minit mesyuarat ajk kali pertama lawatan ke niosh.doc

Upload: evelyn-leona

Post on 06-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI PERTAMALAWATAN ILMIAH PKE 3023 KE NIOSH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWARTARIKH: 28 Ogos 2014 (Khamis)MASA

: 1.15 petang 2.15 petangTEMPAT: Bilik Kuliah 1 Astaka IPGKRM

PENGERUSI: Huong Hong MingKEHADIRAN: 57 Orang1) PISMP PJK(SK) Semester 4

(34 orang)2) PISMP PJK(SJKC) Semester 4

(19 Orang)3) PISMP PJK(SJKT) Semester 4

(4 Orang)

CATATAN MESYUARAT1. Kata-kata aluan Pengerusi Lawatan

1.1 Saudara Huong Hong Ming mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir pada mesyuarat Lawatan Ilmiah PKE 3023 ke NIOSH kali yang pertama.1.2 Saudara Huong memaklumkan bahawa program yang akan dijalankan ialah merupakan satu program yang wajib dilakukan untuk memenuhi kehendak kerja kursus projek Pendidikan Keselamatan.

2. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Program

2.1Ahli jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja Program Lawatan Ke NIOSH berdasarkan dengan mencadangkan nama calon calon dan guru pelatih akan membuat undian untuk melantik ketua kepada ahli jawtankuasa yang dikemukakan.

2.2Saudara Huong menerangkan tugas-tugas dan peranan setiap ahli jawatakankuasa yang telah dilantik.

2.3Saudara Huong mengarahkan kepada setiap ketua jawatankuasa kerja yang dilantik untuk memilih ahli masing-masing seramai tiga orang untuk membantu mereka sepanjang proses perlaksanaan program tersebut.

4.Hal-hal Lain

4.1Semua ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk mengutip duit untuk menampung segala perbelanjaan keperluan yang diperlukan sepanjang program yang akan dijalankan.4.2Saudara Huong mengingatkan kepada setiap ahli jawatankuasa untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dari pensyarah penasihat dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dalam masa yang telah ditetapkan serta mesyuarat ke-2 akan dijalankan pada masa yang terdekat.5.Ucapan Penangguhan

Saudari Huong mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang yang telah berusaha untuk hadir ke mesyuarat ini. Beliau berharap semua ahli berupaya memberi komitmen yang tinggi supaya program lawatan ini dapat berjalan dengan lancar pada hari tersebut.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh,

__________________________________

(KEE TIEN AH)

Naib Setiausaha

Lawatan Ilmiah PKE 3023

PISMP S4 PJK(SJKC) Ambilan Januari 2013

IPG Kampus Raja Melewar Disemak oleh,

__________________________________

(TN.SYED ZULKARNAIN B SYED MAHAMUD)

Penyelaras PKE3023

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh,

__________________________________

(PN. SURAYA BIBI BINTI A. K. BAPOTTI)Ketua Jabatan

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

IPG Kampus Raja Melewar