muhamad asyraf- penggunaan permainan kad perkataan meningkatkan kemahiran ayat tunggal an bahasa...

6
PENGGUNAAN PERMAINAN KAD PERKATAAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN AYAT TUNGGAL MATAPELAJARAN BAHASA MALAYSIA MURID MASALAH PENGLIHATAN Oleh: MUHAMAD ASYRAF BIN NOR’AZALAN & CHIANG EE FONG. PHD INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat tunggal murid Tahun 2 masalah penglihatan bagi matapelajaran Bahasa Malaysia menggunakan kaedah permainan kad perkataan. Seramai 5 orang murid masalah penglihatan iaitu 4 orang murid buta dan seorang murid rabun di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk menilai sama ada kaedah permainan kad perkataan dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran membina ayat tunggal bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Tinjauan awal melalui pemerhatian mendapati murid tersebut mempunyai masalah dalam aspek pemahaman konsep subjek dan predikat, struktur ayat, perbendaharaan kata dan ejaan. Justeru itu intervensi selama 3 kali sesi telah diberikan. Pemerhatian dan ujian pasca menunjukkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran ayat tunggal meningkat selepas pelaksanaan intervensi permainan kad perkataan. Selain itu dapatan temubual juga menunjukkan murid berminat dengan aktiviti permaianan yang dilaksanakan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada awal tahun 2010, pengkaji telah menjalani praktikum di sebuah sekolah di Johor Bahru. Penyelidik telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi murid Tahun 2. Pada minggu 6 praktikum masalah kelemahan dalam membina ayat tunggal dikesan. Masalah ini dikenal pasti apabila penyelidik melaksanakan aktiviti membina ayat melalui permainan cabutan kad perkataan dari kotak beracun. Terdapat dua orang murid yang gagal menulis ayat tunggal dengan betul. Berdasarkan pemerhatian pennyelidik, semasa proses pengajaran tersebut antara ayat yang dihasilkan mereka ialah seperti ‘Saya ibu suka sayur, bola adik bermain, ibu pergi kedai beli buah, makanan itu saya tidak suka, buku ini saya mahu tidak membaca, seorang polis ayah saya’,. Ayat-ayat yang dihasilkan oleh murid ini dilihat mempunyai kesalahan pada struktur ayat serta kelemahan dari aspek perbendaharaan kata. Kegagalan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal merupakan perkara yang perlu dititik beratkan guru. Ini kerana, kegagalan ini secara tidak langsung menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Penguasaan dalam kemahiran ayat majmuk dan ayat berangakai tidak dapat dilaksanakan. Situasi ini turut memberi impak kepada murid-murid yang lain dan guru dari aspek perancangan pengajaran Dalam mengenal pasti masalah penguasaan kemahiran ayat tunggal, pengkaji telah menjalankan pemerhatian tidak bestruktur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Upload: muhd-asyraf

Post on 28-Jul-2015

313 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muhamad Asyraf- Penggunaan Permainan Kad Perkataan Meningkatkan Kemahiran Ayat Tunggal an Bahasa Malaysia Murid Masalah Penglihatan

PENGGUNAAN PERMAINAN KAD PERKATAAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN AYAT TUNGGAL MATAPELAJARAN BAHASA MALAYSIA MURID MASALAH PENGLIHATAN

Oleh:

MUHAMAD ASYRAF BIN NOR’AZALAN & CHIANG EE FONG. PHD

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat tunggal murid Tahun 2 masalah penglihatan bagi matapelajaran Bahasa Malaysia menggunakan kaedah permainan kad perkataan. Seramai 5 orang murid masalah penglihatan iaitu 4 orang murid buta dan seorang murid rabun di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk menilai sama ada kaedah permainan kad perkataan dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran membina ayat tunggal bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Tinjauan awal melalui pemerhatian mendapati murid tersebut mempunyai masalah dalam aspek pemahaman konsep subjek dan predikat, struktur ayat, perbendaharaan kata dan ejaan. Justeru itu intervensi selama 3 kali sesi telah diberikan. Pemerhatian dan ujian pasca menunjukkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran ayat tunggal meningkat selepas pelaksanaan intervensi permainan kad perkataan. Selain itu dapatan temubual juga menunjukkan murid berminat dengan aktiviti permaianan yang dilaksanakan.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada awal tahun 2010, pengkaji telah menjalani praktikum di sebuah sekolah di Johor Bahru. Penyelidik telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi murid Tahun 2. Pada minggu 6 praktikum masalah kelemahan dalam membina ayat tunggal dikesan. Masalah ini dikenal pasti apabila penyelidik melaksanakan aktiviti membina ayat melalui permainan cabutan kad perkataan dari kotak beracun. Terdapat dua orang murid yang gagal menulis ayat tunggal dengan betul.

Berdasarkan pemerhatian pennyelidik, semasa proses pengajaran tersebut antara ayat yang dihasilkan mereka ialah seperti ‘Saya ibu suka sayur, bola adik bermain, ibu pergi kedai beli buah, makanan itu saya tidak suka, buku ini saya mahu tidak membaca, seorang polis ayah saya’,. Ayat-ayat yang dihasilkan oleh murid ini dilihat mempunyai kesalahan pada struktur ayat serta kelemahan dari aspek perbendaharaan kata.

Kegagalan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal merupakan perkara yang perlu dititik beratkan guru. Ini kerana, kegagalan ini secara tidak langsung menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Penguasaan dalam kemahiran ayat majmuk dan ayat berangakai tidak dapat dilaksanakan. Situasi ini turut memberi impak kepada murid-murid yang lain dan guru dari aspek perancangan pengajaran

Dalam mengenal pasti masalah penguasaan kemahiran ayat tunggal, pengkaji telah menjalankan pemerhatian tidak bestruktur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

2.0 FOKUS KAJIAN

Penyelidik akan memberikan penekanan dalam penggunaan kad perkataan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran membina ayat tunggal. Masalah penguasaan kemahiran ayat tunggal merupakan kemahiran asas bagi murid sebelum menguasai kemahiran yang seterusnya iaitu kemahiran ayat majmuk dan ayat berangkai. Sekiranya masalah kelemahan dalam kemahiran ayat tunggal ini tidak dapat diatasi murid akan mengalami masalah dalam aspek penulisan karangan serta boleh menyebabkan mereka keciciran.

Pengkaji menumpukan kajian ini terhadap permainan kad perkataan adalah kerana penggunaan kad perkataan dapat memudahkan guru menerangkan konsep dan struktur ayat tunggal kepada murid. Pengajaran yang menggunakan bahan bantu mengajar seperti kad perkataan dapat menjadi pengajaran itu lebih bermakna. Menurut Azman Wan Chik (1989), alat bantu mengajar akan membantu dan mempercepat proses pemahaman murid-murid yang bersifat abstrak dengan menganggap objek-objek yang konkrit melalui pandangan, pendengaran dan sentuhan. Bagi proses pengajaran dan pembelajaran murid masalah penglihatan, guru perlu menggunakan bahan pengajaran yang dapat meningkatkan deria rangsangan murid bagi memudahkan penerimaan maklumat pembelajaran. Ini

Page 2: Muhamad Asyraf- Penggunaan Permainan Kad Perkataan Meningkatkan Kemahiran Ayat Tunggal an Bahasa Malaysia Murid Masalah Penglihatan

disokong oleh Jamilah (2005), kanak-kanak tanpa deria penglihatan terpaksa bergantung pada deria lain bagi mengumpul maklumat seperti deria dengar dan deria sentuh.

Permainan yang dilaksanakan di dalam kelas dapat meningkatkan minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. (Rahil Mahyuddin et al. 2009). Ini dapat meningkatkan lagi pencapaian objektif yang dirancang kerana minat murid memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. (Rohani Kasmani, 1999).

Menurut Rahil Mahyuddin et al. (2009), kad perkataan yang digunakan sebagai bahan dan cara guru menggunakannya akan dapat menarik minat perhatian pelajar, menimbulkan rasa seronok untuk belajar, membuat pembelajaran lebih beerti, menghapuskan kebosanan dan menghasilkan ingatan yang lebih kekal. Selain itu juga, penggunaan media ini dapat meningkatkan interaksi perhubungan dua hala guru dan murid serta menarik minat penerima untuk bertindak balas. (Muhamad Hassan Abdul Rahman, 2000).

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimualai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sesuai. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu prediket. (Sharifah Nor Syed Abd. Rahman et al. 2007).

Menurut Jamila, (2005), masalah penglihatan melibatkan individu yang tidak pernah dapat melihat, ataupun yang pernah melihat beberapa tahun tetapi lama kelamaan kehilangan penglihatan sedikit ataupun keseluruhan, ataupun mereka yang mengalami ketidakupayaan lain ditambah pula dengan masalah penglihatan, ataupun mereka yang mempunyai ketidakupayaan dalam bahagian-bahagian penglihatan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ayat tunggal murid Tahun 2 dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif Khusus

i) Meningkatkan penguasaan kemahiran ayat tunggal murid dengan memastikan murid dapat mengenal pasti subjek dan prediket dalam sebuah ayat.

ii) Membina ayat dengan struktur ayat dan perbendaharaan kata yang betul. iii) Meningkatkan minat murid dalam pelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah pengajaran belajar sambil

bermain.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri dari 5 orang murid kelas Tahun 2 Amanah iaitu 4 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan. Dari aspek kategori masalah penglihatan murid, didapati 4 daripada 5 orang murid terdiri daripada murid buta manakala 1 orang murid terdiri daripada murid rabun.

Jadual 1:

Maklumat Subjek Kajian

Bil Nama Jantina Kategori Pencapaian Akademik %

1. Responden 1 Lelaki Rabun 53

2. Responden 2 Lelaki Buta 60

3. Responden 3 Perempuan Buta 45

4. Responden 4 Lelaki Buta 50

5. Responden 5 Lelaki Buta 64

Page 3: Muhamad Asyraf- Penggunaan Permainan Kad Perkataan Meningkatkan Kemahiran Ayat Tunggal an Bahasa Malaysia Murid Masalah Penglihatan

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

a. Perancangan

Bagi mengesahkan masalah penguasaan kemahiran ayat tunggal yang terdapat pada murid,, pengkaji telah melaksanakan ujian pra terhadap responden yang dikaji iaitu terdiri daripada murid Tahun 2 Amanah seramai 3 orang. Berdasarkan keputusan daripada ujian pra, didapati murid lemah dari aspek pemahaman konsep subjek dan predikat, struktur ayat, perbendaharaan kata dan ejaan.

b. Tindakan

Peringkat tindakan yang dijalankan oleh pengkaji mengambil masa selama 3 kali sesi intervensi. Sesi intervensi yang dijalankan akan dijelaskan pada langkah-langkah seperti berikut:

Aktiviti Permainan Membanding Beza Kad Perkataan Subjek dan Kad Perkataan Predikat. Pengkaji telah mula menjalankan aktiviti permainan yang pertama dengan aktiviti permainan kad permainan membanding beza kad subjek dan kad predikat. Aktiviti permainan membanding beza kad subjek dan kad predikat merupakan pengukuhan kepada pemahaman murid mengenai subjek dan predikat. Dalam aktiviti ini murid akan diminta untuk mengkategorikan kad subjek dan kad pradikat mengikut ‘rumah kad’ yang disediakan. Masa yang diperuntukkan oleh murid untuk mengkategorikan kad-kad subjek dan kad-kad predikat untuk dimasukkan ke ‘rumah kad’ ialah selama 2 minit. Jumlah kad yang terbanyak telah dikategorikan oleh murid ke dalam ‘rumah kad’ akan dikira sebagai mata dan penentu sebagai pemenang.

c. Pemerhatian

Pengkaji melihat keberkesanan sesi intervensi yang dijalankan melalui 3 kaedah pengumpulan data iaitu ujian, analisis dokumen dan temubual. Bagi pengumpulan data ujian. Melalui perbandingan antara ujian pra dan ujian pos keberkesanan intervensi dapat dinilai. Selain itu melalui analisis dokumen yang dijalankan, pengkaji dapat melihat penguasaan murid semasa pelaksaanan intervensi. Bagi pengumpulan temubual, pengkaji dapat melihat aspek minat.

Rajah 5: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Markah Ujian Pos

Rajah 7: Pemerhatian Penguasaan Murid Daripada Analisis Dokumen

Page 4: Muhamad Asyraf- Penggunaan Permainan Kad Perkataan Meningkatkan Kemahiran Ayat Tunggal an Bahasa Malaysia Murid Masalah Penglihatan

Jadual 2

Pengkodan Hasil Temu bual

Kod Tema Catatan

1 Pemahaman konsep subjek dan predikat

sebab kami dapat pegang (R3)..err..mudah untuk beza perkataan subjek dan predikat bila pegang (R5).

2 Penguasaan struktur ayat kami dapat pegang cikgu (R4)..permainan tu kami tahu macam mana kami nak susun perkataan yang betul dalam satu ayat tunggal (R2)..kad

tu buat kami mudah nak ingat perkataan yang betul (R1).

3 Minat murid Ya! kami sukakan cabaran (R2)..kami boleh tahu siapa lagi hebat (R5). kami suka bermain cikgu (R4). Ya! semestinya cikgu! kami nak bermain lagi (R5).saya pun! (R4).saya pun! (R2).saya pun! (R3).saya pun! (R1)

4 Keberkesanan permainan sudah paham..cikgu dah terangkan sebelum permainan (R3). jelas..suara cikgu kuat dan tak terlalu laju (R2). urmm..tak la terlalu

sukar tak la terlalu senang (R5)..ala..senang je (R2).

d. Refleksi

Berdasarkan pengamatan pengkaji setelah melaksanakan intervensi terhadap murid-murid Tahun 2 Amanah, permainan kad perkataan dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap subjek dan predikat. Kekuatan yang dapat dilihat melalui permainan kad perkataan yang dijalankan ialah meningkatkan interaksi antara guru dan murid. Selain itu, permainan yang dijalankan membuatkan murid fokus terhadap aktiviti pengajaran yang dijalankan. Selain itu murid juga dilihat semakin minat dan bermotivasi dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Disampin itu, kekuatan kajian yang dilaksanakan ialah permainan kad perkataan yang dilaksanakan menyeronokkan dan sesuai dengan kebolehan murid-murid. Aktiviti permainan yang menyeronokkan serta sesuai dengan kebolehan murid membuatkan mereka memberi tumpuan dan meningkatkan minat mereka untuk melakukan aktiviti. Selain daripada kekuatan, aspek kelemahan juga dapat dikesan pengkaji. Sepanjang melaksanakan kajian ini aspek kelemahan yang dikesan oleh pengkaji ialah aktiviti permainan yang dijalankan kurang berkesan dalam membantu meningkatkan aspek perbendaharaan kata dan ejaan murid-murid Tahun 2 Amanah.

6.0 CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan yang akan dikemukakan pengkaji bagi meningkatkan keberkesanan bagi kajian yang seterusnya pada masa akan datang. Berdasarkan aspek kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji seperti yang dinyatakan pada bab 8, penekanan terhadap aspek perbendaharaan kata dan ejaan perlu dititik beratkan bagi memastikan penguasaan yang sepenuhnya terhadap kemahiran ayat tunggal.

Dalam menekankan aspek perbendaharaan kata, antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan ialah melaksanakan aktiviti permainan kad perkataan menggunakan kad perkataan. Terdapat dua permainan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan aspek perbendaharan kata. Antaranya ialah permainan kad sebut dan ingat. Permainan ini memerlukan murid untuk mengingat maksud perkataan yang diambil. Bilangan maksud kad perkataan yang berjaya disebut akan menjadi penentu markah dan penentu pemenang. Selain itu juga, Permainan suai dan padan kad juga boleh dilaksanakan. Permainan dilakukan dengan murid perlu memadankan kad perbendaharaan kata kepada definisi perkataan yang dipilih. Jumlah bagi kad yang betul disuai padan dikira sebagai markah dan penentu pemenang.

Permainan berunsurkan kad perkataan juga boleh dilaksanakan bagi meningkatkan aspek ejaan murid. Cadangan permainan yang boleh dilaksanakan ialah permainan mengkategorikan kad perkataan yang mempunyai ejaan yang betul. Dalam melaksanakan permainan ini, murid perlu mengkategorikan kad ejaan yang betul dan kad ejaan yang salah ke dalam kotak yang disediakan. Jumlah bagi kad yang betul dikategorikan akan dikira sebagai markah dan penentu pemenang.

Page 5: Muhamad Asyraf- Penggunaan Permainan Kad Perkataan Meningkatkan Kemahiran Ayat Tunggal an Bahasa Malaysia Murid Masalah Penglihatan

7.0 RUJUKAN

Azman Wan Chik (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid: Latihan Guru dan Bahan. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamila K. A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar, (2009). Amalan Pengajaran Berkesan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn Bhd.

Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Jahor, Malaysia.

Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin dan Rosdah Omar, (2007). Bahasa Melayu Kertas 1 & 2 Teks Rujukan Lengkap. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd