nur farhana binti abdullah zawawi
TRANSCRIPT
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR
MATHEMATICAL SCIENCES
(SME 3023)
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
DISEDIAKAN OLEH:
NUR FARHANA BINTI ABDULLAH ZAWAWI
D20081032220
PENSYARAH:
PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
TAJUK: SEKOLAH GAGAL MENYEDIAKAN PELAJAR YANG BERDAYA SAING
DALAM SECARA GLOBAL DALAM TIMSS
1. Apakah masalah tersebut?
Malaysia telah menunjukkan pencapaian kemajuan yang memberangsangkan dalam sistem
pendidikan semenjak 50 tahun lepas. Pada hari ini, kadar literasi golongan dewasa di Malaysia
melebihi 92%. Kita juga telah berjaya mencapai kadar pernyataan peringkat rendah yang
universal, serta kadar pertumbuhan penyertaan peringkat menengah antara yang tertinggi
berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.
Walaubagaimanapun, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian ini, malah kita
masih perlu berusaha bagi meningkatkan pencapaian pendidikan Negara. Hal ini membuktikan
dengan pencapaian pelajar Malaysia dalam keputusan TIMSS yang menunjukkan penurunan
berbanding dengan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Jurang pencapaian
pelajar dalam bidang Matematik dan Sains meluas misalnya lebih kurang 20% pelajar Malaysia
gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi matapelajaran matematik dan Sains pada
tahun 2007, berbanding hanya 5 – 7% pada 2003. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama
kerana kualiti pendidikan tinggi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa
panjang. Sekiranya tiada usaha dijalanan untuk melonjakkan standard pendidikan ke tahap yang
lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan pada masa ini dan
kurang berdaya saing pada masa hadapan.
2. Mengapa wujudnya masalah tersebut?
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan sekolah sebagai tempat untuk belajar dan
mengajar, dan tempat menerima dan memberi pelajaran. Menurut Ouspensky (1979), sekolah
adalah tempat dalam kerja-kerja yang ditentukan oleh persediaan, kekananan, usaha, keupayaan,
keyakinan terhadap pengajar dan memahami matlamat kerja.
Kajian yang telah dijalankan oleh Hui Peng Liew dan Suet-ling Pong (2004) melaporkan
lima kategori pembolehubah telah digunakan sebagai peramal pencapaian matematik dan sains
dalam latar belakang kajiannya adalah; 1) pelajar (komposisi dan struktur etnik, jantina,
keluarga, status sosio-ekonomi dan keluarga), 2) pengaruh lain yang ketara, 3) sikap pelajar dan
harapan pendidikan, 4) bayang-bayang persekolahan dan 5) ciri-ciri sekolah. Berdasarkan kajian
tersebut, sekolah mempengaruhi dua pembolehubah dalam pencapaian bagi dua mata pelajaran
iaitu Sains dan Matematik. Kajian ini jelas menunjukkan sekolah merupakan salah satu faktor
yang perlu diberi tumpuan dalam menentukan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik seterusnya pencapaian negara Malaysia dalam TIMSS.
Disamping itu, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan telah
menjelaskan bahawa sekolah diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam
pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid seterusnya dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
Malangnya kegagalan dan kekurangan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah,
pengurusan kewangan sekolah yang lemah, kegagalan sekolah dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan pengurusan staf yang kurang baik menyebabkan sekolah gagal
dalam melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik terutamanya dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik. Hal ini dapat dilihat dalam kajian TIMSS yang telah dijalankan
dimana pencapaian Malaysia dalam dua mata pelajaran ini dilaporkan semakin merosot. Jurang
pencapaian pelajar dalam bidang Matematik dan Sains meluas misalnya lebih kurang 20%
pelajar Malaysia gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi matapelajaran matematik
dan Sains pada tahun 2007, berbanding hanya 5 – 7% pada 2003. Oleh yang demikian, sekolah
memainkan peranan penting dalam menyediakan pelajar agar dapat bersaing secara global bagi
subjek Sains dan Matematik.
MASALAH: SEKOLAH GAGAL MENYEDIAKAN PELAJAR YANG BERDAYA
SAING DALAM SECARA GLOBAL DALAM TIMSS
LANGKAH 1
Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah yang
Cekap
KELEBIHAN
Sekolah mampu menggunakan
kurikulum yang fleksibel bagi
memastikan prosos pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan.
Peruntukkan masa pengajaran dan
kelas tambahan dapat diatur dengan
baik.
Dapat memberikan pengalaman
pembelajaran yang berkesan melaui
program atau aktiviti yang melibatkan
mata pelajaran Sains dan Matematik.
KELEMAHAN
Terdapat kekangan yang tidak dapat
dielakkan dalam menjalankan
kurikulum sekolah deangan baik
contohnya kekurangan bahan bantu
mengajar.
Terdapat sekolah yang memberikan
peruntukan masa yang sedikit bagi
mata pelajaran Sains dan Matematik.
Kekurangan masa, kepakaran dan
bajet menghalang sekolah untuk
melaksanakn aktiviti pengajaran yang
pelbagai.
KELEBIHAN
Pengagihan kewangan mengikut
keperluan dan kesesuaian dapat
melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran contohnya Per Capita
Grand (PCG).
Kewangan yang kukuh dapat
membantu proses pengajaran dari segi
penyediaan bahan bantu mengajar
yang mencukupi dan program bagi
mata pelajaran Sains dan Matematik.
KELEMAHAN
Panitia matapelajaran matematik dan
sains tidak dapat membelanjakan
peruntukan ini dengan baik.
Pengagihan kewangan yang tidak
sistematik dan penyelewengan sumber
kewangan.
LANGKAH 2
Pengurusan Kewangan Sekolah yang Wajar
LANGKAH 3
Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran yang
Kondusif
KELEBIHAN
Persekitaran pembelajaran yang
kondusif dapat memastikan proses
pengajran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar.
Pelajar dapat belajar melalui
pengalaman dan melibatkan diri
dengan aktif dalam proses p&p.
Pelajar dapat belajar dalam keadaan
yang selesa dan hala ini membantu
pelajar dalam pelajar memahami
matapelajarn Sains dan Matematik
dengan baik.
KELEMAHAN
Sekolah tidak mampu menyediakan
persekitaran pembelajaran yang
kondusif bersesuaian dengan topik
yang dipelajari contoh pengajaran
topik eksperimen sains hanya
dilakukan di dalam bilik darjah.
Sekolah-sekolah yang terletak di
geografi terpencil, kampung atau luar
bandar kawasan, sub-bandar, atau
kawasan bandar, bilangan guru-guru
sepenuh masa, dan keterukan
ketidakhadiran memberi kesan
terhadap pencapaian pelajar dalam
Matematik dan Sains yang juga
mempengaruhi kedudukan Malaysia
dalam TIMMS.
LANGKAH 4
Pengurusan Staf Berdasarkan Prestasi
KELEBIHAN
Pengurusan staf secara berkesan dapat
menjamin kebersanan proses
pengajaran dan pembelajaran
contohnya pengagihan guru untuk
mengajar bidang pengkhususan
masing-masing.
KELEMAHAN
Pengurusan dan pengambilan staf
berdasarkan kekananan menyebabkan
ilmu tidak dapat diampaikan dengan
baik dan hal ini akan menyebakan
pelajar tidak faham topik yang diajar.
Lebihan guru Sains dan Matematik
menyebakan guru untuk mengajar
bidang pengkhususan masing-masing.
Langkah terbaik dalam menyelesaikan masalah ini adalah
dengan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah yang Cekap.
Pemilihan ini adalah berdasarkan:
Pengurusan dan pentadbiran warga sekolah, sumber
kewangan dan kurikulum sekolah yang baik penting bagi
memastikan pelajar agar mampu bersaing secara global
khususnya dalam matapelajaran Sains dan Matematik.
KESIMPULAN
Pengurusan dan
Pentadbiran
Sekolah yang
Cekap
Mewujudkan
Persekitaran
Pembelajaran
yang Kondusif
Pengurusan
Staf
Berdasarkan
Prestasi
Pengurusan
Kewangan
Sekolah yang
Wajar
PENYELESAIAN TERBAIK