moral

25
Pengenalan Pendidikan ialah proses pembangunan insan sepanjang hayat. Pendidikan adalah salah satu bentuk perwujudan kebudayaan manusia yang dinamis dan sarat dengan perkembangan. Perubahan atau perkembangan pendidikan adalah perkara yang seharusnya dilakukan seiring dengan perubahan budaya kehidupan manusia yang sentiasa berubah-ubah. Perubahan pendidikan yang menuju kearah pendidikan yang jitu, padu dan sempurna pada semua peringkat perlu terus menerus dilakukan sebagai intipati kepentingan masa depan negara. Maka ia tidak boleh diserahkan kepada satu agensi sahaja. Pendidikan yang mampu mendukung pembangunan di masa hadapan adalah pendidikan yang mampu mengembangkan potensi individu seseorang pelajar dan bukannya menilai individu berasaskan keputusan gred semata-mata, sehinggalah individu tersebut mampu menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah kehidupan yang bakal dihadapinya. Pendidikan harus menyentuh potensi rohani mahupun potensi kompetensi seseorang pelajar. Mengikut teori Dr. Howard Gardner, beliau menyatakan setiap individu mempunyai kecerdasan dan potensi yang berbeza-beza yang berkaitan dengan berbagai fungsi. Semua kecerdasan tersebut dipergunakan tetapi pada kadar-kadar yang berlainan dan mestilah berada dalam keadaan yang aktif untuk membolehkan proses penjanaan idea-idea baru. Justeru, konsep pendidikan haruslah mengalami perubahan seiring dengan perubahan budaya kehidupan manusia. Apa yang berlaku pada masa kini adalah, masyarakat terlalu berkehendakkan pendidikan yang mampu mengikuti kehendak mereka dimana pendidikan tidak lagi dipandang sebagai suatu wadah yang mampu membina keutuhan masyarakat , kerana semua ini berlaku akibat sentimen kebendaan yang semakin menular akibat daripada pengaruh sekularisma dan arus perubahan globalisasi ( Edupres Jurnal, 2011). Bertitik tolak dari inilah terasa semakin penting apabila seseorang pelajar yang akan membesar memasuki kehidupan bermasyarakat dan berkerjaya, kerana mereka harus mampu menerapkan apa yang dipelajari di sekolah untuk menghadapi masalah dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan sehari-hari mereka mahupun yang akan datang. Pendidikan merupakan proses sistematik untuk meningkatkan martabat manusia secara holistik. Justeru itu, kerajaan haruslah mengambil satu langkah baru sebagai inisiatif untuk melakukan perubahan dalam bidang pendidikan. Ditambah pula dengan sejarah menunjukkan sistem pendidikan negara kita sudah lama tidak dirombak iaitu sejak 1979 lagi. Rombakan menyeluruh dasar pendidikan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini memberi seribu satu makna kepada sistem pendidikan negara pada masa akan datang. Pada asasnya, sistem pendidikan negara tidak boleh sesekali statik, sebaliknya perlu sentiasa 1

Upload: wawa

Post on 06-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jhfkjfhsdjkfhsd

TRANSCRIPT

Page 1: moral

Pengenalan

Pendidikan ialah proses pembangunan insan sepanjang hayat.  Pendidikan adalah

salah satu bentuk perwujudan kebudayaan manusia yang dinamis dan sarat dengan

perkembangan. Perubahan atau perkembangan pendidikan adalah perkara yang

seharusnya dilakukan seiring dengan perubahan budaya kehidupan manusia yang sentiasa

berubah-ubah. Perubahan pendidikan yang menuju kearah pendidikan yang jitu, padu dan

sempurna pada semua peringkat perlu terus menerus dilakukan sebagai intipati kepentingan

masa depan negara. Maka ia tidak boleh diserahkan kepada satu agensi sahaja.

Pendidikan yang mampu mendukung pembangunan di masa hadapan adalah

pendidikan yang mampu mengembangkan potensi individu seseorang pelajar dan bukannya

menilai individu berasaskan keputusan gred semata-mata, sehinggalah individu tersebut

mampu menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah kehidupan yang bakal

dihadapinya. Pendidikan harus menyentuh potensi rohani mahupun potensi kompetensi

seseorang pelajar. Mengikut teori Dr. Howard Gardner, beliau menyatakan setiap individu

mempunyai kecerdasan dan potensi yang berbeza-beza yang berkaitan dengan berbagai

fungsi. Semua kecerdasan tersebut dipergunakan tetapi pada kadar-kadar yang berlainan

dan mestilah berada dalam keadaan yang aktif untuk membolehkan proses penjanaan idea-

idea baru.

 Justeru, konsep pendidikan haruslah mengalami perubahan seiring dengan

perubahan budaya kehidupan manusia.  Apa yang berlaku pada masa kini adalah,

masyarakat terlalu berkehendakkan pendidikan yang mampu mengikuti kehendak mereka

dimana pendidikan tidak lagi dipandang sebagai suatu wadah yang mampu membina

keutuhan masyarakat, kerana semua ini berlaku akibat sentimen kebendaan yang semakin

menular akibat daripada pengaruh sekularisma dan arus perubahan globalisasi ( Edupres

Jurnal, 2011). Bertitik tolak dari inilah terasa semakin penting apabila seseorang pelajar

yang akan membesar memasuki kehidupan bermasyarakat dan berkerjaya, kerana mereka

harus mampu menerapkan apa yang dipelajari di sekolah untuk menghadapi masalah dan

cabaran yang dihadapi dalam kehidupan sehari-hari mereka mahupun yang akan datang.

Pendidikan merupakan proses sistematik untuk meningkatkan martabat manusia

secara holistik. Justeru itu, kerajaan haruslah mengambil satu langkah baru sebagai inisiatif

untuk melakukan perubahan dalam bidang pendidikan. Ditambah pula dengan sejarah

menunjukkan sistem pendidikan negara kita sudah lama tidak dirombak iaitu sejak 1979 lagi.

Rombakan menyeluruh dasar pendidikan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini

memberi seribu satu makna kepada sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

Pada asasnya, sistem pendidikan negara tidak boleh sesekali statik, sebaliknya perlu

1

Page 2: moral

sentiasa dinamik mengikut keperluan pada masa kini dan hadapan. Untuk merealisasikan

dasar pendidikan yang baru ini, satu langkah harus dibuat iaitu dengan menerapkan

pendidikan secara holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia

ada bagi mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran seharian dan masa hadapan

mereka.

Kajian yang dilakukan oleh Tonia T. Lennox dalam tesis beliau yang bertajuk “

Education Towards Integration: AnAlternative Programme, 2009 ” menyatakan, sistem

pendidikan yang lama haruslah mengalami perubahan dalam menghadapi cabaran

globalisasi pada masa kini. Beliau berpendapat pendidikan secara holistik amat membantu

dimana pendidikan ini menekankan aspek matlamat seseorang individu, pembelajaran

melalui pengalaman serta, nilai sensitiviti perhubungan sesama manusia dan alam sekitar.

Manakala berbeza dengan Kaedah pendidikan tradisional, digambarkan sebagai yang

dikawal oleh kalendar dan jadual waktu, di mana peluang kepada pelajar adalah terhad

serta menggalakkan kaedah pembelajaran hafalan buku teks atau lembaran kerja berjilid

dan berpusatkan guru.

Ini amat bertepatan dengan pendapat berdasarkan daripada satu rencana yang

penulis baca dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac 2012, bertajuk “ Kearah sistem

pendidikan Holistik “ yang dikarang oleh Rohami Shafie, Pensyarah Kanan di Kolej

Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Beliau menyatakan  bahawa masih terdapat

kelemahan dalam sistem pendidikan negara. Paling ketara sistem pendidikan negara terlalu

menumpukan aspek kejayaan meritokrasi melalui penilaian berasaskan peperiksaan

semata-mata dengan meminggirkan aspek akhlak mulia para pelajar. Dengan menerapkan

sistem pendidikan yang lebih holistik dan menyeluruh kelemahan sistem pendidikan negara

yang ada sekarang dapat dikurangkan dan diatasi secara tidak langsung. Ini kerana

pendidikan holistik merupakan suatu konsep yang memastikan setiap individu merasai dan

menikmati kehidupan mereka serta menghargai dan menilai semula pembelajaran, potensi

dalaman seperti kecerdikan, kreativiti dan nilai-nilai kerohanian.

Selaras dengan dasar pendidikan yang baru diumumkan kerajaan, Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang

dihasratkan dalam Misi Nasional. satu langkah yang boleh dibuat ialah dengan menerapkan

pendidikan secara holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia

ada. Penulis amat bersetuju dengan langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan

memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan sistem

peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

Ini kerana Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran

2

Page 3: moral

membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu

pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika

dan moral yang tinggi. PBS merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang dianggap

berkemampuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor

(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR).

3

Page 4: moral

1. Ciri-ciri Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran

yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada

sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi

peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set

indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji

penguasaan dan pencapaian.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat

mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil

pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-

i) Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.

ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat

atau berasaskan sekolah.

iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon,

menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.

iv) Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang

penting.

Antara ciri-ciri penting yang ada dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah, mestilah

ada keserasian dengan kehendak kurikulum. Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk

mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin dikembangkan dalam pengajaran

dan pembelajaran. Ia adalah selaras dengan kehendak dunia pendidikan pada hari ini yang

menekankan pendidikan secara holistik. Selain itu, Pentaksiran berasaskan sekolah lebih

berpusatkan calon dimana aktiviti dibuat sendiri oleh calon berdasarkan criteria dan tidak

relative pada calon lain. Pentaksiran berasaskan sekolah sangat mementingkan kualiti

pewmbangunan insane yang seimbang daripada pelbagai aspek. Hal ini adalah kerana, ia

dapat menanam nilai-nilai yang murni dalam diri kanak-kanak sejah kecil lagi.

Selain itu, pentaksiran berasaskan sekolah mestilah dilaksanakan secara telus dan

terbuka dimana calon berpeluang untuk mengetahui apa yang ditaksir bila ditaksir,

bagaimana dan di mana pentaksiran dibuat

4

Page 5: moral

Di samping itu, Pentaksiran berasaskan sekolah mestilah mengambilkira aspek

kebolehlaksanaan dan sistematik. Kebolehlaksanaan dan sistematik merujuk kepada format

dan aspek pentadbiran pentaksiran yang boleh dilaksanakan secara sistematik dan

mengikut turutan yang sepatutnya. Kepelbagaian instrumen haruslah diambilkira dalam

pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah untuk memberi cakupan yang luas dan

evidens yang banyak untuk menggambarkan pencapaian sebenar calon. Formatif dan

berterusan juga merupakan salah satu daripada ciri utama dalam pentaksiran berasaskan

sekolah. Ia merujuk kepada situasi dimana calon diberi peluang untuk meningkatkan

pencapaian dan memperbaiki skor ke arah yang lebih baik. Sebuah pentaksiran yang baik

juga mestilah mempunyai skor yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi

jika dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini adalah kerana, ia bertujuan

untuk memudahkan guru untuk mengetahui tahap pencapaian seseorang murid. Secara

tidak langsung, ia dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah juga mempunyai pelaporan yang positif. Ia dilakukan

dimana skor dilaporkan untuk menggalakkan calon memperbaiki tahap penguasaan dari

semasa ke semasa. Jadi, calon berpeluang untuk meningkatkan kualiti dan potensi diri

dalam pelbagai aspek pembelajaran untuk memajukan diri mereka sendiri. Penyelarasan

dan pemantauan juga dijalankan secara berterusan semasa dalam tempoh pelaksanaan

pentaksiran berasaskan sekolah. Ia bertujuan untuk memastikan pentaksiran berasaskan

sekolah dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan untuk memastikan seluruh

aspek yang perlu diambilkira dilaksanakan dengan sewajarnya.

Pentaksiran berasaskan sekolah ini dilaksanakan untuk membantu tugas guru-guru dan

membantu untuk memudahkan guru mengenalpasti kemampuan diri yang ada dalam diri

murid-murid sekaligus dapat menerapkan pencapaian secara holistik dalam diri murid

kerana mampu menguasai pelbagai kemahiran dan tidak terhad kepada akademik sahaja.

5

Page 6: moral

Peta minda i-think mengenai ciri-ciri pentaksiran berasaskan sekolah

6

Ciri-ciri PBS

Serasi dengan kurikulum

Berpusatkan calon

Berpaksikan pembinaan insan

Telus dan terbuka

Kebolehlaksanaan dan sistematik

Kepelbagaian instrumen

Formatif dan berterusan

Pelaporan positif

Penyelarasan dan pemantauan berterusan

Page 7: moral

2. 30 Soalan Pendidikan Moral berdasarkan aras taksonomi bloom dan kemahiran berfikir aras tinggi

SET SOALAN OBJEKTIF ARAS TAKSONOMI BLOOM

1) Nyatakan satu sikap anda terhadap keluarga

A. Kasih sayangB. BergaduhC. Halau D. Benci

2.    Saling membantu dan menghormati anggota keluarga antara satu sama lain.

2) Pernyataan di atas boleh

A. Memburukkan nama baik keluarga.B. Menyusahkan anggota keluarga.C. Berbudi bahasa.D. Merapatkan hubungan sesama anggota keluarga.

3) Bagaimanakah anggota keluarga membantu antara satu sama lain?

A. Selalu bergaduh antara satu sama lain.B. Saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain.C. Sentiasa tidak hormat antara satu sama lain.D. Suka melawan ibu bapa.

4) Mengapakah anggota keluarga pelu membantu dan menghormati antara satu sama lain?

A. Kejiranan.B. Bersopan santun.C. Melahirkan keluarga bahagia.D. Ramah mesra.

5) Berikan cara anda menunjukkan kasih sayang terhadap anggota keluarga.

A. Bantu dan hormat sesama anggota keluarga.B. Sentiasa melawan ibu bapa.C. Selalu membuli adik.D. Suka berbohong

6) Azai ternampak ibu membawa pulang banyak hasil tanaman dari kebun.

Dalam keadaan tersebut, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Azai?

A. Membantu ibu angkat hasil tanaman tersebut.B. Membiarkan ibu angkat sendirinya.C. Tidak mempedulikan ibu.D. Meminta ibu menyediakan makanan malam.

7

Page 8: moral

7) Nyatakan satu cara anda menghormati anggota keluarga kembangan anda.

A. Bercakap dengan sopan.B. Berbohong C. Selalu marah anggota keluarga kembangan.D. Tidak menghormati anggota keluarga kembangan.

8) Berikan satu kebaikan mempunyai keluarga kembangan.

A. Tidak bahagiaB. Sentiasa bahagia.C. Tidak gembira.D. Tidak suka menghormati anggota keluarga kembangan.

9) Bagaimanakah anggota keluarga kembangan membantu antara satu sama lain?

A. Selalu bergaduh antara satu sama lain.B. Saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain.C. Sentiasa tidak hormat antara satu sama lain.D. Suka melawan ibu bapa.

10)Mengapakah anda perlu menghormati anggota keluarga kembangan?

A. Memburukkan nama baik keluarga kembangan.B. Merosakkan hubungan keluarga kembangan.C. Ramah mesraD. Kukuhkan ikatan kekeluargaan

11)Berikan satu sikap anda menunjukkan hormat terhadap anggota keluarga kembangan?

A. Bertanya khabar apabila berjumpa.B. Tidak bertegur sapa.C. Saling mengejek antara satu sama lain.D. Berbohong

12)Azai mendapati adik sepupunya menangis mencari bukunya yang hilang.

Dalam keadaan tersebut, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Azai?

A. Tidak mempedulikan.B. Menolong adik sepupunya mencari buku.C. Marah adik sepupunya.D. Membiarkan adik sepupunya.

13)Nyatakan satu amalan anggota keluarga menjaga maruah keluarga.

A. Bergaduh dengan rakan.B. Berbohong C. Kurang beradab sopan.D. Rajin belajar.

8

Page 9: moral

 14)Kita hendaklah sentiasa menjaga pertuturan, tingkah laku dan cara

berpakaian. Amalan di atas iniA. Memburukkan nama baik keluarga.B. Mencerminkan maruah keluargaC. Merosakkan hubungan anggota keluarga.D. Menyusahkan anggota keluarga.

15)Bagaimanakah anda menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga?

A. Membantu ibu mengemas rumah.B. Berpakaian kotor.C. Malas belajar.D. Ingkar pesanan ibu bapa.

 

16)Mengapakah maruah keluarga perlu dijaga?

A. Keluarga dipandang rendah.B. Merosakkan hubungan baik keluarga.C. Maruah dipelihara keluarga sejahtera.D. Menyusahkan anggota keluarga.

17)Berikan satu cara anda menjalankan tanggungjawab terhadap anggota keluarga?

A. Sentiasa berbudi pekerti B. Tidak bertegur sapa.C. Saling mengejek antara satu sama lain.D. Berbohong

Encik Jinggel dan Encik Izat hidup __(18)__ di Taman Jaya. Anak- anak mereka __(19)__ baik. Anak-anak mereka __(20) __ di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram. Mereka sering __(21) __ sekiranya mempunyai masalah semasa mengulangkaji pelajaran. Anak-anak mereka juga sering __(22)__ bersama-sama di taman permainan berdekatan. Encik Jinggel dan Encik Izat sangat __ (23) __ melihat persahabatan yang __(24)__ anak-anak mereka itu.

Hubungan keluarga Encik Jinggel dan Encik Izat __ (25) __ erat. Mereka hidup dengan __ (26) __ dan saling membantu sekiranya berlaku sebarang masalah, bak kata pepatah __ (27) __ membawa berkat.

9

Page 10: moral

18) A berjauhan C bermusuhan

B berjiran D bergandingan

19) A berkawan C berjiran

B bermusuhan D bergaduh

20) A belajar C bersukaria

B bermain D berkebun

21) A tolong-menolong C bercerai-berai

B bergotong-royong D tiru-meniru

22) A bergaduh C bersukaria

B bermain D berkebun

23) A gembira C mengantuk

B letih D sakit hati

24) A busuk C kusut

B erat D manja

25) A terjalin C termakan

B terbelit D ternakan

26) A harmoni C senyap

B pecah-belah D bising

10

Page 11: moral

27) A perpaduan C sepakat

B bersatu D pakatan

28) Apakah sikap yang dapat membantu mengukuhkan nilai persahabatan dalam pergaulan?

A Menghormati rakan-rakan ketika guru di dalam kelas sahaja

B Menghina rakan-rakan apabila tiba masanya

C Menganiayai rakan apabila berkesempatan

D Hormat-menghormati antara satu sama lain

29) Mengapakah terdapat batasan apabila bergaul antara lelaki dan perempuan?

A Untuk bermusuh-musuhan

B Kerana murid lelaki nakal

C Kerana murid perempuan suka menangis

D Untuk membentuk tingkah laku yang mulia

30) Perbutan atau tingkah laku yang biadap atau tidak sopan patut

A dipuji

B dihormati

C diberi tabik hormat

D dihentikan dan diubah

11

Page 12: moral

Skema Pemarkahan soalan Pendidikan Moral

1) A

2) D

3) B

4) C

5) A

6) A

7) A

8) B

9) B

10) D

11) A

12) B

13) D

14) B

15) A

16) C

17) A

18) A

19) A

20) A

21) A

22) B

23) A

24) B

25) A

26) C

27) D

28) D

29) D

30) D

12

Kiraan markah :-

100% ÷ 30 = 3.33

Purata markah bagi 1 soalan ialah 3.33

Page 13: moral

3. Penilaian kendiri terhadap pendapat ahli akademik tentang keberkesanan pentaksiran berasaskan sekolah dalam konteks sekolah rendah di Malaysia

Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh

mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses

menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Beliau

membuat kesimpulan bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan

pencapaian murid-murid.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David

Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003,

pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau

memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang

dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:

Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat

penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran

digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses

membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran

merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga

pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang

pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan

Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan

boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan

institusi pentaksiran

Seperti yang kita sedia maklum, pentaksiran berasaskan sekolah bercirikan satu

pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang  pencapaian

pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni murid-murid. Disamping aktiviti

pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran,

pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut

kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk standard prestasi yang dibina

berdasarkan standard kurikulum. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pentaksiran yang

dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara

13

Page 14: moral

kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk

melaksanakan sistem ini di sekolah.

Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan

dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan

Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan

secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat  kemajuan

dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu,

Ia merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap

pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah

menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan

mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori

mengikut Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4,  Band 5 dan Band 6 yang disusun

mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci

yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid.

Salah satu kelebihannya ialah, Pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian

seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran

dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam

pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara

adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan,

bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak

sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif

dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi

membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai,

mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan

mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa

mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga

boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk

membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi

menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang

dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-

kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran

Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan

untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi

14

Page 15: moral

murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular).

PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam

atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi

sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia  supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga

sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan

perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan mengukur

kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)

daripada pengalaman dan persekitaran. Ianya suatu kaedah yang digunakan secara

sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi yang

diukur merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud

pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Yang

mana, Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid

secara hierarki juga mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu

seperti mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan

kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan maklumat

khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang

tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang

diperkenalkan oleh Howard Gardner. Yang mana beliau percaya bahawa manusia itu

diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata tetapi mempunyai

sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal, kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik,

interpersonal, intrapersonal dan logik matematik.

Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul

maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. ianya bertujuan membantu mengenal pasti

personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai serta membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti anaknya dan

menyedari potensi diri mereka. Disamping itu, pihak sekolah dapat menyediakan profil murid

yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu

murid-murid.

Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem

pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran

yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan

peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat

dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang

15

Page 16: moral

tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, kementerian pelajaran juga

telah bersiap sedia menyediakan indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti

dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan,

kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai

melalui proses pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

Selain daripada itu, pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa

langkah untuk mengkaji kelemahan dan kebaikan perlaksanaan sistem PBS ini. Antaranya

ialah menyediakan sebuah portal rasmi maklumat berkaitan PBS yang terkandung di

dalamnya sebuah kajian soal selidik mengenai tahap kesediaan guru melaksanakan PBS.

Kajian soal selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan tingkatan

satu. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru dan dapatan soal

selidik tersebut dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan

penambahbaikan pelaksanaan PBS.

Keseluruhannya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah

dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan

negara pada masa akan datang. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah

disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika

dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada

semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah

untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta

mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain

memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat

dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam

membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya

dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah ini

dilihat jelas dapat membantu guru dan sekaligus mampu meningkatkan potensi diri murid-

murid khasnya.

16

Page 17: moral

4. Rumuskan mengenai kepentingan pentaksiran dalam matapelajaran

Pendidikan Moral dan implikasi pelaksanaannya kepada anda sebagai guru

Pendidikan Moral. Justifikasi pandangan anda sendiri.

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan salah satu matapelajaran yang telah melalui

pentaksiran berasaskan sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa matapelajaran ini

sangat penting untuk mentaksir kebolehan dan kemampuan murid daripada pelbagai

sudut, kerana ia tidak terhad kepada perkembangan daripada sudut akademik sahaja.

Terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi menerusi sistem pentaksiran berasaskan

sekolah ini, dan saya fokuskan kepada matapelajaran Pendidikan Moral.

Sebagai seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral, saya mendapati sistem

baru yang dilaksanakan ini memberi banyak impak yang positif terutamanya kepada guru

dan murid khasnya. Antaranya ialah, dari sudut evidens dan pernyataan deskriptor. Oleh

kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara automatik

guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian

pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.   

Selain itu, bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran,

guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online

seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara

offline. Secara tidak langsung, kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

akan meningkat keran guru dapat memberi fokus yang lebih terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

Pada peringkat awal pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, latihan adalah satu

aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM

telah mengambil inisiatif dengan memberi latihan kepada guru supaya guru memahami

konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran

guru memeriksa jawapan murid.

Mengajar adalah pekerjaan yang kompleks dan memerlukan penglibatan daripada guru

bukan sahaja dari segi tenaga dan pemikiran malah juga perasaannya (Day, 2004) dalam

kajian Mohammad Zohir Ahmad, (2007). Komitmen yang tinggi perlu ada pada setiap guru

dalam memberikan yang terbaik kepada pelajarnya kerana guru berhadapan dengan beban

tugas yang semakin banyak dan mencabar (Nias, 1996). Oleh itu, sebagai seorang guru,

kita haruslah bijak membahagiakan masa dalam menguruskan hal-hal peribadi dan

17

Page 18: moral

pengajaran di sekolah agar pelaksanaan PBS dapat diuruskan dengan baik. Menurut Louis,

(1998) menjelaskan bahawa terdapat empat jenis komitmen guru.

Pertama, komitmen kepada sekolah sebagai satu unit sosial. Guru yang mempunyai

komitmen ini bertanggungjawab terhadap sekolah dan profesionnya dan sedia secara

sukarela dengan kerja-kerja tambahan yang akan membantu peningkatan iklim dan peranan

sekolah. Kedua, komitmen kepada matlamat akademik sekolah. Guru yang mempunyai

komitmen ini memperuntukkan banyak masa dalam kerja-kerja akademik seperti

perancangan pengajaran, aktiviti bilik darjah dan sentiasa berfikir tentang cara untuk

meningkatkan penglibatan dan pencapaian pelajar. Ketiga, komitmen kepada pelajar

sebagai individu yang unik. Guru yang mempunyai komitmen ini akan bermotivasi untuk

berurusan dengan penyelesaian masalah pelajar, dan lebih sensitif dan sedar tentang

perkembangan pelajar sebagai seorang remaja. Keempat, Komitmen kepada pengetahuan

yang diperlukan untuk pengajaran berkesan.

Guru seperti ini akan sentiasa bersedia dengan perubahan-perubahan dan

pengetahuan baru dan terkini dan menggabungkan idea-idea baru dalam bilik darjah dan

kurikulum. Jika guru memiliki keempat-keempat jenis komitmen ini, maka penerapan dan

pengekalan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi lebih

mudah dan bermakna. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dalam

matapelajaran Pendidikan Moral dan dapat menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan

lebih efektif. Rungutan seperti “bebanan kerja”. “tidak cukup masa” atau pelbagai alasan lain

yang boleh mencacatkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah juga dapat

diminimumkan.

PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat

tinggal kepada orientasi peperiksaan yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-

talu. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-

Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan

keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem

pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala

kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam

persekitaran terkini. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa

ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk

pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan

sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara.

18

Page 19: moral

RUJUKAN

Black, P. & Wiliam, D. (1998). Inside the black box: Raising standards through classroom

assessment. London: School of Education, King College.

Day, C. (2004). A Passion for Teaching. London: RoutledgeFalmer.

Na’imah Ishak. (2011). School based assessment as transformation in educational

assessment. Keynote dalam International Seminar On Measurement and Evaluation

(ICMEE 4) USM, Pulau Pinang, 9-12Oktober.

Nias, J. (1996). Thinking about Feeling: The emotions in Teaching. Cambridge Journal

ofEducation, 26(3), 293-306.

Suzana Abd. Mutalib & Jamil Ahmad. (2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif

dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu : Kajian Kes. UKM, Selangor.

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Guru dan cabaran semasa Selangor. Multimedia Sdn

Bhd.

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Professional.

Selangor : Multimedia Sdn Bhd.

Azizi Ahmad (2007). Definsi, Konsep dan Model Kurikulum Pendidikan. Jabatan Ilmu

Pendidikan : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam : Fajar Bakti.

19

Page 20: moral

lampiran

20