oct bertulis soalan 101-200
TRANSCRIPT
-
SOALAN N0:101
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
PERTANYAAN DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN YB TUAN -HAJI ZAINUDIN BIN HAJI ISMAIL [ JELEBU]
YB TUAN HAJI ZAINUDIN BIN HAJI ISMAIL [ JELEBU ] minta M ENTERI KESIHAT AN menyatakan apakah perancangan Kerajaan dalam menghadapi cabaran kekurangan doktor menjelang tahun 2015 yang dijangka nisbah doktor dan penduduk mencapai sehingga 1:600.
Tuan Yang Dipertua, } Kerajaan memang prihatin dan sentiasa berusaha serta menj{ambil berbagai langkah untuk menambahkan bilangan pegawai dan pakar perubatan Negara, khususnya dalam Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang memuaskan kepada rakyat.
Untuk makluman Ahii Yang Berhormat, pada tahun 2013, nisbah Pegawai Perubatan kepada penduduk di Malaysia adalah 1:620. Nisbah tersebut masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan selaras dengan nisbah bagi negara maju iaitu 1 :400 bagi Pegawai Perubatan. Walau bagaim;:1napun, nisbah tersebut adalah bertambah baik
1
-
berbanding 5 tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2009 nisbah Pegawai Perubatan kepada penduduk adalah 1:927. Berdasarkan trend peningkatan graduan perubatan pada masa ini, dijangkakan negara akan mencapai nisbah yang disasarkan 1 :400 menjelang tahun 2020.
Perancangan Kerajaan dalam meningkatkan bilangan doktor adalah melalui pertambahan institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan pengajian dalam bidang perubatan, dianggarkan jumlah graduan akan terus bertambah dari tahun ke tahun. Sejak tahun 2001, graduan perubatan yang menjalankan latihan siswazah secara purata adalah 1020 orang berbanding sekitar 700-800 orang pada tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun 2008 jumlah tersebut telah meningkat kepada 2319 orang dan seterusnya 3058 orang pada tahun 2009. Manakala sehingga pada tahun 2013 seramai 4991 orang graduan perubatan telah dilantik untuk menjalani latihan siswazah.
Bagi menarik minat pakar perubatan dan pegawai perubatan untuk terus kekal berkhidmat dengan Kerajaan, pelbagai insentif telah diperkenalkan seperti:
Elaun - elaun yang telah ditambahbaik :
(i) Kenaikan kadar Bayaran lnsentif Perkhidmatan Kritikal dari RM500 kepada RM750
(ii) Kenaikan kadar Bayaran lnsentif Pakar dan Bayaran lnsentif Pengarah Hospital (BI PH)
(iii) Kenaikan Kadar Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa
2
-
(EKLWBB)
Elaun-elaun yang baru diperkenalkan:
(i) Bayaran lnsentif Klinik Selepas Waktu Pejabat pada kadar RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan
(ii) Bayaran lnsentif Khas (pembedahan Elektif) pada kadar RM200 sejam kepada pakar dan RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan
Lain-lain penambahbaikan perkhidmatan yang telah berjaya dicapai:
(i) Pegawai Perubatan Gred UD41 layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Gred UD44 setelah menamatkan latihan siswazah dan mendapat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(ii) Kenaikan pang kat secara time-based ( dengan izin) kepada pegawai dan pakar perubatan.
(iii) Lantikan ke dalam perkhidmatan pegawai perubatan tetap secara multiple entry {dengan izin) terutama kepada pakar perubatan.
(iv)
(v)
Program Full Paying Patient (dengan izin) yang berjaya dilaksanakan. Kebenaran untuk pegawai perubatan dan pakar perubatan untuk menjalankan lokum
3
/
-
SO ALAN NO: 102
PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN DARIPADA
SO ALAN
JAWAPAN
BERTLILIS TUAN HAJI ZAINUDIN ISMAIL [JELEBU] Tuan Haji Zainudin bin Ismail minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan menyatakan perkembangan dari segi penglibatan dan Unit Agropreneur Muda (UAM} yang ditubuhkan sejak September 2013.
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian telah mengambil langkah positif untuk menarik lebih ramai penglibatan generasi muda di dalam sektor pertanian melalui penubuhan Unit Agroprener Muda (UAM}. Melalui unit ini, pelbagai program telah dilaksanakan sejak ditubuhkan pada September 2013 :
1. Pendaftaran 3,028 peserta di dalam program pembangunan agropreneur muda MOA
ii. 56 Program promosi dan roadshow bagi menarik minat generasi belia untuk menceburi bidang pertanian
111. 23 Siri program latihan dan khidmat nasihat dalam pelbagai bidang pertanian serta pembangunan usahawan melibatkan 1 ,918 peserta
-
IV. Penyediaan pakej keusahawanan mengikut sub sektor pertanian untuk diceburi oleh generasi belia yang merangkumi pelbagai aktiviti sub sektor seperti tanaman, perikanan, ternakan, pemasaran dan teknologi & inovasi
v. Bantuan kewangan yang disediakan untuk pembangunan usahawan tani muda yang dilaksanakan oleh Jabatan & Agensi di bawah MOA adalah pinjaman laluan mudah melalui AgroBank dan TEKUN Nasional.
Kelulusan pembiayaan oleh AgroBank untuk Agropreneur Muda:
a. Projek baru- sehingga RM50,000 b. Projek sediada- sehingga RM300,000
TEKUN Nasional juga membantu menyediakan dana pembiayaan untuk Agropreneur Muda bagi tujuan modal perniagaan sehingga RM1 00,000.
Sehingga 15 Oktober 2014, sejumlah 207 permohonan pembiayaan dengan nilai RM25.97 juta telah diterima, daripada jumlah itu, sebanyak 128 permohonan bernilai RM9.22 juta telah diluluskan oleh Agrobank dan TEKUN Nasional.
-
NO. SOALAN: 103
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH JAWAPAN Dl DEWAN RAKYAT
SO ALAN
BERTULIS
VB. TUAN HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [JELEBU]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
langkah-langkah yang sedang dipertimbangkan untuk menangani
masalah kebocoran air sebanyak 4.27 bilion liter setiap hari.
-
JAWAPAN
Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air melalui Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menetapkan supaya setiap
operator air di bawah seliaannya mempunyai program penurunan
kadar NRW yang sistematik. Program tersebut dilaksanakan
mengikut jadual dan Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan agar pengurangan kadar NRW dapat mencapai
sasarannya. Sehubungan dengan ini, pendekatan 'carrot and stick'
akan digunakan bagi merangsang operator-operator air bekerja
keras untuk menurunkan NRW masing-masing. lni bermakna
operator yang cemerlang akan mendapat 'reward', dalam bentuk
pertimbangan kenaikan tarif dan sebagainya, sementara operator
yang gagal mematuhi sasaran KPI tidak mendapat faedah dari
insentif yang disediakan.
2. Selain daripada itu, SPAN juga telah memberikan fokus kepada
program menurunkan kadar NRW di kalangan operator air yang
melibatkan kehilangan komersial. SPAN bersama-sama operator-
operator air telah meningkatkan aktiviti-aktiviti pemantauan dan
-
penguatkuasaan bagi membendung kes kecurian a1r melalui
penyambungan haram yang turut menyumbang kepada
peningkatan kadar NRW. SPAN turut menubuhkan satu Pasukan
Petugas atau Task Force NRW yang dianggotai oleh wakil-wakil
operator air, agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan yang berkaitan untuk mengkaji semula, mengenal pasti
dan menyeragamkan amalan-amalan terbaik (best practices) bagi mengurangkan kadar NRW.
3. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kementerian saya telah
mensyaratkan supaya semua program pengurangan NRW yang
dilaksanakan oleh negeri mestilah secara holistik meliputi
pengujudan District Metering Area (DMA) dan District Metering Zones (DMZ), pelaksanaan Pressure and Demand Management,
Active Leakage Detection and Leaks Repair; penggunaan sistem
bersepadu seperti Supervisory Control Data Acquisition (SCADA),
Geographic Information System (GIS), sistem telemetri dan
pelaksanaan program penggantian paip usang.
4. Sungguhpun pengurangan kadar 1\JRW masih belum
memberangsangkan. Namun begitu, Kementerian saya yakin dan
percaya bahawa keberkesanan daripada langkah-langkah yang
-
telah diambil akan dapat dilihat dalam jangka masa panjang selari
dengan sasaran NRW negara iaitu 25% menjelang tahun 2020.
***************************************************************
-
NO. SOALAN: 104
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BLIKAN LISAN
DARIPADA DATUK KOH NAI KWONG
SO ALAN 104
Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perangkaan perkhidmatan awam di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengikut spesifikasi jantina dan kaum serta kumpulan perkhidmatan yang terkini
-
JAWAPAN: YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah penjawat awam di bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehingga kini adalah seramai 453,999 orang. Pecahan penjawat awam tersebut mengikut jantina adalah 42.2 peratus (191 ,590) lelaki dan 57.8 peratus (262,409) wanita.
Maklumat terperinci mengenai lantikan penjawat awam mengikut kumpulan perkhidmatan dan jantina adalah seperti di Jadual 1. Sementara itu, lantikan penjawat awam mengikut kumpulan perkhidmatan dan kaum adalah seperti di Jadual 2.
Sekian. Terima kasih.
2
-
Jadual 1: Pecahan Lantikan Penjawat A warn Oleh SPA Mengikut Kumpulan Perkhidmatan dan Jantina (sehingga Jun 2014)
Kumpulan Perkhidmatail Le:laki Perempuan (%) (Ok) Jumlah
Pengurusan Tertinggi 1,156 652 1,808 (63.9%) (36.1 o/o)
Pengurusan dan Profesional 36,449 49,111 85,560 (42.6%) (57.4/o)
Pelaksana 153,985 212,646 366,631 (42.0o/o) (58.0%)
JUMLAH 191,590 262,409 453,999 (42.2/o) (57.8%) - -
Sumber : EIS HRMIS, Pangkalan Data HRMIS, Jun 2014
3
-
Jadual 2: Pecahan Lantikan Penjawat Awam Oleh SPA Mengikut Kumpulan Perkhidmatan dan Kaum (sehingga Jun 2014)
Bum:iputera Bumi.putera Bumiputera Lain-
Kumpulan .Melayu Ch1a lnc:Ua Sa bah* Sarawak* Lain-lain** Jain*** JUMLAH . Perkhtdmatan (%) (%) (%) (%) (%) (%) ('%~ Pengurusan Tertinggi 1,345 9 10 (74.4%) (0.5%) (0.6%) Pengurusan dan 60,662 1,711 1,540 Profesional (70.9%) (2.0%) (1 .8%)
Pelaksana 299,171 21 ,631 18,332 (81.6%) (5.9%) (5.0%)
JUMLAH 361,178 23,351 19,882 (79.6%) (5.1 %) (4.4%) - - - -
Sumber Nota
EIS HRMIS, Pangkalan Data HRMIS, Jun 2014 * Tidak termasuk kaum Melayu ** Termasuk Orang Asli Semenanjung dan Siam *** Lain-lain kaum termasuk Lain-lain Bangsa di
Sabah dan Sarawak, Portugis, Bangladesh, Sri Lanka, Indonesia, Arab, Lain-lain Asia, Eropah, Serani dan lain-lain
1 239 182 22 1,808 (0.1%) (13.2%) (10.1%) (1.2%)
86 12,577 8,128 856 85,560 (0.1%) (14.7%) (9.5%) (1.0%) I
1,100 6,966 11,732 7,699 366,631 (0.3%) (1.9%) (3.2%) (2.1%) 1,187 19,782 20,042 8,577 453,999 (0.3%) (4.4%) (4.4%) (1.9%)
4
-
RT11/105
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
DATUK KOH NAI KWONG [ ALOR GAJAH ]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah statistik enrolmen para graduan ke maktab perguruan, dari tahun 2008 sehingga kini dan berapakah graduan direkrut, berapa graduan yang ditolak serta berapa graduan yang berhenti dan menarik diri dari maktab perguruan.
JAWAPAN
Unt'uk Makluman Ahli Yang Berhormat,
lnstitut Pendidikan Guru (lPG) Kementerian Pendidikan Malaysia melatih guru berdasarkan unjuran keperluan mengikut tahun. Enrolmen pelajar di lPG merangkumi semua program yang ditawarkan secara Sepenuh Masa, Separuh Masa, Kursus Dalam Cuti dan Latihan Berasaskan Sekolah dari tahun 2010 hingga tahun 2014 adalah seperti berikut:
TAHUN 2010 2011 2012 2013 . 2014 ENROLMEN 37,620 '42,417 49,424 41 ,921 35,492
RT11
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
Y.B. DATUK KOH NAI KWONG [ ALOR GAJAH ]
SO ALAN ( 1 06 )
Y.B. DATUK KOH NAI KWONG [ ALOR GAJAH ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk melanjutkan tempoh sewaan rumah transit yang telah ditetapkan selama 2 tahun. Hal ini disebabkan tempoh sewaan adalah tidak praktikal kerana tempoh itu belum mampu menstabilkan ekonomi isi rumah.
1
-
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini tempoh sewaan
Rumah Transit adalah selama 2 tahun sahaja. Tempoh tersebut adalah
dianggap tempoh yang memadai untuk penyewa sebelum mencari rumah
yang bersesuaian. Di samping itu, bilangan rumah transit adalah terhad
dan tempoh 2 tahun tersebut juga akan dapat memberi peluang kepada pemohon lain yang berkelayakan tanpa menunggu lebih lama
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
November 2014
2
-
RT12/107
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
DATUK KOH NAI KWONG [ ALOR GAJAH ]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah pihak Kementerian untuk menggalakkan minat sukan di peringkat sekolah.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Menerusi Dasar 1 Murid 1 Sukari, semua murid sekolah digalakkan untuk bersukan sekurang-kurangnya satu (1) jenis sukan. Bagi murid yang berpotensi dan telah dikenal pasti berbakat dalam bidang sukan, mereka digalakkan untuk meningkatkan kemahiran dan mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat daerah. Seterusnya, atlet murid yang berpotensi ini akan mewakili negeri dalam pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai program pembangunan sukan yang dilaksanakan di peringkat negeri dan kebangsaan untuk memastikan mereka mendapat pendedahan dan latihan secara berterusan . Bakat yang telah dikenal pasti ini terus digilap dan dig a rap di Sekolah Sukan Malaysia.
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
SOALAN NO. :108
DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN BUKAN LISAN
BUKAN LISAN
DATUK KOH NAI KWONG [ ALOR GAJAH ]
Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan statistik pelepasan karbon mengikut komponen industri dan setiap negeri pada tahun 1990 sehingga kini serta apakah langkah drastik yang telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk mencapai matlamat 40 peratus pengurangan pelepasan karbon menjelang tahun 2020.
-
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini hanya dapat memberikan statistik pelepasan karbon mengikut komponen industri utama sahaja bagi tahun 2000, 2005, dan 2007 seperti berikut:-
2
-
Bersamaan Juta Tan Karbon Dioksida Komponen lndustri Million tonne C02 equivalent
(Mt C02e) 2000 2005 2007
Penghasilan Mineral Simen 6.722 7.732 7.872
Kapur 0.153 0.239 0.0979
Penghasilan Kimia Ammonia 1.102 1.801 0.409
Asid Nitrik 0.2046 0.217 0.1984
Karbida (Carbide) 0.01599 0.03419 0.0638
Penghasilan Logam Besi & Waja 2.796 4.936 1.9003
Jumlah Keseluruhan 10.994 14.956 10.541 -- - - - -----l-- _j_ --- -- -
-
Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menjejaki pelepasan sasaran 40% intensiti karbon berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020. lnisiatif menjejaki sasaran pengurangan intensiti pelepasan karbon dilaksanakan meliputi 3 program utama iaitu Kecekapan Penggunaan Tenaga (Energy Efficiency - EE), Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy - RE) dan Pengurusan Sisa Pepejal (Waste). Dalam masa yang sama, keluasan hutan negara perlu dikekalkan pada tahap sekurang-kurangnya 50/o daripada jumlah keluasan tanah. lni untuk menjamin penyerapan dan penyimpanan karbon secara berterusan. Sehubungan itu, Kementerian telah melaksanakan Kempen Menanam 26 Juta Pokok dengan tema "Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok" yang telah dilancarkan secara serentak di seluruh Negara sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia pad a 22 April 2010. Sehingga Ogos 2014, sebanyak 62.52 juta pokok telah ditanam di kawasan seluas 79,379.61 hektar.
Sekian, terima kasih.
-
NO. SOALAN: 109
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN TUAN ANUAR BIN ABO. MANAP
[SEKIJANG]
Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan negara telah mengalami beberapa bencana alam seperti banjir dan ribut yang tidak dijangka apakah langkah Kerajaan bagi memastikan bantuan kecemasan diberikan dengankadarsegera.
-
JAWAPAN: VB. DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan sangat komited dalam menangani beberapa bencana alam yang tidak dijangka seperti banjir dan ribut taufan terutamanya dalam memberikan bantuan kecemasan serta-merta apabila berlakunya bencana alam yang di luar kawalan.
Agensi yang bertanggungjawab terhadap bekalan, perkhidmatan dan pusat pemindahan sepert! Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diminta untuk mempertingkatkan keupayaan dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan segera untuk memastikan kelangsungan bekalan dan perkhidmatan tidak terjejas semasa operasi bantuan kecemasan.
Pendekatan telah diambil adalah penyediaan pusat pemindahan yang boleh menampung kapasiti mangsa dalam bilangan yang besar, sebagai contoh, pusat pemindahan yang boleh menampung bilangan mangsa seramai 2,000 orang mangsa atau lebih.
Bagi penyediaan makanan, ia akan diselaraskan terus oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan penglibatan agensi-agensi berkeupayaan seperti Pasukan Mencari dan MenyelamatKhas Malaysia (SMART), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bantuan tenaga sukarelawan bagi membantu tugas penyediaan makanan yang mungkin tidak termampu untuk dilaksanakan oleh pihak JKM secara bersendirian.
Sekian, Terima kasih.
2
-
RT13/110
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
TUAN ANUAR BIN ABO. MANAP [ SEKIJANG]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTER! PENDIDIKAN MALAYSIA
PERT ANY AAN BERTLILIS
Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) berikutan dengan insiden soalan bocor UPSR baru-baru ini apakah hukuman yang paling berat diperuntukkan bagi kesalahan pecah amanah membocorkan maklumat penting institusi pendidikan negara; dan
' (b) berapakah jumlah kes sebegini sejak 2008-2013. !
JAWAPAN
(a) Kejadian yang berlaku ini amat mendukacitakan semua pihak, dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat dua laporan polis supaya satu siasatan menyeluruh dapat dilakukan dengan serta merta. KPM yakin pihak berkuasa akan dapat merungkai punca berlakunya kebocoran kertas peperiksaan UPSR tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas perundangan sedia ada. Dalam hal ini, KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dan bertanggungjawab dalam perkara ini, dan akan mengambil tindakan ke atas pegawai KPM, jika mereka terlibat dan disabitkan bersalah oleh pihak berkuasa mengikut Peraturan-Peraturan
-
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kesalahan jenayah.
(b) Mengikut rekod KPM, dakwaan kebocoran kertas peperiksaan awam memang diterima saban tahun. Namun begitu, setelah siasatan terperinci dibuat, dakwaan tersebut telah disahkan tidak berlaku. Sejak tahun 2008 hingga kini, kes kebocoran soalan peperiksaan yang memerlukan peperiksaan semula seperti yang berlaku pada tahun ini tidak pernah berlaku.
-
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
JAWAPAN:
Yang Di Pertua,
NO. SO ALAN: 111
PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
BUKAN LISAN
Y.B DATO' NORAINI BINTI AHMAD (PARIT SULUNG)
DALAM TEMPOH BERSIDANG
Y.B. DATO' NORAINI BINTI AHMAD minta PERDANA MENTERI menyatakan pendekatan dan strategi yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu-isu memulihara keharmonian masyarakat berbilang etnik dan agama di negara kita dan cabaran-cabaran utama yang perlu kita hadapi untuk dekad-dekad seterusnya.
Memetik kata-kata YAB Perdana Menteri di Majlis Perkhidmatan Awam Ke-11 di PICC pada ' 9 Mac 2010 beliau menyebut bahawa merealisasikan perpaduan nasional bukannya kerja sehari, seminggu, sebulan, setahun mahupun sedekad. Ia adalah usaha berterusan semenjak negara mencapai kemerdekaan lebih lima dekad yang lalu. Ia akan terus menjadi perjuangan yang akan diwariskan dari generasi ke generasi.
Oleh itu di dalam menguruskan isu-isu perpaduan, kerajaan menggunakan pendekatan "inklusif' dan "partisipatif', di mana ia menggariskan dasar-dasar serta program-program menjurus ke arah memelihara perpaduan dan keharmonian tanpa sesekali meminggirkan mana-mana kaum dan memberi jaminan bahawa hak dan
-
kepentingan mereka sentiasa dipelihara. Strategi yang telah dikenalpasti banyak ditumpukan kepada:
a) Pengurusan Perpaduan b) Pengurangan Konflik c) Pendidikan Perpaduan
STRATEGI PENGURUSAN PERPADUAN
Kepelbagaian rakyat Malaysia dari segi kaum, budaya, agama dan bahasa menuntut Kerajaan hari ini menguruskan kepelbagaian ini secara berhati-hati agar kepentingan kaum-kaum lain sentiasa terpelihara. Kerajaan melalui JPNIN akan memantau isu-isu yang boleh menggugat perpaduan di peringkat akar umbi. JPNIN telah membangunkan sistem e-Sepakat, suatu sistem online di mana pegawai-pegawai di JPNIN akan mengesan dan memantau isu serta melaporkan ke dalam sistem. Tindakan pencegahan dan pemulihan akan diambil agar ketegangan yang berlaku dapat diredakan.
STRA TEGI PENGURANGAN KONFLIK
lnisiatif diambil Kerajaan melalui JPNIN di dalam pengurangan konflik adalah dengan melatih pemimpin-pemimpin masyarakat khasnya Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dengan ilmu dan kemahiran mediasi. Melalui kaedah mediasi ini, pihak-pihak yang bertelagah atau berkonflik akan menggunakan khidmat orang tengah atau dikenali sebagai Mediator untuk membantu mencari penyelesaian menang-menang. Sehingga 31 Disember 2013, seramai 874 orang mediator telah ditauliahkan.
STRATEGI PENDIDIKAN PERPADUAN
Generasi muda hari ini dikenalpasti sebagai pewaris kepimpinan masa hadapan dan generasi muda ini akan menggalas tanggungjawab untuk membina sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan maju serta keharmonian rakyat sentiasa terpelihara.
-
lnisiatif diambil memperkasakan program pendidikan ke arah perpaduan. Program-program Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara akan diperkasakan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai perpaduan akan terus diperteguhkan dan dibudayakan di dalam kehidupan harian.
Keamanan dan keharmonian yang dikecapi rakyat Malaysia hari ini sudah mula tergugat dengan ancaman oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang hendak melihat perpaduan di kalangan rakyat hancur. Kerajaan tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di bawah undang-undang sedia ada.
Cabaran mewujudkan pendamaian dilihat terus menjadi komitmen dan cita-cita Kerajaan dalam usaha mengekalkan kestabilan negara. Mewujudkan kesepaduan sosial, perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum serta mewujudkan kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama dan menghayati intipati, kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara antara beberapa cabaran lain yang perlu ditangani Kerajaan.
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
PEM BERITAHUAN PERT ANY AAN DEWAN RAKYAT
BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG]
112
Dato' Noraini binti Ahrr1ad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kos yang ditanggung oleh Kerajaan dalam tragedi pesawat MH17 dan kehilangan IVIH370 setakat ini.
1
-
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga kini, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM32,642, 167.76 bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 dan RM819,693.74 bagi menampung kos operasi tragedi pesawat MH17.
2
-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
NO SOALAN :113
DARIPADA : Y.B. DATO NORAINI BINTI AHMAD (PARIT SULONG)
PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a. berapakah jumlah syarikat yang telah didaftarkan di bawah GST
setakat ini; dan
b. apakah yang dilakukan oleh Kementerian untuk menggalakkan syarikat
yang berpendapatan bawah RMSOO,OOO untuk mendaftarkan diri secara
sukarela.
JAWAPAN
a. Seperti yang kita sedia maklum, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
-
(GST) akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015. Setakat 5 November
2014, sebanyak 125,216 buah syarikat telah berdaftar di bawah sistem
GST. Secara purata pendaftaran GST kini mencecah antara 2,000
hingga 2,500 syarikat dalam sehari. Usaha juga sedang giat dijalankan
oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk meningkatkan lagi
jumlah pendaftaran syarikat-syarikat ke dalam sistem GST.
b. Tumpuan Kerajaan pada masa ini adalah untuk memastikan
perniagaan yang telah mencapai nilai ambang RM500,000 yang wajib
berdaftar secara mandatori sebelum 31 Disember 2014. Antara
langkah yang telah diambil termasuklah:
i. Menghebahkan informasi berkaitan GST melalui media cetak dan
media elektronik;
ii. Mengeluarkan surat peringatan kepada bakal registran yang telah
dikenal pasti melalui maklumat yang diperoleh bersumberkan data
daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN);
iii. Meminta semua pemegang lesen cukai jualan dan cukai perkhidmatan
-
sedia ada untuk berdaftar dengan sistem GST;
iv. Mengadakan Hari Terbuka GST atau Hari Bertemu Pelanggan;
v. Memperbanyakkan program pendaftaran in-situ di setiap taklimat GST
yang diadakan;
vr. Menubuhkan Pusat Panggilan Kastam (call centre) yang beroperasi di
Kelana jaya, Selangor; dan
VII. Mengadakan program hand holding bagi memberi khidmat nasihat dan
tunjuk ajar supaya peniaga dapat memahami dengan lebih jelas
terhadap prosedur dan peraturan GST.
Perniagaan yang tidak mencapai nilai ambang adalah bebas
untuk membuat pil ihan sama ada ingin berdaftar atau tidak
setelah mengambil kira faktor start-up cost dan compliance cost
berkaitan. Sesebuah perniagaan yang berdaftar secara sukarela
perlu kekal dalam sistem GST sekurang-kurangnya selama dua
(2) tahun.
-
SOALAN N0:114
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
PERTANYAAN DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN YB DATO NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG 1
YB DATO NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG 1 minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pusat dialisis yang dioperasikan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) mengikut negeri dan jumlah subsidi yang diperuntukkan kepada pesakit dialisis yang menerima rawatan di pusat dialisis tersebut.
Tuan Yang Dipertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat miskin dan kurang berkemampuan yang mengalami penyakit ginjal tahap akhir (End Stage Renal Disease) dengan menyediakan bantuan subsidi rawatan hemodialisis dan suntikan erythropoietin (EPO) apabila mendapat rawatan dan suntikan ini di pusat-pusat dialisis yang dikendalikan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Untuk makluman, sehingga kini sebanyak 61 Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengendalikan 122 pusat dialisis di seluruh
1
-
negara telah didaftarkan oleh KKM sebagai penerima subsidi rawatan hemodialisis dan suntikan erythropoietin. Negeri Johor mencatatkan taburan pusat dialisis yang dikendalikan oleh NGO tertinggi iaitu sebanyak 21 buah pusat dialisis diikuti Selangor (20), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (15), Perak (12), Negeri Sembilan (8), Sarawak {7), Kedah (6), Sabah (5), Melaka (4), Pahang dan Terengganu (3), Kelantan (2) dan Perlis ( 1 ).
Sejak tahun 2001 sehingga 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi subsidi rawatan hemodialisis dan suntikan erythropoietin kepada sejumlah 3,160 orang pesakit miskin dan kurang berkemampuan, iaitu pada kadar sebanyak RM50 untuk setiap rawatan dialisis manakala RM18.50 untuk suntikan erythropoietin. Perbelanjaan Kerajaan bagi membiayai subsidi rawatan hemodialisis dan suntikan erythropoietin sejak dari tahun 2001 sehingga kini ialah RM288.00 juta dan pada tahun 2013 sahaja sebanyak RM31.61 juta telah diluluskan sebagai subsidi rawatan hemodialisis dan suntikan erythropoietin.
2
-
PERTANYAAN
DARIPADA
NO. SOALAN : 115
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ]
DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan:-(a) jumlah bilangan syarikat jualan langsung berdaftar .dalam negara;
dan (b) apakah yang dilakukan oleh Kementerian untuk mengetatkan lagi
penguatkuasaari undang-undang bagi memantau pendaftaran syarikat jualan langsung.
1
-
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua!
(a) Sehingga 24 September 2014, jumlah bilangan syarikat jualan langsung yang berdaftar dan diberikan lesen di bawah Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid 1993 ialah sebanyak 442 syarikat. Pecahan mengikut jenis pelan pemasaran adalah seperti berikut:
Pelan MLM SLM MO Pemasaran Bilangan 321 78 25 Syarikat
MLM -Multi Level Marketing I Berbilang Tingkat SLM -Single Level Marketing I Satu Tingkat MO -Mail Order I Pesanan Pos
SL/MO JUMLAH
18 442
SUMO- Single Level Marketing/Mail Order /Satu Tingkat/Pesanan Pos
(b) Pemantauan terhadap pendaftaran syarikat jualan langsung dibuat mulai di peringkat awal permohonan sehingga setelah syarikat diluluskan lesen jualan langsung seperti berikut:
(i) Meminta syarikat untuk mengemukakan dokumen permohonan yang berkaitan termasuk pelan pemasaran serta latar belakang pengarah dan pemegang saham syarikat;
(ii) membuat semakan ke atas pelan pemasaran yang akan diguna pakai oleh syarikat bagi memastikan tiada unsur-unsur atau perkiraan skim piramid yang tidak dibenarkan;
2
-
(iii) menyemak pendaftaran produk yang akan dipasarkan oleh syarikat dengan mana-mana badan I agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Tenaga dan Lembaga Atom;
(iv) membuat semakan dengan Pusat Aduan Kementerian (e-Aduan), Sahagian atau Agensi di bawah Kementerian sekiranya terdapat apa-apa aduan berkaitan syarikat yang diterima;
(v) menilai dan menimbang permohonan untuk mendapatkan lesen jualan langsung melalui satu Jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa Kementerian dan lain-lain Kementerian dan agensi; dan
(vi) melaksanakan naziran dan pemeriksaan ke atas premis syarikat dalam tempoh enam (6) bulan selepas diluluskan lesen jualan langsung bagi memastikan syarikat menjalankan perniagaan sebagaimana yang telah diluluskan. Perhatian serius akan ditumpukan kepada pelan pemasaran dan produk/perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat supaya ianya adalah sama seperti kelulusan yang telah diberikan. Selain itu, pemeriksaan berkala juga dilakukan oleh Pejabat-pejabat Cawangan Kementerian di peringkat Negeri dan Daerah bagi memastikan syarikat beroperasi mengikut peruntukan undang-undang.
3
-
SOALAN NO. 116
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
JAWAB BUKAN LISAN
DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO
HARUN NARRASHID [ KOTA TINGGI]
7 OKTOBER 2014 ( SELASA)
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi]
minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan jumlah warga emas yang mendapat
khidmat di dalam Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
1
-
JAWAPAN:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) komited untuk memberi khidmat sokongan kepada warga
emas dan orang kurang upaya (OKU) terutama bagi mereka yang
tinggal bersendirian atau yang tinggal bersama ahli keluarga tetapi
memerlukan khidmat nasihat serta sokongan penjagaan.
Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, KPWKM menerusi Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Program Khidmat
Bantu di Rumah (Home Help Services) pada tahun 2012. Program ini
yang dilaksanakan oleh sukarelawan yang berdaftar dengan JKM
merupakan perkhidmatan pendampingan sosial (social outreach)
kepada dua kumpulan sasar iaitu OKU dan warga emas.
Hingga Ogos 2014 seramai 5,032 warga emas mendapat perkhidmatan
dan manfaat daripada program Home Help Sevices melibatkan 193
kawasan Parl imen di seluruh Negara.
2
-
SOALAN NO.: 117
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOTA TINGGI ]
SO ALAN:
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah keberkesanan khidmat sokongan pemasaran petani koko dalam melahirkan petani berpendapatan tinggi.
-
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program Khidmat Sokongan Pasaran Domestik (KSPD) telah diwujudkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) bertujuan untuk:
i. Memudahkan pemasaran hasil biji koko oleh para pengusaha kecil;
11. Memastikan pengusaha kecil mendapat harga yang berpatutan dan mengurangkan kegiatan orang tengah yang menawarkan harga yang tidak kompetitif; dan
iii. Membantu pekebun kecil meningkatkan kualiti biji koko yang dihasilkan agar dapat meraih pendapatan yang berpatutan.
Sebagai contoh, sekiranya harga semasa biji koko kering di pasaran ialah RM8.50 sekilogram, LKM melalui program KSPD akan membeli daripada petani pada harga RM8.20 sekilogram, di mana RM0.30 dikenakan sebagai kos penghantaran kepada pengisar. Walau bagaimanapun, sekiranya ada pembeli koko kering yang sanggup membayar harga yang tinggi, pekebun-pekebun koko boleh menjual terus kepada pembeli tanpa bantuan dari pihak LKM.
2
-
Sejak tahun 2011 melalui KSPD, kuantiti dan nilai pemasaran biji koko adalah seperti berikut:
TAHUN KUANTITI NILAI (RM) _(TAN M ETRI K)
2011 162.67 1,312,520.00
2012 276.64 1 ,818,930.93 2013 261 .03 1 ,558,496.48
2014 184.53 1,508,080.47 JUMLAH 884.87 6,198,027.88
Secara purata, setiap petani koko mampu menghasilkan 1.5 hingga 2 tan biji koko kering bagi setiap hektar dengan pulangan sebanyak RM12,450 hingga RM16,600 setahun. Mengambil kira kos pengeluaran adalah sekitar RM4,500 hingga RM6,000, pekebun koko mampu mend a pat pendapatan bersih sebanyak RM 7,950 hingga 10,600 setahun. Sekiranya pekebun koko mempunyai tanaman seluas 4 hektar, pendapatan bersih bulanan pekebun koko mampu mencecah RM 2,600 hingga RM3,533 sekaligus menzahirkan hasrat Kerajaan bagi membantu melahirkan pekebun yang berpendapatan tinggi.
Sekian, terima kasih.
3
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
SOALAN ( 118)
Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOTA TINGGI ]
Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOTA TINGGI ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu mekanisme yang dapat memantau serta menghapuskan sistem kartel di dalam industri perumahan yang melibatkan pihak pemaju, agen, peguam dan bank, yang selama ini telah memainkan spekulasi agar harga rumah kediaman menjadi terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.
1
-
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, istilah kartel didefinisikan sebagai
persatuan, pengeluar atau pengusaha sesuatu barangan untuk menguasai
pasaran contohnya seperti mengawal harga sesuatu barangan.
Sehubungan itu, sistem kartel dalam isu perumahan adalah merujuk pada
tindakan kumpulan-kumpulan tertentu yang wujud di dalam pasaran
hartanah di negara ini dan mereka ini yang menjadi salah satu punca
peningkatan dan penetapan harga rumah yang lebih tinggi. Sehingga kini,
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) masih belum menerima sebarang aduan secara rasmi beserta
bukti-bukti kukuh mengenai hal ini.
Walau bagaimanapun, Kerajaan telah mewujudkan satu mekanisme
terancang untuk membendung kenaikan harga rumah akibat dari kegiatan
spekulasi seperti:-
2
-
i) Meningkatkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT);
ii) Meningkatkan harga jualan minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM500,000 kepada RM 1 juta;
iii) Meningkatkan ketelusan harga jualan hartanah di mana pemaju perlu mempamerkan secara terperinci harga jualan termasuk semua manfaat dan insentif yang diberikan kepada pembeli;
iv) Melarang pemaJu perumahan melaksanakan projek yang berciri Developer Interest Bearing Scheme (DIBS).
Bagi menangani pembelian hartanah secara pukal (en bloc), Kementerian
ini telah mengenakan syarat baharu dalam permit iklan dan jualan. Syarat
baru ini mewajibkan pemaju untuk mendaftarkan nama pembeli bagi
penjualan secara pukal iaitu melebihi 4 unit rumah dengan kementerian ini.
3
-
Selain itu, kementerian ini akan terus memantau dan menguatkuasakan
Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 untuk membendung kegiatan yang tidak diingini ini.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan November 2014
4
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SOALAN :-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
SOALAN ( 119)
Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOTA TINGGI ]
Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOTA TINGGI ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan Kementerian bercadang untuk membuat satu mekanisme baru dalam pemberian lesen khas untuk kedai membeli emas dan surat pajak gadai yang beroperasi tanpa lesen.
1
-
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan belum berhasrat untuk
memberi lesen khas kepada kedai membeli emas dan surat pajak gadai
yang beroperasi tanpa lesen pada masa ini. lni disebabkan telah wujud perundangan khusus bagi mengawal selia perniagaan jual beli emas yang
berasingan daripada perniagaan pajak gadai di negara ini. Untuk
perniagaan pajak gadai, ia tertakluk kepada Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81] dan Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai (Kawai an dan Pelesenan) 2004.
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, emas merupakan satu
barangan yang boleh dipajakkan oleh mana-mana individu di premis pajak
gadai berlesen untuk mendapat pembiayaan. Dalam hubungan ini, adalah
menjadi tanggungjawab pemegang pajak gadai berlesen berkenaan untuk
memastikan pajakan (emas) tersebut sentiasa dilindungi dan disimpan selamat. Manakala subseksyen 16(3), Akta 81 pula menetapkan premis
2
-
(kedai) pajak gadai berlesen hanya boleh menjalankan urus niaga pajak gadai sahaja. Larangan ini adalah satu tindakan pencegahan daripada berlakunya penyelewengan dalam perniagaan pajak gadai iaitu penjualan barangan emas yang masih belum matang tempoh pajakannya serta pelupusan barangan pajakan emas yang tidak ditebus dalam tempohnya
tanpa melalui proses lelongan sepertimana ketetapan Seksyen 23, Akta
81.
Selain itu untuk turut menjaga kepentingan pemajak, surat (tiket) pajak tidak boleh dijual beli atau dijadikan sandaran untuk mendapatkan
pembiayaan lain. lni kerana surat pajak adalah merupakan pembuktian
bahawa barangan yang dipajakkan tersebut adalah merupakan hak milik mutlak seseorang pemegang surat pajak berkenaan selaras dengan ketetapan seksyen 30, Akta 81. lni kerana mana-mana individu yang
mengemukakan surat pajak tersebut kepada kedai pajak berlesen yang berkaitan boleh menebus atau melanjutkan tempoh pajakan asal. Untuk itu,
pemajak yang kehilangan surat pajak asal masing-masing, adalah dinasihatkan supaya memohon daripada pemegang pajak gadai berlesen
berkaitan akan salinan catatan dalam bukunya mengenai pajakan itu,
3
-
mengikut ketetapan seksyen 21, Akta 81 bagi mengelakkan perkara tidak
diingini seperti penebusan dan penjualan barang pajakan tanpa
pengetahuan hak milik yang sah.
Berdasarkan kepada keterangan di atas, Kerajaan berpendapat tiada keperluan untuk mewujudkan sebarang mekanisme bagi melesenkan
premis perniagaan pajak gadai yang beroperasi secara haram (tanpa lesen) kerana perundangan sedia ada adalah memadai serta dapat menjamin dan melindungi kepentingan pemajak dan barangan pajakan.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan November 2014
4
-
RT15/120
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN IVIOHD HARUN NARRASHID [ KOT A TINGGI ]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERT ANY AAN BERTULIS
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah statistik penyalahgunaan visa oleh pelajar asing di Malaysia dan adakah Kerajaan bercadang untuk mengubah mekanisme pemberian visa kepada pelajar-pelajar asing supaya isu penyalahgunaan dapat dipantau secara menyeluruh.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Berdasarkan statistik yang diterima daripada Jabatan lmigresen Malaysia (JIM) pada tahun 2013 seramai 1 ,390 pelajar antarabangsa ditangkap melibatkan kesalahan tinggal lebih masa dan melanggar syarat pemberian pas pelajar.
Bagi memastikan pelajar antarabangsa yang benar-benar tulen dan layak sahaja melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, mereka akan disaring sebelum dan selepas memasuki negara ini. Justeru itu, warganegara asing yang memasuki negara menggunakan Pas Lawatan Sosial tidak Jagi akan dipertimbangkan untuk mendapat Pas Pelajar.
-
Pemantauan terhadap pelajar antarabangsa didokong bersama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JIM. Secara amnya, permohonan kemasukan pelajar antarabangsa ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan disaring melalui tiga (3) peringkat iaitu saringan ke atas pelajar antarabangsa, saringan oleh IPTA yang dipilih dan saringan oleh JIM. Manakala, Education Malaysia Global Services (EMGS) sebagai pusat sehenti (one stop centre) akan memproses dan membuat saringan kesahihan dokumen permohonan pelajar antarabangsa ke institusi pengajian tinggi swasta sebelum diperaku kepada JIM untuk pengeluaran pas pelajar.
Namun, sekiranya mereka terlibat di . dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang setelah memasuki Malaysia dan mendapat stiker pas, ia tertakluk kepada Standard Operating Procedure (SOP) agensi penguatkuasaan seperti PDRM, KDN dan JIM. Selain daripada itu, PDRM dan JIM boleh mengambil tindakan secara terus sekiranya IPT didapati cuai di dalam proses mengurus dan memantau pelajar-pelajar antarabangsa yang berdaftar dengan IPT tersebut.
RT15
-
NO. SOALAN: 121
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA: DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG]
RUJUKAN 7263
SOALAN:
Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) kaedah pelupusan yang dipraktikkan oleh PDRM untuk melupuskan komputer-komputer dan mesin-mesin perjudian yang dirampas setelah mendapat arahan mahkamah untuk dilupuskan; dan
(b) sejauh manakah panduan .labatan Alam Sekitar diikuti memandangkan barangan tersebut mengandungi komponen-komponen elektronik dan dikategorikan sebagai e-waste.
-
JAWAPAN:
Bagi menjawab soalan (a), berdasarkan peruntukan Seksyen 16A, Akta Rumah Judi Terbuka 1953 penyitaan dan pemusnahan barang rampasan mesin perjudian sama ada terdapat pertuduhan atau tidak hendaklah berdasarkan arahan dari Majistret kepada Ketua Polis Daerah. Bagi kes-kes di mana tiada pertuduhan, notis 14 hari juga perlu diberikan kepada orang dari mana mesin komputer tersebut dirampas sebelum majistret boleh memerintahkan ianya dirampas dan dilupuskan. Undang-undang adalah senyap mengenai cara bagaimana barang rampasan boleh dimusnahkan di bawah Aida Rumah Judi Terbuka 1953.
Namun begitu pihak PDRM sedar mengenai arahan dari Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 24 September 2010, Ruj: KKIBKP 1 0/535/20/1 5(9) berhubung pelupusan aset yang dikategorikan sebagai buangan berjadual. Berdasarkan senarai aset yang dikategorikan, komputer dan aksesorinya adalah juga dianggap sebagai buangan berjadual. Menurut arahan tersebut pelupusan buangan ini hendaklah dilakukan oleh premis pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sahaja.
Bagi menjawab soalan (b), PDRM akan sentiasa mendapatkan nasihat pihak Jabatan Alam Sekitar sebelum pelupusan sesuatu barangan yang dianggap buangan berjadual.
2
-
Setakat ini prosedur yang dilakukan untuk pelupusan barangan komputer adalah dengan memusnahkannya secara fizikal dan seterusnya dikambus dalam suatu lubang tanah.
3
-
NO SOALAN :122
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID
(PENGERANG) PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG
] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah KPI
pungutan cukai jualan mempengaruhi JKDM untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap penjual/pembuat produk-produk di Malaysia
untuk memungut cukai jualan di bawah Akta Cukai Jualan 1972 (Akta 64)
bersama-sama cukai jua!an terdahulu yang belum dibayar berserta
dengan penalti.
JAWAPAN
Pihak jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merangka satu pefan
-
strategik jabatan bagi tahun 2014 untuk menetapkan KPI pungutan cukai
jualan. Kutipan hasil cukai jualan dilakukan melalui pungutan Akaun
Belum Terima. Untuk mencapai KPI pungutan hasil yang ditetapkan, JKDM
telah mengadakan operasi ke atas syarikat-syarikat yang gagal
menjelaskan cukai dan penalti. Sehingga Jun 2014, sebanyak 6 operasi
telah dijalankan dan amaun cukai jualan yang berjaya dikutip adalah
sebanyak RM 63,042,672.71.
Selain itu, JKDM turut mengeluarkan bil tuntutan bagi syarikat yang gagal
membuat bayaran dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sehingga Ogos
2014, bilangan bil tuntutan (Bill Of Demand- BOD) yang telah dikeluarkan
ke atas syarikat yang gagal membuat bayaran cukai jualan adalah
sebanyak 436 BOD yang melibatkan tunggakan cukai jualan sebanyak RM
532,768,250.91 serta penalti cukai jualan sebanyak RM 59,971.14.
Manakala bagi syarikat yang gagal mematuhi syarat bagi kutipan cukai
jualan, JKDM telah mengambil tindakan menyenarai hitam ahli lembaga
pengarahsyarikat tersebut dari ke luar negara. Sehingga Ogos 2014,
bilangan ahli lembaga pengarah yang telah disenarai hitamkan adalah
-
sebanyak 66 orang daripada melibatkan 24 buah syarikat cukai jualan.
Amaun cukai jualan yang terlibat adalah sebanyak RM18,807 ,862.58 dan
penalti RM459,381.29. Hasil daripada tindakan menyenarai hitam ahli
lembaga pengarah, sebanyak RM5.4 juta cukai jualan tertunggak telah
berjaya dikutip.
Bagi syarikat yang masih gagal mematuhi pembayaran cukai dan penalti,
tindakan mahkamah telah diambil ke atas syarikat tersebut. Sehingga
Ogos 2014, bilangan syarikat yang telah didaftarkan di mahkamah adalah
sebanyak 41 syarikat. Daripada jumlah tersebut, 28 syarikat telah berjaya
didakwa dan didenda sebanyak RM253,200. Manakala 14 syarikat lagi
masih dalam tindakan mahkamah.
-
RT16/123
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERT ANY AAN BERTULIS DARIPADA
DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG ]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian telah atau sedang mencari satu kaedah pengukuran baru untuk mengukur prestasi pendidikan negara selain penanda aras konvensional seperti Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Pentaksiran Murid Antarabangsa (PISA). '
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Selaras dengan perkembangan dan persaingan ekonomi global, kejayaan sesuatu sistem persekolahan tidak lagi boleh diukur berdasarkan kepada standard kebangsaan sahaja tetapi mestilah dibandingkan dengan negara-negara lain pada peringkat antarabangsa. TIMMS dan PISA bertujuan mengukur sejauh mana murid yang hampir mengakhiri persekolahan peringkat menengah telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, terutamanya dalam matematik, sains dan bacaan, untuk menjadi ahli masy~rakat yang berjaya. Sehubungan dengan itu, Kementerian akan terus menggunakan TIIVIMS dan PISA sebagai salah satu input utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) bagi meningkatkan pencapaian dan kualiti sistem pendidikan di Malaysia.
-
NO SOALAN: 124
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
YB DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [PENGERANG]
Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan undang-undang baharu selain Akta Keharmonian Nasional untuk membolehkan tindakan tegas diambil ke atas segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menggugat keharmonian negara dengan cara mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap agama, kaum serta institusi Raja-Raja Melayu.
1
-
JAWAPAN: PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2012, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan menggantikan dengan suatu undang-undang baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di.Malaysia.
2. Sungguhpun begitu, Kerajaan amat prihatin dan mengambil maklum akan pandangan dan maklum balas yang telah diberikan oleh pelbagai pihak berhubung dengan isu pemansuhan ini.
3. Sehubungan dengan itu, YAB Perdana Menteri melalui kenyataan akhbar beliau bertarikh 12 September 2014 telah memaklumkan bahawa rundingan yang menyeluruh akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan. Selepas proses rundingan tersebut diadakan, barulah Kerajaan akan menentukan hala tuju yang akan diambil berhubung dengan Akta Hasutan 1948.
Sekian, terima kasih.
2
-
NO. SOALAN: 125
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SO ALAN:
BUKAN JAWAB LISAN
DATO' SRI AZALINA BINTI DATa OTHMAN SAID [ PENGERANG ]
7264
Dato' Sri Azalina binti Dato Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan-Kerajaan negeri menubuhkan pasukan keselamatan atau ror.daan dengan menggariskan semua panduan dan peraturan tertentu termasuk dalam pemilihan ahli-ahlinya untuk benar-benar memberi manfaat kepada rakyat sekaligus memastikan pasukan-pasukan ini diurus mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
-
JAWAPAN:
Suka dimaklumkan bahawa supremacy (undang-undang utama) Perlembagaan Persekutuan telah termaktub secara jelas di bawah Fasal 1 Perkara 4 dan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan. Hal-hal berkaitan keselamatan dalam negeri yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3 Jadual Kesembilan Sahagian XV Perlembagaan Persekutuan telah diletakkan di bawah Senarai Persekutuan termasuk penubuhan satu-satu pasukan keselamatan bagi maksud ketenteraman awam. Oleh itu, mana-mana pertubuhan yang bergerak dan beroperasi secara tidak sah boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].
2
-
NO. SO ALAN: 126
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA TUAN KHOO 500 SEANG [ TEBRAU ]
RUJUKAN 7265
SO ALAN:
Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan dan peratus pertubuhan-pertubuhan yang telah berdaftar di bawah sistem eROS dan bilakah tarikh tutup untuk pendaftaran. Apakah tindakan yang akan diambil untuk menggalakkan pendaftaran sebelum tarikh tutup.
-
JAWAPAN:
Berdasarkan rekod Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 13,723 pertubuhan telah mengemukakan permohonan baru pendaftarannya di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] melalui Sistem eRoses. Bagi pertubuhan yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebelum Sistem eRoses berkuatkuasa, mereka juga boleh mengakses dan mengemaskini maklumat pertubuhan mereka sepanjang masa. Dalam hal ini, mana-mana pertubuhan baru yang ingin mengemukakan permohonan baru melalui Sistem eRoses ini, ia boleh dilaksanakan bila-bila tanpa tempoh had masa.
2
-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. TUAN KHOO SOO SEANG (TEBRAU)
PERTANYAAN : BERTULIS
NO SO ALAN :127
Y.B. TUAN KHOO 500 SEANG [ TEBRAU ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan anggaran bilangan entiti perniagaan dan
enterprise yang harus berdaftar untuk pembayaran GST dan bilangan
yang telah berdaftar setakat ini
JAWAPAN
Bilangan entiti perniagaan yang layak berdaftar dianggarkan berjumlah
300,000. Sehingga 5 November 2014, jumlah entiti perniagaan dan
enterprise yang telah berdaftar dalam sistem GST ialah sebanyak 125,216
buah syarikat.
-
RT17/128
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
TUAN KHOO 500 SEANG [TEBRAU]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan serta peratus pelajar yang cicir sekolah sebelum tamat pendidikan sekolah menengah dan bilangan serta peratus pelajar yang gagal memperoleh kelayakan SPM atau yang setaraf dengannya setiap tahun bagi 5 tahun kebelakangan ini.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bilangan dan peratus murid yang tidak meneruskan persekolahan di peringkat pendidikan menengah bagi tahun 2009- 2013 adalah seperti berikut:
Tahun Sekolah Menengah Bilangan Peratus
2009 55,136 3.10
2010 47,260 ' 2.65 -
2011 51 J 195 2.86
2012 42,846 1.93
2013 43,428 1.96
-
Keciciran bermaksud murid yang tidak menghadiri atau tidak meneruskan persekolahan dalam sistem persekolahan kerajaan atau swasta dari peringkat rendah (Tahun 1) hingga menengah (Tingkatan 5).
Walau bagaimanapun, tidak semua murid tercicir daripada mengikuti persekolahan kerana sebahagian besar murid yang keluar dari sistem persekolahan KPM meneruskan pelajaran mereka di sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM seperti sekolah pondok, tahfiz dan sekolah swasta yang lain. Sebilangan kecil pula mengikuti home schooling atau mengikut keluarga berhijrah ke luar negara.
-
RT18/129
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
TUAN KHOO SOO SEANG (TEBRAU]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik terkini pembekalan Chromebook kepada sekolah-sekolah di negeri Johor di bawah program 1 BestariNet dan jadual waktu pembekalan kepada sekolah-sekolah yang masih belum dibekalkan.
JAWAPAN
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, i .
Pada masa ini tiada pembekalan Chromebook baharu kepada sekolah-sekolah. Chromebook hanya dibekalkan pada tahun 2013 di bawah Projek Pembekalan Peralatan ICT Ke Makmal Komputer Secara Konsep Makmal Komputer Mudah Alih Menggunakan Perkakasan Notebook Dengan Sistem Operasi Chromebook.
-
RT19/130
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
TUAN KHOO SOO SEANG [TEBRAU]
. JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Tuan Khoo Sao Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah bilangan pelajar cemerlang melebihi kekosongan tempat program-program popular di universiti-universiti tempatan.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dilaksanakan berdasarkan prinsip meritokrasi, dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah ko-kurikulum untuk menjana markah merit cal on.
Sehubungan dengan itu, penetapan merit tidak hanya melihat kepada pencapaian akademik semata-mata. Penentuan dibuat dengan mengambil kira kedua-dua elemen akademik dan kokurikulum calon untuk memastikan IPTA melahirkan graduan yang holistik. Calon-calon yang layak dan memenuhi Syarat Am Universiti, Syarat Khas Program Pengajian serta kriteria pemilihan yang telah ditetapkan akan
-
dipertimbangkan mengikut pilihan program pengajian yang dipohon dan bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA.
Selain daripada itu, proses temuduga turut dilaksanakan di IPTA bagi program pengajian yang memerlukan kompetensi tertentu demi memastikan IPTA mendapat calon yang benar-benar berkelayakan dan memenuhi kehendak dan keperluan program pengajian berkaitan. Sesetengah program pengajian bertemu duga mendapati pemohon gaga! memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengikuti program pengajian berkaitan.
Sekiranya calon gaga! dalam temuduga berkenaan , mereka masih boleh dipertimbangkan untuk ditawarkan progr~m pengajian lain dalam pilihan mereka atau sekiranya mereka bersetuju untuk menerima tawaran
i selain daripada program pengajian yang dipohon, KPM akan memastikan pemohon ditawarkan program pengajian yang bersesuaian berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat di IPTA.
RT1 9
-
SOALAN NO: 131
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
JAWAB BUKAN LISAN
PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [ PASIR GUDANG 1
7 OKTOBER 2014-27 NOVEMBER 2014
131
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang 1 minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk menambahkan program-program keagamaan, sosial, dan kesedaran sivik bagi memupuk semangat cintakan Negara untuk disiarkan di televisyen dan seterusnya dijadikan program rasmi kebangsaan.
JAWAPAN:
Yang Berhormat,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan terus memperkasakan program-program yang berteraskan semangat patriotisme dengan memberi fokus kepada golongan generasi 1 nuda dan belia dari berbilang kaum di samping menggunakan tiga saluran utama, iaitu komunikasi bersemuka, media baru dan media cetak bagi menjelaskan dasar-dasar dan polisi Kerajaan dalam menyemai dan meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.
-
SOALAN NO: 131
Kementerian melalui Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) yang bersiaran menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi ada memperuntukkan siaran untuk golongan belia iaitu em pat jam seminggu di TV1 & TV2.
Manakala 40% rancangan di TVi berkonsepkan generasi muda. Transformasi terus dijalankan untuk menarik golongan belia dengan mengubah pendekatan rancangan yang lebih interaktif demi menyemai semangat cintakan negara.
Antara rancangan yang disiarkan ialah TV1 - Xpresi Kembara, Xplorasi , Idola Bintang, manakala di TV2 - Mini Parlimen, Fun Dance, Penne Penne (Tamil), Gerak Khas dan program Xtreme, Gajet, Jaming di TVi.
Selain itu, pihak stesen penyiar Swasta juga telah memberi banyak tumpuan kepada penerbitan program-program TV dan radio bercorak patriotik dan menyemai semangat perpaduan dan cintakan negara.
-
NO. SOALAN: 132
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SOALAN:
BUKAN JAWAB LISAN
PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAC [PASIR GUDANG]
7266
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad ( Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan punca berlakunya pencetakan bahan bacaan kanak-kanak yang boleh menyebabkan pemesongan akidah sedangkan bahan bacaan tersebut sepatutnya ditapis dahulu oleh Jabatan Penerbitan Nasional dan apakah tindakan yang diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku lagi.
-
JAWAPAN:
Berdasarkan peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, bahan penerbitan yang diterbitkan hanya -sekali keluaran sahaja termasuk bahan bacaan kanak-kanak seumpama itu tidak tertakluk kepada keperluan permit penerbitan. Oleh yang demikian, penjualan dan pengedarannya di pasaran dalam negara adalah dibenarkan.
Namun demikian jika bahan bacaan berkenaan ada mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan pemesongan akidah sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam serta memudaratkan keselamatan negara, Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan mengikut peruntukan Akta berkenaan.
Mana-mana bahan penerbitan yang disyaki mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan pemesongan akidah akan ditahan untuk menjalani proses kajian dan an~lisis serta dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendapatkan perakuan sama ada akan dikenakan Perintah Larangan mengikut Akta berkenaan.
Jika didapati ada asas-asas yang kukuh penerbitan berkenaan mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara, Kementerian akan mengeluarkan suatu perintah di bawah Perintah Mesin Cetak
2
-
dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tak Diingini) mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 mengenakan perintah . larangan terhadap penerbitan tersebut dan pengedarannya ditegah di seluruh negara.
Di samping itu, Kementerian boleh mengambil tindakan mengikut seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 iaitu, sesiapa yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Mana-mana individu, orang ramai atau pertubuhan boleh membuat aduan atau laporan kepada pihak berkuasa agama, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri melalui mekanisme saluran media cetak, elektronik mahupun internet jika terdapat penerbitan agama seumpama itu yang jelas menyalahi undang-undang negara.
3
-
SOALAN NO. 133
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
JAWAB BUKAN LISAN
PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD
[ PASIR GUDANG]
7 OKTOBER 2014 {SELASA)
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan jumlah kes pembuangan dan penderaan bayi dan apakah
program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian bagi membendung
perkara ini yang kebiasaannya melibatkan golongan ibu muda.
1
-
JAWAPAN:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
amat prihatin dan memandang serius akan kes penderaan kanak-kanak
dan pembuangan bayi kerana kanak-kanak merupakan aset penting yang
bakal mencorakkan masa hadapan negara.
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kes penderaan
kanak-kanak yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh 2010 sehingga
April 2014 adalah sebanyak 16,065 kes. Manakala bagi kes pembuangan
bayi pula, berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia bagi tempoh 201 0
hingga September 2014 adalah sebanyak 446 kes .
Bagi menangani kes penderaan kanak-kanak, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai inisiatif yang melibatkan penggubalan dasar dan
perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan serta pelaksanaan
program advokasi.
2
-
Akta Kanak-Kanak 2001
Akta Kanak-Kanak telah digubal pada tahun 2001 bagi memelihara,
melindung dan memulihkan mangsa kanak-kanak. Mereka yang
melakukan penganiayaan atau mendedahkan kanak-kanak hingga
menyebabkan kanak-kanak mengalami kecederaan fizikal, emosi atau
seksual boleh disabitkan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Apabila disabitkan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak
Akta Kanak-Kanak 2001 juga memperuntukkan penubuhan Majlis
Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak untuk menasihati menteri
tentang aspek perlindungan kanak-kanak. Majlis ini mewujudkan Pasukan
Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) yang dianggotai oleh seorang
Pelindung (Pegawai Kebajikan Masyarakat) sebagai pengerusi, pegawai
perubatan, pegawai kanan polis serta anggota masyarakat yang prihatin
terhadap isu sosial yang melibatkan kanak-kanak. Fungsi utama PPKK
adalah untuk menyelaras perkhidmatan setempat kepada keluarga dan
kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan
perlindungan. Pada masa ini terdapat 134 buah PPKK di seluruh negara.
3
-
Dasar Perlindungan Kanak-Kanak
Kerajaan telah menggubal Dasar Perlindungan Kanak-Kanak pada bulan
Julai 2009 untuk memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan
sewajarnya. Dasar ini turut memastikan komitmen menyeluruh diambil oleh semua pihak, termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak dalam
melindungi kanak-kanak khususnya daripada sebarang bentuk keganasan
mental dan fizikal, kecederaan, pengabaian, penderaan atau eksploitasi
dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak.
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
Selain itu, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) telah ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan advokasi kepada keluarga dan
kanak-kanak berisiko tinggi dalam aspek penderaan dan pengabaian. Kini
terdapat 149 PAKK di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada
20,000 orang kanak-kanak. PAKK menyediakan program berbentuk
seminar, kursus dan bengkel serta intervensi yang berbentuk motivasi,
bimbingan kaunseling dan sukan.
4
-
Khidmat Kaunseling
KPWKM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa
penderaan kanak-kanak bagi membantu mengukuhkan emosi dan
psikologi mangsa penderaan kanak-kanak. Dalam hal ini seramai 183
orang Pegawai Psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 orang
Pegawai Psikologi di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), 16 orang Pegawai Psikologi di Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara
(LPPKN), serta 51 orang Panel Kaunselor di bawah penyelarasan LPPKN sentiasa bersedia untuk membantu kanak-kanak dan ahli keluarga apabila
berlaku kes-kes traumatik.
Rumah Kanak-Kanak
Bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, JKM turut menyediakan 12
buah Rumah Kanak-Kanak di seluruh negara untuk memberi perlindungan
kepada mereka.
Pasukan Pencegahan Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-Kanak
(SCAN TEAM)
Selain itu, kerajaan memperkenalkan Scan Team di 34 buah hospital
kerajaan di seluruh negara. Pasukan m1 berperanan khusus untuk
5
-
mengendalikan kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak dan
dilaksanakan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai
Pakar Pediatrik.
Talian Nur 15999 dan Childline
Pada tahun 2007, KPWKM telah memperkenalkan perkhidmatan Talian Nur
15999. Talian ini membantu untuk memudahkan orang awam dan mangsa
penderaan kanak-kanak membuat aduan dan mendapatkan khidmat
nasi hat.
Seterusnya, pada bulan November 2010, KPWKM telah memperluaskan
perkhidmatan Talian Nur 15999 dengan mewujudkan talian khusus bagi
aduan kanak-kanak iaitu Childfine 15999. Talian ini merupakan talian
tambahan bagi memberi perkhidmatan kaunseling kepada kanak-kanak
dan bertindak sebagai perantara untuk menangani kes penganiayaan
kanak-kanak. Sejak dilancarkan pada November 2010 hingga 31 Ogos 2014, talian ini telah mengendalikan sebanyak 12,1 08 panggilan.
6
-
Program Advokasi
Bagi mengukuhkan usaha untuk menangani masalah penderaan kanak-
kanak, KPWKM melalui JKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai program advokasi kepada masyarakat di semua peringkat dengan kerjasama agensi-agensi
kerajaan yang lain dan NGO. Kerajaan telah mengenal pasti beberapa
punca utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak seperti perbalahan
antara keluarga, kekurangan kemahiran keibu bapaan, tekanan kewangan
dan lain-lain lagi. Sehubungan itu, program advokasi telah direka bagi
tujuan menggurangan penderaan kanak-kanak dalam masyarakat. Antara
program yang telah dilaksanakan ialah:
i) Kursus Pra perkahwinan SMARTSTART LPPKN. Sebanyak 567
kursus telah dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan seramai
21,210 pasangan dari tahun 2006 hingga Julai 2014. Program ini
dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, NGO
dan badan-badan agama.
7
-
ii) Program Keluarga@Kerja (Parenting@Work). Sebanyak 649 program telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga Julai 2014
dengan melibatkan penyertaan seramai 27,765 orang ibu bapa.
iii) Kursus llmu Keluarga@LPPKN. Sebanyak 11,032 kursus telah
dilaksanakan pada tahun 2008 hingga Julai 2014 dengan melibatkan
penyertaan seramai 1.26 juta orang peserta.
KPWKM turut mengambil langkah-langkah dalam usaha mengatasi
masalah pembuangan bayi seperti berikut:
i. Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial Kebangsaan
KPWKM telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan yang dipersetujui oleh Kerajaan pada 6 November 2009. Dasar dan Pelan Tindakan ini
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di
kalangan masyarakat terutama ibu bapa dan remaja berhubung
8
-
daripada pelajar sekolah berasrama penuh (SBP), penghuni institusi
... IKM seperti Sekolah Tunas Bakti (STB), Taman Seri Puteri (TSP),
Rumah Kanak-Kanak (RKK) dan Asrama Akhlak (AA), remaja dan ibu bapa yang di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR). Usaha ini merupakan pencegahan awal kepada golongan berisiko
tinggi. Sebanyak 3 latihan Kejurulatihan (TOT) telah dilaksanakan
kepada Pegawai Pelaksana LPPKN, ... IKM dan Guru SBP seluruh
negara. Sebanyak 13 program di institusi JKM dan SBP serta 4
program yang melibatkan remaja dan ibu bapa di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berisiko tinggi di lembah kelang telah
dikenal pasti dilaksanakan pada bulan November ini sebagai program
rintis.
Sebagai kesimpulan, KPWKM amat prihatin akan isu penderaan kanak-
kanak dan pembuangan bayi. Pelbagai program telah dijalankan oleh
kementerian dan agensi-agensi di bawahnya. Walau bagaimanapun,
usaha berterusan dan kerjasama bersepadu daripada semua pihak iaitu
agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik
dan setiap anggota masyarakat diperlukan bagi membanteras kes
penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di negara ini.
11
-
NO. SOALAN: 134
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD
[ PASIR GUDANG ]
PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [ PASIR GUDANG ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah tindakan yang telah dikenakan kepada peniaga-peniaga yang membuat penyelewengan timbangan barang jualan dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku.
1
-
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
Kementerian sentiasa memberikan perhatian yang senus ke arah membendung isu penyelewengan nilai timbangan barang oleh peniaga-peniaga yang menggunakan alat timbang atau sukat yang tidak tepat atau palsu yang mana pelanggarannya merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 (ATS 1972).
2. Bagi tahun ini sehingga 15 September 2014, sebanyak 1,565 tindakan kes telah diambil melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. Walau bagaimanapun, hanya 9 sahaja tindakan kes yang melibatkan pemalsuan timbangan. Antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh peniaga ialah seperti berikut:-
(i) Alat timbang atau sukat tidak ditentusahkan atau ditentusahkan semula;
(ii) Berniaga alat tim bang tanpa lesen;
(iii) 1\/lenggunakan alat timbang yang tidak sesuai;
(iv) Penggunaan alat timbang neraca spring satu muka; dan
(iv) 1\/lembuat perubahan atau memalsukan alat timbang atau sukat.
3. Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kementerian 1n1 dalam mengawal penyelewengan timbangan dan sukatan adalah seperti berikut:
2
-
(i) Penguatkuasa telah mengadakan pemeriksaan secara berkala dan lawatan secara mengejut untuk membuat pemeriksaan ke atas alat timbang yang digunakan oleh peniaga-peniaga bagi memastikan setiap alat timbang yang digunakan bagi tujuan perdagangan telah ditentusahkan dan masih belum tamat tempoh penentusahannya.
(ii) Selain daripada itu, Kementerian juga telah menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa di kompleks-kompleks perniagaan dan pasar-pasar basah bagi memastikan pematuhan undang-undang di kalangan peniaga.
(iii) Penggunaan alat timbang dua muka sebagaimana yang dinyatakan dalam peruntukan undang-undang ke arah memastikan perniagaan yang lebih telus kerana pengguna dapat melihat sendiri nilai timbangan terhadap barangan yang dibeli.
(iv) Di samping itu, Kementerian juga telah mewujudkan Kaunter Khidmat Pengguna di pasar-pasar utama di seluruh negara sebagai kemudahan kepada pengguna untuk membuat timbangan semula ke atas barangan yang telah dibeli sekaligus dapat memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang menggunakan alat timbang yang tidak seimbang atau tid1.k tepat.
3. Kementerian sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang kegiatan penyelewengan timbangan yang dilakukan oleh peniaga supaya tindakan segera dapat diambil terhadap pihak-pihak yang terbabit dengan kesalahan ini.
3
-
NO SOALAN :135
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAM AD
(PASIR GUDANG) PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [ PASIR GUDANG
] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil bagi
memastikan integriti anggota jabatan Kastam Diraja Malaysia berikutan
dakwaan segelintir anggota menjadi punca penyeludupan rokok dan arak
semakin berleluasa.
JAWAPAN
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan serius dalam usaha mensifarkan
rasuah dan pecah amanah serta mana-mana pelakuan yang menjurus ke
arah ketidakpatuhan peraturan dan undang-undang dalam kalangan
penjawat awam.
-
Berhubung dengan persoalan di atas, jabatan Kastam Diraja Malaysia
(JKDM) telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya penambahbaikan
tadbir urus, langkah-langkah pencegahan dan tindakan-tindakan kawalan
dalaman dan punitif dalam usaha membanteras gejala rasuah dan
penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pegawai dan kakitangannya.
Dalam usaha penambahbaikan terhadap tadbir urus, jabatan Kastam
Diraja telah menubuhkan Unit lntegriti pada Ogos 2013 selaras dengan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bertarikh 1 Ogos 2013.
Unit ini berperanan untuk membantu mengurangkan gejala
penyalahgunaan kuasa dan rasuah serta meningkatkan akauntabiliti ke
arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang.
JKDM juga telah membangunkan Sistem e-Penempatan berdasarkan skala
penarafan risiko untuk urusan penempatan dan pertukaran pegawai
berdasarkan kepada I Hot job' ia itu jenis kerja berisiko tinggi berlakunya
rasuah, 'Hot Spot' iaitu tempat kerja berisiko tinggi berlakunya rasuah
dan 'Hot Staff' iaitu pegawai yang berkemungkinan atau berisiko tinggi
-
melakukan rasuah. Selain daripada itu, JKDM telah mengadakan MoU
Integrity dengan pihak-pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada
pihak swasta seperti Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan ejen
penghantaran.
JKDIVI juga telah mengambil inisiatif pencegahan sebagai langkah pro-aktif
dengan mengadakan program-program pengukuhan integriti untuk warga
JKDM seperti menjalankan naziran pengisytiharan harta, selaras dengan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 serta pengauditan kes-kes
tatatertib di Pejabat-Pejabat Negeri. Di samping itu juga, Kod Perilaku
Kastam dan Pelan lntegriti 2010-2014 jKDM merupakan salah satu
medium untuk meningkatkan program-program pengukuhan integriti di
jabatan.
jabatan Kastam Diraja Malaysia turut mengambil pendekatan punitif
sebagai langkah pembetulan antara lain mengenakan tindakan hukuman
tatatertib yang sewajarnya termasuk hukuman buang kerja selaras
dengan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
-
NO. SOALAN: 136
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN LISAN
DARIPADA DATUK WEE JECK SENG [TANJONG PIAl]
SO ALAN
Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan terhadap status pekerja awam kontrak di setiap Kementerian.
-
JAWAPAN: VB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memandangkan pelantikan kontrak adalah bagi tujuan dan tempoh tertentu, Kerajaan tidak meletakkan komitmen pegawai akan dilantik atau diserap ke jawatan tetap.
Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, Kerajaan '
mer;nbantu pegawai lantikan kontrak yang akan menghadiri sesi temu duga bagi tujuan pelantikan secara tetap seperti melalui promram pementoran yang disediakan oleh Ketua Perkhidmatan
'
yang berkenaan. Pegawai juga didedahkan dengan program latihan bagi meningkatkan kompetensi dalam bidang pekerjaan masing-masing.
Sekian. Terima kasih.
2
-
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KETIGA BELAS
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN
DARIPADA
NO. SOALAN
JAWAB BUKAN LISAN
VB. Datuk Wee leek Seng
137
Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WI LA YAH menyatakan Bilakah baki bilangan sambungan Jalan Pekan Nanas ke Tanjung Piai sejauh 8 km akan dibina untuk melengkapkan jajaran jalan berkenaan memandangkan pembinaan jalan berkenaan telah memberikan impak positif yang amat baik kepada masyarakat daripada sudut pembangunan sosial dan ekonomi serta jalan yang telah siap dibina telah digunakan secara efektif oleh masyarakat.
-
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Datuk, Projek Naiktaraf Jalan dari Pekan Nanas ke Tanjung Piai, Pontian (Fasa I) merupakan projek yang disenaraikan di bawah program Jalan Luar Bandar (JALB) Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9). Projek ini telah berjaya dilaksanakan dengan pembinaan jalan sepanjang 18km, berdasarkan piawaian R3 dan sebuah unit jambatan pada tahun 2012. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk jua, Projek Naiktaraf Jalan dari Pekan Nanas ke Tanjung Piai, Pontian (Fasa II) merupakan projek sambungan Fasa I yang melibatkan kerja-kerja naiktaraf jalan sepanjang 11.4 km dan sebuah unit jambatan sepanjang 21 meter. Namun begitu, adalah dimaklumkan bahawa projek ini tidak diluluskan untuk pelaksanaan pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, Kementerian akan menyenaraikan projek ini di bawah perancangan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Tahun 2016. Pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada kelulusan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dan kedudukan semasa kewangan kerajaan.
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SOALAN :-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
Y.B. DATUK WEE JECK SENG [ TANJONG PIAl]
SOALAN ( 138 )
Y.B. DATUK WEE JECK SENG [ TANJONG PIAl ] minta MENTER! KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan bilakah pembinaan projek pelupusan sampah sanitari bagi menggantikan tempat pelupusan sampah di Kampung Air Putih Pekan Nanas akan dilaksanakan memandangkan ia telah tertangguh begitu lama.
1
-
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makiUman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah merancang untuk membina tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Ulu Choh bagi menggantikan tapak pelupusan sisa pepejal di Kampung Air Putih Pekan Nan as.
Pada masa ini KPKT sedang melaksanakan Kajian Penilaian Alam
Sekeliling Terperinci (DEIA). Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan kajian DEJA tersebut.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Peru mahan dan Kerajaan Tempatan
November 2014
2
-
NO. SOALAN:139
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
JAWAPAN OLEH Y.B. DATUK SERI DRS SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BERTULIS
DATUK WEE JECK SENG [ TANJONG PIAl]
Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah projek Klinik Kesihatan (KK3) Pekan Nanas akan dilaksanakan oleh kerana pemakluman pembinaan projek ini telah diketahui masyarakat begitu lama dan tapak juga telah beberapa kali dilawat oleh Menteri dan Menteri Besar sewaktu lawatan kerja ke kawasan.
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyedari keperluan pembinaan sebuah Klinik Kesihatan bagi menampung keperluan penduduk di sekitar Pekan Nenas. Bagi tujuan tersebut Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pekan Nenas telah diluluskan untuk dilaksanakan dan projek ini sedang diperingkat pembinaan sejak 23 September 2014 dan dijangka siap pada 22 September 2016.
-
RT20/140
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
DATUK MADIUS TANGAU [TUARAN]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERT ANY AAN BERTULIS
Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERJ PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil untuk melaksanakan pembinaan SMK Pekan Nabalu.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima cadangan beberapa tapak baharu untuk pembinaan SMK Nabalu daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan telah mengenal pasti tapak yang bersesuaian. KPM sedang meneliti proses seterusnya tentang urusan pengambilan batik tapak tersebut.
-
RT21/141
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERT ANY AAN BERTULIS DARIPADA
DATUK MADIUS TANGAU [TUARAN]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTER! PENDIDIKAN menyatakan bilakah SK Penimbawan dan SK Pekan Kiulu (yang terbakar) dan SK Bawang (yang terkena tanah runtuh) akan dibina semula.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memastikan bangunan-bangunan sekolah sedia ada dipulihara dan kemudahannya ditambahbaik dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, Kementerian telahpun mengemukakan permohonan peruntukan untuk projek gantian penuh SK Pekan Kiulu (yang terbakar) dan SK Bawang (yang terkena tanah runtuh) dalam Rolling Plan Ke-4 bagi pelaksanaan tahun 2015 kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan negara.
Manakala bagi projek gantian penuh SK Penimbawan pula, permohonan peruntukannya akan disenaraikan dalam permohonan RMKe-11 mengikut keutamaan.
-
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KETIGA BELAS
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKVAT MALAYSIA
PERTANYAAN
DARIPADA
NO. SOALAN
JAWAB BUKAN LISAN
VB DATUK MADIUS TANGAU [TUARAN]
142
Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan bilakah Lebuh Raya Telipok-Kiulu-Pukak-Lokos-Rondoggung yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kelulusannya sebelum PRU-13 akan mula dibina
-
JAW A~ AN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, projek tersebut tiada dalam perancangan Kementerian ini. Oleh yang demikian, pihak Kementerian akan berhubung dengan Pihak Berkuasa 1\Jegeri Sabah untuk menjalankan siasatan tapak bagi tujuan permohonan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk
. pelaksanaan pada RMKe-11.
Walaubagaimanapun, permohonan ini adalah tertakluk kepada kelulusan oleh UPE, JPM dan kedudukan semasa
. kewangan Kerajaan.
-
PERTANYAAN DARIPADA KAWASAN
SO ALAN:
SOALAN NO.: 143
PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
BERTULIS YB. DATUK MADIUS TANGAU TUARAN
YB. DATUK MADIUS TANGAU (TUARAN) minta MENTERI KERJA RA YA menyatakan bilakah Kerajaan akan memulakan pembinaan naik taraf Jalan Bulatan Berungis ke Bulatan Mengkabong dan ke Pe