mohamad shahrizal bin abd ghafar ijazah sarjana muda ... simbolisme seni...i pengaruh simbolisme...
TRANSCRIPT
PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN
KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU
Mohamad Shahrizal Bin Abd Ghafar
Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
2015
I
PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID
KRISTAL KUALA TERENGGANU
MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Program Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2015
II
DR. NORIA ANAK TUGANG
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick ()
Final Year Project Report
Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the ……………..day of……………..2015.
Student’s Declaration:
I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------
---------- (PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby
declare that the work entitled -----------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------ is my original work. I have not
copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or
acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by
another person.
___________________ ____________________________________________
Date submitted Name of the student (Matric No.)
Supervisor’s Declaration:
I ---------------------------------------------------------------- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that
the work entitled -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------- (TITLE) was prepared by the above named student, and
was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of ------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- (PLEASE
INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the
said student’s work.
Received for examination by: ____________________________ Date: _____________________
(Name of the supervisor)
MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR, 36985, FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF
PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID.
KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU
MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR (36985)
PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID
KRISTAL KUALA TERENGGANU
IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (PENGURUSAN SENI)
DR. NORIA TUGANG
III
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis
shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding
interest and rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies
for the purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the
content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies
of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on
this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with
UNIMAS permission.
Student signature ____________________ Supervisor signature:________________
(Date) (Date)
Current Address:
NO 213, JALAN PENGKALAN MERBAU SUNGAI TONG SETIU, 21500 BANDAR
PERMAISURI TERENGGANU
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together
as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and
restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
IV
Projek bertajuk PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN
KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU telah disediakan oleh
MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR dan telah diserahkan kepada Fakulti
Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan
Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh
_______________________
(Dr. Noria Anak Tugang)
Penyelia Projek Tahun Akhir
Tarikh:
_______________________
V
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat
menyiapkan kajian ini dengan lancar dan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam proses menyiapkan kajian ini.
Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah Pengurusan Seni, terutama sekali kepada Penyelia Projek Tahun Akhir
saya iaitu Dr. Noria Anak Tugang yang telah memberi tunjuk ajar, bimbingan, dorongan
dan semangat sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Tanpa ajar daripada beliau mungkin
kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik. Selain itu, beliau juga merupakan
seorang pensyarah yang memberi sepenuhnya tanggungjawab dan komitmen dalam
membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya.
Selain itu, jutaan terima kasih ditujukan kepada keluarga di atas pengorbanan
mereka dalam memberi nasihat, semangat, bimbingan dan dorongan serta bantuan
kewangan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Tanpa berkat dan doa mereka tidak
mungkin saya berjaya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada informan saya yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan kajian ini.
VI
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
BORANG PENGESAHAN ii
PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA iv
PENGHARGAAN v
SENARAI GAMBAR x
ABSTRAK xiii
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Permasalahan Kajian 3
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Skop Kajian 5
1.5 Lokasi Kajian 5
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Kerangka Konseptual 10
1.8 Kepentingan Kajian 17
1.9 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian 18
VII
BAB 2
SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Ciri-Ciri Seni Bina 20
2.3 Pengaruh 22
2.4 Simbol 26
2.5 Seni Bina 27
2.6 Motif 29
2.7 Masjid 31
2.8 Ukiran 32
2.9 Rumusan 33
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Kajian Keperpustakaan 35
3.3 Kaedah Kerja Lapangan 36
3.4 Intrumen Kajian 37
3.5 Rumusan 39
VIII
BAB 4
ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data 40
4.3 Perbincangan Dan Dapatan Kajian 52
4.4 Rumusan 79
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Kesimpulan 80
5.2 Cadangan 84
Senarai Rujukan 88
Lampiran
IX
SENARAI GAMBAR
Gambar 1.1 : Peta Pulau Wan Man Kuala Terengganu 6
Gambar 1.2 : Peta lokasi Pulau Wan Man di dalam negeri Terengganu 7
Gambar 1.3 : Kedudukan Masjid Kristal di Pulau Wan Man Kuala Terengganu 7
Gambar 1.4 : Kerangka Konseptual kajian lapangan di Masjid Kristal 10
Gambar 4.1 : Informan pertama, Ustaz Wan Moha Ridhwan Bin Wan Azam 42
Gambar 4.2 : Informan kedua, Cik Wan Nur Mariam 44
Gambar 4.3 : Motif ukiran Bunga Telipok dari dalam Masjid Kristal 53
Gambar 4.4 : Motif ukiran Bunga Telipok dari belah dalam Masjid Kristal 53
Gambar 4.5 : Motif ukiran Bunga Telipok dari Sebelah Luar 54
Gambar 4.6 : Ruang keluar masuk udara dari dalam Masjid Kristal 55
(Motif ukiran Bunga Tanjung)
Gambar 4.7 : Motif ukiran Bunga Tanjung pada Penghadang solat antara 56
wanita dan lelaki
Gambar 4.8 : Motif ukiran Bunga Tanjung pada ruang atas pintu keluar 56
masuk
Gambar 4.9 : Bentuk motif bunga tanjung pada konsep asalnya 58
Gambar 4.10: Ukiran Bunga Kerawang di bahagian luar dinding Masjid 59
Kristal
Gambar 4.11 : Ukiran Bunga Kerawang pada bahagian siling Masjid Kristal 60
dari jarak jauh
Gambar 4.12 : Ukiran Bunga Kerawang dari jarak dekat pada siling Masjid 61
Kristal.
X
Gambar 4.13 : Ukiran Bunga Kerawang pada pemegang pintu utama 62
Masjid Kristal
Gambar 4.14 : Ukiran Bunga Kerawang pada cermin di sekeliling Masjid 63
Kristal
Gambar 4.15 : Ukiran Jejari Buaya pada mimbar Masjid Kristal 64
Gambar 4.16 : Ukiran Jejari Buaya pada bahagian Atas bumbung mimbar 64
Masjid Kristal
Gambar 4.17 : jenis pasak dan saiznya 65
Gambar 4.18 : pasak setelah di lekatkan pada bahagian Mimbar Masjid 65
Kristal
Gambar 4.19 : Seni Ukiran Kaligrafi ( Ali Imran - 189,190,191)pada 66
bahagian bawah kubah Masjid Kristal dari jarak jauh
Gambar 4.20 : Seni Ukiran Kaligrafi ( Ali Imran - 189,190,191) pada 66
bahagian bawah kubah Masjid Kristal dari jarak dekat
Gambar 4.21 : Seni ukiran kaligrafi ( Al Ankabut - 56) pada 67
bahagian pintu utama Masjid Kristal
Gambar 4.22 : Seni ukiran Kaligrafi ( Al Bayyinah - 5) pada bahagian 67
Mehrab Masjid Kristal
Gambar 4.23 : Bentuk simbol bulan pada menara Masjid Kristal 68
Gambar 4.24 : Mimbar Masjid Kristal, dipuncak mimbar tersebut mempunyai 69
simbol bulan sabit
Gambar 4.25 : Kubah Masjid Kristal (di tengah merupakan kubah utama 70
Masjid Kristal)
Gambar 4.26 : Struktur kubah dari dalam Masjid Kristal 72
XI
Gambar 4.27 : Ruang besar berhadapan dengan ruang mihrab (utama) 73
Gambar 4.28 : Ruang kawasan mihrab (utama) 74
Gambar 4.29 : Ruang besar di bahagian tengah 75
Gambar 4.30 : Bahagian ruang solat wanita dari jarak jauh 75
Gambar 4.31 : Ruang sudut maklumat dibahagian penjuru sebelah kanan 76
Gambar 4.32 : Ruang solat wanita (penghadang antara lelaki dan perempuan) 77
Gambar 4.33 : Ruang berwuduk 78
XII
ABSTRAK
Simbolisme pada Masjid Kristal merupakan unsur seni yang terdapat padanya iaitu seperti
simbol, motif ukiran dan konsep ruang yang digunakan terhadap masjid tersebut. Tajuk ini
dikaji bertujuan untuk merungkai sejauh mana kita mengenali seni-seni ini yang kian
dilupakan oleh golongan muda sekarang. Pengaruh simbolisme seni bina ini dikaji untuk
mengetahui sejauh mana pengaruh tempatan digunakan pada Masjid Kristal dan konsep
yang digunakan sama atau tidak dengan konsep masjid yang lain seperti konsep tradisional
ataupun moden.
XIII
ABSTRACT
Crystal Mosque symbolism in the art that there are elements on it that like symbols, motifs
and carving space concepts used against the mosque. This title is also aimed to
dismantling examined the extent to which we recognize the arts are increasingly forgotten
by the younger generation now. The influence of Architecture symbolism is examined to
determine the extent of the local use on the Crystal Mosque and concepts used together or
not with the concepts such as the concept of the mosque traditional or modern.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam pengenalan ini pengkaji akan mengolahkan tentang latar belakang tajuk
yang akan dikaji dan menerangkan tentang pilihan tajuk yang telah dipilih secara lebih
terperinci lagi. Dari segi sudut pandang khusus ini adalah sangat penting kepada pengkaji-
pengkaji yang ingin membuat kajian dengan lebih mendalam lagi tentang sesuatu benda
yang akan dikaji. Dalam tajuk Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid kajian kes
Masjid Kristal Kuala Terengganu ia telah dibuat mengikut kaedah dan turutan yang telah
dirancang. Selain itu, pengkaji juga akan mengkaji dengan lebih terperinci lagi tentang
tajuk-tajuk kajian yang lepas untuk menghasilkan penemuan kajian yang baru dalam
penyelidikan tentang tajuk yang telah dipilih. Di samping itu, dengan adanya penyelidikan
seperti ini ia akan memudahkan lagi para pengkaji mengkaji tentang tajuk kajian dengan
lebih mendalam serta mencari punca dan masalah yang ingin dikaji oleh pegkaji. Justeru
itu, dengan adanya perancangan yang telah dibuat akan lebih memudahkan lagi pengkaji
dalam membuat kajian mengikut bab yang telah disusun.
Taman Tamadun Islam bukti keunggulan seni bina Islam. Sekarang, kita tidak perlu
bersusah lagi untuk ke luar negara bagi melihat keindahan kesenian seni bina masjid
kerana kesemuanya lengkap ada di Malaysia atau lebih tepat lagi di Taman Tamadun Islam
di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Taman Tamadun Islam yang telah dibina menelan
perbelanjaan sebanyak RM 249.3 juta yang telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri
2
kita iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjanjikan keindahan, keunikan, dan kehalusan
kesenian seni bina yang berasaskan Islam. Keunikan Taman Tamadun Islam sudah
semestinya dengan wujudnya sebuah masjid dinamakan Masjid Kristal yang terapung serta
23 replika monumen Islam terkenal dari seluruh dunia, termasuk Al-Hambra (Sepanyol),
Masjid Sultan Omar Ali saifuddin (Brunei Darussalam), Masjid Kubah Al-Sakhra,
Baitulmaqdis (Palestin).
Antara monumen-monumen ini yang paling tersengang indah adalah Masjid Kristal
yang dijadikan ikon Taman Tamadun Islam dengan ciri dan reka bentuk keseluruhannya
yang menarik dan indah. Terletak di muara sungai Terengganu, Lokasi Taman Tamadun
Islam strategik dan mudah dihubungi dengan destinasi pelancongan lain seperti Muzium
Negeri, Pulau Duyong dan Heritage Trail (Bukit Puteri, Kedai Payang dan kampung Cina).
Pulau Wan Man berhampiran Kampung Losong, Kuala Terengganu pada asalnya hanyalah
Sebuah Pulau yang langsung tidak berpenghuni, hanya dipenuhi dengan hutan nipah dan
dianggap "berhantu" oleh penduduk setempat. Namun kini, pulau yang dianggap sepi dan
"berhantu" menjadi tumpuan ribuan pengunjung selepas mercu tanda baru Taman
Tamadun Islam yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan kesenian seni bina
Islam dari seluruh pelusuk dunia, bakal mengubah wajah pulau itu dengan sekelip mata.
3
1.2 Permasalahan kajian
Seperti yang kita sedia maklum, tempat beribadat bagi umat Islam dan juga
dikenali sebagai rumah Allah adalah masjid dan penghulu kepada semua hari ialah hari
jumaat. Bagi setiap hari jumaat kaum lelaki perlulah ke masjid bagi menunaikan solat
jumaat. Selain itu, masjid juga merupakan tempat untuk mengadakan himpunan dan tempat
pertemuan umat Islam di kawasan itu. Masjid Kristal telahpun menjadi ikon kepada
Terengganu sebagai tempat destinasi lawatan yang amat berguna kepada penggemar-
penggemar keindahan ciptaan seni bina akan menggunakan konsep yang sama iaitu
sebagai tempat ilmuan berkumpul.
Sebuah masjid yang dibina haruslah mempunyai identiti dan jati diri yang terdapat
pada seni bina dan struktur bentuk masjid. Sebagai contoh masjid-masjid yang terdapat di
seluruh pelusuk dunia ini. Permasalahan yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah sukar
untuk mengenalpasti bentuk-bentuk motif ukiran pada Masjid Kristal. Hal ini demikian
kerana, setiap motif ukiran yang digunakan pada dinding masjid begitu susah untuk
ditafsirkan.
Selain itu, permasalah yang seterusnya ialah, simbol yang digunakan pada Masjid
Kristal berbeza dengan masjid yang lain. Hal ini demikian kerana, simbol yang digunakan
pada Masjid Kristal tidak begitu jelas dan menjadi pertanyaan kepada para pelawat yang
datang ke masjid tersebut.
4
Permasalahan yang ke tiga ialah, konsep ruang yang digunakan pada Masjid Kristal
mempunyai keunikan yang tersendiri. Ini kerana, semasa pengkaji membuat kajian
lapangan di tempat kajian, pengkaji mendapati, beberapa acara sedang dijalankan di dalam
masjid tersebut. Setiap ruang yang ada di dalam masjid, terdapat berlainan acara majlis
yang dilakukan. Hal ini menyebabkan pengkaji ingin menganalisa konsep ruang yang
digunakan pada masjid tersebut.
1.3 Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif yang mendorong pengkaji untuk membuat
kajian mengenai Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid Kristal. Antara Objektif
Kajian ialah:-
i. Mengenalpasti bentuk motif ukiran yang digunakan terhadap Masjid Kristal di
Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
ii. Mengkaji bentuk simbol pada Seni Bina Masjid Kristal.
iii. Menganalisa konsep ruang yang terdapat di dalam Masjid Kristal di Pulau Wan
Man, Kuala Terengganu.
5
1.4 Skop Kajian
Skop kajian ini memfokuskan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala
Terengganu sebagai tempat kajian kes pengkaji. Selain itu simbolisme seni bina pada
Masjid Kristal menjadi aspek utama dalam kajian ini. Tambahan pula skop kajian ini hanya
tertumpu kepada simbol yang terdapat pada Masjid Kristal sahaja. Pengkaji menfokuskan
simbolisme yang terdapat pada masjid seperti motif ukiran, simbol dan konsep ruang yang
digunakan terhadap Masjid Kristal. Pengkaji hanya mengunakan kaedah kualitatif dalam
kajian ini seperti kajian perpustakaan, kaedah kajian turut serta dan kaedah temubual.
1.5 Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang telah dijalankan adalah di Taman Tamadun Islam Pulau Wan
Man Kuala Terengganu. Lokasi kajian ini lebih tertumpu kepada kawasan di sekitar Pulau
Wan Man. Masjid Kristal telah dibina di atas pulau yang dinamakan Pulau Wan Man iaitu
yang terletak di daerah Kuala Terengganu. Manakala satu-satunya jalan yang
menghubungkan ke kawasan Pulau Wan Man adalah Kampung Losong yang terletak
berhampiran pulau tersebut. Kawasan ini begitu pesat dengan pengunjung yang hadir
kerana kawasan tersebut begitu hampir dengan Muzium Negeri Terengganu yang dikenali
sebagai Muzium Losong.
Pulau ini pada dahulunya tidak berpenghuni dan ia hanya dijadikan sebagai tempat
persinggahan sementara bagi nelayan untuk berehat dan membetulkan pukat yang
tersimpul. Sesetengah mengatakan pulau ini tidak berpenghuni kerana kawasannya yang
keras dan mistik menyebabkan tiada sesiapa yang berani tinggal di sana. Hal ini
menyebabkan kawasan ini terbiar dan dipenuhi dengan semak samun.
6
Kerajaan Terengganu mengambil inisiatif dengan memperlihatkan kawasan
tersebut boleh dikomersialkan dan dijadikan tempat destinasi lawatan para pelancong asing
mahupun tempatan dengan membina Taman Tamadun Islam di atas pulau tersebut.
Manakala Masjid Kristal pula dijadikan mercu tanda di Taman Tamadun Islam.
Gambar 1.1 : Peta Pulau Wan Man Kuala Terengganu.
Sumber : Internet (http://musafirhomestaygongbadak.blogspot.com)
7
Gambar 1.2 : Peta lokasi Pulau Wan Man di dalam negeri Terengganu
Sumber : Internet (http://www.wonderfulmalaysia.com)
Gambar 1.3 : kedudukan Masjid Kristal di Pulau Wan Man Kuala Terengganu.
Sumber : Internet (http://homestaylosongsiakap.blogspot.com)
8
1.6 Batasan Kajian
Dalam menjalankan kajian mengenai Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid.
Kajian Kes Masjid Kristal Kuala Terengganu, pengkaji mengalami beberapa perkara yang
menjadi batasan kepada pengkaji. Pengkaji telah memfokuskan kepada beberapa batasan
iaitu:-
(i) Informasi
Pengkaji mengalami kesukaran untuk mencari informasi yang sesuai bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan seni bina Masjid Kristal. Hal ini demikian
kerana, semasa menjalankan kajian pengkaji tidak dapat berjumpa dengan pihak
pengurusan Taman Tamadun Islam yang menjaga bahagian Masjid Kristal. Kebanyakan
mereka yang menjaga tidak dapat menerangkan dengan jelas dan terperinci berkaitan
pengaruh seni bina masjid tersebut kerana mereka bukanlah pakar dalam bidang tersebut.
(ii) Bahan Rujukan
Pengkaji mengalami masalah untuk mencari bahan rujukan berkaitan dengan
pengaruh simbolisme seni bina. Perpustakaan awam di sekitar Kuala Terengganu amat
terhad dan pengkaji terpaksa bertanya dengan penduduk sekitar tetapi malangnya
penduduk sekitar tidak dapat memberikan informasi yang jelas tentang pengaruh
simbolisme terhadap seni bina Masjid Kristal kerana, ramai pakar-pakar ukir tradisional
telahpun meninggal dan hanya segelintir sahaja yang ada, malangnya tidak mengusahakan
lagi.
9
(iii) Faktor Geografi
Faktor geografi juga menjadi salah satu faktor dalam batasan kajian pengkaji. Hal
ini kerana, jarak diantara rumah dan tempat kajian pengkaji amat jauh. Pengkaji tinggal di
luar bandar (Daerah Setiu) manakala tempat kajian pengkaji berada di kawasan bandar
(Daerah Kuala Terengganu). Selain itu, keadaan jalan raya yang berliku-liku dan tidak rata
menyebabkan pengkaji terbatas untuk sampai ke tempat kajian.
(iv) Faktor Kewangan
Faktor kewangan turut menjadi batasan kajian pada pengkaji. Hal ini kerana,
pengkaji merupakan pelajar di Universiti dan tiada sumber pendapatan yang tetap untuk
pengkaji menggunakan dana kewangan dalam melakukan kajian.
10
1.7 Kerangka Konseptual
Gambar 1.4 : Kerangka Konseptual kajian lapangan di Masjid Kristal.
Sumber : Data Kuantitatif:
Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid, Kajian Kes Masjid Kristal Kuala
Terengganu.
Sumber Informan : Ustaz Wan Mohd Ridhuan
Iman Manaf Bin Muda
Cik Wan Nur Mariam
Cik farhana