nl - geometri
TRANSCRIPT
![Page 1: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/1.jpg)
Disediakan oleh:
Cheing Ding Ding
Lee Mei Fong
Lo Moong Gin
Teh Lee Yee
Yong Xue Lin
LITERASI NUMERAL
![Page 2: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/2.jpg)
Bincangkan
1. Definisi pengamatan ruang
(spatial sense)
- Kepentingan geometri dalam
kehidupan seharian?
- Mengapa pelajar perlu belajar
geometri?
![Page 3: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/3.jpg)
Definisi pengamatan
ruang (spatial sense)
![Page 4: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/4.jpg)
Apakah itu geometri?
• Merupakan cabang matematik yang mengkaji hubungan, sifat dan sukatan titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal.
• Bentuk-bentuk geometri diklasifikasikan kepada bentuk geometri dua matra dan bentuk geometri tiga matra.
![Page 5: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/5.jpg)
• Bentuk geometri dua matra adalah
bentuk-bentuk seperti segitiga,
segiempat, poligon dan bulatan.
• Mempunyai dua dimensi – panjang
dan lebar.
![Page 6: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/6.jpg)
• Bentuk-bentuk geometri tiga matra
adalah bongkah-bongkah seperti
prisma, kon, kuboid, kubus, silinder,
sfera dan piramid.
• Mempunyai tiga dimensi iaitu
panjang, lebar dan tinggi.
![Page 7: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/7.jpg)
Konsep Asas Geometri
Titik :
- Merupakan suatu bentuk yang tidak
bersaiz atau berukuran.
- Biasanya di dua garis bersilang.
![Page 8: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/8.jpg)
Konsep Asas Geometri
Garis :
- Merupakan suatu bentuk yang mempunyai ukuran panjang.
- Garis lurus dan Garis lengkung.
![Page 9: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/9.jpg)
Konsep Asas Geometri
Sudut :
- Merupakan sukatan pemusingan sesuatu garis atau rajah terbentuk dari persilangan dua garis lurus.
![Page 10: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/10.jpg)
Konsep Asas Geometri
Satah :
- Permukaan rata yang ada panjang dan lebarnya tetapi tidak ada tebalnya.
![Page 11: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/11.jpg)
Konsep Asas Geometri
Sisi :
- Sempadan sesuatu bentuk geometri.
![Page 12: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/12.jpg)
Konsep Asas Geometri
Bucu :
- Titik persilangan garis-garis yang tertentu.
- Merupakan titik penjuru.
![Page 13: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/13.jpg)
Gambar-gambar
Penggunaan Geometri
Di Persekitaran Alam
![Page 14: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/14.jpg)
![Page 15: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/15.jpg)
![Page 16: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/16.jpg)
![Page 17: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/17.jpg)
![Page 18: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/18.jpg)
![Page 19: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/19.jpg)
Kepentingan geometri
dalam
kehidupan seharian?
![Page 20: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/20.jpg)
• Membolehkan kita mengukur ruang secara fizikal dengan tepat.
• Geometri telah memudahkan manusia dalam pelbagai bidang kejuruteraan, pereka cipta, pembinaan bangunan.
• Membolehkan kita mengenal pasti bentuk dan pengukurannya yang terdapat dalam kehidupan harian.
![Page 21: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/21.jpg)
• Semua benda di dunia ini terdiri
daripada bentuk, geometri dan
ruang.
• Geometri dapat diaplikasikan dalam
komputer grafik, iaitu bagaimana
sesuatu imej dapat
ditransformasikan melalui
perspektif.
![Page 22: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/22.jpg)
• Penghasilan lakaran robot.
Bagaimana menghasilkan bentuk
tangan robot dan pergerakannya.
• Gambaran dalam bidang
perubatan. Komputer
menghasilkan gambar dan
ukuran tumor daripada CAT scan.
![Page 23: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/23.jpg)
• Geometri diaplikasikan dalam
potongan kek, doh biskut,
perabot dan penghasilan kain.
• Alat pengukuran seperti sesiku,
kompas, protraktor dan pembaris.
![Page 24: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/24.jpg)
Mengapa pelajar
perlu mempelajari
geometri?
![Page 25: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/25.jpg)
• Meneroka hubungan ruang
seperti arah dan prespektif objek
dalam konsep ruang, hubungan
antara bentuk dan saiz serta
hubungan antara objek dengan
bayangnya.
• Meneroka hubungan antara
bentuk sama ada kongruent,
keserupaan ataupun simetri.
![Page 26: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/26.jpg)
• Meneroka ciri-ciri bentuk 2D dan 3D
dengan menggunakan bahan konkrit,
lukisan dan komputer grafik.
• Menggunakan ciri-ciri 2D dan 3D
untuk mengenal pasti,
mengklasifikasi dan menggambarkan
sesuatu bentuk.
![Page 27: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/27.jpg)
• Mengkaji dan menganggar bentuk
akhir akibat penghasilan
gabungan, potongan dan
pertukaran bentuk.
• Menggunakan teselasi untuk
meneroka ciri-ciri bentuk geometri
dan hubungan bentuk geometri
dalam konsep luas dan perimeter.
![Page 28: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/28.jpg)
• Meneroka transformasi geometri
seperti putaran, pantulan dan
translasi.
• Mengembangkan konsep
koordinasi dan laluan dengan
menggunakan peta, jadual, sistem
garis petak bernombor pada peta.
![Page 29: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/29.jpg)
• Memahami pelbagai cara untuk
mengukur sesuatu bentuk
geometri dan objek.
• Mengkaji kewujudan geometri
dalam alam semula jadi,
kesenian dan bidang lain.
![Page 30: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/30.jpg)
Bincangkan:
2. Pengenalan pengajaran
dan
pembelajaran geometri
untuk
Kurikulum Matematik
Sekolah
Rendah.
![Page 31: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/31.jpg)
Tahap 1:
• Membuat perbandingan dan
menghasilkan bentuk.
![Page 32: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/32.jpg)
• Mengklasifikasikan dan menamakan bentuk.
- Murid-murid mengelilingi meja dan
duduk secara bulatan. Murid perlu
menyalurkan bentuk geometri tersebut
kepada murid sebelah semasa muzik
dimainkan. Sesiapa yang memegang
bentuk tersebut apabila muzik
berhenti perlulah menamakan bentuk
geometri tersebut.
![Page 33: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/33.jpg)
• Menekap dan merasa bentuk.
- Cara 1: memberikan murid-murid
geometri dan memadankannya dengan mengikut bentuk kertas.
- Cara 2: Sebuat kotak mengandungi pelbagai bentuk geometri dan murid-murid harus memasukkan tangan ke dalam kotak dan memilih satu daripadanya seterus menamakannya.
![Page 34: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/34.jpg)
Tahap 2:
• Membina struktur bangunan dengan
pelbagai jenis blok untuk
meningkatkan visualisasi ruang.
![Page 35: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/35.jpg)
• Aktiviti melipat dan
menggunting seperti origami.
![Page 36: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/36.jpg)
• Meneroka persekitaran dalaman
dan luaran untuk mengenalpasti
bentuk dan sudut yang dicipta
oleh manusia dan alam semula
jadi.
![Page 37: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/37.jpg)
Bincangkan:
3. Model Van Hiele dalam
mempelajari
geometri.
- Lima aras Model Van Hiele bagi
pembelajaran geometri
(visualisasi, analisis, deduksi
informal, deduktif dan rigor)
![Page 38: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/38.jpg)
•Teori Van Hiele menjelaskan
mengenai perkembangan
berfikir pelajar dalam belajar
geometri.
![Page 39: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/39.jpg)
• Dalam teori tersebut, mereka
berpendapat bahawa mempelajari
geometri mengalami
perkembangan kemampuan
berfikir melalui tahap-tahap
tertentu. Teori pembelajaran van
Hiele telah diakui secara
antarabangsa.
![Page 40: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/40.jpg)
• Terdapat lima tahap perkembangan berfikir geometri, iaitu:
1.Tahap 0 (Visualisasi)
2.Tahap 1 (Analisis)
3.Tahap 2 (Deduksi Informal)
4.Tahap 3 (Deduksi)
5.Tahap 4 (Rigor)
![Page 41: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/41.jpg)
Tahap 0 (Visualisasi)
• Juga dikenal sebagai tahap dasar
• Pelajar melihat bentuk geometri
secara keseluruhannya sahaja
• Tidak dapat memahami dan
menentukan sifat-sifat geometri
yang ditunjukkan.
![Page 42: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/42.jpg)
Contoh:
Pelajar akan dapat mengenal pasti
suatu segi empat sama tetapi tidak
dapat menyatakan dengan jelas
bahawa ia mempunyai empat sisi
yang kongruen dengan sudut 90°.
![Page 43: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/43.jpg)
Aktiviti:
• Menggalakkan pelajar
membezakan bentuk-bentuk
kepada kumpulan mengikut
persamaan bentuk-bentuk untuk
mengukuhkan tahap ini.
![Page 44: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/44.jpg)
Tahap 1 (Analisis)
• Dikenal sebagai tahap deskriptif.
• Dapat mengenal pasti bahawa
setiap bentuk mempunyai ciri-ciri
yang berbeza.
• Dapat menentukan ciri-ciri bentuk
dengan melakukan pengamatan,
pengukuran, eksperimen,
menggambar dan membuat model.
![Page 45: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/45.jpg)
Contoh:
Pelajar dapat mengenal pasti
bahawa segi empat selari
mempunyai dua pasang sisi selari
dan jika satu bentuk bersisi empat
mempunyai dua pasang sisi selari,
ia juga akan dikenal sebagai segi
empat selari.
![Page 46: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/46.jpg)
Aktiviti:
• Memainkan permainan “guess
my rule” di mana menempatkan
bentuk yang sesuai dengan ciri-
ciri kehendak soalan di dalam
bulatan dan bentuk yang tidak
memenuhi kehendak soalan
ditempatkan di luar bulatan.
![Page 47: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/47.jpg)
Tahap 2 (Deduksi Informal)
• Dikenal sebagai tahap abstrak.
• Pelajar dapat melihat hubungan
ciri-ciri pada suatu bentuk
geometri dan ciri-ciri antara
beberapa bentuk geometri.
• Dapat membuat definisi abstrak.
![Page 48: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/48.jpg)
Contoh:
Pelajar dapat memberi definisi
bahawa segi empat tepat
merupakan rajah sisi empat
dengan sudut 90°.
![Page 49: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/49.jpg)
Aktiviti:
• Mewujudkan hierarki atau gambar
rajah Venn untuk rajah sisi empat
supaya dapat menunjukkan
hubungan ciri-ciri salah satu bentuk
dengan ciri-ciri bentuk lain.
![Page 50: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/50.jpg)
Tahap 3 (Deduksi)
• Dikenal sebagai tahap deduksi
formal.
• Dapat menyusun dan membina
bukti-bukti dan tidak hanya sekadar
menghafalnya.
• Berpeluang untuk menghuraikan
dan mengembangkan bukti dengan
lebih dari satu cara.
![Page 51: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/51.jpg)
Contoh:
Pelajar diberi tiga ciri-ciri tentang
rajah sisi empat dan tiga jenis
rajah sisi empat. Pelajar boleh
menyimpulkan kenyataan yang
mana membayangkan rajah sisi
empat yang diberikan secara logik.
![Page 52: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/52.jpg)
Aktiviti:
• Menyediakan situasi di mana
pelajar boleh menggunakan
pelbagai sudut yang
berbeza bergantung kepada apa
yang telah diberikan.
![Page 53: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/53.jpg)
Tahap 4 (Rigor)
• Dikenal sebagai tahap aksiomatik.
• Dapat berfikir secara formal dalam sistem matematika
![Page 54: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/54.jpg)
Contoh:
Pelajar perlu memahami bahawa
geometri lain
yang wujud dan apa yang
penting ialah struktur aksiom,
postulat dan teorem.
![Page 55: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/55.jpg)
Aktiviti:
• Kajian geometri bukan Euclid itu
sebagai geometri Cab Teksi (Kra
use 1987).
![Page 56: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/56.jpg)
Ciri-ciri Teori van Hiele
1. Tahap-tahap tersebut bersifat
hierarki dan berurutan.
2. Kelajuan berpindah dari suatu tahap
ke tahap seterusnya adalah lebih
bergantung kepada pembelajaran.
3. Setiap tahap mempunyai
perbendaharaan kata dan sistem
hubungan tersendiri.
![Page 57: NL - Geometri](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012315/557213d9497959fc0b932a4a/html5/thumbnails/57.jpg)