nilai murni

Upload: aclee75

Post on 14-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NILAIDefinisiKata kuncicontoh

BP 1.1Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.- keyakinan wujud Tuhan - Tuhan pencipta alam- Mematuhi segala suruhan agama1. David selalu pergi ke gereja untuk menunaikan sembahyang bagi dirinya yang beragama Kristian.2. Pihak sekolah membenarkan para pelajar Islam untuk mengerjakan sembahyang Asar pada sebelah petang (4.05 petang).3. Penganut Hindu menjayakan Hari Ponggal di kuil dengan acara sembahyang dan bersyukar kepada Tuhan.

BP 1.2 AmanahSikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.- Sikap kepercayaan- Menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain1. Samsiah telah mencuci pinggan mangkuk selepas makan tengah hari seperti yang telah dijanjikan kepada ibunya.2. Tidak menyelewengkan wang dan harta benda kerajaan ialah sikap amanah setiap pegawai kerajaan.3. Seorang warganegara Malaysia tidak akan membocorkan rahsia negara sendiri kepada negara lain.4. Encik Syarif telah menyerahkan sebuah beg bimbit yang tertinggal di dalam teksinya kepada pihak polis.

BP 1.3 Harga DiriKeupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.- Berupaya,berkeyakinan- Memuliakan diri-Menjaga maruah diri1. Kassim mempunyai matlamat hidup dengan berusaha bersungguh-sungguh belajar sehingga ke peringkat universiti.2. Sarjan Hamid tidak menerima rasuah kerana mengamalkan prinsip hidup yang bebas daripada amalan negatif.3. Salleh tidak mahu meminta sedekah walaupun dia miskin kerana mempunyai maruah diri bahawa dia masih boleh bekerja.

BP 1.4 Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

- Kesanggupan memikul- Melaksanakan tugas / kewajipan dengan sempurna1. Mazlan tidak membahayakan diri dengan berlumba motosikal haram kerana dia faham perbuatan tersebut melambangkan rakyat yang tidak bertanggungjawab.2. Harry mematuhi undang-undang sekolah dengan berpakaian kemas seperti seorang pelajar yang bertanggungjawab.3. Koperal Farid daripada pasukan polis tidak pernah menerima rasuah kerana ini merupakan kesalahan dan perbuatan tidak bertanggungjawab bagi seorang anggota polis.

BP 1.5Hemah TinggiBeradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian- Beradab sopan- Berbudi pekerti mulia- Mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain1. Rosida tidak sombong dan tidak suka menunjuk kelebihan diri kepada orang lain.2. Steven senang diajak untuk berbincang dan menjawab pertanyaan dengan tulus dan ikhlas.3. Hassan tidak bersikap kasar terhadap orang lain dan tidak menjatuhkan maruah orang lain.

NILAIDefinisiKata kunciContoh

BP 1.6Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.- Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri- Mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham1. Tina tidak suka persengkataan dalam perbualan harian dengan rakan dengan mengelakkan perbincangan isu-isu sensitif.2. Kamal tidak marah apabila keretanya dilanggar oleh pemandu lain kerana dia tahu kemalangan ialah perkara yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan.3. Aminah tidak bersikap perkauman apabila mencari kawan untuk dibual dan bersukan kerana dia tahu perkauman itu boleh menyebabkan perasaan tidak senang hati.

BP 1.7BerdikariKebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.- Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu- Tanpa bergantung kepada orang lain1. Liza menguruskan keperluan sendiri dengan membasuh pakaian dan mengemas bilik sendiri.2. Azlin, sebagai seorang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, berkeyakinan memberi pertolongan cemas kepada peserta yang pengsan ketika hari sukan sekolahnya.3. Li Pei berlatih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kemahiran diri untuk menyertai pertandingan lumba basikal di sekolahnya.

BP 1.8KerajinanUsaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.- Usaha yang berterusan- Ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju1. Mastura sentiasa membuat banyak latihan dalam mata pelajaran Matematik supaya mendapat keputusan yang cemerlang.2. Swee Chang meletakkan objektif pencapaian dalam peperiksaan SPM iaitu mendapat 10A dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif tersebut tanpa berasa jemu.

BP 1.9Kasih SayangKepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.- Cinta yang mendalam serta berkekalan- Hati yang ikhlas

1. Pada musim perayaan, Latif memandu kereta untuk balik ke kampung dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.2. Encik Manohar memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap anak-anaknya untuk mengekalkan kehidupan keluarga yang harmonis.3. Tat Ming membantu untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda mangsa yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Baru.

NILAIDefinisiKata kunciContoh

BP 1.10KeadilanTindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.- tindakan dan keputusan - Saksama- Tidak berat sebelah

1. Guru memberi markah dengan adil berdasarkan pencapaian pelajar dan bukan kerana ukuran kecantikan dan kekayaan keluarga pelajar tersebut.2. Sentiasa menyiasat dan mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.3. Memberi gaji atau ganjaran kepada pekerja berdasarkan pengalaman dan kemahiran.

BP 1.11RasionalDapat berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan akan mengambilkan tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

- Dapat berfikir- Alasan dan buki yang nyata- Mengambil tindakan wajar

1. Sebagai ketua pasukan,Satish memikirkan cadangan ahli kumpulannya sebelum membuat sesuatu keputusan.2. Suzana sanggup menerima teguran guru dengan hati yang terbuka kerana kesalahan menyalin latihan matematik daripada rakannya dan tidak membuat sendiri.3. Penduduk Kampung Makmur membuat laporan polis apabila berlakunya kes pecah rumah di kampung tersebut.

BP 1.12KesederhanaanBersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan, atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.- Bersikap tidak keterlaluan - Membuat pertimbangan dan tindakan- Tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain1. Encik Lim tidak kedekut membelanjakan wang,terutamanya untuk menderma kepada orang yang memerlukan bantuan.2. Harris tidak membuat tuntutan secara berlebihan daripada majikannya kerana tuntutan yang berlebihan akan menyebabkan kos syarikat meningkat.3. Rita mangawal pertuturannya dengan rakannya supaya tidak melampaui batas agar menjaga nama baik diri sendiri dan sekolah serta keluarganya.

NILAIDefinisiKata kunciContoh

BP 2.1Kasih sayang terhadap keluargaPerasaan cinta,kasih, dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.-Cinta,kasih, dan sayang-Mendalam dan berkekalan-Terhadap keluarga

1. Aisyah membuat kek hari jadi untuk ibunya sempena sambutan hari jadi ibunya.2. Pang Chin Joo selalu meluangkan masanya di rumah selepas waktu pejabat untuk beramah mesra dengan anak-anaknya.3. Keluarga Ali sangat mementingkan keputusan semua ahli keluarganya.

BP 2.2Hormat dan taat kepada anggota keluargaMemuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluga yang harmonis

- Memuliakan setiap anggota keluarga- Layanan sopan- Mewujudkan keluarga harmonis

1. Karim memberi salam kepada prang yang lebih tua di rumahnya selepas pulang dari sekolah.2. Ibu bapa Mohammad Hafiz tegas dan menghormati datuk yang berusia telah menjadi contoh yang baik dan diteladani oleh anak-anak di rumah.3. Hammy Yong kerap menolong ahli keluarga yang berada dalam keadaan kesusahan tanpa mengambil kira kepentingan diri dan juga bentuk balasan.

BP 2.3Mengekalkan tradisi kekeluargaanMenerima,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,adat,dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.- Menerima,menghormati dan mengamalkan - Kebiasaan,adat dan kepercayaan- Diwarisi secara turun-temurun1. Anak bangsa Cina memakai pakaian gelap ketika kematian berlaku untuk menghormati keluarga orang yang telah meninggal dunia.2. Pemakaian songkok dan baju Melayu ketika Hari Raya Puasa menandakan penghormatan anak-anak Melayu terhadap kebudayaan masyarakat Melayu.3. Pengekalan tarian singa dan naga ketika perayaan Tahun Baru Cina menunjukkan masyarakat Cina masih lagi setia dengan tradisi kekeluargaan mereka.

BP 2.4Tanggungjawab terhadap keluargaKewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.- Kewajipan dilaksanakan - Individu terhadap keluarga- Melahirkan keluarga bahagia1. Kai Chin sentiasa menolong ibunya memasak semenjak ibunya jatuh sakit.2. Harris menyuap makanan ke mulut adiknya ketika berkelah kerana tangan adiknya berpasir selepas dia membina istana pasir.3. Simon menjalankan tugasnya selaku abang untuk menyelesaikan persengketaan antara adik-beradiknya.

NILAIDefinisiKata kunciContoh

BP3.1Menyayangi Dan Menghargai Alam SekitarKesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling- Mengekalkan keseimbangan ekosistem1. Kalimuthu menanam pokok-pokok renek hijau untuk mencantikkan kawasan persekitaran rumahnya.2. Kerajaan telah menjalankan rancangan penanaman semula hutan untuk menggantikan pokok-pokok hutan yang telah ditebang untuk tujuan pembalakan.3. Perdana Menteri Malaysia mengarahkan rakyat agar tidak membakar sampah secara terbuka kerana ini akan menimbulkan masalah jerebu di negara ini.

BP3.2Keharmonian Antara Manusia Dengan Alam SekitarKeadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.- Saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dan alam sekeliling- Kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara1. Penduduk Kampung Kurnia mengadakan gotong-royong menebas semak samun dan menanam tayar-tayar serta tin di kawasan pembuangan sampah yang dikhaskan.2. Kilang kertas tisu menggunakan bahan kertas terpakai untuk membuat produknya.3. Badan Penilaian Impak Alam Sekitar ( EIA ) Malaysia meluluskan projek-projek pembangunan yang berteraskan pemuliharaan alam sekitar.

BP3.3Kemapanan Alam SekitarPengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.- Pengekalan keseimbangan alam sekeliling- Sebagai tanggungjawab bersama1. Persatuan Peladang Malaysia telah mengadakan ceramah kepada peladang tentang cara pengurusan ladang yang sistematik.2. Penduduk Kampung Cukai telah bekerjasama mengusahakan kawasan terbiar untuk menanam pelbagai jenis tanaman.3. Persatuan Pencinta Alam telah mengadakan kempen membersihkan kawasan tasik sekolah dan memelihara pelbagai habitat tasik dan kolam di sekolah.

BP3.4Peka Terhadap Isu-Isu Alam SekitarPrihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.- Prihatin terhadap persoalan berkaitan dengan alam sekeliling- Berusaha menyelesaikannya1. Penduduk Taman Selayang sanggup berkongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan masalah pencemaran udara.2. Penduduk Kampung Jeram berusaha meningkatkan kualiti udara dengan mengurangkan pembakaran sampah secara terbuka.3. Tabung Alam Sedunia ( WWF ) telah melancarkan kempen kesedaran untuk memulihara kawasan tanah tinggi di negara ini.4. Lam Heng suka mendengar ceramah Persatuan Pencinta Alam di sekolahnya kerana dia menganggap ceramah itu memberi manfaat kepadanya.

NILAIDefinisiKata kunciContoh

BP4.1Cinta Akan NegaraPerasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri- Sayang dan bangga kepada negara- Kepentingan negara melebihi kepentingan diri1. Semua rakyat Malaysia bekerjasama untuk mencapai tujuan inflasi sifar.2. Indra berasa bangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia dan sering menulis tentang keunikan Malaysia kepada sahabat pena di luar negara.3. Semasa pilihan raya umum diadakan, Musa mahu mengundi untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat yang cinta akan negara.

BP4.2Taat Setia Kepada Raja Dan NegaraKepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.-Kepatuhan,kesetiaan-Berkekalan-Raja dan Negara1. Rakyat Malaysia berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.2. Encik Rashim sentiasa mengambil berat tentang pentadbiran dan pembangunan negara.3. Hock Seng mengelakkan dirinya daripada kegiatan dadah yang dapat mencemarkan nama baik negara.4. Rasmawi menghormati dan menyanjung tinggi golongan pemerintah dan pemimpin-pemimpin negara.

BP4.3Sanggup Berkorban Untuk NegaraKerelaaan melakukan sesuatu atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.- Rela berkorban untuk negara

1. Datuk Izhar Mansoor telah berjaya belayar solo mengelilingi dunia bersama Jalur Gemilang.2. Roger menyertai aktiviti rukun tetangga di kawasan kediamannya untuk membanteras kegiatan jenayah yang dilakukan oleh sekumpulan pendatang tanpa izin.3. Kamaruddin menyertai Pasukan Kadet Tentera di peringkat sekolah kerana dia bercita-cita menjadi tentera dan berkhidmat untuk negara.4. Siok Lan berpendapat mengambil bahagian dalam " Hari Bendera " anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM ) sebagai membuang masa sahaja.

NILAIDefinisiKata kunciContoh

BP5.1Melindungi Hak Kanak-kanak

Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Hak kanak-kanak hendaklah dibela dan dipelihara.

1. Encik Ramasamy telah memberikan pendidikan persekolahan kepada semua anaknya tanpa mengira jantina.2. Yee Lian telah melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak yang telah berlaku di sebelah rumahnya.3. Kerajaan Malaysia telah mendrafkan undang-undang dan akta yang melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan penganiayaan.

BP5.2Menghormati Hak WanitaMelindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberikan sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.Melindungi dan mengiktiraf hak wanita

1. Puan Haslinda menjawat jawatan pengetua di sebuah sekolah yang ramai guru lelaki atas kriteria kebolehannya.2. Penggubalan akta dan dasar yang melindungi hak wanita oleh pihak kerajaan untuk melindungi wanita di Malaysia.3. Pihak sekolah tidak meminggirkan pelajar perempuan, sebaliknya memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka.4. Ah Long sangat menyayangi isterinya dan dia amat menghormati keputusan isterinya.

BP5.3Melindungi Hak PekerjaMenghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.Menghargai, menghormati dan mengiktiraf golongan pekerja1. Syarikat Wyeth memberikan bonus kepada pekerja setelah mendapat keuntungan yang banyak.2. Kilang Adventure menyediakan kemudahan bas percuma kepada pekerjanya untuk memudahkan mereka berulang-alik ke kilang.3. Tuan Zainuddin menjaga keselamatan pekerjanya dengan memastikan mereka memakai sarung tangan ketika mengoperasi mesin-mesin di kilang.

BP5.4Menghormati Hak Golongan Kurang BerupayaMemberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

- Layanan yang bersopan- Pengiktirafan golongan kurang berupaya

1. Ramsey membantu seorang pemuda yang cacat penglihatan melintas jalan.2. Pertubuhan orang-orang cacat telah mengadakan satu pertunjukan silap mata untuk menghiburkan orang-orang cacat.3. Pihak universiti tempatan telah mengambil beberapa kakitangan yang kurang berupaya.

BP 5.5Melindungi Hak PenggunaMembela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan dan barangan yang berkualiti, dan tidak mudah dieksploitasiPengguna dibela dan dipelihara agar berilmu dan dijamin perkhidmatan berkualiti.

1. Pengeluar mengeluarkan barang mengikut piawaian kualiti SIRIM.2. Pihak sekolah memberikan pendidikan kepenggunaan kepada para pelajarnya supaya faham dengan ilmu pengguna yang bijak.3. Majlis Pengguna menguji dan menilai amalan perniagaan dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah pengguna.

NILAIDefinisiKata kunciContoh

6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang.

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang- undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

4.

6.2 Kebebasan Bersuara

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

5.

6.3 Kebebasan Beragama

Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.4.

6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

4.

6.5 Sikap Keterbukaan

Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaruan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia4.

NILAIDefinisiKata kunciContoh

7.1 Hidup Bersama Secara Aman

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa,dan budaya

5.

7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama

Usaha yang baik dan mambina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

6.

7.3 Saling Menghormati antara Negara

Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. 5.

6.6 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

5.

6.7 Sikap Keterbukaan

Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaruan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia5.

.