nota kaedah bmm3117
TRANSCRIPT
Definisi Kaedah
kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan.
kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan
sesuatu pendekatan yang dipilih.
Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu
objektif pengajaran.
Jenis-Jenis Kaedah
Kaedah pengajaran
Bahasa Melayu
Kaedah natural
Kaedah Oral-Aural
Kaedah Bahasa Komuniti
Kaedah Kod Kognitif
Kaedah linguistik
Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah Terus
Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kaedah Natural
Konsep
Berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif
Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa
tertentu.
kaedah ini melihat bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan makna dengan mesej.
Ciri-ciri Kaedah Natural
Penekanan kepada persembahan input pemahaman dalam
bahasa sasaran
Kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat
memenuhi keperluan murid
Memperkembangkan keupayaan bahasa
melalui penguasaan dan pembelajaran
Mirip kepada prinsip audio-linguis
Kebaikan Kaedah Natural
Murid tidak dipaksa mengucapkan sesuatu sehingga mereka betul-betul bersedia untuk berbuat demikian.
Murid mengambil bahagian aktif untuk memperoleh input pemahaman.
Murid tidak perlu menguasai bentuk dan struktur ayat semasa menentukan matlamat komunikasi murid.
Objektif pelaksanaan bergantung kepada keperluan, kemahiran bahasa dan peringkat yang akan diajar kepada murid.
Kelemahan Kaedah Natural
Penguasaan bahasa hanya berlaku apabila memahami mesej.
Guru perlu menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran secara berkesan.
Murid harus boleh bercakap dalam bahasa sasaran selepas beberapa jam pembelajaran.
Guru terbeban kerana terpaksa menjadi sumber utama.
Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Konsep
Ciri-ciri Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kebaikan Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kaedah ini berfokus kepada
kemahiran menulis dan bukannya
kemahiran lisan.
Kaedah ini tidak mementingkan fonetik ketika
menggunakannya.
Kaedah ini memberi peluang kepada
murid untuk menterjemahkan bahan daripada bahasa asing ke
bahasa jati.
Gabungan tatabahasa
dengan terjemahan.
Berfokus kepada aspek tulisan
Mengekalkan bahasa pertama sebagai sistem
rujukan
Menekankan hafazan peraturan tatabahasa
Pengajaran dan praktikalnya
berdasarkan ayat
Berteraskan pendekatan deduktif
Kelemahan Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Menjimatkan masa kerana tidak
memerlukan masa yang panjang.
Menjimatkan kos kerana tidak memerlukan
pembiayaan yang banyak.
Tidak membebankan guru kerana tidak
perlu menyediakan BBM.
Guru kurang fasih masih berpeluang mengajar bahasa
berkenaan.
Tidak memerlukan latihan intensif yang
lama.
Tidak mengehadkan bilangan murid di dalam bilik darjah.
Murid boleh belajar sendiri tanpa
bimbingan guru.
Kaedah Terus
Sukar membuat terjemahan kerana dua perkataan berbeza
untuk maksud yang sama.
Persepsi salah dalam kalangan murid kerana
menganggap fonetik tidak penting.
Murid juga beranggapan bahawa pembelajaran struktur bahasa tidak penting kerana menekankan aspek hafazan.
Konsep
Kaedah yang membabitkan pengajaran perbualan
Tujuannya adalah untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak
Murid-murid diajar untuk menguasai keempat-empat kemahiran bahasa
secara berkesan
Segala pengajaran tidak menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-
murid
Ciri-ciri Kaedah Terus
Mempelajari sesuatu yang mudah dahulu sebelum abstrak.
Mempelajari sesuatu keseluruhan.
Latih tubi diuatamakan.
Mengutamakan sebutan yang betul dan sempurna.
Murid tidak diajar hukum-hukum bahasa.
Tidak menggunakan terjemahan.
Murid-murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar.
Utamakan bahasa lisan di mana kemahiran mendengar didahulukan.
Pengajaran haruslah berpandukan lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.
Timbulkan perasaan ingin tahu menerusi soalan yang dikemukakan.
Mementingkan pengalaman sedia ada murid.
Hubungan secara terus antara perkataan dengan benda, ayat dengan fikiran dan sebagainya.
Kebaikan Kaedah Terus
Kelemahan Kaedah Terus
Penglibatan murid secara aktif
Penglibatan murid secara menyeluruh
Murid dapat berkomunikasi atau bertutur dengan cepat dan lancar.
Menekankan aspek penguasaan bahasa dan komunikasi.
Tugas guru bertambah sukar terutama mengajar perkataan sukar dan abstrak
Mengambil masa yang lama untuk melihat hasilnya
Memerlukan guru-guru yang terlatih
Menerbitkan kekeliruan makna sepanjang pengajaran guru
Hanya sesuai untuk murid-murid pandai sahaja
Kaedah Ajuk Hafaz
Konsep
Konsep
Kaedah ini dilakukan secara demonstrasi
dan latih tubi
Pengajaran demonstrasi oleh guru perlulah berkaitan
dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan
kata melalui guru bahasa
Sesudah ayat dibaca, murid-murid diminta
mengajuknya sehinggalah ayat-ayat tersebut diingati
dan hafaz oleh murid.
Ciri-ciri Kaedah Ajuk Hafaz
Kebaikan Kaedah Ajuk Hafaz
Tatabahasa diajar secara menghafaz
Menggunakan beberapa ayat asas melalui cara
ajukan.
Apabila ayat telah dihafaz sepenuhnya, murid diminta
membaca deskripsi asal dalam bahasa ibunya.
Mudah kerana murid belajar melalui hafazan dan ajukan
Murid berpeluang menguasai pelajaran dengan cepat dan betul
Kelemahan Kedah Ajuk Hafaz
Tugas guru bertambah kerana terpaksa menyediakan latihan pertuturan yang banyak
Memerlukaan guru menguasai cara sebutan yang betul terlebih dahulu
Kaedah Linguistik
KONSEP
Kaedah ini digunakan untuk pengajaran bahasa moden secara saintifik dengan membandingkan
dua bahasa.
Pengetahuan bahasa murid harus tertumpu kepada bentuk dan
fungsi bahasa.
Kaedah ini amat mementingkan aspek pertuturan dan membolehkan guru menggunakan bahasa yang telah
diketahui oleh murid-murid semasa proses pengajaran di dalam bilik
darjah.
Tujuannya supaya murid menggunakan bahasa yang telah
diketahui untuk mempelajari bahasa baharu dari segi bunyinya.
Ciri-ciri Kaedah Linguistik
Ciri-ciri Kaedah Linguistik
Mendahulukan bentuk daripada makna.
Mementingkan pengetahuan fonetik kerana pemilihan bunyi yang sama dalam
kedua-dua bahasa diutamakan.
Mengajar dahulu sebutan bunyi yang ada persamaan dengan bunyi bahasa yang
diketahui.
Pemilihan bentuk ayat adalah berdasarkan bentuk ayat yang ada dalam bahasa
ibunda.
Kebaikan Kaedah Linguistik
Guru berpeluang menyediakan bahan pengajaran dengan lebih tersusun dan teratur.
Murid-murid dapat memahami dengan jelas bahan tatabahasa yang dipelajari.
Menjimatkan masa.
Murid-murid dapat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa yang dipelajari dengan cepat.
Dapat mengelakkan salah faham dalam kalangan murid-murid terhadap bahasa yang dipelajari.
Kelemahan Kaedah Linguistik
Hasil yang dijangka tidak mungkin tercapai sebab hukum-hukum bahasa sentiasa berubah-ubah dari
semasa ke semasa.
Murid sukar membaca kerana kaedah ini menekankan bahasa pertuturan (lisan) semata-mata.
Murid sukar membaca kerana bahan bacaan dikarang dalam bahasa tulisan.
Hanya boleh diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam ilmu bahasa, pengajaran dan pendidikan
sahaja.
Kaedah ini mengambil masa yang lama dan memerlukan belanja besar.
Murid-murid hanya dapat menuturkan apa yang diajar sahaja tetapi tidak dapat
memperkembangkannya dengan baik.
Kaedah Kod Kognitif
Konsep
KONSEP
Kaedah ini wujud berasaskan pendapat
golongan mentalis yang memandang bahasa
sebagai kreativiti mental.
Kaedah ini merupakan pembaharuan dan
pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan.
Menekankan aspek bentuk dan makna menyebabkan murid-murid yang hendak mempelajari sesuatu bahasa baharu itu harus terlebih dahulu mengetahui sistem bahasa yang didasarkan kepada hukum
dan norma dalam tatabahasa.
Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif
Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif Menekankan kemahiran membaca dan
menulis.
Murid-murid perlu berpengetahuan tentang tatabahasa yang hendak dipelajari.
Murid-murid diberi galakan untuk menggunakan secara maksimum
kemampuan kreatif.
Pengertian dan huraian dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran perlu
diwujudkan guru.
Menggunakan aplikasi tatabahasa transformasi-generatif untuk menghuraikan
bahasa.
Kebaikan dan Kelemahan Kaedah Kod Kognitif
Kebaikan Kaedah Kod Kognitif
Murid berpeluang belajar membaca dan menulis dengan bimbingan guru sepenuhnya.
Murid diberikan peluang untuk menghasilkan bahan
menggunakan kreativiti sendiri secara maksimum.
Kelemahan Kaedah Kod Kognitif
Murid perlu mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukum dan norma dalam ilmu tatabahasa terlebih dahulu.
Kaedah Bahasa Komuniti
Konsep
Konsep
Dalam kaedah bahasa komuniti, murid-murid akan menjadi ahli dalam
komuniti.
Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam komuniti
tersebut.
Matlamatnya adalah untuk memastikan murid-murid belajar cara-cara berkomunikasi
menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya sendiri.
Ciri-ciri Kaedah Bahasa Komuniti
Memupuk semangat kekitaan dan perasaan keselamatan.
Kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari.
Peranan guru sebagai pembimbing.
Guru mengenal pasti sejauh manakah situasi pembelajaran
yang baharu ini boleh menggugat proses
pembelajaran yang mantap.
Guru perlu menyokong dan memahami sifat murid-murid
dalam usaha untuk menguasai bahasa tersebut.
Peringkat awal pelaksanaannya, murid-murid dibenarkan untuk bergantung
kepada guru-guru. Tetapi apabila proses pembelajaran
meningkat, mereka perlu berdikari.
Kebaikan Kaedah Bahasa Komuniti
Murid dibenarkan untuk menggunakan bahasa pertama dalam pada masa yang sama berpeluang menigkatkan bahasa kedua mereka.
Proses terjemahan oleh guru membantu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam tatabahasa.
Memantapkan penguasaan murid dalam bidang perbualan dan struktur ayat.
Murid juga bebas bercakap tentang apa jua topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.
Murid berpeluang membincang serta membahaskan tajuk-tajuk tertentu secara bebas tanpa mengambil kira tahap penguasaan bahasa mereka.
Menyemai sikap bersaing secara sihat dalam kalangan rakan sebaya.
Membantu murid menangani faktor-faktor yang boleh mengancam diri mereka seperti kerap kali melakukan kesalahan.
Melahirkan kumpulan komuniti sokongan yang boleh membantu murid-murid mengurangkan rasa cemas dan takut.
Kelemahan Kaedah Bahasa Komuniti
Sukar untuk melaksanakan kehendak kaedah ini yang menetapkan bilangan murid di dalam sesebuah bilik darjah adalah antara 6-12 orang murid sahaja.
Guru hilang fokus terhadap susunan dan aras kesukaran jika murid membangkitkan struktur tatabahasa yang kompleks.
Menyukarkan guru kerana mereka terpaksa menguasai dan fasih bahasa pertama dan bahasa kedua sebelum melaksanakannya kepada murid.
Guru sukar untuk memastikan semua murid berminat terhadap tajuk yang diperbincangkan dan sekali gus menarik minat mereka menyertai perbincangan.
Tidak sesuai dilaksanakan untuk kelas yang muridnya terdiri daripada pelbagai jurusan.
Kaedah Oral-Aural
Konsep
Ciri-ciri Kaedah Oral-Aural
Kaedah oral-Aural juga dikenali sebagai kaedah dengar-tutur.
Kaedah ini memperkembangkan keempat-
empat kemahiran bahasa kepada murid-murid.
Walau bagaimanapun, kemahiran mendengar dan
bertutur diberikan keutamaan.
Kaedah ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti
pula dengan cara ajukan.
Kebaikan dan Kelemahan Oral-Aural
Ciri-ciri Kaedah Oral-Aural
Dimulakan dengan beberapa dialog tertentu.
Dialog dipelajari melalui proses meniru dan
menghafaz.
Aktiviti dijalankan secara kumpulan.
Murid yang berjaya mencapai kemahiran
yang diharapkan barulah diberikan teks.
Kebaikan Kaedah Oral-Aural
Murid mudah menerima pelajaran kerana aktiviti
latih tubi.
Murid berpeluang meniru dan menghafaz apa-apa
yang diajarkan guru.
Kesalahan yang dilakukan murid-murid akan
dibetulkan oleh guru dan mereka diminta
mengulang-ulang perkataan yang betul.
Kelemahan Kaedah Oral-Aural
Membebankan guru kerana keperluan tenaga
yang banyak untuk menjalankan latih tubi.
Memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk
dilaksanakan.
Murid bosan kerana terlalu banyak latihan oral.
Murid hilang keyakinan untuk belajar kerana
menganggap pembelajaran hanya tertumpu kepada
aktiviti oral sahaja.