nama rasmi republik china...
TRANSCRIPT
Nama Rasmi Republik China (Taiwan)
Bendera Kebangsaan
Bunga Kebangsaan Bunga Plum
Kawasan (Taiwan dan pulau-pulau di sekitarnya)
36,197 kilometer persegi
Jumlah penduduk 23.59 juta (2018)
Etnik
Lebih 95 peratus ialah Cina Han (termasuk Holo, Hakka dan bangsa lain yang berasal dari tanah besar China); 2 peratus orang asli Melayu-Polinesia, 2 peratus pendatang baharu, terutamanya dari China dan Asia Tenggara
FAKTA RINGKAS TAIWAN
(termasuk Holo, Hakka dan bangsa
Kerajaan Demokrasi pelbagai parti
Presiden Tsai Ing-wen
Ibu Negara Bandar Raya Taipei
Kawasan perbandaran khas
Taipei, Taipei Baharu, Taoyuan, Taichung, Tainan, Kaohsiung
Mata WangDolar Taiwan Baharu (NT$ atau TWD)
Bahasa Mandarin (China), Holo (Taiwan), Hakka, bahasa Austronesia
Agama utamaBuddha, Taoisme, I-Kuan Tao, agama masyarakat Cina, Kristian, Islam
Bunga daylily kembang mekar di Wilayah Hualien, pantai timur Taiwan. (Jimmy-Lin)
Kawasan perbandaran khas
Mata Wang
Diterbitkan oleh Kementerian Luar Negeri,Republik China (Taiwan) No. 2, Ketagalan Blvd, Taipei 10048, Taiwan, ROChttp://www.mofa.gov.tw
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak semula mana-mana bahagian atau keseluruhan buku ini tanpa keizinan bertulis daripada pemegang hak cipta.Agensi untuk dihubungi: Kementerian Luar Negeri, Republik China (Taiwan). Tel: (+886-2) 3356-8198
2019 – 2020 Taiwan Sepintas Lalu
Penyunting: May Tseng, Jim Hwang, Ciaran Madden, Edward MoonPenyunting Bebas: Meg Chang, Keira Chiang, Oscar Chung, Pat Gao, Kelly HerPereka Grafik dan Reka Bentuk: Lin Hsin-chieh
Pengedar: Taiwan Panorama MagazineNo. 2, Tianjin Street Taipei 10051, Taiwan, ROCTel: (+886-2) 2392-2256http://www.taiwan-panorama.com
No. Kad Katalog: MOFA-EN-BO-108-004-I-1GPN: ISBN: 978-Edisi pertama, D46 Disember 2019Dicetak di TaiwanHarga: NT$70 US$2
2019 – 2020 Taiwan Sepintas Lalu
C15
MOFA-MA-BO-108-015-I-11010801874978-986-5447-08-3
Kinmen
Penghu
m300020001000500250500
Taiwan
Pulau Diaoyutai
PulauHijau
Pulau Orkid
Taipei
Taipei BaharuTaoyuan
Taichung
Tainan
Kaohsiung
Selat Taiwan
Lautan Pasifik
Matsu
ChinaTaiwan
Filipina
Kepulauan Nansha (Spratly)
Kepulauan Shisha
(Paracel) Kepulauan Chungsha (Tebing Macclesfield)
Kepulauan Tungsha (Pratas)
Malaysia
VietnamLaut China Selatan
KANDUNGAN
2 MUKA BUMI & IKLIM
8 PENDUDUK
14 SEJARAH
24 SISTEM POLITIK
32 HAL EHWAL LUAR NEGERI
42 HUBUNGAN RENTAS SELAT
48 EKONOMI
58 SAINS DAN TEKNOLOGI
66 PENDIDIKAN
70 KEBUDAYAAN
74 MEDIA MASSA
78 MELAWAT TAIWAN
Keindahan matahari terbit di Pulau Guishan yang terletak di Wilayah Yilan, timur laut Taiwan. (Dengan ihsan Lin Jian-bang & Pentadbiran Kawasan Pemandangan Timur Laut dan Pantai Yilan)
MUKA BUMI & IKLIM FAKTA PENTING
3
Gunung Jade di Taiwan merupakan gunung tertinggi di Asia Timur.Kira-kira 20 peratus daripada tanah negara ini diwartakan sebagai kawasan terlindung.
Republik China (Taiwan) terletak di rantau Pasifik Barat, di
antara Jepun dengan Filipina. Jajahannya yang luas menjangkau
Kepulauan Penghu, Kinmen dan Matsu, serta ratusan pulau kecil
yang lain. Keluasan pulau utama Taiwan dan pulau-pulau di
sekitarnya adalah kira-kira 36,197 kilometer persegi. Dengan saiz
sebesar Belanda tetapi bilangan penduduk kira-kira 23 juta, Taiwan
mempunyai lebih ramai penduduk berbanding tiga perempat
negara di dunia. Pulau utama Taiwan mempunyai keindahan
semula jadi yang sungguh mempesona. Kebanyakan puncak
gunungnya melebihi 3,000 meter - termasuk gunung tertinggi di
Asia Timur, Gunung Jade (Yushan) - manakala kaki gunung yang
dikelilingi hutan pula meliputi lebih daripada separuh kawasannya.
Pulau ini juga mempunyai gunung berapi, dataran tinggi, dataran
pinggir laut dan lembangan. Kepulauan Diaoyutai yang terletak
di timur laut Taiwan dan beberapa pulau di Laut China Selatan,
termasuk Kepulauan Tungsha (Pratas), Nansha (Spratly), Shisha
(Paracel) dan Chungsha (Tebing Macclesfield), juga merupakan
sebahagian daripada wilayah Taiwan.
4
Dengan kedudukannya di laluan arus lautan panas pantai timur
benua Asia, pulau utama Taiwan mempunyai beraneka zon iklim,
daripada zon tropika hingga zon iklim sederhana. Kepelbagaian
iklim berserta tanah yang subur dan taburan hujan yang tinggi
menjadikan Taiwan syurga pertanian kerana hampir semua jenis
buah-buahan dan sayuran boleh ditanam di sini. Hal ini juga
menjadikan pulau ini taman rekreasi yang mengasyikkan. Pada
musim sejuk, pengunjung berpeluang menyaksikan pemandangan
kilometer persegi7,930
Tanah pertanian
394Kepanjangan
Taiwan
kilometer
Gunung Jade (3,952 meter)
Puncak tertinggi
22°CSuhu purata 18°C
Januari29°CJulai
Kelebaran Taiwan
144kilometer
FAKTA RINGKAS
kilometer persegi
36,197Keluasan tanah
MUKA BUMI & IKLIM 5
hujan salji yang indah di lereng Gunung Hehuan di Wilayah
Nantou sebelum meneruskan perjalanan hanya 200 kilometer
jauhnya ke Wilayah Pingtung yang nyaman untuk menyelam
skuba di terumbu karang sepanjang hujung bahagian selatan
pulau ini.
Sementara itu, pulau-pulau yang lebih kecil pula mempunyai ciri
semula jadi yang unik, seperti tiang basalt di Kepulauan Penghu
dan kolam air panas laut di sepanjang pantai Pulau Hijau dan
Pulau Guishan.
Flora dan FaunaZon iklim Taiwan yang berspektrum luas daripada zon tropika
hingga zon iklim sederhana dan kepelbagaian topografinya
menyumbang kepada kekayaan flora dan fauna yang beraneka
jenis di pulau ini. Lebih kurang 123 spesies mamalia, 788 spesies
burung, 133 spesies reptilia, 42 spesies amfibia, 400 spesies rama-
rama dan 3,100 spesies ikan dikenal pasti mendiami Taiwan.
Tumbuh-tumbuhan di pulau ini pula terdiri daripada 866 spesies
paku-pakis, 4,596 spesies angiosperma dan 34 spesies gimnosperma.
Bagi melindungi ekosistem yang menampung habitat tumbuhan
dan haiwan ini, pihak kerajaan telah mewartakan lebih kurang
20 peratus daripada keluasan negara sebagai kawasan terlindung,
termasuk sembilan taman negara dan satu taman alam negara,
22 rizab semula jadi untuk ekosistem khas, enam kawasan hutan
simpan, 20 kawasan perlindungan hidupan liar dan 37 habitat
utama hidupan liar.
6
Salah satu spesies fauna yang paling terkenal di Taiwan ialah ikan
salmon darat Formosan (Oncorhynchus masou formosanus). Ikan
ini dipercayai terperangkap di dalam air gunung yang dingin di
kawasan tengah Taiwan semasa zaman ais terakhir apabila paras
laut turun secara mendadak, menyebabkan salmon ini tidak dapat
lagi berulang-alik di antara air tawar dengan air garam. Untuk
melindungi spesies ikan terancam ini, Pusat Perlindungan Ikan
Salmon Darat Formosan telah ditubuhkan di hulu Sungai Dajia,
Taman Negara Shei-pa.
Spesies bunga asli Taiwan, pleione atau windowsill orchid, dipelihara di Ladang Eksperimen Tanah Tinggi, Universiti Kebangsaan Taiwan di Wilayah Nantou, bahagian tengah Taiwan. (Dengan ihsan Ladang Eksperimen Tanah Tinggi, NTU)
MUKA BUMI & IKLIM 7
TAMAN-TAMAN NEGARA
Laut Penghu Selatan Atol Dongsha
(Tungsha)Kinmen
Kenting
Yushan
Taroko
Shei-pa
Taijiang
Yangmingshan
PENDUDUK
Kanak-kanak menjerit riang menaiki kerusi berputar di Taman Hiburan Kanak-kanak Taipei. (Chin Hung-hao)
FAKTA PENTING
9
Taiwan sering digambarkan sebagai negara yang didominasi oleh
masyarakat Cina Han kerana lebih 95 peratus penduduknya
mendakwa berasal daripada bangsa Han. Namun hakikatnya,
salasilah keturunan penduduk Taiwan ternyata lebih kompleks.
Kemasukan pendatang Cina secara besar-besaran yang bermula
pada kurun ke-17 membawa pelbagai kaum etnik dengan bahasa
dan budaya yang berbeza. Sejajar dengan peredaran masa,
perbezaan antara kaum-kaum tersebut kian kabur dalam generasi
masa kini disebabkan perkahwinan campur dan penggunaan
bahasa Mandarin secara meluas. Taiwan bukan sahaja didiami
oleh pelbagai suku kaum Han, tetapi juga orang-orang Melayu-
Polinesia dan pendatang dari seluruh pelosok dunia. Sebagai
contoh, tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan ketibaan
Terdapat 16 kaum peribumi yang diiktiraf secara rasmi di Taiwan.Negara ini juga didiami oleh lebih 510,000 pendatang baharu, kebanyakannya berasal dari China dan Asia Tenggara.
10
Kadar kelahiran kasar (2018): 7.66 (setiap 1,000 orang)
Kadar kematian kasar (2018): 7.32 (setiap 1,000 orang)
Jangka hayat (2017): 80.4 tahun
Jumlah Penduduk: (2018)23,588,932
Lelaki: Perempuan:
77.3tahun
83.7tahun
FAKTA RINGKAS
Struktur populasi:
Etnik:
0-14 tahun: 12.92% 15-64 tahun: 72.52%65 tahun ke atas: 14.56%
Cina Han: 95.4%Kaum peribumi: 2.4%Pendatang baharu: 2.2%
PENDUDUK 11
ramai pendatang baharu dari China dan Asia Tenggara,
kebanyakannya melalui perkahwinan. Menurut statistik terkini,
bilangan pendatang baharu di Taiwan telah mencecah 510,000
orang.
Kebelakangan ini, terdapat kesedaran yang lebih tinggi di Taiwan
untuk mengetengahkan warisan budaya 16 etnik berbahasa
Austronesia yang diiktiraf secara rasmi. Kumpulan minoriti ini
merangkumi hampir 2 peratus jumlah penduduk. Organisasi
awam dan swasta giat menganjurkan pelbagai inisiatif untuk
menghidupkan semula bahasa dan budaya mereka, sepertimana
yang boleh dilihat melalui pelancaran Rangkaian Televisyen
Peribumi Taiwan dan kelulusan Akta Asas Kaum Peribumi.
Penyepaduan dan diversiti etnik di Taiwan telah membentuknya
menjadi masyarakat yang lebih terbuka dan memandang ke
hadapan, dengan menggabungkan pelbagai unsur tamadun dari
seluruh dunia melalui cara yang tersendiri dan penuh harmoni.
LIMA IKRAR KESTABILAN SOSIAL
OLEH PRESIDEN TSAI ING-WEN
12
Keselamatan Makanan•Menguatkuasakan peraturan keselamatan makanan yang lebih ketat selaras dengan piawaian antarabangsa, seperti ISO 22000 dan Analisis Punca Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP)•Menyediakan sistem pengesanan yang komprehensif untuk produk pertanian•Menambah baik prosedur pertanian dan pemprosesan makanan
Khidmat Jagaan Komuniti 3-dalam-1•Menggalakkan khidmat jagaan kanak-kanak di kemudahan awam dan kemudahan yang tidak berasaskan keuntungan•Mempertingkatkan khidmat jagaan komuniti jangka panjang untuk warga tua dan golongan kurang upaya•Mewujudkan peluang pekerjaan dan menyokong ekonomi setempat melalui pembangunan khidmat jagaan dan perubatan
PENDUDUK 13
Keselamatan Awam•Menggalakkan program anti-dadah dan anti-penipuan serta berusaha meningkatkan keselamatan wanita dan kanak-kanak•Membasmi jenayah terancang dan penggunaan senjata api secara haram•Menyediakan mekanisme pertukaran maklumat rentas sempadan bagi memudahkan tugas pihak penguatkuasa undang-undang di dalam dan juga di luar negara
Pencen yang Mampan•Menganjurkan persidangan hal ehwal negara untuk membincangkan isu-isu berkaitan sistem pencen utama•Menepati dua objektif utama: memastikan keperluan asas semua warga tua dipenuhi dan memastikan skim pencen mengekalkan keseimbangan antara pendapatan dengan perbelanjaan•Melaksanakan strategi berikut: melakukan perubahan secara berperingkat, memperkemas sistem yang terlalu rumit, meningkatkan kelayakan umur pencen dengan sewajarnya, dan beransur-ansur mencapai nisbah penggantian pendapatan yang munasabah
Tempat Tinggal yang Selesa•Mengendalikan atau membina 200,000 unit perumahan sosial untuk disewa dalam tempoh lapan tahun•Memastikan unit perumahan sosial yang baharu sesuai untuk warga tua dan golongan kurang upaya•Menggalakkan pengubahsuaian rumah dan prasarana komuniti sedia ada untuk kemudahan warga tua
SEJARAH
Daxi, sebuah daerah komersial yang bersejarah di Bandar
Taoyuan, bahagian utara Taiwan, terkenal dengan arked klasik dan
reka bentuk depan kedai yang menarik. (Huang Chung-hsin)
FAKTA PENTING
15
Republik China diasaskan di negara China pada tahun 1912.
Ketika itu, Taiwan berada di bawah pemerintahan penjajah
Jepun susulan Perjanjian Shimonoseki 1895 yang menyaksikan
penyerahan Taiwan kepada Jepun oleh kerajaan Qing. Kerajaan
Republik China mula mentadbir Taiwan pada tahun 1945 selepas
Jepun menyerah kalah pada hujung Perang Dunia Kedua.
Kerajaan Republik China berpindah ke Taiwan pada tahun
1949 semasa Perang Saudara dengan Parti Komunis China.
Sejak dari itu, Republik China terus mengekalkan kedaulatan
pentadbirannya ke atas pulau utama Taiwan dan beberapa pulau
di sekitarnya. Peristiwa ini telah mengasingkan Taiwan dan
China di bawah dua pemerintahan yang berbeza. Pihak berkuasa
Beijing tidak pernah melaksanakan bidang kuasanya ke atas
Taiwan atau pulau-pulau lain yang ditadbir oleh Republik China.
Orang Belanda dan Sepanyol telah membina penempatan di Taiwan pada awal kurun ke-17.Kira-kira 1.2 juta orang telah berpindah dari China ke Taiwan bersama dengan kerajaan Republik China (Taiwan) pada lewat 1940-an hingga awal 1950-an.
16
Garis Masa SejarahGaris masa berikut memfokus pada sejarah Taiwan yang direkodkan
kira-kira 400 tahun lalu, walaupun negara ini telah didiami oleh
kaum Melayu-Polinesia selama beribu-ribu tahun lamanya.
1500-an
Pelayar-pelayar Eropah yang melalui Taiwan dipercayai telah merekodkan nama pulau ini sebagai Ilha Formosa, yang bermaksud pulau indah.
Taiwan terus dikunjungi oleh kumpulan kecil pedagang Cina, nelayan dan lanun.
1624 Syarikat Hindia Timur Belanda menubuhkan pangkalan di barat daya Taiwan, seterusnya membawa pembaharuan terhadap amalan pertanian masyarakat peribumi dan mengupah buruh Cina untuk bekerja di sawah padi dan ladang tebu.
1626 Pengembara Sepanyol menubuhkan pangkalan di utara Taiwan, tetapi diusir oleh orang Belanda pada tahun 1642.
1662 Pengikut setia dinasti Ming di bawah pimpinan Zheng Cheng-gong, atau Koxinga, yang melarikan diri daripada penaklukan dinasti Ming (1368–1644) oleh Manchuria telah menghalau orang Belanda dari Taiwan dan mengambil alih kuasa pemerintahan di pulau tersebut.
1683 Tentera dinasti Qing (1644–1912) menguasai kawasan pantai barat dan pantai utara Taiwan.
1885 Taiwan diisytiharkan sebagai wilayah Empayar Qing.
SEJARAH 17
1895 Berikutan kekalahan dalam Perang Sino-Jepun Pertama (1894-1895), kerajaan Qing menandatangani Perjanjian Shimonoseki. Perjanjian ini menyerahkan pemerintahan Taiwan kepada Jepun yang terus berkuasa sehingga tahun 1945.
1911-1912
Tentera revolusi China menggulingkan Empayar Qing dan menubuhkan Republik China.
1943 Semasa Perang Dunia Kedua, pemimpin Republik China, Chiang Kai-shek telah bermesyuarat dengan Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill di Kaherah. Hasilnya, Perisytiharan Kaherah telah diluluskan dengan menyatakan bahawa “...Formosa [Taiwan] dan Pescadores [Kepulauan Penghu] hendaklah dipulangkan kepada Republik China...”
1945 Republik China, United Kingdom dan Amerika Syarikat sepakat mengeluarkan Perisytiharan Potsdam yang menggesa Jepun menyerah kalah tanpa syarat dan menegaskan bahawa kandungan Perisytiharan Kaherah mesti dilaksanakan.
Selepas Perang Dunia Kedua, wakil kerajaan Republik China menerima penyerahan kalah tentera Jepun di Taiwan. Chen Yi selaku Ketua Eksekutif Wilayah Taiwan menghantar satu memorandum kepada gabenor jeneral Taiwan yang mewakili Jepun. Antara lainnya, memorandum itu menyatakan bahawa “Sebagai Ketua Eksekutif Republik China Wilayah Taiwan, ...saya mengambil alih semua kemudahan dan aset sah yang berkaitan dengan wilayah, rakyat, pentadbiran, politik, ekonomi dan kebudayaan Taiwan (termasuk Kepulauan Penghu).”
18
1947 Perlembagaan Republik China diisytiharkan pada 1 Januari dan dijadualkan berkuat kuasa pada 25 Disember. Pada bulan Mac dan bulan-bulan berikutnya, tentera Republik China yang dihantar dari China telah berjaya menewaskan pemberontakan besar-besaran penduduk Taiwan yang berlaku susulan Insiden 28 Februari.
1948 Apabila perang saudara yang besar berlaku di China antara kerajaan Republik China pimpinan Kuomintang dengan Parti Komunis China, Peruntukan Sementara Dalam Tempoh Mobilisasi Negara Bagi Menewaskan Pemberontakan Komunis telah digubal. Peruntukan ini mengatasi Perlembagaan Republik China dan melebarkan kuasa presiden dengan lebih meluas.
1949 Kerajaan Republik China berpindah ke Taiwan, diikuti dengan perpindahan 1.2 juta rakyat China ke Taiwan.
Pada 25 Oktober, Pertempuran Kuningtou meletus di Kinmen, dengan angkatan tentera Republik China berjaya menewaskan komunis di pantai barat laut pulau tersebut.
Undang-undang tentera diisytiharkan di Taiwan dan terus berkuat kuasa sehingga tahun 1987.
1952 Perjanjian Keamanan ditandatangani antara Republik China dengan Jepun di Taipei Guest House, dengan itu menamatkan perang antara kedua-dua pihak tersebut secara rasmi. Menurut Fasal 2 dalam Perjanjian San Francisco 1951, Jepun telah melepaskan semua hak, pemilikan dan tuntutannya terhadap Formosa (Taiwan), Pescadores (Kepulauan Penghu), Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel. Semua perjanjian, perisytiharan dan persetujuan sebelum 9 Disember 1941 antara China dengan Jepun menjadi tidak sah dan terbatal.
SEJARAH 19
1954 Perjanjian Pertahanan Bersama Republik China-Amerika Syarikat ditandatangani di Washington.
1958 23 Ogos menandakan bermulanya pertempuran rejimen meriam antara garison Republik China di Pulau Kinmen dengan tentera China yang berterusan selama lebih 40 hari.
1966 Zon Pemprosesan Eksport yang pertama dibina di Bandar Kaohsiung, bahagian selatan Taiwan. Pembinaan zon tersebut menggerakkan Taiwan ke arah status negara maju, seterusnya menetapkan paradigma untuk diikuti oleh negara lain.
1968 Sistem pendidikan wajib selama sembilan tahun dilancarkan dalam era apabila kurang daripada sembilan negara di seluruh dunia mempunyai sistem pendidikan wajib yang sama atau lebih panjang daripada tempoh ini.
1971 Republik China menarik diri daripada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
1979 Para aktivis demokrasi yang mengadakan demonstrasi di bandar Kaohsiung diberkas dan dipenjarakan berikutan peristiwa yang dikenali sebagai Insiden Kaohsiung, yang akhirnya membawa kepada penubuhan dan pembentukan Parti Progresif Demokratik (DPP) pada tahun 1986.
1987 Undang-undang tentera, yang berkuat kuasa sejak 1949, ditamatkan. Larangan pembentukan parti politik baharu dan penerbitan berita telah dimansuhkan. Proses demokrasi giat diteruskan.
Pergerakan penduduk merentasi selat kini bermula.
20
1991 Peruntukan Sementara Dalam Tempoh Mobilisasi Negara Bagi Menewaskan Pemberontakan Komunis dihapuskan. Bermula dari tahun ini sehingga 2005, Perlembagaan Republik China telah dipinda sebanyak tujuh kali.
Taiwan menjadi ahli Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.
1992 Wakil-wakil kerajaan dari seberang Selat Taiwan mengadakan perjumpaan buat pertama kali di Hong Kong dan berjaya mencapai persetujuan serta persefahaman dalam pelbagai isu selepas beberapa sesi komunikasi dan rundingan.
1995 Program Insurans Kesihatan Kebangsaan bermula.
1996 Republik China mengadakan pilihan raya presiden yang pertama, diakhiri dengan Lee Teng-hui daripada parti KMT dan calon timbalannya Lien Chan menang dengan majoriti undi 54 peratus.
2000 Chen Shui-bian dan Annette Lu Hsiu-lien daripada DPP dipilih sebagai presiden dan naib presiden, dengan itu mengambil alih tampuk kepimpinan negara daripada parti KMT yang memerintah selama lebih 50 tahun. Peristiwa ini juga menandakan pemindahan kuasa eksekutif kerajaan Republik China di Taiwan buat pertama kali antara parti-parti politik..
2002 Taiwan menjadi ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
2003 Dewan Perundangan meluluskan Akta Referendum yang memberikan hak kepada rakyat untuk mengundi secara langsung berkaitan isu-isu yang melibatkan kepentingan setempat atau negara.
SEJARAH 21
2004 Referendum negara yang pertama diadakan sempena pilihan raya presiden ketiga, diakhiri dengan Chen dan Lu dipilih semula selepas menang majoriti tipis.
2005 Dewan Perundangan meluluskan pindaan perlembagaan dengan mengurangkan separuh kerusi dewan daripada 225 kepada 113 kerusi dan memperkenalkan sistem “satu daerah, dua undi” untuk pilihan raya perundangan.
2008 Ma Ying-jeou dan Vincent C. Siew daripada parti KMT dipilih sebagai presiden dan naib presiden Republik China, selepas menang dengan majoriti undi 58 peratus. Peristiwa ini juga menandakan pemindahan kuasa eksekutif kerajaan Republik China di Taiwan buat kedua kalinya antara parti-parti politik.
2009 Taiwan menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia sebagai pemerhati. Penyertaan ini adalah penyertaannya yang pertama kali dalam aktiviti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak ia menarik diri pada tahun 1971.
Presiden Ma menandatangani surat pengesahan Perjanjian Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik serta Perjanjian Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Budaya.
2010 Republik China menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Kerjasama Ekonomi Rentas Selat (ECFA) dengan China untuk menyelaraskan hubungan ekonomi dan perdagangan merentasi Selat Taiwan.
2011 Ulang tahun Republik China ke-100 disambut di Taiwan.
22
2012 Penyandang presiden Ma Ying-jeou dan calon timbalannya yang baharu Wu Den-yih daripada parti KMT memenangi pilihan raya pemilihan presiden dan naib presiden dengan majoriti undi 51.6 peratus.
2013 Taiwan menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi dengan New Zealand dan perjanjian perkongsian ekonomi dengan Singapura.
Taiwan menghadiri perhimpunan ke-38 Persatuan Penerbangan Awam Antarabangsa sebagai tetamu kepada presiden majlis.
2014 Menteri Majlis Hal Ehwal Tanah Besar China, Wang Yu-chi, mengadakan pertemuan rasmi dengan pengarah Pejabat Hal Ehwal Taiwan di China, Zhang Zhijun, pada bulan Februari di Nanjing. Peristiwa ini menandakan hubungan rasmi yang pertama antara ketua-ketua agensi kerajaan kedua-dua negara yang bertanggungjawab menguruskan hubungan rentas selat.
Seramai 11,130 calon dipilih di seluruh negara dalam sembilan kategori wakil kerajaan tempatan melalui pilihan raya tempatan “sembilan-dalam-satu”.
2015 Presiden Ma dan pemimpin China, Xi Jinping, bertemu di Singapura pada bulan November. Peristiwa ini menandakan pertemuan pemimpin peringkat atasan yang pertama antara kedua-dua pihak dalam tempoh 66 tahun.
Taiwan menandatangani Perjanjian Fasilitasi Perdagangan WTO dan menghantar instrumen penerimaannya kepada organisasi tersebut.
SEJARAH 23
2016 Pengerusi DPP Tsai Ing-wen dan calon akademik Chen Chien-jen dipilih sebagai presiden dan naib presiden Republik China.
DPP menguasai majoriti dalam Parlimen buat pertama kali setelah berjaya memenangi 68 daripada 113 kerusi.
Presiden Tsai Ing-wen memohon maaf secara rasmi bagi pihak kerajaan kepada masyarakat peribumi Taiwan atas kesengsaraan dan ketidakadilan yang mereka lalui sejak berkurun lalu.
2017 Mahkamah Perlembagaan menetapkan bahawa Kod Sivil yang menghalang perkahwinan sejenis telah melanggar Perlembagaan. Peristiwa ini menjadikan Taiwan negara pertama di Asia yang bakal meluluskan perkahwinan sejenis.
Akta Pembangunan Bahasa Peribumi digubal untuk memulihara dan mempromosikan bahasa ibunda 16 kaum peribumi yang diiktiraf secara rasmi di Taiwan.
Taiwan menjadi tuan rumah bagi Universiade Musim Panas Taipei 2017.
Formosat-5, satelit pemerhatian Bumi resolusi ultratinggi pertama buatan negara ini, telah dilancarkan.
2018 Akta Perjalanan Taiwan diluluskan oleh Senat AS dan ditandatangani oleh Presiden Donald J. Trump.
FAKTA PENTING
25
Perlembagaan Republik China, yang berkuatkuasa pada 1 Januari
1947, tidak menyempurnakan peranannya sebagai asas pemerintahan
demokratik dan kedaulatan undang-undang sehingga tahun 1987
apabila undang-undang tentera dimansuhkan di Taiwan. Sejak itu,
perlembagaan telah dipinda sebanyak tujuh kali pada tahun 1991,
1992, 1994, 1997, 1999, 2000 dan 2005 supaya ia lebih relevan
dengan situasi semasa negara.
Salah satu impak utama daripada pindaan ini ialah sejak tahun 1991,
pihak kerajaan telah mengiktiraf bahawa bidang kuasanya hanya
meliputi kawasan di bawah kawalannya. Oleh itu, presiden dan ahli
dewan undangan akan dipilih oleh dan bertanggungjawab terhadap
penduduk di kawasan terbabit sahaja.
Selaras dengan pindaan perlembagaan yang diisytiharkan pada bulan
Jun 2005, bilangan kerusi di Dewan Perundangan telah dikurangkan
menjadi separuh, iaitu daripada 225 kepada 113, manakala tempoh
Presiden dan naib presiden Republik China (Taiwan) dipilih secara langsung setiap empat tahun.Dalam pilihan raya perundangan Taiwan, setiap pengundi membuang satu undi untuk daerah mereka dan satu lagi untuk kerusi umum.
26
jawatan ahli dewan undangan telah ditambah daripada tiga tahun
kepada empat tahun. Menurut sistem pilihan raya yang baharu,
setiap daerah pilihan raya boleh memilih hanya satu kerusi. Setiap
pengundi membuang dua undi—satu untuk daerah dan satu lagi
untuk kerusi umum. Kuasa untuk meratifikasi pindaan perlembagaan
kini dilaksanakan oleh rakyat melalui referendum.
Peringkat KerajaanKerajaan pusat terdiri daripada presiden dan lima cabang utama, atau
Dewan (yuan). Pada masa ini, kerajaan tempatan merangkumi enam
perbandaran khas, 13 wilayah, dan tiga perbandaran berautonomi
dengan status hierarki yang sama dengan wilayah. Sejak tahun 2014,
semua ketua dan wakil kerajaan tempatan dipilih secara serentak di
bandar dan wilayah di seluruh Taiwan setiap empat tahun. Selain
itu, terdapat 198 pekan dan bandar yang ditadbir oleh wilayah, serta
170 daerah—termasuk enam daerah pergunungan yang didiami oleh
penduduk peribumi—di perbandaran berautonomi dan khas.
Perbandaran khas ialah entiti pentadbiran peringkat atasan
yang berada di bawah bidang kuasa langsung kerajaan pusat. Ia
memainkan peranan penting dalam menerajui pembangunan
serantau. Status ini memberikannya akses kepada pembiayaan yang
lebih besar, peluang penubuhan agensi tambahan dan pengambilan
lebih ramai penjawat awam. Enam perbandaran khas tersebut, yang
disusun mengikut bilangan penduduk, ialah Bandar Taipei Baharu,
Taichung, Kaohsiung, Taipei, Taoyuan dan Tainan.
SISTEM POLITIK 27
Presiden dan Perdana MenteriPresiden dan naib presiden dipilih secara langsung, berkhidmat
selama satu penggal (empat tahun) dan boleh dipilih semula untuk
satu penggal lagi. Presiden ialah ketua negara dan pemerintah
tertinggi angkatan bersenjata, mewakili negara dalam hubungan
luar negeri dan diberi kuasa untuk melantik ketua bagi empat
cabang kerajaan, termasuk Perdana Menteri yang berperanan
mengetuai Dewan Eksekutif (Kabinet) dan bertanggungjawab
menghantar laporan secara tetap kepada Dewan Perundangan
(Badan Perundangan). Ketua-ketua kementerian, suruhanjaya dan
agensi di bawah Dewan Eksekutif dilantik oleh Perdana Menteri
dan membentuk Majlis Dewan Eksekutif. Untuk meningkatkan
keberkesanan pentadbiran, Dewan Eksekutif telah disusun semula
bagi mengurangkan bilangan organisasi Kabinet daripada 37
kepada 29.
Selepas penyusunan semula yang bermula pada awal tahun 2012,
Dewan Eksekutif merangkumi 14 kementerian, lapan majlis, tiga
agensi bebas dan empat organisasi lain. Di bawah Perlembagaan
Republik China, pelantikan Perdana Menteri oleh Presiden
mahupun pelantikan menteri-menteri utama oleh Perdana Menteri
tidak memerlukan pengesahan dewan perundangan.
Pelantikan ahli Dewan Kawal Selia dan Dewan Penilaian, serta
hakim bagi Dewan Kehakiman, dilakukan oleh Presiden dan
mesti disahkan oleh Dewan Perundangan. Ahli Dewan akan
melantik Ketua Dewan, atau speaker, dalam kalangan mereka
sendiri.
28
Bandar Raya Taipei (ibu negara)
Wilayah Changhua
Bandar Tainan
Bandar Kaohsiung
Bandar Taichung Wilayah Miaoli
Bandar Hsinchu Wilayah Hsinchu Wilayah Hsinchu
Bandar Taipei BaharuBandar Taoyuan
Wilayah Penghu
6 Perbandaran khas
3 Perbandaran berautonomi
13 Wilayah
DEWAN EKSEKUTIF
Merangka dan melaksanakan dasar
DEWAN PERUNDANGAN
Mengkaji semula dan menggubal undang-undang, mengadakan sidang untuk membahaskan usul dasar,
menyemak anggaran belanjawan dan operasi
kerajaan
LIMA CABANG KERAJAAN PUSAT
KAWASAN PENTADBIRAN TEMPATAN
SISTEM POLITIK 29
Wilayah Kinmen
Bandar Keelung
Wilayah Yilan
Wilayah HualienWilayah NantouWilayah YunlinBandar Chiayi Wilayah Chiayi
Wilayah Pingtung
Wilayah Taitung
Wilayah Lienchiang
DEWAN PENILAIAN
Menguruskan sistem perkhidmatan awam
DEWAN KEHAKIMAN
Menyelia sistem mahkamah negara
DEWAN KAWAL SELIA
Mendakwa dan menghukum pegawai kerajaan, mengaudit
agensi-agensi kerajaan
30
Parti PolitikPresiden memainkan peranan utama dalam operasi keseluruhan
kerajaan Republik China. Istilah “parti pemerintah” pula
merujuk kepada parti politik yang menduduki Pejabat Presiden.
Wakil Parti Kuomintang (KMT) memegang jawatan presiden
di Taiwan selama lebih lima dekad sebelum Parti Progresif
Demokratik (DPP) memenangi pilihan raya presiden pada
tahun 2000 dan 2004. KMT berjaya merebut kembali tampuk
PELAN PEMBANGUNAN KEBANGSAAN 2019Memacu pembangunan negara, mencapai kecemerlangan pelaksanaan
• Mengukuhkan pembangunan ekonomi • Menggalakkan kebajikan sosial
Persekitaran hidup dan kerja yang selamat dan makmur
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak • Mengoptimumkan perkembangan bakat dan penggajian pekerja, dan menambah baik dasar imigrasi • Mempromosikan kesihatan di peringkat kebangsaan• Membangunkan Taiwan menjadi negara dwibahasa
Pertumbuhan penduduk yang mampan
Sumber: Majlis Pembangunan Negara
SISTEM POLITIK 31
PELAN PEMBANGUNAN KEBANGSAAN 2019
• Memperkukuh pemulihan serantau • Menggalakkan penggunaan tanah secara efektif untuk mengekalkan kelestarian • Mempercepat pelaksanaan Program Pembangunan Infrastruktur Masa Depan • Meningkatkan kualiti pengangkutan • Mempromosikan budaya Taiwan • Menyelaraskan pengagihan sumber
Pembangunan serantau yang seimbang
• Melindungi kedaulatan negara • Memperluas penyertaan antarabangsa
Keselamatan negara dan penyertaan antarabangsa
pemerintahan pada tahun 2008 dan 2012. DPP sekali lagi
memenangi pilihan raya presiden tahun 2016, menandakan
peralihan kuasa yang ketiga kalinya sejak demokrasi
dilaksanakan di negara ini.
Dalam pilihan raya parlimen pada Januari 2016, DPP memenangi
60 peratus kerusi dalam Badan Perundangan (Parlimen),
manakala KMT hanya mendapat 31 peratus kerusi. Parti utama
lain yang mempunyai kerusi di Badan Perundangan ialah Parti
Kuasa Baharu (NPP) dan Parti Utama Rakyat (PFP).
HAL EHWAL LUAR NEGERI
Presiden Tsai Ing-wen (kiri) bersama-sama Presiden Palau, Tommy E. Remengesau Jr, ketika upacara menanam pokok pada 22 Mac 2019 semasa kunjungan rasmi lapan hari Presiden Tsai dalam siri lawatan Oceans of Democracy ke tiga negara sekutu diplomatik Taiwan di Kepulauan Pasifik. (Dengan ihsan Pejabat Presiden)
FAKTA PENTING
33
Republik China ialah sebuah negara berdaulat dan merdeka yang
memiliki angkatan pertahanan negara sendiri dan mengendalikan
hal ehwal luarnya sendiri. Sepertimana yang termaktub dalam
Perlembagaan, Republik China berhasrat untuk “memupuk
semangat kejiranan yang baik dengan negara-negara lain, dan
menghormati perjanjian dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu ...
menggalakkan kerjasama antarabangsa, melindungi keadilan
antarabangsa dan menjaga keamanan dunia”. Objektif utama
dasar luar negeri Republik China adalah untuk mengekalkan
persekitaran yang memberangsangkan demi pemuliharaan negara
dan pembangunan jangka panjang.
Kerajaan Republik China komited melaksanakan pendekatan
diplomasi yang kukuh bagi mempertingkatkan sokongan kerjasama
demi kepentingan bersama. Dasar ini juga ditakrifkan sebagai satu
matlamat yang teguh dan bertujuan untuk membina hubungan
mantap dengan sekutu diplomatik dan negara-negara yang
berkongsi nilai-nilai kebebasan dan demokrasi yang sama.
Lebih 160 negara dan wilayah memberikan kemudahan tanpa visa, visa pendaratan atau e-visa kepada pemegang pasport Republik China (Taiwan).Taiwan merupakan satu-satunya negara dalam Program Pengecualian Visa AS yang tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Amerika Syarikat.
34
Melalui pendekatan ini, tumpuan kerja diplomatik negara beralih
daripada penyediaan bantuan sehala kepada dialog dua hala, dengan
projek-projek kerjasama dua hala yang menyasarkan pembangunan
industri dan juga pasaran.
Di bawah Dasar Baharu Pandang ke Selatan yang diperkenalkan oleh
Presiden Tsai Ing-wen, Taiwan juga berusaha memperluas pertukaran
dengan 10 negara ASEAN, enam negara Asia Selatan, Australia
dan New Zealand dari aspek kerjasama ekonomi dan perdagangan,
perkembangan bakat, perkongsian sumber dan hubungan antara
wilayah. Matlamat jangka panjang adalah untuk membina kerjasama
baharu yang berteraskan kepentingan bersama.
Republik China mempunyai hubungan diplomatik dengan 15 negara
serta hubungan rapat dengan banyak negara lain seperti Australia,
Kanada, negara-negara Kesatuan Eropah, Jepun, New Zealand dan
Amerika Syarikat. Presiden Tsai telah mengadakan lawatan ke negara
sekutu diplomatiknya, Kerajaan Eswatini dari 17-21 April 2018,
sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara Afrika itu dan juga
50 tahun hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Dari 12-20
Ogos tahun yang sama, Presiden Tsai telah berkunjung ke negara
sekutunya Paraguay dan Belize di Amerika Selatan dan Tengah.
Semasa lawatan itu, beliau menghadiri majlis pelantikan Presiden
Paraguay Mario Abdo Benitez dan mengadakan perbincangan dua
hala dengan ketua negara-negara tersebut.
Dalam siri lawatan Oceans of Democracy yang selanjutnya dari 21-
28 Mac 2019, Presiden Tsai telah berkunjung ke Palau, Nauru dan
HAL EHWAL LUAR NEGERI 35
DASAR BAHARU PANDANG KE SELATAN
Kepulauan Marshall. Lawawa atan ini adalah susulan daripada lawawa atan
pertamanya ke Kepulauan Pasi�k, iaitu Kepulauan Marshall,
Kepulauan Solomon dan TuTuT vuvu alu, pada bulan Oktober 2017.
Presiden TsTsT ai juga berkukuk njnjn ung ke negara-negara sekukuk tu TaTaT iwan
di Caribbean iaitu Haiti, St. Kitts & Nevis, St. Vincent and theGrenadines dan St. Lucia dalam siri lawawa atan JoJoJ urneyeye of Fof Fof rFrF eedodod m,m,mDemocrarar cy,cy,c Sustainatainat bililil tytyt dari 11-22 Julai. Bersempena lawatawata an
rasmi ini juga, Presiden telah singgah di New YoYoY rk dan Denver,
Amerika Syarikat.
Penyertaan AntarabangsaTaTaT iwan menjanjan di ahli tetapapa dalam 38 organisasi antara kerajaan
(IGO) dan badan-badan subsidiarinya, termasuk Pertubuhan
Kerjasama ekonomi dan perdagangan
Perkembangan bakat
Perkongsian sumber
Hubungan antara wilayah
36
Perdagangan Dunia (WTO), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
(APEC), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Pusat
Amerika untuk Integrasi Ekonomi (CABEI). Taiwan juga
mempunyai status pemerhati atau status lain dalam 20 IGO
dan badan-badan subsidiarinya, termasuk Bank Pembangunan
antara Bank Amerika (IADB), Bank Eropah untuk Pembinaan
Semula dan Pembangunan (EBRD) serta jawatankuasa Organisasi
Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Sementara mempertahankan kedaulatan dan maruah negara
serta mempertingkatkan kebajikan rakyatnya, Taiwan juga
melibatkan diri dan komited untuk menyumbang dalam komuniti
antarabangsa secara pragmatik dan profesional. Ia juga akan terus
bergiat dalam organisasi antara kerajaan dan mekanisme yang
berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan manusia seperti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Penerbangan
Awam Antarabangsa (ICAO), Persidangan Rangka Kerja PBB
Tentang Perubahan Iklim (UNFCCC) dan Pertubuhan Polis
Jenayah Antarabangsa (Interpol). Pendekatan terbuka Taiwan ini
telah mendapat sokongan padu sekutu diplomatik dan negara-
negara lain yang berpandangan serupa.
Sehingga 21 Mac 2019, 167 negara dan wilayah telah memberikan
kemudahan tanpa visa, visa pendaratan atau e-visa kepada
pemegang pasport Republik China (Taiwan). Taiwan juga telah
menandatangani perjanjian visa melancong sambil bekerja dengan
16 negara.
HAL EHWAL LUAR NEGERI 37
Hubungan yang MantapAntara 38 negara yang terangkum dalam Program Pengecualian
Visa AS, TaTaT iwan adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai
hubungan diplomatik rasmi dengan Amerika Syarikat. Hal ini
menunjnjn ukkkkk an hubungan kepercayaya aan yang rapapa at antara kedua-dua
pihak. Akta Perhubungan TaTaT iwan, yang diluluskan oleh Kongres AS
pada tahun 1979, terus memberikan asas kukuh terhadapapa kerjrjr asama
TaTaT iwan-AS tanpa wujuju udnya hubungan diplomatik rasmi. Pihak AS
telah berulang kali membaharui semula komitmen keselamatannya
dengan TaTaT iwan di bawawa ah TRA dan Six Assurances. Pada tahun
2018, Akta Perjrjr alanan TaTaT iwan telah diluluskan sebulat suara oleh
Kongres AS dan dimeterai oleh Presiden AS Donald J. TrTrT ump.
UnUnU dang-undang ini menggalakkkkk an lawawa atan oleh pegawawa ai-pegawawa ai
di semua peringkat dari kedua-dua pihak, dengan itu menandakan
sokongan yang kuat untuk TaTaT iwan daripada institusi eksekutif dan
perundangan kerajaan AS.
Republik China (TaTaT iwan) dan Holy See menjnjn alin hubungan
diplomatik jangkagkag panjanjan ang dan mempunyai komitmen yang sama
terhadapapa kebebasan beragama dan bantuan kemanusiaan. Selaras
dengan nilai-nilai sejagat seperti keamanan, kebebasan, demokrasi dan
hak kemanusiaan, TaTaT iwan akan terus menjanjan di rakan kongsi penting
Holy See dan negara-negara lain dalam usaha menyebarkan kasih
sayaya ang, kebajikan dan keamanan dunia.
Dengan berkongsi nilai-nilai umum seperti demokrasi, kebebasan
dan kedaulatan undang-undang, TaTaT iwan dan Kesatuan Eropah
(EU), bersama negara-negara Eropah yang lain telah memperluaskan
38
kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang termasuk
ekonomi, teknologi dan budaya. Sebagai contoh, hubungan
ekonomi dan perdagangan antara Taiwan dengan negara-negara
Eropah adalah stabil dan erat. EU merupakan rakan dagang
Taiwan yang kelima terbesar dan sumber pelaburan asing terbesar,
dengan pelaburan terkumpul mencecah AS $51.4 bilion pada
tahun 2018.
Kakitangan daripada Dana Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa yang berpangkalan di Bandar Raya Taipei menyebarkan maklumat kesihatan kepada penduduk tempatan di negara sekutu Caribbean, St Kitts & Nevis, sebagai sebahagian daripada projek tiga tahun untuk mencegah dan merawat penyakit buah pinggang kronik. (Dengan ihsan TaiwanICDF)
HAL EHWAL LUAR NEGERI 39
Pada 10 April 2013, Taiwan menandatangani perjanjian perikanan
dengan Jepun selepas 17 sesi rundingan sejak tahun 1996. Perjanjian
ini memperluaskan kawasan penangkapan ikan oleh nelayan Taiwan
ke perairan sekitar Kepulauan Diaoyutai di Laut China Timur.
Hubungan erat kedua-dua negara diperkukuh dengan penamaan
semula pejabat perwakilan Jepun di Taiwan daripada Persatuan
Pertukaran Jepun kepada Persatuan Pertukaran Jepun-Taiwan pada
Januari 2017, dan juga Persatuan Perhubungan Asia Timur kepada
Persatuan Hubungan Taiwan-Jepun pada Mei 2017.
Taiwan dan Jepun mengadakan mesyuarat tahunan ketiga
mengenai hal ehwal maritim di Tokyo pada 27 Disember 2018.
Dirasmikan mengikut mekanisme dialog kerjasama marin yang
disusun pada tahun 2016, forum ini menerokai peluang kerjasama
dalam pelbagai bidang seperti perikanan dan penyelidikan, dan
diakhiri dengan pemeteraian memorandum persefahaman untuk
menggiatkan penyelidikan sains marin dan membasmi jenayah rentas
sempadan.
Pada bulan November 2015, Taiwan dan Filipina menandatangani
Perjanjian Mengenai Fasilitasi Kerjasama Penguatkuasaan Undang-
Undang Perikanan untuk melindungi keselamatan nelayan kedua-
dua pihak.
Pada 19 Julai 2016, Presiden Tsai mengemukakan empat prinsip
dan lima tindakan berkaitan dengan isu Laut China Selatan.
Empat prinsip tersebut ialah: Pertama, pertikaian di Laut China
Selatan harus diselesaikan dengan aman mengikut undang-undang
40
antarabangsa dan undang-undang laut, termasuk Konvensyen PBB
mengenai Undang-Undang Laut. Kedua, Taiwan harus terlibat
dalam mekanisme pelbagai hala yang bertujuan untuk menyelesaikan
pertikaian. Ketiga, negara-negara terbabit berkewajipan untuk
melindungi kebebasan navigasi dan laluan udara di rantau ini. Dan
yang terakhir, pertikaian perlu diselesaikan dengan mengetepikan
perbezaan dan mempromosikan pembangunan bersama. Melalui
rundingan yang dijalankan berdasarkan prinsip kesaksamaan, Taiwan
bersedia untuk bekerjasama dengan semua negara terbabit bagi
meningkatkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan,
dan untuk bersama-sama memulihara dan membangunkan sumber-
sumber di rantau ini. Lima tindakan yang dikemukakan pula ialah:
melindungi hak penangkapan ikan nelayan tempatan, mengambil
bahagian dalam rundingan pelbagai hala, menggalakkan kerjasama
saintifik, memperkukuh tindak balas kemanusiaan dan melahirkan
pakar dalam undang-undang laut.
Kerajaan sedang berusaha untuk mengubah Pulau Taiping di
Kepulauan Nansha (Spratly) menjadi pangkalan bantuan dan
bekalan kemanusiaan di Laut China Selatan. Sejak mengambil alih
tanggungjawab pada tahun 2000 untuk mengekalkan kehadiran
kerajaan di Pulau Taiping serta Kepulauan Dongsha (Pratas),
Pentadbiran Pengawal Pantai (CGA) di bawah Majlis Hal Ehwal
Lautan Peringkat Kabinet telah menjalankan 78 misi bantuan bencana
dan kemanusiaan serta membantu 111 orang dari dalam dan luar
negara. CGA komited untuk menguatkan kerjasama dengan rakan
institusinya di negara-negara jiran, sejajar dengan dasar kerajaan untuk
bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan demi meningkatkan
keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
HAL EHWAL LUAR NEGERI 41
Dengan keluasan 0.51 kilometer persegi, Pulau TaTaT iping mampu
mengekalkan penempatan manusia dan pembangunan ekonominya
sendiri. Ia juga memenuhi kriteria pulau sepertimana yang ditakri�an
dalam Perkara 121 Konvensyen PBB mengenai UnUnU dang-UnUnU dang Laut,
yang memberi Republik China hak penuh berkaitan dengan perairan
wilayaya ah, zon bersebelahan, zon ekonomi eksklklk usif 200 batu nautika dan
pelantar benua di bawawa ah UNCLOS.
Kerjasama Menang-MenangSebagai warga model masyarakat global, TaTaT iwan akan terus
mempromosikan bantuan kemanusiaan dan langkah kawawa alan penyakit
sementara menyumbang secara aktif dalam inisiatif antarabangsa untuk
menangani perubahan iklklk im, keganasan dan jenayaya ah transnasional.
Pada masa hadapapa an, TaTaT iwan akan menjnjn alin kerjrjr asama yang berkekalan
dengan negara sekutu dan negara-negara yang berpandangan serupa bagi
menggalakkkkk an interaksi kerajaan, pelaburan perniagaan dan pertukaran
penduduk, serta bekerjrjr asama dengan rakan-rakannya di seluruh
dunia bagi menegakkkkk an dan menggalakkkkk an nilai-nilai sejagat seperti
keamanan, kebebasan, demokrasi dan hak kemanusiaan.
Perubahan dalam masyarakat, liberalisasi ekonomi dan transfofof rmasi
demokratik di TaTaT iwan telah mewujuju udkan persekitaran yang ideal untuk
sektor swasta, manakala pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga telah
mula berkembang pesat. Masyarakat sivil hari ini memainkan peranan
utama dalam memastikan tadbir urus yang baik dan membolehkan
TaTaT iwan melebarkan pengaruhnya di arena antarabangsa. NGO juga
telah meningkgkg atkan reputasi TaTaT iwan dengan melibatkan diri dalam
pelbagai projojo ek kerjrjr asama antarabangsa yang sejajar dengan Matlamat
Pembangunan Mampan PBB.
HUBUNGAN RENTAS SELAT
Sebuah pesawat dalam penerbangan terus rentas
selat merentasi ruang udara Taman Ekspo Taipei.
(Huang Chung-hsin)
FAKTA PENTING
43
Sejak pemindahan kerajaan pusat pada tahun 1949, ia telah
menjalankan kuasa pentadbirannya ke atas pulau utama Taiwan,
Kepulauan Penghu, Kepulauan Kinmen, Kepulauan Matsu dan
beberapa pulau yang lebih kecil, manakala China pula terus
berada di bawah kawalan pihak berkuasa di Beijing. Sejajar
dengan perkembangan proses demokrasi yang pesat di Taiwan
pada akhir tahun 1980-an, banyak sekatan berkaitan pertukaran
sivil dengan China telah ditarik balik. Pada hari ini, Taiwan
merupakan salah satu pelabur terbesar China. Antara tahun 1991
dengan akhir bulan Februari 2019, sebanyak 43,401 pelaburan
yang kesemuanya berjumlah AS $183.4 bilion telah diluluskan di
China. Pada tahun 2018, nilai perdagangan dua hala rentas selat
merekodkan jumlah AS $150.5 bilion. Pada tahun yang sama,
pelancong dari China telah membuat 2.66 juta kunjungan ke
Taiwan.
Pada bulan Disember 1987, Taiwan menarik balik larangan berkunjung ke China bagi warganya yang mempunyai saudara-mara di sana.Kelonggaran sekatan ke atas pelancong Taiwan yang melawat China berkuat kuasa sepenuhnya pada bulan Disember 2008 dengan adanya penerbangan terus antara kedua-dua negara.
44
Pada bulan Jun 2008, rundingan antara Yayasan Pertukaran
Selat (institusi separa rasmi) dari Taiwan dengan Persatuan
Hubungan Rentas Selat Taiwan dari China telah berlangsung
selepas tertangguh selama 10 tahun. Menjelang bulan Ogos
2015, 11 sesi rundingan telah diadakan secara bergilir-gilir di
kedua-dua negara selat, yang membawa kepada 23 perjanjian
PERDAGANGAN RENTAS SELAT
Eksport Import Jumlah
AS $150.5 bilion
AS $5.02 bilion
AS $99.09 bilion
2002
2000
1998
2006
2008
2010
2004
2012
2014
2018
2016
Sumber: Pentadbiran Kastam, Kementerian Kewangan
HUBUNGAN RENTAS SELAT 45
rasmi dan dua konsensus. Antara persetujuan paling penting
ialah Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Rentas Selat
(ECFA) yang dimeterai pada bulan Jun 2010, yang bertujuan
untuk menyelaraskan hubungan perdagangan dan ekonomi
antara Taiwan dengan China.
Keamanan dan KestabilanBagi merangsang pembaharuan domestik yang menyeluruh,
Taiwan memerlukan persekitaran luar yang aman dan stabil,
terutamanya dari aspek hubungannya dengan China. Sejak
memegang tampuk pemerintahan negara pada 20 Mei 2016,
Presiden Tsai Ing-wen telah berusaha untuk membina hubungan
rentas selat yang konsisten, dapat diramal dan mampan
berlandaskan situasi semasa dan asas politik sedia ada.
Kerajaan Taiwan mempunyai pendirian yang kukuh dalam
mempertahankan status quo rentas selat. Ini adalah janji
Taiwan terhadap rantau ini dan juga seluruh dunia. Keamanan,
kemakmuran dan pembangunan di Asia adalah tanggungjawab
bersama setiap negara dalam rantau ini. Oleh itu, isu rentas selat
berkait secara langsung dengan keamanan serantau. Taiwan akan
menunaikan tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan
serantau dengan memperluas muhibah dan mengekalkan
hubungan rentas selat yang stabil, konsisten dan boleh diramal.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, China telah mengambil
beberapa tindakan termasuk menetapkan prasyarat politik untuk
pertukaran rentas selat, menggantung interaksi rasmi secara
46
PELAWAT DARI CHINA KE TAIWAN
20182017
Sumber: Agensi Imigresen Negara, Kementerian Dalam Negeri
Unit: Juta
Pelancong
2,661,977 lawatan
Pelancong perniagaan & Lain-lain
2006
unilateral, dan terus mengenakan penindasan politik dan ugutan
ketenteraan ke atas Taiwan. Pada 2 Januari 2019, China telah
mengesyorkan model “satu negara, dua sistem” untuk Taiwan
yang secara tidak langsung boleh menjejaskan keamanan dan
kestabilan serantau. Presiden Tsai mengemukakan garis panduan
11 Mac untuk menentang model “satu negara, dua sistem”
terhadap Taiwan, mengukuhkan langkah keselamatan negara,
melindungi kedaulatan negara dan memastikan agar generasi
0
4
3
2
1
HUBUNGAN RENTAS SELAT 47
masa kini dan akan datang berhak menentukan masa depan
Taiwan.
Pendekatan KonsistenKerajaan akan terus mengendalikan hubungan rentas selat
berdasarkan Perlembagaan Republik China, Akta yang
Mentadbir Hubungan Rakyat Taiwan dengan Rakyat Tanah
Besar China, dan hasrat rakyat Taiwan sendiri.
Di samping itu, kerajaan menyeru pihak berkuasa di China
untuk menerima hakikat tentang kewujudan Republik China
(Taiwan) dan bahawa penduduk Taiwan mempunyai kepercayaan
kukuh terhadap sistem demokrasi. Kerajaan Taiwan akan terus
mempergiat kerjasama dengan AS, Jepun dan negara-negara
lain yang berpandangan serupa bagi menentang ancaman China
terhadap Taiwan, mengekalkan keamanan, kestabilan dan
kemakmuran serantau, serta melindungi kepentingan negara.
48
EKONOMI
Tekstil berkualiti tinggi, salah satu daripada ribuan hasil perindustrian yang dieksport oleh Taiwan ke seluruh dunia. (Chin Hung-hao)
FAKTA PENTING
49
Taiwan memainkan peranan penting dalam ekonomi global.
Ia adalah pemain utama dalam industri teknologi maklumat
dan komunikasi dunia, selain dikenali sebagai pembekal utama
barangan yang merentasi seluruh spektrum perindustrian.
Menurut Pertubuhan Perdagangan Dunia, Taiwan ialah
pengeksport ke-18 terbesar dan pengimport ke-17 terbesar
barang dagangan pada tahun 2018. Ia juga merupakan salah satu
pemegang terbesar rizab pertukaran asing pada Disember 2018.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Taiwan
mencatatkan AS $25,004 pada tahun 2018. KDNK nominal
Taiwan pula adalah hampir sama dengan Argentina dan Sweden,
manakala KDNK per kapita Taiwan yang diungkapkan sebagai
pariti kuasa beli adalah sama dengan KDNK per kapita Austria
dan Denmark.
Taiwan ialah pengeksport barang dagangan ke-18 terbesar di dunia pada tahun 2018.Di bawah Dasar Baharu Pandang ke Selatan, Taiwan mengeratkan hubungan dengan 10 anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), enam negara Asia Selatan, Australia dan juga New Zealand.
50
Pertumbuhan PerdaganganSelepas berjaya melepasi krisis kewangan global pada tahun 2009,
ekonomi Taiwan yang berorientasikan eksport sekali lagi menghadapi
ancaman pada tahun 2015, kebanyakannya didorong oleh permintaan
global yang lemah terhadap produk elektronik pengguna, ditambah
pula dengan kejatuhan harga minyak mentah. Ekonomi Taiwan hanya
meningkat sebanyak 0.81 peratus manakala jumlah keseluruhan
perdagangannya merosot sebanyak 13.2 peratus pada tahun 2015.
Walau bagaimanapun, situasi ini beransur pulih sejak tahun 2016,
dengan statistik menunjukkan pada tahun 2018, eksport dan import
keseluruhan Taiwan masing-masing meningkat 5.9 peratus dan 10.4
peratus, manakala ekonominya berkembang sebanyak 2.63 peratus.
Kaji selidik tahunan ekonomi dunia, termasuk yang dijalankan oleh
Forum Ekonomi Dunia, Perisikan Risiko Persekitaran Perniagaan
dan Unit Perisikan Ekonomi, telah meletakkan Taiwan dalam
kalangan negara-negara terbaik di dunia tahun demi tahun dari aspek
pertumbuhan jangka panjang dan pembangunan teknologi. Keputusan
kaji selidik 2018-2019 juga memberikan hasil yang serupa (lihat jadual
“Senarai Kedudukan mengikut Kaji Selidik Global”, halaman 56-57).
Pada bulan Julai 2013, Taiwan menandatangani perjanjian kerjasama
ekonomi dengan New Zealand, iaitu perjanjian pertama Taiwan
dengan negara anggota Organisasi Kerjasama dan Pembangunan
Ekonomi (OECD). Pada November tahun yang sama, perjanjian
ekonomi turut ditandatangani dengan Singapura, iaitu perjanjian
pertama Taiwan dengan rakan perdagangannya di Asia Tenggara.
Kedua-dua perjanjian tersebut meliputi aspek-aspek yang melangkaui
EKONOMI
GDP
51
keperluan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Taiwan, bersama-sama Indonesia dan India, juga telah menyiapkan
penyelidikan mengenai kebolehlaksanaan perjanjian kerjasama
ekonomi. Keputusannya diumumkan di Jakarta pada bulan
Disember 2012 dan di New Delhi pada September 2013.
Nominal
AS $ 590bilion
Per kapita (nominal)
AS $ 25,004
PPP per kapita (oleh IMF)
AS $ 55,240
FAKTA RINGKAS KDNK (2018)
Industri
35.3%Perkhidmatan
63.1%Pertanian
1.6%
KDNK
KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI
52
Perkembangan dalam aktiviti perniagaan, contohnya perjanjian
ekonomi dengan New Zealand dan Singapura serta beberapa
perjanjian kerjasama ekonomi (ECA), dijangka memudahkan
penyertaan Taiwan dalam blok integrasi ekonomi serantau seperti
Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-
Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau
(RCEP).
Pendekatan PembangunanSejak bulan Mei 2016, Taiwan telah melaksanakan Model
Baharu bagi Pembangunan Ekonomi yang bertujuan merangsang
pertumbuhan negara dengan menggalakkan inovasi, meningkatkan
peluang pekerjaan dan memastikan pengagihan manfaat ekonomi
Sumber: Direktorat-Jeneral Belanjawan, Perakaunan dan Statistik
2018
2013
2014
2015
2016
20172.63%
3.92%
2.86%
0.81%
1.5%
2.23%
EKONOMI 53
secara saksama. Di bawah model ini, Taiwan berusaha mengukuhkan
hubungan global dan serantau menerusi inisiatif seperti Dasar
Baharu Pandang ke Selatan, yang bertujuan mempelbagaikan pasaran
antarabangsa negara dengan meluaskan hubungannya dengan
negara-negara anggota ASEAN dan Asia Selatan, Australia serta
New Zealand. Taiwan akan terus memantau pembangunan integrasi
ekonomi serantau dan memanfaatkan segala peluang penyertaan yang
tersedia.
Untuk meningkatkan pelaburan domestik dan daya saing negara
di peringkat global, Model Baharu bagi Pembangunan Ekonomi
tertumpu pada usaha mempromosikan program inovasi industri
lima-tambah-dua. Ia melibatkan lima sektor baharu yang pesat
berkembang, iaitu sektor bioteknologi dan farmaseutikal, tenaga
STATUS TERKINI DASAR BAHARU PANDANG KE SELATAN (NSP)
22% 6.76%
2016
2018
Aliran pelaburan dengan 18 negara
NSP
Perdagangan dengan 18 Negara
NSP
54
Jumlah perdagangan: AS $622.2 bilion
Imbangan perdagangan: lebihan AS $49.6 bilion
China (termasuk Hong Kong) 19.3%
EU 12.1%
Jepun 15.4%AS 12.1%
ASEAN 12.0%
Destinasi eksport utama:
Eksport: AS $335.9 bilion
Import: AS $286.3 bilion
ASEAN 17.3%
China (termasuk Hong Kong) 41.2%
AS 11.8%EU 8.8%
Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:Sumber import utama:
Jepun 6.9%
PROFIL PERDAGANGAN DAN PELABURAN (2018)
EKONOMI 55
Pelaburan masuk berdaftar: AS $11.4AS $11.4AS $11.4AS $11.4AS $11.4 bilion
• Lima destinasi utama
AS $1.11 bilion
AS $914 juta
AS $2.04 bilion
AS $5.91 bilion
AS
Wilayah British di Kepulauan Caribbean
AS $626 juta
Jerman
Bermuda
Vietnam
Belanda
• Lima sumber utama
Wilayah British di Kepulauan Caribbean
Belanda AS $3.49 bilion
Luxembourg AS $1.77 bilion
Jepun
AS $642 juta
AS $1.49 bilion
AS $1.53 bilion
Pelaburan keluar berdaftar: AS $14.29AS $14.29AS $14.29AS $14.29AS $14.29AS $14.29AS $14.29AS $14.29AS $14.29 bilion
(Sehingga Disember 2018)
Rizab pertukaran asing: AS $461.8AS $461.8AS $461.8AS $461.8AS $461.8AS $461.8AS $461.8AS $461.8AS $461.8 bilion
56
SENARAI KEDUDUKAN MENGIKUT KAJI SELIDIK GLOBAL
Tajuk Kaji Selidik (Tarikh Penerbitan) Kedudukan Bilangan NegaraYang Terlibat Institusi Yang Menjalankan Kaji Selidik
Papan Skor Daya Saing Global (Mei 2018) 17 63Institut Antarabangsa untuk Pembangunan Pengurusan (International Institute for Management Development)
Iklim Pelaburan (Disember 2018) 4 50 Perisikan Risiko Persekitaran Perniagaan (Business Environment Risk Intelligence)
Indeks Kesediaan Rangkaian 2016 (Julai 2016) 19 139 Forum Ekonomi Dunia
Indeks Kebebasan Ekonomi (Januari 2019) 10 186Yayasan Warisan & Jurnal Wall Street (Heritage Foundation & The Wall Street Journal)
Kemudahan Menjalankan Perniagaan (Oktober 2018) 13 190 Bank Dunia
Indeks Daya Saing Global 2017-2018 (Oktober 2018) 13 137 Forum Ekonomi Dunia
hijau, pertahanan negara, jentera pintar dan Aplikasi Internet,
serta dua konsep teras: ekonomi pekeliling dan paradigma baharu
dalam pembangunan pertanian. Inisiatif ini juga merangkumi pelan
pembangunan Lembah Silikon Asia di Bandar Taoyuan, bahagian utara
Taiwan, yang bertujuan untuk membangunkan pemacu utama bagi
pertumbuhan masa hadapan.
Bagi memenuhi keperluan infrastruktur negara dalam tempoh 30
tahun yang akan datang, kerajaan juga mempromosikan Program
Pembangunan Infrastruktur Pandang ke Hadapan. Program ini
mengandungi lapan elemen utama: pembangunan landasan kereta
api, infrastruktur digital, persekitaran akuatik, keselamatan makanan,
EKONOMI 57
SENARAI KEDUDUKAN MENGIKUT KAJI SELIDIK GLOBAL
Tajuk Kaji Selidik (Tarikh Penerbitan) Kedudukan Bilangan NegaraYang Terlibat Institusi Yang Menjalankan Kaji Selidik
Papan Skor Daya Saing Global (Mei 2018) 17 63Institut Antarabangsa untuk Pembangunan Pengurusan (International Institute for Management Development)
Iklim Pelaburan (Disember 2018) 4 50 Perisikan Risiko Persekitaran Perniagaan (Business Environment Risk Intelligence)
Indeks Kesediaan Rangkaian 2016 (Julai 2016) 19 139 Forum Ekonomi Dunia
Indeks Kebebasan Ekonomi (Januari 2019) 10 186Yayasan Warisan & Jurnal Wall Street (Heritage Foundation & The Wall Street Journal)
Kemudahan Menjalankan Perniagaan (Oktober 2018) 13 190 Bank Dunia
Indeks Daya Saing Global 2017-2018 (Oktober 2018) 13 140 Forum Ekonomi Dunia
tenaga hijau, pembangunan bandar-desa, meningkatkan kadar
kelahiran dan kemudahan penjagaan kanak-kanak, memupuk bakat
dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Melalui pendekatan ini, kerajaan menyasarkan untuk menaikkan
kadar gaji, meningkatkan pembangunan wilayah, memajukan
industri inovatif, dan pada masa yang sama, melindungi alam
sekitar. Berlandaskan objektif ini, model ekonomi baharu berusaha
untuk menyepadukan sepenuhnya penstrukturan semula industri,
rancangan penggunaan tanah negara dan strategi pertumbuhan
wilayah bagi memupuk pembangunan mampan sambil menggalakkan
penggunaan sumber tenaga hijau.
Imej sebenar lubang hitam yang dirakam buat julung kalinya, diterbitkan untuk tatapan umum pada bulan April 2019. Kejayaan ini dicapai hasil kerjasama antarabangsa yang turut melibatkan Academia Sinica, sebuah institusi penyelidikan terkemuka di Taiwan. (Dengan ihsan Event Horizon Telescope, Balai Cerap Eropah Selatan)
SAINSDAN
TEKNOLOGIFAKTA PENTING
59
Pada bulan April 2014, Majlis Sains Negara—sebuah agensi
kerajaan yang memegang mandat untuk memajukan pembangunan
sains dan teknologi, menyokong penyelidikan akademik dan
mempromosikan tiga taman sains negara—telah disusun semula
dan dinamakan sebagai Kementerian Sains dan Teknologi (MOST).
Selain meneruskan usaha dan program inovatif yang terdahulu,
struktur organisasi baharu MOST ini berhasrat untuk menekankan
penyelidikan akademik dalam bidang yang berkaitan dengan
keperluan industri kerana Taiwan bergantung pada inovasi sains
dan teknologi sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan
kemajuan negara.
Kejayaan syarikat-syarikat berteknologi tinggi di Taiwan sebahagian
besarnya didorong oleh peruntukan dana kerajaan yang besar bagi
pembangunan industri sains gunaan. Berbekalkan sokongan pihak
kerajaan, Institut Penyelidikan Teknologi Industri (ITRI), Makmal
Penyelidikan Gunaan Negara dan juga Institut Industri Maklumat
Taiwan adalah salah satu pengeluar produk teknologi maklumat dan komunikasi yang terkemuka di dunia.Forum Ekonomi Dunia meletakkan Taiwan pada tangga ke-13 daripada 140 negara dalam Laporan Daya Saing Global yang diumumkan pada bulan Oktober 2018.
30.6 %
28 %
41.4 %
Sumber: Kementerian Sains dan Teknologi
60
memainkan peranan penting dalam melonjakkan reputasi negara
sebagai penjana teknologi dengan menggiatkan penyelidikan,
menyokong aktiviti penyelidikan & pembangunan sektor swasta serta
meneroka teknologi baharu.
Sokongan InovasiITRI telah memainkan peranan penting dalam penubuhan beberapa
syarikat yang seterusnya berjaya membina reputasi cemerlang dalam
pasaran global, termasuk Taiwan Semiconductor Manufacturing
Co. dan United Microelectronics Corp., yang merupakan
JUMLAH PENDAPATAN SYARIKAT-SYARIKAT DI TIGA TAMAN SAINS UTAMA TAIWAN (2018)
Taman Sains Taiwan Tengah
AS $24.04bilion bilion bilion
SAINS DAN TEKNOLOGI 61
NILAI PENGELUARAN & BAHAGIAN PASARAN GLOBAL UNTUK PERKHIDMATAN &PRODUK BUATAN TAIWAN (2018)
No. 1 Di Seluruh Dunia
KategoriNilai
Pengeluaran Kuantiti
Bahagian Pasaran Global
(AS$ juta) (%)
Pembuatan litar bersepadu langganan khusus
40,485 71.8
Ujian & pembungkusanlitar bersepadu 14,200 48.5
Klorela 896 tan 45.24
Basikal mewah 1,995,000 29.6
No. 2 Di Seluruh DuniaSubstrat litar bersepadu 2,376 22.9
Kerajang tembaga gred elektronik
7.69 bilion meter
persegi15.9
Rekaan litar bersepadu 20,628 16.46
Sel solar berasaskansilikon 8,480 MW 11.03
Papan litar bercetak 7,992 11.5
Peranti navigasiperibadi 659 39.11
Skru bebola 560 16.3
Panel LCD saiz kecil & sederhana 8,507 22.51
Sumber: Projek Perkhidmatan Perisikan Industri & Teknologi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
62
syarikat-syarikat pengeluar cip litar bersepadu langganan khusus
yang terkemuka di dunia. Kehandalan inovasi institusi ini paling
tepat digambarkan melalui pencapaiannya yang mengagumkan.
Sebagai contoh, sepanjang tempoh 11 tahun yang lalu, ITRI telah
memenangi R&D 100 Awards sebanyak 39 kali, penghormatan
paling berprestij yang diberikan oleh R&D Magazine yang
berpangkalan di AS.
Objektif utama Institut Industri Maklumat (III) ialah meningkatkan
daya saing global Taiwan dengan menyediakan platform bagi
transformasi digital. Institusi ini menjalankan aktiviti penyelidikan
& pembangunan berkaitan produk dan aplikasi teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) yang inovatif. Ia juga memainkan peranan
penting dalam pembangunan ICT sektor awam dan swasta
dengan menggalas tanggungjawab sebagai badan pemikir untuk
penggubalan dasar dan menyokong agenda pembangunan bakat.
Sepanjang tiga dekad yang lalu, lebih 480,000 orang pakar telah
menerima latihan melalui III.
SENARAI KEDUDUKAN MENGIKUT KAJI SELIDIK GLOBAL Tajuk Kaji Selidik (Tarikh Penerbitan) Kedudukan (kategori) Bilangan Negara
Yang Terlibat Institusi Yang Menjalankan Kaji Selidik
Laporan Daya Saing Global 2018 (Oktober 2018) 4 (keupayaan inovasi) 140 Forum Ekonomi Dunia
Daya Saing Global 2018(Mei 2018)
18 (infrastruktur teknologi)10 (infrastruktur saintifik) 63
Institut Antarabangsa untuk Pembangunan Pengurusan (International Institute for Management Development)
SAINS DAN TEKNOLOGI 63
Tajuk Kaji Selidik (Tarikh Penerbitan) Kedudukan (kategori) Bilangan Negara
Yang Terlibat Institusi Yang Menjalankan Kaji Selidik
Laporan Daya Saing Global 2018 (Oktober 2018) 4 (keupayaan inovasi) 140 Forum Ekonomi Dunia
Daya Saing Global 2018(Mei 2018)
18 (infrastruktur teknologi)10 (infrastruktur saintifik) 63
Institut Antarabangsa untuk Pembangunan Pengurusan (International Institute for Management Development)
Ekosistem teknologi Taiwan menyediakan persekitaran yang ideal
untuk para pelabur global yang ingin membina reputasi di Asia.
Taiwan memiliki syarikat modal usaha niaga tempatan, pembekal
perkhidmatan kejuruteraan dan pemaju teknologi dengan pengalaman
kerjasama yang luas dalam aktiviti penyelidikan & pembangunan yang
canggih. Kesemuanya tertumpu di Arena Teknologi Taiwan, sebuah
pusat baharu untuk pembangunan inovasi dan pembukaan syarikat
baharu yang menarik minat usahawan muda dari seluruh dunia.
Dengan menggandingkan program pemecut, syarikat modal usaha
niaga dan daya tarikan industri, Arena Teknologi Taiwan menjadi
platform utama untuk pertukaran global dan penyemaian bakat. Pusat
ini dianggarkan mampu menghasilkan 100 syarikat perkongsian setiap
tahun, melahirkan 2,000 usahawan dan merancakkan aliran pelaburan.
Komitmen sektor awam dan swasta selama bertahun-tahun lamanya
dalam membangunkan kepakaran teknologi kini membuahkan hasilnya
apabila taman sains Taiwan kini menjadi tumpuan syarikat yang ingin
memburu kecemerlangan dalam bidang bioteknologi, pengkomputeran
peribadi dan periferal, litar bersepadu, nanoteknologi, optoelektronik,
jentera kejituan dan telekomunikasi.
64
Industri Bioteknologi dan Farmaseutikal•Meningkatkan keupayaan penyelidikan & pembangunan bagi syarikat-syarikat yang bertapak di Taman Perisian Nangang di Taipei, Taman Sains Bioperubatan Hsinchu, Taman Sains Taiwan Tengah dan Taman Sains Taiwan Selatan, yang kesemuanya dihubungkan antara satu sama lain melalui sistem kereta api berkelajuan tinggi•Memanfaatkan pengaruh Taiwan dari aspek struktur genetik, gaya hidup dan persekitaran hidup di Asia Timur bagi memacu reputasi negara dalam rantaian nilai bioperubatan dunia•Meningkatkan usaha kerjasama dengan tiga pusat bioperubatan AS yang terkemuka di Boston, San Diego dan Kawasan Teluk San Francisco, serta negara-negara Eropah seperti Francisco, serta negara-negara Eropah seperti Belgium, Belanda, Sweden dan Switzerland
Industri Jentera Pintar•Meningkatkan pembangunan industri perkakas mesin dan jentera pintar di Bandar Taichung dan kawasan sekitarnya dengan menyediakan sokongan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan bakat, penyelidikan & pembangunan, pemerolehan tanah dan pemasaranpenyelidikan & pembangunan, pemerolehan tanah dan pemasaranpenyelidikan & pembangunan, pemerolehan tanah dan pemasaran•Menggalakkan inovasi supaya sektor-sektor seperti penerbangan, kapal selam, perubatan kejituan dan Aplikasi Internet akan mendapat manfaat daripada kemajuan dalam teknologi jentera pintar
Industri Tenaga Hijau•Membina taman teknologi tenaga lestari di kawasan Shalun, Bandar Tainan•Memudahkan penjimatan tenaga melalui penyelarasan dengan pembekal peralatan, perniagaan ICT dan pembekal perkhidmatan tenaga•Menggalakkan penjanaan elektrik daripada pelbagai sumber boleh diperbaharui, termasuk solar, angin, geoterma, biobahan api, diperbaharui, termasuk solar, angin, geoterma, biobahan api, gelombang dan pasang surut•Memperkenalkan kaedah penyimpanan tenaga yang cekap dengan Memperkenalkan kaedah penyimpanan tenaga yang cekap dengan menggalakkan penggunaan bateri litium, sel bahan api dan tenaga hidrogen oleh syarikat-syarikat tempatan•Membantu membangunkan perniagaan tempatan yang mengkhusus Membantu membangunkan perniagaan tempatan yang mengkhusus Membantu membangunkan perniagaan tempatan yang mengkhusus dalam integrasi sistem tenaga hijau
PROGRAM INOVASI INDUSTRILIMA-TAMBAH-DUA OLEH PRESIDEN TSAI ING-WEN
SAINS DAN TEKNOLOGI 65
Industri Pertahanan Negara•Membekalkan sokongan kepada kluster industri keselamatan maklumat di Taipei (utara Taiwan), industri penerbangan di Taichung (tengah Taiwan) dan industri pembinaan kapal di Kaohsiung (selatan Taiwan)•Membuat pembelian berkaitan pertahanan yang mempunyai manfaat sosial dan ekonomi dari aspek peluang pekerjaan, inovasi teknologi dan pembangunan perniagaan tempatan•Menggalakkan teknologi berkaitan pertahanan yang boleh digunakan dalam sektor tentera dan sektor awam
Lembah Silikon Asia•Membangunkan Bandar Taoyuan sebagai pusat penyelidikan & pembangunan teknologi pintar•Menggalakkan pembangunan syarikat yang terlibat dalam penghasilan teknologi Aplikasi Internet•Mengeratkan hubungan antara perniagaan tempatan dengan syarikat-syarikat di Lembah Silikon California melalui usaha-usaha yang memfokus pada perkembangan teknologi, modal dan bakat.•Membina pusat pertukaran inovasi dan bakat penyelidikan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan, yang akan mengekalkan hubungan rapat dengan kemudahan yang sama di Lembah Silikon
Pertanian Baharu •Melindungi petani, merangsang pembangunan pertanian dan memastikan kelestarian alam sekitar•Melindungi keselamatan dan kualiti produk serta membina sistem pensijilan label yang boleh dipercayai dan selaras dengan piawaian antarabangsa•Menyumbang terhadap pendapatan dan kelestarian industri, mempelbagaikan saluran jualan di dalam dan luar negara serta meningkatkan nilai tambah industri pertanian
Ekonomi Pekeliling•Membolehkan pengagihan dan penggunaan semula tenaga, meningkatkan kecekapan sumber, mengurangkan pelepasan karbon dan memastikan produk buangan tenaga dan bahan daripada sesebuah
kilang dapat menjadi sumber input bagi kilang lain yang terletak berdekatan•Memastikan agar reka bentuk taman industri baharu disesuaikan mengikut konsep ekonomi pekeliling
PENDIDIKAN
Graduan kolej gembira melambung topi mereka selepas majlis konvo di Bandar Taichung, bahagian tengah Taiwan. (Chen Mei-ling)
FAKTA PENTING
67
Pendidikan merupakan komponen penting dalam penggubalan
dasar kerajaan dan menerima peruntukan besar daripada
belanjawan. Dengan penekanan yang lebih tinggi untuk
mendapatkan pendidikan tinggi, graduan kolej teknik atau
universiti merangkumi 46 peratus daripada penduduk Taiwan yang
berumur 15 tahun ke atas, iaitu 10 peratus lebih tinggi berbanding
dekad yang lalu.
Bagi menawarkan tempoh pembelajaran asas yang lebih panjang
kepada golongan pelajar, Kementerian Pendidikan telah
melanjutkan pendidikan wajib di Taiwan daripada 9 tahun kepada
12 tahun sejak 2014. Setiap tahun, dalam pertandingan seperti
Olimpiad Sains Antarabangsa, pelajar-pelajar dari Taiwan meraih
kemenangan cemerlang dalam mata pelajaran biologi, kimia, sains
bumi, matematik dan fizik. Kepakaran tenaga kerja di Taiwan
telah banyak membantu meningkatkan kemakmuran ekonomi dan
kualiti kehidupan.
Taiwan melaksanakan sistem pendidikan wajib selama 12 tahun sejak 2014.Terdapat 141 buah universiti dan kolej di Taiwan.
68
Pada tahun 2013, Kementerian Pendidikan telah mengambil alih
Majlis Hal Ehwal Sukan dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan
sukan untuk semua. Taipei telah menjadi tuan rumah Universiade
Musim Panas 2017, salah satu pertandingan sukan terbesar yang
diadakan di Taiwan.
Program BiasiswaBiasiswa kerajaan dan juga universiti disediakan untuk pelajar
antarabangsa. Sebagai contoh, Program Biasiswa Taiwan menawarkan
dana kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian peringkat
ijazah sarjana muda atau ijazah lanjutan dalam pelbagai bidang.
Pemohon yang berminat boleh menghubungi kedutaan dan
pejabat perwakilan negara masing-masing atau melayari laman web
Kementerian Pendidikan di: www.edu.tw.
Bagi menggalakkan pelajar antarabangsa belajar bahasa Mandarin di
Taiwan, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Biasiswa
Pengayaan Huayu. Selain membolehkan pelajar asing menghadiri
kursus bahasa Mandarin di pusat latihan tertentu dalam negara,
program ini juga mampu meningkatkan kesedaran dan pemahaman
mengenai budaya dan masyarakat Taiwan di peringkat antarabangsa.
Senarai pusat latihan bahasa Mandarin di universiti dan maklumat
tentang pembelajaran bahasa ini di Taiwan boleh ditemui di laman
web Kementerian Pendidikan, Study in Taiwan (www.studyintaiwan.org) dan Pejabat Pendidikan Bahasa Mandarin Global (org) dan Pejabat Pendidikan Bahasa Mandarin Global (org ogme.edu.tw).
PENDIDIKAN 69
Kadar celik huruf (15 tahun ke atas): 98.9% (2018)
Peruntukan untuk pendidikan, sains dan kebudayaan:
20.9% daripada belanjawan kerajaan pusat (2019)
Institusi pengajian tinggi: 153(141 buah universiti dan kolej, 12 buah maktab rendah)
Program Doktor Falsafah (PhD): 28,167
Program Sarjana: 168,092
Jumlah pelajar yang berdaftar di institusi pengajian tinggi:
Jumlah:1.24 juta
FAKTA RINGKAS
(2018)
KEBUDAYAAN
Lin Leng-yuan, pemilik Kedai Setanggi Laoyifong di Wilayah Changhua, bahagian tengah Taiwan, adalah salah seorang daripada segelintir tukang di negara ini yang masih menghasilkan kemenyan dengan tangan. (Chin Hung-hao)
FAKTA PENTING
71
Taiwan terkenal dengan penyepaduan budaya tradisional dan moden
yang mempesonakan. Dalam usaha untuk memperkenalkan sejarah
negara dan kepelbagaian budaya, beberapa muzium telah didirikan di
seluruh Taiwan, termasuk Muzium Istana Negara, Muzium Taiwan,
Muzium Sejarah, Muzium Prasejarah, Muzium Sejarah Taiwan,
Muzium Kesusasteraan Taiwan dan Muzium Seni Halus Taiwan.
Taiwan juga mempunyai pentas persembahan seni di seluruh negara,
termasuk Panggung Negara dan Dewan Konsert, Teater Kebangsaan
Taichung, Pusat Kesenian Negara Kaohsiung (Weiwuying) dan Pusat
Teater Tradisional Taiwan. Seni bina tradisionalnya adalah satu lagi
tarikan yang bukan sahaja boleh dilihat di beberapa monumen indah
seperti tokong dan kediaman rasmi, tetapi juga pada banyak struktur
lama yang telah dipulihkan dan digunakan sebagai pusat komuniti,
kafe, kedai dan tempat awam yang lain. Malah, banyak aspek seni,
kraf dan budaya tradisional Cina dipelihara dengan lebih baik di
Taiwan berbanding tempat lain di dunia. Sebagai contoh, Taiwan
adalah salah satu negara yang masih menggunakan tulisan tradisional
Cina, manakala pertandingan kaligrafi merupakan acara yang sentiasa
mendapat sambutan hangat.
Taiwan ialah pusat industri muzik pop Mandarin.Muzium Istana Negara di bandar Taipei memiliki salah satu koleksi artifak Cina purba yang terbesar di dunia.
72
Amalan tradisi Buddhisme, Konfusianisme dan Taoisme terus
dipraktikkan dalam segala aspek kebudayaan Taiwan, termasuk
perayaan keagamaan, kesusasteraan, seni visual dan seni pentas.
Di samping itu, pelawat juga berkesempatan mempelajari
warisan orang Hakka, Holo dan masyarakat peribumi yang
bermastautin di negara ini. Taiwan berkongsi kekayaan budayanya
dengan seluruh dunia melalui program tertentu seperti pusat sumber
Akademi Taiwan.
Seiring dengan peredaran masa, bandar-bandar besar di Taiwan telah
berkembang sebagai metropolis yang maju dengan aneka pilihan
hiburan dari siang hingga malam. Kewujudan pelbagai kumpulan
tarian moden dan arena muzik yang meriah sememangnya tidak
menghairankan kerana Taiwan ialah pusat Mandopop, atau muzik
pop Mandarin, yang tersohor di dunia. Industri televisyen dan filem
tempatan mula bangkit sejak beberapa tahun kebelakangan ini,
manakala ledakan sektor kebudayaan dan kreatif dalam negara dapat
diperhatikan melalui perkembangan kedai pereka fesyen, pasaran dan
pameran berkaitan yang kian meningkat setiap tahun.
Daripada seni kesusasteraaan hingga perayaan rakyat dan suasana
meriah di pasar malam, tradisi Taiwan berkait rapat dengan
kehidupan seharian, seterusnya melahirkan budaya unik yang
menggandingkan keunikan masa lampau dengan kemodenan era
masa kini.
KEBUDAYAAN
Tanglung keagamaan dengan lukisan tangan adalah warisan turun-temurun yang dijual selama lebih 150 tahun oleh perniagaan keluarga Senxing di Wilayah Yunlin, bahagian barat Taiwan. (Chin Hung-hao)
73
MEDIA MASSA
Taiwan adalah salah satu negara yang menawarkan kebebasan media paling tinggi di Asia. (Huang Chung-hsin)
FAKTA PENTING
75
Kepelbagaian media Taiwan boleh dilihat dalam aneka penerbitan dan
persaingan sengit dalam industri ini. Akhbar negara Taiwan beroperasi
dalam salah satu persekitaran media yang paling bebas di Asia.
Taiwan menduduki tangga ke-42 di dunia dan kedua di Asia dalam
Indeks Kebebasan Media Dunia 2019 yang diumumkan pada
18 April oleh organisasi Reporters Without Borders (RSF) yang
berpangkalan di Perancis. Dalam kaji selidik yang melibatkan 180
buah negara dan wilayah, Taiwan berada satu anak tangga di belakang
Korea Selatan, dan mendahului Jepun yang berada di kedudukan
ke-67; Hong Kong ke-73; Singapura ke-151 dan China ke-177.
Norway, Finland dan Sweden menerajui indeks tersebut pada tangga
pertama, kedua dan ketiga.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan komunikasi, hampir
kesemua jenis media di negara ini turut sama terlibat dalam peralihan
industri secara besar-besaran kepada era penyebaran maklumat digital.
Taiwan menduduki tempat kedua di Asia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2019 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders.Pemilikan telefon pintar di Taiwan mencecah 92.8 peratus pada tahun 2018.
76
78.92%
Percetakan majalah dan akhbar, termasuk empat akhbar utama,
semakin ketinggalan berbanding pesaing-pesaing internet. Dengan
memanfaatkan kelebihan Taiwan dalam arena teknologi maklumat
dan komunikasi, bidang e-penerbitan kian berkembang pesat dan
turut menyuntik nafas baharu dalam industri penerbitan buku
tempatan, yang mengeluarkan 39,114 judul buku baharu pada tahun
lalu.
Peralihan televisyen kabel kepada bentuk digital bukan sahaja
menambah pengalaman visual penonton dengan ketara, tetapi juga
membuka peluang kepada pelbagai perkhidmatan jalur lebar yang
lebih inovatif dan beraneka. Dengan peralihan digital yang hampir
sempurna, televisyen kabel kian menjadi platform penting untuk
pelbagai aplikasi multimedia.
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi Negara
KADAR PENGGUNAAN TELEVISYEN DIGITAL DI RUMAH KEDIAMAN
2012 2014 2016 2018
21.03%
95.84%
99.99%
MEDIA MASSA 77
Sumber: Kementerian Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi Negara
171
565
Stesen radio
Stesen televisyen pancaran
daratPengendali televisyen
kabel
32
252
Agensi berita
Syarikat penerbitan
akhbar
(Statistik 2018)
1,247
Syarikat penerbitan
majalah
112Pembekal
penyiaran satelit
(285 saluran)
FAKTA RINGKAS
MELAWAT TAIWAN
Pemasangan seni bina “The Blessing of the Big Fish” (Restu Ikan Gergasi) merupakan tarikan pelancongan yang menarik di bandar Tainan, bahagian selatan Taiwan. (Dengan ihsan Kerajaan Bandar Tainan)
FAKTA PENTING
79
Dengan gabungan budaya yang unik, pemandangan yang menakjubkan, aneka jenis masakan, kehidupan bandar yang menyeronokkan dan industri perhotelan yang pesat berkembang, Taiwan menjadi destinasi impian pelbagai kategori pelawat. Warganegara dari 62 buah negara dan wilayah boleh memasuki Taiwan tanpa visa selama 30 atau 90 hari.
Selain landasan kereta api konvensional sepanjang kira-kira 1,100 kilometer, Taiwan juga mempunyai sistem rel berkelajuan tinggi sepanjang 350 km yang merentasi pantai baratnya. Kereta api berkelajuan tinggi ini membolehkan perjalanan antara Taipei dengan Kaohsiung dilakukan dalam masa 94 minit. Kedua-dua bandar ini juga dilengkapi sistem transit laju massa (MRT) yang canggih.
Pameran Perdagangan AntarabangsaSepanjang tahun ini, Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) telah menganjurkan pameran perdagangan
Warganegara dari 62 buah negara dan wilayah boleh memasuki Taiwan tanpa visa selama 30 atau 90 hari.Taiwan mempunyai talian maklumat pelancongan pelbagai bahasa yang beroperasi 24 jam (0800-011-765).
80
yang merangkumi seluruh spektrum industri. Lokasi utamanya termasuklah Dewan Pameran No. 1 dan No. 3 di Pusat Dagangan Dunia Taipei, Dewan Pameran Nangang dan Pusat Pameran Kaohsiung di bahagian selatan Taiwan. Untuk butiran
lanjut, sila layari www.taiwantradeshows.com.tw.
Maklumat Am untuk PelawatKerajaan menyediakan pelbagai laman web dan talian khas
untuk memberikan maklumat tentang perjalanan, kehidupan dan
kerjaya di Taiwan kepada warga asing.
Laman web/Talian khas
Bahasa
Biro Pelancongan Taiwan www.taiwan.net.tw
Inggeris, Perancis, Jerman, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Sepanyol, Thai, Vietnam
Talian Khas Maklumat Perjalanan0800-011-765 (24 jam) Mandarin, Inggeris, Jepun
Agensi Imigresen Negara www.immigration.gov.tw
Indonesia, Khmer, Inggeris, Mandarin, Thai, Vietnam
Talian Khas Maklumat UntukWarga Asing 0800-024-111
24 jam: Mandarin, Inggeris, Jepun9:00-17:00 pada hari bekerja:
Vietnam13:00-17:00 pada hari bekerja:
Indonesia, Khmer, Thai Seorang pengunjung leka memerhatikan haiwan laut di Muzium Biologi Marin dan Akuarium di Wilayah Pingtung, bahagian selatan Taiwan. (Chin Hung-hao)
Perayaan Utama & AktivitiBulan Perayaan/Aktiviti*
Jan. Sambutan Tahun Baharu
Feb. Pameran Buku Antarabangsa TaipeiPameran Buku Antarabangsa Taipei
Pesta Tanglung Langit Pingxi
Pesta Bunga Api Sarang Lebah YanshuiPesta Bunga Api Sarang Lebah Yanshui
Pesta Tanglung Taiwan**
Mac Festival Antarabangsa Mazu (ziarah keagamaan)
Festival Bunga Hakka Tung
April Pesta Bunga Api Antarabangsa PenghuPesta Bunga Api Antarabangsa PenghuPesta Bunga Api Antarabangsa Penghu
Festival Seni Arca Pasir Antarabangsa Festival Seni Arca Pasir Antarabangsa Fulong
Mei Pesta Bot Naga Lukang
Jun Lumba Kayak Triathlon Sungai Xiuguluan
Pesta Belon Antarabangsa Taiwan
Julai Pameran Masakan Taiwan
Festival Sastera Kanak-kanak dan Mainan Rakyat Antarabangsa YilanMainan Rakyat Antarabangsa YilanMainan Rakyat Antarabangsa Yilan
Ogos Festival Muzik Rock Hohaiyan GongliaoFestival Muzik Rock Hohaiyan GongliaoFestival Muzik Rock Hohaiyan GongliaoFestival Muzik Rock Hohaiyan GongliaoFestival Muzik Rock Hohaiyan Gongliao
Pesta Hantu Pertengahan Musim Panas Pesta Hantu Pertengahan Musim Panas Keelung
Sept. Karnival Renang Tasik Sun Moon Karnival Renang Tasik Sun Moon
Okt. Festival Kayuh Basikal, Muzik dan Bunga Festival Kayuh Basikal, Muzik dan Bunga Festival Kayuh Basikal, Muzik dan Bunga Api Tasik Sun Moon
Kesenian Taipei (Pameran seni kontemporari (Pameran seni kontemporari (Pameran seni kontemporari (Pameran seni kontemporari antarabangsa)antarabangsa)
Okt. Pesta Kesenian Asia, Muzium Istana Negara
Maraton Rentas Laut Penghu 2019
Festival Seni Ukir Kayu Antarabangsa Sanyi
Pesta Garam untuk Keamanan Kungshen Wangye (kebudayaan rakyat)
Pesta Burung Asia
NoNov. Pertandingan Luncur Air TerbukaTerbukaT TaiwanTaiwanT
Maraton Gaung TarokoTarokoT
Dis. Maraton TaipeiTaipeiT
Festival Kugiran Antarabangsa Bandar Chiayi
*Un*Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Biro Pelancongan di eng.taiwan.net.tw
**Pesta TanglungTanglungT TaiwanTaiwanT diadakan di bandar atau wilayah yang berlainan setiap tahun. Pada tahun 2020, pepeststaa iniini akanakan diadakan di Bandarandar TTaiaiTaiTTaiT chung.
84
Bahagian Utara TaiwanMuzium Istana Negara: www.npm.gov.twTaipei 101: www.taipei-101.com.twMuzium Seramik Yingge, Bandar Taipei Baharu:
www.ceramics.ntpc.gov.twDewan Peringatan Chiang Kai-shek:
www.cksmh.gov.twTokong Lungshan: www.lungshan.org.twTaman Negara Yangmingshan: www.ymsnp.gov.twKawasan Pemandangan Timur Laut dan Pantai Yilan:
www.necoast-nsa.gov.twKawasan Pemandangan Pantai Utara dan Guanyinshan:
www.northguan-nsa.gov.tw
Bahagian Tengah TaiwanKawasan Pemandangan Tasik Sun Moon:Kawasan Pemandangan Tasik Sun Moon:Kawasan Pemandangan Tasik Sun Moon:
www.sunmoonlake.gov.twKampung Kebudayaan Orang Asli Formosan:
www.nine.com.twKawasan Pemandangan Tri-Mountain:
www.trimt-nsa.gov.twInstitut Penyelidikan dan Pembangunan Barangan Kraf Taiwan: www.ntcri.gov.twPerbandaran Lukang: www.lukang.gov.twMuzium Sains Semula Jadi Negara: www.nmns.edu.twTaman Negara Yushan (Gunung Jade): www.ysnp.gov.tw
TARIKAN UTAMA PELANCONG
Bahagian Timur TaiwanTaman Negara Taroko:
www.taroko.gov.twKawasan Rekreasi Hutan Taiwan:
recreation.forest.gov.twKawasan Pemandangan Pantai Timur:
www.eastcoast-nsa.gov.twKawasan Pemandangan Lurah Kawasan Pemandangan Lurah Gelinciran Timur: www.erv-nsa.gov.twwww.erv-nsa.gov.tw
Bahagian Selatan TaiwanTaman Negara Kenting: www.ktnp.gov.twKawasan Pemandangan Alishan: www.ali-nsa.netKawasan Pemandangan Siraya: www.siraya-nsa.gov.tw
Pulau-pulau SekitarTaman Negara Kinmen: www.kmnp.gov.twKawasan Pemandangan Penghu: www.penghu-nsa.gov.twKawasan Pemandangan Matsu: www.matsu-nsa.gov.twPulau Hijau dan Pulau Orkid:
tour.taitung.gov.tw/en/discover/offshore-islands
MELAWAT TAIWAN 85
86
Mata WangDolar Taiwan Baharu
(NT$ atau TWD)Kadar pertukaran: NT $31.05 bagi setiap AS $1 (Julai 2019)
Zon WaktuSemua wilayah berada dalam
zon waktu yang sama, UTC +8 jam
(tiada pelarasan bermusim)
Kad Kredit dan Cek KembaraKad kredit utama diterima secara meluas. Cek kembara boleh ditunaikan di kaunter bank, hotel dan kedai yang
berorientasikan pelancongan.
Pemberian TipPemberian tip bukan
merupakan budaya di Taiwan. Caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus biasanya dikenakan ke atas harga bilik serta makanan
di hotel dan restoran.
ElektrikAC 110 V / 60 Hz
Maklumat VisaBiro Hal Ehwal Konsul
Kementerian Luar NegeriTelefon: (+886-2) 2343-2888
Laman Web: www.boca.gov.tw
Peraturan KastamPentadbiran Kastam
Kementerian KewanganTelefon: (+886-2) 2550-5500
samb. 2116Laman Web: web.customs.gov.tw