mohd. mahyuddin bin ismail - fp.utm.my · 2.2 definisi pengurusan kewangan 10 2.3 kepentingan...
TRANSCRIPT
PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN.
KAJIAN KES DI KALANGAN MAHASISWA TAHUN 3 DAN 4 SARJANA
MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004
i
PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN.
KAJIAN KES DI KALANGAN MAHASISWA TAHUN 3 DAN 4 SARJANA
MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD MAHYUDDIN BIN ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
ii
iii
iv
Dedikasi khas untuk…….
Ayahanda dan bonda tercinta, Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang
Ahli keluarga tersayang dan rakan-rakan seperjuanganku Terima kasih atas segalanya
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur
ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih buat Prof Madya Dr. Husin bin Salamon selaku penyelia Projek
Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan
tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada mahasiswa 4 SPI dan tidak lupa juga kepada semua
yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek
penulisan ini.
Akhir sekali istimewa untuk ibu bapa dan keluarga, pengorbanan serta
dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik
kalian mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi mahasiswa
terhadap pengurusan kewangan. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia dan melibatkan mahasiswa tahun tiga dan empat
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Seramai 80 orang
responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak. Kajian ini adalah
berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal
selidik yang bertajuk Persepsi Mahasiswa Terhadap Pengurusan Kewangan ini
mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian A yang memuatkan latar belakang
responden dan bahagian B yang terdiri daripada 42 item soalan berkaitan dengan
persoalan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
komputer Statistical Package For Social Science. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa mahasiswa mempunyai persepsi dan tanggapan yang positif terhadap
pengurusan kewangan dan mereka menyedari akan kepentingan pengurusan
kewangan dalam kehidupan mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap
pengurusan kewangan mahasiswa masih di tahap sederhana dan perlu
dipertingkatkan lagi. Namun begitu, terbukti bahawa pelajaran merupakan aspek
yang paling diutamakan oleh mahasiswa dalam perbelanjaan mereka. Justeru, selain
mencadangkan agar pihak mahasiswa berusaha untuk mempertingkatkan
pengetahuan mereka tentang pengurusan kewangan, semua pihak hendaklah
memainkan peranan untuk memastikan tahap pengurusan kewangan mahasiswa
yang tinggi.
vii
ABSTRACT
The purpose of the study is to know the student’s perception of
financial management. This research is done at Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia and it involves the students of third and fourth year of Bachelor
of Science and Education (Islamic Studies). 80 respondents have been chosen
randomly. This research is a descriptive type that uses questionnaires as the main
instrument. Questionnaire that entitled ‘Student’s Perception of Financial
Management’ contains two main parts; Part A, the respondent’s background identity
and B, the 42 question items that are related to the study’s thought. The data is
analyses using the Statistical Package for Social Science system (version 11.5). The
outcome of this research shows that students have positives perceptions and
thoughts of financial management and realize the importance of it in their life. This
research also shows that the students’ level of financial management is still at an
intermediate condition and need to be improved. However, education is still the
main aspect that comes first in their priority of financial managing. Therefore, other
than assuring the students to improve their knowledge in financial management,
every person has to play their roll in maintaining the level of the students’ financial
management at its peak.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Rumusan 9
ix
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Definisi Pengurusan Kewangan 10
2.3 Kepentingan Pengurusan Kewangan 12
2.4 Keutamaan Dalam Perbelanjaan 14
2.5 Corak Perbelanjaan Mahasiswa 15
2.6 Perbelanjaan Mahasiswa Dan Kesan Sampingan 16
2.7 Rumusan 17
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 18
3.2 Rekabentuk Kajian 19
3.2.1 Kajian Perpustakaan 19
3.2.2 Kajian Lapangan 20
3.2.2.1 Tempat Kajian 20
3.2.2.2 Populasi Dan sampel 20
3.2.2.3 Instrumen Kajian 21
3.2.2.4 Prosedur Kajian 24
3.2.2.5 Penganalisisan Data 25
3.3 Rumusan 26
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 28
4.2 Analisis Data 28
4.3 Analisis Bahagian A : Biodata Responden 29
4.3.1 Jantina 29
4.3.2 Tahun Pengajian 30
4.3.3 Pendapatan Ibu Bapa 30
4.3.4 Jumlah Tanggungan Ibu Bapa 31
4.3.5 Jenis Pinjaman Atau Biasiswa Mahasiswa 32
4.4 Analisis Bahagian B : Analisis Item Soalan 32
x
4.4.1 Persepsi Mahasiswa Terhadap Pengurusan
Kewangan 33
4.4.1.1 Persepsi Terhadap
Pengurusan Kewangan 33
4.4.1.2 Kepentingan Pengurusan
Kewangan Terhadap Mahasiswa 36
4.4.2 Adakah Mahasiswa Membuat Perancangan
Kewangan Bagi Setiap Semester. 38
4.4.3 Perkara Yang Diutamakan Oleh Mahasiswa
Dalam Perbelanjaan Mereka. 42
4.4.3.1 Perbelanjaan Untuk Pelajaran 42
4.4.3.2 Perbelanjaan Untuk Kepenggunaan 44
4.4.3.3 Perbelanjaan Untuk Hiburan 47
4.5 Rumusan 49
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan 50
5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 1:
Persepsi Mahasiswa Terhadap Pengurusan
Kewangan 51
5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 2:
Adakah Mahasiswa Membuat Perancangan
Kewangan Pada Setiap Semester 52
5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 3:
Perkara Yang Diutamakan Oleh
Mahasiswa Dalam Perbelanjaan Mereka 54
5.2.3.1 Perbelanjaan Untuk Pelajaran 54
5.2.3.2 Perbelanjaan Untuk Kepenggunaan 55
5.2.3.3 Perbelanjaan Untuk Hiburan 56
5.3 Rumusan 56
5.4 Cadangan 57
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 58
xi
5.6 Penutup 59
RUJUKAN 60
LAMPIRAN 62
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pecahan Responden Mengikut Jantina Dan Tahun
Akademik 20
3.2 Pembahagian Item Bahagian A : Latar Belakang
Responden 22
3.3 Skala Likert. 23
3.4 Pembahagian Item Soalan Bahagian B Berdasarkan
Persoalan Kajian. 23
3.5 Analisis Tentang Skor Min. 26
4.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 29
4.2 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Tahun Pengajian 30
4.3 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Pendapatan Ibu Bapa. 30
4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Jumlah Tanggungan Ibu Bapa. 31
4.5 Taburan Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32
Jenis Pinjaman Atau Biasiswa Mahasiswa
4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Min Bagi Persepsi Terhadap Pengurusan Kewangan. 33
4.7 Kepentingan Pengurusan Kewangan Terhadap Mahasiswa 36
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Min Bagi Persoalan Kajian Kedua. 38
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Min Bagi Perbelanjaan Untuk Pelajaran. 42
xiii
4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Min Bagi Perbelanjaan Untuk Kepenggunaan 45
4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Min Bagi Perbelanjaan Untuk Hiburan 47
5.1 Taburan Purata Min Bagi Persoalan Kajian Yang
Telah Dianalisis. 56
xiv
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 24
3.2 Analisis Skor Min 26
5.1 Nilai Min Keseluruhan Perkara Yang
Diutamakan Oleh Mahasiswa Dalam
Perbelanjaan Mereka. 54
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Golongan mahasiswa adalah kelompok yang penting dalam masyarakat kita
kerana golongan inilah yang akan mendokong kepimpinan negara kita pada masa
depan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa ini perlu
didedahkan dengan segala bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna
bagi memastikan lahirnya masyarakat yang mempunyai tahap keilmuan dan
kemahiran yang tinggi.
Pada masa kini, program pendidikan yang disediakan di peringkat institusi
pengajian tinggi adalah cukup meluas dan mencakupi pelbagai bidang dan kemahiran
dengan tujuan akan menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan profesional yang
dapat memenuhi keperluan negara. Oleh itu, golongan mahasiswa perlulah
menggunakan zaman pengajian mereka untuk mempersiapkan diri ke arah menjadi
seorang insan yang sempurna dan mempunyai kemahiran yang tinggi bagi menjamin
kesejahteraan diri, bangsa dan negara pada masa hadapan.
Antara kemahiran yang penting yang perlu ada dalam diri setiap individu
ialah kemahiran menguruskan ekonomi dan kewangan. Kewangan merupakan aspek
2
yang amat penting dalam kehidupan kita kerana tanpa adanya kekuatan dalam aspek
kewangan, kita tidak mampu untuk mengubah kedudukan kita dalam masyarakat
masa kini yang kian membangun selaras dengan perkembangan dunia yang semakin
menuju ke arah era globalisasi. Kita tidak akan dihormati dan disegani dan inilah
antara sebab utama mengapa kita perlu memberi perhatian berat terhadap usaha-
usaha untuk mempertingkatkan kedudukan kewangan kita.
Menurut Barjoyai Bardai, Mohd. Fairuz Salleh (1996), “Dengan mempunyai
satu belanjawan, kita akan tahu di mana wang disalurkan dan boleh mengurangkan
perbelanjaan untuk perkara-perkara yang tidak penting. Dengan berbuat begini, kita
akan mendapati yang kita masih mempunyai wang lagi untuk disimpan. Oleh itu,
adalah lebih baik jika kita mempunyai kira-kira simpanan tetap jika perkara-perkara
yang tidak diduga berlaku, umpamanya dengan tiba-tiba bil untuk perbelanjaan
perubatan terpaksa dibayar. Apa yang perlu kita tekankan ialah kita sentiasa
mendapat ganjaran yang maksimum untuk setiap perbelanjaan yang dikeluarkan”.
Menurut Thomas E. Bailard, David L. Biehl, Ronald W. Kaiser (1973),
“Objektif pengurusan kewangan ialah untuk mencapai matlamat bagi memanfaatkan
wang dengan cara yang terbaik. Jika anda ingin mengetahui apa yang anda inginkan
dan bagaimana untuk mendapatkannya dengan apa yang anda miliki, anda mestilah
mengetahui bagaimana untuk menentukan matlamat kewangan dan bagaimana untuk
merancang strategi menguruskan wang untuk mencapai matlamat tersebut”.
Dalam kegunaan harian, apabila kita memperkatakan tentang kedudukan
ekonomi seseorang individu, kita biasanya merujuk kepada jumlah sumber kewangan
dan harta yang dimilikinya. Sumber-sumber ini merupakan sesuatu yang bersifat
terhad dari segi jumlahnya sedangkan keinginan kita dalam menggunakan sumber-
sumber ini bolehlah dikatakan tidak terhad. Walaupun semua sumber telah kita
gunakan sepenuhnya, keinginan untuk terus menggunakannya tetap ada.
Menurut Faudziah Zainal Abidin, Faizah Ismail, Nasruddin Zainuddin
(2000), wang menyebabkan banyak pertengkaran berlaku dalam sesebuah keluarga
berbanding dengan perkara-perkara lain. Ini tidaklah mengejutkan kerana semua
keperluan harian seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pengangkutan
3
semuanya memerlukan wang. Sebenarnya keperluan-keperluan ini boleh meragut
lebih daripada separuh pendapatan keluarga, meninggalkan sedikit sahaja untuk
keperluan-keperluan lain seperti penjagaan kesihatan dan pelajaran.
Oleh itu, kita perlu membuat pilihan bagi memastikan pulangan yang kita
perolehi daripada penggunaan sumber terhad itu adalah pada tahap yang terbaik. Ini
bermakna kita perlu mempunyai kemahiran dalam menguruskan sumber kewangan
yang kita miliki agar tidak berlakunya pembaziran dan penggunaan untuk perkara-
perkara yang tidak memberi manfaat kepada kita yang seterusnya akan
mendatangkan pelbagai masalah dan kesulitan dalam kehidupan kita.
1.2 Latar belakang Masalah
Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi
kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang mula melangkah ke alam
dewasa. Pada peringkat ini, mereka perlu bijak dan sentiasa berusaha untuk
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran diri bagi menjadikan mereka individu
yang mampu menghadapi pelbagai cabaran hidup yang kian mencabar. Ini
termasuklah dengan melatih diri agar bijak dalam menguruskan kewangan bagi
memastikan mereka terhindar daripada akibat-akibat buruk yang boleh timbul kesan
daripada kesilapan menyalurkan sumber kewangan.
Menurut Mustapa Mohamed (1993), ilmu ekonomi dan kewangan adalah satu
bidang yang mengkaji kegiatan individu atau masyarakat dalam kehidupan seharian
mereka, yang berkaitan dengan cara menggunakan sumber-sumber yang terhad
dengan cara terbaik bagi memenuhi pelbagai kehendak yang terlalu banyak. Justeru
itu, sumber-sumber terhad ini perlu kita agihkan dengan cara yang paling
efisyen.Sebagai individu yang berdaya saing dan mempunyai keinginan untuk
mengecapi kejayaan di dalam kehidupan ini, kita mestilah melengkapkan diri dengan
kemahiran menguruskan ekonomi diri kita sendiri bagi mengelakkan daripada
masalah kewangan yang mampu menggugat kehidupan harian kita.
4
Pengurusan kewangan yang cekap dan sistematik amat penting dan perlu
diamalkan oleh setiap individu bagi memastikan sumber kewangan yang dimiliki
tidak digunakan untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan tidak berfedah.
Golongan mahasiswa juga tidak terkecuali daripada kemestian ini kerana pada
peringkat inilah mereka perlu bijak dalam menguruskan sumber kewangan mereka
yang terhad bagi mengelakkan daripada masalah kewangan yang dapat menjejaskan
tumpuan mereka terhadap proses pembelajaran.
Kebanyakan mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi mendapat
wang pinjaman ataupun biasiswa pelajaran yang dibiayai oleh pihak-pihak tertentu.
Oleh itu, mereka perlulah membuat perancangan yang teliti untuk memastikan wang
tersebut digunakan dengan cara yang terbaik serta dapat menampung perbelanjaan
semasa pengajian mereka. Sebaliknya, jika mereka gagal untuk menggunakan wang
tersebut dengan cara yang betul, maka mereka akan dibelenggu oleh masalah
kewangan yang boleh menjejaskan pengajian mereka.
Menurut Mohd Arif (1995), kajian yang dijalankan di kalangan pelajar-
pelajar tahun tiga kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (STP) di
Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan bahawa masalah utama yang dialami
oleh responden ialah masalah kewangan. Beliau juga menyatakan bahawa masalah
kewangan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.
Terdapat banyak keburukan dan masalah yang akan dialami oleh mahasiswa
sekiranya mereka gagal menguruskan kewangan mereka dengan baik. Antara
masalah yang sering berlaku ialah pelajar-pelajar terpaksa membuat kerja sambilan
untuk mendapatkan wang. Walaupun perkara ini tidak dianggap sebagai satu
kesalahan, namun kebiasaannya mahasiswa yang bekerja tidak dapat memberikan
sepenuh perhatian kepada pelajaran yang mereka ikuti. Mereka juga tidak
mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat ulangkaji dan menyiapkan
tugasan yang diberikan.
Masalah kewangan juga boleh menyebabkan mahasiswa melakukan perkara-
perkara yang menyalahi undang-undang untuk mendapatkan wang bagi menampung
perbelanjaan mereka. Perbuatan-perbuatan sebegini tidak sepatutnya dilakukan oleh
5
mahasiswa kerana ia bukan saja menyalahi undang-undang malah boleh
menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada golongan mahasiswa yang
sepatutnya menjadi harapan dan tonggak bangsa dan negara pada masa depan.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Wan Nur Saliha (2002) yang
menunjukkan bahawa kedudukan kewangan keluarga merupakan satu faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini kerana, masalah kewangan yang
dialami oleh pelajar akan diatasi dengan bantuan kewangan daripada ibu bapa
mereka. Keadaan ini mendatangkan masalah kepada ibu bapa terutamanya yang
berpendapatan rendah. Ini kerana ibu bapa terpaksa memperuntukkan wang untuk
perbelanjaan mereka walaupun sepatutnya wang pinjaman yang diperolehi
mencukupi untuk menampung perbelanjaan mahasiswa.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengurusan kewangan yang cekap dan bersistematik amat penting dalam
kehidupan setiap individu. Dengan adanya perancangan kewangan, perbelanjaan
tidak lagi dilakukan dengan sesuka hati tetapi hanya dilakukan ketika perlu.
Sebaliknya tanpa perancangan kewangan yang cekap dan bersistematik, seseorang
individu akan terjebak ke dalam masalah kewangan yang mungkin timbul kerana
terlalu banyak berbelanja ataupun membeli barangan yang tidak berfaedah.
Dalam kehidupan seorang mahasiswa, permasalahan yang timbul akibat
daripada masalah kewangan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya
terhadap proses pembelajaran mereka. Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah
persepsi sebenar mahasiswa terhadap pengurusan kewangan? Adakah mereka
membuat perancangan kewangan pada setiap semester pengajian? Seterusnya apakah
perkara-perkara yang diutamakan dalam perbelanjaan mereka? Oleh sebab itu
sebagai menjawab persoalan yang timbul maka kajian yang dijalankan ini adalah
untuk mendapatkan persepsi mahasiswa terhadap pengurusan kewangan.
6
1.4 Objektif Kajian
Matlamat kajian ini adalah membincangkan persepsi mahasiswa tahun tiga
dan empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti
Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai terhadap pengurusan
kewangan.
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti persepsi mahasiswa terhadap pengurusan kewangan.
ii. Mengkaji sama ada mahasiswa membuat perancangan kewangan pada setiap
semester.
iii. Mengenalpasti perkara-perkara yang diutamakan oleh mahasiswa dalam
perbelanjaan mereka.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut dikemukakan persoalan-persoalan utama kajian ini:
i. Apakah persepsi mahasiswa terhadap pengurusan kewangan?
ii. Adakah mahasiswa membuat perancangan kewangan bagi setiap semester
pengajian?
iii. Apakah perkara yang diutamakan oleh mahasiswa dalam perbelanjaan
mereka?