nota kata bilangan

3
TATABAHASA – KATA BILANGAN Tingkatan 1 Kata Bilangan digunakan untuk menyatakan bilangan atau banyaknya sesuatu benda. Kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk menghitung sesuatu seperti buah, biji, orang, ekor. Bentuk dan sebagainya dikenali sebagai kata penjodoh bilangan. Ada enam jenis kata bilangan iaitu Kata Bilangan Tentu Kata Bilangan Tak Tentu Kata Bilangan Himpunan Kata Bilangan Pisahan Kata Bilangan Pecahan Kata Bilangan Tingkat. 1. KATA BILANGAN TENTU Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang tentu seperti satu, dua, tiga, empat, sepuluh, dua puluh, seratus, seribu dan sebagainya. Digunakan bersama-sama kata penjodoh bilangan untuk menghitung kata nama konkrit. PERHATIAN Kesalahan yang sering ditemui ialah pengguguran kata penjodoh bilangan dalam penggunaan kata bilangan tentu seperti di bawah; SALAH BETUL Enam perompak Enam orang perompak tiga lukisan Tiga buah lukisan Lima lembu Lima ekor lembu Namun begitu, kata bilangan tetap yang diikuti oleh kata nama abstrak tidak memerlukan kata penjodoh bilangan. Lihat contoh di bawah; SALAH BETUL Dua buah cita-cita Dua cita-cita Sebuah cadangan Satu cadangan Satu buah idea Satu idea 2. KATA BILANGAN TAK TENTU Digunakan untuk menerangkan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa, berbagai-bagai, pelbagai, para, segala, semua, seluruh, sekalian, sebahagian, sebilangan, segelintir, segenap dan sebagainya. PERHATIAN Selain beberapa, kata bilangan tak tentu tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan. Contoh; SALAH BETUL 1

Upload: thiwagar-muniandy

Post on 27-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kata Bilangan

TATABAHASA – KATA BILANGAN Tingkatan 1

Kata Bilangan digunakan untuk menyatakan bilangan atau banyaknya sesuatu benda. Kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk menghitung sesuatu seperti buah, biji, orang, ekor. Bentuk dan sebagainya dikenali sebagai kata penjodoh bilangan.

Ada enam jenis kata bilangan iaitu Kata Bilangan Tentu Kata Bilangan Tak Tentu Kata Bilangan Himpunan Kata Bilangan Pisahan Kata Bilangan Pecahan Kata Bilangan Tingkat.

1. KATA BILANGAN TENTU Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang tentu seperti satu, dua, tiga, empat, sepuluh, dua

puluh, seratus, seribu dan sebagainya. Digunakan bersama-sama kata penjodoh bilangan untuk menghitung kata nama konkrit. PERHATIAN Kesalahan yang sering ditemui ialah pengguguran kata penjodoh bilangan dalam penggunaan kata

bilangan tentu seperti di bawah;

SALAH BETULEnam perompak Enam orang perompak

tiga lukisan Tiga buah lukisanLima lembu Lima ekor lembu

Namun begitu, kata bilangan tetap yang diikuti oleh kata nama abstrak tidak memerlukan kata penjodoh bilangan. Lihat contoh di bawah;

SALAH BETULDua buah cita-cita Dua cita-citaSebuah cadangan Satu cadangan

Satu buah idea Satu idea

2. KATA BILANGAN TAK TENTU Digunakan untuk menerangkan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa, berbagai-bagai,

pelbagai, para, segala, semua, seluruh, sekalian, sebahagian, sebilangan, segelintir, segenap dan sebagainya.

PERHATIAN Selain beberapa, kata bilangan tak tentu tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.

Contoh;

SALAH BETULBeberapa banduan Beberapa orang banduan

Para orang pelancong Para pelancongSemua orang guru Semua guru

Segala ekor binatang Segala binatangSegelintir orang pelajar Segelintar pelajar

Setengah-setengah orang peserta Sesetengah-sesetengah peserta

PERHATIAN Kata bilangan tak tentu seperti para, berbagai-bagai dan setengah-setengah sering digunakan

dengan cara yang salah, contoh

Para-para remaja (X) berbagai masalah (X) setengah murid (X)1

Page 2: Nota Kata Bilangan

Para-para penonton (X) berbagai cadangan (X) setengah kanak-kanak (X)Para-para guru (X) berbagai langkah(X) setengah penduduk (X)

Kata para juga tidak boleh digunakan untuk golongan yang dianggap rendah taraf sosialnya;

SALAH BETULPara perompak Semua perompakPara pengganas Semua pengganas

Para peragut Semua peragut

3. KATA BILANGAN HIMPUNAN Digunakan untuk menyatakan sesuatu bilangan secara himpunan seperti berpuluh-puluh, beratus-

ratus, beribu-ribu, kedua-dua, keempat-empat dan sebagainya. Kata Penjodoh Bilangan mesti digunakan bersama-sama dengan kata bilangan himpunan. Elakkan

kesalahan umum seperti di bawah;

SALAH BETULBeribu-ribu penduduk Beribu-ribu orang pendudukBerpuluh-puluh ayam Berpuluh-puluh ekor ayamKedua-dua pramugari Kedua-dua orang pramugari

Harus diingat bahawa kata bilangan himpunan beratus-ratus, beribu-ribu dan berpuluh-puluh tidak boleh ditulis sebagai beratus, beribu dan berpuluh.

SALAH BETULBeribu orang peminat Formula 1 Beribu-ribu orang peminat Formula 1

Beratus orang peserta Beratus-ratus orang pesertaBerpuluh pelancong Berpuluh-puluh orang pelancong

Namun begitu, kata bilangan himpunana beratus-ratus, beribu-ribu, dan berjuta-juta boleh ditulis sebagai;Ratusan pelancong (√) Ratusan orang pelancong (X)Ribuan penonton (√) Ribuan orang penonton (X)Jutaan peminat (√) Jutaan orang peminat (X)

4. KATA BILANGAN PISAHAN Digunakan untuk menghitung sesuatu secara satu persatu atau berasingan seperti masing-masing,

tiap-tiap (setiap)

PERHATIAN Kata Bilangan Pisahan tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan;

SALAH BETULTiap-tiap orang pelajar Tiap-tiap pelajar

Setiap orang warganegara Setiap warganegaraSetiap orang calon Setiap calon

Kata Bilangan Pisahan tiap-tiap juga tidak boleh ditulis sebagai tiap sahaja.

5. KATA BILANGAN PECAHAN

Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang berupa pecahan seperti setengah, seperdua, dua pertiga dan seumpamanya.

Kata Bilangan Tentu seperti satu, dua, tiga, seratus, seribu tidak boleh diikuti oleh dengan kata bilangan pecahan seperti berikut;

2

Page 3: Nota Kata Bilangan

SALAH BETULDua setengah jam Dua jam setengah

Lima setengah ringgit Lima ringgit setengahEmpat suku jam Empat jam suku

Dua setengah sudu teh Dua sudu teh setengah

6. KATA BILANGAN TINGKAT Menggunakan kata awalan ke, misalnya kedua, ketiga, kelima, keseratus dan sebagainya. Biasa dikelirukan dengan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga.

SALAH BETULKedua orang budak Kedua-dua orang budak

Kelima orang pengawas Kelima-lima orang pengawas

3