navyplan

6
THE NAVY PLAN ZOLKEFLI BAHADOR LT KDR PSSTLDM

Upload: zolkeflibahador

Post on 18-May-2015

130 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

THE NAVY PLAN

ZOLKEFLI BAHADOR LT KDR PSSTLDM

Sistem Pengurusan Strategik TLDM

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Strategik dalam TLDM telah menjalani evolusi dan penambahbaikan yang berterusan dari

tahun ke tahun. Sistem Pengurusan Strategik TLDM dibangunkan menggunakan metodologi Balanced Scorecard (BSC). Bermula pada tahun 2003, sistem ini dikenali sebagai

BSC TLDM, kemudiannya ia terus berkembang dengan terhasilnya RMN Passage Plan pada tahun 2005. Pelan ini seterusnya diberi nafas baru dengan pelancaran the Navy Plan pada tahun 2007 yang kini menjadi satu kebanggaan

kepada the Navy People.

THE NAVY PLAN

The Navy Plan merupakan Pelan Strategik TLDM yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang menjadi milik the Navy People ke arah

mencapai misi dan visi TLDM. Pelan ini mengandungi Objektif Strategik yang merupakan strategi TLDM ke arah mencapai

misi dan visinya. Melalui pelaksanaan the Navy Plan, prestasi TLDM, markas dan unit diukur berdasarkan kepada

pencapaian Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan. Setiap the Navy People mempunyai peranan dan tugas

masing-masing yang perlu dilaksanakan bagi memastikan strategi yang telah ditetapkan dapat dicapai serta memastikan

prestasi TLDM sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.

LEMBAGA PENGURUSAN STRATEGIK TLDM

Lembaga Pengurusan Strategik TLDM atau ringkasnya dikenali sebagai LPS TLDM merupakan lembaga yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan strategik

merangkumi penilaian prestasi, pengurusan inovasi dan kualiti serta pengurusan keutuhan dan tadbir urus dalam TLDM. LPS

TLDM dipengerusikan oleh Panglima Tentera Laut dan ahli terdiri daripada Timbalan PTL, semua Panglima Formasi,

Asisten Ketua Staf di Markas Tentera Laut, Pengarah Undang-undang, Marshal Provos TLDM dan Pegawai Waran TLDM.

Lembaga ini akan bersidang setiap 3 bulan bagi membincangkan hal ehwal berkaitan pengurusan strategik

TLDM.