mpu 1152 pengajian malaysia · pengajian malaysia di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1....
TRANSCRIPT
MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan dengan jelas fakta-fakta sejarah Malaysia tentang
kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
2. Menerangkan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
3. Menghuraikan dengan tepat fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
4. Merumuskan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA
KOMPONEN PENILAIAN TOPIK 1
TOPIK 2
TOPIK 3
TOPIK 4
TOPIK 5 MARKAH
PENILAIAN BERTERUSAN
(PB)
KUIZ 5% 5%
70%
UJIAN 10% 10%
TUGASAN 10%
PROJEK 20%
PEMBENTANGAN 10%
PENILAIAN AKHIR (PA) TEORI 30% 30%
1.1 MENYATAKAN SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Masyarakat Melayu Di Tanah Melayu Sebelum Campur Tangan British Pendahuluan • Masyarakat Melayu tradisional terbahagi
kepada dua:- golongan pemerintah dan golongan diperintah.
• Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.
• Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.
Golongan Pemerintah 1. Raja/Sultan/Yang Dipertuan Besar • Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. • Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan
pemerintahan dan pentadbiran negeri. • Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat
dan para pembesar. • Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan
dan memajukan negeri. • Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata • Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep
daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja • Menjalinkan hubungan luar. • Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning
hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi. 5 [email protected]
Golongan Pemerintah 2. Keluarga Dan Kerabat Diraja • Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja
dan kerabat diraja. • Anak raja tidak semestinya seorang putera
raja yang memerintah. • Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan. • Jawatan raja muda diberi kepada putera
sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera. • Putera sultan ada yang dilantik menjadi
pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk
• Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
• Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.
Golongan Pemerintah 3. Golongan Bangsawan • Terdiri daripada golongan pembesar dan
kaum kerabat • Sangat berpengaruh dalam kalangan
pemerintah dan pentadbir. • Membantu sultan dalam pentadbiran dan
pemerintahan. • Menjadi penasihat/pembesar di daerah-
daerah tertentu.
Golongan Pemerintah 4. Pembesar Daerah • Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf
dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.
• Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
• Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya. • Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan
kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.
• Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.
• Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.
• Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.
• Golongan Ulama Dan Pendeta 1. Golongan Ulama • Berketurunan Arab Melayu dan merupakan
cendekiawan dalam bidang agama. • Berkedudukan istimewa dan sangat
berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi
• Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.
2. Golongan Pendeta : • Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan,
kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.
• Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.
• Merupakan penulis dan perawi diraja.
Golongan Diperintah • Terdiri daripada rakyat biasa dan orang
asing yang bebas/merdeheka. 1. Rakyat Biasa • Petani, nelayan, dagang dan tukang. • Tidak mempunyai kuasa politik dan
jawatan dal;am pentadbiran. • Mengamalkan tradisi gotong-royong. • Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang
dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.
• Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.
2. Rakyat Asing • Penduduk bukan Melayu yang
datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.
• Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.
• Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.
• Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.
3. Golongan Hamba • Menyediakan tenaga manusia untuk
aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.
• Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.
• Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.
Terdapat Tiga Jenis Hamba Hamba Raja : • Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba
lain • Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan Hamba Berhutang : • Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan
sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa
Hamba Biasa : • Menjadi hamba seumur hidup. • Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi,
hamba dengan dan biduanda.
Kesimpulan • Adanya hierarki dalam masyarakat
Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.
• Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
• Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.
1.2 MENERANGKAN KEWUJUDAN DAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT MAJMUK
1.2.1 Masyarakat Melayu Selepas Kedatangan Islam Pendahuluan • Kedatangan Islam bermula abad ke-17 di alam
Melayu. • Abad ke- 13 hingga 16 pengaruh keseluruhan
alam Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha.
• Menjadi anutan majoriti penduduk. • Penyebaran Islam bermula dengan pemelukan
Islam oleh golongan istana dan diikuti oleh rakyat jelata.
Perubahan Kepercayaan : • Animisme kepada Islam. • Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan
banyak Tuhan. • Keimanan dan konsep keesaan Tuhan. • Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan
rasional – mengubah berfikir secara tahyul dan fantasi. • Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau
diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain.
• Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-tokoh Islam.
Perundangan dan Peraturan • Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan
unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain.
• Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.
Pentadbiran • Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza
dengan beraja ala Hindu-Buddha. • Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan
sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. • Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.
Pendidikan • Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik. • Terbuka kepada semua golongan masyarakat. • Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati. • Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan
lain-lain. • Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam
seperti solat, zakat, puasa dan haji. • Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar
dengan Islam. • Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau
sebagai tempat mengajar. • Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas
tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.
Bahasa dan Kesusasteraan • Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan. • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-
franca. • Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. • Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’,
musyawwarah dan lain-lain. Kesenian Islam • Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab,
menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain. • Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan
bunga-bungaan. Kesimpulan • Penerimaan Islam telah mengubah sistem kehidupan masyarakat
Melayu dari semua aspek dan berjaya membawa kemunculan Tanah Melayu sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam. 19 [email protected]
1.2.2 Penghijrahan Kaum Cina 1.2.3 Penghijrahan Kaum India
• Kemasukan kaum Cina dan India beramai-ramai ke Tanah Melayu sejak pertengahan dan penghujung abad ke 19 telah membentuk masyarakat majmuk
• Bilangan penduduk Tanah Melayu berkembang dengan pesat dengan kehadiran kaum Cina dan India di samping orang Melayu yang sedia ada
• Wujudnya pola penempatan yang ketara di mana orang Melayu tinggal di kawasan kampung dan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar dan perlombongan serta orang India di kawasan lading.
• Pada dasarnya, hubungan ketiga-tiga kaum ini tidak erat dan terpisah bersesuaian dengan matlamat dasar “pecah dan perintah”yang diamalkan oleh kerajaan British
• Imigrasi kaum Cina dan India juga telah membentuk sistem pendidikan vernakular iaitu sistem pendidikan mengikut kaum
PENILAIAN TOPIK 1 1. Kuiz (5%) – Soalan Objektif 2. Pembentangan (10%) – Penilaian Individu mengikut
rubrik yang disediakan dalam Jadual Spesifikasi Ujian.
CONTOH LATIHAN PEMBENTANGAN Perkembangan sosio-ekonomi membawa kepada perubahan struktur masyarakat di Tanah Melayu. a. Huraikan bagaimanakah masyarakat majmuk wujud di Tanah Melayu b. Apakah pengetahuan dan iktibar / pembelajaran yang
anda perolehi daripada peristiwa kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu?
c. Terangkan apakah harapan Negara daripada peristiwa sejarah ini (kewujudan masyarakat majmuk) di tanah air kita dan bagaimanakah anda sebagai seorang individu memainkan peranan dalam memenuhi harapan Negara itu?