nazirah binti hj. hamdan - fp.utm.my€¦ · to verbatim data to further process and analyze via...
TRANSCRIPT
HADIS EMPAT PULUH HIMPUNAN IMAM AL-NAWAWI:
SATU KAJIAN TEKS DARI ASPEK PENDIDIKAN
NAZIRAH BINTI HJ. HAMDAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL :HADIS EMPAT PULUH HIMPUNAN IMAM AL-NAWAWI:
SATU KAJIAN TEKS DARI ASPEK
PENDIDIKAN
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NAZIRAH BINTI HJ. HAMDAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
_______________________ _________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Nama Penyelia
NO.97 TAMAN SERI DR.KAMARUL AZMI JASMI
MUHIBBAH KELANANG
42700 BANTING
SELANGOR
Tarikh: 11 MEI 2011 Tarikh: 11 MEI 2011
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.
Tandatangan : ____________________
Nama Penyelia : DR. KAMARUL AZMI BIN JASMI
Tarikh : 11 MEI 2011
HADIS EMPAT PULUH HIMPUNAN IMAM AL-NAWAWI:
SATU KAJIAN TEKS DARI ASPEK PENDIDIKAN
NAZIRAH BINTI HJ.HAMDAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2011
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ________________________
Nama Penulis : NAZIRAH BINTI HJ. HAMDAN
Tarikh : 11 MEI 2011
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ku panjatkan setinggi kesyukuran pada Mu Ya Allah
Atas segala nikmat kurniaan Mu yang Maha luas
Selawat dan salam ku titipkan buat Junjungan Besar Rasulullah SAW
Ibunda dan Ayahanda
Sesungguhnya kalian adalah nadi penguat azam dan semangatku
Segala perit jerih dan kepayahan dalam membesarkan dan mendidikku
pasti tidak akan terbalas hanya kalungan doa
yang dapat kutitipkan agar Allah SWT merahmati dan menyayangimu
duhai ibunda dan ayahandaku..
Kekanda dan Adinda
Jasa yang kalian hulurkan tidak mungkin akan kulupakan
Ketahuilah kalian bahawa ilmu Allah itu sangatlah luas
Moga kita terus bersama melangkah menuju redha Nya
Warga Pendidik
(Khususnya Dr. Kamarul Azmi Jasmi)
Segala ilmu yang kalian curahkan begitu besar nilainya
Semoga ia menjadi bekalan buat diriku untuk menempuh
hari-hari mendatang dengan penuh keyakinan
Teman Seperjuangan
Ketahuilah sahabat-sahabatku detik bersama kalian
menjadi momen-momen terindah dalam diari hidupku
Semoga perjuangan dan ukhuwah yang terjalin
Tidak pudar dan terhenti di sini
Terima Kasih.
iv
PENGHARGAAN
بسم اهلل الرمحن الرحيم
Alhamdulillah, lafaz yang ku panjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala
nikmat yang diberikan dan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Muhammad
SAW kerana setelah pelbagai dugaaan dan cabaran yang dilalui, akhirnya laporan
Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan jayanya. Setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ku kalungkan buat
penyelia yang banyak membantu, Dr. Kamarul Azmi Jasmi. Pastinya tanpa segala
tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan beliau laporan PSM ini tidak akan berjalan
dengan baik.
Juga tidak dilupakan buat teman-teman rapat yang sentiasa bersamaku dikala
susah dan senang. Ketahuilah bahawa segala nasihat, galakan, dan dorongan kalian di
kala diriku lemah pada hakikatnya begitu bererti untuk diri ini. Semoga ikatan
ukhuwah indah yang telah terbina sepanjang tempoh pengajian ini tersimpul rapi dan
bersemi hingga ke akhirnya.
Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan kepada
semua pihak samada yang banyak membantu samada secara langsung atau secara
tidak langsung dalam menyempurnakan laporan akhir Projek Sarjana Muda (PSM)
ini. Mudah-mudahan segala kebaikan yang dihulurkan diberikan ganjaran yang
berlipat ganda oleh yang Maha Pencipta dan seterusnya dikurniakan kejayaan dalam
hidup di dunia dan di akhirat, amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian teks terhadap Kitab Hadis Empat Puluh (KHEP)
yang dihimpunkan oleh imam al-Nawawi. Himpunan hadis dalam kitab ini dijadikan
data vabatim untuk diproses dan dianalisis menggunakan program N‟Vivo 7.0 bagi
menghasilkan tema dan sub-tema. Hasil dapatan menunjukkan terdapat tiga tema
utama yang dibincangkan dalam KHEP iaitu aspek kurikulum, metodologi, dan bahan
bantu mengajar (BBM). Analisis terhadap tema kurikulum KHEP mendapati
sebanyak empat sub-tema yang difokuskan oleh kitab ini, iaitu iaitu akidah, ibadah,
akhlak, dan lain-lain perbincangan. Tema kedua yang menjadi perbincangan utama
adalah aspek metodologi iaitu sebanyak tiga belas metodologi telah digunakan untuk
penyampaian kurikulum KHEP tersebut. Akhir sekali, tema ketiga yang dibincangkan
ialah aspek BBM yang diaplikasikan dalam penyampaian kurikulum KHEP. Dapatan
menunjukkan terdapat hanyak tiga bentuk BBM sahaja yang digunakan, iaitu bahan
maujud, model, dan rakaman. Kajian ini menghasilkan tiga model utama, iaitu Model
Personaliti Kehidupan Mukmin (MPKM), Model Penyampaian Pengajaran MPKM
(MPMPKM), dan Model BBM MPKM. Kesemua model ini sangat berguna kepada
pelbagai pihak dan beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai pembaikan dalam
sistem pendidikan di Malaysia.
vi
ABSTRACT
This research is about Kitab Hadis Empat Puluh (KHEP) by Imam al-Nawawi.
In order to produce a theme and sub-theme, all hadith in this book has been changed
to verbatim data to further process and analyze via N‟Vivo 7.0 program. There are 3
main topics in KHEP namely curriculum aspects, methodology, and teaching aids
(BBM) which each of the topic have their sub-theme accordingly. Further analysis on
the curriculum aspects found out that there were 4 sub-themes such as belief, good
deeds, behavior and other discussions. There are thirteen ways used under
Methodology topic. Methodology and BBM being a second and final theme in KHEP
respectively, has been applied to convey the KHEP curriculum. It was found out that
there were three type of BBM used namely exist material, model and visual/tape
record.This research create three major models such as Mukmin Life Personality
Model (MPKM), Teaching Courseware Model (MPMPKM) and BBM MPKM
Model. All model are very useful to various party and several suggestion has been
made to enhance Malaysia education system
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
viii
1.6 Batasan Kajian 12
1.7 Kepentingan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Hadis 13
1.8.2 Teks 14
1.8.3 Himpunan 14
1.8.4 Pendidikan 15
1.9 Kesimpulan 15
BAB II SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Definisi Kitab Hadis Empat Puluh (KHEP) 17
2.3 Latar Belakang Imam al-Nawawi 19
2.3.1 Nama dan Keturunannya 19
2.3.2 Pendidikan dan Corak Kehidupannya 20
2.3.3 Keperibadian 22
2.3.4 Karya-karya Imam al-Nawawi 23
2.4 Pendidikan 24
2.4.1 Konsep Pendidikan Islam 25
2.4.2 Metodologi Pendidikan 27
2.4.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 28
2.4.4 Kurikulum 29
2.5 Kajian Lepas 34
2.6 Kesimpulan 36
BAB III METODOLOGI KAJIAN 37
ix
3.1 Pendahuluan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Metode Pengumpulan Data 38
3.3.1 Data Premier 38
3.3.2 Data Sekunder 39
3.4 Keesahan dan Kebolehpercayaan 40
3.4.1 Triangulasi Data 40
3.4.2 Rujukan Definisi Operasional 40
3.5 Analisis Data 41
3.5.1 Proses Penganalisaan 42
3.5.2 Metode Kualitatif 43
3.5.3 Metode Penghuraian Dapatan Kajian 44
3.6 Kesimpulan 46
BAB IV DAPATAN KAJIAN 47
4.1 Pengenalan 47
4.2 Aspek Kurikulum Pendidikan dalam KHEP
Menurut Imam al-Nawawi
48
4.2.1 Aspek Akidah 48
4.2.2 Aspek Ibadah 66
4.2.3 Aspek Akhlak 70
4.2.4 Lain-lain Perbincangan 78
4.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 84
dalam KHEP Menurut Imam al-Nawawi
4.4 Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam KHEP
Menurut Imam al-Nawawi
91
4.5 Kesimpulan 95
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
96
5.1 Pengenalan 96
5.2 Perbincangan 96
5.2.1 Konsep Asas Kurikulum Pendidikan
Islam dalam KHEP Menurut Imam al-
Nawawi
97
5.2.2 Keistimewaan Metodologi atau Kaedah 101
Pengajaran dalam KHEP Himpunan
Imam al-Nawawi
5.2.3 Pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar
(BBM) dalam KHEP Himpunan Imam
al-Nawawi
105
5.3 Rumusan 106
5.4 Implikasi 112
5.5 Cadangan 117
5.6 Penutup 121
BIBLIOGRAFI 122
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Bilangan Penglibatan Pelajar dalam Pelbagai Jenis
Jenayah dari Tahun 2000-2006
9
4.1 Rukun Iman 50
4.2 Allah sebagai Pencipta 55
4.3 Sifat Allah 56
4.4 Beriman kepada Malaikat 58
4.5 Beriman kepada Kitab 60
4.6 Beriman kepada Rasul 61
4.7 Beriman kepada Hari Kiamat 62
4.8 Beriman kepada Qadak dan Qadar 63
4.9 Rukun Islam 65
4.10 Perkara yang Membatalkan Akidah 66
4.11 Ibadah Wajib 68
4.12 Amalan Ibadat Sunat 69
4.13 Jenis Akhlak 72
4.14 Akhlak kepada Allah 72
4.15 Akhlak kepada Agama 74
4.16 Sifat Akhlak kepada Manusia 75
xii
4.17 Sifat Akhlak kepada Diri Sendiri 77
4.18 Larangan dalam Agama 80
4.19 Munakahat 82
4.20 Undang-Undang Jenayah 84
4.21 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 85
4.22 Bahan Bantu Mengajar 92
4.23 Model sebagai Bahan Bantu Mengajar 94
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
5.1 Hasil dapatan Analisis KHEP 110
5.2 Dapatan analisis KHEP dari aspek kurikulum 111
5.3 Dapatan analisis bentuk metodologi 112
5.4 Dapatan analisis bahan bantu mengajar 113
5.5 Model kurikulum personaliti kehidupan mukmin
(MKPKM)
114
5.6 Model penyampaian pengajaran (MPP) 116
5.7 Model bahan bantu mengajar MKPKM 117
xiv
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
∑ - Jumlah
BBM - Bahan Bantu Mengajar
H - Hadis
H - Tahun Hijrah
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
IQ - Intelligence Quotient (darjah kecerdasan otak)
JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri
JAPIM - Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KHEP - Kitab Hadis Empat Puluh
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MKPKM - Model Kurikulum Personaliti Kehidupan Mukmin
MPP - Model Penyampaian Pengajaran
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
xv
r.a - radiallahu „anhu
SAW - Sallallahu „alaihi wa sallam
SWT - Subhanahu Wa Ta‟ala
T.T - Tanpa Tahun
PDRM - Polis Diraja Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk
A Contoh Data Vabatim
B Senarai Definisi Operasional Tema dan Kod Tema
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Islam adalah agama yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW. ketika
masyarakat Arab jahiliah hidup dalam keruntuhan nilai moral dan akhlak yang sangat
kritikal. Contohnya seperti penindasan ke atas golongan yang lemah, menanam bayi
perempuan hidup-hidup, pergaduhan serta perpecahan puak dan kabilah Arab,
menyembah berhala, dan sebagainya. Kehadiran Islam telah membawa sinaran yang
telah menyinari kembali kehidupan ummat ke arah kebaikan kerana Islam
mengajarkan nilai etika kehidupan di samping matlamat utamanya untuk menyeru
kembali manusia ke jalan Allah SWT.
Justeru, melalui perutusan Nabi Muhammad SAW. di tengah-tengah
masyarakat arab jahiliah yang jumud mindanya telah membuka satu lembaran era
peradaban yang baru. Hal ini kerana selepas Islam tersebar dan diamalkan oleh
2
majoriti masyarakat pada waktu itu, tahap sosial yang berada pada tahap kritikal
sebelumnya itu telah berjaya dipulihkan oleh Rasulullah SAW. melalui dakwah yang
di sampaikan oleh baginda. Kejayaan ini adalah kerana manusia telah kembali kepada
fitrah sebagaimana yang telah diunjurkan oleh Penciptanya iaitu Allah SWT.
Sehubungan dari itu, dua asas pegangan yang penting dalam agama Islam agar
penganutnya tidak terpesong dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW iaitu al-
Quran dan al-Sunnah. Al-Quran yang menjadi kitab suci bagi umat Islam ini adalah
terpelihara kesuciannya jika dibandingkan dengan kitab suci yang lain seperti Taurat,
Zabur dan Injil. Ketiga-tiga kitab ini telah dinodai kesuciannya dengan adanya
campur tangan daripada manusia yang tidak bertanggungjawab (Yazid Abdul Qadir
Jawas, 2005: 42). Hal demikian ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah SAW.
iaitu:
Maksud:Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah
SAW: „Aku tinggalkan dua perkara yang kalian tidak akan tersesat
selama kalian berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan
Sunnahku, serta keduanya tidak akan berpisah sampai keduanya
mendatangiku di Telaga (di Syurga).”
(Malik)
Sunnah yang merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam
menjadi pelengkap kepada ayat al-Quran kerana Rasulullah SAW. telah
menerangkan dengan jelas setiap suruhan yang diperintahkan. Berdasarkan
3
Ensiklopedia Islam (2005: 237), ahli hadis berpendapat bahawa hadis bererti
segala ucapan, perbuatan dan keadaan Nabi Muhammad SAW. baik ucapan,
perbuatan, takrir (peneguhan kebenaran), mahupun deskripsi sifatnya.
Menurut ahli Usul Fiqh, hadis adalah segala perkataan, perbuatan, dan takrir
Nabi Muhammad SAW. yang berkaitan dengan hukum.
Justeru,para ulama dan ilmuan Islam berusaha sedaya upaya mereka
untuk mengumpulkan serta membukukan hadis-hadis Rasulullah SAW yang
tidak terhitung bilangannya agar ia tidak hilang dan pupus ditelan zaman.
Rentetan itu, salah seorang ulama Islam iaitu imam al-Nawawi tidak
ketinggalan dalam meneruskan usaha murni ini di mana beliau telah memilih
beberapa hadis Rasulullah SAW yang terpilih dan sebahagian besarnya adalah
daripada kitab Soheh Bukhari dan Muslim (Mustafa Bugha dan Mahyudin
Misto, 2004: 12)
1.2 Latar Belakang Masalah
Kehidupan yang berlandaskan kepada syariat Islam dituntut bagi setiap
penganutnya. Hal ini bermaksud corak kehidupan seharian seseorang individu harus
mengikut lunas-lunas sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. demi
mencapai kejayaan hidup bukan sahaja di dunia malahan jua di akhirat kelak.
Menegakkan serta mengamalkan segala perintah yang telah di perintahkan oleh Allah
SWT. seperti ibadah solat lima kali sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat, dan sebagainya lagi jika diamalkan secara tidak langsung akan
4
mampu mendidik serta mentarbiah diri individu muslim dengan lebih berkesan.
Meninggalkan perkara-perkara kemungkaran yang ditegah oleh Allah SWT. agar
umat Islam tidak melibatkan diri dengan perbuatan tersebut juga sebenarnya adalah
satu latihan dan ujian untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketakwaan hamba-
Nya.
Sekiranya semua masyarakat Islam berpegang kepada konsep amal makruf
dan nahi mungkar sudah pasti suasana aman dan harmoni tanpa sebarang masalah
sosial yang membimbangkan akan dapat dielakkan. Hal ini bertepatan dengan firman
Allah SWT. :
Terjemahan: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka
menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat
kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,
serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat
oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
(Surah al-Taubah, 9: 71)
Hal ini turut disokong oleh sebuah hadis Rasulullah SAW iaitu (Muslim, 2001: 70)
5
Terjemahan: Daripada Abu Sa‟iid al-Khudri r.a katanya: “ Aku telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa daripada kalangan
kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya
dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia
mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia
mengubahnya dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman”.
(Muslim)
Berdasarkan kepada kedua-dua dalil di atas, jelas menunjukkan betapa
pentingnya bagi setiap umat Islam tunduk dan patuh kepada setiap peraturan serta
larangan yang telah ditetapkan oleh Pencipta-Nya. Hal ini kerana, jika segala
pensyariatan yang telah ditetapkan ini dilanggar atau diabaikan ia akan memberikan
natijah yang buruk bukan sahaja kepada diri individu terbabit malah juga memberi
kesan yang sangat besar dalam masyarakat.
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah SAW
yang bermaksud (al-Bukhari, 1994: 50; Muslim, 2000: 2996)
Terjemahan:“Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul
daging, apabila ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Apabila ia
rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, ketahuilah bahawa seketul
daging itu adalah hati.”
(Al-Bukhari dan Muslim)
6
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi melalui firman Allah SWT di dalam
kitab-Nya:
Terjemahan: “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang
beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan
pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang
diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi
seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka,
setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka
menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik –
derhaka”.
(Surah al-Hadid, 57: 16)
Sehubungan dari itu telah jelas kepada kita bahawa hati merupakan organ
yang amat penting dalam membentuk jati diri seseorang muslim. Tidak keterlaluan
jika dikatakan bahwa hati yang baik akan terpancar jelas melalui setiap perbuatan
yang dilakukan oleh seseorang individu. Hal ini demikian kerana, hati yang baik akan
menghasilkan kesan kebaikan dari individu terbabit yang sentiasa mengingati Allah
SWT dalam setiap gerak perbuatannya, patuh pada segala perintah dan meninggalkan
segala larangan.
Namun, jika hati itu rosak dan dinodai dengan dosa dan kekotoran maka sudah
pasti menghasilkan natijah yang berbeza. Sukar untuk di dapati dalam hati yang rosak
7
itu nilai-nilai kebaikan kerana ia telah dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu yang
pasti akan membinasakan individu terbabit. Hal demikian, mereka akan mudah
terjerumus dalam melakukan pelbagai tegahan dan larangan yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT.
Justeru, masalah sosial yang kian membimbangkan pada hari ini dapat
dikatakan berpunca daripada hati yang rosak serta tidak mengamalkan cara hidup
berlandaskan kepada prinsip-prinsip Islam. Dewasa kini kita sering dihidangkan
dengan pelbagai masalah sosial khususnya yang melibatkan para remaja seperti
ponteng sekolah, merokok, buang bayi, rempit, gengsterisme, pornografi,
penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi masalah yang serius
Keadaan buruk ini seringkali terbawa-bawa oleh remaja khususnya di dalam
sesi persekolahan mereka. Melalui rakan-rakan sebaya yang mempunyai corak
pemikiran yang sama, semakin mudah untuk para remaja yangtelah rosak hatinya ini
untuk berkongsi bermacam-macam perkara baru yang sudah pastinya bersifat negatif
sesama mereka tanpa batasan. Kesannya, akan menimbulkan dan menambahkan
masalah disiplin di kalangan para pelajar.
Rentetan itu, bagi menangani masalah-masalah sosial yang semakin kritikal
pada hari ini seharusnya semua pihak memainkan peranan tanpa menuding jari
menyalahkan satu sama lain. Pengkaji menyatakan sedemikian berdasarkan kepada
statistik jenayah yang melibatkan pelajar atau golongan remaja ini dari tahun 2000-
2006. Antara kes jenayah yang dilakukan adalah seperti curi dan ragut, pecah rumah
dan curi malam, mencederakan dengan atau tanpa senjata, pemerasan, rogol,
kekerasan dan cabul, bunuh dan cuba bunuh, dan sebagainya (Polis Diraja Malaysia
(PDRM), 2007).
8
Jadual 1.1 Bilangan Penglibatan Pelajar dalam Pelbagai Jenis Jenayah
dari Tahun 2000-2006
Kesalahan 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 Jumlah
Curi dan ragut 694 555 497 691 763 847 971 5018
Pecah rumah dan curi malam 151 125 133 139 158 194 162 1062
Mencederakan dengan atau tanpa
senjata
114 126 83 95 85 119 213 835
Merusuh dan merusuh dengan senjata 83 70 64 80 103 97 114 611
Pecah rumah & curi siang 90 58 56 62 52 74 78 470
Rogol 40 31 46 39 44 40 96 336
Kekerasan dan cabul 25 29 23 33 38 57 79 284
Samun tanpa senjata sendiri atau
berkumpulan
10 13 15 18 36 22 56 170
Pemerasan 14 11 11 12 24 14 15 101
Bunuh dan cuba bunuh 4 7 13 9 9 4 11 57
Samun bersenjata 8 12 5 9 6 3 1 44
Judi 6 1 0 0 0 15 0 22
Khianat 4 2 1 1 0 6 0 14
Kumpulan samun bersenjata 1 6 2 2 1 0 1 13
Menipu 1 0 0 0 0 1 0 2
Lain-lain * 257 281 187 239 180 114 34 1292
Jumlah 1502 1327 1145 1429 1499 1607 1831 10331
* Merusuh bersenjata atau tanpa senjata, menjual bahan lucah, merosakkan harta awam,
memberi maklumat palsu, cuba melakukan kesalahan, persetubuhan luar tabii, menghalang
tangkapan yang sah, bergaduh, kesalahan dalam undang-undang kesalahan kecil, melanggar
akta komputer, minor offence, akta senjata api, akta bahan letupan, akta senjata bahaya, dan
akta polis.
Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2007
9
Permasalahan sosial sebagaimana yang terkandung dalam jadual di atas dapat
dielakkan jika seseorang individu tersebut memiliki hati yang tunduk kepada Allah
SWT. Hal ini bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh imam al-Nawawi
(1983) iaitu, wujudnya hubungan yang signifikan antara pendidikan akhlak melalui
hati dalam diri anak-anak adalah melalui pembentukan emosi, rohani, dan jasmani
mereka. Wujudnya hubungan ini kerana pendidikan akhlak melalui hati ini
merangkumi beberapa aspek penting seperti ketakwaan yang tinggi kepada Allah
SWT, bersifat muraqabah (sentiasa berjaga-jaga dalam tindakan dan kelakuan kerana
merasa sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT, di samping takut terhadap azab Allah
SWT dan sebagainya (Kamarul Azmi dan Siti Fauziyani, 2007: 9)
Justeru, pengkaji merasa terpanggil untuk mengkaji KHEP yang dihimpunkan
oleh imam al-Nawawi. Hal ini berikutan bagi pembentukan diri setiap individu
muslim bukan sahaja dari aspek fizikal, malahan jua dari aspek spiritual yang perlu
diperbaiki agar selaras dengan prinsip dan syariat Islam.
1.3 Pernyataan Masalah
Permasalahan sosial yang kian meruncing dewasa ini pada hakikatnya
membimbangkan semua pihak. Jika hal ini tidak ditangani dengan sebaik yang
mungkin, kadar peningkatan statistik jenayah pastinya akan terus meningkat dari
tahun ke setahun. Rentetan itu, pengkaji berpendapat bahawa satu bentuk kurikulum
yang ringkas dan padat berkaitan dengan cara hidup dan ajaran Islam yang
10
bersumberkan kepada asas-asas perundangan Islam harus diberikan penekanan agar
corak kehidupan masyarakat khasnya golongan belia dan remaja ini dapat dipulihkan.
Sehubungan itu, satu kajian ingin dibuat bagi mengkaji KHEP yang
dihimpunkan oleh imam al-Nawawi bagi mengenalpasti inti-inti penting dalam asas
ajaran Islam khususnya dari aspek pendidikan. Kitab ini dipilih kerana ia merupakan
sebuah kitab yang menghimpunkan kutipan hadis daripada tokoh-tokoh hadis seperti
imam al-Bukhari, imam Muslim, dan imam al-Tirmizi berdasarkan paradigm imam
al-Nawawi. Di samping itu, KHEP ini juga menjadi sumber rujukan utama bagi umat
Islam di seluruh dunia untuk mendalami intisari ajaran Islam yang disampaikan oleh
baginda Rasulullah SAW buat umatnya. Hal ini menunjukkan bahawa kandungan
KHEP ini adalah penting dan perlu diberikan penekanan oleh setiap individu muslim
dengan lebih prograsif.
1.4 Objektif Kajian
Pengkaji menggariskan beberapa objektif yang hendak dicapai bagi kajian
yang dibuat demi memastikan segala gerak-kerja kajian dapat dijalankan dengan
teratur dan sistematik. Sehubungan itu, di sini pengkaji mengemukakan beberapa
objektif yang ingin dicapai, iaitu:
1. Mengenalpasti aspek-aspek kurikulum pendidikan yang terkandung dalam KHEP
berdasarkan paradigma imam al-Nawawi.
11
2. Mengkaji kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang terdapat dalam KHEP
menurut paradigma imam al-Nawawi.
3. Mengetahui dengan lebih terperinci Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang terdapat
dalam KHEP menurut paradigma imam al-Nawawi.
1.5 Persoalan Kajian
Sebagaimana objektif kajian yang telah dinyatakan di atas, persoalan kajian
dan skopnya adalah seperti berikut:
1. Apakah aspek-aspek kurikulum pendidikan yang terkandung dalam KHEP
berdasarkan paradigma imam al-Nawawi?
2. Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terdapat dalam KHEP
menurut paradigma imam al-Nawawi?
3. Apakah bahan bantu mengajar (BBM) yang terdapat dalam KHEP menurut
paradigma imam al-Nawawi?