nota cerpen munsyi
TRANSCRIPT
©aidahsmkbm2016
Munsyi (Husna Nazri)
Sinopsis
Mel bercita-cita untuk menetap di kota. Namun demikian, bondanya melarang selagi ilmu agamanya masih
cetek dan penguasaan bahasa ibundanya masih lemah. Bonda sering mengingatkan Mel tentang gejala sosial yang menular di bandar, permasalahan bahasa dan agama. Selain itu, bonda turut bercerita kepada
Mel tentang rusuhan kaum yang pernah melanda negara pada 13 Mei 1969. Mel nekad untuk mendalami bahasa ibunda. Pesanan bonda kepada Mel ialah agama merupakan baju peribadi bangsa, manakala bahasa
ibunda ialah warisan kita. Akhirnya, Mel menjejakkan kaki di kota. Mel bertemu dengan Munsyi yang menerima pesanan kitab-kitab lama daripada bonda Mel yang memaklumkan bahawa hanya Munsyi yang
layak menerima khazanah nenek moyangnya. Di kota, Mel menyaksikan kepincangan akhlak dan penggunaan bahasa ibunda yang dicampuradukkan dengan bahasa asing dan loghat daerah. Setelah sekian
lama di kota, Mel mendapat khabar tentang perkampungan Melayu di pinggir bandar yang juga merupakan tempat tinggal Munsyi akan diroboh untuk pembangunan mewah oleh saudagar-saudagar asing. Mel telah
menyaksikan rumah Munsyi diroboh. Buku-bukunya turut musnah.Munsyi gagal dikesan selepas peristiwa tersebut.
Tema
Semangat cinta akan negara, bangsa, bahasa dan budaya yang masih tersemai kukuh dalam jiwa segelintir
golongan masyarakat.
Persoalan
1. Ketegasan seorang ibu dalam menasihati anaknya tentang kepentingan bahasa dan agama. Bonda sering menegaskan bahawa bahasa tidak boleh diabaikan kerana bahasa merupakan maruah bangsa
yang diwariskan oleh nenek moyang.
2. Dasar pecah dan perintah penjajah yang membawa kepada ketidakseimbangan ekonomi sehingga membawa kepada rusuhan kaum Peristiwa 13 Mei 1969 yang bermula di kota besar dan mewah.
3. Semangat untuk membela dan mengekalkan warisan budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang
Mel sanggup menyampaikan buku berkaitan dengan bahasa yang merupakan khazanah nenek moyang kepada Munsyi.
4. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya dengan cara sering menitip pesan tentang kehidupan
Bonda sering mengingatkan Mel agar memelihara agama dan bahasa ibunda agar dihormati.
5. Sikap muda mudi yang mengabaikan penggunaan bahasa ibunda yang betul dan meminggirkan ajaran agama. Penggunaan bahasa rojak dan loghat rekaan serta pergaulan bebas di kota mewah yang
disaksikan oleh Mel.
6. Keazaman yang kental dalam jiwa anak muda untuk menghayati sesuatu ilmu yang bermanfaat Mel membelek-belek kitab lama tulisan Jawi yang padat ilmunya.
©aidahsmkbm2016
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Mel
1 Seorang pemuda desa.
2 Bercita-cita untuk ke bandar.
3 Rajin membaca kitab lama tulisan Jawi.
Perwatakan:
4 Taat akan bondanya. Bondanya kerap menitip pesan agar menjaga agama dan bahasa ibunda.
©aidahsmkbm2016
5 Hormat akan orang yang lebih tua. Bersalam sewaktu berjumpa dengan Munsyi. Mel juga tidak berkasar dengan bondanya.
6 Optimis -Mel ingin mencari peluang pekerjaan untuk masa depan.
7 Cinta akan Bahasa- Menyampaikan pesanan bonda agar menyerahkan kitab khazanah nenek moyang
kepada Munsyi.
Bonda
1 Ibu kepada Mel.
Perwatakan:
2 Wanita yang tegas -Melarang Mel ke bandar tanpa ilmu yang mencukupi dan penguasaan bahasa ibunda
yang kurang mantap.
3 Penyayang -Amat menyayangi Mel dengan menitip pesan untuk kebaikan diri Mel.
4 Berpengetahuan tinggi tentang sejarah tanah air -Mampu menceritakan peristiwa sejarah rusuhan kaum Dengan baik.
5 Pejuang bahasa -Buktinya, bonda menyimpan kitab Jawi khazanah nenek moyang tentang bahasa
ibunda.
6 Pembela budaya bangsa dan agama -Sentiasa mengingatkan Mel agar menjaga bahasa dan agama.
7 Mempunyai semangat setia kawan yang tinggi -Berpesan kepada Mel agar menyampaikan kitab-kitab lama kepada kenalan lamanya, Munsyi.
8 Bijak berbicara -Mematahkan hujah Mel yang menegaskan bahawa sejarah tidak perlu dibahaskan
lagi.Perbandingan dibuat dengan bangsa Yahudi.
Munsyi
1 Lelaki warga emas.
2 Mempunyai janggut putih yang hampir menutupi wajah yang putih.
3 Berpakaian seperti Maharaja Kesultanan Melayu, lengkap dengan keris.
Perwatakan:
4 Mudah mesra -Melayani Mel dengan baik sewaktu kunjungan yang pertama.
5 Pejuang bahasa ibunda -Munsyi seorang pejuang bahasa ibunda.
©aidahsmkbm2016
©aidahsmkbm2016