dalam peristilahan tersebut.
Maka, dalam kertas kerja ini dibincangkan kekayaan istilah dalam bahasa sukuan
yang telah diwarisi daripada nenek-moyang. Kekayaan istilah ini dihuraikan melalui seni
penghasilan motif-motif serta penamaan motif-motif tersebut dalam pelbagai jenis seni, di
antaranya seni tenunan, seni sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle
tapestry weave atau linangkit.
Kertas kerja ini juga membincangkan pembangunan terminologi yang berasaskan
istilah bahasa sukuan bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di
sekolah-sekolah di Sabah. Juga turut disertakan ialah sumbangan istilah bahasa sukuan
dalam pengayaan Bahasa Melayu.
Kata kunci: Bahasa Sukuan, Kearifan Lokal, Motif Sabah, Pembangunan Terminologi,
Bahasa Kadazandusun, Motif seni tenunan, Motif seni sulaman, Motif seni anyaman,
Motif seni manik, Linangkit
2
Gambar 1: Peta bahasa-bahasa di Sabah (Sumber: https://www.ethnologue.com/map/MY_sb)
1. PENGENALAN: BAHASA-BAHASA SUKUAN DI SABAH
Sabah, Negeri Di Bawah Bayu, mempunyai lima puluh (50) bahasa sukuan yang
tergolong dalam empat (4) kumpulan keluarga besar bahasa iaitu North Borneo, Sama-
Bajau, Malayic dan bahasa Austronesian yang lain. Keluarga besar bahasa North Borneo
pula terdiri daripada keluarga bahasa Dusunic, Murutic dan Paitanic.
Keluarga besar bahasa North Borneo: keluarga bahasa Dusunic terdiri daripada
lapas belas (18) bahasa sukuan, keluarga bahasa Murutic, sembilan (9) bahasa
sukuan dan keluarga bahasa Paitanic, enam (6) bahasa sukuan.
Keluarga besar bahasa Bajau-Sama terdiri daripada lima (5) bahasa sukuan.
Keluarga besar bahasa Malayic yang terdapat di Sabah terdiri daripada tiga (3)
bahasa sukuan.
Bahasa lain dari rumpun Austronesian yang terdapat di Sabah terdiri daripada
sembilan (9) bahasa sukuan.
3
2. KEARIFAN LOKAL
Skop kertas kerja ini membincangkan Peristilahan dalam Bahasa Sukuan Sabah
dengan merujuk khusus kepada Kearifan Lokal (Local Wisdom) dalam peristilahan
tersebut.
Kearifan lokal masyarakat pelbagai etnik di Sabah digambarkan dalam pelbagai
imej corak yang dihasilkan melalui seni-seni yang terdapat di negeri ini. Setiap corak dan
motif tersebut memaparkan simbolisme yang menggambarkan pemikiran serta
pandangan hidup mereka.
Kepelbagaian etnik di Sabah menjadi satu kelebihan dari aspek kekayaan budaya
dan bahasa bagi Malaysia. Seperti apa yang dapat dilihat pada peta bahasa-bahasa di
Sabah (Gambar 1), ia dapat menggambarkan begitu banyak bahasa yang dituturkan oleh
masyarakat di Sabah, dan perkara ini telah menyumbangkan kepada kekayaan istilah
dalam bahasa sukuan yang telah diwarisi daripada nenek moyang.
Seterusnya, kertas kerja ini menghuraikan kekayaan istilah tersebut melalui seni
penghasilan motif-motif dan corak-corak serta penamaan motif-motif dan corak-corak
tersebut dalam pelbagai jenis seni, di antaranya seni tenunan dan corak-corak, seni
sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau linangkit.
3. MOTIF SABAH
3.1 SENI TENUNAN
Kek atau alat tenun backstrap (backstrap loom) yang menggunakan benang lungsin/
benang yang memanjang dan bersambung/tidak putus merupakan alat tenun yang paling
lazim digunakan oleh kumpulan etnik yang pelbagai di Sabah untuk menenun kain
tradisional. Alat tenun ini tidak besar dan boleh digulung, diangkat dan dibawa ke mana-
mana, senang dipasang dan tidak memerlukan tempat yang besar untuk pemasangan.
4
Penenun duduk di lantai atau pada bangku kecil di hadapan alat tenun dengan backstrap
(Dapi dalam bahasa Iranun, diperbuat daripada seludang kelapa) alat tenun disandang
pada pinggang atau pinggul. Pengikat backstrap dipasang pada kayu alang bahagian
bawah alat tenun (Taruan dalam bahasa Iranun), manakala kayu alang benang lungsin
(Sulaia dalam bahasa Iranun) diikat pada tiang alang penyokong di hadapan. Penenun
akan duduk berjulur dan menyangga dengan tapak kaki (momintod dalam bahasa
Kadazan) pada penyokong tersebut dan menggunakan badannya untuk memastikan
benang lungsin setiasa tegang.
Selalunya kain yang ditenun dengan menggunakan alat tenun tradisional ini tidak
besar, saiznya bergantung kepada kelebaran dan panjangannya benang lungsin. Jika
perlu saiz yang lebih besar, dua atau lebih helai kain tenunan disambungkan.
Gambar 2: Profail kek/alat tenun jenis backstrap
Sulaia
Taruan
Dapi
5
Gambar 3: Peralatan tenunan kain dastar
6
3.1.1 KAIN DASTAR
Kain dastar yang bersaiz satu meter persegi merupakan tenunan tradisonal yang ditenun
oleh suku Bajau dan Iranun dari Kota Belud. Kain dastar dilipat dan dibentuk untuk
digunakan sebagai tanjak (siga dalam bahasa Kadazan) dan digunakan oleh hampir
kesemua orang asal di Sabah.
Berikut adalah antara tenunan dastar yang dihasilkan:
Gambar 4: Puan Rosina Sogondu dari Kg. Nampasan, Penampang sedang membuat tanjak daripada kain dastar.
Gambar 5: Contoh kain dastar 1
Motif jantung pisang
Puncak rebung
Motif pucuk rebung
7
3.2 SENI SULAMAN
Sulaman merupakan satu seni persembahan rekabentuk kreatif menggunakan kerja
tangan, yang mana telah lama bertapak di dalam kehidupan masyarakat negeri Sabah.
Seni sulaman dapat dilihat pada pelbagai jenis pakaian tradisional etnik yang merupakan
warisan daripada nenek moyang terdahulu secara turun temurun sejak zaman berzaman
dan dapat mencerminkan identiti budaya sesebuah etnik.
Seni sulaman yang paling menonjol di negeri ini adalah seni sulaman yang terdapat
pada Kain Pis yang diusahakan oleh masyarakat etnik Binadan, Suluk dan Bajau dari
daerah Kudat. Kain Pis biasanya mengambil masa tiga (3) bulan untuk disiapkan
sepenuhnya.
Gambar 6: Contoh kain dastar 2
Motif bunga kapas
Kuda Motif kuda
Kaliguan Motif daun ubi
Tampuk manggis
Motif tampuk manggis
8
3.2.1 KAIN PIS
Kain Pis merupakan dua (2) helai kain berlapis, bersaiz semeter persegi yang disulam
dengan pelbagai motif diolah dengan gaya dengan menggunakan benang beraneka
warna. Kain Pis yang siap ditenun boleh digunakan kedua-dua belah (reversible). Dua (2)
helai kain itu selalunya berwarna hitam, dan merah, atau hitam dan oren, atau oren dan
merah, atau oren dan kuning.
Ketelitian dan kebijaksanaan dalam menghasilkan motif-motif pada kain pis
menggambarkan kearifan lokal orang asal di Sabah. Secara tradisi, motif yang ingin
disulam pada mulanya dilakarkan pada kertas tekap. Kemudian, garisan luar (out-line)
lakaran tersebut ditebuk dengan menggunakan pisau tebuk untuk mendapatkan lubang-
lubang halus. Seterusnya, kertas tekap bermotif berkenaan ditekapkan pada kain yang
hendak ditenun dan ditaburkan dengan serbuk halus yang diperbuat daripada kulit
kerang yang telah dibakar dan dihancurkan. Kemudian, kertas tekap diketuk perlahan-
lahan sehingga serbuk halus jatuh melalui lubang pada kertas tekap tersebut.
Seterusnya, kertas tekap tersebut dialihkan.
Penekapan motif dan corak dimulakan dari penjuru dan tepi, kemudian bergerak ke
tengah kain, untuk memastikan lukisan motif seimbang di semua empat (4) penjuru kain
tersebut. Seterusnya, sulaman dimulakan mengikut tekapan motif dan corak tersebut.
Gambar 7: Kedudukan motif dan corak pada empat penjuru kain sulaman pada pemidang untuk proses penyulaman kain pis.
9
Motif yang disulam pada Kain Pis seperti Kaliagah (bentuk motif seperti naga),
labah-labah, ikan dan burung yang di panggil Agira semuanya mempunyai lagenda. Motif
yang paling menonjol ialah Kaliagah.
Menurut etnik Suluk, Kaliagah ialah sejenis makhluk seakan naga, walaupun naga
menggambarkan kebengisan, ia menghilhamkan kecantikan. Mengikut lagenda tersebut,
pada suatu hari kaum wanita sedang menjalankan kerja seharian di sungai, mereka
terlihat suatu haiwan seolah-olah pari-pari air dengan badannya yang panjang sedang
bergoyang dengan ritma air. Mereka sungguh tertarik dengan pemandangan tersebut
dan hendak melihatnya dengan lebih dekat. Tetapi apabila mendekatinya, mereka
mendapati ia cuma imej yang terjadi hasil daripada pantulan cahaya matahari pada
permukaan air. Daripada pengalaman mereka, kaum wanita cuba untuk mengabdikan
kecantikan makhluk air itu - Kaliagah - ke dalam tenunan mereka, iaitu Kain Pis.
Motif Kaliagah
Gambar 8: Motif Kaliagah pada Kain Pis
10
Motif labah-labah pula dikaitkan dengan Nabi Muhamad.
Mengikut cerita, pada satu hari, Nabi melarikan diri daripada
musuhnya yang sedang mengejar untuk membunuhnya dan
berlindung di dalam gua. Sejurus Nabi masuk ke dalam gua,
labah-labah dengan cepatnya membuat sarangnya pada
kawasan masuk gua. Musuh-musuh Nabi tadi, apabila melihat
sarang labah-labah yang tidak terganggu mereka pun berlalu
pergi. Tindakan bijak labah-labah tersebut menjadikannya
disayangi oleh Nabi, maka labah-labah dihormati.
Motif burung Agira, ialah burung mistik berkepala dua
yang mengawal empat penjuru Kain Pis. Ia dipercayai peramal
peristiwa baik atau buruk dan dianggap sebagai penjaga oleh
etnik Suluk. Dari atas bumbung atau kayu, burung Agira boleh
menyampaikan amaran sama ada kedatangan kawan atau
lawan.
Gambar 9: Motif labah-labah
pada Kain Pis
Gambar 10: Motif Agira pada
Kain Pis
Gambar 11: Tanjak diperbuat daripada Kain Pis yang dipakai oleh etnik Rungus.
Motif lain yang menjadikan latar belakang pada Kain Pis ialah motif kupu-kupu,
motif bunga seperti bunga Kembang Tuleh (Sesbania grandiflora), dan daun Kembang
Janggayan - semuanya berkaitan dengan Kaliagah.
Kain Pis yang siap disulam dilipat, diikat dan digunakan sebagai perhiasan kepala
atau tanjak yang dipakai lazimnya oleh kaum lelaki etnik Rungus, dan kadangkala oleh
kaum lelaki etnik Kadazan dan Dusun.
11
3.3 SENI ANYAMAN
Etnik-etnik di Sabah sangat kaya dengan seni anyaman seperti tikar, bakul, terendak,
nyiru dan pengayak yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Antara bahan-bahan
semulajadi yang digunakan untuk menganyam adalah buluh, rotan, pandan dan rumput
kercut (bundusan). Kearifan lokal dalam seni anyaman merupakan salah satu seni yang
diperturunkan dari nenek moyang kepada generasi muda.
Beberapa dokumentasi dan kajian seni anyaman Sabah telah dijalankan dan
diterbitkan, antaranya "Glosari Budaya Malaysia: Corak dan Motif Seni Anyam" oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1995.
Bagi kertas kerja ini, dibincangkan anyaman terendak/siung etnik Kadazan dari
daerah Papar.
3.3.1 TERENDAK (SIUNG) KADAZAN PAPAR
Siung atau terendak berbentuk kon bagi etnik Kadazan di Papar dianyam daripada
bilahan kulit buluh yang halus dan mempunyai tiga zon berhias dengan motif stylised di
permukaan terendak atau lapisan bahagian atas. Bahagian atau lapisan bawah terendak
dianyam menggunakan bilahan empulur buluh yang lebih lebar daripada bilahan kulit
buluh yang dianyam untuk permukaan terendak. Antara motif pada permukaan terendak
ialah Nongkuyu' - motif ketam, Lukis do salapa' - motif tepak sirih, Kinaban - motif kotak
dan sebagainya.
Nongkuyu'
(Motif ketam)
Gambar 12: Terendak/Siung etnik Kadazan Papar
Lukis do salapa' (Motif tepak sirih)
Kinaban (Motif kotak)
Sinoronipon Corak anyaman
berbentuk gigi jerung
12
3.4 SENI MANIK
Manik merupakan antara bahan dalam seni kraf awal yang dicipta seiring dengan
kemunculan tamadun manusia. Etnik Rungus dan Murut di Sabah amat terkenal dengan
penggunaan seni manik untuk menghiasi pakaian tradisi serta membuat aksesori pakaian
tradisi. Manik diperbuat daripada pelbagai bahan yang mengandungi berbagai-bagai
bentuk dan warna. Kearifan lokal etnik-etnik ini digambarkan dalam pelbagai imej corak
yang dihasilkan. Setiap corak dan motif manik memaparkan simbolisme yang
menggambarkan pemikiran serta pandangan hidup mereka. Misalnya bagi etnik Murut
imej motif diinspirasikan daripada alam sekitar, antaranya mato nu orou—motif matahari,
sinusulou—motif kerang gergasi, kalayam manuk—motif kaki ayam dan linimburu—motif
lintah hutan.
Bagi etnik Rungus, gubahan manik yang utama dan menyerlah ialah rantai manik
yang dipanggil pinakol.
3.4.1 PINAKOL RUNGUS
Pinakol ialah gubahan manik yang digunakan menyilang pada bahu, sebagai aksesori
untuk melengkapi pakaian tradisi etnik Rungus di Kudat. Seni gubahan manik pinakol
diwariskan secara turun-temurun dalam kalangan masyarakat Rungus dan merupakan
warisan pusaka yang diturunkan kepada anak-anak perempuan.
Motif yang paling menonjol pada Pinakol yang juga menjadi penanda identiti bagi
Gambar 14: Motif Lukis do salapa' (Motif tepak sirih)
Gambar 15: Motif Nongkuyu' (Motif ketam)
Gambar 13: Motif kinabaan (Motif kotak)
13
etnik Rungus ialah motif tinulun-tulun iaitu motif bentuk manusia atau orang.
3.5 NEEDLE WEAVE atau TAPESTRY WEAVE atau LINANGKIT
Seni Linangkit merupakan satu lagi seni yang menggambarkan kearifan lokal orang asal
Sabah. Penghasilan suatu karya Linangkit memerlukan kesabaran dan pengalaman yang
lama dan mendalam, dan mengambil masa selama beberapa bulan.
Linangkit merujuk kepada karya yang terhasil daripada teknik jahitan tangan yang
istimewa (seakan tatting) dan ini diamalkan oleh kaum wanita dari kumpulan etnik dari
kawasan barat dan utara Sabah dan merupakan keunikan dalam tekstil mereka.
Linangkit dihasilkan menggunakan jarum: Benang yang halus digelung dan disambung
menjadi simpulan yang sama dan terhasil suatu tenunan yang sangat kukuh dan padat.
Linangkit digunakan untuk menyambungkan kedua hujung panel kain tenunan serta
menghiasi pakaian tersebut.
Bagi etnik Dusun Tindal, linangkit diguna pada lengan tangan pakaian tradisinya
iaitu dari bahu ke siku. Manakala, bagi etnik Rungus pula, linangkit diguna pada
bahagian belakang seluar tradisi (souval sarabulu') pakaian tradisi kaum lelaki. Bagi
pakaian tradisi etnik Kadazan Papar, linangkit digunakan pada pakaian tradisi kaum
Gambar 17: Motif Tinulun-tulun pada Pinakol Rungus.
Motif Tinulun-tulun (motif manusia/orang)
Gambar 16: Pinakol dipakai secara menyilang pada bahu.
14
wanita untuk menghiasi skirt paras lutut mereka. Bagi etnik Bajau pula, secara tradisi
linangkit menghiasi bahagian depan skirt perkahwinan yang berwarna hitam.
Antara etnik di Sabah, etnik Lotud dari daerah Tuaran masih lagi mengamalkan seni
linangkit dan merupakan antara seni budaya utama yang menjadi kebanggaan, warisan
dan penanda identiti mereka.
3.5.1 LINANGKIT LOTUD
Linangkit merupakan ciri yang sangat menarik pada pakaian tradisi etnik Lotud. Kain
selendang yang dijahit secara bersambung (kuluwu), skirt paras lutut (gonob) dan
bahagian belakang di bawah pinggang seluar panjang kaum lelaki (binandus) dihiasi
dengan linangkit.
Corak linangkit terbentuk daripada susunan siri motif dalam pelbagai cara. Susunan
warna dalam motif geometri adalah mengikut cita rasa individu yang membuatnya, walau
bagaimanapun, pembuat linangkit masih menggunakan kombinasi warna yang
digunakan secara tradisi seperti oren dan dorminasi merah, dengan ungu, hijau, kuning,
hitam, dan putih untuk kawasan yang lebih kecil.
Tinobugi Panel melintang
Linangkit Panel menegak
Gakod Kaki linangkit
Lininsow do sadur
Motif seakan biji tembikai
Gambar 18: Istilah-istilah bahagian dan motif yang terdapat pada hiasan linangkit.
15
Gambar 19: Motif Binatu-batu (Motif seakan batu)
Gambar 20: Motif Kinuyung-kuyung (Motif seakan kumbang)
Gambar 21: Corak nabur-abur (Corak berselerak)
Gambar 22: Corak piniutu (Corak bercantum)
Gambar 23: Corak linodi (Corak bergabung)
Gambar 24: Corak pinianting (Corak berulang)
16
4. PEMBANGUNAN TERMINOLOGI BAHASA KADAZANDUSUN
Bahasa Kadazandusun iaitu nama bahasa standard yang diajar di sekolah-sekolah di
Sabah sejak 1998 setelah melalui pengajaran percubaan bermula di darjah empat di 15
buah sekolah terpilih pada tahun 1997.
Pembangunan terminologi adalah antara satu perkara penting yang perlu ditangani
terutama sekali bagi suatu bahasa yang baru melangkah ke bidang pengajaran dan
pembelajaran seperti Bahasa Kadazandusun.
Sementara penyelidikan yang luas telah dilakukan untuk pembangunan terminologi
untuk bahasa di peringkat kebangsaan, keadaan Bahasa Kadazandusun sangat berbeza.
Walaupun penutur bahasa Kadazandusun adalah majoriti di Sabah, namun mereka
minoriti di Malaysia. Maka, perancangan untuk bahasa Kadazandusun tidaklah seperti
perancangan bagi bahasa Melayu kerana ia cuma pada peringkat tempatan.
Dalam perancangan Bahasa Kadazandusun, pembangunan terminologi melibatkan
penciptaan terminologi baru bagi kategori-kategori dan artifak masa-kini, dan juga
pemilihan istilah yang sesuai daripada bahasa sukuan dari keluarga bahasa Dusunic.
Manakala tugasan pertama itu melibatkan aspek yang lebih teknikal seperti peminjaman
dan kata majmuk (word compounds), tugasan kedua iaitu pemilihan adalah mengikut
prinsip dan kriteria pemilihan tertentu: Mana satu istilah yang dipilih daripada pelbagai
bahasa sukuan dan apakah asas pemilihan?
Satu Jawatankuasa Pembangunan Istilah yang diterajui oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah (JPNS) telah dibentuk untuk menangani perihal ini. Jawatankuasa ini
dianggotai oleh pakar-pakar pelbagai bidang dari organisasi dan institusi berkenaan dan
Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kriteria-kriteria pemilihan adalah seperti berikut:
1. Tidak membawa maksud negatif dari mana -mana dialek keluarga bahasa
Dusunic.
2. Dipinjam terus dari bahasa Malayu jika tidak ditemui dalam perbendaharaan kata
17
keluarga bahasa Dusunic.
3. Menerima penggunaan perbendaharaan kata yang dicipta jika ia memang dapat
memberikan penjelasan yang tepat.
4. Perbendaharaan kata digunakan secara meluas dalam mana-mana keluarga
bahasa Dusunic.
5. Perbendaharaan kata yang dipilih dari mana-mana keluarga bahasa Dusunic
diterima sebagai standard.
Ilmu pengetahuan kebudayaan (cultural knowledge) dan nilai murni juga diambil kira
dalam pemilihan istilah. Peminjaman kurang digalakkan. Maka dengan itu, usaha
pembangunan istilah bukanlah perkara mudah, ia agak kompleks juga tetapi harus
ditangani supaya satu pangkalan data istilah boleh dibangunkan bagi Bahasa
Kadazandusun.
Berikut adalah satu contoh proses pembentukan istilah Bahasa Kadazandusun.
1. 'bola tangan'
Bahasa Kadazandusun: Bahasa Melayu:
buulongon bola tangan
buul + longon
(buu- + longon)
(bola + tangan)
2. 'anak angsa'
Bahasa Kadazandusun: Bahasa Melayu:
ansanak anak angsa
ansa' + tanak
(ansa- + -nak)
(angsa + anak)
18
5. SUMBANGAN ISTILAH BAHASA SUKUAN DALAM PENGAYAAN BAHASA
MELAYU
Selain daripada pembangunan perisitilahan budaya tempatan, istilah dalam bahasa
sukuan Sabah juga telah menyumbangkan kepada projek pengayaan Bahasa Melayu
(Projek DBP). Sejak projek ini bermula, terdapat beberapa perkataan Bahasa Melayu
yang diangkat/dipinjam daripada bahasa sukuan Sabah (Rujuk Pangkalan Data DBP).
Pemilihan adalah berdasarkan kepada: "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa
Melayu".
Antara tujuan projek tersebut adalah mencari satu perkataan bagi dua perkataan
dalam Bahasa Melayu.
Berikut adalah contoh istilah (satu perkataan) daripada bahasa Kadazan yang boleh
diangkat/dipinjam dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu:
tahi mata - bilas
tahi hidung - dungot
tahi telinga - tontohingai
tahi gigi - nindud
tahi lalat - tonggihangau
tahi minyak (kelapa) - ginoizata'
6. PENUTUP
KIta telah melihat kearifan lokal etnik di Sabah dalam beberapa seni yang telah
dibincangkan dalam kertas kerja ini, termasuklah seni tenunan, seni sulaman, seni
anyaman, seni manik, dan seni linangkit. Juga telah dibincangkan, bagaimana bahasa
sukuan telah menyumbang kepada pembangunan terminologi bagi Bahasa
Kadazandusun dan Bahasa Melayu.
Skop kertas kerja ini umpama "hanya setitis air di lautan" kekayaan khazanah dan
19
warisan budaya suku etnik di Sabah.
Justeru itu, adalah diharapkan agar kearifan-kearifan lokal ini dapat diperturunkan
untuk faedah generasi akan datang dan juga untuk terus menyumbang kepada
Peristilahan dalam Bahasa Sukuan Sabah.
BIBLIOGRAFI
1. Lasimbang, Rita. 1997. An Introduction to the Traditional Costumes of Sabah. Kota
Kinabalu: Natural History Publications in association with the Department of Sabah
Museum.
2. Lasimbang, Rita & Kinajil, T. 2004. Building Terminology in the Kadazandusun
Language. In Current Issues in Language Planning Journal, Vol. 5: 2. Clevedon,
United Kingdom: Multilingual Matters Ltd.
3. Smith, Jim & Karla. 2005. Kamus Bergambar Iranun. Kota Kinabalu: Jabatan
Muzium Sabah.
4. Humin Jusilin & Salbiah Kindoyop. 2019. Busana Etnik Suang Lotud Sabah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.