nor kamsiah bt kamarul jaeh - fp.utm.my · halaman tajuk i pengesahan penyelia ii pengakuan iii...
TRANSCRIPT
PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PROSES PENYELIAAN DAN
BIMBINGAN YANG DIBERIKAN OLEH PENYELIA PEMBIMBING BAGI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PROSES PENYELIAAN DAN BIMBINGAN YANG DIBERIKAN OLEH PENYELIA PEMBIMBING BAGI PROGRAM LATIHAN MENGAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NOR KAMSIAH BINTI KAMARUL JAEH
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: EN. MEGAT AMAN ZAHIRI B. MEGAT ZAKARIA NAMA PENYELIA NO. 131 FELDA JENDERAK UTARA, 28050 KUALA KRAU, TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Tarikh: 4 MEI 2009 Tarikh: 4 MEI 2009
PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PROSES PENYELIAAN DAN
BIMBINGAN YANG DIBERIKAN OLEH PENYELIA PEMBIMBING BAGI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
NOR KAMSIAH BINTI KAMARUL JAEH
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ( Matematik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Matematik).”
Tandatangan : ….……………………..
Nama Penyelia : EN. MEGAT AMAN ZAHIRI BIN
MEGAT ZAKARIA
Tarikh : 4 MEI 2009
iii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis : NOR KAMSIAH BINTI KAMARUL JAEH
Tarikh : 4 MEI 2009
iv
Buat yang teristimewa,
Ayahanda yang dikasihi, Hj. Kamarul Jaeh bin Abdul Rahman
Bonda yang tercinta, Hjh. Hamidah bt Mohamed Lazim
Yang sentiasa mendoakan kejayaan ku demi masa depan dan sentiasa memberi
semangat sepanjang tempoh pengajian ini.
Abang, kakak dan adik yang disayangi…
Ahmad Samerin, Haliza, Masaruddin, Norliyusnita, Rosazali, Nur Faezah,
Mohd. Jessafi, Suhaimi, Ramli, Rohaida, Khairul Rosman dan Nur Munira.
Mohd. Farisulzamir bin Zakaria yang banyak membantu ketika suka dan duka,
serta rakan-rakan seperjuangan yang lain..
Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan
perjuangan. Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.
Sekian, terima kasih.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,
saya memperolehi kesihatan dan kekuatan untuk menyempurnakan penulisan ini
walaupun terpaksa mengharungi beberapa dugaan dan cabaran.
Ungkapan terima kasih dan sekalung penghargaan khas buat insan yang telah
banyak membimbing saya bagi menjayakan penulisan ini. Beliau adalah En. Mohd
Nihra Haruzuan bin Mohamad Said dan En. Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria
sebagai penyelia yang sentiasa mempunyai kelapangan untuk memberi bimbingan,
nasihat, tunjuk ajar dan bantuan tanpa mengenal erti kekecewaan. Semua
pengorbanan ini hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjaran.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Fakulti Pendidikan,
pelajar-pelajar tahun tiga Fakulti Pendidikan dan pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung kerana telah banyak membantu memberi maklumat-maklumat
yang diperlukan sepanjang kajian ini. Kajian ini tidak akan berjaya tanpa adanya
kerjasama daripada anda semua.
Akhir sekali buat kedua ibubapa dan keluarga tersayang, Zamir dan teman-
teman sekuliah di atas jasa-jasa baik kalian amat dihargai dan terima kasih di atas
bantuan yang kalian berikan. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan
dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Sekian, Terima kasih.
Wassalam
Nor Kamsiah bt Kamarul Jaeh
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses
penyeliaan dan bimbingan yang diberikan oleh penyelia pembimbing bagi program
Latihan Mengajar, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat empat aspek bimbingan
yang di tekankan dalam kajian ini iaitu aspek bimbingan dalam membuat persediaan
mengajar, penyampaian isi pelajaran, penilaian pengajaran dan bimbingan dalam
meningkatkan profesionalisme perguruan. Sampel kajian terdiri daripada 211 pelajar
tahun tiga yang telah menjalani latihan mengajar pada semester 1 sesi 2008/2009.
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah soal selidik. Data dan
dapatan kajian yang diperolehi dianalisis mengikut peratusan dan min dengan
mengunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) 13.0 for Windows. Hasil
kajian menunjukkan keseluruhan guru pelatih telah mendapat bimbingan daripada
guru pembimbing dengan nilai min adalah 3.06 iaitu berada pada tahap tinggi.
Manakala, bimbingan daripada pensyarah pembimbing pula didapati berada pada
tahap rendah dengan nilai min 2.92. Kesimpulannya, guru pelatih telah mendapat
bimbingan yang sewajarnya daripada guru pembimbing tetapi mereka masih kurang
mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing.
vii
ABSTRACT
This study aims to survey teacher trainee’s perception towards the
supervision and guidance process given by supervisor for Teaching Practice,
Universiti Teknologi Malaysia. Four guiding aspects were emphasized in this study;
guidance in making lesson plans, content delivery, teaching evaluation and also
guidance in improving teacher professionalism. The sample of this study consisted
of 211 third year students who had went for teaching practice during the 1st semester
of the 2008/2009 session. The instrument used to collect data was questionnaire.
Data obtained were analysed based on percentage and mean by using SPSS
(Statistical Package For Social Science) 13.0 for Windows. It was found that all
teacher trainees received guidance from cooperative teacher with 3.06 as the mean
value. However, guidance from lecturer supervisor was found to be low as shown
with the mean value of 2.92. As the conclusion, teacher trainees received appropriate
guidance from cooperative teacher but the guidance from lecturer is still not enough.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS -
HALAMAN TAJUK i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI JADUAL xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Persoalan Kajian 10
ix
1.5 Kepentingan Kajian 12
1.6 Batasan Kajian 12
1.7 Definasi Istilah 12
1.7.1 Bimbingan 12
1.7.2 Guru Pembimbing 13
1.7.3 Pensyarah pembimbing 13
1.7.4 Guru Pelatih 14
1.7.5 Latihan Mengajar 14
1.7.6 Penyeliaan 15
1.7.7 Penyeliaan Klinikal 15
1.7.8 Profesionalisme 16
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 17
2.1 Latihan Mengajar 18
2.1.1 Objektif Latihan Mengajar 19
2.1.2 Matlamat latihan mengajar 19
2.1.3 Tempoh Latihan Mengajar 20
2.2 Bimbingan 21
2.2.1 Bimbingan Dari Segi
Persediaan Mengajar 22
2.2.2 Bimbingan Dari Segi
Penyampaian Isi Pelajaran 24
2.2.3 Bimbingan Dari Segi
Penilaian Pengajaran 25
2.2.4 Bimbingan Dari Segi Meningkatkan
Profesionalisme Perguruan 27
2.3 Peranan Guru Pembimbing 28
2.3.1 Orientasi 29
2.3.1.1 Peringkat Pertama 29
x
2.3.1.2 Peringkat Kedua 29
2.3.2 Pengajaran Di Dalam Bilik Darjah 30
2.3.3 Penilaian 31
2.3.4 Perkembangan Profesional 31
2.3.5 Kegiatan Ko-Kurikulum 32
2.4 Peranan Pensyarah Pembimbing 32
2.5 Penyeliaan 34
2.6 Penyeliaan Klinikal 36
2.6.1 Perbincangan Sebelum Penyeliaan 37
2.6.2 Menyelia Pengajaran Dalam Bilik Darjah 37
2.6.3 Menganalisis data 38
2.6.4 Perbincangan Antara Penyelia Dan Guru 38
2.6.5 Penilaian Selepas Perbincangan 39
2.7 Penutup 40
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 41
3.1 Rekabentuk Kajian 41
3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 42
3.3 Instrumen Kajian
(Kesahan Dan Kebolehpercayaan) 44
3.3.1 Bahagian A – Demografi Subjek 45
3.3.2 Bahagian B 46
3.4 Kajian Rintis 47
3.5 Analisis Data 48
3.6 Penutup 50
xi
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 51
4.1 Analisis Data Bahagian A
(Latar Belakang Responden) 52
4.1.1 Kursus 52
4.1.2 Jantina 53
4.1.3 Umur 54
4.1.4 Bangsa 54
4.1.5 Agama 55
4.1.6 Gred Keputusan Latihan Mengajar 56
4.1.7 Bilangan Penyeliaan Oleh Guru
Pembimbing 57
4.1.8 Bilangan Penyeliaan Oleh Pensyarah
Pembimbing 58
4.2 Analisis Data Bahagian B 59
4.2.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1
(Guru Pembimbing) 61
4.2.2 Analisis Data Persoalan Kajian 1
(Pensyarah Pembimbing) 66
4.2.3 Analisis Data Persoalan Kajian 2
(Guru Pembimbing) 71
4.2.4 Analisis Data Persoalan Kajian 2
(Pensyarah Pembimbing) 77
4.2.5 Analisis Data Persoalan Kajian 3
(Guru Pembimbing) 83
4.2.6 Analisis Data Persoalan Kajian 3
(Pensyarah Pembimbing) 87
4.2.7 Analisis Data Persoalan Kajian 4
(Guru Pembimbing) 91
4.2.8 Analisis Data Persoalan Kajian 4
(Pensyarah Pembimbing) 96
xii
4.3 Analisis Keseluruhan 100
4.3.1 Guru Pembimbing 101
4.3.2 Pensyarah Pembimbing 103
4.4 Penutup 105
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 106
5.1 Perbincangan 107
5.1.1 Bahagian A - Latar Belakang
Responden 107
5.1.2 Bahagian B - Perbincangan Melalui
Persoalan Kajian Melalui Bab 4 109
5.1.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1
(Guru Pembimbing) 109
5.1.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1
(Pensyarah Pembimbing) 110
5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2
(Guru Pembimbing) 111
5.1.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 2
(Pensyarah Pembimbing) 112
5.1.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 3
(Guru Pembimbing) 114
5.1.2.6 Perbincangan Persoalan Kajian 3
(Pensyarah Pembimbing) 115
5.1.2.7 Perbincangan Persoalan Kajian 4
(Guru Pembimbing) 116
5.1.2.8 Perbincangan Persoalan Kajian 4
(Pensyarah Pembimbing) 116
5.2 Kesimpulan 117
5.3 Cadangan 118
xiii
5.3.1 Fakulti Pendidikan 119
5.3.2 Guru Pembimbing 119
5.3.3 Pensyarah Pembimbing 121
5.3.4 Guru Pelatih 123
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 124
5.5 Penutup 125
BIBLIOGRAFI 126
LAMPIRAN 131
LAMPIRAN A 132
LAMPIRAN B 137
LAMPIRAN C 140
xiv
SENARAI SINGKATAN
f - Frekuensi
S - Setuju
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPI - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPL - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)
SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPS - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS - Statistical Package For Science Social
SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert Beserta Dengan Markah Skor 46
3.2 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian
Dan Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap
Persoalan Kajian 47
3.3 Pekali Alpha Cronbach 48
3.4 Skala Skor Min 49
4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 52
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 53
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 54
4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54
4.5 Taburan Responden Mengikut Agama 55
4.6 Taburan Responden Mengikut Gred Keputusan
Latihan Mengajar 56
4.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Penyeliaan Oleh Guru Pembimbing. 57
4.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Penyeliaan Oleh Pensyarah Pembimbing 58
4.9 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Dalam
Membuat Persediaan Mengajar
(Guru Pembimbing) 61
xvi
4.10 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Dalam
Membuat Persediaan Mengajar
(Pensyarah Pembimbing) 66
4.11 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Dalam
Menyampaikan Isi Pelajaran
(Guru Pembimbing) 71
4.12 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Dalam
Menyampaikan Isi Pelajaran
(Pensyarah Pembimbing) 77
4.13 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Mengenai
Cara Membuat Penilaian Pengajaran
(Guru Pembimbing) 83
4.14 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Mengenai
Cara Membuat Penilaian Pengajaran
(Pensyarah Pembimbing) 87
4.15 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Ke Arah
Meningkatkan Profesionalisme Perguruan.
(Guru Pembimbing) 91
4.16 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Ke Arah
Meningkatkan Profesionalisme Perguruan
(Pensyarah Pembimbing) 96
4.17 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan
Min Mengikut Persoalan Kajian Bagi
Guru Pembimbing 101
4.18 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan
Min Mengikut Persoalan Kajian Bagi
Pensyarah Pembimbing 103
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Set Borang Soal Selidik
B Kajian Rintis (Alpha Cronbach)
C Jadual Krejcie, R. V Dan Morgan D.W.
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Latihan mengajar atau praktikum adalah salah satu daripada komponen
Kursus Perguruan Asas yang perlu dilalui oleh setiap guru pelatih. Latihan ini
merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus
perguruan di Universiti Teknologi Malaysia sebelum mereka diiktiraf sebagai
seorang guru yang bertauliah. Ia merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih
mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari serta mengaplikasikan
pengetahuan, kaedah dan kemahiran mengajar dalam situasi yang sebenar iaitu
semasa berada di bilik darjah dan sekolah. Program ini juga dapat membantu bakal-
bakal guru membuat persediaan sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan
kelak.
Menurut Mohd Idris Mansor (1995) dalam Shandlyati Sharimi, latihan
mengajar adalah satu komponen yang penting dalam program pendidikan guru. Ia
memberi satu pengalaman amali berasaskan situasi sebenar dalam bilik darjah yang
memberi peluang kepada guru pelatih mempraktikkan pengetahuan dan teori yang
diperolehi di universiti. Melalui latihan mengajar ini guru pelatih akan didedahkan
dengan pelbagai pengalaman dalam memberi kemahiran mengajar supaya dapat
memberi pengajaran yang baik dan berkesan di dalam kelas.
2
Melalui program latihan mengajar yang dijalankan selama 12 minggu, guru
pelatih dapat menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran. Selain itu,
mereka juga dapat mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran
pembelajaran yang telah mereka pelajari semasa di universiti. Guru pelatih juga
merasai pengalaman menjadi seorang guru yang sebenar dan sekaligus dapat
mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Program ini juga dapat memupuk sikap positif dalam diri guru pelatih,
meningkatkan jati diri serta membolehkan guru pelatih menghayati dan
mengamalkan nilai profesion perguruan.
Mengikut Abdul Raof dan T. Subahan (1991), melalui praktikum (latihan
mengajar), guru pelatih akan dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku-
tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba
menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka. Sebagaimana yang
telah dinyatakan dalam objektif latihan mengajar yang perlu dicapai iaitu memberi
latihan kepada bakal guru mengajar di sekolah, memberi pendedahan kepada bakal-
bakal guru tentang profesion perguruan serta tanggungjawabnya dan memberi
bimbingan serta menilai kebolehan guru pelatih menjalankan tugas seorang guru
sepertimana yang dikehendaki oleh etika profesion perguruan.
Semasa menjalani latihan mengajar, guru pelatih akan diselia dan dinilai oleh
guru pembimbing dan pensyarah pembimbing yang telah dilantik. Mereka
berperanan dalam membentuk dan membimbing guru pelatih yang akan menempuh
alam pendidikan yang sebenar. Tujuan penyeliaan diadakan adalah untuk
memastikan guru pelatih melaksanakan tugas seperti yang telah ditentukan,
mengesan kekuatan dan kelemahan guru pelatih serta menganalisis dan memperbaiki
mutu pengajaran guru pelatih.
Dalam setiap sesi latihan mengajar yang dilalui, guru pelatih akan diselia
oleh pensyarah dan guru pembimbing di sekolah di mana mereka menjalani latihan
mengajar. Penyeliaan dan bimbingan yang dilakukan akan dapat membantu bakal
3
guru mempersiapkan diri ke arah seperti yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan
guru. (Jamaluddin Ramli et al., 2006)
Penyeliaan yang dilaksanakan memfokuskan kepada Penyeliaan Klinikal
yang melibatkan tiga peringkat utama, iaitu sebelum penyeliaan, semasa dan sesudah
penyeliaan. Setiap penyelia perlu membimbing guru pelatih dalam semua aspek
pengajaran, bermula daripada perancangan dan penulisan persediaan mengajar
sehinggalah kepada penyampaian pengajaran sebenar di dalam bilik darjah atau
makmal. (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1995)
Al Ramaiah (2002), melihat penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong,
menyelaras dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya mereka (guru-guru)
lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Selain itu, penyeliaan
juga bertujuan meningkatkan kebolehan guru-guru dalam mendorong dan
membimbing perkembangan berterusan pelajar ke arah penyertaan paling cerdas lagi
efektif dalam masyarakat demokratik yang moden.
Oleh itu, peranan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing amat penting
dalam membantu guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar supaya guru
pelatih dapat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri untuk menjadi seorang
guru yang berjaya.
1.1 Latar Belakang Masalah
Proses bimbingan semasa latihan mengajar penting kepada guru pelatih
kerana melalui bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing ini, guru pelatih dapat mempelajari kaedah dan cara pengajaran yang
4
lebih berkesan memandangkan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing
merupakan orang yang lebih arif dan mahir dalam bidang pendidikan. Melalui
latihan mengajar yang telah dilaksanakan oleh pihak universiti, guru pelatih akan
mendapat pengalaman yang baru dalam kaedah pengajaran selain daripada teori dan
pengetahuan yang telah diperolehi daripada subjek-subjek pendidikan seperti
pedagogi, pengajaran mikro dan sebagainya.
Menurut Md. Sood (1998), latihan mengajar adalah landasan awal bagi guru-
guru pelatih mendapatkan pengalaman di sekolah terutamanya pengalaman
mengajar, merasai suasana persekolahan yang sebenar yang berkaitan dengan
persekolahan. Melalui latihan mengajar juga, guru pelatih dapat membina dan
menyuburkan kefahaman mengenai profesion perguruan.
Kebelakangan ini, semakin banyak kemusykilan yang timbul tentang
keberkesanan penyeliaan latihan mengajar dalam meningkatkan kualiti guru pelatih.
(Boydell, 1986; Deas et al., 1989; Koerner, 1992 dalam Tan Hiu Leng dan Asnah
Abdul Hamid, 1992)
Berdasarkan pernyataan di atas, Tan Hui Leng dan Asnah Abdul Hamid
(1992) mendapati bahawa guru pelatih berasa kesal dengan corak bimbingan yang
diberi oleh guru pembimbing dari aspek profesional.
Kajian awal mengenai penyeliaan penyelia Universiti Teknologi Malaysia
dalam Latihan Mengajar Sesi 2001/2002 menunjukkan masih terdapat sebilangan
pelajar tidak mendapat bimbingan dan penyeliaan tidak mencukupi. Dalam Program
Latihan Mengajar, seharusnya setiap pelajar mendapat sekurang-kurangnya tiga kali
penyeliaan. ( Esah Sulaiman et al., 2003 )
5
Dalam bidang pendidikan, penyeliaan merupakan satu proses yang
mempunyai satu matlamat yang utama iaitu meningkatkan mutu pengajaran. Selain
itu, guru pelatih diajar cara untuk menulis rancangan pengajaran yang baik.
Peyeliaan pengajaran juga dapat membantu guru pelatih meningkatkan
perkembangan profesionalisme perguruan. Terdapat empat aspek bimbingan yang
perlu ditekankan oleh penyelia ke atas guru pelatih iaitu dari segi persediaan
mengajar, penyampaian isi pelajaran, penilaian pengajaran serta bimbingan untuk
meningkatkan profesionalisme perguruan.
Semasa menjalankan tugas menyelia, seseorang penyelia akan membuat
cerapan, catatan, ulasan seterusnya membincangkan mengenai kekurangan dan
kekuatan pengajaran seseorang guru pelatih. Penyeliaan yang dijalankan adalah
berasaskan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal di mana aktiviti penyeliaan bermula
dengan pra-pengajaran diikuti dengan pengajaran atau pemerhatian dan diakhiri
dengan pos-pengajaran. Apabila penyelia datang ke sekolah, penyelia akan
melakukan ketiga-tiga peringkat penyeliaan klinikal sekaligus. Memandangkan
tempoh yang diberi, bilangan pelatih bagi setiap penyelia yang ramai iaitu antara
lapan (8) hingga dua belas (12) orang pelatih dan jarak antara sebuah sekolah dengan
yang lain adalah jauh menjadikan penyelia perlu mengejar masa dan akibatnya
penyeliaan klinikal yang dilaksanakan kurang sempurna. (Esah Sulaiman et al.,2003)
Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Hj. Mohd Khairuddin (1997) pula
mendapati bahawa tahap bimbingan yang diberikan oleh pihak sekolah iaitu guru
pembimbing dan pengurus sekolah dan pihak maktab iaitu pensyarah penyelia
adalah meningkat. Namun begitu guru pelatih masih mengharapkan peningkatan
bimbingan daripada pihak pengurus sekolah. Hal ini kerana di sekolah, guru pelatih
hanya memberi penumpuan kepada aspek pengajaran. Kebiasaannya guru
pembimbing sahaja yang memerhatikan guru pelatih mereka. Ini menyebabkan
hubungan guru pelatih dengan pengurus sekolah kurang diberi perhatian dan guru
pelatih dianggap tidak pandai untuk bersosial dengan pihak sekolah yang lain.
6
Banyak dapatan kajian menunjukkan tugas yang berat ini lebih berkesan
dilaksanakan oleh guru pembimbing di sekolah berbanding penyelia dari UTM.
Kekangan jarak, masa dan pengalaman mengenai suasana bilik darjah semasa
latihan mengajar menghalang penyelia dari UTM misalnya untuk membimbing dan
membantu guru pelatih UTM secara berterusan. Sebaliknya, guru pelatih berada di
sekolah dapat menjalankan tugas ini secara ‘sepenuh masa’. ( Abu Hassan dan Meor
Ibrahim, 1995)
Manakala, kajian yang dijalankan oleh Jamaluddin Ramli et al., (2006)
mendapati guru pelatih telah mendapat bimbingan daripada guru pembimbing
mereka dari aspek persediaan mengajar, penyampaian serta penilaian isi pelajaran.
Walau bagaimanapun, mereka kurang mendapat bimbingan untuk meningkatkan
profesionalisme mereka sebagai seorang guru kelak.
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, terdapat masih banyak
kelemahan dan masalah dalam melaksanakan penyeliaan dan bimbingan yang
berkesan terhadap guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Hal ini
merupakan sesuatu yang perlu diambil berat kerana proses bimbingan penting bagi
menghasilkan bakal-bakal guru yang berkualiti. Jesteru itu, kajian ini dijalankan
bagi mengupas keberkesanan praktikum dari segi bimbingan menerusi persepsi guru
pelatih terhadap bimbingan yang telah diberikan oleh guru dan pensyarah
pembimbing.
7
1.2 Pernyataan Masalah
Semasa menjalani latihan mengajar, guru pelatih amat memerlukan tunjuk
ajar, perhatian, sokongan dan bantuan daripada pensyarah dan guru pembimbing
masing-masing. Mereka mengharapkan bimbingan yang dapat membantu mereka
melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah dengan baik mengikut objektif pelajaran yang telah dirancang.
Konsep penyeliaan di sini bermaksud pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing perlu menyelia dan membimbing guru pelatih sebelum, semasa dan
selepas sesi pengajaran. Mereka perlu memerhatikan dan mencatat kelemahan dan
kekuatan guru pelatih serta memberikan bimbingan dan tunjuk ajar berasaskan
pencerapan klinikal bagi meningkatkan mutu pengajaran. Selain itu, mereka juga
boleh memberi input yang membina untuk membantu guru pelatih meningkatkan
keperibadian dan ikhtisan keguruan.
Kamaruddin Hj. Husin (1986), menyatakan penyeliaan yang berkesan dan
menepati matlamat serta objektifnya, hanya boleh dilakukan melalui proses yang
sistematis apabila seorang guru dan seorang penyelia bekerjasama menganalisis
pengajaran dan bersama-sama pula berusaha untuk memperbaikinya. Perbincangan-
perbincangan, proses memberi dan menerima harus sentiasa berlaku.
Jelas disini menunjukkan proses bimbingan dan penyeliaan amat penting
kepada guru pelatih dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Oleh yang demikian, diharapkan guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing akan selalu memberi bimbingan dan penyeliaan yang berkualiti kepada
guru pelatih dengan memainkan peranan serta menunaikan tanggungjawab yang
sewajarnya supaya guru pelatih akan menjadi seorang guru yang lebih
berketrampilan dan berkualiti.
8
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru pelatih terhadap proses
penyeliaan dan bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing semasa mereka menjalani latihan mengajar. Oleh kerana penyelidik
ingin mengkaji persepsi guru pelatih daripada kedua-dua penyelia iaitu guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing, objektif kajian ini telah ditetapkan seperti
berikut:
Tinjauan terhadap persepsi guru pelatih terhadap proses bimbingan yang
diberikan oleh guru pembimbing:
1. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh guru pembimbing dalam membuat persediaan
pengajaran dengan baik.
2. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh guru pembimbing dalam membantu guru pelatih
menyampaikan isi pelajarannya dengan baik dan berkesan.
3. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh guru pembimbing tentang cara membuat penilaian
pengajaran yang berkesan.
4. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh guru pembimbing ke arah meningkatkan profesionalisme
sebagai seorang guru.
9
Tinjauan terhadap persepsi guru pelatih terhadap proses bimbingan yang
diberikan oleh pensyarah pembimbing:
1. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dalam membuat persediaan
pengajaran dengan baik.
2. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dalam membantu guru pelatih
menyampaikan isi pelajarannya dengan baik dan berkesan.
3. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh pensyarah pembimbing tentang cara membuat penilaian
pengajaran yang berkesan.
4. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh pensyarah pembimbing ke arah meningkatkan
profesionalisme sebagai seorang guru.
10
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut sebagaimana yang telah digariskan
oleh objektif kajian :
Tinjauan terhadap persepsi guru pelatih terhadap proses bimbingan yang
diberikan oleh guru pembimbing:
1. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh guru pembimbing dalam membantu membuat persediaan
pengajaran dengan baik?
2. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh guru pembimbing dalam membantu guru pelatih
menyampaikan isi pelajarannya dengan baik dan berkesan?
3. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh guru pembimbing tentang cara untuk membuat penilaian
pengajaran yang berkesan?
4. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh guru pembimbing ke arah meningkatkan profesionalisme
sebagai seorang guru?
11
Tinjauan terhadap persepsi guru pelatih terhadap proses bimbingan yang
diberikan oleh pensyarah pembimbing:
1. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dalam membantu membuat
persediaan pengajaran dengan baik?
2. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dalam membantu guru pelatih
menyampaikan isi pelajarannya dengan baik dan berkesan?
3. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh pensyarah pembimbing tentang cara untuk membuat
penilaian pengajaran yang berkesan?
4. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan
yang diberikan oleh pensyarah pembimbing ke arah meningkatkan
profesionalisme sebagai seorang guru?