ministry of education © 2016 curriculum planning and ... literature-(pre-university... · 1.2...
TRANSCRIPT
MALAY LANGUAGE AND
LITERATURE
SYLLABUS Pre-University
H2 and H3
Implementation starting with
2014 JC 1 and Pre-U 1 Cohort
Ministry of Education
SINGAPORE
© 2016 Curriculum Planning and Development Division. This publication is not for sale. Permission is granted to reproduce this publication in its entirety for personal or non-commercial educational use only. All other rights reserved.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
KANDUNGAN
PENDAHULUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN 8
HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI 10
BAB 1 PENGENALAN
1.1 VISI ARIF BUDIMAN 13
1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 14
BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI
2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 17
2.2 KURSUS BAHASA MELAYU 18
2.3 WAKTU KURIKULUM 19
2.4 PENGISIAN UMUM 20
BAB 3 BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU H2
3.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 27
3.2 PENGISIAN KURIKULUM 28
BAB 4 BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU H3
4.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 35
4.2 PENGISIAN KURIKULUM 36
BAB 5 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.1 PERANCANGAN 43
5.2 PEDAGOGI 45
5.3 PENILAIAN 67
BAB 6 LAMPIRAN
6.1 SENARAI TEKS – BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU H2 74
6.2 SENARAI TEKS – BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU H3 75
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
PENDAHULUAN
Dasar dwibahasa dalam sistem pendidikan Singapura menekankan
kepentingan pembelajaran Bahasa Ibunda untuk warisan dan budaya kita.
Kebolehan berdwibahasa merupakan kekuatan yang ada pada warga
Singapura; kelebihan yang perlu kita kekalkan. Dengan keupayaan
menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda dengan fasih, lebih
banyak peluang akan terbuka kepada warga Singapura.
Dengan dasar dwibahasa sebagai tunjang sistem pendidikan kita,
Bahasa Melayu wajib dipelajari dalam kurikulum sekolah di negara ini sebagai
salah satu mata pelajaran Bahasa Ibunda. Kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan satu daripada bahasa rasmi di Singapura menjadikan
bahasa Melayu berperanan penting dalam penyaluran idea, pemikiran dan
budaya serta menjadi jembatan kukuh hubungan masyarakat Singapura yang
berbilang bangsa, bahasa dan agama.
Oleh yang demikian, kesinambungan penggunaan bahasa penting untuk
membina dan mengekalkan jati diri masyarakat. Di samping itu, penguasaan
bahasa Melayu juga membolehkan warga Singapura merebut peluang di
rantau yang berkembang pesat dan menjalin hubungan khususnya dengan
warga lain di rantau ini. Sementelah, aspek-aspek ini amat bertepatan dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam abad yang ke-21 ini.
7
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Singapura mempunyai dua matlamat: membentuk sikap
dan menyediakan pelajar menjadi warganegara yang baik serta bersedia
untuk alam pekerjaan.
Pendidikan merupakan satu proses yang membentuk pelajar menjadi
insan yang baik secara keseluruhan. Melalui pendidikan, pelajar dididik dari
segi moral, intelektual, fizikal, sosial, emosi dan estetika. Pelajar juga akan
belajar menjadi seseorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap
keluarga dan masyarakat serta memahami dan memainkan peranan dalam
pembangunan masa depan Singapura.
Tujuan Persekolahan
Sekolah merupakan institusi pembelajaran. Dengan kerjasama
keluarga, sekolah membolehkan pelajar mengenali diri, kekuatan dan
pelbagai aspek pertumbuhan diri. Sekolah memberikan asas-asas kukuh
pembelajaran untuk menyediakan pelajar ke tahap pendidikan selanjutnya.
Pada masa yang sama, pelajar dilengkapi dengan kecekapan-kecekapan
yang membolehkannya maju dalam dunia yang kompetitif. Kecekapan-
kecekapan ini termasuklah kebolehan melahirkan pendapat dengan yakin,
berfikiran kritikal, bekerja dalam kumpulan, berinovatif dan berdaya usaha.
Sekolah merupakan wadah bagi pelajar bergaul. Semasa berinteraksi
dengan pelajar-pelajar dari latar yang berbeza, pelajar sedar bahawa dirinya
adalah sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar dan secara aktif
dia mampu memberi sumbangan kepada kehidupan orang lain. Dia juga
belajar untuk bekerjasama secara rentas budaya. Sekolah menyediakan
peluang untuk pelajar memupuk rasa cinta akan negara.
Sekolah memberikan bimbingan dan hala tuju moral kepada pelajar
melalui etos disiplin dan keprihatinan. Para pendidik membimbing dan
mencorak daya berfikir dan tanggapan pelajar serta membentuk keperibadian
moralnya. Akhirnya, pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan
kecenderungan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang bermakna
dan menyumbang kepada masyarakat dengan aktif.
8
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
Mengasuh Pelajar
Pelajar merupakan tumpuan segala usaha pengajaran dan
pembelajaran. Tanggapan kita tentang pelajar dan cara mereka belajar
memandu kita untuk membantu mereka menjadi yang terbaik.
• Setiap pelajar mempunyai nilai intrinsik; berperibadi dengan
fikiran dan tanggapan sendiri. Kesabaran dan kegigihan
diperlukan untuk mengasuh pelajar semasa tanggapan dan
sistem nilainya terbentuk.
• Setiap pelajar mampu belajar dan berjaya. Dia mempunyai
keperluan dan keupayaannya sendiri dan berkembang mengikut
kemampuannya. Dia memerlukan bimbingan untuk membina
kekuatan dan mencapai matlamatnya.
• Pelajar belajar dengan baik dengan adanya peraturan dan
disiplin. Pelajar juga memerlukan jagaan dan galakan untuk
meneroka dan cemerlang. Keseimbangan antara kedua-duanya
melahirkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran dan
pertumbuhan.
• Pembelajaran pelajar haruslah sesuai dengan perkembangan
mereka. Perkara yang diajarkan perlu sesuai dengan usia, cara
dan berapa banyaknya perkara itu perlu dipelajari. Hal ini akan
membantu pelajar membangunkan keyakinan dan motivasinya
untuk belajar.
Para pendidik harus memahami pelajar dan prihatin akan isu-isu
pendidikan yang kompleks. Mereka juga harus berusaha mendalami
kemahiran subjek dan mengukuhkan kecekapan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Pendidik tulen mengutamakan anak didiknya dan yakin
mereka boleh meninggalkan kesan kepada kehidupan anak didiknya.
9
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI
Seseorang pelajar yang melalui pendidikan peringkat prauniversiti
haruslah mencapai Hasil Pendidikan Yang Diingini. Pelajar itu haruslah
mempunyai kesedaran kendiri yang baik, berhemah dan mempunyai
kemahiran-kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan bagi menghadapi
cabaran masa hadapan. Pelajar bertanggungjawab terhadap keluarga,
masyarakat dan negaranya; mempunyai minda dan tubuh yang sihat;
menghargai persekitaran dan mempunyai azam yang kuat untuk menghadapi
kehidupan. Dengan kata lain, pelajar harus:
• yakin dan berupaya membezakan yang baik atau sebaliknya, boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan, gigih, mengenali dirinya,
membuat pertimbangan dengan bijak, berfikir secara kendiri dan kritis
dan berkomunikasi dengan efektif;
• mempunyai arah kendiri dan bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri, suka bertanya, melakukan refleksi dan tabah
untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran;
• menjadi penyumbang aktif yang boleh bekerja dalam kumpulan,
menggunakan inisiatif, mengambil risiko, inovatif dan bekerja keras
untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik; dan
• menjadi warga yang prihatin, cinta akan tanah airnya, mempunyai
kesedaran sivik yang tinggi, tahu dan memainkan peranan aktif dalam
membaiki kehidupan orang-orang di sekelilingnya.
Untuk memenuhi hasrat Hasil Pendidikan Yang Diingini, setiap pelajar
haruslah mencapai perkara-perkara yang berikut pada akhir pendidikan
prauniversiti:
• mempunyai keberanian moral untuk menegakkan perkara yang betul;
• semangat tidak mudah luntur apabila berada dalam kesusahan;
• boleh bekerjasama secara rentas budaya dan mempunyai
tanggungjawab sosial;
• inovatif dan berdaya usaha;
• boleh berfikir secara kritikal dan berkomunikasi dengan yakin;
• bertekad untuk mengejar kecemerlangan;
• menginginkan kehidupan yang sihat dan menghargai nilai estetik; dan
• bangga menjadi rakyat Singapura dan memahami Singapura
mempunyai kaitan dengan negara-negara lain secara global.
10
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
1.1 VISI ARIF BUDIMAN
Dalam mencapai Hasil Pendidikan Yang Diingini, pelajar perlu
dilengkapi dengan sikap, kemahiran dan ilmu. Oleh itu, kita harus membentuk
setiap pelajar menjadi seseorang yang mempunyai ciri-ciri Arif Budiman. Visi
Arif Budiman, iaitu insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada
masyarakat menetapkan satu hala tuju bagi guru dan pelajar Bahasa Melayu
untuk membina kefasihan berbahasa dan penghayatan nilai dan budaya
Melayu. Pengajaran Bahasa Melayu di Singapura berperanan untuk
melengkapkan setiap pelajar dengan sikap, kemahiran dan ilmu untuk
menjadi insan yang berhemah dan memberikan sumbangan kepada
pembangunan masyarakat dan negara.
Yang berikut ialah rajah visi Arif Budiman dan perkara-perkara yang
diutamakan dalam pengajaran bahasa, nilai dan budaya Melayu di setiap
peringkat pendidikan.
VISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Menengah
Mendalami dan menghargai bahasa dan budaya Melayu dalam
pelanjutan pembangunan negara.
Rendah
Mengenali dan memahami bahasa dan budaya Melayu sebagai
sebahagian daripada masyarakat majmuk Singapura.
Prauniversiti
Membina bahasa dan budaya Melayu secara kreatif dalam
kesediaan menghadapi cabaran dan peluang dalam dunia yang
berubah.
ARIF BUDIMAN
Insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat.
13
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21
Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
dalam falsafah pendidikan adalah untuk membentuk sikap pelajar dan
menyediakan mereka menjadi warganegara yang baik serta bersedia untuk
alam pekerjaan. Untuk itu, guru akan berusaha untuk melengkapkan pelajar
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan untuk
kehidupan dan pekerjaan sebagai orang dewasa dalam abad ke-21.
Untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kurikulum, guru perlulah
memperhalus pendekatan pengajaran dan kaedah penilaian. Yang berikut
merupakan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan dalam kehidupan sejagat:
Literasi Sivik, Kesedaran Global dan Kemahiran Silang Budaya
Masyarakat kita kian menjadi lebih kosmopolitan dan semakin ramai
warga Singapura menetap dan bekerja di luar negara. Oleh itu, pelajar
memerlukan pandangan dunia yang lebih luas dan berkebolehan untuk
bekerja dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang budaya dengan idea
dan perspektif yang berlainan. Pada masa yang sama, mereka memerlukan
pengetahuan tentang isu-isu nasional, bangga menjadi warga Singapura dan
menyumbang secara aktif kepada masyarakat.
Pemikiran Kritikal dan Berdaya Cipta
Pelajar-pelajar perlu berupaya berfikir secara kritikal, menilai pilihan yang
ada dan membuat keputusan yang bijak. Bagi persiapan diri untuk masa
hadapan. Mereka harus mempunyai keinginan belajar, meneroka dan
mengemukakan pendapat yang berbeza. Mereka tidak harus takut membuat
kesilapan dan menghadapi cabaran yang mungkin tampak menggentarkan
pada mulanya.
Kemahiran Mengendalikan Maklumat dan Berkomunikasi
Dengan revolusi Internet dan perkembangan alat komunikasi, pelbagai
maklumat kini boleh didapatkan dengan mudah. Adalah penting untuk para
pelajar mengetahui soalan-soalan yang patut diajukan, kaedah menapis dan
memilih maklumat yang relevan dan berguna. Pada masa yang sama, mereka
perlu bijak menilai agar dapat melindungi diri mereka daripada bahaya serta
mempraktikkan amalan yang beretika di ruang siber. Yang penting, mereka
harus berupaya menyampaikan idea-idea mereka dengan jelas dan berkesan.
14
BAB 2 KURIKULUM
PRAUNIVERSITI
2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.2 KURSUS BAHASA MELAYU
2.3 WAKTU KURIKULUM
2.4 PENGISIAN UMUM
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
MATLAMAT
Matlamat kursus Bahasa Melayu peringkat prauniversiti adalah untuk
melengkapkan pelajar dengan kecekapan berbahasa dan membolehkan
mereka mendalami dan menghargai bahasa dan budaya masyarakat Melayu
dalam pelanjutan pembangunan negara. Pelajar diharap akan berupaya
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu baku bagi memenuhi
keperluan diri dan membina hubungan sosial dalam konteks masyarakat
majmuk Singapura dan masyarakat global.
OBJEKTIF
Setelah menjalani pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat
prauniversiti, para pelajar akan dapat:
• menggunakan bahasa Melayu untuk membentuk jati diri;
• menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan mengambil kira
tujuan khalayak dan konteks masyarakat dan budaya;
• menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui
penggunaan bahasa Melayu;
• memperoleh, menilai, menggunakan dan menyampaikan maklumat,
idea dan perasaan dengan menggunakan bahasa Melayu;
• menanam sikap positif terhadap konsep, idea atau gagasan;
• menyerapi nilai-nilai murni masyarakat, negara dan insan sejagat;
• menghargai dan menghayati unsur-unsur budaya Melayu khususnya,
dan budaya lain amnya;
• menghargai bahasa dan sarana budaya dan ilmu; dan
• menyiapkan diri untuk mengikuti pengajian di peringkat yang lebih
tinggi.
Dalam program-program Bahasa Melayu di peringkat prauniversiti,
para pelajar dilengkapi dengan tiga mod berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa, iaitu kemahiran reseptif, produktif dan interaksi. Mod komunikasi ini
diajarkan melalui enam kemahiran, iaitu:
17
Mod
Komunikasi Reseptif Produktif Interaksi
Kemahiran
Bahasa
Mendengar Pertuturan Interaksi Lisan
Membaca Penulisan Interaksi Penulisan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 18
Seperti yang dinyatakan dalam Hasil Pendidikan Yang Diingini,
pengajaran dan pembelajaran haruslah sesuai dengan perkembangan pelajar
sama ada usia mahupun keupayaan bahasa mereka. Untuk itu, di peringkat
prauniversiti, pelajar boleh memilih untuk menjalani kursus Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Ibunda berdasarkan keupayaan dan kecenderungan mereka.
Bahasa Melayu H1 (H1 ML)
Kursus Bahasa Melayu H1 (H1 ML) ditawarkan kepada para pelajar yang
mengambil Bahasa Melayu di peringkat ‘O’ atau pelajar yang tidak mengambil
Bahasa Melayu Lanjutan di peringkat ‘O’ atau para pelajar yang mendapat
Gred D7 ke bawah bagi kertas Bahasa Melayu Lanjutan Peringkat ‘O’. Kursus
ini meliputi komponen bahasa yang diajarkan berdasarkan tema dan subtema.
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 (H2 MLL)
Kursus Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 (H2 MLL) ditawarkan
kepada para pelajar yang mempunyai kemahiran bahasa Melayu yang baik
dan berminat untuk menghayati karya-karya Sastera Melayu. Kursus ini
mempunyai 2 komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera.
Komponen sastera meliputi teks-teks sastera seperti novel, cerpen, drama dan
sajak.
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H3 (H3 MLL)
Kursus Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H3 (H3 MLL) merupakan
lanjutan kepada kursus Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 (H2 MLL).
Kursus ini merangkumi dua komponen; Penulisan Ekspresif dan Analisis
Kritikal. Komponen Penulisan Ekspresif memerlukan pelajar menulis sebuah
cerpen berdasarkan tema atau menulis komentar berkenaan isu yang
diberikan. Komponen Analisis Kritikal pula memerlukan pelajar memberikan
analisis kritikal mereka terhadap teks sastera yang ditentukan. Hanya pelajar
yang mempelajari H2 MLL boleh mengambil H3 MLL.
Bahasa Melayu B (ML B)
Kursus Bahasa Melayu B ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai
kesukaran mempelajari Bahasa Melayu, terutama mereka yang tidak
mempunyai latar belakang bahasa Melayu dan memerlukan sokongan. Pelajar
menghadapi cabaran walaupun telah berusaha. Pelajar yang memenuhi
kriteria kelayakan berdasarkan keputusan peperiksaan peringkat ‘O’ (Gred D7
ke bawah) ataupun pelajar yang memasuki semula sistem pendidikan kita
(dari luar negara) atau mereka yang menghadapi masalah mengikuti pelajaran
Bahasa Melayu H1 boleh mengambil Bahasa Melayu B.
2.2 KURSUS BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
2.3 WAKTU KURIKULUM
Waktu Kurikulum
Bahasa Melayu di peringkat prauniversiti perlu diajarkan dalam masa
kurikulum yang ditentukan. Waktu kurikulum ini dianggarkan mencukupi dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat dan objektif
kursus-kursus di peringkat ini. Peruntukan waktu kurikulum ditentukan
berdasarkan kursus yang ditawarkan seperti yang berikut:
* Anggaran jumlah minggu yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru dan
pihak sekolah boleh membuat penyesuaian berdasarkan keperluan program BM di sekolah
masing-masing.
19
Kursus Waktu
Seminggu
Jumlah
Waktu
Kursus
Jumlah
Minggu*
Bahasa Melayu H1 (H1 ML) 4 Jam 112 Jam 28 Minggu
Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu H2 (H2 MLL) 4 Jam 224 Jam 56 minggu
Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu H3 (H3 MLL) 2 Jam 56 Jam 28 Minggu
Bahasa Melayu B (ML B) 4 Jam 112 Jam 28 Minggu
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 20
Bentuk Kata Proses
Pembentukan Kata Golongan Kata
Kata Tunggal Pengimbuhan Kata Nama
Kata Terbitan Penggandaan Kata Kerja
Kata Majmuk Pemajmukan Kata Tugas
Kata Ganda Pengakroniman Kata Adjektif
Sistem Bahasa
Sistem bahasa ialah aspek bahasa yang perlu dipelajari dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sistem bahasa ini merangkumi
tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan tanda baca.
Kesemua aspek ini perlu dikuasai bagi membolehkan pelajar menggunakan
bahasa Melayu baku dengan betul dan berkesan. Untuk membantu pelajar
dalam pembelajaran, aspek bahasa yang telah dipelajari akan diulang di
peringkat seterusnya dan pemahaman pelajar akan dikukuhkan melalui latihan
pengukuhan yang disediakan.
Tatabahasa
Tatabahasa menjadi asas kecekapan berbahasa dan harus diajarkan
secara terancang dan dalam konteks yang bermakna dan difahami oleh
pelajar. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.
Morfologi - bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk kata, proses
pembentukan kata dan golongan kata, iaitu:
2.4 PENGISIAN UMUM
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 21
Sintaksis - bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan ayat. Hal ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum
atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
serta cara ayat dibina dan disusun.
Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:
a. unsur utama ayat, iaitu kata, frasa, klausa dan pembinaannya serta
pembahagian ayat (subjek dan predikat);
b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan;
c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang; dan
e. binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Sebutan dan Intonasi
Sebutan diajarkan agar pelajar dapat menyebut perkataan dengan
betul dan menggunakan sebutan bahasa Melayu baku. Intonasi ialah naik
turun nada suara ketika melafazkan kata-kata. Dalam pengucapan
bahasa Melayu, terdapat intonasi yang berbeza-beza mengikut ragam
dan jenis ayat. Pelajar perlu memahami penggunaan intonasi agar dapat
menyampaikan sesuatu maksud dengan tepat dan jelas berdasarkan
konteks, tujuan dan khalayak.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 22
Nilai Murni
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu bertujuan
untuk melahirkan insan yang berhemah tinggi selaras dengan nilai yang
termaktub dalam Hasil Pendidikan Yang Diingini. Seseorang pelajar yang
melalui pendidikan prauniversiti diharap akan menjadi seorang pelajar yang
mempunyai arah kendiri dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya,
yakin, menjadi penyumbang aktif dan prihatin, dan cinta akan tanah airnya.
Selain itu, nilai murni negara yang diserlahkan melalui Pendidikan
Nasional juga diberikan keutamaan. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang utuh
dipelihara dan dipraktikkan masyarakat Melayu termasuk nilai-nilai amanah,
kejujuran, berhemah tinggi, hormat-menghormati, berjimat cermat, kesetiaan,
kesabaran dan keadilan juga disemai melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Penyerapan nilai-nilai negara dan masyarakat ini diharap akan
dapat melahirkan pelajar yang berupaya mendalami dan menghargai bahasa
dan budaya masyakarat Melayu sebagai sebahagian masyarakat Singapura
dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Hal ini diharap
akan membantu pelajar mencapai visi Arif Budiman - insan berilmu
pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat. Pemahaman dan kesedaran
tentang nilai-nilai yang disasarkan ini harus dilaksanakan secara terancang
dan bersistematik sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Pendidikan Nasional
Penyerapan Pendidikan Nasional dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu bertujuan untuk memupuk sikap cinta akan negara dan
mengukuhkan jati diri pelajar sebagai warganegara Singapura. Nilai
patriotisme yang terkandung dalam Pendidikan Nasional hendaklah disemai
secara tidak langsung melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang
sesuai. Usaha ini hendaklah dilaksanakan dengan perancangan yang teliti
agar perutusan yang hendak disampaikan dapat difahami dan dihayati oleh
setiap pelajar.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 23
Pendidikan Nasional mengandungi enam perutusan yang berikut:
1. Singapura tanah air kita; di sini tempat kita.
Kita mahu mengekalkan warisan dan cara hidup kita.
2. Kita mesti mengekalkan keharmonian kaum dan agama.
Walaupun kita terdiri daripada berbilang kaum, agama, bahasa dan
budaya, kita mempunyai nasib yang sama.
3. Kita mesti mendukung meritokrasi dan sifat amanah.
Ini bermakna peluang bagi semua, mengikut kebolehan dan usaha
mereka.
4. Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap Singapura.
Kita mesti mencari jalan sendiri untuk bertahan dan mencapai
kemakmuran.
5. Kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura.
Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan
kesejahteraan kita.
6. Kita mempunyai keyakinan terhadap masa depan kita.
Dengan bersatu, berazam dan bersedia, kita akan membina masa
depan yang cerah bagi diri kita sendiri.
Sebagai pelanjutan kepada perutusan di atas, Pendidikan Nasional
juga memberikan tumpuan pada pelibatan pelajar dan penyediaan ruang bagi
pelajar menyumbang kepada masyarakat. Satu kerangka yang melibatkan
‘minda, hati dan tenaga’ diusulkan sebagai panduan. Dengan kata-kata lain,
melalui ‘minda’, para pelajar digalakkan agar terlibat secara aktif dalam
pembelajaran, mengetahui dan memikirkan isu-isu yang melibatkan Singapura
dan memahami isu-isu tersebut secara mendalam. ‘Hati’ pelajar juga perlu
terus dipupuk agar mereka menyedari bahawa mereka merupakan
sebahagian daripada Singapura, mempunyai rasa kecintaan terhadap negara
dan menghargai negara sebagai tempat mereka dilahirkan dan dibesarkan.
Selain itu, para pelajar perlulah diberi peluang untuk menyumbang kepada
masyarakat dan menyedari bahawa setiap individu mempunyai peranan untuk
mencipta, membina dan memimpin bagi kemakmuran, penakatan dan
kesejahteraan Singapura.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 24
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Literasi Digital merupakan salah satu keperluan untuk warga Singapura
dalam abad ke-21. Justeru, pelan induk Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam sistem pendidikan Singapura menentukan penggunaan ICT dalam
pendidikan. Falsafah asas pelan induk ICT adalah untuk menyediakan
pendidikan yang mengupayakan pelajar dengan keperluan masa hadapan
secara berkesinambungan. Di peringkat prauniversiti, para pelajar diharap
akan dapat:
menganalisis informasi daripada teks media elektronik, audio atau video
dan memberikan respons yang sesuai secara spontan;
merakamkan perbualan dengan memberikan pandangan mengenai topik
tertentu;
menggunakan pelbagai alat teknologi untuk menjana pengetahuan
baharu; dan
mengedit media digital daripada pelbagai sumber dokumen untuk
penerbitan.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 27
3.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
H2 MLL
Pengenalan
Sukatan Pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 (H2 MLL) ini
mula dilaksanakan pada 2014. Kursus ini harus dijalankan selama 224 jam
atau 4 jam seminggu atau kira-kira 56 minggu. Perancangan kursus Bahasa
Melayu dan Kesusasteraan Melayu H2 harus dijalankan mengikut waktu
kurikulum yang ditetapkan ini.
Matlamat
Kursus Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 bertujuan untuk
melengkapkan pelajar dengan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa Melayu baku bagi memenuhi keperluan diri dan
menjalin hubungan sosial dalam konteks masyarakat majmuk Singapura dan
masyarakat dunia. Pada masa yang sama pelajar dapat menghargai dan
menghayati kesusasteraan Melayu serta memupuk bakat dalam bidang
persuratan Melayu.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu H2 di peringkat prauniversiti, pelajar dapat:
a. melahirkan dan bertukar-tukar pandangan dengan jelas dan berstruktur
tentang pelbagai topik semasa perbincangan;
b. menunjukkan apresiasi yang baik terhadap teks-teks sastera dan membuat
ulasan terhadap pelbagai jenis teks prosa dan puisi;
c. menulis esei yang tersusun untuk menggambarkan acara dan pengalaman
atau sebuah esei yang mampu memperkukuh sudut pandangan
berlandaskan alasan-alasan dan bukti-bukti yang relevan; dan
d. memberikan komen terhadap pelbagai pelbagai jenis teks, topik dan
menyampaikan sudut pandangan melalui forum atau komentari blog.
Pembahagian Waktu Kurikulum
Yang berikut ialah saranan pembahagian waktu kurikulum bagi
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2.
Komponen Masa
Kurikulum
Bahasa 50%
(112 Jam)
Kesusasteraan 50%
(112 Jam)
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 28
3.2 PENGISIAN KURIKULUM
KOMPONEN BAHASA
Hasil Pembelajaran Bahasa
Untuk mencapai matlamat dan objektif Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu H2, pelajar harus dilengkapi dengan kecekapan mendengar, bertutur,
interaksi lisan, membaca, menulis, dan interaksi penulisan. Kecekapan ini
merupakan teras pemerolehan dan penguasaan bahasa baku. Huraian bagi
setiap kecekapan bahasa untuk mencapai hasil pembelajaran Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu H2 adalah seperti yang berikut:
Hasil Pembelajaran Bahasa H2 MLL
Kecekapan Penerangan
Mendengar
Boleh memahami teks-teks yang dituturkan tentang topik-topik
berkaitan dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan
dunia. Teks-teks mengandungi julat kosa kata yang luas dan
kepelbagaian struktur ayat. Teks diartikulasikan dengan jelas tetapi
mungkin secara pantas.
Membaca
Boleh memahami teks-teks bertulis tentang topik-topik berkaitan
dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia. Teks-
teks mengandungi struktur susunan yang pelbagai, julat kosa kata
yang luas dan struktur ayat yang pelbagai.
Bertutur
Boleh menyampaikan topik-topik yang berkaitan dengan diri,
keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia. Penyampaian
harus koheren, menggunakan julat kosa kata yang luas dan struktur
ayat yang pelbagai. Sebutan harus jelas dan tepat, intonasi dalam
ayat semula jadi dan ekspresif serta dapat bertutur dengan lancar.
Menulis
Boleh menulis teks tentang topik-topik berkaitan dengan diri,
keluarga, masyarakat, negara dan dunia, menggunakan struktur
susunan yang pelbagai. Dapat menulis dengan menggunakan julat
kosa kata yang luas dan struktur ayat yang pelbagai.
Interaksi
Lisan
Boleh berinteraksi secara lisan secara bergiliran dengan semula jadi
tentang perkara-perkara berkaitan dengan diri, keluarga,
masyarakat, negara dan dunia, menggunakan julat kosa kata yang
baik dan struktur ayat yang pelbagai. Boleh berinteraksi secara
spontan dan fasih dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
tepat.
Interaksi
Penulisan
Boleh berinteraksi dengan sewajarnya melalui penulisan tentang
topik-topik berkaitan dengan diri, keluarga, masyarakat, negara dan
dunia, menggunakan julat kosa kata yang luas dan struktur ayat
yang pelbagai.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
Subtema telah dibentuk bagi setiap tema teras untuk memberikan
jangkaan dan ruang lingkup yang lebih jelas. Tema dan subtema tersebut
dipilih dengan teliti bagi memastikan topik-topik mempunyai nilai dan menarik
minat pelajar. Yang berikut diberikan tema, subtema dan skop pengajaran
saranan yang boleh dijadikan panduan dalam perancangan pengajaran:
1. Remaja
Pada peringkat umur pelajar prauniversiti, pendewasaan dalam
konteks hubungan mereka dengan ahli keluarga dan rakan sebaya menjadi
satu daripada perkara penting dalam kehidupan mereka. Tema Remaja
memberi peluang kepada pelajar memahami dan menghargai perkembangan
dirinya dan hubungan dirinya dengan orang-orang sekelilingnya. Antara isu-isu
yang boleh dibincangkan termasuk:
29
Remaja
Perkembangan Peribadi
Pendewasaan Skop Pengajaran
Saranan
Peranan
Cabaran/Masalah
Punca
Keluarga
Hubungan
Rakan Sebaya
Pergaulan
Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, komponen bahasa dalam
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 diajarkan dengan berpandukan tiga
tema. Tema-tema ini telah dikenal pasti agar pengajaran dan pembelajaran
mempunyai konteks dan latar yang luas dan pelbagai.
Tema
Kesemua tema menjadi panduan pembelajaran dan pembinaan bahan
pengajaran mengikut konteks yang relevan dan kesesuaian kemampuan
bahasa pelajar.
Tema Subtema
1 Remaja Perkembangan
Peribadi Keluarga Rakan Sebaya
2 Masyarakat dan
Negara
Pelbagai
Budaya Pelibatan Sosial Identiti Nasional
3 Trend Global
Perkembangan
dan Cabaran
Politik
Perkembangan
dan Cabaran
Sosio-ekonomi
Perkembangan
dan Cabaran
Budaya
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI
2. Masyarakat dan Negara
Di peringkat ini, pelajar memainkan peranan penting dalam pelanjutan
pembangunan negara. Oleh itu, tema Masyarakat dan Negara akan
menyediakan wadah perbincangan yang dapat memandu pelajar memahami
kedudukan, peranan dan sumbangannya sebagai anggota masyarakat.
3. Trend Global
Tema Trend Global memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka
dan menyampaikan pandangan mengenai isu-isu global semasa dengan
menggunakan bahasa Melayu. Melalui kajian dan perbincangan, pelajar
hendaklah menyedari perkembangan dan cabaran global seperti yang berikut:
30
Trend Global
Perkembangan dan Cabaran Politik
Nasional
Antarabangsa
Skop Pengajaran
Saranan
Definisi
Tujuan
Kesan
Punca
Cabaran/Masalah
Kerelevanan
Perkembangan dan Cabaran Sosio-
ekonomi
Setempat
Sedunia
Perkembangan dan Cabaran Budaya
Jenis
Rentas budaya
Masyarakat dan Negara
Pelbagai Budaya
Rentas budaya
Nilai dan norma Skop Pengajaran
Saranan
Peranan
Cabaran/Masalah
Punca
Sumbangan
Pelibatan Sosial
Berbilang kaum
Sosial dan ekonomi
Identiti Nasional
Jati diri
Patriotik
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 31
KOMPONEN KESUSASTERAAN
Matlamat
Komponen kesusasteraan dalam sukatan pelajaran Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu H2 ini bertujuan untuk membimbing para pelajar
agar menghargai dan menghayati kesusasteraan Melayu serta memupuk
bakat dalam bidang persuratan Melayu.
Objektif
Pada akhir pembelajaran, para pelajar dapat:
a. mengenal pasti kandungan teks sastera daripada pelbagai genre dan
menganalisisnya berdasarkan aspek-aspek kesusasteraan;
b. mengkaji, memberikan pandangan dan respons serta penilaian
secara analitik, kritikal dan kreatif terhadap bahan-bahan sastera;
c. menghargai dan menghayati keindahan bahasa serta kerencaman
ragam bahasa yang terdapat dalam teks sastera;
d. membandingkan mutu karya sastera dengan mengenal pasti
keistimewaan dan ciri-ciri penulisan yang terdapat dalam sesebuah
karya sastera;
e. membina kemahiran menjawab soalan dan menyampaikan idea-idea
dalam bentuk lisan atau bertulis dengan tersusun dan menyakinkan;
dan
f. memahami dan menghayati unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari segi
moral, kebudayaan, kemasyarakatan, kenegaraan dan kemanusiaan
yang terdapat dalam teks sastera.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 32
Penghayatan terhadap karya sastera dijalankan melalui analisis teks.
Teks yang dianalisis meliputi prosa dan puisi moden. Prosa moden yang
dikaji terdiri daripada novel, cerpen dan drama manakala puisi moden pula
ialah sajak. Analisis teks hendaklah berdasarkan aspek-aspek kesusasteraan
seperti yang berikut:
Isi
Gaya
Bahasa
Teknik
Penulisan
Unsur
Bunyi Jenis
Cerpen
& Novel
• Tema
• Persoalan
• Plot
• Perutusan
• Pengajaran
• Latar
• Nilai murni
• Pemikiran/
kehidupan
masyarakat
• Diksi
• Ayat/Frasa
• Simili
• Metafora
• Personifikasi
• Hiperbola
• Pengulangan
• Perlambangan
• Bahasa Istana
• Bahasa
Tradisional
• Struktur plot
- Kronologi
- Tak kronologi
• Unsur plot
- Imbas muka
- Imbas kembali
- Ketegangan
- Konflik
- Klimaks
• Watak dan
perwatakan
• Dialog, monolog
dan monolog
dalaman
• Sudut pandangan
• Onomatopia
Contoh:
• Misteri
• Fiksyen
• Percintaan
• Sejarah
• Suspens
Drama
Contoh:
• Komedi
• Tragedi
• Tragedi-
Komedi
• Melodrama
• Musikal
• Misteri
• Opera
• Passie
(berunsur
agama)
Puisi
Bentuk:
• Suku kata
• Diksi
• Baris
• Rangkap
• Visual
• Skema
• Inversi
• Onomatopia
• Rentak
• Rima
- Aliterasi
- Asonansi
• Elegi
• Pujaan
• Satira
• Balada
• Epigram
• Percintaan
• Keagamaan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 35
Pengenalan
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H3 (H3 MLL) ialah subjek lanjutan
kepada kursus Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2. Hanya pelajar yang
telah mengambil H2 MLL dibolehkan menyertai kursus ini.
Matlamat
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H3 diperkenalkan untuk pelajar yang
mempunyai minat dan kebolehan yang cemerlang dalam bahasa Melayu untuk
mendalami bidang kesusasteraan dalam bentuk kajian dan menghasilkan
sesebuah karya.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu H3 di peringkat prauniversiti, pelajar dapat:
a. mengapresiasi teks kesusasteraan Melayu secara kritikal;
b. menghasilkan karya-karya sastera untuk melahirkan perasaan dan pemikiran
mereka secara kreatif; dan
c. menyampaikan hujah-hujah yang meyakinkan dalam penulisan dan
perbincangan lisan.
4.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
H3 MLL
Pembahagian Waktu Kurikulum
Yang berikut ialah saranan pembahagian waktu kurikulum bagi Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu H3:
Komponen Masa Kurikulum
Penulisan Ekspresif 50%
(28 jam)
Analisis Teks 50%
(28 jam)
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 36
4.2 PENGISIAN KURIKULUM
H3 MLL
KOMPONEN BAHASA
Hasil Pembelajaran Bahasa
Untuk mencapai matlamat dan objektif Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu H3, pelajar harus dilengkapi dengan kecekapan-kecekapan tertentu.
Kecekapan yang dimaksudkan itu merangkumi kecekapan mendengar, bertutur,
interaksi lisan, membaca, menulis, dan interaksi penulisan. Kecekapan ini
merupakan teras pemerolehan dan penguasaan bahasa baku. Pelajar perlu
menguasai kecekapan-kecekapan ini untuk membolehkan mereka cekap
menggunakan bahasa Melayu dalam semua bentuk komunikasi dan dalam
pelbagai situasi penggunaannya. Huraian bagi setiap kecekapan bahasa untuk
mencapai hasil pembelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H3 adalah
seperti yang berikut:
Hasil Pembelajaran Bahasa H3 MLL
Kecekapan Penerangan
Mendengar
Boleh memahami teks-teks yang dituturkan tentang topik-topik berkaitan
dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia. Teks-teks
mengandungi julat kosa kata yang luas dan kepelbagaian struktur ayat.
Teks diartikulasikan dengan jelas tetapi mungkin secara pantas.
Membaca
Boleh memahami teks-teks bertulis tentang topik-topik berkaitan dengan
diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia. Teks-teks
mengandungi struktur susunan yang pelbagai, julat kosa kata yang luas dan
struktur ayat yang pelbagai.
Bertutur
Boleh menyampaikan topik-topik yang berkaitan dengan diri, keluarga,
sekolah, masyarakat, negara dan dunia. Penyampaian harus koheren,
menggunakan julat kosa kata yang luas dan struktur ayat yang pelbagai.
Sebutan harus jelas dan tepat, intonasi dalam ayat semula jadi dan
ekspresif serta dapat bertutur dengan lancar.
Menulis
Boleh menulis teks tentang topik-topik berkaitan dengan diri, keluarga,
masyarakat, negara dan dunia, menggunakan struktur susunan yang
pelbagai. Dapat menulis dengan menggunakan julat kosa kata yang luas
dan struktur ayat yang pelbagai.
Interaksi
Lisan
Boleh berinteraksi secara lisan secara bergiliran dengan semula jadi
tentang perkara-perkara berkaitan dengan diri, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia, menggunakan julat kosa kata yang baik dan struktur
ayat yang pelbagai. Boleh berinteraksi secara spontan dan fasih dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang tepat.
Interaksi
Penulisan
Boleh berinteraksi dengan sewajarnya melalui penulisan tentang topik-
topik berkaitan dengan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia,
menggunakan julat kosa kata yang luas dan struktur ayat yang pelbagai.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 37
Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu H3 membahagikan sukatan pelajaran kepada dua komponen, iaitu
Penulisan Ekspresif dan Analisis Teks.
Penulisan Eskpresif merupakan lanjutan daripada komponen bahasa H2
MLL. Komponen Penulisan Ekspresif memberi tumpuan kepada pengajaran
untuk menghasilkan sebuah prosa seperti cerpen atau komentar.
Analisis Teks bertujuan menajamkan keupayaan pelajar untuk menganalisis
dan mengukuhkan apresiasi secara kritis terhadap karya-karya sastera.
Penulisan Ekspresif
Komponen Penulisan Ekspresif terbahagi kepada dua bahagian. Guru
boleh memilih untuk membimbing pelajar menghasilkan sebuah cerpen
berdasarkan tema yang ditentukan atau menulis komentar berkenaan isu yang
diberikan.
Analisis Teks
Komponen Analisis Teks terbahagi kepada dua bahagian. Komponen ini
memerlukan guru untuk membimbing pelajar dengan kemahiran menganalisis
teks-teks sastera yang ditetapkan, iaitu Sejarah Melayu dan cerpen serta teks-
teks sastera yang tidak ditetapkan, iaitu prosa atau puisi.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 38
KOMPONEN KESUSASTERAAN
Matlamat
Komponen kesusasteraan dalam sukatan pelajaran Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu H3 ini bertujuan untuk membimbing para pelajar
menghargai dan menghayati kesusasteraan Melayu serta memupuk bakat
dalam bidang persuratan Melayu. Pelajar didedahkan dengan prosa
tradisional, prosa dan puisi moden.
Objektif
Pada akhir pembelajaran, para pelajar dapat:
a. mengenal pasti kandungan teks sastera daripada pelbagai genre
dan menganalisisnya berdasarkan aspek-aspek kesusasteraan;
b. mengkaji, memberikan pandangan dan respons serta penilaian
secara analitik, kritikal dan kreatif terhadap bahan-bahan sastera;
c. menghargai dan menghayati keindahan bahasa serta kerencaman
ragam bahasa yang terdapat dalam teks sastera;
d. membandingkan mutu karya sastera dengan mengenal pasti
keistimewaan dan ciri-ciri penulisan yang terdapat dalam sesebuah
karya sastera;
e. membina kemahiran menjawab soalan dan menyampaikan idea-idea
dalam bentuk lisan atau bertulis dengan tersusun dan menyakinkan;
dan
f. memahami dan menghayati unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari
segi moral, kebudayaan, kemasyarakatan, kenegaraan dan
kemanusiaan yang terdapat dalam teks sastera.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 39
Penghayatan terhadap karya sastera dijalankan melalui analisis teks.
Teks yang dianalisis meliputi prosa tradisional, prosa dan puisi moden.
Prosa moden yang dikaji terdiri daripada novel, cerpen dan drama manakala
puisi moden pula ialah sajak. Analisis teks hendaklah berdasarkan aspek-
aspek kesusasteraan seperti yang berikut:
Prosa Tradisional Prosa Moden
Isi
• Isi / kandungan cerita
• Tema dan persoalan
• Plot
• Perutusan dan pengajaran
• Latar
• Peristiwa-peristiwa yang mengandungi nilai murni
• Pemikiran dan kehidupan masyarakat
Gaya Bahasa
• Diksi
• Ayat
• Simili
• Metafora
• Personifikasi
• Hiperbola
• Pengulangan
• Perlambangan
• Bahasa Istana
• Bahasa Tradisional
Teknik
Penulisan
Struktur plot
• Bahagian pengenalan
• Bahagian pertengahan
• Bahagian peleraian
• Unsur plot
- Imbas muka
- Imbas kembali
- Ketegangan
- Konflik
- Klimaks
• Watak dan perwatakan
• Dialog, monolog dan monolog dalaman
• Sudut pandangan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 43
5.1 PERANCANGAN
Kerangka PETALS
Kerangka kerja PETALS™ terdiri daripada lima dimensi pelibatan dalam
pembelajaran. Lima dimensi ini ialah Pedagogi, Pengalaman Pembelajaran,
Keadaan Persekitaran, Penilaian dan Kandungan Pembelajaran. Setiap
dimensi menyentuh aspek-aspek pembelajaran dan pengajaran yang berbeza.
Apabila aspek-aspek ini disatukan, kesan ke atas pembelajaran akan
meningkat. Kemahiran yang diraih oleh guru daripada dimensi-dimensi
PETALS™ untuk membimbing perancangan dan pengajaran mereka akan
mempengaruhi tahap pelibatan pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu,
Berpusatkan Pelajar berada di tengah kerangka kerja ini.
Setiap dimensi membimbing guru untuk memikirkan cara dan bahan yang
dapat disediakan untuk melibatkan pelajar dalam bilik darjah. Secara interaktif,
semua dimensi boleh digunakan untuk membimbing guru dalam perancangan
untuk membantu merealisasikan Berpusatkan Pelajar dalam proses
pembelajaran dengan:
memilih Pedagogi yang menimbangkan kesediaan pelajar;
merancang Pengalaman Pembelajaran yang merangsang pemikiran;
menyediakan Keadaan Persekitaran pembelajaran yang kondusif;
mengamalkan Penilaian yang meningkatkan pembelajaran selanjutnya; dan
memilih Kandungan yang relevan dan bermakna.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 44
Mendengar Membaca
Bertutur Menulis
Interaksi
Penulisan Interaksi
Lisan
Kemahiran
Interaktif Kemahiran
Interaktif
Kemahiran Reseptif
Kemahiran Produktif • Dialog
• Perbincangan
kumpulan
• Main peranan
• Membaca dan
memberikan respons
terhadap iklan,
poster, blog, e-mel
• Memberikan respons
secara bertulis
melalui e-mel, nota
ringkas, memberikan
komen dalam blog
Penekanan Pada Interaksi Lisan dan Interaksi Penulisan
Penekanan Terhadap Penggunaan Bahasa
Bahasa perlu digunakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Dengan menggunakan bahasa yang dipelajari sekerap mungkin, kefasihan
berbahasa pelajar diharap akan meningkat. Oleh itu, penyediaan
pembelajaran haruslah menjurus kepada aktiviti-aktiviti yang boleh
mempamerkan kebolehan bahasa pelajar. Dalam mencapai matlamat dan
objektif bahasa Melayu, pelajar harus dilengkapi dengan kecekapan-
kecekapan tertentu. Kecekapan yang dimaksudkan itu merangkumi kecekapan
mendengar, bertutur, interaksi lisan, membaca, menulis dan interaksi
penulisan.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 45
5.2 PEDAGOGI
Pertimbangan Pedadogi
Pengajaran dan pembelajaran bersifat dua hala yang melibatkan guru
dan pelajar. Kedua-dua pihak bertindak untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran berlaku dalam bilik darjah seperti yang dirancang. Untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan, guru perlu
merancang pedagogi yang terbaik untuk sesuatu usaha pembelajaran.
Antara prinsip pengajaran yang perlu dipertimbangkan apabila
merancang pedagogi pelajaran bahasa termasuklah:
Pelajar merupakan fokus pengajaran dan pembelajaran
Pelajar menjadi tumpuan utama dalam proses pembelajaran seperti yang
diterangkan dalam lima dimensi Kerangka PETALSTM. Guru perlu merancang
pelajaran dan memastikan pendekatan, bahan pengajaran dan penilaian yang
digunakan menepati keperluan, keupayaan, minat, gaya belajar dan tahap
pengetahuan setiap pelajar untuk membolehkan mereka membuat kaitan
antara diri mereka dengan sekolah dan persekitaran. Pelajaran yang
dirancang perlulah bersifat holistik, menarik, autentik dan bermakna bagi
setiap pelajar dan dapat melibatkan setiap pelajar secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran dengan berkesan.
Kontekstual
Isi pelajaran perlu mengaitkan pengalaman harian pelajar dan
hubungannya dengan alam di sekelilingnya. Selain itu, kemahiran asas
bahasa, tatabahasa, kosa kata dan peribahasa perlu dipelajari dalam konteks
penggunaan bahasa sesuai dengan tujuan, khalayak, situasi dan budaya.
Konteks yang dipilih akan menentukan kesesuaian dan laras bahasa yang
perlu digunakan. Pembelajaran secara kontekstual membolehkan murid
memahami fungsi aspek bahasa yang dipelajari dengan berkesan di samping
berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu yang diperoleh secara
bermakna.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 46
Orientasi proses
Pembelajaran bahasa mengutamakan proses dan bukan pada produk
semata-mata. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengambil kira
pelbagai proses bagi komunikasi lisan, aktiviti membaca dan menulis. Pelajar
perlu digalakkan untuk mencuba dan berani mengambil risiko untuk
memperoleh ilmu dan kemahiran baharu. Proses ini memberikan peluang
kepada pelajar bersikap proaktif, menjana idea baharu dan kreatif bagi
menyelesaikan masalah berdasarkan aktiviti yang diberikan dan memperbaik
mutu serta meningkatkan daya hasil kerja mereka.
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan bertujuan untuk menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu kemahiran atau aspek bahasa secara bersepadu.
Penggabungjalinan kemahiran, aspek bahasa, bahan pengajaran, dan strategi
pengajaran dan pembelajaran menjadikan aspek-aspek pembelajaran saling
melengkapi. Proses penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan, menarik dan bermakna dan memberikan
peluang kepada pelajar untuk menguasai beberapa kemahiran secara
serentak.
Penerapan pelbagai bidang ilmu pengetahuan, budaya dan nilai
Masyarakat Melayu
Penggunaan bahan pelbagai bidang ilmu perlu untuk mewujudkan
situasi yang autentik dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
Kesedaran dan apresiasi budaya, tradisi dan nilai masyarakat Melayu yang
disepadukan dalam konteks masyarakat berbilang budaya membolehkan
pelajar menghubungkaitkannya dengan budaya Melayu masa kini dan
pandangan dunia mereka.
Kemajuan berbentuk lingkaran
Kemahiran bahasa, item dan bentuk tatabahasa, jenis teks dan
komponen bahasa yang lain diajarkan dan dipertingkatkan mengikut peringkat
dengan kepayahan yang sesuai. Dengan kata lain, pembelajaran merupakan
proses yang dibina secara berperingkat-peringkat. Semakin tinggi peringkat
pembelajaran semakin luas ilmu dan semakin tinggi kemahiran yang dipelajari.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 47
Membaca didahulukan sebelum lisan dan penulisan Untuk para pelajar H2 MLL dan H3 MLL, pedagogi yang disarankan
selepas langkah awal, iaitu rangsangan atau pengenalan, adalah dengan
kegiatan membaca. Langkah ini sesuai dengan profil pelajar H2 MLL dan H3
MLL yang mempunyai kesediaan bahasa yang tinggi.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, beberapa pertimbangan utama
harus diberikan dalam merancang pelajaran seperti yang tertera dalam rajah
yang berikut:
Kegiatan Membaca
sebelum Lisan dan
Penulisan
Untuk kumpulan pelajar yang mempunyai
kemahiran lisan dan membaca, pelajaran
Bahasa Melayu dimulakan dengan kegiatan
membaca sebelum membincangkan
kandungan yang dibaca lalu diikuti dengan
kegiatan penulisan.
Penekanan pada
Komunikasi Praktikal
Membina kemahiran bahasa menerusi aktiviti
bahasa yang autentik.
Gabungan Pengajaran
Aspek Bahasa Secara
Eksplisit dengan situasi
dan suasana semula jadi
Terutama dalam komponen tatabahasa, kosa
kata dan struktur ayat, pengajaran Bahasa
Melayu dilakukan secara eksplisit dan
pendedahan kepada situasi dan suasana
semula jadi.
Motivasi Merupakan
Kunci
Membina persekitaran yang menggalakkan
pembelajaran melalui maklum balas dan
pujian.
Urutan Pelajaran
Untuk itu, perancangan pelajaran harus menimbangkan urutan
pedagogi yang memberikan peluang kepada pelajar yang sudah mempunyai
kemahiran bahasa dengan kegiatan membaca, membincangkan kandungan
bacaan secara kritikal sebelum membuat kesimpulan dan mengukuhkan
pemahaman dengan kegiatan penulisan seperti yang tertera dalam gambar
rajah yang berikut:
Membaca didahulukan sebelum lisan dan penulisan
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 48
MEMBACA DIDAHULUKAN SEBELUM LISAN DAN PENULISAN
Membaca Lisan &
Penulisan
(3) Produksi Lisan &
Interaksi Lisan termasuk
Mendengar
(4) Produksi Penulisan
dan Interaksi Penulisan
(1) Membaca
(2)
Gabungan Pengajaran
Pengetahuan/ Kemahiran Bahasa
Secara Eksplisit dengan situasi dan
suasana semula jadi
Rangsangan Penilaian Pascaunit
Bermula dengan lisan
(Contohnya ; arahan dan
aktiviti rangsangan)
Persekitaran Pembelajaran Positif Melalui Pujian dan Motivasi
Penilaian Formatif Berterusan (Contohnya; bertanya secara mahir, memberikan maklum
balas, melakukan penilaian kendiri dan rakan sebaya)
Urutan Pelajaran
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 49
Kurikulum Bahasa Melayu prauniversiti menyarankan penggunaan
pengajaran pembezaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara umum,
pengajaran pembezaan bermakna membezakan kandungan (konsep, prinsip
dan kemahiran), proses (strategi dan aktiviti) dan produk (hasil dan cara
penilaian) dalam pengajaran bagi kumpulan pelajar yang mempunyai
keupayaan yang berbeza-beza. Cara ini membantu guru merancang
pengajaran dengan sistematik untuk memaksimumkan peluang pembelajaran
bagi setiap pelajar yang mempunyai keperluan pembelajaran yang pelbagai.
Dalam sesebuah bilik darjah, pelajar datang daripada latar belakang yang
pelbagai ragam, seperti kemampuan kognitif, keupayaan berbahasa, tahap
motivasi, sikap dan minat. Oleh itu, untuk memberikan peluang kepada semua
pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, guru perlu mengambil kira
kepelbagaian ini khususnya kesediaan, profil dan minat pelajar ketika
merancang dan menjalankan pengajaran.
Pengajaran pembezaan merupakan pendekatan pengajaran yang dapat
menjangkau pelbagai kebolehan, minat dan keperluan pelajar dalam bilik
darjah. Dengan yang demikian, pelajar boleh dibantu untuk mendapat manfaat
dan memaksimumkan potensinya.
Untuk membantu pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan
seterusnya mencapai sesuatu kemahiran bahasa atau hasil pembelajaran,
guru perlu memastikan perkara-perkara berikut dalam pengajaran mereka:
• kandungan, matlamat dan objektif pelajaran jelas;
• pelajaran, aktiviti dan produk yang dibina dapat difahami dan diaplikasikan
oleh pelajar;
• bahan-bahan dan tugasan menarik, relevan, autentik dan bermakna serta
memberikan kepuasan kepada pelajar;
• persekitaran pembelajaran yang kondusif;
• pembelajaran berfokuskan pada pelajar termasuklah penggunaan
kumpulan yang fleksibel;
• tahap kepayahan kemahiran dan konsep yang diajarkan haruslah lebih
tinggi agar kemampuan pelajar dapat dipertingkatkan;
• penilaian yang berterusan dan sesuai dijalankan agar kelakonan dan
potensi pelajar dapat dipantau dan dipertingkatkan; dan
• aktiviti pengayaan bahasa dirancang untuk menyokong pembelajaran.
PENGAJARAN PEMBEZAAN
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 50
Pembentukan Komuniti
Kumpulan
Fleksibel
Kurikulum
Berkualiti
Kandungan Proses
Melalui Strategi Pembelajaran
Yang Pelbagai
Penilaian
yang
Berterusan
dan
Bersesuaian
Dibentuk oleh Cara
Berfikir
dan Berdasarkan
Prinsip
Umum Pembezaan
Respons Guru Terhadap Pembelajaran Pelajar
Produk
Guru Boleh Membezakan
Kesediaan
Profil
Pembelajaran
Pelajar
Minat
Berdasarkan
Secara umum, pengajaran pembezaan memberi pertimbangan aspek-
aspek yang dirumuskan dalam rajah yang berikut:
PENGAJARAN PEMBEZAAN
Tugasan
Bermakna
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 51
Guru boleh membezakan perkara-perkara berikut dalam pengajaran
dengan mengambil kira kesediaan, minat dan profil pembelajaran pelajar.
Yang berikut ialah penerangan ringkas tentang ketiga-tiga perkara ini.
Kandungan
Pengajaran pembezaan dapat dijalankan dengan membezakan kandungan
atau bahan pengajaran: apa yang perlu dipelajari oleh pelajar dan bagaimana
pelajar dapat memperoleh maklumat. Misalnya, guru boleh mempelbagaikan
bahan bacaan pelajar mengikut tahap kesediaan dan minat mereka. Guru
juga boleh mengajarkan semula kandungan kepada pelajar yang menghadapi
masalah dengan mengendalikan pertemuan kecil atau perbincangan.
Sementara itu, guru boleh mengembangkan pemikiran dan kemahiran pelajar
yang lebih cemerlang dengan kandungan pelajaran yang lebih mencabar.
Proses
Guru boleh membezakan proses dengan menggunakan pelbagai aktiviti di
dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti ini dapat melibatkan pelajar secara aktif
dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar menguasai kandungan atau
kemahiran yang dipelajarinya. Guru juga boleh memperuntukkan jangka masa
yang berlainan untuk pelajar melaksanakan sesuatu tugasan agar dapat
memberikan peluang kepada pelajar yang lemah melakukannya mengikut
kemampuan mereka dan pelajar yang cemerlang pula berpeluang mempelajari
topik atau kemahiran yang dipelajarinya secara mendalam. Begitu juga,
pelajar boleh diberi tugasan dan melakukannya secara kendiri sementara
pelajar lain pula diberi bantuan atau usaha perancahan bagi membolehkan
mereka menyudahkan tugasan tersebut.
Produk
Guru perlu mempelbagaikan tugasan berdasarkan kemampuan dan minat
pelajar. Hal ini dapat memberikan peluang kepada pelajar bekerja secara
individu atau berkumpulan, berfikir semula, menggunakan dan
mengembangkan perkara yang dipelajari berdasarkan keupayaannya
sepanjang masa pembelajaran. Dengan membezakan tugasan, pelajar
digalakkan untuk memberikan tumpuan pada cara-cara terbaik untuk
menghasilkan produk berdasarkan daya fikir mereka tanpa mengabaikan
kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi. Selain itu, guru boleh membezakan produk
dengan mempelbagaikan cara penilaian untuk merangsang pelajar yang
mempunyai keupayaan yang berbeza. Pembezaan penilaian ini juga
menyediakan peluang kepada pelajar yang lebih lemah kemampuannya untuk
memperbaik kelakonan dalam pembelajaran, sementara pelajar yang lebih
berkemampuan boleh dirangsang untuk memaksimumkan potensi mereka.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 52
Semasa mengajar, guru perlulah mengamalkan penggabungjalinan aspek-
aspek kemahiran bahan, aktiviti, alat audio visual, ilmu dan nilai serta pengalaman
pelajar. Pengajaran dan pembelajaran seharusnya berlangsung dalam suasana
yang menyeronokkan dengan menggunakan pelbagai strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
KOMPONEN BAHASA: STRATEGI,
PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
Aspek Penerangan
Strategi
Strategi merupakan rancangan untuk mencapai matlamat tertentu
berdasarkan objektif pengajaran jangka panjang. Strategi
merangkumi pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang
mengambil kira juga aspek-aspek lain seperti bahan, masa
kurikulum yang diperuntukkan dan sebagainya. Contohnya, sama
ada pengajaran yang akan dijalankan memerlukan guru, pelajar,
bahan, kemahiran atau gabungan aspek-aspek tersebut yang
menjadi fokus proses pembelajaran.
Pendekatan Pendekatan ialah langkah yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan dikategorikan berdasarkan cara pengajaran
dikelolakan, fakta disampaikan serta keterlibatan pelajar dalam
proses pembelajaran. Pemilihan pendekatan menggunakan
prinsip asas pembelajaran, iaitu daripada yang mudah sebelum
yang sukar, konkrit sebelum abstrak, yang diketahui sebelum
yang baharu. Oleh itu, profil pelajar perlu dikenal pasti sebelum pendekatan yang sesuai dapat dilakukan.
Kaedah Kaedah ialah cara membuat sesuatu atau kebiasaan dengan
teratur. Kaedah pengajaran bermakna cara, susunan atau proses
pengajaran yang teratur. Setelah menentukan pendekatan (cara
memahami) yang ingin digunakan, maka pendekatan dijalankan
atau dilaksanakan prosesnya menggunakan kaedah yang sesuai.
Teknik Teknik merupakan kemahiran yang digunakan untuk membantu
pelajar memahami akan sesuatu pelajaran dengan lebih
berkesan. Teknik yang digunakan mengoptimumkan kemampuan
pelajar serta mengembangkan daya intelek dengan sempurna.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 53
Strategi
Strategi boleh disifatkan sebagai cara untuk memilih pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran dengan menimbangkan matlamat jangka
panjang aspek bahasa yang hendak dicapai. Pada umumnya terdapat
empat klasifikasi strategi yang sering digunakan dalam pengajaran
bahasa Melayu ialah:
Strategi Berpusatkan Guru
Penyampaian maklumat dan pemerolehan kemahiran bergantung
kepada guru. Proses pengajaran dan pembelajaran memberikan fokus
pada guru sebagai sumber penyampaian maklumat. Namun,
kebergantungan pada guru sepenuhnya dalam sesuatu sesi pengajaran
bahasa Melayu sudah berkurangan dengan penggunaan bahan
pengajaran serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Strategi Berpusatkan Murid
Pelajar menjadi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Setiap langkah pengajaran menimbangkan pelibatan murid secara aktif.
Guru bertindak sebagai pemudah cara.
Strategi Berpusatkan Bahan
Bahan pengajaran yang disediakan menjadi fokus utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran menjadi elemen
penting dalam meningkatkan pemahaman pelajar. Sungguhpun begitu,
dalam sesebuah kelas bahasa Melayu, tidak semua sesi pengajaran dan
pembelajaran memerlukan bahan pengajaran.
Strategi Berpusatkan Masalah
Strategi berpusatkan masalah boleh dijalankan secara individu atau
berkumpulan. Guru menyediakan konteks dengan permasalahan yang
perlu difikirkan. Bimbingan guru diperlukan agar proses pemerolehan
bahasa dapat dicapai menerusi pencernaan kemahiran berfikir aras tinggi.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 54
Pendekatan
Pendekatan pengajaran bahasa boleh digolongkan berdasarkan cara
proses pengajaran dan pembelajaran dikelolakan, cara maklumat atau
pemerolehan kemahiran disampaikan, profil pelajar serta kesediaan mereka
menghadapi pelajaran, iaitu:
Pendekatan Induktif
Dalam pengajaran bahasa Melayu, pendekatan induktif bermula dengan
memberikan contoh-contoh berstruktur berkenaan aspek-aspek bahasa yang
digunakan. Selepas itu, pelajar dibimbing untuk membuat kesimpulan.
Sebelum itu, pengajaran dijalankan dengan membimbing pelajar
memerhatikan, mengkaji dan menganalisis aspek bahasa yang sedang
dipelajari.
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Deduktif memulakan sesuatu pelajaran dengan melihat
sesuatu itu secara keseluruhan sebelum membuat kesimpulan secara
spesifik. Fokus pendekatan ini ialah pemahaman pada aspek yang dipelajari
bukan pengulangan atau menghafal sesuatu aspek seperti Pendekatan
Induktif.
Pendekatan Eklektik
Pendekatan Eklektik menggabungkan Pendekatan Induktif dan Deduktif.
Gabungan ini tidak mementingkan keseimbangan aspek-aspek Pendekatan
induktif dan deduktif. Aspek yang membantu pembelajaran yang efektif yang
diutamakan.
Selain itu, pendekatan-pendekatan yang boleh dipertimbangkan
termasuklah Pendekatan Komunikatif, Pendekatan Tematik, Pendekatan
Konstruktivisme, Pendekatan Masteri dan Pendekatan Kontekstual.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 55
Kaedah
Kaedah ialah cara yang sistematik untuk mencapai objektif pelajaran. Oleh
itu, kaedah bersifat prosedur dan menentukan bagaimana langkah-langkah
pengajaran dapat dijalankan atau disampaikan dengan tersusun. Dalam
pengajaran bahasa Melayu terdapat pelbagai kaedah, antara kaedah yang
digunakan termasuklah:
Kaedah Semula Jadi atau Kaedah Natural
Kaedah ini menekankan penggunaan bahasa untuk menyampaikan
maklumat dan kurang memberikan penegasan kepada aspek tatabahasa.
Kaedah ini mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu dalam situasi interaktif
menggunakan bahasa Melayu. Yang dipentingkan ialah mesej yang hendak
disampaikan difahami.
Kaedah Terus
Kaedah ini melibatkan pengajaran bertutur. Kaedah ini sesuai untuk
seseorang yang baru mempelajari bahasa Melayu. Pelajaran melibatkan lisan,
tatabahasa dan kosa kata. Bahan-bahan bacaan didahului melalui lisan.
Kaedah Psikologi
Kaedah ini berdasarkan perkara yang digambarkan fikiran dan dikaitkan
dengan idea. Kaedah ini amat bergantung pada alat-alat, gambar-gambar,
gambar rajah dan carta yang dapat dikaitkan dengan kosa kata. Penyampaian
dilakukan secara lisan.
Kaedah Bacaan
Kaedah ini digunakan untuk mengajarkan kemahiran awal membaca.
Bahan-bahan bacaan dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Bahan-
bahan dimulakan untuk mengajar perkataan dan ayat sebelum bergerak ke
bentuk cerita.
Kaedah Terjemahan
Kaedah ini memberikan fokus pada penulisan bukan lisan. Secara bertulis
pelajar mempelajari bahasa dengan menterjemahkan bahan daripada bahasa
asing ke bahasa Melayu atau sebaliknya.
Selain itu, kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa
Melayu termasuklah Kaedah Ekletik, Kaedah Menghafal, Kaedah Dwibahasa,
Kaedah Fonetik, Kaedah Situasi dan lain-lain lagi.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 56
Teknik
Teknik merujuk kepada perkara khusus dalam sesuatu kaedah. Pengetahuan
pelbagai teknik akan membantu guru untuk mengoptimumkan kemampuan
pelajar. Pada masa yang sama penggunaan teknik yang bersesuaian akan dapat
mengembangkan daya intelek pelajar dengan lebih sempurna. Teknik boleh
digunakan guru dalam pengajaran bahasa Melayu untuk:
• menarik minat pelajar;
• mengekalkan perhatian pelajar; dan
• membangkitkan rasa ingin tahu pelajar
Beberapa contoh teknik ialah:
Teknik Latih Tubi
Teknik Latih Tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari untuk mencapai penguasaan bahasa dan kekekalan kemahiran bahasa
yang dipelajari.
Teknik Simulasi
Teknik ini memerlukan pelajar menggunakan kemahiran belajar dan situasi
sebenar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah atau
mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakkan memberikan
pendapat, saranan, membuat kesimpulan sendiri dan membuat keputusan
berdasarkan peranan yang diberikan.
Teknik Main Peranan
Pelajar diberikan peranan dan bertindak seperti watak-watak yang ditentukan
dalam konteks-konteks tertentu. Teknik ini tidak berkaitan dengan penghafalan
skrip tetapi respons menggunakan bahasa secara spontan.
Teknik Sumbang Saran
Teknik sumbang saran merupakan satu sesi perbincangan yang memberikan
peluang kepada ahli kumpulan untuk menyumbangkan idea. Teknik ini
menggalakkan penyaluran idea kreatif secara natural dalam kalangan pelajar.
Teknik Permainan Bahasa
Teknik ini melibatkan permainan untuk memberikan peluang kepada pelajar
memperoleh latihan intensif dan pembelajaran bahasa dalam suasana yang
menyeronokkan.
Teknik-teknik lain yang boleh dipertimbangkan ialah Teknik Drama, Teknik
Soal-Jawab, Teknik Bercerita, Teknik Inkuiri, Teknik Perbincangan, Teknik
Perbahasan dan Teknik Kuiz.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 57
PENGENALAN
Pengajaran kesusasteraan bukan sekadar menghiburkan tetapi juga
berfungsi untuk mengasuh kerohanian insan, iaitu akal dan budinya supaya peka,
prihatin dengan sekitaran terutama dengan nilai-nilai kemanusiaan,
kemasyarakatan dan agama. Pengajaran dan pembelajaran seharusnya
berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan dengan menggunakan pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik agar objektif pengajaran dan pembelajaran
tercapai.
KOMPONEN SASTERA: STRATEGI,
PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
Aspek Penerangan
Strategi
Strategi merupakan rancangan untuk mencapai matlamat tertentu
berdasarkan objektif pengajaran jangka panjang. Strategi
merangkumi pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang
mengambil kira juga aspek-aspek lain seperti bahan, masa
kurikulum yang diperuntukkan dan sebagainya. Contohnya,
sama ada pengajaran yang akan dijalankan memerlukan guru,
pelajar, bahan, kemahiran atau gabungan aspek-aspek tersebut
sebagai fokus proses pembelajaran.
Pendekatan Pendekatan ialah prosedur untuk memahami sesuatu. Antara ilmu
bantu yang boleh digunakan untuk mendekati kesusasteraan ialah
Teori Struktural, Teori Psikologi, Teori Sosiologi, Ilmu Estetika,
Agama, Stilistik dan Hukum Linguistik, Bidang Komunikasi dan sebagainya.
Kaedah Kaedah ialah cara membuat sesuatu atau kebiasaan dengan
teratur. Kaedah pengajaran bermakna cara, susunan atau proses
pengajaran yang teratur. Setelah menentukan pendekatan (cara
memahami) yang ingin digunakan, maka pendekatan dijalankan
atau dilaksanakan prosesnya menggunakan kaedah yang sesuai.
Teknik Teknik merupakan kemahiran yang digunakan untuk membantu
pelajar memahami akan sesuatu pelajaran dengan lebih
berkesan. Teknik yang digunakan mengoptimumkan kemampuan
pelajar serta mengembangkan daya intelek dengan sempurna.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 58
Pendekatan
Pendekatan pengajaran sastera ialah cara pelajaran sastera dijalankan
dengan teks yang digunakan dengan menimbangkan pengetahuan sedia ada
pelajar.
Pendekatan Struktural
Pendekatan Struktural melihat teks sastera berdasarkan struktur dan
fungsi. Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen yang
membina sesuatu karya berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik
dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur
tadi untuk menyampaikan isi (tema dan persoalan) sebuah karya sastera.
Pendekatan Psikologi
Pendekatan ini digunakan dengan mengaplikasi teori-teori tertentu yang
terdapat dalam ilmu psikologi seperti Teori Frued, Teori Stimulus Respons,
Teori Perkembangan Kanak-Kanak, Teori Kognitif (Mentalis), Teori Tingkah
Laku (Behaviuris), Teori Afektif dan banyak lagi. Pendekatan Psikologi
digunakan dengan melihat karya sastera sebagai catatan kejiwaan dan
pemerian tingkah laku watak dan penulis.
Pendekatan Sosiologi
Pendekatan Sosiologi digunakan apabila melihat karya sastera sebagai
ceminan budaya, kesenian, gaya hidup dan politik. Antara aspek-aspek yang
diteliti ialah latar masyarakat, latar budaya, latar peralatan, gaya hidup
masyarakat watak.
Pendekatan Sejarah
Pendekatan Sejarah sesuai digunakan untuk membicarakan karya sastera
dan unsur-unsur sejarah terkandung di dalamnya. Walaupun karya-karya
jenis ini memaparkan kisah sejarah dalam bentuk kreatif, namun aspek
sejarahnya masih boleh dibandingkan dengan catatan yang terdapat dalam
buku sejarah. Membaca karya sastera historiografi sambil merujuk catatan
sejarah akan menimbulkan suatu pengalaman membaca yang
menyeronokkan berbanding membaca buku sejarah semata-mata.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 59
Pendekatan Estetika
Pendekatan Estetika digunakan apabila pelajar dibimbing untuk menikmati
karya sastera sebagai hasilan seni. Melalui pendekatan ini, ukuran keindahan
digunakan untuk menilai aspek isi dan bentuk karya sastera. Pengkritik karya
sastera yang menggunakan pendekatan ini sering menggunakan ukuran
kepelbagaian, keseimbangan dan kesatuan unsur-unsur yang membangun
karya sastera sebagai penentu tahap keindahan sesebuah karya sastera.
Pendekatan Agama
Pendekatan Agama melihat karya sastera melalui kaca mata agama.
Melalui pendekatan ini, segala aspek atau unsur yang terkandung dalam isi
dan bentuk sesebuah karya sastera seharusnya tidak bertentangan dengan
ajaran dan kepercayaan agama.
Pendekatan Stilistik
Pendekatan Stilistik cenderung melihat keupayaan penulis menggunakan
bahasa. Melalui pendekatan ini aspek gaya bahasa seperti gaya bahasa
perbandingan, pertentangan, pertautan dan pengulangan menjadi fokus
pembicaraan. Hal ini juga termasuk ilmu retorik untuk menilai kemampuan
penulis menggunakan bahasa.
Pendekatan Linguistik
Pendekatan ini lebih cenderung untuk membicarakan penggunaan bahasa
baik dari segi kosa kata, ayat bahkan ke peringkat wacana. Selain itu,
pendekatan ini juga boleh digunakan untuk melihat aspek pemaknaan.
Penyerapan karya sastera dalam pengajaran bahasa boleh menggunakan
pendekatan ini untuk mengajarkan unsur-unsur bahasa.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 60
Kaedah
Kaedah ialah satu perancangan bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur. Antara kaedah-kaedah pengajaran
kesusasteraan Melayu termasuklah:
Kaedah Struktural
Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan
elemen-elemen yang membangun karya sastera. Kaedah ini melihat
semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu
mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Karya sastera diajarkan
melalui perbincangan mengenai peranti sastera contohnya seperti:
• watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak
protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan
sebagainya;
• latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan
latar waktu;
• jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut
pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan
kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan
seperti serba tahu, tahu terhad, dan jahil;
• jenis perbualan seperti monolog, dialog, multilog;
• teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali;
• jenis plot seperti kronologi, anti-kronologi, plot mudah, plot
kompleks dan tanpa plot; dan
• isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.
Kaedah Mengalami – Menghayati
Pendekatan ini memberikan penegasan terhadap pengalaman pelajar
dan sejauh mana pelajar dapat menghayati pengalaman penulis melalui
teks yang dibaca.
Kaedah ini boleh digunakan bersama kaedah analisis struktural apabila
pelajar telah memahami isi teks. Dalam proses pengukuhan, tugasan yang
diberikan kepada pelajar harus tertumpu pada penghayatan terhadap
sesuatu peristiwa/episod atau watak. Soalan harus dapat mencabar daya
intelek pelajar yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara terbuka
dan seimbang berdasarkan interpretasi peribadi yang bersifat subjektif dan
objektif.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 61
Ciri-ciri pendekatan mengalami-menghayati adalah seperti berikut:
• keupayaan mengaitkan pengalaman dengan isi dan karya yang dikaji.
• kebolehan memahami is cerita atau maksud puisi sebelum mengkaji
secara terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya.
• keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur
tertentu dalam sesebuah karya sastera.
Kaedah Berfokus
Kaedah ini memberikan penegasan terhadap sesuatu aspek tertentu
dalam sesebuah karya sastera dan menyentuh aspek-aspek lain secara
sampingan dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran:
Contoh: Fokus utama - plot
Fokus sampingan - (i) watak
(ii) latar
Kaedah ini boleh menghasilkan pencerakinan yang kemas kerana
adanya pemilihan fokus pada aspek yang dibincangkan. Pembacaan yang
dilakukan oleh pelajar juga akan lebih bermakna kerana mereka boleh
meneltiti hal-hal yang tersirat dan tidak terhad kepada yang tersurat
sahaja.
Antara ciri-ciri kaedah berfokus adalah yang seperti berikut:
• kajian bermula dan berdasarkan aspek utama yang dibincangkan
dalam sesebuah karya sastera
• aspek yang dibincangkan menjadi fokus utama
• aspek lain menjadi fokus sampingan
• fokus utama dan fokus sampingan saling berkaitan
Kaedah Perbandingan
Kaedah perbandingan digunakan untuk membuat perbandingan
antara unsur fizikal dan isi karya sastera A dan karya sastera B. Karya-
karya sastera yang dibandingkan mungkin karya sastera tempatan atau
perbandingan dilaksanakan antara karya sastera tempatan dan karya
sastera luar negara. Unsur-unsur yang dibandingkan antaranya watak dan
perwatakan, pemilihan latar, atau hal-hal yang lebih berat seperti falsafah,
persoalan dan tema. Kaedah ini boleh digunakan untuk melatih
pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir yang tinggi.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 62
Kaedah Eklektik
Kaedah Eklektik menggabungkan dua atau lebih kaedah atau
pendekatan. Kaedah ini digunakan apabila banyak aspek atau unsur yang
diajarkan sekali gus. Watak dan perwatakan boleh diajarkan melalui
pendekatan psikologi, latar diajarkan melalui pendekatan sosiologi, manakala
aspek tema dan ajaran diajarkan melalui pendekatan agama.
Kaedah Membaca Teks dan Pemahaman
Pelajar membaca teks atau cerita untuk memahami sendiri isi tersurat
atau tersirat. Pelajar juga harus mengenal pasti aspek-aspek teknik dalam
cerita.
Kaedah Membaca dan Melakonkan Adegan
Pelajar mengingat semula dialog tertentu daripada teks atau drama.
Kemudian, pelajar melakonkan adegan-adegan berdasarkan pemahaman
mereka terhadap teks atau cerita yang dibaca atau dihafal.
Kaedah Menonton Lakonan Pentas
Pelajar melakonkan adegan tertentu daripada teks secara kumpulan.
Pelajar lain menjadi penonton sambil memerhatikan aspek-aspek seperti
lakonan, watak dan latar untuk dibincangkan kemudian.
Kaedah Seminar
Guru memberikan tajuk dan objektif seminar terlebih dahulu. Beberapa
orang pelajar mengemukakan pandangan mereka sendiri tentang isi teks
yang dikaji. Guru bertindak sebagai pemerhati dan membimbing sekiranya
diperlukan.
Kaedah Menggunakan Kemahiran Berfikir
Pelajar dilatih menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman tentang sesuatu perkara, meneroka pelbagai idea, membuat
keputusan, membuat renungan dan menyelesaikan masalah. Guru
menggalakkan penggunaan bahan rujukan. Kaedah ini boleh dijalankan
melalui aktiviti-aktiviti seperti sumbang saran, perbincangan, membuat projek,
pembelajaran secara bekerjasama, menggunakan lembaran kerja, dan teknik
penyoalan.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 63
Kaedah Forum
Tajuk ditentukan oleh guru dan mestilah yang berkaitan dengan isi pelajaran
teks. Beberapa orang pelajar menjadi ahli panel yang memperkatakan tajuk dan
seorang pelajar sebagai pengerusi forum. Guru bertindak sebagai pemerhati
manakala pelajar yang lain diminta mendengar dengan teliti. Sesi soal-jawab
boleh diadakan pada akhir pembentangan forum.
Kaedah Perbincangan
Pelajar membentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk aktiviti ini. Setiap
kumpulan membincangkan tajuk-tajuk kecil tentang isi pelajaran. Contohnya,
tajuk kecil tentang watak dalam sesebuah novel. Guru bertindak sebagai
pemudah cara.
Kaedah Soal Jawab
Kaedah ini bertujuan meluaskan isi pelajaran, cerita atau teks. Beberapa
soalan berkaitan dengan pengalaman pelajar dikemukakan oleh guru. Guru
hendaklah mengetahui proses pemikiran pelajar. Segala jawapan pelajar
hendaklah diterima. Pada akhir sesi, guru hendaklah membincangkan jawapan
pelajar dan mengemukakan jawapan yang tepat. Sesi ini diakhiri dengan satu
tugasan.
Kaedah Produktif
Kaedah ini memberi penegasan pada proses kreatif dan penciptaan yang
meningkatkan keluasan dan ketajaman pemahaman pelajar terhadap sesebuah
karya sastera. Guru hendaklah melatih pelajar mengapresiasi sesebuah karya
dengan mengubah bentuk karya itu kepada bentuk sastera dan seni lain. Tema
dan mesej karya asal dikekalkan. Kaedah ini antara lain melibatkan proses
memparafrasa dan menganalisa karya.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 64
Teknik
Berdasarkan kaedah-kaedah yang dibincangkan, guru boleh memilih
teknik yang sesuai dengan pengajaran mereka. Faktor-faktor yang perlu
dipertimbangkan ialah tingkatan yang diajar, kebolehan dan kesediaan pelajar,
matlamat pengajaran dan lain-lain.
Penerangan
Guru menitikberatkan penghuraian lisan semasa menyampaikan isi
pelajaran. Penerangan berfokus kepada pemahaman dan penghayatan teks.
Guru menerangkan perkara-perkara seperti unsur-unsur, nilai kemanusiaan
dan gaya bahasa.
Keprihalan
Teknik ini hendaklah digunakan selepas teknik penerangan. Pelajar
didedahkan kepada aspek-aspek kesusasteraan tertentu seperti bentuk, gaya
bahasa, elemen struktur, unsur psikologi dan unsur sosiologi. Guru
memastikan bahawa yang dipetik daripada teks berfokus kepada objektif
khusus pengajaran.
Perbandingan
Teknik ini bertujuan untuk membantu pelajar melihat persamaan atau
perbezaan beberapa perkara. Kemahiran yang digunakan ialah kemahiran
menganalisis. Contohnya, pelajar menganalisis persamaan, perbezaan atau
perhubungan dua watak dalam sesebuah novel.
Cerakinan
Pelajar membaca cerita atau teks dengan teliti supaya dapat memahami,
menilai, dan menghayati cerita yang dibaca. Elemen-elemen yang terdapat
dalam sesebuah karya sastera dicerakinkan. Contohnya, dalam pembelajaran
sajak, keindahan bahasa yang digunakan diteliti dengan bait puisi. Kemudian,
bahagian-bahagian itu dikelompokkan mengikut gaya bahasa yang digunakan
seperti personifikasi, metafora, aliterasi atau asonansi.
Latihan
Latihan secara bertulis atau lisan didedahkan kepada pelajar. Latihan yang
pelbagai seperti tugasan, penceritaan semula, mengaitkan isi pelajar dengan
pengalaman sedia ada, peraduan mengarang, pementasan drama dan
pembacaan puisi. Selain itu juga pelajar boleh menggunakan lembaran
penyusun grafik dan peta minda sebagai panduan dalam bentuk gambar rajah
untuk merakamkan maklumat dan melihat perhubungan fakta, memahami dan
mengingat maklumat dengan lebih mudah.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 65
Percambahan Fikiran
Teknik penjanaan idea ini dilakukan dalam kumpulan kecil (4-5 orang).
Seorang pelajar menjadi pengerusi dan seorang lagi penulis idea. Guru
hendaklah memastikan pengerusi berupaya menggalakkan ahli-ahli
kumpulan menjana idea tentang sesuatu aspek dalam cerita atau teks tanpa
dinilai atau dipertikai.
Teater Pembaca dan Bercerita
Pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan
sebutan, nada, intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita
yang dipersembahkan.
Teknik Pemaduan Seni
Untuk merangsang penghayatan pelajar terhadap sesebuah karya,
unsur-unsur seni seperti muzik, seni lukis, seni tari, kaligrafi, dan seni lakon
disepadukan untuk menghidupkan karya tersebut.
Kerusi Panas
Pelajar melakonkan watak-watak tertentu dari novel, cerpen atau bahan
sastera yang lain. Pelakon tersebut perlu melakonkan dengan penuh
penghayatan watak dan perwatakan. Pelajar yang lain menyoal pelakon
tentang tindakannya atau pemikirannya berdasarkan watak dan perwatakan
yang dimainkan daripada bahan sastera tersebut.
Tangga Cerita
Pelajar dikehendaki menyusun dan mencatat peristiwa-peristiwa dalam
sebuah cerita mengikut urutan dengan menggunakan bahan grafik agar
mereka dapat memahami plot dan sinopsis cerita.
Cerpendra
Sekumpulan pelajar melakonkan sesebuah cerpen dalam bentuk
drama. Teknik ini mendalamkan pemahaman dan penghayatan pelajar
terhadap watak, latar, tema dan persoalan yang ingin dipaparkan oleh
penulis.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 66
Sumber-sumber Lain
Penggunaan pelbagai bahan/sumber dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kesusasteraan Melayu boleh membantu pelajar menguasai
aspek sastera. Antara sumber tersebut termasuklah:
• internet;
• media elektronik;
• bahan cetak seperti akhbar, majalah, buku, brosur dan sebagainya;
• filem dan lagu;
• organisasi;
• penulis; dan
• seni pementasan.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 67
Penilaian merupakan salah satu aspek penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Aktiviti penilaian yang berterusan membolehkan guru
mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Penilaian dapat
membantu pelajar mempertingkatkan kelakonan dalam pelajaran. Selain itu,
keperluan pembelajaran dapat dikenal pasti dan guru dapat merancang
strategi pengajaran untuk tindakan susulan bagi memenuhi keperluan pelajar.
Pada akhir pendidikan prauniversiti, penilaian yang digunakan harus
berupaya memberikan gambaran sebenar tentang kebolehan pelajar
menyampaikan maklumat, idea dan perasaan selain dapat berfikir secara
kritikal dan kreatif.
Penilaian Pembelajaran
Penilaian Pembelajaran atau Penilaian Sumatif (AoL) merujuk kepada
penilaian yang dijalankan untuk mengukur sejauh mana hasil pembelajaran
dalam kurikulum sudah tercapai. AoL digunakan untuk tujuan tertentu seperti
menentukan gred, kedudukan pelajar dan pensijilan. Oleh itu, AoL berbentuk
sumatif dan selalunya dijalankan pada akhir satu unit, semester atau tahun.
Penilaian untuk Pembelajaran
Penilaian untuk Pembelajaran (AfL) pula merujuk kepada cara penilaian
yang menyokong pembelajaran. Penilaian ini digunakan untuk memastikan
pelajar dapat menguasai matlamat pembelajaran. Oleh itu, penilaian ini
berbentuk formatif, dilaksanakan di dalam bilik darjah dan proses ini
diterapkan dalam pengajaran secara berterusan. Sukatan pelajaran
prauniversiti menyokong pelaksanaan Penilaian Pembelajaran dan Penilaian
untuk Pembelajaran. Untuk memastikan sesuatu penilaian itu lebih bermakna,
keseimbangan dalam pelaksanaan kedua-dua jenis penilaian ini perlulah
dicapai.
5.3 PENILAIAN
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 68
Kitaran Penilaian
Kitaran Penilaian dan Maklum Balas dengan Pembelajaran yang
berikut menunjukkan proses-proses yang perlu dilalui oleh guru apabila
mengintegrasikan penilaian dan merancang pelajaran.
Kitaran Penilaian dan Maklum Balas dengan Pembelajaran
Soalan-soalan berikut berkaitan dengan gambar rajah di atas dan dapat
membantu guru mengintegrasikan penilaian dengan pengajaran:
• Apakah yang ingin saya ketahui tentang pembelajaran pelajar saya?
• Apakah hasil pembelajaran yang ingin saya capai?
• Bagaimanakah dapat saya merancang perbincangan, soalan, aktiviti dan
tugasan yang berkesan agar dapat menyokong pembelajaran pelajar
saya?
• Bagaimanakah boleh saya merancang pelajaran yang membolehkan
pelajar belajar secara berperingkat?
• Apakah bukti yang perlu saya kumpulkan untuk menunjukkan bahawa
pelajar saya telah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan?
• Apakah jenis penilaian yang dapat membantu saya mendapatkan bukti
tersebut?
• Bagaimanakah dapat saya membantu pelajar maju dalam pembelajaran
dan meningkatkan kebolehan saya mengajar?
• Apakah penilaian yang boleh meningkatkan pembelajaran pelajar saya?
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 69
Kaedah Penilaian
Guru perlu menggunakan kaedah yang pelbagai untuk mengumpulkan
maklumat. Maklumat yang dikumpulkan boleh membantu guru mengetahui
sejauh mana pencapaian pelajar mereka. Kaedah-kaedah tersebut
termasuklah pemerhatian dan penyoalan dalam pengajaran seharian
sehinggalah ujian formal dan berstruktur. Dengan menggunakan pelbagai
kaedah ini, guru akan dapat mengumpulkan data yang diperlukan bagi
mengukur pencapaian pelajar dalam pembelajaran.
Garis pandu yang berikut merupakan cadangan bagi penilaian dalam
bilik darjah yang boleh membantu guru:
• menyoal;
• maklum balas;
• penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya;
• penilaian berdasarkan penyampaian;
• jurnal;
• persidangan;
• portfolio;
• soalan diagnostik; dan
• ujian pena dan kertas.
Dalam sesuatu penilaian, tiada terdapat satu kaedah yang khusus.
Keberkesanan sesuatu kaedah bergantung kepada tujuan penilaian. Satu
kaedah akan lebih cenderung kepada penilaian sumatif jika tujuannya adalah
untuk memberikan pelajar gred dan kedudukan, sementara satu lagi
cenderung kepada penilaian formatif jika tujuan penilaian adalah untuk
menggalakkan pembelajaran.
Oleh itu, guru perlu mengimbangi kedua-dua penilaian ini dengan
menggunakan pelbagai kaedah penilaian dengan tujuan yang tepat lagi jelas.
Selain ujian dan peperiksaan, interaksi seharian antara pelajar dengan guru
(contohnya: menyoal, penyampaian lisan dan melaksanakan tugasan)
memberikan peluang kepada guru untuk mengukur sejauh mana kelakonan
pelajar. Dengan ini guru dapat memberikan gambaran yang komprehensif
tentang sejauh mana pembelajaran para pelajar dan mengambil usaha
susulan bagi membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 70
Alat Penilaian
Antara alat yang boleh digunakan dalam menjalankan penilaian untuk
pembelajaran termasuklah:
Senarai Semak
Senarai semak mengandungi matlamat yang ingin dicapai dalam tugasan.
Aspek-aspek yang ingin dicapai disenaraikan dan guru menentukan sama ada
aspek-aspek tersebut diperlihatkan oleh pelajar. Senarai semak boleh
digunakan oleh guru untuk menilai keberkesanan pengajaran atau menilai
kemajuan pelajar. Senarai semak juga boleh digunakan oleh pelajar untuk
menilai rakan sebaya atau membuat penilaian kendiri.
Borang Renungan
Borang renungan memberikan peluang untuk pelajar merakamkan perasaan
dan fikiran tentang pembelajaran yang dilaluinya atau tugasan yang
dihasilkannya.
Rekod Anekdotal
Penilaian jenis ini merakamkan pemerhatian guru terhadap kelakonan pelajar
berdasarkan kemahiran dan objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
Guru memerhatikan pelajar dalam kemahiran-kemahiran tertentu lalu
merakamkannya dalam bentuk nota. Guru menilai pembelajaran pelajar serta
memberikan komen yang membina agar pelajar dapat membaiki
kelemahannya. Cara ini juga dapat merakamkan perkembangan pelajar
secara berterusan.
Temu Bincang
Ada tiga jenis temu bincang yang boleh dilakukan oleh guru. Pertama, temu
bincang dengan guru. Kedua, temu bincang ibu bapa dengan guru dan ketiga
temu bincang dengan pelajar, guru dan ibu bapa. Semasa temu bincang
dijalankan, guru, pelajar dan ibu bapa dapat memberikan maklum balas
tentang pembelajaran, pencapaian dan perkembangan pelajar.
Rubrik
Rubrik merupakan sejenis panduan pemarkahan yang digunakan untuk
menilai kriteria-kriteria penilaian yang lebih kompleks atau subjektif. Rubrik
menerangkan secara terperinci tahap perkembangan dan pencapaian pelajar.
Rubrik boleh digunakan untuk pemarkahan kumpulan dan individu. Rubrik ini
boleh menggunakan skala nombor ataupun deskriptor yang menggunakan
kriteria yang hendak dicapai.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 71
Penilaian Rujuk Buku
Bagi bahagian sastera Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 dan
H3 penilaiannya berbentuk Peperiksaan Rujuk Buku atau ‘Open Book
Examinations (OBE)’.
Peperiksan jenis ini membenarkan calon merujuk kepada bahan
yang dibenarkan sahaja semasa peperiksaan. Bahan seperti buku teks
tidak bolek mengandungi apa-apa catatan.
Penilaian jenis ini bertujuan untuk menguji kemahiran berfikir aras
tinggi. Dengan secara tidak langsung, penilaian seperti ini bertujuan
menghasilkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kendiri. Selain itu,
penilaian ini lebih menekankan pemprosesan maklumat dan pemahaman
serta mengurangkan penghafalan dalam pembelajaran.
Soalan OBE lebih bersifat menguji pemahaman pelajar melalui
keupayaan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dipelajari dalam pelbagai situasi yang diberikan. Kemahiran berfikir
aras tinggi pelajar diuji melalui soalan yang meminta pelajar menganalisis
situasi atau penerangan, menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan
atau menguji sesuatu pernyataan atau teori.
Tujuan Penilaian
Penilaian dapat memberikan gambaran tentang kelakonan pelajar
dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Melalui penilaian, guru
berupaya merancang strategi pengajaran seterusnya.
Bagi pelajar:
• mengetahui pencapaian matlamat pembelajaran
• mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
• membolehkan tindakan susulan
• mengukur kemajuan
• merangsang pencapaian yang lebih tinggi
Bagi guru:
• mengetahui pencapaian matlamat pengajaran
• mengetahui keberkesanan pengajaran
• memantau kemajuan pelajar
• menganjurkan program pemulihan dan pengayaan
BAB 6 LAMPIRAN
6.1 SENARAI TEKS – BAHASA DAN
KESUSASTERAAN MELAYU H2
6.2 SENARAI TEKS – BAHASA DAN
KESUSASTERAAN MELAYU H3
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 74
6.1 SENARAI TEKS – BAHASA DAN
KESUSASTERAAN MELAYU H2
No Novel Penulis
1 Restu Ismail Kassan
No Puisi Moden Penulis
1 Pendakian Taha Jamil
2 Api Mohamed Latiff Mohamed
3 Begitulah Kata-kata Masuri S N
4 Betapapun Gerak Cepat Kehidupan Akan Kususuri Landasan Ini
Ahmad Mohd Tahir
5 Dalang: Episod Tiga Rasiah Halil
6 Pustakaku dalam Remang Senja Sa’eda Buang
7 Balada Merdeka Peter Augustine Goh
8 Tanda Tangan Noridah Kamari
9 Menjelang Mentari Hidupku Abdul Kadir Pandi
10 Anak Tetangga Kelantan Lane Kamaria Buang
No Cerpen Penulis
1 Yang Jamal Ismail
2 Si Malang Jalang Saedah Saad
3 Suatu Perjalanan Sebuah Peta Sebuku Roti
Baziran Hj Hamzah
4 Pertemuan Isa Kamari
5 Jago Ahmad Jaafar Munasip
6 Ruang Ismail Wardi
No Drama Moden Penulis
1 Anjing Untuk Diplomat Hamed Ismail
2 Cahaya di Hujung Senja M Saffri A Manaf
3 Titik Pertemuan Rohman Munasip
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU PRAUNIVERSITI 75
No Prosa Tradisional Penulis
1 Sulatus Salatin/Sejarah Melayu (Cetera 1-5)
A Samad Ahmad
No Cerpen Penulis
1 Sisa Hadijah Rahmat
2 Ke Mana Hati Hendak Kubawa Mohd Fuad Salim
3 Lembu Ismail Wardi
4 Igauan di Siang Hari Saedah Saad
5 Kembalilah Mama Maya
6.2 SENARAI TEKS – BAHASA DAN
KESUSASTERAAN MELAYU H3