modul bimbingan kelompok.siap semua
TRANSCRIPT
MODUL BIMBINGAN KELOMPOK‘MENINGKATKAN POTENSI DIRI’
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD ISKANDAR SHAH BIN KAMARUDDIN135947
MOHD ZAIDI BIN ABDUL RASHID135987
BAC. PEND. BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSEM 3
PENSYARAH:EN. WAN MARZUKI
ISI KANDUNGAN
BIL. MUKA SURAT
PRAKATA 1
PENGENALAN 2 - 4
Modul aktiviti 1 5 - 6
Modul aktiviti 2 7 - 8
Modul aktiviti 3 9 - 10
Modul aktiviti 4 11 - 12
Modul aktiviti 5 13 - 14
Modul aktiviti 6 15 - 16
Modul aktiviti 7 17
Modul aktiviti 8 18 - 19
Modul aktiviti 9 20 - 22
Modul aktiviti 10 23 – 24
BIBLIOGRAFI 25
PRAKATA
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan kepada En.
Wan Marzuki. Bersyukur kami kepada Allah kerana dengan izinNya, akhirnya
kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya, iaitu
Pembinaan Modul Latihan Bimbingan Kelompok.
Terlebih dahulu kami berdua mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga buat En. Wan Marzuki kerana memberi tunjuk ajar, dan
nasihat yang berguna kepada kami dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Banyak halangan yang kami tempuhi dalam proses menyiapkan tugasan ini.
En. Wan juga dapat membentuk
Kehidupan kami sebagai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam
bidang akademik, tetapi juga sahsiah. Semoga Allah merahmati dan
memberkati En. Wan Marzuki dan sekeluarga.
Tidak lupa kepada insan yang telah mendidik kami dari kecil lagi, iaitu
ibu bapa kami, yang sentiasa doakan kejayaan kami. Terima kasih atas
segalanya. Doa kami, moga Allah melindungi, merahmati dan menempatkan
diri kalian di kalangan hamba-hambaNya yang diredhai.
Untuk sahabat-sahabat yang banyak membantu, terima kasih atas
segalanya. Sesungguhnya, perjuangan kita masih belum selesai. Wassalam.
PENGENALAN
Bimbingan merupakan satu proses pembelajaran yang bertujuan untuk
perkembangan potensi individu yang paling maksimum (Robert D.Myrick,
Ph.D, 1987). Bimbingan boleh dilakukan secara individu atau berkelompok.
Terdapat banyak program bimbingan yang dijalankan dan alat bantuan yang
digunakan dalam menjalankan program bimbingan tersebut, salah satu alat
bantuan ialah modul.
Greager dan Murray (1985) menyatakan bahawa modul adalah satu
unit pengajaran yang lengkap dan bebas dengan fokus utamanya ialah untuk
mencapai beberapa objektif yang telah dinyatakan.
Kamdi Kamil (1990) pula mentakrifkan modul sebagai satu pakej
pengajaran dan pembelajaran atau pukal belajar sendiri yang lengkap dengan
komponen-komponen pengajaran pembelajaran seperti objektif, bahan dan
aktiviti pembelajaran, aktiviti penilaian serta arahan dan tatacara yang
sistematik supaya pelajar dapat mengikuti langkah demi langkah bagi
menguasai sesuatu unit pembelajaran dan boleh dijalankan secara individu
(Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2005).
Terdapat beberapa jenis modul dan pendapat yang berbeza berkaitan
dengan jenis modul ini. Antaranya, Amrstrong (1973) telah membahagikan
modul kepada tiga jenis, iaitu modul permohonan, modul prosedur dan modul
struktur. Dalam bimbingan kelompok terdapat beberapa jenis iaitu, kelompok
perbincangan, kelompok maklumat, kelompok melaksanakan sesuatu tugas,
kelompok latihan, kelompok kaunseling, dan kelompok psikoterapi.
Sasaran kami untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalam modul yang dicipta ini
ialah pelajar sekolah menengah kerana menyedari hakikat bahawa pelajar
sekarang perlu bersaing untuk menempatkan peluang belajar di universiti.
Jadi dengan ini, pelajar perlu membuktikan dengan mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan. Ini membuktikan dengan berbekalkan
keputusan yang cemerlang dalam akademik sahaja tidak mencukupi untuk
menunjukkan potensi pelajar itu berjaya di universiti atau lebih tinggi,
Oleh itu, pelajar terbaik adalah cemerlang dalam akademik dan ko-
korikulum perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran
komunikasi, kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, berkepimpinan dan
pelbagai kemahiran lain. Dalam modul kami ini terdapat aktiviti-aktiviti yang
mengandungi kemahiran tersebut dan mampu untuk membantu pelajar sedikit
sebanyak.
Dalam modul ini kami memilih Modul Meningkatkan Potensi diri. Di
mana pelajar-pelajar dapat membentuk personaliti yang terbaik dalam
menjalani kehidupan seharian.
OBJEKTIF MODUL
Selepas, selesai mengikuti modul ini, pelajar-pelajar :
1) Meningkatkan keyakinan diri sewaktu berkomunikasi dengan orang
ramai.
2) Menyedari halangan dan dugaan dalam menjalani kehidupan sebagai
pelajar sekolah pada masa kini.
3) Menyedarkan para peserta betapa pentingnya bekerja dalam satu
kumpulan kerana apabila bersatu padu dalam satu kumpulan, maka
semua masalah dapat diatasi.
4) Melatih diri untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan
hidup sebagap bakal pemimpin pada masa hadapan.
5) Melatih diri supaya berfikiran kreatif dan kritis apabila berhadapan
dengan sesuatu isu.
6) Mempertingkatkan keyakinan diri dan menganggap diri mereka adalah
yang terbaik.
KUMPULAN SASARAN
Para pelajar sekolah menengah
KAEDAH PENYAMPAIAN
1. Percambahan pendapat
2. Penerangan fasilitator
3. Aktiviti kumpulan
MODUL AKTIVITI 1
Nama Aktiviti : Ice Breaking
Masa : 1 jam
Bahan : Pen, Pensil & Kertas
Objektif :
1) Mengenali serta mewujudkan hubungan yang baik
antara ahli.
2) Melatih kemahiran berinteraksi secara
interpersonal di kalangan ahli kelompok.
3) Melatih diri menjadi lebih berani apabila berdepan
dengan masyarakat.
4) Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi
pelajar lebih baik.
Prosedur :
1) Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al Fatihah bagi
yang Muslim dan bagi yang bukan Muslim,
mereka diminta bertafakur sebentar.
2) Fasilitator akan memperkenalkan diri kepada ahli-
ahli kelompok sebelum memulakan aktiviti.
3) Seterusnya fasilitator memberikan penerangan
mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
4) Selepas itu, fasilitator mengedarkan bahan-bahan
aktiviti kepada setiap ahli.
5) Ahli-ahli kelompok dikehendaki melukis lambang
pengenalan diri masing-masing. Setiap ahli
diperuntukkan masa selama 7 minit dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan.
6) Seterusnya setiap ahli diminta supaya
membentangkan hasil kerja yang dilakukan secara
individu itu kepada ahli-ahli kelompok yang lain.
7) Semasa proses pembentangan dilakukan ahli-ahli
kelompok yang lain bebas mengutarakan soalan
mengenai diri ahli yang membuat pembentangan.
8) Setelah setiap ahli selesai membentangkan hasil
tugasan masing-masing, fasilitator mengutarakan
kesimpulan aktiviti tadi.
9) Fasilitator memberitahu bahawa setiap insan
adalah unik dan mempunyai kesitimewaan yang
tersendiri.
10)Peserta akan belajar menghormati dan
menghargai diri dan orang lain. Hal ini bertujuan
untuk memastikan setiap ahli kelompok memberi
perhatian semasa proses pembentangan
dilakukan.
11)Fasilitator membuat konklusi aktiviti.
Falsafah : “Mengenali keistimewaan diri sendiri dan orang lain
seperti berada di puncak bukit,harganya tidak ternilai”
MODUL AKTIVITI 2
Nama Aktiviti : Diriku Seorang Bisu
Masa : 1 jam
Bahan : satu bilik kosong
Objektif :
1) Mempertingkatkan keyakinan diri dan
menganggap diri mereka adalah yang terbaik.
2) Mengetahui teknik-tenik komunikasi yang
berkesan.
3) Menilai kepentingan kerjasama di dalam sesuatu
kelompok.
Prosedur :
1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah Al-
Fatihah bagi yang muslim dan bagi yang bukan
muslim mereka diminta bertafakur sebentar.
2) Fasilitator memanggil salah seorang daripada ahli
kelompok yang paling kacak atau cantik.
3) Peserta yang sukarela mengaku diri mereka
kacak atau cantik di kehendaki masuk ke dalam
sebuah bilik yang kosong.
4) Fasilitator memberi satu ungkapan
peribahasa kepada peserta sukarela tersebut.
Contoh, ‘hangat-hangat tahi ayam’.
5) Peserta tersebut dikehendaki menyampaikan
peribahasa tersebut kepada seorang rakan yang
lain tanpa menggunakan percakapan lisan dan
hanya menggunakan gaya serta pergerakan tubuh
badan sahaja.
6) Peserta yang kedua dikehendaki menyampaikan
pribahasa tersebut dengan syarat yang sama
kepada peserta yang ketiga dan seterusnya
secara bergilir-gilir.
7) Seorang fasilititor memantau pergerakan peserta
dalam bilik tersebut agar peserta tidak melanggar
syarat aktiviti.
8) Peserta terakhir dikehendaki memberitahu
pribahasa yang diterima kepada ahli kelompok.
9) Fasilitator seterusnya mengesahkan pribahasa
yang disampaikan oleh peserta yang terakhir. Jika
tidak benar, fasilitator memberitahu peribahasa
yang sebenar kepada peserta.
10)Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti yang
telah dijalankan.
Falsafah : “Komunikasi berkesan asas perpaduan”
MODUL AKTIVITI 3
Nama aktiviti : Menuju ke puncak Everest
Masa : 1 jam
Bahan : 2 helai kertas mahjung, 10 helai kertas A4, pita pelekat
dan gunting.
Objektif :
1) Menggunakan daya kreativiti dalam membuat
sesuatu perancangan.
2) Menyedari hakikat kegagalan dalam mengejar
cita-cita.
3) Menyedari betapa tingginya harapan ibu bapa
terhadap masa depan mereka.
4) Dapat membentuk sifat kerjasama antara ahli
kumpulan.
5) Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan
kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diarahkan
Prosedur :
1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah Al-
Fatihah bagi yang muslim dan bagi yang bukan
muslim mereka diminta bertafakur sebentar.
2) Ahli kelompok dibahagikan kepada dua kumpulan.
3) Setiap kumpulan disediakan dengan sehelai kertas
mahjung, 5 helai kertas A4, pita pelekat dan
gunting.
4) Setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah
menara setinggi dan secantik yang mungkin serta
sekukuh yang boleh.
5) Setelah selesai, fasilitator akan menguji tahap
pengukuhan menara yang telah dibina dengan
meniup menara tersebut.
6) Fasilitator menerang dan memprovok binaan yang
telah dihasilkan oleh peserta dengan mengaitkan
matlamat atau cita-cita masing-masing.
7) Seterusnya, fasilitator bertindak meroboh dan
memusnahkan binaan tersebut bagi meningkatkan
kemarahan peserta.
8) Peserta diberi peluang untuk meluahkan perasaan
mereka apabila hasil binaan mereka diruntuhkan.
9) Fasilitator membuat rumusan dengan mengaitkan
binaan yang musnah tersebut bagaikan harapan
ibu bapa yang tinggi terhadap mereka tetapi
mereka telah mensia-siakannya.
Falsafah : “Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak
akan datang melayang.”
MODUL AKTIVITI 4
Nama aktiviti : Cita-cita saya
Masa : 1 jam
Bahan : alat tulis dan kertas A4
Objektif :
1) Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang
boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita mereka.
2) Pelajar dapat berfikir cita-cita beliau pada masa akan
datang.
3) Dapat mengatur langkah-langkah agar berjaya dengan
cita-cita yang diinginkan.
Prosedur :
1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah
bagi yang muslim dan bagi yang bukan muslim mereka
diminta bertafakur sebentar.
2) Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap
peserta.
3) Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan
oleh peserta.
4) Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke
arah mencapai cita-cita tanpa pengetahuan rakan-
rakan.
5) Setelah selesai menyenaraikan, secara rawak pelajar
membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka.
6) Fasilitator menyenaraikan semua kaedah-kaedah
tersebut di papan tulis.
Falsafah : “Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang
betul, berterusan dan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.”
MODUL AKTIVITI 5
NAMA AKTIVITI : Fantasi kejayaan
MASA : 45 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF :
1) Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri.
2) Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan
sesuatu kejayaan.
3) Otak pelajar dapat berfikir pada masa akan datang.
4) Timbul celik akal untuk berjaya.
PROSEDUR :
1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah
bagi yang muslim dan bagi yang bukan muslim mereka
diminta bertafakur sebentar.
2) Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan
memejam mata, tarik nafas dan hembusan (beberapa
kali). Cuba bertenang.
3) Cuba bayangkan suatu hari anda berasa amat gembira
sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan perhatian
pada suatu kejayaan waktu itu.
4) Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia
berlaku ? Adakah anda mencapainya secara
berseorangan atau dengan bantuan orang lain ?
Adakah anda merancang untuk mencapainya atau ia
berlaku secara spontan.
5) Sekarang sedarkan diri anda.
6) Minta peserta berkongsi kejayaan masing- masing
FALSAFAH : “Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika
berusaha dengan bersungguh-sungguh.”
MODUL AKTIVITI 6
NAMA AKTIVITI : Rantaian Bing Bong
MASA : 45 minit
BAHAN : 2 kotak pencil
OBJEKTIF :
1) Meningkatkan kemahiran komunikasi.
2) Memupuk semangat kerjasama diantara ahli
kumpulan
3) Mempertingkatkan kemahiran menerima
maklumat dan menyebarkan maklumat.
PROSEDUR :
1) Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan
duduk dalam satu bulatan besar. Fasilitator akan
bertindak sebagai ketua kumpulan untuk memberikan
arahan.
2) Fasilitator akan memberi kotak pensel kepada orang
kanannya dengan berkata “this is a bing”. Ahli yang
terima kotak pensil mesti bertanya “what?”
3) Fasilitator akan membalas “ A bing”. Penerima akan
membalas “A bing, thank you” sambil terima kotak
pensil.
4) Pemegang kotak pensil diberikan pula pada orang
kanan yang seterusnya. Mengikut putaran lawan jam.
Ulang langkah ‘2’ dan ‘3’ tetapi pertanyaan akan
dilontarkan secara berantai kepada ketua begitu juga
jawapan akan diberikan secara berantai melalui ahli.
5) Kotak pensil yang satu lagi diberikan kepada orang
disebelah kiri. Mengikut putaran Dialog yang sama
akan diberikan tetapi ‘bing’ akan ditukarkan kepada
‘bong’. Prosuder sama seperti ‘2’, ‘3’, dan ‘4’ sehingga
kedua-dua kotak pensil kembali kepada ketua dengan
melalui satu putaran lengkap.
6) Minta ahli berkongsi pendapat masing- masing.
FALSAFAH : “kecelaruan dalam penyampaian maklumat akan
menyukarkan makna yang ingin disampaikan”.
Fasilitator
MODUL AKTIVITI 7
Nama aktiviti : Garisan hidupku
Masa : 1 jam
Bahan : alat tulis dan kertas A4
Objektif :
1) Mengingatkan kembali ahli-ahli kelompok tentang
pengalaman lepas.
2) Menghargai kejayaan dan kegagalan yang dilalui
3) Menjadikan perkara yang telah dilalui sebagai
pemangkin dalam mencapai matlamat hidup.
Prosedur :
1) setiap pelajar dikehendaki untuk melukiskan graf
hidup berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
2) Lajur ‘Y’ mewakili perasaan bermula dari -20 hingga
20. manakala lajur ‘X’ mewakili umur mereka yang
bermula dengan ‘0’ hingga umur sekarang.
3) Pelajar dikehendaki melukiskan graf tentang masam
manis pengalaman yang dilalui mengikut tahun.
4) Setelah semua pelajar selesai, mereka diminta
menceritakan tentang graf hidup mereka. Ahli
kelompok digalakkan bertanyakan soalan.
Falsafah : “Segala pengalaman yang dilalui lebih mendewasakan
diri seseorang”.
MODUL AKTIVITI 8
Nama aktiviti : “Aku bukan mat jenin”
Masa : 40 Minit
Bahan : Kertas A4, pensel warna, pen/pensel,
Objektif :
1) Melahirkan ahli kelompok yang mampu melahirkan idea
serta cadangan yang bernas dan rasional
2) Memberi peluang ahli bersuara dan memberi
pendapat,seterusnya menjana kekuatan dalaman ahli
3) Memupuk keyakinan diri di kalangan ahli kelompok
Prosuder :
1) Setiap ahli kelompok akan diberi kertas A4.
2) Fasilitator meminta ahli kelompok melukis objek yang
paling penting dalam kehidupan seharian.
3) Fasilitator meminta ahli kelompok menerangkan tentang
lukisan masing-masing dan memberi alasan atau sebab
mereka memilih objek tersebut.
4) Rakan-rakan lain diminta untuk bertanyakan soalan
kepada ahli kelompok.
5) Setelah giliran untuk menerangkan tentang lukisan
mereka tamat, ahli kelompok diminta untuk berbahas
dan menegakkan bahawa objek yang dipilih oleh masing-
masing adalah paling penting.
6) Kaunselor akan memastikan setiap ahli bercakap dan
tidak pasif
7) Kaunselor meminta ahli memberi pandangan tentang
tujuan aktiviti tersebut diadakan dan apakah manfaat
yang diperolehi oleh setiap ahli
8) Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti.
Setiap ahli seharusnya mempunyai keyakinan
dalam menentukan setiap kenyataan atau setiap
idea yang mereka utarakan.
Memupuk semangat berkerjasama di kalangan
ahli kelompok.
Ahli perlu sedar bahawa setiap manusia
mempunyai hak untuk bersuara.
Falsafah : “Selagi tak dipecahkan ruyungnya, bagaimana untuk
mendapatkan sagunya.”
MODUL AKTIVITI 9
Nama aktiviti : Seharian Dalam Kehidupan Saya
Masa : 1 jam
Bahan : Kertas A4, borang pengurusan masa, pen.
Objektif : Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat
1. membuka minda dan fikiran tentang pentingnya
pembahagian masa mengikut kepentingan.
2. Menetapkan jadual harian yang wajib dengan
mengutamakan tugasan yang segera dan penting.
3. Menguruskan kehidupan harian dengan baik dan
sistematik.
Prosuder :
1. Fasilitator mengedar kertas A4, pen dan boring
pengurusan masa kepada setiap peserta.
2. Fasilitator memberi penerangan berkenaan aktiviti
yang akan dijalankan.
3. Peserta dikehendaki mengisi borang yang telah
diedarkan.
4. Setelah selesai mengisi borang, setiap peserta
menyampaikan kepada ahli kelompok berkaitan
dengan jadual yang telah diisi.
5. Setelah setiap peserta mengambil bahagian, para
peserta berbincang antara mereka berkenaan
kepentingan keutamaan aktiviti seharian.
6. Peserta dikehendaki berbincang antara mereka
berkenaan pengurusan masa dari sudut akademik
dalam aktiviti seharian.
7. Hasil perbincangan, peserta dikendaki membuat
jadual aktiviti seharian mereka. Jadual tersebut
akan menjadi rujukan sepanjang kehidupan
seharian mereka.
8. Fasilitator membuat rumusan berkaitan
kepentingan pengurusan diri dan masa mengikut
kepentingan-kepentingan.
Falsafah : “kecemerlangan pengurusan masa pembentuk
peribadi unggul dalam meningkatkan potensi diri”.
Lampiran :
Borang pengurusan masa
SEGERA TIDAK SEGERA
PENTING
TAKPENTING
MODUL AKTIVITI 10
Nama aktiviti : Muhasabah Diri
Masa : 1 jam
Bahan : kertas A4 dan pen
Objektif :
1) Mengingat kembali semua aktiviti yang telah mereka
lalui iaitu aktiviti pertama hingga aktiviti sembilan.
2) Kesedaran tentang peranan mereka sebagai hamba
Allah yang taat, anak yang soleh dan pelajar yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
3) Merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli kelompok dan
fasilitator.
4) Ahli kelompok menyedari tugas mereka sebagai
pelajar berat.
Prosedur :
1) Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al Fatihah bagi yang
Muslim dan bagi yang bukan Muslim, mereka diminta
bertafakur sebentar.
2) Ahli kelompok sama-sama memberi pendapat tentang
input yang telah diperolehi sepanjang sesi yang telah
dijalankan sebelum ini.
3) Aktiviti diteruskan dengan refleksi diri. Dimana ahli
kelompok diminta untuk menutup mata.
4) Ahli kelompok diminta untuk kosongkan fikiran,
tenangkan hati, dan ikhlaskan diri dalam menjawab
soalan yang akan diutarakan oleh fasilitator. Ahli
kelompok diminta untuk merenung kembali kesalahan
mereka dan dosa-dosa yang pernah mereka lakukan
5) Ahli kelompok diminta untuk membuka mata
6) Seterusnya fasilitator akan memberikan ahli kelompok
sehelai kertas A4 dan pen.
7) Setiap ahli kelompok diminta untuk membentangkan
hasil kerja mereka.
8) Setelah selesai perbentangan, fasilitator akan
merumus tentang aktiviti yang terakhir ini.
9) Aktiviti diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan
surah Al-Asr bagi ahli yang beragama Islam dan bagi
yang bukan Islam, diminta bertafakur sebentar
10)Fasilitator dan ahli kelompok bermaaf-maafan.
Falsafah : “Manusia Bukanlah Maksum seperti Nabi-Nabi ALLAH,
Tapi Ini Bukan Alasan Untuk Kita melakukan Kesilapan.”
RUJUKAN
Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj Muhammad Zakaria (2005)
Petua Pelajar Cemerlang,Cheras, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd
Mohamed Fadzil Che Din. (2005). Modul Umum dalam Aktiviti Bimbingan dan
Kaunseling Kelompok. Universiti Putra Malaysia.
Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim (2001).
Permainan kreatif untuk guru dan jurulatih, Karya Bestari Sdn. Bhd. : Shah
Alam.
Sidek Mohd Noah, Jamaluddin Ahmad. 2005. Pembinaan Modul. Universiti
Putra Malaysia. SERDANG: Penerbit UPM.