nota 2 teori dan konsep dalam hubungan etnik

11
NOTA 2: TEORI DAN KONSEP DALAM HUBUNGAN ETNIK (EUW 235) – MINGGU 2 Disediakan Oleh En. Muhammad Izmer Yusof BSc Dec.Sc UUM MSc. Strategic Studies UUM Didalam bab yang kedua ini, pemahaman pelajar tentang hubungan etnik akan difokuskan kepada teori dan konsep-konsep asas dalam memahami disiplin ilmu ini. OBJEKTIF: Memahami konsep dan teori asas dalam disiplin ilmu hubungan etnik Membincangkan fenomena hubungan etnik diperingkat lokal dan global Memahami betapa peripentingnya pemahaman hubungan etnik diterapkan di Malaysia Dalam memahami konsep asas hubungan etnik, adalah perlu kita memahami konsep masyarakat dan manusia dari kaca mata skop sosiologi 1 dan juga antropologi 2 . “Society” atau masyarakat adalah satu bentuk am dimana kajian hubungan etnik boleh dilihat dan dilakukan. Masyarakat atau komuniti merupakan satu unit dalam social strata kehidupan manusia. Masyarakat/ Society/ Komuniti 1 Sosiologi adalah disiplin yang mengkaji masyarakat dan komuniti sosial. 2 Antropologi adalah disiplin yang mengkaji manusia.

Upload: wan-ting

Post on 28-Dec-2015

114 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Nota 2 Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Etnik

NOTA 2: TEORI DAN KONSEP DALAM HUBUNGAN ETNIK (EUW 235) – MINGGU 2

Disediakan Oleh

En. Muhammad Izmer Yusof

BSc Dec.Sc UUM

MSc. Strategic Studies UUM

Didalam bab yang kedua ini, pemahaman pelajar tentang hubungan etnik akan difokuskan kepada teori dan konsep-konsep asas dalam memahami disiplin ilmu ini.

OBJEKTIF:

Memahami konsep dan teori asas dalam disiplin ilmu hubungan etnik

Membincangkan fenomena hubungan etnik diperingkat lokal dan global

Memahami betapa peripentingnya pemahaman hubungan etnik diterapkan di Malaysia

Dalam memahami konsep asas hubungan etnik, adalah perlu kita memahami konsep masyarakat dan manusia dari kaca mata skop sosiologi1 dan juga antropologi2. “Society” atau masyarakat adalah satu bentuk am dimana kajian hubungan etnik boleh dilihat dan dilakukan. Masyarakat atau komuniti merupakan satu unit dalam social strata kehidupan manusia.

Masyarakat/ Society/ Komuniti

Masyarakat atau komuniti ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia, dimana didalam kumpulan ini kita dapat kenal pasti ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri ini adalah seperti batasan budaya tertentu, identity, agama, demografi social, ras, etnisiti dan pelbagai lagi yang membentuk satu ciri komuniti.

Masyarakat atau “society” dari perkataan societas/societe (friendly association, companionship) selalunya mempunya solidariti tersendiri yang membentuk rasa kebersamaan dalam komuniti tersebut.

Secara am, kita boleh mengatakan masyarakat atau komuniti ini boleh terdiri daripada etnik tunggal, berbilang etnik, satu bangsa, berbilang bangsa, satu kawasan, atau beberapa kawasan, satu budaya atau beberapa budaya, dan satu Negara atau beberapa Negara.

1 Sosiologi adalah disiplin yang mengkaji masyarakat dan komuniti sosial.

2 Antropologi adalah disiplin yang mengkaji manusia.

Page 2: Nota 2 Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Etnik

Secara mudah, klasifikasi masyarakat adalah ditentukan oleh perspektif kita sendiri. Sebagai contoh, kita ada masyarakat melayu, masyarakat cina dan masyarakat india. Kalau digabungkan ketiga-tiga masyarakat ini, kita boleh mengatakan ini adalah masyarakat Malaysia. Kalau kita gabungkan lagi dengan Indonesia, Filipina dan Singapura, kita akan menjadi masyarakat Asian.

Sesebuah masyarakat akan mempunyai strukturnya yang tersendiri sebagai satu organisasi yang berfungsi. Masyarakat atau komuniti akan mempunyai:

Struktur Politik

Struktur Sosial

Struktur Ekonomi

MASYARAKAT DARI KACA MATA SOSIOLOGI ANTROPOLOGI

Melihat kepada kewujudan masyarakat dan struktur didalamnya, ahli sosiologi meletakan salah satu ciri dalam masyarakat adalah dinamisme. Masyarakat berubah-rubah dari masa ke masa mengikut keadaaan dan pengaruh sekeliling. Sifat masyarakat yang berubah-rubah dilihat meletakkan masyarakat sebagai sesuatu yang berevolusi.

Evolusi Masyarakat

Masyarakat bermula dari:

Unit tunggal

Unit keluarga

Unit Puak/Tribal

Unit Komuniti

Unit Negara

Evolusi dari unit tunggal kepada unit Negara atau Negara bangsa, dilihat berfaktorkan beberapa pekara, dan antara yang paling utama adalah faktor

Ekonomi

Industrialisasi

Globalisasi

Faktor ekonomi dilihat sebagai pendorong yang kuat dalam membentuk sesebuah bentuk masyarakat. Jika kita melihat pandangan dari Professor Emeritus (Ekonomi) Angus Madisson,

Page 3: Nota 2 Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Etnik

UK. Dalam bukunya Phases of Capitalist Development, beliau menyimpulkan empat era utama dalam pembentukkan masyarakat manusia adalah berdasarkan faktor ekonomi.

Masyarakat bermula

Pertanian (500AD-1500AD)

Pertanian Maju (1500AD-1700AD)

Kapitalisme Perdagang (1700AD-1820AD)

Kapitalisme (1820AD-1980sAD)

Gerhard Emanuel Lenski pula meletakkan pembentukkan masyarakat bermula dengan lima tahap yang juga membentuk ciri ekonomi dan komuniti yang tersendiri dan berbeza antara satu tahap dan tahap yang lain. Lenski mengariskan faktor dinamisme social masyarakat ditentukan oleh EKONOMI, TEKNOLOGI dan KOMUNIKASI dimana ini membentuk masyarakat bermula dari..

Pemburu dan Pemetik (hunter gatherer)

Pertanian Ringkas (simple agrarianism)

Pertanian Maju (advance agrarianism)

Industri (industrialize)

Spesifik (Maritime society, Fishing Society, Military Society..etc etc)

Karl Marx, salah seorang sarjana bidang ekonomi, falsafah dan social meletakkan masyarakat terdiri dari lima kelas dimana setiap kelas bercirikan keadaan ekonomi yang berbeza. Bagi Marx, masyarakat atau komuniti ini ditentukan oleh keadaan material (kebendaan) dimana hubungan manusia antara satu sama lain adalah untuk memenuhi kehendak asas (home food and cloth)

Marx juga menyatakan bahawa, ekonomi adalah faktor penentu utama dalam kehidupan. Marx membahagikan evolusi komuniti (berasaskan ekonomi berbeza) kepada lima tahap utama.

Egalitar (masyarakat tanpa kelas)

Penghambaan

Fuedalisme

Kapitalisme

Komunisme

Kesemua tahap masyarakat ini membentuk organisasi dan bentuk ekonomi yang tertentu.

Page 4: Nota 2 Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Etnik

MASYARAKAT MAJMUK/ PLURAL SOCIETY

Kajian hubungan etnik dan kajian ras tidak akan lengkap tanpa kajian mengenai masyarakat majmuk. Kita sedia maklum masyarakat boleh mengambil bentuk homogenus dan juga heterogenus. Sarjana seperti J.S. Furnival, Van Der Berge, Michael Banton, dan Jenks merupakan antara yang mengkaji masyarakat plural menggunakan pendekatan sosiologi.

J.S. Furnival merupakan antara sarjana yang awal mengunakan theme masyarakat majmuk dimana beliau melihat bentuk masyarakat di kepulauaan Jawa dan di Burma terdiri dari pelbagai etnik, budaya dan agama. Beliau merupakan antara pentadbir British yang pernah bertugas dikedua-dua Negara.

Menurut Furnival, masyarakat majmuk adalah:

“Sebuah masyarakat yang dicirikan oleh pengasingan dan konflik dimana masyarakat ini berada dibawah satu unit system politik yang sama (Negara).

Masyarakat majmuk dilihat mempunyai ciri ciri berikut:

• Mempunyai banyak grup dan sub-etnik

• Mempunyai agama yang pelbagai

• Budaya dan kepercayaan yang pelbagai

• Bahasa dan pertuturan/dialek berbeza

Masyarakat majmuk dilihat mempunyai kurang rasa “kebersamaan”. Anthony D Smith menyatakan perbezaan kebudayaan dan kepercayaan dalam masyarakat majmuk, juga menyebabkan pepecahan social dan berlakunya konflik.

Dari perspektif sains politik, kewujudan masyarakat majmuk boleh dilihat sebagai produk daripada imperialism dan kolonialisme.

Sarjana seperti Van Der Berge (1967) melihat tidak wujudnya persetujuaan bersama didalam masyarakat majmuk. Sifat multibudaya didalam masyarakat ini kadang kala mewujudkan konflik dan perbalahan antara satu sama lain.

• Masyarakat majmuk dilihat bersifat autonomus dan mempunyai kebebasan didalam social system yang mereka bernaung didalamnya.

• Namun demikian didalam polisi-polisi yang diamalkan oleh kerajaan, mereka ini akan dan terpaksa bergantung pada social politik dan ekonomi dimana tempat mereka berada.

• Dalam sesebuah Negara majmuk, akan wujud juga satu kumpulan etnik yang dominan dikalangan yang lain.

Page 5: Nota 2 Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Etnik

• Didalam bentuk perhubungan pula. Hubungan inter-racial adalah sekunder berbanding hubungan intra-racial.

Masyarakat Plural Baharu (New Plural Society)

Masyarakat plural atau majmuk boleh wujud dengan beberapa faktor pendorong. Didalam era teknologi dan globalisasi kini, sesebuah masyarakat atau komuniti akan lebih cenderung untuk menjadi plural akibat proses migrasi manusia.

Sebagai contoh, Malaysia melalui tiga tahap dimana komuniti dan social berubah menjadi majmuk.

Tahap Pertama (sebelum kedatangan British dan proses kolonialisasi)

Kebangkitan Melaka sebagai satu hub internasional mendorong penghijrahan dan perkahwinan campur antara para perdagang dan juga masyarakat tempatan. Ada juga para etnik lain yang menetap terus di tanah melayu dari zaman Melaka lagi. Kebanyakkan dari mereka ini sudah mengalami proses asimilasi dimana mewujudkan masyarakat peranakan (cina, india, arab, jawa, siam dan lain2)

Tahap Kedua (imperialism dan kolonialisme British)

Apabila Negara berada dibawah naungan British, ekonomi tanah melayu membangun dengan pesat berdasarkan dua aktiviti utama iaitu perlombongan dan tanaman getah. Melalui dua aktiviti ini kerajaan british membawa masuk tenaga kerja dari india dan dari Tanah besar China. Golongan ini seterusnya membentuk masyarakat cina dan india sekarang ini (bebeza dan bukan peranakkan)

Tahap Ketiga (Pembangunan Ekonomi dan Migrasi Penduduk)

Pembentukkan ekonomi dan politik yang stabil dalam Negara kita menyebabkan lebih ramai orang-orang asing yang migrasi ke Negara ini. Indonesia, Vietnam, Burma, Bangladesh dan Filipina antara merupakan tenaga kerja yang dibawa masuk kedalam Negara untuk aktiviti ekonomi.

Kesemua ini seterusnya membentuk plurality di Malaysia. Masyarakat plural baru pula di cetus oleh beberapa faktor yaitu

• Globalisasi

• Pengankutan

Page 6: Nota 2 Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Etnik

• IT

• Proses Perindustrian

• Migrasi antarabangsa

• Lonjakkan Ekonomi

BUDAYA

Apa yang dimaksudkan dengan budaya?. Sarjana seperti (1954) Alfred Kroeber dan Clyde Kluckhohn menyusun sebanyak 164 makna bagi perkataan budaya dan kebudayaan. Namun secara ringkasnya budaya boleh dirangkulkan dalam tiga makna yang ringkas

• “excellence of taste in fine arts and humanities, also known as high culture”

• “an integrated pattern of human knowledge, belief and behavior that depend on the capacity for symbolic thought and social learning”

• “the set of share attitude, values, goals and practice that characterized the institution, group or organization”

Budaya merupakan satu bentuk cara hidup yang diamalkan oleh sesebuah komuniti, kumpulan ras dan etnik dimana ia merupakan sesuatu yang boleh dikongsikan dan dipelajari. Edward Jenks (1993) menyifatkan budaya adalah:

• Sebuah bentuk pemikiran atau “form of thought”

• Dua kategori budaya iaitu budaya tinggi (high culture) dan budaya rendah (low culture)

• Merangkumi pekara seperti karya agung, sastera, lagu, perpustakaan, muzium dan hasil hasil karya interlektual

• Sebuah cara hidup manusia

Contoh Kebudayaan tinggi merangkumi, karya Leonardo Da Vinci, Michelangelo, Library of Alexandria, bangunan dan pembinaan seperti Parthenon, Pantheon, Piramid, Tembok Besar China, Taj Mahal. Linton (1945) meletakkan maksud bagi budaya adalah satu bentuk cara hidup, koleksi idea idea dan tabiat belajar, perkongsian dan dan juga satu proses diturunkan dari generasi ke generasi. Ini semua merupakan definisi klasik tentang budaya menurut pandangan dan kaca mata sarjana pengajian sains social. Budaya juga dikaitkan dengan nilai dan norma norma dalam kehidupan.

Jenis-jenis Budaya

• Budaya Tinggi, (type of culture0

Page 7: Nota 2 Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Etnik

• Budaya Rakyat

• Budaya Massa

• Budaya Popular (pop culture)

• Budaya Songsang (sub budaya)

Sub budaya atau sub culture merupakan satu bentuk kebudayaan yang bertentangan dengan aliran utama atau budaya ‘main stream’. David Riesman (1950) meletakkan makna sub budaya sebagai budaya minority berbanding majority dimana ianya mengandungi nilai berbentuk subversive.

Dick Hebdige (1979) menyatakan bahawa sub-culture adalah satu bentuk idea yang subversive kepada sesuatu yang normal dan diterima umum.

MEMAHAMI ETNIK, RAS DAN IDENTITI ETNIK (ETNISITI)

ETNIK

Memahami definisi etnik dan kumpulan etnik merupakan antara pekara penting didalam disiplin kajian etnik dan hubungan etnik. Perkataan etnik sendiri merujuk kepada maksud - (greek: etnikos: Negara, bangsa, kebangsaan). Manakala kumpulan etnik atau “ethnic group” merupakan kumpulan manusia yang mempunyai susur galur asal usul yang sama, budaya dan tinggalan turun temurun yang sama termasuklan mengamalkan bahasa dan amalan yang sama. Kumpulan ini juga boleh terjadi mempunyai pegangan agama yang sama dan mungkin unik hanya bagi kumpulan tersebut.

Scupin (2003) mengariskan bahawa etnik:

Merupakan satu terminology yang pada awal masyarakat eropah mengunakkannya untuk membezakan orang bukan kristian dan yahudi. Etnik juga boleh merujuk kepada mereka yang mengamalkan paganism. Orang-orang yang dianggap tidak bertamadun dan memuja patung-patung serta animism akan dianggap etnik.

RAS

Pada kurun ke-19, penggunaan etnik adalah sama dengan maksud ras, dimana klasifikasi manusia adalah dibezakan mengikut ciri fizikal. Prof. Banton (1987) menyatakan ada tiga pandangan umum terhadap pentafsiran ras.

Page 8: Nota 2 Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Etnik

Ras dilihat sebagai satu bentuk susur galur yang berasal dari Nabi Adam AS. Pandangan sebegini merupakan doktrin pemikiran yang menyatakan ras adalah berasaskan pendekatan “monogenesis”. Dimana setiap ras, dimana pun ia berada didunia ini, semuanya hanya berasal dari satu keturunan, yaitu Adam dan Hawa.

Pendekatan kedua melihat ras sebagai jenis-jenis berlainan. Pendekatan ini dinamakan “polygenesis”. Fahaman ini percaya setiap manusia dijadikan dari asal kejadian yang berbeza. Nott dan Gildon (1854) menyatakan dalam buku mereka “Types of Mankind) yang manusia ini dijadikan berbeza-beza. Ini menyebabkan satu kumpulan manusia akan berasa lebih hebat dari kumpulan yang lain.

Aliran pemikiran yang memegang kepada monogenesis dalam pemahaman kajian etnik diterajui oleh sarjana seperti Prof. Bennedict Anderson dan aliran polygenesis pula diterajui oleh Prof. Anthony D. Smith.

Ras bagi pandangan biologi pula melihat bahawa manusia melalui proses evolusi (Darwinian).

Secara mudah dan amnya, ahli sosiologi mengkategorikan manusia dalam 3 kumpulan terbesar:

Mongoloid- Kulit Kuning

Caucasoid- Kulit Putih

Negroid- Kulit Hitam

Namun demikian, klasifikasi bergini tidaklah tepat dan banyak ahli sosiologi moden tidak lagi mengambil pendekatan ini sebagai sesuatu yang mutlak.

ETNISITI ATAU KUMPULAN ETNIK

Etnisiti atau kumpulan etnik merupakan satu kumpulan yang kita dapat lihat berkongsi ciri yang sama dalam susur galur keturuanan, budaya, bahasa dan mungkin juga agama. Kesemua ciri ini juga akan membentuk apa yang dikatakan identiti etnik.

Beberapa “approach” boleh digunakan untuk memahami etnisiti, antaranya ialah, perennialisme, primodialisme dan konstruktisme.

Perennialisme mengarikan bahawa etnik dan etnisiti ini bukan pekara baru dan telah wujud dari masa lampau lagi, namun ianya sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan.

Primodialis pula melihat etnik ini memang wujud dari duli lagi dan ianya tidak berubah-ubah. Pandangan ini diterima oleh sarjana seperti Anthony D Smith.

Konstruktisme pula melihat bahawa etnisi adalah satu pekara yang direka untuk mencapai sesuatu (negarabangsa). Pandangan ini diasaskan oleh sarjana seperti Bannedict Anderson dan Eric Hobsbawn (Modernist Constructivism).

Page 9: Nota 2 Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Etnik

TAMAT.