movie maker - afifah

9
CARA-CARA PENYUNTINGAN VIDEO MENGGUNAKAN MICROSOFT MOVIE MAKER MERAKAMKAN BUNYI/ SUARA Klik Start dan klik Windows Movie Maker Setelah diklik, paparan berikut akan muncul di skrin.

Upload: noor-afifah-azizan

Post on 03-Oct-2015

263 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MOVIE MAKER

TRANSCRIPT

KURSUS MBM

CARA-CARA PENYUNTINGAN VIDEO MENGGUNAKAN MICROSOFT MOVIE MAKER

MERAKAMKAN BUNYI/ SUARA

Klik Start dan klik Windows Movie Maker

Setelah diklik, paparan berikut akan muncul di skrin.

Cara untuk memasukkan lagu ke dalam movie maker

Setelah Import diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. Fail yang diimport telah terpapar di dalam ruang kerja Movie Maker.

Bunyi yang telah dirakamkan, boleh diedit. Klik dan seret fail yang berkenaan masuk ke dalam trek Audio/Music. Sila lihat gambar di bawah.

Apabila fail bunyi dimasukkan ke dalam trek Audio/Music, fail berkenaan akan menjadi bentuk gelombang bunyi.

Tekan zoom untuk melihat trek

Untuk memotong bunyi, klik Split. Dengar rakaman pembacaan secara menyeluruh dan potong bahagian pembacaan yang kurang memuaskan. Sekiranya pembacaan yang baharu dapat diterima, masukkan ke dalam trek Audio/Music bersebelahan dengan klip yang hendak disambung.

PROSES EDIT VIDEO DAN GAMBAR

1. LANGKAH-LANGKAH MEMASUKKAN BAHAN VIDEO/ GAMBAR DAN AUDIO KE DALAM MOVIE MAKER

Klik import video (untuk klip video) ,import pictures (gambar) atau import audio or music (untuk suara dan muzik)

Pilih fail yang anda kehendaki untuk dimuatkan dalam movie anda. Klik open.

Seterusnya, paparan di bawah akan berada dalam kotak Collection. Anda hanya perlu seret klip video/ gambar/ audio pilihan anda dan kemudian letakkan pada ruangan di video atau audio.

Seterusnya anda boleh memasukkan pilihan video/gambar seterusnya. Anda boleh menyusun atur video dan gambar mengikut kehendak anda dengan cara yang samaAnda boleh mengaktifkan butang (button) di bawah untuk memaparkan proses editing anda2. LANGKAH-LANGKAH PENYUNTINGAN/EDIT VIDEO

Memasukkan kesan (effects) videoKlik pada view video effects untuk pilihan. Pilih mood yang anda kehendaki kemundian seret dan letakkank ke klip video pilihan anda. Sekiranya anda ingin menggulangi langkah tersebut untuk membuat pilihan lain, gunakan butang (button) undo.

Memasukkan kesan peralihan video (video transitions) Klik pada ikon view video transitions. Paparan di bawah akan ditunjukkan. Anda boleh memilih mana-mana kesan yang anda kehendaki dan kemudian seret dan letakkan pada klip video anda. Sekiranya anda ingin menggulangi langkah tersebut untuk membuat pilihan lain, gunakan butang (button) undo.

Memasukkan Tajuk Anda boleh memilih senarai paparan di bawah untuk memasukkan teks mengikut pilihan iaitu:

Masukkan teks yang dikehendaki. Anda juga boleh membuat pilihan animasi yang bersesuaian dengan klik Change the title animation. Anda juga boleh menukar jenis font dan warna dengan mengelik change the text font and color

Pilihan jenis font dan warna seperti paparan berikut:

Klik untuk pilihan animasi teks:

Proses Penyimpanan (Save) Sekiranya anda masih ingin meneruskan kerja anda :Klik File dan pilih Save project as. Anda boleh melaksanakan proses penyuntingan seterusnya .Sekiranya kerja-kerja penyuntingan telah selesai dan bersedia untuk diterbitkan, klik File dan pilih Save movie File.