nota psv 3111.docx
TRANSCRIPT
Pengertian Dan Tujuan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam
semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi
tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru
‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna
dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang
diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di
bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama
dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak
diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian,
beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam
merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan,
sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang
diajar.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan
sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus
yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan
seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian,
pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan
formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting
bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan
adil.
Konsep Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat
tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang
produk sesuatu proses pendidikan.
Tujuan pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran
Prinsip Pentaksiran
Prinsip Pentaksiran
Pengertian Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata
pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu
kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan
sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan
mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan
dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan
bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan
perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul
dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan
boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan
menjalankan pengujian yang berkualiti.
Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi
membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah
boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran
pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan
sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan
pelajar.
a. Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan
sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin
untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru
boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah
pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.
b. Penggredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred
pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau
‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh
memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar
khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan
membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar.
Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama
dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat
penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah.
c. Pemilihan dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan
penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata
pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga
digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.
d. Kaunseling dan Bimbingan
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya
maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan
intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga
membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi
memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati.
Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan
perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat
memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang
guru dan keberkesanan kurikulum. Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi
pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan
kurikulum.
Tujuan Penilaiani. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada
pelajar-dalam perkara yang hendak diajar.
ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai
atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan
peringkat kelas yang sama di sekolah.
iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian
mereka.
v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran
mereka.
vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu
kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan
tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan
dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui
pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio,
bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan
dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan
kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.
a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar
dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan
pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan
unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis.
Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan.
Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti
pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh
meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat
ditekankan di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan
pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan
sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian
ujian formatif tidak sesuai digred.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam
keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus.
Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif
dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk
tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal
pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak
digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang
lebih tinggi.
Penilaian Pra Kelayakan dan DiagnostikPenilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi,
bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang
ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan
sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya
beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar
pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.
- Ujian PencapaianUjian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi
sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah
belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku
pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
- Ujian KecerdasanUjian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas
pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am
seseorang individu.
- Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan
kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi
memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti
pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara
teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam
sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan
pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja
pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan
memenuhi kehendak soalan ujian.
d. Penilaian AlternatifPenilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu
alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di
sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan
oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek,
kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang
ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku
subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-
sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak
digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan
bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan
terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.
Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji
perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan
tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan,
kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu
yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam
penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru
pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan
teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara
sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan
yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah
laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta
pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah
laku yang perlu diperhati dan direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan
berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan
kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal
pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah
laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui
kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin
senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku
yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu,
paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai
tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran
pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku
kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja,
sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain
isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil
penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada
pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku
merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan
masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya
tingkah laku yang diperhati.
JENIS-JENIS PEMERHATIAN
Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam
kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.
Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu
sebagai peserta dan pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-
aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh
dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang
tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.
Pemerhatian Bukan Peserta
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk
membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum
mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala
gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan
bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera
video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran
pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak
berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada
ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula
kepada keputusan yang lebih tepat.
Kebaikan Kaedah Pemerhatian
• Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan
tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh
dipercayai.
• Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh
menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.
• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada
pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah
dikenal pasti.
Kelemahan Kaedah Pemerhatian
• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan
diteliti.
• Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka
diperhati.
• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang
tidak konsisten dan sesuka hati mereka.
• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain
seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.
Portfolio
Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan
bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini
dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan
dengan alat penilaian benar.
Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :
• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
• Contoh hasil kerja pelajar
• Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual
• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting
untuk dikongsi bersama pihak lain
• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah
dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain
mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea
secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat,
bahan atau teknik tertentu.
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan
ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan
keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik.
Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan
mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran
pelajar.
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi
proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan.
Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan
penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.
Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :
Kajian• Pemerhatian dan pengamatan
• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
Lakaran• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif
‘Pewujudan Idea’
• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar• Merangka reka cadang atau model
• Menentukan alatan dan bahan
• Prototaip (jika berkaitan)
Persembahan Portfolio• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
• Mengikut urutan
• Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian,
lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk,
bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan
kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
• Jurnal
• Diari
• Laporan
• Kompilasi catatan yang dijilid
• Beberapa helaian kertas yang di kokot
• Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara
umum.
Antaranya :
• Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian
pelajar
• Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
• Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
• kemajuan pembelajaran pelajar
• Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
• Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar
yang lain
Cadangan Kandungan Portfolio
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,
antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :• Catatan pra penulisan
• Draf projek penulisan
• Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
• Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
• Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan interpersonal seperti :• Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
• Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
• Catatan jurnal
• Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
• Sampel latihan refleksi kendiri
• Soal selidik
• Carta kemajuan
• Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri
Hasil Kerja
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid
yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian
adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.
Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang
sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,
bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru
berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek
seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam
kemahiran berfikir.
Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,
kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara
yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep,
penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial,
perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan
perubahan sikap murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan
pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam
bentuk folio.
Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara
logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi
serta membuat perancangan.
Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman
konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.
Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus
menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras
kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
• HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak penilai;
ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;
iii. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.
Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar
bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;
Tujuan Pentaksirani. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk
memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap
iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
2.1 Jenis Pentaksiran
2.1.1 Pentaksiran autentik
Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang
mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner &
Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak
mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum
balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti
yang disebut oleh HillS (1993);
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi
pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran
sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang
melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’
merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku
Educational Assessment of Students).
Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk
dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual
dengan rasional lain seperti yang berikut:
a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak:
- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan
seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.
Ciri-ciri Pentaksiran AutentikPentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis
keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv. Subjek membina maksud yang tersirat.
v. Berpusatkan kanak-kanak.
Contoh-contoh pentaksiran autentik;
Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains)
atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;
Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.
Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka
dan masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
Kesimpulan Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari
pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat
memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-
kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
PKSRPenilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ; Pemulihan, Pengayaan
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)
Penilaian Berasaskan Sekolah Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah
untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara
menyeluruh.
Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan
dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih
bermakna dan bermanfaat.
Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina
dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.
Pengertian Satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian Kendalian
Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan
KBSM.
Hanya melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan jenis
tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid iaitu sama ada untuk
menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Prinsip Satu prinsip PKSR/PKSM yang penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap
pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan
murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis.
Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil
pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan.
Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR meliputi:
a) pengetahuan
b) kemahiran berfikir
c) kemahiran berbahasa
d) kemahiran mengira
e) kemahiran belajar
f) kemahiran amali
g) kemahiran manipulatif
h) kemahiran bersosial
i) daya kreatif
j) kemahiran proses sains
k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni
l) sikap
m) kesihatan dan kecergasan
n) kemahiran kenestetik
o) bahan pembelajaran
p) minat
Tujuan Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada PBS.
Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan
susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan
yang telah dikenal pasti.
Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk
agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS.
Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan manusia
melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima teguran,
bimbingan dan ajaran guru.
Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang
dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran
pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna.
Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenis-
jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi mereka dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciriMenekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan
ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar
dalam bilik darjah.
Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yang diperoleh
daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua
bidang yang berkaitan dengan pendidikan.
Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan – membaiki
pembelajaran seterusnya.
Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan guru mengubahsuai strategi
dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke
semasa.
Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar seperti intelek, rohani,
jasmani dan emosi dinilai.
Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan
diuruskan secara berpusat.
Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)
1. Merancang-guru perlu menentukan hasil pembelajaran,kaedah penilaian serta instrumen yang
digunakan dalam proses penilaian.
2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan - guru menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot.
- mengesan kekuatan dan kelemahan murid setelah beberapa kali sesi pembelajaran.
3. Melaksanakan penilaian melalui ujian– ujian lisan atau bertulis.
4. Membina instrumen – merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU)
– membina soalan-soalan kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan
5. Melaksanakan Penilaian – cara lisan/penulisan
- penilaian secara profesional supaya terdapat kebolehpercayaan yang tinggi.
6. Merekod- mencatat kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik.
- menganalisis & mentafsir rekod untuk membuat tindakan susul atau
penambahbaikan.
7. Melapor- penyampaian maklumat penilaian tentang perkembangan dan pencapaian murid
dalam bentuk markah atau gred dari semasa ke semasa kepada pihak-pihak tertentu.
Penilaian Alternatif- bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif
dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.
- Jenis penilaian alternatif yang bolehdigunakan oleh guru ialah
a) Portfolio
b) Persembahan / Amali
c) Pemerhatian
a) Portfolio • Satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber
yang relevan dengan objektif mata pelajaran.
• Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian murid-murid untuk mata
pelajaran yang berlainan di sekolah.
• Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang berikut
iaitu:
- nota-nota yang disediakan oleh guru
- senarai semak yang disediakan oleh guru
- refleksi kendiri pelajar
- buku log
- catatan jurnal
- gambar & foto
• Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja, portfolio
dokumentari & portfolio produk akhir.
• Kebaikan:
- melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran & pembelajaran.
- Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.
- Menilai tahap perkembangan murid-murid.
- Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai
tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.
b) Persembahan / Amali• Untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu.
• Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak bergantung kpd
penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi.
• Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa.
• Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt berikut:
- mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.
- menstrukturkan pembentangan.
- menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan.
• Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dlm kerja
ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai
pembelajaran murid.
• Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu set data,
selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data itu.
• Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek:
- contoh-contoh yang dikaitkan
- edaran-edaran yang berkait
- peralatan yang digunakan dlm persembahan
c) Pemerhatian• Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif & psikomotor,
khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik & Pendidikan
Jasmani.
• Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid-murid
meningkatkan keupayaan mereka secara individu.
• Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh
drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian.
• Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar.
• Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui
pemerhatian, projek / kerja lapangan.
• Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan dapatannya,
kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan, pengetahuan serta
pengalaman sebenar penilai (guru).
• Strategi Pelaksanaan
- dibuat secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang.
- dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif,
psikomotor, bahan & persekitaran.
- dibuat secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh guru
PEMULIHAN
Konsep Pemulihan:• Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.
• Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul.
• Program Pendidikan Pemulihan adalah
~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang
dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah
biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid menjalinkan
kontak mesra dengan persekitarannya.
~ satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam pencapaian
akademik mereka.
Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan:• Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum
dicapainya dalam pelajaran lampau.
• Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi
mereka.
• Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam
menyelesaikan masalah.
• Untuk membantu murid membina keyakinan diri.
• Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan
betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini.
• Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran misalnya
matematik mengikut kebolehannya.
• Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan
oleh PERBEZAAN INDIVIDU.
• Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha
merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
~ menjalankan ujian dignostik
PENGAYAANKonsep Pengayaan:• Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang
lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik
darjah
Tujuan dan Rasional Pengayaan:• Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid
• Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka
• Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya
kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam
pelbagai bidang
• Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima
Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan:• Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid
• Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri
• Berbentuk lembaran kerja atau projek
Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan:• Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap
sekolah
• Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar
kendiri
• Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan
memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang
ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku
subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-
sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak
digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan
bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan
terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.
Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji
perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan
tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan,
kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu
yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam
penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru
pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan
teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara
sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan
yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah
laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta
pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah
laku yang perlu diperhati dan direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan
berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan
kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal
pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah
laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui
kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin
senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku
yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu,
paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai
tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran
pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku
kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja,
sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain
isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil
penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada
pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku
merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan
masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya
tingkah laku yang diperhati.
JENIS-JENIS PEMERHATIAN
Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam
kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.
Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu
sebagai peserta dan pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-
aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh
dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang
tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.
Pemerhatian Bukan Peserta
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk
membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum
mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala
gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan
bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera
video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran
pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak
berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada
ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula
kepada keputusan yang lebih tepat.
Kebaikan Kaedah Pemerhatian
• Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan
tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh
dipercayai.
• Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh
menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.
• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada
pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah
dikenal pasti.
Kelemahan Kaedah Pemerhatian
• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan
diteliti.
• Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka
diperhati.
• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang
tidak konsisten dan sesuka hati mereka.
• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain
seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.
Portfolio
Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan
bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini
dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan
dengan alat penilaian benar.
Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :
• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
• Contoh hasil kerja pelajar
• Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual
• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting
untuk dikongsi bersama pihak lain
• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah
dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain
mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea
secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat,
bahan atau teknik tertentu.
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan
ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan
keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik.
Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan
mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran
pelajar.
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi
proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan.
Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan
penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.
Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :
Kajian• Pemerhatian dan pengamatan
• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
Lakaran• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif
‘Pewujudan Idea’
• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar• Merangka reka cadang atau model
• Menentukan alatan dan bahan
• Prototaip (jika berkaitan)
Persembahan Portfolio• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
• Mengikut urutan
• Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian,
lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk,
bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan
kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
• Jurnal
• Diari
• Laporan
• Kompilasi catatan yang dijilid
• Beberapa helaian kertas yang di kokot
• Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara
umum.
Antaranya :
• Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian
pelajar
• Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
• Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
• kemajuan pembelajaran pelajar
• Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
• Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar
yang lain
Cadangan Kandungan Portfolio
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,
antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :• Catatan pra penulisan
• Draf projek penulisan
• Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
• Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
• Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan interpersonal seperti :• Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
• Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
• Catatan jurnal
• Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
• Sampel latihan refleksi kendiri
• Soal selidik
• Carta kemajuan
• Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri
Hasil Kerja
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid
yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian
adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.
Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang
sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,
bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru
berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek
seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam
kemahiran berfikir.
Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,
kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara
yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep,
penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial,
perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan
perubahan sikap murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan
pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam
bentuk folio.
Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara
logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi
serta membuat perancangan.
Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman
konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.
Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus
menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras
kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.
Pentaksiran “Performance Based”
Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek
penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki
pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir
menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan,
kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang
untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa
ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar
menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia
sebenar.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke
semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat
secara keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasisebenar).
Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan
penyelesaian masalah
dalam sesuatu situasi yang diberikan.
3. Mengukur berdasarkan keupayaan.Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-
- Bahan penulisan
- Persembahan
- Gerak kerja projek
Pentaksiran dan Motivasi
Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri
individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku
ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat
menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian
suatu tujuan.
Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.
Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;
• sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada
secara negatif atau positif
• Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan
• Darjah Kesungguhan
• Stimulator / semangat
Tiga Kategori Motivasi
i. Motif Primer :• Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar
• Faali/psikologis
• Keinginan untuk makan & minum
ii. Motif Umum:• Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar
• Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia
• Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan
iii. Motif Sekunder:• Tumbuh sebagai hasil proses belajar
• Tidak berhubungan dengan proses faali
• Kebutuhan berprestasi & berkuasa