nota literasi bm

4
1.2.1 Definisi dan Konsep Penyerapan Menurut Novesah Baharum et al.(2005) penyerapan bermaksud proses atau perbuatan menyerap. Penyerapan juga boleh dimaksudkan dengan pengambilan dan memasukkan ke dalam satu sistem, iaitu fikiran yang bertindak sebagai penerima dan penyebatian. Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menyatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dari mata-mata pelajaran lain. Konteks pengajaran Bahasa Melayu sebenar menjelaskan penyerapan sebagai unsure-unsur sistem bahasa yang akan diajarkan itu diselitkan dalam kemahiran bahasa yang lain merangkumi empat unsure, iaitu: (a) Pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencukupi hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. (b) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. (c) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. (d) Kemahiran bernilai tambah yang lain, seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar dan cara belajar, kajian masa depan,kecerdasan pelbagai, pembelajarn konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.

Upload: geetha-shan

Post on 14-Jul-2015

972 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota literasi bm

1.2.1 Definisi dan Konsep Penyerapan

Menurut Novesah Baharum et al.(2005) penyerapan bermaksud proses atau

perbuatan menyerap. Penyerapan juga boleh dimaksudkan dengan pengambilan dan

memasukkan ke dalam satu sistem, iaitu fikiran yang bertindak sebagai penerima dan

penyebatian. Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menyatakan bahawa

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan

kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai

ilmu dan disiplin dari mata-mata pelajaran lain. Konteks pengajaran Bahasa Melayu

sebenar menjelaskan penyerapan sebagai unsure-unsur sistem bahasa yang akan

diajarkan itu diselitkan dalam kemahiran bahasa yang lain merangkumi empat unsure,

iaitu:

(a) Pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencukupi hal-hal persendirian

dan kemasyarakatan.

(b) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang

berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

(c) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang diserapkan secara terancang

dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

(d) Kemahiran bernilai tambah yang lain, seperti kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi, kemahiran belajar dan cara belajar, kajian masa depan,kecerdasan

pelbagai, pembelajarn konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual dengan

mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai,

kebolehan murid serta sumber yang ada.

Page 2: Nota literasi bm

1.2.2Penyerapan Mata Pelajaran Pendidikan Muzik dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Muzik merupakan satu elemen yang boleh diserapkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Melalui penyerapan elemen muzik, proses pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya

subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap

unsur muzik yang diserapkan perlu mempunyai hubungkait dengan subjek yang diajar.

Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang

memberi kesan yang positif. Melalui kaedah penerapan unsur muzik, murid akan lebih

terdorong untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan muzik yang

bersesuaian dengan suasana dan mood kelas amat penting bagi menghilangkan

kebosanan dalam kalangan murid. Muzik terdiri dari susunan irama dan melodi yang

boleh mendamaikan jiwa dan sesetengah muzik mampu menaikkan semangat

pendengar. Muzik instrumental iaitu susunan melodi tanpa vokal yang lebih bersifat

sentimental mampu untuk memberikan ketenangan kepada murid dan sesuai

digunakan ketika sesi membaca.

Selain itu, terdapat juga sesetengah lagu yang mempunyai unsur-unsur

pendidikan seperti lagu Anak Ayam dan Sepuluh Budak Hitam yang berunsurkan

Matematik dan lagu Bangau Oh Bangau yang mengandungi unsur-unsur Sains. Selain

itu, guru juga boleh menggubah lirik yang berunsurkan subjek yang diajar dan

dipadankan dengan melodi yang sesuai untuk proses pengajaran dan pmbelajaran. Hal

ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.

Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan

satu langkah yang baik dan wajar dilakukan oleh guru untuk mewujudkan satu kaedah

mendidik yang lebih menyeronokkan. Langkah ini dapat menarik minat murid untuk

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

Page 3: Nota literasi bm

1.2 Penyerapan Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Mata pelajaran Pendidikan Muzik Membantu kanak-kanak menyuburkan perkembangan

kreatif dan daya estetika yang terkandung pelbagai program seperti nyanyian,

pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat muzik dan respons kepada

visual dan verbal bunyi-bunyian. Selain daripada itu, pendidikan muzik juga dapat

menyumbang kepada perkembangan intelek, emosi, social dan fizikal di samping

berperanan sebagai satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang

terganggu.Kini peranan muzik menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat

Malaysia. Kanak-kanak cepat terangsang kepada irama muzik didengarinya secara

semula jadi. Kanak-kanak juga lazimnya berasa selesa untuk melahirkan ekspresi

melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas dalam Pendidikan Muzik di

sekolah-sekolah. Aktiviti nyanyian dalam pendidikan literasi boleh merangsang minat

murid-murid untuk belajar dan hasilnya boleh dilihat dalam masa yang singkat.

Page 4: Nota literasi bm

1.2.3 Prinsip pemilihan lagu dan seni kata yang baik

Prinsip Pemilihan Lagu

Pemilihan lagu yang baik banyak bergantung kepada aspek tahap kecerdasan, minat

dan kebolehan murid. Antara panduan yang perlu diikuti semasa memilih lagu adalah:

(a) Lagu yang dipilih perlulah sesuai dengan suara dan tahap murid.

(b) Nadanya sederhana, iaitu tidak terlalu tinggi atau rendah.

(c) Irama lagu yang dipilih mestilah mudah dan menarik.

(d) Seni kata tentang kegembiraan dan bukannya kesedihan.

(e) Ada terkandung cerita atau peristiwa dalam lagu berkenaan.

(f) Mempunyai perkaitan tentang kehidupan harian mereka.

(g) Seni kata yang berulang-ulang supaya murid-murid mudah mengingat.

(h) Iramanya juga perlulah berulang-ulang.

(i) Melodinya menarik.

(j) Mood lagunya hendaklah riang, ceria dan pelbagai.